Khamis, 29 Mei 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pengundi Syria di luar negara mula mengundi

Posted:

Pengundi Syria di luar negara mula mengundi

Pengundi Syria di luar negara mula mengundi

SEJUMLAH pengundi berada di depan Kedutaan Syria di Yarze, timur Beirut semalam.- AP


DAMSYIK - Pengundi-pengundi Syria yang tinggal di luar negara mula mengundi pada pilihan raya Presiden semalam yang dijangka dimenangi Bashar al-Assad.

Televisyen Syria melaporkan, rakyat negara ini membuang undi di negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Syria.

Bashar berdepan dengan dua lagi calon Presiden yang tidak begitu popular, Maher Hajjar dan Hassan al-Nouri pada pilihan raya Presiden pada 3 Jun ini.

Di Lebanon, ribuan rakyat Syria yang rata-rata menyokong Bashar beratur panjang untuk mengundi.

"Saya di sini mengundi untuk negara saya, Syria dan untuk pemimpin kami, Bashar al-Assad," kata seorang pengundi yang hanya dikenali sebagai Fatima.

Fatima berasal dari wilayah Aleppo, utara Syria.

Beliau enggan memberikan nama penuh disebabkan saudara-maranya masih berada di Aleppo.

Duta Syria di Lebanon, Ali Abdel-Karim pula berkata, proses pengundian selama sehari itu dibuka hingga pukul 7 malam.

"Jika jumlah kedatangan pengundi semakin meningkat, kita mungkin menyambung proses mengundi ini dua jam lagi," katanya.

Dijangkakan sebanyak 1.1 juta rakyat Syria tinggal sebagai pelarian di Lebanon.

Lebih 40 peratus daripada 22.4 juta rakyat negara ini melarikan diri ekoran konflik politik yang berlaku di Syria sejak empat tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, angka kematian akibat serangan udara di bandar utara Aleppo meningkat kepada 40 orang dalam pertempuran di kawasan penentang Syria dalam tempoh 24 jam, menurut sebuah kumpulan pemerhati semalam.

Lebih 150,000 orang terbunuh dalam peperangan saudara yang berlaku di Syria sejak Mac 2011.

Peperangan saudara itu yang melibatkan kumpulan penentang dengan tentera Bashar tercetus selepas penduduk tempatan bangkit menentang pemerintahannya yang dianggap korup dan gagal melaksanakan tuntutan demokrasi.- Agensi

Facebook disangka ditutup di Thailand

Posted:

Facebook disangka ditutup di Thailand

Facebook disangka ditutup di Thailand


BEBERAPA penunjuk perasaan bertempur dengan polis pencegah rusuhan bagi membantah rampasan kuasa tentera di Monumen Kemenangan di Bangkok, Thailand semalam.- AP


BANGKOK - Pengguna-pengguna Facebook di Thailand cemas semalam apabila mereka tiba-tiba gagal mengakses laman jaringan sosial popular tersebut.

Bagaimanapun, junta tentera segera menafikan bahawa pihaknya telah melakukan sekatan.

"Penting: Facebook telah ditutup," kata seorang pengguna yang menulis di laman sosial Twitter.

"Sudah pasti tindakan itu ibarat membunuh diri. Seluruh negara akan memprotes," ujar seorang pengguna lain.

Namun, beberapa minit kemudian sejumlah pengguna meraikan dengan gembira: "Facebook kini kembali!"

Mengulas situasi tersebut, junta tentera yang merampas kuasa pada 22 Mei lalu memberitahu, pihaknya tidak menutup laman sosial tersebut.

"Kami tidak mengarahkan atau menutup Facebook. Ia bukan dasar kami," kata jurucakap tentera, Kolonel Winthai Suvaree.

"Facebook mengalami kegagalan teknikal yang tidak serius manakala Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut," tambahnya.

Sebelum ini, junta tentera turut mengganggu siaran harian televisyen untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa Facebook tidak akan ditutup ekoran rampasan kuasa tersebut. - AFP

Google keluarkan kereta tanpa stereng

Posted:

Google keluarkan kereta tanpa stereng

Google keluarkan kereta tanpa stereng


GAMBAR yang disiarkan Google semalam menunjukkan versi awal sebuah kereta tanpa stereng keluaran syarikat enjin carian di internet itu. - AP


WASHINGTON - Syarikat enjin carian internet, Google mula membina kereta tanpa stereng yang dijadualkan diuji seawal tahun ini.

"Kereta itu tidak mempunyai stereng, pedal minyak atau brek kerana semua itu tidak diperlukan. Pemanduan akan menggunakan perisian dan sensor kami," kata firma berkenaan dalam kenyataan di sebuah laman blog kelmarin.

Pembuatan kereta keluaran Google merupakan inisiatif baharu firma itu yang sebelum ini hanya mengubah suai kenderaan lain seperti Honda dan Lexus bagi tujuan tersebut.

Menurut Google, ia merancang membina kira-kira 100 prototaip kereta tanpa pemandu itu.

"Pemandu kami akan memandu uji versi awal kereta prototaip itu secara kawalan manual," kata Google dalam kenyataan tersebut.

"Jika semuanya berjalan lancar, kami akan mewujudkan satu program perintis di California selama beberapa tahun untuk menguji prototaip kereta tersebut," tambah kenyataan sama.

Kereta itu mempunyai kelajuan maksimum 40 kilometer sejam.

Dalam pada itu, portal berita San Jose Mercury News pula melaporkan bahawa kereta prototaip itu akan mempunyai dua tempat duduk.

Menurutnya, kereta itu menggunakan kuasa bateri dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti cermin hadapan yang fleksibel dan bahagian hadapan yang dibina daripada bahan berasaskan buih. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved