Rabu, 15 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kelapa dipecah angka ganjil

Posted:

Kelapa dipecah angka ganjil

Kelapa dipecah angka ganjil


HARGA kelapa meningkat tinggi sehingga kepada RM3 sebiji tahun ini.


SEJAK 35 tahun lalu, S. Segaran, 54, tidak pernah ketinggalan memasang khemah yang dikenali thaneer panthal dan menyediakan ruang untuk ritual memecahkan kelapa.

Khemah sementara yang dibina di Jalan Utama menghala ke Kuil Arulmigu Sri Bala Thandayuthabani di Jalan Kebun Bunga, George Town, Pulau Pinang selama seminggu itu memberi peluang kepada penganut-penganut agama Hindu mengumpul kelapa untuk dipecahkan selain berfungsi sebagai lokasi mengumpul makanan.

Amalan pecah kelapa dilihat sebagai satu rutin yang sangat sinonim acap kali sambutan perayaan Thaipusam di negara ini.

Bagi Segaran, dia melihat amalan itu sebagai antara cara membayar nazar yang paling popular khususnya di Pulau Pinang yang turut disertai kaum-kaum lain.

"Saya dan sekumpulan rakan-rakan yang lain membina khemah ini setiap tahun untuk berkhidmat kepada awam untuk dijadikan tempat mengumpul kelapa oleh penganut agama Hindu dan mereka yang memecahkan kelapa," kata rakan Segaran, S.Nadarajan, 54.

Kata Nadarajan, setiap tahun mereka akan hanya membeli 11 biji kelapa di Jalan Pasar, Kuala Lumpur tetapi menjelang sambutan Thaipusam, kira-kira 600 hingga 1,000 biji kelapa akan terkumpul di khemah itu yang dihantar oleh orang perseorangan.

Angka ganjil

Apa yang menariknya kata Segaran, rata-rata buah kelapa banyak disumbang oleh komuniti Cina. Selepas dikumpul, ritual memecahkan kelapa bermula seawal tiga hari sebelum sambutan Thaipusam.

"Dalam ritual itu, kita ada beberapa peraturan dan hukum-hukum yang perlu diikuti. Misalnya, jumlah buah kelapa yang dipecah dan sebab berbuat demikian," jelas beliau.

Lazimnya, jumlah kelapa yang dipilih untuk dipecahkan berdasarkan nombor ganjil. Jumlah genap hanya dibenarkan untuk angka 108 biji atau 1,008 biji. Ia adalah angka suci dalam kepercayaan masyarakat Hindu.

Segaran berkata, bagi masyarakat Hindu, amalan memecahkan kelapa dilakukan sebagai simbolik manusia mengelak diri daripada sifat ego yang wujud secara semula jadi kerana kuasa, wang dan darjat.

"Sebaik saja individu yang menyumbang kelapa memecahkan kelapa pertama, mereka akan mempelawa semua orang lain menyertai ritual yang sama. Ramai juga pelancong asing turut serta dalam ritual ini," kata Nadarajan.

Menurut sami di kuil di Batu Caves, S. Parameswaran, amalan memecahkan kelapa mempunyai maksud yang tersirat dalam kepercayaan agama Hindu. Bagi memudahkan pemahaman, Parameswaran berkata, ia merujuk kepada sifat kelapa itu yang mempunyai tempurung yang sangat keras, gelap dan berserabut di luar dan mempunyai isi yang putih, bersih dan berlemak di dalamnya.

Analogi kelapa

"Apabila kelapa dibaling, ia memecahkan tempurung sekali gus isinya yang putih dan manis dapat dilihat. Ia seolah-olah membawa maksud bahawa demi mencapai kemanisan, keamanan, kebaikan dan cita-cita, kita perlu memecahkan rasa ego, amarah, tinggi diri dan segala perkara tidak baik yang menyelubungi diri," katanya ketika ditemui di Batu Caves baru-baru ini.

Tambah Parameswaran, amalan tersebut juga sebagai meminta restu tuhan untuk memecahkan segala unsur tidak baik dalam kehidupan dan diganti dengan kebahagiaan pada masa akan datang.

Pegawai Maklumat Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Batu Caves, B. Vivekananda ketika ditemui selepas sidang akhbar sambutan Thaipusam memberitahu, pihak kuil dijangka akan membeli 45,000 kelapa untuk tujuan pemujaan.


TEMPAT memecah kelapa yang disediakan oleh pihak kuil Batu Caves.


Jumlah itu agak tinggi sedikit daripada tahun sebelumnya iaitu sekitar 40,000 biji kelapa.

"Kami menjangkakan kira-kira 1.5 juta penganut akan mengunjungi Batu Caves tahun ini. Penggunaan kelapa di kuil hanya untuk pemujaan sahaja dan bukan untuk dipecahkan," katanya.

Menurut Vivekananda, pihak pengurusan mengakui kenaikan harga dan bekalan kelapa yang kurang memberi kesan terhadap pembelian kelapa pada tahun ini.

Harga mahal

"Dari segi jumlah kelapa yang dipecahkan, kami serahkan kepada penganut kerana itu ikrar antara mereka dengan tuhan," katanya.

Seorang penganut yang ditemui sibuk mengatur tiga biji buah kelapa di sebuah tempat khas yang disediakan memberitahu, dia lebih selesa untuk memecahkan tiga biji kelapa sahaja.

Kalaiarasu Ananthan, 35, dari Shah Alam berkata, dia dan keluarga akan ke Batu Caves untuk memecahkan tiga kelapa sahaja berbanding ratusan biji yang lazim dilakukan oleh orang lain.

"Pada pandangan saya, satu atau tiga biji kelapa pun sudah memadai. Harga kelapa yang semakin mahal dan faktor ekonomi menyebabkan saya berikrar untuk memecahkan tiga biji kelapa sahaja setiap kali menjelang Thaipusam.

"Setiap tahun saya ada matlamat tersendiri. Bila saya memecahkan kelapa, saya rasa separuh daripada matlamat saya berjaya. Ia memberi motivasi yang baik. Bagaimanapun, ada kepercayaan bahawa kelapa yang tidak dapat dipecahkan sebagai petanda kemungkinan ada halangan akan berlaku," tambah Kalairasu.

Walaupun pelbagai aspek kepercayaan dan keagamaan menyelubungi ritual memecah kelapa, tetapi kelapa yang semakin mahal harganya dan bahan mentah utama sebaiknya eloknya tidak dibazirkan.

Menurut Pengawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow, permintaan kelapa yang tinggi menjelang perayaan Thaipusam esok dan Ponggal yang disambut sejak dua hari lalu, menyebabkan harga kelapa naik secara mendadak. Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada pengguna.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penganut-penganut agama Hindu supaya bersederhana dalam menyambut Thaipusam.

"Mereka boleh memilih sama ada untuk memecahkan satu biji kelapa kerana signifikannya masih sama.

"Kita perlu sedar keadaan ekonomi masa kini dan berlebih-lebihan. Kita mungkin boleh menderma kelapa kepada yang memerlukan," kata beliau ketika dihubungi.

Jelas Subbarow, kenyataan beliau itu mungkin dianggap sensitif oleh sesetengah pihak tetapi ia hanya saranan CAP yang tidak mahu pihak penjualmengambil kesempatan menjual kelapa pada harga yang sangat tinggi dan membebankan pengguna.

Ikhtiar hidup balu mangsa banjir

Posted:

Ikhtiar hidup balu mangsa banjir

Ikhtiar hidup balu mangsa banjir


KEMAHIRAN menjahit diharap dapat membantu balu di perkampungan Deoli meneruskan kehidupan.


SAMBIL memangku bayi perempuannya di sebuah perkampungan terpencil di Deoli, Himalaya, India, Dhanita Devi menceritakan keazamannya untuk meneruskan kelangsungan hidup keluarganya.

Pada Jun lalu, suami Devi dan ribuan mangsa terbunuh dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di sebuah kawasan pergunungan, Kedarnath yang terletak Utara Uttarakhand iaitu berhampiran kawasan tempat tinggalnya.

Wanita berusia 22 tahun itu kini tiada tempat bergantung, tiada pendapatan dan hanya sedikit simpanan untuk menampung tiga anak dan ibu mertuanya.

Namun, Devi nekad melakukan apa sahaja untuk memastikan keluarganya tidak hidup merempat.

"Sebelum ini, saya tidak pernah bekerja kerana ia adalah tanggungjawab suami saya. Kini, dia sudah tiada untuk menjaga kami dan saya perlu menggalas tanggungjawab itu," katanya kepada AFP sambil memberitahu mendiang suaminya memiliki sebuah gerai makan tepi jalan.

Seluruh kawasan perkampungan yang merupakan destinasi ibadat penganut agama Hindu yang popular di rantau itu musnah apabila air sungai naik mendadak yang turut menyebabkan tanah runtuh. Kejadian tersebut telah mengorbankan hampir 6,000 orang termasuk pelancong.

Kampung Balu

Devi adalah antara 34 wanita dari kampungnya yang kehilangan suami dan anak-anak lelaki apabila mereka keluar bekerja di Kedarnath, bandar kuil yang merupakan pusat bencana berkenaan.

Wanita-wanita tersebut bukan sahaja kehilangan insan tersayang tetapi sumber pendapatan utama mereka.

Ekoran bencana itu juga, perkampungan desa tersebut telah digelar Deoli-Bhanigram atau Kampung Balu.

Keazaman Devi untuk meneruskan kehidupan itu mendapat sokongan sebuah badan kebajikan tempatan.

Sejak Disember lalu, badan kebajikan itu mengajar kesemua wanita berkenaan kemahiran menjahit, membuat lilin, pengkomputeran asas dan kemahiran lain termasuk membaca bagi membantu mereka mencari pendapatan.

"Saya akan belajar menjahit dan apa sahaja yang perlu untuk menampung keperluan kami sekeluarga. Masa depan anak-anak berada dalam tangan saya," tegasnya.

Pengasas badan kebajikan Sulabh International itu, Bindeshwar Pathak berkata, dia memulakan usaha berkenaan selepas membaca perit-getir yang terpaksa ditempuhi penduduk kampung itu.


WALAUPUN keinginan meneruskan hidup kuat, ada juga yang masih dihantui pengalaman ngeri kehilangan insan tersayang.


Elaun sara hidup

Sebelum ini, badan berkenaan yang mempunyai sejarah membantu balu-balu di India telah mengambil perkampungan tersebut sebagai anak angkat pada Ogos lalu dengan menyediakan elaun sara hidup bulanan sebanyak 2,000 rupee (RM106.80) kepada semua mangsa dengan setiap wanita memperoleh RM1.70 manakala kanak-kanak 85 sen seorang.

Sungguhpun berterima kasih dengan pemberian elaun berkenaan, namun nilainya jauh lebih rendah berbanding pendapatan asal yang pernah diterima mendiang suami mereka ketika bekerja sebagai peniaga kedai makan atau pemandu pelancong di sekitar kawasan Kedarnath.

Mendiang suami mereka memperoleh pendapatan antara 636 rupee (RM34) hingga 2,396 rupee (RM128) sebulan.

Pathak memberitahu, elaun berkenaan adalah langkah awal bagi membantu balu di perkampungan tersebut. Selain itu, pelbagai program latihan telah diperkenalkan dengan harapan mereka mampu untuk berdikari dan mencari pendapatan sendiri pada masa hadapan.

Terletak di antara dua puncak pergunungan salji, kelihatan wanita-wanita perkampungan Deoli itu tekun menghadap 22 buah mesin jahit dan 12 buah komputer baharu yang disumbangkan oleh badan kebajikan itu.

Ketika ramai dalam kalangan wanita bertekad untuk mempelajari cara menampung kehidupan keluarga masing-masing, terdapat segelintir mereka yang masih trauma mengingatkan kehilangan insan yang disayangi.

"Saya hanya menangis dan tidur. Saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Bagaimana saya hendak mempelajari sesuatu perkara yang asing dalam keadaan umur saya sekarang dan mencari duit yang mencukupi?," soal Binita Devi Shukla, 32, ibu kepada dua anak yang bergelut memijak pedal di salah satu mesin jahit di situ.

Masa depan

Wanita di perkampungan itu juga khuatir memikirkan masa depan anak gadis mereka apabila seperti di kebanyakan tempat di India, ikatan perkahwinan merupakan satu keutamaan.

Dengan jumlah wang yang terhad, wanita-wanita tersebut runsing memikirkan mas kahwin dan kos majlis perkahwinan.

"Berapa yang saya boleh kumpul dengan menjahit dan membuat lilin. Duit simpanan yang sedikit ini, siapakah yang sudi berkahwin dengan anak gadis saya?" soal Bijaya Devi yang kehilangan suami dan anak lelakinya sambil sesekali memandang anak gadis yang duduk di sebelahnya.

Sehubungan itu, Pathak merancang untuk melantik seorang pakar pemasaran untuk mengiklankan produk-produk yang dihasilkan wanita-wanita berkenaan dan menarik peniaga untuk menjual barang tersebut di bandar-bandar sekitar India. - AFP.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Little England di puncak bukit

Posted:

Little England di puncak bukit

Little England di puncak bukit


BUKIT Fraser adalah pilihan tepat bagi pasangan yang ingin bercuti secara santai.


PANORAMA indah di Bukit Fraser, Raub di Pahang terselindung seketika di sebalik kabus tebal menyelubungi puncak bukit itu.

Walaupun jarum jam tepat menunjukkan pukul 12 tengah hari, matahari yang gah memancar sedikit pun tidak berjaya membebaskan bahangnya menembusi setiap lapisan kabus tersebut.

Wujud antara lokasi pelancongan tanah tinggi yang sering menjadi tarikan dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara, Bukit Fraser menawarkan keindahan semula jadi dan ketenangan khas untuk mereka yang gemarkan sebuah percutian yang santai.

Sesiapa sahaja yang pertama kali menjejakkan kaki di puncak Bukit Fraser pasti terpaku dengan reka bentuk bangunan zaman kolonial British yang turut dikenali sebagai Little England.

Namun, dalam kalangan pengunjung lebih menantikan saat menghirup udara segar di puncak bukit tersebut. Pejamkan mata seketika, helakan nafas, ia umpama menghirup udara segar di negara Eropah ketika musim luruh.

Sinonim sebagai lokasi paling tepat untuk berehat sambil menikmati pemandangan alam, Bukit Fraser turut menyediakan beberapa aktiviti fizikal bersama keluarga.

Lazimnya pengunjung lebih selesa melakukan aktiviti berjoging. Malah, ada juga yang memilih untuk bereksplorasi sambil menyaksikan keindahan alam dengan lebih dekat menggunakan jejak berjalan kaki yang disediakan di sekitar Bukit Fraser.


ENAM buah bot kayuh disediakan buat pengunjung yang ingin menyusuri tasik semula jadi Allan's Water di Bukit Fraser.


Kuda

Bagi yang ingin merasai aktiviti fizikal yang mewah seakan-akan golongan atasan, boleh melawat The Paddock yang menyediakan perkhidmatan menunggang kuda.

Kuda yang disediakan di pusat riadah tersebut pernah beraksi dalam perlumbaan kuda sehingga di peringkat antarabangsa. Harga yang ditawarkan juga berpatutan bermula RM4 (kanak-kanak) dan RM5 untuk dewasa bagi satu pusi- ngan.

Dalam pada itu, bagi mereka yang ingin menunggang kuda bersama anak-anak, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM8 untuk seorang kanak-kanak dan dewasa.

The Paddock dibuka kepada pengunjung setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 4.30 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan Ahad manakala hari Sabtu dan cuti umum ia dibuka sehingga 7 malam.

Selepas puas menunggang kuda, jangan sesekali melepaskan peluang untuk menguji ketangkasan anda memanah di pusat memanah.

Terletak kira-kira 100 meter dari The Paddock, beraksilah bagaikan Robin Hood. Terdapat dua penjaga yang akan memberikan latihan asas kepada pelancong saat melepaskan anak panah.

Harga sewa yang dikenakan mengikut jumlah anak panah iaitu RM8 bagi 10 anak panah.

Di padang sasar memanah, turut disediakan aktiviti menyumpit dengan harga RM5 untuk 10 anak sumpit.

Tasik

Berada pada ketinggian kira-kira 1,524 meter dari paras laut, dengan suhu minimum 15 hingga 25 darjah Celsius setiap hari, air menjadi musuh utama pengunjung kerana kedinginan yang melampau.

Namun, ia bukan alasan untuk pelancong melepaskan peluang menghabiskan waktu petang yang mendamaikan di Allan's Water yang juga sebuah tasik semula jadi dan pernah menjadi sumber air utama penjajah di sekitar 1920-an.


PUSAT Burung Interaktif Bukit Fraser ini menyediakan maklumat lengkap mengenai burung hijrah yang singgah di bukit tinggi itu.


Enam bot kayuh disediakan untuk pengunjung menyusuri keluasan tasik berkenaan. Selain menaiki bot, pengunjung turut berpeluang menyaksikan kejinakan pelbagai jenis ikan yang terdapat di tasik itu termasuk talapia, lampam, keli dan koi.

Seorang pengunjung dari ibu negara, Muhammad Hasrul Hamdan, 24, mengakui teruja saat pertama kali menjejakkan kaki ke puncak bukit tersebut.

Jelasnya, sebelum ini dia pernah mendengar pelbagai khabar angin kononnya bercuti di Bukit Fraser tidak berbaloi dan membosankan.

"Saya akui perjalanan untuk naik ke puncak agak menggerunkan dan mekanisme baharu perlu dikenal pasti untuk mengatasi masalah itu.

"Tidak adil sekiranya mereka di luar sana melabelkan percutian di Bukit Fraser membosankan kerana bagi pencinta alam, di sini adalah syurga mereka.

"Pendapat saya sangat mudah, jika mahukan aktiviti malam yang menghiburkan, pergi sahaja ke Kuala Lumpur. Jika mencari kedamaian dan menyayangi alam hijau, Bukit Fraser adalah lokasi yang paling tepat," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Burung

Bukit Fraser turut menjadi lokasi penghijrahan lebih 260 spesies burung luar negara dari Siberia, sebelum menuju ke New Zealand dan Australia.

Setiap tahun burung hijrah akan singgah sebentar di tanah tinggi Bukit Fraser selama empat bulan. Burung-burung ini hanya dapat dilihat pada bulan Oktober dan April.

Bagaimanapun, kepada pelancong yang terlepas peluang menyaksikan kesemua burung itu, jangan khuatir kerana sebuah Pusat Burung Interaktif Bukit Fraser menyediakan informasi lengkap mengenai semua spesies burung itu.

Pakar mengenai biodiversiti kehidupan burung, Profesor Dr. Carolina Lopez berkata, Bukit Fraser bertuah kerana mempunyai alam sekitar yang masih terjaga rapi.

"Pusat ini bertujuan mendekatkan setiap pengunjung dengan burung hijrah yang singgah di sini dalam tempoh empat bulan dalam setahun.

"Malah pusat ini menyediakan maklumat yang lengkap berkaitan burung hijrah," katanya.

Enam hari bersama penduduk kampung Ambel

Posted:

Enam hari bersama penduduk kampung Ambel

Enam hari bersama penduduk kampung Ambel


KEBANYAKAN masyarakat Muslim di Kampung Ambel hidup dalam penuh kedaifan.


JEMPUTAN daripada kenalan yang aktif dalam aktiviti sukarelawan untuk turut serta dalam satu misi kemanusiaan membantu masyarakat Muslim minoriti di Kemboja menyampaikan bantuan seperti makanan asas, ternyata mengujakan diri penulis.

Apatah lagi, ini merupakan kali pertama penulis menerima peluang menyaksikan sendiri kehidupan masyarakat Islam minoriti yang digelar Cham dalam usaha mempertahankan agama itu.

Ketika diberitahu rakan bahawa lokasi yang kami bakal lawati, pelbagai perkara bermain di fikiran terutama keadaan perkampungan, penerimaan masyarakat dan fasiliti penduduk.

Anehnya dalam percutian kali ini, sedikit pun tidak terlintas di fikiran hasrat mahu membeli-belah mahupun bersantai, sebaliknya lebih kepada percutian yang penuh keinsafan.

Tidak mahu ke negara orang tanpa sebarang ilmu, laman carian Google menjadi sumber rujukan. Sedikit kajian dilakukan terhadap negara dengan kapasiti hampir 15 juta penduduk itu.

Sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja bersama pasukan Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan 3 terdiri daripada Al-I'tisam Relief Program (ARP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, terkedu seketika melihat wajah kurang mesra di bahagian imigresen lapangan terbang itu.

Lokasi yang penulis lawati ialah kampung Ambel yang terletak di Wilayah Kampung Cham kira-kira 400 kilometer (km) dari Phnom Penh dan dikhabarkan penduduk di situ hidup dalam penuh kedaifan.

Meskipun pada awalnya agak sukar mempercayai keadaan di kampung itu yang daif, namun akhirnya penulis akur selepas menempuhi lima jam perjalanan jalan cantik berturap berubah kepada jalan tanah merah dan berdebu.


DEMI menghulurkan bantuan pasukan sukarelawan terpaksa berjalan kaki setiap lokasi untuk memudahkan pergerakan.


Hidup daif

Saat menyusuri perkampungan Ambel, keadaan rumah-rumahnya yang diperbuat daripada kayu begitu usang.

Lebih menyedihkan, sebahagian besar penduduk di situ hidup di dalam rumah yang tidak sesuai untuk didiami.

Aktiviti percutian pada kali ini juga berbeza. Jika dahulu penulis sering makan di restoran mewah yang menawarkan pelbagai makanan enak, namun semuanya berubah selepas selama enam hari menyelami kehidupan bersama penduduk kampung Ambel.

Penulis hanya dihidangkan nasi, sayur labu air dan sayur yang dimasak dengan santan serta jeruk timun untuk menampung perut. Pada mulanya perut ini tidak mampu menghadam.

Namun, menyaksikan keramahan penduduk kampung dan usaha mereka memasak juadah berkenaan, lidah penulis seakan-akan menikmati juadah yang dimasak oleh chef ternama antarabangsa.

Penulis dimaklumkan, juadah itu adalah hidangan termewah disediakan penduduk tempatan khas untuk kami.

Bermalam bersama keluarga di situ juga menimbulkan seribu keinsafan. Ketika malam hari, jelas kelihatan cahaya bulan menerobos setiap ruang dinding rumah dan terdapat atap yang bocor serta perlu segera dibaiki.


KEADAAN kediaman masyarakat Muslim di Kampung Ambel rata-ratanya diperbuat daripada papan yang ditampung.


Anehnya kehidupan mereka masih kekal dengan senyuman. Kanak-kanak tetap bermain riang walaupun debu memenuhi di sekeliling mereka.

Insiden yang tidak boleh dilupakan apabila seorang daripada rakan penulis tidak sengaja mematahkan lantai rumah yang menjadi tempat kami bermalam.

Menurut penduduk kampung masyarakat Islam di situ, mereka kurang mendapat bantuan daripada mana-mana pihak di sana.

Mujur wujudnya NGO dari Malaysia seperti ARP yang aktif membantu masyarakat Muslim yang majoritinya berketurunan Champa.

Selain menggunakan bahasa Champa, terdapat dalam kalangan penduduk yang boleh bertutur bahasa Melayu walaupun kadangkala kedengaran seperti dialek Kelantan.

Cara kehidupan mereka juga agak menyedihkan. Air yang digunakan dipercayai mempunyai kandungan asid tinggi sehingga rambut penduduk di sini berwarna keperangan dan agak kasar. Bahkan, setiap kali mahu memasak mereka masih menggunakan dapur kayu api.

Hari untuk pulang ke Malaysia tiba dan penulis menaiki van ke bandar Phnom Penh dengan pelbagai memori yang tersemat di fikiran.


PENULIS bersama lembu yang disumbangkan kepada penduduk Muslim kampung Ambel.


Makan tomyam

Sebelum bertolak ke kampung tersebut, penulis bersama pasukan misi mengambil masa beberapa jam melawat Tuol Sleng Genocide Museum selain berkunjung ke Pasar Thmei atau Pasar Besar kerana kesuntukan masa.

Mudahnya berbelanja di Kemboja kerana mata wang Malaysia diterima di beberapa tempat. Bagaimanapun, mata wang dolar Amerika Syarikat diberi keutamaan dalam kalangan peniaga.

Antara barangan yang dijual ialah kain sutera, cenderamata dan ukiran patung yang menarik. Terdapat juga kedai makan masyarakat tempatan yang disediakan di bahagian barat pasar berkenaan.

Ketika mengunjungi setiap restoran halal di situ, ia umpama berada di Malaysia kerana tarikan makanan di Kemboja adalah tomyam. Cuma cara masakannya sedikit berbeza dan manis.

Penulis berazam untuk bercuti sambil membantu mereka yang memerlukan terutama dalam kalangan Muslim di luar negara.

Kafe kontena Chaiwalla & Co.

Posted:

Kafe kontena Chaiwalla & Co.

Kafe kontena Chaiwalla & Co.

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


PARA pelanggan teruja menikmati kopi dan teh dalam kafe yang satu-satunya berkonsepkan kontena di negara ini.


MINAT terhadap pelbagai jenis hidangan teh telah memberi inspirasi kepada Nazrul Hakim Putra Zaimi, 31, untuk membuka sebuah kafe di Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru, Johor sejak setahun lalu.

Tanpa sebarang latar belakang dalam bidang perniagaan, Nazrul mengorak langkah berani dengan meluaskan empayar kafe Chaiwalla & Co. di pusat beli-belah The Curve, pada penghujung tahun lalu.

Uniknya, kafe itu menggunakan kontena bersaiz enam meter panjang dan dua meter lebar sebagai struktur utama. Difahamkan, Chaiwalla & Co. merupakan satu-satunya kafe yang berkonsepkan kontena di negara ini.

Menurut pengasas dan pemilik Chaiwalla & Co. itu, konsep tersebut merupakan salah satu cara terbaik untuk memanfaatkan bahan-bahan terpakai dengan mengitar semula kontena yang melangkaui usia 10 tahun.

"Kontena ini saya beli daripada sebuah syarikat di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor. Ia masih dalam keadaan kukuh. Selain itu, kayu pain dari Amerika Syarikat dan Jepun digunakan sebagai dekorasi hiasan dalaman dan perabot di Chaiwalla & Co. Dekorasi dalaman dan luaran kontena juga dihasilkan sepenuhnya di Johor Bahru," jelasnya.

Hidangan asas

Selain keunikan konsep kafe, tidak lengkap sekiranya tidak mencuba 150 hidangan teh dan kopi dengan campuran pelbagai perisa. Kafe tersebut menawarkan lima hidangan asas sama ada sejuk atau panas iaitu teh, teh susu, kopi, susu segar dan smoothie.


TERDAPAT 150 hidangan teh dan kopi ditawarkan di kafe Chaiwalla & Co.


Daripada lima hidangan asas itu, pelanggan juga boleh menambah tiga perasa lain seperti karamel, madu, serbuk teh hijau Jepun, yogurt dan aiskrim secara percuma. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menambah barli, cincau atau puding sebagai topping atau hias atas sajian dengan caj tambahan RM1.

Ketika ditanya mengenai maksud Chaiwalla, Nazrul memberitahu, perkataan itu bermaksud budak pembancuh teh dalam bahasa Hindi yang banyak terdapat di kawasan jalanan di India. Ia juga menggambarkan sifat rendah diri dalam melaksanakan tugasan harian mereka.

"Set Premium merupakan antara hidangan minuman yang mendapat sambutan. Set tersebut merangkumi teh susu asli Thailand, kopi Vietnam dan Chai Latte. Teh susu asli Thailand menggunakan susu dari negara tersebut sebagai bahan utama bagi mengekalkan keaslian rasanya.

"Bahan utama kopi Vietnam juga diimport sepenuhnya dari negara itu. Kami turut menyediakan teko asli yang digunakan oleh orang Vietnam ketika menikmati hidangan kopi.

Chai Latte pula dihasilkan melibatkan campuran lima jenis rempah iaitu bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, cengkih dan buah pelaga dalam teh seperti di India," ujar bekas kapten kapal sokongan laut dalam yang gemar mengembara itu.


KAFE Chaiwalla & Co ini dibina menggunakan kontena terpakai.


Harga minuman teh dan kopi itu bermula RM4.80 hingga RM7.80 secawan bergantung kepada tambahan perisa. Selain itu, pelanggan juga patut mencuba pai ayam cendawan, lada hitam, kari ayam dan kek brownie resipi keluarga Nazrul.

Halal

Pelanggan juga tidak perlu bimbang kerana bahan-bahan susu dan kopi dari Thailand serta Vietnam telah mendapat pengiktirafan halal di negara tersebut.

Seorang pelanggan Chaiwalla & Co. Luqman Hakim Jatmi, 33, amat menggemari minuman teh hitam Taiwan.

"Bagi saya, kafe ini amat sesuai untuk pengunjung bersantai di sini. Saya pernah berkunjung ke Chaiwalla & Co. di Johor Bahru. Rasa hidangan dan kualiti teh di The Curve sama seperti di cawangan utamanya. Jenama ini merupakan satu produk kebanggaan orang Johor," ujarnya yang berasal dari Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Sementara itu, Pengurus Operasi Chaiwalla & Co. cawangan The Curve, Tajul Affandi Mohd. Tajudin, 31, memberitahu, pengunjung di pusat beli-belah itu dan pejabat berhampiran merupakan pelanggan utama di cawangan tersebut.

"Walaupun tidak sampai sebulan dibuka, cawangan ini menjadi perhatian pengunjung, terutamanya pada hujung minggu. Hidangan Chai Latte dan seleksi minuman smoothie mendapat permintaan hangat," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Peminat bimbang monopoli Astro

Posted:

Peminat bimbang monopoli Astro

Peminat bimbang monopoli Astro

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID, SOPI SAMAILE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
berita@kosmo.com.my


PASUKAN Brazil merupakan antara tarikan utama pada kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil Jun nanti. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Para peminat dan tokoh bola sepak di negara ini melahirkan kebimbangan terhadap monopoli stesen TV berbayar Astro yang merupakan saluran TV tunggal yang berjaya mendapat hak penyiaran secara langsung kesemua 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) 2014 di Brazil pada Jun ini.

Mereka mahu stesen televisyen percuma Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3 turut berusaha menyiarkan perlawanan kejohanan bola sepak berprestij itu secara langsung.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

RTM, TV3 perlu turut siar bola Piala Dunia demi rakyat

Posted:

RTM, TV3 perlu turut siar bola Piala Dunia demi rakyat

RTM, TV3 perlu turut siar bola Piala Dunia demi rakyat

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (gambar) mahu hak siaran program yang diminati ramai seperti perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Brazil pada Jun depan dikongsi oleh semua stesen televisyen dan bukannya dimonopoli oleh sebuah stesen sahaja.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Amatur Melaka (MAFA) berkata, seharusnya stesen-stesen televisyen awam yang lebih bersifat komuniti seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan lain-lain harus turut diberi ruang untuk menyiarkan siaran langsung kejohanan bola sepak berprestij itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

'Sultan Melaka' direman empat hari

Posted:

'Sultan Melaka' direman empat hari

'Sultan Melaka' direman empat hari


NOOR JAN dibawa oleh anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Melaka semalam.


MELAKA - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula semalam terhadap seorang ahli perniagaan, Noor Jan Tuah (gambar kecil), 57, yang mengaku dirinya sebagai 'Sultan Melaka'.

Perintah tahanan reman ke atas ahli perniagaan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, V. Kanasan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mahkamah membenarkan perintah tahanan reman ke atas Noor Jan sehingga 18 Januari ini bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Noor Jan di bawah Seksyen 41(1) Akta Hasutan 1948 sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Troussier dapat 'lampu hijau'

Posted:

Troussier dapat 'lampu hijau'

Troussier dapat 'lampu hijau'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

TROUSSIER calon utama bimbing Harimau Malaya.


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dikatakan telah bersetuju melantik Phillipe Troussier sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya.

Begitupun, ia kini bergantung kepada Troussier sama ada mahu menabur khidmat di Malaysia atau memilih Tunisia sebagai destinasi baharunya.

Selain FAM, Troussier dilaporkan telah mendapat tawaran lumayan daripada Persatuan Bola Sepak Tunisia.

Begitupun, kini timbul khabar berita apabila Sultan Ahmad Shah telah memberi 'lampu hijau' untuk melantik Troussier sebagai pengganti Datuk K. Rajagobal yang telah tamat kontrak pada 31 Disember lalu.

"Pertemuan antara wakil FAM dan Troussier telah diadakan di Singapura kira-kira dua bulan lalu dan daripada pertemuan itu, sememangnya beliau (Trous- sier) sendiri menyatakan minat untuk membimbing Harimau Malaya.

"Dalam mesyuarat Exco FAM sebelum ini, Tuanku Presiden dan Ahli Majlis juga telah bersetuju untuk melantik Troussier dan tiada nama lain dibangkitkan.

"Namun, FAM kini terpaksa bersaing dengan Tunisia yang turut berhajat untuk mendapatkan khidmatnya (Troussier)," kata satu sumber yang enggan dikenali kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Troussier yang pernah membimbing skuad kebangsaan Ivory Coast, Nigeria, Burkina Faso, Afrika Selatan, Jepun, Qatar dan Maghribi ditawarkan gaji AS$1.52 juta (RM4.9 juta) setahun.

Namun, status Troussier masih menjadi tanda tanya biarpun beberapa penggiat sukan tanah air mendedahkan dalam laman sosial Twitter milik mereka bahawa bekas pengendali kelab FC Ryukyu itu sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya.

"Sekarang duit bukan masalah bagi FAM kerana mereka akan berusaha mendapatkan tajaan. Kini ia terpulang kepada Troussier sendiri.

"Troussier telah menyatakan minatnya untuk datang ke Malaysia kerana percaya pengalaman bersama pasukan di Asia akan membantu meningkatkan lagi karier kejurulatihannya," jelas sumber berkenaan.

Selain Troussier, jurulatih AS Roma, Zdenek Zeman; bekas jurulatih Liverpool, Alex Miller; bekas pemain Perancis, Marcel Desailly dan bekas jurulatih China dan Uzbekistan, Bob Houghton dikatakan berada dalam radar FAM.

Tiada kompromi skandal rasuah

Posted:

Tiada kompromi skandal rasuah

Tiada kompromi skandal rasuah

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


AHMAD menunjukkan jersi yang tertera namanya selepas sesi menandatangani kontrak pemain Terengganu dan T-Team di Kuala Terengganu kelmarin.


TIADA maaf. Itu amaran keras yang disuarakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kepada barisan pemain Terengganu dan T- Team sekiranya mereka terlibat dengan skandal mengatur perlawanan.

Ahmad menegaskan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNT) tidak akan bertolak ansur dengan pemain kedua-dua pasukan itu jika ada dalam kalangan mereka membabitkan diri dengan rasuah.

"Kita tidak akan berkompromi dengan individu seperti ini. Kita telah beri gaji yang lumayan dan kita juga sedia pertimbangkan kenaikan gaji pada masa hadapan jika mereka tunjuk prestasi baik.

"Malah, kita akan memberikan bonus jika mereka memperoleh kejayaan. Sebab itu, kita tidak akan terima pemain-pemain yang hanya ingin keuntungan cepat tetapi membunuh masa depan dan karier mereka," katanya.

Ahmad berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi menandatangani kontrak pemain Terengganu dan T-Team serta memperkenalkan jersi baharu kedua-dua pasukan di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat serta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Dalam pada itu, Ahmad berharap sama ada pasukan Terengganu yang dibimbing Abdul Rahman Ibrahim atau T-Team yang dikemudi jurulatih Azraai Khor Abdullah dapat menghadiahkan sekurang-kurangnya satu piala buat negeri itu.

Katanya, kedua-dua pasukan telah diberi peruntukan yang mencukupi dan diharap mampu untuk memberi saingan sengit kepada lawan.

"Pasukan Terengganu memperoleh penajaan sebanyak RM2.3 juta manakala T-Team pula RM2.7 juta. Jumlah ini memang tidak cukup tetapi selebihnya ditanggung oleh kerajaan negeri.

"Kita telah beri kebebasan dan peruntukan yang mencukupi untuk memilih pemain yang dikehendaki dan oleh itu, tiada alasan untuk pasukan ini tidak menyerlah," katanya.

Kelantan tekad buka langkah kanan

Posted:

Kelantan tekad buka langkah kanan

Kelantan tekad buka langkah kanan

KELANTAN berazam memulakan langkah kanan ketika menentang Sime Darby pada aksi pembukaan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi berkata, kemenangan pada aksi sulung itu amat diperlukan oleh skuad The Red Warriors sebagai motivasi awal bagi mengharungi saingan musim ini.

Menurut Badhri atau Piya, dia optimis Kelantan mampu meraih tiga mata pada perlawanan tersebut bersandarkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

"Kelebihan beraksi di tempat sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan. Saya yakin dan percaya rakan-rakan sepasukan akan memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut.

"Walaupun pasukan musim ini dibentuk hasil adunan pemain lama dan baharu, saya yakin kami masih mampu melangkah lebih jauh kali ini," kata Badhri semalam.

Piya memberitahu, meskipun Kelantan dilihat mempunyai kelebihan pada perlawanan itu, namun mereka tidak boleh mendabik dada dengan kelebihan tersebut.

Katanya, berdepan dengan Sime Darby bukanlah suatu tugas yang mudah walaupun pasukan berstatus kelab itu membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Super musim ini.

"Kita tidak mengetahui kekuatan pasukan berkenaan musim ini. Apa-apa pun saya tetap yakin dengan kemampuan Kelantan pada perlawanan tersebut.

"Selepas mengharungi beberapa aksi persahabatan sebelum ini, keserasian dalam kalangan pemain bertambah baik dan semakin mantap," ujarnya.

Mengenai sasaran yang ditetapkan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang mahukan The Red War- riors meraih sekurang-kurangnya satu gelaran musim ini, Piya berkata, impian tersebut mampu direalisasikan.

"Dia dan rakan-rakan menganggap sasaran tersebut sebagai satu motivasi untuk memberikan persembahan terbaik musim ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis sahkan kematian penuntut Unimas tiada unsur jenayah

Posted:

Polis sahkan kematian penuntut Unimas tiada unsur jenayah

Polis sahkan kematian penuntut Unimas tiada unsur jenayah

15/01/2014 10:56pm

KOTA SAMARAHAN - Polis mengesahkan kematian penuntut Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang ditemui terapung dalam sungai di kawasan kampus itu tiada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat Siti Najwa Atiqah Azhar, 19, ditemui kira-kira pukul 6 petang semalam selepas dilaporkan hilang sejak 4 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern berkata, perkara tersebut disahkan hasil bedah siasat oleh doktor Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

"Laporan doktor menyatakan mayat pelajar berkenaan berada dalam keadaan reput dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu.

"Mayat juga didapati sempurna, kecuali mempunyai luka-luka kecil dipercayai akibat digigit ikan," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, jenazah pelajar itu sudah dituntut anggota keluarganya dan difahamkan pihak Unimas membantu mengendalikan urusan menghantar jenazah pulang ke Pulau Pinang petang tadi. - Bernama

Lima pekerja Bangladesh nyaris maut terperangkap dalam kebakaran

Posted:

Lima pekerja Bangladesh nyaris maut terperangkap dalam kebakaran

Lima pekerja Bangladesh nyaris maut terperangkap dalam kebakaran

15/01/2014 10:27pm

KUALA LUMPUR - Lima pekerja kontrak warga Bangladesh nyaris maut terhidu asap tebal kerana terperangkap hampir dua jam selepas bangunan yang sedang diubah suai terbakar di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, bomba menerima panggilan pada pukul 4.47 petang dan berjaya mengawal api dalam tempoh sejam setengah.

"Kesemua mangsa yang berusia lingkungan 20-an, terperangkap di tingkat 30 kerana berlaku kebakaran di tingkat 27 hingga 29 bangunan berkenaan.

Mangsa dalam keadaan stabil namun masih lemah kerana agak lama terhidu asap tebal," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat pemotongan saluran pendingin hawa di tingkat 27, bangunan 36 tingkat itu.

Operasi itu membabitkan 70 pegawai dan anggota serta 12 jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Titiwangsa, Hartamas dan Setapak. - Bernama

Rasuah: Lima warga Singapura dipenjara sehari, denda RM10,000

Posted:

Rasuah: Lima warga Singapura dipenjara sehari, denda RM10,000

Rasuah: Lima warga Singapura dipenjara sehari, denda RM10,000

15/01/2014 10:18pm

JOHOR BAHRU - Lima warga Singapura masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan anggota polis trafik pada Oktober lepas.

Lee Koon Hoe, 58; Neo Eng Huat, 57; R. Isvar, 38, serta dua lagi yang memegang status penduduk tetap Singapura, Salunkhe Chetan Vijay, 33, dan Md. Mamun Khan, 36, masing-masing mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Lee yang bekerja sebagai pemandu teksi dituduh memberi rasuah RM129 kepada Pegawai Eksekutif Penguat Kuasa SPAD, Asmadi Mat supaya tidak mengambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Isvar yang bekerja sebagai pemandu van pelancong dituduh memberi suapan wang tunai RM100 kepada Asmadi kerana tidak memiliki permit yang sah daripada SPAD.

Lee dan Isvar melakukan kesalahan itu di laluan keluar kenderaan dari Malaysia ke Singapura, di Bangunan Sultan Iskandar di sini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bangkok belum lumpuh

Posted:

Bangkok belum lumpuh

Bangkok belum lumpuh

SUTHEP berucap pada perhimpunan antikerajaan di daerah Pathumwan, Bangkok semalam.


BANGKOK - Premis-premis perniagaan masih beroperasi seperti biasa di Bangkok semalam walaupun beberapa persimpangan jalan utama di bandar raya itu ditawan kumpulan penunjuk perasaan yang berjumlah ribuan orang.

Bagaimanapun, sejumlah 36 buah cawangan bank komersial di bandar raya yang mempunyai 20 juta penduduk itu tidak beroperasi manakala ramai pemandu mengelak melalui jalan yang ditutup penunjuk perasaan.

Bagaimanapun, kebanyakan kedai dan pejabat berhampiran tujuh lokasi yang ditawan beribu-ribu penunjuk perasaan tetap beroperasi seperti biasa.

Seorang pembantu kedai di pasar raya Terminal 21, Supaporn Numsunk berkata, bunyi bising daripada ceramah dan tunjuk perasaan tersebut menyebabkan pelancong asing masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan.

"Perniagaan berjalan seperti biasa kerana pelancong tidak mempunyai pilihan selain masuk ke dalam pasar raya.

"Mereka tidak selesa berjalan di luar kerana terdapat beribu-ribu penunjuk perasaan dan suasananya juga bising," katanya yang bekerja di sebuah kedai menjual sabun.

Tunjuk perasaan yang bermula kelmarin itu bertujuan mendesak Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra meletak jawatan dengan sebuah kerajaan sementara dibentuk untuk melaksanakan pembaharuan bagi menamatkan rasuah dan politik wang di Thailand.


SEJUMLAH penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun
di persimpangan Asok, Bangkok semalam.


Mereka juga mahu menggagalkan pilihan raya umum lebih awal yang diumumkan oleh Yingluck pada 2 Februari depan kerana bimbang pemimpin yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra kembali berkuasa.

Para penunjuk perasaan yang diketuai Suthep Thaugsuban yang juga bekas timbalan perdana menteri itu menuduh Yingluk menjadi boneka kepada Thaksin yang juga abangnya.

Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 selepas kerajaannya didakwa melakukan penyalahgunaan kuasa.

Tunjuk perasaan itu mengimbau kembali protes serupa pada tahun 2010 apabila banyak lokasi di Bangkok lumpuh sehingga memaksa pihak tentera campur tangan dan menyebabkan berpuluh-puluh orang terbunuh.

Kali ini pihak berkuasa mengambil langkah yang tidak terlalu menonjol dan kerajaan berharap para penunjuk perasaan akan letih dengan tindakan mereka sebelum pertumpahan darah kembali berlaku.

Dalam pada itu, Yingluck semalam sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk dengan desakan kumpulan penunjuk perasaan yang merancang menumbangkan kerajaan dengan melumpuhkan Bangkok.

"Saya telah tegaskan banyak kali bahawa saya mempunyai tugas untuk bertindak menurut tanggungjawab yang diberikan selepas pembubaran Parlimen.

"Saya juga tegaskan bahasa saya bukan mempertahankan jawatan saya tetapi saya perlu mengekalkan kestabilan politik. Saya menjalankan tugas saya iaitu mengekalkan demokrasi,'' katanya. - Agensi

Tiga mati pada hari pertama pungutan suara di Mesir

Posted:

Tiga mati pada hari pertama pungutan suara di Mesir

Tiga mati pada hari pertama pungutan suara di Mesir


BEBERAPA orang berbaris untuk mengundi dalam pungutan suara di Kaherah semalam.


KAHERAH - Hari pertama pungutan suara di Mesir semalam menyaksikan tiga orang terbunuh apabila kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi bertempur dengan pihak polis.

Pertempuran di bandar Sohag tercetus beberapa jam selepas para pengundi negara ini membuang undi untuk menggubal perlembagaan baru.

Para pegawai berkata, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kira-kira 300 orang penyokong Morsi apabila mereka ditembak dalam satu tunjuk perasaan.

Perlembagaan baharu yang disokong pihak tentera itu dianggap satu kejayaan besar sejak Morsi digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada Julai tahun lalu.

Para penyokong Morsi yang menentang tindakan tentera tersebut melancarkan tunjuk perasaan hampir setiap hari bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

Kerajaan sementara yang mendapat sokongan tentera turut mengisytiharkan pergerakan Ikhawanul Muslimin yang menyokong Morsi sebagai pertubuhan pengganas.

Ribuan orang termasuk beberapa pemimpin kanan pertubuhan tersebut telah dipenjarakan. - AP

Wang tunai AS$7 juta ditemui di dalam beg

Posted:

Wang tunai AS$7 juta ditemui di dalam beg

Wang tunai AS$7 juta ditemui di dalam beg


SEORANG anggota polis mengawal wang tunai sebanyak AS$7 juta (RM22.84 juta) pada satu sidang akhbar di bandar raya Panama kelmarin.


BANDAR RAYA PANAMA - Polis Panama menyatakan wang tunai sebanyak AS$7 juta (RM22.84 juta) yang disembunyikan di dalam lapan buah beg telah dirampas di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sini kelmarin.

Ekoran penemuan itu, seramai tiga lelaki warga Honduras telah ditangkap polis bagi membantu siasatan.

Menurut ketua pendakwa raya unit antidadah, Javier Caraballo, pihak berkuasa menemui wang tersebut selepas memperoleh maklumat risikan.

Maklumat perisikan itu menyatakan, sejumlah wang akan memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen di sini.

Menurut kenyataan polis, tiga lelaki tersebut menaiki penerbangan dari Tegucigalpa, Honduras.

Polis menyatakan, beg tersebut berada bersama tiga lelaki berkenaan ketika mereka ditangkap.

Pihak berkuasa Panama menyatakan, para pegawai menemui bungkusan wang dalam dolar Amerika yang disembunyikan di dalam beg tersebut.

Panama memang dikenali sebagai pusat pengubahan wang haram untuk sindiket dadah di Amerika Latin. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Empat dekad Salamiah Hassan

Posted:

Empat dekad Salamiah Hassan

Empat dekad Salamiah Hassan


BIAR pada masa kini tidak banyak generasi muda yang mengenalinya, namun Salamiah Hassan merupakan seorang penyanyi senior yang hebat.


PADA mulanya tidak banyak ekspektasi positif lahir daripada penggemar seni persembahan pentas apabila penyanyi Salamiah Hassan menyatakan impiannya untuk mengadakan konsert solo. Tambah pula ia diadakan di Istana Budaya.

Ramai yang beranggapan, pada usia 50-an, penyanyi itu tempatnya di rumah, bukan lagi tergedik-gedik di atas pentas. Malangnya jangkaan itu meleset sama sekali apabila Salamiah mula membuka mulut.

Dalam konsert itu, Salamiah memperdengarkan vokal lunaknya dengan penuh dinamik dan bertenaga. Ada suatu aura padu yang berjaya menakluk seisi panggung.

Salamiah mengimbau sejarah awalnya menyertai pertandingan Bakat TV 1971 menerusi lagu If You Go Away sekali gus membuka tirai konsertnya.

Kredit perlu diberikan kepada penerbit dan pengarah Konsert Gelombang Salamiah Hassan, Raja Azmi dan Pat Ibrahim yang telah meneraju pergerakan menjelang persembahan memukau penyanyi itu sepanjang tiga malam.

Sesuai dengan jenama yang diberi untuk konsert tersebut, Salamiah membawa audiens menyusuri perjalanan suka dukanya sepanjang hayatnya di pentas seni suara.

"Lagu If You Go Away menjadi sebahagian daripada hidup saya, menyimpan memori terindah kerana ketika itu arwah ayah saya melarang keras saya menyanyi apatah lagi untuk muncul di depan kaca televisyen.

"Pada waktu itu juga, arwah emak saya terpaksa menyimpan duit untuk membeli baju broked itu. Oleh kerana tidak cukup duit, baju itu tidak beralas dan sepanjang malam saya menahan gatal-gatal," ceritanya teruja.

Titik mulanya di pertandingan Bakat TV membuka sejuta langkah untuk Salamiah terus beraksi di dunia nyanyian. Sejak itu, Salamiah mula dikenali dan disunting oleh Datuk Ahmad Nawab dan menerbitkan EP pertamanya, Surat Terakhir pada tahun 1973.

Gapai bintang

Akui Salamiah, cita-citanya untuk bergelar jururawat beralih arah apabila memberanikan diri melangkah ke dunia nyanyian. Tidak berbakat dalam dunia lakonan, usaha terbaiknya hanya mampu ditampilkan dalam klip video lagu Cita-Citaku.

Segmen kedua disulami Salamiah dengan beberapa jenaka sambil bercerita. Lagu-lagu seperti Bila Hati Dah Sayang, Kau Dan Alasanmu dan Surat Terakhir membawa audiens merentasi zon waktu.

"Saya suka menyanyi dan tidak pernah terlintas untuk menjadi diva, seperti kalian juga, saya menyanyi untuk mencari rezeki dan kerana lagu Surat Terakhir orang mula mengenali Salamiah Hassan," ujarnya.

Salamiah meneruskan segmen itu dengan rangkaian lagu bahasa Inggeris, I Feel the Earth Move, Upside Down, Frim Fram Sauce dan Fever bersama sebiji bola disko besar yang diturunkan di tengah-tengah pentas.

"Arwah ayah saya (Hassan Abd. Hamid) seorang yang tegas, katanya saya boleh menyanyi di kelab malam tapi syaratnya saya perlu dihantar dan diambil sendiri olehnya di kelab-kelab malam yang saya bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Di kelab malam saya mula diperkenalkan dengan lagu-lagu jazz," tambah Salamiah.

Salamiah turut berduet bersama anaknya, Atilia menerusi lagu Kadang Kala dan Atilia beraksi solo menyanyikan lagu popular Salamiah, Cintaku Mengatasi Segalanya.

Segmen Tribute to Mom sejujurnya paling menyentuh hati. Kenang Daku Dalam Doamu, Kini Hatiku Telah Tertawan dan Patah Hati antara rangkaian lagu pujaan arwah ibu Salamiah, Sabariah Aziz.

Pemuzik yang dipimpin oleh Aubrey Suwito turut disertai abang Salamiah yang pernah memimpin Orkestra RTM, Ahmad Shariff bermain akordian sepanjang segmen itu.

Sambil mengucup dahi abangnya, ungkap Salamiah: "Arwah emak kita suka menyanyi lagu ini."

Iklan

Melewati zaman kegemilangan Salamiah menyanyikan iklan produk popular tempatan barangkali ramai yang tidak menduga pemilik vokal di sebalik lagu-lagu iklan tersebut milik penyanyi genit kelahiran Kuala Lumpur itu.

KFC, TV3, Paddle Pop, Buttercup, 7UP, Maggi dan Hazeline Snow antara 500 buah jenama yang pernah meminjam vokal Salamiah dan sempena konsert itu juga dipaparkan beberapa petikan video iklan produk popular berkenaan.

"Sejujurnya, terbabit dengan iklan agak penat buat saya kerana saya perlu melunaskan tanggungjawab itu setiap hari. Ya, zaman itu iklan adalah sumber pendapatan utama saya tapi bukan mudah menyanyi untuk iklan.

"Ia adalah penyeksaan minda yang sarat dan padat! Bayangkan dalam tempoh kurang 30 saat kita perlu menyanyi lagu sama berulang-ulang kali dalam dwibahasa," tutur Salamiah lanjut.

Lagu yang pernah popular sekitar era 1980-an, Wanita turut dipersembahkan Salamiah penuh bersemangat sebelum melengkapi hit Menghitung Hari, Semut-Semut di Titian Usang, Hanya Engkau Dan Aku, serta Aku Curiga.

Menyeret emosi audiens lebih mendalam, Salamiah menyanyikan kembali tiga buah lagu popular Allahyarham Saloma iaitu Mahligai Kayangan, Bintang Malam dan Boleh Dilihat Dipegang Jangan penuh penghayatan.

Mengakhiri konsert, sebuah lagu baharu yang dicipta oleh Aubrey Suwito dan nukilan lirik AD Samad berjudul Aku diperdengarkan kali pertama. Tidak lengkap Konsert Gelombang Salamiah Hassan tanpa single hit Gelombang yang menutup tirai konsert.

Terlalu banyak yang telah dilalui oleh Salamiah Hassan sepanjang empat dekad bergelar anak seni. Dia masih Salamiah yang manja dan mesra!

Jac sorok identiti kekasih baharu

Posted:

Jac sorok identiti kekasih baharu

Jac sorok identiti kekasih baharu

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

SELEPAS 10 tahun bercinta dan mengambil keputusan bertunang, juara Malaysian Idol, Jaclyn Victor dan pasangannya, Chris Bellamy akhirnya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pertengahan tahun lalu.

Terdahulu, Jac pernah menangguhkan perkahwinannya dengan jejaka berbangsa Inggeris dari United Kingdom itu kerana faktor percintaan jarak jauh.

Menurut kenyataan Jac kepada sebuah akhbar mingguan sebelum ini, keputusan untuk berpisah adalah yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak mengembangkan karier masing-masing.

Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 35, yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah Juara Lagu ke-28 di Empire Hotel Subang, Selangor baru-baru ini mengakui dia kini sedang berkenalan dengan seorang jejaka.

Ikuti temu bual lanjut bersama Kosmo!:

Kosmo!: Selepas putus tunang pertengahan tahun lalu, adakah Jac kini sudah menemui pengganti?

JACLYN VICTOR: Bukan pengganti tapi lebih kepada teman rapat. Ya, saya sekarang sedang mengenali seorang jejaka dan kami baru fasa awal kerana baru setahun berkenalan. Cuma baru beberapa bulan lepas kami menjadi lebih serius, bagi saya lebih baik saya tidak mencari kerana selalunya akan bertemu orang yang salah.

Siapakah gerangan jejaka itu dan adakah dia merupakan individu dalam industri?

Biarlah rahsia (ketawa).

Apabila 10 tahun menjalinkan hubungan tapi akhirnya putus di tengah jalan, adakah Jac serik untuk bercinta lagi dan mungkin selepas ini akan mengambil keputusan untuk berkahwin terus?

Saya tidak menyesal dan tidak serik pun malah saya masih tidak berputus asa untuk mencari lelaki terbaik untuk diri saya. Cuma saya enggan pisang berbuah dua kali, sekiranya dia yang sekarang ini jodoh terbaik buat saya, saya enggan memanjangkan cerita dan terus berkahwin.

Apakah pengajaran terbaik yang Jac terima daripada kegagalan episod cinta sebelum ini?

Saya tidak mahu terlalu memikirkan untuk berkahwin tapi saya tidak akan menunggu dalam tempoh yang terlampau lama sampai 10 tahun lagi. Saya belajar banyak perkara daripada apa yang telah terjadi sebelum ini, sama ada baik atau buruk setiap perkara yang terjadi mesti bersebab.

Lagu Ikut Rentakku ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL 28) pada 26 Januari depan. Bagaimanakah persediaan Jac?

Untuk persiapan AJL 28, banyak perkara yang saya belum lakukan lagi. Idea untuk persembahan malam kemuncak AJL 28 ini sudah ada, cuma tinggal untuk dilaksanakan sahaja. Jika sebelum ini orang mengenali saya menerusi lagu-lagu berentak balada di pentas AJL, kini saya bawakan lagu rancak pula.

Bagaimanakah Jac melihat persaingan daripada penyanyi lain?

Memang saya akui tahun ini banyak band yang masuk bertanding dan kebanyakannya memberikan saingan yang sengit. Lagu ini rancak dan persembahan juga perlulah rancak.

Apakah perkembangan terkini Jac?

Saya sedang mempromosikan lagu Ikut Rentakku dan akan melancarkan single terbaharu daripada album saya, Senafas Baru hujung bulan ini.

Oh My English! jelajah Amerika Syarikat

Posted:

Oh My English! jelajah Amerika Syarikat

Oh My English! jelajah Amerika Syarikat


OH My English! - Hello America akan ditayangkan pada pukul 9 malam ini di saluran Astro TVIQ.


BERSIARAN melalui Astro TVIQ, Oh My English! ialah sebuah drama bersiri yang bertemakan komedi dan pendidikan bahasa Inggeris di Malaysia.

Ia merupakan salah satu usaha pihak Astro dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memperbaiki pertuturan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia, perkara itu juga selaras dengan dasar KPM iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Melalui tayangan pertamanya pada bulan Mei 2012, siri bahasa Inggeris itu berjaya meraih lebih 3.6 juta penonton pada musim pertama.

Memulakan musim keduanya pada 31 Mac 2013, Oh My English! juga menghasilkan siri istimewanya iaitu Oh My Ganu dengan penampilan khas pelakon dan pengacara terkenal, Zizan Razak.

Selepas telefilem daripada siri Oh My English! iaitu Oh My Ganu mendapat sambutan peminat, program pendidikan bahasa Inggeris itu menjelajah pula ke Amerika Syarikat dengan menampilkan sebuah lagi telefilem istimewa berjudul Oh My English! - Hello America.

Menurut Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, telefilem Oh My Ganu meraih sebanyak 1.1 juta tontonan pada hari siaran perdananya dan berada di kedudukan nombor satu trend topik di laman Twitter di Malaysia.

"Disebabkan itu, kami bercadang pula untuk menghasilkan siri istimewa lain Oh My English!. Selepas Terengganu, kami memilih ke Amerika Syarikat pula.

"Oh My English! - Hello America mengisahkan pengalaman para pelajar Sekolah Menengah Ayer Dalam yang berjaya memenangi pertandingan filem pendek dan berpeluang pergi ke Amerika Syarikat.

"Pengembaraan bersama guru-guru sekolah itu membawa mereka ke beberapa lokasi menarik di kota New York serta lawatan ke sebuah sekolah menengah di sana," ujarnya mengenai siri istimewa itu ketika ditemui pada majlis pelancaran telefilem tersebut di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Berkongsi pengalaman selama seminggu berada di Amerika Sayrikat, salah seorang pelakonnya iaitu Izara Aishah memberitahu, itu merupakan kali kedua dia menjejakkan kaki di sana.

Biarpun berdepan dengan keadaan cuaca yang sejuk dan beberapa masalah ketika penggambaran dijalankan, namun luah Izara, mereka dapat menyelesaikan penggambaran dengan gembira.

"Penggambaran dilakukan pada bulan November lalu. Ketika itu cuaca sangat sejuk. Padahal kami diberitahu cuaca tidak begitu sejuk. Jadi, saya dan rakan-rakan pelakon yang lain hanya membawa baju-baju yang nipis.

"Bila cuaca terlampau sejuk, kami semua rasa cepat marah dan ingin lakukan penggambaran dengan pantas. Tetapi, Alhamdulillah akhirnya semuanya dapat diselesaikan," luahnya yang membawa watak Azlin dalam siri itu.

Membawakan watak sebagai cikgu pendidikan jasmani bernama Malik, ujar aktor Aaron Aziz pula, dia teruja dapat bermain american football bersama pemain profesional Amerika Syarikat dalam siri istimewa itu.

"Dalam Oh My English! - Hello America, saya berpeluang bermain american football bersama pemain profesional di sana. Syukur, saya tidak mengalami sebarang kecederaan kerana badan mereka semua besar berbanding saya," kongsi Aaron lagi.

Selain Aaron dan Izara, Oh My English! - Hello America turut dibintangi oleh Zain Saidin, Tiz Zaqyah dan Harun Salim Bachik.

Oh My English! - Hello America akan bersiaran pada 15 Januari 2014, pukul 9 malam di saluran Astro TVIQ dan saluran definisi tinggi (HD), Astro Maya.

Siri istimewa Oh My English! itu turut memaparkan beberapa lokasi menarik di New York seperti Time Square dan Statue of Liberty - FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved