Khamis, 29 Mei 2014

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tidak sangka jadi pelakon

Posted:

Tidak sangka jadi pelakon

Tidak sangka jadi pelakon

PERTAMA kali bertemu dengan tiga pelakon baharu drama bersiri Ride, Hafreez Adam, Ayda Jebat dan Hafeez Mikail, pada sesi fotografi baru-baru ini, mereka lebih banyak berdiam diri.

Namun, usai sesi fotografi, keakraban antara mereka bertiga jelas kelihatan. Bertemu di set penggambaran drama bersiri Ride, mereka mengakui saling merindui apabila drama itu selesai menjalani penggambaran.

"Sudah lama kami tidak bertemu. Sejak penggambaran tamat kami sibuk dengan hal sendiri. Apabila berpeluang jumpa, terasa macam jejak kasih pula," kata Ayda Jebat yang mengakui sangat rapat dengan dua pelakon lelaki drama itu, Hafreez Adam dan Hafeez Mikail.

Selain berlakon bersama dalam drama Ride, mereka bertiga berkongsi cerita yang sama iaitu terjun ke dunia lakonan tanpa sengaja.

Tidak pernah menyangka akan bergelar pelakon, namun bakat yang ada dalam diri mereka bertiga dicungkil tanpa disedari atas paksaan dan sokongan orang sekeliling.

Kini, mereka bertiga sudah semakin selesa bekerja sebagai pelakon, bahkan minat untuk menjadi pelakon yang baik semakin bertambah saban hari.

Ayda ingin jadi penyanyi

Menemu bual pemilik nama Nur Suhada Jebat atau nama komersialnya, Ayda Jebat, suasana bertukar riuh. Gadis berusia 22 tahun itu seorang yang gemar berseloroh.

Menyelami perjalanannya sebelum bergelar pelakon, Ayda sebenarnya ingin bergelar penyanyi. Jika ada mengenalinya, sebelum ini dia pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kesembilan.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila tersingkir pada minggu ketiga dalam program tersebut.

Bercerita tentang pengalamannya, Ayda boleh dikatakan seorang yang agak berani apabila sanggup meninggalkan pengajiannya demi bergelar penyanyi.

"Waktu itu saya masih bergelar pelajar tahun kedua diploma seni muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor dan mencuba nasib sertai uji bakat Akademi Fantasia (AF).

AYDA JEBAT meneruskan karier sebagai pelakon sebelum mahu melunaskan cita-cita menjadi seorang penyanyi.


"Tidak sangka saya dapat dan menghantar surat pada pihak universiti memberi pelepasan kepada saya. Apabila sudah berada dalam AF, barulah saya tahu yang pihak universiti menolak permohonan saya.

"Mahu tidak mahu saya terpaksa tinggalkan universiti. Apa yang lucunya, saya disingkir pada minggu ketiga. Waktu itu saya berada dalam dilema tidak tahu apa yang ingin saya lakukan. Sudahlah belajar separuh jalan, masuk AF pun tidak ke mana," katanya.

Sungguhpun begitu, Ayda tidak menyesali tindakannya meninggalkan universiti dan memilih untuk menyertai AF walaupun dia masih belum bergelar penyanyi sehingga hari ini.

"Saya tidak menyesal sebab tindakan yang saya pilih adalah yang terbaik pada waktu itu. Cita-cita saya untuk bergelar penyanyi tetapi rezeki lebih terbuka untuk lakonan.

"Semuanya bermula selepas saya terkeluar daripada AF. Tawaran lakonan datang tepat pada waktunya. Akhirnya saya berlakon dalam filem Gila-Gila Remaja 2 dan Oh Mak Kau sehinggalah hari ini tidak berhenti berlakon," ujarnya.

Akui Ayda, dia berlakon kerana ingin meneruskan kelangsungan hidup dan sedar dirinya bukanlah seorang pelakon semula jadi.

"Memang saya sedar diri saya tiada bakat lakonan tetapi saya berusaha dan belajar daripada pelakon yang ada. Alhamdulillah, mutu lakonan saya bertambah baik hari demi hari tetapi masih banyak yang harus dipelajari untuk menjadi pelakon yang bagus," luah anak sulung daripada tiga beradik itu.

Bercakap tentang kerjaya nyanyian, tegas Ayda, dia tidak pernah melupakan cita-cita asalnya untuk bergelar penyanyi dan bakal muncul dengan sebuah single tidak lama lagi.

"Bukan mudah untuk jadi penyanyi. Saya terpaksa menggunakan wang sendiri untuk merakam lagu. Buat masa ini, saya sudah selesai rakaman lagu bergenre pop rock dengan Cat Farish beberapa bulan lepas.

"Saya sendiri tidak boleh berjanji bila lagu itu akan keluar sebab saya sendiri terlalu sibuk dengan penggambaran drama," tuturnya yang mula menyanyi sejak berusia enam tahun.

HAFREEZ kini mahu lebih serius menjadi seorang pelakon.


Hafreez model jadi pelakon

Wajah kacak dan tidak kekok saat lensa kamera mengambil gambarnya menunjukkan Hafreez Aizat Zahalan atau nama komersialnya, Hafreez Adam, 24, cukup selesa berada di hadapan kamera.

Ceritanya, sebelum bergelar pelakon dia terlebih dahulu bergelar seorang model pada usia 21 tahun dan pernah menyertai pertandingan pencarian bakat Hero Remaja pada tahun 2012.

"Saya langsung tidak ada cita-cita jadi model atau pelakon. Orang yang suruh hantar gambar untuk sertai pertandingan Hero Remaja, tidak sangka dapat masuk sampai peringkat 12 terbaik.

"Sejak itu, tawaran lakonan tidak pernah putus dan saya juga sudah semakin selesa menjadi pelakon. Mungkin sudah tertulis ini rezeki saya, jadi saya cuba lakukan sebaik mungkin," katanya yang berhasrat menyambung pengajian dalam jurusan seni reka grafik dan animasi.

Berlakon sejak tahun lalu bermula dengan drama Tanah Merah untuk siaran NTV7, Hafreez menegaskan, dia tidak pernah mengikuti sebarang kelas lakonan sebelum ini.

"Saya tiada asas dalam bidang lakonan, kelas lakonan untuk saya ialah set penggambaran. Bagi saya, belajar daripada pengalaman pelakon senior lebih baik daripada mengambil kelas lakonan," ujarnya yang pernah berlakon dalam drama Kisah Cinta dan Puteri Malam.

Hafeez tinggalkan awan biru

Pelakon Muhammad Hafeez Muhammad Zaki atau lebih dikenali dengan nama Hafeez Mikail, 22, sebenarnya sudah bergelar pelakon sejak berusia 17 tahun menerusi drama Blogger Boy.

Namun, disebabkan pelajaran, kerjaya seninya terhenti seketika. Dia hanya melakukan kerja sambilan sebagai model iklan komersial seperti Coke, Petronas dan Nespray.

HAFEEZ pernah berkhidmat sebagai pramugara selama dua tahun.


Tamat sahaja sekolah, Hafeez terus terbang ke awan biru sebagai pramugara MAS sebelum berhenti dua tahun kemudian.

"Saya berhenti sebab ingin sertai Malaysia Invasion. Sudah tujuh tahun saya dalam dunia seni bela diri, jadi bila dapat peluang seperti ini, saya rasa rugi jika tidak ambil peluang itu," katanya yang turut mengajar silat dan seni mempertahankan diri campuran.

Hafeez berlakon semula tanpa dirancang apabila dia diminta menggantikan rakannya yang terikat dengan jadual lain.

"Rakan saya telefon dan meminta saya menggantikan tempatnya yang tidak dapat berlakon kerana terikat dengan jadual lain.

"Semuanya tidak dirancang dan sejak itu rezeki lakonan datang tanpa henti. Walaupun pernah berlakon tetapi masih banyak yang harus saya pelajari. Saya tidak kisah lambat popular asalkan mutu lakonan yang saya beri memuaskan hati penonton," balasnya yang pernah berlakon dalam telefilem seram, Banglo Seksyen 2.

2NE1 bikin histeria

Posted:

2NE1 bikin histeria

2NE1 bikin histeria

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI


BARISAN anggota 2NE1 (dari kiri), CL, Park Bom, Dara dan Minzy menghangatkan pentas konsert dengan gerak tari lincah dan vokal yang hebat.


PADA saat peminat industri hiburan tanah air tertumpu kepada acara malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) 2013, suasana gamat di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada masa yang sama tidak kurang meriahnya.

Kira-kira 2,000 peminat yang berkumpul seawal pukul 5 petang di pekarangan stadium Negara sudah membuktikan kegilaan mereka terhadap kumpulan Korea yang terdiri daripada empat orang gadis genit, CL, Park Bom, Dara dan Minzy.

Peminat yang menggelarkan diri mereka Blackjacks Malaysia (gelaran untuk peminat) seakan-akan histeria apabila gimik permulaan konsert dipaparkan di skrin gergasi.

Ini merupakan kehadiran kali kedua kumpulan sensasi dari Korea Selatan ini membuat persembahan di Kuala Lumpur. Menerusi Jelajah Asia mereka iaitu All For Nothing, CL, Park Bom, Dara dan Minzy memulakan persembahan tepat pukul 7.30 malam.

Tirai konsert dibuka dengan lagu Crush. Kemudian persembahan penuh bertenaga mereka berterusan dengan deretan lagu hit daripada album terdahulu dan album baharu seperti Fire, Talk, Clap Your Hands, Pretty Boy dan Don't Stop The Music.

Terpaksa akur dengan syarat, tidak tampil dengan pakaian yang terlampau seksi, juga tarian menggiurkan, namun sesekali empat gadis cantik yang menganggotai 2NE1 tetap mempamerkan gelagat 'nakal' dan aksi menggoda mereka, sekali gus membuatkan audiens menjerit histeria.

"Hai Malaysia! Kami gembira dapat kembali ke sini dan mmembuat persembahan di hadapan anda semua. Kami merindui anda semua," jerit CL kepada audiens.

Tambah menarik, 2NE1 yang turut menyambut ulang tahun yang kelima penubuhan kumpulan itu, optimis membuktikan bahawa mereka bukan sahaja setakat punya aura seksi dan lincah di pentas tetapi mereka juga berkebolehan menyanyi secara langsung.

Memperdengarkan lagu Missing You, If I Were, Comeback Home dan Ugly versi unplugged, audiens lalu dipukau dengan vokal lunak serta gaya persembahan yang penuh dramatik dan bergaya.

Seperkara yang buat penonton bertambah kagum apabila nyanyian daripada kumpulan yang mendapat jolokan sebagai Spice Girls Korea itu digemparkan lagi dengan paparan LCD dan prop hebat melatari persembahan mereka.


2NE1 tetap tidak ketinggalan mempamerkan gelagat 'nakal' dan menggoda mereka ketika membuat persembahan.


Muncul di pentas sambil duduk di atas gantungan buaian, aksi di atas replika kereta dan lagak rugged menunggang motosikal berkuasa besar, itu antara gimik-gimik hebat persembahan 2NE1 di pentas konsert mereka di Kuala Lumpur kali ini.

Begitupun, selepas habis separuh perjalanan konsert, 2NE1 meninggalkan para penonton untuk beberapa minit.

Namun, kehangatan konsert anjuran IME Production ini tidak terhenti di situ.

Sebaliknya, penonton tambah tidak keruan apabila 2NE1 membenarkan pelapis mereka iaitu kumpulan Winner mengambil alih pentas.

Enam anak muda yang dicungkil bakat mereka menerusi program realiti TV, Who is Next: WIN itu mempersembahkan lagu Just Another Boy dan Go Up.

Tidak berapa lama kemudian adrenalin peminat dipacu lagi dengan dendangan lagu antaranya I Love You Come Back Home dan Do You Love Me.

Tambah istimewa, CL muncul dengan persembahan solo menerusi lagu medley The Baddest Female dan MTBD. Seterusnya kemunculan semula Dara, Park Bom dan Minzy dengan persembahan lagu Scream, I Am The Best, I Don't Care, Go Away.

Konsert yang berakhir kira-kira pukul 9 malam itu diakhiri dengan lagu Lonely dan Can't Nobody.

Pekin tangguh kahwin, Uqasha tak tahu

Posted:

Pekin tangguh kahwin, Uqasha tak tahu

Pekin tangguh kahwin, Uqasha tak tahu

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

PEKIN mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinannya dengan Uqasha Senrose yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober depan.


PALING mudah menyifatkan hubungan cinta antara pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose antara yang paling sukar untuk difahami.

Selepas beberapa kali berbalas kenyataan yang tidak selari antara satu sama lain, kedua-duanya belum menyimpulkan semua situasi kompleks yang melingkari kisah cinta mereka.

Pada Februari lalu, Uqasha memberitahu bahawa hubungan yang terjalin dengan pelakon filem Apokalips X itu telah putus, namun Pekin pula menafikan dakwaan tersebut.

Status yang masih mengundang teka-teki umum itu masih belum terjawab hingga kedua-dua pelakon itu dilihat hadir secara berasingan pada acara karpet merah Anugerah Bintang Popular di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Kosmo! bertemu dengan kedua-dua pelakon itu untuk mendapatkan komen lanjut daripada mereka. Ikuti temu bual tersebut.

Kosmo!: Masih ramai yang mahukan penjelasan daripada Pekin sendiri mengenai status hubungan kalian berdua. Apakah komen anda?

PEKIN IBRAHIM: Buat masa ini, kami berikan masa dulu kepada satu sama lain sama seperti majlis perkahwinan kami yang sepatutnya berlangsung pada 25 Oktober nanti. Saya tangguhkan terlebih dahulu.

Kenapa menangguhkan perkahwinan yang telah dirancang itu?

Saya mahu berikan kami masa untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum menyesal kemudian hari.

Apakah sebenarnya masalah antara anda dan Uqasha?

Tiada apa-apa masalah pun. Dia masih muda dan saya pula masih ada banyak lagi perkara untuk dikejar.

Dikhabarkan anda dan Uqasha sudah lama tidak berhubung antara satu sama lain.

Bukannya tidak berhubung langsung tapi kami masing-masing sibuk dengan penggambaran. Saya pun jarang berada di Malaysia, maka kami kurang berjumpa. Selepas tamat penggambaran drama Kalau Itu Jodoh Kita, kami sudah tidak berhubung.

UQASHA mahu meneruskan rutin hidupnya seperti biasa.


Sampai bilakah mahu biarkan situasi ini tergantung?

Rasanya lebih baik untuk kami berdua berdiam diri terlebih dahulu.

Adakah anda masih sayangkan Uqasha?

Tipulah kalau saya cakap tidak. Tapi saya tegaskan hal ini tidak melibatkan orang ketiga pun. Ini bukan soal cantik atau tidak tapi saya mahu mendapatkan keserasian antara kami berdua, cantik itu nombor dua. Saya sayangkan dia tapi buat masa sekarang kami berikan ruang untuk satu sama lain.

Respons anda terhadap kenyataan Uqasha sebelum ini yang mendakwa bahawa hubungan anda berdua sudah putus?

Ketika itu kemungkinan kenyataan yang dikeluarkan oleh dirinya bercampur baur bersama emosi. Terpulanglah, kalau benar tiada jodoh antara kami berdua saya faham dan menerimanya sebagai kawan.

Anda dan Uqasha ada berbalas-balas komen di Instagram dengan kata-kata manis antara satu sama lain lantas menimbulkan kekeliruan orang ramai. Komen anda?

Itu mungkin ketika kami tiada masalah.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved