Khamis, 16 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Keangkuhan Si Penyembelih Beirut

Posted:

Keangkuhan Si Penyembelih Beirut

Keangkuhan Si Penyembelih Beirut

"KESAKITAN ini tiada penghujungnya. Mustahil untuk disembuhkan."

Ungkapan di atas pernah terluah dari bibir bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon ketika menerima berita kematian anak lelaki sulungnya, Gur, 11, yang terbunuh secara tidak sengaja oleh rakannya akibat bermain selaras senapang patah.

Perkara ini dicatatkan di dalam buku bertajuk Warrior: Autobiography of Ariel Sharon yang ditulis Sharon bersama David Chanoff pada tahun 2001.

Insiden itu berlaku pada 4 Oktober 1967, lima tahun selepas isteri pertama Sharon, Margalit yang juga merupakan ibu kandung Gur meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya di lebuh raya Baitulmuqaddis-Tel Aviv.

Lebih dramatik, Gur menghembuskan nafas terakhir dan terkulai di pangkuan Sharon dalam perjalanan dibawa ke hospital.

Justeru, kata-kata tersebut jelas menggambarkan kesedihan yang dialami Sharon sebagai manusia biasa berdepan situasi kehilangan insan tersayang dalam hidupnya.

Namun, berbeza pula dengan kerakusan dan keghairahannya merenggut nyawa ribuan rakyat Palestin tanpa mengira usia mahupun jantina. Lelaki yang digelar Penyembelih Beirut itu ternyata langsung tidak mempunyai perasaan ketika melakukan dosa-dosa tersebut dalam usaha meluaskan kuasa Israel di bumi al-Quds.


ALHA BOURJE tidak dapat menahan kesedihan sambil menunjukkan gambar ahli keluarganya yang menjadi mangsa pembunuhan di Sabra dan Shatila.


Bangkai bernyawa

Ratapan anak-anak kecil yang kehilangan ibu bapa atau tangisan para ibu yang melihat anak mereka syahid di depan mata tidak sedikit pun menggetarkan hati Sharon yang sudah diselaputi kegelapan dan hilang sinar kemanusiaan.

Matlamatnya hanya satu untuk terus meluaskan kuasa Zionis dan menghapuskan rakyat Palestin yang dianggap seperti haiwan dan boleh disembelih sesuka hati.

Namun, Sharon yang turut digelar 'musuh keamanan' oleh Pengarah Eksekutif The Jerusalem Fund dan The Palestine Center, Yousef Munayyer ternoktah jua pada 11 Januari lalu.

Selepas lebih setengah abad mempamerkan taringnya daripada peringkat bawahan sehingga menjadi antara pemimpin utama rejim Israel, Sharon akhirnya menemui ajal selepas bertarung nyawa dalam keadaan koma.

Selama lapan tahun, dia hidup sebagai 'bangkai bernyawa' yang bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

Menurut Munayyer, budaya bertindak sewenang-wenangnya begitu berakar dalam kehidupan Sharon yang telah melibatkan diri dalam mesin perang Israel seawal tahun 1948.

Tambah beliau, Sharon yang dikenali dengan sikap biadap dan penyembelih di medan perang, langsung tidak menghiraukan nyawa rakyat yang tidak berdosa lantas sewenang-wenangnya membunuh mereka.

"Dari semasa ke semasa, Sharon telah meninggalkan parut berdarah yang terlalu besar dalam sejarah Palestin. Peristiwa di Qibya, sebuah perkampungan penduduk Palestin di Tebing Barat yang terletak berhampiran Garisan Hijau pada tahun 1953 adalah antara dosa terawal dilakukan Sharon.

"Serangan tentera Israel dari Unit 101 yang diketuai Sharon menyaksikan berpuluh-puluh rumah dimusnahkan ketika penghuninya masih berada di dalamnya.


SHARON (berdiri dua dari kiri) bergambar bersama komander militan Israel yang dirakam pada tahun 1955.


"Akibat serangan bertubi-tubi tanpa belas kasihan itu, seramai 69 rakyat Palestin terbunuh. Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak," terang Munayyer dalam artikelnya yang bertajuk Ariel Sharon: Enemy of Peace yang disiarkan oleh laman web www.aljazeera.com pada 11 Januari lalu.

Sebagai Menteri Pertahanan Israel ketika itu, Sharon telah mengarahkan tentera Zionis bersama Unit Militia Phalangist Lebanon membunuh orang awam dan pelarian Palestin di kem pelarian di Sabra dan Shatila.

Pencerobohan selama tiga hari bermula dari 16 hingga 18 September itu meninggalkan trauma yang amat mendalam bagi mereka yang terlibat.

Dianggarkan lebih 2,000 rakyat Palestin dan 100 penduduk Lebanon terbunuh dalam peristiwa menyayat hati itu. Mereka dibunuh dengan kapak, disembelih leher dan ditembak membabi buta oleh tentera Sharon. Malah, kaum wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu sebelum dibunuh.

Bagi Abu Jamal, insiden berdarah itu masih segar dalam ingatannya dan tidak mungkin dilupakan hingga ke akhir hayat. Dia masih ingat saat militia Lebanon mengejutkan mereka sekeluarga daripada tidur pada awal pagi lebih tiga dekad lalu.

Mangsa pembunuhan

Kemudian, mereka semua diheret ke jalanan. Tentera bersenjata memaksa Abu Jamal dan ramai pelarian Palestin di kem Sabra dan Shatila untuk berbaris serta memisahkan antara lelaki dan wanita.

Para pemuda pula ditarik keluar dari barisan lantas dibunuh begitu sahaja. Anak lelaki Abu Jamal yang berusia 19 tahun ketika itu merupakan antara mangsa dalam tragedi berkenaan.

"Dia berada di tahun akhir pengajiannya. Dia tidak pernah berpeluang melihat diploma yang diusahakan selama ini," ujar Abu Jamal yang memakai lencana tertera gambar anaknya yang dipinkan di baju panas miliknya.


RAKYAT Palestin meraikan kematian Sharon sambil memberi manisan kepada rakan-rakan dan penduduk tempatan.


Dalam pada itu, Milany Boutrous Alha Bourje, 70, yang baru pulang dari melawat tugu peringatan menempatkan kubur besar mangsa pembunuhan di Sabra dan Shatila mengakui, masih terbayang-bayang saat suami dan anaknya ditembak mati pada hari tersebut.

Kata Bourje, Sharon sepatutnya mendapat balasan lebih teruk daripada apa yang dilalui sebelum kematiannya.

"Semoga Tuhan menghantarnya jauh ke dalam perut bumi. Saya berdoa dia merasai penderitaan seperti yang kami alami," tegas Bourje sambil menunjukkan gambar hitam putih ahli keluarganya yang terkorban.

Bourje merupakan individu yang terpapar dalam satu gambar ikonik pembunuhan besar-besaran tahun 1982 sambil menangis dan melambaikan tangannya berhampiran deretan jenazah yang terbunuh.

Ungkap wanita itu lagi, tidak ada apa yang optimis mengenai masa depan dengan kematian Sharon ini.

"Tidak ada yang berubah. Situasi dalam kehidupan yang kami lalui langsung tidak berubah," tuturnya.

Perdana Menteri ke-11 rejim Israel itu diserang angin ahmar pada Januari 2006 hingga menyebabkan beliau koma ketika karier politiknya memuncak.

Sharon dikebumikan bersebelahan kubur isterinya, Lily di kawasan ladang Sycamore miliknya yang terletak berhampiran bandar Sderot, Israel.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


300 penduduk berarak sempena Maulidur Rasul

Posted:

300 penduduk berarak sempena Maulidur Rasul

300 penduduk berarak sempena Maulidur Rasul

SEBAHAGIAN daripada penduduk yang menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di pekarangan Pangsapuri Lumayan, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur Selasa lalu.


BERSATU. Lebih 300 penduduk Pangsapuri Lumayan Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di pekarangan perumahan itu Selasa lalu.

Program tahunan anjuran bersama jawatankuasa penduduk, pengurusan surau dan badan pengurusan bersama Pangsapuri Lumayan itu turut menyediakan pelbagai acara sampingan seperti majlis khatam al-Quran, pertandingan azan dan persembahan nasyid.

Pengerusi Surau Pangsapuri Lumayan, Azeman Abd. Rezab berkata, kemuncak acara itu ialah acara bergotong-royong memasak untuk makan tengah hari.

"Sambutan Maulidur Rasul itu berjaya menarik penyertaan yang membanggakan termasuk dalam kalangan generasi muda.

"Kami berharap program itu dapat diteruskan pada tahun depan dengan jumlah peserta yang lebih ramai," katanya.

Pelatih Giat Mara Prima, Tasek Gelugor tamat latihan

Posted:

Pelatih Giat Mara Prima, Tasek Gelugor tamat latihan

Pelatih Giat Mara Prima, Tasek Gelugor tamat latihan


SHABUDN (empat dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian daripada pelatih Giat Mara Prima di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


BERJAYA. Seramai 209 pelatih Giat Mara Prima, Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang berjaya menamatkan latihan telah diraikan pada Majlis Graduasi 2013 baru-baru ini.

Mereka merupakan pelatih dalam pelbagai bidang termasuk penjaga jentera elektrik, pendawaian elektrik, mekatronik, teknologi sistem komputer, seni reka gaya rambut, solekan dan terapi kecantikan serta kesihatan spa.

Majlis yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas itu disempurna perasmiannya oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Turut hadir ialah Pengarah Giat Mara Pulau Pinang, Rusli Abdullah.

Pemuda UMNO Perak rai pengamal media

Posted:

Pemuda UMNO Perak rai pengamal media

Pemuda UMNO Perak rai pengamal media


HAIRUL ANWAR (duduk empat dari kiri) bergambar bersama para petugas media cetak dan elektronik pada Majlis Makan Malam Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak bersama Media di Ipoh, Perak baru-baru ini.


MESRA. Seramai 50 petugas media cetak dan elektronik diraikan pada satu majlis makan malam anjuran Pemuda UMNO Perak di Restoran Simpang Tiga, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Selain menikmati juadah enak yang disediakan, wartawan dan jurufoto juga menyertai acara cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor berkata, beliau berharap hubungan baik yang sedia terjalin antara petugas media dengan pergerakan itu dapat diteruskan.

"Komitmen pengamal media sentiasa dihargai dan segala kerjasama yang diberikan amat kami hargai," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ahli Parlimen mahu bawa isu hak siaran ke Dewan Rakyat

Posted:

Ahli Parlimen mahu bawa isu hak siaran ke Dewan Rakyat

Ahli Parlimen mahu bawa isu hak siaran ke Dewan Rakyat

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

RAMAI peminat bola sepak tanah air mahu menyaksikan aksi samba pasukan Brazil pada Piala Dunia 2014 nanti. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Beberapa orang Ahli Parlimen sepakat untuk mengetengahkan pada sidang Dewan Rakyat isu berkaitan kebimbangan rakyat terhadap monopoli stesen televisyen berbayar Astro yang menguasai hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) 2014 di Brazil.

Menurut mereka, satu mekanisme perlu dicari untuk memastikan saluran televisyen percuma turut diberi peluang untuk menyiarkan siaran langsung kejohanan berprestij itu demi peminat bola sepak di seluruh negara.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang kecewa dengan situasi itu berkata, beliau akan mengadakan rundingan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi menyelesaikan kemelut itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Negara dibebani pesakit diabetes

Posted:

Negara dibebani pesakit diabetes

Negara dibebani pesakit diabetes

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


GOLONGAN yang menghadapi masalah obes paling mudah diserang diabetes.


PUTRAJAYA – Seramai 2.6 juta orang rakyat negara ini dikesan menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ekoran amalan gaya hidup tidak sihat dan pengambilan makanan secara berlebihan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, jumlah itu tidak termasuk anggaran lebih dua juta rakyat yang tidak mengetahui mereka menghidap penyakit tersebut kerana enggan membuat pemeriksaan kesihatan.

Ini bermakna secara keseluruhan sebanyak 4.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes dan jumlah tersebut hampir menyamai populasi penduduk Selangor berjumlah 5.46 juta orang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

ST15 hanya untuk orang miskin

Posted:

ST15 hanya untuk orang miskin

ST15 hanya untuk orang miskin

KOTA BHARU - Kerajaan memutuskan beras subsidi Standard Tempatan dengan 15 peratus beras hancur (ST15) yang disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah tidak boleh dijual di pasar raya besar seluruh negara seperti sebelum ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi membolehkan beras tersebut dijual hanya kepada rakyat tempatan berpendapatan rendah.

Katanya, beras itu hanya dijual di kedai berdekatan golongan sasar seperti Kedai Agro Bazar, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai program transformasi kedai runcit (Tukar), Kedai Peladang, Kedai Koperasi, Kedai e-kasih, Kedai Felda, kedai runcit di perumahan awam kos rendah dan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) serta kedai runcit di kawasan luar bandar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pahang sedia gempur Lions XII

Posted:

Pahang sedia gempur Lions XII

Pahang sedia gempur Lions XII

Oleh M.RIZAL NOR
sukan@kosmo.com.my

BARISAN pemain Pahang giat menjalani latihan sebagai persiapan terakhir menentang Lions XII pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.


PAHANG berazam memulakan musim 2014 dengan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Tampil selaku juara Piala Malaysia musim lalu, Pahang akan membuat perhitungan dengan juara Liga Super 2013, Lions XII pada perlawanan Sumbangsih yang dijadikan aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bagi kapten Pahang, Jalaluddin Jaafar, dia dan rakan-rakan sepasukannya telah menanam azam untuk menghadiahkan trofi sulung buat ribuan penyokong mereka nanti.

Pada masa sama, Jalaluddin mahu melengkapkan koleksi peribadinya dengan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah.

"Saya sudah menjulang trofi Liga Super pada 2004, Piala FA (2006) serta Piala Malaysia tahun lalu dan kini mahu membawa pulang Piala Sumbangsih pula.

"Pahang tidak harus melepaskan peluang ini kerana bukan senang untuk berentap merebut Piala Sumbangsih, apatah lagi kami berdepan pasukan dari Singapura itu," katanya.

Menurut Jalaluddin, kejayaan mendakap Piala Sumbangsih juga boleh dijadikan sebagai hadiah hari lahirnya yang ke-39 pada 1 Januari lalu.

"Secara peribadi, saya sudah bersedia untuk menempuhi saingan Liga M musim ini dan rakan-rakan juga sudah tidak sabar untuk beraksi," ujarnya.

Sementara itu, penjaga gol Pahang, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid tidak rela pintu golnya dibolosi dengan mudah pada pertemuan menentang Lions XII malam ini.

"Saya akan bekerja keras seperti aksi final Piala Malaysia tahun lepas agar gawang kami tidak dibolosi pasukan lawan nanti.

"Jika diberi peluang berada dalam kesebelasan utama, saya akan memastikan Pahang menjulang Piala Sumbangsih selain mengutip tiga mata penuh," katanya.

Azhan memberitahu, pemain tengah Pahang pula harus bijak mengatur strategi agar jentera serangan yang diketuai Dickson Nwakaeme dan Matias Conti mampu mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

"Apa yang penting adalah semua pemain harus mengetahui peranan masing-masing dan bermain dengan semangat satu pasukan selain mematuhi arahan jurulatih," jelasnya.

Kedah tekad kembali bangkit

Posted:

Kedah tekad kembali bangkit

Kedah tekad kembali bangkit

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my


BARISAN pemain Kedah diperkenalkan kepada para peminat dan penyokong mereka di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.


KEDAH optimis mampu untuk kembali melakar kejayaan gemilang pada saingan Liga Malaysia (Liga M).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Mukhriz Tun Mahathir, perkara itu tidak mustahil berdasarkan transformasi besar-besaran termasuk tajaan sebanyak RM15 juta yang diperoleh daripada kerajaan negeri dan beberapa syarikat korporat.

"Sebelum ini timbul masalah tiada peruntukan dan sebagainya yang merencatkan kejayaan pasukan Kedah.

"Namun, dengan peruntukan besar musim ini serta sokongan padu peminat tempatan, kita yakin pasukan Kedah mampu mencipta kejayaan membanggakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis memperkenalkan para pemain dan penaja skuad Liga Premier serta Piala Presiden Kedah musim 2014 di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Tambah Mukhriz, pihaknya bersikap realistik bahawa transformasi yang dilakukan dalam pasukan ketika ini memerlukan jangka masa panjang dan tidak akan berlaku dalam sekelip mata.

"Berilah kami masa dan saya yakin dalam tempoh tiga tahun lagi, Kedah akan kembali ke landasan kejayaan seperti yang pernah dicapai suatu ketika dahulu.

"Untuk musim ini, kami mensasarkan untuk berada dalam kelompok teratas Liga Premier, sekali gus layak ke Liga Super.

"Pada masa hadapan, kami yakin untuk terus mencipta lebih banyak kemenangan yang lebih besar termasuk memasuki pertandingan akhir Piala Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, pengendali Kedah dari Australia, David Mitchell berkata, kekuatan pasukannya terletak kepada gabungan antara pemain import berpengalaman dan tenaga muda tempatan.

"Saya yakin dengan kemampuan dua tonggak utama kami iaitu ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen Zambri yang berpengalaman luas dan mampu mampu mengemudi pemain-pemain muda.

"Kami turut diperkuatkan dengan empat tonggak import iaitu Billy Osman Mehmet dari England, Jose Franco Gomez (Sepanyol), Adam Griffths dan Adriano Pellegrino (Australia) yang pastinya menggentarkan pasukan lawan.

Jelasnya, berdasarkan persiapan yang telah dilakukan setakat ini, beliau yakin Kedah mampu mencipta sesuatu kejutan musim ini.

"Bagaimanapun, kami akur dengan saingan sengit yang bakal dihadapi nanti, misalnya pasukan Polis Diraja Malaysia yang turut berbelanja besar musim ini untuk mendapatkan pemain berkualiti di samping mendapat mendapat sentuhan bekas legenda bola sepak negara, Dollah Salleh.

"Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga perlu diberi perhatian. Kesemua pasukan ini juga pastinya berazam untuk untuk berada dalam kelompok teratas liga selain layak ke Liga Super," katanya.

Tok Gajah makin digeruni

Posted:

Tok Gajah makin digeruni

Tok Gajah makin digeruni

Oleh M. RIZAL NOR
sukan@kosmo.com.my


TENGKU ABDUL RAHMAN (berdiri, tengah) bergambar bersama barisan pemain Pahang pada majlis penajaan antara PBNP dan PUMA di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PENAMPILAN Pahang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat dan penyokong setia skuad Tok Gajah itu.

Bukan sahaja penyokong sendiri, malah tidak keterlaluan jika dikatakan Pahang kini menjadi tumpuan seluruh peminat dan pemerhati sukan bola sepak tanah air.

Ia bersandarkan reputasi Pahang yang muncul selaku juara Piala Malaysia musim lalu.

Malam ini, Pahang akan membuka kempen 2014 dengan berdepan juara Liga Super, Lions XII di Stadium Darul Makmur, Kuantan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Turun dengan status juara Piala Malaysia 2013, skuad Tok Gajah pastinya mahu melakar permulaan bergaya, sekali gus membuktikan betapa mereka wajar diberi perhatian pasukan lawan.

Atas kertas, Pahang yang kini dibimbing jurulatih baharu, Ronald Smith memiliki kelebihan kerana beraksi di gelanggang sendiri, tambahan pula mendapat sokongan padu daripada penyokong dan peminat ultras mereka - Elephant Army.

Bagaimanapun, pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh tidak mahu bermegah dengan status juara Piala Malaysia kerana ia kini menjadi sejarah, malah mereka perlu melipat gandakan usaha untuk mengekalkan kejuaraan tersebut.

"Usaha untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia amat susah kerana pasukan lain pasti berusaha untuk merampasnya daripada kami.

"Apa yang penting adalah semua pemain harus bermain dengan baik dan mempamerkan aksi yang mantap dalam setiap perlawanan sejak awal hingga penghujung musim," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, Tok Gajah tidak mengeluarkan belanja yang besar untuk membentuk pasukan musim ini kerana majoriti tonggak musim lalu masih dikekalkan.

"Kita hanya membawa masuk dua pemain import iaitu penyerang dari Nigeria yang juga bekas pemain Kelantan, Dickson Nwakaeme serta Zeshan Rehman (pertahanan) dari Pakistan.

"Kita turut mengambil dua pemain dari skuad Piala Presiden iaitu Muhammad Saufi Mohd. (penjaga gol) menggantikan Mohd. Rosfaizul Azuar Ali dan penyerang, Mohd. Shafie Zahari bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohd. Hazuan Mohd. Daud yang berhijrah ke PDRM.

"Saya yakin semua pemain yang berada dalam skuad Tok Gajah musim ini mampu mempamerkan mutu permainan yang baik untuk kembali memartabatkan maruah bola sepak Pahang," jelasnya.

Dalam persiapan menjelang musim Liga M 2014, Pahang mengharungi enam siri perlawanan persahabatan termasuk 'berkampung' di Hong Kong.

Dalam tiga aksi persahabatan di Hong Kong, anak-anak buah Smith gagal meraih keputusan yang baik apabila mengalami dua kekalahan dan satu seri.

Selain itu, Pahang tewas 1-2 kepada Selangor PKNS dan menang dua kali iaitu ketika menentang UiTM FC 4-1 dan PDRM 3-0.

Sementara itu, Presiden Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata, buat masa ini pihaknya hanya menawarkan kontrak selama tiga bulan bermula Januari hingga Mac ini kepada Smith untuk bergandingan dengan penolong jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

"Kita bukan tidak yakin dengan kemampuan Smith, namun PBNP mahu melihat kemampuan beliau mengendalikan skuad Tok Gajah.

"Sekiranya beliau berkhidmat dengan cemerlang, barulah kita akan meneruskan khidmatnya dengan syarat tertentu," katanya.

Smith pula mengakui menggalas tugasan berat kerana membimbing pasukan yang kini tampil dengan reputasi sebagai juara Piala Malaysia.

"Saya baru saja bersama Pahang dan masih banyak perkara yang saya perlu lihat dan kaji untuk membentuk satu pasukan yang mantap.

"Pada masa sama, saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan oleh PBNP dan berharap agar semua pihak sama ada pihak pengurusan, pegawai, pemain dan penyokong dapat memberi kerjasama yang baik kepada saya," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kecelaruan personaliti punca vandalisme

Posted:

Kecelaruan personaliti punca vandalisme

Kecelaruan personaliti punca vandalisme

INDIVIDU yang menconteng dinding bangunan dikatakan mengalami kecelaruan personaliti.


PERBUATAN vandalisme atau merosakkan harta awam bukan satu fenomena yang aneh dalam konteks masyarakat kita.

Pastinya, kita sendiri sudah terbiasa dengan keadaan telefon awam tidak dapat digunakan kerana dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Begitu juga dengan perbuatan menconteng tandas awam, atau mencuri kemudahan awam lain. Ia bukan hal pelik, khususnya bagi mereka yang hidup di bandar.

Bagaimanapun, perbuatan merosakkan 25 unit kedai di sekitar Kota Kinabalu, Sabah beberapa hari lalu menimbulkan persoalan yang sukar untuk dijelaskan. Berdasarkan laporan awal, ia dilakukan oleh sekumpulan remaja dengan menggunakan senapang angin.

Sehingga artikel ini ditulis, belum dapat dipastikan sama ada remaja tersebut merupakan ahli kumpulan penjenayah atau pelampau bertujuan bagi menakutkan orang awam atau sekadar suka-suka.

Motif

Namun, secara psikologinya setiap perbuatan manusia ini dilakukan dengan motif tertentu. Inilah yang cuba dibincangkan oleh pengkaji psikologi. Manusia melakukan sesuatu kerana mereka ingin mendapatkan perhatian atau mencapai matlamat tertentu.

Manusia normal tidak melakukan sesuatu tindakan tanpa mempunyai sebarang motif. Contohnya, kita tidak pergi ke sesuatu tempat tanpa mempunyai sebarang matlamat.

Matlamat ini mungkin kecil, misalnya sekadar bersiar-siar atau bertemu seseorang.

KAJIAN menunjukkan individu berpersonaliti pelik dapat dikesan ketika berumur 10 tahun. - Gambar hiasan


Bagaimanapun, terdapat juga hal-hal yang sukar dijelaskan secara logik, terutama bagi individu yang tidak mempunyai personaliti normal.

Mereka yang melakukan perbuatan vandalisme misalnya, dikatakan mempunyai kecelaruan personaliti. Mereka juga adakalanya dikaitkan dengan beberapa tindakan tidak rasional yang lain seperti melakukan tindakan jenayah atau menyakitkan individu lain.

Bahkan, kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa personaliti pelik seumpama ini dapat dikesan sejak berumur 10 tahun dan biasanya tabiat itu mungkin dibawa sehingga ke peringkat dewasa.

Di kawasan rumah pangsa yang didiami oleh pelbagai jenis manusia, kita akan melihat fenomena ini dilakukan oleh kanak-kanak. Mereka menconteng dinding bangunan, merosakkan kemudahan tertentu, malah ada yang membuang najis di laluan awam.

Ia seperti satu keadaan yang tidak rasional, tetapi biasa berlaku terutama oleh kanak-kanak yang kita anggap sebagai masih mentah.

Personaliti antisosial seperti ini tidak boleh dianggap sebagai hal biasa. Ibu bapa khususnya, perlu bertanggungjawab untuk memerhatikan anak-anak kecil mereka. Jangan dianggap ia sebagai tingkah laku biasa anak-anak.

Kecelaruan personaliti

Ini kerana, mereka yang melakukan tindakan janggal sebegini mungkin mengalami kecelaruan personaliti menyebabkan tingkah laku pelik ini terbawa-bawa sehingga dewasa.

Dikatakan mereka yang mempunyai kecelaruan personaliti ini, besar kemungkinan akan terlibat dengan pelbagai masalah sosial lain ketika dewasa.

Mereka gembira dengan apa yang mereka lakukan bagi menunjukkan 'keunikan' diri mereka sedangkan hakikatnya, apa yang dilakukan itu ialah sesuatu yang pelik dalam norma masyarakat.

Dalam kes merosakkan sejumlah kedai di sekitar Kota Kinabalu, kumpulan remaja ini mungkin sekadar 'suka-suka' bagi menimbulkan ketakutan kepada orang awam.

Mereka cuba menunjukkan bahawa mereka adalah manusia unik yang mampu melakukan hal yang tidak dilakukan oleh orang lain. Mereka juga berasa 'ghairah' sekiranya dicari oleh pihak berkuasa yang menjadikan mereka seolah-olah seperti hero.


INDIVIDU yang mengalami kecelaruan personaliti berkemungkinan besar akan terlibat dengan pelbagai masalah sosial apabila dewasa. - Gambar hiasan


Walaupun kejadian merosakkan kedai ini tidak melibatkan nyawa manusia, tetapi ia mesti ditangani. Kebiasaannya hobi yang aneh seperti ini akan membiak dan menular, khususnya kepada kumpulan remaja tertentu.

Mereka akan berasa gembira sekiranya ada orang bercakap-cakap mengenai mereka atau ada orang yang berasa takut dengan apa yang mereka lakukan.

Dalam psikologi, fenomena seperti ini dikenali sebagai boomerang effect, yakni semakin dilarang maka semakin seronok seseorang itu melakukannya.

Kebanyakan kes hobi aneh yang berlaku di negara kita seperti kes simbah asid atau membakar motosikal beberapa tahun lalu, biasanya dilakukan untuk mendapatkan keseronokan.

Ia dilakukan oleh manusia pelik yang bercelaru personalitinya. Semakin dibualkan, ia kemudiannya menjadi satu trend baharu pula. Mereka boleh mengubah cara dan sifat kerosakan. Bagaimanapun, apa yang mereka lakukan ialah untuk mendapatkan kepuasan.

Mengapa pula ia dilakukan secara berkumpulan? Sebenarnya, manusia yang aneh ini biasanya mempunyai kelompok rakan sebaya yang mempunyai minat dan personaliti yang sama. Kebimbangan orang lain itulah yang mungkin menjadi keseronokan individu pelik ini.

Sebagai ahli masyarakat, jangan cepat panik dan percaya dengan khabar angin. Berilah pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka. Percayalah, manusia pelik ini ada di mana-mana sahaja.

Menu baharu The Chicken Rice Shop

Posted:

Menu baharu The Chicken Rice Shop

Menu baharu The Chicken Rice Shop


KAH LIN (dua dari kanan) bersama Chef Ismail (dua dari kiri) menarik reben sebagai tanda perasmian hidangan istimewa Tahun Baru Cina di restoran The Chicken Rice Shop di Kuala Lumpur baru-baru ini.


BAGI menghangatkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang akan diraikan pada 31 Januari ini, rangkaian restoran halal keluarga, The Chicken Rice Shop (TCRS) memperkenalkan menu istimewa untuk para pelanggan.

Dinamakan sebagai Golden Treasure Chicken, sajian ini pasti mampu memikat selera pelanggan. Ia diperap menggunakan herba dan rempah-ratus tradisional sebelum dipanggang di dalam kerajang aluminium.

Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurant Sdn. Bhd., Wong Kah Lin berkata, menu berasaskan ayam merupakan hidangan wajib dalam meraikan Tahun Baru Cina kerana ia melambangkan penyatuan dan berkumpul bersama keluarga.

"Oleh itu, saya percaya Golden Treasure Chicken adalah satu hidangan paling ideal untuk perayaan ini dan ia amat sesuai dinikmati bersama menu signatur nasi ayam di TCRS," ujar Kah Lin pada majlis memperkenal menu baharu tersebut di TCRS The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Sajian ini boleh didapati dalam bentuk ala carte berharga RM11.88 untuk dua ketul ayam. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih set Prosperity sama ada untuk hidangan seorang (RM17.88), dua orang (RM43.88) atau empat orang bernilai RM76.88.

Setiap set Prosperity dilengkapi dengan kerabu mangga, nyonya pai tee, sup bebola ikan, pak choy bersos tiram dan air minuman dragon fizz.

Pada majlis itu, buku panduan Visit The Chicken Rice Shop 2014 Passbook turut dilancarkan. Buku itu memaparkan fakta-fakta menarik mengenai kuisin dan kulinari warisan Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.


SAJIAN Golden Treasure Chicken menggunakan herba dan rempah-ratus tradisional.


Tidak ketinggalan, buku panduan tersebut menawarkan kupon diskaun bulanan untuk pelanggan menikmati pelbagai menu autentik kegemaran ramai di TCRS. Buku ini boleh didapati secara percuma di semua rangkaian restoran TCRS.

Sementara itu, Duta TCRS, Datuk Chef Ismail Ahmad memberitahu, bagi tahun 2014, beliau sudah mempunyai senarai resipi baharu yang dicipta untuk diperkenalkan di rangkaian restoran tersebut.

"Insya-Allah, pada penghujung Februari, TCRS akan tampil dengan menu ini yang tidak boleh saya umumkan sekarang. Tunggu sahaja jemputan pelancaran menu itu kelak," ujar Chef Ismail yang sudah lapan tahun bergelar duta dalam membawa jenama TCRS.

Buat masa ini, TCRS mempunyai 59 cawangan di seluruh negara serta dua di Singapura dan Taiwan serta tiga di Filipina. Pada Januari ini, dua cawangan baharu di Seremban, Negeri Sembilan dan Miri, Sarawak akan dibuka. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Giant tawar peluang pekerjaan

Posted:

Giant tawar peluang pekerjaan

Giant tawar peluang pekerjaan


DARI KIRI: Pengurus Besar Pembangunan Modal Insan GCH Retail, Azmin Abdul Aziz dan Norine menyerahkan replika cek bernilai RM500,000 kepada ahli lembaga amanah Yayasan MyKasih, Siti Khairon Shariff dan Pengarah Urusan Yayasan MyKasih, Jeffrey Perera.


PRIHATIN dengan nasib sesetengah keluarga berpendapatan rendah, GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. (GCH Retail), pemilik rangkaian pasar raya besar Giant meluaskan bantuan program MyKasih dengan menawarkan peluang pekerjaan dan latihan kepada yang memerlukan.

MyKasih merupakan program kebajikan pengagihan bantuan tanpa tunai yang membolehkan penerima bantuan membeli barangan keperluan harian melalui MyKad mereka mengikut had nilai yang telah ditetapkan.

Menerusi penawaran tersebut, Giant memberikan ruang kepada orang ramai untuk bekerja di bawah syarikat gergasi ini untuk memperbaiki taraf hidup.

Menurut Pengurus Pemasarannya, Norine Erica Majaman, program tersebut dianjurkan bagi mendorong masyarakat Malaysia untuk menjadi lebih berdikari.

"Kami berharap peluang pekerjaan ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah mengecapi kehidupan lebih baik tanpa perlu bergantung kepada sumbangan kebajikan," jelasnya.

Norine memberitahu, beberapa siri temu duga telah diadakan di tiga pasar raya besar Giant.

"Kami mengadakan sesi temu duga di Giant Puchong, Batu Caves dan Cheras. Kira-kira lapan orang pemohon MyKasih daripada jumlah keseluruhan 40 yang ditemu duga telah ditawarkan pekerjaan mengikut kemahiran masing-masing.

"Kesemua mereka telah mula bekerja dan ditempatkan di cawangan Giant yang terdekat dengan kediaman mereka," jelasnya.

Bagaimanapun, Norine berkata, permohonan lain masih dalam proses untuk pengagihan.

Bagi memudahkan pemohon, Giant turut menyediakan latihan kepada mereka yang berjaya dalam temu duga tersebut.

Sehingga kini, Giant menawarkan peluang pekerjaan sepenuh masa dan separuh masa untuk bahagian juruwang, pekerja di kedai roti, pengawal keselamatan, pegawai teknologi maklumat dan pembancuh air.

Mereka yang berjaya diberikan gaji bulanan antara RM900 sehingga RM2,500.

Selain itu, manfaat lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Undang-undang dan Amalan Keselamatan Sosial dan kelayakan perubatan turut diberikan.

Pengerusi Yayasan MyKasih, Dr. Ngau Boon Keat, turut berterima kasih kepada pihak Giant atas keprihatinan yang diberikan kepada ahli MyKasih.

Dalam pada itu, Giant antara rakan niaga terawal yang menjalankan kerjasama bersama Yayasan MyKasih dengan memberikan bantuan makanan kepada golongan berpendapatan rendah.

Terdahulu, Giant turut menyumbangkan dana sebanyak RM500,000 kepada Yayasan MyKasih sebagai tanda sokongan membantu misi bantuan makanan dan pendidikan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Yingluck mahu pengundi singkirkannya menerusi undi

Posted:

Yingluck mahu pengundi singkirkannya menerusi undi

Yingluck mahu pengundi singkirkannya menerusi undi

REUTERS
SEKUMPULAN penunjuk perasaan berarak ke beberapa buah bangunan kerajaan di Bangkok semalam.


BANGKOK - Perdana Menteri sementara Thailand, Yingluck Shinawatra semalam menggesa para penunjuk perasaan menyatakan kemarahan mereka terhadap beliau melalui peti undi dan menegaskan bahawa pilihan raya merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan krisis politik di negara itu yang semakin meruncing.

Yingluck berkata demikian selepas membuat satu perjumpaan bagi membincangkan cadangan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya negara ini yang mahu pilihan raya umum yang dijadualkan pada Februari depan ditangguhkan.

Bagaimanapun, wakil parti-parti pembangkang termasuk para pegawai suruhanjaya berkenaan tidak menghadiri perbincangan tersebut.

"Sekiranya rakyat tidak suka dengan kerajaan ini, mereka boleh keluar dan mengundi," katanya.

Kumpulan penunjuk perasaan antiYingluck masih meneruskan kempen untuk melumpuhkan Bangkok yang memasuki hari ketiga semalam.

Para penunjuk perasaan itu berkumpul dan menutup laluan utama ke bandar raya ini.

Ketegangan juga semakin meningkat semalam apabila dua penunjuk perasaan cedera ditembak lelaki bersenjata yang tidak dikenali, manakala satu letupan kecil menggegarkan kediaman milik salah seorang pemimpin pembangkang.

Tunjuk perasaan yang bermula pada Isnin lalu itu bertujuan mendesak Yingluck meletakkan jawatan, manakala sebuah kerajaan sementara dibentuk untuk melaksanakan pembaharuan bagi menamatkan rasuah dan politik wang di Thailand.

Para penunjuk perasaan juga mahu menggagalkan pilihan raya umum yang diumumkan oleh Yingluck pada 2 Februari depan kerana bimbang pemimpin yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra itu kembali berkuasa.

Para penunjuk perasaan yang diketuai Suthep Thaugsuban yang juga bekas timbalan perdana menteri itu menuduh Yingluck menjadi boneka kepada Thaksin yang juga abangnya.

Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 selepas kerajaannya didakwa melakukan penyalahgunaan kuasa. - AFP

52 maut serangan bom di Iraq

Posted:

52 maut serangan bom di Iraq

52 maut serangan bom di Iraq


REUTERS
GAMBAR menunjukkan salah satu lokasi serangan bom kereta di Baghdad semalam.


BAGHDAD - Satu siri serangan bom di bandar raya ini dan sebuah kampung dekat bandar Baquba, utara Iraq telah menyebabkan sekurang-kurangnya 52 orang maut semalam, kata sumber polis dan hospital.

Polis berkata, insiden paling berdarah melibatkan sebutir bom meletup di dalam sebuah khemah yang sarat dengan orang ramai pada majlis pengebumian seorang anggota militia prokerajaan.

Anggota militia itu meninggal dunia tiga hari lalu.

Serangan di kampung Shatub, selatan Baquba itu menyebabkan 18 orang maut dan mencederakan 16 yang lain.

Dalam pada itu, sebanyak enam bom kereta meletup di seluruh bandar raya ini semalam dengan kebanyakan serangan berlaku di daerah yang dihuni penduduk Syiah.

Menurut polis dan beberapa pegawai perubatan, seramai 34 orang terbunuh, manakala 71 lagi cedera dalam serangan itu.

Kejadian itu berlaku selepas beberapa serangan yang menyebabkan 24 orang maut kelmarin selain serangan terancang di jejambat sebuah lebuh raya dan sebuah balai polis dekat Falluja.

Keganasan di Iraq meningkat pada tahap tertinggi selepas dua tahun tentera Amerika Syarikat keluar dari negara ini.

Iraq pernah dilanda keganasan dahsyat pada pada tahun 2006 hingga 2007 yang melibatkan pertempuran antara penduduk Syiah dengan Sunnah.

Tempoh tersebut menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang telah terbunuh. - Reuters

Warga AS ditangkap cuba seludup dokumen pesawat F-35

Posted:

Warga AS ditangkap cuba seludup dokumen pesawat F-35

Warga AS ditangkap cuba seludup dokumen pesawat F-35


GAMBAR fail menunjukkan sebuah pesawat F-35.


WASHINGTON - Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengemukakan pendakwaan ke atas seorang individu berketurunan Iran-AS kerana cuba menghantar dokumen sulit berhubung jet pejuang F-35 ke Iran, menurut kertas pertuduhan.

Pihak berkuasa memberitahu, Mozaffar Khazaee didakwa cuba menyeludup keluar beribu-ribu muka surat pelan cetakan dan dokumen teknikal F-35.

Dia ditangkap pada minggu lalu.

Beberapa ejen AS memeriksa satu penghantaran yang menggunakan kapal laut ke bandar Hamadan di Iran yang didakwa Khazaee yang berusia 59 tahun itu mengandungi barangan dalam rumah.

Bagaimanapun, mereka menemui beberapa kotak dokumen termasuk panduan teknikal sulit, kertas spesifikasi dan bahan-bahan lain berkaitan program dan enjin jet pejuang F-35 milik Tentera Udara AS.

Khazaee ditangkap pada 9 Januari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark di New Jersey sebelum dia menaiki sebuah penerbangan menuju ke bandar raya Frankfurt di Jerman sebelum tiba di Iran.

Dia yang menjadi rakyat AS pada 1991 boleh dihukum penjara 10 tahun jika didapati bersalah. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lapan cubaan eksport ikan dilarang ke Singapura - LKIM

Posted:

Lapan cubaan eksport ikan dilarang ke Singapura - LKIM

Lapan cubaan eksport ikan dilarang ke Singapura - LKIM

16/01/2014 10:08pm

LEDANG - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor mengesan lapan kes cubaan mengekport sembilan spesies ikan yang dilarang dibawa keluar dari negara ini melalui dua pintu masuk ke Singapura, sejak peraturan itu

dikuatkuasakan pada 1 Januari lepas.

Timbalan Pengarah LKIM Johor, Khairunisa Omar berkata, kelapan - lapan kes itu dikesan pasukan petugas di Pusat Kuarantin Pertanian dan Perikanan (Maqis) di Tambak Johor dan Laluan Kedua (Linkedua).

"Kerajaan sebelum ini telah menguatkuasakan larangan mengeksport sembilan jenis ikan bermula 1 sehingga 28 Januari ini bagi memastikan bekalannya mencukupi menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

"Berikutan kes ini kita akan pertingkatkan lagi kawalan dengan melakukan

pemeriksaan rapi terhadap setiap kotak ikan yang hendak dibawa keluar dari negara ini bagi memastikan mereka yang terlibat mematuhi peraturan itu," katanya. - Bernama

Ambil tindakan tegas terhadap individu halang guru bertudung - Wanita UMNO

Posted:

Ambil tindakan tegas terhadap individu halang guru bertudung - Wanita UMNO

Ambil tindakan tegas terhadap individu halang guru bertudung - Wanita UMNO

16/01/2014 10:03pm

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari meminta pihak berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang dilapor menghalang seorang guru mualaf daripada bertudung di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kota Tinggi, Johor.

Beliau berkata, individu itu tidak berhak menghalang guru berkenaan daripada memakai tudung ketika hari persekolahan.

"Beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang cikgu berkenaan memakai tudung atau berhijab kerana apabila seorang wanita Islam memilih untuk memakai tudung, itu merupakan hak kebebasan individu berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hak kebebasan individu adalah termasuk di tempat kerja selagi tidak melanggar tatasusila dan adab seorang Islam.

"Hak ini juga telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sentimen serupa disuarakan Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO, Mohd. Rafiq Naizamohideen, yang mahu Kementerian Pendidikan bertindak tegas terhadap individu berkenaan.

"Maklumat yang diterima ialah Pejabat Pendidikan Kota Tinggi telah memindahkan guru itu ke sekolah lain selain membawanya untuk membuat laporan polis," katanya. - Bernama

10,000 premis makanan di Pulau Pinang belum daftar dengan Jabatan Kesihatan

Posted:

10,000 premis makanan di Pulau Pinang belum daftar dengan Jabatan Kesihatan

10,000 premis makanan di Pulau Pinang belum daftar dengan Jabatan Kesihatan

16/01/2014 9:57pm

GEORGE TOWN - Sebanyak 10,000 premis makanan di Pulau Pinang belum mendaftar dengan Jabatan Kesihatan walaupun telah diminta berbuat demikian.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Negeri, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, sejak 2009, hanya 6,715 premis makanan yang berdaftar dengan jabatan itu.

Menurut Ku Nafishah, setiap pengusaha makanan diwajib mendaftar premis makanan mereka dan kegagalan berbuat demikian disenaraikan mengikut 24 kesalahan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang menetapkan kompaun maksimum RM5,000.

"Pendaftaran ini bagi membolehkan pemantauan berkala dapat dilakukan

terhadap premis terlibat untuk memastikan mereka mengikut prosedur kebersihan penyediaan makanan ditetapkan," katanya.

Bagi memudahkan proses pendaftaran itu, beliau berkata pihaknya membuka

kaunter pendaftaran sementara pada hari bekerja di Tingkat Tiga, Kompleks Tun Razak (Komtar) sehingga 23 Januari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Rancang tiga tahun lagi

Posted:

Rancang tiga tahun lagi

Rancang tiga tahun lagi

SUKI memberitahu, dia dan suami sepakat untuk hanya mempunyai cahaya mata dalam tempoh tiga tahun mendatang.


MENJADI satu perkara biasa bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga, perkara paling utama yang diimpikan pastinya ingin memiliki anak memandangkan ia merupakan anugerah yang tidak ternilai.

Namun begitu, tidak semua pasangan yang berkahwin mempunyai pemikiran yang sama. Bagi penyanyi Suki Low Sook Yee, 24, untuk mempunyai cahaya mata sendiri sebenarnya masih belum ada dalam perancangannya bersama suami, Jeremy Chong.

Alasan Suki yang berkahwin pada 12.12.12 yang lalu, dia ingin fokus kepada kerjaya terlebih dulu.

Berkesempatan bertemu dengan penyanyi kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu, ternyata dia sudah dapat menghidu persoalan yang bakal diajukan kepadanya.

Hadir bersama suami tercinta dalam sebuah majlis pada minggu lalu, Suki hanya ketawa apabila diajukan pertanyaan mengenai anak.

"Saya memang dapat jangka ini merupakan soalan yang ingin ditanyakan kepada saya. Tidak dinafikan sudah ramai yang bertanya mengenai perkara ini memandangkan sudah agak lama saya berkahwin.

"Bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan buat masa sekarang saya masih lagi tidak bersedia mempunyai anak kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama suami serta karier," tuturnya.

Tidak kisah untuk menceritakan lebih lanjut berkenaan cahaya mata, Suki menyatakan, sebagai seorang isteri dia memang ingin memiliki zuriat sendiri. Cuma, ketika ini dia beranggapan ia belum masa yang yang sesuai lagi buat dia dan suami.

Mengakui dia dan suami sebenarnya sudah mempunyai perancangan tersendiri berkenaan hal tersebut, Suki mendedahkan, mereka sudah berbincang dan sepakat untuk memperoleh anak dalam tempoh tiga tahun lagi.

"Hasil perbincangan saya dan suami, kami mengambil keputusan memiliki anak sendiri dalam tempoh tiga tahun lagi. Semua ini dilakukan agar memastikan saya dapat terus fokus dengan karier nyanyian yang semakin berkembang sekarang.

"Sekiranya ditakdirkan mendapat cahaya mata nanti, mungkin saya akan berehat seketika daripada dunia nyanyian sama ada satu atau dua tahun. Selepas itu, barulah saya akan kembali semula menyanyi," jelasnya mengenai perancangan yang ingin dilakukannya itu.

Dalam pada itu, penyanyi tersebut meluahkan rasa gembiranya terhadap perkembangan kerjayanya sebagai artis sepanjang lapan tahun lantaran sokongan yang diberikan peminat selama ini.

Menurut Suki, pembabitannya dalam dunia nyanyian dengan merakamkan lagu-lagu berbahasa Melayu ternyata membuahkan hasil dan kebanyakan lagu nyanyiannya mendapat sambutan yang baik.

"Ketika ini saya sedang sibuk mempromosikan single berjudul Untuk Kamu yang kini selalu disiarkan di stesen-stesen radio, malah maklum balas yang diterima sangat memberangsangkan.

"Berkenaan dengan album pula, secara jujurnya saya lebih selesa menghasilkan single sahaja sekarang. Mungkin kalau sudah banyak single yang saya hasilkan, barulah ia akan dikumpulkan untuk dijadikan album," ujarnya.

Jelasnya, sebagai seorang penyanyi berketurunan Cina, dia juga mengimpikan untuk merakamkan lagu-lagu berbahasa Mandarin dan ia merupakan salah satu perkara yang menjadi perancangannya pada masa akan datang.

Kecewa

Lumrah menjadi anak seni, impian mengembangkan lagi karier nyanyian sehingga ke peringkat antarabangsa, bukan perkara mustahil. Namun hal itu tergendala bagi Suki apabila bekas syarikat rakamannya, Galaxy Music Sdn. Bhd. tidak memenuhi tuntutan kontrak yang telah mereka persetujui.

Antara isi kontrak tersebut ialah memasarkan diri dan produknya ke pasaran China, Taiwan dan Hong Kong tidak dilaksana.

Apabila kontroversi dengan bekas syarikat tersebut diheret sehingga ke mahkamah, akhirnya nasib lebih memihak kepada dirinya apabila Galaxy Music diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM367,575 kepada penyanyi berkenaan pada tahun 2012.

Sewaktu ditanya sama ada syarikat itu sudah membayar jumlah ganti rugi seperti yang diarahkan mahkamah, Suki dengan nada kecewa menyatakan, dia masih belum mendapat sebarang bayaran sehingga kini.

"Ia sesuatu yang sangat mengecewakan memandangkan keputusan telah memihak kepada saya sebelum ini. Lagipun, saya tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan syarikat berkenaan sudah ditutup.

"Saya tidak pasti untuk terus membawa kes ini ke mahkamah semula atau sebaliknya dan seboleh-bolehnya tidak mahu perkara sebegini akan menjejaskan tumpuan terhadap karier saya pula," ujarnya.

Walaupun syarikat berkenaan kini sudah berkubur, Suki menyatakan hasratnya untuk terus melebarkan sayap ke luar negara tidak pernah terhenti dan berharap impiannya untuk mengembangkan kariernya di China, Taiwan dan Hong Kong akan direalisasikan.

Tahun Baru Cina

Sempena dengan kehadiran Tahun Baru Cina yang akan hadir tidak lama lagi, Suki turut ditanya tentang persiapan bersama suami serta sambutan mereka yang jatuh pada tahun kuda.

Jelas Suki, persiapan yang dilakukan hanya sederhana dan pada tahun ini mereka akan menyambutnya di kampung kelahirannya di Seremban, Negeri Sembilan.

"Berkemungkinan besar kami akan pulang ke kampung saya satu atau dua hari sebelum Tahun Baru Cina dan akan menyambutnya bersama ahli keluarga yang lain selama empat hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur semula.

"Sebelum ini, kami akan meraikannya di rumah keluarga suami di Pulau Pinang, tetapi kali ini mereka tidak menyambut Tahun Baru Cina memandangkan salah seorang ahli keluarga terdekat mereka telah meninggal dunia baru-baru ini," ujarnya.

Ujarnya, dia tidak dapat mengambil cuti dalam tempoh yang agak lama kerana terikat dengan komitmen kerja, termasuk bakal membuat persembahan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat nasional yang berlangsung di Taiping, Perak pada 8 Februari ini.

Aznil beri pendapat, bukan mengkritik

Posted:

Aznil beri pendapat, bukan mengkritik

Aznil beri pendapat, bukan mengkritik

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


JURI Mimbar Pencetus Ummah, dari kiri: Ustaz Kazim Elias, Habsah Omar (Abby Fana), Datuk Hassan Mahmud dan Datuk Aznil Nawawi.


BARU-BARU ini, pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Aznil dikritik hebat kerana penglibatannya sebagai juri dalam sebuah program realiti dakwah, Mimbar Pencetus Ummah (MPU).

Pada malam tersebut, Aznil dikatakan mengkritik salah seorang peserta final MPU iaitu PU Shahul.

Aznil pada penjuriannya mencadangkan agar tazkirah yang disampaikan PU Shahul diselang-seli dengan nada yang berbeza bagi memberi variasi di dalam ucapan, bukan menjerit dengan cara yang garang dan marah, walaupun ceritanya menarik iaitu tentang Rasulullah.

Tambahnya memberi pendapat, sepatutnya diberikan satu sisi yang lembut juga, bukan keras sepanjang masa.

Seandainya orang yang baru ingin mendekatkan diri dengan Islam, mungkin mereka akan rasa takut dengan pendekatan tersebut.

Ekoran itu, kebanyakan pengikut PU Shahul membidas komen yang dilontarkan kerana merasakan Aznil tidak layak untuk berkata sedemikian kepada peserta yang telah 15 tahun terlibat dalam pendakwahan.

Bagaimanapun, Aznil tidak cepat melatah dan mempunyai jawapan tersendiri dengan mengatakan, dia hanya memberi pendapat berdasarkan pengalaman diri yang telah 24 tahun berada dalam industri.

Jelas Aznil, tugasnya sebagai juri adalah untuk memberi penjelasan tentang cara penyampaian peserta kepada khalayak umum yang pelbagai. Namun, tidak sama sekali dia menyentuh isi tazkirah yang disampaikan.

Ikuti temu ramah Kosmo! bersama Aznil yang ditemui ketika majlis pelancaran program Lagi Riuh Macam-macam Aznil di Finas, Kuala Lumpur.

Kosmo!: Bolehkah Aznil komen tentang kritikan yang dilemparkan kepada anda. Apakah pendapat anda?

AZNIL: Saya hanya memberi komen tentang pengucapan awam. Sebagai seorang yang telah mempunyai pengalaman dalam bidang ini selama 24 tahun, saya ingin curahkan ilmu yang ada dalam diri. Bukan niat saya untuk menjadi riak dengan ilmu yang ada dan tidak mahu menerima teguran. Saya rasa sebagai orang yang berpengalaman, saya tahu mana teguran dan tohmahan. Namun, saya anggap ini semua satu cabaran buat diri saya sahaja.

Jadi, apakah tugas anda dalam program MPU sebenarnya?

Saya ditugaskan bukan sebagai pengkritik, sebaliknya sebagai salah seorang juri. Tolong jangan samakan Pencetus Ummah, AF serta Maharaja Lawak. Di MPU, tugas juri adalah sebagai pembina ilmu pendakwah baharu.

Sebagai pembina ilmu, saya memegang disiplin pengucapan awam. Pada saya, yang terasa ialah pengikut serta peminat PU Shahul. Ini kerana mereka rasa saya mengkritik walhal ia tidak sama sekali. Sebagai seorang pendakwah, dia harus menakluki dunia. Justeru, dia harus hilangkan persepsi beberapa negara luar yang menganggap Islam itu agama pengganas. Saya cuma mencadangkan sahaja dan bukan mengkritik. Saya beritahu, mungkin pada masa yang akan datang boleh gunakan cara yang berbeza, wallahualam.

Adakah sebelum menjadi juri, anda sudah bersedia dengan komen-komen orang yang akan mengkritik anda?

Saya memang sudah tahu dan saya juga sedar tanggungjawab saya. Saya inginkan kemajuan dalam penyebaran syiar Islam. Saya mahu lihat pendekatan yang baharu seperti yang sedia ada.

Islam itu relevan pada setiap masa, umat manusia serta ilmu. Jadi mengapa kita tidak relevankan pendekatan kita dengan cara yang pelbagai. Kita tidak boleh hanya berucap pada satu skala sahaja, malah kita perlu punya variasi dan fleksibel kerana setiap orang berbeza. Bagi saya, jika saya ingin menjadi seorang Islam yang baik, saya perlu sebarkan ilmu yang saya ada dalam diri. Adalah tidak manfaat jika Tuhan berikan ilmu dan saya tidak kongsikan pada orang lain. Pada mula saya dijemput, saya kata Insya-Allah dan dengan izin Tuhan juga saya berada di sana. Mengapa perlu pertikaikan kerja baik? Bagi saya tiada yang negatif pada awalnya. Program itu juga merupakan gedung ilmu dan saya ingin turunkan ilmu saya. Apa yang pasti, tidak sama sekali saya menyentuh pengisian yang disampaikan oleh PU.

Mungkin pengikut PU Shahul tidak berpuas hati kerana merasakan dia sudah punya pengalaman selama 15 tahun dan diberi pula komen sedemikian?

Saya tahu latar belakang PU Shahul. Dia juga masuk program untuk menjadi yang lebih baik dan begitu juga niat saya. Mungkin dahulu khalayaknya berbeza tapi kini dia sudah dipancarkan dalam televisyen. Maka, khalayak dan sasaran dakwahnya sudah berubah. Jika begitu, dia perlu terima pembelajaran ini kerana saya sudah punya pengalaman itu. Saya tahu bagaimana untuk memperbesarkan PU Shahul kerana dia punya potensi dan ilmu yang tinggi. Jika caranya digabungkan dengan cara kontemporari, mungkin pengikutnya lebih ramai dan ini dikatakan dakwah.

Adakah PU Shahul berjumpa anda tentang perkara ini?

Tidak perlu berjumpa pun. Saya yakin saya lakukan tugas saya ini bukannya untuk riak namun untuk menambah baik.

Adakah selepas ini akan berasa serik untuk turut serta dalam program berdakwah atau seumpama ini?

Saya pandang cabaran dan dugaan yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW lebih besar daripada apa yang saya terima ini. Jika hanya dengan kata-kata begini saya mengaku kalah, maka rugi saya berada di dalam auditorium tersebut dan sepanjang hidup saya untuk mendengar cerita Rasulullah. Jika saya mengaku kalah, makanya saya bukanlah seorang muslimin yang baik kerana tidak menjalankan tanggungjawab saya untuk menyebarkan lagi dakwah dan syiar Islam.

RM5 juta tidak dikira pendapatan - Shila

Posted:

RM5 juta tidak dikira pendapatan - Shila

RM5 juta tidak dikira pendapatan - Shila

Oleh IZWAN MOHD. ISA

FIGURA ini tetap tabah walaupun dilanda pelbagai kontroversi.


BARU-BARU ini, nama penyanyi yang pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, Shila Amzah, 24, telah disenaraikan oleh sebuah akhbar sebagai antara lima selebriti wanita Malaysia yang menerima pendapatan melebihi RM1 juta sepanjang tahun 2013.

Menurut laporan tersebut, Shila dikatakan menerima pendapatan berjumlah RM2.5 juta hasil daripada perjanjian kontrak syarikat rakamannya di Shanghai, China, royalti daripada penjualan album dan lagu, serta bayaran sebagai duta produk kecantikan.

Bagaimanapun, ketika ditemui di pejabat Warner Music Malaysia, Petaling Jaya, Selangor semalam, Shila yang ditemani ibunya, Fauziah Sarman berkata, jumlah tersebut ternyata terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

"Saya akui, selepas memenangi pertandingan nyanyi Asian Wave dua tahun lalu, saya telah diberikan dana sebanyak RM5 juta oleh Shanghai Media Group (SMG) bagi memulakan karier nyanyian di sana.

"Bagaimanapun, dana tersebut tidak dikira sebagai pendapatan ataupun aset kerana ia digunakan untuk membiayai setiap kos yang diperlukan untuk penghasilan album dan lagu saya," kata Shila yang menerima bayaran di Shanghai bukan secara kontrak tetapi mengikut jumlah projek yang dijayakannya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu ini turut berkongsi, dia ada menerima tawaran untuk berlakon drama dan filem oleh pihak SMG tetapi terpaksa ditolak atas sebab ingin mengukuhkan jajahan muziknya di sana terlebih dulu.

"Saya ada menerima beberapa tawaran tetapi biarlah orang di sana mengenali saya sebagai penyanyi. Lagipun, saya harus memantapkan penguasaan bahasa Cina sebelum merancang sesuatu yang lebih besar," katanya yang baru-baru ini terlibat dalam sebuah lagi pertandingan nyanyian Sing for China yang berlangsung di Beijing bulan lalu.

Facebook palsu

Selepas berjaya menempa nama di China, anak gadis kepada penyanyi N.D Lala ini dilihat begitu sibuk memburu impiannya di peringkat antarabangsa. Namun, sebagai seorang penyanyi yang sedang meningkat naik, tuan empunya diri tidak pernah terlepas dihambat kisah-kisah negatif dan kontroversi.

Terkini, Shila yang baru sahaja pulang menjayakan konsert tahun baharu di China terpaksa berhadapan dengan individu yang menyamar sebagai dirinya dan memuat naik kemas kini palsu di laman sosial Facebook.

Individu itu bertindak menggunakan gambarnya yang sedang berpakaian pengantin dengan kapsyen: "I'm married". Tidak mahu namanya terus dipergunakan, Shila meminta agar pemilik akaun tersebut berhenti daripada mengemaskini status terkini tentangnya dengan menggunakan gambar-gambar daripada Instagram dan Twitter.

"Saya mengetahui tentang profil palsu yang menggunakan nama saya beberapa bulan yang lalu. Tetapi, kesabaran saya sampai ke kemuncak apabila dia menggunakan gambar saya berpakaian pengantin sambil mengaku bahawa saya sudah berkahwin.

"Padahal, saya menyarungkan pakaian itu sewaktu menjayakan segmen duet dengan James Morris-Cotterill menerusi konsert tahun baharu yang berlangsung bulan lepas.

"Bukan itu sahaja, pemilik akaun itu turut memuat naik berita-berita gosip artis lain yang tidak ada kena mengena dengan saya. Justeru, saya berharap agar individu itu tidak terus menggunakan nama saya untuk kepentingan diri sendiri," katanya yang menyerahkan segalanya kepada pihak pengurusan dan peguam untuk tindakan selanjutnya.

Elak cinta

Hubungan cinta penyanyi ini sering menjadi bahan bualan para peminatnya. Selepas beberapa kali terkandas dalam memadu kasih, Shila sekali lagi dikaitkan dengan seorang pelakon baharu yang dikenali sebagai Aman Nassim.

Ternyata terkejut dengan dakwaan itu, Shila berkata, dia langsung tidak mengetahui tentang cerita itu dan hanya menganggap Aman sebagai kawan biasa sahaja.

"Saya mengganggap dia sebagai kawan biasa sahaja. Saya juga turut berkawan dengan pelakon-pelakon lain seperti Azhan Rani, Beto Khusyairi dan Zahiril Adzim. Saya pun kurang pasti bagaimana gosip ini boleh tercetus," katanya.

Shila menegaskan, dia kini mahu memberi sepenuh perhatian terhadap kerjaya nyanyiannya sebelum memikirkan tentang cinta.

"Biarlah saya mengembangkan kerjaya saya sebelum memikirkan soal jodoh. Tetapi, jika ditakdirkan Tuhan dan ditemukan dengan seseorang pada masa akan datang, saya berharap agar lelaki itu mampu menjadi teman hidup yang terbaik untuk saya," katanya lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved