Ahad, 1 Disember 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pendengar setia Pi Mai FM menang tiket wayang

Posted:

Pendengar setia Pi Mai FM menang tiket wayang

Pendengar setia Pi Mai FM menang tiket wayang

SEBAHAGIAN pendengar radio Pi Mai FM yang bertuah bergambar sebelum menonton wayang di GSC Sunway Carnival, Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.


DIRAIKAN. Seramai 220 pendengar bertuah stesen radio Pi Mai FM dibawa menonton filem Kisah Paling Gangster dengan kerjasama GSC di Sunway Carnival, Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam Pi Mai FM, Zetty Nordin berkata, mereka terpilih selepas menjadi pemanggil kelima untuk memenangi pertandingan Pawagam di Pi Mai FM yang berlangsung dari 11 hingga 15 November lalu.

Menurutnya, pendengar bertuah yang diraikan itu juga berpeluang beramah mesra bersama penyampai radio stesen tersebut seperti Azmir Cuit, Mamak, Shazali dan Shahril yang turut hadir menonton filem tersebut.

Bank Muamalat bantu tujuh keluarga miskin

Posted:

Bank Muamalat bantu tujuh keluarga miskin

Bank Muamalat bantu tujuh keluarga miskin


SARIMAH (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal, Sarina Ramza di Kampung Gerigis, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.


BANTU. Bank Muamalat Malaysia Berhad menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya menyalurkan sumbangan kewangan dan barangan keperluan dapur kepada mereka yang memerlukan dalam daerah Kota Setar di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Pengurus Wilayah Utara Bank Muamalat, Sarimah Bashah berkata, program yang diadakan sempena Karnival Oh Yeah! bank itu melibatkan tujuh keluarga miskin terpilih, warga emas yang sakit dan ibu tunggal.

Katanya, ziarah dari rumah ke rumah di tiga kampung iaitu Kampung Alor Senibong, Kampung Alor Melintang dan Kampung Gerigis turut disertai Bank Muamalat Big Bikers Club.

"Ini adalah tanggungjawab sosial korporat kami untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Ramai orang di daerah ini tidak bernasib baik dan kita tampil untuk bantu meringankan beban mereka," katanya.

Pelajar cemerlang SMK Gum-Gum terima anugerah

Posted:

Pelajar cemerlang SMK Gum-Gum terima anugerah

Pelajar cemerlang SMK Gum-Gum terima anugerah


ZAKARIA (tengah) bersama pelajar-pelajar cemerlang yang menerima anugerah masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan Gum-Gum, Sandakan, Sabah baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Seramai 30 pelajar cemerlang menerima anugerah masing-masing pada majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Graduasi Pelajar-Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gum-Gum, Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum, Datuk Zakaria Mohd. Edris.

Menurut Zakaria, kejayaan dalam bidang akademik bukan sahaja mampu meningkatkan taraf hidup di masa hadapan, tetapi turut menjadi asas kepada pembinaan negara bangsa serta pengukuhan perpaduan nasional.

"Kerajaan telah melakukan segala-galanya untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara termasuk memberikan peruntukan besar kepada kementerian berkenaan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kematian serentak tiga anak perempuan

Posted:

Kematian serentak tiga anak perempuan

Kematian serentak tiga anak perempuan

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM dan NORLIDA AKMAR IDROS
berita@kosmo.com.my

ORANG ramai berkumpul di tebing terusan lokasi penemuan mayat Nur Izzati dan Nurul Akma.


ALOR SETAR - Sepasang suami isteri dari Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini terpaksa menerima hakikat kehilangan tiga anak perempuan mereka serentak apabila ketiga-tiganya ditemui mati di dua lokasi berasingan kelmarin dan semalam.

Mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel oleh penduduk kampung pada pukul 3.45 petang kelmarin di kawasan bendang di Alor Senibong, Langgar, kira-kira enam kilometer dari rumahnya.

Dua lagi mangsa, Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, pula ditemui 24 jam kemudian dalam keadaan terapung di terusan MADA, Kampung Padang Petani dekat Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi Noor Syafikah dijumpai.

Mayat Nur Izzati dan adiknya yang lengkap berpakaian ditemui pada jarak 200 meter di tepi terusan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Saya hanya ada tiga anak - Rusdi

Posted:

Saya hanya ada tiga anak - Rusdi

Saya hanya ada tiga anak - Rusdi

- Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


RUSDI


ALOR SETAR – Hasrat seorang bapa membawa tiga anaknya pulang ke kampung di Besut, Terengganu sempena cuti sekolah ini lebur apabila ketiga-tiganya ditemui mati lemas.

Rusdi Rani, 38, pekerja am di Sekolah Jenis Kebangsaan Keat Hwa di sini berkata, mereka sekeluarga sepatutnya pulang ke Besut pada 12 Disember ini selepas dua tahun berpindah ke negeri ini untuk bekerja.

"Kami baru bercadang pulang ke kampung, tidak sangka peristiwa menyedihkan ini berlaku," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam bendang di Alor Senibong, Langgar di sini kelmarin manakala adiknya, Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, dijumpai terapung di terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini 24 jam kemudian selepas keluar rumah pada Jumaat lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

BN komited bela masyarakat India

Posted:

BN komited bela masyarakat India

BN komited bela masyarakat India

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


NAJIB (empat dari kanan) bersama Palanivel (empat dari kiri), Subramaniam (dua dari kiri) dan tiga Naib Presiden MIC, Saravanan (kiri), Balakrishnan (kanan) dan Sothinathan (dua dari kanan) pada Perhimpunan Agung MIC ke-67 di Melaka semalam.


MELAKA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod yang lebih baik berbanding parti pembangkang dalam menjaga kebajikan masyarakat India di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, bagi mengukuhkan usaha itu, BN memberi jaminan akan terus membangunkan masyarakat India dan ia merupakan proses berterusan.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa memastikan pengagihan kekayaan negara dilakukan secara adil dan saksama serta bersifat inklusif kepada semua masyarakat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Puisi trio tiga seniman

Posted:

Puisi trio tiga seniman

Puisi trio tiga seniman

LUQMAN HAKIM AB. RAHIM

DARI kiri: Zakaria, Raja Ahmad Aminullah dan Mustapa bergambar bersama buku, Sajak-Sajak 3 Seniman:Kata dan Rupa pada majlis pelancaran buku tersebut di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini.


GENRE sastera lebih-lebih lagi sajak bukan elemen yang popular untuk diterbitkan menjadi sebuah buku untuk laris dalam pasaran seperti pisang goreng panas lantaran penyampaian isi kandungan yang 'berat' dan kurang komersial.

Langkah yang diambil oleh Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBM) untuk menerbitkan naskhah berjudul Sajak-sajak 3 Seniman: Kata dan Rupa boleh dianggap berisiko tinggi berdepan dengan kesukaran memperoleh keuntungan dalam jangka masa yang cepat.

Namun, atas rasa tanggungjawab untuk mengangkat nilai genre sastera ke tahap yang lebih tinggi untuk dijiwai oleh kelompok peminat tegar cabang itu, himpunan sajak-sajak serta lukisan oleh tiga seniman negara menjadi taruhan.

Tiga seniman itu, Mustapa Ibrahim, Raja Ahmad Aminullah dan Prof. Dr. Zakaria Ali, masing-masing yang disifatkan mempunyai persamaan dalam karya sajak serta lukisan yang dihasilkan dalam buku tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd. Khair Ngadiron menyifatkan ketiga-tiga seniman negara itu mempunyai pengalaman yang luas dari segi pemikiran dan diterjemah melalui bait-bait sajak serta lukisan tampak.

"Karya ini memuatkan 104 buah sajak nukilan mereka yang melangkaui subjek politik, agama, sosial dan ekonomi.

"Usaha pertama menghimpunkan tiga seniman ini akan dijadikan kayu pengukur untuk terbitan-terbitan naskhah seumpama ini pada masa akan datang,'' katanya.

"Dalam tempoh dua tahun, ITBM menerima lebih 1,000 manuskrip untuk dinilai oleh ahli panel namun keutamaan kepada naskhah ini diterbitkan kerana penghasilan yang bermutu.

Kepada bakal pemilik naskhah ini, mereka bukan sahaja dihidangkan dengan ayat-ayat sajak yang sarat dengan makna yang tersirat, malah helaian dalam buku itu turut diselitkan koleksi gambar peribadi Raja Ahmad, lukisan Mustapa dan Zakaria.

Bahasa Inggeris

Lebih istimewa, himpunan sajak itu bukan sahaja boleh dinikmati oleh pembaca Melayu malah ia juga diterbit dalam bahasa Inggeris bagi memberi nilai tambah kepada penggemar sastera merasai keindahan nota puisi itu.

Terdahulu, pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Sasterawan Negara, Datuk Anwar Ridhwan di di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman dalam cabang sastera, tidak ramai pelukis yang boleh menghasilkan penulisan puisi yang baik, kata Anwar.

Namun apabila kedua-dua elemen kemahiran itu bergabung, pelukis khususnya dapat menggarap karya yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta mampu mencetus impak yang besar.

"Menerusi tajuk buku ini, ia merujuk kepada sajak-sajak yang ditulis dan rupa pula adalah lukisan yang dihasilkan oleh seniman-seniman tersebut.

"Pengucapan tiga tokoh ini berbeza biarpun menyentuh aspek yang sama contohnya seperti cinta terhadap agama dan ini memberi warna dalam seni sajak yang dihimpun untuk tatapan semua peminat sastera," jelasnya.

Lagipun, sudah lama gugusan nusantara Melayu yang meliputi Malaysia dan Indonesia tidak menghasilkan karya yang menghimpunkan koleksi sajak milik seniman mereka.

Buku tersebut dijual pada harga RM60 di Semenanjung manakala RM65 di Sabah dan Sarawak.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Farhan didakwa langgar kontrak

Posted:

Farhan didakwa langgar kontrak

Farhan didakwa langgar kontrak

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

FARHAN didakwa telah menandatangani kontrak perjanjian dengan PBNJ sebelum membuat keputusan menyertai Terengganu.


DUNIA bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan isu pelanggaran kontrak.

Kali ini membabitkan bekas penyerang Kelantan, Mohd. Norfarhan Mohamad yang didakwa melanggar kontrak perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor DT).

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari terakhir Taklimat Liga Malaysia (Liga M) 2014 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam semalam.

Jika sabit kesalahan, Farhan yang kini sah menjadi milik Terengganu bakal berdepan hukuman penggantungan selama semusim selain denda maksimum.

Sama seperti kes tonggak pertahanan baharu Kelantan, Nazri Ahmad yang didakwa melanggar kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), isu Farhan yang dinobat sebagai penyerang terbaik Liga Malaysia 2013 kelmarin, turut mendapat perhatian FAM.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, pihaknya akan memutuskan status kedua-dua pemain itu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM yang dijadualkan berlangsung pada 19 Disember ini.

"Selain kes Nazri yang didakwa menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan FAS, saya turut menerima satu lagi kes dari PBNJ yang melibatkan Farhan.

"Kes Farhan juga akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM. Status Nazri dan Farhan akan terjawab selepas mesyuarat itu nanti.

"Jika didapati bersalah, mereka bakal digantung selama satu musim atau lebih, namun semua itu bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Status Pemain FAM yang akan bermesyuarat 19 Disember ini," tegas Hamidin.

Kosmo! sebelum ini melaporkan bahawa FAS telah mengemukakan aduan rasmi kepada FAM berhubung kes Nazri yang dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama FAS selama dua tahun.

Begitupun, Nazri telah mencipta kejutan apabila dia diperkenalkan sebagai pemain baharu Kelantan di Wisma Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kuala Lumpur minggu lalu.

Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad jelas berang dengan tindakan Nazri itu dan beliau mahu menebus imej persatuan itu dengan mengemukakan aduan kepada FAM.

Wujud 'pintu belakang'

Posted:

Wujud 'pintu belakang'

Wujud 'pintu belakang'

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendedahkan wujudnya rundingan 'pintu belakang' untuk memancing pemain Kelantan walaupun mereka sudah sah menjadi milik The Red Warriors.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa di Kota Bharu semalam.

Annuar berkata, masih wujud usaha untuk memancing barisan pemain Kelantan walaupun beliau telah memperkenalkan skuad Kelantan bagi musim 2004 minggu lalu.

"Dalam 24 pemain itu pun ada lagi pasukan lain hendak curi. Kita sudah pinang... kita sudah nikah gantung pemain dan menunggu hari pendaftaran tetapi masih ada lagi yang hendak runding dan nak ambil pemain Kelantan.

"Saya fikir sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperketatkan etika dan peraturan.

"Adalah tidak beretika apabila pemain sudah diumumkan sebagai barisan dalam satu pasukan untuk sesebuah negeri, kita masih runding lagi di belakang," kata Annuar ketika ditemui pemberita semalam.

Annuar memberitahu, sekiranya ada pihak mahu mengambil pemain Kelantan, mereka perlu datang dan berunding dengan KAFA.

Katanya, tindakan pasukan yang menjalankan rundingan dengan pemain tidak sepatutnya berlaku kerana ia bercanggah dengan peraturan sedia ada.

"Jika berminat untuk mendapatkan seseorang pemain, kelab perlu berunding dengan kelab. Bila kelab setuju, kena tanya pemain dia nak pergi atau tidak.

"Bila dia nak pergi, barulah rundingan gaji dibuat antara pemain dengan kelab. Kelab baharu perlu membayar yuran perpindahan kepada pasukan lama.

"Kelantan antara pasukan yang ramai pemain berhijrah, sepatutnya kita boleh jadi kaya raya. Jika di England jual tiga pemain, sesebuah kelab itu boleh tampung perbelanjaan untuk satu musim," ujarnya.

Menurut Annuar, sudah bila masanya FAM meneliti semula aspek perpindahan pemain bagi memastikan perkara ini tidak terus berulang di masa hadapan.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, pihaknya menyerahkan kepada Jawatankuasa Status Pemain FAM untuk menentukan status Nazri Ahmad yang menjadi perebutan antara KAFA dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Percaturan ampuh buru emas

Posted:

Percaturan ampuh buru emas

Percaturan ampuh buru emas


SEA KEONG menjadi taruhan terbaik skuad lebuh raya negara memburu pingat emas pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar.


CUACA di Melaka Khamis lalu agak panas. Bagaimanapun, bahang itu belum mampu menandingi perdebatan 'panas' yang membelenggu Jawatankuasa Lebuhraya Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Seperti biasa, mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Abu Samah Abd. Wahab.

Agenda mesyuarat Khamis lalu hanya satu - menepati syarat meraih satu pingat emas menerusi acara lebuh raya pada Sukan SEA 2013 di Myanmar sebagaimana yang ditetapkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Atas kertas, barisan pelumba negara dianggap paling perkasa di rantau Asia Tenggara. Senario tersebut meyakinkan Jawatankuasa Lebuhraya PKBM betapa sasaran satu emas yang ditetapkan oleh Khairy Jamaluddin seakan-akan mudah untuk digapai.

Nama Loh Sea Keong yang telah dilestarikan namanya selaku juara individu keseluruhan Jelajah 1Malaysia 2013 pasti digeruni di Naypyitaw nanti.

Begitu juga kelibat dua tonggak Terengganu Cycling Team (TSG) - Mohd. Saufi Mat Senan atau Mohd. Shahrul Mat Amin.

Prestasi dua pelumba pro benua dan benua - Mohd. Adiq Hussainie Othman dari Champion System Pro Cycling Team dan Amir Mustafa Rusli (Drapac Professional Cycling Team) cukup ampuh.

Ditambah pula mereka sudah pernah beraksi di pentas yang lebih besar - Sukan Olimpik 2012 di London selain Kejohanan Dunia 2013 di Florence, Itali.

Pada masa sama, prestasi semasa pelumba berpengalaman, Mohd. Fauzan Ahmad Lufti selain Muhammad Rauf Nur Misbah dan Nik Mohd. Azwan Zulkiflie pada penyertaan di China dan Indonesia sebelum ini dikatakan sangat memuaskan.

Namun, Abu Samah menegaskan betapa pengalaman masa silam selaku bekas pelumba era tahun 50-an mengajar beliau agar lebih berwaspada dalam menetapkan sasaran kemenangan.

Kekecewaan pada tiga temasya Sukan SEA di Korat, Thailand (2007); Viantiane, Laos (2009) dan Subang, Indonesia (2011) adalah hakikat yang amat perit untuk ditelan oleh Abu Samah.

"Sebelum ini, kita bolehlah dianggap kuasa dalam acara lepas beramai-ramai elit lelaki. Barisan pelumba lebuh raya Malaysia adalah kuasa dominan dalam acara lepas beramai-ramai elit lelaki sejak Sukan SEA 1995 di Chiangmai, Thailand.

"Namun, kita mula berputih mata pada 2007. Suhardi (Hassan) dilihat seakan boleh untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Filipina dua tahun sebelum itu.

"Namun, kesilapan pada 10 kilometer terakhir menyebabkan pelumba Indonesia (Ryan Ariehaan) menghancurkan impian besar kita.

"Selepas itu kita terus gagal di Laos dan Indonesia. Bagaimanapun, PKBM tak pernah mahu untuk mengaku kalah.

"Pada temasya Sukan SEA kali ini, saya berjanji akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas," kata Abu Samah baru-baru ini.

Abu Samah yang juga Naib Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) merumuskan betapa persiapan untuk Sukan SEA 2013 adalah antara termahal dan paling komprehensif dalam sejarah penyertaan ke temasya berkenaan.

Ketika ini, PKBM menerima bantuan RM1.5 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai perbelanjaan pembangunan pasukan lebuh raya Malaysia.

Keutamaan perbelanjaan sebahagian besar dijuruskan kepada penyertaan pada perlumbaan paling berprestij di rantau Asia - Le Tour de Langkawi (LTdL).

"Kita telah beli enam biji basikal time-trial (ujian masa) dan set kelengkapan alat ganti yang canggih. Kita juga telah beri basikal baharu untuk pelumba lebuh raya bagi acara lepas beramai-ramai elit lelaki.

"Boleh dikatakan tidak timbul lagi soal kita gunakan basikal lama atau kelengkapan alat ganti tidak cukup.

"Para pelumba telah sertai lebih daripada lima kejohanan besar termasuk dua di China dan Indonesia. PKBM juga telah jaga kebajikan semua pelumba termasuk pastikan elaun mereka diterima tepat pada masanya.

"Jadi, rumusan saya adalah mereka ibarat mahu melangkah ke medan perang dengan segenap peluru dan kelengkapan yang sangat canggih.

"Jika dilihat dengan segala kelengkapan, mereka adalah yang terhebat di rantau Asia Tenggara pada ketika ini. Kalau diikutkan hati sasaran satu emas tidak setimpal dengan pelaburan yang sudah dibelanjakan.

"Berbaloi sangat kalau kita dapat empat atau lima pingat emas. Ini kerana ada 13 pingat emas yang dipertandingkan dalam acara berbasikal di Myanmar nanti," katanya.

Persiapan yang sangat rapi sejak awal tahun ini jelas membuatkan ketua jurulatih, Aminuddin Sulaiman optimis sasaran satu emas boleh direalitikan tanpa banyak masalah.

"Saya melihat kita berpeluang untuk menang pingat emas emas menerusi acara ITT (ujian masa individu) dan TTT (ujian masa berpasukan). Saya telah buat sedikit kerja rumah.

"Saya dapati pencapaian Fauzan dan barisan TTT Malaysia adalah yang paling pantas di rantau Asia Tenggara pada ketika ini.

"Justeru, saya amat yakin bahawa kita mampu untuk menang dalam kedua-dua acara ini, malah kita juga amat kuat dalam kategori berpasukan acara lepas beramai-ramai elit lelaki. Kita ada ramai pelumba yang hebat.

"Begitupun, saya cuma perlu lebih berhati-hati dalam merencanakan strategi berpasukan dan siapakah pelumba yang patut naik dalam acara lepas beramai-ramai elit lelaki.

"Kita hanya boleh senaraikan enam pelumba. Saya percaya semua pelumba ke Myanmar nanti adalah yang terbaik dan terhebat," katanya.

Aminuddin percaya Sea Keong yang cemerlang di pentas antarabangsa sepanjang 2012 dan 2013 boleh memainkan peranan terpenting untuk mengakhiri kemarau pingat emas skuad lebuh raya Malaysia sejak 2007.

"Sea Keong adalah nama yang sangat besar di rantau Asia Tenggara ketika ini. Dia menang Jersi Kuning (juara keseluruhan) Jelajah 1Malaysia 2013.

"Dia juga menduduki tempat kedua individu keseluruhan Jelajah Filipina 2012.


ADIQ antara pelumba negara yang dilihat mempunyai potensi meraih kejayaan di Myanmar.


"Lebih membanggakan apabila dia diumumkan muncul pelumba Asia Tenggara pertama yang bakal berkayuh untuk pasukan pro-tour Argos Shimano bulan lalu.

"Ini adalah satu pencapaian yang sangat besar kepada Sea Keong. Dia harus jadikan Sukan SEA 2013 sebagai satu medan untuk sahkan statusnya sebagai pelumba pro-tour yang berkaliber di rantau Asia Tenggara.

"Saya percaya dia amat ghairah untuk menang pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki," katanya.

Pengurus pasukan, Amrun Misnoh pula mengharapkan kejutan tercetus menerusi acara basikal bukit (MTB) wanita yang bakal menyaksikan Masziyaton Mohd. Radzi berazam untuk memperbaiki pencapaiannya pada dua temasya Sukan SEA sebelum ini.

"Pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, dia menang pingat perak. Di Laos (2009), Masziyaton dapat pingat gangsa.

"Berdasarkan persiapan kali ini, selain sudah matang dari segi pengalaman, saya melihat Masziyaton sebagai calon untuk menang pingat emas menerusi acara MTB," katanya.

Amrun juga percaya Mariana Mohamad turut berpeluang besar menggapai pingat emas menerusi acara ITT kategori wanita.

"Mariana menang pingat perak pada Pra-Sukan Sea 2013 di Naypyitaw, April lalu. Ketika itu, dia cuma kalah 30 saat kepada Nontasin Chanpeng. Sebelum ini Mariana keciciran jauh dan mudah dikalahkan oleh Chanpeng.

"Kejayaan di Naypyitaw April lalu telah membuka mata Mariana. Dia seolah-olah mendapat keyakinan baharu. Dia sudah mula percayakan kebolehannya.

"Dia kini percaya boleh kalahkan jagoan Thailand itu. Saya lihat ini adalah satu perkembangan yang sangat positif ditunjukkan Mariana," katanya.

Pada usia 35 tahun, Mariana dilihat perlu memanfaatkan detik kesempurnaan itu untuk mengecapi sekelumit kejayaan di pentas Sukan SEA.

"Mungkin saya akan menjadi pelumba tertua di kalangan barisan lebuh raya wanita Malaysia. Mungkin juga saya akan muncul pelumba wanita tertua yang beraksi di Naypyitaw nanti.

"Namun, saya akan menjadikan faktor usia ini sebagai pemangkin kejayaan saya. Saya yakin boleh kalahkan Nontasin Chanpeng.

"Berdasarkan persembahan di Naypyitaw April dan prestasi semasa, saya akan mencuba untuk pingat emas. Saya berharap impian ini akan menjadi kenyataan," katanya.

Dalam pada itu, Abu Samah turut merakamkan penghargaan kepada barisan teknikal yang sekali lagi telah diberikan kepercayaan oleh ACC dan UCI bagi membantu Myanmar memastikan persiapan acara lebuh raya, MTB dan BMX berjalan lancar tanpa sebarang kontroversi.

Sebagai rekod, beliau yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA) telah empat kali dilantik sebagai Ketua Delegasi Teknikal Sukan SEA di Vietnam, Laos, Indonesia dan Myanmar.

"Kita telah hantar sembilan pegawai teknikal. Mereka telah bertungkus lumus menggunakan segenap kepakaran dan pengalaman demi memastikan acara lebuh raya, MTB dan MBX menepati spesifikasi serta undang-undang yang ditetapkan oleh UCI dan ACC.

"Sebagai Ketua Delegasi Teknikal Sukan SEA yang berasal dari Malaysia, saya amat berbangga dengan sumbangan kita, ini bermakna kita bukan saja hebat dari segi penganjuran, malah kita pegawai teknikal Malaysia sudah diperaku sebagai antara yang terbaik di dunia," katanya.

Abu Samah menegaskan antara pencapaian terbaik dicetus oleh Delegasi Teknikal Sukan SEA 2013 adalah menukar laluan bagi acara lepas beramai-ramai elit lelaki.

"Bukan mudah untuk ubah pendirian Kerajaan Myanmar. Kali pertama mengadakan pemeriksaan laluan, saya diberitahu Menteri Sukan Myanmar, Tint Hsan berkeras mahukan laluan bagi acara lepas beramai-ramai berakhir berakhir di jambatan yang baru dibina oleh kerajaan Myanmar.

"Saya sendiri dua kali bertemu Menteri Sukan Myanmar dan penjelasan kepada beliau. Namun, beliau masih berkeras sehingga saya terpaksa menggunakan pengalaman, kepakaran dan peraturan yang ditetapkan oleh UCI serta ACC bagi mengubah laluan tersebut.

"Laluan tersebut sangat berbahaya kepada pelumba. dalam hal ini, saya selaku Ketua Delegasi Teknikal Sukan SEA 2013 tidak mahu berkompromi dalam soal keselamatan pelumba.

"Saya tak mahu dipersalahkan jika berlaku kemalangan yang meragut nyawa pelumba nanti. Akhirnya berkat kesabaran saya, Menteri Sukan Myanmar bersetuju untuk perubahan laluan.

"Dalam hal ini, saya berbangga kerana sekali lagi saya berjaya merungkaikan permasalahan yang rumit. Ini membuktikan kita perlu menggunakan saluran perbincangan, selain memanfaatkan sektor diplomasi.

"Kaedah yang sama juga telah saya gunakan sewaktu menyelesaikan permasalahan serupa ketika Sukan SEA 2011 di Indonesia. Pada waktu itu, tuan rumah enggan menyenaraikan acara wajib disiplin trek sebagaimana ditetapkan UCI dan ACC.

"Namun, selepas beberapa kali mengadakan pertemuan dan perbincangan, akhirnya KOI (Komite Olimpik Indonesia) dan INASOC (Jawatankuasa Penganjuran Sukan Sea 2011) akur kepada arahan UCI serta ACC atas saranan saya sendiri," katanya.

Di penghujung bicara, Abu Samah masih sempat berjenaka dan menegaskan, Aminuddin harus bertanggungjawab sepenuhnya atas penampilan dan kejayaan skuad lebuh raya Malaysia di Naypyitaw sambil berkata: "Semua kehendaknya sudah saya penuhi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Polis perketat kawalan di Bangkok

Posted:

Polis perketat kawalan di Bangkok

Polis perketat kawalan di Bangkok

SEBUAH teksi diserang oleh penunjuk perasaan antikerajaan berdekatan sebuah stadium di Bangkok.


BANGKOK - Polis mengetatkan kawalan keselamatan di ibu kota Thailand di sini semalam selepas beribu-ribu penunjuk perasaan berikrar akan menawan pejabat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra untuk melumpuhkan pentadbirannya.

Kumpulan penunjuk perasaan tersebut berkumpul di luar bangunan sebuah kumpulan syarikat telekomunikasi di kota raya ini.

Berdepan sokongan yang kian merudum, mereka mula bertindak ganas dengan memecah masuk ke dalam ibu pejabat tentera di sini kelmarin.

Tindakan itu dilakukan untuk mendesak angkatan bersenjata supaya memihak kepada mereka dalam pergelutan kuasa yang melibatkan usaha melemahkan pengaruh abang Yingluck iaitu bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.

"Lusa (hari ini), kita akan mengumumkan kemenangan kita dan kekalahan rejim Thaksin," kata ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban di hadapan beribu-ribu penyokongnya lewat kelmarin.

Menjelang tengah hari semalam, beberapa ribu penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan pejabat syarikat telekomunikasi kerajaan, TOT Plc.

Mereka juga merancang untuk mengepung ibu pejabat polis, Rumah Kerajaan dan sebuah zoo.

"Kita perlu melanggar undang-undang sedikit untuk mencapai matlamat kita," kata Suthep.

Beliau merupakan bekas timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran sebelum ini yang ditewaskan oleh Yingluck pada pilihan raya 2011.

Dalam perkembangan berkaitan, beratus-ratus anggota polis mengosongkan bas dan van yang berada berdekatan pejabat perdana menteri di Rumah Kerajaan.

Seorang pegawai polis memberitahu agensi berita Reuters bahawa kira-kira 5,000 anggota polis akan ditempatkan di lokasi tersebut menjelang lewat semalam.

Ancaman Suthep itu memburukkan lagi konflik antara golongan kelas pertengahan bandar dengan penyokong Yingluck dan Thaksin yang terdiri daripada penduduk desa.

Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 sebelum didapati bersalah atas tuduhan rasuah dua tahun kemudian.

Beliau hidup di luar negara sejak tahun 2008 untuk mengelak daripada hukuman penjara tetapi masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam kerajaan pimpinan Yingluck.

Semalam Suthep menggesa penyokongnya supaya menamatkan rejim Thaksin dengan menutup kompleks pentadbiran kerajaan sebelum menawan Kementerian Buruh, Hal Ehwal Luar, Pendidikan dan Dalam Negeri hari ini.

Namun, kerajaan Yingluck berikrar akan terus mentadbir negara dan mengawal ketenteraman awam. - Reuters

Aishah enggan pulang Malaysia dulu

Posted:

Aishah enggan pulang Malaysia dulu

Aishah enggan pulang Malaysia dulu


LAMAN rumah yang didakwa tempat Balakrishnan mengurung tiga wanita termasuk Aishah di London.


LONDON - Selepas 40 tahun berpisah, Siti Aishah Abdul Wahab yang dijadikan hamba domestik di sini memberitahu kakaknya, Kamar Mautum, 79, bahawa dia tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

"Saya tidak memberi tekanan kepadanya kerana dia mungkin melarikan diri daripada saya," kata Kamar.

Menurut Kamar, dia diberi masa 40 minit untuk menemui Aishah setelah dibawa menaiki kenderaan Scotland Yard menuju ke satu lokasi rahsia petang Khamis lalu.

"Apabila sampai, saya pergi kepadanya dan kami berpelukan. Kami terus berpelukan dan saya menangis teresak-esak selama lima minit.

"Dia meletakkan kepala saya pada bahunya dan saya tidak dapat berhenti menangis," kata Kamar.

"Adik saya menitiskan air mata tetapi dia tidak menangis seperti saya," ujarnya.

Mata Kamar berkaca ketika dia ditemu bual akhbar Daily Telegraph. Kamar seorang wanita bertubuh kecil dengan mata bersinar dan berwajah lembut.

"Saya menangis kerana berasa lega dan kecewa. Saya marah, saya sedih, saya kecewa," jelasnya.

Menurut Kamar, adiknya kemudian berkata: "Awak datang dari jauh hanya untuk memarahi saya?"

Kata wanita warga emas itu, dia menangis semula apabila mendengar jawapan Aishah.

"Saya rasa bersalah kerana apabila saya bertemu dengannya, saya menzahirkan rasa tidak setuju saya tetapi itulah yang terpendam di dalam diri saya selama ini," kata Kamar.

"Mengapa dia boleh melakukan sebegini kepada kami?," Walaupun Kamar mahukan jawapan, dia dilarang daripada menyoal masa silam adiknya.

Aishah, Josephine Herivel, 57 dan Rosie Davies, 30 tinggal di sebuah kediaman yang diuruskan oleh pengikut Mao, Aravindan Balakrishnan dan isterinya Chanda yang didakwa mendera mereka secara fizikal dan mental selama bertahun-tahun.

Pasangan suami isteri itu ditangkap kerana disyaki melakukan paksaan dan perhambaan domestik. Mereka kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.

Sejak bertahun-tahun terpisah, Kamar tidak pernah mendapat berita daripada adiknya. Dia tahu Aishah telah memutuskan hubungan dengan tunangnya, Omar.

Dia juga berhubung dengan salah seorang adik-beradiknya, Mohamad yang menetap di barat bandar raya ini.

Kamar juga tahu bahawa Aisyah gagal dalam peperiksaannya selain mendengar khabar angin bahawa dia telah menyertai Forum Pelajar Malaysia dan Singapura, yang merupakan sebuah pertubuhan ekstremis.

"Kami telah banyak kali cuba menghubunginya," kata Kamar.

"Kami meminta rakan-rakan di London untuk mendapatkan Aishah. Apabila saudara lelaki saya keluar mencarinya, Aishah enggan menemuinya. Itu merupakan titik tolak hubungan kami terputus langsung," jelas wanita tersebut.

Kamar yang merupakan seorang pesara guru adalah antara segelintir anggota keluarga Aishah yang masih hidup.

Ibu bapa adik-beradik itu sudah meninggal dunia, begitu juga tujuh daripada 12 saudara mereka.

Dia sentiasa menjadi pelindung kepada adiknya, lebih-lebih lagi pada waktu ini.

"Dia sungguh kecil ketika kanak-kanak. Ketika itu, dia amat rapat dengan saya dan saya sentiasa melindunginya," kata Kamar.

"Jika dia mempunyai kerja yang banyak, saya akan membantunya. Kami belajar di sekolah rendah convent dan kami kerap bertukar pakaian seragam kerana saiz badan kami sama," tambahnya.

Apabila Aishah pertama kali datang ke England, dia telah merancang untuk kembali ke tanah air dalam tempoh empat atau lima tahun.

"Saya kemudian telah berputus asa kerana Aishah tidak pulang," katanya sedih.

"Saya mempunyai empat orang anak dan 11 orang cucu. Kesibukan itu sedikit sebanyak mengubat hati saya tetapi alangkah baik jika saya dapat berkongsi kegembiraan ini dengan adik saya. Dia tidak mengenali suami saya," jelas Kamar.

Pada detik pertemuan mereka, Kamar menunjukkan gambar perkahwinannya dan memaklumkan kepada Aishah bahawa ibu mereka telah memanggil namanya semasa dia sedang nazak.

Aishah, katanya, ialah seorang yang lemah lembut dan mudah terpengaruh.

Sisi tersebut mungkin digunakan oleh Balakrishnan untuk menarik Aishah menyertai gerakannya. Lelaki itu juga memujuk adiknya untuk mencabut dan membuang cincin tunangnya ke dalam Sungai Thames.

Pada pertemuan tersebut, Aishah memberitahunya bahawa dia mempunyai beberapa rakan di sini yang menjaganya.

"Apabila saya bertanya tentang agamanya, dia memberitahu dia mempunyai beberapa rakan yang alim dan menjawab 'keperluan saya mencukupi'," kata Kamar.

Menurut wanita itu, dia gembira kerana adiknya mempunyai rakan-rakan yang dapat menjaganya.

"Saya rasa Aishah lega kerana terlepas daripada seksaan itu tetapi dia bukan seorang yang akan menunjukkan rasa sedih," jelas Kamar.

"Dia tidak gembira tetapi berpendapat perjuangan itu (gerakan Mao) adalah sesuatu yang betul. Saya berpendapat kita perlu menghormati kehidupannya," tambahnya.

Adik-beradik itu bercakap menggunakan bahasa Inggeris kerana Aishah sudah lupa bagaimana untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

Sebelum berpisah, adik-beradik itu membuat tiga janji yang setiap satu dimeterai dengan berjabat tangan.

"Pertama dia akan pulang ke rumah kami suatu hari nanti, kedua, dia akan membaca al-Quran dan ketiga dia akan mengutus surat kepada kami," ujar Kamar.

"Saya tidak mahu kehilangannya lagi," tambah wanita itu. - Agensi

Keluarga berkongsi sarapan dengan unta

Posted:

Keluarga berkongsi sarapan dengan unta

Keluarga berkongsi sarapan dengan unta


UNTA jantan berusia enam tahun, Joe gemar mencelah di tingkap untuk bersarapan bersama Nathan, isterinya, Charlotte dan dua anak mereka.


STAFFORDSHIRE, Britain - Sebuah keluarga di Britain berkongsi sarapan pagi mereka dengan seekor unta, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.

Unta jantan berusia enam tahun itu, Joe akan melawat kediaman keluarga Anderson-Dixon yang tinggal di sebuah ladang di sini pada setiap pagi.

Haiwan itu akan memasukkan kepalanya melalui tingkap dan memakan pisang dan lobak merah yang dihidangkan di meja sarapan oleh Nathan, 34 dan isterinya Charlotte, 31.

"Unta ini datang sesuka hati selepas ia mencelah kepalanya di tingkap untuk makan sarapan kami pada suatu hari," kata Nathan.

Memiliki ketinggian 1.7 meter, Joe juga tidak cerewet kerana akan memakan roti, bijirin dan buah-buahan lain yang dihidangkan oleh keluarga tersebut.

Walaupun Nathan dan isterinya memiliki tiga unta betina namun hanya Joe sahaja yang gemar bersarapan pagi bersama mereka.

Keluarga berkenaan membela sebanyak 74 haiwan lain yang digunakan untuk iklan televisyen dan penggambaran filem. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lima ajaran sesat aktif dikesan

Posted:

Lima ajaran sesat aktif dikesan

Lima ajaran sesat aktif dikesan

01/12/2013 11:10pm

KUANTAN - Lima daripada 81 kumpulan ajaran sesat yang dikenal pasti, didapati bergerak aktif di seluruh negara.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia, Abu Syafiq Mohd Rasyiq Mohd Alwi, lima kumpulan tersebut adalah ajaran Syiah, al-Arqam, Hizbut Tahrir, Wahabi dan Tarikat Naqshabandi.

Abu Syafiq berkata, kumpulan ajaran sesat yang aktif di Perlis, Kedah, Johor, Perak dan Selangor itu mempunyai puluhan ribu pengikut.

"Ajaran sesat ini sukar untuk dikenal pasti tetapi kita boleh mengesannya berdasarkan tingkah laku dan amalan mereka.

"Pada masa kini, mereka lebih cenderung menggunakan laman sosial untuk menyebarkan fahaman yang bercanggah dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mensasarkan golongan muda terutamanya penuntut institusi pengajian tinggi," katanya selepas program Ceramah Kelebihan Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kuantan di sini. - Bernama

RapidKuantan tambah tiga lagi laluan tahun depan

Posted:

RapidKuantan tambah tiga lagi laluan tahun depan

RapidKuantan tambah tiga lagi laluan tahun depan

01/12/2013 11:06pm

KUALA LUMPUR - RapidKuantan akan menambah tiga lagi laluan tahun depan.

Antaranya adalah Hentian Bandar dan Gebeng melalui Beserah, antara Hentian Bandar dan PSDC melalui Jalan Galing, antara Hentian Bandar dan Gebeng melalui Kuantan Bypass.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Zohari Sulaiman berkata, dengan penambahan laluan itu, RapidKuantan secara keseluruhan akan beroperasi di 16 laluan sejak tahun lepas.

"Kita juga bercadang memanjangkan perkhidmatan hingga Pantai Beserah tahun depan sempena program Tahun Melawat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media di sini. - Bernama

Tugasan skuad muda 1JPJ bermula tahun depan - Ketua Pengarah JPJ

Posted:

Tugasan skuad muda 1JPJ bermula tahun depan - Ketua Pengarah JPJ

Tugasan skuad muda 1JPJ bermula tahun depan - Ketua Pengarah JPJ

01/12/2013 10:58pm

MARANG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggerakkan kira-kira 15,000 anggota Skuad Muda 1JPJ, bagi melaksanakan tugasan pertama mereka menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada Februari depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, ia bagi membolehkan anggota skuad membantu dalam tugasan penguatkuasaan anggota JPJ di seluruh negara.

Kata Ismail bahawa skuad muda mula ditubuhkan pada Ogos lalu berperanan melaporkan salah laku pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan itu.

"Dengan penglibatan mereka (Skuad Muda 1JPJ) sekali gus dapat membantu pihak penguasaan.

"Dapat mendisiplin dan mendidik masyarakat dan pemandu untuk mematuhi peraturan jalan raya," katanya selepas menutup Program 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) daerah Marang di sini.

Menurut Ismail, skuad itu akan ditempatkan di setiap 50 kilometer di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara dan setiap 30 kilometer bagi jalan negeri atau jalan Persekutuan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Semangat rock & roll Amy, Bunkface

Posted:

Semangat rock & roll Amy, Bunkface

Semangat rock & roll Amy, Bunkface

"ROCK macam mana sekalipun, setiap band (wajib) kena ada lagu balada. Kalau buat konsert dua jam, takkan peminat nak lompat, nak hentak-hentak kepala (selama) dua jam. Penat, nak juga bagi peminat relaks dengan lagu-lagu sentimental," selamba pesan Amy Search buat tiga anak muda Bunkface yang berpaksikan punk rock sebagai dasar pergerakan muzik mereka itu.

Ikut hukum logikal, pesan sang 'living legend' itu cukup bernas. Search sendiri mempunyai berbelas lagu hits yang berentak balada termasuklah Isabella, Fantasia Bulan Madu, Gadisku, Rozana dan banyak lagi. Begitu juga dengan Wings, selain Sejati yang masih menjadi lagu wajib dalam mana-mana konsert, kumpulan rock itu mempunyai deretan lagu berhantu yang cukup kuat pengaruhnya.

Aliran muzik Bunkface yang diwakili tiga anggota tetapnya, Paan atau nama penuhnya Ahmad Farhan, Youk (Farouk Jaafar) dan Shamsul Anuar (Sam) mungkin berbeza dengan Search. Mereka juga bukan cebisan Wings atau mana-mana grup rock yang pernah mencapai dan masih gemilang dalam jiwa pengikut rock tanah air.

Kumpulan Green Day yang menjadi ikutan tegar Bunkface sendiri memiliki lagu-lagu balada. Judul Wake Me When September Ends, Boulevard Of Broken Dreams dan Macys Day Parade barangkali lagu paling balada yang merujuk dalam kamus muzik Green Day bahkan menambah impak keteguhan Green Day di persada muzik dunia.

"Untuk kami, lagu Situasi, Jatuh dan Agenda Jahiliah boleh dianggap sebagai lagu paling balada yang pernah kami rakamkan. Mungkin lagu-lagu tidak balada sepenuhnya dari segi lirik, jadi ia seperti tak cukup balada. Sebenarnya kami tidak pernah simpan ego tak mahu hasilkan lagu berentak balada. Akan datang, Insya-Allah, kami akan buat lagi lagu-lagu balada ikut cara kami," Paan mencerna pemikiran Amy yang banyak mendatangkan inspirasi buat mereka.

AMY SEARCH melihat senario artis dinaungi stesen televiysen sebagai menyekat peluang sesetengah artis.


Selama lebih tujuh bulan bekerjasama, Amy tidak meletakkan jurang senioriti ketika bersama Bunkface. Kesanggupan Amy untuk turun berkolaborasi bersama Bunkface bukan terbina atas dasar 'tangkap muat' atau sekadar mengisi ruang untuk terus dilihat seiring dengan arus muzik.

"Apabila saya kata saya mahu bekerjasama, maknanya saya tidak mahu kerja main-main. Saya mahu produk itu jadi produk bersama dan kami sama-sama kerja kuat untuk bawa lagu itu pergi sejauh mungkin. Kena hebah dan dedahkan ia agar betul-betul jadi," getus Amy berhubung penyatuan tenaga dan emosinya ke dalam single terbaharu Rentak Laguku bersama Bunkface.

Tak minat Goyang

Bagi Amy Search, Bunkface sebuah band yang bercita-cita tinggi. Melihat Bunkface seumpama cerminan silam buat Amy sendiri.

"Bunkface mengingatkan saya ketika mula-mula Search hendak menapak, daripada nobody mahu jadi somebody. Muzik mereka ada perjuangan dalam berkarya. Budak-budak beginilah yang harus diberi sokongan," puji Amy terhadap pencapaian Bunkface yang mengeluarkan EP pertama bertajuk Lesson Of The Season pada tahun 2007 itu.

"Sebenarnya kami sudah lama mahukan abang Amy menjadi rakan duet dalam lagu. Ikutkan sejak tahun lepas lagi ketika itu kami mahu merakamkan lagu berjudul Musuh tetapi ada sahaja perkara yang membantutkan hasrat itu.

"Ada dua single yang kami cadangkan, satu lagi berjudul Goyang tetapi abang Amy lebih berminat terhadap Rentak Laguku. Sebenarnya, kami sudah rakam lagu Rentak Laguku tanpa abang Amy, tapi rasa macam 'kosong'. Lagu itu pula atas jalur punk rock. Tak sangka bila kami bawa kepadanya, dia setuju," jelas Youk.

BUNKFACE terdiri daripada (dari kiri) Paan, Sam dan Youk akan ke Jakarta pada 5 Disember nanti menyertai satu festival di sana.


"Kami berkongsi pentas buat pertama kali semasa Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura, Oktober lalu. Saya dengan cara saya dan abang Amy dengan stail dia. Rasanya kami ngam dan persembahan itu mengalir dengan seronok," ujar Sam pula saat menterjemah penyatuan dua nada suara, Amy Search dan Sam Bunkface yang berlainan dalam satu lagu.

Tambah Sam juga: "Kami ada banyak rancangan untuk gandingan ini dan kalau boleh, saya mahu kolaborasi ini tidak sia-sia. Ia seperti gabungan dua generasi. Sehabis sahaja APM di Singapura, kami banyak berkongsi pengalaman dan sampai satu masa, saya rasa mahu jadi seperti Amy Search yang sampai sekarang masih dengan stail rock & roll dan peminat suka."

Band rock mendatar

"Dia (Amy) otai, jadi kami sangat berbesar hati dan persetujuan abang Amy untuk bersama-sama dengan kami ini satu penghormatan terbesar rasanya," celah Youk lagi sambil mengaitkan percaturan muzik Bunkface sendiri harus sentiasa sentiasa menampakkan pembaharuan.

Youk merasakan hayat band rock tanah air dalam fasa mendatar. Selain sokongan peminat secara individu, komitmen dan perjuangan pemuzik berkumpulan akan lebih bernyawa sekiranya diberi ruang oleh pihak radio dan televisyen mahupun penganjur acara hiburan.

"Rasanya band-band baharu yang ada sekarang sukar untuk menonjolkan diri. Ruang yang ada sangat terhad. Kalau dahulu ada stesen radio X FM yang hala tujunya kita tahu. Itulah tempat yang jadi harapan untuk lagu-lagu band macam kami. Sekarang stesen televisyen juga ada ramai artis mereka sendiri. Untuk persembahan luar, penganjur pula anggap bayaran untuk artis berkumpulan lebih mahal. Rasanya artis berkumpulan dilihat artis tahap kedua berbanding artis solo.

"Jadi, survival band akan mendatar, tak naik-naik," jelasnya menerangkan situasi yang dihadapi kebanyakan pemuzik berkumpulan.

Perkara itu diakui oleh Amy Search. Sebagai orang lama yang sudah lebih 30 tahun menjadi sebahagian daripada warna muzik Malaysia, Amy cukup kesal memikirkan trend 'kelahiran dan pemilikan' artis oleh stesen televisyen.

JIWA rock menjadi penyatuan Amy dan Bunkface mengalir cukup rasa.


"Dari satu sudut trend itu bagus tapi dari satu sudut yang lain, ada impak yang negatif. Apabila stesen televisyen yang berpengaruh lahirkan artis mereka melalui program terbitan mereka, sudah tentu artis-artis naungan mereka yang akan diberi sebanyak mungkin peluang. Ada ketidakadilan di situ dan situasi itu terjadi. Rasanya, soal artis bernaung bawah stesen televisyen ini hanya wujud di Malaysia," luah Amy tentang salah kepincangan arus muzik yang harus ditempuh ramai artis ketika ini.

Berbalik kepada pergerakan muzik Bunkface sendiri, kumpulan yang akan terbang ke Jakarta bagi menyertai Ekspo JakCloth selama tiga hari mulai 5 Disember ini masih dalam agenda untuk melebarkan sayap ke negara jiran.

"Banyak band muzik tempatan berangan nak ke Amerika Syarikat atau Britain. Nak ke sana boleh tapi biarlah benar-benar berjaya di sini. Tak payah jauh-jauh, dapat masuk Indonesia pun cukup," kata Amy.

Bahang cinta Johan-Lana

Posted:

Bahang cinta Johan-Lana

Bahang cinta Johan-Lana

SELEPAS tiga hari bertemu, Johan mengakui jatuh cinta dan mahu menyunting Lana menjadi isteri.


PENGAKUAN cinta aktor Johan As'ari, 27, bersama Lana Nordin, 34, pelakon wanita yang cukup terkenal dengan jolokan 'Pamela Anderson Malaysia' mudah sahaja mencetuskan kontroversi. Seperti menyimbah minyak ke dalam api, keterbukaan Johan yang selama ini dilihat intim bersama penyanyi popular Shila Amzah itu membakar kejutan dan reaksi berganda banyak pihak.

Bara sensasi Lana Nordin yang pernah bercinta dengan jejaka warga Republik Czech bernama Parvel Michalec menambahkan bahang kepanasan. Lantaran itu, para peminat menganggap kisah silam Lana yang mengotori namanya tidak sesuai berdampingan dengan Johan.

Seorang demi seorang wanita cantik hadir dalam hidupnya sehinggalah tiba ke giliran Lana Nordin, dia pantas membuat pengakuan bahawa itulah wanita yang bakal disunting sebagai isteri, surinya yang sah.

Johan sebelum ini dikaitkan dengan beberapa nama pelakon wanita popular termasuklah Izreen Izminda, Nabila Huda serta Shila Amzah.

Sebenarnya, bukan sekali dua Johan meluahkan perasaannya untuk bertunang dan bernikah dalam masa terdekat. Ketika sibuk mempromosikan filem Balada Pencinta baru-baru ini, Johan sempat berkongsi hasratnya untuk bertunang sekitar bulan Disember. Jika ditemukan cinta dengan wanita yang tepat iaitu cantik, berharta, keturunan yang baik-baik dan beragama, dia pasti itulah orangnya calon isteri yang dicari-cari. Dia mahu bernikah sebelum menyambung pengajian dalam bidang agama di Yemen dan berangkat ke sana tahun depan bersama-sama seorang isteri di sisi.

Melihat secara luaran, Lana punya banyak sejarah hitam. Gelaran Pamela Anderson Malaysia untuknya sudah cukup memberi gambaran tentang personaliti wanita itu. Namun, siapalah peminat untuk menentukan status Lana Nordin sebagai ratu di hati Johan. Setiap manusia harus ada peluang untuk diubah dan berubah ke arah yang lebih baik.

Lana sendiri pernah menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan imej seksi dan sedia menyarungkan hijab demi cintanya terhadap Johan.


BEBERAPA ahli keluarga dipercayai keluarga Lana makan bersama Johan (dua dari kanan).


Begitu juga dengan Johan, perkenalan singkat bersama Lana tidak menghalang perasaan tulus terhadap wanita itu.

"Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasulullah dan suami. Itu saja," jelas Johan saat ditanya tentang keseriusan hubungannya bersama Lana.

Dari satu sudut yang lain, keterbukaan Johan dan Lana mengundang reaksi berlainan emosi daripada dua wanita terdekat dengan Johan. Pertama, ibu Johan iaitu Datin Firdaus sendiri memuat naik sekeping gambar menerusi Instagram berserta status berbau hampa.

Datin Firdaus menulis, 'A sad face under the shades'. Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya.' Status mengundang skeptikal umum, adakah perhubungan Johan dan Lana direstui keluarga.

Shila Amzah melalui akaun Instagram turut memuat naik sekeping gambar yang dirakam memeluk bahu ibu Johan dan menulis: 'Please be strong aunty sayang. We love you, no matter what. Allah knows better, we are here for you.' Gambar serta status yang seolah-olah memberi kata-kata semangat itu mendapat banyak reaksi daripada penyokong dan pengikutnya. Namun, tidak lama kemudian gambar tersebut dipadam Shila.

Drama kisah cinta Johan dan Lana turut dihangatkan oleh rakaman-rakaman manis yang terzahir oleh Lana dan Johan. Membuktikan hubungan mereka sudah sampai ke pengetahuan keluarga, Lana sendiri ada memuat naik sekeping gambar yang dirakamkan ketika malam malam bersama keluarga Johan. Kemesraan Johan, Lana serta beberapa ahli keluarga dalam gambar itu menjelaskan penerimaan keluarga terhadap kehadiran Lana.

Sejauh mana hubungan itu berkekalan, masa dan keadaan sahaja yang akan menentukan. Barangkali Lana seorang wanita yang cukup 'mencabar' buat Johan atas sebab itu, cinta yang segera berputik mahu diikat ketat agar perasaan yang terbina tidak mudah hanyut.

Belahan jiwa, cinta Kolumpo

Posted:

Belahan jiwa, cinta Kolumpo

Belahan jiwa, cinta Kolumpo

KETIGA-TIGA pelakon, Ruminah Sidek, Sharifah Amani dan Amirul Ariff yakin sepenuhnya bahawa Kolumpo sebuah filem dibikin untuk membuktikan penyatuan dan pandangan tanpa menyuarakannya dalam sebuah cogan kata.


TIGA rasa yang dipadukan dalam sebuah filem, Kolumpo sebenarnya banyak membongkar cerita untuk dikongsikan bersama. Filem yang dipecahkan kepada tiga cerita itu masing-masing diterajui tiga pengarah berbeza.

Secara luaran, Kolumpo sebuah filem yang membawa tema sebesar kota metropolitan Kuala Lumpur untuk dikupas namun pada waktu yang sama, ia menyelinap ke celah realiti yang selama ini barangkali terlepas daripada pandangan hari-hari.

Kolumpo itu mendefinisikan ibu kota Malaysia tercinta dalam satu jurus yang berbeza, tiada babak kelab malam atau pergaduhan sesama abang kawasan. Tiada konflik orang kaya menghina si miskin yang menjadi pilihan anak perempuannya. Tiada juga sebarang slogan seumpama rakyat Malaysia yang berbilang kaum harus hidup bersatu-padu, tapi indahnya, Kolumpo kali ini membenarkan segala hukum logikal perbezaan bangsa yang melintas lalu dalam kehidupan di Kuala Lumpur untuk meresap dan hadam lunak dalam setiap perasaan penontonnya.

Dua perenggan di atas sekadar sebuah pengenalan rambang kepada judul Kolumpo yang dikongsikan tiga pengarah, Bront Palarae, Rozi Izma dan Sheikh Munasar.

Bront mempersembahkan kisah pekerja asing dari India, Rozi pula mengheret gadis Cina ke dunia wanita Melayu warga emas yang separuh waras manakala Syeikh Munasar pula menghadirkan pertembungan hubungan dua remaja berbeza pemikiran. Kisah mereka tidak berkait tetapi Kuala Lumpur atau disebut Kolumpo untuk filem ini meletakkan mereka dalam ruang masing-masing.

Mak Mah tunggu jemputan

"Nek Wok seorang wanita tua yang tidak terurus tetapi dia bebas menikmati kehidupan. Dia nenek gelandangan, macam sesat tetapi baginya dia hidup dalam dunia dia. Orang Malaysia itu suka membantu. Dia dipelawa menumpang kereta seorang gadis Cina untuk balik ke rumahnya. Dari tengah hari membawa ke petang, kisahnya hanya dalam kereta sahaja," cerita seniwati veteran, Ruminah Sidek mengenai watak Nek Wok yang digalasnya dalam salah sebuah segmen Kolumpo.

Rupa karakter sedemikian tidak banyak bezanya dengan watak-watak yang sering dijayakan oleh seniwati berusia 68 tahun itu. Ruminah yang mesra dibahasakan Mak Mah itu mengakui letak dirinya.

"Saya ini jenis yang menerima, mungkin saya ini dilahirkan untuk menjadi wanita yang menurut, boleh dicorakkan macam-macam. Bagilah watak sampah pun saya terima, bagi saya babak lima saat pun saya terima.

PERTAMA kali berlakon, Amirul Ariff (kiri) gugup kerana digandingkan dengan Sharifah Amani (kanan) menerusi Kolumpo.


Tapi saya tetap mahu beri impak, misi saya mahu skor A. Saya gemar begitu. Dalam Kolumpo, watak itu memang untuk saya. Keadaan begitu bersesuaian dengan diri saya. Saya pun boleh jadi serupa Nek Wok jika tidak di sini, hari ini," ujarnya mengakui masih mampu berlari, kudratnya masih boleh dipulas jika itu kehendak cerita.

Memuji kerja sang pengarah dalam waktu yang sama besar hati digandingkan bersama Nell Ng, Mak Mah yang banyak tersenyum itu sempat berperi tentang hidupnya saat ini. Akui ibu Adlin Aman Ramli itu, hidupnya mudah tetapi setiap manusia tidak lepas daripada undang-undang, ketentuan Allah dan pilihan insan.

"Sesiapa pun boleh panggil saya untuk penggambaran, kalau saya ada kesempatan, saya akan buat. Kalau boleh jangan tunda-tunda, kerja sekejap kemudian akan sambung sambung penggambaran hujung bulan ke. Manalah tahu, usia begini, menunggu sahaja bila-bila masa boleh dijemput," bisiknya seraya berseloroh.

Seharian tanpa letih, sebelum fotografi ini bermula kira-kira pukul 5 petang, Mak Mah sebenarnya melalui perjalanan jauh dari Terengganu kerana menziarah saudaranya yang baru meninggal dunia.

Amirul sahut cabaran

Muka baharu di layar perak namun Amirul Ariff, 25, sudah masak benar dengan selok-belok pembikinan filem. Di belakang tabir, dialah kru yang banyak terlibat dalam penataan seni, pencahayaan, fokus kamera dan bermacam kerja lain termasuklah jurukamera.

Seumur hidupnya, jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu tidak pernah menyangka bahawa haluan hidupnya sehabis pengajian dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan membawa dirinya ke depan kamera.

"Saya mulanya diminta untuk uji bakat tetapi tidak sangka akan terpilih. Saya amat serius dalam melakukan sesuatu kerja yang melibatkan filem kerana minat saya yang mendalam terhadap perfileman dari dahulu lagi. Kesungguhan saya itu berbaloi dengan kepercayaan yang diberikan kali ini.

"Selama ini saya kru filem tapi saya sahut cabaran Kolumpo dengan sepenuh hati. Apa yang terlihat daripada watak saya dalam filem itu juga ada kaitan dengan perasaan saya ketika ini. Saya kekok dan masih risau dengan penerimaan ramai," katanya yang mempunyai iras wajah seakan-akan Johan As'ari.

"Dalam Kolumpo, saya jadi pemuda yang janggal apabila berhadapan dengan masyarakat kerana saya ibarat berada dalam kepompong dunia saya sendiri. Watak sulung yang saya bawakan ini agak terhad permainannya demi tuntutan karakter," ujar Amirul yang risau apabila diberitahu gandingannya merupakan pelakon yang cukup berkarakter, Sharifah Amani.

"Walaupun saya terbiasa dengan kerja pembikinan filem, berlakon sebenarnya tidak mudah. Saya kena belajar dari bawah dan Amani sendiri sangat banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Begitu juga dengan Bront serta pengarah segmen iaitu Sheikh Munawar," jelas Amirul yang mengidamkan watak antagonis jika masih diberi kepercayaan dalam bidang lakonan selepas ini.

Amirul yang merupakan anak pengkritik filem, A. Wahab Hamzah itu mengharapkan Kolumpo dapat meninggalkan setidak-tidaknya sebuah nilai yang mungkin selama ini dilupakan setiap kali selesai menonton filem.

RUMINAH SIDEK mengakui dia seorang menerima segala watak. Seburuk atau sesaat cuma kelibatnya diperlukan, dia mahu skor dalam setiap persembahan.


Amani bergelandangan

"Apa yang dipaparkan dalam Kolumpo bukan benda-benda mahal untuk dijual tetapi benda itu wujud dalam diri semua orang," getus Sharifah Amani yang membawakan watak Siti Nor Hayy dalam filem berkenaan.

Nama wataknya cukup untuk membayangkan sesuatu yang tidak terjangka, Amani sendiri mengakui karakter yang digalas itu sedikit misteri.

"Dia gadis berambut merah yang masih bergelandangan di tengah kota walaupun sudah tengah malam. Hendak kata dia sejenis kupu-kupu malam, perkara itu tidak dinyatakan. Tetapi keramahan dia dengan hampir semua orang, daripada penjaja, penghibur jalanan bahkan pelacur boleh mendatangkan pertanyaan. Dia selesa dengan Kuala Lumpur," ujar Amani tentang karya yang dijayakan kali ini.

Bangga atas pembikinan Kolumpo bukan sahaja atas alasan Bront, Rozi atau Sheikh Munawar yang sudah dikenalinya sekian lama, bahkan kata Amani, Kolumpo ialah bukti semangat dan kecintaan mereka berkongsi apa benar-benar kepada komuniti.

"Ini semacam apa yang kami mahukan sumbangkan kepada khalayak. Karakter-karakter yang ditampilkan jarang dilihat di kaca televisyen atau mana-mana filem sebelum ini.

"Kolumpo juga bercerita tentang sejauh mana anda kenal sedalam-dalamnya kota yang anda puja dan diami ini. Terlibat dan melihat sendiri hasil kerja keras kami selama ini membakar emosi saya untuk semakin bersemangat, buat filem juga dan berkarya dalam nada yang serupa ini," luah Sharifah Amani berkobar-kobar.

Sesuatu yang meninggalkan kesan hebat ke jiwanya, pembikinan Kolumpo sendiri bermula daripada sebuah setiakawan dan diakhiri dengan kasih sayang.

"Hampir semua pelakon jemputan dalam filem ini terdiri daripada nama besar. Ada yang muncul hanya untuk satu babak sahaja. Bront sendiri boleh jadi pak pacak jaga trafik padahal dia salah seorang pengarah filem ini. Kenangan dan pengisian filem ini sendiri sungguh indah," tutup Amani mengajak sokongan umum terhadap filem yang bakal masuk pawagam bermula 5 Disember itu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved