Isnin, 30 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Berita utama sepanjang tahun

Posted:

Berita utama sepanjang tahun

Berita utama sepanjang tahun

TIRAI tahun 2013 berlabuh hari ini dengan pelbagai kisah suka duka dan pahit manis yang semuanya akan dikenang dalam satu lagi lipatan sejarah sepanjang 365 hari yang telah dilalui.

Insiden berdarah pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, kes tembak yang berleluasa, fenomena jerebu dan kisah seorang wanita Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London antara peristiwa besar yang menjadi tajuk utama akhbar tahun ini.

Pengganas Jamalul Kiram ceroboh Lahad Datu

KIRA-KIRA 150 pengganas Sulu menceroboh daerah Lahad Datu di Sabah sejak 12 Februari. Penceroboh dari selatan Filipina itu dipimpin Raja Muda Agbimuddin Kiram atas arahan Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

Selepas rundingan secara baik gagal, pasukan keselamatan negara telah melancarkan Ops Daulat pada 5 Mac bagi mengusir kumpulan pengganas berkenaan keluar dari pusat lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sepanjang dua bulan tempoh konflik berkenaan, seramai 67 anggota kumpulan pengganas maut manakala sembilan orang anggota keselamatan negara gugur.

Mereka ialah Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29; Sarjan Sabaruddin Daud, 46; Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52; ASP Michael Padel, 36; Sarjan Abdul Azis Serikon, 48; Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27; Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49; Sarjan Salam Togiran, 42; Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan, 21.

Pada 7 Mac, kerajaan mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memantapkan lagi pasukan Angkatan Tentara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Imigresen.

Jamalul Kiram meninggal dunia di Manila pada 20 Oktober akibat kegagalan fungsi organ.


KUANTAN, Pahang hampir lumpuh akibat banjir besar.


Musibah banjir hujung tahun

AWAL Disember lalu, bencana banjir yang melanda negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Johor bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda, tetapi juga kehilangan nyawa.

Malah, direkodkan seramai 64,272 mangsa terpaksa berlindung di lebih 200 pusat pemindahan banjir di seluruh negara. Selain itu, tiga orang terkorban akibat banjir iaitu Mohamad Ashraf Mohd. Nor, 17 yang lemas di Kemaman, Terengganu serta dua beranak, Megat Mohd. Nazli Jamali, 17, dan bapanya, Jamali Jani, 45. Kedua-dua mereka lemas selepas bot yang dinaiki terbaik di Sungai Isap, Kuantan, Pahang.

Darurat jerebu jejas 1.46 juta pelajar

FENOMENA jerebu yang melepasi bacaan 300 Indeks Pencemaran Udara (IPU) iaitu kategori tahap bahaya memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengisytiharkan Darurat Bencana Jerebu di beberapa negeri pada 23 Jun. Berikutan itu, sebanyak 1,817 buah sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor ditutup selama beberapa hari. Seramai 1.46 juta pelajar terlibat dalam penutupan sekolah itu.

Jalinan peristiwa

Posted:

Jalinan peristiwa

Jalinan peristiwa


TEROWONG ini ditemui di Kampung Kalai, Jeli, Kelantan pada Februari lalu.


RANGKAIANperistiwa yang melewati tahun 2013 banyak mewarnai kehidupan rakyat Malaysia.

Penghargaan kerajaan Turki yang membenarkan seorang pelajar Malaysia yang meninggal dunia di negara itu dikebumikan di makam para sahabat Nabi Muhammad antara detik sangat mengharukan.

Pembukaan Muzium Diraja di Istana Negara lama di Kuala Lumpur juga menjadi detik bersejarah yang akan dikenang.

Terowong lama Kampung Kalai ditemui

SEBUAH terowong yang ditemui di Kampung Kalai, Jeli, Kelantan pada bulan Februari lalu dipercayai digali sebelum kedatangan British. Laluannya juga dikatakan mampu menembusi sehingga ke sempadan Thailand.

Terowong tersebut turut didakwa dijadikan laluan oleh pelarian Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani yang berhijrah ke Kelantan untuk bersembunyi tetapi sebahagian daripada terowong itu telah dibom bagi menyekat kemaraan pelarian.


VILLA NABILA di Johor Bahru telah mencetuskan misteri selama lebih 40 tahun.


Banglo misteri Villa Nabila cetus kegemparan

SEBUAH banglo terbiar dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai, Johor Bahru menjadi tumpuan ramai apabila seorang remaja lelaki dilaporkan 'hilang' selepas memasuki premis itu bersama beberapa rakannya pada awal pagi 18 November.

Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Hajah Hasnah Majidee sejak tiga hari sebelumnya. Berita itu menarik minat orang ramai yang berpusu-pusu melawat tapak banglo di atas bukit tersebut tetapi Mohamad Izzat kemudian didapati selamat kerana dia sebenarnya tidur di rumah kawan.

Penjenayah semakin gila

Posted:

Penjenayah semakin gila

Penjenayah semakin gila



MANUSIA penjenayah kini semakin kejam dan tidak diduga. Pembunuhan pegawai bank di Subang Jaya, Selangor dan kejadian amuk di LRT Ampang antara buktinya.

'Tuhan Harun' kena tangkap

PADA 21 November, seorang lelaki dikenali sebagai 'Tuhan Harun' atau nama sebenarnya, Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 30, dan pemandunya, Nor Hairi Harun, 41, direman seminggu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah bagi membolehkan siasatan kes tembak mati seorang pegawai Jabatan Agama Islam Pahang dijalankan ke atas mereka.

Pegawai AmBank ditembak

SEORANG pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37, maut akibat ditembak dari jarak dekat di bahagian kepala oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya pada 23 Oktober. Lapan belas hari selepas kejadian, polis berjaya menahan suspek di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Pathmanabhan bersalah bunuh Sosilawati

BEKAS peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerjanya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Mei selepas disabitkan bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain di Ladang Gadong, Banting pada malam 30 Ogos 2010.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes yang dihadapi kesemua tertuduh.

Selain Pathmanabhan, 44, tiga tertuduh lain ialah T. Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, dan R. Kathavarayan, 32.


PASUKAN forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian yang membabitkan seorang lelaki mengamuk menggunakan pisau Rambo di Kuala Lumpur pada 25 Oktober lalu.


Amuk di stesen LRT

PADA 25 Oktober, dua maut manakala dua lagi cedera parah setelah ditikam menggunakan pisau Rambo oleh seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah di stesen transit aliran ringan Gombak dan Taman Melati.

Muhammad Zamri Yusof, 26, kemudian dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh penjual alat tulis, Lee Kah Ghee, 48, antara pukul 11 pagi dan 12 tengah hari 24 Oktober lalu di hadapan Stesen LRT Taman Melati, Persiaran Pertahanan, Wangsa Maju.

Pada hari dan masa sama, tertuduh didakwa membunuh seorang penuntut kolej, Kwan Chun Thai, 25, di tepi tiang LRT bernombor P24/55, Kampung Wira Jaya Luar, Jalan Tumbuhan, Wangsa Maju.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Perwani anjur majlis Berendoi Perdana 50 bayi di Shah Alam

Posted:

Perwani anjur majlis Berendoi Perdana 50 bayi di Shah Alam

Perwani anjur majlis Berendoi Perdana 50 bayi di Shah Alam

IBU bapa yang terlibat dalam program Berendoi Perdana 2013 bergambar beramai-ramai pada majlis yang diadakan di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


BERENDOI. Seramai 50 bayi berusia tiga hingga lima bulan diraikan dalam majlis Berendoi Perdana anjuran Pertubuhan Wanita (Perwani) di bawah Jabatan Pembangunan Wanita di Taman Seni Islam, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Program kali keempat anjuran Perwani Anggerik dan Batu Tiga itu diserikan dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marhaban, berzanji, alunan ayat suci al-Quran dan juga nasyid berunsur nasihat.

Ketua Wanita UMNO Shah Alam, Jumaeah Masdi berkata, program tersebut itu akan terus dijadikan sebagai program tahunan buat Perwani.

Malah, pihaknya turut bercadang setiap Wanita UMNO cawangan menubuhkan kumpulan marhaban masing-masing bagi mengeratkan hubungan sesama mereka di samping dapat dijadikan sebagai medium bagi majlis ilmu yang lain.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Abdul Rahim Mat Sah.

Kimma bantu 104 pelajar buat persiapan sekolah

Posted:

Kimma bantu 104 pelajar buat persiapan sekolah

Kimma bantu 104 pelajar buat persiapan sekolah


SYED IBRAHIM (barisan belakang tengah) bergambar bersama penerima bantuan pada majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Pelajar India Muslim di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.


BANTU. Seramai 104 pelajar menerima bantuan persekolahan daripada Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) pada majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Pelajar India Muslim sesi 2014 di Dewan Wisma UMNO di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Presiden Kimma, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, bantuan berupa wang tunai itu diharapkan dapat meringankan beban keluarga bagi membuat persiapan persekolahan anak-anak pada musim persekolahan akan datang.

Katanya, semua pelajar yang menerima sumbangan itu dipilih daripada keluarga berpendapatan rendah dari negeri itu.

"Pada tahun ini, Kimma menyampaikan bantuan yang sama kepada golongan yang kurang berkemampuan di seluruh negara," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dua wanita mati ditikam, kelar

Posted:

Dua wanita mati ditikam, kelar

Dua wanita mati ditikam, kelar

Oleh OTHMAN YAHAYA
berita@kosmo.com.my

ANGGOTA polis mengusung salah satu mayat wanita Myanmar yang dibunuh di Jalan Baru, Perai semalam.


BUKIT MERTAJAM – Dua kawan karib wanita Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kelar di leher di kawasan semak di belakang sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Baru, Perai di sini semalam.

Mayat kedua-dua mangsa terbabit ialah Htay Htay Then, 22, dan rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Than, 42. Mayat mereka ditemui dalam keadaan terlentang dan berdekatan antara satu sama lain oleh seorang penduduk kampung pada pukul 12.15 tengah hari.

Difahamkan, kedua-dua mangsa tinggal di sebuah rumah sewa di Jalan Baru dan semasa kejadian mereka sedang berjalan kaki menuju ke sebuah rumah rakan mereka di Flat Nagasar yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka dibunuh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mahkamah Syariah Kelantan, MAIK kena ceroboh

Posted:

Mahkamah Syariah Kelantan, MAIK kena ceroboh

Mahkamah Syariah Kelantan, MAIK kena ceroboh

KOTA BHARU - Pejabat di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Jalan Pasir Mas-Salor di sini dipecah masuk dipercayai oleh pihak tertentu untuk mencari maklumat sulit, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd. Rafar.

Beliau berkata, kejadian itu disedari seorang pembantu tadbir yang berkhidmat di bangunan berkenaan pada pukul 7.30 pagi kelmarin ketika mahu memulakan tugas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sektor awam diarah berjimat

Posted:

Sektor awam diarah berjimat

Sektor awam diarah berjimat

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah yang akan dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Najib:

Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan lebih berhemat pada tahun depan.

Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan dan keadaan semasa.

Keputusan ini telah dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Sebelas langkah tersebut adalah seperti berikut:

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


SPRM lebih layak siasat

Posted:

SPRM lebih layak siasat

SPRM lebih layak siasat

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

AZIZON hadir memberi keterangan ketika Jawatankuasa Tatatertib FAM mengadakan perbicaraan di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor Jumaat lalu.


ISU rasuah dan mengatur perlawanan yang didakwa melanda skuad bola sepak Kuala Lumpur kini memasuki episod baharu.

Difahamkan, kes itu sepatutnya disiasat terus oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya dikendalikan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sumber memberitahu Kosmo!, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) telah lama mengesyaki wujudnya gejala tidak bermoral itu dalam skuad warga kota itu.

"Sepatutnya kes ini cuba diselesaikan secara dalaman dan dibawa terus ke SPRM, entah macam mana ia boleh bocor lalu dikendalikan FAM.

"Bukan mahu membela mana-mana pemain tetapi dalang sebenar rasuah iaitu bookie hanya boleh dikesan dengan kerjasama SPRM.

"Ia disebabkan kuasa FAM agak terhad bagi mengenal pasti mana-mana bookie yang terlibat," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Tatatertib FAM hanya sempat menyoal siasat dua pemain Kuala Lumpur - Azizon Kadir dan Benedict Martin manakala lima lagi pemain akan dibicarakan pada 3 dan 7 Januari nanti.

Lima pemain terbabit adalah Muhammad Syazwan Mohamed Rani, J. Mughilan Kartik, Muhamad Azwan Jatin, S. Sivaraj dan Mohamad Amirul Asraf Mohd. Noor.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak dilaporkan berkata, lima pemain terbabit boleh mengemukakan pembelaan secara lisan apabila perbicaraan kembali bersambung pada 3 dan 7 Januari depan.

Sebelum itu, jawatankuasa berkenaan juga telah mengenakan hukuman gantung seumur hidup dan denda RM20,000 terhadap tiga pegawai dan lima pemain Kuala Lumpur selepas mereka gagal menjawab surat pertuduhan atau tidak memberikan butir-butir pembelaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketiga-tiga pegawai berkenaan ialah ketua jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskonsky; penolong pengurus, Rosli Omar dan pegawai pasukan, Saari Jani sementara kelima-lima pemain berkenaan pula ialah Jeremy Danker, Khairul Anuar, Hafizi Roslee, Fadhlullah Yunsifar dan Phoo Khai Lun.

Usaha Kosmo! bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada Presiden KLFA, Datuk Astaman Abdul Aziz bagaimanapun gagal apabila beliau difahamkan kini berada di Melbourne, Australia atas sebab peribadi.

Justeru, sumber itu menyarankan mana-mana pemain terlibat supaya segera tampil memberikan kerjasama kepada SPRM bagi membersihkan semula nama masing-masing.

"Isu mengatakan ada pemain tidak tahu bagaimana hendak membela diri juga sewajarnya tidak timbul kerana pada mulanya kes ini memang mahu diserahkan terus kepada SPRM untuk disiasat.

"Jadi, ada baiknya mana-mana pemain yang terlibat berhubung terus dengan SPRM selepas ini," jelasnya.

'Saya tiada hak buat kenyataan'

Posted:

'Saya tiada hak buat kenyataan'

'Saya tiada hak buat kenyataan'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


TINGGAL KENANGAN... Rajagobal tidak akan lagi bersama skuad Harimau Malaya apabila kontraknya tamat secara rasmi hari ini.


SEDAR atau tidak, hari ini merupakan hari terakhir Datuk K. Rajagobal memegang status sebagai pengendali skuad Harimau Malaya apabila kontraknya tidak lagi disambung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Begitupun, sejak beberapa bulan lalu, terdapat begitu banyak spekulasi siapa calon paling layak menggantikan tempatnya.

Ramai juga yang menyifatkan sudah tiba masanya penyandang 'kerusi panas' itu wajar diambil alih jurulatih asing selepas kali terakhir Malaysia menerima sentuhan luar di bawah kendalian Bertalan Bisckei selama dua tahun bermula 2004.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum ini juga mengesahkan jurulatih kelahiran Perancis, Phillippe Omar Troussier sebagai antara calon hangat bagi menggantikan Rajagobal.

Namun, Rajagobal memiliki alasan tersendiri mengapa beliau enggan campur tangan mengenai pengganti yang lebih layak menggantikan beliau.

"Saya tak nak komen... saya bukan lagi jurulatih Harimau Malaya... jadi saya tidak berhak mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Siapa yang paling layak menjadi jurulatih Harimau Malaya selepas ini, terpulang kepada FAM," katanya kepada Kosmo! semalam.

Sejak dilantik pada April 2009, Rajagobal muncul antara jurulatih yang memiliki resume cemerlang rentetan kejayaan menamatkan kemarau pingat emas Sukan SEA 2009 selain muncul juara Piala Suzuki AFF setahun kemudian.

Namun, kredibiliti Rajagobal mula dikecam peminat fanatik tempatan lantaran gagal melakar kejayaan yang lebih besar selepas itu.

'Pintu' ke Piala Asia 2015 yang seolah-olah tertutup rapat ekoran Harimau Malaya hanya menduduki tangga ketiga Kumpulan D dengan empat mata meskipun masih memiliki satu lagi perlawanan menentang Yemen pada Mac tahun depan, juga bagaikan titik noktah buat Rajagobal apabila kontraknya disahkan tidak lagi disambung FAM pada penghujung November lalu.

Sebaliknya, FAM membuat keputusan melantik pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya.

"Buat masa ini, saya hanya mahu berehat seketika daripada bola sepak.

"Biarlah masa yang menentukan bila saya akan kembali mengendalikan mana-mana pasukan selepas ini," jelas Rajagobal.

Tahun kalah dalam menang

Posted:

Tahun kalah dalam menang

Tahun kalah dalam menang

Oleh AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
azizulfahmi.zabidi@kosmo.com.my


BARISAN pelumba negara sekadar meraih pingat perak dalam acara berpasukan lelaki pada Sukan SEA 2013 di Myanmar.


SELAMAT tinggal 2013. Bagi Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), 2013 boleh dianggap sebagai 'tahun kalah dalam menang'.

Kegagalan skuad lebuh raya negara pada Sukan SEA 2013 di Nay Pyi Taw, Myanmar yang berakhir minggu lalu sekurang-kurangnya memberi lapan pengajaran penting buat PKBM.

Mahu atau tidak, PKBM harus mengakui betapa mereka sekali lagi gagal membawa pulang emas buat kali keempat berturut-turut menerusi 'acara besar' lepas beramai-ramai elit lelaki dan wanita pada temasya dwitahunan itu.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia mendominasi sepenuhnya acara itu adalah pada temasya Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina.

Ketika itu, Suhardi Hassan mengucup pingat emas manakala Nor Azian Alias ditabalkan sebagai ratu lebuh raya wanita di rantau Asia Tenggara.

Pengajaran pertama - Malaysia harus mencari pakar perlumbaan sehari (one-day-race) yang prolifik. Hakikat atas kertas menunjukkan lima daripada enam pelumba Malaysia yang berkayuh di bumi Nay Pyi Taw adalah pelumba profesional.

Mohd. Shahrul Mat Amin dan Saufi Mat Senan tampil membawa nama Terengganu Cycling Team (TSG) - pasukan benua yang menduduki ranking No. 1 Asia pada 2012.

Loh Sea Keong pula membawa bendera pasukan pro-tour (Argos-Shimano) yang telah melakar sejarah besar apabila bergelar juara keseluruhan Jelajah 1Malaysia 2013 (J1M 2013).

Mohd. Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli pula masing-masing menjadi kebanggaan Champion System Pro Cycling Team serta Drapac Professional Cycling Team.

Hanya Muhammad Rauf Nur Misbah - alumni Universiti Selangor (Unisel) bergelar pelumba amatur dan meraih pendapatan bulanan tidak sampai RM2,500.

Namun, Rauf muncul pelumba negara kedua terbaik selepas berakhirnya acara tersebut yang mencetus kejutan terbesar apabila ia dimenangi pelumba kurang terkenal dari Laos.

Pengajaran kedua - skuad lebuh raya Malaysia harus membuang jauh-jauh mitos bahawa perlumbaan sehari seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia atau Sukan SEA akan berakhir dalam kelompok besar dan pemecut akan bergelar juara.

Hakikat mengapa 'jaguh pecut' seperti Mark Cavendish kempunan di pentas Sukan Olimpik 2012 adalah kerana corak perlumbaan sehari kebelakangan ini biasanya tidak lagi berakhir dengan garapan cerita pemecut akan bersaing sesama sendiri pada penghujung perlumbaan seperti perlumbaan peringkat yang landai - Tour de France mahupun Le Tour de Langkawi (LTdL).

Jelas sekali, strategi perlumbaan sehari dan jelajah (tour) adalah dua perkara yang sangat berbeza dan barisan pelumba Malaysia harus mengerti hakikat tersebut.

Pengajaran ketiga - pelumba veteran seperti Suhardi tidak sewajarnya diketepikan begitu sahaja.

Suhardi bukannya nama asing dalam dunia sukan berbasikal. Dia hampir meraih pingat emas berturut-turut pada dua temasya Sukan SEA 2005 di Manila dan Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand.

Hanya kesilapan membenarkan Ryan Ariehaan Hilmant memintasnya pada baki 10 kilometer terakhir membawa padah kepada Suhardi. Akibatnya, dia hanya mampu mengucup pingat perak di Korat.

Mengapa Suhardi 'terasing' atau 'diasingkan' sedangkan dia mampu membawa perwatakan sebagai abang kepada pelumba-pelumba muda?

Bukan jadi rahsia dalam kalangan rakan-rakan sepasukannya betapa Suhardi dianggap pakar menggarap strategi dan taktikal pada perlumbaan sehari.

Pengajaran keempat - Sukan SEA 2015 di Singapura nanti tetap tidak menjanjikan pingat emas kerana acara trek hampir pasti tiada dalam senarai acara bakal dipertandingkan.

Satu dunia sudah tahu bahawa Malaysia adalah kuasa besar dalam acara trek di Asia selain Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan.

Namun, Pengarah Pertandingan (acara berbasikal) Sukan SEA 2015, Max Mager telah membayangkan betapa kerajaan Singapura tidak bersedia untuk menyenaraikan acara trek yang dianggap 'lubuk emas' kepada kem Malaysia.

Sebaliknya, hanya acara lepas beramai-ramai elit lelaki dan wanita selain acara ujian masa individu (ITT) bakal dipertandingkan.

Justeru, menjelang Sukan SEA 2015, PKBM sudah boleh mula merancang strategi tanpa melibatkan barisan pelumba trek.

Pengajaran kelima - label 'adik kecil dan abang besar' masih menghantui pasukan lebuh raya Malaysia dan Indonesia.

Yang pasti, Nay Pyi Taw tetap menghadiahkan satu fakta perit tetapi benar iaitu betapa Indonesia sama sekali tidak rela pelumbanya kalah kepada Malaysia.

Indonesia jelas memanfaatkan senario itu pada perlumbaan lepas beramai-ramai elit lelaki di Nay Pyi Taw. Merekalah yang menjadi perancang utama terhadap kegagalan pasukan lebuh raya Malaysia, setidak-tidaknya hakikat itu turut dipersetujui barisan Filipina.

Bagi pasukan lebuh raya Indonesia, label 'abang besar' hanya milik mereka. Jelas sekali, Malaysia terjerat dengan permainan muslihat Indonesia khususnya dalam percaturan pingat emas menerusi acara berpasukan elit lelaki.

Jelas, muslihat itu dijangka kembali berterusan pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura nanti.

Pengajaran keenam - pada masa akan datang, tampuk pengurusan skuad kebangsaan Malaysia harus lebih profesional dan bijak dalam menangani kerenah pelumba 'bernama besar' yang dibawa untuk menyertai sebarang kejohanan.

Tanpa satu kaedah pengurusan yang mantap, tampuk kepimpinan kontinjen berbasikal negara pasti boleh ditempelak oleh pelumba berkenaan.

Pengajaran ketujuh - jurulatih pasukan kebangsaan harus lebih berani dalam membuat keputusan akhir bagi mengelak berlakunya drama kontroversi.

Jurulatih tempatan wajar membuktikan betapa baka tempatan sehebat karisma jurulatih dari luar negara.

Pengajaran kelapan - pasukan lebuh raya Malaysia tampil di Nay Pyi Taw selaku antara pasukan yang memiliki basikal tercanggih dan terhebat. Namun, kemasyhuran sebenarnya hanya boleh dicapai menerusi kecekalan dan semangat juang yang tulen.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd. Wahab turut mengakui betapa pasukan lebuh raya yang dikendalikan Aminuddin Sulaiman mengalami satu senario yang dinamakan 'kalah dalam menang'.

"Sebelum terbang ke Myanmar, Aminuddin mensasarkan satu emas. Saya pula membayangkan dua medal, tak kira apa warnanya.

"Saya cuba untuk menjadi lebih realistik kerana kita pulang tangan kosong pada Sukan SEA 2011 di Subang, Indonesia. Waktu itu hanya pingat perak disumbangkan oleh Masziyaton (Mohd. Radzi) menerusi acara basikal bukit.

"Pasukan lebuh raya langsung pula tak menang. Jadi, apabila kita pergi ke Myanmar, saya cuba untuk mengintai kekuatan pelumba lebuh raya Indonesia, Thailand dan Filipina.

"Saya percaya selain Malaysia, hanya pelumba dari tiga negara ini yang boleh menang pingat emas. Tekaan saya agak tersasar kerana Indonesia dapat perak dan Filipina menang gangsa," kata Abu Samah.

Menurut Abu Samah, kejayaan pelumba Laos meraih pingat emas dalam acara elit lelaki jelas mengejutkan semua pihak.

"Sea Keong pula hanya dapat tempat keempat. Nasib baik kita dapat pingat perak menerusi acara berpasukan dan gangsa acara TTT (ujian masa berpasukan).

"Namun, apakah sasaran menang emas sudah tercapai? Jawapannya kita masih kempunan untuk menang pingat emas.

"Inilah yang saya katakan kalah dalam menang. Kita hanya menang pingat perak dan gangsa," katanya sambil membayangkan mesyuarat Exco PKBM pada awal bulan depan hampir pasti membincangkan kontrak sambungan Aminuddin.

Rentetan itu, PKBM berjanji akan kembali merenung formula ampuh yang digunakan Seong Hoong, Shahrulneeza Razali, Azlan Mohamad dan Suhardi tatkala bergelar juara pada Sukan SEA 1995 di Chiangmai, Thailand; Sukan SEA 1997 di Jakarta (selepas kemenangan Tonton Susanto dibatalkan), Sukan SEA 1999 di Bandar Seri Begawan dan Sukan SEA 2003 di Vietnam); Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur serta Sukan SEA 2005 di Manila.

"Kenapa kita sentiasa menang emas sebelum ini? Kita dah buktikan pada 1995, 1997, 1999, 2001, 2003 dan 2005 apabila kita menang emas menerusi disiplin lebuh raya.

"Masalahnya kenapa sekarang kita tak mampu lagi menang emas. Saya berjanji akan cari dan kenal pasti kelemahan kita," kata Abu Samah yang juga Naib Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC).

Pada masa sama, kejayaan menduduki tempat kedua berpasukan keseluruhan pada Tour of Thailand (ToT 2013) dan menduduki tempat ke-15 daripada 22 pasukan yang menyertai LTdL 2013 di sebalik penyertaan lima pasukan Pro-Tour termasuk Astana Pro Team, menghadiahkan detik kejayaan kecil kepada Malaysia.

Senario tersebut membuatkan Abu Samah merumuskan betapa pasukan kebangsaan Malaysia tampak lebih selesa dalam format pertandingan berbentuk jelajah dan kurang menyerlah pada perlumbaan sehari.

"Sudah banyak kali saya tegaskan betapa pelumba kebangsaan dan pasukan TSG nampak lebih selesa menyertai perlumbaan jelajah.

"Kalau dalam perlumbaan jelajah, kalau tak menang hari ini... esok kita boleh cuba lagi. Hari ketiga pun kita boleh cuba sehingga jelajah berakhir.

"Dalam aspek ini, kita sudah mampu untuk berbangga. Misalnya tahun ini, Sea Keong melakar sejarah muncul pelumba Malaysia pertama menang Jersi Kuning pada perlumbaan kategori 2.2 (J1M 2013).

"Malangnya, kita masih terkial-kial apabila menyertai kejohanan berformat perlumbaan sehari. Cuba lihat statistik penyertaan pelumba Malaysia pada Sukan SEA, Kejohanan Asia, Sukan Asia, Sukan Komanwel atau Kejohanan Dunia, jelas sekali kita masih sukar untuk menyerlah," jelasnya.

Menyentuh perihal pasukan lebuh raya wanita pula, rasanya jurulatih, Fairoz Izni Abd. Ghani harus segera menekan 'butang kecemasan'.

Berdasarkan penyertaan dan kejayaan pada Sukan SEA 2013, nasib pasukan lebuh raya wanita ibarat telur di hujung tanduk.

Bukan sahaja kita jauh keciciran di belakang Thailand dan Indonesia, namun hakikatnya kita hanya mempunyai dua atau tiga pelumba berbakat besar.

Sekalipun sudah didedahkan pada banyak perlumbaan di luar negara, perkembangan terbaharu menunjukkan pelumba kebangsaan negara kini tampak seolah-olah berada satu kelas bersama pelumba Myanmar.

"Saya nampak kepincangan dalam pasukan kebangsaan wanita. Mereka pulang tangan kosong dan tak menang pingat di Nay Pyi Taw.

"Bukan itu sahaja, mereka dikalahkan dengan teruk oleh pelumba Thailand dan Indonesia. Kita seperti punching bag kepada mereka.

"Bagaimanapun, saya tak boleh salahkan jurulatih sedia ada. Saya akan minta beliau (Fairoz Izni) terus latih pelumba wanita dengan penuh dedikasi.

"Kita pernah melahirkan juara seperti Nor Azian. Saya fikir kita mampu untuk mengulangi senario tersebut. Dengan syarat kita harus bekerja keras mulai sekarang," tambah Abu Samah.

Nasib pasukan basikal bukit (MTB) dan BMX turut tidak menentu dan jelas umpama 'penumpang' dalam daftar pasukan kebangsaan Malaysia.

Bukan sahaja tidak mampu menentang lawan ternama dari Thailand, Filipina dan Indonesia, malah nasib mereka juga seperti pasukan lebuh raya wanita yang turut dijadikan 'budak belasahan' di pentas Sukan SEA.

Mujur, nasib pelumba trek negara seperti Mohd. Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Fatehah Mustafa menyelamatkan maruah kem lumba basikal Malaysia.

Status pelumba bertaraf dunia menjuruskan mereka ke arah persiapan rapi bagi menghadapi Kejohanan Asia 2014 di Astana, Kazakhstan; Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.

Azizulhasni dan Josiah tampak kian berbisa dalam acara pecut 200 meter apabila mampu untuk merakam masa di bawah catatan 10 saat.

Fatehah pula dikatakan semakin matang dan ampuh setiap kali menyertai acara keirin wanita. Meskipun evolusi kejayaaannya masih tidak sehebat Lee Wai Sze, namun Fatehah harus merenung jauh betapa pelumba Hong Kong itu sebelum ini pernah dilabel sebagai pelumba kelas kedua.

Kini segala-galanya terarah kepada PKBM dalam merangka strategi terbaik bagi menghadapi musim 2014 yang dilihat lebih mencabar buat barisan pelumba negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Najib umum 11 langkah kurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Januari

Posted:

Najib umum 11 langkah kurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Januari

Najib umum 11 langkah kurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Januari

30/12/2013 8:35pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Najib berkata, kerajaan juga akan meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

Najib berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juruperunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Beliau berkata, cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

Najib berkata, kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - Bernama

CUEPACS mahu penjawat awam diberi kuota khas haji mulai tahun depan

Posted:

CUEPACS mahu penjawat awam diberi kuota khas haji mulai tahun depan

CUEPACS mahu penjawat awam diberi kuota khas haji mulai tahun depan

30/12/2013 8:30pm

KOTA KINABALU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu penjawat awam diberi kuota khas, terutama pesara, untuk menunaikan ibadah haji mulai tahun depan.

Presidennya, Azih Muda berkata, kuota khas itu bagi mengelak penjawat awam menunggu dalam tempoh yang lama selain menggalakkan lebih ramai penjawat awam menunaikan ibadat suci itu.

"CUEPACS mahu penjawat awam juga perlu diberi kouta bagi menunaikan haji, terutama mereka yang hampir bersara tetapi tidak berpeluang untuk menunaikan haji, boleh mengambil kuota ini daripada Tabung Haji," katanya dalam sidang media selepas bertemu pemimpin kongres itu di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi CUEPACS Sabah, Jamian Dom.

Azih berkata, cadangan itu antara perkara yang diberi penekanan oleh CUEPACS bagi tempoh tiga tahun selain semakan elaun, pencen dan peningkatan tangga gaji untuk membantu kebajikan penjawat awam.

Beliau berkata, selain kouta khas haji, kerajaan juga harus membenarkan penjawat awam yang berusia 55 tahun mengeluarkan 20 peratus ganjaran wang pencen mereka bagi tujuan tertentu, termasuk umrah dan haji serta perubatan dan bayaran pendidikan anak-anak. - Bernama

Guru besar dan anak maut kereta tenggelam dalam parit

Posted:

Guru besar dan anak maut kereta tenggelam dalam parit

Guru besar dan anak maut kereta tenggelam dalam parit

30/12/2013 8:26pm

KUCHING - Seorang guru besar dan anaknya maut selepas kereta mereka terhumban ke dalam parit sedalam dua meter berdekatan Jambatan Mata Parang di Jalan Samarahan-Asajaya, Kota Samarahan.

Hamidah Johar, 49, dan anaknya Mainol Yakin, 11, disahkan meninggal selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna tersebut.

Seorang lagi anak perempuan mangsa yang berumur 19 tahun berjaya diselamatkan orang awam dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern yang mengesahkan kejadian itu berkata, kemalangan berlaku ketika hujan.

Menurutnya, tiga beranak itu dikatakan dalam perjalanan balik dari sekolah tempat Hamidah bertugas, menuju kediaman mereka di Kampung Tanjung Parang, Samarahan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pesta tangkap ikan di Tasik Chagan, China

Posted:

Pesta tangkap ikan di Tasik Chagan, China

Pesta tangkap ikan di Tasik Chagan, China

SEBAHAGIAN ikan yang ditangkap oleh orang ramai di Tasik Chagan, wilayah Jilin pada Sabtu lalu.


CHANGCHUN - Sejumlah penduduk etnik Mongolia menangkap ikan dengan menggunakan teknik yang diamalkan 1,000 tahun lalu.

Mereka menebuk lapisan ais sebelum menggunakan jaring untuk menangkap pelbagai jenis ikan antaranya, ikan kap di Tasik Chagan di wilayah Jilin pada Sabtu lalu.

Suhu di kawasan itu ialah - 22 darjah Celsius.

Ikan pertama yang dapat ditangkap dianggap bertuah dan dijual pada harga kira-kira AS$47,000 (RM154,545).

Suasana di kawasan tasik itu seperti sebuah pesta apabila ribuan orang yang mengambil bahagian untuk menangkap ikan.

Tasik itu mempunyai 70 spesies ikan.

Orang ramai yang menangkap ikan itu memakai topi yang diperbuat daripada bulu haiwan dan baju kulit kambing. - AFP

Israel diserang roket dari Lebanon

Posted:

Israel diserang roket dari Lebanon

Israel diserang roket dari Lebanon


SEORANG askar Lebanon memegang serpihan bedilan artileri di sempadan negaranya dengan Israel.


BAITULMUQADDIS - Beberapa buah roket dilancarkan dari Lebanon ke utara Israel semalam yang turut diiringi dengan bunyi dentuman yang kuat.

Penduduk di bandar Kiryat Shmona, utara Israel terjaga daripada tidur apabila mereka mendengar bunyi yang kuat ekoran serangan roket tersebut.

Namun, jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, tiada laporan tentang kecederaan dan kemusnahan akibat serangan itu.

Sejurus selepas serangan itu, tentera Israel menyatakan bahawa tembakan meriam dilepaskan ke arah lokasi serangan roket tersebut.

Menurut sebuah agensi berita Lebanon, sempadan negara itu dihujani dengan bedilan artileri tentera regim Zionis.

Lebih 20 bedilan artileri tentera Yahudi dihalakan ke arah sempadan Lebanon dengan Israel di Rachaya.

Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan serangan tersebut.

Beliau menyatakan, kerajaan dan tentera Lebanon bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Sempadan Lebanon dengan Israel tenang sejak peperangan berlangsung selama sebulan melibatkan kedua-dua negara pada tahun 2006.

Namun, terdapat insiden yang berlaku pada awal bulan ini apabila seorang penembak tepat tentera Lebanon mati dibunuh seorang askar Israel. - AP

Kapal Rusia terkandas di Antartika

Posted:

Kapal Rusia terkandas di Antartika

Kapal Rusia terkandas di Antartika


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan bahagian depan kapal Akademik Shokalskiy yang terkandas di Antartika Timur.


PERTH - Lapisan ais yang menyebabkan sebuah kapal Rusia yang membawa 74 orang terkandas di Antartika Timur semakin merekah semalam sekali gus memberi harapan bahawa mereka akan dapat diselamatkan.

Rekahan itu membolehkan sebuah kapal pemecah ais milik Australia menghampiri kapal tersebut untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

Kapal yang terkandas itu, Akademik Shokalskiy meninggalkan New Zealand pada 28 November lalu bagi melakukan ekspedisi untuk meraikan ulang tahun ke-100 pelayaran ke benua tersebut yang diketuai pengembara dari Australia, Doughlas Mawson.

Namun, kapal tersebut terkandas pada 24 Disember lalu.

Para penumpang kapal itu terdiri daripada saintis dan pelancong yang kebanyakannya dari Australia.

Sebelum ini, sebuah kapal pemecah ais dari China tidak dapat memecah ais yang tebal untuk mendekati kapal Akademik Shokalskiy.

"Terdapat rekahan pada lapisan ais," kata seorang penyelaras misi menyelamat itu, Lisa Martin dari Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia.

Para penumpang dan kru kapal tersebut berada dalam keadaan baik.

"Kami menunggu kapal Aurora (kapal penyelamat) untuk membawa kami keluar," kata seorang profesor dari Australia, Chris Turney. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ekspektasi Emma, Zizan, Hafiz

Posted:

Ekspektasi Emma, Zizan, Hafiz

Ekspektasi Emma, Zizan, Hafiz

MENDAKAP mesra kenangan 2013 yang hampir melabuhkan tirai, Kosmo! memilih tiga bintang paling popular tahun ini. Emma Maembong, nama yang mula dikenali selepas membintangi drama rantaian Kau Yang Terindah hujung tahun 2012 dan mendapat perhatian sepanjang tahun 2013.

Selain introduksi nama keluarga yang unik, Emma turut dihantui kontroversi beberapa kisah silamnya termasuk spekulasi cinta bersama pelawak tersohor, Zizan Razak.

Begitu juga Zizan, namanya tidak pernah lekang daripada bibir peminat sepanjang tahun 2013. Deretan kejayaan dan anugerah diraih tidak melunturkan api sensasi yang melingkari kariernya.

Kecemerlangan bidang nyanyian, kejayaan mengadakan konsert sulung pertama tahun ini dan tahun paling banyak merangkul anugerah membuktikan Hafiz Suip penyanyi paling progresif 2013.

Ikuti perkongsian tawa dan tangis sepanjang tahun 2013 dan jangkaan perkembangan tahun mendatang Emma, Zizan dan Hafiz.

Emma menggapai mimpi

Menoleh kembali setahun ke belakang, Emma Maembong atau empunya nama penuh Fatimah Rohani Ismail, 21, langsung tidak terduga akan berada pada tahap ini.

Bahang populariti adakalanya memusnahkan masa privasinya dan mengundang pelbagai cerita tidak enak. Kisah peribadi dikorek dan dijadikan bahan ulasan, kelemahan dijadikan sasaran, pantang peluang ada saja ingin menghentam.

"Betulkah saya menjadi tumpuan? Apabila difikirkan semula, Emma sebenarnya masih Emma yang dulu dan seperti orang lain mahukan kehidupan yang sederhana.

"Alhamdulillah, kalau dibandingkan dengan masa silam Emma rasa ini satu mimpi yang langsung tidak pernah terduga. Emma percaya keberadaan dalam industri ini untuk mencari rezeki, walau ada yang cuba menjatuhkan Emma anggap itu sekadar cabaran

HAFIZ, Emma dan Zizan mahu meraih lebih banyak kejayaan pada tahun 2014 yang bakal menjengah tidak lama lagi.


"Diserang kontroversi tidak mematahkan semangat sebaliknya Emma cuba berfikir positif, reda dan selesaikan masalah sebaik mungkin," ulasnya serius.

Permulaan kerjaya Emma lewat tahun 2012 dipacu dengan fotografi sulungnya bersama Kosmo!, ketika itu khalayak mula memandang pesona seorang Emma Maembong.

"Impian Emma membantu keluarga telah terlaksana, orang ramai sudah semakin mengenali nama keluarga Maembong dan Emma sudah membuktikan tidak semestinya tiada pelajaran tidak boleh berjaya.

"Tahun 2014 mengundang debaran buat Emma, ibaratnya Emma baru saja mendapat lesen untuk berlakon dan kalau mahu pecut laju-laju takut terbabas pula," kiasnya yang menyasarkan untuk terjun dalam bidang pengacaraan dan berlakon teater.

Zizan pasang azam

Juara Maharaja Lawak Mega 2012, bintang filem KL Gangster 2 dan Bikers Kental, pengacara rancangan Melodi dan Akademi Fantasia 2013, melancarkan single kedua Infiniti Cinta bersama Kaka Azraff selain trofi pelbagai anugerah tersusun indah bukti Zizan Razak wajah terlaris 2013.

Mengulas fenomena menjadi kegilaan ramai sejak Raja Lawak musim pertama hingga kini, pemilik syarikat pengurusan artis Wire Fame Entertainment itu masih mencari resipi baharu saban tahun.

"2013 berjalan lancar, sedar tak sedar sudah masuk bulan Disember dan jadual kerja memang padat tapi berbaloi. Saya juga terkejut banyak anugerah dirangkul tahun ini dan terharu masih ada peminat yang tidak putus-putus menyokong saya.

"Untuk meletakkan diri sebagai selebriti paling laris sebenarnya bergantung pada rezeki dan penyampaian. Saya masih mencari-cari sesuatu yang baharu untuk dipentaskan.

"Yang penting ikhlas dan belajar daripada kesilapan. Ramai lagi yang laris cuma kurang menonjol tapi saya sentiasa menanamkan prinsip saya bekerja dan mencari ilmu, kalau letak sebagai tempat cari glamor susahlah," jelasnya yang tidak lekang dihujani pertanyaan spekulasi hubungan dengan Emma.

Berlakon, menyanyi, mengacara dan menjadi usahawan. Apa lagi yang Zizan Razak mahukan dalam kerjaya?

"Saya tidak pernah meletakkan gred dalam karier dan sejujurnya saya selalu melihat diri lemah serta selalu berusaha.

"Kadangkala saya takut dengan pujian dan saya sendiri tidak tahu dimanakah kedudukan saya sekarang. Yang penting pandai bawa diri dan sentiasa mencari kelemahan dan kekuatan kita.

"Tahun 2014 saya harapkan semakin banyak kejayaan saya tempa dan tidak dinafikan industri kita perlukan lebih banyak bakat," tutur Zizan yang sedang mencanai bakat di pentas teater.


TIGA figura ini memiliki pesona bintang yang tersendiri.


Hafiz tidak leka

Kitar hayat penyanyi berbakat besar, Hafiz Suip dalam industri hiburan tanah air baru sahaja bermula. Langkahnya diatur menyelusuri setiap liku yang ditempuh semakin laju tatkala bakat yang dipertaruhkan mudah diterima serta sering diberikan pengiktirafan.

Biarpun kejayaan yang ditempa sepanjang tempoh tersebut begitu besar maknanya buat anak muda kelahiran Bumi Kenyalang ini, namun begitu, akuinya, masih banyak yang perlu dipelajari bagi memperbaiki diri dalam perjuangan melentur karier ke peringkat yang lebih tinggi.

"Alhamdulillah, rezeki yang saya terima setakat ini berkat hasil usaha bersama pihak pengurusan dan juga para peminat yang tidak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan terhadap saya.

"Apa yang telah saya kecapi sepanjang tahun 2013 membawa erti yang cukup besar terhadap perkembangan karier ke peringkat yang lebih tinggi," ujar Hafiz yang menggungguli Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM 20) yang berlangsung baru-baru ini.

Tahun 2013 sekali lagi menyaksikan Hafiz memonopoli penganjuran anugerah-anugerah berprestij dalam dan luar negara antaranya Anugerah Planet Muzik, Anugerah Bintang Popular serta Shout! Awards.

Bersyukur dengan setiap pengiktirafan yang diterima, Hafiz memberitahu, jangkaan dan harapan para peminat turut meningkat seiring dengan lambakan anugerah yang diterimanya sejak kebelakangan ini.

"Walaupun sering menerima anugerah, saya perlu sedar itu bukan tiket untuk bersenang-lenang. Apa yang pasti ia menjadi tanda aras untuk saya lebih kuat berusaha dalam memberikan yang terbaik kepada peminat," katanya yang banyak menerima nasihat daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Aiman reda jika tiada jodoh dengan Fathia

Posted:

Aiman reda jika tiada jodoh dengan Fathia

Aiman reda jika tiada jodoh dengan Fathia

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

FIGURA tinggi lampai ini bakal muncul dengan single keduanya yang berjudul, Buatmu Cinta.


HUBUNGAN mesra yang terjalin antara pasangan pelakon muda, Nur Fathia Latif dan Aiman Hakim Ridza bukan lagi rahsia, meskipun masing-masing tidak mengaku sebagai pasangan kekasih.

Mula rapat ketika sama-sama membintangi drama bersiri Diandra, Aiman atau Fathia tidak pernah mendedahkan secara terbuka status sebenar mereka kepada umum, sama ada masing-masing sedang melalui fasa percintaan atau sebaliknya.

Bertemu dengan Aiman pada majlis pelancaran Drama Festival KL baru-baru ini, pelakon itu sekadar menyatakan, hubungannya masih lagi kekal sebagai teman rapat.

Menurutnya, istilah percintaan itu adalah sesuatu yang agak klise dan beranggapan tiada gunanya jika dia menggambarkan dirinya dan Fathia sebagai pasangan bercinta.

Kosmo!: Adakah hubungan Aiman dan Fathia sekarang ini sudah memasuki alam percintaan atau kekal berkawan seperti biasa?

AIMAN: Sehingga kini hubungan kami masih rapat seperti biasa, tetapi ia tidak bermakna yang kami ini bercinta. Rasanya tiada faedah kalau saya nyatakan yang Fathia merupakan kekasih saya.

Sama ada kami ini bercinta atau tidak, buat masa ini masanya masih lagi belum sesuai kerana cinta akan hadir sekiranya kami ada jodoh dan ditakdirkan berkahwin suatu hari nanti.

Apakah yang membuatkan Aiman begitu berat untuk memperkatakan status sebenar hubungan kamu berdua?

Pertama sekali, saya dan Fathia ada keluarga dan kami perlu menjaga hati keluarga masing-masing. Apa yang boleh saya jelaskan yang kami masih lagi dalam proses untuk kenal dengan lebih rapat lagi.

Mungkin ada yang sukar untuk menerima penjelasan yang dibuat ini, tetapi saya berpendirian sebegini kerana belajar daripada pengalaman kisah saya yang lalu dan menjadikan saya lebih berhati-hati.

AIMAN mengakui Fathia merupakan gadis pertama yang dibawa berjumpa keluarganya.


Bagaimanakah penerimaan Aiman sekiranya Fathia dikaitkan mempunyai hubungan dengan lelaki lain?

Dalam hal ini, saya tidak ada hak untuk memberikan sebarang komen sekiranya ia benar-benar berlaku. Ini kerana dia bukanlah milik saya selagi belum berkahwin. Saya juga reda sekiranya memang tiada jodoh antara kami nanti.

Bagaimanakah penerimaan keluarga terhadap hubungan rapat kalian berdua?

Sebenarnya, saya dan Fathia sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing dan mereka tidak menghalang hubungan kami. Saya akui, Fathia merupakan gadis pertama yang saya bawa berjumpa dengan keluarga.

Kalau boleh, dalam hubungan yang terjalin ini saya tidak mahu meminggirkan keluarga. Jadi, sebab itu saya bawa Fathia berjumpa dengan mereka.

Adakah anda mempunyai sebarang sasaran untuk mendirikan rumah tangga?

Usia saya baru sahaja mencecah 24 tahun dan buat masa ini tiada sebarang sasaran yang diletakkan. Saya hanya akan berkahwin sekiranya sudah betul-betul kuat dan bersedia serta mampu menjaga diri sendiri.

Selain berlakon, adakah anda masih lagi aktif dalam bidang nyanyian?

Setakat ini tawaran berlakon yang diterima agak banyak, terutamanya sepanjang tahun 2013, tetapi saya akan muncul dengan single kedua saya bertajuk Buatmu Cinta.

Alex Subryn bantu penghidap HIV

Posted:

Alex Subryn bantu penghidap HIV

Alex Subryn bantu penghidap HIV

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


ALEX menggunakan duit sendiri sebanyak RM12,000 bagi menerbitkan album sulungnya yang berjudul, Subryn.


BOLEH dilabelkan sebagai pendatang baharu dalam dunia nyanyian tempatan, namun minat Alex Subryn untuk menjadi seorang penyanyi sudah bermula sejak 10 tahun lalu ketika menuntut dalam bidang teknologi maklumat di Australia.

Sepanjang melanjutkan pelajaran di Universiti Edith Cowan sejak 2003 hingga 2005, dia memang aktif bermain muzik serta mencipta lagu serta pernah terbabit dalam pembikinan album Ella Greatest Hits pada tahun 2007 ketika pulang ke Malaysia selama setahun.

"Selepas tamat belajar saya menetap selama setahun di Australia dan mendapat status penduduk tetap. Kemudian, pada 2007 saya pulang seketika ke tanah air dan kembali semula ke Australia pada tahun 2009.

"Kemudian pada tahun 2010 hingga 2011 saya bekerja di Exxon Mobil dan dalam tempoh tersebut saya berusaha untuk mengumpul duit dalam usaha mahu menghasilkan album baharu," ujarnya pada majlis pelancaran album sulungnya, Subryn baru-baru ini.

Menurut pemenang Artis Baharu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-20 pada 14 Disember lalu, dia mengambil masa selama tiga tahun menghasilkan album yang mengandungi lagu-lagu seperti Leave Me Alone, Look Into The Sky, Kajilah, Everything Reminds Me Of You, I Don't Understand You dan Meredah Belukar Masa.

Jelas Alex, 33, selain mengambil masa yang lama untuk menyiapkan album tersebut, dia juga terpaksa menggunakan wang sendiri agar impiannya untuk bergelar seorang penyanyi tercapai.

"Melihat kepada perkembangan industri hiburan sekarang, saya tidak boleh mengharapkan syarikat rakaman untuk album ini. Jadi, saya terpaksa mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM12,000," ujar pemuda kelahiran Kuala Lumpur ini.

MAHU masyarakat mengubah persepsi terhadap penghidap HIV Alex sendiri berusaha mendekati golongan tersebut.


Dengan meletakkan harga album berkenaan iaitu RM20, penyanyi itu menyatakan RM3 daripada setiap penjualan album itu akan disumbangkan kepada tiga buah rumah kebajikan iaitu Positive Living Community, Welcome Home dan Rumah Ozanam yang terletak di Rawang, Selangor.

"Ketiga-tiganya merupakan rumah yang menempatkan pesakit-pesakit yang menghidap HIV dan idea untuk membantu mereka bermula ketika saya menjadi sukarelawan di ketiga-tiga buah rumah berkenaan selama enam bulan.

"Tujuan saya menjadi sukarelawan kerana ingin mendekati mereka dengan lebih dekat dalam usaha saya untuk menyiapkan video muzik bagi salah sebuah lagu dalam album saya yang berjudul Leave Me Alone," jelasnya.

Video muzik

Bercerita lebih lanjut tentang pembikinan video muzik Leave Me Alone, pada mulanya dia terfikir tentang konsep yang ingin diketengahkan dan akhirnya timbul idea berbentuk dokumentari tentang mendekati golongan yang menghidap HIV.

Menurut Alex, padanya mula untuk lagu tersebut dia mahu memaparkan tentang percintaan, tetapi akhirnya dia menukar keputusan agar terdapat kelainan yang boleh ditampilkan.

"Melalui perbincangan dengan beberapa orang rakan, mereka mencadangkan supaya memaparkan tentang penghidap HIV. Kemudian, saya melihat ia merupakan satu cadangan yang agak unik.

"Bagi saya, ini merupakan salah satu langkah yang boleh membuka mata masyarakat supaya mengubah persepsi negatif mereka terhadap golongan tersebut yang sering kali diabaikan," ujarnya.

Mengambil masa selama dua bulan untuk menghasilkan video muzik berkenaan, Alex memberitahu, antara cabaran yang terpaksa dilalui ialah cuba untuk mendekati beberapa pesakit yang boleh berkongsi pengalaman mereka.

"Pada mulanya saya berasa agak risau apabila ditanya tentang tujuan saya mendekati mereka. Setelah diberikan penjelasan, barulah mereka memahaminya dan sanggup memberikan kerjasama yang baik," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved