Jumaat, 20 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik untuk stok barangan runcit

Posted:

Klik untuk stok barangan runcit

Klik untuk stok barangan runcit

AMALAN membeli-belah barangan keperluan rumah bagi sesetengah pihak dilihat sebagai satu rutin yang memenatkan.

Namun demikian, ramai juga melihatnya sebagai satu aktiviti menyeronokkan terutamanya bagi mereka yang suka melakukannya bersama ahli-ahli keluarga.

K. Deveke, 56, dari Kampung Jawa, Klang memberitahu, dia selalu ditemani suami dan anak-anak ketika membeli barangan keperluan rumah. Cara itu merupakan satu peluang untuknya mengetahui keperluan setiap ahli keluarga.

"Membeli-belah pada hari ini sangat mudah terutama di pasar raya. Tempat letak kereta juga banyak dan kita dapat membeli-belah dalam suasana selesa. Barangan keperluan tersedia dalam sebuah bangunan sekali gus memberikan kepuasan kepada saya.

"Saya tidak tahu sekiranya perasaan sama dapat dicapai jika membeli-belah secara dalam talian. Bagaimana kita hendak menentukan kualiti sesuatu barangan hanya berpandukan gambar di skrin komputer?," tanyanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Walaupun tidak pernah membeli sebarang keperluan diri secara dalam talian, wanita itu mengakui, ia menjadi trend pada hari ini.

"Empat orang anak saya turut membeli-belah secara dalam talian, cuma mereka tidak membeli barangan runcit," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga biasanya akan ke pasar raya berhampiran kawasan tempat tinggal. "Walaupun, tempat letak kereta banyak disediakan oleh pihak pasar raya, namun ada kalanya kami terpaksa berjalan agak jauh.

"Namun, kami tidak kisah kerana ia dapat merapatkan hubungan kami sekeluarga," kata suami Deveki, Nadeson Periannan, 53, tentang rutin membeli barangan runcit mereka.

Anak mereka, Nanthini, 23, berkata, dia hanya membeli barangan secara dalam talian membabitkan pakaian.

"Pada hari ini, banyak pasar raya dibuka berhampiran kawasan perumahan. Di kawasan saya tinggal terdapat beberapa buah pasar raya dan kedai.

"Ini kerana, masih ramai pelanggan yang lebih suka melihat dan memeriksa produk sebelum membeli, terutama sekali sayur-sayuran dan barangan keperluan dapur," ujarnya.

Pandangan berbeza dilemparkan oleh pengasas dan penulis majalah dalam talian, JewelPie, Sara Khong Cheng Kuan, 27, yang mengakui pembelian secara dalam talian sebagai salah satu alternatif pembelian barangan yang mudah dan mengujakan.


WANITA moden mula beralih dengan memilih membeli-belah barangan runcit secara dalam talian.


Selesa

Ini kerana, katanya, dia tidak perlu berhadapan keadaan seperti kesesakan lalu lintas, berebut-rebut mencari tempat letak kereta dan membayar caj yang dikenakan.

Selain itu, dia tidak perlu beratur panjang ketika membuat pembayaran dan membawanya pulang ke rumahnya yang merupakan sebuah unit kondominium.

"Saya paling tidak selesa apabila terpaksa memunggah semua barang naik ke rumah walaupun menggunakan lif. Kadangkala barangan yang dibeli agak berat sekali gus membuatkan saya berasa penat.

"Saya seringkali berfikir, alangkah baiknya jika semua tersebut boleh dibeli secara dalam talian tanpa perlu keluar rumah dan barang dihantar hingga ke rumah," katanya.

Mendaftar

Kini, impian Sara tercapai apabila pasar raya besar Tesco merupakan satu-satunya pasar raya besar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan beli-belah dalam talian yang dikenali sebagai Tesco Online Shopping melalui laman web eshop.tesco.com.my.

Selain itu, ujarnya, terdapat lebih 10 perkhidmatan pembelian barang runcit dalam talian yang disediakan, sama ada berpusat di sesuatu kawasan tertentu atau di seluruh negara.

"Saya hanya perlu mendaftar akaun dan memilih barangan yang disenaraikan dalam kategori tertentu, misalnya makanan atau minuman. Kemudian, saya boleh memilih slot masa untuk penghantaran ke rumah.

"Laman web yang disediakan juga membolehkan saya memeriksa pembelian yang dibuat selain boleh menambah atau menolak barangan tertentu sebelum mengesahkan tempah," katanya.

SARA lebih selesa membeli barangan runcit secara dalam talian.


Akhir-akhir ini, Sara hanya melakukan pembelian barangan keperluan rumah secara dalam talian kecuali jika membeli dalam kuantiti kecil atau memerlukannya segera.

Kelemahan

Ditanya mengenai kelemahan membeli barangan runcit dalam talian, katanya, masalah paling ketara ialah pembeli tidak boleh mengenal pasti kesegaran sesuatu produk yang ditawarkan.

"Ini kerana, pembelian hanya berpandukan satu gambar yang standard dan pembeli mungkin sangsi terhadap kualiti barangan tersebut. Ini lazimnya, membabitkan barangan makanan segar seperti makanan laut, buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan produk sejuk beku.

"Kelemahan lain ialah barangan yang dibeli tiada stok dan tiada pengganti barangan tersebut atau barang yang diganti bukan pilihan kita," katanya sambil memaklumkan sesetengah penyedia perkhidmatan mempunyai polisi untuk tidak menerima pembayaran tunai atau baucar diskaun sekiranya pembelian dibuat dalam talian.

Selain itu, ujar Sara, pembeli tidak merasai pengalaman atau keseronokan memilih produk secara fizikal.

"Namun, ada beberapa tip yang saya ingin kongsi apabila membeli barangan runcit dalam talian," kata Sara sambil menunjukkan gambar beberapa biji kentang yang dibungkus secara asing.


KELUARGA Deveke memilih untuk membeli di pasar raya kerana dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarganya.


"Di Tesco Online Shopping misalnya, kita boleh membeli menggunakan berat berbanding kuantiti. Ini boleh mengurangkan penggunaan plastik bungkusan," katanya.

Sara juga menasihati agar pengguna memilih kemudahan pasar dalam talian tertentu yang membenarkan pelanggan untuk menukar barangan yang dibeli.

Jimat masa

Bagi Norasurah Abd. Wahab, 32, dari Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, tawaran untuk membeli barangan runcit dalam talian ialah satu pilihan yang menarik.

Ini kerana, peluang itu mampu menjimatkan masa dan tenaganya, terutama apabila seharian sibuk menguruskan perniagaan dan rumah.

Ketika ditemui, Norasurah yang sedang menyusun barangan yang dibeli di kabinet bilik dapurnya berkata, "Saya akan membeli barangan rumah untuk kegunaan selama sebulan dan kosnya mencecah ratusan ringgit.

"Penghantaran barangan dilakukan secara profesional dan terus ke rumah. Ini amat memudahkan saya," ujarnya.

Beliau turut memberitahu, pembelian secara dalam talian dapat menghindar anaknya memilih makanan yang tidak menyihatkan.

"Kalau di pasar raya, anak saya akan memilih semua jenis makanan ringan dan saya tidak berpeluang menghalangnya. Kini, semua urusan dilakukan menggunakan komputer riba dan saya mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memilih barangan untuk keluarga saya," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


UMK masak lima kawah bubur asyura

Posted:

UMK masak lima kawah bubur asyura

UMK masak lima kawah bubur asyura


NASIR (kanan) dan Ibrahim (tiga dari kanan) bersama warga UMK memasak bubur asyura di pekarangan kampus universiti itu di Jeli, Kelantan baru-baru ini.


AMAL. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli dengan kerjasama masyarakat setempat mengadakan majlis Asyura UMK dengan memasak lima kawah bubur asyura di pekarangan universiti itu baru-baru ini.

Pengarah Kampus UMK Jeli, Profesor Ibrahim Che Omar berkata, program itu julung-julung kali diadakan di kampus Jeli bersama penglibatan masyarakat tempatan.

Turut hadir, Setiausaha Politik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohd. Nasir Mohd. Nor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor. Madya Abdul Aziz Latiff.

Dusun Neo FC juara Piala Yang Dipertua MPS

Posted:

Dusun Neo FC juara Piala Yang Dipertua MPS

Dusun Neo FC juara Piala Yang Dipertua MPS


ABD. HALIM (berdiri lima dari kanan) dan Mohd. Ridzuan (berdiri enam dari kanan) bergambar dengan pemain Dusun Neo FC yang menjuarai kejohanan bola sepak Piala Yang Dipertua MPS di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini.


JUARA. Pasukan Dusun Neo FC dinobatkan juara kejohanan bola sepak Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS) 2013 selepas menewaskan pasukan Sri Andalas 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Dusun Neo FC menerima wang tunai RM7,000 serta piala pusingan yang disampaikan oleh Yang Dipertua MPS, Datuk Abd. Halim Abd. Latif.

Sementara itu, Pengurus Dusun Neo FC, Mohd. Ridzuan Alias berkata, dia melahirkan rasa gembira kerana pasukannya berjaya mempertahankan kejuaraan piala berkenaan.

"Terima kasih kepada pemain kerana sekali lagi membuktikan kemampuan untuk mengekalkan kejuaraan pada tahun ini," katanya.

KRT Ruby Garden gotong-royong melawan aedes

Posted:

KRT Ruby Garden gotong-royong melawan aedes

KRT Ruby Garden gotong-royong melawan aedes


SEBAHAGIAN daripada penduduk Ruby Garden, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor yang menyertai program membersihkan kawasan perumahan itu untuk membasmi nyamuk aedes baru-baru ini.


ANTIAEDES. Dalam memerangi kes demam denggi yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini, penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Ruby Garden, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan perumahan tersebut baru-baru ini.

Disertai oleh hampir 100 penduduk, gotong-royong tersebut turut mendapat sokongan Majlis Daerah Kuala Langat dan Pejabat Kesihatan Banting.

Selain membersihkan longkang dan membuang sampah yang menjadi tempat takungan air, penduduk KRT Ruby Garden turut diberikan risalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya aedes dan denggi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Filem lucah guru, peniaga Pakistan

Posted:

Filem lucah guru, peniaga Pakistan

Filem lucah guru, peniaga Pakistan

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

LIZAH


MELAKA – Seorang guru wanita sebuah sekolah rendah dan seorang peniaga pakaian warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan membuat filem lucah di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama di sini November lalu.

Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.

Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kesopanan awam itu di pangsapuri tersebut pada pukul 8.30 pagi 16 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bukti bukan suami dayus

Posted:

Bukti bukan suami dayus

Bukti bukan suami dayus

Oleh SYED AZLAN SAYID HIZAR
azlan.hizar@kosmo.com.my


NOORAIDA dicerai talak satu kelmarin.


PUTRAJAYA – Kontroversi skandal Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim yang sudah berlarutan empat bulan memasuki episod baharu apabila Nooraida Abdul Mutalib yang digosip dengan aktor itu diceraikan suaminya dengan talak satu kelmarin.

Amiruddin Osman, 56, berkata, dia menceraikan Nooraida di kediamannya di Johor Bahru sekitar pukul 4.30 pagi dan 5 pagi, 19 Disember lalu.

Selepas penceraian ini, kata Amiruddin, dia berharap lelaki yang pernah berjanji akan bertanggungjawab terhadap Nooraida menunaikan janji-janji yang dibuat melalui WhatsApp terhadap bekas isterinya itu.

Jelas Amiruddin lagi, keputusan menceraikan Nooraida, 30, dibuat selepas mereka mengadakan perbincangan dari hati ke hati.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Adi Putra enggan aibkan sesiapa

Posted:

Adi Putra enggan aibkan sesiapa

Adi Putra enggan aibkan sesiapa

KUALA LUMPUR – Aktor sensasi Mohamed Hadi Putera Halim atau Adi Putra (gambar) enggan memberi apa-apa komen mengenai perceraian Nooraida Abdul Mutalib, wanita yang digosipkan mempunyai skandal dengannya kira-kira empat bulan lalu.

Adi, 32, turut memberitahu, dia langsung tidak mengetahui mengenai penceraian Nooraida, 30, dengan ahli perniagaan Amiruddin Osman, 56, sehingga dihubungi media semalam yang meminta komen.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Jenama AS kedua Harmony Fabulous

Posted:

Jenama AS kedua Harmony Fabulous

Jenama AS kedua Harmony Fabulous

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my

SEJURUS sahaja Polaris Industries Inc. (Polaris) memegang tampuk sebagai tauke baharu jenama motosikal Victory pada 2010, penganalisis industri meramalkan satu perang lama antara dua legenda motosikal Amerika Syarikat (AS) itu bakal berulang. Harley-Davidson akan berdepan Victory.

Bagi Polaris, kejayaan meminang Victory hanyalah satu strategi untuk mempelbagaikan rangkaian produk kenderaan sedia ada. Polaris terlibat dalam bidang rekaan, kejuruteraan, pengeluar dan pemasaran kenderaan off-road seperti kenderaan semua laluan (ATV) dan snowmobile.

Di satu sudut, ada pengkritik beranggapan Polaris mahu menjamah sebahagian daripada kek pasaran milik Harley-Davidson Inc. Dakwaan itu sememangnya selari dengan laporan Forbes baru-baru ini bahawa Polaris meletakkan semula Victory untuk bersaing secara langsung dengan Harley-Davidson.

Kembalinya musuh tradisi

Isu itu kembali hangat apabila Polaris mengambil alih musuh tradisi Harley-Davidson Inc. iaitu Indian Motorcycle pada April 2011. Menerusi pemilikan dua jenama unggul negara Uncle Sam, Harley-Davidson memberi perhatian serius terhadap Polaris.

Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Keith Wandell menerusi portal berita Milwaukee Journal Sentinel ada menyatakan dia memandang semua pesaing syarikat itu dengan serius termasuk Indian Motorcycle dan Victory.

"Sejauh mana kami merasakan (Harley-Davidson) baik, usaha (sedia ada) akan digandakan. Kami tidak akan bergantung semata-mata pada warisan sedia ada dan kembali kerja setiap hari kerana persaingan semakin sengit," kata Wandell.


VICTORY dijangka muncul sebagai salah sebuah jenama motosikal unggul dalam tempoh tiga tahun lagi di negara ini.


Di pasaran AS, Harley-Davidson mendominasi segmen motosikal cruiser dengan pegangan pasaran hampir 60 peratus. Malah kedudukannya cukup utuh sehinggakan mampu menepis saingan pengeluar utama motosikal Jepun seperti Yamaha, Honda dan Kawasaki dengan mudah.

Untuk memastikan kedua-dua jenama Polaris tidak bersaing sesama sendiri, syarikat itu menempatkan rangkaian motosikal Victory untuk mereka yang menitikberatkan soal prestasi dan sedikit elemen kemodenan.

Sementara itu, Indian Motorcycle pula disasarkan kepada penggemar tegar untuk tunggangan setiap hari dan kepada mereka yang ingin 'menunjuk-nunjuk'. Strategi Polaris itu membantu para pelanggan untuk membezakan kedua-dua jenama itu dan memilih jentera mengikut mengikut kesesuaian masing-masing.

Di Malaysia, Victory telah tiba menemui pelanggan tempatan minggu lalu. Pengedar rasmi ialah Harmony Fabulous Sdn. Bhd. (Harmony Fabulous), salah sebuah syarikat subsidiari Kumpulan Naza. Harmony Fabulous juga merupakan entiti yang mengedarkan rangkaian motosikal Indian Motorcycle.

Kumpulan Naza merupakan pengimport dan pengedar rasmi produk Harley-Davidson di Malaysia menerusi anak syarikatnya, Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd. Ini bermakna ada tiga jenama motosikal cruiser AS menapak di bawah empayar Kumpulan Naza.


MODEL Judge dalam segmen cruiser tampil dengan imej rugged.


Soalnya sekarang, adakah kehadiran Victory akan menyumbang pada kejatuhan jualan motosikal Harley-Davidson? Bagaimana pula dengan nasib Indian Motorcycle selepas ini?

Pada majlis pelancaran Victory di Glenmarie, Shah Alam di Selangor, Naib Presiden Naza Two Wheels Division, Nik Danial Nik Mahmood dengan optimis menyatakan Victory tidak akan menjejaskan jualan Harley-Davidson. Katanya, pasaran Malaysia tidak seperti di AS.

Nasib Indian Motorcycle

Berhubung nasib Indian Motorcycle selepas ini, tiada sebarang jawapan atau penjelasan diberikan mengenai apa yang akan berlaku selepas ini. Apa yang dinyatakan ialah Indian Motorcycle akan memperkenalkan model baharu tidak lama lagi.

Strategi memasarkan ketiga-tiga jenama itu seolah-olah menjadi rahsia dan enggan didedahkan kepada umum. Mungkin kerana sudah ada kelompok grey importer (pemegang AP) yang memberi tamparan hebat dalam segmen motosikal cruiser tempatan. Jika ada persaingan, maknanya perniagaan semakin sihat.

Rangkaian Victory yang diperkenalkan membabitkan sebanyak 12 model yang tergolong dalam tiga kategori iaitu cruiser, bagger dan touring. Koleksi paling besar adalah kelas cruiser yang merangkumi tujuh model.

Bagi rangkaian bagger dan touring, masing-masing melibatkan dua dan tiga model motosikal. Kesemua model motosikal dalam tiga kelas itu menggunakan konfigurasi enjin V-twin dengan sistem transmisi enam kelajuan.


MODEL touring Victory Cross Country Tour sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti kembara.


Untuk melancarkan jualan Victory di Malaysia, Kumpulan Naza telah mendirikan sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) berukuran 557 meter persegi yang memperagakan beberapa model terbaharu Victory.

Selain itu, premis dua tingkat itu juga menjual koleksi pakaian untuk golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Tingkat atas pula menawarkan rangkaian produk penjagaan motosikal dan beberapa aksesori motosikal bagi mereka yang mahukan sedikit kelainan. Kos bagi pembukaan pusat itu adalah sebanyak RM5 juta.

Motosikal Victory dijual pada harga serendah RM97,800 hingga RM199,800 seunit. Itu harga asas tidak termasuk caj-caj pendaftaran dan insurans.

Harmony Fabulous perlu bijak menyusun strategi dan memastikan siapakah sasaran pelanggannya. Jangan sampai bakal pembeli mula celaru untuk memilih produk sesuai untuk mereka.

Penerangan yang diberikan perlu jelas dan bantu pembeli ketahui apakah bezanya Harley-Davidson, Victory dan Indian Motorcycle. Semoga berjaya!

Mazda CX-9 dipertingkatkan

Posted:

Mazda CX-9 dipertingkatkan

Mazda CX-9 dipertingkatkan


MAZDA CX-9 yang dipertingkatkan ini kelihatan lebih gagah dengan reka bentuk nampak moden.


BERMAZ Motor Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan Mazda CX-9 yang dipertingkatkan. Model paling berprestij dalam Mazda itu mendapat sentuhan rekaan hadapan dan belakang baharu yang lebih segar dengan tema reka bentuk Kodo.

Model ini yang dilengkapi enjin bersesaran 3.7 liter V6 itu mampu menghasilkan kuasa 274hp pada 6,250rpm dan tork maksimum 367Nm pada 4,250rpm. Mazda masih mengekalkan sistem transmisi enam kelajuan Activematic seperti yang terdapat sebelum ini.

Kuasa dihantar kepada semua roda melalui sistem Active Torque Split AWD yang membahagikan tork antara roda depan dan belakang untuk meningkatkan cengkaman terutama dalam keadaan yang licin.

Teknologi terkini sistem suspensi yang ada pada model Mazda ini mampu memberikan maklum balas linear kepada stereng.


WALK-IN SLIDE berfungsi untuk memudahkan penumpang untuk masuk di tempat duduk barisan ketiga.


Ruang kabin dalaman CX-9 kini juga menggunakan warna hitam dan upholsteri satin-perak. Stereng pula dibalut dengan kulit lembut untuk memberikan genggaman lebih selesa.

Sementara panel lain yang menghiasi Mazda CX-9 ini diserikan dengan material Bordeaux Metal untuk kelihatan lebih berkualiti dan canggih.

SUV yang diimport sepenuhnya ini turut dilengkapi kerusi pemandu dan penumpang boleh dilaras secara elektrik dengan memori.

Model SUV bersaiz penuh ini didatangkan dengan bersama sistem hiburan dengan skrin LCD berserta sistem navigasi TomTom. Apa yang menariknya, CX-9 menggunakan sepuluh speaker premium dari jenama Bose.

Model naik taraf ini juga menggunakan rim rekaan menarik dengan saiz 20 inci dan dibalut dengan tayar berukuran 245/50.


WALAUPUN tempat duduk ketiga masih digunakan CX-9 ini masih mempunyai 487 liter ruang penyimpanan barang.


Antara ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada model ini enam beg udara dan Dynamic Stability Control yang merupakan ciri-ciri standard.

Pihak Mazda juga turut menawarkan i-Activsense seperti Forward Obstruction Warning, Lane Departure Warning, Blind Spot Monitoring dan Sistem High Beam Control yang merupakan ciri-ciri pilihan.

Mazda CX-9 didatangkan dengan tujuh warna menarik seperti Dolphin Grey Mica, Zeal Red Mica, Meteor Grey Mica, Aluminium Metallic, Crystal White Pearl Mica dan Brilliant Black.

Harga atas jalan termasuk insurans untuk model CX-9 ini bermula dari RM296,166 untuk varian 4X2 dan RM337,206 untuk varian 4X4.

Asah skil dengan Ninja 250R

Posted:

Asah skil dengan Ninja 250R

Asah skil dengan Ninja 250R

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my


KAWASAKI Ninja 250R dijual pada harga asas RM22,589 seunit.


BAGI motosikal kelas suku liter, Ninja 250R ialah satu-satunya model yang berjaya menambat hati kebanyakan peminat motosikal di negara ini. Jika tidak, mana mungkin model sportsbike itu mendominasi kategori 250cc selama 20 tahun.

Biarpun ada beberapa pendatang baharu khususnya Naza Blade 250, Honda CBR 250R dan Megelli 250RR, populariti Ninja 250R masih gagal digugat. Malah model itu sebenarnya adalah antara produk terbaik dan diiktiraf oleh kebanyakan portal permotoran roda dua antarabangsa.

Kawasaki Ninja 250R disifatkan sebagai satu-satunya motosikal untuk individu yang mahu melengkapkan diri dengan pendedahan awal sebelum menaik taraf kepada jentera 600cc atau satu liter kemudian hari. Pendek kata, Ninja 250R ialah jentera paling sesuai bagi mereka yang ingin mengasah skil tunggangan.

Di Malaysia, motosikal itu dipasang di Shah Alam, Selangor oleh Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. (Kawasaki Malaysia) sebelum menemui para pelanggan di bilik pameran di seluruh negara. Ninja 250R edisi 2013 semenangnya tampak impresif. Ia mewarisi beberapa ciri solekan yang ada pada model ZX-6R, ZX-10R dan ZX-14R.

Apabila meletakkan punggung atas pelana dan menggenggam hendal, postur badan sedikit ke hadapan sekali gus membolehkan kawalan penuh dinikmati penunggang. Tangki petrol tampak mantap dengan adanya beberapa garis keluk tidak mengganggu bahagian lengan penunggang. Cuma, ia kurang selesa bagi penunggang yang berperut buncit.


SAIZ tangki 17 liter mengurangkan kadar kekerapan anda mengunjungi stesen minyak ketika tunggangan.


Semua butang kawalan pada hendal mudah dicapai ibu jari. Bahagian kaki pula tidak terasa kebas ketika ditempatkan atas perehat kaki. Pendek kata, kejuruteraan ergonomik Ninja 250R layak diberi kepujian.

Respons lancar

Pendikit pula memberi respons sederhana ketika memulas dan prestasi penukaran gear lancar tanpa sebarang kesukaran. Lembut dan lancar. Alunan irama ekzos semakin nyaring apabila paras meter pusingan enjin seminit (RPM) melepasi paras 5,000.

Apabila mendesak meter RPM ke paras 9,000 hingga 13,000, hamburan kuasa sememangnya menyeronokkan dan jentera semakin ringan. Kelajuan maksimum boleh mencecah sehingga 170 kilometer sejam (km/j).

Jangan mengeraskan badan sewaktu mengambil selekoh apatah lagi pada kelajuan 100km/j kerana roda belakang boleh membuang dengan mudah. Tungganglah secara rileks sambil halakan badan mengikut arah ingin membelok. Imbangan badan itu penting.


SET ekzos menghasilkan bunyi yang tidak membingitkan telinga.


Haba enjin kurang terasa ekoran tindakan saluran keluar angin panas menerusi fairing bersirip. Tamparan angin pula diminimumkan ekoran adanya penghadang angin. Getaran enjin tetap terasa namun ia tidak jejas keselesaan tunggangan.

Berhubung soal penggunaan minyak petrol, satu tangki penuh petrol membolehkan penulis mencapai jarak tunggangan sehingga 330km. Catatan itu direkodkan sebelum meter minyak mula berkedip.

Ninja 250R nyata satu produk Kawasaki Malaysia yang cukup baik untuk dimiliki bagi mereka yang berhasrat menukar jentera sedia ada. Jika ada penstrukturan semula harga motosikal itu, mungkin lebih ramai pengguna akan membelinya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Terjun sapu bersih

Posted:

Terjun sapu bersih

Terjun sapu bersih

TERJUNAN emas daripada atlet negara, Ahmad Amsyar Azman (kiri) dan Ooi Tze Liang ketika beraksi dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki pada Sukan SEA 2013 di Pusat Akuatik Wunna Theikdi, Nay Pyi Taw, Myanmar semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar – Skuad terjun negara belum menunjukkan sebarang tanda belas kasihan apabila menyapu bersih pingat emas pada Sukan SEA 2013 buat hari ketiga berturut-turut, semalam.

Selepas menjuarai acara 10 meter platform individu lelaki dan wanita serta 3 meter papan anjal individu lelaki dan wanita sebelum ini, penerjun negara dilihat masih tidak mahu mengendurkan cengkaman dengan menguasai pula acara 3 meter papan anjal seirama lelaki dan wanita, semalam.

Gandingan Ahmad Amsyar Azman-Ooi Tze Liang meneruskan kecemerlangan skuad terjun dengan menjuarai kategori lelaki dengan mencatat 373.35 mata.

Mereka meninggalkan penerjun Singapura, Timothy Lee-Mark Lee (336.45 mata) dengan perbezaan 40 mata di tempat kedua manakala gandingan Jamjani Akhmad-Putra Adityo dari Indonesia (334.62 mata) menamatkan saingan di tempat ketiga.

"Kami hanya beraksi seperti biasa tanpa tekanan," kata Tze Liang yang meraih emas kedua peribadinya pada temasya kali ini.

Kejayaan penerjun lelaki itu kemudiannya disusuli dengan kejayaan penerjun wanita apabila gandingan Cheong Jun Hoong-Ng Yan Yee pula mengambil giliran melengkapkan kecemerlangan Malaysia, semalam.

Jun Hoong-Yan Yee mencatat 293.70 mata menewaskan penerjun Indonesia, Eka Indah Purnama-Dewi Setyaningsih (249.90 mata) di tempat kedua dan Fong Kay Yian-Myra Lee Jia Wen (223.53 mata), ketiga.

Hari ini, acara terjun akan menutup tirai dengan menawarkan emas ketujuh dan kelapan dalam acara 10 meter platform seirama lelaki dan wanita.

Setakat ini, Malaysia sudah memenangi kesemua enam emas yang telah dipertandingkan.

'Awasi ancaman Singapura'

Posted:

'Awasi ancaman Singapura'

'Awasi ancaman Singapura'


NASIR Basharudin (kanan) belum pasti diturunkan pada aksi menentang Singapura hari ini akibat kecederaan.


NAY PYI TAW, Myanmar - 'Jangan buat silap.' Itu peringatan daripada pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee kepada anak-anak buahnya menjelang aksi penentuan pingat gangsa menentang Singapura di Stadium Zeyyer Thiri petang ini.

Kim Swee berkata, sebarang kesilapan bakal mengundang padah kerana kedua-dua pasukan sudah mengenali rentak permainan masing-masing.

Selain sebagai hadiah terbaik untuk hari jadi Kim Swee, pingat gangsa itu juga sangat penting buat pemain-pemain yang kebanyakannya akan meninggalkan Harimau Muda tahun depan.

"Kami sudah bertemu dengan Singapura sebanyak dua kali dan kami seri dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

"Jadi, sangat penting untuk pemain menampilkan aksi terbaik serta kurangkan membuat kesilapan. Siapa yang membuat silap, mereka pasti menerima padah," kata Kim Swee selepas mengendalikan sesi latihan pasukan di Golden Guest Hotel semalam.

Pada aksi ketiga Kumpulan A, 15 Disember lalu, Harimau Muda seri 1-1 dengan Singapura, manakala mereka terikat tanpa jaringan pada Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia.

Kim Swee berkata, perlawanan tersebut sangat penting kerana selepas gagal memenangi pingat emas hatrik, mereka perlu membawa pulang pingat gangsa.

Bagaimanapun, Kim Swee menjangkakan satu perlawanan yang sukar kerana kedua-dua pasukan bertekad untuk memenangi pingat gangsa sebagai pengubat kekecewaan.

Katanya, beliau tidak akan memandang mudah perlawanan itu dan akan menurunkan barisan terkuat.

Bagaimanapun, Harimau Muda bakal kehilangan khidmat dua pemain utama selepas Mohamad Nasir Basharudin dan Ashri Chuchu mengalami kecederaan.

"Selepas gagal mempertahankan pingat emas yang diinginkan, kami perlu memastikan pingat gangsa menjadi milik kami. Saya akan menurunkan kesebelasan terbaik bagi memastikan kami tidak pulang dengan tangan kosong.

"Pemain-pemain masih muda dan apabila bermain dalam perlawanan besar seperti itu, sudah pasti ada sedikit perasaan gugup tetapi secara keseluruhannya, saya tidak nampak kekurangan mereka.

"Saya berpuas hati terutamanya dengan sikap yang mereka tunjukkan. Mereka telah berjuang sehingga ke minit-minit terakhir.

"Kemungkinan besar, kedua-dua pemain itu (Nasir dan Ashri) tidak dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut," katanya.

Kim Swee berkata, beliau akan memastikan pemain-pemain berada pada tahap terbaik meskipun ketika ini mereka berada dalam situasi keletihan selepas bermain lima perlawanan dalam tempoh dua minggu.

Katanya, pemain-pemain tidak menunjukkan perasaan kecewa meskipun gagal melayakkan diri ke final kelmarin.

Hoki wanita julang emas

Posted:

Hoki wanita julang emas

Hoki wanita julang emas


SKUAD hoki wanita negara meraikan kejayaan mereka meraih pingat emas acara hoki selepas menewaskan Thailand 6-1 pada perlawanan akhir semalam.


YANGON, Myanmar - Skuad hoki wanita negara berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya mempertahankan pingat emas selepas menewaskan Thailand 6-1 pada final Sukan SEA 2013 di Stadium Hoki Theinphyu semalam.

Pada perlawanan tersebut, skuad bimbingan jurulatih Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim cemerlang dengan rekod perlawanan tanpa kalah apabila Nuraini Abdul Rashid menjaringkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti seawal minit keempat perlawanan.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan Thailand terus memberi tentangan sengit kepada pasukan negara namun Juliani Mohamad Din berhasil menyempurnakan pukulan sudut penalti dengan gol kedua pada minit ke-28.

Babak kedua perlawanan, skuad negara terus memberikan aksi bertenaga apabila kapten pasukan Nadia Abdul Rahman cemerlang menjaringkan gol ketiga menerusi jaringan padang pada minit ke-38.

Skuad negara terus memberikan tekanan kepada pasukan lawan apabila Raja Norsharina Raja Shahbudin menjaringakan gol keempat pada minit ke-52, seminit kemudian Nurul Nabila Mansur menambah gol kelima buat negara menerusi jaringan padang.

Fazillah Sylbester Silin mengesahkan kemenangan pasukan negara dengan jaringan keenam menerusi gol padang pada minit ke-67.

Thailand yang meraih pingat perak memperoleh gol tunggal menerusi jaringan pukulan sudut penalti oleh Suratwadee Pimsan pada minit ke-70.

Pingat gangsa diraih pasukan tuan rumah, Myanmar selepas menewaskan Singapura 1-0 dalam satu lagi perlawanan penentuan pingat semalam.

Mohd. Nasihin ketika ditemui berkata, beliau berbangga dengan kesungguhan pasukan negara bagi memastikan kecemerlangan sukan hoki negara di peringkat Asia Tenggara.

"Kejayaan ini merupakan pingat emas pertama buat saya sebagai jurulatih di Sukan SEA. Saya amat gembira kerana daripada mula perlawanan berlangsung pasukan negara mencipta sejarah dunia dengan menjaringkan 36 gol ketika menentang Kemboja pada perlawanan pusingan awal.

"Pemain saya hari ini (semalam) bermain bermati-matian, saya amat menghargai kesungguhan mereka di sini. Thailand bermain dengan bagus, pertahanan mereka menyukarkan skuad negara untuk memberi serangan. Bagi saya perlawanan sebegini bagus untuk sukan hoki di peringkat Asia Tenggara," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Peluang peniaga promosi produk

Posted:

Peluang peniaga promosi produk

Peluang peniaga promosi produk

PENGUNJUNG juga boleh mendapatkan keperluan kelengkapan sekolah pada harga yang rendah.


KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah setiap peniaga yang menyertai Karnival Jualan Gudang Kedua (FOC ke-2) di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Kuala Lumpur.

Selain dapat menambah pendapatan, karnival itu juga dijadikan medan untuk mempromosikan produk terbaharu dengan cara yang lebih cepat dan mudah.

Menurut salah seorang peniaga, Rabiayatul Adawiyah Alias, 21, dia berasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama menyertai karnival tersebut buat pertama kalinya.

"Saya menjual produk kecantikan secara dalam talian, namun disebabkan potensi yang ada pada produk ini, maka saya telah dijemput untuk menyertai karnival ini.

"Sasaran utama saya adalah untuk memperkenal produk terbaharu keluaran syarikat saya kepada para pengunjung," katanya.

Menurut peniaga kelahiran Kuala Lumpur itu, dia menjual barangan kecantikan seperti produk untuk muka dan badan daripada bahan semula jadi. Dia turut memberikan harga istimewa dan beberapa barangan secara percuma.

PERSONAL TRANSPORT ini dijual pada harga RM7,500 seunit.


Selain itu, pameran tersebut turut menjadi tumpuan syarikat-syarikat tempatan mempamerkan atau memperkenalkan produk berteknologi terkini.

Antaranya, kenderaan beroda dua dikenali sebagai Personal Transport yang diimport dari negara China oleh Leadway (Malaysia) Sdn. Bhd. Keistimewaan produk ini ialah menggunakan teknologi hijau.

Menurut Pengurus Pemasaran Leadway, Cindy Tan, pihaknya turut memberi peluang kepada para pengunjung untuk mencuba kenderaan tersebut secara percuma.

"Kenderaan ini berfungsi menggunakan tenaga bateri yang boleh dicas semula dan boleh bergerak sejauh 30 kilometer. Kenderaan ini dijual pada harga serendah RM7,500 seunit dan boleh digunakan untuk beriadah, di dalam kilang dan lapangan terbang.


UTUSAN KARYA iaitu anak syarikat Kumpulan Utusan turut menyertai karnival ini.


"Promosi secara percuma ini juga hanya ditawarkan kepada pengunjung-pengunjung karnival ini manakala di tempat-tempat lain biasanya dikenakan bayaran sebanyak RM5," katanya.

FOC kali ke-2 ini dianjurkan Koperasi Matrade Kuala Lumpur Berhad (Coop Matrade) bermula dari 18 hingga 22 Disember ini.

Sepanjang lima hari program itu, pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai barangan termasuk makanan, pakaian, kasut, barangan bayi dan kelengkapan sekolah anak-anak.

Salah seorang pengunjung, Amy Rejab, 30, antara tarikan utama pameran kali ini ialah tawaran harga barangan yang lebih rendah berbanding di tempat lain.

Ujar pekerja swasta itu lagi, dia mengunjungi karnival tersebut selepas diberitahu oleh rakan-rakan sekerjanya.

"Saya peminat produk kecantikan dan di karnival ini terdapat pelbagai jenama dan setiap penjual memberikan tawaran yang menarik.


PENGUNJUNG boleh menjamu selera di gerai makanan yang ditawarkan pada harga berpatutan.


"Saya akan datang semula pada hari terakhir kerana kebiasaannya para penjual membuat tawaran harga runtuh," katanya yang membeli beberapa produk tersebut.

Bagi Wan Ahmad Wan Abdullah, 30, dia sanggup menempuh perjalanan dari Johor Bahru ke ibu negara semata-mata untuk mengunjungi karnival tersebut.

Penggemar barang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) itu, menganggap penganjuran FOC kali ini melibatkan penyertaan yang lebih banyak daripada pihak IKS berbanding penganjuran kali pertama lalu.

"Karnival seperti ini memberi peluang kepada saya untuk menimba ilmu daripada usahawan-usahawan bumiputera yang telah berjaya selain dapat mengenali produk-produk terbaharu keluaran mereka.

"Produk-produk keluaran IKS sebenarnya berkualiti tinggi, namun disebabkan kurangnya promosi maka kurang dikenali," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Anggota PDRM terperangkap dalam serangan di Sudan Selatan diselamatkan - Khalid

Posted:

Anggota PDRM terperangkap dalam serangan di Sudan Selatan diselamatkan - Khalid

Anggota PDRM terperangkap dalam serangan di Sudan Selatan diselamatkan - Khalid

20/12/2013 10:34pm

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terperangkap dalam serangan puak bersengketa di Sudan Selatan, telah diselamatkan.

"Syukur, Koperal Pritam Singh yang terperangkap di dalam sengketa etnik di Bor, South Sudan telah diselamatkan oleh Pasukan Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," katanya menerusi laman Twitter.

Anggota polis itu dilapor terperangkap di Akobo, Bor, sejak Rabu lepas.

Beliau antara anggota PDRM yang berkhidmat dalam Pasukan Pengaman PBB di negara berkenaan.

"Keadaan di South Sudan amat meruncing ekoran sengketa/pembunuhan di antara Ethnik Nuer dan Dinka. Alhamdulillah Wira kita selamat," demikian catatan Khalid menerusi akaun Twitternya itu.

Usaha Bernama untuk menghubungi Khalid bagi mendapatkan maklumat lanjut bagaimanapun gagal.

Media melaporkan sejak 15 Disember lepas, lebih 500 terkorban manakala 800 lagi cedera dalam pertempuran membabitkan penyokong Presiden Sudan Selatan Salva Kiir dan penyokong bekas Naib Presiden, Riek Machar.

Pertempuran turut dilapor berlaku di Pibor, satu kawasan di Jonglei.

Etnik Dinka merupakan penyokong Kiir, manakala Nuer pula menyebelahi Machar. - Bernama

APMM perkukuh pasukan forensik

Posted:

APMM perkukuh pasukan forensik

APMM perkukuh pasukan forensik

20/12/2013 9:48pm

PUTRAJAYA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini dalam usaha memantapkan pasukan forensiknya menerusi latihan dan kursus yang dirancang secara berjadual.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Muda Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pasukan itu yang ditubuhkan pada 2012 kini dianggotai 30 pegawai.

"Pasukan ini baru selesai menjalani kursus dari 2 hingga 18 Dis lepas melibatkan kerjasama pakar forensik, Pengawal Pantai Jepun bersama Fakulti Sains Forensik, Universiti Kebangsaan Malaysia," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, sejak diwujudkan pasukan itu telah terbabit dalam 11 kes.

"Antara kes yang pernah dikendalikan dan didakwa di mahkamah melibatkan kes penyeludupan dadah dan rompakan bersenjata di laut," katanya. - Bernama

Bekas bintang Akademi Fantasia menang saman terhadap TV3

Posted:

Bekas bintang Akademi Fantasia menang saman terhadap TV3

Bekas bintang Akademi Fantasia menang saman terhadap TV3

20/12/2013 9:08pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan TV3 dan empat yang lain membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang Akademi Fantasia Musim ke-2, Nurullah Zawawi dan suaminya dalam kes saman fitnah berhubung status perkahwinan mereka yang disiarkan dalam program hiburan Melodi dua tahun lepas.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada penyanyi itu yang lebih dikenali dengan gelaran Nurul AF2 dan suaminya, Mohd. Munzil Muhamad selaku plaintif pertama dan kedua.

Nor Bee membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan pasangan itu terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi, Azman Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn. Bhd. dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi.

Nor Bee juga memutuskan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan masing-masing dalam kes saman itu.

Pada 5 September 2011, Nurul dan suaminya memfailkan saman terhadap kesemua defendan selepas rancangan Melodi pada 26 Jun 2011, menyiarkan kenyataan berhubung isu perkahwinan mereka yang didakwa berunsur fitnah berserta gambar visual yang merujuk kepada pasangan itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Misi satelit Gaia buat peta 1 bilion bintang

Posted:

Misi satelit Gaia buat peta 1 bilion bintang

Misi satelit Gaia buat peta 1 bilion bintang

LAKARAN artis menunjukkan satelit itu membuat pemetaan di galaksi Bima Sakti. - REUTERS


BERLIN - Agensi Angkasa Lepas Eropah berjaya melancarkan satelit peninjau ke angkasa lepas semalam dalam usaha untuk memetakan satu bilion bintang di galaksi Bima Sakti dalam bentuk tiga dimensi.

Menurut agensi itu, satelit Gaia itu memasuki angkasa lepas dari pusat pelancaran Kourou di Guiana Perancis pada pukul 6.12 pagi waktu tempatan.

Satelit itu dibawa dengan roket buatan Rusia, Soyuz ke angkasa lepas.

Sejurus selepas Gaia tiba di Lagrange 2 yang terletak di angkasa lepas dan sejauh 1.5 juta kilometer dari Bumi, ia akan membuka pelindung cahaya matahari secara automatik.

Pelindung itu akan melindungi peralatan penting daripada terkena sinaran matahari.

Satelit itu akan menggunakan dua buah teleskop bagi mengkaji kedudukan, pergerakan serta bahan kimia yang terdapat pada satu bilion bintang.

Bima Sakti mempunyai kira-kira 100 bilion bintang.

Data-data itu akan membantu para saintis menentukan asal usul Bima Sakti dan evolusinya, menurut timbalan ketua projek tersebut, Jos de Bruijne.

Misi itu melibatkan kos sebanyak AS$1 bilion (RM3.2 bilion). - Agensi

Porsche korbankan Walker tiada masalah mekanikal

Posted:

Porsche korbankan Walker tiada masalah mekanikal

Porsche korbankan Walker tiada masalah mekanikal


GAMBAR fail menunjukkan lokasi nahas Porsche yang mengorbankan Walker di Valencia pada 30 November lalu.


LOS ANGELES - Para penyiasat mendapati tiada bukti bahawa kereta Porsche yang mengorbankan pelakon filem Fast & Furious, Paul Walker (gambar kecil) mengalami masalah mekanikal sehingga ia merempuh tiang lampu dan pokok sebelum terbakar di Valencia, California.

Siasatan yang dilakukan pihak berkuasa tersebut turut menafikan terdapat serpihan di atas jalan raya yang menyebabkan kereta yang dipandu rakan Walker itu terbabas.

Dalam siasatan itu juga, para penyiasat tidak menemui keadaan jalan raya sebagai punca yang menyebabkan nahas tersebut berlaku.

"Kami sedang melakukan siasatan tentang kelajuan kereta itu," kata seorang pegawai penguat kuasa kepada agensi berita The Associated Press.

Nahas yang berlaku pada 30 November lalu itu turut mengorbankan pemandu kereta berkenaan, Roger Rodas yang juga penasihat kewangan Walker.

Ketika nahas, Rodas memandu kereta Porsche Carrera GT keluaran tahun 2005.

Badan Walker dilaporkan teruk terbakar dalam nahas tersebut.

Para jurutera kereta Porsche juga akan datang ke California pada bulan depan untuk membantu siasatan.

Data maklumat kereta itu terselamat walaupun ia teruk terbakar.

Rodas, 38, dan Walker, 40, merupakan pemilik bersama sebuah syarikat perlumbaan kereta.

Rakan Walker itu juga seorang pemandu lumba kereta profesional.

Filem Fast & Furious lakonan Walker mengisahkan tentang perlumbaan jalanan. - Agensi

Kotak kaca di puncak gunung Perancis jadi tarikan pelancong

Posted:

Kotak kaca di puncak gunung Perancis jadi tarikan pelancong

Kotak kaca di puncak gunung Perancis jadi tarikan pelancong


DECHAVANNE berdiri di dalam kotak kaca itu.


PARIS - Sebuah kotak kaca diletakkan di struktur bangunan di puncak Gunung Aiguille du Midi di pergunungan Alps, Perancis.

Kotak kaca itu berada pada ketinggian 3,842 meter dan para pengunjung boleh melihat pemandangan unik kawasan pergunungan.

Pengunjung perlu memakai selipar semasa mereka memasuki kotak kaca itu.

Kotak kaca itu akan dibuka kepada orang ramai pada 21 Disember depan.

Ia merupakan daya tarikan pelancong terbaharu di lokasi itu.

Para pelancong boleh menyaksikan pemandangan Gunung Mont Blanc yang paling tinggi di Eropah.

Syarikat Compagnie du Mont Blanc yang diketuai Mathieu Dechavanne membiayai kos kotak kaca itu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Kehidupan kami lebih baik

Posted:

Kehidupan kami lebih baik

Kehidupan kami lebih baik

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

PANGGILAN telefon yang diterima daripada anak saudaranya tentang peluang bekerja di syarikat Superbest Power Health Food & Beverages Sdn. Bhd. (Superbest Power) saat dia memerlukan wang disifatkan sebagai durian runtuh.

Meskipun menerima tawaran tersebut ketika dia dalam pantang, Satrah Sulaiman, 39, menggagahkan dirinya untuk menghadiri temu duga terbuka syarikat pengeluar kopi pracampur berjenama Superbest Power itu.

Mengimbas peristiwa setahun lalu, ibu tunggal itu memberitahu, Pengarah Urusan Superbest Power, Kamal Mohd. Nor pada ketika itu tidak teragak-agak untuk menawarkan pekerjaan kepadanya.

"Saya mengisi borang permohonan, sebelum dipanggil untuk ditemu duga dan diterima bekerja pada minggu yang sama.

"Tindakan Kamal bukan sahaja memberikan saya peluang dapat membesarkan anak saya dengan baik, malah turut meletakkan kepercayaan kepada saya untuk melancarkan operasi perniagaan Superbest Power," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Diberi tanggungjawab untuk menjaga mesin pengadun kopi, Satrah perlu mengadunkan 1.5 tan campuran bahan mentah setiap hari dan setiap 300 kilogram campuran yang mengambil masa selama satu jam. Bahan-bahan yang diadun ialah krimer, biji kopi Arabika dari Brazil dan herba terpilih.


KIRA-KIRA 45,000 pek kopi Superbest Power dibungkus setiap hari.


Suami meninggal dunia

Mesin tersebut merupakan salah satu alat penggerak utama dalam menghasilkan produk Superbest Power. Mensyukuri kehidupannya kini, Satrah memberitahu, kehidupannya sebelum ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila suami keduanya, .Omar Salleh Bukko meninggal dunia tahun lalu.

"Saya berkahwin pada usia 18 tahun. Namun, perkahwinan kami hanya bertahan selama 19 tahun dan bercerai pada 2001. Selepas bergelar ibu tunggal, saya telah berhijrah dari Tawau, Sabah ke Semenanjung Malaysia dan tinggal bersama kakak di Damansara Damai, Petaling Jaya.

"Pada tahun 2010, saya berkahwin buat kali kedua dengan seorang pegawai pameran perabot. Bagaimanapun, suami meninggal dunia dalam satu kemalangan di Melaka dan saya menjadi ibu tunggal untuk kali kedua," ujarnya yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya.

Bagaimanapun, ketiga-tiga anaknya itu kini di bawah jagaan bekas suaminya. Satrah, yang mempunyai seorang anak dengan arwah suami kedua dan memelihara bayi tersebut. Bayi yang berumur satu tahun lima bulan itu akan dihantar ke rumah pengasuh apabila dia keluar bekerja.

Satrah telah bekerja selama setahun empat bulan dan berjaya memperbaiki taraf kehidupannya sebagai ibu tunggal.

"Saya kini lebih berdikari dan tidak meminta pertolongan daripada orang lain. Setiap bulan saya mampu untuk membayar sewa rumah, bil air dan api, Astro serta upah pengasuh," katanya.

Sementara itu, Kamal memberitahu, dia begitu bersimpati dengan nasib yang menimpa Satrah.

"Satrah berjumpa dengan saya dan menceritakan keperitan hidupnya. Dia juga memberitahu bahawa dia tiba di Kuala Lumpur dengan keadaan sehelai sepinggang.

"Namun, dia tidak pernah berputus asa untuk meneruskan kehidupan dan itu membuatkan saya yakin untuk mengambilnya bekerja," jelas beliau yang berharap pendapatan yang diperoleh dapat membantu memperbaiki taraf hidup wanita tersebut.


SATRAH dibantu seorang pekerja memasukkan bahan mentah serbuk kopi.


Bantu suami

Seorang ibu muda, Siti Aisah Sulaiman, 28, bekerja di syarikat ini kerana mahu membantu suaminya, Abdullah Wahab, untuk membesarkan sembilan orang anak mereka.

"Saya membantu suami untuk membesarkan tujuh orang anak tiri dan dua anak kandung. Suami pula bekerja sebagai pemandu peribadi dan gaji yang diperoleh hanya cukup untuk menampung perbelanjaan asas.

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk membantu suami. Syukur, Allah telah mempermudahkan urusan saya apabila diterima bekerja di sini," ujarnya.

Menurut Siti Aisah, dia pernah menghidap sakit selepas melahirkan anak kedua. Disebabkan masalah itu, suaminya tidak membenarkan dia keluar bekerja.

Bagaimanapun, selepas berjaya memujuk suaminya, kini Siti Aisah sudah masuk setahun tiga bulan bekerja di syarikat Superbest Power.

Ketika ditemu bual, Siti Aisah begitu sibuk memastikan pek bungkusan kopi Superbest Power dikelim dengan sempurna. Menurutnya, kira-kira 45,000 bungkusan kopi Superbest Power dipek dan dimasukkan ke dalam kotak bungkusan setiap hari.

Lain pula kisahnya dengan seorang ibu tunggal yang bekerja di syarikat berkenaan, Kamsiah Marzuki, 45.

Menurut Kamsiah, dia memohon pekerjaan tersebut kerana tidak mahu menyusahkan empat orang anaknya yang masing-masing berusia 29, 28, 26 dan 22 tahun.

"Anak sulung saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, manakala yang lain sibuk menguruskan kehidupan masing-masing. Saya lebih seklesa berdikari supaya tidak membebankan mereka," jelas wanita yang bertugas di bahagian pembungkusan produk Superbest Power.

Kamsiah ditugaskan di bahagian pembungkusan bersama enam pekerja yang lain. Kira-kira 3,000 kotak produk Superbest Power akan dimasukkan ke dalam plastik secara manual sebelum ia digam menggunakan mesin automatik.

Menurut Kamsiah, dia berkira-kira untuk menunaikan ibadah umrah dengan wang simpanan hasil titik peluhnya sendiri.

"Setiap bulan saya akan menyimpan satu perempat gaji sebagai persiapan untuk ke Tanah Suci," luahnya yang berharap untuk menjejakkan kaki ke sana sementara kudratnya masih kuat.


KAMAL kerap turun padang untuk memastikan kelancaran pengeluaran produk Superbest Power.


Hujung tahun ini, genaplah tujuh bulan Kamsiah bekerja di Superbest Power dan kini dia berasa lega kerana boleh merancang kehidupannya tanpa perlu melibatkan anak-anak.

"Kepala saya tidak lagi runsing memikirkan perbelanjaan rumah atau menjadi bebanan kepada anak-anak. Gaji yang diperoleh sangat mencukupi untuk menampung diri, malah saya turut pergi membeli-belah mencari pakaian baharu," katanya.

Jelas Kamsiah, untuk perbelanjaan harian, dia dan rakan-rakannya bermain kutu secara mingguan dan bulanan.

Melihat semangat kekeluargaan yang ditunjukkan dalam kalangan pekerjasyarikat Superbest Power, Kamal mengakui bahawa aspek tersebut sering ditekankan syarikat tersebut demi memantapkan kerjasama sesama mereka.

"Melalui usaha dan aktiviti yang dijalankan antara mereka, kami dapat melihat keakraban hubungan dan kepercayaan yang terbina.

"Saya sangat bersyukur dengan keharmonian ini. Untuk meningkatkan lagi ikatan silaturrahim ini, kami turut menganjurkan majlis makan-makan atau meraikan hari jadi pekerja," katanya.

Batik canting tarikan Pavilion Malaysia

Posted:

Batik canting tarikan Pavilion Malaysia

Batik canting tarikan Pavilion Malaysia

Oleh NAJIBAH HASSAN


ZAKIAH (tengah), Ying (kanan) dan rakannya yang berjaya mewarnakan batik canting mereka hasil tunjuk ajar beliau.


SERAKAN dan gabungan beberapa warna air yang diserap kain kapas yang siap dicanting dengan corak batik itu benar-benar menarik perhatian Yang Ying, 30, ketika dia melintasi gerai Pavilion Malaysia.

Setelah memerhati dengan teliti kaedah mewarna yang ditunjukkan oleh ilustrator Zakiah Isa, wanita dari wilayah Jiangxi, China itu memberanikan diri bertanya sama ada dia boleh mencubanya.

Selepas diberikan berus, warna air dan batik canting, Ying duduk di meja yang disediakan lalu dia terus mewarna tanpa mempedulikan orang ramai yang mengerumuninya.

Dalam masa kurang 10 minit, ibu kepada seorang anak itu berjaya mewarnakan lukisannya.

"Ia satu pengalaman yang menakjubkan. Saya bebas mewarna mengikut cita rasa saya. Inilah kali pertama saya melihat batik canting. Lazimnya saya melihat lukisan di atas kertas, tetapi ia dicanting di atas kain.

"Seni ini cukup cantik, ringkas dan istimewa," kata pengarang majalah itu yang datang ke Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China (CCBF) baru-baru ini bersama seorang rakan.

CCBF merupakan acara yang julung-julung kali dianjurkan khusus untuk memberi tumpuan kepada perdagangan hak cipta, penerbitan, cetakan dan pengedaran buku kanak-kanak dari usia bayi hingga 16 tahun.

Belum pun sempat Ying habis mewarna, Pavilion Malaysia terus diasak pengunjung tanpa henti untuk mendapatkan batik canting yang serupa sehingga Zakiah tidak menang tangan melayannya kerana lukisan itu diberi secara percuma.


NAEMAH (kiri) dan Zakiah menyusun batik canting yang bakal diwarnakan oleh pengunjung yang berminat.


Percuma

Lebih menggembirakan, mereka yang siap mewarna lukisan masing-masing boleh membawanya pulang ke rumah. Memandangkan begitu ramai yang ingin cuba mewarna, ada yang sanggup menunggu giliran sementara menantikan individu lain siap mewarna.

Suri rumah, Hua Xiong, 35, yang datang ke CCBF bersama seorang anak lelakinya, Fay, 7, memberitahu, anaknya begitu gemar dengan subjek lukisan.

"Batik canting ini sesuatu yang baharu kepadanya dan dia cukup teruja mewarna batik tersebut," jelas wanita yang berasal dari Shanghai yag turut membawa rakan sekelas anaknya.

Zakiah, 55, memberitahu, aktiviti mewarna lukisan batik canting itu berjaya menarik ramai pengunjung ke Pavilion Malaysia untuk mengenali batik canting dan buku-buku yang dipamerkan.

"Melalui cara ini kita dapat berkenalan dan membina rangkaian lebih dekat dengan para penerbit dan pengarang.

"Apa yang lebih mengujakan saya ialah buku-buku Pak Yusof yang dibawa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 11 judul dan buku-buku terbitan Lingard Literacy Agency berjaya menarik perhatian para penerbit di sana untuk diterjemahkan," katanya yang teruja dengan sambutan orang ramai terhadap lukisan tema gajah suaminya, Yusof Gajah, seorang pelukis tersohor tanah air.

Menurut ibu kepada tiga anak itu, beliau membuat persediaan selama seminggu untuk menjalankan aktiviti mewarna batik canting dengan menggunakan papan lapis.

Zakiah yang lebih mesra dengan panggilan Mama menjelaskan, meskipun beliau membawa 105 buah lukisan batik canting dengan gambar yang berbeza untuk diwarnakan, jumlah tersebut ternyata tidak mencukupi. Antara lukisan tersebut ialah bunga raya, gajah membaca buku, gajah memegang pensel, ikan di dalam kolam dan sebagainya.

Bahkan, katanya sepanjang tiga hari pesta berlangsung, sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan. Bukan kanak-kanak yang datang bersama ibu bapa saja yang berebut mahu mewarna batik canting, bahkan orang dewasa juga ramai yang menunjukkan minat. "Idea Perbadanan Kota Buku mengetengahkan aktiviti mewarna batik canting sesuatu yang berbeza dan mengujakan pengunjung," jelasnya yang pertama kali mengendalikan aktiviti seumpama itu di Shanghai.

Selain Zakiah, seorang lagi penulis dan ilustrator yang menjayakan aktiviti mewarna batik canting ini ialah Naemah Ismail.


PAVILION Malaysia yang mempamerkan bahan-bahan bacaan dari negara ini.


Identiti Malaysia

CCBF yang berlangsung di Pusat Pameran ShanghaiMart, Shanghai, China itu turut disertai Perbadanan Kota Buku dengan membawa 40 delegasi yang terdiri daripada penerbit, penulis, penggiat buku, ilustrator dan penggiat tekno kreatif.

Antara penerbit tempatan yang terlibat ialah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, BackBone Entertainment serta disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Pengurus Perbadanan Kota Buku, Norhayati Razali berkata, walaupun acara ini julung-julung kali dianjurkan, pihaknya yakin Malaysia memiliki bahan-bahan yang sesuai untuk dijual hak ciptanya di Shanghai.

"Saya percaya buku-buku yang membawa identiti Malaysia dapat memancing minat penerbit-penerbit luar kerana kita mempunyai kumpulan profesional yang bergiat cergas dalam industri buku kanak-kanak," katanya.

Selain membawa lebih 100 judul buku kanak-kanak yang dipamerkan di Pavilion Malaysia, penyertaan ini kata beliau dapat membuka lembaran baharu kepada industri perbukuan tempatan.

Perbadanan Kota Buku berperanan sebagai pusat sehenti bagi menghimpunkan kegiatan perbukuan bagi pembaca, penulis dan penerbit bertemu serta menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan.

Jaga hubungan keluarga bersama adik-beradik

Posted:

Jaga hubungan keluarga bersama adik-beradik

Jaga hubungan keluarga bersama adik-beradik


HUBUNGAN bersama rakan-rakan di luar negara ibarat adik-beradik kerana masing-masing jauh daripada keluarga tersayang. - Gambar hiasan


ADIK-BERADIK merupakan harta perasaan yang tidak ternilai. Ia membawa damai di hati. Lalu tidak pelik apabila mendengar kata-kata mereka yang berada di perantauan berkata, 'hubungan kami seperti adik-beradik'.

Itulah nilai persahabatan bersama sahabat handai yang dikatakan melangkaui hubungan saudara sebapa. Bagaimana pula dengan hubungan sebenar bersama adik-beradik?

Saya fikir, kami iaitu saya dan isteri mempunyai hubungan rapat dengan keluarga yang hampir. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Isteri pula separuh daripada bilangan tersebut.

Jika disekalikan, maka jumlah adik-beradik yang kami miliki menjadi 18 orang kesemuanya. Alhamdulillah, Allah memberi nikmat bilangan adik-beradik yang ramai kepada kami berdua.

Antara adik-beradik saya dan isteri, mereka boleh bertemu tanpa kehadiran kami sekeluarga. Misalnya, kami ketawa melihat kedatangan salah seorang adik ipar ke Madinah tanpa isteri.

Maksudnya, beliau hadir bersama kakak-kakak ipar dan biras. Kelihatan mereka serasi. Malah beliau menjadi ahli keluarga yang bertanggungjawab terhadap ahli rombongannya.

Sesungguhnya kami sangat menyanjungi adik-beradik yang hampir. Ia hubungan kasih sayang yang luar biasa. Menjalin hubungan seumpama ini memerlukan setiap ahli keluarga saling bertolak ansur.

Tiada perbezaan darjat

Tiada pangkat dan darjat perlu diketengahkan. Profesor atau berkelulusan doktor falsafah tidak mempunyai merit antara adik-beradik. Malah jika bergelar Tan Sri, Datuk atau Puan Seri tidak bermakna buat adik-beradik.

Hubungan bukan berpaksi kepada nilai tersebut. Ia rasa kasih sayang yang mahu berpanjangan sehingga dipertemukan kembali di syurga Firdaus. Allah SWT telah menegaskan melalui surah Muhammad, ayat 22-23 yang bermaksud: "Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknat Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka."

Benar, 12. Itulah jumlah adik-beradik yang saya ada. Tiga lelaki dan sembilan perempuan. Hampir kesemuanya berselang dua tahun kelahiran. Kakak sulung berusia 56 tahun dan adik bongsu pula berusia 31 tahun.

Kami 12 beradik dibesarkan dalam suasana kemesraan dan saling mengasihi. Pertelingkahan, rasa hati atau terkedu di jiwa selalunya tidak bertahan lama. Istilah air dicincang tidak akan putus benar-benar berlaku.


KEMATIAN menjadi pemisah antara hubungan kekeluargaan di dunia tetapi ia tetap kekal hingga ke akhirat.


Ia bercantum bukan kerana soal benar atau salah tetapi lebih kepada perasaan bertolak-ansur antara kakak dengan adik atau adik dengan abang. Ia perasaan hormat yang diajar oleh kedua-dua ibu bapa sejak kecil. Ia perasaan yang bukan dipaksa-paksa.

Hakikatnya, ramai yang kelihatan hampir dengan kita. Namun, kesemuanya berjauhan apabila tiba masanya. Kita akan dipisahkan.

Pertama, antara dunia dengan alam kubur. Siapa yang dulu dijemput pergi tentu sekali tidak mengikut susunan usia. Misalnya, adik perempuan kami Haniza dijemput Allah ketika usianya mencecah 35 tahun.

Saya masih terkenang renungan mata tajamnya memandang saya beberapa hari sebelum dipanggil pulang. Beliau menyatakan: "Abang, rasanya Za sudah sampai masanya," kenyataan yang disampaikan dengan satu senyuman menyebakkan rasa hati.

Namun, itulah pengajaran atau ingatan paling berkesan kepada adik-beradik yang tinggal. Kematian tidak mengikut susunan atau turutan. Malah tiada sesiapa yang mampu melarikan diri daripada kematian. Ia tidak lambat atau cepat walau sesaat.

Masya-Allah, hubungan adik-beradik pastinya bernoktah. Bila, tiada siapa mampu menduga. Malah kehidupan berkeluarga boleh menyebabkan hubungan ini semakin terpisah.

Lalu, ia sangat tidak berbaloi untuk bermasam-muka, menjual ego atau mahu menunjuk-nunjuk kehebatan sesama adik-beradik. Mudah-mudahan kita semua akan diberkati dan dirahmati Allah dengan sifat kasih mengasihi sesama adik-beradik.

Wajah berseri

Kedua, pada hari pembalasan. Saya terbayangkan kami, kaum keluarga akan berseri-seri wajah kegembiraan ketika menerima surah amal seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT melalui surah al-Inshiqaq, ayat 7-9 yang bermaksud: "Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya; maka beliau akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, dan beliau akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita."

Ketiga, ketika menjalani kehidupan yang kekal abadi. Lalu rasa cinta kepada keluarga yang hampir perlu diterjemahkan agar kita semua dapat berkumpul di tempat yang satu, kehidupan di syurga yang kekal abadi.

Saya mahu begitu. Biarlah kami sekeluarga dibangkitkan bersama Baginda SAW walaupun ia hanya segelintir daripada kumpulan akhir zaman.

Saya telah melalui perjalanan kehidupan panjang dengan hati dan perasaan. Rakan datang dan pergi. Teman ketawa beribu. Mereka yang sudi menangis bersama boleh dibilang dengan jari.

Namun adik-beradik sendiri, Insya-Allah tidak begitu. Mereka mengasihi dan menyayangi sesama sendiri dengan hati dan perasaan. Syaratnya mudah. Ia perhubungan semata-mata kerana Allah.

Saya terasa damai di hati. Maka mereka juga sentiasa ada di dalam doa-doa agar kami dapat bersama pada kehidupan yang kekal abadi, Insya-Allah. Moga Allah memberi keampunan-Nya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved