Rabu, 13 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pelopor jual jagung dalam cawan

Posted:

Pelopor jual jagung dalam cawan

Pelopor jual jagung dalam cawan

PADA suatu petang, ketika Nelson sedang menguruskan kedai permainan kanak-kanak miliknya di Asia Jaya, Petaling Jaya, Selangor, dia didatangi seorang lelaki. Lelaki itu membawa sebuah bakul penuh berisi jagung. Perkenalan spontan itu memberi ruang kepada lelaki itu meluahkan kesukarannya memasarkan jagung yang ditanamnya.

Tanpa berfikir panjang, Nelson terus membeli beberapa tongkol jagung daripada lelaki itu lalu membawa pulang ke rumah. Malam itu, Nelson sekeluarga menikmati jagung kukus yang dibelinya pada siang tadi. Kelembutan dan kemanisan jagung itu memikat hati Nelson. Dia bertemu semula penjual jagung itu dan bersetuju melantik lelaki tersebut sebagai pembekal utama jagung.

Peristiwa itu berlaku pada awal tahun 1980-an. Nelson kemudiannya membuka gerai kecil di hadapan kedai permainannya untuk menjual jagung. Tidak memakan masa yang panjang, jagung Nelson mempunyai pengikut setia, malah hasil jualan makanan itu lebih laris berbanding perniagaan permainan kanak-kanak. Tiga tahun kemudian, Nelson mengubah keutamaan bisnesnya daripada kedai permainan kepada gerai jagung.

Sambutan menggalakkan jagung tersebut mendorong Nelson, 57, atau Datuk Nelson Kwok Teng Toong membawa bisnes kecilnya ke dalam sebuah pasar raya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Tahun 1985 menjadi permulaan kepada pengenalan jenama Nelson Corn (jagung manis) di Jaya Supermarket.

"Hari pertama operasi sahaja, sudah ramai orang beratur. Waktu itu saya dan isteri yang berniaga. Jagung dikukus mengikut pesanan pelanggan dan saya masih ingat bekalan jagung tidak cukup untuk menampung permintaan orang ramai.

"Ketika itu jagung masih dijual mengikut tongkol. Satu tongkol berharga RM1.20 dan ia boleh terjual sebanyak 1,000 tongkol sehari. Hujung minggu jagung mesti habis dijual," kenang Nelson ketika ditemui Kosmo!.

Ladang sendiri

Lapan tahun beroperasi di Jaya Supermarket, Nelson yakin sudah tiba masa untuk mengembangkan perniagaannya ke negeri lain. Dilema tercetus apabila masalah ketahanan jagung mengekang kelancaran pembukaan cawangan baharu.

Tanpa ladang sendiri, Nelson bergantung sepenuhnya kepada pembekal yang terdiri daripada petani-petani kontrak. Jagung yang dibawa ke luar Selangor mengecut dengan pantas dan membuatkan rasa aslinya hilang.

NELSON (kanan) membuktikan bahawa bisnes jagung mempunyai potensi yang luar biasa.


Keuntungan perniagaan merosot dan hal tersebut menggugat keselesaan Nelson.

Mujur anak kedua daripada empat adik-beradik itu mampu menyelamatkan perniagaan tersebut daripada tersungkur. Program penyelidikan dan pembangunan dilaksanakan bagi mencari penyelesaian terhadap isu ketahanan jagung.

Solusi terbaik ditemui. Maka teknik pengasingan biji jagung daripada tongkol digunakan. Biji-biji jagung itu kemudiannya disejuk beku untuk dihantar ke cawangan Nelson di luar kawasan Lembah Klang.

Sejak itu, terciptalah budaya memakan jagung di dalam cawan. Percaya atau tidak, Nelson Corn ialah perusahaan makanan ringan berasaskan jagung pertama di dunia menggunakan pendekatan sedemikian.

Pulau Pinang menjadi cawangan pertama selepas Jaya Supermarket. Ia diikuti dengan pembukaan Nelson Corn di Kompleks PKNS, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. Menerusi program francais, Nelson kemudiannya menyenaraikan Nelson Corn sebagai sebuah perusahaan francais di Malaysia.

Hari ini, selepas 28 tahun bergelumang dengan jagung, jenama Nelson Corn telah berkembang di 16 buah negara dengan jumlah kedai melebihi 800 buah dan dijangka akan terus bertambah.

"Nelson Corn juga berjaya dibawa masuk ke Mesir dan Vietnam. Saya tidak menyangka perniagaan ini mampu berkembang dengan jayanya selepas memperkenalkan jenama ini di Indonesia pada tahun 1998.

"Penerimaan positif membuatkan saya lebih berani untuk meluaskan empayar Nelson Corn. Arab Saudi menjadi destinasi luar negara kedua dan sekarang ia telah memiliki lebih 400 cawangan di sana," kongsi Nelson yang juga membuka cawangan di Tanah Suci Mekah.

Baka jagung

Seiring perkembangan perniagaannya, Nelson turut membuat keputusan untuk memiliki ladang jagung sendiri. Empat tahun lalu, ladang jagung berkeluasan 97 hektar di Chemor, Perak dijadikan pusat penanaman dan pemprosesan utama Nelson Corn.

Jagung gred N28 hasil penyelidikan khusus digunakan bagi memastikan setiap produk keluaran Nelson Corn terjamin kualitinya. Malah bekalan jagung daripada kira-kira 161 hektar ladang petani kontrak turut disyaratkan menggunakan baka jagung yang sama.


DALAM tempoh tiga dekad mengabdikan diri dalam bisnes jagung, Nelson berjaya mengangkat produk Malaysia ke mata dunia.


Kawalan piawaian tersebut membolehkan setiap jagung yang dieksport ke cawangan luar negara tidak mempunyai perbezaan dari segi kualiti dan rasa.

"Kalau anda ke luar negara dan mencuba jagung Nelson di negara tersebut, anda pasti merasai keenakan yang sama. Semua cawangan di luar negara menggunakan jagung yang dibekalkan dari Malaysia.

"Ia membolehkan pelanggan membezakan kualiti jagung Nelson berbanding jenama lain. Saya mahu mengekalkan keseragaman ini sampai bila-bila," jelas Nelson.

Menyedari masalah golongan petani di Malaysia yang berdepan kesukaran memasarkan hasil tanaman mereka, Nelson mewujudkan program bantuan dengan nama Balik Kampung Tanam Jagung.

Mungkin ia kedengaran lucu kerana frasa itu sering merujuk kepada jenaka sinis terhadap individu yang gagal dalam sesuatu pekerjaan. Nelson cuba membuktikan kebenaran di sebalik kenyataan itu dan mahu petani sedar bahawa menceburi bidang pertanian dan perladangan mampu menjana pendapatan yang menguntungkan.

Di bawah program tersebut, Nelson menggalakkan petani-petani untuk menanam jagung N28 dan akan membeli semula hasil tanaman mereka untuk diproses menjadi produk-produk Nelson Corn.

Pemandu van

Menyelak layar hidup Nelson, menemukan rentetan kisah yang menarik. Sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, Nelson yang menamatkan pengajian setakat tingkatan enam pernah berkhidmat sebagai pemandu van.

Selama empat tahun, dia membawa dan menghantar bekalan air kacang soya dari kilang pembekal ke pasar raya dan kedai-kedai runcit. Selepas itu, Nelson beralih profesion menjadi kerani sebelum memutuskan untuk membuka kedai permainan kanak-kanak.

Meskipun bapanya seorang pemborong ikan masin dan ikan bilis, tidak pernah sekali dia dipanggil bagi menguruskan perniagaan keluarga tersebut. Bapa Nelson mahu anak-anaknya belajar berdikari dan merasai pengalaman bekerja dari bawah sebelum bercadang menguruskan perniagaan sendiri.

Kelangsungan riwayat gondola Venice

Posted:

Kelangsungan riwayat gondola Venice

Kelangsungan riwayat gondola Venice


SEBUAH gondola yang merupakan identiti Venice menyelusuri sungai di bandar tersebut.


GONDOLA hitam licin berkilat yang membelah Venice, Itali menjadi kebanggaan sekumpulan kecil manusia artisan yang berusaha mempertahankan pengangkutan air itu.

Setiap pengemudi memakai baju T berbelang dan topi jerami mendayung pengangkutan mewah itu yang menawarkan pelayaran yang menenangkan, malah ia sering menjadi tempat lelaki melamar pasangan kekasihnya.

Kira-kira 700 tahun lalu, terdapat hampir 7,000 buah gondola di Venice, menurut persatuan pengemudi gondola, Ente Gondola, tetapi penggunaan asal sebagai pengangkutan harian telah diambil alih oleh bot-bot moden.

Kini, hanya tinggal sebanyak 433 buah untuk tujuan tarikan pelancong.

Di limbungan bot Tramontin atau lebih dikenali squero dalam dialek Venetian, pembuat gondola, Roberta Tramontin masih menjalankan pembinaan bot klasik yang diasaskan oleh moyangnya pada tahun 1884.

"Bot klasik umpama seorang wanita tanpa sebarang solekan keterlaluan, memakai gaun hitam jenama Armani dan sebutir permata menghiasi lehernya," kata Tramontin.

Sebuah gondola yang diperbuat daripada 280 jenis kayu termasuk oak, mahogani, walnut, ceri, fir dan elm mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan menyebabkan harganya mencecah 38,000 euro (RM162,794), kata Tramontin.

Kayu dirawat selama hampir setahun sebelum ditempa menjadi bentuk pisang yang sedikit tidak simetri. Ia membolehkan seorang pengemudi menggerakkan gondola pada satu garisan lurus.

Pembikin-pembikin gondola berlatih selama bertahun-tahun sebelum membuat bot yang perlu diukur mengikut berat setiap pendayung gondola.

"Saya mula bekerja pada tahun 1970 dan membuat gondola pertama pada tahun 1994," kata Tramontin yang bersandar pada sebuah gondola berkilat seberat 500 kilogram dan sepanjang 11.1 meter.


SUASANA limbungan bot San Trovaso yang menjadi tempat gondola-gondola dibuat dan diselenggara.


Kaedah tradisi

Tramontin berkata, gondola yang dibuatnya mengekalkan 60 peratus kaedah tradisi dan menggunakan beberapa kayu yang dipotong dengan mesin dan sejenis papan lapis untuk bahagian bot yang rata.

Lapisan varnis hitam disapu pada keseluruhan struktur tetapi barang perhiasan yang diletakkan terhad sejak dekri pemerintah bandar, Doge dikeluarkan sekitar tahun 1700-an yang mengatakan gondola terlalu berhias.

Kabin kecil di atas dek yang dipanggil felze iaitu tempat para penumpang berlindung daripada hujan atau panas telah dibuang.

"Kami buat gondola hanya menggunakan tangan," kata pembikin gondola, Lorenzo Della Toffola, 48, yang sedang memahat sebuah gondola separuh siap di San Trovaso squero, Dorsodura.

Limbungan itu hanya menghasilkan satu atau dua gondola setiap tahun kerana menggunakan teknik-teknik pembikinan kapal yang berusia berabad-abad lamanya.

Ciri-ciri tersendiri yang masih bertahan seperti plat metal melengkung pada hujung tajam bot dan kediti atau penyangkut pengayuh yang diperbuat daripada kayu terukir dikenali forcola merupakan hasil kraf beberapa artisan yang kini bilangannya semakin berkurangan.

"Kerja-kerja ini pernah dibuat oleh ramai orang di bengkel-bengkel berbeza di sekeliling bandar," kata pembuat kediti, Saverio Pastor. Dia dan pekerjanya, Pietro mengukir kayu walnut menggunakan gergaji dua pemegang.

"Pada masa lalu, semua orang tahu cara mendayung, sekarang tidak ramai yang memerlukan pendayung. Ia budaya beribu-ribu tahun lalu yang semakin hilang," kata Pastor sambil menggeleng kepala.

Para artisan yang berkaitan dengan gondola sepatutnya memeliharanya tanpa mengira sebarang perubahan dalam tabiat pada budaya itu, kata Datuk Bandar Venice, Giorgio Orsoni.

"Gondola merupakan salah satu simbol di bandar ini, kita perlu melakukan menyelamatkannya, mengekalkan kerjaya dan teknik pembuatannya," katanya lagi.

Kediti buatan Pastor turut dibeli sebagai barang perhiasan rumah pada harga setinggi RM4,286 setiap satu termasuk cukai. - RUETERS

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Perkongsian budaya di Malaysia

Posted:

Perkongsian budaya di Malaysia

Perkongsian budaya di Malaysia

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

PENGALAMAN bermain angklung selama 35 tahun merupakan kelebihan yang ada pada Moch. Sani Winandar. Dia yang berasal dari Cimahi, Bandung, Indonesia ternyata meminati alat muzik tradisional yang berasal dari Jawa Barat itu.

Moch. Sani juga tidak lokek untuk mengajar selok-belok asas untuk bermain angklung kepada sesiapa sahaja. Kebiasaannya kanak-kanak pasti akan mendekatinya sebaik sahaja dia mula menghayunkan batang buluh yang menghasilkan bunyi daripada angklung.

Alunan lagu Rasa Sayang seolah-olah memberi satu aura kepada kanak-kanak sewaktu menyaksikan Moch. Sani bermain angklung. Bunyi angklung membuatkan kanak-kanak turut sama menyanyikan bait-bait lagu yang sama.

"Saya mula bermain angklung sejak berumur lapan tahun. Ketika itu, penduduk di kawasan kejiranan saya sering memainkan angklung. Ia secara tidak langsung telah membenihkan rasa cinta saya terhadap alat muzik tradisi Indonesia ini," ujarnya.

Moch. Sani, 43, merupakan salah seorang individu penting dalam sebuah persatuan angklung di Bandung iaitu Persatuan Muzik Angklung. Dia yang menjawat jawatan sebagai Ketua Harian dalam persatuan tersebut telah peluang untuk mengembara ke serata dunia dalam usaha untuk memperkenalkan alat muzik tradisi itu.

Misi utama persatuan tersebut ialah membuat, bermain dan mengembara dengan angklung. Antara negara-negara yang pernah dikunjungi untuk mempromosikan peralatan muzik tersebut ialah Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium dan Sepanyol.

Sehingga kini, Persatuan Muzik Angklung mempunyai kira-kira seribu ahli di Indonesia. Persatuan itu juga pernah menganjurkan Hari Angklung di Bandung pada tahun lalu dan mendapat penyertaan 10,000 peserta yang bermain angklung secara serentak.

Dia juga sering berulang-ali dari Bandung ke Malaysia untuk urusan perniagaan angklung dan mempunyai sebuah pejabat di ibu negara.

Menurut bapa kepada dua orang cahaya mata itu, dia mula menghantar angklung ke pasaran Malaysia sejak tahun 1996. Ketika itu, dia menghantar angklung dengan penerbangan ke Kedutaan Besar Republik Indonesia dan Sekolah Indonesia Kuala Lumpur di ibu negara.

SET sofa dan perhiasan dari Maghribi yang dijual di Az-Zukhruf Sdn. Bhd. mempunyai nilai artistik yang melambangkan sejarah Islam negara itu.


Main angklung

Pada waktu itu, kedua-dua pihak itu mahu menggunakan angklung sebagai pembelajaran agar kesenian tradisi dari negara itu masih dapat dipelajari walaupun berada di luar negara.

"Saya mula menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 2000. Ketika itu, saya melihat budaya permainan angklung sudah meluas di sini. Saya amat gembira kerana ia merupakan satu perkongsian budaya yang hebat antara Malaysia dan Indonesia.

"Selain itu, pembelajaran angklung juga telah diajar secara formal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan beberapa badan kerajaan di sini," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2013 (Piiacuf 2013), di Presint 3, Putrajaya baru-baru ini.

Piiacuf 2013 yang julung kali diadakan itu merupakan acara yang memaparkan pelbagai seni dan kebudayaan Islam dari zaman kegemilangan Islam di Andalusia, Sepanyol sehingga ke hari ini.

Kekerapan Moch. Sani berkunjung ke Malaysia telah mendorongnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebudayaan dan kesenian di Malaysia.

Ketiadaan rakan kongsi yang meminati angklung terutama dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan antara cabaran utama yang dilaluinya sepanjang 13 tahun berulang-alik ke Malaysia.

Menurutnya, sesiapa sahaja boleh mempelajari angklung dalam masa yang singkat. Tetapi, kebanyakan rakyat Malaysia masih kurang berminat untuk menyatakan sokongan terhadap alat muzik itu walaupun penggunaannya telah meluas negara ini.

Cerita Moch. Sani, angklung mula bertapak di Malaysia sekitar tahun 1930-an yang dibawa oleh masyarakat Ponorogo dari Kepulauan Jawa Barat. Ketika itu, masyarakat tersebut bekerja di ladang getah dan kelapa sawit telah mempersembahkan Reog iaitu tarian tradisi dari pulau itu ke Tanah Melayu.

Alat muzik yang mengiringi tarian itu antaranya ialah dua set angklung, gendang, saron, trompet, kempul dan gong.

Selain itu, kunjungan misi muhibah delegasi dari Indonesia pada tahun 1968 ke Malaysia yang diketuai oleh Komando Mandala Siaga merupakan salah satu cara terbaik untuk pemulihan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Dalam acara rasmi semasa kunjungan itu, pertunjukan angklung yang dipimpin oleh Daeng Soetigna mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kerajaan Malaysia.

"Allahyarham Daeng Soetigna merupakan antara nama besar dalam arena seni muzik angklung di Indonesia. Beliau juga telah mengubah skala pentatonik muzik Jawa kepada diatonik kromatik iaitu alunan moden," ujarnya.


BENGKEL angklung di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur yang disertai oleh pelajar dan guru anjuran Persatuan Muzik Angklung di ibu negara baru-baru ini.


Moch. Sani kini sedang giat mempromosikan angklung di Malaysia. Terbaharu, dia telah menyertai Festival Indonesia di Pulau Pinang dan Jazz Asia di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada hujung bulan ini.

Selain angklung, dia juga giat menjalankan perniagaan barangan kebudayaan dari Indonesia ke Malaysia. Antara barangan yang dibawa olehnya ialah kain songket dari Bantan, Badui, kasut kulit dan pakaian dari Cibaduyut, Bandung.

Minat yang mendalam aspek kebudayaan merupakan salah satu faktor Moch. Sani berminat untuk menjalankan perniagaan terutama dalam bidang alat muzik di Malaysia.

"Kebersamaan merupakan falsafah utama dalam alunan muzik angklung. Setiap persembahan, pemain memainkan alunan yang berbeza. Sekiranya tanpa persefahaman yang baik, pemain tidak akan dapat menghasilkan alunan yang merdu," ujarnya.

Sementara itu, seorang warga Maghribi, Hassane Nafis, 52, menjadikan Malaysia kediamannya sejak 23 tahun lalu.

Bapa kepada dua orang cahaya mata itu ternyata fasih berbahasa Melayu dalam setiap tutur katanya. Walaupun mengetahui kebudayaan di Malaysia, dia masih mengangkat budaya dari negara asalnya di sini.

Titik peluh

Empayar perniagaan Az-Zukhruf Nafis Sdn. Bhd. yang menjual barangan kraftangan dari Maghribi merupakan hasil usaha titik peluhnya sendiri sejak pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia.

Hassane merupakan antara individu penting yang membuat rekaan ukiran simen putih di dalam Masjid Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1990. Selain itu, dia juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam membuat ukiran di masjid UIAM pada tahun 1996.

Kemahirannya itu merupakan bakat turun-temurun sejak enam keturunannya. Ayahnya, Abdul Kadir Nafis telah mengajarnya teknik-teknik dalam ukiran dan pembuatan barangan kraftangan.

Baginya, kraftangan dari negara asalnya mempunyai nilai-nilai kebudayaan yang tinggi yang mampu dikomersialkan di sini.

"Rekaan kraftangan dan barangan perhiasan dari Maghribi dianggarkan berusia 1,200 tahun. Saya menggunakan rekaan asal untuk setiap produk yang dihasilkan bagi mengekalkan nilai-nilai kebudayaan sama seperti di negara asal saya. Setiap produk juga diimport dari 400 buah kilang di Maghribi.

"Kebanyakan produk kraftangan yang berasal dari Maghribi mempunyai warna yang terang dan mempunyai ciri-ciri Islamik. Sebagai contoh, pasu bunga yang mempunyai tulisan Arab," ujarnya yang berasal dari Fes iaitu bandar ketiga terbesar di Maghribi.

Syarikat miliknya itu menjual kraftangan seperti karpet, pinggan seramik, tingkap rumah, tembikar pasu bunga dan barangan perhiasan.

HASSANE menunjukkan koleksi kraftangan dan perhiasan rumah yang diimport dari Maghribi.


Hassane juga berulang-alik ke negara asalnya dan mengambil stok barangan kraftangan untuk dijual di negara ini. Usahanya menjual barangan dari Maghribi di Malaysia merupakan salah satu kaedah penyatuan budaya antara kedua-dua negara.

Dia juga menerima kunjungan daripada warga Malaysia yang meminati seni kraftangan dari Maghribi di kedainya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Paling menarik, pelanggan di kedainya juga diberi peluang untuk belajar teknik-teknik penghasilan kraftangan secara percuma.

"Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kraftangan dan kesenian di empayar kerajaan Islam di Sepanyol iaitu Andalusia berasal dari Maghribi. Masyarakat Maghribi telah berhijrah ke Andalusia pada tahun 92 hijrah dan berjaya menggabungkan kesenian Islam di negara Eropah.

"Kesenian kraftangan dan kebudayaan merupakan salah satu cara terbaik untuk menyebarkan signatur sesebuah negara. Melalui cara ini, kita akan lebih mengenal antara satu sama lain walaupun berbeza pandangan agama, politik dan pendirian," ujarnya.

Berbulan madu di Annapurna

Posted:

Berbulan madu di Annapurna

Berbulan madu di Annapurna


SALAH sebuah rumah tamu yang ditemui penulis ketika mendaki di ABC.


PENERBANGAN selama empat jam dari Kuala Lumpur ke Kathmandu, Nepal terasa begitu menyeronokkan terutama apabila terlihat pergunungan Himalaya yang seumpama 'melambai-lambai' menyambut ketibaan kami. Di sini juga terletaknya Gunung Everest, puncak tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 meter (m).

Berdasarkan buku panduan perjalanan yang terkemuka seperti Lonely Planet dan Rough Guide, Nepal selamat untuk dikunjungi. Tidak hairanlah begitu ramai pelancong, pengembara dan pendaki datang dari segenap pelosok dunia ke negara yang terkenal sebagai bumbung dunia ini.

Keramahan penduduk tidak dapat dinafikan kerana mereka sering kali menegur secara mesra. Warga Nepal pastinya lebih gembira apabila mengetahui anda pelancong dari Malaysia.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Nepal wujud sejak tahun 1940-an apabila tentera Gurkha yang dibawa masuk oleh British ke tanah air bagi berkhidmat di Tanah Melayu pada ketika itu. Hingga kini, Malaysia hanya mengikhtiraf warga asing dari Nepal untuk bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Penulis bersama isteri berpeluang berbulan madu di Pergunungan Annapurna yang terletak di Banjaran Himalaya. Annapurna Base Camp (ABC) yang berada di ketinggian 4,130 meter dari aras laut begitu popular dalam kalangan pengembara dan pendaki gunung.

Untuk ke kawasan ini, pengembara boleh singgah di Pokhara yang terletak kira-kira 209 kilometer (km) dari Kathmandu. Pokhara boleh dihubungi dengan menaiki bas ataupun pesawat dari Kathmandu atau menaiki bas dari sempadan India.

Kemudahan

Pelbagai kemudahan terdapat di Pokhara terutamanya kepada pendaki. Daripada barangan peralatan pendakian, sewaan peralatan, ejen pendakian, khidmat jurupandu arah serta perkhidmatan tukang angkut (porter) boleh didapati di sini.

Setiap pendaki perlu mendapatkan permit masuk ke Taman Negara Nepal dan kad Trekker Information Managemant System (TIMS) sebelum dibenarkan memasuki dan mendaki di mana-mana kawasan pergunungan di Nepal.


Sepanjang pendakian penduduk tempatan kerap kali menyapa mesra pendaki.


Jangka masa pendakian ke Annapurna Base Camp secara kebiasaannya mengambil masa selama tujuh hingga 10 hari bergantung kepada keupayaan pendaki. Setiap dua jam perjalanan terdapat kemudahan rumah tamu, dormitori dan restoran.

Kami yang telah merancang lebih awal memilih pendakian secara bersendirian. Perjalanan kami dari Bandar Pokhara ke Phedi mengambil masa selama 30 minit dan dari situ pendakian kami bermula pada jam 11 pagi pada 15 Oktober 2013.

Pagi tersebut merupakan Hari Raya Aidiladha yang kami korbankan untuk pengembaraan ini. Melalui pekan Dhampus dan Pothana, kami perlu melalui titik pemeriksaan untuk semakan TIMS serta permit.

Mencabar

Hari hujan menyebabkan perjalanan pada hari pertama sejauh 11 km mengambil masa selama lima jam. Kami kemudiannya singgah ke Tolka di ketinggian 1,700 meter untuk bermalam.

Memandangkan kami sahaja pendaki yang menginap di rumah tamu tersebut, tuan rumah memberi layanan istimewa. Mereka turut membantu mengeringkan kasut dan pakaian kami. Menurut mereka, sejak beroperasi 10 tahun lalu, kami merupakan pendaki Malaysia yang pertama singgah di situ.

Meneruskan pendakian pada hari kedua, kami melalui jarak sejauh 12 km yang memakan masa selama sembilan jam untuk sampai ke Sinuwa (2,340 meter).

Perjalanan itu merangkumi mendaki dan menuruni bukit, merentasi jambatan gantung, sungai dan air terjun, meredah perkampungan serta tanaman padi teres di Landruk, New Bridge, Jhinu dan Chomrong.

Keindahan alam semula jadi dengan landskap yang cantik dan sikap ramah-tamah penduduk yang kerap menegur kami membuatkan hilang rasa penat. Sepanjang perjalanan tersebut kami merasai kemeriahan sambutan penduduk kampung ketika meraikan kepulangan sanak saudara mereka.

Kami sedar penyakit akut ketinggian (AMS) mudah menyerang sesiapa sahaja terutamanya pada ketinggian lebih 2,500 meter dari aras laut. Ia boleh dielakkan dengan mengambil ubat dan meminum sup bawang putih.

Jika berlaku kesan seperti pening, hilang selera makan dan sukar tidur, seseorang itu perlu turun segera dari ketinggian tersebut.

Perjalanan kami pada hari ketiga dan keempat bermula dari Sinuwa dan singgah di Himalaya (2,920 meter) serta terus ke Annapurna Base Camp pada ketinggian 4,130 meter.

Keadaan muka bumi seperti di lembangan, kami semakin hampir dengan puncak Gunung Machapuchhre dan puncak Annapurna kadangkala dilitupi awan.

Pada ketinggian ini, spesies tumbuhan berbeza berbanding paras bawah yang mengakibatkan oksigen semakin kurang. Suhu lebih dingin pada tengah hari iaitu mencecah 10 darjah Celcius dan jatuh di bawah paras beku pada malam hari.


KEPUASAN jelas terpancar pada raut wajah pasangan bahagia ini setelah sampai ke ABC.


Sampai di puncak

Alhamdulillah, kami tiba di Annapurna Base Camp pada tengah hari Jumaat 18 Oktober 2013. Cuaca ketika itu baik namun awan agak tebal. Puncak Annapurna yang merupakan puncak tertinggi di kawasan tersebut iaitu 8,091 meter terselindung di sebalik awan kecuali puncak Machapuchhre (6,993 m) yang kelihatan seketika.

Rasa penat dan kesakitan di beberapa tempat di kaki hilang sebaik sahaja berada ABC. Kami bersyukur kerana Allah SWT memberikan peluang untuk kami berada di situ untuk melihat alam semula jadi ciptaan-Nya. Di ABC ini, penulis sempat melaungkan azan tanda syukur selamat sampai ke destinasi.

Aturan jadual kami tepat pada masanya kerana tiba di ABC pada 14 Zulhijjah dan bermakna malam hari adalah 15 Zulhijjah. Malam tersebut cukup indah bermandikan cahaya bulan purnama Zulhijjah sekali gus melengkapkan kembara berbulan madu kami di Annapurna yang telah dirancang sejak April lalu.

Langit cantik

Pemandangan langit yang cantik turut dihiasi ribuan bintang. Dari selatan ke utara, timur ke barat, hampir tiada ruang kosong di langit selain dipenuhi bintang yang sedang bergemerlapan memagari bulan purnama. Suasana yang terlalu cantik untuk digambarkan dan kami terharu kerana diberi peluang menatap keindahan ini secara lebih dekat.

Perjalanan turun dari ABC ke Pokhara hanya mengambil masa selama tiga hari. Kami tiba awal dua hari daripada jangkaan.

Separuh perjalanan turun adalah jalan yang sama kami lalui dan tiba di Chomrong kami memilih laluan yang berbeza iaitu melalui Ghandruk (1,940 meter) dan mendaftar keluar dari Kawasan Konservasi Annapurna di Birethanti (1,025 meter).

Kembara selama tujuh hari di Annapurna Base Camp sejauh 80 km memberikan pengalaman yang berbeza dan cukup indah untuk kami di samping mengenali corak kehidupan yang jauh berbeza.

Sepanjang kembara kami ke ABC ini, kami turut menemui tiga kumpulan besar dari Malaysia menuju ke destinasi yang sama. Rakyat Malaysia begitu mesra membuatkan kami menjadi lebih rapat dan saling berkongsi pengalaman.

Perjalanan pulang ke Pokhara selama satu setengah jam dari Nayapul juga mencabar namun turut disajikan pemandangan indah. Trek tersebut berliku dan berlatarbelakangkan bukit-bukau, gunung-ganang serta Banjaran Himalaya yang dilitupi salji. Sesekali kelihatan Bandar Pokhara dan Tasik Phewa dari kawasan tanah tinggi ini.

Monkey Run uji ketangkasan individu

Posted:

Monkey Run uji ketangkasan individu

Monkey Run uji ketangkasan individu

Oleh ADLAN JAAFAR


CABARAN Monkey Run menguji kecergasan peserta melepasi halangan seperti ini.


CABARAN MYC! Red Bull Monkey Run (Monkey Run) bagi kelas lelaki yang sepatutnya bermula pada pukul 3 petang di Pusat Sukan, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur telah ditunda selama lebih satu jam akibat hujan lebat selepas awan mendung menutupi langit beberapa ketika sebelum itu.

Sebaik hujan berhenti, semua kru bertugas bertungkus-lumus mengelap permukaan yang basah supaya cabaran dapat dimulakan serta-merta.

Seorang demi seorang peserta lelaki dilepaskan untuk mengejar masa paling pantas, pada masa yang sama perlu melepasi aneka halangan seperti bola gergasi, gayutan, jambatan jaring dan banyak lagi.

Bagi mereka yang pernah menonton rancangan televisyen, Wipe Out atau American Ninja Warrior, sudah tentu faham format cabaran MYC! Red Bull Monkey Run.

Kedua-dua siri televisyen berkenaan merupakan rancangan berbentuk cabaran dalam sebuah set rakaman besar yang mengandungi pelbagai halangan. Percaturan untuk menentukan pemenang adalah dengan mendapatkan bacaan masa terpantas antara semua peserta.

Sukan berbeza

Acara anjuran bersama MYC! dan Red Bull Malaysia itu menjadi platform untuk para pelajar bersukan tanpa memerlukan latihan khas.

UM merupakan institusi pengajian tinggi awam tempatan ketiga yang menganjurkan cabaran Red Bull Monkey Run.

"Binaan permainan ini merupakan satu-satunya yang ada di Malaysia. Aktiviti sebegini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aktif dan sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutif MYC!, Jason Ko ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebaik habis dia berkata-kata, wisel tiba-tiba berbunyi dan peserta pertama lelaki dengan penuh cermat melompat serta bergayut mengikut turutan halangan yang disediakan.

Menurut Jason, halangan Monkey Run yang seluas tiga buah gelanggang bola keranjang dibawa khas dari luar negara.

"Monkey Run amat berbeza dengan sukan lain seperti badminton atau tenis yang memerlukan masa yang panjang untuk berlatih.

"Sebaliknya, cabaran ini menguji secara maksimum fleksibiliti individu, daya ketahanan dan ketabahan dalam mengejar masa bagi mengatasi setiap halangan yang disediakan," jelasnya.

Tambahnya, Monkey Run bukan sahaja dapat menghilangkan tekanan belajar atau bekerja malah dapat meregang anggota badan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sukarelawan USM bantu mangsa banjir

Posted:

Sukarelawan USM bantu mangsa banjir

Sukarelawan USM bantu mangsa banjir

SEBAHAGIAN daripada sukarelawan USM yang terlibat membantu mangsa banjir lumpur di Lembah Bertam, Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.


BAKTI. Seramai 521 sukarelawan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang membantu mangsa-mangsa banjir lumpur di Lembah Bertam, Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.

Menurut Ketua Sukarelawan USM, Zulkifli Che' Hussein, mereka yang terdiri daripada lima orang kakitangan dan 45 pelajar berkampung seharian di kawasan itu untuk operasi mencuci rumah mangsa.

"Semua ahli pasukan bersemangat walau pun ada yang cedera terkena paku dan keadaan agak sukar kerana kesan lumpur yang tebal," kata beliau.

Perhimpunan Keluarga Amisah Ngah meriah

Posted:

Perhimpunan Keluarga Amisah Ngah meriah

Perhimpunan Keluarga Amisah Ngah meriah


AHLI keluarga Amisah Ngah dari Ampang, Selangor berkumpul pada program Hari Keluarga 396 di Pantai Cherating, Kuantan, Pahang baru-baru ini.


KIRA-KIRA 40 ahli keluarga Amisah Ngah dari Ampang, Selangor berkumpul bagi menjayakan program Hari Keluarga 396 di Pantai Cherating, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Angka 396 merupakan nombor rumah peninggalan suami Amisah, iaitu Allahyarham Ibrahim Abdullah.

Menurut Pengerusi penganjur program itu, Saiful Akmal Abdul Malik, aktiviti sedemikian kerap diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Majlis makan tengah hari rai Guru SK Kampung Berangan

Posted:

Majlis makan tengah hari rai Guru SK Kampung Berangan

Majlis makan tengah hari rai Guru SK Kampung Berangan


PARA guru SK Kampung Berangan, Pasir Puteh bergambar selepas majlis makan tengah hari di Resort Aman Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.


RAI. Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Berangan, Pasir Puteh telah menganjurkan majlis makan tengah hari di Resort Aman Tok Bali di Pasir Puteh baru-baru ini.

Majlis itu diadakan bagi menghargai khidmat dan pengorbanan guru dalam mendidik murid-murid di sekolah itu.

Seramai 31 orang guru hadir pada majlis itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Petrol, diesel RM1.5 juta dirampas

Posted:

Petrol, diesel RM1.5 juta dirampas

Petrol, diesel RM1.5 juta dirampas

DUA pekerja premis menutup pagar bagi menghalang media merakam gambar operasi mereka di Alor Setar, Kedah semalam.


ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya membongkar aktiviti penyelewengan minyak diesel dan petrol yang dianggarkan mencecah RM1.5 juta dalam Operasi Diesel dan Petrol 1 North (OD1N).

Operasi selama dua hari bermula kelmarin itu melibatkan negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Dalam operasi tersebut, wang tunai RM850,000 turut dirampas dan 30 akaun kepunyaan sindiket berjumlah RM17 juta dibekukan. Ini kerana mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Cukai Pendapatan, Akta Kastam, Akta Perkhidmatan Perniagaan Wang 2011 serta Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, sebanyak enam kes berjaya dibongkar iaitu empat di Kedah dan masing-masing satu di Perlis dan Pulau Pinang.

"Di Kedah, operasi dilakukan di Bukit Kayu Hitam dan Alor Setar manakala Perlis di Padang Besar dan Seberang Perai di Pulau Pinang.

"Operasi dilakukan serentak di kawasan perindustrian dan berhampiran pintu sempadan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Maklumat rahsia cuti mingguan Johor bocor

Posted:

Maklumat rahsia cuti mingguan Johor bocor

Maklumat rahsia cuti mingguan Johor bocor

PASIR GUDANG - Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang membuat laporan polis berikutan kebocoran rahsia rasmi dalam laman sosial bahawa kerajaan Johor mengusulkan supaya cuti mingguan negeri itu kembali kepada Jumaat dan Sabtu.

Ketuanya, Azman Jaafar menjelaskan, hal tersebut sebenarnya masih dalam perbincangan dan tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh kerajaan negeri lagi.

"Kami sangat terkejut dengan kebocoran maklumat ini kerana kami difahamkan perkara tersebut masih dalam penelitian.

"Perkara ini amat serius kerana ia membabitkan maklumat kerajaan negeri dan mereka yang melakukan ini sangat tidak bertanggungjawab," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gerakan padu buru 'Tuhan Harun'

Posted:

Gerakan padu buru 'Tuhan Harun'

Gerakan padu buru 'Tuhan Harun'

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


HARUN


KUANTAN – Ketua ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat, 47, yang diburu polis dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana gagal hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin atas tuduhan menyebarkan fahaman berkenaan dipercayai telah lesap bersama 29 pengikutnya setianya sejak Mei lalu.

Kali terakhir Harun muncul di khalayak ramai ialah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tuduhan menerima deposit haram RM40 juta pada 29 Mei lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani sehubungan itu menegaskan, polis akan membantu JAIP memberkas lelaki berkenaan selepas mendapat waran tangkap dikeluarkan pihak mahkamah.

"Kita percaya Harun sedang bersembunyi di dalam negara ini bersama pengikut setianya.

"Saya gesa mereka menyerah diri seperti yang ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Azraai pengendali baharu T-Team

Posted:

Azraai pengendali baharu T-Team

Azraai pengendali baharu T-Team

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

AZRAAI


KEDUDUKAN Mohd. Azraai Khor Abdullah akhirnya terjawab apabila bekas pengendali Perak itu menandatangani perjanjian selama dua tahun dengan T-Team musim depan.

Majlis menandatangani kontrak antara jurulatih berusia 61 tahun itu disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd. Syahnizam Mohd. Zain di pejabat PBSNT, Kuala Terengganu semalam.

Azraai dalam sidang akhbarnya di Kuala Terengganu memberitahu, beliau memilih pasukan itu kerana yakin dengan keupayaan pemain-pemain muda kelab itu yang dilihatnya berpotensi untuk pergi lebih jauh.

"Sebenarnya, sejak tahun lepas lagi saya ada menerima tawaran untuk menyertai T-Team serta Terengganu tetapi akhirnya terpaksa memilih Perak kerana enggan berjauhan dengan keluarga," katanya.

Jurulatih yang mempunyai pengalaman kira-kira 15 tahun itu bagaimanapun memberitahu, keputusan itu akhirnya dibuat selepas mengambil kira pandangan isterinya yang sudah memberi lampu hijau untuk dia bersama pasukan dari Pantai Timur itu.

"Anak-anak juga sudah semakin besar. Lagipun, saya lihat T-Team ini walaupun dibarisi ramai pemain muda memiliki komitmen yang menakjubkan," katanya.

Azraai bakal dibantu bekas pengulas sukan Astro Arena, Azlan Johar untuk membimbing pasukan itu bermula musim depan.

Dalam pada itu, mengenai perancangan bersama pasukan itu, jelasnya, dia mahu T-Team menjadi pasukan yang lebih mantap selain menepati sasaran pengurusan yang mahukan pasukan itu menempatkan diri dalam kelompok lima pasukan teratas dalam saingan Liga Super musim depan.

"Saya sendiri pun ketika ini sudah ada barisan bayangan (kesebelasan utama T-Team) untuk musim depan namun ia masih belum dimuktamadkan lagi kerana ada sesetengah pemain masih belum diputuskan lagi kedudukan mereka dalam pasukan," katanya.

Sementara itu, mengenai ura-ura beberapa nama besar termasuk penyerang Kelantan, Norfarhan Mohamad yang disebut-sebut bakal menyarung jersi T-Team, Azraai enggan membuat sebarang pengesahan.

"Sudah tentu kalau Norfarhan menyertai T-Team, ia satu rahmat yang besar dan satu aset kepada pasukan. Tetapi perkara ini masih di peringkat perbincangan lagi, kita tak boleh membuat sebarang keputusan yang muktamad setakat ini," katanya.

Beliau dijangka memulakan sesi latihan pertama bersama pasukan T-Team minggu depan, namun belum dapat mengesahkan pemain import yang akan menandatangani kontrak bersama T-Team musim depan.

Bakal berdepan penggantungan

Posted:

Bakal berdepan penggantungan

Bakal berdepan penggantungan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemain atau pegawai yang didapati melanggar kontrak dengan majikan baharu mereka.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan semalam.

Menurutnya, perkara tersebut sudah termaktub di dalam undang-undang FAM.

"Dalam terma kontrak, ia harus melibatkan tiga unsur. Pertama, pemain itu haruslah menerima tawaran daripada pasukan.

"Kedua, pemain itu menerima tawaran tersebut dan ketiga, balasan pemain kepada pasukan yang mengikat pemain itu dengan sejumlah wang.

"Kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar kontrak, pihak satu lagi (pasukan yang awal berjaya mendapatkan tandatangan borang C-03/2) berhak menuntut ganti rugi.

"Untuk pemain pula, dia bakal berdepan hukuman yang sedia ada dalam peraturan FAM iaitu digantung perlawanan berdasarkan kesesuaian kes.

"Pihak ini harus mengemukakan aduan kepada FAM terlebih dahulu sebelum pihak kami menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman terhadap pemain-pemain yang didapati bersalah," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, polemik baharu Felda United apabila mereka tidak berpuas hati dengan tindakan dua pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar dan Nor Fadzly Alias yang membuat 'pusingan U' selepas bersetuju untuk menandatangani surat persetujuan menyertai Felda United.

Biarpun jurulatih The Settlers, Irfan Bakti Abu Salim mendakwa kedua-dua pemain tersebut telah menandatangani borang C-03/2, Hairuddin dan Nor Fadzly masih kekal menjadi milik The Gladiators.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Irfan mengakui kedua-dua pemain tersebut mengambil pendekatan kunci mulut dan beliau mahu menyelesaikan isu tersebut dengan membawa kes berkenaan kepada FAM dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, Takiyuddin memberitahu, FAM tidak boleh menyatakan bentuk hukuman sebelum meneliti kes tersebut dengan lebih terperinci.

"Seperti yang saya katakan tadi, pihak kami perlu tengok fakta kes terlebih dahulu. Hukuman tetap ada mengikut peringkat tertentu.

"Pasukan itu bolehlah kemukakan aduan kepada FAM. Jika (pasukan yang awal berjaya mendapatkan tandatangan borang C-03/2) didapati benar, mereka boleh menuntut ganti rugi," ujarnya.

MSN bakal melancarkan Liga Layar Malaysia

Posted:

MSN bakal melancarkan Liga Layar Malaysia

MSN bakal melancarkan Liga Layar Malaysia

MAJLIS Sukan Negara (MSN) akan melancarkan program pembangunan Sukan Pelayaran yang lebih komprehensif dengan memperkenalkan Liga Layar Malaysia dan Program Belia Belayar bagi melahirkan atlet-atlet yang dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa pada masa depan.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata program terbaru itu adalah satu inisiatif yang dijalankan seiring penganjuran Kejohanan Piala Monsoon bagi tujuan menyediakan platform kepada pelayar-pelayar tempatan untuk belajar, bersaing dan mempersiapkan diri untuk menjadi juara dunia.

"Liga Layar Malaysia akan dianjurkan secara liga pusingan di setiap negeri dan pelayar yang mengumpul mata tertinggi akan mewakili negara ke Kejohanan Piala Monsoon. Program ini dijangka dapat dijalankan sepenuhnya mulai tahun depan.

"Program Belia Belayar pula dianjurkan bersempena Liga Layar bertujuan memupuk minat dan memberi pendedahan awal kepada anak-anak muda tempatan untuk menceburi sukan ini, seterusnya mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MSN semalam.

Zolkples berkata, sukan pelayaran adalah antara sukan yang sering menyumbangkan pingat di peringkat antarabangsa khususnya di Sukan SEA dan Sukan Asia, manakala atlet-atlet pelayaran juga pernah melayakkan diri ke Sukan Olimpik menerusi Kevin Lim (Sukan Olimpik 1996, 2000, 2004 dan 2008) serta Mohd. Khairulnizam Mohd. Afendy yang layak ke Olimpik London 2012.

Menurutnya, MSN sentiasa memberikan tumpuan terhadap pembangunan sukan pelayaran sebelum ini terutama dengan menyediakan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi yang kini digunakan untuk program latihan atlet elit dan pelapis kebangsaan. Setakat ini, seramai 17 atlet elit dan 20 atlet pelapis sedang menjalani latihan di bawah kendalian lima jurulatih sepenuh masa.

"MSN juga dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Pelayaran Negeri telah menubuhkan 13 pusat latihan di seluruh negara, membabitkan 249 orang atlet. Mereka semua menjalani latihan harian di bawah kendalian 19 orang jurulatih yang telah dikenalpasti.

"Dengan adanya penganjuran Liga Layar Malaysia ini, ia akan memberi peluang dan pendedahan kepada atlet-atlet negeri untuk bersaing secara konsisten, sekali gus dapat meningkatkan prestasi mereka untuk bersaing di kejohanan yang lebih besar.

"Sukan pelayaran perlu mempunyai struktur pertandingan yang tersusun dan kompetitif di semua peringkat. Sehubungan itu penganjuran pertandingan perlu diperbanyakkan bagi membantu atlet-atlet pelapis dan elit negara mematang serta mempersiapkan diri sebelum menghadapi kejohanan yang lebih besar.

"Penganjuran Liga Layar Malaysia itu pula akan menyaksikan sukan ini dapat dipopularkan secara tempatan dan menarik minat anak muda untuk menceburi sukan berkenaan di bawah program Belia Belayar yang dianjurkan secara seiring nanti.

Katanya, penyertaan bagi Program Belia Belayar adalah terbuka kepada kanak-kanak dan remaja tempatan dengan sasaran penyertaan sekurang-kurangnya 2,000 orang di setiap lokasi. Program itu akan diadakan selama empat hari merangkumi gabungan kelas dan sesi di air dengan menekankan aspek-aspek asas pelayaran, demonstrasi pelayaran, latihan dan sesi perlumbaan di kalangan peserta.

Menurut Zolkples, program pembangunan sukan pelayaran terbaru MSN ini juga akhirnya akan dapat mewujud atau menaiktaraf kemudahan sukan pelayaran di seluruh negara, membangunkan saluran bakat sukan ini dengan membuka lebih banyak peluang dan akses kepada generasi muda untuk turut serta selain meningkatkan prestasi atlet sedia ada menerusi liga yang dianjurkan.

Menurutnya, MSN akan bekerjasama erat dengan Persatuan Pelayaran Malaysia untuk menjayakan program berkenaan yang juga bertujuan menambah kemahiran dan pengetahuan jurulatih-jurulatih tempatan agar lebih kompeten di dalam mengendalikan latihan dan persediaan atlet-atlet mereka.

Katanya, Liga Layar Malaysia dan Program Belia Belayar juga akan meningkatkan kualiti dan hasil kerja pegawai-pegawai teknikal sukan berkenaan kerana ia akan membabitkan lebih banyak pertandingan dalam setahun.

Ketua Pengarah MSN itu berkata, Liga Layar Malaysia dan Belia Belayar bagaimanapun tidak dapat diadakan mengikut perancangan awal iaitu di setiap negeri pada tahun ini kerana kesuntukan masa.

Bagaimanapun ia tetap akan diadakan bersempena Kejohanan Piala Monsoon di Kuala Terengganu iaitu pada 15 hingga 18 November ini untuk Liga Layar Malaysia dan penganjuran Belia Belayar pula akan diadakan pada 19 hingga 22 November ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kempen kesedaran kanser serviks

Posted:

Kempen kesedaran kanser serviks

Kempen kesedaran kanser serviks

DARI kiri: Tiz Zaqyah, Francis dan wakil Watson, Stephy Siew menyerahkan replika cek untuk kempen kesedaran kanser kepada Ratnasingham (dua dari kanan).


JENAMA sabun mandi terkenal, MAY baru-baru ini mengadakan kempen kesedaran kanser serviks melalui program MAY Cares For You. Kempen yang dijalankan pada bulan Mei hingga Julai lalu turut dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) dan rangkaian kedai kesihatan dan kecantikan, Watsons.

Kempen yang dimulakan di beberapa institusi pengajian tinggi terpilih di sekitar Lembah Klang itu mendapat sambutan menggalakkan.

Antara pengisian kempen itu ialah sesi ceramah pendidikan kesihatan mengenai kanser serviks kepada pelajar-pelajar.

Pengurus Besar Bahagian Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Francis Ng memberitahu, kerjasama antara MAY dan NCSM merupakan satu langkah tepat sepanjang kempen tersebut dijalankan.

"Melalui siri ceramah pendidikan di universiti terpilih di sekitar Lembah Klang, kami dapat berkongsi dan mewujudkan kesedaran mengenai kanser serviks kepada pelajar-pelajar.

"Dengan kepakaran NCSM dalam hal ehwal penyakit kanser, kami berharap pelajar lebih prihatin terhadap risiko penyakit yang dikategorikan sebagai pembunuh senyap ini," ujarnya.

Turut hadir, Naib Presiden NCSM, Clare Ratnasingham

Antara universiti yang terlibat ialah Universiti Metropolitan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara.

Kehadiran duta produk MAY, Tiz Zaqyah ternyata mencuri tumpuan pelajar-pelajar semasa kempen itu dijalankan.

Sepanjang kempen tersebut, MAY juga berjaya mengutip dana sebanyak RM15,000 yang akan disalurkan kepada NCSM untuk aktiviti kesedaran kanser pada masa akan datang.

Menerusi dana tersebut, program-program kesedaran dan pencegahan kanser dapat disebarkan kepada lebih ramai wanita di seluruh negara.

Pertandingan cari jurufoto terhebat Asia

Posted:

Pertandingan cari jurufoto terhebat Asia

Pertandingan cari jurufoto terhebat Asia


PESERTA boleh menghantar penyertaan menerusi laman web www.exploretoinspire.com.


SALURAN National Geographic dan Canon melancarkan pertandingan fotografi Explore to Inspire bagi peringkat Asia bagi mencari jurufoto terhebat di rantau berkenaan.

Ia diadakan sempena sambutan ulang tahun saluran National Geographic ke-125 dan berlangsung selama dua bulan.

Pertandingan ini terbuka kepada semua jurufoto di Malaysia, Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Maldives, Myanmar, Nepal, Pakistan, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam. Setiap peserta mesti berumur 18 tahun ke atas.

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta harus menghantar gambar-gambar asli berserta inspirasi yang mendorong peserta untuk meneroka gambar tersebut.

Penerangan dan penjelasan tersebut haruslah tidak melebihi 300 patah perkataan. Setiap penyertaan boleh dihantar melalui laman web www.exploretoinspire.com.

Pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah berupa Canon EOS 5D Mark III dan peluang menyertai minggu bengkel fotografi National Geographic yang berprestij di San Francisco.

Dalam bengkel tersebut pemenang dapat mengasah bakat bersama salah seorang jurufoto terkenal National Geographic dari Amerika Syarikat.

Dua hadiah disediakan bagi naib juara pertandingan tersebut iaitu Canon EOS 6D dan Canon EOS 70D selain gambar tersebut berpeluang untuk disiarkan dalam majalah National Geographic.

Juri profesional bagi pertandingan ini terdiri daripada pihak saluran National Geographic dan Canon. Gambar bagi tiga pemenang utama akan disiarkan dalam program National Geographic edisi Asia pada bulan Mac 2014.

"Pertandingan ini dapat meningkatkan minat jurufoto di sekitar Asia Selatan dan Asia Tenggara dan menjadi pentas terbaik untuk menunjukkan gambar-gambar terbaik mereka. Canon juga berharap dapat mempromosikan budaya fotografi di wilayah Asia Selatan.

"Kami berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan saluran National Geographic, sekali gus memberi peluang kepada pemenang untuk meneruskan minat mereka dalam bidang fotografi ini," kata Hideaki Nishimura, Pengarah Kanan dan Pengurus ICP bagi jualan dan pemasaran serantau, Canon Singapura Pte Ltd.

"Tema Penerokaan ini juga sinonim dengan saluran National Geographic dan kami berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan Canon dalam usaha mencari imej yang benar-benar memberi inspirasi kepada peminat fotografi," kata Simeon Dawes, Naib Presiden Pengiklanan, Jualan dan Perkong- sian Asia Pasifik dan Asia Barat di FOX One Stop Media.

Pencetus revolusi fesyen tekstil

Posted:

Pencetus revolusi fesyen tekstil

Pencetus revolusi fesyen tekstil

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH

KARYA rekaan Zandra akan dipaparkan dalam satu pameran di Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur sehingga 12 Januari 2014.


SIAPA sangka kerjaya yang bermula sebagai seorang pereka tekstil biasa, Zandra Rhodes akhirnya diangkat sebagai ikon tersohor dalam persada fesyen ketika era 70-an.

Dalam usianya yang menjangkau 73 tahun, Zandra bukan sahaja memiliki beberapa studio fesyen rekaannya tersendiri di San Diego dan London, malah turut menubuhkan sebuah Muzium Fesyen dan Tekstil terkemuka di England.

Sebagai salah seorang pereka British aliran baharu, Zandra telah merevolusikan dunia fesyen dan meletakkan kota London di barisan hadapan pada era kegemilangannya.

Malah, pengetahuan, pengalaman serta kehebatan rekaannya dalam industri tekstil dan fesyen telah menaikkan reputasinya di mata dunia sehingga dilantik sebagai Pereka Industri Diraja oleh Persatuan Seni Diraja British pada 1994.

Dek kerana kecintaannya dan sumbangannya dalam dunia tekstil serta fesyen, wanita yang terkenal dengan imej rambut merah jambu ini juga pernah dilantik menjadi Komander Empayar British oleh Ratu Elizabeth pada 1997.

Ditanya apakah falsafah yang dipraktikkan sehingga dilabel sebagai ikon dalam industri fesyen? Jawapan yang diberikan sungguh mudah - jangan mudah berasa puas hati dengan setiap rekaan yang dihasilkan.

"Sebagai seorang pereka fesyen, apa yang harus ada dalam diri anda ialah motivasi untuk menghasilkan rekaan yang lebih baik dan sempurna berbanding apa yang telah anda hasilkan.

"Setiap rekaan itu juga mestilah berdasarkan bahan yang ada pada waktu itu termasuk masa dan kos yang terhad," jelas Zandra pada Program Bicara Tekstil Zandra Rhodes anjuran Jabatan Muzium Malaysia baru-baru ini.

Dilahirkan di Kent, England pada 1940, Zandra mula mengenali dunia fesyen menerusi ibunya yang merupakan seorang pengubah suai pakaian di Rumah Rekaan fesyen Worth di Paris dan juga pensyarah fesyen di Kolej Kesenian Medway.

Setelah mempelajari rekaan tekstil di Medway dan Kolej Kesenian Diraja, beliau mula mencipta bentuk rekaan fesyennya yang tersendiri.


ZANDRA melayan peminat yang tidak melepaskan peluang bertemu dengannya pada satu program di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Teknik rekaan

Latar belakangnya dalam rekaan tekstil juga menjadi sumber utama dalam reka bentuk pakaiannya.

"Saya menggunakan corak rekaan tekstil tersebut sebagai inspirasi asas untuk mempengaruhi bentuk pakaian yang saya hasilkan.

"Ada juga rekaan yang saya hasilkan dipengaruhi oleh pelbagai hasil seni seperti lukisan daripada seniman terkenal Kandinsky, Modigliani dan Matisse sehinggalah ke pakaian era Ratu Elizabeth serta pakaian lusuh dari era punk London 70-an," ujarnya lagi.

Pada dasarnya, Zandra merupakan seorang pereka tekstil. Rekaannya adalah hasil daripada penghayatannya terhadap dunia sekeliling dan ia merupakan satu pandangan peribadi yang bermula di buku lakaran yang sentiasa didampingnya.

Teknik rekaannya pula sering kali melampaui batasan imaginasi dan menerokai serta menembusi corak standard rekaan itu sendiri.

Pendekatan eksperimentasi ini menjadikan rekaannya lebih unik dan membawa kepada rekaan ikonik yang kekal menjadi mercu tanda kerjayanya.

Beliau melengkapi rekaannya dengan gaya rambut, solekan, kasut dan barang kemas daripada konteks tersebut.

Berdasarkan kaleidoskop warna dan corak yang diperoleh daripada budaya-budaya yang merentasi sejarah, karya Zandra terbukti meraikan keindahan abadi pelbagai kaum di dunia.

Pameran

Justeru, mulai semalam hingga 12 Januari 2014, orang ramai berpeluang menghayati karya-karya Zandra di Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur.

Pameran itu memaparkan 50 helai koleksi pakaian terpilih Zandra dan beberapa helai kain pemidang yang menggunakan tekstil daripada satin, sutera sifon, sutera satin dan jersi.

Salah satu pakaian yang dipamerkan juga pernah dipakai oleh penyanyi terkenal antarabangsa Diana Ross.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail menjelaskan pameran itu mampu memberi impak yang positif dalam perkembangan industri tekstil dan fesyen negara.

"Pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan baharu kepada semua pereka dan pencinta fesyen negara ini dalam industri tekstil," kata Ibrahim.

"Sebelum ini, kami banyak mengadakan pameran fesyen daripada pereka tempatan, namun kali ini kami membuat sedikit kelainan dengan membawa Zandra ke negara ini bagi menceritakan pengalamannya sebagai antara ikon fesyen tekstil antarabangsa.

"Saya harap dengan adanya pameran ini, ia mampu membawa pembaharuan dan perkembangan positif kepada pereka fesyen dan industri tekstil negara pada masa hadapan," ujarnya lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Mangsa Taufan Haiyan serbu pesawat tentera

Posted:

Mangsa Taufan Haiyan serbu pesawat tentera

Mangsa Taufan Haiyan serbu pesawat tentera

BEBERAPA mangsa berjalan di celah runtuhan rumah di bandar Tacloban.


TACLOBAN - Lebih 3,000 mangsa Taufan Haiyan semalam menyerbu dua buah pesawat C-130 milik tentera Filipina yang mendarat di sebuah lapa- ngan terbang yang musnah di sini akibat bencana alam itu.

Pesawat itu dihantar untuk menyelamatkan mangsa-mangsa taufan tersebut selepas banyak rumah dan bangunan musnah dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

Kesemua mangsa itu berharap mereka akan dapat keluar dari kawasan bencana tersebut secepat mungkin kerana tidak sanggup menanggung penderitaan.

Bagaimanapun, hanya ratusan orang sahaja yang dibenarkan untuk menaiki pesawat tersebut untuk dibawa ke pusat perlindungan.

Beberapa anggota tentera turut menghalang mangsa-mangsa lain daripada memasuki pesawat yang telah penuh dengan penumpang itu.

Menurut salah seorang mangsa yang terselamat, kebanyakan daripada mereka berada dalam keadaan kelaparan kerana kekurangan bekalan makanan.

"Saya merayu kepada pihak tentera untuk membawa saya keluar dari sini kerana saya turut menghidap penyakit kencing manis," kata seorang mangsa, Helen Cordial.

Seorang warga emas, Aristone Balute, 81, turut merayu kepada pihak tentera supaya dia dapat dibawa berpindah ke tempat lain.

"Adakah mereka mahu melihat kami semua mati di lapangan terbang ini? Kami tidak makan dan keadaan menjadi lebih buruk kerana ketiadaan bekalan makanan," katanya.

Bandar ini terletak dalam wilayah Leyte di Kepulauan Visayas.

Menurut seorang jurucakap Jabatan Pertahanan di Washington, bantuan daripada pihak tentera udara AS dijangka tiba esok untuk memberikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa.


SEORANG mangsa duduk sebagai tanda bersyukur kerana akan menaiki pesawat tentera C-130.


Sebuah kapal bersaiz besar dilengkapi dengan helikopter yang mampu membawa sehingga satu tan air akan dihantar kepada mangsa-mangsa Haiyan.

Bantuan juga diberikan untuk membawa mangsa-mangsa yang cedera mendapatkan rawatan sama seperti bantuan yang diberikan ketika bencana tsunami pada tahun 2004.

Kerajaan AS turut memberikan sumbangan kewangan sebanyak AS$20 juta (RM63.9 juta).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia akan memperuntukkan sebanyak AS$25 juta (RM80.3 juta) bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa taufan itu.

Bantuan PBB itu meliputi keperluan makanan, bekalan air bersih, ubat- ubatan, isi rumah dan keperluan asas lain.

Hampir 10 juta penduduk terjejas akibat taufan tersebut yang melanda kawasan tengah Filipina. - Agensi

Morsi bertemu pasukan peguam

Posted:

Morsi bertemu pasukan peguam

Morsi bertemu pasukan peguam


GAMBAR fail menunjukkan Morsi (kanan) berada di dalam lokap sebuah mahkamah di Kaherah pada 4 November lalu.


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengadakan pertemuan buat kali pertama dengan pasukan peguam di dalam sebuah penjara.

Pendedahan tersebut dibuat oleh anak Morsi, Osama yang juga menyatakan, bapanya itu membincangkan taktik yang akan digunakan dalam perbicaraannya.

Dia sebelum ini didakwa melakukan hasutan supaya penduduk melakukan pembunuhan.

Morsi bertemu dengan peguam-peguam berkenaan selepas dia dipindahkan ke sebuah penjara rahsia di bandar Alexandria.

Bekas Presiden Mesir itu dipindahkan ke penjara tersebut setelah perbicaraan pertamanya berlangsung pada 4 November lalu.

Osama yang juga seorang peguam memberitahu agensi berita The Associa- ted Press bahawa pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan cara untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang telah melaku- kan pendakwaan terhadapnya.

Morsi sebelum ini mendakwa perbicaraannya itu tidak sah dan memberitahu mahkamah bahawa dia masih merupakan pemimpin Mesir.

Dia digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 3 Julai lalu.

- Agensi

Batman bin Suparman ditangkap

Posted:

Batman bin Suparman ditangkap

Batman bin Suparman ditangkap


KAD pengenalan yang mengandungi nama warga Singapura, Batman bin Suparman.


SINGAPURA - Seorang warga Singapura yang mempunyai nama mirip watak adi wira Superman dan Batman telah dihukum penjara selama dua tahun dan enam bulan kelmarin selepas didapati bersalah melakukan beberapa perbuatan jenayah.

Menurut beberapa laporan media, nama warga Singapura itu yang tercatat pada kad pengena- lannya ialah Batman bin Suparman.

Batman yang berusia 23 tahun dan merupakan seorang penganggur itu didapati bersalah mencuri kad mesin teler automatik milik abangnya, Nurazman Suparman dengan tujuan untuk mengeluarkan wang berjumlah S$850 (RM2,183).

Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memecah masuk bangunan SGF Billards & Marketing di Jalan Depot di sini dalam dua kejadian berasingan dan mencuri sebanyak S$500 (RM1,284).

Dia juga mengaku salah menggunakan dadah heroin antara Jun dan Ogos tahun ini.

Ketika dijatuhkan hukuman, mahkamah diberitahu, Batman masih muda dan dia telah ditangkap buat kali pertama kerana melakukan jenayah.

Gambar kad pengenalan yang mengandungi namanya telah disiarkan dalam internet.

Dalam gambar tersebut, tarikh lahir Batman itu ialah pada 13 Mei 1990.

Satu muka surat Facebook yang menggunakan nama warga Singapura tersebut, Kelab Peminat Batman bin Suparman juga telah dibuka dengan lebih 11,000 orang pengguna laman tersebut menyatakan suka dengan muka surat itu.

Salah seorang pengguna di laman itu memberikan komen bahawa Batman berada di penjara bagi menjalani latihan sama seperti permulaan kisah Batman.

Seorang pengguna, Kevin Yang memberikan komen: "Idola kita telah dipenjarakan."

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved