Jumaat, 8 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Konsep keseronokan dalam ketakutan

Posted:

Konsep keseronokan dalam ketakutan

Konsep keseronokan dalam ketakutan

HOUSE of Horror merupakan antara destinasi tarikan Tahun Melawat Malaysia 2014.


KAWASAN tanah lapang di Seksyen 7, Shah Alam dahulunya gelap dan tidak ada siapa pun yang teringin untuk mendekatinya. Tidak keterlaluan jika ada yang membuat andaian terdapat makhluk halus atau hantu berkeliaran di kawasan yang dahulunya dipenuhi semak-samun dan berhutan.

Namun sejak tahun 2010, kawasan tersebut menjadi terang-benderang dek cahaya kerlipan lampu-lampu digital berwarna-warni dengan pelbagai rupa bentuk pokok dan haiwan seperti merak dan rusa dapat dilihat di kawasan seluas 29 hektar itu.

Baru-baru ini, walaupun sudah diterangi dengan lampu yang beraneka warna, kecoh juga apabila ada yang melihat kelibat hantu di salah satu bangunan seluas 11,394 meter persegi di situ. Malah ada yang mendakwa bangunan mirip rumah agam istana zaman dahulu itu dipenuhi dengan tengkorak manusia, bilik kurungan, bilik memotong, kawasan tanah perkuburan dan juga puntianak serta pocong yang bergantungan.

Menyeramkan! Demikian pandangan penulis sewaktu dibawa menghadap bangunan dua tingkat yang terletak di atas kawasan bukit i-City tersebut. Perasaan lebih menyeramkan apabila tiba-tiba muncul satu makhluk yang memakai jubah hitam dengan muka yang mempunyai barisan gigi yang menyeringai.

Langkah kaki semakin perlahan dengan degupan jantung yang semakin berdetak kuat sebaik mula masuk ke dalam bangunan tersebut. Perasaan lebih berdebar tatkala mendengar bunyi-bunyian pelik yang menyeramkan datang dari satu ruang menempatkan sebuah almari yang usang dan dipenuhi dengan sarang labah-labah.

Lebih mendebarkan tatkala tiba-tiba bunyi langkah kaki yang seakan-akan mahu mengejar membuatkan beberapa pengunjung dalam bangunan itu mula berpegangan tangan dan bersedia untuk mengatur langkah.


KESELURUHAN rumah agam tidak berpenghuni ini dipenuhi dengan hiasan dan bunyi-bunyian yang bertujuan menaikkan perasaan seram pengunjung.


Jeritan kuat mula kedengaran apabila satu objek tiba-tiba keluar dari satu pintu rahsia rumah agam yang tidak berpenghuni itu.

Kumpulan pengunjung termasuk penulis mula berjalan dalam satu kumpulan. Langkah kami mula perlahan dan badan satu sama lain mula rapat, bimbang dengan apa lagi yang menunggu di hadapan terutamanya keadaan rumah agam yang suram dengan pencahayaan yang sangat terhad dan malap. Malah, mata juga terpaksa dikecilkan bagi memberi fokus kepada objek yang hanya boleh dilihat di bawah sinaran lampu yang ada.

Jeritan

Memasuki ruang bilik mandi, mata masing-masing tertumpu pada satu objek seakan wanita yang dibaluti kain berwarna putih. Dengan rambut panjang mengurai, wanita yang pada kedudukan asalnya membelakangkan kami tiba-tiba bergerak dengan pantas dan berpaling mendedahkan keadaan perutnya yang terburai.

Belum sempat mahu mengambil nafas, tiba-tiba tiga objek bergerak pantas mula mengejar kumpulan kami menyebabkan masing-masing bertempiaran lari dan menjerit sepanjang laluan yang mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pintu keluar rumah agam tersebut.

Sepanjang laluan, kami dikejutkan dengan mayat yang tiba-tiba bangkit dari keranda dan juga tahanan di bilik kurungan dalam keadaan yang mengerikan.

Demikian antara pengalaman mengerikan yang ditempuh sepanjang memasuki House of Horror@i-City (House of Horror).

Pengalaman itu sungguh menyeramkan sehingga membuatkan pengunjung terpaksa berpegangan tangan antara satu sama lain dari mula sehingga keluar dari tarikan terbaharu itu.


JERITAN pasti kedengaran apabila pengunjung 'terserempak' dengan rangka hiasan ini.


Keyakinan

Pengurus Informasi I-Berhad, Tang Soke Cheng yang setia menunggu di pintu luar House Of Horror memberitahu, merasai sendiri perasaan seram ketika berada dalam bangunan itu dapat meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang terhadap suasana gelap.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya tidak menggalakkan wanita mengandung dan juga mereka yang mempunyai sakit jantung untuk memasuki rumah hantu tersebut.

Ujarnya, kanak-kanak juga hanya dibenarkan masuk dengan pengawasan ibu bapa atau penjaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

"House Of Horror dibina dengan kos RM10 juta dengan konsep seram dan mencabar bagi memberi keseronokan dan keterujaan pada pengunjung.

"Dengan konsep dan juga lukisan tiga dimensi (3D) pada dinding dan lantai, kami percaya ia mampu memberikan kesan tragik dan menyeramkan buat pengunjung di sini," ujarnya.

Soke Cheng memberitahu, kumpulan sasar tarikan itu terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan yang telah berkeluarga.

"House of Horror bersama muzium lilin interaktif Malaysia pertama, Red Carpet, yang telah dibuka pada Ogos lalu merupakan tarikan terbaharu i-City dan merupakan sebahagian daripada tarikan Tahun Melawat Malaysia 2014," jelas beliau.


HOUSE of Horror merupakan tarikan terbaharu i-City yang mencabar keberanian pengunjung dalam persekitaran gelap dengan efek-efek khas yang menakutkan.


Tarikan

Bagi pekerja swasta, Mohamad Rizman Mohamad Yahya, 33, tarikan terbaharu di Seksyen 7 itu dilihat menambahkan lagi keseronokan Shah Alam yang selama ini sememangnya terkenal sebagai salah satu lokasi pelancongan popular negara ini.

Menurut lelaki yang menetap di Seksyen 24, Shah Alam sejak lebih 20 tahun itu, tarikan itu membolehkannya membawa rakan-rakan ataupun sanak saudara yang sesekali datang bertandang ke rumahnya.

"Sejak i-City dibuka, rakan-rakan selalu bertanya mengenai keindahan lampu-lampu digital di sini dan saya sendiri dapat melihat dengan jelas kerlipan lampu itu dari Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Plaza Tol Sungai Rasah.

"Apabila datang sendiri ke sini, ia sebenarnya lebih daripada kerlipan lampu apabila banyak lagi pilihan tarikan menarik yang boleh dialami sendiri termasuk perasaan seram ketika memasuki ke rumah hantu ini," katanya.


PEMBANGUNAN bersepadu i-City di Seksyen 7, Shah Alam melibatkan pembinaan kediaman, pusat hiburan dan gaya hidup, hotel dan bangunan pejabat.


Sementara itu, bagi Fatin Mohd. Sahid, 23, yang berasal dari Kedah, i-City merupakan satu destinasi sempurna baginya untuk menyambut hari lahir bersama rakan-rakan ekoran kepelbagaian tarikan yang disediakan, bukan sahaja House of Horror.

Penuntut Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor itu mengakui membuat perancangan dengan rakannya dan memilih cuti hujung minggu untuk datang ke situ semata-mata untuk melihat sendiri keindahan lokasi itu setelah melihat gambar-gambar menarik yang dimuat naik oleh rakan-rakannya di laman sosial Facebook.

"Mereka juga sering berbual tentang keseronokan yang dirasai ketika datang ke sini. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk datang dan memasuki tarikan lain seperti Museum Art Trick yang memberikan kami peluang bergambar dengan karya-karya seni 3D yang kelihatan benar di mata kasar," ujarnya.

Waktu operasi House of Horror ialah dari pukul 11 pagi hingga 2 pagi setiap hari. Harga tiket bagi memasuki House Of Horror@i-City bagi pemegang Mykad adalah RM25 untuk dewasa, RM20 (kanak-kanak), manakala buat bukan pemegang Mykad pula adalah RM30 (dewasa) dan RM25 (kanak-kanak).

Berakhirnya derita monyet jalanan

Posted:

Berakhirnya derita monyet jalanan

Berakhirnya derita monyet jalanan


SEEKOR monyet bertopi koboi didukung oleh penjaganya.


PASUKAN keselamatan dan pihak berkuasa di Jakarta, Indonesia menjalankan serbuan di seluruh bandar raya itu sebagai usaha menyelamatkan monyet-monyet yang digunakan untuk persembahan jalanan.

Arahan yang dikeluarkan oleh Gabenor Jakarta, Joko Widodo atau lebih dikenali, Jokowi, mahu semua persembahan monyet tepi jalan atau lebih dikenali sebagai topeng monyet dihentikan menjelang tahun hadapan.


PIHAK berkuasa di Jakarta merampas monyet dalam satu serbuan di bandar raya itu baru-baru ini.


Katanya, selain meningkatkan ketenteraman awam dan menghentikan penderaan haiwan, ia juga sebagai langkah mencegah penyakit yang dibawa oleh monyet.

Kerajaan akan membeli semula semua monyet yang digunakan dalam persembahan jalanan pada harga kira-kira 1 juta rupiah (RM286) dan diberikan perlindungan di kawasan seluas satu hektar di Zoo Ragunan Jakarta. Pengendali dan penjaga monyet topeng pula akan diberi latihan vokasional untuk mendapatkan pekerjaan baharu.

Kumpulan hak asasi haiwan telah lama berkempen agar mengharamkan persembahan jalanan yang melibatkan monyet bertopengkan kepala anak patung bayi. Monyet-monyet ini dirantai di leher dan dilatih berjalan menggunakan kaki.

Gigi monyet pula ditarik ke hadapan agar mengelakkan haiwan itu menggigit. Monyet-monyet ini ketika melakukan persembahan lengkap berpakaian, bertopi koboi dan membawa payung atau menunggang motosikal kecil.

Femke den Haas, dari Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta berkata, sebanyak 22 ekor monyet telah diselamatkan sejak serbuan dilakukan dan dikuarantin atas isu-isu kesihatan. Haas menganggarkan kira-kira 350 ekor haiwan lagi digunakan sebagai penghibur jalanan di Jakarta. Haiwan ini juga diakui tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di zoo mahupun di hutan.


SEMUA monyet yang ditangkap dihantar ke Zoo Ragunan Jakarta untuk dilatih semula agar boleh mengadaptasi kehidupan di sana.


Pada tahun 2011, pihak berkuasa menyelamatkan 40 ekor monyet bertopeng berikutan merebaknya pelbagai penyakit termasuk batuk kering dan hepatitis.

Kebanyakan monyet ini dilatih di kawasan setinggan di timur Jakarta yang dikenali sebagai 'Kampung Monyet'. Seekor monyet terlatih boleh dijual sehingga 1.5 juta rupiah (RM429).

Sarinah, 37, memiliki 13 ekor monyet memberitahu, larangan ke atas monyet jalanan telah menjejaskan kehidupannya. Tujuh daripada 13 monyet itu dirampas dalam serbuan baru-baru ini.

"Sudah tentu saya kecewa, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa," kata Sarinah, ibu kepada tiga orang anak.

"Haiwan itu adalah sumber kehidupan kami, bagaimana kami boleh bertindak kejam terhadapnya?" soal wanita itu. Dia mendapat kira-kira 33,536 rupiah (RM9.50) setiap hari dari setiap monyet yang disewakan kepada penghibur jalanan.

Dia juga mahu menyembunyikan baki monyet yang ada sementara menunggu kerja baharu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jenazah sempurna, kubur bau wangi

Posted:

Jenazah sempurna, kubur bau wangi

Jenazah sempurna, kubur bau wangi

Oleh MOHAMED SAARI
berita@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN anggota keluarga yang membantu kerja-kerja pemindahan jenazah dari kubur yang digali semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak, Segamat semalam.


SEGAMAT – Sekumpulan ahli keluarga yang membantu kerja-kerja menggali semula Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini semalam terkejut apabila mereka menemui 12 jenazah termasuk seorang guru Al-Quran yang masih lagi sempurna.

Lebih mengejutkan, kesemua jenazah itu yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan pembinaaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak-Muar sejauh 63 kilometer sudah pun dikebumikan antara lapan hingga 11 tahun lalu.

Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jamaluddin Sapuan berkata, kesemua jenazah itu ditemui dalam keadaan sempurna, tidak ubah seperti hari pertama ia dikebumikan di tanah perkuburan berusia lebih 100 tahun itu.

Beliau yang terlibat menyelia penggalian dan pemindahan 150 jasad di tanah perkuburan tersebut bagaimanapun berkata, kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang pelik.

"Ia membuktikan kekuasaan Allah terhadap hamba-Nya yang terpilih. Banyak perkara tersirat daripada kejadian ini.

"Majoriti jenazah dalam keadaan baik, masih ada daging yang tidak reput," katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau yang sudah 22 tahun menggali kubur berkata, selepas dikeluarkan, kesemua jenazah itu dikafankan semula dengan kain yang baharu dan bersih.

Katanya, ia kemudian dimasukkan ke dalam keranda untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan baharu di Kampung Alai, kira-kira dua kilometer dari tapak lama.

Jamaluddin berkata, bau wangi turut dihidu di sekitar kawasan perkuburan yang menempatkan 350 buah kubur sejak hari pertama kerja tersebut dijalankan.

Beliau pernah menemui jasad yang langsung tidak terusik meskipun ia sudah 30 tahun dikebumikan sejak 30 tahun lalu.

"Kes yang terbaharu ini boleh menjadi iktibar dan pedoman kepada kita yang masih hidup," jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rakyat Uzbekistan dihukum gantung

Posted:

Rakyat Uzbekistan dihukum gantung

Rakyat Uzbekistan dihukum gantung

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

SHAH ALAM – Tiga rakyat Uzbekistan termasuk dua wanita warga emas dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas disabitkan bersalah mengedar lebih 10 kilogram dadah jenis syabu tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad menjatuhkan hukuman itu terhadap Dilbar Nazarova, 54, Jasur Djurakulov, 34, dan Sayora Nurmukhamedova, 58, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Nurchaya berkata, keterangan ketiga-tiga tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pesara kerajaan, Dilbar didakwa mengedar syabu seberat 4.17 kilogram (kg), manakala kakak iparnya, Sayora didakwa mengedar dadah jenis sama seberat 2.24kg.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bayi setahun enam bulan dilarikan di halaman rumah

Posted:

Bayi setahun enam bulan dilarikan di halaman rumah

Bayi setahun enam bulan dilarikan di halaman rumah


LOKASI Freddie dilarikan seorang lelaki di halaman rumah ibunya di Jalan Temasek, Bangsar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang guru warga British kehilangan anak tunggalnya berusia setahun enam bulan selepas dilarikan dua individu yang menceroboh rumahnya di Jalan Temasek, Bangsar di sini semalam.

Kejadian malang pada pukul 6 petang itu berlaku ketika Sarah Joseph, 38, sedang memberi makan kepada Freddie Joseph (gambar kecil) di halaman rumah teres dua tingkat berkenaan.

Seorang lelaki secara tiba-tiba masuk ke dalam kawasan rumah ibu tunggal itu lalu mengambil bayi berkenaan.

Ketika kejadian, Sarah dikatakan cuba mendapatkan semula bayi lelakinya namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana suspek bersenjata pisau.

Rakan mangsa dikenali sebagai Rob berkata, bayi tersebut kemudian diserahkan kepada seorang lagi individu dipercayai wanita yang menunggu di dalam kereta berhampiran rumah teres tersebut.

"Sarah terjatuh ketika cuba mengejar kereta tersebut. Freddie merupakan anak hasil perkahwinan Sarah dengan seorang lelaki Filipina, namun bekas suaminya tidak menetap di negara ini," katanya di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Ducati Malaysia menampilan 899 Panigale

Posted:

Ducati Malaysia menampilan 899 Panigale

Ducati Malaysia menampilan 899 Panigale

Oleh SHAWKATH AZDE


SELAIN merah tradisi Ducati, model baharu ini juga didatangkan dengan pilihan warna putih.


APRIL 2012 menandakan detik permulaan baharu buat Ducati Motor Holding S.p.A (Ducati) yang bernaung bawah empayar Volkswagen Group setelah pengeluar motosikal eksotik Itali itu diambil alih menerusi Audi AG.

Bukan mudah untuk melamar Ducati tetapi Volkswagen Group sanggup berhabis AS$1.2 bilion (RM3.8 bilion). Tanda harga itu hampir sama seperti yang dibayar oleh Facebook untuk membeli Instagram pada pertengahan tahun lalu.

Pengambilan Ducati oleh Audi AG mencetuskan pelbagai spekulasi. Ada yang mengatakan tindakan itu sebagai pengubat kepada kekesalan Presiden Volkswagen Group, Dr. Ferdinand Piech kerana pernah melepaskan peluang keemasan untuk memiliki Ducati sekitar tahun 1984.

Daripada pandangan penganalisis industri, langkah itu adalah satu strategi untuk mencabar BMW Group yang memiliki sayap motosikal (BMW Motorrad). Dalam tafsiran mudah, ini ialah peperangan imej korporat antara dua gergasi Jerman.

Di bawah payung Volkswagen Group, Ducati merekodkan penghantaran sebanyak 44,000 unit motosikal pada tahun lalu biarpun keadaan ekonomi pada ketika itu agak lesu. Di sebalik pencapaian itu, ada beberapa perkara yang disedari Ducati.

Perkembangan semasa itu diutarakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali sewaktu penampilan rasmi model 899 Panigale di Bologna, Itali.

Selain mengakui sudah hilang taring dalam Kejuaraan MotoGP sejak beberapa tahun lalu, kedudukan Ducati telah berubah di negara sendiri. Pasaran utama Ducati kini ialah Amerika Syarikat dan bukan lagi Itali.


MODEL 899 Panigale masih mengekalkan rekaan sama seperti 1199 Panigale.


Survival Ducati

Survival jenama Ducati bergantung kepada pelanggan di negara-negara asing. Percaya atau tidak, 90 peratus produksi motosikal Ducati dieksport ke pasaran global.

Mengambil contoh Thailand, Domenicali menjelaskan, negara Gajah Putih itu merekodkan pertumbuhan pasaran sebanyak 66 peratus dan dijangka menjual sebanyak 2,500 unit motosikal Ducati pada tahun ini.

Di Brazil pula, penjualan motosikal yang baru bermula tahun ini mencecah purata jualan sebanyak 100 unit setiap bulan.

Kuasa ekonomi baharu, China turut menunjukkan peningkatan jualan model Ducati sebanyak 75 peratus dalam separuh tahun pertama 2013 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Di Malaysia, pengimport dan pengedar rasmi jenama Ducati, Next Bike Sdn. Bhd. (Ducati Malaysia) kelihatan agresif untuk meletakkan rangkaian produk jenama Itali itu dalam kedudukan utama pasaran domestik.

Dalam tempoh satu bulan sahaja, anak syarikat Kumpulan Naza itu sudah menempatkan empat unit varian dan model baharu ke beberapa segmen motosikal berbeza. Model itu ialah Hyperstrada, Hypermotard, Diavel Stripe dan Diavel Strada GP Edition.

Tidak cukup dengan itu, Ducati Malaysia menjayakan penampilan sulung model 899 Panigale di rantau Asia sewaktu Kejuaraan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini.

Ducati 899 Panigale ialah pengganti model 848 EVO dan pengenalannya bertujuan mengisi vakum pasaran di bawah kelas abangnya, 1199 Panigale.

Orientasi binaan 899 Panigale lebih cenderung ke arah penggunaan harian di jalan raya berbanding tunggangan di litar lumba.


DARI kiri: Pengarah Komersial Ducati Rantau Asia, Pierfrancesco Scalzo; Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza; Datuk SM Faisal SM Nasimuddin; Pengarah Projek Model itu mewarisi beberapa seni kejuruteraan 1199 Panigale termasuk kerangka monokok aluminium dan kaya dengan tetapan elektronik seperti tiga mod pemetaan enjin, kawalan cengkaman dan sistem brek antikunci.


Untuk mengurangkan kos binaan motosikal itu, Ducati terpaksa menggunakan material binaan berbeza dengan model 1199 Panigale.

Langkah pertama membabitkan penggunaan material aluminium pada beberapa bahagian kulit enjin berbanding logam magnesium yang digunakan pada 1199 Panigale.

Potongan kos juga membabitkan pemasangan lengan ayun kembar, tangki minyak dan sub bingkai yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Tiada lagi material aluminium.

Sistem suspensi dan sistem brek juga berbeza. Pendek kata, komponen itu tidak kelihatan eksotik seperti apa yang terdapat pada 1199 Panigale. Tidak cukup dengan itu, 899 Panigale didatangkan bersama paparan meter jenis LCD dan lampu utama motosikal biasa.

Jika pengurangan kos itu tidak diambil, Ducati berdepan kesukaran menjadikan produknya mampu dimiliki dan menghalang capaian pelanggan yang lebih luas.

Ducati Malaysia memutuskan untuk membawa masuk model 899 Panigale dari Thailand mulai pertengahan tahun hadapan.

Bagi yang tidak dapat bersabar untuk memiliki produk eksotik itu, Ducati Malaysia akan membawa masuk model 899 Panigale dari Itali dengan harga pengenalan eksklusif serendah RM108,888 seunit. Ada berani?

Teruja menonton persembahan Russ Swift

Posted:

Teruja menonton persembahan Russ Swift

Teruja menonton persembahan Russ Swift

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


SWIFT melakukan aksi meletak kereta secara selari di antara dua kenderaan Subaru tanpa masalah dalam aksi di USJ City Mall, Selangor baru-baru ini .


MOTOR Image baru-baru ini melancarkan siri Subaru Russ Swift Tour ke seluruh negara untuk mempromosikan jenama Subaru di negara ini.

Siri jelajah yang bermula di The 19 USJ City Mall, Selangor itu akan diteruskan di Pulau Pinang selama dua hari bermula 30 November sebelum berlangsung Ipoh, Perak pada 13 dan 14 Disember. Program itu juga akan berada di Johor Bahru pada 21 dan 22 Disember.

Siri jelajah berkenaan menjanjikan penampilan seorang pelagak ngeri, Paul Russel Swift yang membuat persembahan dramatik dengan memandu sebuah model kereta Subaru.

Lebih terkenal dengan nama Russ Swift, dia berjaya menempa nama beberapa kali dalam Guinness World Records selain terkenal dengan kemahiran pemanduan agresif.

MENGEMUDI jentera Subaru dengan hanya menggunakan dua tayar antara tarikan unik aksi bekas pembantu pemandu rali ini.


Antaranya skil parkir selari dalam ruang sempit, pusingan J dan masa tersingkat membuat 10 donut (bulatan).

Swift, 62, mula menceburkan diri dalam bidang berkenaan sejak tahun 1980 sebagai pembantu pemandu kereta rali.

Sepanjang program dua hari di The USJ City Mall itu berlangsung, Swift mempamerkan persembahan lagak ngerinya tiga kali sehari untuk tatapan penonton.

Setiap sesi selama satu jam itu berjaya membuatkan hati para penonton berdebar-debar sehingga kedengaran jeritan di beberapa sudut litar.

Sewaktu melakukan aksi lagak ngeri, Swift sentiasa berkomunikasi sambil membuat beberapa jenaka untuk menenangkan para penonton di situ.

Ada beberapa penonton diberi peluang menaiki kereta Russ untuk menikmati pengalaman berharga sewaktu aksi lagak ngeri diadakan.

Antara aksi dipamerkan ialah seperti reverse spins, parallel parking, two-wheeling, doughnut spin dan dance routine.

Menurut Swift, lokasi meletak kenderaan di USJ City Mall lebih sempit daripada situasi biasa dan dia cuba menunjukkan aksi terbaik untuk menghiburkan para penonton.

SWIFT turut melakukan beberapa aksi lawak untuk menceriakan penonton di USJ City Mall, Selangor baru-baru ini


Katanya, ini bukan kali pertama dia membuat persembahan lagak ngeri di Malaysia.

"Kali pertama saya tiba ke negara ini ialah pada tahun 1989 semasa pelancaran model Proton Saga. Selepas itu, saya melawat Malaysia pada tahun 2000 sewaktu majlis pelancaran model Proton Waja.

Swift menggunakan empat model Subaru iaitu WRX STi, Forester, Legacy dan XV untuk menjayakan aksi ngerinya.

Antara adegan yang menarik perhatian ramai ialah ketika Swift meletak kereta Subaru WRX STi di antara dua buah Subaru XV.

Persembahan itu amat mendebarkan terutamanya sewaktu penonton meminta kereta di hadapan dan di belakang dirapatkan sebelum Swift memandu laju untuk aksi meletak kenderaan .

Jika dilihat pada ruang yang sempit itu amat mustahil untuk parkir kereta tanpa henti tetapi kepakaran Swift membuktikan sebaliknya.

UMW Toyota rai penghuni Agathians Shelter

Posted:

UMW Toyota rai penghuni Agathians Shelter

UMW Toyota rai penghuni Agathians Shelter


PENGARAH Pemasaran UMW Toyota, Mohd. Shamsor Mohd. Zain (dua dari kiri) menyampaikan angpau kepada penghuni rumah Agathians Shelter baru-baru ini.


SETIAP kali menjelang musim perayaan, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) pasti mengukir keceriaan pada wajah-wajah golongan kurang bernasib baik di negara ini. Begitu juga senarionya menjelang sambutan Deepavali baru-baru ini.

Kali ini, usaha murni itu melibatkan 30 penghuni rumah perlindungan, Agathians Shelter yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Kanak-kanak itu ditemani seramai 20 orang sukarelawan UMW Toyota untuk satu sesi beli-belah di Sunway Pyramid, Selangor.

Selesai aktiviti beli-belah, kanak-kanak berusia antara 6 hingga 16 tahun itu kemudiannya diraikan dalam satu majlis makan malam sambil menikmati persembahan badut. Mereka juga menerima sumbangan daripada wakil pengurusan UMW Toyota.

"Salah satu tujuan kami adalah untuk menanam harapan dan memberi motivasi kepada golongan kurang bernasib baik agar menjadi yang terbaik dalam kehidupan mereka dengan mencurahkan kasih sayang seperti mana yang dinikmati kanak-kanak lain," kata Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki.

UMW Toyota sudah menjayakan program sambutan perayaan bersama rumah-rumah kebajikan sebagai sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat mereka sejak tahun 2002.

Jika ingin menghulurkan sumbangan kepada Agathians Shelter, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 03-7954 1680.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Rintihan penghuni rumah orang tua

Posted:

Rintihan penghuni rumah orang tua

Rintihan penghuni rumah orang tua


WALAUPUN mendapat sedikit kegembiraan di rumah penjagaan, namun warga emas mendambakan kasih sayang anak-anak. - Gambar hiasan


SEWAKTU kaki melangkah masuk ke rumah penjagaan orang tua, St Prichard Labuan, Sabah, penulis terpandang sesusuk tubuh yang kelihatan tidak bermaya duduk bersendirian di sebuah kamar.

Di wajahnya terpancar kesayuan. Penulis menyapa warga tua berusia 79 tahun itu lalu bertanya bagaimana boleh menjadi penghuni di situ?

Dengan nada suara yang lemah, warga emas yang bernama James itu memberitahu, dia dan anak lelakinya yang cacat diusir keluarga.

Memandangkan tidak ada tempat untuk dituju, dia dan anaknya mengambil keputusan untuk ke rumah penjagaan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

"Tidak diperlukan... tidak disayangi... tidak dijaga... dilupai semua orang. Inilah nasib yang paling teruk saya hadapi," keluhnya.

"Saya tidak lagi mempunyai rumah. Sekarang saya tinggal di rumah penjagaan, semuanya sudah tiada. Hanya menunggu saat menghembuskan nafas terakhir," luahnya lagi.

Disisih keluarga

Seorang lagi penghuni dikenali sebagai Ibu Mariana turut meluahkan kesedihan kerana disisih keluarga. Sejak masuk ke situ, tiada sesiapa yang menjenguk wanita berusia 83 tahun itu, mahupun pada hari raya.

"Saya ada seorang anak perempuan yang sudah lima tahun tidak bersua. Rasanya seperti anak saya ini tidak mahu mengambil tahu langsung tentang diri saya," katanya yang menghabiskan masa menonton televisyen dan membaca.

Adakalanya, dia menangis di katil sepanjang malam mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya. Rumah penjagaan tersebut pernah berusaha menghubungi anak perempuannya tetapi gagal.

Hakikatnya, kedua-dua warga tua itu merupakan sebahagian daripada ribuan lagi warga tua yang menghadapi nasib yang sama seperti mereka.

Kira-kira 10 peratus rakyat Malaysia terdiri daripada mereka yang berusia lebih 60 tahun iaitu kira-kira tiga juta dan seiring itu, jumlah 'warga tua yatim piatu' turut meningkat.

Keadaan ini pasti menjadi lebih buruk menjelang 2020 memandangkan lebih ramai rakyat Malaysia mencecah usia tua. Ada dalam kalangan mereka hidup tanpa pasangan, tanpa darah daging sendiri atau anak tiri dan adik-beradik kandung atau tiri.

Kebanyakan mereka mahu hidup berdikari selama yang boleh dengan meneruskan rutin harian, mengekalkan hidup bersendirian dan menjaga maruah diri.

Bagaimanapun, faktor penuaan sering menghalang mereka untuk kekal berdikari dan akhirnya terpaksa mendiami rumah penjagaan.


KEBANYAKAN warga tua yang dipaksa tinggal di rumah penjagaan mengalami kemurungan. - Gambar hiasan


Kemurungan

Kunjungan penulis ke rumah penjagaan yang mempunyai 78 penghuni tersebut mendapati warga tua amat memerlukan perhatian. Sungguhpun mereka sudah ada tempat untuk berlindung, tetapi masih kurang sokongan emosi daripada keluarga walaupun sedikit sebanyak diterima daripada pekerja kebajikan.

Mereka mengalami patah hati, menangis sendirian dan putus harapan. Tiada siapa yang sudi melawat mereka dan kebanyakannya sudah dipinggirkan buat selama-lamanya.

Penjaga rumah berkenaan turut mengakui wujud pengabaian itu sedangkan mereka masih mendambakan kasih sayang.

Menurut penyelidik kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Romzi Otiong kebanyakan warga tua yang mengalami kemurungan akan bertambah tertekan apabila terpaksa tinggal di rumah penjagaan.

Mereka juga mengalami masalah hilang ingatan dan kemampuan fizikal, sakit atau penyakit kronik, kematian orang yang disayang serta masalah kewangan.

Tambahan, kebanyakan warga tua memendam perasaan kerana bimbang orang menganggap mereka nyanyuk dan perlu dimasukkan ke rumah penjagaan.

"Bayangkan jika anda berada dalam kedudukan mereka, tidak boleh bercakap di telefon, tidak boleh keluar berjalan-jalan, pergi ke rumah ibadat atau membaca akhbar.

"Mungkin ramai orang yang anda sayang sudah meninggal dunia atau berpindah jauh. Meminta tolong bukan lagi satu pilihan. Bayangkan betapa sunyinya hidup," katanya ketika mengulas tentang warga tua yang ditinggalkan di rumah penjagaan.

Menurutnya, sesetengah warga tua itu masih mempunyai saudara-mara tetapi tidak seorang pun datang menziarahi mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta dan menasihati anak-anak atau saudara-mara agar tidak menyerahkan tanggungjawab menjaga ibu bapa yang sudah tua kepada kerajaan.

"Menjaga 'warga tua anak yatim' ini perlu juga mengambil kira keperluan emosi mereka seperti menjaga anak yatim.

Jangan sesekali lupa bahawa menjaga warga tua bukan tanggungjawab kerajaan tetapi tanggungjawab keluarga sendiri," tegasnya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kelantan sedia bangkit semula

Posted:

Kelantan sedia bangkit semula

Kelantan sedia bangkit semula

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

ANTARA kenyataan Annuar menerusi entri dalam laman sosial Facebook miliknya semalam.


PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengakui bahawa The Red Warriors kini terpaksa berdepan dengan krisis yang mereka cipta.

Ia gara-gara lapan tonggak utama Kelantan yang sah akan meninggalkan The Red Warriors musim depan.

Melalui entri laman sosial Facebook miliknya semalam, Annuar berkata, KAFA mungkin terpaksa melakukan sesuatu yang tidak pernah terfikir sebelum ini demi maruah The Red Warriors.

"Bahana daripada kejayaan ciptaan sendiri kini mengundang masalah lebih besar tapi sanggupkah (kita) melihat yang dibina terkubur di depan mata?

"Pengorbanan kali ini bukan lagi menuntut masa, tenaga, dan daya usaha tetapi harta dan apa jua yang ada, jika tidak runtuhan ini tidak mungkin akan terbina lagi.

"Beri saya sedikit masa dan kita akan umumkan saf The Red Warriors 2014 walaupun dengan pengorbanan peribadi yang amat besar, kita reda.

"Daripada runtuhan TRW 2013, kita akan buat kejutan untuk mereka yang mahu menalqinkan TRW 2014," katanya.

Annuar juga melalui entri laman sosial tersebut turut menempelak beberapa pemain yang melahirkan rasa sayang dan keberatan untuk meninggalkan The Red Warriors.

"Ada yang berpura pura menulis dalam Facebook kononnya sayang meninggalkan TRW. Nak saya ceritakan sepenuhnya kisah macam mana saya terpaksa memujuk rayu sesetengah dari mereka? Tak perlulah rasanya, mereka tahu.

"Ceritalah yang benar. Apa nak malu, cerita sahaja apa permintaan yang tak dapat KAFA tunaikan itu. Kita pun sudah reda, yang nak pergi, pergilah, tak usah reka alasan. Pintu KAFA tetap terbuka sampai sekarang, nak keluar boleh, nak masuk pun boleh.

"Pendaftaran ditutup pada 17 November ini, siapa pun yang datang dan pergi, TRW teruskan perjuangan dan tidak bergantung kepada individu, kita sepasukan.

"Rebah bangun bersama yang setiap kepada TRW dan yang menghargai penyokong," luah Annuar melalui salah satu entrinya itu.

Terdahulu, Annuar dalam laman Facebooknya telah menyenaraikan lapan pemain Kelantan yang akan meninggalkan The Red Warriors musim depan.

Pemain terbabit ialah Mohd. Norfarhan Muhammad, Indra Putra Mahayuddin, Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Mohd. Shakir Shaari, Azizi Matt Rose, Rizal Fahmi Rosid dan Mohd. Izuan Solahuddin.

Dalam pada itu, Annuar mengumumkan Kelantan telah mendapatkan khidmat dua bekas pemenang anugerah Kasut Emas Liga Malaysia, namun enggan mendedahkan nama pemain terbabit.

"Doa-doakan supaya tiga pemain yang pernah memenangi anugerah Kasut Emas akan bersama The Red Warriors 2014. Dua sudah muktamad, seorang lagi akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Hidup dicabar adalah cabaran hidup," jelasnya.

Tiga pemenang Kasut Emas sebelum ini ialah pemain import Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James bagi musim 2013 manakala Jean-Emmanuel Effa Owona dan Francis Forkey Doe berkongsi anugerah yang sama pada 2012.

Dua pemain tempatan yang memenangi anugerah tersebut ialah Abdul Hadi Yahya pada musim 2011 dan Mohd. Ashaari Shamsuddin (2010).cipta.

Indra nekad berhijrah demi masa depan

Posted:

Indra nekad berhijrah demi masa depan

Indra nekad berhijrah demi masa depan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

DEMI masa depannya sebagai pemain profesional, Indra Putra Mahayuddin membuat keputusan meninggalkan Kelantan untuk menyarung jersi Felda United musim depan.

Kelmarin, bekas perancang The Red Warriors itu telah bersetuju menandatangani kontrak dengan skuad The Settlers selama setahun.

Indra berkata, peluang untuk bekerjasama dengan jurulatih baharu Felda United, Irfan Bakti Abu Salim turut menjadi antara faktor dia mengambil keputusan mengubah haluan.

"Penghijrahan saya ke Felda adalah demi masa depan saya. Sebagai pemain profesional, saya harus mementingkan masa depan saya.

"Bekerja di bawah bimbingan Irfan adalah satu perkara yang cukup baik. Umum mengetahui beliau seorang jurulatih yang cukup berpengalaman.

"Kini saya mahu menggunakan kesempatan itu untuk belajar sesuatu yang baharu dengan beliau," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Indra, 32, menjangkakan persaingan sengit bakal berlaku dalam saingan Liga Premier musim depan.

Bekas pemain kebangsaan itu juga menganggap The Settlers bakal menjadi perhatian selepas dikatakan berbelanja besar bagi mengharungi saingan musim depan.

Situasi itu sudah pasti menghadirkan tekanan buat Felda United dalam misi mereka memburu slot ke saingan Liga Super pada 2015.

"Setiap pasukan dalam saingan Liga Premier sedang merancang untuk memperkuatkan pasukan masing-masing.

"Tekanan itu perkara biasa. Bagi saya, bukan sahaja Felda, malah setiap pasukan akan merasai situasi itu.

"Semua pasukan akan berusaha untuk melayakkan diri ke pentas Liga Super. Apa yang pasti, saingan Liga Premier akan tampil lebih hebat dan menarik," katanya.

Selain Indra, Felda juga telah berjaya menyambar khidmat pemain tengah dan penjaga gol Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Shukor Adan serta Farizal Harun serta penyerang Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah.

Aimar, Rodriguez pukau penyokong Harimau Selatan

Posted:

Aimar, Rodriguez pukau penyokong Harimau Selatan

Aimar, Rodriguez pukau penyokong Harimau Selatan


AIMAR (dua dari kiri) dan Rodriguez (kanan) beraksi cemerlang ketika aksi persahabatan menentang pasukan Timbalan Setia Negeri di Padang Sri Gelam, Johor Bahru semalam.


KELIBAT dua bintang import baharu Johor Darul Takzim (Johor DT), Pablo Aimar dan Braulio Rodriguez mula menggamit tumpuan.

Semalam, Aimar dan Rodriguez memukau penyokong Harimau Selatan apabila mempamerkan aksi menarik pada aksi persahabatan menentang pasukan Timbalan Setia Negeri (JMF) di Padang Sri Gelam, Johor Bahru semalam.

Johor DT yang turut dibarisi beberapa pemain skuad Piala Presiden Johor berpesta gol apabila menang 7-1.

Aimar yang juga bekas pemain kelab Portugal, Benfica, meledak satu gol selain menjadi 'pengumpan' tiga lagi jaringan Johor DT manakala bekas pemain Atletico Madrid, Rodriguez berjaya mencipta hatrik.

Sepanjang 60 minit perlawanan, Aimar dan Rodriguez dilihat berjaya membentuk keserasian dengan pemain sayap lincah, Nurul Azwan Roya selain Jasazrin Jamaluddin dan Muhammad Akram Mahinan.

Penolong jurulatih Johor DT, Ismail Ibrahim berkata, Aimar dan Rodriguez juga mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di negara ini selain tidak banyak merungut sepanjang sesi latihan.

"Ini perlawanan pertama mereka di sini tetapi mereka dapat bermain dengan baik bersama-sama pemain Johor DT yang lain.

"Saya rasa, pasukan ini mampu untuk pergi lebih jauh dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan," katanya semalam.

Ismail berkata, kesemua pemain Johor DT yang beraksi semalam juga dilihat mampu untuk bermain secara berpasukan seperti yang diharapkan ketua jurulatih, Cesar Ferrando Jimenez.

Begitupun, Ismail menegaskan, setiap pemain perlu memberikan komitmen sepenuhnya andai berhasrat untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama.

"Dahulu terdapat jurang yang agak besar antara pemain utama dan simpanan tetapi kini, tidak banyak perbezaan antara semua pemain.

"Oleh itu, mana-mana pemain yang tidak mencapai tahap yang diinginkan, mereka pasti akan hanya memanaskan bangku simpanan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Kepentingan penjagaan mata

Posted:

Kepentingan penjagaan mata

Kepentingan penjagaan mata

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

SELEPAS dua minggu melahirkan bayi pertama pada Ramadan lalu, penglihatan Siti Sarah Abidin, 25, tiba-tiba terjejas apabila kelihatan tompok-tompok hitam di sebelah mata kanannya.

Terkejut dan bimbang dengan perubahan itu, Siti Sarah segera berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan mata.

Menurutnya, doktor memberitahu bahawa dia disahkan mengalami retinopati diabetes yang menyebabkan saluran darah retina dalam matanya pecah, sekali gus membentuk tompokan hitam pada penglihatannya.

"Ia merupakan sejenis penyakit kerosakan retina yang disebabkan diabetes.


RETINA ialah selaput di belakang biji mata yang peka terhadap rangsangan cahaya.


"Penglihatan saya mula terjejas apabila terdapat kesan tompokan hitam dan imej yang terbentuk sangat kabur," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Retinopati diabetes adalah sejenis penyakit kerosakan retina mata yang menyebabkan daya penglihatan merosot akibat penyakit diabetes.

Mengulas lanjut mengenai punca penyakit itu, Siti Sarah memberitahu, dia sememangnya menghidap diabetes sejak kanak-kanak dan ia merupakan satu penyakit keturunan.

"Penyakit keturunan ini telah menyebabkan saya dan ibu mengalami masalah kesihatan mata yang sama. Seperti saya, penglihatan ibu juga terjejas dengan kesan tompokan tetapi ia melibatkan kedua-dua belah matanya," ujar beliau.

Siti Sarah memaklumkan, kini penglihatan ibunya telah kembali normal selepas mendapatkan rawatan laser.

"Doktor juga telah memberikan rawatan laser yang sama kepada saya bagi mengecut dan menghilangkan saluran darah yang mudah pecah.

"Sehingga kini saya telah menjalani empat sesi rawatan laser dan alhamdullilah, penglihatan saya beransur normal,"katanya.

Dalam pada itu, Siti Sarah memaklumkan dia terpaksa membelanjakan lebih RM5,000 untuk memulihkan kembali penglihatannya.


DIABETES boleh dikawal dengan gaya pemakanan yang betul.


" Sebanyak RM1, 000 dibelanjakan untuk satu sesi rawatan laser dan kira-kira RM4,000 telah digunakan bagi memulihkan mata dan membeli ubat-ubatan yang diperlukan," jelasnya.

Beliau berkata, dia sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah penglihatan dan hanya memakai cermin mata untuk membaca.

Acap kali kita diperingatkan mengenai bahaya penyakit kencing manis atau diabetes yang boleh mengundang penyakit jantung, namun jarang dikaitkan dengan punca menjadi buta.

Pendidikan diabetes dari kecil

Posted:

Pendidikan diabetes dari kecil

Pendidikan diabetes dari kecil

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
diyanatul.atiqah@kosmo.com.my


BERSEMPENA dengan Hari Diabetes Sedunia, Gleneagles membawa dua watak adiwira, Boboiboy dan Yaya ke sekolah untuk mendidik kanak-kanak tentang bahaya diabetes.


SORAKAN anak-anak memenuhi ruang di dewan Sekolah Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur apabila dua watak adiwira animasi tempatan, Boboiboy dan Yaya muncul di atas pentas.

Anak-anak cilik yang begitu seronok dan teruja dengan kedatangan Boboiboy terus menghadiahkan tepukan gemuruh sehinggalah sesi pengenalan majlis tentang diabetes dimulakan.

Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Perubatan Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) sempena Hari Diabetes Sedunia pada 14 November ini.

Melalui kedua-dua watak kartun popular itu, GKL mengajak kira-kira 600 kanak-kanak berusia 7 sehingga 12 tahun mengenali dan memahami penyakit diabetes dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Antara aktiviti tersebut ialah tayangan klip video, kuiz, senaman dan pembelajaran mengenai penyakit diabetes.

Mohd. Irfan Firdaus Mohd. Indera, 11, berkata, selain sangat teruja dengan kedatangan Boboiboy dan Yaya, program itu juga membantu dia memahami penyakit diabetes.

"Selain gembira dengan kehadiran Boboiboy dan Yaya, hari ini baru saya tahu diabetes dan kencing manis adalah penyakit yang sama," katanya.

Punca

Katanya lagi, punca diabetes adalah dari makanan dan minuman yang banyak minyak serta gula.


MURID-MURID yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan pingat penghargaan.


"Ayam goreng dan minuman bikarbonat boleh menyebabkan diabetes. Seperti yang diberitahu tadi, snek seperti gula-gula boleh ditukarkan kepada jagung dan kentang putar.

"Saya sememangnya akan memesan air kosong jika makan di luar kerana ibu bapa beritahu minuman manis boleh mengakibatkan kencing manis," jelasnya.

Begitu juga dengan Mohd. Aiman Baqir Shamshokmar, 11, yang memberitahu, dia cuma mengetahui penyakit kencing manis tanpa menyedari ia turut dikenali sebagai diabetes.

"Saya tahu penyakit kencing manis semasa melihat drama di televisyen apabila kaki seseorang itu terpaksa dipotong.

"Bagaimanapun, kini saya telah mengetahui punca dan cara merawat penyakit diabetes. Antara punca penyakit itu ialah kegagalan badan menghasilkan hormon insulin untuk mengawal tahap keseimbangan glukosa dalam darah," jelasnya.

Mendidik kanak-kanak

Menurut Pengurus dan Pendidik Pusat Penjagaan Diabetes, Choo Khee Ling, acara tersebut diadakan bagi mendidik kanak-kanak tentang bahaya diabetes dari peringkat sekolah rendah lagi.


MURID-MURID Sekolah Kebangsaan St. John berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab soalan tentang diabetes.


"Ramai masih tidak tahu apa itu diabetes dan hanya kira-kira lima peratus daripada mereka tahu mengenainya.

"Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi 2011 telah menunjukkan peningkatan statistik penghidap diabetes untuk remaja Malaysia berusia 18 tahun ke bawah meningkat sebanyak 20.8 peratus berbanding 14.9 pada 2006. Ini menunjukkan tahap pemahaman kanak-kanak dan remaja Malaysia mengenai diabetes masih lagi lemah dan tidak diambil berat," ujarnya.

Khee Ling memaklumkan, antara faktor penyebab peningkatan jumlah tersebut adalah kerana kekurangan aktiviti senaman dalam kalangan kanak-kanak.

"Arus moden pada hari ini telah menyediakan pelbagai mainan video yang menyebabkan anak-anak malas untuk bergerak dan cuma duduk di depan televisyen.

"Mereka kurang melakukan senaman dan cuma bergantung kepada pendidikan jasmani yang dilakukan di sekolah," katanya.

Tambah beliau, disebabkan itu, GKL mengambil inisiatif untuk mengajar beberapa tip pemilihan makanan dan minuman serta senaman mudah yang boleh mereka amalkan. Kami percaya amalan gaya hidup sihat lebih berkesan jika ia dilatih dari peringkat kanak-kanak lagi.

"Kami yakin ia berkesan kerana pada waktu ini mereka mudah untuk dibentuk dan diajar mengenai kepentingan pengamalan gaya hidup sihat.

"Jika dipraktikkan gaya hidup sihat ini pada setiap hari, ia akan menjadi tabiat, sekali gus dapat menjaga kelestarian kesihatan masyarakat Malaysia," ujarnya.

Mengenang masa lalu

Posted:

Mengenang masa lalu

Mengenang masa lalu


MENYAMBUT tahun baru sepatutnya membawa perubahan signifikan pada diri individu kerana kita tidak tahu bila ajal akan mengundang.


SELAMAT Tahun Baru Hijrah. Kita meninggalkan tahun 1434 hijrah dan menyambut kedatangan tahun baru hijrah 1435. Secara amnya, ia hanya perubahan nombor yang tidak membawa makna besar.

Masa datang dan pergi tetapi apa yang pasti, masa tidak akan kembali. Setiap saat yang ditinggalkan semakin jauh meninggalkan kita. Hari esok juga masih misteri pada setiap manusia.

Kematian juga tidak mengira waktu. Sesaat yang baru berlalu masih segar dalam ingatan tetapi sesaat kemudian, mungkin nama kita bakal tersimpan dalam kenangan.

Begitulah roda kehidupan yang sentiasa bergerak selari dengan perubahan masa. Semalam pasti tidak sama dengan hari ini. Misalnya, semalam anak perempuan saya belum mencapai akil baligh tetapi hari ini dia sudah menjadi anak yang perlu menanggung sendiri dosa dan pahala.

MasyaAllah, Subhanallah, Allahuakbar. Bayangkan jika semalam anak itu tidak menutup auratnya dengan sempurna kerana belum akil baligh, secara tiba-tiba dia perlu bertanggungjawab melaksanakan perintah wajib tersebut pada hari ini. Mampukah beliau?

Bagaimana pula dengan anak-anak yang tidak diberatkan solat lima waktu sehari semalam, juga kerana belum mengecap akil baligh dengan tiba-tiba perlu melaksanakan amalan wajib yang menjadi teras utama agama Islam. Mampukah beliau?

Lantas, mampukah seorang bapa mengajak anak lelaki yang baru menginjak dewasa bersama-sama menunaikan solat subuh di masjid? Pasti anjakan rutin itu menjadi sukar.

Ia akan bertambah sukar jika bapanya juga tidak diajar semasa waktu kecilnya dan sehingga menyambut tahun baru hijrah 1435, dia masih belum mengenal tangga masjid untuk solat berjemaah.

Siapakah yang perlu dipersalahkan? Mampukah kita sebagai ibu bapa yang diamanahkan Allah SWT membentuk anak daripada sehelai kain putih kepada pelbagai warna yang berbeza-beza mencapai damai di hati?

MasyaAllah, saya terkenang bagaimana baginda Rasulullah SAW berpesan melalui hadis yang direkodkan oleh Imam Abu Daud yang bermaksud: "Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur sepuluh tahun."

Hakikatnya, menyambut tahun baru hijrah sepatutnya membawa perubahan signifikan bagi membentuk hati yang damai. Ia satu perasaan yang boleh memandu kita ke syurga Firdaus. Ia benar-benar hijrah yang perlu dikejar.

Maknanya, bagi mereka yang mahu berfikir, kedatangan tahun baru boleh dilihat daripada pandangan sisi. Masa berbaki bagi menyambut kedatangan saat-saat kematian berkurang lagi setahun menandakan kehidupan kita semakin suntuk.

Saya fikir adalah sangat relevan bagi setiap orang memikirkan masa lampau yang telah dilalui untuk memulakan hijrah (perubahan) sempena kedatangan tahun baru.

Misalnya, setiap kali berseorangan terutamanya ketika satu pertiga malam masih bersisa dan mengenang kisah semalam, saya tidak dapat mendustakan nikmat masa yang telah dikurniakan Allah.


SETIAP mukmin harus bersyukur dan terus mendekati Yang Maha Esa di atas segala rahmat yang diberi-Nya.


Dia masih memberi ruang masa untuk kita berfikir dan merenung masa yang akan hadir. Banyak pertanyaan, jika ditanya, tidak mampu dijawab dengan lega dan memberikan rasa damai di hati.

Barangkali ramai yang berpura-pura tidak mahu berfikir dan membiarkan hari-hari berlalu seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Misalnya jika ada yang bertanya: "Adakah tuan berkesempatan solat lima waktu di masjid? Adakah tuan membaca al-Quran dan memahami bacaan tersebut? Berapa banyakkah tuan memberi pinjaman (sedekah) kepada Allah SWT? Adakah tuan bangun malam bertahajud dan bermunajat? Adakah tuan berpuasa sunat? Sudah hilangkah rasa cemburu di hati melihat rakan sejawat dinaikkan pangkat?"

Tahun depan usia saya genap 50 tahun. Jika ditakdirkan saya dijemput pulang pada atau sebelum tahun 2015, maka jawapan kepada kesemua soalan di atas adalah seperti berikut: "Tidak, saya tidak terfikir pun untuk solat berjemaah di masjid. Tidak, saya tidak mengenal huruf, tidak tahu membaca al-Quran dan saya tidak terfikir untuk membaca terjemahannya. Tidak, pendapatan saya tidak mencukupi dan pinjaman kad kredit tidak pernah sifar. Pinjaman Bank Rakyat dan koperasi kakitangan masih berbaki, maka tidak perlulah saya bersedekah (memberi pinjaman kepada Allah SWT).

"Saya tidak tahu pun wujudnya puasa dan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis sangat mencabar. Tidak, saya tidak mampu bangun malam kerana saya berjawatan tinggi dan perlukan tidur yang mencukupi untuk bekerja di siang hari. Saya juga tidak mahu jawatan tertinggi yang mampu dicapai dipegang rakan sejawat yang juga lawan kepada saya. Saya mahu menjadi yang terbaik."

Kehidupan dunia sentiasa mempesona dan melalaikan. Malah ia seringkali menjarakkan kita dengan Allah SWT. Kita sering terlupa bahawa pada suatu ketika, ia akan ditinggalkan dan kita akan berdepan kehidupan yang kekal abadi.

Masa berlalu pantas. Allah SWT telah berpesan kepada hamba-Nya melalui ayat 114, surah al-Mu'minun yang bermaksud: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)."

Jumpa lagi minggu hadapan. Kami mohon keampunan-Mu ya Allah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Saintis sahkan Arafat diracun

Posted:

Saintis sahkan Arafat diracun

Saintis sahkan Arafat diracun

BOCHUD (kiri) dan Mangin bergambar dengan dokumen yang menunjukkan laporan siasatan terhadap polonium yang ditemui pada tulang dan pakaian Arafat.


LAUSANNE, Switzerland - Seorang saintis Switzerland, Profesor Francois Bochud dari Institut Radiofizik Lausanne menyatakan, terdapat bahan polonium dalam kuantiti yang tinggi pada tulang bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat.

Menurut Bochud, bahan beracun itu juga ditemui pada barang-barang peribadi milik Arafat sekali gus menunjukkan terdapat pihak ketiga yang menyebabkan kematiannya pada tahun 2004.

"Ia menunjukkan terdapat pihak ketiga yang terlibat (yang menyebabkan kematian Arafat)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bagaimanapun, pasukan itu hanya memberikan sokongan pada tahap sederhana tentang idea bahawa Arafat telah diracun dengan bahan radioaktif itu

"Hasil kajian kami menyokong teori beliau diracun," tambahnya.

Menurut Pengarah Pusat Forensik Hospital Universiti Lausanne, Patrice Mangin, bahan beracun itu tidak menyerap masuk ke dalam badan Arafat secara semula jadi.

Ekoran pendedahan itu, balu Arafat, Suha menyatakan, beliau yakin terdapat orang yang dekat dengan bekas pemimpin tersebut yang meracunnya.

Beliau menganggap kematian Arafat adalah disebabkan pembunuhan politik.

Kadar kandungan polonium itu adalah 20 kali lebih tinggi daripada yang digunakan untuk tujuan penyelidikan.

Selepas pendedahan itu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin menyatakan, tiada keraguan lagi bahawa Arafat telah mati diracun.

Pegawai itu, Wasel Abu Yusef berkata, pihaknya meminta satu jawatankuasa antarabangsa menyiasat tentang pembunuhan itu.

Arafat meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada tahun 2004.

Punca kematiannya menjadi misteri dan masih belum disahkan.

Pada tahun lalu, sebuah makmal di sini menemui kesan polonium-210 pada pakaian pemimpin itu yang diserahkan oleh balunya, Soha.

Lebih banyak sampel telah diambil pada jenazahnya di Tebing Barat.

Polonium-210 merupakan bahan radio aktif beracun yang sukar dikesan menggunakan alat pengesan radio aktif kerana susunan zarahnya.

Kurang satu gram serbuk polonium-210 berwarna perak boleh menyebabkan kegagalan organ yang membawa kepada kematian.

Racun tersebut biasanya dicampur ke dalam minuman dan makanan dengan tujuan untuk membunuh mangsa.

Dalam pada itu, ramai penduduk Palestin percaya Israel telah meracun Arafat tetapi dinafikan oleh regim Zionis.

"Kami tidak pernah membuat keputusan untuk memudaratkan Arafat secara fizikal," kata Menteri Tenaga Israel, Silvan Shalom yang berkhidmat sebagai Menteri Luar pada tahun 2004 ketika diwawancara Radio Israel.

"Pada pendapat saya, tuduhan ini telah digembar-gemburkan. Namun, jika benar beliau (Arafat) diracun, ia bukan kerja Israel," kata Shalom.

"Mungkin ada orang dalam yang mempunyai niat atau kepentingan untuk membunuhnya," tambah menteri berkenaan. - Agensi

Obor Olimpik dibawa ke angkasa lepas

Posted:

Obor Olimpik dibawa ke angkasa lepas

Obor Olimpik dibawa ke angkasa lepas


TYURIN (bawah) memegang obor Sukan Olimpik Sochi manakala Wakata (dua dari bawah) dan Mastracchio (tiga dari atas) melambaikan tangan sebelum mereka memasuki roket Soyuz TMA-11M.


MOSCOW - Sebuah roket membawa obor Sukan Olimpik berlepas dari Bumi semalam menjelang Sukan Musim Sejuk Sochi 2014 di Rusia.

Siaran langsung Televi- syen Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan roket Soyuz TMA-11M yang tertera dengan logo Sochi 2014 itu dilancar pada waktu pagi dari pusat pelancaran roket Baikonur di Kazakhstan.

Obor itu akan berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Ia kemudian akan dibawa keluar dari ISS oleh seorang angkasawan yang berjalan di angkasa lepas.

Aksi itu adalah yang pertama kali dibuat sepanjang sejarah Sukan Olimpik.

Roket Soyuz itu turut membawa angkasawan Rusia, Mikhail Tyurin; angkasawan NASA, Rick Mastracchio dan Koichi Wakata dari Jepun.

Bagaimanapun, obor itu tidak mengandungi api demi keselamatan angkasawan di dalam roket dan di ISS.

Obor Olimpik sebelum ini pernah dibawa ke angkasa lepas iaitu pada tahun 1996 di dalam kapal angkasa Atlantis menjelang Sukan Olimpik Musim Panas di Atlanta.

Roket Soyuz itu tiba di ISS semalam enam jam selepas ia berlepas dari pusat pelancaran tersebut.

"Ia merupakan satu kegembiraan dan menjadi tanggungjawab kami untuk membawa obor yang menjadi simbol keamanan ini," kata Tyurin kepada wartawan menjelang pelancaran Soyuz kelmarin.

Obor tersebut akan berada di angkasa lepas selama lima hari.

Dua lagi angkasawan Rusia yang sudah berada di ISS, Oleg Kotov dan Sergei Ryazanskiy akan membawa obor tersebut untuk acara berjalan kaki di angkasa lepas esok sebelum ia dibawa pulang ke Bumi oleh tiga angkasawan berkenaan pada Isnin ini.

Acara membawa obor Sukan Olimpik Sochi selama empat bulan yang bermula di sini pada 7 Oktober lalu merupakan yang terpanjang dalam sejarah temasya Sukan Olimpik.

- Agensi

Kemampuan dua anak harimau berenang diuji

Posted:

Kemampuan dua anak harimau berenang diuji

Kemampuan dua anak harimau berenang diuji


DUA pekerja menyaksikan anak harimau jantan bernama Bandar berenang di Zoo Negara Smithsonian, Washington D.C kelmarin.


WASHINGTON D. C - Kemampuan dua anak harimau Sumatera berenang diuji oleh beberapa orang kakitangan Zoo Negara Smithsonian di sini kelmarin.

Kedua-dua harimau itu yang bernama Bandar dan Sukacita dilahirkan pada 5 Ogos lalu berenang di dalam sebuah parit di zoo tersebut.

Bandar merupakan anak harimau jantan manakala Sukacita pula harimau betina.

Beberapa pekerja zoo itu akan memastikan haiwan tersebut mampu berenang dengan muka kedua-dua harimau tersebut sentiasa berada di atas permukaan air.

Semua harimau di zoo itu perlu menjalani ujian berenang sebelum ia boleh diletakkan dalam kandang pameran. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved