Rabu, 30 April 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Proton lantik CEO baharu

Posted:

Proton lantik CEO baharu

Proton lantik CEO baharu

30/04/2014 10:01pm

SHAH ALAM - Datuk Abdul Harith Abdullah hari ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu bagi syarikat pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton).

"Abdul Harith menyandang jawatan itu mulai 15 April," kata Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil ketika mengumumkan pelantikan itu pada satu majlis meraikan dua pekerja HICOM Automotive Manufacturers Sdn. Bhd. yang berpeluang menjalani latihan perindustrian selama enam bulan dengan Volkswagen di Portugal.

"Saya telah pun menjalankan tugas sejak dua bulan lalu dan pengumuman kenaikan pangkat saya ini menjadikannya rasmi," kata Abdul Harith yang dahulunya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) ketika ditemui pada majlis sama.

Pengurus baharu Proton telah melalui pelbagai perubahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim.

Pada Januari 2012, DRB-Hicom membeli 42.7 peratus kepentingan dalam Proton daripada Khazanah Nasional Berhad dengan bayaran RM1.29 bilion. - Bernama

Latar belakang sinematografi Sarawak wajar diketengahkan

Posted:

Latar belakang sinematografi Sarawak wajar diketengahkan

Latar belakang sinematografi Sarawak wajar diketengahkan

30/04/2014 9:55pm

KOTA SAMARAHAN - Para penggiat industri perfileman serta drama di negara ini disaran agar memberi lebih tumpuan kepada latar belakang sinematografi Sarawak dalam menghasilkan karya-karya mereka selepas ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Sarawak diakui mempunyai pemandangan semulajadi yang sangat cantik dan jika filem atau drama dihasilkan dengan latar belakang negeri ini ia bakal memberi nilai tambah dalam sesuatu karya tersebut.

Katanya, jika ada penggiat filem dari luar negara mahu menjalankan penggambaran di Malaysia, pihak berkaitan juga harus memperkenalkan Sarawak termasuk Sabah sebagai destinasi terbaik untuk mereka membuat penggambaran.

"Sarawak bukan sahaja sebuah negeri yang mempunyai kecantikan semulajadi malah keunikan masyarakat berbilang bangsanya juga menjadi satu elemen menarik untuk dipaparkan di layar perak.

"Jadi, saya menggesa penggiat seni di negara ini agar memberi tumpuan pula untuk latar belakang sinematografi di Sarawak dalam menghasilkan karya mereka," katanya ketika merasmikan pagawam baharu, Lotus Five Star (LFS) Cinemas di pusat beli-belah Summer Mall di sini malam ini. - KOSMO!

Peniaga curi meter air dipenjara dua tahun tujuh bulan

Posted:

Peniaga curi meter air dipenjara dua tahun tujuh bulan

Peniaga curi meter air dipenjara dua tahun tujuh bulan

30/04/2014 9:42pm

IPOH - Seorang peniaga hari ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret berasingan di sini selepas mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan iaitu mencuri, memiliki dan menghapuskan meter air milik Lembaga Air Perak (LAP) di beberapa kawasan di bandar raya ini.

Mohd. Azaharil Hisham Abd. Zamin, 31, juga dikenakan denda berjumlah RM1,000 dan sekiranya gagal membayar denda, boleh dipenjara enam bulan.

Bagi kesalahan mencuri meter air bernilai RM100 di No. 170, Lengkok Pegoh, Taman SPPK, Pasir Puteh di sini antara pukul 7 pagi hingga 9 pagi, 14 April lepas, dia dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM500 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu.

Mohd. Azaharil juga dijatuhi hukuman penjara dan denda yang sama oleh Majistret Nur Syafiqah Noorinda bagi kesalahan mencuri meter air di No. 21, Jalan Seri Kinta Tujuh, Kampung Seri Kinta, Pasir Puteh pada pukul 11 pagi, 17 April lepas.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved