Isnin, 12 Mei 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


UMK jalin kerjasama dengan universiti Turki

Posted:

UMK jalin kerjasama dengan universiti Turki

UMK jalin kerjasama dengan universiti Turki


RADUAN (tengah) bergambar bersama Filiz (dua dari kanan) selepas menandatangani MoU program seni warisan dan pendidikan di UMK, Bachok, Kelantan baru-baru ini.


KERJASAMA. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Universiti Nevsehir Haci Bektas Veli, Turki bagi mempromosikan seni warisan negara di UMK, Bachok, Kelantan baru-baru ini.

Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Raduan Che Ros berkata, menerusi MoU itu, UMK turut menawarkan tajaan biasiswa bagi pengajian di peringkat ijazah sarjana kedoktoran, program pertukaran pelajar dan kakitangan akademik serta beberapa keperluan yang berkaitan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Rektor Universiti Nevsehir Haci Bektas Veli, Prof. Dr. Filiz Kilic.

"Kami mengalu-alukan kehadiran pelajar, pengkaji dan penyelidik dari UMK ke universiti kami untuk melanjutkan pengajian dan projek pembangunan pendidikan," kata Filiz.

Kontinjen Pahang juara karnival sukan Orang Asli

Posted:

Kontinjen Pahang juara karnival sukan Orang Asli

Kontinjen Pahang juara karnival sukan Orang Asli


ZAINOL FADZI (tengah) menyampaikan piala Johan Keseluruhan kepada Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang, Isa Ab. Hamid di Ipoh, Perak baru-baru ini.


JUARA. Kontinjen negeri Pahang muncul juara Karnival Sukan Perpaduan Masyarakat Orang Asli 2014 yang berlangsung di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Pahang muncul johan selepas mengumpul 92 mata, diikuti tuan rumah, Perak di tempat kedua dengan 62 mata.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin hadir menyampaikan hadiah pada majlis penutup karnival berkenaan.

"Karnival ini bukan sahaja dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan Orang Asli, bahkan menggilap bakat jagoan sukan," katanya.

Kemelong Holdings sumbang beras di Kedah

Posted:

Kemelong Holdings sumbang beras di Kedah

Kemelong Holdings sumbang beras di Kedah


HUSAINI (kanan) menyampaikan sumbangan beras lima kilogram kepada seorang penduduk tempatan, Teh Mohd Isa di Restoran Lip Pin Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


SUMBANGAN. Syarikat Kemelong Holdings Sdn. Bhd. menyampaikan sumbangan beras kepada 500 penduduk sekitar daerah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Husaini Yaakob berkata, sumbangan itu bagi membantu golongan yang memerlukan di daerah itu tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan fahaman politik.

"Antara penerima ialah ibu tunggal, orang kelainan upaya dan fakir miskin bagi meringankan beban mereka.

"Program amal ini merupakan tradisi syarikat yang dilakukan sejak setahun lalu," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved