Ahad, 15 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Persemadian salasilah Kesultanan Mataram

Posted:

Persemadian salasilah Kesultanan Mataram

Persemadian salasilah Kesultanan Mataram

HANYA berkemban dan sehelai kain batik panjang melilit kemas pinggang gadis berusia lingkungan 20-an itu. Dia duduk bersimpuh mendepani seorang lelaki tua. Di sisinya, terletak plastik berisi kuntuman bunga. Kepulan asap kemenyan pula menusuk deria bau kedua-duanya, namun masing-masing tenang.

Bungkusan bunga itu kemudiannya diserahkan si gadis kepada lelaki tua tersebut. Terkumat-kamit mulut lelaki itu membutir bacaan yang tidak jelas. Seminit berlalu, gadis itu bingkas berdiri mengambil semula bunga yang dipercayai telah dijampi lantas menuju ke kamar yang menempatkan tiga pusara berlantaikan batu marmar.

Sebelum melepasi pintu kamar, dia duduk dan merapatkan dua tapak tangannya ke tengah dada, lalu menundukkan kepala tanda hormat. Kemudian, gadis itu berdoa di hadapan satu daripada tiga pusara itu yang diakhiri dengan menyiram bunga pada kubur Sri Sultan Hamengkubuwana IX, Bendoro Raden Mas Dorodjatun yang juga sultan pertama menjadi Gabenor bagi Daerah Istimewa Jogjakarta selepas Indonesia merdeka.

Minta doa

"Selalu orang yang datang ke sini, bawa bunga untuk didoakan. Doa yang diminta selalunya tentang kesejahteraan hidup, dipertemukan jodoh dan kejayaan dalam pekerjaan.

"Kemudian mereka membacakan doa untuk sultan-sultan terdahulu yang disemadikan di Imogiri ini sebagai satu bentuk penghormatan. Kepercayaan ini telah lama dipraktikkan sebahagian masyarakat Indonesia dan telah menjadi budaya," terang lelaki warga emas itu dalam bahasa Jawa pekat menceritakan hajat si gadis.

Ritual yang dilakukan sigadis adalah upacara biasa di kota pemakaman Imogiri. Kompleks makam yang terletak di atas bukit dalam kawasan Bantul, Jogjakarta itu menjadi tempat persemadian raja-raja Kesultanan Mataram iaitu kerajaan Islam yang wujud sejak abad ke-17 di Pulau Jawa.

PENGUNJUNG kompleks ini perlu memakai pakaian kebudayaan Jawa.


Selain dikunjungi pelawat tempatan, kompleks yang berkedudukan kira-kira 17 kilometer dari pusat bandar raya Jogjakarta itu juga menjadi tarikan utama dalam kalangan pelancong asing. Meskipun secara dasarnya, ia sekadar makam diraja tanpa pulangan liburan menyeronokkan, namun kehalusan seni bina lama dan keunikan struktur seliaannya menjadi buah tangan spiritual paling indah kepada orang luar.

Bagaimanapun, pelawat perlu mendaki ratusan anak tangga yang merupakan satu-satunya laluan terbuka untuk naik ke kompleks itu yang terletak di puncak bukit. Seorang penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Shipar merupakan pemimpin pelancong paling kerap membawa pelawat meneroka kota pemakaman Imogiri.

Pada usia 57 tahun, kudratnya agak luar biasa. Tiada cungap dihela meskipun dia tidak berhenti bercerita tentang sejarah kota berusia 381 tahun itu kepada para pelawat yang keletihan. Pada awal pendakian, Shipar berpesan agar mengira setiap anak tangga curam yang dipijak.

Jumlah anak tangga

Tujuannya bagi membolehkan para pelawat membandingkan kiraan masing-masing. Katanya: "Tidak seorang pun dapat memberi jumlah yang sama dan tepat. Ia adalah sebahagian misteri popular di kawasan pemakaman ini. Jumlah sebenar anak tangga di sini ialah sebanyak 409."

Sepanjang memanjat tangga-tangga curam itu, kelihatan beberapa kubur di kanan dan kiri kawasan. Shipar yang menaiki makam Imogiri sekitar 15 kali sehari memberitahu, ia merupakan pusara penduduk tempatan dan jurukunci (penjaga kunci makam yang dilantik istana). Rakyat biasa yang tinggal di luar Imogiri tidak mempunyai keistimewaan untuk dikebumikan di sekitar kompleks itu.


KESESAKAN lalu lintas di monumen Jogjakarta iaitu pintu masuk ke bandar bersejarah di Jawa Tengah.


Sebagai syarat memasuki kawasan makam, para pelawat perlu memakai pakaian yang disediakan. Lelaki mesti lengkap menyarungkan kemeja rasmi tradisi orang Jawa (beskap), kain batik parang dan songkok tradisional Jawa (blangkon), sementara wanita yang mahu masuk ke kawasan makam perlu berkemban.

Susun atur kompleks yang dibangunkan sejak tahun 1632 sehingga 1640 itu dipecahkan kepada tiga bahagian. Sayap utama di tengah-tengah kompleks yang terletak di puncak tertinggi bukit menempatkan makam para pemerintah Kesultanan Mataram dan Kesultanan Kartasura.

Bahagian timur kompleks menjadi lokasi persemadian raja-raja daripada susur galur Kesultanan Jogjakarta manakala Kesultanan Surakarta (Solo) berada di sayap barat.

Untuk menziarahi sayap utama, Shipar berpesan supaya menyediakan duit kecil kira-kira 6,000 rupiah (RM1.60) untuk diberikan kepada abdi dalem iaitu orang yang bekerja untuk Istana Kraton yang menjaga pusara setiap raja. Ditambah bayaran masuk berjumlah 3,000 rupiah (RM0.80 sen), kunjungan ke destinasi sepi itu cukup murah.

Sebuah bangsal kayu usang masih utuh berdiri di atas hamparan pasir halus, biarpun telah dimamah ratusan tahun. Di dalamnya bersemadi Sultan Agung Adi Prabu Hanyakrakusuma (Sultan Agung) atau nama sebenarnya Raden Mas Jatmika yang merupakan sultan ketiga Kesultanan Mataram.

Sultan Agung ialah individu yang bertanggungjawab membangunkan kompleks makam tersebut dan menjadi raja pertama dimakamkan di situ. Meninggal dunia pada tahun 1645, pusara beliau masih terpelihara dengan baik.

Dua abdi dalem setia menemani Sultan Agung dalam bangsal sempit, berbumbung rendah dan hanya diterangi lampu minyak tanah. Setiap pelawat diberi peluang mencium tanah wangi yang terletak betul-betul bersebelahan pusara Sultan Agung.

Mengikut kepercayaan penduduk setempat, haruman tanah itu tidak pernah hilang sejak Sultan Agung disemadikan. Dalam bangsal itu juga terletak pusara permaisuri kepada Sultan Agung iaitu Sri Ratu Batang dan Sri Susuhunan Amangkurat II (Raja pertama Kesultanan Kartasura), Raden Mas Rahmat. Persekitaran sayap utama kompleks itu juga menempatkan makam Sri Susuhunan Amangkurat III, Raden Mas Sutikna.


Gabungan kesenian Hindu dan Islam menjadikan kompleks ini kaya nilai peradaban kuno yang masih dipelihara dengan baik.


Abdi dalem

Seorang abdi dalem di situ, Shaiful, 44, menyatakan terdapat hampir 170 abdi dalem yang bertugas di kompleks pemakaman Imogiri.

"Setiap lapan zon dalam makam Imogiri memerlukan sekurang-kurangnya 12 abdi dalem. Enam orang ditugaskan menjaga ruangan atas yang menempatkan pusara raja dan enam lagi duduk di bawah. Mereka yang lebih berusia dan berpengalaman diberi keutamaan menjaga bahagian dalam.

Tugasan ditetapkan mengikut syif kerana ia diselia 24 jam setiap hari.

"Kami tidak ada gaji tetapi menerima wang ihsan bulanan mengikut pengalaman. Memang selalu ia diberikan dalam lingkungan 5 ribu (RM1.34) hingga 10 ribu rupiah (RM2.68).

"Nilai itu memang kecil tetapi kami tidak kisah kerana ingin berada dekat dengan raja.

Shaiful yang mula membantu tugas abdi dalem pada tahun 1994 sebelum dilantik secara rasmi menjelang tahun 2001.

Pesona motosikal berkuasa tinggi

Posted:

Pesona motosikal berkuasa tinggi

Pesona motosikal berkuasa tinggi


KONVOI motosikal berkuasa tinggi di Ivory Coast memberi pengalaman baharu kepada ahli Kelab Elephant Bikers.


PELAPIK gear yang dihiasi kulit, enjin Harley-Davidson yang disalut krom berkilat, konvoi Kelab Elephant's Bikers berjaya mencuri tumpuan golongan miskin dan penduduk kampung yang mereka lawati di Ivory Coast.

Di Afrika Barat, memiliki motosikal berkuasa tinggi adalah mustahil kerana penduduknya hanya memiliki motosikal yang buruk. Orang ramai yang teruja biasanya akan menyambut konvoi tersebut di sepanjang perjalanan dari ibu kota ekonomi, Abidjan ke pelabuhan perindustrian San Pedro iaitu hampir 400 kilometer ke barat.

Di mana sahaja peserta konvoi singgah bagi mendapatkan bekalan keperluan, berduyun-duyun wanita dan kanak-kanak akan mengerumuni motosikal dan pemiliknya.

Kanak-kanak penjual minuman yang mempunyai telefon bimbit tidak akan melepaskan peluang bergambar dengan motosikal tersebut sambil berbual dengan pemiliknya.

"Kami berkongsi kesenangan dan mimpi. Orang ramai mengerti itu. Mereka melihat secara realiti, ia bukan hanya di televisyen," kata Landry Ouegnin salah seorang daripada peserta konvoi.

"Hanya kerana kita hidup dalam sebuah negara yang mundur, tidak bermakna kita tidak boleh berkongsi perkara yang baik," tambah pengurus perniagaan berusia 34 tahun itu, individu yang bertanggungjawab menggerakkan kelab motosikal tersebut.

Kelab Elephant's Bikers, yang ditubuhkan sedekad lalu sempena ulang tahun ke-100 legenda pembuat motosikal Amerika Syarikat, Harley Davidson, mempunyai kira-kira 50 orang ahli yang kebanyakannya merupakan penduduk tempatan selain beberapa orang asing yang mendapat taraf kewarganegaraan.


KANAK-kanak tempatan tidak melepaskan peluang untuk melihat motosikal berkuasa tinggi secara dekat.


Idenditi tersendiri

Setiap ahli kumpulan memaparkan identiti tersendiri seperti logo Hells Angles, lambang tengkorak dan tulang bersilang, jaket kulit dengan logo Harley atau lambang kelab mereka iaitu gajah memakai but koboi.

Menurut Jackie Thelen, ketua kelab itu yang berasal dari Perancis yang mendapat kewarganegaraan Ivory Coast, pakaian merupakan satu cara menyatukan ahli-ahli dengan semangat persaudaraan seperti kumpulan lain di dunia.

"Anda sering melihat seorang ketua akan muncul dengan seluar koyak, tali pinggang mewah yang mempunyai lambang tengkorak walaupun dia merupakan orang yang bertanggungjawab dalam organisasi tersebut.

"Itulah paradoks dalam kalangan pencinta Harley-Davidson," kata Thelen, 52, yang menjalankan perniagaan sendiri dan bersubang di telinga kirinya.

Di Ivory Coast, imej penunggang motosikal sangat buruk, namun berbeza dengan reputasi kumpulan Hells Angles yang menggunakan motosikal mahal.

Harga sebuah motosikal di kelab tersebut adalah antara AS$8,200 hingga AS$52,000 sebuah (RM26,300 hingga RM188,000) termasuk kos penghantaran dan duti import.

Harga yang mahal berjaya menarik minat penduduk kampung untuk menunggu sepanjang laluan konvoi motosikal tersebut. Kelab itu turut memberi sumbangan kepada pihak sekolah, keperluan perubatan dan bantuan kepada penduduk kampung di kawasan yang mereka lawati.

Dalam pada itu, kebanyakan ahli kumpulan tersebut berada di kelas pertengahan dan beberapa orang boleh dikategorikan sebagai kaya.

Anak bongsu Presiden Henri Konan Bedie dan seorang penasihat kepada menteri Kabinet turut menjadi ahli kelab tersebut. Bagi menjaga keselamatan orang kenamaan ini, polis akan mengekori perjalanan konvoi dengan menaiki pacuan empat roda dan menjaga aliran trafik yang mengganggu perjalanan tersebut.


HARGA yang mahal menyukarkan penduduk tempatan untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi.


Senyuman

Sebaik sahaja mereka sampai ke San Pedro, para penunggang mula mengukir senyuman selepas menempuh perjalanan yang sangat mencabar, dibasahi hujan pada permulaan perjalanan dan menempuh jalan yang berlopak.

"Ia cukup indah!" jerit Gerard Lokossou, 41, pada akhir pengembaraan pertamanya bersama kelab itu.

Dia yang merupakan seorang pengarah pemasaran telah menunggang motosikal bersama ahli kumpulan dari New Jersey, sebuah negeri di Amerika Syarikat, sangat gembira menjadi sebahagian daripada peserta konvoi di Ivory Coast.

"Ia memberi saya peluang untuk bertemu dan menyelami kehidupan sebahagian rakyat di negara ini," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


GB4B Kota Melaka kumpul bantuan banjir

Posted:

GB4B Kota Melaka kumpul bantuan banjir

GB4B Kota Melaka kumpul bantuan banjir

BEBERAPA penduduk sekitar Kota Melaka menyerahkan sumbangan makanan keperluan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Ibu Pejabat One Stop Centre GB4B, Pengkalan Rampa, Melaka baru-baru ini.


PRIHATIN. Orang ramai khususnya penduduk sekitar Kota Melaka, Melaka memberikan sumbangan berbentuk pakaian, barangan keperluan harian dan makanan kering untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Sumbangan diterima dalam satu program Misi Bantuan Banjir yang diusahakan oleh Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4B) Kawasan Kota Melaka di ibu pejabat One Stop Centre GB4B, Pengkalan Rampa, Melaka baru-baru ini.

Barang-barang keperluan tersebut akan diserahkan kepada Majlis Gabungan Belia Melaka untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri terlibat.

Pelajar, kakitangan PPSK USM ajar Orang Asli guna komputer

Posted:

Pelajar, kakitangan PPSK USM ajar Orang Asli guna komputer

Pelajar, kakitangan PPSK USM ajar Orang Asli guna komputer


PELAJAR dan kakitangan PPSK USM bergambar bersama sebahagian anak Orang Asli yang mengikuti latihan komputer di perkampungan Orang Asli Tangkai Cermin, Teluk Intan, Perak baru-baru ini. baru-baru ini.


BIMBING. Seramai 40 pelajar dan 25 kakitangan Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang menganjurkan latihan komputer di perkampungan Orang Asli Tangkai Cermin, Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Program sukarelawan bertemakan Melakar IT Bersama Komuniti itu diketuai penasihat PPSK USM, Prof. Madya Baharin Belaton.

Menurut beliau, program itu bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan teknologi maklumat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam kalangan Orang Asli .

Anak yatim Baitul Maghfirah dibawa bersiar-siar sekitar Johor Bahru

Posted:

Anak yatim Baitul Maghfirah dibawa bersiar-siar sekitar Johor Bahru

Anak yatim Baitul Maghfirah dibawa bersiar-siar sekitar Johor Bahru


PELAJAR Kolej Mara Banting bergambar bersama anak-anak yatim dari Baitul Maghfirah selepas dibawa bersiar-siar di tempat-tempat menarik di Johor Bahru baru-baru ini.


RAI ANAK YATIM. Seramai 16 orang anak yatim dari Baitul Maghfirah, Johor Bahru diraikan oleh pelajar dari Kolej Mara Banting, Selangor dengan membawa mereka bersiar-siar ke lokasi-lokasi menarik di Johor Bahru baru-baru ini.

Penghuni Baitul Maghfirah dibawa melawat ke Taman Tema Hello Kitty di Nusajaya dan Zoo Johor.

Menurut Pengarah projeknya, Haleeda Hilmi, rumah anak yatim Baitul Maghfirah itu dipilih kerana mereka masih kekurangan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan dan pendidikan.

"Sehubungan itu, kita menjadikan anak-anak yatim dari rumah ini untuk menjalankan aktiviti komuniti dan mengadakan program-program untuk pembangunan modal insan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Wanita hilang ikut bomoh

Posted:

Wanita hilang ikut bomoh

Wanita hilang ikut bomoh

ROZMAN menunjukkan gambar Zainon dan laporan polis mengenai kehilangan isterinya ketika ditemui di gerainya di R&R Lebuh Raya Utara-Selatan di Pagoh semalam.


PAGOH - Seorang ahli perniagaan hidup tidak tenteram mengenangkan nasib isterinya yang didakwa dilarikan oleh seorang bomoh sejak lebih sebulan lalu berserta wang hasil jualan buah-buahan yang dianggarkan mencecah RM20,000.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Azman dikenali oleh Rozman Jamil, 46, dan isterinya Zainon Ibrahim, 41, ketika pasangan tersebut bercuti di Pulau Besar, Melaka pada Jun lalu.

Rozman Jamil, 46, dari Kampung Jawa, Panchor di sini berkata, ketika mereka sedang makan di pusat percutian itu, Azman yang muncul secara tiba-tiba terus menawarkan diri kononnya untuk membantu melariskan gerai buah-buahan mereka yang diusahakan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara Selatan, Pagoh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua wanita culik, jual bayi ditahan

Posted:

Dua wanita culik, jual bayi ditahan

Dua wanita culik, jual bayi ditahan


anggota polis membawa dua suspek yang ditahan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, George Town semalam.- Bernama


BUTTERWORTH - Dua wanita yang dipercayai menculik dan menjual bayi perempuan berusia tujuh bulan dari rumah neneknya di Air Itam dekat sini Khamis lalu berjaya ditahan polis di stesen bas di sini semalam.

Jurucakap polis berkata, dua wanita berusia 30-an itu ditahan pada 3.30 petang semalam ketika baru sampai dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres.

"Polis berjaya mengesan mereka melalui talian telefon bimbit yang digunakan seorang daripada suspek berkenaan berikutan wanita terbabit masih menggunakan nombor yang sama.

"Difahamkan wanita itu menggunakan nombor yang sama kerana mahu berhubung dengan pembeli bayi berkenaan berikutan pembelinya masih berhutang dengan mereka," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rumah teres jadi lokasi hidupkan semula ajaran sesat Qadiani

Posted:

Rumah teres jadi lokasi hidupkan semula ajaran sesat Qadiani

Rumah teres jadi lokasi hidupkan semula ajaran sesat Qadiani

KUALA LUMPUR - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) mendesak pihak berkuasa bertindak tegas ke atas ajaran sesat Qadiani yang kini cuba dihidupkan semula secara aktif.

Ajaran Qadiani atau dikenali sebagai Jamaah Ahmadiyya Muslim itu kini disyaki cuba dihidupkan semula di sebuah rumah teres dua tingkat di Kampung Nakhoda, Selayang di sini yang telah diubah suai.

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, rumah tersebut menjadi tumpuan ratusan pengunjung untuk melakukan ibadah terutamanya pada hujung minggu.

Bimbang bahawa aktiviti di kediaman tersebut memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah memacakkan papan tanda di luar pagar premis berkenaan yang berbunyi 'Qadiani bukan agama Islam'.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tangisan Pasir Salak khazanah negara

Posted:

Tangisan Pasir Salak khazanah negara

Tangisan Pasir Salak khazanah negara

DOKUMENTARI ini dilakonkan semula bagi membolehkan penonton merasai suasana Perang Perak.


SELEPAS hampir dua tahun menjalankan kajian dan proses pengambaran, dokumentari Tangisan Pasir Salak akhirnya siap untuk tatapan umum.

Diarahkan oleh Jamal Lulkhir Jaludin, dokumentari berdurasi selama 27 minit itu mendapat kerjasama kerajaan negeri Perak dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menurut Jamal, sebahagian besar informasi yang diperoleh adalah menerusi perjumpaan bersama ahli keluarga dan penduduk asal yang terlibat secara langsung dalam Perang Perak.

"Kami mencari sehingga ke beberapa negeri kerana kebanyakan daripada mereka tidak lagi berada di sekitar Pasir Salak dan negeri Perak," ujar Jamal ketika majlis pratonton dokumentari itu bersama media baru-baru ini.

Dia menambah, maklumat mengenai waris tersebut diperoleh menerusi sebaran media di akhbar Utusan Malaysia beberapa tahun lalu.

"Melalui sebaran media itu, kami mendapat banyak panggilan daripada individu berkaitan. Ada yang memberikan kerjasama yang baik, terdapat juga yang mahu identiti mereka dirahsiakan," jelas Jamal. Antara negeri yang dijelajah termasuklah Kedah, Pahang, Melaka dan Johor.

Lakonan semula

Kajian terperinci turut dibantu oleh Penolong Kurator Kompleks Sejarah Pasir Salak, Mohd. Fauzi Mohd. Razali yang memberikan input berguna dalam dokumentari itu.

Bagi mendapatkan gambaran sebenar peristiwa bersejarah itu, pihak produksi melakonkan semula beberapa babak di kawasan-kawasan yang mempunyai nilai sentimental seperti Kuala Kangsar, Taiping dan Pasir Salak.

"Melalui lakonan semula itu, penonton dapat merasai emosi yang berlaku dalam sejarah Pasir Salak. Ia dapat memberikan impak mendalam kepada mereka selain mudah untuk memahami plot penceritaan," katanya.


JAMAL menemu bual seorang warga emas yang merupakan waris pejuang yang pernah terlibat dalam Perang Perak.


Kos penerbitan menelan belanja sebanyak RM200,000 yang merangkumi kos-kos kaji selidik, penggambaran dan pos produksi. Sebahagian besar dana diberikan oleh Finas yang menjadi pemilik kepada dokumentari itu.

"Kos selebihnya ditanggung oleh pihak syarikat selain bantuan dana yang diberikan oleh kerajaan negeri Perak, badan korporat dan orang perseorangan," ujarnya.

Pengajaran

Menyentuh mengenai tayangan kepada umum, Jamal memberitahu, perkara itu terpulang kepada Finas untuk menentukan sama ada mahu memberikan kepada pihak stesen televisyen atau berkaitan.

"Saya telah melakukan yang terbaik bagi menghasilkan karya ini walaupun menghadapi beberapa masalah sepanjang proses menyiapkan dokumentari ini," katanya.

Tambahnya, penghasilan dokumentari ini diharap dapat dijadikan rujukan dan pengajaran kepada generasi muda yang tidak mengetahui secara terperinci mengenai sejarah Pasir Salak.

"Semoga dokumentari ini menjadi satu khazanah negara untuk dijadikan panduan buat generasi kini dan masa hadapan," katanya. Dia turut bercadang membuat satu versi dalam bahasa Inggeris untuk tayangan di luar negara.

Dokumentari yang berdurasi selama 23 minit itu mengisahkan perjuangan Datuk Maharaja Lela, serta pahlawan-pahlawan Melayu lain dalam usaha menentang British yang diketuai J. W.W. Birch di Pasir Salak pada zaman itu.

Turut dimuatkan dalam dokumentari tersebut ialah sebuah lagu berjudul Tangisan Pasir Salak.

Jamal boleh dihubungi melalui e-mel kaybroadcasting@yahoo. com. - HAFIZ AHMAD

Foto hidupan liar ilhamkan buku

Posted:

Foto hidupan liar ilhamkan buku

Foto hidupan liar ilhamkan buku


HAIWAN liar menjadi pilihan Chin untuk menghasilkan karya keduanya.


PERKEMBANGAN teknologi dalam bidang fotografi kini mendorong ramai orang berlumba-lumba untuk menghasilkan imej yang berkualiti tinggi dan bermakna untuk dikongsi di laman sosial atau simpanan koleksi peribadi.

Namun, lain pula kisahnya dengan YY Chin. Beliau berjaya membukukan gambar-gambar hidupan liar yang diperoleh hasil pengembaraannya ke beberapa buah negara dengan kerjasama Kumpulan AmBank bagi tujuan membantu badan-badan amal di Malaysia.

Buku yang mengandungi 188 imej fotografi ini diperoleh hasil pengembaraannya ke Afrika Selatan, Namibia, Uganda, Zambia, Kenya, Ethiopia, Madagascar, India, Sri Lanka dan Pulau Kuril di Rusia.

Buku bertajuk Wild: Reflection On Business And Life ini turut selitkan petikan yang boleh dikaitkan antara hidupan liar dengan aktiviti seharian sebagai pemimpin, ahli perniagaan dan kehidupan.

"Petikan dalam buku ini adalah hasil pengalaman saya selama 35 tahun dalam industri perbankan, saya bermula dari bawah sebagai seorang pekerja bank dan sekarang saya bergelar seorang Ahli Lembaga Pengarah Ambank (M) Berhad," katanya ketika ditemui.

Chin telah lama merancang untuk mendapatkan gambar-gambar hidupan liar jika berpeluang, namun kesibukan dalam dunia perniagaan membataskan masanya.

Minat fotografi

"Idea untuk menerbitkan buku ini datang daripada rakan-rakan, mereka beranggapan saya mempunyai minat dalam bidang fotografi dan perniagaan," katanya.

Namun, selepas dua tahun menjelajah dunia termasuk terpaksa menempuh kepayahan dan kesusahan di hutan Afrika, beliau akhirnya berjaya mendapatkan gambar-gambar terbaik hidupan liar dari seluruh dunia untuk dimuatkan dalam buku terbaharunya.


PENGURUS Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran AmBank, Syed Anuar Syed Ali (kanan) dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran AmBank, George Wong (kiri) melihat buku Chin pada majlis pelancaran buku Wild: Reflections On Business And Life di Bangsar Village, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tambah Chin, sifatnya yang teliti memerhati setiap tingkah laku dan pergerakan haiwan membolehkannya untuk menulis mengenai pengajaran yang boleh diambil dan diguna pakai oleh manusia dalam menjalani kehidupan harian.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, Chin telah menunjukkan bahawa setiap individu boleh melakukan kerja amal melalui fotografi.

"Beliau mempunyai bakat dan keinginan untuk memanfaatkan hobinya dalam hal-hal kebaikan dan perlu dicontohi oleh semua orang," tambah beliau.

Chin berharap koleksi terbaharunya itu dapat menyemarakkan lagi semangat pencinta hidupan liar di seluruh dunia, selain memastikan agar warisan ini dapat dipelihara untuk generasi akan datang.

Buku yang berharga RM 200 ini merupakan karya kedua Chin. Hasil daripada penjualan buku ini akan disumbangkan kepada tiga badan kebajikan yang telah dikenal pasti iaitu Badan Amal Kanak-kanak Bangsar Village, Pusat Pembelajaran Komuniti Orang Asli dan Pusat Pemulihan Lumpuh Nepal.

Hasil pendapatan buku pertamanya yang bertajuk, Place Less Travelled-A personal Journey sebelum ini telah didermakan untuk membina sebuah sekolah di Zambia.

Pada majlis pelancaran buku terbaharunya di Bangsar Village baru-baru ini, lima keping gambar hidupan liar pilihan Chin dilelong sebagai usaha mengumpul dana bagi tujuan sama. - MOHD. SHAZWAN YUSOP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau belum selesa

Posted:

Harimau belum selesa

Harimau belum selesa

BARISAN pemain Harimau Muda melambaikan tangan ke arah penyokong selepas tamat perlawanan menentang Singapura di Stadium Zeyyer Thiri semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar - Harimau Muda memilih laluan sukar untuk melayakkan diri ke separuh akhir selepas seri 1-1 dengan Singapura pada aksi ketiga Kumpulan A di Stadium Zeyyer Thiri semalam.

Keputusan seri itu menyebabkan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee tidak boleh kalah kepada Vietnam pada aksi terakhir esok.

Ketika ini, Singapura berjaya mengumpul lapan mata untuk memimpin kedudukan teratas, manakala Harimau Muda yang kurang satu perlawanan di tempat kedua dengan tujuh mata.

"Pemain-pemain sudah bermain bersungguh-sungguh. Meskipun kami gagal mengutip tiga mata penuh, saya tetap berpuas hati kerana berjaya memperoleh satu mata.

"Kami tidak bermain untuk seri dan bertahan sepanjang masa tetapi kami tetap melancarkan serangan yang bertali arus.

"Namun, nasib tidak menyebelahi kami meskipun kami memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan lebih banyak gol.

"Seperti mana yang kita tahu, Singapura adalah sebuah pasukan yang kuat terutamanya ketika dalam situasi bola mati. Mereka berjaya mendapatkan sepakan percuma dan situasi itu yang menyebabkan kami kehilangan dua mata," kata Kim Swee.

Kim Swee berkata, beliau akan memikirkan strategi yang lebih ampuh untuk menghadapi perlawanan hidup mati menentang Vietnam.

Pada aksi semalam, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan yang agak keras dan saling melancarkan serangan balas yang pantas dalam usaha memburu gol.

Empat kad kuning dilayangkan kepada pemain Harimau Muda iaitu Mohd. Zubir Mohd. Azmi, Shahrul Mohd. Saad, K. Reuben dan Mohd. Nasir Basharudin manakala satu kepada pemain Singapura, Muhammad Afiq Yunos.

Afiq menyumbat masuk gol pertama Singapura pada minit ke-60.

Tersentak dengan jaringan itu, Kim Swee melakukan pertukaran strategi dengan mengeluarkan penyerang, Ahmad Hazwan Bakri untuk digantikan dengan Mohd. Rozaimi Ab. Rahman pada minit ke-67.

Empat minit kemudian, pemain sayap kanan, A. Thamil Arasu pula dikeluarkan bagi memberi peluang kepada arkitek muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Rozaimi membuktikan kehebatannya apabila meledak gol penyamaan menerusi satu sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-90.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan A, Vietnam membelasah Laos 5-0.

Irfan jelma emas pertama olahraga

Posted:

Irfan jelma emas pertama olahraga

Irfan jelma emas pertama olahraga


JERITAN SANG JUARA... Irfan meraikan kejayaannya meraih emas acara lempar cakera lelaki di Stadium Wunna Theikdi semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar - Acara olahraga membuka gelanggang semalam dengan Muhammad Irfan Shamsuddin menjadi atlet pertama dan termuda menyumbang emas menerusi acara lempar cakera lelaki pada temasya Sukan SEA kali ini.

Selepas acara paling awal - 20 kilometer (km) jalan kaki lelaki menyaksikan atlet negara, Lo Choon Sieng hanya mampu menduduki tempat kelima manakala seorang lagi, Muhammad Khairil Harith Harun dibatalkan penyertaan, Irfan, 18, tampil di balapan Stadium Wunna Theikdi dengan harapan tinggi menggunung terpikul di bahunya.

Ternyata Irfan tidak menghampakan apabila bukan sahaja berjaya memenangi emas, malah turut mencatat rekod baharu kebangsaan miliknya dengan jarak balingan sejauh 53.16 meter (m).

Rekod lama adalah 49.90m yang dicipta Irfan tiga minggu lalu dalam satu kejohanan di Brunei.

"Ia sesuatu yang istimewa. Selain pingat emas yang mengembirakan saya, rekod baharu yang dicipta juga amat baik sekali.

"Paling manis, saya berjaya memperbaharuinya dua kali dalam tempoh sebulan ini," kata siswa jurusan perniagaan Universiti Malaya itu.

Ini merupakan emas pertama Irfan pada temasya Sukan SEA dan dia memang berhak meraikannya kerana muncul atlet termuda pernah memenanginya untuk negara.

Pada aksi semalam, Irfan menewaskan atlet Thailand, Narong Benjarong (52.45m) yang menang perak dan Hermanto (51.96m) dari Indonesia, gangsa.

Sementara itu, skuad olahraga negara turut meraih satu gangsa menerusi Jackie Wong Siew Cher dalam acara baling tukul besi lelaki.

Selebihnya, selain kegagalan atlet jalan kaki lelaki, acara 400m wanita menyaksikan Nurul Faezah Asma Mazlan (56.96s) hanya mampu menduduki tempat ketujuh manakala kategori lelaki menyaksikan Mohd. Arif Zulhilmi Alet (48.23s) di tempat kelima dan S. Kannathasan (48.85s), ketujuh.

Malaysia tidak mempunyai wakil dalam empat lagi acara akhir yang berlangsung semalam iaitu 20km jalan kaki wanita, lontar peluru wanita, lompat jauh lelaki, dan lompat bergalah wanita.

Bina badan cetus ceria

Posted:

Bina badan cetus ceria

Bina badan cetus ceria


NGAI HOENG bergaya dengan pingat emas yang dimenangi bagi kategori 90kg di Pusat Konvesyen Myanmar, Yangon semalam.


YANGON, Myanmar - Wong Ngai Hoeng menutup tirai acara bina badan dengan meraih sebutir pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA 2013 di Pusat Konvensyen Myanmar semalam.

Ngai Hoeng, 46, berjaya mencuri tumpuan para juri dengan menewaskan pemenang pingat perak dan gangsa, masing-masing iaitu Aung Swe Naing dari Myanmar dan Panupong Prateep (Thailand) bagi kategori 90 kilogram (kg).

Lebih membanggakan apabila dia melakar rekod baharu apabila muncul sebagai atlet negara pertama meraih pingat emas bagi acara tersebut pada temasya dwitahunan itu.

"Saya sangat teruja dapat muncul atlet bina badan Malaysia yang pertama meraih pingat emas dalam kategori light heavyweight iaitu untuk badan yang bersaiz besar.

"Saya membuat persiapan selama enam bulan bagi kategori ini, sebab penganjur tidak mempertandingkan acara super heavyweight, jadi saya terpaksa menurunkan berat badan dan fokus 100 peratus dalam latihan.

"Kemenangan ini juga untuk ibu saya (Ng Kim Giok, 77 tahun) atas sokongan beliau selama ini, kini kesihatannya tidak berapa baik," katanya kepada pemberita semalam.

Kelmarin, ikon bina badan negara, Sazali Samad sekadar meraih pingat perak bagi acara 70kg.

Pengurus pasukan negara, Abdul Halim Budin berkata, beliau berpuas hati skuad bina badan mencapai sasaran satu pingat emas dan satu pingat perak pada temasya kali ini.

"Pada mulanya saya agak terkejut dengan kekalahan Sazali tetapi hari ini (semalam) Wong berjaya membuatkan pasukan Malaysia kembali ceria," kata Abdul Halim.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mekanik ditahan bersama 67 botol heroin di Marang

Posted:

Mekanik ditahan bersama 67 botol heroin di Marang

Mekanik ditahan bersama 67 botol heroin di Marang

15/12/2013 10:01pm

KUALA TERENGGANU - Seorang mekanik yang dipercayai pengedar dadah ditahan polis di Marang bersama-sama 67 botol serbuk putih yang dipercayai heroin seberat 338.36 gram bernilai kira-kira RM27,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supritenden Md Tahir Kasim berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di dalam keretanya pada 10.45 pagi Rabu lepas di tepi Jalan Rhu Renggeh, Marang.

Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu, polis turut menjumpai 180 biji pil

Erimin 5 dan 90 biji Pil WY (methamphetamine) selain 67 botol heroin itu.

"Pemeriksaan lanjut kita menjumpai satu botol dadah jenis yang sama

disorokkan di dalam seluar dalam yang dipakai suspek.

"Pihak kita turut menemui dadah tersebut yang disembunyikan di dalam botol produk kesihatan tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Pihak polis percaya lelaki yang berasal dari Kuala Terengganu itu aktif

dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Marang dan Kuala Terengganu. - Bernama

Dua wanita culik dan jual bayi ditahan di Butterworth

Posted:

Dua wanita culik dan jual bayi ditahan di Butterworth

Dua wanita culik dan jual bayi ditahan di Butterworth

15/12/2013 9:48pm

BUTTERWORTH - Polis menahan dua wanita yang dipercayai menculik dan menjual bayi perempuan berusia tujuh bulan dari rumah neneknya di Air Itam dekat sini pada Khamis lepas di stesen bas Butterworth.

Jurucakap polis berkata, dua wanita berusia 30-an itu ditahan pada 3.30

petang ini ketika baru sampai dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres.

"Polis berjaya mengesan mereka melalui talian telefon bimbit yang digunakan seorang daripada suspek tersebut berikutan wanita terbabit masih menggunakan nombor yang sama.

"Difahamkan wanita itu menggunakan nombor yang sama kerana mahu berhubung dengan pembeli bayi tersebut berikutan pembelinya masih berhutang dengan mereka," katanya di sini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati seorang daripada wanita itu melarikan diri ke rumah suaminya di Negeri Sembilan bagaimanapun dipercayai pulang semula ke negeri itu bagi mengambil baki wang jualan bayi berkenaan. - Bernama

Malaysia gagal kutip tiga mata selepas seri 1-1

Posted:

Malaysia gagal kutip tiga mata selepas seri 1-1

Malaysia gagal kutip tiga mata selepas seri 1-1

15/12/2013 8:51pm

NAY PYI TAW - Malaysia gagal mengutip mata penuh apabila sekadar seri

1-1 dengan Singapura pada perlawanan Kumpulan A dalam acara bola

sepak Sukan SEA ke-27 di Stadium Zeyar Thiri di sini.

Singapura bermula garang apabila Mohamad Sahil Suhaimi melakukan percubaan awal menerusi rembatan kencang seawal minit pertama namun berjaya dinafikan penjaga gawang negara, Mohd Farhan Abu Bakar.

Usaha penyerang negara A. Thamil Arasum mencari gol pembukaan pada minit ke-17 gagal membolosi gol lawan.

Corak permainan berlangsung seimbang apabila kedua-dua pasukan bertali arus melakukan serangan namun gagal menjaringkan sebarang gol.

Bersambung pada babak kedua, Singapura yang menggandakan serangan

berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi Muhammad Sahil Suhaimi pada minit ke-62. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


ANC ucap selamat tinggal Mandela

Posted:

ANC ucap selamat tinggal Mandela

ANC ucap selamat tinggal Mandela

KERANDA berisi mayat Mandela tiba di Lapangan Mthatha di cape Town semalam.


JOHANNESBURG - Mayat ikon anti- Apartheid, Nelson Mandela dipindahkan ke pangkalan udara Waterkloof semalam untuk ucapan selamat jalan daripada parti pemerintah, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).

Pihak tentera menyerahkan keranda berisi mayat Mandela kepada ANC pada majlis penuh takzim yang disiarkan secara langsung di televisyen Afrika Selatan.

Prosiding tersebut turut melibatkan upacara pelbagai agama dan penghormatan muzik untuk Mandela di pangkalan udara berkenaan.

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma memuji Mandela dalam ucapan panjang lebar mengenai perjuangan membebaskan negara itu daripada belenggu Apartheid.

Beliau berkata, Mandela mempunyai keupayaan luar biasa untuk menjadikan teori satu realiti.

"Dia melakukan sesuatu yang tidak mudah untuk dilakukan," kata Zuma.

Beliau juga menceritakan tentang kedatangan Mandela dari desa ke bandar raya ini semasa muda sebagai pembawa disiplin dan visi kepada pergerakan anti-Apartheid yang panjang dan sukar.

Mayat Mandela akan dikembalikan kepada kawalan tentera pada pagi hari yang sama.

Ia kemudian akan diterbangkan ke kampung halamannya di wilayah Cape Timur untuk persiapan terakhir sebelum dikebumikan hari ini.

Keranda berisi mayat Mandela dijangka tiba di bandar Mthatha di Cape Timur petang semalam dengan disambut perbarisan ketenteraan.

Beberapa upacara akan dilakukan sebelum satu konvoi akan membawa mayat Mandela dari Mthatha ke kampung Qunu di mana mendiang akan dikebumikan.

Orang ramai dijemput untuk melihat rombongan jenazah itu kerana ia melakukan perjalanan ke Qunu .

Mendiang yang juga merupakan bekas Presiden kulit hitam Afrika Selatan yang pertama meninggal dunia minggu lalu pada usia 95 tahun akibat jangkitan paru-paru. - Agensi

Siam Paragon paling popular di Instagram

Posted:

Siam Paragon paling popular di Instagram

Siam Paragon paling popular di Instagram


PUSAT beli-belah Siam Paragon di Bangkok dipilih sebagai lokasi paling popular di Instagram tahun ini.


BANGKOK - Pusat beli-belah dan kompleks hiburan Siam Paragon di sini merupakan tempat paling popular di Instagram tahun ini, kata pengarah eksekutif laman perkongsian gambar dan video berkenaan, Kevin Systrom kelmarin.

Seramai 150 juta pengguna di seluruh dunia dan sekitar 55 juta gambar dimuat naik di laman web berkenaan pada setiap hari.

Kelmarin, laman perkongsian gambar itu mendedahkan gambar, lokasi, bandar raya dan tanda hashtag paling popular sepanjang 2013

Bintang pop, Justin Bieber mengungguli kategori gambar paling digemari tahun ini apabila memperoleh lebih 1.5 juta 'like' di Instagram.

Penyanyi dari Kanada itu turut mempunyai lebih 12 juta pengikut di laman perkongsian gambar tersebut.

Foto paling popular itu menunjukkan Bieber bergambar bersama aktor kulit hitam Hollywood, Will Smith.

Kategori lokasi paling popular pula menjadi milikSiam Paragon.

Tempat kedua bagi kategori sama menjadi milik Times Square manakala Disneyland California menduduki tempat ketiga dalam senarai itu.

Ikon kebanggaan Perancis, Eiffel Tower di Paris yang sebelum ini merupakan antara lokasi pelancongan popular bagaimanapun terkeluar daripada senarai Instagram tahun ini.

Kategori bandar paling popular pula diungguli oleh New York di Amerika Syarikat manakala Bangkok berada di tempat kedua dalam Instagram. - Agensi

Lelaki ditangkap cuba bom lapangan terbang di AS

Posted:

Lelaki ditangkap cuba bom lapangan terbang di AS

Lelaki ditangkap cuba bom lapangan terbang di AS


LOEWEN


WASHINGTON - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyatakan kelmarin bahawa mereka telah menggagalkan komplot untuk mengebom Lapangan Terbang Mid-Continent di Wichita, Kansas. Kejayaan itu susulan penangkapan seorang lelaki yang mengaku beragama Islam dan pernah menyatakan untuk melakukan jihad bagi pihak pergerakan Al-Qaeda.

Suspek, Terry Loewen yang bekerja sebagai seorang juruteknik penerbangan dari Wichita ditahan awal pagi kelmarin ketika cuba memasuki lapangan terbang itu dengan memandu sebuah kenderaan berisi bahan letupan.

"Dia merancang meletupkan bom berkenaan dan mahu mati dalam serangan tersebut," kata pihak berkuasa.

Loewen disiasat oleh Pasukan Petugas Bersama Wichita sejak awal musim panas tahun ini. Dia merancang komplot pengeboman itu bersama beberapa individu yang dianggap rakan konconya.

Namun, mereka sebenarnya ialah ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menyamar.

Loewen menganggap seorang ejen rahsia itu merupakan anggota kumpulan pengganas AQAP yang bergerak aktif di Yemen.

Ejen berkenaan membantu Loewen membina bom tersebut.

"Namun, suspek tidak tahu bahawa bom itu tidak akan meletup," kata pendakwa raya Daerah Kansas, Barry Grissom.

Menurutnya, Loewen turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan melakukan serangan keganasan untuk meragut seberapa banyak nyawa yang boleh.

Suspek telah didakwa di sebuah Mahkamah Persekutuan AS kerana cuba menggunakan senjata pemusnah besar-besaran dan merosakkan harta benda menggunakan bahan letupan. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Ibu gatal kulit, anak berisiko mati

Posted:

Ibu gatal kulit, anak berisiko mati

Ibu gatal kulit, anak berisiko mati

REES disahkan menghidap ICP sewaktu Lila (tengah) di dalam kandungannya.


KETIKA usia kandungannya mencecah 35 minggu, Magdalen Rees mengalami masalah kegatalan badan yang dirasai sehingga ke lapisan bawah kulit.

"Tidak dapat digambarkan betapa gatalnya ketika itu," ujarnya yang merupakan pengusaha syarikat teknologi maklumat di Winchester, England.

Bagaimanapun, sebaik sahaja Rees memaklumkan kepada jururawat semasa sesi pemeriksaan kesihatan, dia hanya diberitahu kegatalan tersebut terjadi oleh sebab keregangan kulit dan dia disaran menggunakan krim pelembap.

Namun, bayinya disahkan meninggal dunia sungguhpun keadaan bayi lelaki yang diberi nama Henry itu kelihatan sihat pada zahirnya.

Selang 11 bulan, anak perempuan keduanya lahir tanpa sebarang masalah. Tiga tahun kemudian, pada tahun 2010, ketika Rees hamil kali ketiga, dia sekali lagi mengalami masalah kegatalan pada usia kandungan masuk minggu ke-32.

Perkara itu mengingatkan dia akan keadaan dirinya semasa mengandungkan Henry.

Lebih merisaukan apabila kegatalan yang dialaminya kali ini lebih teruk. Rasa gatal merebak ke lengan, kaki dan belakang badan, biarpun tiada tanda-tanda seperti ruam.

Kegatalan

Keadaan itu membuatkan dia teringat kepada masalah kegatalan kulit yang dihidap adik perempuannya yang baru bersalin.

Adiknya itu disahkan dijangkiti kolestasis intrahati kehamilan (ICP) iaitu sejenis penyakit hati yang mampu mendatangkan risiko maut pada bayi jika tidak dirawat.

"Saya terus memaklumkan kepada doktor mengenai keadaan saya sebelum diminta melakukan ujian darah serta-merta," ujar Rees yang bimbang kalau insiden kematian bayinya berulang lagi.

Tekaan Rees tepat apabila doktor memberitahu, ujian darahnya menunjukkan dia mengalami ICP.

ICP merupakan penyakit hati yang selalunya menyerang ibu yang sedang hamil.

Malah, di United Kingdom, statistik menunjukkan sekitar 5,000 wanita di negara itu diserang ICP setiap tahun.

Punca utamanya disebabkan kandungan asid hempedu yang terlalu tinggi. Asid berkenaan berfungsi membantu proses penghadaman.

Penyakit itu digambarkan sebagai kegatalan yang tidak mampu dijelaskan dengan mata kasar.

Kebiasaannya, ia terjadi tanpa timbulnya ruam. Bagaimanapun, ibu mengandung boleh menyedari dirinya dijangkiti ICP menerusi perubahan warna gelap pada air kencing, rasa tidak sihat dan lemah badan.

KESAN garu akibat kegatalan yang dirasai sehingga ke lapisan bawah kulit.


Penyakit tersebut boleh berlaku seawal kandungan berusia enam minggu, meskipun kebiasaannya ia menyerang pada lewat tempoh kehamilan.

Profesor Kesihatan Wanita dan Pakar Obstetrik Kolej King London, Catherine Williamson berkata, ICP terjadi apabila hormon kehamilan mengganggu kemampuan hati untuk mengangkut sebahagian bahan kimia, termasuk asid hempedu yang terhasil di dalam darah dan merangsang saraf di bawah kulit yang menyebabkan kegatalan.

Asid hempedu menjadi toksin apabila ia terkumpul dan mampu memberi kesan buruk kepada jantung bayi. Ia sekali gus menyebabkan perubahan pada denyutan jantung bayi yang tidak dapat dikesan oleh alat denyutan jantung.

Kandungan mati

Pada tahun ini, kajian oleh Prof. Williamson dari Kolej Imperial London mendapati ICP berupaya menyebabkan tiga kali ganda risiko kandungan mati.

Dalam satu paras ICP yang lebih teruk lagi, bayi berisiko sembilan kali ganda untuk mati dalam kandungan berbanding kehamilan normal.

Bagi wanita yang tidak mengandung, asid hempedu berada pada bacaan 6 mikro mol/L.

Dalam tempoh kehamilan, wanita disahkan menghidap ICP apabila paras asid hempedu melebihi 14 mikro mol/L, dan risiko kandungan mati meningkat apabila ia mencatatkan bacaan melebihi 40 mikro mol/L.

Dalam kes Rees, dia mengalami perubahan mendadak pada bacaan asid hempedu daripada 14 mikro mol/L kepada 72/L selepas beberapa hari membuat pemeriksaan.

Rees diberikan rawatan dengan pengambilan ubat yang dipanggil asid ursodeoksikolik, juga dikenali sebagai UDCA atau urso.

Urso merupakan sejenis asid hempedu yang akan menyahkan asid hempedu berbahaya di dalam darah, sekali gus memberikan kelegaan pada rasa gatal dan melindungi bayi.

Sungguhpun begitu, bacaan asid hempedu Rees semakin meningkat mengakibatkan dia perlu melahirkan bayi perempuannya lebih awal iaitu pada minggu ke-35.

"Saya bersyukur apabila anak ketiga saya selamat dilahirkan. Tetapi saya agak sedih kerana mengambil mudah terhadap rasa gatal yang saya alami semasa mengandungkan anak sulung dulu," katanya.

Kentang goreng garing cetus kanser

Posted:

Kentang goreng garing cetus kanser

Kentang goreng garing cetus kanser


KENTANG dan roti yang dimasak pada suhu tinggi meningkatkan kandungan akrilamid pencetus kanser.


KENTANG goreng yang dimasak garing sememangnya enak. Namun, di sebalik kerangupannya, tersembunyi kandungan berbahaya berupa akrilamid.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengingatkan bahawa akrilamid berisiko mengakibatkan kanser.

Akrilamid dihasilkan oleh makanan seperti kentang, bijirin, dan roti yang digoreng atau dipanggang pada suhu tinggi dalam waktu yang lama.

Justeru, pengguna disarankan supaya memilih cara masakan dengan merebus atau mengurangkan tempoh memanggang.

Sementara itu, penyimpanan kentang di dalam peti sejuk juga dikatakan boleh meningkatkan jumlah akrilamid ketika makanan tersebut dimasak.

Sebaik-baiknya kentang disimpan di luar sahaja iaitu pada suhu bilik.

Diet madu bantu jadi langsing

Posted:

Diet madu bantu jadi langsing

Diet madu bantu jadi langsing


CAMPURAN lemon dan madu meningkatkan daya tahan tubuh.


MADU bukan sahaja berfungsi untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Malah, pengambilan air suam dengan lemon dan madu mampu membantu wanita mengurangkan berat badan.

Rutin pengambilan minuman ini selama seminggu boleh mengurangkan lemak tubuh sebanyak 1.4 kilogram.

Pengambilan diet madu seperti ini pernah dijelaskan dalam buku The Honey Diet karya Mike Mclnnes.

"Madu dalam diet ini akan menggantikan keperluan gula dalam aktiviti harian.

"Selain itu, ia dapat mengurangkan pengambilan karbohidrat sederhana dan menggantikannya dengan karbohidrat kompleks," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kembara indah Liyana Jasmay

Posted:

Kembara indah Liyana Jasmay

Kembara indah Liyana Jasmay

PERWATAKANNYA masih seperti Liyana Jasmay yang dikenali bertahun-tahun dahulu. Senyum dan tawanya masih sama. Sosok genitnya juga masih belum menampakkan banyak perubahan walaupun di dalam rahimnya, sedang mengandung cahaya mata pertama.

Ya, wanita yang dahulunya gadis lincah itu sudah berumahtangga dan kini kehamilannya sudahpun mencecah empat bulan. Sekitar lima bulan lagi, dia dan Fathuddin Mazlan yang bernikah pada Februari lalu bakal bergelar ibu bapa. Biasa kedengaran tapi itu bukan sekadar panggilan, tetapi sebuah fasa baharu yang selama ini mengulit hidupnya selama 27 tahun.

"Bila sudah mengandung, banyak pula rasa dan perasaan tidak selesa. Bila saya meluahkan kepada mama, mama cuma cakap sebab itulah syurga itu di bawah kaki ibu, anak tak boleh derhaka kepada ibu, nanti masuk neraka," lentur Liyana seraya tertawa sambil diperhatikan sang ibu, Habsah Simpon yang setia menemani pergerakan si anak bongsunya itu.

Cuma ada sedikit perbezaan, Liyana yang sebelum ini ada keletahnya itu agak bersahaja. Bukan tidak bermaya tapi darjah kelincahan menurun mungkin disebabkan alahan kehamilan yang dialami.

Ralit bercerita tentang situasi hidup yang sedang berubah, kata Liyana, kesibukan promosi yang selalu pulang ke Kuala Lumpur menimbulkan rindu dan ingatan buat suami yang kerap ditinggalkan di Kota Kinabalu, Sabah.

"Di sini (Kuala Lumpur) saya ada ramai ahli keluarga, tapi dia (suami) seorang diri di sana. Kasihan juga, tapi sekejap sahaja. Januari nanti saya akan balik semula ke Sabah, di sana kami baru pindah ke rumah baharu. Siap ada bilik khas untuk mama dan papa. Senanglah mereka nak bertamu nanti," katanya ketawa merangka-rangka aturan hidup menjelang kehadiran orang baharu, Mei tahun depan.

Terheret berbicara tentang keluarga dan kehidupan, bekas penyandang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-22 itu teruja berkongsi soal kerja berbanding kehidupan bahagia yang sedang ditatang. Biarpun sudah mengambil keputusan untuk berehat tanpa sebarang penggambaran sehingga tempoh bersalin, Liyana kini sibuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Papadom 2.

"Rasanya Papadom 2 sebuah filem yang meninggalkan kesan istimewa untuk saya. Terlalu banyak perasaan dan nilai kehidupan serta kekeluargaan dalam filem itu.

"Rasanya, berbaloi menunggu selama tiga tahun untuk menyaksikan tayangan filem ini. Lagu tema nyanyian Shahmeen Shah sendiri sudah cukup ekspresif inikan pula ceritanya," katanya yang menang anugerah terbesar dalam karier lakonannya menerusi watak Maisara dalam Papadom edisi pertama.

WATAK Miasara lakonannya dalam Papadom 1 mengangkat nama Liyana sebagai Pelakon Wanita Terbaik. Sekarang, Maisara muncul lagi dalam Papadom 2 dengan karakter yang lebih dewasa dan matang.


Kahwin lelaki tua

Kembali menghidupkan karakter Miasara, jika dalam Papadom yang pertama Liyana membawakan watak Miasara yang masih di alam kampus, dalam Papadom 2, karakter itu berkembang membawa Miasara masuk ke alam pekerjaan. Sisi keremajaan Miasara juga berubah.

"Untuk filem ini, Miasara masih juga seperti dahulu, masih berada bawah kawalan bapanya selama 24 jam. Sekarang Miasara sudah masuk alam pekerjaan dan mula hendak berkahwin. Konfliknya apabila ayah Miasara tak sanggup melepaskan anak kesayangannya kepada lelaki lain. Konflik pilih menanti dan paling penting Miasara mahu berkahwin dengan lelaki jauh berusia daripadanya," jelas Liyana.

Dari satu sisi yang lain, Liyana menyifatkan Papadom 2 sebagai pengisian emosi dan kasih sayang yang cukup hebat antara anak dan bapa. Paling utama, kisah Miasara dan Saadom itu menjadi kisah semua orang yang menonton. Itu magis yang jarang-jarang dapat dirasai dalam kerja lakonan dana naskhah-naskhah komersial.

"Naskhah seperti Papadom jarang ada, isu kekeluargaan yang begitu. Biasanya kisah cinta, aksi atau komedi. Seronoknya menjadi Miasara apabila ia mengingatkan penonton terhadap bapa masing-masing. Begitu juga Saadom. Ia seperti cerminan dan impaknya refleks kepada penonton. Saya percaya ada ramai Miasara dan Saadom di luar sana," ujar Liyana mengakui semakin menghargai kasih sayang ibu bapanya usai penglibatan dalam jenama Papadom.

Tambah Liyana lagi: "Saya percaya ramai kaum bapa sukar untuk melepaskan anak perempuan mereka yang mahu berkahwin. Perasaan yang sama juga barangkali dirasai oleh bapa saya sebelum ini. Mereka mahukan yang terbaik untuk anak. Saya sendiri sangat manja dengan bapa. Berlakon Papadom menjadi satu penghormatan buat saya."

LIYANA JASMAY percaya kehidupan seorang wanita itu sangat indah. Bermula sebagai anak kecil, remaja, dewasa menjadi isteri dan ibu ialah satu anugerah yang cukup mahal.


Refleksi diri

Tidak hanya Papadom dan Maisara yang diharapkan boleh menjadi cerminan kepada khalayak, Liyana sendiri melihat dirinya di sebalik nama Miasara.

"Kembara hidup seorang gadis, membesar, belajar, bercinta, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri merupakan satu kembara yang sungguh indah. Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam semua keluarga yang sering menyokong hidup saya.

"Saya sendiri sedang dalam fasa dan kembara itu. Apabila mengetahui bahawa dalam perut saya ini orang baharu yang bakal lahir, perkara paling mengujakan ialah persoalan bagaimana hendak menjaga dan melalui hari-hari dengannya. Semoga Tuhan akan melancarkan segala-galanya. Sebab itu Papadom sangat tinggi nilai sentimentalnya terhadap saya," luah Liyana sambil mengusap perutnya yang sudah berisi itu.

Beraksi bawah arahan pengarah berjiwa besar seperti Afdflin Shauki dan bekerjasama dengan ramai pelakon hebat seperti Khir Rahman, Rizman Ruzaini, Adlin Aman Ramlie, Dira Abu Zahar serta ramai lagi juga memberikan banyak kepuasan kepada wanita kelahiran Kuantan itu.

Tidak hanya mematangkan jiwa seninya, cabaran menggalas watak Miasara juga menghadirkan persepsi berbeza.

"Berlakon filem yang memerlukan banyak pergerakan fizikal macam filem aksi atau seram lain situasinya berbanding watak dalam filem yang bersifat drama macam Papadom. Ia soal yang kena diluahkan menerusi ekspresi dan paling penting, lakonan itu tidak kelihatan sebagai lakonan tapi orang percaya.

"Itu yang susah. Rantaian emosi kena solid dan kena sampai ke jiwa, barulah lakonan itu jadi indah di mata penonton. Sebab itu juga saya mahu suami saya menonton filem berkenaan. Lagi pun dia kenal dan lihat saya berlakon pun menerusi watak Miasara daripada filem Papadom yang pertama," cerita Liyana sambil memberitahu bapanya Jasmay juga tidak ketinggalan menyokong Papadom.

Tambahnya: "Bapa tidak datang semasa pratonton filem, dia pemalu. Tapi, dia janji mahu memenuhkan satu panggung menonton Papadom 2 bersama kawan dan kenalan dia. Mungkin itu cara dia menunjukkan sokongan terhadap saya."

Berkongsi perjalanan ke arah menjadi wanita yang sempurna, punyai anak dan keluarga bahagia, Liyana tidak pernah membuang cinta untuk menghasilkan penerbitan karya drama dan filem. Ilmu yang ditimba ketika mengikuti pengajian filem di New York mahu dibuktikan menerusi hasil kerja. Jiwa seninya tetap mekar bersama senyuman dan kehidupan baharu yang terbentang. Selepas Papadom 2, tahun 2014, dia juga bakal muncul dengan sebuah lagi filem bergenre aksi berjudul Tokan.

Farawahida langkah bendul

Posted:

Farawahida langkah bendul

Farawahida langkah bendul



PERSIAPAN sudah lengkap, pelamin juga sudah tersergam. Inai raja sehari juga sudah tersedia menunggu masa hendak dicalitkan di hujung jari.

Esok bakal menjadi hari yang paling membahagiakan buat wanita bermata bundar, Farawahida Razali, 28. Zaman bergelar wanita solo sudah boleh dilupakan kerana esok, penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu bakal bergelar isteri orang.

Memilih lelaki yang dikenalinya sejak lapan tahun lalu, Abdul Shukur Mohd. Zain sebagai bakal suami, mereka akan dinikahkan sekitar pukul 10 pagi esok bertempat di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak.

"Bohonglah kalau saya kata langsung tidak merasa debaran. Semasa sibuk memastikan semua persiapan, perasaan itu tidak terasa sangat, tetapi semasa hendak masuk tidur, mulalah bermacam persoalan masuk kepala.

"Tapi mujurlah, urusan persiapan pelamin, fotografi, videografi, dekorasi hantaran serta pengurusan majlis nikah dan sanding saya ini dikendalikan perancang perkahwinan, jadi lega rasanya," ujar Farawahida.

Tidak mahu majlis pernikahan dan perkahwinan mengambil masa yang panjang, Farawahida juga akan melangsungkan majlis persandingan pada hari yang sama. Majlis resepsi perkahwinannya akan berlangsung pukul 8 malam bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, Perak.

BARU-BARU ini kisah perkahwinan Farawahida menjadi berita sensasi kerana mendapat tajaan bernilai RM500,000.


"Seronoknya buat kenduri di kampung halaman apabila ibu bapa sendiri menguruskan hal jemputan. Jumlah tetamu jemputan rasanya sekitar 3,000 orang tetapi kehadiran terpulang kepada kelapangan orang. Buat kenduri di kampung juga tidak boleh had jemputan, harap dapat jumpa semua saudara dan kenalan esok," ujar Farawahida yang merupakan anak keempat daripada enam beradik itu.

Sebelum ini, majlis perkahwinan Farawahida pernah menjadi isu panas apabila menerima tajaan sebanyak RM500,000.

"Kenyataan itu datang daripada perunding perkahwinan. Ikutkan bajet memang saya mampu nak keluarkan duit RM500,000, lagi pun bapa saya sudah cakap tak mahu membazir dengan persiapan yang beria-ria. Tapi jumlah itu merangkumi penajaan oleh pengurus perkahwinan dan saya menerima dengan besar hati," ujar Farawahida yang mengeluarkan duit sendiri untuk kos jamuan jemputan.

Sederhana namun masih terasa kemeriahannya, Farawahida sebenarnya mempunyai dua orang adik yang belum berkahwin, malah kakaknya, Suhana Miza, 30, juga masih bujang.


PASANGAN ini berkenalan sejak lapan tahun lalu.


"Kiranya, saya ini akan langkah bendul. Ada juga saudara-mara yang mahu amalan memberi hadiah kepada kakak apabila si adik terlebih dahulu berkahwin. Setakat ini tiada apa yang diputuskan. Kakak saya tiada masalah dalam soal ini, soal jodoh tidak boleh dipaksa-paksa. Saya tak mahu berjanji apa-apa, daripada pihak saya sendiri, mungkin ada sesuatu untuk kakak nanti," katanya yang mendoakan agar kakaknya pula akan dipercepatkan jodoh.

Bercerita tentang perkahwinan dan permulaan fasa baharu kehidupannya, Farawahida berkata, dia tetap akan meneruskan karier nyanyian walaupun sudah bergelar isteri.

"Bakal suami juga bekerja di Kuala Lumpur, jadi insya-Allah tiada masalah akan timbul," katanya yang turut berkongsi gambar-gambar praperkahwinan yang dirakamkan bersama Shukur.

"Bakal suami seorang yang pemalu bab-bab bergambar, untuk gambar-gambar itu pun, puas saya memujuknya supaya beri kerjasama dan kongsi bersama media. Tapi dia juga sangat memahami kerjaya saya sebagai penyanyi. Saya pilih dia sebab kualiti yang ada pada dirinya. Dia kuat berusaha untuk membaiki taraf hidup," tambah Farawahida.

Nooraida akui Adi Putra romantik

Posted:

Nooraida akui Adi Putra romantik

Nooraida akui Adi Putra romantik


AMIRUDDIN OSMAN mendakwa siasatan polis berhubung skandal Adi Putra bersama isterinya, Nooraida Abdul Mutalib (kiri) sebagai tidak telus.


EPISOD yang mengaitkan pelakon sensasi, Adi Putra dengan dakwaan skandal dan penyebaran gambar lucah dengan seorang wanita berstatus isteri orang masih belum berakhir.

Sehari selepas Adi menegaskan pada sidang satu sidang akhbar bahawa dia bebas daripada sebarang tuduhan, pihak pengadu tampil dengan dakwaan siasatan kes itu tidak telus.

Ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan siasatan, pengadu, Amiruddin Osman, 56, bersama isterinya, Nooraida Abdul Mutalib, 30, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur kelmarin.

Laporan dibuat kepada Bahagian Tatatertib Bukit Aman itu bagi menuntut siasatan dijalankan ke atas seorang pegawai penyiasat (IO) yang bertugas di Balai Polis Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru.

"Saya berpendapat bahawa penyiasatan yang dilakukan tidak telus dan tidak profesional atau dianggap berat sebelah. Saya menuntut kes ini dibuka semula," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Hotel Concorde, Kuala Lumpur itu.

Amiruddin yang merupakan seorang ahli perniagaan mendakwa siasatan tidak telus kerana pegawai penyiasat itu didakwa menuntutnya menarik balik laporan polis yang dibuat pada 29 Ogos lalu di Skudai ketika isterinya dipanggil untuk memberi keterangan.

Dia juga menerima sekeping gambar daripada sahabatnya yang menunjukkan pegawai berkenaan bergambar dengan Adi dalam keadaan mesra ketika pelakon tersebut hadir memberi keterangan semasa soal siasat dijalankan.

INILAH wajah Nooraida Abdul Mutalid, wanita yang didakwa oleh suaminya sebagai menerima dan membalas mesej berbaur lucah bersama Adi Putra.


Menurut Amiruddin, gambar tersebut dipercayai dirakam di dalam kawasan Balai Polis Taman Universiti, Skudai.

Pada 25 September lepas, Amiruddin turut mempersoalkan pegawai itu kerana gambar-gambar dan butiran peribadi isterinya dipercayai dibocorkan oleh 'orang dalam'.

Amiruddin juga menyifatkan siasatan itu berat sebelah kerana pegawai berkenaan memberi layanan baik terhadap Adi apabila dia sanggup ke lokasi program pelakon itu semasa di Johor walaupun jarak tempat itu dari balai polis di Skudai kira-kira 15 kilometer.

"Alasan yang diberikan oleh IO adalah Adi tiada kenderaan untuk ke balai polis. Saya nampak pegawai polis ini berat sebelah," ujar Amiruddin yang telah berumah tangga dengan Nooraida selama 10 tahun.

Pada 2 Disember lalu, polis mengumumkan bahawa kes terbabit diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA).

Menurut Amiruddin, pihak polis memberitahunya bahawa kes itu diklasifikasikan sebagai NFA atas faktor suka sama suka, dia masih belum menerima dokumen siasatan lengkap.

Ketika disoal sebab dia masih mahu meneruskan siasatan kes itu, Amiruddin menjawab bahawa dia berpegang kepada kebenaran.

"Saya percaya perkara ini benar. Saya sebagai seorang suami berani membuat laporan polis supaya keadilan dapat dibela," katanya.

Dalam pada itu, di celah kehangatan sidang akhbar tersebut, Nooraida yang sebelum ini tidak bersuara akhirnya mengaku bahawa dia meminati Adi kerana menyifatkan aktor itu seorang yang romantik selepas diasak soalan pemberita.

"Pada mulanya saya cuma hantar ucapan ketika Adi pergi umrah itu sahaja. Saya memang minat dia (Adi). Saya terus layan mesej sebab dia romantik jadi saya memang teruja," akui Nooraida.

ADI PUTRA


Dalam perkembangan berkaitan, Amiruddin mendakwa pernah berbual dengan individu yang dipercayai Adi Putra menerusi telefon dan meminta bertemu dengan bintang filem Haq itu di Johor Bahru bagi menyelesaikan skandal berkenaan.

Namun, Amiruddin mendakwa Adi, 32, enggan bertemunya hingga menyebabkan dia membuat laporan polis pada awal September lalu.

Ketika ditanya sama ada pihaknya gentar jika Adi memfailkan saman, Amiruddin menjelaskan, dia dan pasukan peguamnya mengalu-alukan tindakan tersebut.

Peguam Amiruddin, Muhammad Hasif Hasan berkata, pihaknya akan merayu keputusan NFA itu dan berpendapat Seksyen 498 Kanun Keseksaan lebih sesuai berbanding Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan kesalahan yang dilakukan.

Menurut Muhammad Hasif, pihaknya percaya cara siasatan yang dikendalikan memiliki ciri-ciri tidak telus dan tidak ada integriti selain menyoal Nooraida dengan sejumlah soalan tidak relevan.

"Kami akan menulis surat kepada Timbalan Pendakwa Raya di Putrajaya dengan laporan bahawa kami telah membuat satu lagi laporan terhadap IO kes ini.

"Pihak kami akan menghantar satu surat memohon kepada Timbalan Pendakwa Raya agar melihat kembali kes ini dan melihat kembali peruntukan seksyen yang agak relevan dalam kes ini," tegasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved