Jumaat, 15 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Penunggang mesti tahu kawal kelajuan

Posted:

Penunggang mesti tahu kawal kelajuan

Penunggang mesti tahu kawal kelajuan

USIA muda bukan penghalang kepada seorang gadis sunti berusia 20 tahun, Nik Nurul Amira Nik Zuhailan atau mesra dengan panggilan Amira, mendekati dunia permotoran.

Meminati motosikal berkuasa tinggi sejak di bangku sekolah lagi, Amira sering membonceng motosikal ayahnya, Nik Zuhailan Nik Yusof, 45, yang membawa Triumph Tiger 800cc.

"Saya memang minat motosikal berkuasa tinggi dan selalu mengikuti ayah pergi konvoi. Namun, kebiasaannya saya akan membonceng motor ayah apabila pulang ke kampung halaman di Rembau, Negeri Sembilan," katanya.

Amira memberitahu, minat mendalam yang dizahirkan akhirnya membuahkan hasil apabila dia dihadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Triump Daytona 675 sempena ulang tahun kelahirannya pada 28 Ogos tahun lalu.

Sebaik mempunyai motosikal berkuasa tinggi sendiri, Amira terus mendapatkan lesen dengan menjalani ujian menunggang untuk kelas B (penuh). Menurut Amira, lazimnya dia menunggang motosikal pada hujung minggu dengan rakannya dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti konvoi yang dianjurkan oleh kelab-kelab berkaitan.

"Sebelum ini saya ada mengikuti konvoi yang dianjurkan oleh kelab Triumph dan Kawasaki Lady Bikers. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan kerana dapat berkongsi minat yang sama dengan penunggang lain," katanya.

Sebagai pemilik dan penunggang motosikal berkuasa tinggi, Amira sedar tentang risiko yang menanti.

Mengakui dia pernah jatuh motosikal, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Takdir menyebelahinya apabila dia tidak mengalami kecederaan teruk kerana Amira sudah bersedia dengan pakaian lengkap seperti kasut but sehingga topi keledar penuh semasa menunggang.

Namun, selepas insiden tersebut, Amira lebih berhati-hati setiap kali menunggang motosikal kesayangannya itu.

Jika Amira hanya menunggang sebagai satu aktiviti riadah pada hujung minggu, berbeza pula Nuzul Syazwan Arnaz Mohd. Shuib. Lebih mesra dengan panggilan Nuzul, 25, dia menggunakan motosikal Kawasaki Ninja 250cc sebagai kenderaan harian ke pejabat.

MINAT NIK NURUL AMIRA menunggang motosikal berkuasa tinggi berputik selepas sering mengikuti bapanya berkonvoi.


Kurangkan risiko

Menurut Nuzul, motosikal berkuasa tinggi adalah pilihan yang terbaik walaupun risiko kemalangan agak tinggi berbanding kereta. Namun, jika diambil dari segi ketepatan dan faktor masa ia lebih relevan.

"Penunggang motosikal sentiasa berdepan dengan risiko kemalangan yang besar berbanding kereta. Bagaimanapun, risiko itu boleh dikurangkan jika penunggang bijak membuat persiapan sebelum menunggang.

"Persiapan yang saya maksudkan ialah memastikan motosikal berada dalam keadaan baik, memakai pakaian tebal dan tidak mudah koyak serta menggunakan topi keledar penuh," jelasnya.

Bagaimanapun, kepada Nuzul, aspek yang paling penting untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ialah sentiasa mengikuti peraturan jalan raya dan tahu mengawal kelajuan motor.

Tambahnya, dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi, dia juga mampu berjimat kerana minyak penuh motosikal ini hanyalah RM25, manakala kereta pula RM70.

Menurut Nuzul, kesesakan jalan raya di bandar-bandar besar juga antara alasan mengapa dia memilih menunggang motosikal berkuasa tinggi ke tempat kerja.

"Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) selalunya akan mengalami kesesakan jalan raya pada waktu-waktu puncak. Jadi, untuk mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, saya menunggang motosikal," jelasnya.

Kehebatan mengambil selekoh adalah antara aksi yang paling mengujakan penonton di perlumbaan motosikal bertaraf dunia di litar Sepang, mahupun ketika menunggang secara solo di jalan raya.

Namun, di sebalik tepukan gemuruh penonton dan keghairahan si penunggang, motosikal berkuasa tinggi ini juga boleh mengundang padah, malah lebih buruk sehingga meragut nyawa.

Namun, risiko itu bukanlah faktor penghalang bagi sesetengah penunggang motosikal berkuasa tinggi apabila kepuasan memulas minyak mengatasi aspek keselamatan diri.

Berkongsi pengalaman dan pengetahuan, pelumba muda pasukan Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah, 19, menyarankan penunggang motosikal berkuasa tinggi mengenali dulu jentera masing-masing sebelum memecutnya di jalanan.

Tahap kelajuan

"Selain itu, nasihat saya bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa besar agar memulakan tunggangan dengan motosikal berkapasiti lebih rendah seperti 250cc sebelum membawa kuasa tinggi atau 600cc," katanya.

Penunggang kata beliau, perlu bijak dalam mengukur tahap kelajuan motor dengan jarak perjalanan sebagai langkah keselamatan jika sebarang perkara yang tidak diingini berlaku secara tiba-tiba.

Kata Hafizh Syahrin, ia sangat penting terutamanya sewaktu ingin memberhentikan motosikal secara mengejut.


NUZUL merasakan menunggang motosikal kuasa tinggi ke pejabat lebih praktikal dan menjimatkan masa.


"Sebagai contoh, jika motor biasa dengan kelajuan sederhana boleh diperlahankan pada jarak 100 meter ke hadapan, motor berkuasa tinggi memerlukan jarak yang lebih jauh," jelasnya.

Hafizh Syahrin yang telah berkecimpung dalam sukan bermotor sejak empat tahun lalu dan bermula dengan motosikal berkelajuan 130cc kini melakar nama dalam dunia sukan permotoran. Terbaharu, beliau memperoleh peluang untuk berlumba dalam Kejohanan Dunia Moto2 pada musim hadapan. Menurut Presiden Kelab Kumpulan Harley HogMalaysia, Choo Kai Mun, seseorang yang ingin menunggang motosikal berkuasa tinggi perlu menjalani kursus keselamatan sebelum mengikuti konvoi yang dianjurkan oleh kelab atau organisasi.

"Bagi kelab HogMalaysia, kami sering mengadakan seminar keselamatan sebagai langkah meningkatkan kesedaran keselamatan setiap peserta.

"Antara aspek yang ditekankan ialah kelengkapan asas seperti jaket kulit, sarung tangan, kasut dan yang paling penting topi keledar penuh," katanya.

Mengulas mengenai kemalangan yang sering melibatkan motosikal berkuasa besar, Choo berkata, tragedi itu boleh terjadi jika penunggang tidak fokus dengan tahap kelajuan yang dibawa dan terlalu mengikut perasaan apabila berada pada gear tinggi.

"Kejadian ini sering berlaku pada golongan muda yang terlalu seronok memulas minyak tanpa mengambil kira faktor persekitaran.

"Jika berada pada jalan berliku atau sibuk, sudah tentu mereka perlu menurunkan gear dan memperlahankan kelajuan," jelasnya.

Festival bakar tanduk lembu jantan

Posted:

Festival bakar tanduk lembu jantan

Festival bakar tanduk lembu jantan


SEORANG peserta menyelamatkan diri daripada disondol lembu jantan yang naik angin.


SEEKOR lembu jantan mengerang kesakitan dan bertindak ganas apabila api mula menjilat bahagian kepalanya semasa haiwan itu menjadi mangsa Festival Toro de Jubilo atau Festival Lembu Api di sebuah pekan kecil di tengah Sepanyol baru-baru ini.

Festival membakar tanduk lembu jantan bagi merangsang haiwan itu bertindak agresif disambut oleh penduduk tempatan pada malam 9 November lalu di pekan Medinaceli, wilayah Soria.

Ribuan orang berkumpul di sebuah dataran terbuka untuk menyaksikan acara tradisi kuno tersebut yang diadakan pada minggu kedua November setiap tahun.

Acara pada waktu malam itu dimulakan dengan seekor lembu jantan diikat pada sebatang tiang di dalam kandang.

Sepasang jamung mengandungi bahan bakar yang dipasang di kedua-dua tanduk haiwan herbivor tersebut dibakar sebagai permulaan pesta di pekan berkeluasan 205.37 kilometer persegi itu.


LEMBU jantan ini melanggar salah satu daripada lima unggun api yang ada di dalam gelanggang.


Sebaik sahaja haiwan berotot itu dilepaskan, sejumlah peserta yang berada di dalam kandang mula berlari menyelamatkan diri apabila ia menghampiri mereka.

Bagi melindungi lembu daripada mengalami kecederaan parah, bahagian wajah dan belakangnya dilumur dengan lapisan lumpur tebal.

Festival lembu tanduk berapi itu mencapai kemuncak apabila api yang marak di bahagian tanduk padam dengan sendirinya.

Lebih tragis, acara berkenaan kadangkala boleh menyebabkan haiwan agresif tersebut rebah menyembah bumi selepas beraksi selama beberapa jam.

Bangkai lembu tersebut kemudian diambil oleh para peserta kerana mereka percaya daging haiwan diseksa dapat memberikan kesuburan dan kekebalan.

Namun, kemeriahan Festival Toro de Jubilo semakin mendapat kecaman kumpulan pejuang hak haiwan seperti Party Against Bullfighting, Cruelty and Mistreatment to Animals (Pacma) dan People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) kerana menyifatkan acara tersebut sebagai penganiayaan terhadap haiwan.

Kedua-dua kumpulan tersebut mendakwa bebola api yang dinyalakan selama beberapa jam itu memudaratkan bahagian tanduk, badan dan mata lembu selain memberi tekanan kepada haiwan itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Ketua Polis Negara sampaikan syarahan perdana di USM

Posted:

Ketua Polis Negara sampaikan syarahan perdana di USM

Ketua Polis Negara sampaikan syarahan perdana di USM

KHALID (barisan depan, tengah) bergambar bersama pegawai polis Pulau Pinang dan warga USM selepas sesi Syarahan Perdana Ketua Polis Negara di universiti itu di Pulau Pinang baru-baru ini.


SYARAHAN. Seramai 1,000 warga Universiti Sains Malaysia (USM) hadir pada sesi Syarahan Perdana Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra di kampus universiti di Pulau Pinang baru-baru ini.

Turut hadir pada sesi syarahan bertajuk 'Kepolisan Pada Era Futuristik Menjelang Tahun 2020' itu ialah Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Omar Osman, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan pegawai-pegawai kanan USM.

Antara intipati syarahan adalah berkisar kepada asas kepolisian komuniti yang dilihat antara kaedah efektif dalam menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat dan keamanan negara.

Stesen minyak Petron Bukit Jambul hargai pelanggan

Posted:

Stesen minyak Petron Bukit Jambul hargai pelanggan

Stesen minyak Petron Bukit Jambul hargai pelanggan


HAMIZAN (berdiri, tengah) bersama pekerja dan sukarelawan cacat penglihatan yang hadir pada majlis Hari Penghargaan Pelanggan Petron Bukit Jambul, Pulau Pinang baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Kira-kira 500 orang pengunjung memeriahkan majlis Hari Penghargaan Pelanggan Petron Bukit Jambul, Pulau Pinang sempena pembukaan semula stesen minyak itu baru-baru ini.

Para pelanggan stesen minyak itu dihiburkan dengan persembahan menarik antaranya pertunjukan seni bela diri taekwondo, persembahan tarian dan nyanyian.

Pengarah Urusan stesen minyak itu, Hamizan Sharif berkata, majlis tersebut bertujuan menghargai sokongan para pelanggan selain memperkenalkan wajah baharu stesen minyak Petron setelah dinaik taraf.

Seminar Pegawai Memerintah AW

Posted:

Seminar Pegawai Memerintah AW

Seminar Pegawai Memerintah AW


MAHADI (barisan depan, lima dari kanan) bergambar dengan pegawai kanan Askar Wataniah di Kuantan, Pahang baru-baru ini.


BERSIDANG. Seramai 30 pegawai kanan Askar Wataniah (AW) menghadiri Seminar Pegawai Memerintah AW Siri 1/2013 di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Seminar kelolaan Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Tentera Darat itu turut disertai Timbalan Komander mewakili Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Majlis itu turut dihadiri Asisten Panglima BPS, Brigedier Jeneral Datuk Mahadi Abdul bagi membincangkan perkembangan semasa pasukan simpanan Tentera Darat termasuk program Palapes di IPTA.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Anak saksi bapa ditembak mati

Posted:

Anak saksi bapa ditembak mati

Anak saksi bapa ditembak mati

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

ANGGOTA polis melihat kesan darah di tempat Alias (gambar kecil) mati ditembak oleh dua lelaki bermotosikal di Bachok kelmarin.


BACHOK – Seorang kanak-kanak mungkin mengalami trauma sepanjang hidupnya apabila menyaksikan sendiri bagaimana bapanya menemui ajal apabila ditembak dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Pengkalan Petah di sini kelmarin.

Che Muhammad Danial, 6, hanya mampu menangis di sisi mayat bapanya, Alias Yusof, 58, selepas peniaga minuman pasar malam berkenaan terbaring berlumuran darah selepas terkena dua das tembakan di kepala dan perut ketika sedang membawa anaknya itu menaiki sebuah motosikal.

Difahamkan, kejadian pukul 8.45 malam itu berlaku hanya 50 meter dari rumahnya ketika mangsa membawa anaknya keluar selepas selesai berniaga.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, tidak lama kemudian, muncul sebuah motosikal dinaiki dua lelaki lalu terus melepaskan tembakan yang mengenai kepala dan perut mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jet Singapura ganggu calon SPM

Posted:

Jet Singapura ganggu calon SPM

Jet Singapura ganggu calon SPM


PESAWAT F-16 Falcon


NUSAJAYA - Selepas sekian lama menyepi, jet-jet pejuang sebuah negara jiran kembali terbang rendah sejak 7 November lalu sehingga menjejaskan tumpuan 62 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang di sini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azahar Abd. Rahman berkata, pesawat pejuang tersebut dengan bunyinya yang sangat kuat didapati melintasi ruang udara kawasan itu hampir setiap hari kecuali pada hujung minggu.

Beliau berkata, lebih menyakitkan hati, adakalanya pesawat tersebut melintasi kawasan tersebut selang beberapa minit sehingga 10 kali sehari bermula pukul 10 pagi hingga petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Seru nama 'Jin Maimunah' untuk kaya

Posted:

Seru nama 'Jin Maimunah' untuk kaya

Seru nama 'Jin Maimunah' untuk kaya

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

MOHD. SHUKRI menunjukkan kertas hitam yang dirampas daripada lima lelaki Afrika pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Lima lelaki Afrika mendakwa mampu menggandakan wang dengan menyeru nama 'Jin Maimunah' hingga mengakibatkan seorang kontraktor landskap kerugian RM135,000.

Kejadian berlaku apabila suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun tersebut mendakwa mampu menggandakan wang kontraktor tersebut kepada AS$100 juta (RM319 juta) dalam satu upacara mistik yang dilakukan di Bukit Belacan, Ampang, Selangor.

Difahamkan, ketika upacara tersebut berlangsung, mangsa berusia 50 tahun itu mendakwa mendengar suara ghaib yang menyuruhnya melakukan kebaikan seperti membina masjid dan membantu orang Islam menunaikan umrah jika sudah menjadi kaya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


KLIMS 2013 martabatkan industri automotif Malaysia

Posted:

KLIMS 2013 martabatkan industri automotif Malaysia

KLIMS 2013 martabatkan industri automotif Malaysia

Oleh SHAWKATH AZDE dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

SELEPAS tiga tahun, pameran pemotoran terbesar Malaysia, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 2013) akhirnya kembali menemui peminat kereta tempatan.

Pameran edisi kelapan itu selama 10 hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu berakhir pada 24 November ini. Tapak pameran seluas 30,000 meter persegi itu menempatkan pelbagai model sedia ada, jentera konsep, kenderaan futuristik dan barisan kereta yang bakal memenuhi bilik pameran tidak lama lagi.

KLIMS 2013 mendokong tema Kecekapan Mobiliti ternyata selari dengan trend semasa kebanyakan pameran bertaraf global dengan memberi penekanan terhadap kecekapan penggunaan minyak dan teknologi mesra alam.

Maka sudah pasti akan ada penampilan model-model kenderaan hibrid dan elektrik mendiami kebanyakan ruang pameran pemain-pemain utama dalam industri. Jika ketiadaan model kenderaan hijau, sekurang-kurangnya ada barisan produk cekap penggunaan bahan bakar.

KLIMS 2013 merupakan acara anjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Majlis pembukaannya telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pada Khamis lalu.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, acara kali ini bakal menyaksikan pengeluar-pengeluar jenama global menyusun strategi agresif untuk menampilkan kelebihan produk masing-masing.

Pameran kali ini berjaya menambat hati 78 syarikat yang merangkumi pengeluar, pemasang, pengedar kenderaan serta beberapa pemain dalam industri aksesori.

Antara jenama yang tampil mengetengahkan produk ialah Citroen, Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Lexus, Nissan, Perodua, Peugeot, Toyota, Subaru dan Volkswagen.

LEXUS LFA turut diperagakan pada KLIMS kali ini.


Bagaimanapun, KLIMS 2013 terasa hambar tanpa kehadiran Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton). Selain itu, tiada juga penyertaan daripada Chevrolet, Mercedes-Benz, BMW, Audi, Porsche, Renault, Suzuki, Mitsubishi dan Kia.

Berhubung ketiadaan Proton, Aishah menjelaskan, syarikat pengeluar kenderaan nasional itu tidak menyertai pameran pada tahun ini berikutan gagal mendapat ruang pameran sesuai dan bukan disebabkan oleh faktor kos penyertaan yang didakwa mencecah jutaan ringgit.

Tarikan utama KLIMS 2013 pastinya terarah kepada sudut pameran Perodua. Di situ, pengunjung berpeluang melihat enjin aluminium baharu, ruang kabin sebuah model global segmen A dan jentera konsep sedan kompak.

Sedan kompak yang dinamakan sebagai Buddyz itu membuktikan keupayaan Perodua untuk berdiri sama tinggi dengan kebanyakan syarikat automotif antarabangsa.

Keperluan semasa

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Buddyz dibangun berlandaskan idea anak tempatan yang mengambil kira keperluan semasa golongan generasi Y dan Z.

Buddyz sebenarnya ialah model kereta yang berasal daripada prototaip konsep Perodua Bezza yang pernah dipamerkan kepada khalayak ramai sewaktu KLIMS 2010.

Ketua Perekanya, Muhamad Zamuren Musa berkata, dia bersama pasukannya membawa Bezza ke beberapa destinasi di seluruh negara untuk mendapat maklum balas umum.

"Berdasarkan maklum balas yang kami di terima, rata-rata responden mengutarakan cadangan untuk menjadikan Bezza kepada sebuah kereta sedan," katanya ketika ditemui pada satu sesi pratonton.

Jelasnya lagi, generasi baharu mahukan sebuah kereta yang selesa untuk kegunaan harian tanpa mengorbankan ruang simpanan kargo.

Sementara itu, di tapak pameran Volkswagen Malaysia, pengeluar kenderaan jenama Jerman itu membuat kejutan apabila memperkenalkan Polo 1.6 Hatchback yang merupakan model pemasangan tempatan.

Toyota yang menjadi jiran Volkswagen pula melancarkan model pelbagai guna Previa 2.4GL kepada orang ramai pada harga permulaan RM270,000 seunit.


HONDA Malaysia menempatkan rangkaian produk baharu, sedia ada, jentera perlumbaan dan beberapa model mesra alam untuk tatapan umum.


Pesaing senegaranya, Honda pula tampil dengan pelancaran dua varian Honda Odyssey generasi kelima iaitu 2.4L EX dan 2.4L EXV masing-masing dengan harga jualan atas jalan termasuk insurans sebanyak RM228,000 dan RM248,000 sebuah.

Turut ditampilkan di gerai Honda ialah model Accord Plug-in Hybrid, jentera berprestasi tinggi Honda CR-Z Mugen RR dan kereta lumba Honda Jazz HMRT.

Subaru pula tampil dengan edisi terhad XV Crosstrek yang memiliki solekan komponen yang menyerlahkan sifat maskulin pada tag harga asas RM138,800 seunit.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyaksikan secara dekat beberapa model Subaru iaitu BRZ, XV, Forester 2.0XT, WRX STI dan Legacy sedan.

Isuzu pula melancarkan trak pikap edisi terhad D-Max X-Series yang tampil garang hasil kelengkapan beberapa aksesori unik termasuk kit badan dan pelekat badan sporty.

Didatangkan dengan dua warna pilihan putih dan hitam, Isuzu menjual produk yang dijana oleh enjin diesel 2.5L pada harga RM108,690 seunit. Harga jualan itu juga termasuk insurans.

Itu hanya sebahagian produk sahaja yang diperkenalkan di KLIMS 2013 baru-baru ini. Ada banyak lagi menanti para pengunjung di sana selain beberapa acara menarik disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan KLIMS kali ini.

ES 250 lebih berkuasa, padat teknologi

Posted:

ES 250 lebih berkuasa, padat teknologi

ES 250 lebih berkuasa, padat teknologi

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


SIGNATURlampu hadapan dengan DRL LED menjadi daya tarikan utama.


AWAL Oktober lalu Lexus Malaysia melancarkan generasi keenam model ES yang merupakan model pertengahan antara IS (Sporty) dan GS (sedan eksekutif).

Model ES yang pertama kali diperkenalkan di negara ini secara rasminya tampil dengan pilihan ES 250, ES 250 Luxury dan ES 300h.

Rekaan Lexus kali ini cukup menarik untuk sebuah model sedan sederhana mewah terutamanya signatur DRL LED yang terletak di dalam lampu utama.

Menggunakan enjin empat silinder sebaris sesaran 2.494cc, kereta itu cukup bertenaga untuk membawa badannya yang dikategorikan sebagai besar itu.

Baru-baru ini, Lexus Malaysia menjemput sekumpulan penulis automotif untuk memandu uji kereta itu bermula dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands.

Penulis yang diberi peluang mendera kemampuan model ES 250 Luxury dapat merasakan model ini benar-benar berkuasa walaupun ia bersaiz besar. Kuasa pecutan pada kereta ini juga amat mengujakan.

ES 250 Luxury tidak berhadapan masalah ketika menelusuri jalan berliku di Jalan Hulu Yam sementelah ia dikawal dengan teknologi keselamatan terkini seperti kawalan cengkaman dan sistem kawalan kestabilan kenderaan.


WARNA kuning gading menjadikan ruang dalaman kereta ini kelihatan lebih luas.


Ruang dalaman Lexus ES 250 Luxury turut menerima sentuhan terbaik daripada juruteranya yang berjaya menghidupkan elemen mewah.

10 beg udara

Kerusinya dibalut dengan material kulit semianiline berkualiti tinggi dan amat selesa untuk perjalanan jauh. Instrumen meter juga akan bertukar warna mengikut mod pemanduan yang dipilih.

Remote touch controller ibarat tetikus yang terletak di sebelah kotak gear amat membantu untuk pemandu atau penumpang di hadapan bagi menetapkan sistem navigasi berbanding skrin sesentuh.

Anda juga tidak perlu risau untuk sentiasa memeriksa tekanan angin tayar kerana semuanya sedia terpapar di skrin maklumat bersaiz lapan inci.

Tahap keselamatan pemandu di dalam kereta itu lebih baik berbanding pesaing terdekatnya dengan 10 beg udara keselamatan turut dibina sebagai ciri-ciri standard model ES.

Bukan itu sahaja, penumpang di belakang tetap menikmati kemewahan terutama reka letak lubang penyaman udara boleh laras untuk keselesaan perjalanan di siang hari.

Penumpang di belakang juga dibekalkan dengan butang kawalan jauh untuk audio, penyaman udara dan tirai dicermin belakang secara elektronik.

Sesuai dengan konsep mewah, warna ruang kabin dalaman untuk model ES ini boleh dipilih mengikut cita rasa pelanggan. Antara rona yang ditawarkan ialah kuning gading, hitam dan kelabu cair.


PAPAN muka dan stereng dengan kemasan kayu merupakan ciri-ciri mewah untuk model ES 250 Luxury.


Pemilihan warna dalaman mengikut cita rasa pembeli mungkin ciri tambah nilai yang ditawarkan oleh Lexus kepada pelanggan-pelanggannya.

Tingkap sisi ES 250 Luxury ini juga mempunyai tirai untuk keselesaan penumpang di belakang daripada rimas terik matahari.

Ruang kaki model ES ini dipertingkatkan berbanding model IS dan GS untuk lebih keselesaan kepada penumpang belakang.

Model dengan lima pilihan warna luaran seperti putih, hitam, kelabu, perak dan perang itu dijual pada harga bermula RM279,800 seunit.

Lagenda 115ZR lebih baik

Posted:

Lagenda 115ZR lebih baik

Lagenda 115ZR lebih baik

Oleh SHAWKATH AZDE


JIKA masih mencari sebuah kapcai untuk kegunaan harian, mungkin model terbaru Yamaha ini pilihan sesuai untuk anda.


INDUSTRI motosikal Malaysia masih terkebelakang jika dibandingkan dengan paras kemajuan yang dikecapi negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam. Perhatikan sahaja motosikal naik taraf dan model baharu yang diperkenalkan dalam segmen underbone tempatan.

Pemain industri lebih cenderung menekankan transformasi kosmetik berbanding tawaran teknologi baharu dan nilai tambah kepada para pembeli. Hanya bermodalkan pelekat grafik dan cat baharu, harga jualan motosikal pun boleh naik.

Tidak dinafikan, ada beberapa pengeluar dan pengedar motosikal tempatan sudah membuktikan komitmen untuk menyuntik kemajuan teknologi dalam satu atau dua model skuter dan kapcai. Terima kasih kerana berusaha membawa pembaharuan.

Antara pemain pasaran yang dimaksudkan ialah Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM). Pengeluar dan pemasang produk jenama Jepun itu melakukan pembaharuan signifikan pada Yamaha Lagenda 115Z.

Model generasi kelima itu ialah underbone kedua bawah portfolio HLYM yang didatangkan bersama sistem pancitan bahan api selepas pengenalan model pengganti Yamaha TZM iaitu FZ150i.

Secara ringkas, Lagenda 115Z menggunakan komponen sistem pancitan sama seperti FZ150i tetapi diberi penambahan komponen sensor oksigen untuk meningkatkan kelancaran pembakaran dalam kebuk silinder.

Baru-baru ini, HLYM bermurah hati menyediakan seunit Yamaha Lagenda 115ZR untuk sesi tunggang uji Garaj! Varian 115ZR menggunakan enjin sama seperti Lagenda 115Z tetapi dengan beberapa komponen berbeza.


SISTEM suspensi belakang menggalas tugas menyerap hentakan dengan cemerlang.


Lagenda 115ZR dilengkapi latar belakang pencahayaan meter biru putih, suspensi belakang dengan tabung udara, perehat kaki jenis boleh lipat dan ruang simpanan berlampu di bawah pelana.

Enjin boleh dihidupkan menerusi dua kaedah iaitu menekan butang pemula atau gunakan khidmat penendang kaki. Posisi kedudukan badan dan lengan didapati lebih selesa dan berjaya mengurangkan rasa lenguh di bahagian pinggang.

Model generasi kelima ini menangani masalah agihan berat antara bahagian hadapan dan belakang jentera yang kini lebih seimbang. Tidak seperti model generasi ketiga yang mana hendalnya terlalu ringan sehingga timbul rasa kurang yakin sewaktu menunggang.

Yamaha Lagenda 115ZR lincah menukar arah mengikut pengemudian penunggang di laluan berselekoh dan tawaran kuasa enjin boleh dikatakan agak baik bagi jentera dalam kelas 115cc.

Berbekalkan minyak petrol tiga liter, jarak tunggangan yang berjaya ditempuhi adalah sejauh 155 kilometer (km). Untuk mendapatkan angka itu, sila kekalkan kelajuan di bawah paras 80km/j.

Kelajuan maksimum dicapai sekadar 110km/j. Jika ditanya mengenai getaran enjin, harus diakui ia jelas terasa pada tapak tangan dan perehat kaki apabila melepasi paras 100km/j.

Paparan pencahayaan lampu utama sewaktu tunggangan malam harus diberi pujian. Terang dan mencapah. Tindakan mengasingkan lampu isyarat membelok bahagian belakang membolehkan pengguna jalan raya lain lebih peka apabila ingin memasuki simpang.

Secara keseluruhannya, prestasi model baharu HLYM ini cukup baik dan setimpal dengan harga. Ia mudah, praktikal, reka bentuk menarik dan menjimatkan bahan bakar.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Muda A hilang sengat di bumi Jordan

Posted:

Harimau Muda A hilang sengat di bumi Jordan

Harimau Muda A hilang sengat di bumi Jordan

HARIMAU Muda A dibelasah 5-0 oleh skuad B-23 Jordan pada aksi persahabtaan di Jordan awal pagi semalam.


NAMPAK gayanya kekalahan 0-5 di tangan skuad bawah 23 tahun (B-22) Jordan, awal pagi semalam jelas memberikan maksud tersirat kepada pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee.

Ini kerana Kim Swee mengakui fokus anak-anak buahnya dilihat sedikit terjejas dan ia menjadi antara salah satu punca kekalahan pada aksi persahabatan tersebut.

Sebelum ini, jurulatih kelahiran Melaka itu pernah menyaksikan skuad kendaliannya tewas 1-3 kepada skuad B-22 Jordan pada Selasa lalu.

Begitupun, skrip yang sama berulang apabila skuad harapan negara diaibkan dengan kekalahan besar di tangan pasukan muda Jordan itu dalam aksi persahabatan kedua.

Kini, Kim Swee menyifatkan fokus barisan pemainnya dilihat sedikit terganggu dan mungkin disebabkan kebanyakan pemainnya mula menjadi buruan pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan.

"Sesetengah pemain tidak menunjukkan komitmen yang baik. Ini satu sikap yang amat mengecewakan dan saya percaya ini satu pengajaran yang cukup berguna. Saya akan pastikan pemain yang tidak komited tidak akan bersama skuad ini ke Sukan SEA nanti.

"Saya kecewa kerana kesilapan pada perlawanan pertama berulang untuk aksi persahabatan kedua ini. Banyak perkara yang perlu dipertingkatkan terutamanya sikap pemain yang mengambil mudah setiap insiden yang berlaku dalam perlawanan.

"Tempoh 25 hari sebelum ke Sukan SEA 2013 adalah masa yang paling mustahak buat pemain," katanya.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberikan peluang kepada enam pemain Harimau Muda A untuk mempertimbangkan masa depannya bersama pasukan baharu pada akhir bulan lalu.

Langkah itu adalah untuk mengelakkan fokus barisan pemain terganggu, lebih-lebih lagi mereka kini menjadi buruan pasukan mahu pun kelab yang menjanjikan habuan lumayan.

Justeru, mereka telah diberikan kelonggaran untuk berbincang dengan mana-mana pasukan sehingga akhir Oktober lalu.

Pemain yang dimaksudkan termasuk Irfan Fazail, Izham Tarmizi Roslan dan Mohd. Fadhli Shas yang telah memilih Johor Darul Takzim manakala Ahmad Hazwan Bakri dan A. Thamil Arasu memilih Selangor selain Wan Zaharulnizam Wan Zakaria akan bersama Kelantan pada musim depan.

Bekas Raja pecut bidas tindakan KOM

Posted:

Bekas Raja pecut bidas tindakan KOM

Bekas Raja pecut bidas tindakan KOM

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


NAZMIZAN tidak berpuas hati dengan cara pemilihan yang dilakukan KOM untuk membentuk kuartet 4x100m negara ke Sukan SEA 2013 di Myanmar bulan depan.


BEKAS raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad menyifatkan pemilihan atlet bagi acara 4x100 meter lelaki yang akan beraksi pada temasya Sukan SEA 2013 Myanmar tidak telus.

Ia gara-gara tindakan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang mengetepikan Mohd. Izzuddin Yahaya yang mencatatkan masa terbaik pada tahun ini iaitu 10.61 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Oktober lalu.

Sebaliknya, badan induk olahraga itu menyenaraikan Eddie Edwards, Mohd. Azhar Ismail, Mohd. Shamimi Azmi, Harith Ammar Sobri dan pelari simpanan, Sebastian Lee Azcona dalam kuartet 4x100m negara itu.

Jelas Nazmizan, KOM seharus membuka mata kerana Sukan SEA tidak seharusnya dilihat sebagai tempat untuk menimba pengalaman tetapi platform untuk para atlet menyumbangkan pingat pada negara.

"Bagi saya ia memang tidak telus kerana kalau ikut ranking sejak Januari hingga Oktober, Izzudin lebih baik berbanding Eddie yang melakukan 10.62 saat.

"Azhar pula 10.66s, Shamimi (10.69s) dan Harith Ammar (10.72s) manakala Sebastian (10.67s).

"Kalau mahu memberi pendedahan kepada mereka perlu hantar pada kejohanan-kejohanan berstatus terbuka seperti di Thailand, Hong Kong dan sebagainya tetapi pada Sukan SEA mereka perlu pilih atlet yang bagus dan konsisten," kata Nazmizan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemenang dua pingat emas bagi acara 100 dan 200 meter Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam itu percaya jika tindakan ini berterusan ia mungkin akan menjejaskan sukan olahraga di Malaysia.

"Mereka tidak boleh ambil mudah dalam hal ini kerana ia akan merosakkan semangat atlet-atlet Malaysia," tambah Nazmizan.

Sementara itu, Izzudin, 27, yang turut berasa kecewa dengan cara pemilihan yang dilakukan oleh KOM menyifatkannya sebagai telah menjejaskan minatnya terhadap sukan olahraga.

"Mereka ada kata pemilihan akhir pada Terbuka Malaysia (Oktober) tetapi saya ada dengar daripada bahagian kejurulatihan bahawa masih ada masa dan perubahan akan dilakukan jika ada atlet yang melakukan catatan lebih baik.

"Jadi saya rasa ia tidak adil kerana Sebastian tidak beraksi pada Terbuka Malaysia kerana kecederaan tetapi nama dia ada dalam senarai.

"Kalau mereka sudah ada nama yang hendak di bawa ke Myanmar mereka sepatutnya memberitahu daripada awal, kalau macam ini gayanya saya memang tidak berminat.

"Mungkin lepas ini saya mungkin tidak akan menyertai olahraga lagi," kata Izzudin.

Tunggu tandatangani kontrak

Posted:

Tunggu tandatangani kontrak

Tunggu tandatangani kontrak

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SAFEE mengakui belum membuat keputusan muktamad berkenaan pasukan yang bakal disertainya musim depan.


PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) mengakui impian untuk memiliki sentuhan penyerang negara, Mohd. Safee Sali semakin hampir untuk direalisasikan.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad semalam yang menjelaskan bahawa peluang untuk menyaksikan bintang Johor Darul Takzim (Johor DT) kembali beraksi bersama skuad Gergasi Merah semakin cerah.

Begitupun, Mohktar mendedahkan, FAS kini hanya menanti fasa terakhir untuk melengkapkan perpindahan tersebut dengan menyaksikan Safee menandatangani kontrak bersama Selangor.

Apa yang pasti, Mokhtar percaya kepulangan Safee dijangka mampu menambah sengat pada jentera serangan skuad Gergasi Merah dalam saingan Liga Super musim depan.

"Bagaikan sirih pulang ke ganggang. Itu rumusan yang terbaik jika Safee kembali beraksi bersama kami pada musim depan.

"Buat masa ini, rundingan di antara FAS dan Safee berjalan dengan lancar.

"Cuma, pihak kami masih menanti Safee menandatangani kontrak secara rasmi tetapi saya percaya, peluang untuk mendapatkan khidmatnya semakin cerah.

"Bukan tidak mahu umumkan rundingan ini secara terbuka lagi tetapi di pihak FAS, kami harus melihat seribu satu kemungkinan yang mana FAS juga perlu berhati-hati jika dia membuat 'pusingan U'.

"Namun, apa yang boleh saya katakan berdasarkan rundingan ini, ia tidak mustahil untuk menyaksikan Safee kembali bersama Selangor jika dia menandatangani kontrak nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebelum ini, masa depan Safee menjadi tanda tanya ketika menyaksikan prestasi hambarnya sepanjang menyarungkan jersi Harimau Selatan pada musim ini.

Safee pernah dikatakan bakal beraksi bersama Johor (kini dikenali sebagai Johor DT II) selain turut dikaitkan dengan Kelantan yang juga dilaporkan berminat dengan khidmat penyerang berusia 29 tahun itu.

Dalam pada itu, Safee ketika dihubungi menerusi khidmat Whatsapp semalam juga mengesahkan belum menandatangani kontrak bersama Selangor.

"Kenyataan itu tidak keluar dari mulut saya, saya tidak tahu macam mana ia boleh timbul.

"Memang ada perbincangan dengan beberapa pasukan tetapi saya belum membuat keputusan muktamad.

"Buat masa ini, saya mahu fokus bersama Harimau Malaya."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Al-Humaira lebarkan sayap di Bangi

Posted:

Al-Humaira lebarkan sayap di Bangi

Al-Humaira lebarkan sayap di Bangi

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

KOMBINASI warna menarik pada fabrik hijab yang berkualiti tinggi merupakan antara tarikan jenama Al-Humaira Contemporary di pasaran.


REKAAN moden dan kontemporari namun masih mengekalkan konsep Muslimah dengan gaya sopan serta menutup aurat menjadikan jenama tudung Al-Humaira Contemporary (Al-Humaira) terus dikenali.

Atas sambutan yang menggalakkan itu, pengeluar tudung Al-Humaira kini meluaskan perniagaan mereka dengan pembukaan cawangan baharu di Taman Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pengasasnya, Hani Elia Rousli berkata, Bangi yang terkenal dengan pelbagai butik perniagaan konsep Muslimah dipilih sebagai lokasi cawangan kedua Al-Humaira bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah.

"Kebanyakan pelanggan setia Al-Humaira tinggal berdekatan kawasan Bangi, Putrajaya dan Kajang.

"Dengan pembukaan cawangan baharu ini, diharapkan Al-Humaira dapat memberikan kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan butik kedua jenama itu di Bangi baru-baru ini.

Al-Humaira Bangi merupakan cawangan kedua selepas butik pertama di The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Mengimbau sejarah penubuhannya, Al-Humaira bermula sebagai satu perniagaan kecil-kecilan melalui laman sosial dan blog pada tahun 2010.

Selain butik, Al-Humaira turut menyediakan sebuah laman web rasmi bagi memudahkan pelanggan membuat bayaran secara dalam talian dengan mudah dan selamat.


HANI ELIA bersama suaminya, Humaidi Fadzil ingin meletakkan nama Al-Humaira Contemporary sebagai pilihan fesyen Muslimah utama di Malaysia.


Koleksi tersendiri

Menurut Hani Elia, Al-Humaira menampilkan koleksi atau rekaan yang tersendiri dengan menampilkan gaya ringkas dengan sedikit sentuhan moden.

"Pelanggan meminati koleksi tudung Al-Humaira kerana kami mengutamakan fabrik berkualiti tinggi, di samping kombinasi warna menarik bagi menghasilkan koleksi hijab yang ringkas tetapi bergaya.

"Selain itu, kami juga menyediakan hijab pada harga yang mampu dibeli iaitu di bawah harga RM100 sehelai," ujarnya.

Sepanjang tahun ini, Hani Elia memberitahu, terdapat beberapa koleksi tudung Al-Humaira yang menjadi trend dan laris di pasaran termasuk Roxane, Mabel, Amber dan tidak dilupakan rekaan terhangat sepanjang masa, Lanaa dan Ayraa.

Sempena pembukaan butik tersebut, Hani Elia berkata, Al-Humaira turut melancarkan koleksi jubah moden untuk menyusukan anak.

"Jubah Muslimah dengan konsep potong payung (flare) itu diperincikan dengan butang bagi memudahkan para ibu menyusukan anak, pada masa yang sama tampak bergaya.

"Jubah menyusukan anak tersebut didatangkan dengan pelbagai warna menarik dan ditawarkan pada harga RM149 sepasang," jelas wanita ini lagi.

Bercakap mengenai misi perniagaannya, Hani Elia berkata, dia berhasrat untuk menjadikan Al-Humaira sebagai satu jenama pilihan utama dalam industri fesyen Muslimah di negara ini.

Untuk maklumat lanjut layari laman web www.alhumairacontemporary.com.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kapal tentera AS tiba di Filipina

Posted:

Kapal tentera AS tiba di Filipina

Kapal tentera AS tiba di Filipina

GAMBAR fail menunjukkan kapal pengangkut pesawat USS George Washington.- REUTERS


MANILA - Kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS George Washington tiba di Filipina semalam dalam misi bantuan kecemasan berikutan bencana Taufan Haiyan yang melanda negara itu.

Menurut komander kapal tentera itu, Laksamana Muda Mark Montgomery, kapal tersebut tiba di luar pantai Pulau Samar.

Beliau berkata, ia akan menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa dengan mengagih-agihkan ubat- ubatan, keperluan logistik dan bekalan air termasuk menilai kerosakan.

"USS George Washington merupakan sebuah daripada lapan buah kapal milik AS yang tiba untuk memulakan misi Damayan," kata- nya kepada pemberita.

Dalam bahasa Tagalog, Damayan bermaksud perpaduan.

Menurutnya, beberapa buah pesawat seperti USS Antietam dan USS Cowpen akan turut sama membantu dalam misi memberikan bantuan kepada mangsa- mangsa bencana Taufan itu.

Kapal kargo USNS Charles Drew pula akan membawa bekalan air untuk mangsa-mangsa yang berlindung di lapangan terbang dan sekitar kawasan bencana di Tacloban .

Dua buah kapal lagi akan membawa bekalan kecemasan untuk diagihkan-agihkan kepada mangsa-mangsa bencana di Tacloban, pusat bandar yang paling teruk terjejas di wilayah Ley- te, tengah Filipina.

Baki kapal yang lain pula tertumpu di sekitar kawasan Ormoc di Pulau Lyte.

Dalam pada itu, sebahagian mayat mangsa taufan itu telah dikebumikan di dalam kubur besar di Tacloban, Leyte.

Taufan selaju lebih 300 kilometer sejam dan antara yang terkuat di dunia melanda wilayah tengah Filipina pada Jumaat lalu.

Menurut pihak berkuasa, seramai 2,357 orang disahkan meninggal dunia akibat bencana tersebut.

Bagaimanapun, angka kematian itu dijangka meningkat kerana banyak rumah dan bangunan musnah sele- pas taufan tersebut berlaku.

Penduduk di wilayah Ley- te yang turut dilanda bencana itu turut mengalami masalah terputus bekalan air dan elektrik. - Agensi

Air kumbahan melimpah di Gaza

Posted:

Air kumbahan melimpah di Gaza

Air kumbahan melimpah di Gaza


BEBERAPA penduduk melihat air kumbahan yang melimpah di luar rumah mereka di Bandar Gaza semalam.- REUTERS


GAZA - Sejumlah kanak-kanak dan penduduk Palestin terpaksa berjalan di sebuah kawasan yang dilanda banjir air kumbahan di tengah bandar ini semalam.

Banjir itu berlaku selepas salah sebuah pusat rawatan air kumba- han milik Palestin terpaksa ditutup ekoran kekurangan minyak bagi digunakan untuk menjana tenaga elektrik .

Menurut beberapa pegawai, air kumbahan itu mungkin memasuki rumah-rumah milik ratusan ribu penduduk Palestin di bandar Gaza.

Kekurangan minyak itu berlaku disebabkan kerajaan Mesir bertindak memerangi terowong-terowong penyeludupan penduduk di sempadan Gaza.

"Ia merupakan permulaan bencana melainkan dunia mendengar rintihan kami. Bencana besar mungkin melanda Gaza dan penduduknya," kata seorang pegawai perbandaran Gaza, Sa'ad El-Deen Al-Tbash.

Sejumlah orang menutup hidung semasa berjalan kerana air tersebut berbau busuk.

Pemerintah Mesir menutup kira-kira 1,200 terowong yang dikendalikan pergerakan Hamas bagi menghalang penyeludupan masuk minyak.

Sekatan itu menyebabkan penduduk Palestin terpaksa membeli minyak petrol dari Israel pada harga dua kali lebih tinggi.

Pemerintah tentera Mesir berasa bimbang jika terowong itu digunakan untuk membawa masuk senjata api ke Semenanjung Sinai.

Dalam pada itu, beberapa jet pejuang tentera Israel melancarkan dua serangan di Genting Gaza selepas para pejuang Palestin melepaskan tembakan mortar dan roket ke wilayah penduduk Yahudi tersebut.

Pihak tentera Israel mengesahkan jet-jet itu melancarkan sera- ngan ke lokasi yang menyembunyikan pelancar roket milik para pejuang Palestin. - Agensi

Artifak muzium dilihat menerusi teknologi 3-D

Posted:

Artifak muzium dilihat menerusi teknologi 3-D

Artifak muzium dilihat menerusi teknologi 3-D


SEORANG pencipta alat teknologi tiga dimensi, Alan McCosh melakukan demonstrasi menggunakan cermin mata khas di Muzium Smithsonian, Washington, D.C kelmarin.- AP


WASHINGTON D.C - Pihak pengurusan Muzium Smithsonian di sini melancarkan laman dalam talian yang membolehkan orang ramai menyaksikan barangan pameran dalam bentuk imej tiga dimensi (3-D).

Antara koleksi barangan yang boleh dilihat menerusi imej 3-D itu ialah pesawat tahun 1903 yang dicipta oleh Wilbur dan Oliver Wright.

Turut dipamerkan dalam bentuk 3-D itu ialah fosil seekor ikan paus.

Artifak tersebut boleh dilihat menerusi alamat http://3d.si.edu.

"Muzium Smithsonian merupakan perintis penggunaan teknologi 3-D dengan tujuan menjadikan koleksi muzium dan spesimen saintifik mudah untuk orang ramai mengggunakannya bagi melakukan kajian," kata pengarah program digital muzium tersebut, Gunter Waibel. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua penjenayah maut dalam nahas jalan raya ketika dikejar polis

Posted:

Dua penjenayah maut dalam nahas jalan raya ketika dikejar polis

Dua penjenayah maut dalam nahas jalan raya ketika dikejar polis

15/11/2013 10:39pm

TASEK GELUGOR - Dua lelaki, dipercayai penjenayah, maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah jengkaut ketika dikejar peronda polis dalam satu nahas di Ara Kuda hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, insiden pada 5.45 petang itu berlaku selepas dua anggota peronda dari Balai Polis Padang Serai, Kedah melihat dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC di kawasan Padang Serai dalam keadaan mencurigakan.

"Dua polis yang menaiki dua buah motosikal itu bertindak mengejar mereka sehingga sampai ke sempadan Kedah dan Pulau Pinang di Ara Kuda di sini, dan ketika itu, terdapat satu sekatan jalan raya oleh polis.

"Dua lelaki terbabit bertindak melanggar sekatan berkenaan dan ekoran itu, sebuah kereta peronda polis yang berada di situ turut mengejar motosikal terbabit sambil mengarahkan suspek memberhentikan motosikal, bagaimanapun, mereka terus memecut laju ke arah Tasek Gelugor," katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata, ketika keluar di simpang tiga di Ara Kuda, motosikal dinaiki suspek berusia 19 dan 27 tahun itu gagal dikawal ekoran laju sebelum merempuh bahagian depan jengkaut yang ingin masuk ke simpang berkenaan. - Bernama

UniMAP unggul di British Invention Show

Posted:

UniMAP unggul di British Invention Show

UniMAP unggul di British Invention Show

15/11/2013 10:39pm

KANGAR - Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menyertai British Invention Show (BIS) di London baru-baru ini, membuktikan keunggulan dengan membawa pulang tiga pingat emas, satu gangsa dan satu anugerah khas 'double gold'.

Anugerah khas itu diperoleh menerusi produk Wi-Gig Backbone iaitu altenatif kepada optikal kabel dan merupakan tunjang utama dalam menyediakan perkhidmatan Internet, yang turut meraih emas, hasil penyelidikan Dr. Mohd. Faizal Jamlos bersama Muzammil Jusoh dan Profesor Madya Dr. Muhammad Ramlee Kamarudin.

Dr. Faizal turut menggondol emas bagi produk 'Intelligent Wireless' manakala emas ketiga diraih menerusi 'ChicSense-Malodour Monitoring System for Chicken Farm' hasil penyelidikan Abu Hassan Abdullah bersama Profesor Ali Yeon Md. Shakaff, Profesor Dr. Abd. Hamid Adom, Dr. Supri Abdul Ghani, Dr. Ammar Zakaria, Norasmadi Abdul Rahim, Fathinul Syahir Ahmad Saad dan Dr. Latifah Munirah Kamarudin.

Pingat gangsa pula diperoleh melalui produk 'NIISys-Intelligent Natural Indoor Air Purifier System' hasil penyelidikan Abu Hassan bersama kumpulan penyelidiknya.

BIS, yang berlangsung di London mulai 23 Oktober lepas, menampilkan lebih 400 peserta dari 20 negara termasuk Norway, Rusia, Romania, United Kingdom, Australia, Mesir dan Turki. - Bernama

Masyarakat jangan pandang remeh kejadian mencurigakan di kejiranan mereka - KPN

Posted:

Masyarakat jangan pandang remeh kejadian mencurigakan di kejiranan mereka - KPN

Masyarakat jangan pandang remeh kejadian mencurigakan di kejiranan mereka - KPN

15/11/2013 10:37pm

JOHOR BAHRU - Kejadian jenayah seperti kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Malik dapat dielakkan jika masyarakat segera tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, apa yang berlaku kini adalah disebabkan masyarakat sering memandang remah terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

"Kejadian itu (tembak) boleh ditangani lebih awal kerana maklumat yang diperoleh sangat membantu siasatan pihak kami, tetapi sekarang kejadian telahpun berlaku barulah maklumat disalurkan, ia sudah tidak berguna lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di sini hari ini. Ia turut hadir Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Menurut Khalid, pihak polis menerima maklumat menyatakan sebelum kejadian tembak itu berlaku, penduduk di kawasan sekitar pernah melihat sebuah kereta sering berlegar-legar di kawasan perumahan tersebut dan sesekali berhenti di hadapan rumah mangsa. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Perniagaan warisan keluarga Mokhtar

Posted:

Perniagaan warisan keluarga Mokhtar

Perniagaan warisan keluarga Mokhtar

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

ENAM tahun bertugas sebagai jurutera perunding di Johor Bahru, Mohd. Khir Mokhtar, 36, sebenarnya sudah mempunyai satu kehidupan yang sempurna. Apatah lagi, kerjaya profesional yang menjanjikan pendapatan bulanan yang lumayan itu menjadi dambaan ramai individu.

Walaupun demikian, bukan semua mampu menyandang jawatan tersebut tanpa kelulusan dalam bidang berkenaan.

Rasa tidak puas dalam kerjaya menyebabkan beliau mahu meneroka bidang perniagaan yang menjanjikan seribu cabaran dan ruang untuk mengembangkan keupayaan dirinya.

"Alhamdulillah, keputusan yang dibuat pada tahun 2006 ternyata tidak sia-sia. Kini, produk Otak-Otak Mamart Food semakin dikenali dan mempunyai pelanggan tersendiri," ujar Pengarah Urusan KHM Food Industries Sdn. Bhd. (KHM Food) itu kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Mohd. Khir, syarikat tersebut mula ditubuhkan pada September 2007 sebagai sebuah perusahaan makanan sejuk beku halal. Sinonim dengan lokasi premis awal yang terletak di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor, produk otak-otak yang dikeluarkan lebih dikenali sebagai Otak-Otak Gombak.

Antara produk yang dipasarkan termasuk otak-otak daun nipah, otak-otak popia, sos tauhu bakar dan makanan sejuk beku seperti roti canai dan donut.

"Sewaktu mula memperkenalkan produk kami di Kuala Lumpur, banyak cabaran yang terpaksa dihadapi. Tambahan pula, jenama kami tidak dikenali dan sukar untuk mendapatkan pelanggan.

"Tetapi, selepas dua tahun beroperasi, sambutan yang diterima semakin bertambah baik. Hingga kini, kami telah mempunyai lebih 20 pengedar di seluruh negara," ujar bapa kepada lima cahaya mata itu.


PEKERJA wanita, yang kesemuanya rakyat tempatan termasuk ibu tunggal, sibuk membungkus otak-otak.


Menjalankan perniagaan bersama abangnya, Hisham, 42, dan adiknya, Suliana, 29, kini jenama Mamart Food keluaran syarikat itu semakin mendapat tempat di hati pelanggan setia mereka.

Kualiti produk yang sentiasa terjamin antara faktor yang menyumbang kepada populariti makanan sejuk beku yang dihasilkan.

Pasaran eksport

Perkara itu diakui Pengarah Eksekutifnya, Hisham selaku anak ketiga daripada lapan beradik yang berasal dari Muar, Johor.

"Berbekalkan slogan Makin dirasa makin terasa, kami sentiasa berusaha memastikan setiap produk yang dihasilkan menepati cita rasa para pelanggan. Bagi kami, tiada sebarang kompromi untuk kualiti.

"Justeru, dalam aspek bahan mentah misalnya, kami hanya menjalin kerjasama dengan pembekal di sekitar Selangor yang konsisten dan komited dalam menawarkan perkhidmatan mereka," terang Hisham sambil memaklumkan bahawa syarikatnya berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang juga banyak membimbing mereka menjadi usahawan berjaya.

Menyasarkan untuk memasuki pasaran global dalam industri makanan sejuk beku dalam tempoh dua tahun akan datang, dia memberitahu, pihaknya kini dalam proses menambah beberapa tawaran produk berupa keropok lekor dan otak-otak samosa.

"Semua ini merupakan permintaan daripada beberapa kenalan usahawan di United Kingdom. Kami cuma mengubah resipi otak-otak asal kepada yang kurang pedas bagi mengikut selera masyarakat di sana," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, KHM Food kini dalam persediaan untuk memohon sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) untuk meluaskan pasaran ke peringkat tertinggi.

SETIAP hari sebanyak 500kg isi ikan kerisi digunakan untuk membuat otak-otak.


Produktiviti

Bagi Suliana, peranan sebagai Pengurus Operasi KHM Food memerlukannya memantau produktiviti dan pengeluaran syarikat tersebut setiap hari.

Dengan kapasiti 40 pekerja termasuk sembilan kakitangan lelaki, Suliana akan memastikan setiap tempahan pelanggan disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

"Setiap hari, kami akan menghasilkan kira-kira 40,000 keping otak-otak daun nipah dan 20,000 keping otak-otak popia.

"Kesemua produk ini kemudian akan disimpan dalam ruang penyimpanan sejuk beku dengan suhu -22 darjah Celsius sebelum diambil secara borong oleh para pengedar," jelas graduan bidang Pemasaran dan Perniagaan Universiti Teknologi Malaysia ini.

Jelasnya, proses membuat otak-otak hanya mengambil masa 25 minit iaitu mengadun isi ikan bersama rempah ratus dan herba istimewa menggunakan mesin gaul.

Bagi menghasilkan otak-otak popia pula, bancuhan otak-otak yang telah siap perlu dikukus terlebih dahulu selama 20 minit sebelum dibalut dengan kulit popia.

"Setiap hari, kami menggunakan 500 kilogram (kg) isi ikan kerisi untuk membuat otak-otak manakala sebanyak satu tan metrik daun nipah digunakan untuk membungkusnya. Stok daun biasanya diterima setiap dua atau tiga hari sekali," kata Suliana lagi.

Disiplin

Salah seorang pekerja, Norizan Shoaid, 35, berkata, setiap hari mereka akan menetapkan sasaran untuk membungkus kira-kira 2,500 otak-otak daun nipah seorang.

"Jika tempahan meningkat, kami akan bekerja lebih masa sehingga dua jam bagi memenuhi permintaan. Sepanjang lima tahun bertugas di sini, saya bersyukur kerana dapat mencari rezeki yang halal untuk keluarga.


SEBAHAGIAN pekerja yang sentiasa memberikan sokongan dalam mengembangkan lagi jenama Mamart Food di pasaran.


"Majikan juga sentiasa menjaga kebajikan kami sebagai pekerja. Selain menetapkan gaji asas sebanyak RM900 sebulan, kami turut menikmati kemudahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial; cuti sakit, cuti tahunan dan tuntutan perubatan," katanya.

Bagi Mohd. Rafi Ahmad Rasdi, 18, walaupun baru enam bulan menimba pengalaman sebagai pekerja, banyak perkara telah dipelajari terutamanya dari aspek disiplin dalam mencari rezeki.

"Apa yang penting, saya gembira kerana berpeluang mencari duit selepas tamat sekolah dan belajar berdikari tanpa perlu bergantung kepada ibu bapa," ungkapnya yang bertugas sebagai pembantu penyelia bahagian basah.

Pantas membaca dengan Cahayaku

Posted:

Pantas membaca dengan Cahayaku

Pantas membaca dengan Cahayaku

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


AKTIVITI bacaan tidak hanya terhad pada buku-buku latihan dan cerita di kelas tetapi juga sumber-sumber lain seperti surat khabar.


SATU persatu tajuk berita yang terpapar di muka depan akhbar Kosmo! bertarikh 11 November 2013 dibaca dengan lancar oleh Afiq Danial Ahmad Fazil. Habis satu muka, anak kecil berusia enam tahun itu menyelak pula lembaran berikutnya.

Selesai membaca satu artikel berkaitan Taufan Haiyan yang melanda Filipina baru-baru ini, Afiq Danial terus berkata: "Kesiannya. Ramai yang mati sebab taufan. Nasib baik dekat Malaysia tak ada."

Reaksi spontan yang berlaku hasil daripada pembacaan tersebut membuktikan kanak-kanak ini sudah memahami apa yang terpapar di dada-dada akhbar.

Situasi ini sekali gus menimbulkan minat untuk mengetahui apa yang terjadi di sekeliling mereka. Malah, pertanyaan demi pertanyaan yang dilontarkan juga menunjukkan perkembangan minda kanak-kanak tersebut.

Ketagihan membaca

Selain Afiq Danial, kemahiran membaca akhbar dengan pantas ini turut dikuasai oleh rata-rata pelajar yang mengikuti pendidikan awal di Tabika Perpaduan Bandar Tasik Kesuma Fasa 7, Beranang, Selangor.

Jurulatih Utama Tabika Perpaduan, Noorhaya Nuruddin, 54, berkata, melalui kaedah pembelajaran buku Cahayaku yang digunapakai, kesemua pelajar berupaya menunjukkan potensi diri masing-masing.

"Alhamdulillah, penggunaan buku tersebut memang memberi manfaat yang besar buat para pelajar. Kebanyakan mereka menunjukkan peningkatan terhadap kemahiran membaca.

"Malah, ada pelajar mempunyai ketagihan membaca yang amat tinggi sejurus menguasainya. Selain itu, tahap keyakinan diri mereka juga semakin bertambah melalui pembacaan," ujar Noorhaya ketika ditemui Kosmo! Rabu lalu.

Sementara itu, penulis dan pereka konsep buku Cahayaku, Chahaya Abdul Manan, 52, memberitahu, buku tersebut telah diterbitkan pada tahun 1998. Namun, ia mula dipakai sebagai salah satu kaedah pembelajaran pada tahun 1999 di beberapa tempat.

"Antaranya seperti Tabika Perpaduan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Selangor dan beberapa tadika swasta.


SELAIN membaca, para pelajar tabika ini turut didedahkan dengan permainan alat muzik tradisi angklung di kelas.


"Bermula tahun ini, Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia telah menggunakan buku Cahayaku sebagai projek perintis untuk kanak-kanak di sana," kata Chahaya yang pernah diberi liputan oleh saluran kabel antarabangsa CNN.

Teknik

Chahaya menambah, konsep pembelajaran Cahayaku lebih kepada membetulkan kecerdasan emosi (EQ) untuk mengembangkan tahap kecerdasan intelektual (IQ). Selain itu, ia juga berkonsep membaca dengan sendiri dan membetulkan bacaan.

"Objektif saya adalah untuk membetulkan emosi anak-anak diikuti memasukkan provokasi dan motivasi dalam diri mereka.

"Untuk mempelajari kaedah ini, ia tidak memerlukan kanak-kanak itu pandai bercakap, tetapi yang penting asalkan dia tahu menangis apabila dimarah, maka teknik pembelajaran Cahayaku boleh diaplikasi.

"Berdasarkan pengalaman saya, anak-anak kecil seawal usia 2 tahun sudah boleh diajar untuk menguasai kemahiran membaca. Di samping itu, kaedah ini juga mampu memulihkan masalah anak-anak yang menghidap penyakit disleksia, autisme, sindrom down, lambat bertutur dan sebagainya," jelas Chahaya yang berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sifar buta huruf menjelang tahun 2020.

Bagi Siti Nur Dini Mohd. Khairul Adli, 4, dia gembira kerana berjaya menamatkan bacaan buku Cahayaku 2 minggu lepas.

"Rasa seronok kerana dapat membaca akhbar setiap hari. Banyak perkara baharu yang boleh dipelajari jika kita pandai membaca. Cikgu juga mengajar dengan baik," tuturnya sambil tersenyum.

Rakannya pula, Kausalya Kumar, 6, berkongsi bahawa setiap tulisan yang dilihat di mana-mana, pasti akan dibacanya. Ini termasuklah papan tanda dan nama sekolah yang tertera di bangunan.

Seorang lagi pelajar, Mohd. Edrian Shah Fauzi, 5, memberitahu, sebaik pulang dari sekolah, dia pasti akan membaca buku cerita terlebih dahulu.

"Kemudian, saya akan membaca akhbar yang dibeli oleh ibu di rumah. Ayah dan ibu juga selalu memuji saya kerana rajin membaca," kata Mohd. Edrian yang bercita-cita untuk menjadi guru apabila dewasa kelak.

Mempertahankan haji mabrur

Posted:

Mempertahankan haji mabrur

Mempertahankan haji mabrur


KEPULANGAN ke tanah air perlu diiringi tekad untuk memperbanyakkan ibadah seperti solat malam, membaca al-Quran dan membersihkan hati.


MADINAH secara relatifnya sunyi sepi. Hampir kesemua jemaah haji yang melakukan ibadat ziarah sudah meninggalkan bandar raya Baginda SAW. Dalam beberapa hari ini, saya difahamkan kumpulan terakhir jemaah kendalian Lembaga Tabung Haji akan kembali ke tanah air.

Meninggalkan Madinah tentu bersekali diiringi rasa sebak dan pilu yang sungguh mendalam. Ia dinyatakan oleh ramai orang. Malah ada yang merindui suasana ini sejurus sahaja tiba di Malaysia dan setelah selesai pertemuan dengan keluarga yang terdekat.

Perasaan ini kami rasai tujuh tahun yang lampau. Ia masih segar dalam ingatan seolah-olah baru semalam berlalu. Pada ketika itu terasa perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad di Madinah cukup memilukan.

Jika mahu saya gambarkan secara mudah, ia umpama meninggalkan cinta pertama yang pergi tanpa janji akan kembali. Kami hanya berdiam diri. Senyap melayani perasaan sendiri.

Saya tidak mempedulikan orang lain. Air mata mengalir di pipi. Tangisan tanpa kawalan lebih kuat di dalam hati. Kami benar-benar merasai kenikmatan beramal ibadat di Masjidilharam dan di Masjid Nabi. Tiada yang setanding dengannya.

Diam-diam hati hanya menyebut Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah.

Sesekali saya berbisik-bisik dengan isteri, melahirkan rasa sedih, nikmat, puas dan takjub atas pengalaman 44 hari menunaikan fardu haji.

Anugerah lumayan

Bagaimanapun, kami lebih banyak berdiam diri dengan hati berzikir manakala mata menyaksikan pemandangan Kota Madinah dan laluan ke lapangan terbang.

Begitulah rasa hati yang saya fikir dialami oleh hampir keseluruhan jemaah haji. Itulah rasa damai di hati yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT.

Memang benar Madinah atau Mekah merupakan Tanah Suci yang dirindui oleh setiap umat Islam yang mahu hampir kepada-Nya. Ia bukan satu kepelikan.

Malah ada sesuatu yang pasti. Setiap daripada jemaah mengimpikan haji mabrur yang secara hakikatnya tiada balasan kecuali syurga. Ia anugerah hebat dan lumayan kepada setiap jemaah.

Tentu sekali Allah SWT telah mengetahui siapa dalam kalangan 22,320 jemaah Malaysia yang dianugerahkan dengan haji mabrur. Lalu kepulangan jemaah ini sebenarnya membawa ciri-ciri ahli syurga.

Sukarnya jemaah itu sendiri tidak tahu status mereka sehinggalah mereka menemui kematian. Ahli syurga, saya fikir akan diperluaskan kuburnya.

Barangkali juga secara relatif, tempoh masa dalam kubur lebih pendek berbanding dengan mereka yang lain. InsyaAllah, mereka ini akan masuk syurga tanpa dihisab dan menggunakan tiket haji mabrur.

Agak saya begitu. Lalu mereka yang mengetahui proses ini, pastinya mengerti apa yang perlu dipertahankan dalam aspek ciri-ciri haji mabrur sehingga mereka dijemput pulang.

Bermakna, ibadat haji tidak selesai di Mekah atau Madinah. Ia hanyalah kesempurnaan rukun dan wajib haji. Tempoh yang lebih panjang dan sangat signifikan di tanah air ialah mempertahankan haji mabrur.

PARA jemaah haji perlu istiqamah dalam menunaikan solat berjemaah di masjid.


Perubahan diri

Hampir setiap kali saya menyampaikan tazkirah atau ceramah di Madinah, saya akan bertanya ringkas: "Haji, sebutlah lima perkara yang mahu kita lakukan setelah selesai menunaikan ibadat haji dan apabila tiba di Malaysia."

Allah ya Allah, ia ibarat perancangan jangka panjang yang berteraskan konsep mempertahankan diri sebagai ahli syurga.

Ia soalan mudah yang sukar dijawab. Kebanyakan jemaah kelu membisu. Penyebabnya mudah. Selama ini mereka hanya bersedia untuk hadir ke Mekah dan Madinah tetapi meminggirkan keperluan apabila kembali ke Malaysia.

Rukun dan wajib haji perlu disempurnakan dalam tempoh tujuh atau lapan hari sahaja. Selebihnya, 30 hingga 40 hari adalah tempoh untuk beramal ibadat di kedua-dua Tanah Suci.

Amal ibadat ini yang akan membentuk jemaah menjadi manusia yang berbeza apabila pulang, insya-Allah.

Mungkin kita boleh berfikir sejenak. Jika boleh saya cadangkan, mari kita bertekad untuk solat berjemaah di masjid, bangun malam untuk bertahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran dan terjemahan serta membersihkan hati.

Jihad

Haji mabrur merupakan jihad bagi seorang wanita. Alangkah mulianya menjadi wanita solehah yang menjaga auratnya dengan sempurna. Juga, solat di awal waktu dengan berikhtiar secara bersungguh-sungguh untuk menjaga mulut daripada berkata-kata perkara yang tidak berfaedah.

Bila pulang ke tanah air kita sering mencipta pelbagai alasan untuk tidak berusaha menjaga sifat-sifat ahli syurga. Hayatilah hadis Qudsi, riwayat Imam Ahmad yang bermaksud, 'Wahai anak Adam! Lapangkanlah masa untuk beribadat kepada-Ku, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan dan Aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja dan Aku tidak menutup kemiskinanmu.'

Fikirkan juga betapa Allah SWT masih meminjamkan sedikit masa sebelum kita dipanggil pulang. Allah ya Allah, jangan persiakan ibadat haji yang baru kita sempurnakan.

'Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?' (Surah Yasin, ayat 68)

Selamat pulang. Pulanglah dengan hati yang damai. Jagalah kedamaian itu sehingga ke akhir hayat. Jumpa lagi minggu hadapan. Kami mohon keampunan-Mu ya Allah.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved