Sabtu, 24 Mei 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tentera Thai tahan Yingluck

Posted:

Tentera Thai tahan Yingluck

Tentera Thai tahan Yingluck

DUA orang bergambar di depan sekumpulan askar-askar Thailand di Bangkok semalam.


BANGKOK - Tentera Thailand menahan bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar kecil) semalam, kata seroang pegawai kanan tentera.

"Kami telah menahan Yingluck, adiknya dan adik iparnya," kata pegawai tersebut kepada agensi berita Reuters.

Dua saudara Yingluck itu telah memegang jawatan penting politik.

Beliau enggan mendedahkan lokasi Yingluck ditahan.

Bagaimanapun, media menyatakan, beliau ditahan di sebuah pangkalan tentera di wilayah Saraburi, utara Bangkok.

Askar-askar turut menahan sejumlah ahli politik dari kumpulan antikerajaan dan prokerajaan kelmarin selepas Panglima Angkatan Tentera, Prayuth Chan-O-Cha mengumumkan rampasan kuasa berlaku di negara ini.

Operasi penangkapan Yingluck itu dibuat dengan teratur.

Yingluck pada mulanya diminta untuk menghadiri satu mesyuarat.

Pihak tentera kemudian melarang bersama 154 ahli politik dan aktivis daripada meninggalkan Thailand.

Yingluck merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang merupakan seorang bilionair telekomunikasi.

Thaksin turut disingkirkan tentera daripada memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2006.

Rampasan kuasa tentera itu diumumkan kelmarin bagi menstabilkan politik selepas enam bulan Bangkok dipenuhi para penunjuk perasaan antikerajaan.

Pengumuman rampasan kuasa kali ke-12 itu dibuat oleh Prayuth dalam satu ucapan di televisyen.

Jeneral berusia 60 tahun itu berkata, angkatan tentera terpaksa bertindak untuk memulihkan kestabilan di negara rantau Asia Tenggara tersebut.

Yingluck dipecat Mahkamah Perlembagaan pada pertenga han bulan ini kerana beliau menukarkan seorang pegawai tinggi kerajaan.

Kuasa pentadbiran kemudian diserahkan kepada Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan sebelum rampasan kuasa dibuat. - Agensi

Kardashian rai parti bujang

Posted:

Kardashian rai parti bujang

Kardashian rai parti bujang


KARDASHIAN (dalam bulatan) makan malam bersama rakan-rakannya di Hotel Costes, Paris kelmarin.


PARIS - Selebriti televisyen terkenal, Kim Kardashian meraikan parti bujang bersama rakan-rakan wanitanya di Paris kelmarin.

Kardashian yang berusia 33 tahun berjalan di sekitar Menara Eiffel yang condong bersama adik-beradiknya dan rakan-rakannya dua hari sebelum dia berkahwin dengan penyanyi Kanye West.

Dia yang merupakan bekas model majalah bogel Playboy turut makan bersama-sama rakannya itu di Hotel Costes yang turut dihadiri adik-beradiknya yang lain iaitu Khloe, Kendall dan Kylie.

"Saya berasa sungguh bertuah. Saya berada bersama rakan-rakan terbaik di dalam dunia," kata Kardashian di laman Instagram.

Kardashian popular menerusi program realiti televisyen keluarganya.

Selebriti itu turut menyatakan makan di hotel tersebut merupakan makan malam terakhir sebelum dia berkahwin.

Gambar-gambar Kardashian itu disiarkan di laman Instagram semalam.

Rakan-rakan selebriti itu turut berhimpun di Muzium Louvre.

Majlis perkahwinan Kardashian dengan West itu akan diadakan di Kubu Forte Belvedere di Florence, Itali yang dibina pada abad ke-16.

Pasangan itu menyewa kubu itu pada harga AS$410,000 (RM449,680) untuk meraikan hari bahagia mereka.

West, 33, menjalin hubungan dengan Kardashian sejak April 2012.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat West dan ketiga untuk Kardashian.

Kardashian pernah berkahwin selama 72 hari dengan bintang bola keranjang Amerika Syarikat, Kris Humphries sebelum mereka bercerai setahun lalu. - Agensi

Pukul isteri sampai mati sebab salah masak

Posted:

Pukul isteri sampai mati sebab salah masak

Pukul isteri sampai mati sebab salah masak


NOOR HUSSEIN


NEW YORK - Seorang warga Pakistan dibicarakan pada Rabu lalu selepas dia memukul isterinya sehingga mati dengan menggunakan kayu selepas dia menyediakan menu makan malam yang tidak dimintanya.

Bagaimanapun, warga Pakistan itu, Noor Hussein yang berusia 75 tahun menyifatkan dia mempunyai hak untuk melakukan perbuatan itu bagi mendisiplinkan isterinya.

Dia membunuh isterinya di apartmen mereka yang terletak di Brooklyn pada tahun 2011

Defendan meminta isterinya untuk memasak daging kambing sebaliknya isterinya berkata, dia telah menyediakan hidangan sayur-sayuran.

Tidak puas hati dengan hidangan tersebut, mereka bertengkar menyebabkan isterinya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suaminya itu.

Ekoran itu, Hussein berang dan mengambil sebatang kayu dan memukul tangan dan mulut isterinya sehingga mangsa mati.

Peguam bela Hussein, Julie Clark berkata, suspek mengakui bersalah memukul isterinya.

Namun, Hussein memberitahu di negara asalnya, memukul isteri merupakan amalan biasa.

Penolong Peguam Negeri, Sabeeha Nadni berkata, jiran-jiran akan memberikan keterangan bahawa isteri Hussein yang berusia 66 tahun itu pernah didera oleh suaminya.

Kes itu akan disambung semula. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved