Jumaat, 22 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Main iPad hingga mengantuk

Posted:

Main iPad hingga mengantuk

Main iPad hingga mengantuk

MATANYA sedikit pun tidak mengerling ke arah tetamu yang hadir, jauh sekali mengambil tahu apa yang berlaku. Sebaliknya, jari-jemarinya menggenggam erat sebuah iPad sambil sesekali menyentuh skrin tablet itu.

Sambil ibunya menghidangkan juadah minum petang buat tetamu, kedengaran panggilan si ibu mengajak kanak-kanak tadi untuk makan bersama. Tanpa berganjak sedikitpun dari kedudukannya, Umar Fadhullah Md. Akhir@ Ezral, 3, hanya mengangakan mulut sebagai tanda minta disuap.

Respons yang diberikan kanak-kanak itu bukan suatu yang asing bagi ibunya, Azmah Abdul Wahab, 32.

Bahkan, Azmah sendiri sudah lali dengan perangai anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu.

Sentiasa menghabiskan masa melayari internet dan bermain aplikasi permainan Angry Bird, Umar Fadhullah seakan-akan berada dalam dunianya sendiri. Dia mengabaikan kehadiran siapa sahaja di sisi termasuk kakaknya, Khairunissa Azzahra (Zara), 5, dan saudara kembarnya, Abu Bakar Fadhlullah.

Menceritakan sikap anaknya itu, Azmah berkata, keadaan semakin rumit sejak setahun lalu apabila Umar Fadhullah akan menghabiskan masa sehingga enam jam bersama gajet berkenaan.

"Selagi bateri tidak habis, iPad itu akan berada di tangannya. Begitu juga ketika mahu tidur. Dia akan bermain tablet itu sehingga mengantuk baru dia lepaskan," ujar wanita itu.

Ketagihan

Azmah dan suaminya, Md. Akhir @ Ezral Jaaffar, 42, terpaksa memberi iPad berkenaan kepada Umar Fadhullah untuk mengelakkan anaknya itu meragam dan memberontak.

Katanya, sejak mempelajari cara membuka laman YouTube, ketagihan si anak itu semakin menjadi-jadi.

Pasangan tersebut mengakui buntu dengan sikap anak mereka yang berubah menjadi antisosial sedangkan anak mereka yang lain turut terdedah dengan penggunaan gajet seawal usia dua tahun.

"Zara sudah bermain dengan iPad dan telefon pintar saya sejak berumur dua tahun. Tetapi dia akan memulangkan peranti itu apabila terasa bosan.

"Umar dan Abu Bakar pada ketika itu terlalu kecil dan mereka sekadar melihat kakak bermain dalam gajet berkenaan," jelasnya.

Berbeza dengan saudara kembarnya, Abu Bakar Fadhlullah lebih gemar bermain alat permainan.

Pasangan yang menetap di Taman Puncak Jalil, Kuala Lumpur itu mengakui kedua-dua anak lelaki mereka masih belum boleh bertutur dengan baik. Bagaimanapun, Abu Bakar Fadhlullah lebih mudah menerima arahan berbanding Umar Fadhullah.

Sungguhpun demikian, mereka terkejut Umar Fadhullah sering kali mengucapkan beberapa ayat ringkas dalam bahasa Inggeris seperti "What is this? Yes dan No."

Tidak menolak ia mungkin berkait rapat dengan aplikasi yang terdapat dalam gajet berkenaan, Azmah memaklumkan dia juga sering melihat anaknya bermain permainan strategi yang memerlukan pemahaman menyeluruh bagi menjayakan permainan itu.

Kemahiran bahasa


PENGGUNAAN gajet boleh memberi impak positif dan negatif kepada kanak-kanak.


Keadaan berbeza bagi pasangan Lamzah Ibrahim, 51, dan isteri, Sharmila Abdul Rashid, 43. Mereka yakin perkembangan minda ketiga-tiga anak mereka terutamanya dalam penguasaan bahasa Inggeris telah dipengaruhi penggunaan gajet.

Malah anak sulung mereka, Amir Lamzah, 17, yang kini menuntut di Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Amir, yang sedang membuat persediaan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, mengakui bahawa gajet dan permainan video seperti Playstation (PS) banyak membantunya menguasai bahasa Inggeris.

Dia, yang juga merupakan Ketua Pelajar SDAR, berkata, pengawasan ibu bapa sangat penting dalam memastikan gajet memberi kesan positif terhadap perkembangan minda anak-anak.

Mengakui agak kurang gemar membaca, dia banyak belajar bahasa Inggeris melalui permainan video dan peranti pintar.

"Jika saya tidak tahu sesuatu perkataan, saya akan bertanya kepada adik atau ibu bapa saya.

"Di situ berlakunya perkongsian ilmu dan makna yang dicari akan diingati oleh setiap ahli keluarga," kata penerima Anugerah Tokoh Pelajar Lelaki Negeri Sembilan itu.

Pemantauan

Amir yang mengemari produk keluaran Apple Inc. seperti iPod, iPad dan iPhone, suka menghabiskan masa melayari laman sosial.

"Saya bersyukur kerana ada ibu bapa yang sangat memahami keperluan anak mereka, di samping mengawal penggunaan gajet yang ada," katanya.

Sementara itu, Sharmila yang juga ibu kepada Anwar, 14, dan Anis Syuhada, 12, bersyukur apabila kesemua anaknya berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.

Dia yang tidak mempunyai rahsia tertentu dalam mencoret kejayaan itu berkata, ibu bapa perlu menjadi guru dan mengawal anak-anak agar tidak terlalu leka, terutamanya dalam perkara yang membabitkan teknologi.

"Saya akan beli setiap gajet yang mereka minta. Bagaimanapun, mereka sentiasa ditanya, sejauh mana mereka layak menerima penghargaan itu.

"Kecemerlangan tidak sahaja dalam pelajaran bahkan pembangunan sahsiah, kehidupan sosial dan aktif dalam kokurikulum," katanya yang tidak teragak-agak mengambil semula gajet yang diberi sekiranya anak-anak menunjukkan kemerosotan dalam pencapaian sekolah.

Menurut Sharmila, sejak kecil, anak-anaknya diajar untuk berusaha sebelum memperoleh barangan yang mereka hajati.

"Kalau hampir waktu peperiksaan, mereka hanya akan dibenarkan bermain peranti itu selama sejam atau dua jam sahaja," jelasnya.

Gali ilmu guna buku bukan gajet

Posted:

Gali ilmu guna buku bukan gajet

Gali ilmu guna buku bukan gajet


ARREESSA ZULAIKHA (kiri) didedahkan dengan amalan membaca oleh ibu dan bapanya, Muhammad Faiz (kanan) sejak berusia dua bulan.


BUKU merupakan guru yang tidak pernah marah, juga teman yang tak kenal lelah. Demikian ungkapan yang pernah dipegang suatu masa dahulu tetapi semakin hapus ditelan zaman.

Jika dahulu buku menjadi sumber utama menghilangkan rasa bosan dan mengisi masa lapang, kewujudan gajet seperti telefon pintar dan tablet seakan-akan menghapuskan hubungan antara buku dan manusia.

Namun pendedahan gajet terhadap kanak-kanak ketika mereka masih belum matang menimbulkan kesan yang lebih menakutkan kerana dikhuatiri membentuk sifat pentingkan diri dan antisosial.

Arreessa Zulaikha Muhammad Faiz berusia tiga tahun sangat meminati buku dan petah berbicara tanpa berbunyi pelat.

Terdedah dengan bahan bacaan sejak berusia dua bulan, pasangan suami isteri, Muhammad Faiz Mohammed Saaid, 28, dan Ainul Fadzilah Mohd. Mustafa, 28, bersyukur anak tunggal mereka itu mudah bersosial dan penuh dengan sifat ingin tahu.

Ainul berkata, dia dan suami tidak pernah mendedahkan Arreessa Zulaikha dengan sebarang gajet, sama ada tablet atau telefon pintar, kerana mahu mewujudkan komunikasi dua hala terutamanya dalam meluangkan masa sebagai sebuah keluarga.

"Saya dan suami memang suka membaca dan sejak Arreessa Zulaikha dalam kandungan lagi saya akan membacakan pelbagai cerita menarik berunsurkan nasihat untuknya.

"Apabila dia lahir dan mula belajar memegang, kami beralih kepada buku-buku bergambar yang mempunyai pelbagai warna yang menarik perhatian," katanya.

Ainul Fadzilah menambah, selain membaca, mereka juga sering bertukar pendapat dan membiarkan Arreessa Zulaikha berhujah dengan jawapannya.

"Kami berpendapat ia merupakan langkah yang baik dalam meluangkan masa berkualiti bersama,"katanya.

Keupayaan menghafal surah

Ainul Fadzilah yang bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur berkata, antara kesan positif yang dapat dilihat melalui minat anaknya membaca ialah anaknya keupayaan menghafal surah tiga Qul dan al-Fatihah.

"Pada setiap malam, sama ada saya atau suami akan bersama Arreessa Zulaikha sebelum dia tidur untuk membacakan kisah-kisah nabi dan rasul.

"Kami pernah tersentak kerana secara tiba-tiba dia bertanya siapakah nenek Rasul. Sewaktu itu saya sendiri tidak terfikir dia akan bertanya soalan luar daripada intipati buku itu," katanya.

Ketika ditanya mengenai pendekatan ibu bapa moden yang memilih gajet sebagai alat mengalih perhatian anak mereka, Ainul ternyata kecewa dengan keadaan itu.

"Anak-anak akan menjadi malas, tidak belajar untuk bersosial. Mungkin boleh menimbulkan masalah kesihatan sekiranya mereka ketagihan.

"Anak kita memerlukan perhatian daripada ibu bapa dan penyelesaiannya adalah buku bukan gajet," tuturnya.

Sementara itu, Jururunding dan Pelatih Buku Bergambar Kanak-kanak, Fazeila Isa berkata, buku adalah instrumen yang tepat untuk ibu bapa menggantikan gajet.

Katanya, melalui bahan bacaan, ia dapat mewujudkan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak-anak mereka.

"Perkembangan otak kanak-kanak yang berusia enam bulan hingga dua tahun adalah sangat pesat dan pada ketika ini, mereka dipenuhi dengan sifat ingin tahu.

"Gajet melemahkan daya pemikiran si anak kerana tidak mewujudkan komunikasi dua hala. Berbeza dengan buku yang mampu memberikan rangsangan minda," katanya.

Kesesuaian buku

Fazeila berkata, terdapat pelbagai bahan bacaan di pasaran yang sesuai untuk si kecil mengikut usia mereka.

Ini bermula enam bulan bagi jenis buku kain atau lembut, diikuti buku bergambar kemudian buku bergambar dan bertulis.

Menurutnya kesesuaian bahan bacaan harus berubah mengikut tahap usia kanak-kanak.

Bagaimanapun, tegas beliau, segala usaha untuk mewujudkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak menuntut ibu bapa meluangkan masa bersama mereka.

"Tidak perlu terlalu pening memikirkan tempoh yang diperlukan. Cukup sekadar 15 minit sehari. Namun demikian, lebih lama lebih bagus," jelasnya.

Fazeila menambah, dalam tempoh itu ibu bapa boleh bertanya kepada anak mereka beberapa soalan di luar intipati buku berkenaan.

"Ia akan meningkatkan kemampuan anak kita berfikir secara kreatif dan kritis. Contohnya, cerita dongeng mengenai Cinderella yang tamat dengan putera raja berjaya menemui kasut kaca miliknya.

"Ajukan soalan kepada mereka,'Apakah yang berlaku sekiranya putera itu tidak menemui pemilik kasut kaca berkenaan?' Jawapan yang diberikan tiada betul dan salah, sebaliknya membantu dalam perkembangan mereka berfikir," cadangnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Mazda tampil MPV pertama dengan teknologi Skyactiv

Posted:

Mazda tampil MPV pertama dengan teknologi Skyactiv

Mazda tampil MPV pertama dengan teknologi Skyactiv

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD.NOR
afifihafiz.nor@kosmo.com.my

TARIKH 30 Januari 1920 menyaksikan usaha keras anak kepada seorang nelayan, Jujiro Matsuda membuka sebuah syarikat yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran gabus di Hiroshima, Jepun.

Entiti perniagaan itu, Toyo Cork Kogyo Company Ltd. (Toyo Cork Kogyo Company) hanya mampu berkembang mekar selama beberapa tahun sebelum berlakunya detik-detik penguncupan perniagaan.

Matsuda selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pada masa itu memutuskan untuk menghentikan produksi gabus dan meneroka bisnes penghasilan peralatan mesin. Nama Toyo Cork Kogyo Company diubah kepada Toyo Kogyo pada 1927.

Empat tahun kemudiannya, Toyo Kogyo membuat kejutan apabila memperkenalkan kereta tiga roda yang diberi nama Mazda-GO. Toyo Kogyo kemudiannya bertukar nama menjadi Mazda Motor Corporation.

Nafas baharu Mazda

Populariti Mazda melonjak naik pada tahun 1960 menerusi tawaran kereta penumpang pertama iaitu R360. Senario pasaran di Jepun pada masa itu menunjukkan trend pengembangan secara perlahan-lahan. Percaya atau tidak, model itu menerima tempahan sehingga 2,000 unit setiap bulan. R360 pernah menguasai hampir 65 peratus pasaran kereta sedan kompak pada era itu.

Bukan itu sahaja, Mazda juga cukup sinonim dengan penghasilan jentera berprestasi tinggi dan produk keluarannya banyak digunakan dalam dunia perlumbaan. Lihat sahaja siri Mazda RX, ia masih dikenali sehingga hari ini di serata dunia.

Di Malaysia, perlu diakui jenama Mazda sememangnya agak tenggelam sekitar tahun 1990-an berbanding pengeluar-pengeluar jenama Jepun yang lain. Bilangan model yang ditawarkan kepada pengguna tempatan boleh dikatakan sebagai kecil.

Nasib jenama Mazda diselamatkan pada 2008 apabila Bermaz Motor Sdn. Bhd. (Bermaz Motor) berjaya mendapatkan hak pengedaran eksklusif jenama itu untuk Malaysia. Sejak daripada itu, Bermaz Motor mengatur pelbagai strategi untuk memulihkan operasi perniagaan dan meluaskan rangkaian produk mereka.

Sejak menggalas tugas sebagai pengemudian jenama Mazda, Bermaz Motor merekodkan jualan sebanyak 991 unit pada 2008 sebelum melonjakkan angka jualan kepada 6,131 buah pada 2011. Total jualan kenderaan Mazda bagi tahun ini hampir mencecah 10,000 unit. Satu pencapaian yang cukup signifikan.

Malah Bermaz Motor juga menjayakan kerjasama dengan Inokom Corporation Sdn. Bhd. untuk menghasilkan beberapa model pemasangan tempatan (CKD) menerusi fasiliti pengeluaran di Kulim, Kedah. Ia sebagai satu langkah meluaskan tawaran produk kepada pelanggan tempatan. Antara model CKD yang berjaya menemui pengguna ialah Mazda3 dan Mazda CX-5.


PAPAN pemuka Biante menampilkan kemasan reka bentuk yang cukup impresif.


Teknologi Skyactiv

Memandangkan trend industri global ke arah penghasilan kenderaan jimat bahan bakar dan mesra alam (kenderaan elektrik dan hibrid), Mazda pastinya mahu sehaluan dengan edaran semasa. Strategi untuk merealisasikan perkara itu dilakukan menerusi pengenalan teknologi Skyactiv Mazda yang diaplikasi pada rangkaian kuasa kenderaan dan binaan platform kenderaan.

Baru-baru ini, seiring dengan Pameran Motor Mazda di pusat beli-belah One Utama di Selangor, Bermaz Motor dan pemegang francaisnya, Prima Merdu Sdn. Bhd. (Prima Merdu) melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaharu Mazda iaitu Biante. Inilah MPV pertama Mazda yang didatangkan dengan teknologi rangkaian kuasa Skyactiv-G.

Mazda Biante yang diimport dari Jepun dijangka memberi saingan kepada beberapa pengeluar kenderaan sekelas dengannya. Sebenarnya, Biante telah wujud di negara matahari terbit itu sejak 2008. Versi yang dibawa menemui pelanggan Malaysia adalah model naik taraf.

Rupa paras MPV lapan tempat duduk itu mencerminkan rekaan kejuruteraan yang mirip kepada beberapa produk Mazda sedia ada. Bahagian hadapan jentera yang kelihatan seperti seekor ikan lumba-lumba didominasi oleh gril besar dan set lampu utama yang bersambung sehingga tiang A.

Alunan garis tubuh dari hadapan dipanjangkan ke bahagian belakang untuk menyerlahkan susuk tubuh selain menjadikan model itu kelihatan lebih maskulin. Pandangan dari sisi nampak sedikit pelik. Bahagian hadapan mencerminkan gaya lembut beralun tetapi di bahagian belakang, ia berkotak. Ada rasionalnya jurutera Mazda berbuat keputusan sedemikian.

Kuasa diperoleh daripada enjin empat silinder Skyactiv-G dengan padanan transmisi automatik enam kelajuan. Kombinasi itu membolehkan MPV itu menghamburkan kuasa maksimum 149hp pada 6,000rpm. Model seberat 1.6 tan itu mampu meledakkan kuasa kilas setinggi 190Nm @ 4,100rpm.

Apa yang menarik ialah Biante cekap berhubung soal penggunaan bahan bakar. Mazda mendakwa jentera itu hanya menggunakan purata 6.7 liter petrol bagi perjalanan sejauh 100 kilometer di lebuh raya. Kegunaan di bandar pula adalah sebanyak 8.6 liter. Kombinasi kedua-dua itu memberikan purata penggunaan petrol sebanyak 7.4 liter.

Memandangkan ia produk yang disasarkan kepada pembeli berkeluarga, sudah pastinya penekanan lebih ditekankan pada ruang dalaman dan meningkatkan aspek keselesaan untuk para penumpang. Itu sebabnya rekaan bahagian belakang berbentuk seperti sebuah kotak.

Susun atur barisan kerusi mengetengahkan format seperti yang ada dalam pawagam. Kerusi barisan belakang lebih tinggi daripada kerusi barisan kedua. Konfigurasi susun atur kerusi boleh diubah mengikut kesukaan anda dan keselesaan para penumpang.

Apabila berada di dalam Biante, penumpang boleh melihat paparan panoramik manakala cermin tingkap pada bahagian sisi membuat anda terasa ruangan kabin lebih luas. Kapasiti ruang simpanan barang adalah sebesar 254 liter.


PINTU gelongsor elektrik merupakan ciri standard pada Biante yang menawarkan bukaan luas untuk kesenangan penumpang di barisan kedua dan ketiga untuk masuk keluar kenderaan.


Pintu gelongsor automatik

Biante didatangkan dengan dua pintu gelongsor automatik dengan sensor sentuhan pada bahagian sisi. Sekali dibuka, penumpang barisan kedua dan ketiga tidak perlu berhimpit untuk turun dari kenderaan. Pintu itu sememangnya besar dan bukaannya juga luas. Teknologi itu didatangkan sebagai ciri standard.

Biarpun MPV itu berasal daripada sebuah van namun ia juga diberikan sedikit kelebihan seperti sebuah model sedan. Perkara itu dilakukan pada bahagian stereng hidraulik elektro dan talaan sistem suspensi. Ia berbeza dengan Mazda5 dan Mazda8 yang secara terang mewarisi DNA sebuah kereta.

Aspek keselamatan yang diberikan untuk kelegaan para pemilik adalah alat penggera keselamatan, dua beg udara, sistem brek antikunci, kawalan brek elektronik, kawalan kestabilan dinamik, TCS serta empat unit set brek cakera untuk menguatkan keupayaan memberhentikan jentera.

Selain itu, Biante juga didatangkan dengan penapis Nanoe ion generator dengan antialergenik untuk membunuh bakteria dan menghapuskan bau yang terdapat di dalam ruangan kabin MPV itu. Stereng kenderaan itu juga dilengkapi pelbagai butang kawalan untuk kawalan audio dan paddel shifter.

Didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu hitam, unggu, perak dan putih, model itu dijual pada harga atas jalan termasuk insurans sebanyak RM149,781.70 seunit.

Tawaran terkini Bermaz Motor membuka pilihan baharu bagi para pelanggan yang ingin memiliki sebuah kenderaan MPV sederhana untuk keperluan seisi keluarga pastinya mengubah landskap segmen sedia ada.

Tindakan itu bukan hanya mempelbagaikan pilihan sedia ada tetapi juga satu lagi usaha mengembangkan industri automotif tempatan untuk berkembang lebih maju.

Proton lancar Suprima S di Australia, Brunei

Posted:

Proton lancar Suprima S di Australia, Brunei

Proton lancar Suprima S di Australia, Brunei


DARI kiri: Pengerusi United Motors, Leftenan Kolonel (B) Datuk Mohd. Ariffin Abd. Wahab; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Awang Sahak Awang Salleh dan Pengarah Urusan United Motors, Simon dan Hisham.


PROTON Holdings Bhd. (Proton) meneruskan momentum penerokaan global dengan memperkenalkan model Proton Suprima S ke pasaran Australia dan Brunei baru-baru ini. Awal November lalu, model sama telah dilancarkan di Indonesia.

Untuk pasaran Australia, Proton menawarkan dua varian automatik tujuh kelajuan iaitu GX dan GXR. Model dengan transmisi manual enam kelajuan pula akan diperkenalkan awal tahun hadapan.

Spesifikasi model yang dilancarkan di Australia sebenarnya adalah sama seperti varian premium Suprima S di Malaysia.

Suprima S memperoleh kuasa daripada enjin 1.6 liter Campro CFE yang mampu menjana kuasa kuda dan tork masing-masing sebanyak 103kW @ 5,000rpm dan 205Nm @ 2,000-4,000rpm.

Proton Suprima S dilancarkan oleh Ketua Pegawai Operasi Komersial Proton, Hisham Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Cars Australia (PCA), Kaye Aimes di Sidney, Australia.

Proton Suprima S dijadualkan dijual di Australia mulai 1 Disember. Harga jualan model GX CVT ialah A$20,010 (RM65,204) manakala GXR CVT ditawarkan sebanyak A$24,418 (RM79,567) seunit.

Di Brunei pula, Proton hanya memperkenalkan satu varian iaitu Suprima S premium. Majlis pelancaran itu diadakan di Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) Proton Gadong oleh Hisham dan Pengarah Urusan United Motors Sdn. Bhd. (United Motors), Simon Gelan. United Motors adalah pengedar tunggal Proton di Brunei.

Golf dinobatkan sebagai Kereta Tahun 2013 oleh AUTOCAR ASEAN

Posted:

Golf dinobatkan sebagai Kereta Tahun 2013 oleh AUTOCAR ASEAN

Golf dinobatkan sebagai Kereta Tahun 2013 oleh AUTOCAR ASEAN


PENGARAH Urusan Proto Malaysia, Mark Cooke menyampaikan anugerah AUTOCAR ASEAN kepada Kerschbaumer di PWTC baru-baru ini.


VOLKSWAGEN Golf menambah satu lagi pengiktirafan di Malaysia apabila dinobatkan sebagai Kereta Tahun 2013 menerusi majlis penganugerahan AUTOCAR ASEAN.

Model yang turut mengungguli kategori kategori sedan sederhana dan hatchback AUTOCAR ASEAN itu telah menewaskan lebih daripada 30 model kenderaan yang dipertandingkan kali ini.

Untuk makluman, Volkswagen Golf sebelum ini telah menerima Anugerah Kereta Tahun 2013 Eropah dan Kereta Global Terbaik 2013.

Majlis penganugerahan itu telah diadakan diadakan sewaktu pameran Kuala Lumpur International Motor Show 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Dr. Zeno Kerschbaumer berkata, Golf adalah salah satu daripada kenderaan popular global dan dikenali dengan tahap kualiti dan gayaan mendahului kelasnya. Katanya, model itu menzahirkan falsafah Volkswagen berhubung kemajuan teknologi dan kejuruteraan termaju Jerman.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Khidmat wad bersalin digantung

Posted:

Khidmat wad bersalin digantung

Khidmat wad bersalin digantung


INILAH bangunan Hospital Bersalin dan Pusat Perubatan Cina di Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban yang digantung perkhidmatan semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya perkhidmatan pesakit di dalam wad Hospital Bersalin dan Pusat Perubatan Cina (NSCMH) di Seremban, Negeri Sembilan digantung berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar kecil) berkata, ini kerana hospital itu didapati melakukan 10 pelanggaran Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan peraturannya.

Beliau berkata, pelanggaran ini meliputi perkara melibatkan perkhidmatan bagi pesakit di dalam wad dan pesakit luar.

"Satu daripada contohnya adalah NSCMH kekurangan doktor residen sepenuh masa dalam bidang teras tertentu dalam lesennya, dengan itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hukuman Datuk Wahid ditangguh

Posted:

Hukuman Datuk Wahid ditangguh

Hukuman Datuk Wahid ditangguh

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


WAHID (kanan) diiringi anggota dari Jabatan Penjara keluar dari
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don yang ditahan di Penjara Kajang selama 23 hari dibebaskan Mahkamah Tinggi semalam selepas membenarkan penangguhan hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 atas kesalahan menerima rasuah RM60,000 lima tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Husin turut memutuskan jaminan terhadap Wahid, 61, dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM200,000 dengan dua penjamin serta pasport Wahid diserahkan kepada mahkamah.

"Selepas meneliti hujahan peguam bela, pemohon dan pihak pendakwaan, mahkamah menganggap kes ini adalah istimewa. Dalam keadaan biasa mahkamah tidak akan membenarkan (penangguhan)," katanya.

Beliau turut membenarkan bayaran jaminan dibuat melalui cagaran geran tanah milik keluarga Wahid di Batu Pahat, Johor yang bernilai RM200,000.

Peguam bela yang mewakili Wahid, Datuk V. Sithambaran memaklumkan kepada mahkamah, pemohon akan dijamin oleh isteri dan adik iparnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Skuad khas wanita kawal lokasi pelancong

Posted:

Skuad khas wanita kawal lokasi pelancong

Skuad khas wanita kawal lokasi pelancong

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


PASUKAN Ops Cantas Khas Wanita yang dilancarkan di George Town, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Pasukan Ops Cantas Khas Wanita Kontinjen Pulau Pinang kini bersedia menggalas tanggungjawab mengawal lokasi tumpuan pelancong di negeri ini demi menjamin keselamatan kaum wanita.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pasukan terdiri dua pegawai berpangkat Asisten Superintendan dan Inspektor serta 18 anggota polis itu akan ditempatkan di beberapa destinasi yang dikunjungi ramai wanita mulai minggu depan.

Menurutnya, para pengunjung yang datang ke negeri ini tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka semasa berada di pusat beli-belah, Persiaran Gurney dan Padang Kota memandangkan pasukan terbabit akan bertugas setiap masa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei bertemu Boonsak

Posted:

Chong Wei bertemu Boonsak

Chong Wei bertemu Boonsak

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


PENG SOON (belakang) dan Liu Ying gagal melayakkan diri ke separuh akhir selepas tewas kepada beregu England semalam.


JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mudah mengesahkan slot separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong 2013 selepas menewaskan pemain Denmark, Jan O Jorgensen di Kowloon semalam.

Pemain No. 1 dunia tersebut mencatat kemenangan 21-8, 21-17 dalam tempoh 34 minit untuk kekal sebagai wakil tunggal negara pada kejohanan yang bernilai AS$350,000 (RM1.12 juta) itu.

Pada aksi tersebut, Chong Wei ternyata mendominasi aksi suku akhir itu, malah dia langsung tidak memberikan muka kepada lawannya itu.

Begitupun tentangan yang lebih sengit diterima pemain berusia 31 tahun itu pada set kedua, namun kebangkitan yang dipamerkan Jorgensen belum cukup untuk menyekat kemaraan Chong Wei.

Chong Wei akan menentang pemain Thailand, Boonsak Ponsana yang turut mara selepas menewaskan Hans-Kristian Vittinghus 21-17, 21-16 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Sementara itu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas kepada beregu England, Chris Adcock-Gabrielle White 18-21, 12-21 semalam.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan pasangan No. 5 dunia itu sekadar mengulangi skrip ke suku akhir seperti dua kejohanan lepas di Perancis dan China.

Peng Soon ketika dihubungi mengakui, corak permainannya tidak menjadi dan mereka kehilangan banyak mata setelah kerap melakukan kesilapan mudah.

"Pada awal perlawanan saya dapat rasa yang kami mengawal permainan tetapi pada akhir-akhir perlawanan kami telah membuat banyak silap.

"Mereka juga mengawal permainan dengan baik pada set kedua," kata Peng Soon.

Bagaimanapun, jurulatih beregu campuran, Jeremy Gan percaya tahap permainan yang tidak konsisten telah menyebabkan anak-anak buahnya itu terkandas.

"Beregu England bermain lebih baik, Peng Soon-Liu Ying pula tidak dapat mempamerkan rentak sebenar. Mereka perlu lebih konsisten dari segi pukulan dan idea ketika beraksi," tambah Jeremy.

Myanmar cuba pancing Kim Swee

Posted:

Myanmar cuba pancing Kim Swee

Myanmar cuba pancing Kim Swee

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


KIM SWEE dilabel sebagai salah seorang jurulatih paling berjaya di negara ini terutamanya selepas memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.


TATKALA seribu lensa ingin merakamkan nasib yang bakal menimpa ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal di atas kegagalan layak ke pentas Piala Asia 2015, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) nampaknya masih terlepas pandang 'sesuatu.'

Berdasarkan laporan tidak rasmi, jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee dipancing beberapa pasukan dari negara ASEAN termasuk Persatuan Bola Sepak Myanmar (MFF).

Seperti kontrak Rajagobal yang bakal dibicarakan dalam Mesyuarat Exco FAM, Ahad ini, perjanjian Kim Swee bersama FAM turut berakhir pada 31 Disember depan.

Menyedari situasi tersebut, MFF dilaporkan sedia memancing jurulatih kelahiran Melaka itu kerana pihak mereka sangat berminat untuk membawa pengendali berkualiti tinggi seperti Kim Swee.

MFF sanggup menawarkan habuan lebih lumayan berbanding pendapatan jurulatih kebangsaan Myanmar, Park Sung-Hwa yang kini menerima gaji bulanan sebanyak AS$70,000 (RM224,280).

Kim Swee yang pernah dikaitkan dengan Singapura, diangkat sebagai salah seorang jurulatih paling berjaya di negara ini termasuk kejayaan memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Begitupun, bagi legenda Pulau Pinang, Datuk Syukor Salleh, FAM sepatutnya bertindak segera dengan berusaha mengekalkan khidmat Kim Swee di tahap yang lebih tinggi.

Jelasnya, jurulatih yang lebih tahu kesinambungan pemain-pemain muda itu seharusnya diberikan peluang untuk mengemudi pasukan kebangsaan negara.

"Jangan lepaskan Kim Swee. Itu nasihat saya. Kita tidak boleh kehilangan jurulatih baik seperti beliau.

"Selalunya, FAM harus berikan keputusan kepada Kim Swee sama ada mereka berminat untuk lanjut atau tidak sebulan sebelum tamat kontrak. Itulah tangunggjawab FAM.

"Bagilah Kim Swee (peluang) melatih skuad kebangsaan. Ini kerana, beliau tahu kesinambungan pemain-pemain muda dan FAM sepatutnya tahu dalam hal ini," katanya.

Tambahnya lagi, sama ada MFF mahu melancarkan perang psikologi terhadap Harimau Muda atau sebalik, FAM harus berusaha untuk mengekalkan khidmat bekas pemain Sarawak tersebut.

"Tak kisahlah mereka (MFF) tipu atau tidak tetapi kita harus lebih serius dalam kes ini. Jika tidak, kita akan rugi kalau kehilangan sentuhan jurulatih tempatan yang terbaik pada masa ini," katanya.

Sementara itu, percubaan Kosmo! untuk mendapatkan respons Kim Swee tidak berjaya apabila beliau gagal dihubungi semalam.

MSN terus pantau isu keselamatan di Myanmar

Posted:

MSN terus pantau isu keselamatan di Myanmar

MSN terus pantau isu keselamatan di Myanmar



MAJLIS Sukan Negara (MSN) akan terus memantau aspek keselamatan di Myanmar sebelum kontinjen negara berangkat ke negara itu untuk menyertai Sukan SEA 2013 bulan depan.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong (gambar) berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Kedutaan Malaysia di Myanmar mengenai cubaan pegeboman ke atas sebuah masjid seperti yang dilaporkan sebuah agensi berita asing.

"Pada masa yang sama, kami akan merujuk kepada pihak Wisma Putra untuk mendapatkan pandangan dan nasihat sebelum kami ambil tindakan yang selanjutnya," katanya.

Bagaimanapun, Zolkples berharap insiden tersebut tidak akan menjejaskan pengelolaan temasya sukan dwitahunan berkenaan dan penyertaan atlet negara.

"Ini kerana kami telah membuat persediaan yang begitu rapi dan sekarang mereka (atlet ke Sukan SEA) sedang bersemangat sekali untuk pergi ke sana," katanya.

Sukan SEA secara rasmi akan bermula 11 hingga 22 Disember depan.

Agensi berita semalam melaporkan polis Myanmar menahan tiga lelaki dari wilayah Rakhine yang dipercayai merancang serangan bom ke atas sebuah masjid di Yangon, Myanmar.

Dalam pada itu, Zolkples berkata, kesemua atlet negara akan menyertai perhimpunan atlet fasa akhir selama lima hari bermula 2 Disember ini sebelum berangkat ke Myanmar.

"Perhimpunan ini akan diadakan di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Bangi dan kemungkinan pada 4 Disember, kami akan mengadakan majlis penyerahan bendera Jalur Gemilang" katanya.

Mengulas mengenai pembawa bendera jalur gemilang ke Sukan SEA, Zolkples berkata, perkara berkenaan akan diputuskan oleh MOM dalam tempoh terdekat. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Makan malam amal bantu umat Islam

Posted:

Makan malam amal bantu umat Islam

Makan malam amal bantu umat Islam


FAUZIAH (dua dari kanan) bersama para sukarelawan pada sidang akhbar sempena majlis makan malam amal Rose2Rose 2013 di ibu negara baru-baru ini.


PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif Berhad mengajak orang ramai menyumbang bagi membantu meringankan kesengsaraan yang dialami umat Islam di Palestin, Syria dan Rohingya di Myanmar.

Sumbangan itu boleh dibuat menerusi pembelian meja pada majlis makan malam amal Rose2Rose 2013 yang akan diadakan pada 7 Disember ini di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur.

Bertemakan Secure & Warmth, majlis itu akan diisi pelbagai aktiviti menarik, antaranya, pameran fotografi Lensa Gaza & Syria, persembahan artis tersohor, jualan amal, persembahan budaya Rohingya dan kehadiran penceramah khas dari Palestin iaitu Dr. Azzam Tamimi.

Penasihat majlis itu, Dr. Fauziah Mohd. Hasan berkata, Azzam akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau mengenai kesengsaraan umat Islam di ketiga-tiga tempat tersebut.

"Kami berharap melalui penjualan meja dan lain-lain aktiviti dapat mengumpul dana sebanyak RM1.5 juta untuk dibahagikan kepada ketiga-tiga negara berkenaan.

"Keadaan semakin teruk di Syria dengan hampir satu juta kanak-kanak menjadi pelarian dan cedera akibat serangan pihak tentera kerajaan. Ketibaan musim sejuk tidak lama lagi pasti menambahkan lagi kesengsaraan mereka terutama yang masih terperangkap dalam negara sendiri," kata Fauziah yang juga Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif Berhad.

Tapak gerai

Katanya lagi, Projek Khas Rose2Rose (R2R) digerakkan pada tahun lepas berjaya membina dua buah pusat komuniti wanita di Gaza hasil dana yang diperoleh daripada pelbagai aktiviti seperti penjualan pin R2R, wakaf, dan makan malam amal pada 2012.

"Para usahawan dijemput untuk menyewa lebih 20 tapak gerai yang disediakan. Aktiviti jualan akan bermula dari 2 petang pada hari majlis makan malam tersebut. Selain itu, sebuah buku akan dilancarkan dan orang ramai boleh menyumbang melalui pembelian iklan yang akan dimuatkan di dalam buku tersebut," katanya.

Kata Fauziah lagi, untuk tahun ini, R2R telah menaja sebuah makmal sains di Sekolah Perempuan Islam As Sayidda Khadijah di Deir Balah, Gaza manakala untuk wanita di Baitulmuqadis, pasukan R2R telah mengenal pasti satu projek untuk menghasilkan pastri, jeruk dan sayuran sejuk beku.

"Aqsa Syarif Berhad telah menyumbang lebih RM22 juta sejak ia mula beroperasi pada bulan Februari 2010. Sumbangan itu diperoleh hasil penglibatan dalam pelbagai projek membabitkan lima sektor iaitu makanan, perubatan, pendidikan, infrastruktur dan bantuan sosioekonomi.

"Oleh kerana, keadaan yang mendesak di Syria dan Rohingya, R2R berhasrat untuk melebarkan capaiannya kepada wanita dan kanak-kanak Syria serta Rohingya tanpa memberhentikan sokongan kepada Palestin," katanya.

Mengulas lanjut, Fauziah berkata, hasil daripada kutipan majlis makan amal Rose2Rose 2013 itu akan digunakan untuk menyediakan keperluan untuk musim sejuk/tengkujuh, menubuhkan pusat komuniti wanita yang boleh dijadikan sebagai pusat menjahit, kaunseling dan tadika di khemah atau dalam bangunan yang sesuai, membantu membaiki atau membina rumah (tempat perlindungan) tetap atau sementara serta membeli ubat-ubatan. - FARHANA HANIM MOHD. MYDIN

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua belas buah lagu layak ke final AJL 28

Posted:

Dua belas buah lagu layak ke final AJL 28

Dua belas buah lagu layak ke final AJL 28

22/11/2013 10:59pm

SHAH ALAM - Sebanyak 12 buah lagu telah terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-28 (AJL 28) dalam keputusan yang diumumkan tadi.

Antara lagu-lagu yang layak seperti Penglipurlara (Hazama), Bahagiamu Deritaku (Hafiz), Aku Pelat (Salam Musik), Takkan Terpisah (Black), In Love With You (Noh & Aizat), Bosan (Stacy), Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa, Sleeq & Sham), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) dan Kau Yang Terindah (Alyah).

Keputusan tersebut diumumkan oleh dua orang pengacara, Scha dan AG dalam saingan separuh akhir Muzik Muzik ketiga yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Saingan akhir AJL 28 akan berlangsung pada 26 Januari 2014. - Kosmo!

Bekas presiden parti di Sabah dihukum penjara 30 bulan, denda RM2.75 juta

Posted:

Bekas presiden parti di Sabah dihukum penjara 30 bulan, denda RM2.75 juta

Bekas presiden parti di Sabah dihukum penjara 30 bulan, denda RM2.75 juta

22/11/2013 10:53pm

KOTA KINABALU - Seorang bekas ahli politik Sabah dikenakan hukuman penjara berjumlah 30 bulan dan denda RM2.75 juta oleh Mahkamah

Khas Rasuah di sini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengamalkan rasuah, lima tahun lepas.

Hakim, Dean Wayne Daly menjatuhkan hukuman ke atas bekas Presiden Parti Setia Sabah, Suaidin@Suhaidin Langkab@Langab, 63, selepas pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Suaidin dikenakan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM2 juta atau setahun penjara kerana meminta suapan sebanyak RM400,000 daripada Chew Ai Wah sebagai dorongan kononnya sebagai bayaran kepada pegawai di Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).

Bayaran tersebut didakwa adalah bagi mengurus proses pengeluaran geran untuk Lot Tanah PT 80231840-PT80231842 and PT 80231849-PT80231852 dalam daerah Pitas, Sabah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Hotel Tang Dynasty di sini pada pukul 9.30 malam, 28 Ogos, 2008. - Bernama

Kertas soalan Matematik, Matematik Tambahan SPM 2013 didakwa bocor

Posted:

Kertas soalan Matematik, Matematik Tambahan SPM 2013 didakwa bocor

Kertas soalan Matematik, Matematik Tambahan SPM 2013 didakwa bocor

22/11/2013 9:56pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan

Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.

Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu pada sidang akhbar di pejabat PPIM di sini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM, Dr Izham Nayan.

Mohd Husaini, 30, berkata, beliau mengetahui perihal kertas soalan yang

didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 November lepas.

"Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 November lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

"Selepas itu, saya ke Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Putrajaya pada 20 November untuk membuat aduan, bagaimanapun, pegawainya meminta dikemukakan bukti," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pemuda gemuk pulang ke Perancis

Posted:

Pemuda gemuk pulang ke Perancis

Pemuda gemuk pulang ke Perancis

AP
GAMBAR menunjukkan Chenais dibantu beberapa kakitangan perubatan menaiki ambulans itu.


LONDON - Seorang pemuda gemuk yang merupakan warga Perancis yang seberat 230 kilogram, Kevin Chenais akhirnya dapat pulang ke tanah airnya kelmarin.

Dia sebelum ini, terkandas di Amerika Syarikat selepas dilarang menaiki sebuah pesawat penerbangan dan kereta api.

Chenais yang berusia 22 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan akibat hormonnya yang tidak stabil.

Dia tiba di Pelabuhan Calais, Perancis dengan menaiki sebuah feri dari Dover, England.

"Dia mengembara seperti yang dijadualkan atas semangat Britain pada pukul 4.40 petang," kata seorang jurucakap sebuah perkhidmatan feri.

Pemuda itu kemudian menaiki ambulans ke bandar Ferney-Voltaire di sempadan Switzerland.

Pada mulanya, dia dirawat di Klinik Mayo, Minnesota, AS berhubung masalah kegemukannya.

Namun, dia terkandas di AS selepas syarikat penerbangan British Airways enggan membenarkannya menaiki pesawat.

AP
CHENAIS menaiki sebuah skuter di depan sebuah ambulans di St. Pancras, London kelmarin.


Pemuda itu juga tidak dibenarkan untuk sebuah kapal persiaran Queen Mary 2.

Chenais perlu kerap untuk menyedut oksigen.

Namun, pemuda berkenaan akhirnya tiba di London selepas syarikat penerbangan Virgin Airlines bersetuju membawanya pada Selasa lalu bersama keluarganya.

Apabila tiba di Britain, dia juga tidak dibenarkan untuk menaiki sebuah kereta api bawah tanah ke Perancis atas alasan keselamatan.

Chenais dan keluarganya kemudian bermalam di sebuah hotel dekat Terminal Eurostar di London selepas tidak dibenarkan menaiki kereta api tersebut.

Kos penginapannya di hotel itu ditanggung oleh pihak pengurusan Eurostar.

Menerusi bantuan beberapa kakitangan konsulat Perancis, Chenais meninggalkan London tengah hari kelmarin dengan menaiki sebuah ambulans ke Dover.

Dia kemudian menaiki sebuah feri menyeberangi Selat Inggeris ke Perancis. - Agensi

Lelaki bawa bom palsu dekat pejabat Erdogan

Posted:

Lelaki bawa bom palsu dekat pejabat Erdogan

Lelaki bawa bom palsu dekat pejabat Erdogan


AFP
SEBATANG jalan raya ke pejabat Erdogan ditutup selepas kejadian seorang lelaki membawa bom palsu di Ankara semalam.


ANKARA - Polis Turki semalam menangkap seorang lelaki membawa sebutir bom palsu dan menghampiri Pejabat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan di sini semalam.

Menurut seorang pembantu Erdogan, dua tembakan amaran juga dilepaskan polis sebelum lelaki tersebut ditangkap.

Erdogan tidak berada di pejabat ketika kejadian tersebut berlaku.

Lelaki yang berusia 53 tahun itu didapati membawa bahan seperti sebutir bom.

Dia kini disoal siasat dan motif dia melakukan perbuatan tersebut masih belum diketahui.

Sebuah stesen televisyen swasta, NTV melaporkan bahawa lelaki berkenaan mempunyai banyak hutang kad kredit.

Menurut laporan, dia mahu masalahnya itu mendapat perhatian pihak tertentu.

Laporan awal menyatakan, polis melepaskan tembakan dan menembak seorang suspek pengebom berani mati. - AP

Letusan gunung berapi wujudkan pulau baharu

Posted:

Letusan gunung berapi wujudkan pulau baharu

Letusan gunung berapi wujudkan pulau baharu


AFP
ASAP keluar dari sebuah gunung berapi yang mewujudkan pulau kecil dekat Kepulauan Ogasawara, Jepun kelmarin.


TOKYO - Letusan gunung berapi di laut telah mewujudkan sebuah pulau kecil di perairan Jepun, kata beberapa pegawai semalam.

Ia merupakan kejadian pertama yang berlaku dalam tempoh beberapa dekad di negara ini.

Anggota-anggota tentera laut Jepun mengesan pulau tersebut menerusi asap yang menjulang tinggi ke langit di sekitar Kepulauan Ogasawara yang terletak 1,000 kilometer ke selatan Tokyo.

Pulau itu wujud akibat letusan gunung berapi di laut.

"Asap masih keluar dari pulau tersebut. Kami mengeluarkan amaran pelayaran bahawa pulau tersebut wujud dari debu yang jatuh di kawasan tersebut," kata seorang jurucakap sebuah agensi maritim Jepun.

Menurutnya, pulau itu tidak akan kekal lama kerana ia akan lenyap disebabkan hakisan.

Diameter pulau itu ialah 200 meter.

Beberapa letusan berapi pada tahun 1970-an dan 1980-an telah mewujudkan beberapa buah pulau kecil di Jepun.

Namun, sebahagian pulau kecil itu turut lenyap akibat ditengelami laut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Kepentingan kumpulan sokongan

Posted:

Kepentingan kumpulan sokongan

Kepentingan kumpulan sokongan

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

BAYI yang diberikan susu ibu biasanya mempunyai antibodi yang kuat dan membesar secara sihat.


SEJAK melahirkan cahaya mata sulung pada 26 Ogos lalu, Mastura Abu Samah mengakui seronok melalui fasa baharu kehidupan bergelar ibu.

Sebagai wanita, Mastura, 29, berkata, hidupnya kini terasa lengkap dengan kehadiran permata hati yang diberi nama Putra Aidiltullah itu.

Apatah lagi sewaktu kali pertama berpeluang menyusukan bayinya, hati Mastura terasa damai melihat keasyikan si anak melakukan 'kerjanya'.

"Alhamdulillah, sukar untuk saya mengungkap perasaan yang terbit dalam diri ketika menyusukan Putra. Rasa seperti ingin menangis pun ada.

"Walaupun pada mulanya, saya sedikit gementar dan takut kerana pengalaman membaca kisah-kisah kelahiran pertama termasuk kesakitan sewaktu menyusukan bayi bermain di fikiran. Tetapi, berkat sokongan suami dan para jururawat di hospital ini, saya berjaya melakukannya dengan baik," ujar Mastura yang memilih untuk melahirkan bayi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sehingga kini, Mastura masih lagi menyusukan bayinya secara eksklusif dan berharap dapat melakukan rutin tersebut sehingga dua tahun.

Dalam pada itu, Muhammad Rohaimi Mohd, Tasrif, 27, sebagai suami sudah tentu bersyukur kerana dikurniakan zuriat sebagai pengikat kasih sayang bersama isterinya.


TUNJUK ajar daripada jururawat di hospital membantu para ibu muda mengetahui teknik penyusuan bayi yang betul.


Sokongan

Justeru, sebolehnya dia mahu anaknya mendapat zat terbaik daripada pemberian susu ibu yang diketahui besar manfaatnya.

"Sebelum ini, saya ada mengikuti kelas antenatal yang menekankan tentang kepentingan susu ibu terhadap bayi yang baru lahir. Jadi, saya perlu menyokong penuh perkara ini, terutamanya dalam memberi semangat kepada isteri untuk berbuat demikian.

"Sokongan ini penting bagi menunjukkan keprihatinan saya terhadap isteri yang telah bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak kami ke dunia," ungkap Muhammad Rohaimi ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Berdasarkan panduan yang digariskan Perikatan Antarabangsa Untuk Tindakan Penyusuan (WABA), terdapat lima cabang yang membentuk kumpulan sokongan susu ibu.

Ia terdiri daripada keluarga dan rangkaian sosial, sistem penjagaan kesihatan, suasana kerja dan persekitaran, kerajaan dan penggubalan undang-undang serta respons terhadap krisis atau kecemasan.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G) HKL, Dr. Noor Haliza Yussoff, 52, berkata, menyentuh soal sokongan, setiap ibu yang melahirkan bayi perlu diberi pendedahan dan didikan mengenai kepentingan susu ibu dari peringkat antenatal lagi.

Ujarnya, mereka biasanya akan diberikan maklumat untuk melakukannya dan dibantu jika ada sebarang masalah oleh jururawat terlatih.

"Namun, apabila pulang ke rumah, ketika itulah masalah akan berlaku yang melibatkan campur tangan keluarga seperti ibu atau ibu mertua, terutamanya dalam aspek membabitkan penyusuan bayi.

"Bila anak menangis kerana lapar, biasanya mereka akan menyuruh si ibu memberi susu botol kepada bayi," ujar beliau sambil memaklumkan antara kebaikan terbesar susu ibu ialah melindungi bayi daripada jangkitan bakteria dan virus.


PEMILIHAN baju yang mesra bayi juga membolehkan penyusuan susu ibu dilakukan pada bila-bila masa tanpa sebarang rasa malu.


Dari segi zat, susu yang diberi secara terus atau diperah masih sama. Cuma bezanya, ikatan kasih sayang antara ibu dan anak sewaktu menyusu membuatkan mereka menjadi lebih rapat.

Terang Noor Haliza, susu ibu menyediakan khasiat yang diperlukan oleh bayi.

" Susu ibu hidup dan tidak mati. Ia akan menyesuaikan diri dengan kandungan yang diperlukan bayi dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun.

"Berbanding susu formula, zatnya statik. Apa yang diletak itulah kandungan yang ada di dalamnya sampai bila-bila," katanya.

Noor Haliza berkata, golongan ibu muda pada hari ini semakin menyedari keperluan menyusukan anak secara eksklusif.

Bagaimanapun, beliau mahu menyampaikan mesej bukan sahaja kepada si ibu dan suami malah kaum keluarga serta rakan-rakan supaya apabila kembali ke pangkuan masyarakat, mereka memperoleh sokongan penuh bagi penyusuan susu ibu.

Menurutnya, trend ibu-ibu mengandung sekarang menyaksikan mereka datang ke kelas antenatal bersama ibu sendiri atau ibu mertua. Situasi sedemikian amat dialu-alukan kerana secara tidak langsung mereka akan mendapat pengetahuan tentang kepentingan susu ibu.


RAMAI wanita berkerjaya semakin menyedari kepentingan susu ibu kepada si anak dan sanggup memerahnya ketika berada di pejabat. - Gambar hiasan


Susu formula

Tambah beliau, susu formula mula berkembang pada awal 70-an. Sebelum itu, semua ibu menyusukan bayi mereka dengan susu badan.

"Bagaimanapun, iklan yang ditayangkan di media massa secara meluas seolah-olah menampakkan susu formula itu susu yang terbaik. Lama-kelamaan masyarakat seumpama 'diprogram'.

"Maka, berlakulah persepsi yang menyebabkan mereka ingin memberi susu formula pada anak masing-masing. Ini kerana pada anggapan mereka, sesiapa yang memberi susu ibu dilihat seperti orang miskin," ungkapnya.

Menyedari hakikat itu, kerajaan telah mengambil inisiatif menggubal satu akta yang menghalang pengiklanan untuk susu formula bayi berusia dua tahun ke bawah. Kod tata etika dalam penggubalan undang-undang ini telah dimulakan pada tahun 1990-an.

"Sehingga sekarang hanya susu formula untuk anak-anak yang berusia dua tahun ke atas yang dibenarkan bagi tujuan pengiklanan.

"Selain itu, di bawah kod tata etika ini juga, setiap kotak atau tin susu harus ditulis bahawa susu ibu adalah susu terbaik. Kod ini akan dikaji semula setiap dua tahun untuk ditambah baik," jelas Noor Haliza.

Sepanjang 25 tahun dalam bidang O&G, ibu kepada tiga cahaya mata ini turut berkongsi pengalaman yang dilihat dalam aspek perbezaan penyusuan susu ibu.

"Dahulu, jarang kita lihat ibu-ibu menyusukan bayi mereka ketika berada di wad. Rata-rata akan memberi susu botol pada anak yang baharu dilahirkan. Lantaran itu, pergerakan untuk memastikan penyusuan ibu berlaku secara meluas pada tahun 1991.

"Ketika itu, penggunaan botol susu dilarang sama sekali di semua hospital kerajaan. Alhamdulillah, setakat ini usaha kita telah menunjukkan hasilnya. Tidak ketinggalan, semakin banyak hospital swasta turut menyokong perkara ini," kata beliau yang mengakui daripada tiga orang anaknya, hanya yang bongsu berpeluang menyusu secara eksklusif dengannya selama dua tahun.

Semua itu disebabkan mentaliti beliau dan faktor persekitaran yang kurang menyokong perkara tersebut. Meskipun sedikit ralat, namun Noor Haliza tetap bersyukur kerana akhirnya perjuangan untuk memartabatkan pemberian susu ibu mencapai kejayaan.

Keindahan susu ibu anugerah Allah

Posted:

Keindahan susu ibu anugerah Allah

Keindahan susu ibu anugerah Allah

FATIMAH SYARHA


ISLAM menganjurkan seorang ibu semaksimum mungkin berusaha menyempurnakan susuannya sehingga dua tahun penuh.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud: "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan."

Menurut pendakwah bebas, Ustazah Fatimah Syarha Mohd. Noordin, al-Quran turut menganjurkan mesyuarat atau perbincangan dilakukan antara suami dan isteri jika mahu menceraikan susu anak sebelum usianya dua tahun.

"Jika diperhalusi kajian sains, seksanya seorang anak kecil untuk melalui alam bayinya jika dia tidak mendapat khasiat susu terbaik di dunia. Ini kerana hanya susu ibu paling serasi dengan keperluannya.

"Justeru, menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

"Bagi si bayi pula, susu ibu bagaikan ubat penenang. Selasak manapun dia seperti meniarap, merangkak atau bertatih, dia pasti akan ditawan oleh susu ibu," jelas Fatimah Syarha yang juga merupakan pembimbing motivasi.

Dalam pada itu, dia memberitahu, jika seseorang wanita tidak mampu menyusukan anaknya atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan termasuk masalah kesihatan, mereka tidak dikira berdosa.

"Yakinlah bahawa Allah memahami keadaan hamba-Nya yang beraneka rupa. Tapi, seelok-eloknya ia perlu dilakukan dengan perbincangan bersama suami. Insya-Allah, dengan berbincang akan keluar pelbagai jalan penyelesaian seperti mengambil ibu susuan untuk si anak," ujar beliau lagi.

Berbicara tentang pengalaman menyusukan anaknya, Fatimah Syarha tidak lokek berkongsi kaedah terbaik untuk melakukannya.

Antaranya, membetulkan niat bagi memastikan anak mendapat khasiat susu terbaik di dunia. Selain itu, para ibu juga perlu berdoa secara khusus setiap hari agar dipermudahkan urusan penyusuan anak.

"Jika susu kurang, jangan menyerah kalah. Sebaliknya gunakan kaedah penyelesaian secara holistik dan menyeluruh.

"Sebagai contoh dalam aspek rohani, lakukan solat hajat dan berdoa, fizikal (banyakkan minum air kosong, susu atau jus dan pemakanan yang seimbang) dan mental perlu dikuatkan dengan terus membaca tentang kepentingan susu ibu," ungkap wanita yang masih sempat menyusukan anak sulungnya meskipun berada dalam kesakitan kontraksi untuk melahirkan anak kedua kerana tidak mahu hak si kakak dikurangkan walaupun setitik.

Berkhatan beramai-ramai di Masjid Negara

Posted:

Berkhatan beramai-ramai di Masjid Negara

Berkhatan beramai-ramai di Masjid Negara

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


SERAMAI 110 kanak-kanak lelaki menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai di Masjid Negara, Kuala Lumpur.


MUSIM cuti persekolahan telah pun bermula pada 16 November lalu dan rata-rata ibu bapa turut mengosongkan jadual kerja mereka demi meluangkan masa bersama anak-anak.

Sebahagian mengambil kesempatan pergi melancong, melakukan sukan riadah dan berkumpul dengan sanak-saudara di majlis-majlis perkahwinan insan yang tersayang.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang mengambil bahagian dalam acara berkhatan bagi anak lelaki mereka.

Tujuan berkhatan atau bersunat ialah bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit, sekali gus mencegah daripada berlakunya keradangan.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Program HIV/AIDS Bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) juga mendapati berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan virus HIV.

Kebanyakan ahli ilmu berpendapat, berkhatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Namun pada hari ini ramai ibu bapa memilih untuk melakukannya lebih awal. Bagi wanita pula, mereka akan dikhatan ketika masih bayi.


KEMBAR tiga seiras (dari kanan) Mohd. Taj Danial, Mohd. Taj Najmie dan Mohd. Taj Imran, 10, kelihatan tenang ketika menunggu giliran mereka.


Bersama-sama menjalankan tuntutan agama Islam, Masjid Negara dengan kerjasama Wawasan Medik Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Berkhatan Beramai-ramai di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Menurut Penyelaras Program Mohd. Zamri Abd. Halim, majlis itu diadakan bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang mahukan kesihatan setiap umatnya berada dalam keadaan terbaik.

"Selain untuk merapatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan antara masyarakat luar dengan kakitangan masjid, ia juga bertujuan untuk memastikan mereka tidak mengalami penyakit jangkitan seksual terutamanya siflis, kankroid dan herpes genitalis kelak.

"Majlis ini juga merupakan program tahunan sejak tahun 1993 yang dianjurkan oleh pihak masjid sempena musim cuti persekolahan," katanya.

Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan, Paimuzi Yahya.


RAGAM seorang kanak-kanak lelaki meronta-ronta ketika didukung ayahnya untuk dikhatankan oleh pakar perubatan.


Meringankan beban

Menurut Zamri, sambutan yang diterima juga amat menggalakkan.

"Kira-kira 110 orang kanak-kanak terdiri daripada pelajar sekolah dari sekitar Lembah Klang diraikan dalam majlis ini.

"Kesemua kanak-kanak yang terlibat dalam berusia antara lima hingga 12 tahun dan mereka telah dikhatankan oleh 10 pegawai perubatan swasta yang sememangnya pakar dalam bidang ini," jelasnya.

Mengulas lanjut tentang acara tersebut beliau memberitahu, kanak-kanak disunat menggunakan kaedah Smartklamp.

"Teknik ini lebih cepat, mudah dan selamat. Smartklamp ialah alat khatan pakai buang dan tidak dikongsi bersama orang lain. Selain itu, ia juga tidak meninggalkan kesan luka terbuka, sekali gus mencegah daripada jangkitan kuman.

"Prosedur memasang alat ini mengambil masa kurang dari limit minit. Ini membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

Tambahnya, selain itu, hasil khatan adalah lebih rapi dan kesan yang akan tinggal hanya satu garisan halus.

Majlis tersebut juga dikatakan antara untuk membantu meringankan beban kos yang ditanggung ibu bapa. Peserta hanya dikenakan pembayaran RM150, berbanding di klinik swasta yang boleh mencecah sehingga RM250 seorang.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved