Sabtu, 31 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Rasa manis buluh betung pikat panda

Posted:

Rasa manis buluh betung pikat panda

Rasa manis buluh betung pikat panda

PADA 21 Mei lalu, satu peristiwa bersejarah dirakam apabila negara menerima pasangan beruang panda gergasi dari Dujiangyan, Chengdu, China iaitu Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina).

Haiwan unik itu dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun menerusi Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani pada Jun 2012.

Melalui perjanjian berkenaan, Malaysia menjadi antara 22 negara yang diberi penghormatan untuk menerima panda daripada negara tembok besar itu sebagai simbol keakraban selain memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara dua negara yang terjalin secara rasmi sejak 31 Mei 1974.

Pasangan panda yang dilahirkan pada 23 Ogos 2006 di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi Wolong di wilayah Sichuan itu kini ditempatkan di Zoo Negara, Hulu Klang, Selangor.

Haiwan itu diletakkan di bawah pengawasan seorang doktor dari China, tiga doktor dan enam penjaga tempatan yang sudah menjalani latihan di Thailand, Singapura dan Hong Kong, sejak setahun lalu.

Menurut Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Zoo Negara, Dr. Mat Naim Ramli, pasangan panda itu berada dalam keadaan baik dan sudah menunjukkan tanda selesa berada di zoo berkenaan.

"Feng Yi dan Fu Wa tidak meragam atau mendatangkan banyak masalah, kedua-duanya kini amat gemar makan buluh jenis betung yang dibawakan khas dari Linggi, Negeri Sembilan," jelasnya.

Pasangan panda itu dilihat menggemari buluh betung dari Linggi atau nama saintifiknya Dendrocalamus asper berbanding tiga jenis buluh lain yang dibekalkan kepadanya.

Tiga buluh lain itu ialah buluh madu yang ditanam di Lanchang, Pahang; buluh pagar (Paya Indah, Wetlands, Selangor) dan buluh galah (Bagan Datoh, Perak).

Buluh betung

Buluh betung boleh dijumpai dalam bentuk rumpun dan tunggal serta tumbuh subur di hutan lembap tropika.

Mat Naim berkata, pasangan panda itu diberikan keempat-empat jenis buluh tersebut sebagai makanan tetapi setakat ini, kedua-duanya lebih gemar memakan buluh betung.

"Kami memberi pasangan panda ini makan lapan kali sehari setiap dua jam, enam kali makan buluh betung dan dua kali buluh dari China," katanya.


KANAK-kanak teruja melihat replika panda gergasi yang diletakkan di luar Pusat Konservasi Panda Gergasi di Zoo Negara.


Ujarnya, batang buluh dipotong kecil bagi memudahkan panda tersebut makan.

Pasangan panda gergasi itu memerlukan kira-kira 20 hingga 25 kilogram (kg) buluh sehari sebagai makanan utama dan kek buluh, yang diproses daripada tepung habuk tumbuhan itu.

Bagi memastikan kesihatan Fu Wa dan Feng Yi berada pada tahap baik, makanan lain seperti rebung, buah epal dan lobak merah turut dijadikan sebagai makanan tambahan.

Buluh yang menjadi makanan utama beruang panda tersebut turut ditanam di kompleks haiwan berkenaan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada awal tahun 2013 lagi bagi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk menampung keperluan sepanjang 10 tahun ia berada di negara ini.

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd Latif Mohmod, berkata pihaknya mengenal pasti enam spesies buluh tempatan iaitu buluh pagar (Bambusa multiplex), buluh betung (Dendrocalamus asper), buluh siam (Thyrsostachys siamensis), buluh botol (Bambusa entricosa), buluh galah (Bambusa heterostachya) dan buluh madu (Gigantochloa albociliata), yang boleh dijadikan sumber makanan haiwan itu.

Abd. Latif berkata, buluh yang diberi makan kepada panda gergasi biasanya berusia antara 18 hingga 24 bulan kerana berkanji dan mengenyangkan haiwan itu.

Katanya, panda gergasi lebih suka makan buluh yang manis dan lembut.

"Semua bahagian buluh seperti daun, batang dan ranting diberikan kepada haiwan berkenaan. Namun, ia tidak semestinya dalam keadaan buluh segar.

"Sebaliknya ada yang akan diproses menjadi biskut dan kek untuk memberi kelainan kepada haiwan itu supaya tidak jemu," katanya.


RUANG dalaman Pusat Konservasi Panda Gergasi di Zoo Negara yang menempatkan pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi.


Rebung

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Kanan Cawangan Pengurusan Hutan Ladang, Bahagian Bioteknologi FRIM, Abd. Razak Othman berkata, buluh betung menjadi kegemaran pasangan panda gergasi itu disebabkan rasanya yang manis.

"Buluh betung ini ditanam mengikut kaedah keratan tampang yang menggunakan bahagian akar, dahan dan batang.

"Malah, buluh betung ini juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding jenis buluh yang lain.

"Berat kasar bagi sebatang pokok buluh betung yang sudah matang boleh mencecah hingga 60kg," jelasnya sambil memberitahu, buluh betung boleh mencapai ketinggian 20 meter.

Tambah Abd. Razak, buluh betung yang menjadi kegemaran panda gergasi itu ditanam di kawasan seluas 8 hektar di Kampung Kundur Hulu, Linggi.

"Antara keistimewaan buluh betung ini ialah dapat menghasilkan rebung yang berkualiti.

"Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk tujuan pembinaan seperti perabot dan lantai.

"Hampir 10 rebung baharu boleh dihasilkan daripada sebatang buluh dalam tempoh setahun malah jangka hayat buluh juga boleh menjangkau sehingga 50 tahun," ujarnya yang berpengalaman selama 28 tahun dalam bidang tersebut.

Katanya, selain daun yang bersaiz besar, buluh betung juga mempunyai miang berwarna coklat yang jelas kelihatan pada awal pertumbuhannya.

"Miang berwarna coklat ini akan hilang apabila buluh tersebut mencapai usia setahun setengah dan mempunyai akar pada bahagian ruasnya," tambahnya.

Pembinaan kompleks panda di Zoo Negara yang bernilai RM25 juta itu membabitkan kos RM20 juta untuk tempoh sewaan selama empat tahun dan RM15 juta untuk kos penyelenggaraan.

Kompleks seluas 6,000 meter persegi itu merangkumi tiga ruang pameran utama iaitu ruang untuk bayi panda, ruang untuk panda jantan dan betina.

Bumbung berbentuk tiga dimensi daripada kaca dengan ketebalan 13.75mm dibina di kompleks terbabit bagi membolehkan cahaya matahari masuk terus ke ruang pameran secara semula jadi bagi menjimatkan penggunaan tenaga.

Kompleks tercanggih

Ruang pameran dihiasi landskap semula jadi seperti pokok buluh asli, rumput, air terjun buatan, taman batu buatan dan tangga yang diperbuat daripada buluh untuk aktiviti memanjat.

Bagi memastikan kesegaran landskap, sebanyak 48 buah lampu dipasang di sekeliling ruang kompleks terbabit bagi membantu proses fotosintesis supaya menyerupai fungsi matahari.

Malah, kompleks tersebut sudah menjalani percubaan operasi dan fungsi selepas siap sepenuhnya, khususnya dari segi kawalan suhu pada kadar antara 15 hingga 24 darjah Celsius, mengikut kesesuaian habitat panda.

Ini menjadikan kompleks terbabit lebih istimewa dan canggih, berbanding penempatan panda yang terletak di negara lain termasuk Thailand, Hong Kong dan Singapura, selain teknologi tangki tuaian air hujan bagi menjimatkan penggunaan air.

Ruang tinjau yang ditempatkan di tingkat satu di sekeliling ruang pameran utama membolehkan pengunjung melihat teletah kedua-dua panda ini secara lebih dekat.

Kompleks terbabit turut menempatkan lima bilik kurungan dan bilik senaman diperbuat daripada keluli tahan karat yang dilengkapi pendingin hawa dan katil.

Kemudahan lain seperti bilik penyediaan makanan, bilik penyimpanan makanan, makmal, klinik veterinar dengan ruang X-ray, bilik penyimpanan buluh untuk makanan panda, bilik inkubator, dan bilik pemantauan keselamatan 24 jam yang dilengkapi tiga skrin turut ditempatkan di kompleks ini.

Pasangan panda berkenaan dijangka dipertontonkan kepada orang ramai di Zoo Negara pada hujung Jun ini dengan kadar bayaran masuk sebanyak RM20 bagi dewasa, RM10 (kanak-kanak) dan tambahan RM5 untuk pelancong asing.

Lekat rama-rama hidup

Posted:

Lekat rama-rama hidup

Lekat rama-rama hidup


RAMA-RAMA hidup disemat menggunakan pin keluli pada gaun labuh untuk menarik perhatian pelancong.


PUSAT pelancongan Bao Tianman yang terletak di wilayah Henan, tengah China, mengambil pendekatan yang pelik dan luar biasa apabila menyematkan rama-rama yang masih hidup menggunakan pin keluli pada gaun labuh berwarna putih bertujuan mempromosikan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna yang dimilikinya.

Percubaan tersebut dilakukan bagi menarik perhatian pelancong supaya mengunjungi taman berkenaan tetapi gagal.

Sebaliknya, ia menerima pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai. Rata-rata penduduk menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam.

Festival itu dianjurkan oleh ketua penduduk setempat bagi mempromosikan pusat tersebut kepada orang tempatan dan luar negara.

Dalam festival tersebut, pengunjung dijanjikan dengan bermacam-macam paparan menarik mengenai serangga itu seperti kisah dongeng rama-rama, selain peragaan pakaian rama-rama.

Walaupun ekopelancongan di China dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang pesat kepada ekonomi negara, namun, penganjur festival tersebut dilihat seolah-olah tidak memahami konsep sebenar pemuliharaan haiwan tersebut.

Rata-rata kanak-kanak yang bertandang ke festival tersebut menangis manakala orang dewasa berdiri dengan perasaan marah sebelum beredar apabila seorang wanita berpakaian gaun labuh muncul dengan berpuluh-puluh ekor rama-rama hidup disemat di atasnya.

Seorang pengunjung, Xiu Shih, 37, berkata, dia terkejut dan tidak sampai hati melihat serangga tersebut diseksa sebegitu rupa.

"Saya nampak rama-rama itu seperti mahu terbang daripada gaun tersebut tetapi gagal kerana seluruh badannya melekat.

"Saya tak sangka perkara ini terjadi dalam festival yang mempromosikan keindahan semula jadi di sini.

"Saya nampak beberapa kanak-kanak menangis dan tidak kurang juga orang dewasa," jelasnya

Dalam pada itu, seorang jurucakap memberitahu, mereka mengharapkan penganjur menganjurkan sebuah festival yang mampu memupuk perasaan sayangkan serangga tersebut dan bukannya menangkap dan membunuhnya dengan cara tersebut.

Taman tersebut merupakan sebahagian daripada Rizab Semula Jadi China yang berfungsi sebagai pusat pembelajaran untuk generasi muda.

Menerusi promosi iklan festival tersebut, penganjur turut berjanji untuk membawakan persembahan cerita dongeng berkaitan rama-rama yang dapat menggembirakan semua orang.

Mangsa rogol dendam lelaki

Posted:

Mangsa rogol dendam lelaki

Mangsa rogol dendam lelaki

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
aqma.mohdnoor@kosmo.com.my


RUMAH tinggal yang menjadi lokasi mangsa ditahan sekumpulan lelaki dalam kejadian 20 Mei lalu.


KHAMIS lalu, akhbar melaporkan kes rogol yang melibatkan remaja bawah umur di Kelantan semakin membimbangkan dengan sejumlah 21 kes dilaporkan Januari lalu.

Meskipun jumlahnya belum mencatatkan peningkatan berbanding tahun lepas, nisbah laporan sebanyak empat kes sebulan merupakan suatu perkara yang perlu dipandang serius.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Azham Othman berkata, majoriti kes rogol yang dilaporkan melibatkan remaja bawah umur.

Katanya, masalah itu perlu ditangani segera bagi mengekang gejala sosial seperti itu daripada terus berlarutan.

Malah, pelbagai program bagi mendidik rakyat berhubung perkara itu juga perlu digiatkan.

Terbaru, pada 20 Mei lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirogol oleh 38 lelaki secara bergilir-gilir.

Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Kuala Krai itu dirogol di sebuah rumah kosong yang terletak di Ketereh.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang rakan lelaki pergi ke Ketereh untuk bertemu dengan seorang rakan wanita di sebuah rumah kayu kosong yang dikelilingi semak.

Mangsa dan rakan lelakinya bertemu dengan seorang lagi lelaki yang membawa mereka ke rumah kosong tersebut.

Belum sempat mereka beredar dari rumah tersebut, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bersama hampir 40 lelaki yang lain menghampiri mangsa dan rakannya.

Mereka dibawa ke dalam sebuah bilik, ditampar dan dirogol secara bergilir-gilir sehingga pengsan sambil disaksikan rakan lelaki mereka.

Katanya, apabila mangsa tersedar, rakan lelakinya memberitahu bahawa dia telah dipaksa untuk menyaksikan mangsa dan seorang lagi rakannya dirogol oleh 38 lelaki.

Tinjauan mendapati, untuk memasuki kampung tersebut dan sampai ke lokasi kejadian perlu melalui kebun getah dan sawah.

Susulan kejadian itu, seramai 12 individu berusia antara 17 hingga 40 tahun dari Kampung Hutan Pasir termasuk remaja perempuan 17 tahun yang mendakwa menjadi mangsa jenayah itu, ditahan polis bagi membantu siasatan.


BILIK yang dipercayai menjadi lokasi pelajar dirogol 38 lelaki di Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan.


Benci

Sementara itu, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr. Zainal Madon berkata, kejadian rogol dapat memberi kesan psikologi kepada mangsa dari segi mental, emosi, perlakuan dan sosial.

"Kesan psikologi menjadi lebih serius sekiranya kejadian rogol ini berlaku secara kejam.

"Daripada segi mental, ia menyebabkan kecelaruan mental akibat trauma kesan dirogol. Malah, mangsa rogol juga akan kerap membayangi peristiwa tersebut dan seringkali menunjukkan simptom seperti terkejut atau ketakutan," ujarnya.

Tambahnya, kesan psikologi akan mengakibatkan emosi seseorang menjadi tidak stabil, tertekan, sedih, tidak puas hati, benci dan takut.

"Perkara ini akan membawa kepada kemurungan atau emosi yang tidak terkawal seperti menjerit, histeria atau bertindak agresif. Jika keadaan ini berlarutan, ia boleh mengganggu kehidupan sosial seseorang.

"Mangsa akan berasa malu, hilang keyakinan diri dan fobia untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain. Malah, ia menyebabkan mangsa tidak mahu hadir ke sekolah, serta malu berjumpa rakan-rakan dan masyarakat.

"Selain itu, mangsa juga akan menyimpan perasaan dendam terhadap kaum lelaki," jelasnya.

Katanya, keluarga perlu memainkan peranan dalam memberi sokongan moral dan emosi bagi membantu mangsa rogol.

"Selain itu, sesi kaunseling juga perlu diadakan bagi membantu mangsa memulihkan kembali keyakinan, meluahkan emosi yang terpendam dan membina semula personaliti dan jati dirinya.

"Usaha menjejaki si perogol juga mesti dilakukan secara berterusan dan mengenakan hukuman terhadap si pelaku dapat meredakan perasaan tidak puas hati mangsa," beritahu beliau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Budak maut jatuh eskalator

Posted:

Budak maut jatuh eskalator

Budak maut jatuh eskalator

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

ORANG ramai melihat Nurul yang terjatuh dari tingkat tiga di pusat beli-belah The Gardens di Mid Valley, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan terbunuh selepas terjatuh dari eskalator di tingkat tiga pusat beli-belah The Gardens di Mid Valley di sini semalam.

Mangsa, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di belakang kepala.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, sebelum tragedi pukul 2 petang, Nurul berada di pusat beli-belah tersebut bersama ibu bapa dan beberapa ahli keluarga lain untuk membeli-belah sempena cuti sekolah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pembunuh Siti Soffea ditemui mati kembung

Posted:

Pembunuh Siti Soffea ditemui mati kembung

Pembunuh Siti Soffea ditemui mati kembung


M. Samynathaiar


KUALA LUMPUR – Suspek pembunuhan kejam seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun enam bulan semalam ditemui mati lemas di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Bandar Sunway di sini.

Mayat M. Samynathaiar, 27, yang lengkap berpakaian ditemui anggota bomba dan penyelamat pada pukul 3 petang selepas menerima panggilan orang awam mengenai satu objek terapung di sungai berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

BN cipta kejutan di Teluk Intan

Posted:

BN cipta kejutan di Teluk Intan

BN cipta kejutan di Teluk Intan

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


SIEW KEONG dijulang oleh para penyokong BN setelah beliau diumumkan menang PRK Parlimen Teluk Intan di pusat penjumlahan undi di SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan malam tadi.


TELUK INTAN – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong membuat kejutan apabila berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud dengan undi majoriti sebanyak 238 pada pilihan raya kecil kerusi itu semalam.

Dengan kemenangan itu, parti Gerakan kini mempunyai dua kerusi Parlimen selepas kerusi Simpang Renggam, Johor yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Siew Keong, 53, memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, 27, yang mendapat 19,919 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di sini pada pukul 9.41 malam tadi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


The Red Warriors kempunan

Posted:

The Red Warriors kempunan

The Red Warriors kempunan

PEMAIN Kelantan, Hussien Alaa Salma (dua dari kanan) merembat bola ke pintu gol Felda ketika seri 2-2 pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi. Felda United layak ke final Piala FA 2014 menentang Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 7 Jun depan.


IMPIAN Kelantan untuk melakarkan sejarah baharu menjadi pasukan pertama menjuarai kempen Piala FA buat kali ketiga berturut-turut tidak kesampaian selepas terikat 2-2 dengan Felda United pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam malam tadi.

Keputusan seri itu sudah memadai buat skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim untuk melangkah ke pentas final berdasarkan jaringan di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 5-5.

Dalam aksi malam tadi, Kelantan terlebih dahulu melancarkan beberapa percubaan tepat ke gawang pintu gol Felda.

Namun, dua percubaan tepat yang dilancarkan Khairul Izuan Rosli dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria gagal membolosi gawang Felda yang dikawal Farizal Harun pada minit pertama dan ketiga.

Bagaimanapun, serangan bertali arus itu tidak menjejaskan semangat skuad The Settlers apabila bekas tonggak skuad The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah apabila meledakkan gol pertama pada minit ke-20.

Kelebihan anak-anak Irfan Bakti hanya bertahan selama lapan minit apabila Khairul Izuan menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang yang gagal didakap kemas Farizal.

Kerancakan perlawanan semakin dirasai apabila penyerang import Kelantan, Francis Forkey Doe meletakkan skuad bimbingan George Boateng di depan pada minit ke-34.

Tersentak dengan jaringan itu, Felda kembali mengatur gerak dan hasilnya, Edward Junior Wilson meletakkan skuad The Settlers di landasan tepat ke pentas final.

Penyerang kelahiran Liberia itu melepaskan satu rembatan yang cukup menarik, sekali gus menewaskan penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat pada masa kecederaan babak pertama.

Pada separuh masa kedua, skuad The Red Warriors menggandakan usaha untuk merobek gawang skuad The Settlers tetapi Farizal berjaya menyelamatkan beberapa percubaan tepat yang dilancarkan Kelantan, sekali gus keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kejayaan itu menyaksikan Felda United muncul sebagai pasukan berstatus kelab kedua yang layak ke pentas final selepas Sime Darby layak ke final sebelum tewas 0-1 kepada Kelantan pada tahun 2011.

Skuad The Settlers membuat penampilan sulung dalam Liga Malaysia (Liga M) dengan menyertai Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun 2007.

Mereka menduduki tempat ketiga dan berjaya menjuarai Liga Premier 2010.

Felda United bakal berentap dengan Pahang yang menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 2-1 secara agregat pada aksi final Piala FA 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Perlis merendah diri

Posted:

Perlis merendah diri

Perlis merendah diri


PEMAIN-PEMAIN Perlis mengawal rapi pemain Sarawak ketika beraksi dalam acara bola sepak pada Sukma 2014 baru-baru ini.


PERLIS mahu dilabel sebagai pasukan underdog apabila membuat perhitungan dengan Perak pada aksi separuh akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis malam ini.

Ketua jurulatih Perlis, Yusri Che Lah berkata, Perak sudah pasti dianggap pasukan pilihan berdasarkan reputasi lawan mereka itu yang juga finalis Sukma 2012 di Pahang.

Bagaimanapun, Yusri tetap mengingatkan anak-anak buahnya tidak terlalu memandang tinggi keupayaan Perak sehingga mampu mengundang padah buat mereka yang dijangka mendapat sokongan padu daripada ribuan penyokong sendiri.

"Kami harus terima hakikat bahawa Perak sebagai pasukan pilihan. Namun, saya tetap yakin kami mampu mencipta kejutan jika para pemain mengikut setiap arahan dan taktikal yang diberikan.

"Jika semuanya berjalan seperti yang dirancang... insya Allah saya percaya Perlis mampu menundukkan Perak seterusnya melangkah ke pentas final. Harapnya doa daripada seluruh rakyat Perlis, kami mampu mengatasi Perak," jelas Yusri kelmarin.

Mengulas persiapan menentang Perak, Yusri mengakui, anak-anak buahnya tidak mendapat rehat yang secukupnya dan situasi tersebut ternyata menjadi kerisauan utama buat bekas pemain kebangsaan itu.

"Secara jujur, memang tidak cukup masa. Tempoh yang ada sekarang agak terhad dan para pemain tidak mendapat rehat yang cukup bagi menghadapi Perak.

"Macam hari ini (kelmarin) para pemain saya terpaksa beraksi hingga masa tambahan (ketika menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi suku akhir). Saya difahamkan, Perak pula menang 2-1 ke atas Wilayah Persekutuan dalam tempoh 90 minit perlawanan.

"Jadi situasi itu yang sedikit membimbangkan saya kerana masalah keletihan para pemain. Namun, saya tetap berharap para pemain dapat beraksi dengan baik ketika menentang Perak nanti," katanya.

Perlis dijangka sekali lagi menyandarkan harapan kepada beberapa pemain utama bagi meranapkan impian Perak mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut.

Antara pemain yang dijangka mendapat kepercayaan Yusri ialah kapten, Wan Zulhilmi Wan Mustaffa, Mohd. Ikmal Ibrahim serta Mohd. Shukor Azmi.

Sementara itu, Kedah sudah mempunyai strategi terbaik bagi menghadapi Johor dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh petang ini.

"Kami tahu apa kekuatan pasukan lawan dan kami telah mengkaji segala-galanya dengan mendalam kerana mahu memenangi perlawanan separuh akhir.

"Kali terakhir kami mara ke final ialah pada Sukma 2006, jadi pada temasya kali ini kami akan berusaha untuk mengulanginya semula," kata jurulatih Kedah, Mohammad Ramli.

Kedah mara ke saingan separuh akhir selepas membelasah Pulau Pinang 7-1 manakala Johor berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik selepas menyingkirkan penyandang juara, Sabah dengan kemenangan tipis 1-0.

Irfan lebur rekod kebangsaan

Posted:

Irfan lebur rekod kebangsaan

Irfan lebur rekod kebangsaan


IRFAN menjerit kegembiraan selepas memenangi pingat emas dalam acara lempar cakera pada Sukma 2014 semalam.


JAGUH lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis semalam.

Lemparan sejauh 54.26 meter yang dilakukan Irfan itu berjaya memadan rekod terdahulu, 53.16m yang dicipta ketika memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA 2013 di Nay Pyi Taw, Myanmar.

Atlet berusia 19 tahun itu ternyata tidak ditandingi apabila Muhammad Ikbal Kamarudin dari Terengganu hanya mampu membuat lemparan sejauh 39.76m dan rakan sepasukan Irfan dari Negeri Sembilan, Muhammad Afifi Najiy Ali dengan 39.71m.

Irfan mengakui tidak menduga kejayaan itu, sebaliknya bertekad untuk cuba memecahkan rekod temasya, 45.89m yang dilakarkan oleh atlet Selangor, Mohd. Hasrolnizam Yaakob pada Sukma 2006 di Kedah.

"Saya memang tidak jangka hendak pecahkan rekod kebangsaan. Sebenarnya saya hendak buat rekod temasya sahaja kerana saya belum bersedia sepenuhnya lagi.

"Tiada apa-apa rahsia (kejayaan perbaharui rekod kebangsaan). Saya cuma berikan tumpuan sepenuhnya semasa sesi latihan dan kekalkan tahap kecergasan saya," katanya kepada pemberita semalam.

Lebih menarik, Irfan menganggap penyertaan dalam bidang olahraga berbanding ragbi diceburinya sebelum ini amat berbaloi.

Biarpun anak didik jurulatih dari Slovakia, Fero Petrovic itu pernah menempa nama dalam sukan ragbi, acara individu lebih menarik minatnya.

"Empat tahun saya dalam sukan ragbi. Saya pernah menjadi pemain terbaik dan bermain dengan pasukan Cobra dan NS Wanderers.

"Bagi saya, memang sangat berbaloi beralih ke bidang olahraga. Bermain secara berpasukan susah sikit berbanding dengan individu," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


AS sahkan rakyatnya lakukan serangan berani mati

Posted:

AS sahkan rakyatnya lakukan serangan berani mati

AS sahkan rakyatnya lakukan serangan berani mati

IMEJ yang disiarkan kumpulan Barisan Al-Nusra menunjukkan wajah Moner yang dipercayai melakukan serangan berani mati di wilayah Idlib pada 25 Mei lalu.- AFP


WASHINGTON - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang berjuang untuk sebuah kumpulan jihad Islam telah melakukan serangan berani mati di wilayah Idlib, Syria.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata kelmarin, identiti lelaki tersebut dikenali sebagai Moner Mohammad Abu-Salha.

Moner dipercayai mendalangi serangan bom dengan menggunakan sebuah trak untuk menyerang askar-askar tentera Presiden Bashar Al-Assad pada Ahad lalu di wilayah tersebut.

Psaki bersetuju, ia merupakan serangan berani mati pertama yang dilakukan oleh seorang warga AS sejak peperangan saudara di Syria bermula pada Mac 2011.

Namun, beliau tidak dapat memberikan perangkaan yang tepat berhubung jumlah rakyat AS yang telah datang ke Syria untuk berjuang menentang askar-askar Bashar.

Akhbar New York Times melaporkan, kira-kira 100 warga AS dipercayai telah pergi ke Syria untuk menyertai golongan penentang untuk menyingkirkan Bashar.

Moner dipercayai menyertai kumpulan Barisan Al-Nusra yang telah diharamkan AS kerana ia dianggap sebagai kumpulan pengganas.

Menurut akhbar New York Times, Moner berumur dalam lingkungan 20-an dan tinggal di negeri Florida.

Dia dipercayai menghabiskan masa selama dua bulan berlatih di sebuah kem latihan di bandar Aleppo.

Ketika melakukan serangan itu, Moner melakukan kunjungan buat kali kedua selepas pulang ke AS lewat tahun lalu.

Seramai 162,000 orang terbunuh dalam peperangan saudara di Syria. - AFP

Tunjuk perasaan besar-besaran di Bangkok

Posted:

Tunjuk perasaan besar-besaran di Bangkok

Tunjuk perasaan besar-besaran di Bangkok


SEORANG anggota polis berpakaian biasa menangkap seorang lelaki yang melakukan tunjuk perasaan antirampasan kuasa di Bangkok semalam.- REUTERS


BANGKOK - Para penunjuk perasaan antirampasan kuasa akan menguji kesabaran ketua rampasan kuasa, Jeneral Prayuth Chan-ocha (gambar kecil) pada hari ini.

Kumpulan penunjuk perasaan itu merancang mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran selepas Prayuth menyatakan, pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh lebih setahun.

Menurut Prayuth, pilihan raya umum tidak akan diadakan sehingga kerajaan tentera yang merampas kuasa pada 22 Mei lalu melakukan pembaharuan dalam bidang pentadbiran.

Tentera merampas kuasa dengan menyingkirkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan.

Niwattumrong mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan kerana disingkirkan menerusi Mahkamah Perlembagaan.

Mahkamah Perlembagaan mendapati Yingluck bersalah kerana menukarkan seorang pegawai tinggi kerajaan demi kepentingan politiknya.

Prayuth melakukan rampasan kuasa demi kestabilan politik selepas bandar raya ini dibanjiri para penunjuk perasaan antikerajaan yang menentang pentadbiran Yingluck. - Agensi

Pakaian peminat skuad bola sepak England dikritik

Posted:

Pakaian peminat skuad bola sepak England dikritik

Pakaian peminat skuad bola sepak England dikritik

SEORANG model lelaki memakai pakaian bendera England yang dicipta Asda di London kelmarin. - Agensi


LONDON - Rangkaian pasar raya Asda dikritik kerana mencipta fesyen pakaian berbentuk bendera England yang kelihatan mirip kumpulan pelampau kulit putih di Amerika Syarikat iaitu Ku Klux Klan.

Pakaian tersebut yang mempunyai penutup kepala dihasilkan untuk para peminat skuad bola sepak England yang akan bertanding pada Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia 2014.

Pusingan akhir itu akan berlangsung pada 12 Jun hingga 13 Julai depan di Brazil.

Menurut Asda kelmarin, pakaian itu cuma menampilkan bendera England yang mempunyai penutup kepala.

Penutup kepala itu disediakan kerana cuaca di England tidak menentu.

Rangkaian pasar raya itu dimiliki syarikat gergasi peruncitan Amerika Syarikat, Wal-Mart. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Realiti kehidupan keluarga Gutierrez

Posted:

Realiti kehidupan keluarga Gutierrez

Realiti kehidupan keluarga Gutierrez

JIKA di Amerika Syarikat, Kim Kardashian terkenal menerusi program realiti TV, Keeping Up With The Kardashian, kini program yang sama akan bersiaran di Filipina.

Bezanya, program realiti TV yang diberi judul It Takes Guts To Be A Gutierrez itu akan mengikuti perjalanan kehidupan sebuah keluarga seni paling terkenal di Filipina iaitu keluarga Gutierrez.

Sudah pasti bintang dalam program yang bakal bersiaran di saluran E! pada 1 Jun itu ialah anak sulung dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga tersebut Ruffa Gutierrez.

Aktres, model dan bekas ratu cantik Filipina itu, bukan sahaja terkenal kerana kecantikan yang dimilikinya tetapi juga kontroversi hangat yang sentiasa menghambatnya.

Mengakui program itu mengambil inspirasi daripada program Keeping Up With The Kardashian yang sudah masuk musim kesembilan, namun dia menolak persamaan antara kedua-dua program realiti itu.

"Ya, memang saya mengaku kami mengambil inspirasi dan nilai keluarga yang sama dengan program Keeping Up With The Kardashian tetapi, cara kehidupan kami dan mereka sangat berbeza.

"Kami tidak meniru mereka (Kardashian), sebaliknya menjalani kehidupan orang Asia yang penuh nilai budaya dan hubungan kekeluargaan yang amat kuat.

"Selain itu, setiap daripada keluarga kami mempunyai kehidupan sendiri yang sudah pasti berbeza daripada keluarga Kardashian," ungkap Ruffa..

Sebenarnya, bukan Ruffa sahaja yang popular sebaliknya seluruh keluarganya cukup terkenal di Filipina.

Bapanya, Eddie Gutierrez merupakan aktor veteran terkenal manakala ibunya, Annabelle Rama pula seorang bekas pelakon yang kini menguruskan sebuah syarikat pengurusan bakat terbesar di Filipina.

Ruffa, 40, memiliki lima orang adik-beradik lelaki - Rocky, Elvis, Ritchie Paul serta pasangan kembar Richard dan Raymond.

Dia juga memiliki dua orang abang tiri daripada perkahwinan terdahulu bapanya iaitu Tonton Gutierrez dan Ramon Christopher.

Kesemua mereka bekerja dalam bidang seni, namun yang paling cukup berjaya ialah Richard, Tonton dan Ramon sebagai aktor, manakala Raymond terkenal sebagai pengacara.

Profil keluarganya sudah cukup untuk membuatkan program realiti itu menarik.

KEJELITAAN yang dimiliki Ruffa banyak membantu menaikkan populariti dirinya sebagai seorang selebriti.


"Idea untuk menghasilkan sebuah program realiti TV keluarga kami sudah lama dibincangkan tetapi baru sekarang ini terlaksana.

"Apabila pihak E! melamar kami untuk menyertai mereka, kami rasakan ia satu peluang keemasan yang tidak perlu dilepaskan," ujar Ruffa.

Hilang privasi

Ruffa yang bekerja sebagai model sejak berusia 13 tahun mengakui pada mulanya, dia cukup kekok apabila mendapati kru produksi sentiasa mengekori pergerakan mereka pada setiap hari.

Bagaimanapun selepas beberapa hari, mereka semua sudah terbiasa dengan situasi tersebut bahkan tidak kisah, privasi diri mereka menjadi bahan tontonan orang ramai.

"Kami merupakan keluarga seni dan memang bukan mudah untuk bergelar ahli keluarga Gutierrez. Sejak kecil kami sudah terbiasa berhadapan dengan kamera.

"Ibu bapa kami bekerja sebagai pelakon, apabila membesar setiap perbuatan kami menjadi bahan tulisan di akhbar. Jadi, dengan adanya program ini penonton dapat menyaksikan sendiri kehidupan kami sekeluarga.

"Memang program ini akan digunakan sebagai tempat untuk kami membuat sebarang penjelasan berhubung kontroversi yang melanda keluarga ini," jelas Ruffa.

Ketika majlis pelancaran program realiti TV It Takes Guts To Be A Gutierrez ditayangkan di Filipina baru-baru ini, kontroversi lama yang melanda Richard, berbangkit kembali.

Khabar angin bertebaran mendakwa, kekasih Richard, aktres Sarah Lahbati telah melarikan diri selama setahun di Switzerland kerana hamil sebelum melahirkan anak.

"Saya akan mendedahkan perkara yang sebenarnya dalam program ini. Bagi mereka yang suka membuat kontroversi, sila tonton program ini.

"Penonton akan menyaksikan bagaimana kami sekeluarga menghadapi situasi ini serta hubungan saya bersama Sarah. Apa yang dipaparkan dalam program ini tidak dirancang dan kami tidak berlakon, sebaliknya semua yang dirakam merupakan kejadian yang sebenar," tutur pula Richard.

Enggan masuk politik

Disiarkan menerusi saluran E! bermakna It Takes Guts To Be A Gutierrez dapat ditonton diseluruh dunia. Ternyata keluarga Gutierrez amat berbesar hati apabila terpilih sebagai keluarga Asia pertama yang dilamar untuk sebuah program realiti TV.

TIDAK dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara ketika zaman remajanya menyebabkan Ruffa berazam memberikan pendidikan terbaik buat kedua-dua anaknya ini.


Tidak sabar untuk mengetahui maklum balas penonton, mereka sudah bersedia dengan impak yang akan diterima selepas program itu ditayangkan.

"Mungkin dengan program ini kami akan dapat kembangkan kerjaya seni ke negara yang berbeza. Buat masa ini nama kami hanya dikenali di Filipina dan beberapa negara Asia sahaja.

"Setakat ini, saya sudah menjadi pengacara acara karpet merah sebuah majlis di Singapura untuk saluran E! Mungkin selepas ini peluang lebih terbuka selepas nama kami lebih dikenali," kata Raymond yang memiliki sebuah kelab malam terkenal di Manila, Filipina, 71 Gramercy.

Bercerita lanjut tentang keunikan keluarga mereka, perkara paling tidak boleh dilupakan Ruffa, Raymond dan Richard adalah ketika ibu mereka, Annabelle Rama bertanding dalam pilihan raya di Cebu pada tahun lalu di bawah parti United Nationalist Alliance.

Kata mereka, cukuplah sekali ibu mereka menyertai politik dan tewas kepada Raul Del Mar daripada parti Liberal.

"Saya hanya tahu ibu mendaftar untuk bertanding ketika sedang membeli-belah di Hong Kong. Ibu menghubungi saya dan memberitahu, dia akan bertanding dalam pilihan raya.

"Pada waktu itu, saya cukup terkejut dan tidak sangka perkara itu benar. Tempoh tiga bulan sepanjang proses kempen pilihan raya satu tempoh yang cukup memeritkan buat kami adik-beradik. Ibu memang seorang yang suka buat kejutan, sebagai anak kami tetap memberi sokongan penuh kepadanya," tutur Ruffa.

Celah Richard pula, ketika ibunya bertanding dalam pilihan raya, dia sedang sibuk dengan penggambaran drama. Tiada pilihan lain, dia terpaksa berulang-alik antara Manila dan Cebu setiap hari.

"Rasanya, pramugari dalam kapal terbang itu sudah bosan melihat wajah kami adik-beradik. Bagi saya, itu satu pengalaman yang cukup memberi pengajaran bahawa politik tidak sesuai untuk keluarga kami," kata Richard.

Apabila disoal apakah pendapat mereka sekiranya ibu mereka ingin bertanding dalam pilihan raya yang akan datang? Serentak mereka menjawab: "Tidak!"

"Kalau ibu teringin sangat bertanding dalam pilihan raya dan menjadi menteri, kami hanya benarkan perkara itu berlaku dalam filem sahaja," tutur Raymond sambil diiringi gelak tawa Richard dan Ruffa.

Jelas Ruffa, keturunan sebelah ayah ibunya merupakan keluarga ahli politik malah, bapa saudara ibunya merupakan Datuk Bandar di Cebu.

"Kami tidak sanggup menghadapi lagi perkara yang sama, cukuplah dengan pengalaman yang kami perolehi tahun lalu.

"Bagi saya politik bukanlah bidang ibu saya, politik sangat kotor. Walaupun ibu mendapat sokongan yang penuh tetapi pada akhirnya dia tetap tewas," luah Ruffa.

Tegar mahu bina rumah untuk nenek

Posted:

Tegar mahu bina rumah untuk nenek

Tegar mahu bina rumah untuk nenek

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

PENYANYI cilik ini pernah ditipu oleh bekas pengurusnya.


DIA pernah menjadi seorang pengemis jalanan, malah kedua-dua ibu dan bapanya yang telah bercerai juga mengemis demi meneruskan kelangsungan hidup.

Namun, semuanya berubah selepas Tegar Septian bergelar penyanyi dan melonjak popularitinya menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang.

Menerusi hasil kewangan yang diperoleh dirinya daripada persembahan nyanyian dan jualan album pertamanya, Tegar dan Sahabat, penyanyi yang baru berusia 13 tahun itu telah berjaya membelikan ibunya sebuah rumah bernilai 200 juta rupiah (RM60,000) di kampung halamannya di Subang, Jawa Barat, Indonesia.

Ibu Tegar, Ratna Dwi Sisi juga tidak pernah membayangkan hidupnya kini berubah, mampu menikmati hidangan nasi setiap hari, malah tidak lagi tinggal dalam rumah petak berukuran sekitar 4x6 meter seperti sebelum ini.

Menyifatkan kehidupan ibu dan tiga adiknya sudah tidak lagi miskin, kini Tegar menaruh harapan pula terhadap keuntungan yang diperoleh hasll daripada jualan album keduanya, Kemana Kasih Sayang untuk membina sebuah rumah buat neneknya.

Album tersebut kini telah berada dipasaran Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia

"Saya lebih seronok dengan kehidupan sekarang. Saya bersyukur kerana diberikan bakat dan rezeki dan dapat membahagiakan keluarga saya.

"Insya-Allah, dengan hasil jualan album kedua nanti saya mahu membina rumah buat nenek pula," ungkap Tegar yang kini mempunyai dua buah motosikal KTN Motorcross selain sudah membeli beberapa bidang tanah sawah untuk keluarganya.

Diberi nama Tegar oleh ibunya ekoran dirinya yang tegar membesarkan anaknya itu dengan hasil duit mengemis, figura ini mengakui, dia menyalurkan separuh daripada pendapatannya itu untuk kegunaan ibu, adik-adik, nenek dan saudara-maranya.


TEGAR (tengah) bersama Nasir Deraman (dua dari kiri) pada majlis pelancaran album terbaharunya, Kemana Kasih Sayang di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Pendapatan selebihnya pula digunakan Tegar untuk hobi menunggang motosikal dan meluncur air, selain menabung untuk masa depan.

Sering sibuk dengan persembahan pentas, Tegar bagaimanapun mengakui dia tidak akan meninggalkan alam pembelajaran.

"Jika tiada sebarang undangan persembahan atau rakaman program nyanyian, ada tutor yang akan datang mengajar saya di rumah , paling kurang 10 kali dalam sebulan.

"Malah, setiap enam bulan pula saya akan ada menghadapi ujian seperti kanak-kanak bersekolah.

"Saya turut diajar untuk mendalami bahasa Inggeris dan agama," ujar Tegar ketika ditemui pada majlis pelancaran album keduanya itu di Hotel Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Media Asia Production, Nasir Deraman.

Ditipu

Sebagai penyanyi baharu dalam usia yang cukup mentah, Tegar ternyata tidak mempunyai pengetahuan tentang pengurusan kerjaya seni dan kewangannya kerana segalanya telah diaturkan oleh pihak pengurusan.

Atas sebab itu, bekas pengurusnya mengambil kesempatan terhadap pendapatan yang diraih oleh Tegar dengan menyekat perbelanjaan serta mencatu makanannya.

Mujur, penyanyi yang lahir pada bulan September itu cepat sedar mengenai perkara tersebut dan segera mengambil tindakan.

"Saya pelik kenapa sering diberi makanan tempe dan juga tauhu. Saya juga tidak dibenarkan berbelanja untuk membeli apa yang saya suka.

"Paling teruk, saya juga dihalang untuk pulang berjumpa keluarga kerana terikat dengan jadual," luahnya yang akhirnya lega mendapat pengurus baharu, Arif Dollah.

Gembira dengan pengurusan baharu, Tegar memberitahu, pada bulan Julai depan dia akan bercuti di kampung halamannya selama sebulan.

Tiada dendam

Tegar juga mendedahkan, dia turut memberikan sedikit wang kepada bapanya, Aris demi membantunya yang masih lagi hidup mengemis.

Melupakan segala kisah sedih mengenai nasib yang dihadapi bersama ibu dan adik-beradik selepas ditinggalkan bapanya itu, Tegar mengakui langsung tidak menaruh dendam.

"Tidak ada dendam. Biarpun kami sekeluarga ditinggalkannya, dia tetap bapa saya, darah daging saya," ujar Tegar.

Mengulas mengenai album keduanya pula, jelasnya, ia memuatkan tujuh lagu termasuk Ke Mana Kasih Sayang, Tak Boleh Sombong dan Aku Masih Tegar.

"Saya sangat menyukai album kedua ini kerana ia menceritakan mengenai diri saya. Bercakap mengenai lagu kegemaran saya, sudah semestinya lagu Kemana Kasih Sayang kerana lagu itu menceritakan mengenai pengalaman hidup saya.

Ibu dan bapa berpisah ketika saya masih dalam kandungan dan saya membesar tanpa kasih sayang yang lengkap," ujar Tegar lagi.

Ana Dahlia nafi sudah bertunang

Posted:

Ana Dahlia nafi sudah bertunang

Ana Dahlia nafi sudah bertunang

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my

FIGURA ini belum bersedia untuk mendedahkan tarih pertunangan dengan kekasih hatinya, Ubaidullah.


PENUH teka-teki. Itulah justifikasi paling mudah menggambarkan perhubungan yang wujud antara pelakon Ana Dahlia, 31, dan jejaka yang diikenali dengan nama Ubaidullah, 24.

Kosmo! yang diundang ke majlis sambutan Hari Ibu Rafflesia di Hotel Royal Kuala Lumpur baru-baru ini didedahkan dengan kenyataan media yang menyatakan Ana Dahlia tampil bersama tunangnya, Ubaidullah.

Membuahkan tanda tanya, pelakon filem Mantra itu sebelum ini pun sering dilihat bersama jejaka tersebut serta pernah memuat naik foto bersama di laman sosial Instagram.

Malah, ketika acara Anugerah Bintang Popular di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini pun pasangan itu hadir bersama berpakaian sedondon.

Lantas, pihak media mendapatkan penjelasan lanjut daripada bekas isteri Cef Riz itu. Ikuti temu bual berikut.

Kosmo!: Ana Dahlia didakwa hadir bersama tunang anda, Ubaidullah pada majlis sambutan Hari Ibu kali ini. Benarkah?

ANA DAHLIA: Bukan, kami masih belum bertunang dan tiada sebarang ikatan lagi buat masa sekarang. Malah, ada ura-ura mengatakan kami bertunang pada bulan Mei dan bakal bernikah pada bulan Jun pun tidak benar sama sekali.

Jadi bilakah tarikh sebenarnya anda bakal bertunang?

Saya ada perancangan tapi masanya belum sampai lagi. Buat masa sekarang, saya tidak boleh hebohkan kepada peminat atau orang ramai takut nanti tak jadi, tetapi apabila sudah pasti, baru saya akan beritahu semua orang.

Bagaimanakah pula perancangan tentang majlis merisik?

Perancangan untuk merisik pun ada tetapi saya tidak berani maklumkan tarikh itu kerana majlis itu melibatkan kedua-dua buah keluarga. Saya harap semua orang faham.

Pastinya pertemuan antara keluarga anda dan dia sebelum ini ada membincangkan untuk persiapan seterusnya. Komen anda?

Keluarga kami masing-masing memahami, malah mereka terlebih dulu akan berbincang dengan kami untuk peringkat selanjutnya. Mereka menghormati, memahami dan menyokong keputusan kami.


ANA dan Ubaidullah mulai akrab sejak setahun yang lalu.


Anda dilihat seperti tidak yakin dengan hubungan yang terjalin sekarang. Kenapakah?

Banyak perkara yang perlu difikirkan ke hadapan dan saya perlu lebih berhati-hati kali ini. Kalau benar dia jodoh saya, Insya-Allah, kami akan bersama. Saya cuma berdoa yang terbaik.

Apakah kriteria yang membuatkan anda selesa dengan dia (Ubaidullah)?

Kami tinggal sekampung sebenarnya, cuma sebelum ini kami tidak terlalu rapat. Selepas beberapa perkara yang terjadi sebelum ini (bercerai), dia lebih mengambil berat dan lebih kurang setahun lalu, kami menjadi lebih akrab. Saya selesa kerana cara dia dan sejujurnya, kami mempunyai keserasian. Untuk menyatakan dia romantik rasanya tidak.

Jarak usia tujuh tahun yang membezakan anda dan dia mungkin mendorong perbezaan cara berfikir. Bagaimanakah persiapan anda untuk tidak mengelakkan berlaku sekali lagi perceraian?

Dia nampak tenang tapi tegas perihal agama dan saya akui resipi rumah tangga yang harmoni adalah agama yang kukuh. Bagi saya, selagi dia boleh mendidik saya dengan baik, Insya-Allah segalanya berjalan lancar. Selain itu terima baik dan buruk seseorang, adakalanya tidak matang itu perlu bagi seseorang wanita untuk rasa lebih ceria.

Sepanjang perkenalan, adakah kalian berbincang mengenai syarat dalam perhubungan selepas ini?

Jika kita suka dengan seseorang itu sudah pasti akan menerimanya seadanya dan masing-masing perlu tahu batasan.

Selepas dua kali bercerai, apakah kualiti yang ada pada anda untuk keluarga dan dia menerima anda?

Mungkin cara saya yang menyenangkan mereka. Saya seorang wanita yang selalu memikirkan persepsi orang ramai terhadap saya. Ada masanya rasa tidak yakin dengan diri sendiri tetapi Alhamdulillah, saya gembira kerana keluarganya menerima saya dengan baik sama seperti keluarga saya.

Sudikah anda berkongsi perkembangan terkini?

Saya sedang menjalani penggambaran di Johor untuk drama berjudul Mencari Luqmanulhakim dan selepas ini akan ke Kedah untuk penggambaran muzikal hari raya Aidilfitri.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Peluang pendidikan kedua buat banduan

Posted:

Peluang pendidikan kedua buat banduan

Peluang pendidikan kedua buat banduan

SESAL pernah bermaharajalela dalam diri lelaki berumur 28 tahun itu. Pada usia 14 tahun, ketika remaja lain mengutip ilmu di sekolah, dia telah pun menjadi penghuni penjara.

Mahu dipanggil Mikail, kesalahan membunuh yang dilakukan jejaka dari Sabah itu mempunyai justifikasi kemanusiaan yang logik.

Plot jenayah spontannya berakar selepas dibawa ke Kuala Lumpur oleh seorang ejen yang menjanjikan pekerjaan dalam perusahaan bakeri dengan gaji bulanan RM800. Dia bersama tujuh lagi orang Sabah kemudiannya dipisahkan mengikut kerja berbeza.

Pekerjaan yang diaturkan menyimpang daripada perancangan asal. Mikail dihantar ke Sekinchan, Selangor untuk bekerja sebagai tukang masak di sebuah warung dengan gaji RM150 sebulan.

Tanpa kemahiran memasak, tiga bulan pertama bekerja menjadi tempoh perit buatnya. Hampir setiap hari dia dipukul majikan. Namun semangatnya kental dan menganggap ia sebagai proses pembelajaran.

Begitupun, memasuki bulan kelima, gajinya masih belum diterima. Kerja keras setiap hari tanpa cuti bermula 9 pagi hingga 12 tengah malam langsung tidak membenihkan keselesaan dari segi kewangan. Hanya sepak terajang terus membekas luka dan lebam pada tubuhnya.

Mikail nekad melarikan diri. Nasibnya malang. Dia ditangkap majikannya dalam cubaan tersebut dan dibelasah teruk. Bagi mempertahankan diri, dia mencapai sebilah pisau dan menikam majikannya.

Kerana takut, Mikail lari sehingga ke Subang Jaya dan ditangkap pihak polis. Sejak itu, hidupnya berubah. Pada usia muda, Mikail telah bergelar banduan. Penjara Sungai Buloh menjadi kediaman terkurung pertamanya.

Ketika itu, sekolah juvana masih belum diwujudkan. Beberapa kali dia dipindah dari Sungai Buloh ke Penjara Kajang. Hanya selepas hukuman dijatuhkan pada tahun 2005, Mikail menghuni Penjara Kajang sehingga kini.

Raih ijazah

Tahun ini, genap 14 tahun Mikail tinggal di dalam penjara. Pelbagai pengalaman diperoleh daripada selok-belok kehidupan sebagai banduan. Perubahan teragungnya bermula pada umur 18 tahun apabila dia membuat keputusan memeluk Islam.

Baru-baru ini Mikail menambah pencapaian peribadi yang membanggakan. Program ijazah sarjana muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan berjaya ditamatkan Mikail sekali gus menjadikan dia antara banduan terawal yang meraih ijazah dari dalam penjara.

"Semuanya bermula apabila saya dicabar seorang kawan di sini agar menyambung pelajaran. Dalam tempoh beberapa bulan, saya menyiapkan diri bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kemudian saya mengikuti kelas asas komputer dan pada tahun 2008 saya ambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

"Berkat usaha dan semangat, saya tersenarai dalam 10 banduan peringkat pertama yang terpilih mengikuti program ijazah sarjana muda bersama Open University Malaysia (OUM) secara percuma," tenang Mikail meluncur cerita ketika ditemui Kosmo! di Penjara Kajang baru-baru ini.


MIKAIL (kiri) menceritakan kejayaannya meraih ijazah sarjana muda selepas bergelar banduan selama 14 tahun kepada penulis.


Anak keempat daripada enam adik-beradik itu kini dalam perancangan untuk mengambil ijazah sarjana muda kedua dalam jurusan undang-undang kelolaan Universiti Malaya.

Sebagai banduan kategori Tahanan Limpah Sultan (TLS), Mikail hanya boleh dibebaskan menerusi pengampunan Sultan Selangor.

Pelajaran moral dan profesional yang digali sepanjang berada di penjara membuatkan Mikail bersedia untuk menyambung hidup di dunia luar.

Berbekalkan ijazah yang ada, dia merancang untuk bekerja terlebih dulu bagi menimba pengalaman sebelum membuka restoran sendiri.

Anuar, banduan yang telah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di bawah Akta 613 Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu jenayah pecah amanah pula merupakan banduan yang sedang mengambil Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) OUM di Penjara Kajang.

Berbeza dengan segelintir banduan lain, Anuar mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Setakat ini, hanya dua banduan termasuk Anuar yang sedang menjalani program ijazah sarjana daripada seluruh penjara di Malaysia.

Lelaki berusia 40-an itu memberitahu, belajar di dalam penjara sama seperti di luar. Tutor masih hadir untuk sesi pembelajaran selama tiga jam bagi lima pertemuan. Penilaian gred juga dibuat berpandukan peperiksaan dan tugasan.

Internet

"Cuma tugasan yang memerlukan kajian agak terhad memandangkan jaringan internet di sini dihadkan untuk mengakses perpustakaan digital OUM sahaja.

"Sebagai pelajar ijazah sarjana, saya banyak belajar sendiri dan membuat rujukan daripada buku-buku yang dibekalkan OUM," kongsi Anuar yang telah menamatkan tiga semester daripada keseluruhan lima semester.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB), Anuar sering dijadikan rujukan banduan lain yang mengambil jurusan undang-undang. Perkongsian pendapat dan pengetahuan dalam penjara disifatkan berlangsung dalam suasana profesional dan harmoni.

Banduan-banduan juga dibenarkan membawa buku-buku rujukan mereka ke dalam sel. Semangat mereka untuk belajar juga dikagumi Pegawai Penjara KX17 (Bahagian Keselamatan), Penjara Kajang, Hasfizullah Hamzah yang memantau pergerakan banduan hampir lapan tahun.


KESEMUA banduan tetap mengikuti tiga kaedah pembelajaran iaitu kendiri, bersemuka dan e-pembelajaran sama seperti pelajar di luar.


Dedah Hasfizullah, ketika melakukan rondaan malam memeriksa sel-sel banduan, masih ada banduan yang mengulang kaji pelajaran sehingga pukul 4 pagi.

Pegawai berumur 32 tahun itu memetik nama Mikail sebagai banduan yang rajin belajar sendiri hampir setiap malam. Dia juga menyifatkan banduan yang berusaha memperbaiki taraf pendidikan seperti ini mudah dikawal dan memiliki karakter yang sangat berbeza.

Begitupun, tidak semua banduan berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi. Kekangan kewangan dan pemilihan ketat dengan mengambil kira latar belakang, jenis kesalahan dan ujian kelayakan antara garis panduan asas bagi seorang banduan menyambung pengajian di dalam penjara.

Program kerjasama OUM bersama Jabatan Penjara Malaysia yang bermula pada tahun 2008 itu menetapkan syarat kemasukan fleksibel di peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana.

Selain kemasukan biasa, kemasukan fleksibel tersebut membenarkan banduan tanpa kelayakan SPM, STPM atau sijil matrikulasi untuk menyambung pengajian di OUM.

Syaratnya, mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR), pengalaman bekerja dalam jurusan yang dipohon dan lulus ujian kemasukan yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (AKM).

Program

Empat program yang ditawarkan iaitu Diploma Pengurusan, Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dipilih bersandarkan kesesuaian suasana dalam penjara.

Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan) OUM, Prof. Madya Yon Rosli Daud menjelaskan, empat program berkenaan tidak memerlukan penggunaan komputer yang kerap dan bahan rujukannya boleh dicari menerusi perpustakaan digital.

"Kami mengambil kira pengehadan akses internet di dalam penjara. Penggunaan modul bahasa Inggeris juga diselaraskan tetapi soalan peperiksaan disediakan dalam dwibahasa. Jadi mereka bebas menjawab sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

"Selama program ini dijalankan lebih lima tahun, tidak ada seorang pun banduan yang gagal. Malah sebanyak 17 peratus banduan mencatatkan keputusan cemerlang dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.7 ke atas," ujar pensyarah jurusan perbankan dan pemasaran di OUM itu.

Penerimaan banduan terhadap pembelajaran secara amnya pula memuaskan, selepas membuat perbandingan antara suasana dengan beberapa kekangan yang dialami golongan banduan.

Tutor yang terlibat juga diingatkan agar tidak melibatkan diri dalam masalah peribadi banduan. Perkongsian masalah antara tutor dan banduan perlu bersifat profesional dan melingkungi perihal pelajaran sahaja.

Kredit: www.kosmo.com.my

Jumaat, 30 Mei 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


1,214 graduan UiTM Perlis terima ijazah, diploma

Posted:

1,214 graduan UiTM Perlis terima ijazah, diploma

1,214 graduan UiTM Perlis terima ijazah, diploma


SEBAHAGIAN daripada penerima Anugerah Naib Canselor bergambar pada Istiadat
Konvokesyen ke-80 UiTM Cawangan Arau, Perlis baru-baru ini.


TAHNIAH. Seramai 1,214 graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis menerima ijazah dan diploma masing-masing daripada Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub di Dewan Sri Semarak, Arau, Perlis baru-baru ini.

Menurut Rektor UiTM Perlis, Prof. Datuk Ahmad Redzuan Abd. Rahman, daripada jumlah itu seramai 500 graduan menerima ijazah sarjana muda dan 714 menerima diploma.

Konvokesyen kali ini turut mencatat sejarah kerana 13 orang graduan menerima hadiah Alumni UiTM Perlis yang pertama kali diadakan.

Selain itu, konvokesyen kali ini turut meriah dengan program Fiesta Harumanis, aktiviti promosi program Edu-Tourism UiTM Perlis, jualan dan pameran hasil pertanian dari Unit Ladang UiTM Perlis, aktiviti mewarna kanak-kanak dan lawatan sekitar kampus dengan menaiki trem.

KRT Kampung Semera anjur program kejiranan

Posted:

KRT Kampung Semera anjur program kejiranan

KRT Kampung Semera anjur program kejiranan


KUMPULAN Belia Kampung Semera menunjukkan bakat tarian poco-poco pada program Sayang-Sayang Jiranku Sayang di Sadong Jaya, Kota Samarahan, Sarawak baru-baru ini.


SAYANG JIRAN. Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Semera, Sadong Jaya, Sarawak menganjurkan program Sayang-Sayang Jiranku Sayang dalam memupuk semangat kejiranan dalam penduduk kampung tersebut baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo berkata, penganjuran program seumpama itu dilihat mampu memupuk nilai dan budaya hidup bermasyarakat dalam kalangan penduduk kampung.

"Kita perlu menyemai rasa kasih sayang dan perasaan hormat menghormati sesama jiran kerana ia adalah kunci utama kepada keharmonian hidup bermasyarakat," katanya di Dewan Masyarakat Sadong Jaya.

WP Kuala Lumpur juara bola jaring Maksak

Posted:

WP Kuala Lumpur juara bola jaring Maksak

WP Kuala Lumpur juara bola jaring Maksak


PEMAIN pasukan Wilayah Persekutuan Lumpur (kanan) dan Selangor bergambar pada majlis penyampaian hadiah kejohanan bola jaring Maksak di Dome Kompleks Tun Abdul Razak, Pulau Pinang baru-baru ini.


JUARA. Pasukan bola jaring Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur berjaya bergelar juara Kejohanan Piala Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) selepas menewaskan pasukan Selangor di Dome Kompleks Tun Abdul Razak, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kemenangan tersebut sekali gus menamatkan penantian tiga tahun berturut-turut pasukan WP Kuala Lumpur yang sebelum ini terpaksa berpuas hati mendapat tempat kedua di pentas final.

Pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meraih kejuaraan tersebut selepas menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan tipis 28-27.

Tempat ketiga dimiliki oleh Kedah dan keempat pula oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved