Isnin, 6 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Penerima bak saudara kandung

Posted:

Penerima bak saudara kandung

Penerima bak saudara kandung

SETIAP kali akhir bulan, Ridzuan Atong, 37, resah memikirkan perbelanjaan yang perlu diagih-agihkan untuk keperluan isi rumah seperti perbelanjaan sekolah anak-anak, keperluan harian dan bil bulanan yang perlu dilunaskan.

Bertugas sebagai pemerhati di sebuah kilang getah berdekatan kediamannya di Kampung Gesir Tengah, Hulu Selangor, Ridzuan memperoleh gaji kurang daripada RM1,000.

Menjadi ketua keluarga dan menyara lima lagi ahli keluarga yang terdiri daripada tiga anak dalam lingkungan tiga hingga 12 tahun, isteri serta ibunya berusia 70-an, kehidupan Ridzuan umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Keadaan semakin parah sejak dua bulan lalu selepas dia ditimpa kemalangan apabila seluruh gajinya dibelanjakan untuk membaiki motosikal. Dia juga dia tidak dapat keluar bekerja dalam tempoh tersebut.

Pada 14 November lalu, bekalan air di rumahnya dipotong lantaran kegagalan melunaskan bil bulanan yang tertunggak sehingga mencecah ratusan ringgit.

Rentetan daripada 'hutangnya' itu, Ridzuan sekeluarga terpaksa menadah air hujan, menumpang bekalan air daripada jiran tetangga untuk meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

Berkat kesabarannya, rezeki berpihak kepada beliau sekeluarga apabila pasukan Tabung Budi Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) sudi menghulurkan bantuan. Peka menyambung semula bekalan air yang terputus selain bersetuju melunaskan kos bil air yang tertunggak selama enam bulan.


HUBUNGAN antara penerima dan petugas Tabung Budi Peka umpama sebuah keluarga.


Rasa syukur

Riak kesyukuran Ridzuan jelas terpancar apabila berulang kali dia melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih sambil jari jemarinya mengenggam erat tangan Presiden Peka, Zainuddin Othman.

"Sebelum ini saya tidak pernah menghadapi sebarang masalah melunaskan bil bulanan air. Walaupun pernah beberapa kali tertunggak, saya masih melunaskannya.

"Cukuplah hampir sebulan ketiadaan air, seksa rasanya. Segala kerja harian di rumah terganggu. Ucapan terima kasih sahaja yang mampu saya ungkapkan kepada Tabung Budi Peka," jelasnya yang mengakui kali pertama menerima sumbangan dan bantuan.

Bagi Eksekutif Kanan Tabung Budi Peka, Mohd. Azrin Zainudin, 26, yang juga anggota pasukan pencari penerima bantuan itu berkata, melihat wajah gembira setiap penerima ketika menerima sumbangan sudah cukup menghilangkan penat lelahnya selama ini.

Menghabiskan masa hampir setiap hari menjelajah ke setiap wilayah di Selangor, Lembah Klang dan Kuala Lumpur, Mohd. Azrin dipertanggungjawab menjalankan tinjauan dan siasatan terhadap penerima yang benar-benar layak menerima bantuan itu.

Dia yang bertugas dalam Biro Tabung Budi Peka di bawah seliaan Pengurus, Hashimah Che Mat Din, di samping dua lagi rakan sekerjanya Mohd. Jaafar Idris, 61 dan Mohd. Rushdan Zaid Ali, 39, menganggap setiap penerima bantuan itu bagaikan saudara kandung sendiri.

"Saya tidak pernah bosan melakukan tugasan ini kerana di setiap lokasi saya akan bertemu keluarga baharu. Apabila mereka menerima bantuan Tabung Budi Peka saya juga tumpang gembira dan bersyukur.


PETUGAS Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) melakukan pemeriksaan pada paip penerima Tabung Budi Peka.


"Malah saya sering memantau keadaan mereka selepas menerima bantuan ini sama ada kehidupan mereka berubah kepada lebih baik atau sebaliknya. Alhamdulillah sepanjang bersama Tabung Budi Peka sejak empat tahun lalu, kebanyakan penerima berjaya mengubah kehidupan masing-masing terutama dalam menyusun semula perbelanjaan belanja bulanan mereka," katanya.

Gemar mengembara di kawasan perkampungan Orang Asli, Mohd. Azrin memberitahu, golongan itu adalah pejuang tegar dalam meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.

"Mereka menangani tekanan sangat mudah. Kita mahu memberi bantuan tetapi mereka pula yang malu-malu kucing. Kalau tiada air mereka turun ke sungai, tadah hujan, gali perigi dan sebagainya.

"Oleh kerana itu saya tabik golongan ini dan tekad membantu mereka mendapatkan bekalan air bersih di kediaman masing-masing. Melihat keadaan mereka memang daif tetapi wajah mereka sentiasa mengukir senyuman," katanya.

Lain pula kisahnya bagi Mohd. Jaafar yang juga orang lama dalam biro itu. Dia sering berhadapan dengan pelbagai ragam penerima sumbangan termasuk pernah dihalau orang kurang siuman ketika menjalankan tinjauan.

Lima jam berkomunikasi

"Manusia ini ada macam-macam ragam. Ada yang menyambut kita dengan senyuman, ada yang melihat kita dengan pandangan yang amat sinis, ada juga yang kehidupannya serba kekurangan sehingga luar daripada fikiran kita.

"Masih segar dalam ingatan ketika melakukan tinjauan di daerah Kuala Langat, Selangor saya menghabiskan masa sehingga lima jam berkomunikasi melalui tulisan tangan dengan seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) bisu. Sehinggalah anaknya pulang dari sekolah baru kami selesai menjalankan tinjauan di situ," katanya.

Bukan sekadar menjadi penghubung antara penerima bantuan dan Tabung Budi Peka, pasukan itu turut menyalurkan maklumat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Mohd. Jaafar berkata, JKM dan LZS antara dua institusi yang sering memberikan kerjasama baik dengan Tabung Budi Peka.

PASUKAN Tabung Budi Peka sentiasa memastikan bekalan air di rumah penerima tidak mengalami sebarang gangguan.


"Kami sekadar menyumbang sambungan bekalan air dan bidang bantuan kami agak terhad di samping melibatkan tempoh tertentu sahaja. Jika kami mendapati setiap penerima atau calon tergolong dalam fakir miskin dan layak menerima bantuan, maklumat mengenai mereka disalur kepada JKM dan LZS," jelasnya.

Mohd. Rushdan Zaid yang juga ahli Peka menyumbang kepada tabung itu melalui potongan gaji setiap bulan berharap bantuan berkenaan diteruskan bertujuan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik dan tidak berkemampuan.

Dia berkata, hatinya sebak saat menatap wajah setiap penerima Tabung Budi Peka apatah lagi menyaksikan sendiri ada dalam kalangan penerima mempunyai anak yang ramai selain bergelut untuk meneruskan kehidupan tanpa bekalan air.

"Saya selalu dengar orang berkata biar tiada elektrik ada lilin jangan tiada air susah tetapi tidak pernah merasai keadaan itu. Terputus bekalan air untuk sehari pun boleh membuatkan kita tidak waras dan marah, inikan dalam tempoh yang lama.

"Mujur Tabung Budi Peka menyedari kesempitan yang ditanggung setiap penerima sumbangan ini. Saya sendiri tidak menyesal melakukan potongan gaji dan akan membantu selagi khidmat saya diperlukan," katanya.

Rumpai laut tarikan Pasar Tanjung

Posted:

Rumpai laut tarikan Pasar Tanjung

Rumpai laut tarikan Pasar Tanjung


SEORANG wanita menunjukkan rumpai laut yang mempunyai pelbagai kebaikan dalam industri kecantikan, makanan dan perubatan.


BARANGKALI, Pasar Tanjung Tawau tidak salah jika diumpamakan sebagai syurga hasil laut dan barangan tradisional.

Pasar, yang terletak di bandar ketiga terbesar Sabah itu, dibuka pada 1999 dan menempatkan 6,000 buah kedai yang sekali gus menjadikannya pasar tertutup terbesar di Malaysia.

Daripada barangan kraf, tikar, periuk belanga, permainan kanak-kanak, sayur segar, pelbagai jenis rempah, hinggalah pelbagai jenis makanan serta kudapan termasuk keropok tradisional amplang yang sangat popular di Sabah boleh didapati di sini.

Tidak lengkap jika anda berkunjung ke pasar ini tanpa membeli rumpai laut kering yang kebelakangan ini amat popular sebagai sumber khasiat kolagen untuk kesihatan, kecantikan dan keanjalan kulit.

Tumpuan utama

Pasar Tanjung Tawau dan bandar Tawau khasnya menjadi tumpuan utama aktiviti jual beli rumpai laut kerana terletak berhampiran dengan Semporna, Sabah yang menjadi kawasan industri rumpai laut terbesar negara.

Mengenai kebaikan rumpai laut, saintis menganggapnya sebagai makanan pelbagai fungsi yang berpotensi tinggi sebagai agen penambah dalam industri pemakanan halal, kosmetik, produk perubatan, farmaseutikal dan bahan api bio.

Biasanya, rumpai laut dituai untuk mengeluarkan karagenan yang sangat bernilai terutama dalam industri pemakanan sebagai agen pemekat, penstabil dan menghasilkan gelatin halal menggantikan gelatin daripada haiwan seperti babi yang banyak diguna untuk membuat kapsul ubat dan vitamin.

Karagenan juga biasanya digunakan dalam makanan jenis tenusu bagi mengekalkan tekstur berkrim seperti dalam aiskrim dan yogurt serta mengekalkan kelembutan dan jus dalam produk daging.


SABAH merupakan pengeluar terbesar rumpai laut di negara ini.


Secara umum, terdapat tiga jenis rumpai laut kering yang berada di pasaran berdasarkan warna iaitu ungu, keperangan atau kehijauan.

Bagaimanapun menurut penduduk tempatan yang dikenali sebagai Syafiqah, kesemua jenis rumpai laut itu tiada banyak perbezaan.

"Ia masih jenis rumpai laut sama yang cuma berbeza warna akibat cara pengeringan yang dilakukan oleh pengusaha.

"Rumpai laut yang dikeringkan di tempat redup dan tertutup akan mengekalkan warna ungu, manakala jika dijemur di bawah sinar matahari, warnanya pudar menjadi kuning keperangan," jelasnya.

Sementara itu, rumpai laut berwarna hijau pula biasanya direndam dalam pewarna semula jadi bagi menjadikannya lebih menarik.

Harga

Menyentuh mengenai harga, penjual meletakkan harga RM10 sekilogram, manakala di sekitar Pasar Filipina Kota Kinabalu pula harganya sekitar RM20 sekilogram.

Bagaimanapun, tinjauan di sekitar Lembah Klang mendapati rumpai laut kering berwarna ungu digredkan sebagai kualiti AAA dan dijual pada harga RM35 hingga RM45 bagi setiap 100 gram.

Jadi bagi pelawat ke Tawau pasti berbaloi membeli rumpai laut di pasar berkenaan.

Sementara itu, Sabah yang merupakan satu-satunya negeri pengeluar rumpai laut negara dijangka terus meningkatkan pengeluaran tahunan rumpai laut untuk membekalkan permintaan global yang semakin meningkat.

Setakat ini, akuakultur rumpai laut dibangunkan di daerah Semporna sebagai antara Bidang Ekonomi Utama Negara di bawah Program Transformasi Ekonomi, melalui projek mini-estet dua spesies rumpai laut utama.

Dua spesies itu adalah Kappaphycus alverazii dan Euchema spinosom.

Berdasarkan kajian Universiti Malaysia Sabah menjangkakan Negeri Di Bawah Bayu itu menghasilkan sekurang-kurangnya 150,000 tan metrik rumpai laut berproses berkualiti tinggi bernilai sehingga RM1.45 bilion menjelang 2020. - Bernama

Survival pain hiasan taman Jepun

Posted:

Survival pain hiasan taman Jepun

Survival pain hiasan taman Jepun


PENGHIAS pokok pain membersihkan akar pokok pain daripada tanah.


MAKOTO Ishibashi memangkas cekap dan merentap lembut dahan pohon pain itu. Kemahiran lelaki berusia 55 tahun itu bukan sahaja mencerminkan kerjayanya sebagai seorang artisan, malah lebih kepada profesion penuh penjiwaan.

Pewaris kepada perniagaan keluarga yang sejak berabad lamanya itu mampu menghasilkan sebuah karya agung dengan menukar pokok pain menjadi hasil seni yang mencecah angka AS$40,000 (RM131,340).

"Pokok ini bagaikan wanita. Daun-daunnya sangat lembut. Kesemua pohon ini adalah sebahagian daripada keluarga saya. Ia tidak menyatakan keinginannya secara lisan tetapi ia mampu menyampaikan mesej bagaimana ia mahu dibentuk.

"Perasaan itu mungkin hanya saya yang merasainya, namun saya percaya manusia berkongsi sesuatu yang unik dengan pokok, sama seperti hidupan lain," ujar pakar arborikultur itu ketika ditemui di ladangnya di bandar Sosa.

Sosa, sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 100 kilometer dari timur pusat bandar Jepun memang terkenal sebagai pembekal pokok-pokok hiasan yang diukir untuk diletakkan sebagai penghias taman dan laman tokong.

Dahan-dahan yang dipahat membentuk ukiran kreatif menerusi teknik nomiire memberi efek dramatik kepada pohon hiasan tersebut.

"Adakah ia menyakitkan awak? Maafkan saya. Saya akan melakukannya dengan lembut," perbualan mistik yang berlaku antara seorang artisan, Tadayoshi Udono dengan sebatang pokok selepas ia mengeluarkan bunyi berkeriut akibat tekanan ketika diukir.

Seperti pertukangan lain, seni membentuk pohon hiasan yang mirip kepada pokok makro bonsai itu kini berdepan ancaman yang membimbangkan.

Antara puncanya ialah kekurangan generasi muda menyertai profesion yang memerlukan ketelitian yang tinggi itu. Ada juga yang terpaksa meninggalkan kerjaya itu gara-gara kemerosotan ekonomi sejak kebelakangan ini.


KERJA-KERJA menghias pokok pain memerlukan ketelitian yang tinggi.


Mudah dijaga

Yoichiro Sato, 38, pernah diperli rakan sekerjanya yang telah berhenti daripada kerjaya tersebut. Dia juga dikatakan telah dihasut saudara-maranya agar terus bekerja dalam perniagaan keluarga yang diperturunkan empat generasi itu.

Sato juga melihat cabaran lain termasuk kecenderungan orang Jepun memilih pokok hiasan yang mudah dijaga berbanding pohon yang memerlukan penjagaan rumit.

"Namun saya masih bersyukur kerana orang di luar negara masih mencari pokok-pokok hiasan taman Jepun," tambahnya.

Pengerusi firma landskap taman Koshuen, Koichi Ebato bersetuju bahawa situasi di negara dengan populasi penduduk 128 juta itu kian mencabar.

"Di Jepun, ruang tidak mencukupi dan rumah tidak lagi sesuai untuk dihiasi taman Jepun. Ekonomi jua teruk. Buat masa ini kebanyakan pelanggan kami adalah orang Cina," luah Ebato.

Pengeluar pohon-pohon hiasan tersebut kini bergantung sepenuhnya kepada permintaan antarabangsa. Jepun mengeksport kira-kira 8.17 bilion yen (RM268 juta) bagi nilai ke atas pokok, tumbuhan dan bonsai mini pada tahun lalu, meningkat 22 peratus sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun ia adalah perniagaan eksport yang rumit. Pokok dan tumbuhan perlu mematuhi syarat kuarantin mengikut setiap negara import.

Kesemua pokok akan disejukbekukan di dalam kontena kapal selama berminggu-minggu tanpa bekalan matahari atau air sebelum tiba di negara pasaran termasuk China, Taiwan, Singapura, Jerman, Perancis dan Britain.

Golongan pembeli pula mesti sedia melaburkan wang yang banyak dan paling utama, bersabar. Ia boleh memakan masa hingga satu dekad bagi menyempurnakan sebatang pokok kecil. Proses itu belum lagi mengambil kira pokok-pokok yang melalui proses penyediaan menjangkau ratusan tahun.

Ishibashi, yang menceburi bidang itu seawal usia 18 tahun mengimbau momen dia dimarahi bapanya kerana memakai sarung tangan ketika bekerja.

Pesan bapanya: "Sarung tangan menyekat tangan menyempurnakan potongan dan guntingan halus. Ia bakal memberikan hasil yang berbeza."

Walaupun dia telah mengabdikan separuh abadnya dalam dalam pekerjaan tersebut, dia masih merasakan kemahirannya di peringkat asas.

"Kerja ini memerlukan ketelitian mendalam. Saya tidak akan belajar semua sebelum penghujung hidup saya," ringkas Ishibasi menutur kata. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


200 pelajar sertai program gunting rambut percuma

Posted:

200 pelajar sertai program gunting rambut percuma

200 pelajar sertai program gunting rambut percuma

MUHAMAD ZULKIFLY (tengah) bergambar bersama ahli JKKK Mukim Chalok II pada program gunting rambut secara percuma di Setiu, Terengganu baru-baru ini.


KHIDMAT. Seramai 200 pelajar sekolah menengah dan rendah di sekitar Chalok II menyertai program Gunting Rambut Jom! di Setiu, Terengganu baru-baru ini.

Program yang menawarkan khidmat menggunting rambut secara percuma itu dianjurkan oleh i-Sharp Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat kepada Blue Archipelago Berhad (BAB) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mukim Chalok II.

Program itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Muhamad Zulkifly Jusoh.

100 penduduk Kota Kemuning bergotong-royong

Posted:

100 penduduk Kota Kemuning bergotong-royong

100 penduduk Kota Kemuning bergotong-royong


KAMARUZZAMAN (berdiri barisan hadapan empat dari kiri) bersama penduduk setempat yang menghadiri program gotong-royong mencegah denggi yang diadakan di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


GOTONG-ROYONG. Lebih 100 penduduk di kawasan Kota Kemuning berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran tempat kediaman dan Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Program gotong-royong dan pencegahan denggi anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan UMNO itu bermula pukul 8 pagi dan berakhir kira-kira lima jam kemudian.

Ketua UMNO Bahagian Kota Raja,

Ir. Kamaruzzaman Johari berkata, kerjasama daripada masyarakat setempat penting dalam memastikan masalah denggi dapat ditangani melalui gotong-royong dan aktiviti kemasyarakatan yang lain terutama di lokasi yang berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Petron beri sumbangan kelengkapan persekolahan

Posted:

Petron beri sumbangan kelengkapan persekolahan

Petron beri sumbangan kelengkapan persekolahan


NOR SAID (barisan kedua, dua dari kanan) bergambar bersama 30 penerima bantuan kelengkapan persekolahan dan wakil stesen minyak Petron kawasan utara pada majlis penyerahan sumbangan amal di Kota Setar, Kedah baru-baru ini.


AMAL. Seramai 30 murid dari lima buah sekolah di sekitar daerah Kota Setar, Kedah menerima sumbangan amal daripada stesen minyak Petron kawasan utara Semenanjung Malaysia baru-baru ini.

Sumbangan berbentuk beg sekolah dan baucar bernilai RM150 untuk membeli pakaian serta peralatan persekolahan itu merupakan hasil daripada projek jualan amal menjual air mineral di Petron.

Menurut Pengusaha Stesen Minyak Petron Jalan Putra, Nor Said Mat Saad, jualan amal itu mula dilaksanakan lima bulan lalu di stesen minyak Petron, Esso dan Mobil di negeri Kedah, Perlis, Perak serta Pulau Pinang.

Lima sekolah yang terpilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Mergong, SK Wan Sulaiman Sidek, SK Suka Menanti, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Keat Hwa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Nur Damia Irsalina yang istimewa

Posted:

Nur Damia Irsalina yang istimewa

Nur Damia Irsalina yang istimewa

Damia menunjukkan kemampuan menulis nama sendiri dan melukis menggunakan kaki sambil berbaring di Sekolah Kebangsaan Telemong, Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - Kegigihan murid istimewa Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Telemong di sini yang sebelum ini dipaparkan media, Nur Damia Irsalina Daeng Malis terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Semalam, murid itu menerima kunjungan dua pakar perubatan rehabilitasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu yang mahu melihat keperluan sebenar Nur Damia untuk memudahkan lagi pergerakannya di sekolah dan di rumah.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr. Mohd. Jusoh berkata, pihak hospital akan membuat penilaian secara holistik untuk memantau keperluan kanak-kanak istimewa itu agar dia dapat bergerak seoptimum mungkin, sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kediaman YDP Besut ditembak

Posted:

Kediaman YDP Besut ditembak

Kediaman YDP Besut ditembak

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM dan KAMARUDIN HAMZAH
berita@kosmo.com.my


PASUKAN forensik polis memeriksa kesan tembakan pada cermin rumah Ibrahim.


BESUT - Keluarga Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Besut berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Gong Kapas ditembak sebanyak enam das oleh pihak yang tidak dikenali awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi itu, Ibrahim Mohamad, 55, bersama isteri dan seorang anak mereka yang berada di dalam banglo setingkat tersebut dikejutkan dengan bunyi tembakan yang kuat tetapi ketika itu mereka tidak mengesyaki sesuatu pelik.

Keluarga tersebut bagaimanapun hanya menyedari bunyi tembakan tersebut sebenarnya ditujukan ke kediaman mereka pada pukul 8.30 pagi apabila mendapati terdapat kesan tembakan pada dinding rumah serta kereta Mercedes Benz CLK320 milik mereka, manakala serpihan peluru bertaburan di pekarangan rumah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tangani isu dengan matang

Posted:

Tangani isu dengan matang

Tangani isu dengan matang


NAJIB berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap isu yang berkaitan dengan perkara sensitif perlu ditangani secara matang dan bukan dengan cara emosi serta perasaan.

Menurutnya, isu-isu seumpama itu hendaklah ditangani berdasarkan kepada kedaulatan undang-undang serta pendekatan dialog dengan semua pihak.

"Apabila kita boleh duduk semeja, bincang cari penyelesaian, saya percaya kita dapat mengurangkan sebarang ketegangan yang boleh timbul atas apa-apa isu yang berbangkit dari semasa ke semasa.

"Tidak ada gunanya kalau kita berbangga dengan kejayaan kita tetapi salah satu daripada tiang seri negara kita biarkan hancur lebur. Ini bermakna segala-gala yang telah kita bina selama ini tidak membawa erti sama sekali," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Gabungan tiga warna orkid ungguli 2014

Posted:

Gabungan tiga warna orkid ungguli 2014

Gabungan tiga warna orkid ungguli 2014

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

SEJAK lebih sedekad yang lalu, Institut Warna Pantone (Pantone) menjadi peneraju penentuan warna tahunan terhadap pembangunan sesebuah produk. Bermula daripada filem, fesyen, dekorasi kediaman dan gajet, kepatuhan pemilihan warna utama Pantone banyak memberi impak di serata dunia.

Tahun ini menjadi giliran radiant orchid untuk menduduki puncak warna tahunan. Rona lembut hasil cantuman warna fuchsia, ungu dan merah jambu itu kini siap untuk mendominasi rangkaian industri besar di peringkat global.

"Hijau zamrud menjadi warna tahunan yang berjaya menggendong simbol peningkatan kejayaan, pembaharuan dan kekayaan sepanjang tahun lalu.

"Radiant orchid pula menjemput inovasi kepada imaginasi individu agar tampil lebih kreatif. Warna ini mewakili keyakinan, keceriaan, kasih sayang dan kesihatan. Ia merupakan cabang rona ungu yang menawan dan mampu meningkatkan pesona seseorang," ujar Pengarah Eksekutif Pantone, Leatrice Eiseman seperti yang dipetik daripada laman web berita Time.

Tambah Eiseman, tarikan utama tona inspirasi bunga orkid itu adalah nilai versatil bawaannya. Ia juga padan sempurna bersama bayangan gelap dan terang serta mudah disesuaikan mengikut pelbagai jenis warna rambut, kulit dan mata.

KUASA bayangan ungu mampu melembutkan gaya kasar seorang lelaki.


Hasil kaji selidik ekstensif yang dilakukan Pantone bersama pakar-pakar dalam industri utama dan pereka fesyen menjurus kepada pemilihan warna anggun tersebut.

Pemerhatian mereka terhadap penggunaan meluas rona merah jambu dan ungu di pentas peragaan eksklusif seperti Prada, Chanel dan Dior turut mendorong kepada keputusan tersebut. Teorinya mudah, rumah-rumah fesyen yang memiliki identiti gah mempunyai pengaruh besar kepada pereka-pereka fesyen lain.

Rumah fesyen antarabangsa seperti Max Mara, Marc Jacobs, Salvatore Ferragamo dan Ermenegildo Zegna juga antara penggerak dominan yang mempromosikan tona tersebut dalam koleksi mereka sepanjang tahun lalu.

Kitaran normal

Penetapan warna pastel seperti radiant orchid sebagai warna tahun 2014 sudah dijangka kebanyakan pemerhati fesyen. Formula mendahulukan rona lembut pada suku pertama tahunan dirasakan tepat untuk melengkapi selera fesyen musim bunga.

Pereka fesyen tempatan, Melvin Shah berpandangan, pemilihan warna seringkali merujuk kepada penyesuaian empat musim yang utama.

Tahun ini, percikan rona ungu violet, ungu dan ungu lembut (lilac) dikatakan bakal menjadi pilihan teratas majoriti pereka tanah air.

"Sekarang sedang berlaku peralihan musim sejuk kepada bunga. Jadi pemilihan radiant orchid yang berciri lembut memang sesuai.


GABUNGAN warna fuchsia, ungu dan merah jambu membentuk radiant orchid sebagai tona feminin yang mempesona.


"Namun apabila menjelang musim panas kelak, kita akan menyaksikan dominasi warna-warna terang seperti emas metalik, perak dan tembaga di pentas peragaan bagi koleksi avant garde. Rekaan sedia pakai pula bakal dikuasai tona-tona hangat seperti jingga, kuning dan hijau," kongsi Melvin.

Kepekaan masyarakat Malaysia terhadap trend warna juga semakin meningkat.

Dedah Melvin, tidak hairan jika dia sudah menerima tempahan awal pakaian berona ungu dan merah jambu, membuktikan bahawa pengaruh radiant orchid telah memberi efek kepada dunia.

Tahun lalu sahaja, menerusi pemilihan hijau zamrud, Melvin banyak menghasilkan busana perkahwinan berteraskan rona tersebut. Pereka dari Kuala Lumpur itu menjangka bahawa ungu lembut dan ungu violet akan menjadi warna tema perkahwinan yang hangat.

Kesesuaian jejaka

Secara amnya, radiant orchid melengkapi indah warna merah bersama ungu lavender, kuning lembut dan merah jambu.

Untuk gaya maskulin pula, ia boleh diseragamkan dengan hijau zaitun, hijau pemburu (hunter) yang diinspirasikan daripada pakaian pemburu pada abad ke-19 dan bayangan neutral seperti kelabu, kuning air (beige) dan kelabu gelap keperangan (taupe).

Buat kaum Adam, percaturan warna tahun 2014 itu mungkin agak feminin. Namun jika imbangan dan suai padan dapat dikenal pasti, sudah tentu ia mampu membentuk penampilan yang bertenaga.

Bak saranan pereka fesyen tanah air khusus rekaan lelaki, Fairuz Ramdan, pakaian kasual adalah yang terbaik bagi melunaskan keinginan sang jejaka yang mahu bereksperimen dengan radiant orchid.

Jaket varsiti dan kasut sneaker dalam tona tersebut dirujuk sebagai antara item terbaik untuk lelaki sepanjang tahun ini. Ia turut dilambangkan sebagai kunci gaya yang bertepatan untuk pelbagai acara, suasana dan masa tanpa mengundang rasa janggal.

PENGARUH rumah fesyen antarabangsa mempromosikan radiant orchid turut dijadikan penentu kepada pemilihan warna tahunan.


"Mereka yang benar-benar tegar mengenakan warna ini boleh memilih kemeja, tali leher atau sapu tangan yang disisip pada poket atas baju (pocket square). Namun elakkan daripada mengenakan aksesori kecil seperti gelang dan rantai dengan rona ini.

"Selain radiant orchid, biru elektrik juga dilihat bakal menjadi warna pilihan majoriti lelaki pada tahun ini. Tidak lupa konsep corak dan warna. Bagaimanapun, seseorang itu perlu bijak menghubungkan corak yang merangkumi corak atau motif dan warna agar padanan tidak menjadi canggung," terang Fairuz.

Trend celoreng yang perlahan-lahan meresap dalam tata gaya jejaka tempatan tahun lalu juga dijangka memuncak sepanjang tahun ini.

Pakaian pengantin terkini Berinai Bridal

Posted:

Pakaian pengantin terkini Berinai Bridal

Pakaian pengantin terkini Berinai Bridal

Oleh NIZHA PERIASWAMY

DRES rona putih ini antara kesukaan pelanggan Berinai Bridal.


MENGENAKAN sepasang busana yang paling sempurna pada hari penting menjadi impian setiap pasangan yang ingin berkahwin terutama wanita. Demi mencapai impian itu, kebanyakan bakal pengantin wanita sanggup meluangkan masa dan tenaga supaya imej yang ditonjolkan pada hari istimewa itu adalah yang terbaik.

Namun, bukan semua orang berkemampuan mengupah pereka fesyen bertaraf profesional untuk menghasilkan busana impian.

Mengambil kira elemen berfesyen terutama kepada golongan kelas pertengahan, Berinai Bridal mengetengahkan beberapa koleksi pakaian pengantin.

Ia bukan sahaja berpatutan dari segi harga tetapi pemilik butik, Sam Samin memastikan koleksi yang ditawarkan mengikut trend dan permintaan semasa.

Minat mendalam terhadap fesyen pakaian yang menyerlahkan kecantikan luaran si pemakai, lebih-lebih lagi busana yang menambah seri pada hari persandingan, mendorong Samin terlibat dalam bidang dandanan dan rekaan baju pengantin.

"Segala-galanya bermula pada tahun 2008 apabila saya membuka sebuah butik kecil. Ketika itu, saya membeli baju pengantin terpakai dan menyewakan semula. Saya kemudiannya mula memahami cita rasa dan keinginan pelanggan terutamanya golongan muda," kata Samin ketika ditemui pada sesi fotografi di Hotel Palm Resort, Putrajaya.

Pakej lengkap

Dia yang menawarkan pakej lengkap perkahwinan mereka sendiri baju pengantin sebelum mengupah penjahit.

"Saya selalunya mendapatkan inspirasi rekaan pengantin berdasarkan pakaian-pakaian Barat terkini di pasaran. Kemudian, saya akan mengubah suai pakaian tersebut dan mereka semula mengikut kesesuaian pengantin beragama Islam," katanya.

Pengaruh Barat juga menyebabkan kebanyakan rekaan baju pengantin Samin terdiri daripada dres berbanding baju kurung.

"Saya juga banyak melakukan penyelidikan dan suai padan mengikut keperluan serta kehendak pelanggan. Ini membolehkan saya memberikan pelanggan rekaan yang benar-benar segar dan baharu," katanya lagi.

Lazimnya, warna-warna pilihan yang menjadi permintaan pengantin menurut Samin ialah rona lembut seperti putih, biru muda, merah jambu dan beige.

Namun, dia turut menerima tempahan warna-warna berani seperti hijau emerald, kombinasi warna hitam dan merah serta warna-warna terang.

Pada sesi penggambaran itu, Samin membawa koleksi baharu pakaian berwarna pastel dan lembut kecuali bagi warna hijau emerald yang turut mempunyai tarikan tersendiri.

Dari segi rekaan dan potongan baju, Samin memberitahu, hampir kesemua pelanggan ingin pakaian yang mengikut tubuh badan, ringkas atau aturan manik berat di bahagian tertentu dan berenda.

Potongan dres yang sedang hangat sekarang ialah potongan ikan duyung yang ketat sehingga ke bahagian separuh kaki dan kembang sama ada bertingkat atau dibiarkan beralun bebas.

"Terdapat juga permintaan untuk baju dres Muslimah iaitu berpotongan longgar dan kami di Berinai Bridal tetap menyempurnakan permintaan itu," ujar Samin.

Berinai Bridal menawarkan pakej lengkap perkahwinan berharga dari RM15,500 termasuk baju pengantin, makanan, khemah dan pelamin kecuali tidak menawarkan khidmat fotografi serta DJ.

Madu penawar masalah kulit

Posted:

Madu penawar masalah kulit

Madu penawar masalah kulit


PRODUK ini menggabungkan dua fungsi utama iaitu sebagai penanggal solekan dan pembersih muka.


MADU sememangnya sumber alam yang kaya khasiatnya, sama ada untuk industri pemakanan atau kecantikan. Ia juga menjadi penawar semula jadi mujarab bagi bermacam-macam masalah kesihatan.

Dalam industri kecantikan, madu asli atau yang telah diekstrak ke dalam produk sering dijadikan bahan utama bagi menyelesaikan masalah kulit.

Seperti yang dipetik pakar kecantikan semula jadi, Kim Wallace menerusi laman web kimberlyloc.com, kandungan antibakteria dan antioksidan membuatkan madu asli sangat berguna kepada kulit.

"Selagi sesuatu produk itu menggunakan ekstrak madu asli atau anda mengaplikasikan terus madu dalam bentuk asal, ia pasti dapat mengembalikan seri kulit," ujar Wallace.

Kandungan semula jadi antibakteria dalam madu asli amat efektif bagi menangani dan mencegah akne. Ia juga kaya antioksidan sekali gus mampu memperlahankan proses penuaan. Kelembapan dan rasa nyaman yang diberikan khazanah alam itu turut memperbaiki masalah kulit kusam dan tidak bermaya.

Pori-pori yang tersumbat dapat dibuka dengan lancar kerana madu asli adalah antara agen penjernihan semula jadi yang berkesan.

Penggunaan madu dalam produk penjagaan kulit pula telah dipraktikkan sejak dulu. Kebolehannya melindungi kulit daripada sinaran matahari, mengembalikan keremajaan, menyegar dan melembutkan kulit secara asasnya menjadikan ia antara bahan terpenting dalam produk kecantikan.

Sebagai pelembap kulit secara semula jadi, jenama produk kecantikan Pixy menghasilkan siri pembersih solekan berasaskan madu asli yang tidak mengeringkan kulit. Ia bebas alkohol dan menggunakan formulasi Jepun yang telah diuji secara klinikal.


MADU asli kaya dengan kandungan antibakteria semula jadi bagi merawat masalah akne.


Madu asli yang bertindak sebagai ramuan utama kepada produk tersebut bertujuan menghalang pengeringan, mengekalkan kesegaran, melembut dan menyerikan kulit.

Mengambil kira kulit wajah wanita yang sering terdedah kepada pembentukan masalah akibat rutin bersolek, label yang sinonim dengan bedak kompak dua fungsi (two-way cake) itu mahu menggalakkan kaum Hawa agar lebih rajin membersihkan solekan.

Tidak dinafikan, selepas seharian bekerja lebih-lebih lagi pulang ke rumah pada lewat malam membuatkan ramai berasa malas untuk menanggalkan solekan. Namun menerusi siri pembersih solekan Pixy, amalan itu dapat dilaksanakan dengan mudah.

Aplikasi mudah

Sesuai untuk semua jenis kulit, produk yang merangkumi dua rangkaian itu menggabungkan fungsi penanggal solekan dan pembersih muka hanya dalam satu langkah praktikal.

Ia diformulasi khusus bagi menanggalkan solekan secara menyeluruh, membersih dan melembapkan kulit wajah tanpa meninggalkan rasa melekit atau berminyak.

Wanita yang mahu menanggalkan solekan dengan pantas wajar memilih losen Pixy Gentle & Moist Cleansing. Ia lembut pada kulit dan mampu menyingkirkan solekan tanpa bilasan.

Sabun cecair untuk solekan Pixy Single Step pula mencantumkan fungsi penanggal solekan dan pembersih wajah berbuih yang mudah dibilas. Tanpa langkah rumit, ia menanggalkan solekan dan kotoran pada wajah serta memberikan kesegaran pada kulit.

Saiznya juga praktikal untuk diisi di dalam beg tangan dan dibawa ke mana sahaja. Siri pembersih solekan Pixy kini boleh didapati di pasar raya utama, pasar raya besar dan rangkaian farmasi kecantikan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.pixy.com.my.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


United alih fokus

Posted:

United alih fokus

United alih fokus

MOYES nampaknya masih gagal untuk mengembalikan kegemilangan United.


LONDON - Manchester United kini mengalihkan tumpuan kepada aksi separuh akhir pertama saingan Piala Liga apabila berkunjung ke Stadium Of Light berdepan Sunderland awal pagi esok.

Selepas kecewa disingkirkan dalam aksi Piala FA oleh Swansea City awal pagi semalam selain prestasi hambar dalam saingan liga domestik, skuad kendalian David Moyes pastinya tidak memandang mudah perlawanan itu untuk sekurang-kurangnya memburu satu trofi musim ini.

Justeru, Moyes mahu anak-anak buahnya berjuang bermati-matian memburu gol selesa sebelum aksi timbal balik di Old Trafford selepas ini.

"Kekalahan sememangnya sukar diterima terutamanya apabila mengendalikan pasukan yang hebat seperti United.

"Tetapi itulah lumrah sebagai pengurus. Saya harap pemain dapat melupakan kekalahan kepada Swansea kerana ada satu lagi perlawanan penting (awal pagi esok)," kata Moyes.

Selain pertemuan antara Sunderland dan United, satu lagi aksi separuh akhir Piala Liga antara Manchester City dan West Ham United di Stadium Etihad, awal pagi Khamis ini juga tidak kurang mendebarkan.

Ini kerana, skuad kendalian Manuel Pellegrini terpaksa berdepan jadual perlawanan yang padat minggu ini selepas sekadar seri 1-1 dengan Blackburn Rovers dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Ewood Park tempoh hari.

Disebabkan itu, The Citizens terpaksa berdepan aksi ulangan Ahad ini selain mengharungi aksi liga domestik berdepan Newcastle United, Cardiff City dan Tottenham Hotspur.

Biarpun terpaksa beraksi enam perlawanan dalam tempoh 22 hari, penyerang City, Alvaro Negredo percaya ia tidak akan menjejaskan rentak The Citizens.

"Apa yang penting kami perlu segera cergas setiap kali selepas perlawanan.

"Kami memiliki kelebihan kerana skuad yang besar dan barisan pemain yang berkualiti, jadi kami boleh melaksanakan polisi penggiliran pemain tanpa menjejaskan rentak pasukan.

"Jadi, saya harap kami berjaya melakar kemenangan selesa di depan penonton sendiri sebelum kembali berdepan West Ham di tempat lawan selepas ini," kata Negredo. - AFP

Status bintang bukan keutamaan JDT 1

Posted:

Status bintang bukan keutamaan JDT 1

Status bintang bukan keutamaan JDT 1

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

KETUA jurulatih pasukan Johor Darul Takzim 1 (JDT 1), Cesar Ferrando Jimenez mengakui status pemain bintang bukan keutamaannya untuk menyenaraikan kesebelasan utama bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) 2014 yang bakal membuka tirainya pada 17 Januari ini.

Sebaliknya, pengendali dari Sepanyol itu menjelaskan bahawa fokus utama yang bermain dalam fikirannya ketika ini ialah untuk memastikan JDT 1 mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan yang mereka harungi.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar menjelang perlawanan persahabatan antara Harimau Selatan dengan Pelita Bandung malam ini, Jimenez turut optimis anak-anak buahnya memiliki peluang yang cerah untuk menamatkan kemarau trofi mereka sekiranya mampu mengekalkan konsistensi seperti yang dipamerkan dalam tiga aksi persahabatan sebelum ini.

"Saya tidak akan melihat kepada status (bintang) pemain itu semata-mata, kerana bagi saya ia bukan perkara penting dalam sesuatu pasukan.

"Apa yang saya mahu fokuskan ialah kami perlu mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan.

"Saya jamin setiap pemain pasukan ini akan turun ber juang habis-habisan untuk menaikkan nama JDT 1 dan beraksi lebih baik dalam setiap perlawanan demi penyokong fanatik kami," ujar Jimenez semalam.

Musim ini, JDT 1 dilabel sebagai pasukan pilihan untuk menggegar Liga Malaysia apabila membawa masuk dua pemain berkelas dunia, Pablo Aimar dan Luciano Figueroa bagi memperkuatkan cabaran yang sebelum ini digalas pemain-pemain kebangsaan seperti Mohd. Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan ramai lagi.

Menjelang aksi persahabatan keempat dengan kelab In donesia, Pelita Bandung di Stadium Tan Sri Hasan Yunos Larkin, malam ini, bekas jurulatih kelab Atletico Madrid itu mengakui beliau bakal menurunkan barisan terkuat bagi melihat tahap sebenar kemampuan pasukannya.

Di bawah bimbingannya, Harimau Selatan telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam tiga aksi terdahulu dengan mencatat kemenangan 7-1 ke atas Tampin Rovers, 3-0 ke atas Hougang United dan terbaharu, menang 4-1 ke atas Melaka United FC (Sabtu lepas).

"Bagi saya perlawanan (dengan Pelita Bandung) ini amat penting bagi menilai tahap sebenar pasukan ini.

"Kami masih lagi dalam proses membina sebuah pasukan yang mantap dan aksi malam esok (hari ini) adalah masa terbaik untuk saya menurunkan skuad terkuat yang kami ada," tambahnya.

Selepas aksi dengan Pelita Bandung, JDT 1 akan turun pada aksi persahabatan terakhir dengan menentang kelab Singapura, Home United FC, Sabtu ini.

'Tak terlintas untuk berhijrah'

Posted:

'Tak terlintas untuk berhijrah'

'Tak terlintas untuk berhijrah'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

"TIDAK pernah terlintas langsung di fikiran saya untuk berhijrah.

"Selagi khidmat saya diperlukan, saya tidak akan meninggalkan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia)."

Demikian jelas pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee sekali gus menamatkan spekulasi berhubung masa depannya bersama badan induk itu selepas ini.

Biarpun dikatakan bukan lagi calon pilihan bagi menyandang tugas selaku pengendali tetap Harimau Malaya selepas ini, Kim Swee tetap tidak melatah dan kekal komited melaksanakan peranannya sebagai pengendali sementara.

Pada masa sama, beliau juga menafikan desas-desus bakal berhijrah mengendalikan skuad bola sepak Myanmar jika tidak lagi mendapat mandat menerajui Harimau Muda A selepas ini.

"Wang ringgit bukan ukuran, sehingga kini saya juga belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada mana-mana pasukan termasuk Myanmar.

"Sejujurnya, saya cukup bangga jika kekal membantu pembangunan bola sepak negara terutamanya mengenal pasti bakat-bakat muda.

"Jika saya masih diperlukan FAM, saya tidak akan pergi ke mana-mana," jelas beliau kepada Kosmo! kelmarin.

Polemik berhubung masa depan Kim Swee mula tercetus selepas FAM mengesahkan bakal mengumumkan jurulatih baharu Harimau Malaya selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Antara calon-calon hangat yang disebut-sebut menyandang 'kerusi panas' itu termasuklah jurulatih kelahiran Perancis, Phillippe Troussier.

Disebabkan itu, majoriti peminat fanatik tempatan khuatir Kim Swee bakal 'disambar' Persatuan Bola Sepak Myanmar (MFF) bagi menggantikan Park Sung-Hwa yang dipecat ekoran kegagalan mereka ke separuh akhir temasya Sukan SEA baru-baru ini.

Difahamkan, MFF sanggup menawarkan habuan lebih lumayan kepada Kim Swee dengan gaji bulanan melebihi AS$70,000 (RM224,280).

Ketika ini, Kim Swee menggalas tugas selaku pengendali sementara Harimau Malaya selepas kontrak Datuk K. Rajagobal tidak lagi disambung FAM bulan lalu.

Mengulas lanjut, Kim Swee memberitahu beliau akan mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan berjumpa Datuk (Hamidin) Selasa (hari ini) bagi mengetahui peranan saya selepas ini.

"Apa juga keputusan, hanya akan dibuat selepas saya bertemu FAM," jelas Kim Swee yang masih belum menandatangani kontrak baharu selepas berakhirnya temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar baru-baru ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiada Hard Rock Cafe di Putrajaya

Posted:

Tiada Hard Rock Cafe di Putrajaya

Tiada Hard Rock Cafe di Putrajaya

06/01/2014 11:26pm

PUTRAJAYA - Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak akan melayan sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk membuka restoran dan pusat hiburan, Hard Rock Cafe di bandar tersebut.

Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, sekiranya ada permohonan dihantar selepas ini, pihaknya tidak akan mempertimbangkan sama sekali sebaliknya memulangkan kembali kepada pemohon.

"Kita tidak mahu Hard Rock Cafe di Putrajaya, jika ada permohonan dihantar kita pulangkan, tidak perlu timbang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - KOSMO!

100 tenaga pengajar dari Amerika Syarikat bantu pembelajaran di Malaysia

Posted:

100 tenaga pengajar dari Amerika Syarikat bantu pembelajaran di Malaysia

100 tenaga pengajar dari Amerika Syarikat bantu pembelajaran di Malaysia

06/01/2014 10:44pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 siswazah dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS) tiba di Malaysia baru-baru ini bagi memulakan

program Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright selama 10 bulan di enam negeri di sini.

Duta AS di Malaysia, Joseph Yun berkata, ETA itu akan ditugaskan di sekolah rendah dan menengah di Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.

"Berdasarkan kepada kejayaan cemerlangnya, program ETA dikembangkan di Sabah dan Sarawak serta bilangan ETA ini meningkat daripada 75 kepada 100 menjadikannya satu daripada program ETA terbesar di dunia," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Joseph, memandangkan program itu terus berkembang persahabatan yang dijalin ETA akan mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara AS dan Malaysia. - Bernama

Mayat warga emas ditemui di gerai kosong

Posted:

Mayat warga emas ditemui di gerai kosong

Mayat warga emas ditemui di gerai kosong

06/01/2014 9:52pm

KOTA TINGGI - Seorang pekerja yang sedang membersihkan kawasan gerai kosong di Jalan Niaga Utama dekat sini hari ini terkejut apabila lelaki warga emas yang disangkakan sedang tidur di sebuah gerai di situ rupa-rupanya sudah meninggal dunia.

Mohammad Sulong, 45, berkata, dia menemui mayat Too Chin Kong, 70, pada pukul 9.45 pagi tadi.

"Saya ingatkan dia tidur, tapi setelah didekati dan tidak bergerak walaupun berkali-kali dikejutkan, baru saya sedar dia sudah mati," katanya kepada pemberita, di sini.

Mohammad berkata, dia kemudian menghubungi pihak berkuasa bagi melaporkan kejadian.

"Saya tidak kenal sangat dengan dia tapi pernah bertegur sapa dan dia pernah minta saya hantar dia ke hospital kerana tidak sihat sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes kematian warga emas berkenaan.

"Barang berharga milik mangsa iaitu wang tunai sebanyak RM794.00 dan dokumen diri masih ada bersama mangsa," katanya.

Tambahnya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.

Beliau juga meminta orang ramai yang mengenali mangsa atau warisnya supaya menghubungi pihaknya atau balai polis berhampiran. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


18 maut keganasan hari mengundi

Posted:

18 maut keganasan hari mengundi

18 maut keganasan hari mengundi

POLIS menendang seorang suspek yang disyaki menyerang sebuah pusat membuang undi di bandar Bogra, utara Bangladesh semalam.


DHAKA - Beribu-ribu penunjuk perasaan membaling bom api ke arah sejumlah pusat mengundi manakala 18 orang mati dalam keganasan yang tercetus di seluruh Bangladesh semalam.

Kekacauan itu berlaku semasa orang ramai keluar mengundi dalam pilihan raya umum yang dipulaukan oleh pihak pembangkang.

Polis melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan ketika mereka cuba membakar lebih 200 pusat mengundi dan mencuri kertas undi dalam usaha mensabotaj pilihan raya itu.

"Kami melihat beribu-ribu penunjuk perasaan menyerang pusat mengundi dan anggota kami di banyak lokasi menggunakan bom petrol," kata ketua polis daerah Bogra di utara Bangladesh, Syed Abu Sayem.

"Situasi kini amat tidak stabil," tambahnya.

Dalam pada itu di ibu kota Bangladesh di sini, polis mengesahkan terdapat tiga insiden pusat mengundi diserang menggunakan bom api.

Kerajaan mengerahkan puluhan ribu askar ke seluruh negara untuk mengawal keselamatan selepas kira-kira 150 orang maut dalam kekacauan menjelang pilihan raya itu tetapi mereka gagal mengekang pertumpahan darah daripada terus berlaku.

Parti pemerintah, Liga Awami menuduh pembangkang utama, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) sebagai mendalangi keganasan tersebut.

Setakat ini, pemimpin parti tersebut Khaleda Zia dikenakan tahanan dalam rumah.

Pihak pembangkang menuntut Perdana Menteri Sheikh Hasina supaya memberi laluan kepada pembentukan sebuah kerajaan sementara yang neutral sebelum pilihan raya diadakan bagi memastikan insiden penipuan kertas undi yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang.

Namun, tuntutan pembangkang itu tidak dipedulikan oleh kerajaan yang meneruskan pilihan raya tersebut. - AFP

Anak lembu dua kepala lahir di Maghribi

Posted:

Anak lembu dua kepala lahir di Maghribi

Anak lembu dua kepala lahir di Maghribi


ANAK lembu berkepala dua ini dilahirkan di sebuah kampung di utara Mahgribi.


SEFROU - Penduduk di utara Maghribi gempar apabila seekor anak lembu berkepala dua telah dilahirkan baru-baru ini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Anak lembu itu yang dilahirkan pada 30 Disember lalu diberi nama Sana Saida oleh tuannya. Nama berkenaan bermaksud 'Selamat Tahun Baru'.

Sejak dilahirkan, haiwan ganjil itu menjadi perhatian ramai terutamanya dalam kalangan penduduk setempat di sini.

Pada setiap hari, ramai penduduk tempatan yang berkunjung ke ladang tempat anak lembu itu dilahirkan di kampung ini.

Mereka ingin melihat sendiri rupa sebenar anak lembu istimewa tersebut. - Agensi

Gunung Sinabung meletus lagi

Posted:

Gunung Sinabung meletus lagi

Gunung Sinabung meletus lagi


PENDUDUK kampung di luar zon bencana melihat letusan Sinabung pada Rabu lalu. - AFP


KARO - Pihak berkuasa Indonesia meluaskan zon bahaya di sekitar sebuah gunung berapi yang meletus di barat Indonesia semalam selepas gunung berkenaan menghamburkan gas lebih jauh daripada jangkaan sebelum ini.

Letusan Gunung Sinabung sejurus selepas tengah malam itu mencetuskan perpindahan mengejut penduduk di sekitarnya.

Sejumlah lelaki dilihat memecut motosikal mereka dari kaki gunung itu dengan diikuti beberapa buah trak yang membawa wanita dan kanak-kanak.

Beberapa pegawai menjerit memberi amaran tentang bahaya batu dan serpihan gunung berapi itu yang jatuh seperti air hujan.

Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, lebih 50 letusan Gunung Sinabung yang terletak di Sumatera Utara itu direkodkan sejak kelmarin.

Gunung berapi itu turut mengalirkan lahar sejauh 5 kilometer (km) di bahagian tenggara lerengnya.

"Sinabung memuntahkan awan gas dan lahar setinggi 4,000 meter dalam beberapa letusan semalam tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan," kata Sutopo.

Menurutnya, zon bahaya di tenggara Sinabung ditambah daripada 5km menjadi tujuh km dari kawah gunung berapi berkenaan.

Sejumlah anggota tentera menyertai operasi menyelamat di kampung Jewara dan Pintu Bedsi yang terletak sekitar 7km dari kawah gunung berkenaan.

Lebih 20,000 orang telah dipindahkan dari perkampungan di sekitar gunung berapi berkenaan sejak pihak berkuasa meningkatkan amaran letusan Sinabung pada tahap tertinggi November tahun lalu.

Gunung berapi setinggi 2,600 meter itu telah beberapa kali meletus sejak September 2013. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tidak perlu tunggu tahun baru - Beto

Posted:

Tidak perlu tunggu tahun baru - Beto

Tidak perlu tunggu tahun baru - Beto

SEWAKTU bertemu dengan pelakon Nurkusyairy Zakuan Osman atau lebih sinonim dengan panggilan Beto Kusyairy ketika penggambaran telemovie Kasih Ayah minggu lalu, perkara pertama yang ditanya adalah mengenai azam baharu.

Ia satu pertanyaan yang cukup wajar memandangkan ketika itu tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang ambang tahun 2014 dan setiap individu pastinya mempunyai azam yang ingin direalisasikan.

Bagaimanapun, jawapan yang diterima daripada pelakon Istanbul Aku Datang itu agak mengejutkan kerana dia memberitahu selama ini dia tidak seperti orang lain yang akan teruja menceritakan azam masing-masing.

"Mungkin akan ada segelintir pihak yang agak hairan dengan saya tetapi itulah pendirian saya sejak dahulu lagi. Sejujurnya saya agak kurang percaya dengan azam baharu ini.

"Bagi saya, kalau ingin mengejar sesuatu impian atau mahu melakukan sebarang perubahan dalam diri, tidak perlu hendak tunggu tahun baru dan lakukan sahaja dengan segera," tegasnya.

Menceritakan tentang perjalanan kariernya sepanjang tahun 2013, Beto meluahkan rasa syukurnya kerana semua berjalan dengan lancar serta rezeki yang tidak putus datang.

Menurutnya, sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya, dia merasakan tiada apa yang perlu dirisaukannya memandangkan sehingga kini dia masih lagi mendapat kepercayaan ramai penerbit dan pengarah.

BETO KUSYAIRY mengatakan resolusi atau azam tidak perlu dipasang pada setiap tahun baru, sebaliknya boleh dilakukan dengan segera pada bila-bila masa.


"Setakat ini saya memang tidak mahu merungut memandangkan segala-galanya tiada apa yang kurang. Apa sahaja tawaran yang diperoleh, saya akan terima setelah dibuat pertimbangan dan penilaian.

"Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan perjalanan karier sebagai pelakon sepanjang 2013 dan percaya apa yang saya nikmati ini sudah ditentukan dan ada hikmah di sebaliknya," ujar pelakon berusia 33 tahun itu.

Katanya lagi, biarpun sejak kebelakangan ini wajahnya agak kurang muncul di kaca televisyen atau layar perak tetapi diari lakonannya sentiasa padat dengan jadual penggambaran.

"Tidak mustahil ada yang beranggapan saya sudah kurang berlakon kerana tidak selalu muncul. Sebenarnya, kebanyakan drama bersiri, telemovie dan filem yang saya lakonkan masih belum ditayangkan lagi di televisyen dan pawagam.

"Misalnya, pada tahun ini sahaja sebanyak empat buah filem saya yang sedang menanti untuk ditayangkan seperti Bravo 5, Balun, Gila Baby dan CEO manakala sebuah telemovie lakonan saya iaitu Qadar juga bakal ditayangkan di saluran Astro First," jelasnya.

Jadi pengarah

Sudah sedekad menjadi seorang pelakon, Beto turut diaju dengan pertanyaan tentang impian dan hala tujunya sebagai anak seni setelah membintangi banyak drama bersiri, telemovie dan filem.

Pelakon berkelulusan Diploma Perhotelan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu berkata, dia sebenarnya mempunyai impian untuk duduk di kerusi pengarah.

"Setiap pelakon pastinya ada memasang impian untuk meningkatkan lagi kerjaya dalam bidang seni ini. Kalau ditanya tentang impian saya, sudah tentu saya mahu menjadi seorang pengarah suatu hari nanti.

BETO mempunyai empat buah filem dan beberapa telemovie yang masih menunggu giliran untuk ditayangkan pada tahun ini.


"Namun begitu, saya tidak mahu terlalu tergesa-gesa untuk mengejar impian berkenaan. Lagipun sekarang ini masih mentah dan perlu belajar lebih banyak selok-belok dalam dunia lakonan," ujarnya.

Jelas Beto, tidak semestinya dia perlu sasar tahun ini untuk bergelar seorang pengarah memandangkan dia memerlukan lebih banyak masa lagi menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman.

Projek baharu

Bercerita mengenai projek baharunya pula, Beto memberitahu, dia baru sahaja terbabit dengan penggambaran telemovie untuk tayangan di stesen televisyen Alhijrah berjudul Kasih Ayah.

Dalam telemovie berkenaan, dia memegang watak utama sebagai Hakim dan turut berlakon bersama beberapa pelakon popular lain seperti Dira Abu Zahar, Dian P. Ramlee dan Fathil Dani.

"Watak saya sebagai Hakim merupakan seorang lelaki yang menjaga kepentingan keluarganya tetapi kerana terlalu memberikan tumpuan kepada pekerjaan, dia telah melupakan tanggungjawab sebagai ayah dan suami.

"Saya tertarik untuk berlakon dalam telemovie ini kerana skrip dan jalan ceritanya sangat bagus serta banyak memberi nasihat yang berguna kepada penonton," ujarnya.

Selepas terbabit dengan penggambaran telemovie berkenaan, Beto memberitahu, dia akan berlakon pula sebuah lagi telemovie berjudul P.I serta beberapa buah projek lakonan lain yang kini dalam proses perbincangan.

Aldo Gumara mahu bina nama di Malaysia

Posted:

Aldo Gumara mahu bina nama di Malaysia

Aldo Gumara mahu bina nama di Malaysia

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my

ALDO mengakui dirinya kini sudah serasi dengan budaya masyarakat Malaysia.


JIKA disebut namanya, memang tiada yang mengenali jejaka kelahiran Indonesia ini. Namun kerana minat, Aldo Gumara ingin mencuba nasib membina nama dalam industri tempatan. Pada awal kemunculan jejaka ini dalam filem Awan Dania The Movie, mungkin wataknya yang agak kecil tidak memberi ruang untuk peminat mengenali Aldo.

Selepas berehat seketika, Aldo meneruskan minatnya dalam lakonan dengan menerima watak sebagai Rohan dalam siri web yang berjudul Dan Calonnya Adalah… bersama Faralyna, Anding Indrawan, Maria Tunku Sabri, Susan Lankester dan ramai lagi.

Drama yang berdurasi selama lima hingga lapan minit ini akan ditayangkan di laman portal Tonton sebanyak 28 episod bermula 12 Disember lepas pukul 12 tengah hari.

Ikuti temu bual lanjut bersama Aldo yang memilih Malaysia untuk membina karier lakonannya ini.

Kosmo!: Boleh ceritakan mengenai watak anda dalam drama ini?

ALDO: Saya memegang watak Rohan iaitu seorang atlet yang merupakan salah seorang dari teman yang keluar bersama Katrina daripada pilihan 14 jejaka itu.

Bagaimanakah anda boleh terlibat dalam industri tempatan?

Saya mula terlibat dalam bidang lakonan di Malaysia ini melalui pembabitan saya dalam filem Awan Dania The Movie pada awal tahun 2012. Bagaimanapun, saya terpaksa berhenti sementara aktiviti lakonan saya kerana ingin beri tumpuan kepada pengajian saya.

Namun, saya juga rasa dengan kebolehan saya fasih bertutur dalam bahasa Melayu membolehkan saya mendapat tempat. Cuma apa yang perlu dilakukan ialah jika saya ingin berjaya dalam bidang ini, saya perlu mengasah bakat lakonan supaya mendapat kepercayaan para penerbit di sini.

JEJAKA kacak ini tidak kisah untuk terbabit dengan naskhah yang ditawarkan kepadanya tetapi lebih mementingkan apakah karakter yang bakal dilakonkannya.


Mengapa pilih untuk berlakon di Malaysia dan bukan Indonesia?

Saya mula menetap di Malaysia sejak tahun 2006 kerana belajar di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) dan mengambil kursus dalam bidang fotografi. Oleh kerana itu, saya ingin mula membina karier lakonan di sini. Namun, saya masih sayangkan negara kelahiran saya iaitu Indonesia.

Mengapa mahu berlakon di Malaysia dan bukan di Indonesia. Ini kerana jika mahu diikutkan, bayaran di sana lebih lumayan?

Saya kini tinggal dan belajar di Malaysia dan lebih selesa jika saya mula karier di sini juga. Memang saya sukakan Malaysia sejak tahun 2006 hingga kini. Sejak itu juga saya rasa sudah serasi dengan budaya di sini.

Sudah berapa lama dalam bidang peragaan?

Saya mula aktif dalam bidang ini pada tahun 2009 di Medan, Indonesia. Kini saya banyak terlibat sebagai model barangan sukan selain memperagakan pakaian di pentas pertunjukan fesyen.

Ada tawaran lain selepas drama Dan Calonnya Adalah…?

Ada. Tawaran untuk sebuah drama yang akan mulakan penggambaran pada bulan (Januari) ini. Satu perangai saya ialah saya tidak suka untuk bertanyakan tentang judul drama atau filem yang bakal saya berlakon. Saya hanya mahu tahu tentang wataknya dahulu.

Selain filem apa lagi drama yang melibatkan anda?

Saya lebih ke bidang peragaan. Sejujurnya, bidang lakonan ini memang masih baharu bagi diri saya.

Konsert debut Salamiah selepas 4 dekad

Posted:

Konsert debut Salamiah selepas 4 dekad

Konsert debut Salamiah selepas 4 dekad

Oleh IZWAN MOHD. ISA
izwan.mohdisa@kosmo.com.my


KONSERT Gelombang Salamiah Hassan akan berlangsung pada 10 hingga 12 Januari ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


SETIAP penyanyi pasti mengimpikan sebuah persembahan berskala besar yang mampu menjadi platform dalam memperdengarkan lagu-lagu hit mereka secara langsung kepada para pendengar.

Bagaimanapun, masalah kesukaran mencari penaja dan keengganan peminat mengeluarkan duit untuk membeli tiket menjadi salah satu punca mengapa sesetengah artis veteran seperti sepi tanpa sebarang penganjuran konsert.

Penyanyi veteran, Salamiah Hassan, 63, turut tidak terkecuali.

Setelah berkecimpung dalam industri nyanyian selama lebih empat dekad, tahun 2014 bakal menyaksikan persembahan konsert pertamanya yang diterbitkan oleh penerbit dan pengarah, Raja Azmi.

"Bidang nyanyian merupakan darah daging saya. Menyanyi merupakan suatu perkara yang saya lakukan setiap hari sejak zaman muda lagi. Tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk mengadakan sebuah konsert.

"Justeru, setelah diberikan peluang seperti ini, saya akan melakukan sehabis baik demi memberikan persembahan yang berkualiti kepada para peminat," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar Pelancaran Konsert Gelombang Salamiah Hassan di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai idea penghasilan konsert itu, Salamiah berkata, Raja Azmi merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memberikan dorongan dan galakan kepadanya untuk menjayakan konsert tersebut.

"Sejak mengenalinya menerusi rancangan realiti masakan Selebriti MasterChef Malaysia musim pertama kira-kira dua tahun yang lalu, hubungan saya dan dia semakin rapat. Bagi saya, dia sudah saya anggap seperti adik sendiri.

"Sewaktu dia mengajukan idea untuk menerbitkan konsert ini, saya agak terkejut. Saya memberitahu Raja Azmi, saya bukan artis bertaraf diva yang memerlukan konsert setiap tahun.

"Setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya saya bersetuju," kata Salamiah yang menyifatkan ia sebagai hadiah paling bermakna buatnya daripada Raja Azmi.

Medley dan jingle

Salamiah pernah dikenali sebagai Ratu Jingles suatu ketika dahulu. Selain menyanyi di kelab-kelab malam, dia turut mencuri tumpuan penonton dengan menyanyikan lagu-lagu iklan bagi siaran televisyen tempatan.

Menurutnya, sepanjang konsert itu berlangsung, dia bakal membawakan lagu-lagu popularnya, lagu bahasa Inggeris serta medley jingle yang pernah dirakamnya dahulu.

"Konsert itu nanti akan dibahagikan kepada empat segmen. Secara keseluruhan, saya menyanyikan sebanyak 25 buah lagu. Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan termasuklah Menghitung Hari, Gelombang, Cita-Citaku, Aku Curiga dan Semut Semut Di Titian Usang.

"Selain itu, saya akan menyanyikan lagu-lagu jingle yang pernah mengiringi beberapa iklan televisyen tempatan puluhan tahun dulu," ujarnya yang turut akan memperdengarkan lagu baharu berjudul Aku.

Diarahkan oleh Pat Ibrahim, Konsert Gelombang Salamiah Hassan akan berlangsung pada 10 hingga 12 Januari 2014 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Tiket berharga RM80 hingga RM350 boleh didapati di www.ticket2u.biz.

Jaga kesihatan

Menurut ibu kepada penyanyi jazz Atilia ini, penjagaan kesihatan merupakan perkara utama dalam kehidupannya sejak dulu lagi. Lebih-lebih lagi ketika menghadapi sesi latihan nyanyian bagi menyiapkan diri untuk konsert yang bakal berlangsung pada 10 Januari ini.

"Saya tidak merokok dan tidak suka orang yang merokok. Itu merupakan salah satu perkara yang saya elak ketika menyanyi di kelab malam dulu.

"Untuk memberikan tenaga yang berpanjangan, saya mengamalkan pengambilan suplemen tambahan serta multivitamin. Ia sangat membantu dan memudahkan perjalanan kerjaya saya setiap hari," ujarnya.

Dalam pada itu, Salamiah bakal hadir dengan sebuah album baharu yang menampilkan lima buah lagu Melayu lama yang diberi sentuhan berbeza oleh produser terkenal, Aubrey Suwito.

"Album itu mengandungi lima lagu malar hijau seperti Bintang Malam, Malam Bulan Dipagar Bintang, Nak Dara Rindu, Mahligai Kayangan Boleh Dilihat Dipegang Jangan dan Aku.

"Lagu Aku sungguh istimewa. Judul asalnya ialah Cahaya tetapi setelah membaca lirik lagu tersebut, ia sangat mencerminkan kisah hidup saya sebelum ini.

"Lalu, saya mengambil keputusan untuk menggubahnya kepada Aku," kata Salamiah yang turut menampilkan Atilia pada malam persembahan itu nanti.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved