Khamis, 22 Mei 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


50 ibu di Sik terima kit insentif kelahiran anak

Posted:

50 ibu di Sik terima kit insentif kelahiran anak

50 ibu di Sik terima kit insentif kelahiran anak

MAHADZIR (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada para ibu pada majlis penyampaian kit insentif kelahiran anak di Sungai Pau, Jeneri, Kedah baru-baru ini.


INSENTIF. Lebih 50 ibu dari Sik, Kedah menerima kit insentif kelahiran anak daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid di Sungai Pau baru-baru ini.

Mahadzir berkata, insentif itu merupakan satu penghargaan kerajaan kepada pasangan suami isteri yang menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

"Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi setiap ibu bapa dan perlu dijaga dengan sempurna supaya menjadi seorang insan yang berguna.

"Kerajaan sentiasa memberi sokongan dengan pemberian insentif khas kepada bayi-bayi yang baru lahir di samping penjagaan yang rapi sejak dari dalam kandungan lagi," katanya.

Kit insentif kelahiran anak tersebut mengandungi barangan keperluan khas bayi seperti botol susu, selimut dan pakaian.

Pameran seni pelajar USM

Posted:

Pameran seni pelajar USM

Pameran seni pelajar USM


MUHAMMAD (kanan) melihat hasil seni seorang pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni, USM yang dipamerkan pada Karnival Rintis di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.


KARNIVAL. Lebih 100 hasil seni dan rekaan pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni (PPS), Universiti Sains Malaysia (USM) dipamerkan pada Karnival Rintis di Dewan Budaya USM, Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurut Pemangku Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Muhammad Jantan, karnival itu dilihat mampu menjadi platform paling sesuai untuk para pemain industri dan agensi kerajaan menilai dan mencari tenaga kerja baharu untuk diserap ke dalam institusi mereka.

"Karnival ini telah diadakan sejak tahun 2004 dan setiap tahun, lebih daripada 100 hasil seni dan rekaan para pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni akan dipamerkan kepada umum," katanya.

Econsave hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Posted:

Econsave hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Econsave hulur bantuan kepada mangsa kebakaran


ZAMZURI (depan empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kelengkapan dapur dan pakaian kepada empat keluarga mangsa kebakaran di Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.


MEMBANTU. Pasar raya Econsave cawangan Jawi menghulurkan bantuan berupa barangan kelengkapan dapur dan pakaian terpakai kepada empat keluarga mangsa kebakaran di Ladang Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.

Bantuan bernilai RM2,000 itu disampaikan oleh Pengurus Operasinya, Zamzuri Mansor kepada keluarga berkenaan.

"Bantuan berupa makanan dan kelengkapan harian ini diharapkan dapat meringankan beban mangsa. Kita turut memberi pakaian terpakai yang telah disumbangkan orang ramai," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang pada pertengahan April lalu, tiga buah rumah yang didiami sejak hampir 50 tahun lalu oleh empat keluarga India tersebut musnah dalam satu kebakaran.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved