Selasa, 27 Mei 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Internet 4G di semua sekolah

Posted:

Internet 4G di semua sekolah

Internet 4G di semua sekolah

P. KAMALANATHAN (dua dari kanan) melihat murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur menggunakan aplikasi Office 365 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah akan dilengkapi kemudahan Internet 4G atau Sistem Komunikasi Generasi Keempat menjelang 2015 di bawah program 1BestariNet.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, sehingga kini capaian kemudahan itu pada tahap 86.3 peratus atau 8,746 buah sekolah.

"Kita masih kekurangan kira-kira 14 peratus dan akan mencapainya menjelang 2015. Kita memfokus kepada sekolah-sekolah yang mempunyai akses bawah 2G, terutama di kawasan pedalaman," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan The Digital Education Show 2014 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Budak enam tahun mati didera

Posted:

Budak enam tahun mati didera

Budak enam tahun mati didera

Oleh MOHD. SHARKAWI LONDING
sharkawi.londing@kosmo.com.my

SEORANG ahli keluarga mengangkat mayat Muhammad Akir di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur semalam.


AMPANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas dipercayai didera dan disimbah air panas oleh bapa tirinya di rumahnya di Pangsapuri Permai Ria, Taman Tasik Permai di sini kelmarin.

Mangsa, Muhammad Akir Mustaqim Rashidi yang merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 petang oleh ibunya di rumah tersebut.

Kanak-kanak malang itu kemudian dihantar ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah memberitahu, hasil bedah siasat, polis percaya mangsa mati akibat didera.

"Pemeriksaan pada mangsa menemui kesan lebam pada badan, kaki dan tangannya.

"Muka dan bahagian hadapan badan mangsa turut terdapat kesan melecur dipercayai disimbah air panas," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Adnan berkata, susulan kejadian itu, bapa kandung mangsa, Rashidi Nordah, 36, membuat laporan di Balai Polis Ampang pada hari yang sama.

Tambahnya, polis kemudiannya menahan seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa dan bapa tiri mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi bagi membantu siasatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perbetulkan persepsi negatif

Posted:

Perbetulkan persepsi negatif

Perbetulkan persepsi negatif

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa umat Islam supaya berusaha memberikan gambaran lebih jelas mengenai Islam kepada penganut agama lain.

Najib berkata, rata-rata orang bukan Islam bukan sahaja salah faham mengenai agama itu, malah mereka takut kepadanya sedangkan ia agama yang selamat dan sejahtera.

Katanya, sebahagian lagi orang bukan Islam membentuk stereotaip mengenainya dan menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mengubah tanggapan tersebut.

"Kita perlu berusaha untuk mengubah persepsi negatif penganut agama lain mengenai Islam.

"Islam pernah melalui zaman kegemilangannya satu ketika dahulu dengan melahirkan ramai cendekiawan dalam pelbagai disiplin ilmu.

"Malangnya, era tersebut telah luntur dengan kemunculan tamadun Barat yang kekal berkuasa hingga sekarang. Zaman kegemilangan Islam kini hanya terdapat dalam silibus mata pelajaran sejarah," katanya ketika menghadiri Siri Syarahan Perdana Putrajaya di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved