Khamis, 29 Mei 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Raja Nazrin Sultan Perak ke-35

Posted:

Raja Nazrin Sultan Perak ke-35

Raja Nazrin Sultan Perak ke-35

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my

SULTAN Nazrin Shah melafaz sumpah pada istiadat pengisytiharan dan pelantikan Sultan Perak yang baharu.


KUALA KANGSAR – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada istiadat pengisytiharan pelantikan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin di Balairong Seri Istana Iskandariah pada pukul 3.15 petang.

"Dengan pilihan dan persetujuan, Dewan Negara Perak pada 28 Mei 2014 menetapkan, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menjadi ganti Sultan," katanya.

Pengisytiharan itu memberi gelaran baharu kepada Raja Nazrin Shah, 58, iaitu Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sultan Nazrin Shah yang merupakan putera sulung Sultan Azlan Shah menggantikan ayahanda baginda yang mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur kelmarin.

Sebaik pengumuman dibuat, Raja Nazrin Shah bangkit berjalan menuju ke singgahsana dan baginda kemudiannya melafazkan sumpah yang berbunyi:

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Almarhum Sultan Azlan Shah disemadi

Posted:

Almarhum Sultan Azlan Shah disemadi

Almarhum Sultan Azlan Shah disemadi


Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyiram air mawar di makam ayahanda baginda Almarhum Sultan Azlan Shah di Makam Diraja Kuala Kangsar semalam.


KUALA KANGSAR - Jenazah Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar di sini pada pukul 6.40 petang semalam.

Jenazah baginda disemadi di antara makam Sultan Idris II dan makam anakanda baginda, Raja Ashman Shah.

Suasana sedih menyelubungi kerabat diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata yang mula membanjiri pekarangan masjid seawal pukul 1.30 petang.

Jenazah Almarhum tiba di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini dengan pedati khas 'Seraja Diraja' berwarna kuning pada pukul 4.30 petang untuk disembahyangkan.

Pedati khas itu diusung 40 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara bergilir-gilir sejauh kira-kira dua kilometer dari Istana Iskandariah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Raja disenangi rakyat jelata

Posted:

Raja disenangi rakyat jelata

Raja disenangi rakyat jelata


RAJA NAZRIN SHAH bersalaman dengan rakyat negeri Perak yang menziarahi jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam.


KUALA KANGSAR - Pemasyhuran Raja Nazrin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 disambut dengan perasaan gembira dan penuh kesyukuran oleh seluruh rakyat jelata di negeri tersebut.

Kepatuhan kepada Islam dan keadilan terhadap rakyat membolehkan baginda diterima rakyat dengan hati terbuka bagi meneruskan legasi ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Shah untuk menerajui negeri Perak.

Pengerusi Majlis Standard dan Akreditasi Malaysia, Tan Sri Mustafa Mansur berkata, pelantikan Raja Nazrin Shah amat bertepatan kerana baginda sejak dulu sentiasa dekat di hati rakyat.

Katanya, selama ini pun, baginda selalu berdampingan dengan rakyat pada setiap program yang dihadiri.

"Sebagai anak jati Perak, saya mempunyai harapan tinggi agar baginda meneruskan kesinambungan pemerintahan Almarhum ayahandanya bagi membolehkan pentadbiran negeri ini dilakukan secara berkesan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Raja Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu pada istiadat pelantikan dan pengisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah di sini semalam.

Pengarah MWE Golf & Country Club Berhad, Datuk Seri Noordin Omar berkata, pelantikan Raja Nazrin Shah diyakini dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah seluruh negara.

"Setiap rakyat mahukan sultan yang dapat mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu yang pada masa ini sentiasa diganggu-gugat pihak tertentu yang gemar mencabar Perlembagaan Negara," katanya.

Bagi Ketua Kampung Labu Kubung, Lubuk Merbau dekat sini, Mior Shamsuddin Abu Hassan, Raja Nazrin Shah merupakan seorang yang berkebolehan dan mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

"Baginda sering mendampingi masyarakat bawahan dan sebagai rakyat, saya mendoakan baginda dapat mentadbir negeri dengan baik," katanya.

Seorang pesara kerajaan, Bahari Abdullah, 60, berkata, dia amat mengagumi perwatakan Raja Nazrin Shah yang sentiasa ceria, peramah dan mudah tersenyum apabila bertemu rakyat.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved