Selasa, 12 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Peka perubahan alat pemanas air

Posted:

Peka perubahan alat pemanas air

Peka perubahan alat pemanas air

Punca utama kerosakan bergantung kepada cara penggunaan alat pemanas air. Baiki segera kerosakan alat pemanas pada kadar segera bagi mengelakkan arus elektrik dalam rumah tidak terganggu.

ALAT pemanas air perlu diselenggara setiap bulan bagi memastikan keselamatan pengguna.- Gambar hiasan


KAYU dan arang antara bahan bakar pepejal yang digunakan untuk memanaskan air sejak berabad-abad lamanya untuk memanaskan air. Sekitar tahun 1930-an, penduduk di New Zealand dan Eropah lazimnya memanaskan air di dalam cerek atau pot di atas api terbuka atau di dapur kemudian meletakkannya di atas sink, tab mandian dan mencampurkannya dengan air sejuk untuk melaraskan suhu air tersebut.

Bekas tembaga yang biasanya ditemui hampir di kebanyakan kediaman, lazimnya bersaiz besar. Bekas tembaga itu dapat menampung kira-kira 60 liter air masuk ke dalam konkrit atau penyokong bata. Air dipanaskan dengan membakar kayu api di bawah bekas tembaga tersebut sebelum ia dialirkan ke dalam bekas lain yang digunakan sama ada untuk mandian mahupun mencuci pakaian. Hari ini dengan kepelbagaian teknologi, orang ramai tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkan air panas untuk mandi terutama pada awal pagi.

Kepada Ng Shiang Chyin, 34, suasana dinihari antara cabaran kepadanya untuk memulakan rutin harian.

Namun, air panas keluar daripada alat pemanas air berjenama Midea yang dibelinya sejak lima bulan lalu banyak membantunya memotivasikan diri membersihkan diri. Tubuh badannya yang kurang bermaya mula terasa segar dan cergas.

Memilih untuk menggunakan air pancuran panas sebagai mandian harian, Shiang Chyin mengakui dia tidak tahan dengan air sejuk.

"Saya telah menggunakan alat pemanas air sejak kecil dan terbawa-bawa hingga dewasa. Malah, ia merupakan antara item terawal yang dibeli ketika bekerja di ibu kota beberapa tahun lalu," ujarnya yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Selepas menggunakan beberapa produk tetapi gagal mendapat pulangan yang berbaloi, akhirnya Shiang Chyin memilih produk jenama Midea. Baginya, produk itu kerana mempunyai jaminan keselamatan yang telah diperakui oleh Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) dan Suruhanjaya Tenaga.

Kebimbangan Shiang Chyin terhadap penggunaan alat pemanas pancuran air itu mula timbul apabila media melaporkan kematian dua warganegara Jepun yang terkena renjatan elektrik akibat menggunakan pemanas air beberapa bulan lalu.

Menurut laporan Kosmo! bertarikh 9 September lalu, pasangan suami isteri itu ditemui mati di bilik air dan dipercayai terkena renjatan elektrik alat pemanas air di bilik mandi rumah mereka yang terletak di Kondominium Sri Bayu, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

"Selepas mengetahui perkara itu, saya lebih berhati-hati ketika menggunakan alat pemanas air," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Pengurus Pemasaran Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. (Midea), Hee Kok Thai, berkata, pengguna alat pemanas pancuran air perlu peka dengan setiap perubahan yang berlaku pada produk tersebut.

Punca kerosakan

Salah satu cara yang boleh dilakukan sendiri adalah dengan menekan butang Test yang terdapat pada kebanyakan alat pemanas air.

"Selepas menekan butang tersebut, lampu merah akan menyala menandakan ia berada dalam keadaan yang baik. Jika ia tidak mengeluarkan lampu dan berkelip-kelip, itu menandakan alat tersebut telah rosak atau berlaku kebocoran," ujarnya ketika ditemui di Bilik Pameran Midea yang terletak di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Bagi alat pemanas air jenama Midea, pengguna boleh melihat kelipan lampu merah di bahagian yang bertanda ELCB.

Proses pemeriksaan itu perlu dilakukan sekali dalam masa sebulan bagi mengelakkan pengguna menghadapi kecelakaan akibat kerosakan yang tidak diketahui.

"Pengguna yang tidak menggunakan alat pemanas air dalam tempoh yang lama, misalnya seisi rumah bercuti seminggu ke luar negara, mereka perlu memeriksa terlebih dulu alat tersebut sebelum menggunakannya," jelas Kok Thai.

Kebiasaannya, pihak Midea menerima laporan kerosakan daripada pengguna yang tidak pernah membuat pemeriksaan alat itu.

Menurutnya, kekerapan menggunakan alat tersebut walaupun ia telah rosak boleh menyebabkan berlakunya lintar pintas.

"Punca utama kerosakan sebenarnya bergantung kepada cara penggunaan alat tersebut. Terdapat pengguna yang mengabaikan ciri-ciri keselamatan, apabila berlaku kerosakan mereka tidak membaiki pada kadar segera.

"Perbuatan tersebut bukan sahaja membahayakan ahli keluarga lain tetapi turut mengganggu arus elektrik di dalam rumah," ujarnya.

Selain itu, kerosakan alat pemanas air juga boleh disebabkan teknologi yang digunakan dalam produk tersebut. Ada alat yang menggunakan teknologi yang tidak mendapat kelulusan pihak berwajib.

"Barangan elektrik dan elektronik yang ingin memasuki pasaran perlu mendapatkan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM. Pelbagai proses perlu dilalui oleh syarikat pengeluar dan pelesen sebelum diberikan perakuan yang sah daripada pihak berkenaan.


KEWUJUDAN kedai-kedai serbaneka yang menjual barangan elektrik palsu boleh membahayakan pengguna kerana tidak mendapat lesen yang sah. - Gambar hiasan


"Setiap produk yang mendapat lesen tersebut selamat digunakan," kata Kok Thai.

Peraturan 97 Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 mengkehendaki kelengkapan elektrik perlu mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga, manakala Peraturan 98 peraturan yang sama mengkehendaki kelengkapan yang telah diluluskan perlu dilabelkan mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya Tenaga iaitu dengan label sah Sirim.

Proses pensijilan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi Korporat Sirim, terdapat 34 barangan kelengkapan elektrik yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga. Antaranya pengering rambut elektrik, alat pemanas air, seterika, dan pengisar makanan.

Jelas kenyataan itu, pensijilan peralatan elektrik yang dijalankan oleh Sirim adalah melalui dua cara iaitu Skim Pensijilan Barangan dan Konsainmen Import.

"Melalui Skim Pensijilan Barangan, produk yang telah mendapat kelulusan untuk dibuat, diedar, dijual atau sebarang aktiviti yang berkaitan dari Suruhanjaya Tenaga akan mendapat sijil yang dikeluarkan oleh Sirim. Sebelum proses pensijilan tersebut, setiap barangan elektronik tersebut perlu lulus ujian-ujian yang telah ditetapkan.

"Bagi pengilang pula, pengeluaran sijil diberikan jika ia mempunyai sistem pembuatan dan kualiti yang konsisten bagi memastikan produk dihasilkan memenuhi keperluan pensijilan secara berterusan," katanya.

Lesen tersebut mempunyai tempoh sah selama setahun yang membolehkan produk-produk pengeluar atau pelesen mempunyai label Sirim atau logo pensijilan. Ia boleh diperbaharui setelah syarat-syarat untuk pembaharuan lesen telah dipenuhi.

Jelas kenyataan itu, antara syarat-syarat pembaharuan ialah pengilang masih mengekalkan amalan sistem kualiti yang menepati keperluan pensijilan Sirim. Selain itu, ia perlu lulus ujian pemeriksaan kilang yang umumnya dilakukan dua kali setiap tahun dan lulus Ujian Jenis setiap lima tahun.

"Melalui Konsainmen Import pula, ujian akan dijalankan khusus bagi produk-produk yang diimport sahaja.

"Sampel-sampel barangan itu akan diuji terlebih dulu di makmal Sirim. Produk yang melepasi ujian akan diberikan label mengikut kuantiti yang diimport untuk dilekatkan. Tiada pemeriksaan kilang dijalankan bagi pensijilan secara Konsainmen Import," menurut kenyataan tersebut.

Proses yang sama turut dilakukan oleh syarikat Midea, yang membawa rangkaian produk Midea dari China ke Malaysia. Ia telah berada dalam industri elektrik dan elektronik dunia sejak tahun 1980 dan kini berpangkalan di Shunde, Guangdong, China. Dalam pada itu, kajian mendedahkan mandi menggunakan air sejuk adalah lebih baik berbanding menggunakan air panas. Ia merawat pelbagai masalah dalaman seseorang terutamanya mereka yang menghadapi masalah pernafasan, insomnia dan hipertensi.

Kurangkan depresi

Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Onkologi Radiasi, Universiti Virginia Commonwealth, mendapati, mandian air sejuk dapat mengurang masalah depresi. Resptor sejuk yang terdapat di bawah kulit akan menghantar impuls elektrik dari saraf perferi hingga ke otak. Proses tersebut akan menghasil kesan anti-tekanan kepada keseluruhan tubuh.

Di Sweden, terdapat amalan yang membiarkan bayi kecil akan ditidurkan di luar rumah yang sejuk. Mereka percaya ia dapat membantu ketahanan tubuh bayi daripada sebarang penyakit malah membuat tidur lebih lena.

Dalam peradaban Arab, masyarakat negara itu menggunakan air sejuk memandangkan iklim negara itu yang panas. Ia telah menjadi amalan sejak zaman Rasulullah SAW.

"Suhu negara itu yang panas menyebabkan penduduk Arab menggunakan air sejuk ketika minum atau mandi," ujar penceramah bebas, Uztaz Dr. Zahazan Mohamed, ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Dia menambah, walaupun mandi air sejuk menjadi amalan masyarakat Arab, ia tidak menjadi satu kemestian kepada umat Islam kerana tiada dalil atau hadis yang menguatkan perkara itu.

"Dalam al-Quran atau hadis tiada yang menyebut kemestian mandi air sejuk lebih baik berbanding air panas. Ia sekadar amalan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Arab berikutan cuaca yang panas," jelas. Zahazan.

Tapas serangga Perancis

Posted:

Tapas serangga Perancis

Tapas serangga Perancis

Daviron berjaya mencipta lima hidangan baharu menggunakan serangga-serangga kering yang diimport dari Thailand.

HIDANGAN serangga dihidangkan dalam susun atur yang menarik.


DI sebuah bar kecil sekitar daerah Montmartre, Paris, Chef Elie Daviron, 26, mengaku sangat gembira dengan menu yang terdapat dalam restorannya walaupun ramai yang tidak berani untuk menjamah sesetengah hidangan yang ditawarkan. Ada antara pelanggan yang meminta dua hingga tiga gelas arak sebelum mula memakan sajian yang disediakan.

Di tengah-tengah hidangan guacamole, ayam tikka dan sosej, restoran tersebut menawarkan 'eksperimen gastronomi' yang menurut Daviron merupakan seleksi hidangan tapas serangga.

Serangga seperti belalang, kumbang, kala jengking, ulat sagu dan ulat sutera merupakan pilihan terbaharu yang ditawarkan di restoran tersebut.

"Pilihan kegemaran saya ialah ulat sagu kerana terdapat dua jenis tekstur berbeza pada bahagian kepala dan badan serangga tersebut," ujar chef muda itu kepada AFP di belakang bar restoran Le Festin Nu, satu lokasi tumpuan di kawasan bukit utara ini.

Menjelas lanjut, Daviron berkata, rasa bahagian badan ulat sagu seperti berpasir manakala kepalanya lebih rangup.

SEORANG pengunjung memberanikan diri mencuba hidangan tapas serangga yang terdapat di Le Festin Nu.


"Mereka yang pernah memakan haiwan itu mengatakan rasanya seperti kombinasi antara ubi bit dan cendawan," ujarnya.

Dia, yang berasal dari Montpellier di selatan Perancis, mendapat idea memperkenalkan menu itu setelah yakin serangga boleh menjadi sumber protein utama masa depan di negara-negara Eropah.

Susulan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah menyenaraikan jenis-jenis serangga yang boleh dimakan pada awal tahun ini, Daviron sedar akan potensi pasaran makanan eksotik itu.

Dia kemudiannya menempah beberapa jenis serangga sebagai resipi eksperimen daripada sebuah syarikat berlesen. Hasilnya, dia berjaya membuat lima hidangan baharu menggunakan serangga-serangga yang ditempah.

Hidangan-hidangan itu termasuk kala jengking lada hitam dalam minyak zaitun, kumbang bersama timun, halia jeruk dan kacang pis dan belalang dimasak bersama telur.

Rasa

Serangga yang kaya dengan protein itu diimport dari Thailand. Di negara berkenaan, ia dimakan sebagai salah satu makanan ringan. Tetapi disebabkan oleh permintaan yang terhad di Perancis, pembekal hanya dapat menyediakan serangga itu dalam bentik kering berbanding sejuk beku atau hidup.

"Ia telah dikeringkan dengan campuran garam. Disebabkan itu, ia berasa sedikit masin," ujarnya.

DAVIRON percaya hidangan serangga bakal mendapat sambutan di Eropah pada masa hadapan.


Beliau menjelaskan, semandangkan serangga-serangga itu telah dikeringkan, tempoh memasak adalah singkat bagi mengekalkan rasa dan bentuknya.

"Rasanya boleh dibahagikan kepada rasa seperti ditapai, cendawan, buah-buahan dan daging kering dan ikan masin," tambahnya.

Menurut Daviron, belalang akan terasa seperti kacang hazel, sementara kala jengking air seperti ikan masin.

Pengalaman

Bagi pelajar, Laura Dandelot, 21, dia mencuba menu di restoran tersebut kerana ingin mengubah prejudis terhadap kala jengking.

"Pada awalnya, saya merasakan ia sangat menggelikan dan tidak mungkin boleh dimakan. Tetapi selepas merasai serangga itu, ia seperti rasa kacang," kata Laura.

Seorang lagi pelanggan baharu restoran Daviron iaitu Adele Gaudre, 21, menyukai hidangan belalang.

"Ia seperti mengunyah teh kering. Ia sangat unik tetapi sedap," ujarnya.

Setiap hidangan tapas serangga berharga antara AS$7 (RM22.30) hingga AS$12 (RM28.20). Dalam masa sehari, restoran itu menghidangkan 50 sajian terutamanya waktu-waktu puncak.

Daviron mendapat pelbagai reaksi daripada pelanggan-pelanggannya selepas dua minggu memperkenalkan menu itu di restorannya.

"Ada pengunjung yang ragu-ragu, berasa geli dan terdapat mereka yang sangat bersemangat untuk mencuba. Malah ada sekumpulan pelanggan yang mengadakan cabaran antara rakan-rakan," selorohnya.

Menurut laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO), walaupun serangga tidak dimakan di negara-negara Barat, ia menjadi diet utama bagi dua bilion penduduk dunia terutamanya di Asia dan Afrika.

Sungguhpun demikian, Daviron yakin hidangan eksotik seumpama itu mungkin popular pada suatu hari nanti. - AFP.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Pecipta 2013 pamer penyelidikan IPT

Posted:

Pecipta 2013 pamer penyelidikan IPT

Pecipta 2013 pamer penyelidikan IPT

Oleh HAFIZ AHMAD

SARTAMS 5.0 membantu pasukan penyelamat ketika proses pencarian dan menyelamat mangsa-mangsa yang sesat atau hilang di dalam hutan.


PUSAT Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menjadi medan pertemuan kepada para ahli akademik baru-baru ini dengan mempamerkan produk dan kajian inovasi baharu yang memberi manfaat kepada kehidupan seharian.

Mereka disatukan dalam acara yang memasuki edisi ke-7 iaitu Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2013 yang dianjurkan selama tiga hari oleh Universiti Malaysia Pahang (Unimap) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang turut serta ialah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) membawakan produk yang dihasilkan daripada hampas pokok sagu, Eco-Modarnt, ciptaan Prof. Madya Dr. Nazlina Shaari dari Institusi Reka Bentuk dan Inovasi. Rekaan tersebut berjaya memenangi Double Gold Award pada Pameran Reka Cipta Britain (BIS) 2012.

"Ciptaan ini tercetus akibat lambakan hampas sagu di Mukah, Sarawak yang menjadi sumber ekonomi di daerah itu.

"Memikirkan senario tersebut dalam jangka masa panjang kepada ekosistem alam sekitar, kami mencari alternatif lalu tercipta satu produk daripada hasil buangan itu," ujarnya ketika ditemui Infiniti di persidangan berkenaan.

Pewarna asli

Sehubungan itu, beliau bersama Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Sumber Unimas, Prof. Madya Dr. Zainab Ngaini melakukan kajian berkaitan industri tekstil.

"Melalui kajian itu, kami mendapati hampas sagu yang dibakar menjadi abu boleh digunakan dalam proses pewarnaan fabrik.

"Ia jauh lebih selamat kerana diperbuat daripada bahan alam semula jadi, malah kadar kelunturan adalah lebih rendah berbanding bahan kimia," jelas Nazlina.

Proses pewarnaan baju biasanya menggunakan bahan-bahan kimia seperti alum dan ion. Dalam beberapa keadaan, ia mudah rosak dan cepat lentur akibat tindak balas kimia.

"Kajian yang dilakukan mendapati penggunaan serbuk abu sagu itu tidak menghasilkan bahan-bahan kimia, malah bahan pewarna yang digunakan diperbuat daripada pewarna asli tumbuh-tumbuhan," tambah Nazlina.

Pewarna tersebut kemudiannya telah diaplikasikan ke fabrik sutera bagi menghasilkan beberapa item fesyen seperti selendang wanita dan kain batik.

"Kami menerima banyak permintaan dari negara-negara luar antaranya, Korea Selatan yang berminat dengan kain selendang tersebut," ujarnya.

Sagu diperoleh daripada pokok rumbia yang banyak terdapat di hutan-hutan pedalaman Sabah dan Sarawak. Isi batang pokok rumbia kaya dengan kanji yang menjadi makanan asasi kepada kaum Bisaya di Sabah dan Melanau, Sarawak.


PELAJAR Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar Perlis, Muhammad Danish Saidar menunjukkan BreadFriend, alat menyapu mentega yang lebih mudah dan cepat.


Tepung sagu rumbia pula boleh digunakan untuk memproses serbuk perasa, sirap glukosa, alkohol, makanan bayi, kertas, pelekat, gam, bahan pembeku dan plastik.

Hampas sagu yang dibuang ke sungai akan menyebabkan berlakunya proses penapaian akibat mendapan hasil buangan itu.

Menurut Nazlina, kajian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak mendapati, hampas sagu yang dibuang ke sungai- sungai berdekatan menyebabkan kadar pH air bertukar kepada skala empat. Ia menunjukkan kadar asid tinggi dalam sungai yang boleh membunuh ikan-ikan.

Nenas

Dalam pada itu, bagi membantu pengusaha-pengusaha kecil dalam industri pengisaran serat nanas, sekumpulan pelajar dan pensyarah dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menghasilkan satu teknologi yang dinamakan Mesin Serat Daun Nanas 1 (PALF M1).

Menurut Siti Asia Yahya, salah seorang ahli kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Prof. Madya Yusri Yusof, kebanyakan pengusaha kecil menggunakan mesin pengekstrak yang menggunakan kaedah penghancur bagi mendapatkan ekstrak serat nanas.

"Ia berbeza dengan PALF M1 kerana kami menggunakan pisau-pisau bilah untuk menanggalkan lapisan berlilin pada daun tersebut," ujarnya.

Bercerita lebih lanjut, dia berkata, proses dimulakan dengan memasukkan daun nanas di antara dua bilah pisau. Kisaran pertama pada bilah satu akan menanggalkan lapisan luar. Ia seterusnya akan dikisar di bilah kedua untuk menanggalkan keseluruhan lapisan berlilin tersebut.

"Kadar pengeluaran PALF M1 adalah bersamaan 11 kali lebih banyak berbanding menggunakan tenaga manusia," jelas Siti Asia.

Inovasi tersebut mendapat perhatian daripada industri dan komuniti yang berkaitan dengan serat nanas di Malaysia. Ia menjimatkan masa dan kos pengeluaran pengusaha yang selama ini menggunakan kaedah kisaran tangan.


SERAT daun nanas yang menghasilkan produk seperti benang baju lebih mudah dihasilkan dengan menggunakan PALF M1 yang dicipta oleh UTHM.


Serat nanas yang telah dikeringkan banyak digunakan dalam pembuatan benang-benang kain dan songket. Ia mempunyai kualiti dan daya tahan yang tinggi.

Bagi menghasilkan benang, serat-serat tersebut akan dimasukkan ke dalam mesin pemintal bagi proses penyambungan.

Setakat ini, PALF M1 telah dibeli oleh Politeknik Ibrahim Sultan, Johor dan Shabat Craft Enterprise, Melaka. Selain itu, ia telah memenangi tiga anugerah inovasi di ITEX 2013, Tech Rural (UTHM) 2012 dan Pecipta 2011.

Orang hilang

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerusi Pensyarah daripada Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Prof. Madya Kapt. Syed Nasir Alsagof Syed Zakaria, mencipta Sistem Pengurusan Taktik Pencarian dan Menyelamat (Sartams) 5.0 bagi membantu pasukan keselamatan ketika proses pencarian orang hilang di hutan.

Sartams 5.0 menggunakan peranti Wifi android, Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) dan komputer riba.

Alat komunikasi tersebut akan disertakan dengan sistem kamera video dan gambar yang disambungkan ke komputer riba atau tablet seorang ketua penyelamat.

Sistem tersebut akan dikawal selia oleh ketua penyelamat dengan memberi arahan dan mengawal anak-anak buah ketika proses pencarian.

Sebelum memulakan pencarian, ketua penyelamat terlebih dahulu menetapkan lokasi asal bagi mengelakkan penyelamat terkeluar dari peta pencarian.

"Dalam proses itu, setiap pasukan penyelamat perlu mengikuti peta yang diberikan. Mereka perlu mendengar arahan yang diberikan kerana semua pergerakan dan rakaman video dapat dilihat oleh ketua penyelamat," ujar Noor Izzati Mohd. Khalid yang mewakili pensyarahnya.

Arca kreatif daripada kamera terpakai

Posted:

Arca kreatif daripada kamera terpakai

Arca kreatif daripada kamera terpakai

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


SETIAP kumpulan diwajibkan menggunakan kamera terpakai dalam menghasilkan karya masing-masing.


KITAR semula merupakan amalan biasa dalam sejarah manusia. Ia merupakan proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan suatu barangan yang baharu.

Amalan ini mampu mengurangkan jumlah bahan buangan, penggunaan bahan mentah dan tenaga, mengelak pencemaran serta kesan gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baharu dari bahan mentah dalam jangka masa panjang.

Menyedari kepentingan amalan itu, jenama kamera terkemuka di dunia, Nikon baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Limkokwing untuk menjayakan Projek Penciptaan Arca (Sculpture Creation Project) yang bertujuan menguji kreativiti tanpa sempadan melalui kamera.

Projek yang berlangsung selama enam minggu itu melibatkan 64 orang pelajar dari Fakulti Rekaan dan Inovasi universiti tersebut dan lebih 500 kamera Nikon terbuang bagi menghasilkan sembilan buah arca mempesona.


GABUNGAN kreativiti dan inovasi yang diterapkan pada setiap arca menarik perhatian hadirin.


Pengurus Sculture Project, Haris Hassan berkata, mengambil tema I Am in Motion, setiap arca direka berdasarkan pergerakan manusia yang berkaitan asas fotografi iaitu merakamkan imej.

Kreativiti inovasi

Katanya, projek yang menggabungkan pelajar tempatan dan antarabangsa dari 17 buah negara itu merupakan sebahagian daripada projek akhir bagi semester tahun ini.

"Kesemua pelajar dibahagikan kepada sembilan kumpulan yang membawa tema berbeza iaitu I am Memory, I am Awesome, I Am Unstoppable, I am Lyrical, I am Free dan I am Immortal.

"Mereka dibenarkan berkarya mengikut kreativiti masing-masing serta menggunakan pelbagai bahan kitar semula, di samping ratusan kamera terpakai yang disumbangkan Nikon," katanya selepas majlis penyerahan arca-arca itu kepada Nikon di Universiti Limkokwing, Cyberjaya baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengurus Kanan Perkhidmatan Profesional Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., Mahfooz Nabi Rasool dan Naib Presiden Universiti Limkokwing, Datuk Raja Aznil Raja Syam.

Sementara itu, Mahfooz berkata, kerjasama yang dilakukan tersebut merupakan inisiatif jenama tersebut dalam menerapkan kreativiti dan inovasi dengan menggunakan kamera terpakai sebagai salah satu bahan kitar semula.


ARYSTANOVA (kanan) menerangkan konsep arca yang dicipta ahli kumpulannya kepada Mahfooz.


"Ia merupakan komitmen kami untuk mendidik masyarakat, terutamanya generasi muda pada hari ini tentang kepentingan memelihara alam sekitar melalui amalan kitar semula.

"Pada masa yang sama kami juga membudayakan bidang kreativiti dan inovasi dalam diri mereka untuk menghasilkan arca-arca yang mengagumkan ini," katanya.

Pengabadian imej

Menjelaskan pemilihan tema bagi setiap arca berkenaan, Mahfooz memberitahu, pihak Nikon percaya fotografi merupakan kaedah unik dalam melahirkan pelbagai ekspresi dalam imej yang dirakam.

"Di Nikon, kami yakin untuk membantu pengguna menyimpan segala momen dalam hidup mereka adalah melalui pemilihan kamera yang tepat.

"Justeru, melalui pemilihan tema ini, para pelajar dapat menggunakan kreativiti untuk mencipta memori yang akan kekal sepanjang hayat mereka," jelasnya.

Bagi Ketua Kumpulan Dua Projek Penciptaan Arca, Karina Arystanova, 18, berkata, pengalaman mencipta arca daripada kamera terpakai sememangnya menguji kreativitinya dan ahli-ahli kumpulan itu.

Katanya, kumpulan itu telah memilih tema I am Awesome yang berkisar kepada kehidupan generasi muda yang menyukai kebebasan, di samping mempunyai personaliti diri yang tinggi.

"Kami mengambil masa hampir sebulan untuk menyiapkannya arca ini dengan menggunakan 53 kamera terpakai serta bahan-bahan kitar semula seperti surat khabar, kotak dan dawai.

"Untuk menggambarkan ia membawa suara generasi muda, arca ini 'menggayakan' pakaian moden seperti seluar jean, baju-T dan topi," katanya yang berasal dari Kazakhstan.


SERAMAI 64 orang pelajar daripada Fakulti Rekaan dan Inovasi, Universiti Limkokwing terlibat dalam menjayakan Projek Penciptaan Arca anjuran Nikon dan universiti itu baru-baru ini.


Bagi Zul Iman Zahiruddin, 18, dari Kumpulan Sembilan, dia dan kumpulannya memilih arca yang bertemakan I am Alive.

Katanya, arca yang dihasilkan menggabungkan tema kehidupan dan masa seperti juga fungsi kamera Nikon yang merakamkan imej hidup yang mampu diabadikan sepanjang hayat.

"Proses menyiapkan kepala arca ini paling sukar berbanding bahagian-bahagian lain dan memerlukan ketelitian mendalam kerana bentuknya seperti kepala manusia.

"Bagaimanapun, saya berpuas hati kerana setiap ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik biarpun terpaksa bersengkang mata sehingga lewat malam untuk menyiapkannya," jelas beliau.

Seorang lagi pelajar, Yang Zhiqin, 20, dari Kumpulan Satu pula memilih tema I am Memory dalam karyanya.

Berasal dari Beijing, China, arca yang diketengahkan menggunakan hampir 72 kamera terpakai.

"Kami membuat banyak kajian yang berkaitan dengan Nikon sebelum memilih tema ini yang menggambarkan seorang manusia yang sedang duduk.

"Konsepnya agak subjektif, namun apa yang diterjemahkan ialah mengenai momen baik dan buruk dalam kehidupan," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Siti Nurhaliza tegur Khairy Jamaluddin

Posted:

Siti Nurhaliza tegur Khairy Jamaluddin

Siti Nurhaliza tegur Khairy Jamaluddin

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

PETIKAN Twitter Siti Nurhaliza semalam.


KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin semalam membuat teguran secara terbuka terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar kecil) menerusi laman Twitter peribadi miliknya.

Siti Nurhaliza, 34, memberitahu, dia terpanggil untuk membuat teguran itu setelah membaca laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir supaya tidak campur tangan dalam kemelut menteri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Teguran saya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada kepentingan apa-apa.

"Apabila saya membaca kenyataan beliau dalam akhbar, sebagai orang biasa, saya terpanggil untuk membuat teguran," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo!.

Semalam, Siti Nurhaliza menerusi laman Twitter miliknya, @CTNurhaliza11 mengkritik Khairy Jamaluddin dengan berkata: "Sebagai menteri muda & being look up (menjadi perhatian), rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu **a*** dengan yang lebih tua."

Penyanyi itu bagaimanapun, menyatakan tegurannya menerusi Twitter terhadap Khairy Jamaluddin itu adalah sekadar teguran ikhlas.

"Kalau boleh, saya enggan perkara ini menjadi kontroversi disebabkan saya ini seorang artis.

"Saya meletakkan diri sama seperti rakyat biasa dan percaya mesti ada orang lain yang turut memberi teguran sama," jelasnya yang merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak Pahang.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali yang dianjurkan oleh Timbalannya, Datuk M. Saravanan di sini semalam, bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut.

Kemelut antara Khairy Jamaluddin dan FAM tercetus apabila beliau lantang mengkritik badan induk bola sepak negara itu, antaranya berhubung isu jualan tiket final Piala Malaysia dan kemuncaknya, teguran terhadap Jawatankuasa Keselamatan FAM susulan penemuan pistol di Stadium Shah Alam pada 3 November lalu.

Menteri itu kemudiannya menyatakan persetujuan untuk bersemuka dengan FAM bagi menyelesaikan kemelut antara kedua-dua pihak.

Lelaki berkopiah, baju putih dicari

Posted:

Lelaki berkopiah, baju putih dicari

Lelaki berkopiah, baju putih dicari

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
berita@kosmo.com.my


TIMBALAN Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Rosly Hassan (kiri) mengedarkan gambar lakaran lelaki dicari di Pasar Besar Kuantan, Pahang semalam.


KUANTAN – Polis semalam mengedar gambar lakaran lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tembak mati Ketua Pegawai Penguat Kuasa, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik di depan rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, lelaki yang dicari itu dipercayai berusia 50-an dan dikatakan merupakan individu yang memberi salam di hadapan rumah mangsa sebelum mangsa kemudian ditembak mati dari jarak dekat.

"Gambar lakaran lelaki itu 70 peratus tepat. Lelaki itu memakai baju putih serta berkopiah semasa datang ke rumah Ahmad Raffli.

GAMBAR lakaran lelaki yang dicari polis.


"Dia kemudian memberi salam sebelum seorang rakannya yang berpakaian hitam menembak Ahmad Raffli dari tempat duduk belakang di dalam kereta," kata beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 1.55 petang 10 November lalu, Ahmad Raffli maut terkena dua das tembakan masing-masing satu di dada manakala satu das di kerongkong. Satu das lagi tembakan yang dilepaskan tersasar.

Lelaki yang memberi salam dan melepaskan tembakan menaiki kereta Proton Wira warna putih yang dipandu seorang lelaki lain.

Gambaran lakaran lelaki itu dibuat berdasarkan keterangan saksi-saksi.

Sehubungan itu, Sharifuddin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu supaya menyalurkan maklumat ke balai-balai polis berdekatan.

Bagi mengesan suspek kes bunuh Ahmad Raffli, 49, polis turut melakukan sekatan jalan di hampir semua pintu keluar dari negeri ini.

Malaysia hantar bantuan ke Filipina

Posted:

Malaysia hantar bantuan ke Filipina

Malaysia hantar bantuan ke Filipina

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menghantar pasukan bantuan ke Filipina bagi membantu rakyat negara itu yang dilanda Taufan Haiyan dan mengorbankan ribuan nyawa pada 10 November lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan itu terdiri daripada tujuh pakar dan pegawai perubatan, 12 paramedik, 15 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta lima petugas Kementerian Kesihatan.

"Kelab Putera 1Malaysia turut menghantar bantuan dan sukarelawan mereka ke Filipina bagi misi ini.

"Kesemua mereka berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang pagi esok (pagi ini) menggunakan dua pesawat C130 Hercules ke Lapangan Tacloban di Filipina," katanya di sini semalam.

Kosmo! pada 11 November lalu melaporkan Pulau Leyte, wilayah tengah Filipina dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.

Taufan yang bertiup selaju 315 kilometer sejam itu mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu.

Hishammuddin turut memaklumkan Kementerian Pertahanan akan membawa enam tan beras, tiga tan sardin dalam tin, satu tan tarpaulin, 2,000 helai selimut, 28 unit sistem penyulingan air dan 200 bekas air dalam misi tersebut.

Beliau berkata, Malaysia sedia menghantar bantuan yang lebih besar termasuk menggunakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia jika diperlukan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal bukan pilihan Pahang

Posted:

Rajagobal bukan pilihan Pahang

Rajagobal bukan pilihan Pahang

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

IMBAS KEMBALI... Dollah (dua dari kiri) bersama pemain dan pegawai skuad Tok Gajah meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam baru-baru ini.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menepis spekulasi bahawa jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal akan mengisi tempat Dollah Salleh selaku ketua jurulatih skuad Tok Gajah musim depan.

Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim menegaskan, Rajagobal tiada dalam senarai selaku pengganti Dollah yang dilaporkan hampir pasti membimbing Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kempen Liga Premier tahun depan.

"Namanya (Rajagobal) langsung tiada dalam senarai kami. Saya tidak tahu bagaimana beliau dikaitkan dengan jurulatih baharu Pahang.

"Pada pendapat saya, banyak jurulatih tempatan yang layak tetapi kami menanti titah daripada Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

"Sebelum isu Dollah (yang dikaitkan dengan PDRM) timbul, PBNP sudah lama merancang membawa pengendali dari luar negara iaitu Bruno Metsu yang pernah membawa Ghana beraksi pada Piala Dunia.

"Malangnya, usaha PBNP tidak kesampaian apabila jurulatih kelahiran Perancis itu meninggal dunia pada September lalu.

"Sehubungan itu, PBNP tidak mahu terburu-buru untuk menamakan mana-mana individu sebagai pengganti Dollah.

"Apa yang pasti bukan Rajagobal. PBNP akan mengumumkan pengganti Dollah minggu depan jika beliau tekad meninggalkan Pahang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ketiadaan Dollah sudah pasti dirasai skuad Tok Gajah selepas mereka berjaya mengakhiri penantian 21 tahun dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia minggu lalu.

Pahang mengesahkan kejuaraan selepas membenam juara bertahan, Kelantan 1-0 menerusi jaringan tunggal Matias Conti pada aksi final di Stadium Shah Alam.

Mengulas mengenai persiapan Pahang musim depan, Fuzzeimi berkata, skuad Tok Gajah tetap mahu memperkemas lagi barisan sedia ada.

"Kami akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan jurulatih atau pemain-pemain berpotensi bagi menguatkan skuad Pahang musim depan," katanya.

PBNJ terima keputusan Norfarhan

Posted:

PBNJ terima keputusan Norfarhan

PBNJ terima keputusan Norfarhan

NORFARHAN membatalkan hasrat untuk menyertai Johor DT musim depan atas sebab-sebab peribadi.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendedahkan tonggak Kelantan, Norfarhan Muhammad telah menandatangani perjanjian untuk mewakili Johor Darul Takzim (Johor DT) musim depan.

Bagaimanapun, Norfarhan telah membuat keputusan untuk menarik diri pada saat-saat akhir atas sebab-sebab peribadi.

"Polisi PBNJ hanya fokus kepada para pemain yang benar-benar ingin berbakti kepada pasukan Merah Biru.

"Dengan ini, PBNJ ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Norfarhan dengan pasukan pilihannya," jelas PBNJ dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media semalam.

Dua musim bersama Kelantan, Norfarhan telah merekodkan 29 gol, sekali gus menjadikan dia antara pemain yang mempunyai pengaruh besar di Kelantan.

Norfarhan juga menjadi watak penting The Red Warriors ketika final Piala FA musim ini apabila menjaringkan gol tunggal bagi membantu Kelantan menewaskan Johor DT 1-0.

Dalam perkembangan berbeza, PBNJ membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim yang mengatakan penyerang Harimau Malaya itu wajar berhijrah jika masih sayangkan kariernya.

"Para pemain bola sepak perlu berhati-hati dengan individu seperti ini, mereka lebih berminat mencari pendapatan sampingan dalam urusan perpindahan pemain antara kelab," kata kenyataan itu lagi.

Berhubung dengan kritikan berterusan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kenyataan itu melaporkan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyokong sepenuhnya tindakan menteri berkenaan.

"Beliau (Khairy) layak menyuarakan pendapat kerana selaku Menteri Belia dan Sukan, beliau telah diberi mandat oleh kerajaan untuk mentadbir hala tuju sukan negara ini, termasuk bola sepak.

"Selain itu, beliau juga membuat teguran dengan niat yang baik demi kemajuan sukan bola sepak tanah air," katanya.

Sengketa ATM, Felda United belum selesai

Posted:

Sengketa ATM, Felda United belum selesai

Sengketa ATM, Felda United belum selesai

NAMPAK gayanya, 'perang' antara Felda United dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih belum berakhir.

Biarpun sebelum ini Felda mendedahkan bahawa mereka telah berjaya mendapatkan khidmat dua tonggak ATM - Hairuddin Omar dan Norfazly Alias, The Gladiators pantas memberikan respons apabila mendakwa perjanjian tersebut tidak sah.

Jurulatih ATM, B. Sathianathan menjelaskan, Hairuddin atau lebih dikenali sebagai Hai-O dan Norfazly masih menjadi milik The Gladiators.

Sebelum ini, kedua-dua pemain itu dikatakan telah menandatangani borang C302 bersama The Settlers.

Borang C302 adalah perjanjian antara pemain dan sesebuah pasukan.

Begitupun, pengendali Felda, Irfan Bakti Abu Salim berkata, Hai-O dan Norfazly sah milik Felda selepas kedua-dua pemain itu menandatangani borang C302.

"Saya tahu borang C302 itu apa. Dah ada pemain yang menandatangani borang C302 sebelum ini. Jadi, borang itu sah dan diakui bahawa kami berjaya mengikat mereka.

"Rujuklah perkara ini kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekalipun, mereka tahu apa fungsi borang C302. Seperti saya katakan tadi, jika mahu 'pusingan U' tiada masalah," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa kedua-dua pemain itu telah bersetuju untuk menyertai Felda, namun membuat 'pusingan U' pada saat-saat akhir.

Situasi itu jelas menimbulkan kemarahan Irfan sehingga menjejaskan perancangannya untuk membawa Felda kembali beraksi dalam saingan Liga Super pada 2015.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kolej Yayasan Saad menang anugerah Cabaran Sains Negara

Posted:

Kolej Yayasan Saad menang anugerah Cabaran Sains Negara

Kolej Yayasan Saad menang anugerah Cabaran Sains Negara

12/11/2013 10:53pm

KUALA LUMPUR - Kolej Yayasan Saad dari Melaka muncul sebagai pemenang Cabaran Sains Negara 2013 - Trofi Cabaran Perdana Menteri hari ini.

Kolej itu mengalahkan tiga sekolah lain untuk menerima hadiah utama berupa perjalanan ke Stockholm, Sweden untuk menghadiri penyampaian Anugerah Hadiah Nobel pada 10 Disember ini.

Sekolah Menengah St. Joseph dari Sarawak memenangi tempat kedua, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael (Perak) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah (Negeri Sembilan) masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Timbalan Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan menyampaikan hadiah kepada pemenang di sini pada majlis yang turut dihadiri pengerusi anak syarikat Exxonmobil di Malaysia, J. Hunter Farris.

Pertandingan Sains Negara (NSC) diadakan setiap tahun sejak 1983 oleh Akademi Sains Malaysia dan diiktiraf Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pendidikan.

- Bernama

1.7 juta pendeposit pilih SSPN-I untuk tabung pendidikan

Posted:

1.7 juta pendeposit pilih SSPN-I untuk tabung pendidikan

1.7 juta pendeposit pilih SSPN-I untuk tabung pendidikan

12/11/2013 10:47pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1.7 juta pendeposit menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sehingga kini, dengan jumlah deposit hampir RM1 bilion.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, SSPN-i, iaitu instrumen simpanan khas pendidikan tinggi yang diperkenalkan PTPTN pada 2004, semakin mendapat sambutan terutama selepas perbadanan itu mewajibkan seseorang itu memiliki akaun SSPN-i jika ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN mulai 1 Jan tahun lepas.

Menurut Shamsul Anuar, skim itu kurang mendapat sambutan di awal tiga tahun selepas ia diperkenalkan apabila hanya 80,000 akaun SSPN-i dibuka.

"Kini, dengan pelbagai insentif, promosi dan kelebihan yang disediakan PTPTN, hampir 300,000 akaun baharu dibuka setahun.

"Malah, pada 2012 PTPTN berjaya mengutip deposit lebih daripada RM250 juta," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Hadiah Simpanan Mega SSPN-i Siri Ketiga di sini hari ini.

- Bernama

Haiyan ragut tujuh nyawa di China

Posted:

Haiyan ragut tujuh nyawa di China

Haiyan ragut tujuh nyawa di China

12/11/2013 10:38pm

BEIJING - Taufan Haiyan meragut tujuh nyawa manakala empat lagi dilapor hilang di China setakat pukul 10 pagi, demikian lapor Suruhanjaya Bantuan Bencana Kebangsaan pada Selasa.

Menurut badan itu seperti yang dipetik oleh agensi berita Xinhua, lima kematian dilapor di wilayah Hainan dan dua di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

Taufan itu yang tiba di China pada malam Isnin menjejaskan lebih tiga juta penduduk di wilayah selatan China di Hainan dan Guangdong serta Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

Taufan itu juga memusnahkan lebih 9,000 rumah dan 25,000 hektar kawasan tanaman yang mengakibatkan kerugian sekitar 4.47 bilion yuan (US$734 juta).

Haiyan dilapor meragut sekurang-kurangnya 10,000 nyawa di Filipina. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


AS sertai operasi menyelamat

Posted:

AS sertai operasi menyelamat

AS sertai operasi menyelamat

ANGGOTA tentera dan penduduk setempat melihat kemusnahan yang berlaku di bandar Tacloban, Pulau Leyte dari atas sebuah trak semalam.- REUTERS


TACLOBAN - Beberapa buah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) menyertai usaha menyelamat mangsa yang kebuluran semalam selepas Taufan Haiyan meragut 10,000 nyawa di Filipina.

Perkembangan itu berlaku ketika pasukan keselamatan berusaha mengekang kecurian yang semakin berleluasa di beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat ribut dahsyat itu.

Tiga hari selepas Taufan Haiyan meratakan bandar-bandar di tengah Filipina, penduduk yang terselamat semakin terdesak kerana ketiadaan makanan, air dan ubat-ubatan.

Mayat mangsa yang terbunuh pula dilihat bergelimpangan di merata-rata tempat.

"Kami mahu sebuah organisasi tersusun untuk menyelaras usaha mengutip mayat, membawa makanan dan menghentikan kes kecurian," kata seorang wanita berusia 54 tahun, Joan Lumbre-Wilson.

Dia merupakan antara kumpulan orang ramai yang berhimpun di beberapa buah pusat perlindungan sementara yang masih beroperasi di ibu negeri wilayah Leyte, di sini.

"Hari ini masuk hari keempat (semalam). Kami mahu air dan makanan. Kami mahu seseorang membantu. Kami amat lesu dan emosi kami terganggu," tambahnya.

Haiyan mencetuskan ombak tsunami setinggi 5 meter yang membanjiri pantai di tengah Filipina dan memusnahkan hampir apa sahaja yang berada di laluannya.

Kira-kira 10,000 orang dipercayai mati di Leyte. Banyak kawasan masih terputus hubungan manakala mayat-mayat mula mereput dan membusuk.

Mangsa-mangsa terselamat pula tiada pilihan melainkan menyelongkar runtuhan kediaman dan kedai untuk mencari sisa makanan, air dan barang keperluan lain.

Taufan Haiyan melanda Pulau Samar, dekat Leyte pada kelajuan 315 kilometer sejam, sekali gus menjadi taufan paling kuat di dunia pada tahun ini.

Ribut berkenaan juga antara yang terkuat pernah dicatatkan.

Gabenor Samar berkata, sebanyak 443 orang disahkan maut di pulau itu walaupun terdapat laporan bahawa angka kematian sebenar adalah jauh lebih besar.

Di bandar ini, beberapa pesawat Hercules C-130 tentera AS tiba dengan membawa bekalan semalam.

Pesawat-pesawat berkenaan merupakan petanda jelas bahawa bantuan antarabangsa mula digembleng.

Banyak kerajaan asing berikrar akan membantu dengan Australia mendermakan hampir AS$10 juta (RM31.8 juta) manakala Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pula berjanji bahawa agensi PBB akan bertindak segera untuk membantu mangsa. - AFP

Parti hari jadi bertukar tragedi

Posted:

Parti hari jadi bertukar tragedi

Parti hari jadi bertukar tragedi


ANGGOTA keluarga dan rakan-rakan saling berpelukan selepas insiden tembakan di Cypress, Houston kelmarin.


HOUSTON - Tembakan kemeriahan yang dilepaskan pada parti hari jadi seorang gadis berusia 18 tahun mencetuskan lebih banyak bedilan senjata api yang menyebabkan dua orang maut, dua lagi kritikal manakala 24 yang lain cedera.

Insiden itu turut mencetuskan kekalutan apabila orang ramai terjun dari beberapa buah tingkap di tingkat dua sebuah kediaman untuk menyelamatkan diri, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Syerif Daerah Harris, Adrian Garcia berkata, acara malam Sabtu lalu itu dihadiri lebih 100 orang dengan kebanyakan mereka berumur antara 17 hingga 19 tahun.

"Majlis tersebut bertukar menjadi parti liar," kata Garcia.

Menurutnya, ketika tetamu leka menari, seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol melepaskan tembakan untuk meraikan majlis tersebut.

"Kekeliruan yang timbul menyebabkan seorang lagi yang bersenjata api mula menembak ke arah orang ramai," ujar Garcia.

Seorang pengunjung parti berkenaan, Shaniqua Brown memberitahu agensi berita Associated Press bahawa parti tersebut tidak 'hingar bingar' seperti yang didakwa.

Katanya, dia mula mendengar bunyi tembakan di dalam rumah tersebut dan merebak ke halaman ketika orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa memberitahu kelmarin bahawa 20 orang cedera dengan 16 mangsa mengalami luka akibat ditembak manakala empat lagi cedera ketika melarikan diri.

"Dua orang yang terbunuh ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dan gadis berumur 16 tahun," jelas Garcia.

Susulan insiden tembakan tersebut, katanya, pihak berkuasa kini memburu dua lelaki bersenjata dengan masing-masing berumur 17 dan 22 tahun.

"Insiden ini tercetus kerana kurang kematangan, akses mudah kepada senjata api dan kegagalan untuk mengawal diri," tambah syerif berkenaan.

Seorang gadis, Mariah Boulden yang mengaku parti itu diadakan sempena hari lahirnya memberitahu, dua pengawal telah diupah untuk memeriksa badan tetamu bagi memastikan tiada senjata api dibawa masuk ke rumahnya.

Namun katanya, dua lelaki yang enggan membenarkan tubuh mereka diperiksa meninggalkan kediaman itu sebelum menyusup masuk melalui pintu pagar belakang.

"Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka tidak sepatutnya berada di sini," ujar Boulden. - AP

Larian lembu tanduk berapi di Sepanyol

Posted:

Larian lembu tanduk berapi di Sepanyol

Larian lembu tanduk berapi di Sepanyol


LEMBU jantan dengan tanduk terbakar mengejar seorang peserta pada festival Toro de Jubilo di Medinaceli kelmarin.


MEDINACELI, Sepanyol - Penduduk di sini mengadakan festival yang jarang diadakan di tempat-tempat lain di dunia.

Dinamakan Toro de Jubilo atau Festival Lembu Api, acara berkenaan berlangsung kelmarin di sebuah dataran utama di bandar ini.

Larian lembu api itu merupakan acara kuno yang berasal dari zaman gangsa.

Semasa acara berkenaan diadakan, penduduk mengikat jamung pada tanduk seekor lembu jantan dan api dinyalakan.

Haiwan itu kemudian dilepaskan. Peserta perlu mengelak daripada ditanduk atau terkena api tersebut sehingga jamung berkenaan padam sendiri.

Lembu jantan itu dilumur dengan lumpur tebal pada bahagian muka dan belakang untuk mengelakkan haiwan itu melecur. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


'Tiada lagi Mizz Nina yang lama'

Posted:

'Tiada lagi Mizz Nina yang lama'

'Tiada lagi Mizz Nina yang lama'

PULANG daripada menunaikan ibadah haji pada hujung bulan Oktober lalu, perubahan mendadak penyanyi urban Mizz Nina mencuri tumpuan khalayak.

Bukan saja imej baharu dengan menutup aurat dan bertudung, hijrah Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 33, turut merangkumi aspek muzik dan karier seninya.

"Selepas ini, tiada lagi Mizz Nina yang lama, daripada segi muzik dan lagu-lagu saya semuanya akan berubah. Saya akan tinggalkan terus dunia muzik yang lama dan bermula semula dengan arah baharu.

"Insya-Allah, pada tahun depan saya akan menghasilkan sebuah single baharu yang lebih bersifat kerohanian dan menyampaikan mesej tersirat pada masa sama.

"Tapi buat masa sekarang saya perlu fokus untuk diri sendiri dulu dan berehat seketika daripada dunia seni," ujarnya yang ditemui ketika acara Shout! Awards di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Nina, kehidupan peribadinya masih sama seperti dahulu dan dia enggan menjadi hipokrit selepas diberikan hidayah dan peluang untuk melakukan penghijrahan terbesar dalam hidupnya kali ini.

"Hidup saya masih sama tiada apa yang berubah cuma sekarang saya rasa lebih gembira dan bebas. Alhamdulillah saya bersyukur atas penghijrahan ini dan apabila mendapat seruan untuk menunaikan haji di Tanah Suci Mekah, nikmat itu tidak tergambar oleh kata-kata.

"Tambahan, saya dapat menunaikan haji bersama suami dan keluarga saya bersama-sama yang telah lama saya idamkan, tidak seperti kawan-kawan saya yang lain terpaksa pergi berasingan.

"Apabila dapat berdua-duaan dengan suami menunaikan haji di Mekah, saya rasa bahagia dan sangat direstui. Lagipun, sudah lama saya ingin untuk menunaikan haji," kata Nina.


MIZZ NINA terharu dengan kemenangannya meraih Anugerah Flava pada Shout! Awards 2013.


Tudung

Ditanya apakah antara doa yang dipanjatkan sepanjang mengerjakan ibadah rukun Islam kelima itu, jawab Nina, dia berdoa agar dipercepatkan rezeki untuk memperoleh zuriat setelah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Noh Salleh.

"Setiap pasangan akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan rumah tangga dan kebaikan dalam kehidupan, bukan saya berdoa untuk dikurniakan zuriat semata-mata.

"Insya-Allah, sekarang pun kami masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, ada rezeki adalah," tambahnya.

Memilih keputusan untuk bertudung ujar Nina banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan sekelilingnya. Ada antara sahabat karibnya memperkenal dan mendekatkan Nina dengan hijab sebelum menunaikan haji lagi.

"Keluarga saya sudah lama mengetahui hasrat saya untuk bertudung dan Alhamdulillah mereka menyokong saya dan gembira atas pilihan ini. Suami pun lebih sayang!

"Ini semua satu pengorbanan untuk menjadi diri saya yang lebih baik daripada sebelum ini dan bertudung adalah perkara yang lahir daripada hati secara ikhlas untuk melakukannya," kata Nina yang masih mencari-cari imej terkini yang sesuai dengan dirinya.

Pernah suatu ketika, Nina meluahkan hasrat untuk berkolaborasi dengan penyanyi pop antarabangsa Rihanna sebelum ini dan ketika diajukan soalan bagaimanakah dia akan meneruskan niat itu, Nina terdiam seketika.

"Selepas ini tidak akan ada lagi sebarang kolaborasi dengan artis luar atau klip video seperti sebelum ini. Sekarang adalah Mizz Nina baharu, saya tidak menyesal dan yakin dengan pilihan ini!" ulasnya.

Noh tidak paksa

Berkongsi pengalaman menunaikan haji baru-baru ini, kata Noh, dia bersyukur diberikan peluang untuk melengkapkan rukun Islam kelima pada tahun ini.

"Sebelum ini saya dan Nina pernah berbincang dan merancang untuk menunaikan haji tapi atas kesibukan kerja masing-masing, hasrat itu terpaksa 'ditangguhkan' seketika sehingga ke tahun depan pada asalnya.

"Tapi perjalanan kali ini Alhamdulillah dipermudahkan Allah dan memang niat kami untuk menunaikan haji sebelum dapat cahaya mata," ujarnya.


NOH dan Nina berkongsi momen indah ketika mengerjakan haji di Mekah.


Berkongsi pengalaman menarik sepanjang menunaikan haji, cerita Noh, momen ketika berkhemah di Mina sebelum melontar Jamrah Aqabah adalah detik terindah sepanjang di Mekah.

"Perasaan ketika itu sebak dan rasa lain macam, pada masa sama rasa begitu hiba dan penuh syukur. Selain itu, ketika wukuf di Padang Arafah juga antara detik-detik yang tidak dapat saya lupakan sepanjang menunaikan haji," kata Noh.

Sementara itu, vokalis band Hujan itu mula menyedari perubahan isterinya sekitar tiga bulan lalu apabila Nina semakin kerap mengajaknya untuk mengaji Al-Quran bersama-sama.

"Hidupnya berubah 360 darjah dan lebih cenderung untuk mendalami ilmu agama Islam tanpa sebarang paksaan daripada sesiapa melainkan kehendak dirinya sendiri.

"Mula-mula dia sering mengajak saya untuk mengaji al-Quran bersama-sama dan mengejutkan saya bangun awal-awal pagi untuk menunaikan solat Subuh. Apabila keluarga menyatakan hasrat untuk menunaikan haji di Mekah, perasaan terujanya tambah berkobar-kobar.

"Saya tidak memaksa Nina untuk berhijrah kerana dia sendiri boleh berfikir baik dan buruknya, Nina juga seorang yang bijak dan tidak perlu disuruh untuk melakukan sesuatu malah kalau ada sebarang ketidakpuasan hati, dia sendiri yang akan suarakan," ujarnya yang bakal merakamkan single bersifat kerohanian bersama Nina tidak lama lagi.

Isu lagu Permata Alyah

Posted:

Isu lagu Permata Alyah

Isu lagu Permata Alyah

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

ALYAH mengharapkan lagu Permata yang dialunkannya bersama Ben Idola Kecil 5 ini mampu menyuntik semangat baharu buat dirinya dalam terus mengharungi ranjau dan duri dunia nyanyian.


PROGRAM Muzik Muzik merupakan medan pertembungan antara lagu-lagu baharu dalam kalangan penyanyi serta komposer untuk dipertandingkan setelah berada dalam carta selama beberapa minggu.

Bagaiamanapun, terbaharu, sempena pertandingan Muzik Muzik 28, wujud isu yang mana lagu lama yang diberi nafas baharu turut meraih pencalonan antara 30 lagu baharu yang dipertandingkan.

Ia seperti tidak adil untuk komposer dan artis lain yang mempertandingkan lagu baharu mereka.

Lagu yang dimaksudkan berjudul Permata alunan Alyah yang telah dicipta pada tahun 2002. Selepas berjaya mendapat tempat di separuh akhir Muzik Muzik 28 dan kemudian layak bertanding pada Anugerah Juara Lagu 28.

Namun, pihak TV3 ada jawapan tersendiri tentang isu tersebut. Ikuti temu bual bersama Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 28, Muhamad Sufian Che Isa pada sidang akhbar di Terrace, The Curve, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Permata merupakan lagu lama yang diberi nafas baharu. Kenapa ia layak bertanding dalam Muzik Muzik?

SUFIAN: Kami lihat dari segi kesesuaian lagu itu untuk bertanding. Lagu Permata tidak pernah bertanding dalam pertandingan Muzik Muzik sebelum ini. Jadi, tahun ini kami longgarkan syarat penyertaaan dan benarkan lagu seumpama itu bertanding. Bagaimanapun, tahun hadapan kami akan merombak semula garis panduan tersebut.


AKSI Alyah ketika berkolaborasi bersama Ben Idola Kecil 5 menyampaikan lagu Permata pada separuh akhir Muzik Muzik 28.


Adakah pihak Muzik Muzik sendiri tahu Permata sebenarnya lagu lama yang telah diberi nafas baharu?

Kami memang sedia maklum akan perkara tersebut. Namun, ia merupakan sebuah lagu lama yang tidak diketengahkan atau dimasukkan ke dalam mana-mana carta sebelum ini. Buat masa ini, kami beri peluang kepada semua lagu tidak kira baharu atau lama untuk masuk bertanding. Bagaimanapun, tahun hadapan perkara ini akan dibincang semula.

Beralih kepada pencalonan, kini kelihatan ada beberapa artis lama yang tarik diri daripada pertandingan ini biarpun lagu mereka tercalon. Adakah ia perkembangan yang baik atau tidak?

Seperti yang diketahui, kami memang beri kelonggaran dengan membenarkan penyanyi lain untuk menyampaikan lagu tersebut jika komposernya ingin bertanding. Namun, kami sendiri berharap ia tidak perpanjangan dan mengalu-alukan semua komposer serta artis untuk masuk bertanding.

Komen anda tentang hal ini?

Itu sebenarnya hak mereka untuk masuk bartanding atau tidak. Jika boleh, kami juga tidak mahu tetapkan syarat yang terlalu ketat. Ada penyanyi asal tidak mahu bertanding, tetapi komposernya mahu. Namun, diharap mereka faham tentang objektif Muzik Muzik dan harap ia tidak akan berterusan. Masyarakat ingin lihat lagu kesukaan mereka dipertandingkan oleh nyanyian artis pujaan mereka. Ia juga sebenarnya diibaratkan seperti tanggungjawab penyanyi itu untuk menyampaikan lagu yang ditulis oleh komposer untuk mereka.

Ahmad Busu dalam kenangan

Posted:

Ahmad Busu dalam kenangan

Ahmad Busu dalam kenangan

Oleh HARYATI KARIM

AHMAD BUSU di samping rakan baiknya, pelawak veteran Hamid Gurkha.


PASTI ramai yang masih ingat dengan telatah dan kelucuan watak Mat Deris dalam sitkom, Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang cukup popular sekitar tahun 90-an.

Kini, watak Mat Deris hanya tinggal kenangan apabila pelakonnya, Allahyarham Ahmad Busu pulang menemui Ilahi pada usia 60 tahun pada pukul 7.05 malam Ahad lalu.

Berita itu cukup mengejutkan bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga rakan serta peminatnya.

Sebelum ini, arwah pernah dimasukkan ke hospital pada tahun 2009 akibat strok.

Sejak itu kesihatan arwah bertambah pulih dan tidak menghidap sebarang penyakit yang kronik.

Namun, tidak disangka arwah yang dibawa anaknya ke hospital pada Sabtu lalu kerana demam biasa akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akibat demam yang semakin teruk dan sesak nafas.

Salah seorang teman rapat arwah, pelakon Imuda yang sama-sama berlakon dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia amat terkejut apabila mendapat berita pemergian arwah.

"Saya sangat berdukacita dengan pemergiannya. Bagi saya arwah seorang teman yang baik. Walaupun bekerja dalam bidang seni, arwah sentiasa ingat pada agama dan tidak pernah meninggalkan solat," ujarnya.

Tambah Imuda, persahabatan yang lama terjalin menyebabkan pemergian arwah cukup dirasainya.

"Memang saya sedih sebab kami mula berlakon dan popular bersama. Saya kenal sangat arwah, walaupun orang lihat arwah seperti pelawak sebenarnya dia bukan kaki lawak dengan rakan-rakan," katanya.

HASRAT Ahmad Busu untuk bersua dengan saudara-mara dan rakan-rakan lamanya nya di Perak tertunai sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.


Seorang lagi teman baik arwah, pelakon veteran Hamid Gurkha mengatakan, dia bagai tidak percaya apabila menerima berita tersebut dan segera bergegas ke rumah arwah di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.

Jelas Hamid, dia terlalu sedih kerana hubungan mereka sangat rapat dan sudah menganggap arwah seperti anaknya sendiri.

"Arwah umpama anak saya dan kami sangat rapat. Kami akan pergi ke mana-mana bersama. Jika ada mesyuarat persatuan dia akan bertanya saya pergi atau tidak. Jika saya tidak pergi, arwah tidak akan pergi," ucapnya sedih.

Jika teman-teman baik arwah cukup merasai pemergiannya, kesedihan yang dirasai keluarganya lagi menggunung apabila permintaan terakhirnya untuk bertemu dengan saudara-mara serta rakan lama di Perak telah tertunai.

Menurut anak kedua arwah, Mohd. Afiq, 28, arwah bapanya meminta untuk bertemu dengan saudara serta rakan lama di Perak pada minggu lalu.

"Sebelum meninggal dunia, arwah ayah seperti biasa sahaja, tidak pula menunjukkan sikap yang lain. Disebabkan itu kami semua terkejut kerana memang tidak jangka langsung,

"Alhamdulillah, permintaannya untuk bertemu dengan saudara mara dan rakan-rakan lama di Perak telah tertunai pada minggu lalu," katanya.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir arwah sempat berpesan kepada Afiq dan adik-beradiknya yang lain supaya sentiasa ingat pada agama, menjaga ibadah dan tidak meninggalkan solat.

Jenazahnya disembahyangkan di Surau Seri Andalas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 10 pagi, semalam.

Arwah meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved