Ahad, 25 Mei 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Saintis dakwa 'ping' bukan dari MH370

Posted:

Saintis dakwa 'ping' bukan dari MH370

Saintis dakwa 'ping' bukan dari MH370

AFP
SEORANG anggota tentera, Matthew Tranter-EDwards melutut di depan Bluefin-21 di atas kapal Ocean Shield di dermaga Pangkalan Armada Barat, Perth pada 5 Mei lalu.


SYDNEY - Beberapa saintis dasar laut menyatakan empat isyarat berdesing atau 'ping' yang dikesan menerusi peralatan pinger milik tentera Amerika Syarikat (AS) bukan datang dari kotak hitam sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di selatan Lautan Hindi, lapor akhbar The Courier Mail semalam.

Menurut para saintis itu, signal yang dikesan itu juga mengandungi frekuensi yang silap dan ia datang dari sumber buatan manusia yang sebelum ini tidak dapat dikesan di dalam lautan tersebut.

"Sejurus selepas menyaksikan perbezaan jarak empat 'ping' dan frekuensi tersebut, saya mengetahui ia bukan milik pesawat itu," kata salah seorang saintis tersebut.

Menurut saintis tersebut, pengakuan mereka itu disokong dengan kegagalan kenderaan dalam laut autonomi yang dikenali sebagai Bluefin-21 menemui sebarang serpihan pesawat berkenaan.

Peralatan Bluefin-21 itu boleh menyelam pada kedalaman sehingga 4,500 meter dan diletakkan di atas kapal Ocean Shield milik Australia.

Ia akan digantikan dengan sebuah kenderaan dalam air yang baharu apabila kapal tersebut kembali ke Perth, Australia pada minggu depan.

Para saintis itu juga menyatakan, 'ping' yang berfrekuensi 33.3 kilohertz yang dikesan itu amat berbeza dengan gelombang 37.5 kilohertz yang dikeluarkan kotak hitam tersebut.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac lalu.

Ketika hilang, pesawat tersebut sepatutnya menghubungi sebuah menara kawalan trafik udara di bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Pesawat itu dilaporkan berpatah balik ke utara Semenanjung Malaysia dan berdasarkan data satelit, kerajaan Malaysia merumuskan, ia hilang di selatan Lautan Hindi.

Kerja-kerja mencari pesawat itu yang melibatkan kapal China dan Australia kemudian dilakukan di selatan Lautan Hindi. - Agensi

Junta tentera Thai bubarkan Senat

Posted:

Junta tentera Thai bubarkan Senat

Junta tentera Thai bubarkan Senat


SEJUMLAH penunjuk perasaan yang menentang rampasan kuasa berarak ketika anggota-anggota polis dan askar membuat sekatan di sebatang jalan raya di Bangkok semalam.


BANGKOK - Junta tentera Thailand semalam mengharamkan Dewan Senat menyebabkan kuasa untuk membuat semua undang-undang kini terletak pada tangan jeneral-jeneral tentera.

"Dewan Senat dibubarkan. Tanggungjawab untuk membuat sebarang undang-undang yang memerlukan kelulusan Parlimen dan Dewan Senat akan dibuat oleh pemimpin tentera," kata satu pengumuman di televisyen.

Dewan Senat mempunyai 150 anggota dengan separuh daripadanya dipilih pengundi menerusi pilihan raya.

Pengumuman tentang pembubaran itu dibuat Jurucakap Majlis Mengekalkan Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NPOMC), Kolonel Winthai Suwaree.

Pembubaran itu sekali gus menamatkan spekulasi bahawa dewan tersebut akan memilih Perdana Menteri baharu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha yang mengisytiharkan rampasan kuasa pada Khamis lalu kini memegang jawatan Pemangku Perdana Menteri.

Sejak memegang jawatan itu, Prayuth telah memanggil 190 ahli politik dan akademik untuk melaporkan diri kepada pihak berkuasa.

Antara yang menyerah diri adalah bekas Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan yang disingkirkan menerusi rampasan kuasa.

Niwattumrong sebelum ini menjadi Perdana Menteri menggantikan Yingluck Shinawatra yang disingkirkan menerusi Mahkamah Perlembagaan selepas beliau didapati bersalah menukarkan seorang pegawai tinggi kerajaan.

Yingluck merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang digulingkan tentera pada tahun 2006.

Turut berada dalam senarai 190 orang yang ditahan itu ialah ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban yang mengetuai tunjuk perasaan antikerajaan selama tujuh bulan di Bangkok.

Yingluck turut ditahan selama seminggu di sebuah pangkalan tentera sejak Jumaat lalu.

Menurut Penolong Jurucakap Tentera Thailand, Kolonel Weerachon Sukondhapatipak, semua pemimpin dilayan dengan baik dan mereka ditahan supaya satu kompromi politik dapat dicapai.

"Ia merupakan satu usaha untuk setiap orang yang terlibat dalam konflik itu bertenang dan mempunyai masa untuk berfikir (mencapai kompromi politik," katanya. - Agensi

AS gantung bantuan ketenteraan Thailand

Posted:

AS gantung bantuan ketenteraan Thailand

AS gantung bantuan ketenteraan Thailand

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) kelmarin menggantung bantuan ketenteraan kepada Thailand yang bernilai AS$3.5 juta (RM11.24 juta).

Tindakan itu dilakukan selepas pihak tentera melakukan rampasan kuasa dengan menggulingkan Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf berkata, Washington turut mengkaji semula bantuan lain kepada Thailand.

"Kami telah pun menggantung kira-kira AS$3.5 juta dalam bentuk dana dan latihan kepada tentera Thai," katanya kepada pemberita.

Harf juga berkata, pihaknya sedang mengkaji peruntukan untuk badan-badan antarabangsa termasuk pakatan ASEAN yang disertai Thailand bagi mengetahui jumlah wang yang disalurkan ke negara itu.

Menurutnya, AS mendesak pemulihan pemerintahan awam dilakukan dengan segera di Thailand. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved