Selasa, 19 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Lipat 7,000 sampul sebulan

Posted:

Lipat 7,000 sampul sebulan

Lipat 7,000 sampul sebulan

SAMPUL surat berwarna putih itu ditelitinya dengan rapi. Setiap lipatan di keempat-empat penjuru kertas bersaiz A4 itu kelihatan kemas seolah-olah dihasilkan oleh mesin mencecah jutaan ringgit.

Potongan di sepanjang bukaan sampul surat berbentuk segi empat tepat itu ditenung dalam-dalam sambil otaknya ligat mencari perkataan yang sesuai bagi menggambarkan ketelitiannya.

Berpandukan sekeping sampul surat, lelaki itu mencapai sehelai kertas lalu dilipat-lipatnya bagi menghasilkan bentuk yang sama. Bagaimanapun, selepas beberapa minit mencuba, dia hanya mampu mengeluh.

"Tengoklah hasil lipatan saya. Bukan saja tidak kemas, malah untuk melipat sehelai sampul surat pun mengambil masa lima minit. Cuba lihat hasil tangan mereka? Memang saya kagum," ujar Abdul Aziz Abas, 42, tatkala diberitahu mengenai latar belakang pengeluar sampul surat yang dipegangnya.

Sampul surat rasmi yang digunakan oleh Hospital Pekan sejak empat tahun lalu sebenarnya dihasilkan oleh 14 Orang Kelainan Upaya (OKU). Mereka beroperasi di sebuah bengkel kecil kendalian Persatuan Pemulihan Orang Cacat Sungai Lembing, (PPOC) Kuantan, Pahang.

Abdul Aziz, pembantu tadbir stor perubatan Hospital Pekan mengakui pada mulanya dia berasa sangsi dengan kemampuan syarikat berkenaan untuk menghasilkan sampul surat berkualiti. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui kesemua pekerja syarikat tersebut merupakan golongan OKU.

Keadaan bengkel yang hanya dilengkapi mesin dan fasiliti yang minimum turut menggugat keyakinan Abdul Aziz yang diamanahkan untuk mengawal selia proses pembelian sampul surat untuk kegunaan rasmi hospital.

"Sampul surat yang kami tempah akan digunakan untuk segala urusan rasmi antara hospital dengan pihak luar termasuklah orang ramai, justeru kami harus memastikan kualitinya dalam keadaan baik.


GOLONGAN OKU yang ingin bekerja di bengkel Sungai Lembing perlu menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan bagi menguji kemampuan mereka bekerja.


"Apa yang mengejutkan, sampul surat yang dihasilkan golongan OKU bukan sahaja menepati kehendak kami, malah setanding sampul surat yang dihasilkan syarikat-syarikat besar yang lain," ujarnya memuji inisiatif yang diambil oleh PPOC.

Selain institusi-institusi kerajaan, bengkel sampul surat milik PPOC turut bertanggungjawab menghasilkan sampul surat kepada beberapa buah universiti tempatan dan orang perseorangan.

Antara sampul surat yang dihasilkan di bengkel tersebut termasuklah jenis DL yang bersaiz 110mm x 220mm, C5 (separuh saiz A4), sampul surat bersaiz A4 dan bersaiz A3.

Dianggarkan setiap bulan, jumlah sampul surat yang mampu dihasilkan oleh bengkel berkenaan menjangkau 7,000 keping.

Punca pendapatan

Salah seorang pekerja yang paling lama berkhidmat di bengkel sampul surat berkenaan, Safianuddin Kassim, 52, memberitahu kewujudan bengkel berkenaan telah memberi peluang kepada golongan OKU untuk merasai kehidupan berdikari seperti individu normal yang lain.

"Kami bekerja sama seperti kebanyakan orang lain iaitu dari pukul 8.30 pagi sehingga 5 petang setiap hari kecuali hujung minggu. Dalam sehari, setiap seorang daripada kami mampu untuk menghasilkan kira-kira 100 hingga 1,000 keping sampul surat.

"Bayaran pula bergantung kepada jumlah sampul surat yang dihasilkan. Setiap keping sampul surat berharga dalam lingkungan antara 0.3 sen hingga 0.40 sen bergantung kepada saiz," ujarnya yang mampu menjana pendapatan sekitar RM700 sebulan.

Walaupun gaji yang diterima tidak mewah, dia yang mengalami kecacatan pada kaki kirinya sejak lahir berkata, bekerja di bengkel berkenaan seolah-olah memberi peluang untuknya merasai hasil titik peluh sendiri. Dengan wang yang dikumpul hasil pekerjaan tersebut, Safianuddin mampu membeli basikal, pakaian dan barangan keperluan yang lain.


BENGKEL Sampul Surat Sungai Lembing mempunyai kira-kira 1,300 ahlidi seluruh negeri Pahang.


"Ramai yang beranggapan golongan OKU tidak mampu berdikari dan hanya mengharapkan belas kasihan masyarakat, namun perkara ini tidak benar.

"Golongan seperti kami sebenarnya mampu mencari rezeki sama seperti orang lain. Apa yang kami perlukan ialah sedikit dorongan dan kepercayaan," luahnya melahirkan rasa kecewa dengan tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap individu sepertinya.

Safianuddin yang sudah dua dekad berkhidmat di bengkel berkenaan turut melahirkan rasa terima kasih kepada majikannya di atas layanan yang disifatkannya sebagai ibarat tinggal dengan keluarga.

"Kami bukan setakat bekerja di sini, malah kami turut tinggal bersama-sama di hostel yang disediakan. Segala-galanya dilakukan bersama-sama seperti memasak, makan dan beriadah. Kami ibarat sebuah keluarga," ujarnya yang tinggal bersama 14 OKU yang lain.

Terletak kira-kira 42 kilometer dari bandar Kuantan, bengkel milik PPOC yang dibina di kawasan seluas 0.4 hektar itu mempunyai beberapa bangunan utama termasuklah bengkel memproses sampul surat, rumah penyelia, dewan makan dan stor.

Layanan baik

Turut dibina di atas tanah yang sama, sebuah blok asrama yang menempatkan 14 OKU. Mereka terdiri daripada OKU yang mengalami kecacatan anggota badan dan kecacatan akal atau lembam.

Dua daripada 14 OKU yang bekerja di situ juga merupakan orang pekak dan bisu.

"Saya baru lima bulan bekerja di sini. Pada mulanya saya berasa sedikit kekok sewaktu cuba untuk menyesuaikan diri namun, layanan oleh rakan-rakan sekerja yang lain banyak membantu.

"Walaupun agak sukar untuk berkomunikasi memandangkan keadaan saya yang bisu dan pekak, rakan-rakan yang lain tidak pernah meminggirkan saya malah kami ibarat adik-beradik," ujar Mohd. Amree Ahmad Wizran, 19, salah seorang daripada pekerja di bengkel berkenaan.

SAMPUL surat merupakan salah satu medium komunikasi yang masih digunapakai masa kini. -Gambar hiasan


Bercerita dengan cara menulis di atas kertas, Amree mengakui kadangkala berlaku perselisihan faham antara pekerja-pekerja di bengkel berkenaan tetapi ia tidak pernah berpanjangan.

Kata pemuda bertubuh langsing itu, setiap seorang daripada mereka mempunyai perangai dan peribadi tersendiri, justeru mereka harus belajar bertolak ansur.

Pemegang diploma daripada salah satu institusi pengajian tinggi tempatan itu, sama seperti sebuah keluarga, si ibu memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan 'anak-anaknya' terjaga rapi dan dapat menangani semua masalah dengan bijak.

"Untuk kami yang menetap dan bekerja di sini, watak ibu haruslah dipegang oleh pengurus bengkel ini sendiri iaitu Puan Suhaili Abu Saari. Dialah yang banyak membantu dan melayan kerenah kami semua," luahnya sambil tersenyum.

Gadai nyawa demi emas

Posted:

Gadai nyawa demi emas

Gadai nyawa demi emas


PELOMBONG ini gigih memecahkan batu untuk mencari emas.


HERNAN PINEDA menggadai nyawa setiap hari dengan menggali emas di sebuah lombong tidak berlesen di sebuah perkampungan kecil di San Antonio, Columbia.

Rata-rata penduduk di San Antonio yang terletak di barat laut negara itu, menetap dalam pondok yang diperbuat daripada plastik atau kayu. Justeru, pendapatan lumayan hasil mencari emas sukar dilepaskan.

Kini, setelah penempatan itu didirikan kira-kira dua tahun lalu terdapat beberapa kemudahan yang membantu kehidupan harian mereka seperti kedai gunting rambut, kedai telefon bimbit, kedai perdagangan emas dan kelab malam.

Colombia mempunyai lebih 14,000 lombong emas dan 56 peratus daripadanya tidak berlesen, kata pihak kerajaan.

Dari Januari 2012 hingga Jun lalu, seramai 86 orang terkorban manakala 39 yang lain cedera dalam kemalangan di kawasan perlombongan emas, menurut kementerian perlombongan negara berkenaan.

Pineda, 40, bapa kepada lapan orang anak merupakan salah seorang daripada 4,000 pelombong termasuk wanita dan kanak-kanak yang melombong emas di kaki gunung Antioquia.


MELOMBONG emas menawarkan pendapatan yang sangat lumayan kepada penduduk di San Antonio sehingga mereka sanggup menggadaikan nyawa berdepan bahaya.


Sangat lumayan

Dia bekerja di lombong haram itu sejak berumur 13 tahun. Di San Antonio, dia memperoleh pendapatan berdasarkan emas yang ditemui setiap hari. Setakat ini, pendapatannya sangat lumayan.

"Saya melabur wang yang diperoleh dengan membeli gerudi dan bersama rakan kongsi, kami melombong emas di sini," katanya yang turut memperuntukkan sebahagian daripada pendapatannya untuk membeli bahan letupan bagi memudahkan kerja-kerja melombong emas.

Dia bersama sekumpulan 20 orang pelombong akan memasang bahan letupan bagi tujuan memecahkan tanah dan batu serta membuat lubang alur bagi memudahkan dan menjamin keselamatan mereka ketika kerja-kerja melombong emas dilakukan.

Kegilaan melombong emas tersebut telah menarik ramai pelombong dari luar Antioquia untuk mencari lebih banyak logam yang bernilai tinggi itu.

Pekerjaan tersebut memang teruk, namun hasil yang diperoleh sangat lumayan. Kadangkala, mereka mampu memperoleh pendapatan harian sebanyak $265 (RM848), iaitu kira-kira 30 hingga 40 peratus berbanding nilai emas tersebut.

Pineda pula memperoleh pendapatan yang lebih lumayan berbanding pelombong-pelombong lain di bawahnya. Dia mampu memperoleh sehingga RM40,408 sebulan. Dia kini menyewa sebuah apartmen kira-kira 30 kilometer dari lombong berkenaan dan setiap seminggu dia ke Medellin untuk berjumpa teman wanitanya.

Dia sedar akan bahaya pekerjaannya yang berdepan risiko kematian ekoran keadaan lombong yang kurang selamat.

"Melombong emas sememangnya bahaya. Justeru, kami akan berusaha untuk memperoleh emas sebanyak mungkin. Bilangan pelombong yang semakin ramai memerlukan kami bekerja lebih cepat," katanya lagi.

Selain itu, katanya, terdapat juga risiko kerajaan menutup lombong berkenaan. Malah, kerajaan telah mengumumkan kawasan tersebut berbahaya dan berhasrat mengeluarkan kesemua pelombong emas.


KAWASAN lombong yang curam ini amat berbahaya kepada para pelombong.


Gelombang seismos

"Ia adalah sebuah kawasan yang mempunyai banyak aktiviti gelombang seismos. Gunungnya curam dan sangat berbahaya. Makin ramai pelombong, makin lemah struktur gunung yang boleh menyebabkan risiko tanah runtuh," kata Cesar Hernandez, pengarah pengurusan risiko Antioquia.

"Penempatan penduduk di San Antonio tanpa infrastruktur pengurusan air yang baik menyebabkan banyak kawasan ditakungi air sekali gus memburukkan lagi keadaan," katanya lagi.

Selepas 27 tahun bekerja menarah permukaan perut bumi, Pineda telah menyaksikan banyak kemalangan yang membabitkan rakan-rakannya termasuk ada yang terbunuh, buta dan lumpuh seumur hidup.

Pineda berkata, dia juga mempunyai masalah paru-paru yang serius. Ekoran itu, dia berhasrat untuk berhenti melombong dan bekerja di kedai yang dibelinya di Medellin, wang hasil kerja perlombongan.

Tetapi ia adalah satu keputusan yang sukar, katanya: "Godaan emas adalah besar dan hebat." - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Jaminan rasa, keaslian minuman

Posted:

Jaminan rasa, keaslian minuman

Jaminan rasa, keaslian minuman

PANAS terik ketika pulang dari kelas harian, membuatkan tekaknya kering dan mendambakan tegukan air sejuk. Lantas dia menuju ke sebuah kedai serbaneka berhampiran untuk membeli minuman botol perisa kacang soya.

Ketika menikmati kesegaran minuman kegemarannya sejak kecil itu, Aishah Kamaruddin, 24, tertanya-tanya bagaimana proses pembotolan dilakukan.

"Setiap kali membeli minuman botol, pasti saya tertanya bagaimana ia diproses. Adakah minuman dalam botol itu akan memberi kesan terhadap tahap kesihatan seseorang dalam jangka masa panjang?," katanya ketika ditemui Infiniti baru-baru ini.

Keraguan pelajar jurusan ekonomi di sebuah kolej swasta di ibu negara itu merupakan antara persoalan yang sering bermain di fikiran sesetengah pengguna yang prihatin terhadap kesihatan diri dan alam sekitar.

Kesedaran pengguna berhubung makanan sihat dan keselamatan makanan yang diproses pada hari ini menuntut pihak pengeluar untuk mencari alternatif baharu dalam menghasilkan makanan atau minuman seperti yang dapat dilihat dalam industri pembotolan.

Sehingga kini, pelbagai inovasi telah dilakukan dalam mencari solusi kepada penghasilan botol yang berkualiti dan selamat digunakan.


RASA minuman menjadi lebih enak dan menyegarkan selepas menggunakan teknologi isian sejuk aseptik.


Teknologi baharu

Salah satu syarikat yang komited dalam mengejar teknologi terkini dalam industri minuman tempatan ialah Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo's). Baru-baru ini, syarikat itu telah memperkenalkan teknologi isian sejuk aseptik dalam penghasilan produk minuman dalam botol.

"Sebelum ini, ia telah dipraktikkan dalam penghasilan minuman kotak dan tin Yeo's. Menerusi kajian yang dilakukan, kaedah sama boleh digunakan dalam produk botol," kata Ketua Pegawai Operasi Yeo's, Ong Chay Seng dalam pertemuan baru-baru ini.

Proses itu merupakan kaedah pembotolan produk yang telah dinyahkuman dalam suhu bilik terkawal. Ia dilakukan untuk mengekalkan nutrien minuman yang menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti kacang hijau dan soya dan bunga kekwa.

"Ramuan-ramuan tersebut diekstrak dengan air tulen yang telah dipanaskan. Hasilnya kemudian melalui proses rawatan suhu ultratinggi (UHT) selama 6 saat.

"Kebaikan proses ini ialah ia dapat menghapuskan mikroorganisma yang mungkin memudaratkan kesihatan pengguna. Minuman kemudian disejukkan pada suhu bilik," ujarnya.


TEKNOLOGI yang diperkenalkan Yeo's dilihat berpotensi menjadi penanda aras dalam industri makanan dan minuman tempatan.


Chay Seng menambah, minuman tersebut kemudian dimasukkan ke dalam botol polietilena tereftalat (PET) yang disteril. Botol itu seterusnya ditutup ketat dengan penutup yang juga disteril.

Keseluruhan proses pembotolan minuman itu telah dijalankan dalam keadaan terkawal.

Peningkatan pengeluaran

Teknologi baharu itu nyata membawa Yeo's maju setapak ke hadapan dan menjadi pelopor kepada proses pembotolan di Malaysia. Walaupun demikian, teknologi isian sejuk aseptik telah diterokai lebih awal di Thailand.

"Pemprosesan aseptik tersebut membantu meningkatkan jumlah penghasilan botol dalam sehari. Tujuh biji botol minuman dapat dihasilkan dalam sesaat. Jumlah itu bersamaan 500,000 botol sehari.

"Oleh itu, sebanyak 130 juta botol minuman dalam pelbagai perisa akan mampu dihasilkan dalam tempoh setahun," kata Chay Seng.

Antara perisa minuman yang dikeluarkan Yeo's menggunakan teknologi itu adalah teh kundur, susu soya hitam, susu soya, laici dan teh bunga kekwa yang juga merupakan antara minuman kegemaran rakyat di negara ini sejak 100 tahun lalu.

Jenama Yeo's menjadi pilihan kerana ia tidak mengandungi pewarna tiruan dan sebarang pengawet tambahan. Produk minuman Yeo's bukan sahaja menepati cita rasa masyarakat tempatan, malah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Syarikat Yeo's telah diasaskan oleh Yeo Keng Lian dan telah beroperasi sejak tahun 1900 di Singapura. Ia mula berkembang ke Malaysia pada tahun 1940 dan menjadi jenama terkenal sehingga kini.


KECANGGIHAN teknologi isian sejuk aseptik mampu menghasilkan sehingga 130 juta botol setahun.


Selain produk minuman, Yeo's juga mengeluarkan beberapa produk makanan antaranya makanan dalam tin seperti kari ayam, kicap soya dan daging rendang.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif I Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud, menyokong usaha Yeo's yang memperkenalkan inovasi terbaharu dalam industri makanan dan minuman melalui kaedah pemprosesan terbaharu itu.

"Syarikat itu mengambil langkah proaktif dalam memastikan mereka sentiasa mengikuti perubahan semasa dengan menghasilkan produk-produk yang mengikut piawaian yang tinggi," ujarnya.

Beliau menambah, teknologi yang diperkenalkan Yeo's dilihat bakal menjadi penanda aras kepada industri makanan dan minuman di negara ini.

Tragedi Haiyan ragut jutaan nyawa

Posted:

Tragedi Haiyan ragut jutaan nyawa

Tragedi Haiyan ragut jutaan nyawa


DEMI mencari sesuap nasi, kanak-kanak terpaksa meminta simpati daripada pengguna jalan raya di Cebu.


TARIKH 8 November 2013 akan terus dikenang oleh penduduk dunia terutamanya rakyat Filipina apabila Taufan Super Haiyan melanda kepulauan Samar di tenggara Manila.

Taufan dengan kelajuan 315 kilometer itu merupakan antara bencana terburuk yang berlaku pada tahun ini.

Biro kaji cuaca tempatan melaporkan, taufan tahap lima itu menjadi lemah selepas melanda enam kawasan di negara itu. Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Cebu, Leyte dan Bohol.

Mengikut statistik rasmi yang dikeluarkan pihak pemerintah negara itu, sebanyak 3,631 mayat telah dijumpai sehingga Ahad lalu. Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan jumlah mangsa yang terkorban adalah lebih tinggi.

Jumlah mangsa yang cedera seramai 12,487 orang manakala 1,187 orang dilaporkan masih hilang. PBB dalam laporannya menyatakan seramai 4,460 mangsa mati dalam taufan itu.


PENDUDUK kampung terdesak mendapatkan sumber makanan sehingga mencetuskan rusuhan dan pergaduhan.


Hulur bantuan

Kali terakhir Filipina dilanda taufan teruk ialah pada tahun lalu menerusi Taufan Bhopa yang meragut kira-kira 2,000 nyawa.

Keperitan yang dihadapi mangsa-mangsa bencana turut meruntun hati masyarakat dunia. Pelbagai bantuan dihulurkan bagi meringankan beban mereka.

Walaupun banyak sumbangan dihulurkan, bekalan masih belum mencukupi kerana hampir sembilan juta mangsa terjejas akibat taufan itu.

Sebuah gudang yang menempatkan penyimpanan beras diserbu oleh penduduk setempat dengan membawa lari 33,000 guni beras. Setiap satu guni itu beratnya ialah 50 kilogram. Dalam keadaan yang terdesak, mangsa-mangsa mengkritik kerajaan Filipina kerana lambat memberi respons terhadap tragedi itu.

Setiausaha Keselamatan Dalaman, Mar Roxas menyedari ancaman dan kritikan tersebut dengan memberi alasan bantuan tergendala akibat kebanyakan anggota penyelamat juga merupakan mangsa yang terlibat.

"Penyelamat-penyelamat daripada agensi kerajaan juga merupakan mangsa taufan. Mereka turut terkesan kerana kehilangan ahli keluarga masing-masing," ujarnya kepada agensi berita antarabangsa.

Lari tinggalkan bandar

Beliau menambah, agensi kerajaan hanya mempunyai 16 trak yang masih boleh digunakan sepanjang proses menyelamat dan pencarian mangsa.

Lapan daripadanya digunakan untuk menghantar ubat-ubatan, empat trak untuk memproses pembersihan dan empat lagi untuk mengutip mayat yang bergelimpangan.

Pasukan persatuan amal dari Medecins Sans Frontieres menggambarkan situasi 45,000 mangsa di Guiuan, timur Samar sebagai sangat menyedihkan.

SEORANG warga tua menyarungkan kepalanya dengan pelapik meja ketika menuju ke perhimpunan di sebuah gereja lama yang runtuh akibat Taufan Haiyan.


Tidak mahu terus berada di 'neraka dunia', kebanyakan penduduk terus menunggu lama di lapangan terbang Tacloban sebagai percubaan untuk keluar dari bandar itu. Keadaan yang tegang itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa melepaskan tembakan bagi meleraikan pergaduhan antara penduduk dan pihak polis.

Bantuan dari beberapa buah negara terus dihulurkan dari segi kewangan, material dan pasukan kecemasan. Kerajaan Malaysia akan menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM3.2 juta dalam tempoh terdekat. Selain bantuan kewangan, negara turut menghantar pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Taufan Haiyan bagi membantu mangsa-mangsa.

Kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat, USS George Washington, menghantar sejumlah makanan dalam tin ke bandar-bandar seperti Guiuan, Leyte dan Tacloban.

Kerajaan Britain menghantar pesawat HMS Illustrious yang membawa bantuan perubatan berjumlah RM102.56 juta, pakar-pakar kesihatan dan pesawat pengangkutan RAF.

China menghulurkan barang-barang bantuan berjumlah RM5.13 juta walaupun berdepan konflik perebutan wilayah dengan Filipina.

Menangani kebocoran privasi di media sosial

Posted:

Menangani kebocoran privasi di media sosial

Menangani kebocoran privasi di media sosial

Oleh KHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN


MAKLUMAT peribadi yang diletakkan dalam laman sosial boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


JIKA Piramid Giza di Mesir disenaraikan sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia, internet sewajarnya mendapat pengiktirafan yang sama kerana membolehkan komunikasi tanpa sempadan yang begitu efektif.

Internet menjadi pemangkin kepada perkembangan media sosial yang membolehkan kita bertukar-tukar maklumat, menambah kenalan, berkongsi gambar dan banyak lagi. Namun di sebalik fenomena media sosial ini, ramai yang masih tidak menyedari sejauh mana maklumat, gambar atau video yang dikongsikan boleh memberi impak kepada kehidupan seharian.

Sama ada sedar atau tidak, sebagai seorang pengguna laman media sosial, beberapa maklumat sering dikongsikan antaranya jantina, umur, nombor telefon, alamat e-mel dan lain-lain.

Namun, maklumat tersebut boleh menjadi tatapan umum, tidak terhad kepada kenalan sahaja. Sebagai contoh, pengguna menghantar status (termasuk gambar atau video) sebagai 'public' (umum) tanpa mengehadkan akses di bahagian Aturan Privasi.

Sesetengah maklumat boleh dilihat oleh umum secara automatik. Dalam keadaan ini, pengguna perlu mengubah sendiri aturan privasi bagi memastikan maklumat tersebut boleh diakses oleh kenalan sahaja. Laman media sosial boleh mengubah polisi privasi anda pada bila-bila masa sahaja.

Jika ini berlaku, kandungan yang dulunya dikongsikan dengan aturan privasi tertentu mungkin boleh dilihat umum sebaik sahaja polisi tersebut diubah oleh penyedia laman sosial

Disebabkan itu kenalan di dalam rangkaian sosial boleh memuat turun sesuatu gambar, mengambil cekupan skrin status mahupun mengepos semula yang melangkau segala aturan privasi yang telah ditetapkan.

Risiko kebocoran privasi

Maklumat peribadi yang dikongsikan dalam laman sosial boleh disalah guna oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Penggodam mudah mengumpul maklumat peribadi pengguna laman sosial sehingga dapat mengakses aset dalam alam maya seperti akaun bank.

FIKIR dengan akal waras sebelum meletakkan sebarang gambar atau maklumat peribadi dalam laman media sosial.


Sebagai contoh, dengan mengetahui umur, jantina, alamat e-mel dan nombor telefon, penggodam boleh menggunakan taktik menghantar e-mel yang menyerupai e-mel daripada institusi perbankan bagi mendapatkan butiran perbankan elektronik.

Butiran peribadi yang diperoleh juga boleh digunakan untuk meyakinkan mangsa dengan taktik menyamar sebagai wakil pihak bank bagi membuat pengesahan kad kredit, kad ATM dan fasiliti perbankan yang lain. Pengguna boleh tertipu kerana butiran yang dibacakan adalah tepat dan menyangkakan panggilan itu dibuat oleh pihak bank.

Sejak akhir-akhir ini, terdapat pelbagai video peribadi yang dikongsikan kepada jutaan pengguna internet yang lain. Video yang mungkin pada asalnya hanya dikongsikan oleh teman di dalam laman media sosial telah dikongsikan dan dimuat naik ke laman Youtube bagi tontonan umum.

Pemilik video tersebut pastinya berasa tertekan dengan situasi tersebut kerana tidak menyangka ia boleh tersebar luas.

Meminimumkan kebocoran privasi

Sebagai pengguna laman media sosial, kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang dikongsikan. Tip berikut boleh dijadikan panduan untuk mengehadkan perkongsian maklumat, video mahupun gambar daripada diakses oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Elakkan dari menetapkan status, memuat naik gambar mahupun video yang boleh mengguris perasaan individu lain. Tanya diri sendiri sama ada apa yang ingin dikongsikan itu boleh menyentuh peribadi seseorang, agama mahupun sensitiviti kaum.

Kongsikan gambar atau video hanya kepada teman rapat dan bukan sewenang-wenangnya kepada semua kenalan di media sosial. Tidak semua kenalan dalam laman media sosial itu dikenali di dalam dunia realiti.

Wujudkan kumpulan pengguna bagi memudahkan perkongsian media. Contohnya, gambar majlis perkahwinan saudara kita, dikongsikan hanya dalam kumpulan pengguna 'keluarga'.

Sentiasa menganggap ada 'mata dan telinga' di sebalik ratusan 'teman' di rangkaian media sosial yang sentiasa menjadi 'perisik' dan memerhatikan aktiviti kita. Ia dapat membantu kita dalam membuat keputusan 'perlu atau tidak' untuk berkongsi sesuatu maklumat itu

Gunakan akal yang waras dan bukan emosi dalam mengepos status. Tiada gunanya memaki hamun atau memarahi mereka yang tidak ada di dalam rangkaian media sosial kita, sebaliknya ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan teman-teman kita. Ia juga mencerminkan keperibadian kita yang sebenar.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar Universiti al-Azhar dari Pahang terima bantuan

Posted:

Pelajar Universiti al-Azhar dari Pahang terima bantuan

Pelajar Universiti al-Azhar dari Pahang terima bantuan

SYED IBRAHIM (berdiri depan tujuh dari kiri) bergambar kenangan dengan 174 orang penuntut Universiti al-Azhar yang menerima sumbangan wang saku tajaan Amanah Saham Pahang di Kuantan, Pahang baru-baru ini.


BANTUAN. Seramai 174 pelajar berasal dari Pahang yang melanjutkan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir menerima bantuan wang saku tajaan daripada Amanah Saham Pahang di Kuantan baru-baru ini.

Sumbangan tersebut diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad di Wisma Belia Kuantan.

"Para pelajar berkenaan akan kembali menyambung pelajaran di Mesir apabila keadaan di sana disahkan selamat," kata Syed Ibrahim dalam majlis yang turut dihadiri Mufti Pahang, Datuk Abd. Rahman Osman.

SKS20 anjur program gotong-royong perdana

Posted:

SKS20 anjur program gotong-royong perdana

SKS20 anjur program gotong-royong perdana


AZHARI (tiga dari kanan) menyiram pokok sambil diperhatikan Zubidah (dua dari kanan) semasa merasmikan program gotong-royong Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


SEPAKAT. Lebih 150 orang murid, guru, ibu bapa dan wakil badan bukan kerajaan menyertai program gotong-royong perdana 2013 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 (SKS20) di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Program yang dinamakan Semaian kasih melestarikan warnasari SKS20 itu dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari.

Dalam program itu, pelbagai aktiviti dijalankan seperti membersihkan longkang, bilik darjah, mengecat semula tembok pagar sekolah dan menanam pokok bunga serta herba.

Azhari berkata, aktiviti tersebut dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria, bersih dan selamat selain mengeratkan lagi hubungan antara murid, guru dan ibu bapa.

Hadir sama, Guru Besar SKS20, Zubidah Joha dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Haidzir Sham Masngat.

Ketua Polis Pulau Pinang jumpa warga Nibong Tebal

Posted:

Ketua Polis Pulau Pinang jumpa warga Nibong Tebal

Ketua Polis Pulau Pinang jumpa warga Nibong Tebal


ABDUL RAHIM (kanan) beramah mesra dengan orang ramai semasa hadir dalam program Polis Bersama Masyarakat di Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.


DEKATI MASYARAKAT. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi turun padang bertemu orang ramai sempena program Polis Bersama Masyarakat di Pasar raya Econsave, Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau diiringi pegawai-pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sambil mendengar maklum balas berhubung usaha polis memerangi jenayah.

Menurut Abdul Rahim, pendekatan seperti itu membolehkan beliau dan para pegawainya mendengar sendiri suara masyarakat untuk menambah baik apa jua langkah yang difikirkan sesuai.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tandas Malaysia kotor

Posted:

Tandas Malaysia kotor

Tandas Malaysia kotor

Oleh SYED AZLAN SAYID HIZAR
azlan.hizar@kosmo.com.my

TAHAP kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebersihan tandas masih rendah. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 tinggal 41 hari lagi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan warga Malaysia sepatutnya bimbang dengan tahap kebersihan tandas di negara ini.

Tinjauan audit yang dijalankan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama enam bulan ke atas 10,257 buah tandas mendapati lebih 61 peratus daripadanya berada dalam keadaan tidak memuaskan.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, daripada 10,257 buah tandas di bawah seliaan PBT yang diaudit hanya 39 peratus berada dalam keadaan memuaskan.

Malah akuinya, apa yang lebih mengecewakan hanya 350 buah tandas yang diaudit layak diberi penarafan lima bintang.

"Bayangkan hanya 350 buah tandas atau 3.41 peratus mendapat status lima bintang. Adakah kita perlu berbangga dengan statistik ini? Saya fikir kita boleh melakukan dengan lebih baik.

"Ramai orang enggan menyentuh isu tandas dan sanitasi, namun pada hakikatnya seseorang menghabiskan kira-kira tiga tahun dalam jangka hayatnya untuk menggunakan tandas," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mati terhumban dalam kereta

Posted:

Mati terhumban dalam kereta

Mati terhumban dalam kereta

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

MELAKA – Kegembiraan dua beradik untuk pulang ke rumah selepas bermain futsal bertukar tragedi setelah motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Paya Dalam-Tiang Dua di sini.

Lebih menyayat hati, dua beradik tersebut iaitu Muhammad Razman, 14, dan Muhammad Razif, 11, mati setelah mereka terhumban ke dalam kereta Proton Wira melanggarnya dari arah depan.

Kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 20 tahun dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu.

Sumber polis memberitahu, kemalangan berlaku selepas kereta yang dipandu lelaki berkenaan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal Honda EX5 yang ditunggang dua beradik yang malang itu.

Lelaki tersebut dalam perjalanan dari Tiang Dua ke Paya Dalam manakala dua beradik berkenaan pula dari arah bertentangan.

"Akibat rempuhan itu, Muhammad Razman yang menunggang motosikal tercampak masuk ke tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut melalui tingkap kiri.

"Adiknya pula tercampak ke tempat duduk belakang melalui tingkap yang sama," kata sumber polis itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PM komited bantu Bangladesh

Posted:

PM komited bantu Bangladesh

PM komited bantu Bangladesh


NAJIB (empat dari kanan) dan Hasina (tiga dari kiri) mengetuai negara masing-masing sewaktu mengadakan mesyuarat dua hala di Dhaka, Bangladesh semalam.


DHAKA - Kerajaan sedang meneliti punca kelembapan kemasukan pekerja Bangladesh dalam sektor perladangan di bawah aturan kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang ditandatangani antara Malaysia dan Bangladesh hujung tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara punca kelembapan kemasukan pekerja adalah proses pengeluaran visa yang memakan sedikit masa, selain berkaitan penerbangan dari Bangladesh ke Malaysia.

"Ada dakwaan syarikat swasta yang mengaut keuntungan besar sebelum ini menjadi penghalang kepada kaedah G2G ini.

"Mereka dikatakan tidak lagi dapat mengaut keuntungan melalui proses kemasukan tenaga kerja dari Bangladesh melalui kaedah ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tanjong gilap bakat pelukis muda

Posted:

Tanjong gilap bakat pelukis muda

Tanjong gilap bakat pelukis muda

ROBERT (empat dari kiri) berharap penganjuran Pertandingan Seni Warisan Tanjong bakal melahirkan lebih ramai pelukis muda.


EDISI ke-13 acara tahunan Pertandingan Seni Warisan Tanjong mendapat penyertaan ramai penggiat seni tempatan termasuk penglibatan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Tahun ini, seramai 1,271 peseta menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Tanjong plc (Tanjong) berbanding 1,085 tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, 490 hasil karya telah dimasukkan dalam senarai akhir yang turut disertai oleh 22 IPT awam dan swasta.

Pertandingan tersebut adalah sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat Tanjong dengan menyaksikan peningkatan ketara dalam bilangan peserta, terutamanya pelajar IPT.

Pengerusi Tanjong, Datuk Robert Cheim berkata, penganjuran pertandingan itu adalah sebagai wadah untuk membolehkan bakat muda memaparkan karya seni mereka di samping menyumbang kepada kekayaan dan kesinambungan tradisi kebudayaan Malaysia.

"Pertandingan ini telah berkembang pesat sejak ia diperkenalkan. Kami gembira melihat kualiti peserta yang mencerminkan pertumbuhannya. Ini satu petanda baik kepada tahap pendidikan seni di Malaysia. Diharap mutu dan kualiti seni pelukis tempatan dapat dikekalkan atau dipertingkatkan pada masa hadapan," ujarnya dalam ucapan perasmian pertandingan baru-baru ini.


PEMENANG dipilih berdasarkan kreativiti dalam menghasilkan lukisan berkualiti.


Akademi Seni Dasein mencuri tumpuan apabila berjaya memenangi lima kategori utama selain menyandang gelaran juara dalam kategori seni cetak.

Salah seorang pemenang yang mewakili akademi itu ialah Lim Zieshan dengan memenangi hadiah utama dalam kategori Lukisan Warna Air dan hadiah sagu hati dalam kategori Minyak/Akrilik. Selain itu, Yong Kang Yun dari akademi sama meraih kemenangan berganda apabila memenangi kedua-dua hadiah sagu hati dalam kategori Lukisan Warna Air.

Sementara itu, Kolej Universiti Selatan, Johor yang mengambil bahagian buat kali pertama meraih tempat kedua dalam kategori Lukisan Warna Air menerusi pesertanya iaitu See Ca Dai. Dia menghasilkan karya menggunakan medium cat air yang bertajuk Parade Worshipping Gods.

Panel hakim terdiri daripada Prof. Madya Jalaini Abu Hassan, Prof. Madya Fauzan Omar, Elizabeth Cardosa, Dr. Kim Phaik Lah, Wairah Marzuki dan Laurence Loh. Kesemua mereka merupakan penggiat seni yang disegani dalam bidang seni dan warisan.

Tanjong dan anak syarikatnya memainkan peranan aktif dalam menyokong pelbagai aktiviti pembangunan seni dan sukan setiap tahun. Melalui penganjuran pelbagai program, Tanjong berharap untuk terus memainkan peranannya sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab kepada masyarakat.

Seronok mandi bersama Carrie Junior

Posted:

Seronok mandi bersama Carrie Junior

Seronok mandi bersama Carrie Junior


CHEN (dua dari kiri) yakin lagu Bathtime is Funtime mendapat perhatian kanak-kanak kerana rentak dan mesej yang positif.


MUZIK dapat membantu perkembangan emosi kanak-kanak dengan membolehkan mereka meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti tersebut.

Selain itu, muzik juga dapat membantu perkembangan kognitif si kecil. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, berdikari, memberi pendapat, memahami dan mengingati peristiwa yang berlaku di persekitaran mereka.

Justeru, Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. (Wipro Unza) mengambil inisiatif melancarkan kempen Bathtime is Funtime yang menggunakan lagu dan tarian sebagai medium baharu bagi mendidik kanak-kanak terhadap kepentingan dan teknik mandi yang betul.

Pengurus Pemasaran Wipro Unza, Edward Chen berkata, penggunaan lagu dan tarian membolehkan kanak-kanak menyukai dan menghargai amalan mandian sebagai satu rutin harian.

"Bathtime is Funtime adalah sebuah lagu yang cukup menggirangkan untuk dinyanyikan ketika membuat aktiviti kelas atau di rumah. Lagu rancak ini dicipta bagi membina kemahiran dan perwatakan kanak-kanak, di samping menekankan mesej-mesej kebersihan secara jelas.

"Gunakan span, baldi dan berlakon seperti ingin mandi. Kami yakin kanak-kanak, ibu bapa dan guru akan menyukainya," katanya ketika ditemui pada acara Bathtime is Funtime di Tadika R.E.A.L Kids USJ 12 di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir ialah selebriti, Sazzy Falak.

Dalam pada itu, suasana tadika tersebut bertukar gamat apabila Carrie, maskot jenama Carrie Junior membuat penampilan istimewa dengan menyanyikan lagu tema jenama itu.

Kanak-kanak yang hadir tidak melepaskan peluang bergambar bersama maskot gajah berwarna merah jambu itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Muda perkuat mental

Posted:

Harimau Muda perkuat mental

Harimau Muda perkuat mental

SKUAD Harimau Muda A dalam misi memburu pingat emas ketiga berturut-turut pada temasya Sukan SEA di Myanmar bulan depan.


SKUAD Harimau Muda A akan menghadiri sesi motivasi selama empat hari bermula 27 November ini di Johor Bahru, Johor sebelum ke Myanmar dalam misi mempertahan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sepanjang berada di Johor, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bakal menjalani sesi kaunseling bersama pakar motivasi selain mengadakan perlawanan persahabatan.

"Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PNBJ) bersetuju mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Muda A, namun saya tidak pasti sama ada pasukan Johor Darul Takzim I atau II yang akan dihadapi mereka pada 29 November ini.

"Kita bersetuju menghantar skuad berkenaan untuk sesi motivasi berkenaan selepas mengadakan perbincangan bersama Kim Swee," katanya.

Hamidin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar pengumuman Kejohanan Bola Sepak Juara Sekolah 100PLUS Piala Super Bawah 17 tahun peringkat kebangsaan 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Skuad Bawah 23 tahun negara itu juga bakal diuji oleh kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu pada aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 4 Disember sebelum bertolak ke Myanmar tiga hari kemudian.

Dalam pada itu, Hamidin menegaskan, FAM sentiasa bekerjasama rapat dengan Institut Sukan Negara (ISN) bagi memantau kecederaan yang kerap melanda pemain Harimau Muda A.

"Kita sentiasa mengadakan perbincangan bersama (Ketua Pegawai Eksekutif) ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz mengenai perkara ini (kecederaan pemain).

"Bagi saya, kecederaan yang melanda pemain skuad berkenaan adalah di luar jangkaan dan saya difahamkan, beberapa pegawai ISN akan berada di Myanmar nanti bukan sahaja untuk memantau pasukan bola sepak kita tetapi juga sukan-sukan lain," katanya.

Dalam pada itu, Kejohanan Bola Sepak Juara Sekolah 100PLUS Piala Super Bawah 17 tahun dijadual berlangsung di Stadium Mini Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian, Pulau Pinang dari 23 hingga 28 November ini.

Antara pasukan yang sah menyertai kejohanan anjuran 100PLUS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu ialah SM Sains Tuanku Syed Putra (Perlis), SMK Mergong (Kedah), SMK Penang Free (Pulau Pinang), SMK Anderson (Perak) dan SMK Tinggi Kajang (Selangor).

Turut serta ialah SMK Seri Permaisuri (Kuala Lumpur), SMK Dato' Sedia Raja (Negeri Sembilan), SMK Bukit Rambai (Melaka), SMK Dato' Bentara Dalam (Johor), SMK Sultan Abu Bakar (Pahang), SMK Sultan Sulaiman (Terengganu), SMK Kg. Chengal (Kelantan) dan SMK Gedung (Sarawak).

Nasib Raja cetus tanda tanya

Posted:

Nasib Raja cetus tanda tanya

Nasib Raja cetus tanda tanya

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN, AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
sukan@kosmo.com.my

PENJAGA gol Qatar, Saad Al Sheeb berjaya menyelamatkan percubaan penyerang Harimau Malaya, Amri Yahyah.


KEDUDUKAN Datuk K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya kini terletak di tangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kekalahan 0-1 kepada Qatar pada aksi Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam malam tadi seolah-olah menjadi tugas terakhir Rajagobal.

Ini kerana, pintu buat Harimau Malaya untuk beraksi pada pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia semakin tertutup rapat.

Selepas mengharungi lima perlawanan, anak-anak buah Rajagobal sekadar menduduki tangga ketiga di belakang Bahrain dan Qatar apabila mengutip empat mata.

Keputusan itu menyaksikan Rajagobal makin terdesak menepati Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan FAM iaitu Harimau Malaya melepasi kelayakan Piala Asia 2015.

Bagaimanapun, beliau tetap tenang menghadapi 'gelora' yang bakal menimpanya apabila kontrak tamat pada 31 Disember depan.

"Kontrak saya habis (tamat) pada 31 Disember depan. Buat masa ini, masih belum ada perbincangan (dengan pihak pengurusan FAM) dan saya harus bersikap profesional.

"Saya masih ada tugas (perlawanan terakhir Kumpulan D menentang Yemen pada 5 Mac 2014) dan jika boleh, saya mahu menyelesaikan tugas itu (sebelum melepaskan jawatan).

"Selepas aksi tersebut, saya akan terima apa jua keputusan (FAM)," kata Rajagobal pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan semalam.

Sementara itu, jurulatih Qatar, Fahad Abdulla Al Zarraa mengakui skuad kendaliannya berhak menang ke atas Harimau Malaya.

Jelasnya, taktik bertahan menjadi kunci kemenangan skuad kendaliannya, sekali gus menyaksikan peluang mereka untuk beraksi ke pentas Piala Asia 2015 semakin cerah.

"Saya fikir perlawanan malam ini (semalam) lebih terbuka. Mereka (Harimau Malaya) menampil corak menyerang sebaik permainan dimulakan.

"Namun, kami berjaya memberikan fokus dengan tidak melakukan kesilapan mudah begitu ketara. Pada aksi separuh masa kedua, kami berjaya menembusi gawang mereka.

"Saya sudah jangka perlawanan ini bakal sengit. Oleh sebab itu, kami bermain dengan lebih berhati-hati tetapi hasilnya, Qatar memperoleh kemenangan bermakna," katanya.

Atlet diminta jaga makan

Posted:

Atlet diminta jaga makan

Atlet diminta jaga makan


ZOLKPLES mempengerusikan mesyuarat berkenaan pemakanan kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2013 di Bukit Jalil semalam.


ATLET negara perlu peka terhadap kandungan makanan yang diambil agar tidak menjejaskan prestasi dan peluang mereka beraksi pada Sukan SEA di Myanmar bulan depan.

Ketika memberi peringatan tersebut, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata, ada antara makanan yang diambil mereka mungkin mengandungi bahan terlarang.

"Saya ingatkan atlet agar mengambil perhatian yang serius (berhubung pengambilan makanan)," katanya kepada pemberita di Bukit Jalil semalam.

Zolkples turut mengingatkan atlet negara agar berhati-hati ketika membeli makanan di Myanmar yang tidak diketahui kesannya terhadap prestasi mereka.

Justeru, bagi memastikan atlet mengambil makanan yang seimbang dan bebas daripada bahan terlarang, beliau berkata, MSN turut membawa pegawai mereka ke Myanmar.

Dalam pada itu, Zolkples berkata, buat pertama kali, MSN akan memperluas penyediaan perkhidmatan makanan kepada media Malaysia yang membuat liputan pada temasya tersebut.

Beliau berkata, langkah MSN menyediakan perkhidmatan tersebut berikutan kesukaran untuk mendapatkan makanan halal di negara berkenaan, di samping memberi keselesaan kepada petugas media membuat liputan temasya itu.

Sebelum ini, katanya perkhidmatan yang serupa disediakan semasa Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand dan Sukan SEA 2009 di Laos, namun hanya untuk pegawai MSN.

"Berikutan banyak permintaan daripada majlis sukan negeri-negeri, persatuan sukan kebangsaan, kita juga bersetuju menyediakan perkhidmatan ini kepada media.

"Bayaran yang dikenakan berpatutan kerana kita bukan mengaut keuntungan. Setiap petugas media dikenakan bayaran RM40 sehari untuk makanan tengah hari dan malam, dengan citarasa makanan Malaysia," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dua gunung berapi di Indonesia meletus

Posted:

Dua gunung berapi di Indonesia meletus

Dua gunung berapi di Indonesia meletus

SEORANG lelaki memerhatikan Gunung Sinabung memuntahkan debu di daerah Karo, utara Pulau Sumatera semalam.- AFP


KARO - Dua gunung berapi di Indonesia meletus semalam dengan menyebabkan banyak penerbangan mengubah haluan manakala beribu-ribu penduduk yang berpindah terhalang daripada pulang ke kediaman mereka.

Pusat Pengurusan Bencana Geologi dan Gunung Berapi menyatakan, Gunung Sinabung yang setinggi 2,600 meter memuntahkan abu setinggi 8,000 meter ke udara.

Menurutnya, gunung berapi berkenaan yang terletak di barat Pulau Sumatera telah meletus beberapa kali sejak pertengahan September lalu.

"Kementerian pengangkutan mengubah penerbangan dari beberapa haluan ekoran letusan terbaharu Gunung Sinabung," kata jurucakap kementerian itu, Bambang Ervan.

Menurutnya, perkembangan itu turut menyebabkan lebih 6,000 orang yang dipindahkan dari kawasan sekitar Sinabung baru-baru ini tidak dapat kembali ke rumah.

Di Pulau Jawa, gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi menghambur abu dan asap setinggi 2,000 meter pagi semalam.

"Letusan Merapi dicetuskan oleh beberapa kejadian gempa bumi kecil di sekitarnya," kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana Negara, Purwo Nugroho.

Menurutnya, letusan Gunung Merapi itu menyebabkan 600 keluarga di kawasan sekitarnya bergegas menyelamatkan diri ke beberapa buah pusat pemindahan sementara.

"Namun, mereka kemudian pulang ke rumah masing-masing selepas situasi reda," ujarnya.

Menurut Purwo, lebih 350 nyawa melayang manakala beberapa buah kampung musnah sama sekali selepas Gunung Merapi meletus beberapa kali sejak akhir tahun 2010.

Indonesia yang mempunyai 129 gunung berapi aktif terletak dalam zon bencana dikenali sebagai Lingkaran Api di antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Pada Ogos lalu, lima orang terbunuh dan ratusan penduduk berpindah apabila sebuah gunung berapi meletus di pulau kecil di wilayah Nusa Tenggara Timur. - Agensi

Anak presiden antara 50 korban nahas pesawat

Posted:

Anak presiden antara 50 korban nahas pesawat

Anak presiden antara 50 korban nahas pesawat


Saudara-mara mangsa menangis di dalam bangunan utama Lapangan Terbang Kazan, Rusia selepas mendengar berita nahas tersebut kelmarin.- AFP


MOSCOW - Semua 50 penumpang dan anak kapal terbunuh apabila sebuah pesawat Boeing 737-500 terhempas di bandar Kazan, Rusia kelmarin.

Kazan yang terletak sekitar 800 kilometer ke timur bandar raya ini merupakan ibu negeri wilayah Tatarstan.

Turut menemui ajal termasuk anak lelaki Presiden Tartarstan, Rustam Minnikhanov dan seorang ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), Alexander Antonov.

Nahas berlaku apabila pesawat milik Penerbangan Tartastan itu meletup dan terbakar ketika ia menyentuh landasan di Lapangan Terbang Kazan untuk pendaratan kali kedua.

"Pesawat berusia 23 tahun itu berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di sini pada jam 6.25 petang (waktu tempatan) sebelum terhempas sejam kemudian," kata beberapa pegawai yang dipetik agensi berita Interfax.

Beberapa gambar menunjukkan serpihan Penerbangan U363 bertaburan selepas kebakaran dipadamkan oleh pasukan bomba.

"Kedua-dua juruterbang dan pembantunya mempunyai pengalaman luas mengendalikan pesawat," kata seorang jurucakap yang dipetik Interfax.

Pesawat itu yang diselenggara mengikut jadual dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah teknikal sebelum berlepas.

Ketika kejadian terdapat angin kencang dengan suhu sejuk hampir sifar dicatatkan di bandar berkenaan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Rusia masih menyiasat punca nahas dengan tumpuan kini diberi kepada faktor kesilapan juruterbang atau masalah teknikal pada pesawat berkenaan. - Agensi

Singa jadi simbol status

Posted:

Singa jadi simbol status

Singa jadi simbol status


SEORANG lelaki dikenali sebagai Humaid AlBuQaish duduk di atas bumbung kereta Mercedes sport bersama singa peliharaannya.


ABU DHABI - Seorang pemuda di negara Teluk menyiarkan gambar di laman sosial Instagram yang menunjukkan dia bermain dengan singa di hadapan beberapa buah kereta sport sebagai simbol kemewahannya.

Akaun Instagram tersebut yang setakat ini memiliki lebih 250,000 pengikut menggunakan nama Humaid AlBuQaish.

Lelaki berkenaan kerap memuat naik gambarnya berdampingan dengan beberapa ekor singa dan cheetah.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan tentang pekerjaan AlBuQaish tetapi dia jelas memiliki kekayaan yang didambakan oleh ramai orang.

Menurut pengurus Taman Hidupan Liar Ras Al-Khaimah di Emiriah Arab Bersatu, Jasim Ali, binatang buas itu kini dianggap sebagai simbol status dalam kalangan golongan kaya di Teluk.

"Seekor singa putih yang jarang didapati dijual pada harga AS$50,000 (RM159,275)

"Jika seseorang itu membeli haiwan yang amat mahal, dia mahu menunjukkan bahawa dia berupaya membeli apa sahaja yang dia mahu di dunia ini," kata Jasim

"Jika dia menjinakkan binatang buas seperti singa, dia mahu seluruh dunia tahu tentang keberanian dan kejantanannya," tambah pengurus tersebut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Remaja 13 tahun ditahan dalam operasi banteras pelacuran

Posted:

Remaja 13 tahun ditahan dalam operasi banteras pelacuran

Remaja 13 tahun ditahan dalam operasi banteras pelacuran

19/11/2013 9:16pm

SANDAKAN - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun adalah antara empat yang ditahan dalam operasi membanteras kegiatan pelacuran di kawasan Bandar Sandakan di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superitendan Fadzil Mohd Ali berkata, tiga wanita yang ditahan dalam operasi pada pukul 10.45 pagi itu berusia antara 23 hingga 39 tahun.

Beliau berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis di tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Dua dan hasil pemeriksaan menemui buku kecil mengandungi catatan bayaran pelanggan dan peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti pelacuran.

Dua yang ditahan masing-masing memiliki pasport antarabangsa Filipina dan kad pelarian IMM 13, seorang lagi memiliki kad pengenalan pemastautin tetap Malaysia dan remaja perempuan itu memiliki sijil lahir negara ini, katanya. - Bernama

SPAD gantung lesen Genting Highlands Transport Sdn. Bhd.

Posted:

SPAD gantung lesen Genting Highlands Transport Sdn. Bhd.

SPAD gantung lesen Genting Highlands Transport Sdn. Bhd.

19/11/2013 9:06pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen syarikat bas yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 37 penumpang di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, berkuat kuasa Isnin depan.

SPAD dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tindakan menggantung lesen pengendali syarikat Genting Highlands Transport Sdn. Bhd. itu diambil setelah suruhanjaya berkenaan meneliti laporan audit Industry Code of Practice (iCOP).

"Notis mengenai perkara ini telah dihantar semalam dan syarikat diberi tempoh tujuh hari dari tarikh notis untuk memaklumkan kepada penumpang mengenai penggantungan perkhidmatan tersebut.

"Sebagai alternatif, Resort World Tour Sdn. Bhd. akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Pudu Sentral, KL Sentral dan Stesen LRT Putra, Gombak ke Genting Highlands," menurut kenyataan itu.

Dalam nahas 21 Ogos lepas, 16 orang turut cedera selepas bas berkenaan terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan Genting Highlands ke ibu negara. - Bernama

Bedah siasat mayat warga Taiwan esok

Posted:

Bedah siasat mayat warga Taiwan esok

Bedah siasat mayat warga Taiwan esok

19/11/2013 9:03pm

KOTA KINABALU - Bedah siasat mayat lelaki warga Taiwan yang ditembak mati sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Pom Pom, Semporna, Jumaat lalu akan dilaksanakan esok di Hospital Tawau, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Hamza berkata, mayat Hsu Li Min, 57, sudah dicam anggota keluarganya di Hospital Tawau dan mayatnya akan diserah kepada anggota keluarganya sebaik sahaja bedah siasat selesai.

"Anggota keluarga mangsa akan tinggal beberapa hari di sini untuk membantu siasatan kita," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kepada peserta Kembara Bermotosikal "Crime Awareness" 2013 di sini hari ini.

Hamza bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan kes penculikan rakyat Taiwan itu kerana tidak mahu ia menjejas siasatan namun berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina dalam siasatan kes berkenaan.

Jumaat lalu, Hsu Lin Min dijumpai mati di dalam sebuah bilik di pulau peranginan Pom Pom dengan dua kesan tembakan di dadanya manakala teman wanitanya, Chang An Wei, diculik, oleh kumpulan bersenjata dipercayai anggota Abu Sayyaf. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved