Selasa, 24 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Didik OKU dalami ibadah solat

Posted:

Didik OKU dalami ibadah solat

Didik OKU dalami ibadah solat

LAUNGAN azan menandakan masuknya waktu solat fardu Zohor. Orang ramai berpusu-pusu masuk ke pekarangan masjid untuk menunaikan rukun Islam kedua itu.

Di satu sudut di masjid yang tersergam indah itu, kelihatan sekumpulan insan istimewa sedang berkumpul. Ada yang berbaring, ada yang berkerusi roda dan ada yang duduk di sisi keluarga.

Meskipun pergerakannya terbatas, namun Rahmat Jamil, 17, benar-benar bersyukur kerana berpeluang berada di majlis itu. Bahkan, peluang berkumpul bersama rakan-rakan untuk mempelajari ilmu agama bukanlah peluang yang selalu diperoleh oleh insan sepertinya.

Mengakui amat bertuah kerana terpilih untuk menyertai program seumpama itu, remaja lembam yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu, benar-benar teruja.

"Pergerakan kami agak terbatas dan aktiviti untuk kami sertai juga terhad. Saya bersyukur berada di sini sekurang-kurangnya saya dapat memahami dan memperbetulkan bacaan solat," jelas Rahmat yang tahu serba sedikit mengenai asas solat. Remaja yang agak kurang lancar pertuturannya menjelaskan, sebelum ini dia hanya mengetahui pergerakan asas solat.

Kerah kudrat

Begitu juga dengan Afiqah Syamimi Mohd. Aizuddin, 15. Remaja lembam itu menjelaskan, dia kini memahami konsep solat seperti yang dituntut oleh agama.

"Sebelum ini ramai dalam kalangan kami beranggapan ibadah solat adalah sesuatu yang sukar, namun selepas mengikuti program ini, ternyata ia ibadah yang cukup mudah dilakukan," katanya ketika ditemui.

Mereka sebenarnya merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU). Hari itu, mereka dengan tekad yang sama atas nama seorang Islam mengerah segala kudrat dan tenaga untuk hadir ke masjid.

Tujuannya hanya satu iaitu mempelajari asas-asas solat sebagai seorang OKU. Bukan sesuatu yang mudah, tetapi dengan inisiatif Pertubuhan Prihatin Orang Kurang Upaya 1Malaysia (Prihatin), semua yang dirancang menjadi kenyataan.

SEORANG peserta membantu mengelap mulut rakannya.


Menggunakan jenama I Love Klinik Solat Bersama OKU Sabah, Prihatin tampil menerusi pendekatan teori dan amali untuk mendekatkan golongan OKU dengan kewajipan solat.

Berlangsung selama dua hari di Masjid Bandaraya di Likas, Kota Kinabalu, Sabah, pelbagai pengisian diatur sepanjang program tersebut. Acara tersebut disertai hampir 200 peserta mewakili 19 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh Sabah.

Takrif solat seperti yang ditetapkan ahli-ahli fiqah membawa pengertian beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam dan dengannya seseorang beribadah kepada Allah, menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.

Solat juga merupakan penghubung antara hamba dan Tuhannya. Ibadah solat merupakan salah satu daripada tuntutan Rukun Islam dan ibadah yang utama selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Solat diwajibkan kepada seseorang mukalaf yakni berakal dan baligh lima waktu sehari semalam. Malah, kecacatan tidak mengecualikan seseorang daripada menunaikan solat selagi memenuhi syarat-syarat wajib solat.

Pakar motivasi yang juga pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Ustaz Dr. Shauqi Othman berkata, golongan OKU boleh menunaikan solat mengikut kemampuan mereka.

Ikut kemampuan

Katanya, Allah tidak memberi ujian ataupun bebanan kepada seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Atas sebab itu, golongan seperti OKU juga boleh menunaikan solat.

"Islam membolehkan seseorang Muslim melakukan sesuatu ibadah termasuk solat sesuai dengan kemampuan tanpa memberatkan mereka.

"Jika seseorang itu tidak mampu berdiri, maka dia boleh solat dengan cara duduk, jika tidak boleh duduk, dia boleh melakukannya hanya dengan berbaring," katanya ketika ditemui pada program tersebut.

SHAUQI (belakang) melakukan demonstrasi kepada peserta-peserta OKU yang menyertai bengkel solat.


Sepanjang program tersebut, Shauqi turut berkongsi ilmu dengan para peserta OKU mengenai cara-cara menunaikan solat mengikut kategori kecacatan.

Selain itu, para peserta juga diberi bimbingan mengenai syarat-syarat solat seperti berwuduk, menutup aurat dan menghadap kiblat.

"Setiap individu yang beragama Islam wajib solat tidak kira dia insan yang sempurna fizikal ataupun sebaliknya. Jika kita sebagai manusia perlukan makanan dalam kehidupan, begitu jugalah kita perlukan solat dalam kehidupan.

"Harus diingat, lebih banyak ujian yang kita terima maka lebih banyak pahala yang kita peroleh asalkan kita bersabar dan berada di atas landasan Allah," ujar Shauqi.

Beliau turut mengakui terdapat segelintir OKU yang tidak mampu menguasai bacaan-bacaan wajib dalam solat selain memiliki kekangan untuk menghafal surah.

Dalam hal ini katanya, setiap OKU perlu mempraktikkan perkara tersebut berulang-ulang kali dengan bantuan ibu bapa ataupun guru termasuklah pergerakan solat.

"Jika OKU itu tergolong dalam kalangan mereka yang bisu atau tidak boleh bercakap, maka dia hanya perlu menggerakkan bibir ketika melafazkan surah dan bacaan-bacaan dalam solat.

"Begitu juga dengan OKU yang lain kerana pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk bersolat mengikut kemampuan masing-masing," jelasnya.

Kewajipan bersolat dalam kalangan OKU bukan hanya tertakluk kepada solat fardu, malah solat Jumaat juga perlu ditunaikan oleh golongan OKU kaum lelaki.

"Kita jangan malu datang ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat hanya kerana kita golongan OKU. Di sisi Tuhan, kita semua sama dan apa yang membezakan kita adalah amalan kita," tegasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Usahawan Istimewa (OKU) Malaysia, Norman Ismail mengakui golongan OKU berdepan dengan cabaran untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan insan normal lain.

Justeru katanya, golongan seperti ini tidak perlu merasa rendah diri dan tersisih, sebaliknya mencari platform terbaik untuk menonjolkan diri.

Sebagai contoh katanya, Persatuan Usahawan Istimewa yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu memainkan peranan bukan hanya untuk menjaga kebajikan para OKU, bahkan melatih mereka berdikari.

SEORANG peserta OKU membuat demonstrasi solat sambil dibimbing oleh petugas prihatin dalam Program I Love Solat.


Ilmu agama

"Masyarakat sering melabel golongan OKU sebagai orang yang suka meminta-minta sehinggakan golongan ini sering menjadi mangsa pihak lain untuk meraih keuntungan.

"Atas dasar itu persatuan memikul tanggungjawab besar dalam membantu golongan ini khususnya untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan mereka menerusi khidmat nasihat dan latihan yang disediakan," katanya.

Bagaimanapun ujar beliau, sebelum menempuh kehidupan berdikari, setiap OKU perlu mempersiapkan diri dengan ilmu agama termasuk dalam hal-hal solat.

"Saya tertarik untuk terlibat dalam program ini selepas melihat pendekatan yang diberikan kepada para OKU khususnya dalam ilmu-ilmu berkaitan agama.

"Bab agama sangat penting kerana sama ada dia OKU ataupun insan biasa banyak didasari oleh amalan dan ketaatannya kepada Tuhan," ujarnya.

Tenaga pengajar PDK Desa Kencana Lahad Datu, Rusni Lutong berkata, perjalanan jauh hampir 10 jam yang ditempuh rombongannya untuk menyertai program berkenaan nyata berbaloi dengan segala ilmu yang diterima.

"Para peserta bukan hanya didedahkan dengan cara bersolat yang sebenar, malah mereka turut diberi peluang menunjukkan bakat masing-masing menerusi pertandingan azan dan nasyid.

"Penglibatan ibu bapa juga penting dalam membantu kami menjayakan aktiviti berkumpulan, sekali gus memberi semangat kepada anak-anak OKU untuk terus berusaha mencari ilmu," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Menggalas harapan negara di Vietnam

Posted:

Menggalas harapan negara di Vietnam

Menggalas harapan negara di Vietnam

Oleh HAFIZ AHMAD

PANAS terik petang itu tidak menjadi penghalang kepada dua orang remaja untuk berlatih memperkemaskan skil dan pengetahuan dalam melancarkan roket air yang dibina mereka.

Sambil diperhatikan oleh seorang guru pembimbing, Muhammad Iqbal Ngazuddin dan Muhammad Farhan Roslan sesekali menyeka keringat yang membasahi wajah, bersungguh-sungguh mereka berlatih di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam, Selangor.

Latihan kali ini berbeza berbanding sebelumnya kerana kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu memikul tanggungjawab besar membawa nama negara ke Pertandingan Roket Air Forum Agensi Angkasa Rantau Asia Pasifik (APRSAF) 2013 di Hanoi, Vietnam.

Berlatih

Setelah hampir dua bulan berlatih, mereka ke bandar Hanoi akhir bulan lalu bersama harapan negara dan cita-cita peribadi. Debaran hati mereka tidak dapat diukur kerana kegusaran telah bersarang sekian lama.

Di fikiran setiap remaja itu bermain persoalan, "Adakah mampu kita bersaing dengan peserta-peserta dari negara yang jauh lagi maju dari segi teknologi?".

"Pelbagai halangan kami hadapi sebelum ke Hanoi. Persiapan dilakukan dalam tempoh singkat. Ia tidak dapat dielakkan kerana berdepan beberapa prosedur dalam negara," ujar guru pembimbing, Mohamed Hadir Badru Zaman, mengimbas kembali perjalanan mereka.


BAGI membuat tujahan roket yang tepat, ia perlu berlandaskan hukum ketiga Newton.


Diuji

Apabila sampai ke lokasi pertandingan yang berlangsung di Akademi Sains dan Teknologi, Hanoi, pasukan dari Malaysia ini sekali lagi diuji.

"Tanpa pemberitahuan awal daripada pihak penganjur, kami dimaklumkan terdapat beberapa perubahan dalam pertandingan tersebut. Malah, perubahan itu tidak sama seperti prosedur pertandingan di peringkat kebangsaan," kata Muhammad Iqbal.

Antaranya, setiap peserta tidak dibenarkan membuat muncung tajam pada bahagian hadapan roket air.

"Selain itu, kriteria penilaian juri dibuat secara individu bukan berkumpulan seperti yang biasa dilakukan di Malaysia," katanya.

Namun demikian, segala kesukaran yang dihadapi tidak menjadi penghalang kepada pasukan tersebut memandangkan mereka sentiasa bersedia dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang sains.

"Untuk membuat tujahan roket yang tepat, ia perlu berlandaskan hukum ketiga Newton. Disebabkan itu, sebarang perubahan tidak menjadi masalah jika peserta memahami dengan jelas prinsip tersebut," jelas Muhammad Farhan.

Katanya, menerusi hukum ketiga Newton, botol menolak air ke bawah dan ia bertindak balas dengan melonjakkan botol ke udara. Prinsip berkenaan sama seperti teknologi roket sebenar. Bezanya, roket sebenar menggunakan bahan api dan tenaga untuk melancarkannya.

"Bagi roket air, ia menggunakan dua bahan berasingan sebagai bahan api dan sumber tenaga. Bahan api menggunakan air dan sumber tenaga pula daripada udara mampat.

"Disebabkan air yang diisi pada bahagian bawah, botol perlu diletak pemberat di hadapan sebagai keseimbangan. Selain itu, tiga atau empat sayap disisipkan pada botol," jelas beliau.

Dia menambah, kemampatan udara yang tepat ketika melancarkan roket juga memainkan peranan yang penting. Selain itu, isipadu air perlu mempunyai sukatan tertentu bagi memudahkan ia bergerak pantas ke atas.

"Muncung yang tajam dapat membantu roket melakukan tujahan tepat pada sasaran tetapi disebabkan perubahan tersebut, kami terpaksa mencari alternatif baharu," katanya.

Perubahan yang dilakukan Muhammad Farhan ialah dengan meletakkan plastesin di muncung hadapan roketnya, manakala Muhammad Iqbal membuat muncung separuh.

"Kami bereksperimen dengan perubahan yang dibuat berdasarkan pengalaman masing-masing kerana perbincangan antara negara tidak boleh dilakukan memandangkan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan," ujar Muhammad Iqbal.


ISIPADU air perlu mempunyai sukatan tertentu bagi memudahkan roket air bergerak pantas ke atas.


Cabaran

Pada hari pertandingan, kesemua peserta dari 15 negara seperti Australia, Indonesia dan Jepun bersiap sedia untuk membuktikan roket air masing-masing menepati hukum fizik yang ditetapkan.

Suasana cabaran itu kelihatan meriah tetapi sengit apabila setiap peserta memperagakan kehebatan roket air masing-masing.

Aksi Muhammad Farhan juga tidak kurang hebatnya apabila turut menjadi tumpuan para penonton. Walaupun berdebar, dia dengan tenang menunjukkan keupayaan roket airnya.

Tiba saat nama pemenang diumumkan, tanpa disangka-sangka nama Muhammad Farhan dilaungkan sebagai pemenang tempat ketiga pertandingan tersebut.

"Memang saya langsung tidak menjangka kerana saingan cukup sengit terutamanya daripada peserta Jepun yang muncul sebagai juara pada pertandingan itu," kongsi Muhammad Farhan.

Lebih manis, kemenangan remaja itu dilihat sebagai pemberi sinar motivasi kepada pasukan negara setelah hampir 10 tahun tidak mendapat sebarang tempat dalam pertandingan seumpama itu.

Kejayaan itu secara tidak langsung memberi impak positif kepada komuniti sains negara.

"Sudah semestinya saya berbangga dengan pencapaian tersebut. Mewakili dan menempah kejayaan untuk negara pada usia muda meninggalkan momen indah dalam hidup saya.

"Segala penat lelah dan pengorbanan saya selama ini terasa berbaloi dan terbalas dengan kejayaan ini. Ia memberi semangat kepada saya untuk terus meneroka bidang sains," kongsinya.

Big Sur dijilat api

Posted:

Big Sur dijilat api

Big Sur dijilat api


SEBANYAK 93 peratus tahap kebakaran berjaya dikawal anggota penyelamat sehingga Jumaat lalu.


KEADAAN muka bumi yang mempesona seperti pesisir pantai, cerunam tinggi dan belantara menjadikan Big Sur yang terletak di California, Amerika Syarikat sebagai salah satu destinasi musim panas popular pelancong, khususnya dalam kalangan penggemar aktiviti pendakian dan perkhemahan.

Namun demikian, keindahan kawasan yang memperlihatkan Pergunungan Santa Lucia timbul dari Lautan Pasifik itu 'tercela' apabila berlaku kebakaran marak di Rabung Pfeiffer berhampiran kawasan Hutan Negara Los Padres.

Kejadian yang berlaku pada Isnin lalu itu telah memusnahkan kawasan seluas lebih 388 hektar dan 22 buah bangunan, termasuk 14 buah kediaman.

Seramai 600 orang anggota bomba telah dikejarkan bagi mengawal api daripada terus merebak.

Menurut komander yang bertanggungjawab dalam mengetuai operasi itu, Mark Nunez, hujan dan tahap kelembapan yang lebih tinggi telah membantu anggota penyelamat mengawal api.

"Sebanyak 93 peratus tahap kebakaran berjaya dikawal sehingga Jumaat ini. Jumlah itu adalah peningkatan lima peratus daripada hari sebelumnya setelah lebih 388 hektar kawasan telah dijilat api," katanya kepada agensi berita AP.

Hujan renyai-renyai

Jurucakap Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat, Kathleen Phelps berkata, kira-kira 100 orang mangsa yang telah diselamatkan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing Jumaat lalu.

Katanya, keadaan semakin baik apabila api tidak lagi kelihatan di Lebuh Raya Highway 1 ekoran hujan renyai-renyai di kawasan terlibat.


ANGGOTA bomba giat mengawal api kebakaran yang berlaku berhampiran kawasanTaman Negara Los Padres.


Seorang penduduk Big Sur, Lygia Chappellet berkata, beliau berasa lega sebaik sahaja melihat keadaan yang beransur pulih.

"Melihat pepohon hijau di sekeliling kami pagi ini berbanding landskap ngarai yang marak dijilat api memberikan satu kelegaan yang besar," ujarnya.

Menurut pihak berkuasa, sungguhpun punca kebakaran masih dalam penyiasatan, namun keadaan api yang marak telah disebabkan oleh tumbuhan-tumbuhan kering musim luruh dan tiupan angin.

"Usaha mengawal kebakaran ini telah menyebabkan dua anggota bomba mengalami kecederaan teruk. Seorang daripada mereka kecederaan pada bahagian lutut apabila terjatuh di atas batu dan seorang lagi mengalami kelesuan haba," katanya.

Pada tahun 2008, kebakaran yang disebabkan oleh panahan kilat telah memaksa pemindahan penduduk dan membakar kawasan seluas 648 kilometer persegi sebelum ia berjaya dikawal.

Insiden itu telah menyebabkan kemusnahan lebih 12 buah rumah.

Destinasi percutian popular yang terletak kira-kira 150 kilometer di selatan San Francisco itu turut menempatkan pusat-pusat peranginan mewah dengan panorama laut yang indah.

Kebakaran itu telah berlaku lebih 1.6 kilometer dari pusat peranginan terkemuka, Ventana Inn & Spa, satu lokasi kegemaran dalam kalangan selebriti.

"Kejadian kebakaran marak pada akhir tahun bukan satu keadaan yang luar biasa memandangkan California pada ketika itu berada pada tahap paling kering.

"Kawasan itu menerima kurang 20 peratus daripada taburan hujan purata pada tahun 2013," kata seorang jurucakap.

TV pintar terhebat Samsung

Posted:

TV pintar terhebat Samsung

TV pintar terhebat Samsung


SAMSUNG UHD TV ini boleh dikawal dengan menggunakan isyarat tangan.


SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung Malaysia), mengorak setapak langkah ke hadapan apabila memperkenalkan model televisyen pintar terbaharu, Samsung UHD TV 85 inci S9 yang pertama dilengkapi dengan teknologi canggih di pasaran Malaysia baru-baru ini.

Televisyen definisi tinggi penuh itu menampilkan turut memaparkan rekaan menarik dan inovatif yang mampu memenuhi permintaan gaya hidup pengguna masa kini.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia, Kwon Jae Hon berkata, Samsung berusaha untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi teknologi dan televisyen terbaharu itu merupakan satu komitmen teguh dalam menghasilkan model televisyen yang terbaik.

"Kami akan terus memacu pasaran ini dan kekal komited untuk memberi pelanggan merasai pengalaman kualiti gambar dan bunyi berdefinasi tinggi," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Samsung UHD TV 85 inci S9 ini adalah format televisyen digital terkini dan memberikan resolusi dan bilangan piksel empat kali ganda pada skrin televisyen.

"Resolusi tertinggi tersebut pasti menghasilkan kualiti gambar sehingga lapan juta piksel yang terang lagi jelas serta menjanjikan pengalaman tontonan unggul kepada seisi keluarga," ujarnya.

Model itu menjamin kepuasan luar biasa ekoran saiz skrin yang besar dan kualiti gambar yang menakjubkan. Rekaannya yang nipis dengan sentuhan bergaya memberikan satu revolusi baharu pada rekaan lazim sebuah televisyen.

Lebih menarik, model berkenaan bukan sahaja boleh dikawal dengan papan kekunci atau alat kawalan jauh, bahkan dengan menggunakan isyarat tangan.

Model Samsung UHD TV 85 inci S9 ini kini telah berada di pasaran.

Bagi mendapatkan maklumat dan spesifikasi lengkap produk, layari laman web www.samsung.com/my atau laman Facebook Samsung Malaysia http://www.facebook.com/samsungmalaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


150 peserta bersaing dalam Cabaran KIRC di Jelebu

Posted:

150 peserta bersaing dalam Cabaran KIRC di Jelebu

150 peserta bersaing dalam Cabaran KIRC di Jelebu

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai pertandingan kayak Kenaboi International River Challenge 2013 (KIRC) di Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini.


BERKAYAK. Seramai 150 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan kayak Kenaboi International River Challenge 2013 (KIRC) di Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Tun Hairudin Abu Bakar berkata, peserta bersaing dalam dua acara pertandingan iaitu Rapids Challenge sejauh tujuh kilometer dan River Challenge sejauh 32 kilometer.

Acara River Challenge bermula dari Kampung Puom ke Dataran Kenaboi, Kampung Sungai Buloh.

Kata Tun Hairudin, pertandingan itu pertama kali diadakan pada tahun 1993 sebagai program ekspedisi sungai di bawah Program Kempen Cintailah Sungai Kita, namun kini menjadi satu produk ekopelancongan.

Hotel Hard Rock Pulau Pinang bantu pelarian Rohingya

Posted:

Hotel Hard Rock Pulau Pinang bantu pelarian Rohingya

Hotel Hard Rock Pulau Pinang bantu pelarian Rohingya


STAF Hotel Hard Rock Pulau Pinang bergambar kenangan dengan penghuni Pusat Perlindungan Pelarian Komuniti Rohingya di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.


BANTUAN. Hotel Hard Rock Pulau Pinang berjaya mengumpulkan sebanyak tiga tan makanan untuk disumbangkan ke Pusat Perlindungan Pelarian Komuniti Rohingya di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pelbagai barangan makanan dalam tin selain beras, gula, minyak masak dan peralatan persekolahan itu disumbangkan oleh kakitangan dan pelanggan hotel menerusi program Komuniti 'Can Lah' bermula Oktober lalu.

Pengurus Besar Hotel Hard Rock Penang, John Primmer berkata, pusat perlindungan itu dipilih setelah pihaknya diberitahu komuniti pelarian Rohingya itu amat memerlukan bantuan berupa barang-barang dapur.

436 anggota polis merentas desa

Posted:

436 anggota polis merentas desa

436 anggota polis merentas desa


SEBAHAGIAN daripada 436 peserta yang menyertai Kejohanan Merentas Desa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) 2013 di Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Selangor baru-baru ini.


LARIAN. Seramai 436 anggota polis menyertai Kejohanan Merentas Desa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) 2013 di Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd. Taib Ahmad berkata, kali ini pihaknya menjadi tuan rumah untuk acara tahunan itu yang melibatkan 15 IPD dan Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor.

Menurut beliau, pihaknya berbangga kerana mempunyai anggota yang berkebolehan dalam sukan itu sehingga mampu mengharumkan nama baik Polis Diraja Malaysia ke peringkat lebih tinggi termasuk mewakili negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Petanda bencana mungkin berlaku

Posted:

Petanda bencana mungkin berlaku

Petanda bencana mungkin berlaku

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

RIBUAN ikan tamban berenang menuju ke pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah pagi semalam.


KOTA KINABALU – Jika pada Mac tahun ini Lahad Datu di Timur Sabah menjadi sasaran serangan pengganas Sulu dari Filipina, lain pula ceritanya semalam apabila beribu-ribu ikan tamban melompat dan 'menyerang' pantai Kampung Tambisan di kawasan berkenaan.

Kehadiran ribuan ikan tamban hidup itu yang menukar warna landskap pantai Kampung Tambisan di Felda Sahabat kepada putih telah mencetuskan keresahan penduduk kononnya fenomena bencana tsunami mungkin berlaku.

Perairan Sabah sememangnya terdedah dengan kemungkinan tsunami.

Tiga pelampung boya keselamatan dipasang di perairan Malaysia di Sabah iaitu di Pulau Rondo, Pulau Layang-Layang dan Pulau Sipadan bagi memberi amaran tsunami di kawasan tersebut.

Kejadian pelik ikan tamban melompat dan terdampar di pantai itu disedari penduduk kampung pada kira-kira pukul 8 pagi apabila mereka melihat kawasan pesisir pantai berubah menjadi putih ekoran timbunan ikan tersebut.

Fenomena itu turut mencetuskan pesta ikan di kalangan penduduk kampung yang mengambil kesempatan untuk memunggah ikan ke dalam bekas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jabatan Meteorologi nafi tsunami bakal berlaku

Posted:

Jabatan Meteorologi nafi tsunami bakal berlaku

Jabatan Meteorologi nafi tsunami bakal berlaku

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Sabah menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya fenomena pelik beribu-ribu ikan tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu semalam sebagai petanda fenomena tsunami bakal berlaku di negeri ini.

Pengarahnya, Abdul Malik Tussin berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima amaran tsunami bakal berlaku berikutan fenomena ikan terdampar yang jarang berlaku itu.

Menurutnya, jika tsunami berlaku, pelampung boya tsunami yang dipasang di perairan Semporna, Sabah akan memberi amaran jika berlaku tsunami di Lautan Pasifik.

Katanya, pelampung boya keselamatan itu dilengkapi peralatan tsunameter khusus untuk mendapatkan tekanan permukaan di dasar laut dan maklumat ketinggian ombak akibat tsunami.

"Oleh itu jika ada gegaran dari dasar laut, maklumat yang dikumpul oleh tsunameter akan dihantar secara automatik kepada Jabatan Meteorologi.

"Tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang amaran berkaitan. Justeru, saya nasihatkan orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Sabah agar tidak mempercayai khabar angin yang mengaitkan kejadian di Kampung Tambisan sebagai satu ancaman tsunami," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lahirkan rakyat kelas antarabangsa

Posted:

Lahirkan rakyat kelas antarabangsa

Lahirkan rakyat kelas antarabangsa


NAJIB meninjau panorama kota Mekah ketika melawat Menara Hotel Jam Diraja sempena lawatan kerja ke Arab Saudi semalam.


MEKAH - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha kerajaan memberi fokus terhadap dunia pendidikan berjaya melahirkan golongan rakyat kelas profesional yang berani bersaing di persada antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, ini menunjukkan tahap keyakinan rakyat Malaysia semakin bertambah berbanding masa lepas.

"Jika tidak melalui pemberian biasiswa dengan peruntukan besar dan penubuhan institusi pengajian tinggi, tidak mungkin wujud golongan sedemikian dalam kalangan rakyat.

"Mereka lebih terpanggil untuk melihat peluang di persada antarabangsa, tak rasa kekok atau tertekan untuk bersaing dengan orang lain," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan kerjanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM tetap tagih aura Kim Swee

Posted:

FAM tetap tagih aura Kim Swee

FAM tetap tagih aura Kim Swee

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

KIM SWEE (kanan) akan terus menggalas tugas sebagai pengendali skuad Harimau Muda A.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil memberikan respons pantas berhubung masa depan jurulatih skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee .

Biarpun Kim Swee sudah memberikan isyarat awal bahawa beliau 'penat' untuk mengharungi Sukan SEA akan datang, FAM tetap mahu mengekalkan khidmat pengendali kelahiran Melaka itu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, badan induk itu masih menaruh kepercayaan penuh terhadap Kim Swee biarpun jurulatih terbabit gagal menepati Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar bar-baru ini.

"Dalam mesyuarat Exco yang lepas, FAM telah bersetuju untuk melanjutkan kontrak beliau yang sepatutnya tamat penghujung bulan ini.

"Buat masa ini, FAM masih menagih khidmat jurulatih berwibawa seperti beliau," kata Hamidin kepada Kosmo! semalam.

Sebelum ini, spekulasi Kim Swee mahu melepaskan jawatan sebagai jurulatih skuad Harimau Muda A mula tercetus sejurus berakhirnya temasya Sukan SEA di Myanmar.

Kim Swee secara terbuka berkata, ramai jurulatih tempatan memiliki keupayaan untuk menggantikan tempatnya.

"Terdapat 1,001 kemungkinan bahawa FAM mungkin akan melantik Kim Swee sebagai jurulatih tetap Harimau Malaya atau terus kekal sebagai jurulatih Harimau Muda A.

"Buat masa ini, beliau kekal sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya dan pengendali Harimau Muda A.

"Seperti yang saya katakan tadi, FAM tidak akan sesekali melepaskan Kim Swee kerana kami masih menagih servis beliau," tambah Hamidin.

Hamidin turut mengulas tindakan pemain tengah Pahang, Amirulhadi Zainal yang didakwa membuat 'pusingan U' dengan menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT).

"Kes Amirulhadi akan dibincangkan pada Mesyuarat Status Pemain FAM pada Jumaat ini... kita tunggu dan lihat," katanya.

Zaquan tekad tampil aksi terbaik

Posted:

Zaquan tekad tampil aksi terbaik

Zaquan tekad tampil aksi terbaik

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

ZAQUAN membuat penampilan sulung bersama Johor DT II musim depan.


ADA misi peribadi yang mahu dilakukan Zaquan Adha Abdul Razak ketika membantu Johor Darul Takzim II (Johor DT II) mengharungi saingan Liga Premier musim depan.

Menurut Zaquan, 26, dia bersama beberapa pemain senior lain berazam mampu memberikan contoh terbaik kepada majoriti pemain muda yang menyarung jersi Johor DT II kali ini di bawah kendalian Azmi Mohamed.

"Layak ke saingan Liga Super (2015) sememangnya satu bonus tetapi saya dan pemain senior yang lain lebih gemar memikirkan peranan kami sebagai role model dalam membantu pemain-pemain muda.

"Ini kerana Johor DT II lebih memberikan keutamaan pembangunan pemain muda sebagai pendedahan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Selain Zaquan, antara pemain senior lain yang menyarung jersi Johor DT II musim depan termasuklah See Kok Luen dan juga bekas kapten Lions XII, Shahril Ishak.

Zaquan juga enggan terlalu memikirkan 'perpisahan' bersama pasangan kembarnya, Aidil Zafuan yang kekal bersama Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam aksi Liga Super musim depan.

"Sudah tentu terasa sedikit ganjil, ini kali pertama kami beraksi dengan pasukan yang berbeza (berbanding Negeri Sembilan, Angkatan Tentera Malaysia dan Johor DT sebelum ini).

"Namun, saya percaya berpeluang beraksi lebih kerap bersama Johor DT II mampu membantu saya supaya kembali menemui semula sentuhan sebenar.

"Soal beraksi di Liga Premier juga bukan satu isu memandangkan kami berada di bawah payung yang sama (Persatuan Bola Sepak Negeri Johor)," katanya.

Mengulas lanjut, Zaquan juga optimis mampu menemui semula sentuhan penyudah yang berkesan biarpun masih dihantui kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut kirinya.

"Saya belum berupaya beraksi sepenuh masa 90 minit atas nasihat doktor.

"Buat masa ini, saya komited menjalani latihan ringan dan berharap mampu beraksi dengan baik bagi membantu Johor DT II mengharungi Liga Premier kelak," katanya.

Skrip badminton tidak berubah

Posted:

Skrip badminton tidak berubah

Skrip badminton tidak berubah

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


VIVIAN (kiri) dan Khe Wei menyumbang pingat emas buat skuad badminton negara pada Sukan SEA 2013 di Myanmar.


SKRIP hampir sama berulang lagi tahun ini apabila tumpuan peminat sukan badminton sekali lagi terarah kepada jaguh negara yang juga pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Suka duka yang ditempuhi Chong Wei bukan sahaja menjadi tarikan peminat tempatan, malah dia turut menjadi perhatian seluruh dunia terutama pada Kejohanan Badminton Dunia di Guangzhou, China Ogos lalu.

Jika Chong Wei sebelum ini tewas kepada bintang China, Lin Dan pada aksi final Sukan Olimpik 2012 di London, nasib yang sama dialami pemain berusia 31 tahun itu ketika dia memburu kejuaraan pada Kejohanan Dunia tahun ini.

Malangnya, kekalahan Chong Wei kepada Lin Dan itu dicemari dengan kontroversi ekoran masalah penghawa dingin yang dikatakan sengaja ditutup oleh pihak penganjur.

Kesudahannya Chong Wei sekali lagi kempunan untuk menjadi juara dunia apabila dia terpaksa menarik diri selepas mengalami kekejangan otot di kaki dan perut pada penghujung set ketiga.

Biarpun seperti sengaja disabotaj oleh tuan rumah, Chong Wei tetap akur dengan kegagalan tersebut tanpa mahu menuding jari ke arah mana-mana pihak.

Menyorot kembali pencapaian Chong Wei sepanjang tahun itu, dia meraih tujuh gelaran Siri Super termasuk Masters Akhir di Kuala Lumpur dua minggu lalu.

Walaupun ada yang mengkritik Chong Wei atas beberapa kekalahannya yang dikaitkan dengan faktor usia, namun jaguh negara itu membuktikan dia masih berada dalam kelas tersendiri.

Selain Chong Wei, kisah beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut menjadi topik hangat di dada-dada akhbar tempatan.

Biarpun digesa menampilkan aksi terpuji pada Kejohanan Dunia tahun ini atau dipisahkan jika gagal, namun mereka masih diberikan 'talian hayat' untuk digandingkan bersama.

Ternyata khidmat juara Seluruh England 2007 itu masih diperlukan lagi untuk mengukuhkan pasukan negara pada kempen Piala Thomas di New Delhi, India, Mei depan.

Bagaimanapun, beregu lelaki seperti mendapat sinar baharu apabila Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dilihat semakin konsisten sejak akhir-akhir ini terutama ketika mereka meraih gelaran sulung pada Grand Prix (GP) Emas Terbuka Macau, 1 Disember lalu.

Beregu wanita turut memperlihatkan peningkatan yang baik apabila pasangan utama, Vivian Hoo-Woon Khe Wei membuat kejutan meraih pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar baru-baru ini.

Berbeza pula dalam skuad beregu campuran kerana harapan yang diletakkan terhadap gandingan No. 6 dunia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying nampak tidak menjadi tahun ini.

Juara Terbuka Jepun 2012 bukan sahaja tidak konsisten, malah mereka tidak ubah seperti pasangan baharu yang masih mencari rentak.

Tahun ini turut menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh enggan mempertahankan jawatan Presiden ketika Mesyuarat Agung Tahunan pada Julai lalu.

Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dipilih sebulat suara untuk menerajui BAM dan beliau membuat pembaharuan apabila membawa masuk Tan Aik Mong dan pakar beregu, Razif Sidek sebagai penilai bebas.

Ketika itu juga berlaku kepincangan apabila jurulatih perseorangan, Rashid Sidek meletak jawatan pada September lalu kerana tidak berpuas hati dengan rombakan struktur kejurulatihan.

Rashid menarik semula surat peletakan jawatannya selepas Tengku Mahaleel mengubah kembali struktur kejurulatihan yang dilakukan Aik Mong.

Begitupun, Aik Mong yang turut dilantik sebagai Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) pula mengundur diri kerana berasakan dirinya sudah tidak diperlukan.

Kini barisan pemain dan bahagian pengurusan BAM harus bekerjasama mencari formula terbaik dan membentuk 'pasukan impian' kerana mereka bakal berdepan jadual yang lebih padat tahun depan.

Saingan musim 2014 dijangka lebih mencabar kerana mereka akan menghadapi empat kejohanan besar - Sukan Asia, Sukan Komanwel, Kejohanan Dunia dan Piala Thomas.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Pendandan rambut selebriti

Posted:

Pendandan rambut selebriti

Pendandan rambut selebriti

Oleh NIZHA PERIASWAMY

SEJURUS pintu Pillay's Hair Studio dibuka, kelihatan enam kerusi menghadap cermin berserta beberapa peralatan keperluan rawatan dan dandanan rambut tersusun rapi.

Selain itu, terdapat juga sebuah almari pameran yang mempamerkan aksesori seperti kalung atau chokar, gelang tangan dan hiasan lain berkonsep India. Di bahagian tengah salon, terlihat beberapa kotak yang disusun secara bertingkat.

Kotak paling atas telah separuh terbuka, menampakkan kandungannya yang berupa kalendar Selebriti India Malaysia 2014.

Di atas meja juga terdapat sebuah kalendar yang sama.

Pemilik salon itu, S. Pillay Asbalan, 22, tersenyum lebar menyambut kehadiran wartawan dan jurugambar Kosmo! bersama seorang wanita jelita, Jasmin Michael.

Jasmin yang merupakan seorang artis Tamil terkenal di Malaysia juga merupakan duta salon berkenaan.

Pillay kemudiannya meminta Jasmin menandatangani kalendar itu sebelum menyampaikannya kepada kami sebagai tanda penghargaan.

"Kalendar ini mungkin kelihatan biasa bagi sesetengah pihak tetapi ia istimewa kerana memaparkan wajah-wajah selebriti India tempatan yang terkenal," katanya.

Kalendar tersebut juga begitu bermakna kepada Pillay kerana memaparkan hasil kerja dandanan rambut dan solekannya.


GEETHANJALI (kiri) dan Jasmin menunjukkan kalendar pertama yang menampilkan imej selebriti India tempatan.


"Idea awal hanya untuk mendandan dan menyolek selebriti untuk rakaman foto sambutan Deepavali bagi majalah Tamil keluaran November lalu, tetapi Jasmin tampil dengan idea penerbitan kalendar kerana tempoh hayatnya lebih lama.

"Lagipun, ia akan mendekatkan peminat dan artis India tempatan menerusi imej dandanan dan solekan serta pakaian yang cantik," katanya.

Sejak mula dijual bulan lalu, kalendar tersebut telah mencatatkan jualan sebanyak lebih 2,500 naskhah.

Seni dandanan

Bercerita tentang dandanan rambut, Pillay yang memiliki sijil dandanan rambut dari Universiti Limkokwing dan diploma di Kolej Clipso memberitahu, dia amat menitikberatkan peraturan-peraturan asas mendandan.

"Dandanan rambut merupakan satu seni yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Setiap kali saya didatangi pelanggan, saya perlu menilai beberapa perkara sebelum memulakan dandanan.

"Contohnya, jika pelanggan merupakan golongan profesional seperti pegawai bank atau peguam yang mahu mewarna rambut mereka, hanya warna-warna tertentu yang akan disyorkan agar tidak menggugat profesionalisme mereka," jelasnya.

Pillay menambah, bagi pelakon pula, dandanan rambut yang 'selamat' dilakukan supaya ia tidak mengganggu lakonan artis terlibat. Bukan itu sahaja, reka bentuk leher baju dan aksesori yang dikenakan pelanggan juga mempengaruhi gaya dandanan yang dibuat," katanya.

Pendandan yang berdarah kacukan Hindustan di sebelah ibu dan Tamil di sebelah bapanya ini terdedah dalam bidang berkenaan ekoran pengaruh ibu yang turut menjalankan perniagaan kecantikan di Bahau, Negeri Sembilan.

SUNGGUHPUN baru berusia 22 tahun, Pillay berjaya menarik pelanggan yang terdiri daripada selebriti India tempatan.


"Ia bermula semasa saya belajar di tingkatan empat. Selepas sesi sekolah tamat, saya akan menemani ibu di salon.

"Saya memberi perhatian bagaimana ibu melayan, membuat rawatan muka, rambut, mendandan dan menyolek wajah pelanggan. Sejak itu, minat dalam bidang ini mula bercambah," katanya sambil memaklumkan ibunya, Binodhini, 51, masih menguruskan Raani Saloon di Bahau.

Minat yang disemai itu terus berkembang apabila Pillay dan beberapa rakan berpakat mengikuti kursus dandanan rambut selepas tamat persekolahan.

Setelah tamat pengajian di peringkat diploma, bintangnya mula bersinar apabila ditawarkan bekerja oleh majikan tempat dia menjalani latihan amali di Kuala Lumpur.

"Kemampuan saya berbahasa Mandarin dan kemahiran yang saya miliki membuka peluang untuk saya terus bekerja di salon tersebut.

"Di sana saya banyak didedahkan dengan teknik dan gaya dandanan rambut Barat. Saya juga terlibat dalam pameran jalanan dan berpeluang mendandan rambut selebriti tempatan termasuk Amber Chia," ujar anak bongsu daripada dua adik-beradik itu.

Rezeki

Ketika bekerja di salon berkenaan, rezeki Pillay semakin murah apabila ditawarkan pekerjaan sampingan sebagai pendandan rambut untuk sebuah projek filem Tamil tempatan, Ops Kosa Dappa: The Final Dappa arahan K. Anan.

"Saya agak bertuah kerana berjaya menembusi industri hiburan tempatan sebagai pendandan rambut profesional. Disebabkan filem tersebut merupakan satu projek besar, nama saya cepat dikenali ramai selebriti termasuk Jasmin.

"Ekoran itu, saya memutuskan untuk berhenti kerja dan membuka salon sendiri awal tahun ini. Saya terpaksa bekerja keras untuk memperkenalkan jenama Pillay's Hair Studio kepada orang ramai termasuk mempromosikannya menerusi laman-laman sosial sosial, melibatkan diri dalam projek filem Tamil tempatan dan mengambil Jasmin sebagai duta," jelasnya.


KAVITHA, antara artis India Malaysia yang memilih Pillay sebagai pendandan dan jurusolek.


Beliau beranggapan pemilihan Jasmin merupakan langkah terbaik yang pernah dilakukannya kerana ia berjaya menarik kedatangan ramai pelanggan ke salonnya.

Tambahan pula, katanya, pelakon wanita versatil itu mempunyai sisi rupa yang menawan selain memudahkan eksperimen dandanan rambut atau solekan diaplikasi pada wajahnya.

Rancangan

Bercakap lanjut mengenai impian masa hadapan, Pillay merancang untuk mengadakan satu acara ramp walk yang melibatkan pertunjukan fesyen, dandanan rambut dan solekan.

Dia juga berharap untuk diberi peluang bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan dan pendandan rambut antarabangsa .

"Matlamat jangka panjang saya adalah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di United Kingdom. Saya mahu mengikut jejak pensyarah saya, Karthik atau lebih dikenali Mr. Tee yang menjadi pendandan rambut profesional di negara berkenaan," katanya.

Nuansa baharu Lord's Tailor

Posted:

Nuansa baharu Lord's Tailor

Nuansa baharu Lord's Tailor

Oleh IZWAN MOHD. ISA

KOLEKSI ini turut menampilkan lima rekaan menawan yang lain.


LORD's Tailor bukanlah jenama yang asing bagi penggemar pakaian jenis sut di negara ini. Lebih-lebih lagi apabila jenama ini sering digayakan oleh selebriti-selebriti tanah air ketika menghadiri majlis-majlis anugerah berskala besar.

Tidak ketinggalan tokoh-tokoh ternama seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Jimmy Choo turut menggunakan khidmat Lord's Tailor dalam menghasilkan sut mengikut cita rasa masing-masing.

Walaupun jenama ini sering digayakan oleh nama-nama besar tetapi evolusi rekaan yang ditampilkan oleh Lord's Tailor berubah mengikut perubahan fesyen dan trend terkini.

Terbaharu, Lord's Tailor hadir dengan koleksi Musim Bunga/Panas 2014 yang membawakan kelompok warna-warna terang dan segar dalam setiap rekaan yang ditampilkan.

Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran Lord's Tailor, Liew Lee Lee, koleksi sedia pakai baharu ini disasarkan kepada golongan muda yang mementing gaya dalam menjalani rutin seharian.

"Koleksi ini lebih tertumpu kepada mainan warna, fabrik serta corak yang boleh menarik minat golongan muda untuk menggayakannya ke pejabat mahupun majlis-majlis rasmi.

"Kami tidak terlalu klise dalam mereka pakaian formal kerana trend berubah mengikut masa.

"Selain itu, walaupun tampil dengan potongan moden, rekaan baharu ini juga turut memberikan lebih keselesaan kepada pemakai," katanya ketika ditemui majlis pertunjukan fesyen Alta Moda-Lord's Tailor 2013 di pekarangan pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC) baru-baru ini.

REKAAN suit Lord's Tailor juga boleh digayakan oleh si kecil.


Selain koleksi pakaian yang menjadi signatur Lord's Tailor, aksesori seperti beg sandang dan silang turut diperagakan pada malam itu.

"Aksesori ini bukan sahaja praktikal, malah ia memberikan sisi baharu dalam menggayakan koleksi pakaian Lord's Tailor," ujarnya lagi.

Bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan koleksi baharu ini, Lee Lee menambah, kesemua rekaan boleh didapati di semua butik Lord's Tailor termasuk cawangan baharunya di pusat beli-belah Pavillion Kuala Lumpur.

Penampilan berbeza

Bagi pelakon dan pengacara Iqram Dinzly, 32, menggayakan rekaan Lord's Tailor yang baharu mampu memberikan penampilan yang berbeza terutamanya bagi kaum lelaki.

"Seperti yang kita sedia maklum, ramai kaum lelaki yang kurang gemar mengenakan pakaian berwarna cerah dan terang, terutamanya apabila fabrik itu sendiri menampilkan corak flora.

"Tidak salah rasanya bagi kaum lelaki untuk mencuba menggayakan pakaian yang tampak sedikit feminin. Ini kerana jika kena dengan padanan yang dipilih, saya percaya penampilan mereka pasti akan tampak berbeza," jelasnya yang tertarik dengan beberapa pasang baju dan seluar yang diperagakan pada majlis berkenaan.

Iqram menambah, potongan dan warna yang dipilih untuk koleksi pada kali ini tampak jauh berbeza berbanding sebelumnya.

"Tidak mustahil saya akan membeli beberapa persalinan yang diperagakan tadi," ujarnya tersenyum.

Turut hadir pada malam itu pasangan dua sejoli, Que Haidar dan Linda Jasmine, Chef Wan Ismail, Shaheizy Sam dan Amand Imani.

Rawatan kecelaan kulit

Posted:

Rawatan kecelaan kulit

Rawatan kecelaan kulit

Oleh NIZHA PERIASWAMY


SPA dan Pusat Rawatan Kecantikan HerbaLine yang terletak di Taman Sea, Petaling Jaya, Selangor.


KESEMPURNAAN kulit wajah, tanpa jeragat, jerawat atau apa sahaja masalah kulit lain merupakan impian setiap orang. Kemajuan teknologi dan rawatan dalam dunia penjagaan wajah telah memberi pelbagai harapan kepada semua masalah itu.

Syarikat spa dan salon, HerbaLine tampil memperkenalkan rawatan Ee yang berkesan menghilangkan kecelaan kulit dengan mudah.

Rawatan hasil daripada penyelidikan dan ujian selama lebih 20 tahun itu, menggabungkan krim herba daripada sumber asli dengan prosedur yang teruji dan terbukti menghapuskan segala bentuk kecelaan kulit paling degil termasuk kutil, siringoma, sista minyak dan tempel kulit.

Krim herba semula jadi daripada ekstrak pokok gajus itu menjadi alternatif baharu untuk menangani kebanyakan jenis kecelaan dan ketumbuhan kulit. Selama ini, kos rawatan tersebut amat tinggi.

Rawatan Ee HerbaLine ini umpama gigitan serangga kecil yang mengambil masa hanya 20 minit untuk satu rawatan. Ia membantu luka lecuhan mengelupas sendiri dalam masa satu hingga tiga minggu dan terbukti selamat tanpa kesan sampingan.


HERBALINE menawarkan sesi memanjakan diri yang sempurna untuk pelanggannya.


Penyelia Pusat HerbaLine di Taman Sea, Petaling Jaya, Selangor, Irene Wong Lee Kun berkata, rawatan itu tidak meninggalkan kesan parut dan memastikan kecelaan tidak kembali sekali gus menjadikan kulit lebih bersih.

Rawatan Ee HerbaLine mendiagnosis kecelaan kulit untuk mengenal pasti bahagian kulit yang bermasalah. Bahagian kulit yang bermasalah dibersihkan dan disteril untuk kebersihan dan menghapuskan risiko jangkitan.

Permukaan kulit yang mengalami kecelaan dikikis untuk membolehkan krim rawatan meresap ke akar umbi. Krim Ee (ekstrak gajus) kemudian disapu, menutupi semua permukaan kulit yang mengalami kecelaan.

"Pada peringkat ini, terdapat sedikit rasa sakit seperti digigit serangga," kata Irene.

Kulit licin

Lecuhan kulit akan berlaku dalam masa singkat apabila krim bertindak selepas rawatan diberikan. Selepas satu hingga tiga minggu, luka akan terkupas sendiri tanpa kesakitan, menjadikan kulit licin tanpa cela.

"Kacang gajus kaya dengan asid anakardik, yang berkesan menentang pelbagai bakteria, termasuk bakteria yang menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. Ia juga adalah sumber vitamin E, antioksidan semula jadi dan asid lemak tak tepu, yang memulihkan kelembapan dan kegebuan kulit yang rosak," ujar Irena tentang signifikan menggunakan gajus dalam rawatan ini.


DUA daripada empat langkah mudah yang digunakan dalam rawatan EE oleh HerbaLine.


Bagi penjagaan susulan, HerbaLine mengesyorkan penggunaan gel, Nano Aloe Vera yang dirumus dengan esen Nano Aloe Vera.

"Esen ini segera melembap, memulih dan memperbaharui kulit tanpa meninggalkan kesan minyak pada kulit," kataya.

Selain itu, turut ditawarkan ialah pati minyak vitamin C dan E yang menggunakan ekstrak minyak Rose Hip menggunakan kaedah tekanan sejuk dengan teknologi nano sebagai nutrien penting untuk sintesis sel.

Lazimnya, rawatan cela kulit menggunakan kaedah seperti laser CO2, elektroterapi, pembedahan dan pembedahan Krio (Cryosurgery). Namun, kaedah tersebut mengakibatkan parut dan kemungkinan cela tumbuh kembali ialah sebanyak lima hingga 21 peratus.

HerbaLine membuka sesi rawatan percubaan pertama pada harga RM50 untuk rawatan cela kulit. Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Penjagaan HerbaLine di 03-5121 9055 atau layari laman web www.herbaline.com.my.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Terapi eksotik urutan ular

Posted:

Terapi eksotik urutan ular

Terapi eksotik urutan ular

ULAR-ULAR ini disimpan di dalam kotak plastik berisi air antiseptik untuk memastikan kebersihannya.


TERLENTANG di atas sebuah katil urut, Feri Tilukay menutup rapat matanya dan tersenyum sendirian sambil tiga ekor ular menjalar bebas di badannya. Urutan eksotik itu ditawarkan di sebuah spa yang terletak di bandar raya Jakarta, Indonesia.

Feri merupakan sebilangan kecil pelanggan spa berkenaan yang berani mencuba urutan ular.

Tidak melepaskan ular-ular itu bebas, urutan itu dipantau oleh seorang tukang urut profesional yang membelai manja setiap ekor ular yang berukuran 1.8 meter itu.

"Ia memberikan rasa sensasi yang unik," ujar jejaka berusia 31 tahun itu.

Tambahnya, disebabkan ular itu menjalar bebas, rawatan itu menyebabkan aliran adrenalin seseorang memuncak.

Dengan hanya memakai seluar pendek, Feri kelihatan tenang ketika ular-ular yang dinamakan Jasmine, Muscle dan Brown menjalankan 'tugas' mereka. Reptilia itu menjalar perlahan-lahan di bahagian perut dan melilit lembut leher Feri. Dalam beberapa ketika, bibir Feri bertemu antara reptilia itu.

"Mujur mulut ular-ular itu ditutup dengan pelekat," selorohnya.

Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, dua orang pekerja spa akan berada dalam bilik rawatan. Mereka akan memastikan ular-ular tersebut bergerak ke seluruh tubuh dan tidak tertumpu pada satu bahagian sahaja.

Sebelum rawatan yang mengambil masa 90 minit dengan harga 480,000 rupiah (RM129) bermula, ular-ular akan dikeluarkan dari sebuah kotak plastik berisi air antiseptik bagi memastikan kebersihannya.

Pengalaman baharu

Kebanyakan pelanggan Bali Heritage Reflexology and Spa merupakan mereka yang pertama kali mencuba terapi eksotik itu. Mereka mahukan pengalaman baharu dan mencabar keberanian diri, di samping terdapat segelintir pelanggan yang mencuba kerana ingin menghilangkan fobia terhadap haiwan tersebut.

"Saya sebelum ini takut ular, tetapi selepas melakukan terapi ini beberapa kali, ia mula hilang dan saya sekarang boleh mendekatinya," ujar akauntan tersebut yang telah melakukan tiga kali terapi itu.


TERAPI urutan ular membuatkan adrenalin seseorang memuncak.


Menurut Pengurus Besar Spa, Paulus Abraham, hanya segelintir pelanggan yang mendapatkan urutan itu berasal dari republik berkenaan manakala sebahagian besarnya dari Eropah, Jepun dan Korea Selatan.

Katanya, spa yang dihias dengan susun atur ala Bali itu mempunyai lima ekor ular yang diberi makan lima ekor arnab bagi menjaga dietnya.

"Terapi ini merupakan antara 300 pakej rawatan yang kami tawarkan.

"Ia dimulakan beberapa tahun sebagai satu tarikan utama kepada pelanggan luar. Terapi ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan baharu," ujarnya.

Sungguhpun demikian, kumpulan aktivis haiwan tidak bersetuju dengan rawatan itu.

Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta (Benvika) menyatakan, ia sebagai satu eksploitasi kejam kepada ular-ular tersebut.

"Kami kecewa mendengar eksploitasi kepada haiwan, termasuklah penggunaan ular dalam terapi spa," ujar jurucakap Benvika.

Mengulas perkara itu, Abraham menegaskan, ular-ular tersebut tidak dibiarkan atau dicederakan, malah ia 'gembira' kerana dapat berhubung dengan manusia melalui urutan tersebut.

"Kami tidak menganggap mereka sebagai pekerja kerana ia seperti kawan atau keluarga dalam spa ini. Setiap hari kami akan membelai ia dengan manja dan menjaganya sepenuh kasih sayang," jelasnya. - AFP

Seni gabungan Nusantara

Posted:

Seni gabungan Nusantara

Seni gabungan Nusantara

Oleh HAFIZ AHMAD


ZETI AKHTAR (kanan) berbual sesuatu dengan Kartika ketika melakukan lawatan di sekitar galeri pada majlis pelancaran Pameran Seni Bersama di Galeri Pameran Sasana Kijang Bank Negara, Kuala Lumpur.


PAMERAN seni Bersama di Sasana Kijang, Kuala Lumpur yang dilancarkan baru-baru ini memberi memori peribadi kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Walaupun terdapat deretan lukisan daripada 11 pelukis dari Malaysia dan Indonesia, salah satu karya hasil cetusan Basoeki Abdullah membawa seribu makna kepada personaliti wanita berkenaan.

"Lukisan Tiga Dara oleh Basoeki menggunakan Allahyarhamah bonda saya, Azah Aziz sebagai model inspirasinya," ujarnya ketika melancarkan pameran yang berlangsung sehingga 5 Januari 2014.

Dalam lukisan berkenaan, budayawan itu memakai busana Melayu berkain songket merah diapit oleh dua wanita memakai baju tradisional ceongsam dan sari.

Difahamkan, Basoeki mengambil Azah sebagai model memandangkan pelukis prolifik itu merupakan sahabat baik suaminya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz. Malah, kedua-dua tokoh negara tersebut juga amat meminati hasil lukisan Basoeki.

Hiasi istana

Mengimbas perjalanan lukisan itu ke Malaysia, Zeti berkata, kerjasama erat antara BNM dan Bank Indonesia membuka ruang kepada penggemar seni tempatan untuk melihat sendiri lukisan agung Basoeki itu.

Lukisan Tiga Dara memperlihatkan kejelitaan wanita daripada kaum berbeza iaitu Melayu, Cina dan India yang dihasilkan Basoeki ketika berada di Singapura pada tahun 1955.


LUKISAN Tiga Dara (tengah) menunjukkan Azah (duduk) diapit oleh dua wanita yang memakai ceongsam dan sari. Antara lukisan istimewa hasil pelukis prolifik dari Malaysia dan Indonesia.


Ironinya, Azah tidak pernah melihat lukisan itu selama hampir 42 tahun sehingga pada tahun 2010, dengan bantuan Bank Indonesia, beliau dibawa ke Istana Kepresidenan yang terletak Bogor, Jawa Barat. Lukisan Tiga Dara ditempatkan di sana selepas Basoeki memberikannya kepada bekas Presiden Indonesia, Sukarno.

Dilahirkan di Sukarta, Indonesia, Basoeki merupakan pelukis yang terkenal dengan aliran realis dan naturalis. Karya-karyanya menghiasi istana-istana negara dan kediaman presiden-presiden Indonesia. Pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa, pelukis tersohor Indonesia itu meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Selain Basoeki, lukisan rakan seperjuangannya, Affandi turut dipamerkan di galeri dan muzium seni Bank Negara. Petarung Sejati oleh Affandi menghiasi ruang dewan bersama pelukis-pelukis lain seperti Chairil Anwar, Ahmad Fuad Osman, Siti Zainon Ismail dan Kartika Affandi.

Pameran Bersama itu dipecahkan kepada tiga tema iaitu hubungan, arus penukaran terkini dan laluan moden.

Menurut kurator galeri, Siti Melur Sakdudin, pameran yang memasuki siri kedua ini memberi tumpuan kepada karya-karya dari dua buah negara jiran.

"Kami mengambil masa setahun lebih untuk mengumpulkan lukisan-lukisan yang menepati tema. Tempoh masa itu merangkumi pencarian karya-karya spesifik seperti Tiga Dara selain memohon kebenaran mempamerkan lukisan-lukisan milik pengumpul seni persendirian dan syarikat korporat," ujarnya ketika ditemui usai majlis pelancaran pameran tersebut.

Siti Melur memaklumkan, objektif penganjuran pameran adalah untuk menonjolkan kekayaan seni dan budaya antara negara Nusantara kepada peminat seni di Malaysia. Selain itu, ia bertujuan memperkukuhkan jalinan hubungan kedua-dua negara dalam lapangan seni lukisan.

Pelukis Kartika Affandi berkata, usaha yang dilakukan oleh BNM patut diteruskan bagi terus memacu pertumbuhan industri seni Nusantara.

"Saya melihat pameran ini sebagai satu usaha yang positif. Diundang untuk menghadiri pameran ini adalah satu penghormatan kepada saya.

"Semoga ia dapat diteruskan kepada generasi baharu pelukis-pelukis Indonesia," ujarnya.

Pakej istimewa buat si penggemar kopi

Posted:

Pakej istimewa buat si penggemar kopi

Pakej istimewa buat si penggemar kopi


DAPATKAN mesin pembuat kopi ini untuk menjadikan Hari Krismas anda lebih istimewa.


SEGARKAN suasana pagi di rumah atau pejabat anda dengan menikmati secawan kopi dalam masa kurang seminit.

Jenama terkemuka, Nescafe kini memperluaskan sayap perniagaan rangkaian Dolce Gusto dengan melancarkan promosi istimewa sempena sambutan Hari Krismas khusus untuk penggemar kopi yang menghargai cita rasa minuman tersebut.

Pengurus Jenama Unit Perniagaan Nescafe Dolce Gusto Coffee, Cyndi Chin berkata, pakej istimewa ini memberi peluang kepada peminat kopi berkongsi kemeriahan musim perayaan bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

"Mereka juga boleh mendapatkan sebuah mesin pembuat kopi semasa promosi berlangsung untuk dihadiahkan kepada yang istimewa sempena Hari Krismas ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Lapan perisa

Menurut Chin, promosi istimewa itu turut menawarkan pelbagai pilihan minuman rangkaian Nescafe Dolce Gusto sebagai pelengkap hadiah.

Katanya, terdapat lapan pilihan kapsul perisa secara pembelian runcit, manakala pilihan lengkap 15 perisa boleh dibeli melalui talian pada harga RM27.99 sekotak.

"Bagi yang gemar memulakan pagi mereka dengan secawan kopi hitam, perisa Espresso dan Grande Intenso adalah pilihan terbaik. Mocha dan Chococino pula untuk mereka yang ingin menikmati secawan kopi coklat yang enak.

"Selain itu, peminat kopi boleh memilih Cappuccino, Latte Macchiato dan Cafe au Lait untuk mereka yang mahukan kopi susu yang menyegarkan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau memaklumkan, Nescafe Dolce Gusto baru-baru ini telah menambah satu lagi perisa baharu iaitu Caramel Latte Macchiato.

"Green Tea Latte, Lungo, Espresso Ristretto, Espresso Intenso, Vanilla Latte Macchiato, Cappuccino Ice dan Chai Tea Latte merupakan antara perisa eksklusif yang ditawarkan di laman web rasmi kami," jelasnya.

Sehubungan itu, Chin memaklumkan, satu siri pameran bergerak Krismas Nescafe Dolce Gusto bakal diadakan di seluruh negara dengan penyediaan pelbagai aktiviti interaktif dan menarik termasuk demonstrasi produk, penawaran promosi istimewa dan khidmat pembungkusan hadiah.

Orang ramai boleh memiliki sebuah mesin kopi dengan pelbagai pilihan minuman berperisa Nescafe Dolce Gusto pada harga antara RM599 sehingga RM899 sebuah

Promosi istimewa sempena Hari Krismas itu bermula sejak 15 November lalu dan berakhir pada 31 Disember ini di pusat beli-belah terpilih dan laman web www.dolce-gusto.com.my/christmas.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved