Rabu, 4 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Gedung khazanah seni, warisan negara

Posted:

Gedung khazanah seni, warisan negara

Gedung khazanah seni, warisan negara

SETIAP hari selepas tamat sesi persekolahan pada sebelah pagi sekitar dua dekad lalu, Sharifah Radzieh Tuan Ismail akan dibawa ke Pasar Seni oleh ayahnya yang mengusahakan perniagaan kraftangan tradisional, Tuah KTC di Kuala Lumpur.

Anak sulung daripada enam beradik yang mesra dengan panggilan Diana itu sudah menganggap destinasi persinggahan pelancong dari dalam dan luar negara itu sebagai rumah pertamanya kerana sebahagian kehidupannya bermula di Pasar Seni sejak dia berusia dua tahun.

Kehidupannya yang berlatar bangunan ikonik tersebut juga menyebabkan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini arif dengan selok-belok dan setiap penjuru di lokasi berkenaan.

Jika ada masa terluang, Diana akan membantu ayah dan ibunya menguruskan perniagaan yang dibawa dari Kelantan ke ibu kota sejak tahun 1981.

Tanya sahaja mengenai mana-mana lokasi di setiap penjuru Pasar Seni pasti Diana dapat menceritakan kisah silamnya dengan panjang lebar. Jelasnya, ruang di tingkat bawah bangunan bersejarah tersebut dahulunya banyak kosong dan para pengunjung tidak mempunyai banyak pilihan kerana jumlah premis tidak bercambah seperti sekarang.

Selain suasana yang sunyi, Diana menyifatkan susun atur perniagaan di Pasar Seni pada waktu tersebut kurang tersusun dan tidak menarik.

Bicara wanita lulusan Pengurusan Perniagaan dari Management and Science University (MSU) itu lagi, orang ramai pernah melontarkan pelbagai persepsi negatif terhadap mercu tanda hebat ini sebagai kawasan hitam kerana lokasinya menjadi sarang penyeluk saku dan penagih dadah sekitar dua dekad lalu.

Namun, sejak pengurusan baharu, Central Market Sdn. Bhd. mengambil alih operasi Pasar Seni pada tahun 2004, banyak perubahan dilakukan terutama dari aspek dekorasi bangunan, keselamatan dan keselesaan kepada para pengunjung.


KIOS konsep kepala kereta api antara inisiatif pihak pengurusan.


Pengunjung juga tidak perlu bimbang mengenai soal keselamatan kerana kawasan Pasar Seni dipantau ketat oleh pengawal keselamatan dan diawasi televisyen litar tertutup (CCTV) sepanjang masa.

"Jika sebelum tahun 2004, imej Pasar Seni seperti pasar biasa tetapi, sekarang keadaan sudah berubah sebab banyak bahagian telah dinaik taraf dan peluang pekerjaan semakin bertambah.

"Kedai-kedai sekarang dihias cantik dengan dekorasi tradisi pelbagai budaya," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Walaupun kewujudan pusat beli-belah moden di Kuala Lumpur bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, Pasar Seni tetap memiliki aura tersendiri kerana produk-produk yang ditawarkan berbeza daripada tempat lain.

Ambil alih

Diana menganggap Pasar Seni ini sebuah lokasi tarikan pelancongan yang istimewa sejajar dengan pengiktirafannya sebagai gedung khazanah kesenian dan warisan negara yang unggul di Malaysia.

"Saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada Pasar Seni dan sudah sebati dengan persekitarannya kerana saya telah berada di sini selama 24 tahun," katanya.

Di sebalik kisah lampau yang melatari hidupnya, Diana yang kini berusia 26 tahun diberi amanah oleh bapanya untuk menguruskan lapan buah kedai dan satu kios serta dibantu 15 kakitangan di Pasar Seni.

"Saya mengambil alih perniagaan kraftangan ini daripada bapa ketika berumur 22 tahun selepas menamatkan pengajian.

"Perniagaan ini dibawa oleh ayah saya dari Kelantan dan mula bertapak di Pasar Seni sejak tahun 1989. Ia merupakan kedai pertama keluarga kami di Pasar Seni," jelasnya yang kini bertindak sebagai Pengurus Tuah KTC.

Syarikat Tuah KTC menawarkan produk kraftangan tradisional seperti perak, piuter, hasil ukiran kayu, mengkuang, wau, congkak, batik dan pelbagai lagi hasil seni dari Kelantan selain menawarkan produk antik yang diperoleh dari Malaysia dan rantau Asia. Pelbagai acara dianjurkan sempena sambutan ulang tahun Pasar Seni ke-125 pada hari ini.


PADA awal penubuhannya, Pasar Seni merupakan sebuah pasar basah.


Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah ialah pameran gambar-gambar lama dan baharu berkaitan monumen bersejarah itu di Galeri Annexe, Central Market Annexe yang bermula dari 25 November lalu hingga 8 Disember ini.

Turut berlangsung sempena ulang tahun tersebut ialah Festival Makanan Warisan Malaysia yang bermula pada 4 Disember hingga 8 Disember ini di Pasar Seni.

Sementara itu, Pheng Kian Kok yang merupakan seorang pelukis dan antara penghuni terawal Pasar Seni memberitahu, minat melukis sejak di bangku sekolah rendah menyebabkan dia berada di bangunan ikonik itu hingga hari ini.

Mengimbau penglibatannya sebagai seorang pelukis, Kian Kok berhijrah ke Kuala Lumpur kerana menyangka ibu negara pada waktu itu sudah memiliki sebuah pusat seni lukis bagi mengembangkan bakatnya. Namun, Kuala Lumpur ketika itu tidak memiliki fasiliti khas untuk para artis seni mencurah bakat seperti yang terdapat di negara-negara Eropah.

Selepas kecewa dengan keadaan itu, dia memohon pekerjaan lain dan berkhidmat di Jabatan Kerja Raya (JKR) di bahagian kejuruteraan di Mahameru, Kuala Lumpur selama tujuh tahun.

Kian Kok yang kini berusia 59 tahun mula jatuh cinta dengan Pasar Seni selepas dia menyertai program Sunday Art Market sekitar Oktober 1985 secara sambilan.

"Saya terlihat satu artikel di akhbar pada tahun 1985 mengenai pasar basah nak ditukarkan kepada pasar budaya. Inilah tempat saya sebenarnya kerana saya suka melukis sejak darjah satu," ujar bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Menurut lelaki yang peramah dan suka ketawa itu lagi, Sunday Art Market memberi peluang kepada para pelukis tempatan menjual karya masing-masing tanpa perlu membayar sewa tapak berhampiran pintu utama Pasar Seni.

Selepas beberapa bulan menjual hasil lukisan di bawah panas terik, Kian Kok mendapat satu kios berdekatan pintu belakang di dalam bangunan Pasar Seni pada tahun 1986.


PELANCONG dari luar negara menjadikan Pasar Seni sebagai lokasi wajib dikunjungi.


Disebabkan minat yang mendalam terhadap lukisan, pelukis cat minyak kelahiran Kuah, Langkawi itu sanggup meninggalkan pekerjaannya di Jabatan Kerja Raya semata-mata ingin mencapai cita-cita sebagai seorang pelukis sepenuh masa.

Selepas 27 tahun berkarya di situ, Kian Kok kini memiliki dua premis di bangunan Annexe yang terletak di belakang bangunan Pasar Seni.

Katanya, inisiatif Central Market Sdn. Bhd. memindahkan semua pelukis ke bangunan Annexe kira-kira lima tahun lalu merupakan idea yang bijak kerana kawasan di bahagian belakang Pasar Seni sebelum diambilalih oleh pengurusan baharu umpama hidup segan mati tak mahu.

"Mula-mula kita risau juga untuk dipindahkan kerana kita sudah biasa di dalam Pasar Seni selama 20 tahun dan masa itu kita kelam-kabut takut pengunjung tak datang sebab kita tahu tempat itu sunyi.

"Sebelum ini mana ada orang datang di depan bangunan Annexe tetapi, kita mula sedar usaha pihak pengurusan melakukan perubahan dengan pelbagai promosi dan tarikan menarik telah memeriahkan suasana di bangunan Annexe," ujarnya yang pernah bekerja dengan seorang hartawan Arab dari Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu.

Mahu kekalkan identiti Pasar Seni

Posted:

Mahu kekalkan identiti Pasar Seni

Mahu kekalkan identiti Pasar Seni

Oleh IKHWAN IDERUS


SOO yakin dengan pencapaian Pasar Seni di bawah pengurusan Central Market Sdn. Bhd.


KHA SENG GROUP mengambil alih pengurusan Pasar Seni pada tahun 2004. Menerusi syarikat Central Market Sdn. Bhd. sejumlah RM10 juta dilaburkan untuk kerja-kerja naik taraf bangunan bersejarah itu.

Dengan tempoh pajakan selama tujuh dekad, Kha Seng mempunyai perancangan besar untuk mengekalkan Pasar Seni sebagai kawasan tarikan pelancong utama di ibu kota selain menyokong operasi perniagaan penyewa dan menawarkan produk menarik buat pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kha Seng, Aaron Soo ketika ditemui begitu berbangga dengan pencapaian Pasar Seni di bawah pengurusan kumpulannya setakat ini.

Pasang surut

"Kini Pasar Seni boleh dikatakan sudah berjaya, kadar sewaan bagi kira-kira 360 unit lot kedai dan kios di sini ialah sekitar 99 peratus dan kami memperoleh antara 70,000 sehingga 80,000 pengunjung setiap minggu.

"Ia merupakan tempat yang unik dan mesti dikunjungi di Kuala Lumpur. Ini memberikannya satu kelebihan yang tidak dapat ditandingi pusat beli-belah lain.

"Pasar Seni boleh dikatakan tidak mempunyai pesaing, tidak ada tempat yang boleh memberikan tawaran serupa seperti Pasar Seni," katanya.

Meskipun merupakan sebuah kawasan yang istimewa dan berpotensi besar, Pasar Seni tidak pernah terlepas mengalami pasang surutnya, sama ada dari segi perniagaan, kebersihan mahupun tanggapan pelancong dan dan tempatan.

Pernah satu ketika dahulu ia dianggap sebagai kawasan yang memiliki kadar jenayah tinggi, selain bermasalah dari segi kebersihan.

Soo berpendapat, perkara utama yang menjadi kunci untuk membezakan Pasar Seni sekarang berbanding ketika 'zaman gelapnya' ialah pengurusan yang jauh lebih baik dan teratur.

Jelasnya, bukan saja Pasar Seni, bagi mana-mana bangunan atau pusat beli-belah lain sekali pun, pengurusan yang terancang dan baik akan menentukan jatuh bangun sesebuah kawasan.

"Meskipun sudah berusia, pengunjung boleh melihat sendiri fasiliti seperti lif masih beroperasi dengan baik, manakala keadaan lantai, tandas dan persekitaran Pasar Seni kini jauh lebih kemas berbanding sebelumnya," katanya ketika ditemui.


PERSEMBAHAN kebudayaan dan jalanan merupakan antara penarik pengunjung ke Pasar Seni. - Gambar hiasan


Menurut Soo, cabaran terbesar dalam menguruskan bangunan bersejarah itu ialah memelihara keadaan dan mengekalkan struktur asalnya.

"Kami membelanjakan kira-kira RM1 juta sehingga RM2 juta setahun hanya untuk proses penyelenggaraan, seperti memperbaiki bumbung atau lantai yang pecah.

"Kawasan tanah yang menjadi tapak Pasar Seni ini agak berlumpur, sesuai dengan nama Kuala Lumpur. Pergerakan tanah kerap berlaku di sini.

"Kadangkala, terdapat jubin yang pecah dan perlu diganti, namun disebabkan usianya yang lama, jubin daripada jenis yang sama sudah tidak dihasilkan lagi. Sesetengah jubin di sini boleh dianggap sebagai antik.

"Sebagai langkah penyelesaian, kami terpaksa mengambil kepingan jubin yang sama di lantai Pasar Seni, bezanya ia berada di kawasan yang sedikit tersorok, misalnya di bawah almari untuk menggantikannya," kata Soo.

Menyentuh mengenai visi dan perancangan Kha Seng Group untuk memastikan Pasar Seni kekal relevan pada tahun-tahun mendatang, Soo menjelaskan Pasar Seni hanya perlu mengekalkan identitinya yang sedia ada untuk terus menjadi kawasan tumpuan pengunjung.

Promosi budaya

"Konsep Pasar Seni sedia ada sebagai pusat untuk mempromosikan kebudayaan, kesenian, warisan dan kraftangan harus dikekalkan. Kadang-kadang kita memang perlu membawakan konsep-konsep baharu sesuai dengan kehendak semasa. Misalnya, fenomena minuman Bubble Tea yang melanda baru-baru ini dan Pasar Seni pun sebenarnya turut sama menawarkan minuman tersebut.

"Bagaimanapun, 70 peratus daripada ruang runcit Pasar Seni akan diperuntukkan kepada penawaran utamanya yang melibatkan perniagaan berunsurkan kesenian dan kebudayaan. Hanya 30 peratus diberi untuk fasiliti sokongan seperti kedai makan dan lain-lain," katanya.

Soo turut memberitahu bahawa pihaknya kini sedang merancang dua projek utama yang dijangkakan dapat meningkatkan daya tarikan Pasar Seni kepada pelancong dan pengunjung tempatan.

"Kami berhasrat untuk menarik semula penghibur jalan ke Pasar Seni. Kami masih memiliki ruang untuk digunakan dan akan menyediakan kemudahan seperti kanopi untuk berlindung daripada hujan dan panas.

"Selain itu, kami juga sedang berusaha untuk menjemput Datuk Mohd. Nor Khalid, yang lebih dikenali sebagai Lat untuk menghasilkan mural bertemakan sejarah Kuala Lumpur pada tembok sungai yang menghadap Pasar Seni," katanya.

Solidarity Grub bantu orang miskin

Posted:

Solidarity Grub bantu orang miskin

Solidarity Grub bantu orang miskin


SEORANG lelaki pertengahan usia menjual arnab di tepi jalan untuk menyara kehidupan.


SETIAP pagi pada waktu kemuncak di sebuah kedai roti di Belgrade, Lidija Milanovic membeli dua croissant sebagai sarapan tetapnya. Tetapi, dia hanya mengambil satu manakala sekeping lagi diberikan pada mereka yang tidak berkemampuan membelinya.

Di Serbia, sebuah negara yang terjejas teruk akibat krisis ekonomi, tiga anak muda yang berwawasan telah melancarkan satu laman web untuk membantu golongan miskin.

Ia menyeru rakyat negara tersebut untuk membeli makanan perpaduan tambahan yang kemudian akan ditawarkan kepada mereka yang memerlukan.

"Adalah sesuatu yang hebat apabila seseorang telah menemui cara yang mudah untuk membantu orang ramai tanpa menghabiskan banyak masa dan tenaga," kata Milanovic, seorang ahli perniagaan wanita berusia 37 tahun yang mengetahui tentang inisiatif itu di rangkaian sosial.

Selongkar tong

Seorang pelajar sekolah tinggi, Jovana Bogavas yang beratur di belakang Milanovic tertanya-tanya apa yang berlaku.

Selepas mendengar penerangan mengenai projek yang dipanggil Solidarity Grub (Solidarna Klopica) itu, dia terus membuat keputusan untuk menyertainya.

"Ini satu idea yang sangat menarik. Di kawasan kejiranan ini, saya selalu melihat ramai orang menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan. Namun, saya rasa tidak selesa untuk menawarkan bantuan kepada mereka. Inilah cara yang terbaik untuk melakukannya," ujar Bogavas.

Statistik menunjukkan bahawa 9.2 peratus daripada 7.2 juta penduduk Serbia hidup dalam kemiskinan dengan pendapatan kurang daripada satu euro (RM4.40) sehari. Hampir satu perlima daripada populasi tersebut memperoleh kurang daripada RM17.50 sehari.

Bagi kanak-kanak, jumlah yang hidup dalam kemiskinan mutlak meningkat kepada 12.2 peratus dan 6.2 peratus menderita akibat pemakanan tidak seimbang.

Solidarity Grub telah dimulakan pada bulan April oleh tiga pekerja di portal internet Kioskpages.com, satu laman dalam talian yang menawarkan katalog, perkhidmatan dan promosi istimewa.

Mereka mengatakan, satu video dalam talian mengenai rakyat Itali yang memberi kopi kepada gelandangan menjadi inspirasi untuk menjayakan program tersebut.

"Kami suka idea tersebut, tapi kami mahu menawarkan lebih banyak. Jadi, kami pilih makanan," ujar koordinator program, Nina Milos, 24.


POSTER yang tertampal di sebuah kedai roti di Belgrade yang menyertai projek Solidarity Grub.


Trio tersebut pada mulanya menghubungi kedai-kedai roti memandangkan mereka mahu lebih ramai orang menyertainya kerana harga produk pastri agak berpatutan. Setakat ini, sebanyak 60 kedai roti telah menyertai projek itu.

Lebih mengejutkan di negara yang mencatat kadar pengangguran sehingga 24 peratus, tindakan tersebut telah tersebar luas dan mendapat respons memberangsangkan.

"Projek ini berjaya kerana ia tidak memerlukan banyak penglibatan peribadi dan kosnya sangat minimum. Malah, hasil pengalaman sebelum ini menunjukkan individu yang berpendapatan rendah memberi respons pantas dan kuat untuk projek sebegini.

"Mereka dapat membayangkan diri sendiri berada dalam situasi sedemikian," terang pakar psikologi, Anika Stojanovic.

Di kedai roti tempat Milanovic membeli sarapan paginya, jurujual Silvija memberitahu, projek tersebut sangat berjaya.

Poster iklan

"Pada mulanya, saya tidak percaya dengan projek ini. Tetapi, hari demi hari semakin ramai yang meninggalkan makanan mereka untuk orang lain," katanya sambil meletakkan makanan tersebut di dalam bakul di depan tingkap agar dapat dilihat oleh mereka yang kelaparan.

Poster di tingkap juga menunjukkan iklan bahawa kedai roti tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Solidarity Grub.

Bagaimanapun, antara cabaran yang mereka hadapi ialah untuk menyebarkan maklumat berkenaan kepada golongan sasaran yang tidak mempunyai akses internet.

Sehubungan itu, pihak penganjur telah mengatur promosi besar-besaran mengenai projek itu di dalam akhbar dan menjalin kerjasama dengan rangkaian rumah perlindungan serta kumpulan sokongan.

Mereka turut merayu kepada penduduk setempat untuk menyampaikan maklumat itu kepada golongan gelandangan di kawasan kejiranan masing-masing.

Bagi Mirjana, ibu kepada tiga anak yang hanya bergantung kepada pendapatan suaminya sebagai buruh telah melihat laporan mengenai Solidarity Grub di televisyen dan gembira dengan perkara tersebut.

"Keluarga saya selalu kelaparan dan ada hari-harinya kami langsung tidak makan. Kini, kami memperoleh sekurang-kurangnya satu makanan setiap hari," tutur Mirjana.

Sementara itu, bagi Milos, projek berkenaan merupakan sumber kebanggaan mereka.

"Hidup tidak mudah di Serbia. Apabila masyarakat menunjukkan perpaduan seperti itu, ia benar-benar layak dipuji. Itu perkara terbaik yang telah berlaku kepada saya." - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Kepuasan umpama terbang di awan

Posted:

Kepuasan umpama terbang di awan

Kepuasan umpama terbang di awan

BAK kata pepatah, kecil-kecil cili padi. Kelibat sekumpulan remaja di Taman Sukan Lasak Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam yang memaparkan keyakinan ketika beraksi dengan papan selaju masing-masing jelas menunjukkan minat mereka terhadap sukan ekstrem itu.

Berusia antara 10 hingga 14 tahun, wajah remaja mereka berubah serius apabila sibuk mencongak setiap strategi dalam mengemudi papan yang deras membelah angin itu.

Walaupun mengakui perasaan gementar ada kalanya menghantui fikiran mereka, namun bagi kumpulan itu, kepuasan ketika meluncur adalah satu perasaan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Bagi mereka, ia umpama bebas bagai burung yang terbang.

Musim cuti sekolah membuka ruang bagi remaja-remaja ini mengasah kemahiran mereka, di samping berpeluang meluangkan masa bersama rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama.

Bagi Shahreza Hamizan Hasnol Azhar, 12, gelanggang papan selaju di taman rekreasi berkenaan digunakan sepenuhnya untuk melepaskan gian selepas sibuk membuat persiapan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

"Kalau ikutkan hati saya, rasa seperti mahu tidur di sini sahaja. Keseronokan meluncur dan melompat di gelanggang-gelanggang berbeza membolehkan saya menghilangkan tekanan sebelum ini. Apabila pulang nanti, saya pasti tersenyum dan boleh mendengar arahan ibu bapa dengan lebih baik," selorohnya.

Sejak mula aktif dalam sukan berkenaan bulan lalu, Shahreza Hamizan berkata, keberanian adalah kunci utama untuk terlibat dalam sukan itu.

"Ketika meluncur saya tidak menghiraukan persekitaran atau sesiapa sahaja di sisi. Pada saat di atas papan selaju, fikiran saya tertumpu sepenuhnya terhadap pengawalan papan tersebut.


KEBERANIAN adalah aspek utama untuk menceburkan diri dalam sukan lasak papan selaju.


"Ramai dalam kalangan rakan-rakan saya masih baru dalam sukan ini dan kami sentiasa berpegang kepada pesanan peluncur senior yang mengingatkan kami untuk tidak teragak-agak ketika beraksi dan membuat keputusan dengan pantas.

"Oleh sebab itu, ramai yang berani melakukan aksi-aksi yang mengujakan," jelasnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Gerakan Ollie

Ketika asyik menyaksikan gelagat kumpulan remaja berkenaan, semua mata kemudian tertumpu kepada seorang remaja yang tergelincir daripada papan selajunya.

Mujur tiada kecederaan serius menimpa Wan Nor Syazanee Wan Hanafi, yang bingkas bangun dan menyambung aksinya.

Bagi remaja yang berusia 14 tahun itu, jatuh adalah perkara biasa dalam proses mengawal papan selaju dan ketika mempelajarigerakan-gerakan baharu.

Baru setahun menceburi sukan itu, katanya, gerakan asas yang perlu dikuasai ialah gerakan Ollie.

Ujarnya, gerakan tersebut ialah apabila peluncur dan papan selajunya melompat ke udara tanpa menggunakan tangan.

"Dalam sukan lasak ini terdapat lebih 1,000 gerakan yang sering dilakukan peluncur profesional. Orang baru seperti saya perlu menguasai gerakan Ollie sebelum mempelajari gerakan-gerakan lain yang lebih mencabar.

"Satu perkara yang menarik dalam sukan lasak ini adalah hubungan akrab antara peluncur senior dan junior. Mereka yang lebih berpengalaman akan mengajar kami sehingga berjaya," tuturnya.

Menurut Wan Nor Syazanee, pelbagai tanjakan dan halangan yang disediakan di taman sukan itu seperti fun box, curve dan spine yang bersesuaian dengan kemahiran peluncur turut menambahkan minatnya terhadap sukan tersebut.

ANTARA keseronokan bermain papan selaju ialah kebolehan melaksanakan gerakan yang sukar.


Kumpul duit

Bagai medan mengasah bakat, dapat dilihat setiap peluncur laju memacu papan luncur dengan pelbagai gaya tersendiri.

Namun dari jauh, kelihatan seorang remaja yang leka menyaksikan rakan-rakannya yang lain beraksi.

Sesekali wajahnya berkerut menimbulkan seribu tanda-tanya sama ada dia tidak berpuas hati atau teruja dengan kemahiran yang ditunjukkan peluncur-peluncur lain.

Apabila diberi peluang oleh rakannya untuk beraksi di gelanggang, ternyata gerakan Muhd. Fudail Mazlin, 12, tidak kurang hebatnya.

Mula jatuh cinta dengan sukan itu sejak sebulan lalu, Muhd. Fudail mengakui dia dalam proses untuk membeli peralatan sukan papan selaju dengan mengumpul duit perbelanjaan sekolah yang diberi ibu bapanya.

"Saya dalam proses untuk membeli peralatan sukan ini kerana ia memang mahal. Buat masa ini, cukuplah sekadar melepaskan minat dengan meminjam papan selaju rakan-rakan," katanya.

Bercerita mengenai harga, Muhd. Fudail berkata, berdasarkan tinjauannya, harga papan selaju sahaja adalah sekitar RM200 sebuah bagi jenama tempatan, manakala alatan lain seperti roda, pita antigerak papan luncur dan skru harus dibeli berasingan.

Namun demikian, Muhd. Fudail bernasib baik kerana ibu bapanya sudi membantu dalam mencapai matlamatnya itu.

"Saya hanya mengumpul duit perbelanjaan sekolah sebanyak RM4 sehari. Bagaimanapun saya bersyukur ibu berjanji untuk menampung kos selebihnya.

"Mereka menyokong minat saya apabila berpendapat bahawa adalah lebih baik saya berada di sini daripada melakukan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah. Selain itu, ia juga satu bentuk aktiviti yang menyihatkan," jelasnya.


MUSIM cuti sekolah merupakan masa yang sesuai bagi peminat sukan papan selaju mengasah kemahiran mereka.


Latihan

Apabila ditanya, kebanyakan penggemar sukan itu menghabiskan masa berjam-jam di taman sukan lasak itu. Malah, ada yang mencecah lapan jam.

Ilham Fahmi, 13, yang menetap di Sungai Buloh berkata, ibu bapanya faham bahawa musim cuti sekolah adalah waktu untuknya bermain papan selaju.

"Bukan tidak mahu meluangkan masa bersama keluarga atau membelakangi mereka, tetapi cuti adalah waktu senggang kami. Rata-rata remaja dan kanak-kanak yang hadir di sini mendapat kebenaran daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu.

"Saya menghabiskan banyak masa di sini untuk berlatih dalam mengawal papan selaju serta mempelajari gerakan-gerakan baharu," katanya sambil memaklumkan kemahiran pengawalan papan selaju bergantung kepada latihan yang konsisten.

Menurut anak muda ini, sukan papan selaju dilihat sebagai satu hobi yang mengujakan.

"Ramai yang bertanya, mengapa kami suka melakukan aksi ini walaupun ia berbahaya? Jawapan saya, kepada mereka hanya satu, cubalah sendiri," ujarnya.

Teruja memeluk kanggaru di Perth

Posted:

Teruja memeluk kanggaru di Perth

Teruja memeluk kanggaru di Perth


KETERUJAAN ketika bermain dengan kanggaru antara momen yang dinantikan Siti Badariah dan keluarga.


Percutian kami sekeluarga ke Perth, Australia pada Ogos lalu meninggalkan kenangan yang cukup bermakna.

Ini kerana sejak mendirikan rumah tangga lima tahun lalu, inilah kali pertama saya dan suami, Irwan Hazree Idris, 33, melancong dengan disertai puteri sulung kami, Ariesya Zahra, 4.

Saya bersama suami sudah beberapa kali membatalkan percutian kami disebabkan faktor masa dan kesibukan kerjaya.

Sepanjang percutian selama 10 hari itu kami menginap di rumah kenalan yang terletak dekat Universiti Australia Barat. Kami memilih untuk menginap di rumah itu kerana ia berdekatan dengan beberapa lokasi tumpuan percutian kami.

Pada hari kedua, kami menjelajah ke tempat-tempat menarik di Perth dengan pengangkutan awam.

Zoo Perth menjadi destinasi pertama. Keadaan zoo tersebut tidak jauh bezanya dengan zoo di Malaysia kerana kebanyakan haiwan adalah sama kecuali tasmania, penguin dan koala.

Saya juga begitu teruja kerana berpeluang menyaksikan penguin kerana haiwan itu kelihatan sangat comel.

Harga tiket yang dikenakan bagi orang dewasa ialah AUD20.50 (RM62) manakala kanak-kanak masuk percuma.

Seharian selepas mengembara di zoo, kami hanya berjalan di kawasan berhampiran tempat penginapan.


RESTORAN Cicerello perlu dilawati oleh setiap pelancong yang menggemari sajian berasaskan ikan.


Walaupun lokasi tempat tinggal kami berdekatan dengan restoran yang menjadi tumpuan masyarakat setempat, namun kami memilih untuk memasak di rumah.

Apa yang mengejutkan, walaupun terdapat banyak restoran di kawasan tersebut tiada satu pun yang beroperasi selama 24 jam termasuk restoran makanan segera popular.

Kami difahamkan, kebanyakan premis di Australia beroperasi seawal pukul 7 pagi dan ditutup sekitar pukul 5 petang.

Kami meneruskan pengembaraan ke lokasi yang dilabel sebagai syurga kepada wanita iaitu Fremantle. Terdapat dua lokasi membeli-belah yang berbeza di situ iaitu Pasar E-Shed dan Pasar Fremantle.

Kami membeli cenderamata seperti kemeja-T dan rantai kunci sebagai buah tangan kepada sahabat handai, kenalan dan keluarga. untuk kenalan rapat di pejabat serta ahli keluarga.

Di Pasar Fremantle, kami disajikan dengan pelbagai aktiviti kesenian masyarakat setempat.

Hari kelima kami bergerak ke Cavershaw Wild Life, lokasi yang dinanti-nantikan Ariesya. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 45 minit. Harga tiket untuk masuk ke Wild Life ialah RM60 bagi dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. Di sini, saya tidak sabar untuk menyentuh koala yang berbulu lembut.

Kami kemudian dibawa ke ladang kambing biri-biri untuk melihat proses mengetam bulu biri-biri. Berbeza dengan biri-biri di Malaysia, biri-biri di Australia sangat gebu dan bulunya lembut bagaikan kapas.

Selepas itu, kami diberi peluang merasai mengetam bulu biri-biri, namun perkara yang mengujakan kami ialah memerah susu biri-biri itu.

Keterujaan saya semakin memuncak apabila kami dibawa ke kandang kanggaru.

Apabila berada di kandang kanggaru, segala keterujaan itu hilang serta-merta apabila melihat saiz kanggaru yang begitu besar.

Lambakan tulip

Apatah lagi saat terbayang seloroh rakan-rakan di Malaysia bahawa kanggaru mahir bertinju. Namun, disebabkan anak yang mahu bergambar bersama kanggaru, saya memberanikan diri mendekati haiwan tersebut.

Selepas puas bermain dengan kanggaru dan memberi haiwan itu makan, kami pulang dan singgah sebentar di restoran Cicerello di kawasan Fremantle, barat Perth yang dikatakan mempunyai hidangan berasaskan ikan terbaik di Australia.


KOALA antara hidupan yang menjadi tarikan utama di Australia.


Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu sekitar RM45 berdasarkan set dan hidangan yang dipilih. Apatah lagi peluang menikmati juadah di dalam sebuah restoran seakan-akan bot pelayaran itu tidak harus dilepaskan.

Menjelang hari-hari terakhir kami di Australia, saya memilih untuk pergi ke lokasi yang berasaskan alam sekitar.

Yakin dengan pilihan yang kami lakukan, seawal pagi kami bergerak ke Taman Botanik Araluen. Suasana sejuk bagaikan tidak terasa apabila melihat lambakan bunga tulip yang mekar dengan warna-warna yang menarik. Selain itu, bau-bauan bunga yang harum juga menyerlahkan suasana indah di kawasan tersebut.

Kepada pengunjung yang mungkin keletihan, pihak pengurusan menyediakan kereta api kecil sebagai kemudahan untuk melihat kawasan sekitar. Namun, pada pandangan penulis, dengan berjalan kaki pengunjung dapat menikmati suasana segar dan nyaman di taman itu berbanding menaiki kereta api.

Jika diikutkan hati, masih banyak pengalaman dan destinasi menarik yang ingin dikongsi. Namun cukuplah sekadar di sini kami berkongsi memori terindah kami sekeluarga sepanjang berada di Perth.

Masjid tanah liat Djenne

Posted:

Masjid tanah liat Djenne

Masjid tanah liat Djenne


MASJID besar Djenne menjadi kebanggaan masyarakat Islam di Afrika.


DJENNE yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1988 menyimpan sebuah mercu tanda yang menjadi lambang penyebaran dan penerimaan agama Islam dalam masyarakat Mali yang terletak di kawasan Afrika Barat.

Masjid Besar Djenne yang dibina pada tahun 1907 itu asalnya sebuah tapak istana. Ia menjadi satu-satunya monumen ibadat yang dibina daripada tanah liat dengan konsep Ferey iaitu mengeringkan sumber bahan binaan di bawah matahari.

Masjid yang dibina di atas pelantar tinggi dengan keluasan permukaan 0.56 hektar kelihatan seperti berada di sebuah pulau bagi menjaga keadaan masjid daripada dihakis banjir selain meningkatkan pengaliran udara.

Walaupun daripada pandangan mata kasar masjid berkenaan kelihatan panas, keadaan di dalam masjid itu sebenarnya dingin dan menenangkan.

Teori membina masjid dengan kedudukan yang lebih tinggi seakan-akan sebuah kawasan pulau diilhamkan oleh Ismaila Traore yang merupakan kumpulan tukang batu Djenne.

Berdiri sebagai sebuah lambang keagungan masyarakat Islam di Mali, masjid itu merangkumi tiga menara besar dengan bentuk segi empat seperti kota yang menjulur dari dinding utama. Ia turut disokong 18 tiang dan setiap menara mempunyai tangga berputar ke arah atap.


MASJID Djenne asalnya tapak sebuah istana.


Bukaan kubah

Dewan solat masjid berkenaan dibina menghadap ke Mekah. Sebahagian masjid ditutupi atap manakala sebahagian yang lain dibiarkan terbuka seperti laman.

Atap masjid disokong oleh 90 tiang yang merentasi bahagian dalam dewan solat. Liang pada atap ditutup dengan penutup seramik apabila dialihkan ia membenarkan udara panas keluar dari masjid.

Setiap dinding mempunyai bukaan berkubah setinggi 15 meter bagi membenarkan pelawat dan jemaah untuk keluar masuk dari masjid.

Kewujudan masjid berkenaan menarik perhatian ramai pelancong sama ada pakar atau individu yang mahu menyaksikan sendiri keunikan seni bina masyarakat Djenne. Bagaimanapun, kerajaan Mali menetapkan hanya penganut agama Islam yang dibenarkan melawat ruang masjid itu secara lebih dekat atas faktor menjaga kesucian.

Berhadapan dengan masalah banjir besar bermula pada bulan Julai hingga akhir Oktober setiap tahun, masjid berkenaan tetap mengalami kerosakan malah tanah liatnya perlu ditambah saban tahun.

Sehubungan itu, satu festival akan diadakan setiap tahun untuk memulihkan masjid berkenaan. Hampir 4,000 penduduk di sekitar Mali dan bandar Djenne akan bergotong-royong untuk membaiki masjid itu.

Setiap lohong dan keretakan pada masjid akan ditampung dengan tanah liat yang baharu. Lazimnya, festival tersebut berlangsung seharian dengan menyediakan pelbagai makanan untuk para sukarelawan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Majlis Khatan Perdana meriah

Posted:

Majlis Khatan Perdana meriah

Majlis Khatan Perdana meriah

MAHMUD (dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian kanak-kanak yang menyertai program Khatan Perdana di Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.


KHATAN. Seramai 100 kanak-kanak dari sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh menyertai program Khatan Perdana kali keempat yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.

Program anjuran bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal itu diadakan bagi memberi peluang kepada keluarga kurang berkemampuan untuk melaksanakan tuntutan agama Islam terhadap anak lelaki mereka secara percuma.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria berkata, program itu bertujuan merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat di kawasan itu selain bagi menghidupkan semula budaya berkhatan secara beramai-ramai.

Koperasi SMAKL terima Anugerah Lima Bintang

Posted:

Koperasi SMAKL terima Anugerah Lima Bintang

Koperasi SMAKL terima Anugerah Lima Bintang


KAMARUL ARIFFIN (tiga dari kanan) menunjukkan hadiah yang dimenangi selepas Koperasi SMAKL dipilih menerima Anugerah Lima Bintang di Kuala Lumpur baru-baru ini.


ANUGERAH. Koperasi Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) terpilih menerima Anugerah Lima Bintang pada majlis Sambutan Hari Koperasi Sekolah peringkat Kebangsaan 2013 yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kejayaan merangkul anugerah itu membolehkan SMAKL membawa pulang hadiah plak dan pakej pelancongan koperasi bernilai RM3,000.

Pengetua SMAKL, Kamarul Ariffin Mohd. Sharif berkata, anugerah itu diharap menjadi pemangkin dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian koperasi sekolah itu bagi meraih lebih banyak pengiktirafan pada masa akan datang.

Sambutan Hari Koperasi Sekolah itu dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Wanita Batu Sapi dapat bantuan barangan elektrik

Posted:

Wanita Batu Sapi dapat bantuan barangan elektrik

Wanita Batu Sapi dapat bantuan barangan elektrik


RAHIMAH (enam dari kanan) bersama ahli Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi bergambar pada majlis penyampaian barangan elektrik oleh wakil Jabatan Pertanian Negeri Sabah di Sandakan, Sabah baru-baru ini.


BANTUAN. Jabatan Pertanian Negeri Sabah mengorak langkah dalam membantu meningkatkan penglibatan golongan wanita dalam industri ekonomi kecilan-kecilan.

Antara langkah yang dibuat adalah menyumbang barangan elektrik berupa pengisar buah kepada golongan tersebut sebagai modal awal untuk bergelar usahawan.

Majlis penyerahan sumbangan itu diterima oleh Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, Rahimah Asrah di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Sandakan di Labuk Jaya, Sandakan.

Dengan adanya bantuan itu diharap dapat membuka ruang untuk menjana pendapatan usahawan kecil dalam kalangan ahli-ahli pergerakan Wanita dalam bidang perniagaan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Banjir landa lima negeri

Posted:

Banjir landa lima negeri

Banjir landa lima negeri

Oleh HAFIZ ABBAS dan MAZLINA ABDUL MAJID
berita@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN penduduk meredah banjir dengan membawa barang masing-masing ke pusat pemindahan di Kampung Bukit Mentok, Kemaman, Terengganu semalam.


KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di negara ini semakin buruk apabila dua lagi negeri iaitu Kelantan dan Melaka turut dilanda bencana tersebut sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 33,949 orang berbanding sekitar 19,000 orang kelmarin.

Banjir besar turut mengakibatkan penduduk di negeri-negeri terbabit mengalami kerugian juta ringgit apabila ribuan rumah dan ratusan kenderaan ditenggelami air manakala barangan mengalami kerosakan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

1,213 pencawang TNB ditenggelami air

Posted:

1,213 pencawang TNB ditenggelami air

1,213 pencawang TNB ditenggelami air


BEKALAN elektrik dan pencawang Tenaga Nasional Berhad Kuantan Utara di Kuantan dihentikan selepas ia dinaiki air semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,072 buah pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan bekalan elektrik.

Ia sekali gus menjejaskan 62,907 pengguna sehingga pukul 12 tengah hari semalam.

Menurut kenyataan TNB di sini, enam kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri itu ialah Kuantan, Rompin, Maran, Pekan, Lipis dan Jerantut.

Di Terengganu, operasi Pencawang Masuk Utama Kemaman ditutup bagi tujuan keselamatan setakat pukul 12 tengah hari semalam.

Selain itu, katanya, 141 pencawang elektrik turut dihentikan tugas sejak 21 jam yang lepas dan bilangan pengguna yang terjejas ialah 5,272 orang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bayar hutang guna syiling 5 sen

Posted:

Bayar hutang guna syiling 5 sen

Bayar hutang guna syiling 5 sen

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


ERMA FATIMA


KUALA LUMPUR - Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 23, menerima sejumlah 224,000 keping duit syiling 5 sen yang nilai kesemuanya berjumlah RM11,200 kiriman pengarah popular Erma Fatima sebagai bayaran saman yang dimenangi pelakon itu ke atas syarikat miliknya, Rumah Karya Citra Sdn. Bhd.

Selain ratusan ribu keping syiling 5 sen yang setiap paket plastik berjumlah RM150, pelakon tersebut turut menerima senaskhah al-Quran yang dikirim pengarah filem itu pada petang kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Video pendek solat pilihan juri

Posted:

Video pendek solat pilihan juri

Video pendek solat pilihan juri

MUHAMMAD SOLIHIN (dua dari kanan) memegang dua anugerah kemenangan produksi Solat Roh Ta'dib di FFVPM10.


SOLAT lima waktu sehari semalam yang menjadi tuntutan bagi setiap orang Islam mendorong tiga mahasiwa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk menghasilkan sebuah video pesanan khidmat awam (PSA) bertajuk Solat Roh Ta'dib berkisar kepentingan dan adab dalam solat.

Lebih membanggakan, hasil karya gabungan tiga sahabat, Muhammad Solihin Baruddin, Muhd. Yassir Abd. Manaf dan Muhd. Azfar Abdullah masing-masing berusia 25 tahun itu, diiktiraf dalam majlis penganugerahan berprestij, Festival Filem & Video Pelajar Malaysia Ke-10 (FFVPM10) yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai baru-baru ini.

Kejayaan karya berkenaan dalam merebut dua anugerah utama iaitu Anugerah PSA Terbaik dalam kategori video berunsurkan Islam dan Anugerah Khas Juri sekali gus menepis 230 penyertaan mahasiswa seluruh institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara yang turut bersaing merebut keseluruhan 19 anugerah yang dipertandingkan pada festival itu.

Medium dakwah

Penerbit yang juga pengarah PSA, Muhammad Solihin Baruddin berkata, kejayaannya itu sekali gus membuktikan tema Islamik dan video berunsurkan dakwah semakin diterima dalam kalangan masyarakat sekali gus menyuntik semangat kepada mereka untuk berdakwah melalui pembikinan PSA dan filem pendek.

"Sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kedua-dua anugerah sudah tentu saya terkejut kerana saingan dalam kategori ini terlalu sengit. Namun saya menganggap kemenangan ini sebagai rezeki daripada Yang Maha Esa dalam usaha memartabatkan agama Islam," ujarnya.


KRU produksi PSA Solat Roh Ta'dib turut bertindak sebagai pelakon dalam video mereka.


Menggunakan sebuah kamera model Canon 550D dengan modal kurang daripada RM80 dan memilih Bukit Broga, Semenyih, Selangor sebagai lokasi penggambaran, video berdurasi hampir dua minit itu mengetengahkan isu berkaitan kewajipan menunaikan solat tepat pada waktunya, selain adab dalam menunaikan tiang agama umat Islam itu.

"Solat adalah satu kewajipan yang dituntut oleh Allah kerana ia bukti ketaatan dan hubungan kita dengan Maha Pencipta. Sebab itulah, tajuk Solat Ta'dib dipilih kerana ta'dib itu bermaksud proses pembangunan hati.

"Solat itu perkara yang sangat mudah. Dalam video ini kami memaparkan dua remaja yang sedang mendaki bukit kemudian mendengar azan terus menunaikan solat. Pertama, kami cuba sampaikan bahawa solat itu wajib ditepati masanya, kedua solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan tempatnya bersih dan kita berada dalam keadaan suci," jelasnya yang menerima trofi bagi dua anugerah serta wang bernilai RM1,000 bagi setiap kategori.

Ini percubaan pertama ketiga-tiga penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Penyiaran, KUIS itu menyertai festival terssebut, atas dorongan Pensyarah Penerbitan Dokumentari, Mohd. Daly Daud yang menganggap ia kemenangan untuk semua mahasiswa dan tenaga kerja di KUIS.

Penanda aras

Mohd. Daly berkata, ia menjadi penanda aras bagi mahasiswa lain menghasilkan lebih banyak video dan filem pendek berunsurkan Islamik untuk dipertandingkan kerana hasil seni ini lebih dekat dan mudah diterima masyarakat.

"Dalam jangka masa panjang, KUIS diharapkan mampu melahirkan mahasiswa komunikasi yang berketerampilan sebagai penyumbang kepada karyawan penyiaran yang mempunyai fikrah Islam dan berkemahiran tinggi bersesuaian dengan motonya untuk melahirkan generasi ulamak dan umara," katanya.

Sementara itu, dua filem dokumentari Demi dan Sang Penyampai yang juga penyertaan sulung KUIS berjaya memberikan saingan hebat apabila turut tercalon bagi lima karya terbaik dalam kategori Skrip Dokumentari Terbaik, Pengarah Terbaik, Dokumentari Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Video Terbaik Keseluruhan.

Kolaborasi koreografi teater Kabuki

Posted:

Kolaborasi koreografi teater Kabuki

Kolaborasi koreografi teater Kabuki

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


ANTARA aksi koreografi tarian mak yong yang disesuaikan dengan pola lantai teater Kabuki.


WALAUPUN kali pertama dianjurkan, kombinasi koreografi penari-penari dari Jepun, Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia ternyata memukau perhatian penonton.

Dengan gerak langkah dan gerakan tangan secara serentak oleh 11 penari dari negara-negara itu, penonton dapat melihat perbezaan ketara koreografi dalam setiap tarian.

Apabila seekor raksasa dalam watak teater Jepun menyerang mereka, penari-penari itu menggunakan tarian tradisional masing-masing untuk mempertahankan diri. Hasilnya, raksasa itu kemudiannya mengalah.

Jalan cerita itu merupakan sedikit bingkisan kisah ketiga yang disampaikan dalam persembahan Mau: J-ASEAN Dance Collaboration yang berlangsung di Istana Budaya pada 22 dan 23 November lalu.

Gabung tarian

Menariknya mengenai persembahan teater tradisi Jepun yang dipanggil Kabuki itu, pihak penganjur, Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) menggabungkan tarian dari Jepun, Nihon Buyo dengan negara-negara Asia Tenggara.

Teater Kabuki telah dipersembahkan lebih 400 tahun di Jepun. Mau: J-ASEAN Dance Collaboration diselangi dengan tarian tradisional dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Penari tarian Nihon Buyo, Fujima Aya memberitahu, persembahan itu merupakan perkongsian budaya terbaik antara Jepun dengan Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

"Saya bergiat aktif dalam tarian Nihon Buyo sejak berusia tiga tahun. Melalui persembahan ini, saya mengetahui gerakan lain yang tiada dalam tarian di Jepun. Ekspresi wajah dan gerak langkah penari-penari dari Asia Tenggara jelas menunjukkan mereka seperti memahami setiap alunan muzik teater kabuki.

"Tiada kesukaran untuk saya berkolaborasi dengan penari-penari negara lain sepanjang beraksi di pentas yang sama. Muzik dari teater Kabuki dan Nihon Buyou merupakan akar umbi persembahan ini. Ia merupakan kelebihan kepada saya berbanding penari lain," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

SARAH menggayakan elemen tarian tradisional dari Bali, Indonesia.


Sepanjang dua hari persembahan itu, seramai 1,200 penonton dalam dan luar negara hadir ke Istana Budaya untuk menyaksikan teater yang julung-julung kali diadakan.

Teater muzikal itu dipimpin oleh seorang ketua teater Kabuki, Fujima Kanjuro VIII yang juga seorang guru di Fujima School of Kabuki dalam bidang Nihon Buyo.

Set pertama dan kedua persembahan menceritakan mengenai kisah klasik Jepun yang memaparkan tarian Nihon Buyo. Set persembahan ketiga merupakan klimaks persembahan dengan menggabung kesemua tarian untuk berlawan dengan raksasa dalam teater kabuki.

Curi tumpuan

Zapin dan mak yong yang dipersembahkan oleh Syarikat Tarian Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) merupakan tarian dari Malaysia. Tarian Udara merupakan tarian tradisi yang dibawa oleh penari dari Filipina.

Tarian Bali dari Lembaga Kesenian Bali Saraswati, Indonesia dan Opera Li Yuan dari Singapura merupakan tarian yang mencuri tumpuan penonton sepanjang persembahan.

Penari dari Malaysia, Rabiatul Adawiyah Abdul Wahid, 25, bersama rakan-rakan Aswara yang terlibat telah diberi latihan intensif di Tokyo, Jepun sejak bulan Ogos lalu sebagai persediaan awal untuk persembahan itu.

"Setiap penari perlu menghadiri sesi pengenalan teater Kabuki. Sesi itu memberi idea kepada kami untuk menggabungkan tarian mak yong dan zapin ke dalam koreografi Nihon Buyo dan jalan cerita Kabuki.

"Pemilihan koreografi juga bebas. Kami perlu mencari gerak yang sesuai dengan tarian Jepun. Pada awalnya, kami agak gementar untuk mengekperimentasikan tarian tradisi ini. Dengan latihan intensif, kami berjaya melakukannya,"jelasnya.

Penganjuran persembahan itu juga sempena ulang tahun ke-40 persahabatan negara-negara Asia Tenggara dan Jepun di Malaysia. Mau: J-ASEAN Dance Collaboration turut mengadakan jelajah di Jakarta, Indonesia dan Manila, di Filipina sebelum mengadakan persembahan di Istana Budaya.

Sementara itu, penari Lembaga Kesenian Bali Saraswati, Indonesia, Sarah Puterianti Hakimdon, 23, berkongsi pendapat, persembahan tersebut berupaya merapatkan jurang dalam bidang kreatif antara negara Jepun dan negara Asia Tenggara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kejutan skuad chinlone

Posted:

Kejutan skuad chinlone

Kejutan skuad chinlone

Daripada NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

SKUAD chinlone lelaki dan wanita negara meraikan kejayaan mereka selepas meriah pingat gangsa dalam acara tersebut yang membuka tirai di Stadium TertutupWunna Theikdi semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar - Skuad chinlone negara melakar sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul dua pingat gangsa pada Sukan SEA 2013 di Stadium Tertutup Wunna Theikdi B semalam.

Pingat pertama kontinjen Malaysia pada edisi ke-27 temasya dwitahunan itu diperoleh menerusi skuad lelaki dan wanita dalam acara Tahap 3.

Skuad lelaki yang dibimbing Nurudin Pawi berjaya mengutip 246 mata untuk menduduki tempat keempat keseluruhan di belakang Myanmar (660 mata), Thailand (407 mata), Laos (344 mata), manakala Singapura di tempat tercorot (156 mata).

Pingat emas yang ditawarkan semalam menjadi milik tuan rumah, Myanmar selepas menewaskan Thailand 660-404 pada perlawanan akhir.

"Saya berpuas hati dengan kejayaan ini. Meskipun hanya memenangi pingat gangsa, saya tetap gembira.

"Pada awalnya, kami tidak diletakkan sebagai pilihan untuk memenangi pingat selain hadir ke Myanmar menerusi Kategori B. Kami juga tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalani latihan intensif.

"Persiapan kami tidak mencukupi dan sekadar berlatih kurang daripada dua bulan. Namun, kejayaan ini menebus kembali segala kerja keras yang kami lakukan selama ini," kata Nurudin kepada Kosmo! semalam.

Pada aksi semalam, skuad lelaki negara berjaya mengutip 79 mata pada set pertama, 85 mata (set kedua) dan 82 mata (set ketiga).

Nurudin berkata, beliau meletakkan sasaran untuk memenangi sebutir lagi pingat gangsa dalam acara Tahap 2 yang akan berlangsung hari ini sebelum melengkapkan saingan dengan memenangi pingat perak dalam acara Tahap 1 di lokasi yang sama esok.

"Myanmar mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sukan ini, manakala Thailand pula berlatih di Myanmar. Selepas ini, kami akan menjalani latihan yang lebih khusus sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2015 di Singapura," kata Nurudin.

Sementara itu, kejayaan skuad wanita pula hadir selepas anak-anak buah Mohd. Fikri Mohd. Nor menamatkan saingan di tempat keempat.

Skuad wanita negara mengutip 40 mata pada set pertama, 42 mata (set kedua) dan 46 mata (set ketiga) untuk mengumpul keseluruhan 128 mata, sekali gus berada di belakang Myanmar (514 mata), Thailand (363 mata) dan Kemboja (138 mata).

Pingat emas dalam acara wanita bagi sukan tradisi Myanmar yang buat pertama kalinya dipertandingkan pada Sukan SEA ini, sekali lagi dimenangi pasukan tuan rumah yang mudah menewaskan Thailand 534-375 pada aksi final.

Prestasi atlet keutamaan negara

Posted:

Prestasi atlet keutamaan negara

Prestasi atlet keutamaan negara

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


AMIRUDDIN Embi (dua dari kiri) melihat peralatan yang akan digunakan oleh atlet menembak negara pada Sukan SEA di Myanmar nanti ketika meninjau latihan skuad negara di Bukit Jalil semalam.


PRESTASI barisan atlet muda pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar akan menjadi keutamaan negara.

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA, Datuk Wira Amiruddin Embi berkata, walaupun sasaran pingat emas menjadi keutamaan namun peningkatan mereka untuk menghadapi Sukan Asia dan Komanwel tahun depan harus menjadi perhatian utama.

"Saya tahu semua orang mahu mengetahui mengenai (sasaran) pingat emas tetapi kita kena ingat bahawa persatuan sukan dan Majlis Sukan Negara (MSN) juga mahu melihat perkembangan atlet-atlet muda ini, terutamanya persediaan menghadapi Sukan SEA 2015 dan juga ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017.

"Kami juga berharap Sukan SEA tahun ini sebagai persiapan untuk atlet-atlet elit sebelum beraksi di Sukan Asia, Komanwel dan seterusnya mungkin ke Sukan Olimpik.

"Memang benar emas sebagai sasaran utama kami tetapi kami mempunyai satu lagi sasaran untuk melihat mereka lebih menyerlah dalam setiap acara yang mereka sertai," kata Amiruddin.

Amiruddin berkata sedemikian selepas melakukan lawatan di Lapang Sasar MSN, Gimnasium 3 MSN Bukit Jalil, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memberikan nasihat kepada kesemua atlet menembak negara supaya tidak berasa gentar ketika beraksi pada temasya di Myanmar nanti yang dijadualkan bermula secara rasminya pada 10 Disember ini.

"Walaupun hanya enam acara sahaja yang dipertandingkan pada Sukan SEA tetapi saya telah memaklumkan kepada mereka supaya mengambil perkara ini sebagai satu cabaran.

"Kami mahu mendengar lagu Negaraku berkumandang dan bendera Jalur Gemilang berkibar di bumi Myanmar," ujar Amiruddin.

Seramai 14 atlet menembak akan beraksi di Myanmar dalam tiga acara berbeza iaitu 10m air pistol, 50m pistol dan 50m raifal prone untuk kategori lelaki dan wanita.

Dalam pada itu, pengurus pasukan menembak, Datuk Sabiamad Abdul Ahad meletakkan satu sasaran emas pada temasya dwitahunan itu dalam acara 50m raifal prone.

"Sasaran kami hanya satu emas, saya jangka kami juga boleh dapat pingat-pingat lain tetapi saya lihat ia sebagai bonus sahaja.

"Acara yang kami agak menyerlah tidak dipertandingkan di Myanmar. Sebenarnya dalam sukan menembak ada 18 acara kesemuanya tetapi hanya enam sahaja yang dipertandingkan pada temasya kali ini.

"Sasaran kami dalam acara raifal (prone) wanita," tambah Sabiamad.

Skuad menembak negara mempunyai kelebihan dalam acara 50m raifal 3 Posisi dan 10m air raifal wanita seperti yang dilakukan oleh Nur Suryani Mohamed Taibi ketika meraih dua emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia tetapi acara tersebut tidak dipertandingkan kali ini.

Atlet yang beraksi dalam acara 50m raifal prone wanita ialah Nur Suryani, Muslifah Zulkifli dan Haslisa Hamed.

Wusyu buru emas ke-1000 negara

Posted:

Wusyu buru emas ke-1000 negara

Wusyu buru emas ke-1000 negara

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


BARISAN atlet wusyu negara yang bakal menggalas cabaran pada Sukan SEA 2013 di Myanmar minggu depan.


"SUBJEKTIF".

Perkataan ringkas itu memberikan makna yang cukup besar buat atlet wusyu negara menjelang temasya Sukan SEA 2013 yang bakal membuka tirainya di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 11 hingga 22 Disember ini.

Tatkala harapan peminat sukan tempatan dilihat cukup besar terhadap skuad wusyu negara dalam usaha mencipta sejarah memburu emas Sukan SEA yang ke-1000, namun segala-galanya bukan terletak di tangan mereka sahaja.

Atas kertas, kemampuan atlet wusyu negara sememangnya tidak boleh dipertikai lantaran status sebagai antara kuasa besar di rantau Asia Tenggara terutamanya apabila meraih tiga butir emas dalam dua edisi terdahulu berturut-turut di Vientiane, Laos (2009) dan juga 2011 di Palembang, Indonesia.

Enggan menjadikan senario itu sebagai alasan, ketua jurulatih wusyu negara, Yoong Thong Foong percaya anak-anak buahnya mampu memburu sekurang-kurangnya tiga emas sekiranya berjaya 'bertarung dengan diri sendiri'.

"Sebagai sukan subjektif, apa juga kemungkinan boleh berlaku.

"Kecemerlangan atlet negara dalam Kejuaraan Dunia baru-baru ini juga tidak boleh dijadikan ukuran.

"Apa yang penting, pemain mampu memberikan aksi yang terbaik ketika di Myanmar nanti," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Thong Foong yang membimbing skuad negara sejak 2003 memberitahu, anak-anak buahnya tidak pernah terfikir untuk mempertikaikan sebarang keputusan pengadil jika nasib tidak menyebelahi mereka.

Menurut beliau, tuan rumah pastinya memiliki kelebihan dalam mana-mana pertandingan namun ia tidak boleh dijadikan alasan jika gagal meraih sebarang pingat.

"Saya sering mengingatkan atlet supaya menjadikan diri sendiri sebagai musuh, bukannya mempertikaikan keputusan pengadil jika gagal.

"Mereka perlu mengelak daripada melakukan kesilapan.

"Jika atlet mampu memberikan yang terbaik seperti mana ketika menjalani latihan, saya tidak nampak sebarang sebab mengapa kami gagal memburu emas ke-1000 buat kontinjen negara dalam sejarah temasya Sukan SEA.

"Jadi, saya harap mereka tampil tanpa sebarang tekanan dan menerima sebarang keputusan pengadil dengan hati yang terbuka," jelas beliau.

Menurut Thong Foong, selain Myanmar, beliau juga menjangkakan cabaran sengit daripada atlet Vietnam dan Indonesia pada temasya kali ini.

Bagaimanapun, skuad wusyu negara dilihat menerima tamparan awal pada temasya kali ini apabila pemenang pingat emas temasya edisi 2011, Lee Yang dikatakan kurang cergas gara-gara mengalami kecederaan pergelangan kaki.

Namun jelas Thong Foong, beliau tidak terlalu panik dengan situasi itu apabila kembali diperkuatkan dengan kehadiran pemenang pingat emas edisi 2009, Loh Jack Chang kali ini.

Selain itu katanya, dua lagi pemenang pingat emas di bumi Palembang iaitu Kevan Cheah Peng Heng dan Tai Cheau Xuan juga kekal beraksi kali ini sekali gus mencerahkan peluang memburu kemilau pingat di bumi Myanmar.

Kecemerlangan srikandi negara, Diana Bong Siong Lin juga dijangka menjadi antara prospek pingat yang wajar diberikan perhatian kali ini.

"Sejujurnya, saya enggan memberikan tekanan kepada mana-mana atlet bagi memburu pingat.

"Bagi saya, kesemua atlet berpotensi memburu pingat dan mengharumkan nama negara.

"Jadi, saya harap mereka dapat mengekalkan prestasi yang terbaik selain mengelak daripada mengalami kecederaan," jelas Thong Foong.

Menurut Thong Foong, beliau juga mensasarkan skuad wusyu negara mampu meraih emas menerusi acara Changquan wanita, Taijiquan lelaki dan Nanquan lelaki dalam disiplin Taolu (persembahan).

"Bukan mahu menidakkan kemampuan atlet Sanda (seni tempur), tetapi saya lihat kami memiliki kelebihan dalam disiplin Taolu.

"Seandainya atlet disiplin Sanda berupaya menyumbang pingat, ia dianggap satu bonus," katanya.

Cabaran skuad wusyu negara bakal digalas sembilan atlet lelaki dan lima atlet wanita bagi memburu sebanyak 18 pingat emas ditawarkan pada temasya kali ini.

Bagi Dianan Bong yang sekadar membawa pulang pingat gangsa dalam acara nandao-nangun di Palembang dua tahun lalu, dia pastinya mahu menebus kekecewaan itu kali ini.

Namun, anak jati Sungai Tapang, Kuching, Sarawak itu enggan terlalu tertekan dengan situasi itu apabila hanya mensasarkan satu pingat di Myanmar.

"Saya mensasarkan satu pingat, tidak kira warna apa.

"Buat masa ini, perasaan gementar dilihat menjadi musuh utama saya ketika di Sukan SEA kelak.

"Kejayaan pada Kejuaraan Dunia baru-baru ini (emas acara nandao dan perak acara nangun) juga tidak boleh dijadikan alasan untuk terlalu yakin kerana Sukan SEA merupakan pentas yang berbeza," kata Diana.

Ini merupakan penampilan keempat buat Diana Bong, 28, di pentas Sukan SEA.

Dia berjaya meraih pingat emas acara nanquan-nandao-nangun di Korat 2007 sebelum meraih emas acara nangun-nandao di Vientiane, Laos dua tahun kemudian.

Seorang lagi atlet negara, Wong Weng Son, 21, tetap berazam mahu melakar kejutan pada penampilan pertamanya di pentas Sukan SEA kali ini.

Mula bergiat aktif dalam sukan wusyu sejak empat tahun lalu, Weng Son percaya dia mampu membuktikan sesuatu berdasarkan kejayaannya meraih dua emas pada temasya Sukan Perpaduan Islam di Palembang baru-baru ini.

"Jika dapat satu pingat, ia sudah cukup baik. Sudah tentu saya gembira jika mampu membawa pulang pingat emas namun perak atau gangsa juga besar ertinya buat saya," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Terengganu: Banjir merebak ke Marang

Posted:

Terengganu: Banjir merebak ke Marang

Terengganu: Banjir merebak ke Marang

04/12/2013 10:53pm

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila bencana alam itu kini melanda daerah Marang selepas Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keseluruhan mangsa banjir di Terengganu sekarang meningkat kepada 5,393 berbanding 4,929 orang petang tadi.

Sehingga pukul 10 malam ini, sebanyak 68 pusat pemindahan telah dibuka di Terengganu iaitu 37 di Kemaman, 19 di Hulu Terengganu, 11 di Dungun dan satu di Marang.

Katanya, di daerah Marang empat keluarga yang terdiri daripada 13 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Pasir Puteh pada pukul 7 malam.

Manakala Kemaman masih merupakan daerah terjejas paling teruk apabila 3,224 mangsa daripada 796 keluarga dipindahkan ke 37 buah pusat pemindahan sehingga malam ini.

Di Dungun pula, mangsa yang dipindahkan setakat ini meningkat kepada 1,035 orang dyang terdiri dari 269 keluarga berbanding 875 (233 keluarga) petang tadi.

Manakala di Hulu Terengganu pula, jumlah mangsa banjir turut meningkat daripada 1,093 (313 keluarga) petang tadi kepada 1,121 orang (328 keluarga) malam ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan air di beberapa buah sungai utama di negeri ini melepasi tahap bahaya sejak petang tadi. - Bernama

Banjir: Pejabat Pos di Pahang dan Terengganu ditutup

Posted:

Banjir: Pejabat Pos di Pahang dan Terengganu ditutup

Banjir: Pejabat Pos di Pahang dan Terengganu ditutup

04/12/2013 10:15pm

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia menutup sementara beberapa buah pejabat Pos dan pusat Pos Laju di Pahang dan Terengganu berikutan keadaan banjir yang semakin buruk.

Pejabat Pos yang terlibat ialah di Kuantan, Balok, Air Putih, Beserah, Komtar dan UTC Kuantan di Pahang dan Jalan Air Putih, Bukit Besi dan Chukai di Terengganu.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata banjir telah juga menjejas operasi penghantaran surat Pos Malaysia.

Operasi yang terjejas ialah di Mersing, Batu Anam dan Segamat di Johor dan Bandar Pusat Jengka, Jerantut, Kuala Lipis, Pekan, Kuala Rompin, Maran, Balok, Chini, Gambang, Sungai Lembing, Nenasi dan Paloh Hinai di Pahang.

Juga terjejas ialah kawasan di Terengganu seperti Kuala Berang, Dungun, Kuala Terengganu, Cheneh, Cukai, Air Putih, Bukit Payong, Kerteh, Paka dan Sungai Tong. - Bernama

Polis tumpaskan kumpulan curi susu bayi di pasar raya Kelantan

Posted:

Polis tumpaskan kumpulan curi susu bayi di pasar raya Kelantan

Polis tumpaskan kumpulan curi susu bayi di pasar raya Kelantan

04/12/2013 9:18pm

GUA MUSANG - Polis menumpaskan kumpulan mencuri susu bayi berjenama di beberapa pasar raya di negeri ini selepas menahan lima orang termasuk tiga wanita tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, mereka ditahan di Kilometer 12 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis selepas cuba melarikan diri daripada sekatan polis di Kem Semor di sini.

"Kereta yang dinaiki mereka didapati sarat dengan 84 tin dan 29 kotak susu bayi berjenama. Mereka yang berumur antara 23 dan 43 tahun berasal dari Sabah dan dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur.

"Mereka dipercayai ke Kuala Lumpur untuk menjual susu bayi itu yang dicuri dari beberapa pasar raya sekitar Kota Bharu sebelum ini. Kesemua susu itu dianggarkan bernilai RM10,000," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika soal siasat, kesemua suspek mengakui mereka menjalankan kegiatan itu hanya dalam masa sehari sahaja untuk mengumpulkan kesemua susu bayi berjenama itu.

Saiful Bahri berkata, tugas mencuri susu bayi itu dilakukan seorang daripada tiga wanita itu dengan memakai baju kurung bersaiz besar bagi memudah menyorok tin susu di bawah kelangkang.

Siasatan lanjut mendapati mereka pernah ditahan kerana kesalahan sama di beberapa negeri lain sebelum ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved