Rabu, 6 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Antara kepentingan peribadi atau rakyat

Posted:

Antara kepentingan peribadi atau rakyat

Antara kepentingan peribadi atau rakyat

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my
(Yang membuat liputan Forum Filem Antarabangsa Tashkent dan Minggu Kesenian Style.Uz di Tashkent, Uzbekistan dibawa oleh Rafflesia The Pearl Centre)

SEORANG wanita tinggi lampai menyarung sut berwarna hijau zamrud memasuki pintu sebelah kanan Pusat Belia Kebangsaan, Tashkent, Uzbekistan ketika sidang akhbar Minggu Kesenian Style.Uz 2013 sedang rancak berlangsung.

Beliau hanya berdiri di suatu sudut dan memerhati atmosfera sekeliling sambil melontarkan sekuntum senyuman manis.

Tidak perlukan protokol khas atau memberhentikan seketika sidang akhbar yang sedang berlangsung, beliau sebaliknya menghormati sidang akhbar itu sehinggalah salah seorang wakil dari Amerika Syarikat menghabiskan ucapan.

Beliau akhirnya dijemput oleh pengacara majlis untuk turut serta dalam acara yang dihadiri oleh lebih 200 petugas media antarabangsa itu. Melangkah penuh karisma, beliau kemudian duduk di kerusi yang tertera nama Gulnara Karimova.

Gulnara merupakan tetamu kehormat yang paling dinanti-nantikan untuk acara petang itu.

Wanita itu adalah pencetus acara Minggu Kesenian Style.Uz yang sudah berlangsung buat kali kelapan sejak tahun 2006 lagi.

Gulnara, 41, ternyata merupakan wanita yang paling berpengaruh di Uzbekistan.

Gulnara atau popular disapa dengan nama timangannya, Googoogsha itu merupakan anak perempuan sulung Presiden Uzbekistan sekarang ini, Islam Karimov.

Bakal pewaris takhta kerajaan Uzbekistan itu mencuri tumpuan secara luar biasa sama ada menerusi perkembangan bisnesnya mahupun gaya hidup selebriti yang ranggi.

Gulnara merupakan seorang pereka fesyen, penyanyi pop, diplomat dan bakal pemerintah oligarki daripada bapanya.

Pendek kata Gulnara boleh digambarkan sebagai gabungan Donatella Versace, Cheryl Cole dan Ivanka Trumph dalam satu.


GULNARA KARIMOVA percaya masyarakat negaranya lebih pintar berbanding rakyat Amerika Syarikat.


Hobi atau kerjaya

Bagaimanapun, Gulnara enggan menjadikan hobinya dalam dunia seni sebagai satu kerjaya.

Ini kerana dalam masa yang sama, beliau mahu keupayaan dirinya dalam bidang rekaan barang kemas, penulisan sajak, bakat nyanyian dan penciptaan muzik sebagai batu loncatan.

"Sama ada mahu terbabit dalam sesuatu perkara itu secara serius atau menjauhkan diri semuanya terserah pada diri sendiri.

"Golongan profesional biasanya mempertaruhkan masa dan kehidupan mereka untuk semua itu tapi tidak bagi saya," ujarnya kepada Kosmo! ketika ditemui selepas selesai upacara perasmian Minggu Kesenian Style.Uz di Tashkent, Uzbekistan dua minggu lalu.

Hakikatnya, beliau mempercepatkan langkah kehidupannya sama ada untuk diri sendiri atau masyarakat.

Katanya, hidup seorang puteri sangat singkat durasinya: "Saya mahu melakukan segalanya yang saya mahukan ketika ini kerana hidup sentiasa berubah.

"Setiap hari ada sahaja perkara baharu berlaku dalam hidup dan saya mungkin tidak mampu untuk memperoleh segala perkara yang sama dalam masa yang singkat ini."

Bekas lulusan Universiti Tashkent, New York Fashion Institute of Technology dan Universiti Harvard itu turut berhasil menerobos pekarangan Geneva, Switzerland.

Memandangkan beliau wanita pertama Uzbekistan yang memperkenalkan negaranya kepada pertubuhan Perikatan Antarabangsa Geneva (UNOG) saban tahun, Gulnara menampakkan dirinya cukup sempurna untuk disegani negara-negara Barat.

GULNARA hadir penuh anggun pada acara Minggu Kesenian Style.Uz 2013 pada 27 Oktober lalu.


Kemusnahan perkahwinan

Seorang wanita yang berkerjaya tetapi dalam masa sama mampu membesarkan dua cahaya matanya, Islam, 16, dan Iman, 11, bersendirian selepas rumah tangga yang dibina bersama usahawan Amerika Syarikat kelahiran Afghanistan, Mansur Maqsudi musnah 12 tahun lalu.

"Apabila saya ditanya di manakah rumah saya, saya jawab rumah saya di mana sahaja anak-anak saya berada. Kami cuba untuk meluangkan waktu petang bersama-sama begitu juga menikmati hidangan lewat petang.

"Adakalanya jika saya perlu bekerja pada waktu petang saya akan tetap mencari waktu untuk bersama-sama dengan mereka sama ada mereka akan menunggu saya pulang untuk menikmati makan malam awal atau lewat bersama.

"Oh! Alangkah indah kalau saya diberikan waktu 25 jam sehari," tambahnya.

Perceraian Gulnara dan Mansur sebelum ini pernah menjadi kontroversi yang menggemparkan ekoran perebutan hak penjagaan kedua-dua anak mereka.

Ujar Gulnara, seboleh-bolehnya beliau enggan berbicara mengenai perkara itu di hadapan kedua-dua anaknya.

Perebutan itu sehingga melibatkan mahkamah untuk mengenakan hukuman penalti dan penjara terhadap Gulnara sekiranya dia berada di Amerika Syarikat dan hal yang sama dijatuhkan pada Mansur sekiranya berada di Uzbekistan.

Susulan itu, selepas hampir lima tahun bergelut merebut hak penjagaan anak, mahkamah Amerika Syarikat memutuskan Gulnara beroleh hak penjagaan rasmi Islam dan Iman.

Ditanya adakah beliau masih terguris dengan tindakan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan hingga mengaitkan isu itu dengan autoriti serta kebebasan di Uzbekistan, Gulnara mengakui.

"Kini saya sudah lega, anak-anak saya sudah bebas untuk bergerak, belajar dan mengembara termasuk di Amerika Syarikat. Biarpun sukar untuk saya melupakannya tapi saya kini boleh bernafas dan kembali meneruskan kehidupan.

"Di Uzbekistan, kami percaya anak-anak tidak boleh hidup tanpa ibunya. Atas dasar itu, masyarakat kami rasanya lebih pintar berbanding masyarakat Amerika Syarikat dan saya gembira apabila kedua-dua anak saya tinggal bersama saya," ujarnya.

Kecewa atau tidak dengan perkahwinan itu? Jawab Gulnara: "Saya tidak tahu, dengan pengalaman 'indah' ini yang telah membenamkan saya sedalam-dalamnya, saya seperti enggan berkahwin lagi."


GULNARA (tengah) dirakam pada sidang akhbar Minggu Kesenian Style.Uz 2013 di Tashkent, Uzbekistan baru-baru ini.


Fesyen

Aktif dalam bidang politik, kebajikan dan bisnes tidak menghalang Gulnara menceburi dunia fesyen dan nyanyian.

Pada tahun 2009. Gulnara telah mempersembahkan koleksi barang kemas kolaborasi bersama syarikat terkenal Switzerland, GULI for Chopard.

Hasil daripada kutipan jualan barang kemas itu telah disalurkan untuk Festival Kanak-kanak Yangi Avlod (New Generation).

Setahun kemudian, beliau tampil dengan koleksi fesyen Guli yang menampilkan fabrik serta rekaan berasaskan kot labuh tradisional Uzbekistan sempena Minggu Fesyen di New York, Amerika Syarikat.

Kecenderungan Gulnara dalam bidang seni mendorong beliau untuk mengemudi Minggu Kesenian Style.Uz yang menampilkan barisan pereka fesyen terkemuka antarabangsa seperti Cavalli, Scervino dan Chopard selain membabitkan Festival Teater Antarabangsa Theatre.Uz, Forum Filem Antarabangsa Tashkent Golden Guepard, pertunjukan karya seni Biennale & Ponobiennale, kelas seni, konsert dan acara kebajikan.

Gulnara dalam pada itu telah memperkenalkan wangian pertamanya Victorious for Men dan Mysterieuse for Women sempena Minggu Kesenian Style.Uz 2012.

Jika Gulnara mencintai negara, keluarga, pemerintah, ibu, kelulusan, negara dan bahasanya, beliaulah yang diertikan seorang puteri yang mana undang-undang tidak pernah bersara. Hari ini, Gulnara adalah wajah utama Uzbekistan dalam setitis suntikan revolusi glamor.

Style.Uz cetusan Gulnara

Posted:

Style.Uz cetusan Gulnara

Style.Uz cetusan Gulnara

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


DARI kiri: Alia Bastamam, Datuk Profesor Jimmy Choo dan pengasas Rafflesia, Winnie Soo bangga berada di pentas Minggu Kesenian Style. Uz.


MINGGU Kesenian Style.Uz merupakan salah sebuah acara kebudayaan dan kesenian terbesar dan berprofil tinggi yang pernah dianjurkan negara-negara sekitar Asia Tengah.

Bermatlamat untuk membangunkan bidang fesyen dan kesenian kontemporari serta tradisional negara Uzbekistan, acara yang diasaskan oleh Gulnara Karimova itu memulakan langkah sulung pada tahun 2006 lagi.

Biar pun ketika itu penganjuran acara itu cuma bersifat skala kecil, perkembangan positif dilihat saban tahun berjaya dilaksanakan oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Gulnara dengan nama Fund Forum.Uz.

Seiring pertambahan agenda antaranya konsert dan peragaan barang kemas yang berlangsung setiap kali penganjuran acara itu, pelbagai penambahbaikan dilaksanakan termasuk kemasukan Festival Teater Antarabangsa bermula tahun 2010 dan Forum Filem Antarabangsa Tashkent Golden Guepard bermula tahun 2011.

Pada tahun 2011, Style.Uz dijenamakan bersama moto baharu Mix of Dreams, Colors and Emotions berserta simbolik warna-warna ceria daripada paten fabrik terkenal Uzbekistan, han atlas.

Style.Uz yang diadakan setiap tahun menampilkan pelbagai pameran seni moden dan tradisional, pameran fotografi, pertunjukan fesyen, Festival Pakaian Kebangsaan, demonstrasi filem, produksi teater, acara kebajikan, konsert oleh bintang popular antarabangsa dan bengkel bersama pakar dalam setiap bidang.

Acara itu juga kian mendapat perhatian dunia merangkumi kelompok pereka fesyen, artis, pemuzik, media dan usahawan daripada segenap negara termasuk Malaysia.

Forum Filem Antarabangsa Golden Guepard

Menggunakan moto tetap Civilizations of the 21st Century: Dialog of Cultures merupakan sebuah forum yang membincangkan kritikan penyertaan filem dari beberapa negara yang bertanding.

Pertama kali diadakan pada tahun 2011, acara itu menarik penyertaan 45 buah negara dan tahun lalu sebanyak 503 penyertaan daripada 50 buah negara telah diterima.

Tahun 2013 telah menukar slogan Per speculum et in aenigmate yang bermaksud enigma daripada sekeping cermin telah memilih 11 buah filem cereka, 13 buah filem pendek dan 10 buah filem animasi daripada lebih 500 penyertaan.

Pembukaan acara itu berlangsung pada 19 Oktober dan majlis penutup dan pengumuman pemenang telah diadakan pada 24 Oktober lalu.


PEMAIN biola dan konduktor terkenal Rusia, Yuri Bashmet turut menghiburkan para tetamu.


Festival Filem Antarabangsa Theatre.Uz

Pada penganjuran kali keempat tahun ini yang bermula 20 hingga 26 Oktober lalu, sebanyak empat bengkel, enam persembahan teater antarabangsa, enam persembahan teater tempatan Uzbekistan serta lapan persembahan teater kecil Tashkent telah berlangsung.

Membabitkan produksi teater Uzbekistan, Israel, Lithuania, Rusia dan Tajikistan, pementasan turut membabitkan karya terkenal Alisher Novoi, Abdulla Qodiri, Alessandro Baricco, Ilya Chlaki dan Carlo Gozzi.

Konsert

Bermula tahun 2008, memperlihatkan pembabitan artis antarabangsa seperti Julio Iglesias, Rod Stewart, Sting, Eros Ramazotti, Ennio Marricone, Sophie Ellis Bextor dan Demis Roussos mengadakan konsert sempena Style.Uz.

Tahun 2013, konsert Style.Uz diserikan dengan persembahan pemain biola dan konduktor muzik terkenal Rusia, Yuri Bashmet pada 22 Oktober serta penyanyi soprano Lara Fabian pada 27 Oktober.

Pertunjukan fesyen

Pereka fesyen antarabangsa antaranya Guy Laroche, Balmain, Yves Saint Laurent, Valentino, Max Mara, Dolce & Gabbana, Versace, Oscar De La Renta, Roberto Cavalli dan Carolina Herrera turut memperlihatkan hasil koleksi masing-masing sebelum ini.

Tahun ini, pertunjukan fesyen membabitkan pereka antarabangsa seperti Seville Fashion School, Antonio Garcia, Hello Kitty, Kosuke Tsumura, Vlov, Christophe Guillarme, Stefano Ricci telah membuat kemunculan.

Paling mengujakan, pereka fesyen Alia Bastamam turut mempersembahkan rekaan koleksi pakaian pengantin terbaharu beliau berkolaborasi dengan pengeluar barang kemas terkenal Rafflesia serta koleksi kasut Jimmy Choo.

Maldives tarik kehadiran pengembara

Posted:

Maldives tarik kehadiran pengembara

Maldives tarik kehadiran pengembara


KERAJAAN Maldives menetapkan dua undang-undang berbeza bagi rakyat dan pelancong bagi menjaga kemakmuran negara itu.


MALDIVES merupakan salah satu destinasi percutian eksklusif di dunia. Namun, sejak lima tahun kebelakangan ini, ia menjadi tumpuan golongan pengembara bajet, sekali gus membuatkan agamawan di negara itu berasa tidak selesa dengan kehadiran mereka.

Kebiasaannya, pelancong yang menjejakkan kaki di lapangan terbang negara itu akan menaiki bot laju atau pesawat laut untuk ke resort persendirian yang dikelilingi batu karang indah. Di situ, pelancong bersantai dan menghabiskan masa tanpa mengendahkan keadaan negara sekeliling mereka.

Ia satu senario yang biasa dilihat sejak beberapa dekad lalu ekoran polisi yang memastikan pelancong asing mewah, terutamanya dari Barat dan pasangan pengantin baharu, berada di kepulauan-kepulauan tidak berpenghuni dan terasing daripada populasi Muslim tempatan.

Kerajaan Islam negara itu telah menetapkan dua undang-undang berbeza iaitu pelancong dibenarkan meminum alkohol, makan daging babi dan hubungan seks luar nikah bagi mereka yang belum berkahwin. Bagi wanita Maldives pula, mereka akan disebat di khalayak ramai sekiranya berzina.

Negara Islam

Naib Presiden Parti Adhaalath yang bersifat konservatif, Mauroof Hussain berkata, memandangkan Maldives merupakan sebuah negara Islam, pihaknya sentiasa menyokong idea bahawa industri pelancongan perlu diasingkan dari pulau-pulau yang didiami penduduk.

"Sekiranya pelancong yang datang membawa dadah, ia turut memberi kesan negatif kepada masyarakat di sini," ujarnya.

Walaupun gugusan kepulauan itu jauh dari penempatan penduduk, pelancong tetap memilih untuk bercuti di sekitar ibu kota Maldives, Male dan Pulau Maafushi terletak berhampiran selepas pengenalan polisi baharu yang bertujuan menarik pengembara bajet ke negara itu.

"Pelancong berbogel di kawasan kediaman penduduk adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Penduduk merungut ketika mereka bersolat di masjid, pelancong pula berbikini di sekitar kawasan itu," tambah Mauroof.


SEKUMPULAN lelaki bermain catur di luar restoran di Male.


Sejak pembaharuan yang dilaksanakan presiden pertama Maldives yang dipilih secara demokrasi, Mohamed Nasheed pada tahun 2009, penduduk Maldives dibenarkan untuk membuka rumah tumpangan di kawasan-kawasan pulau yang berpenghuni.

Seorang usahawan tempatan, Ibrahim Mohamed, 25, memperoleh keuntungan hasil perniagaan rumah tumpangan iaitu Sundhara Palace.

"Penduduk Maldives merupakan rakyat yang peramah. Masyarakat di sini tidak mahu pelancong diasingkan daripada penduduk. Ia merupakan kehendak kerajaan dan segelintir ahli perniagaan tempatan," ujarnya.

Sundhara Palace yang terletak di Male dibuka pada awal September lalu. Rumah tumpangan tiga bilik itu menawarkan penginapan asas serendah AS$30 (RM94) semalam.

Resort paling murah di negara itu kebiasaannya menawarkan harga 10 kali ganda lebih mahal berbanding Sundhara Palace. Selain kadar penginapan semalam yang mencecah ribuan ringgit, pihak resort juga menghidangkan makanan dan minuman yang mahal.

Potensi perniagaan

Menurut Ibrahim, polisi di rumah tumpangan merupakan sistem terbaik untuk memberi keuntungan kepada rakyat dan bukan ahli perniagaan yang kaya.

Segelintir pemilik resort yang mempunyai hubungan baik dengan pemerintah autokratik selama 30 tahun iaitu Maumoon Abdul Gayoom, terus menguasai ekonomi dan politik di Maldives.

Kumpulan ahli perniagaan yang berpengaruh itu telah bersatu menentang Mohamed yang digulingkan pada Februari 2012 oleh pemberontakan pasukan keselamatan yang dipanggilnya sebagai satu rampasan kuasa.

Usaha bekas pemimpin itu untuk kembali berkuasa melalui peti undi, gagal ekoran protes dan ketidakpastian rakyat selepas Mahkamah Tinggi Maldives membatalkan kemenangannya pada pilihan raya yang berlangsung pada 7 September lalu.

Keputusan mahkamah itu merupakan susulan pertikaian daripada calon pilihan raya, Gasim Ibrahim yang juga merupakan salah seorang taikun di Maldives dan penyokong Parti Adhaalath.

Terbaharu, pilihan raya Maldives akan diadakan semula pada 9 November ini dan jika perlu, proses ulangan seminggu selepas itu.

Sekiranya dipilih semula, Mohamed berjanji untuk mengembangkan polisi rumah tumpangan sebagai program pembaharuan sosial dan ekonomi negara itu.

"Industri ini berkembang dengan begitu pesat. Kami berpendapat banyak potensi yang harus diterokai," ujarnya kepada pemberita sebelum sesi pengundian pusingan pertama pilihan raya September lalu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Keenakan sajian tarik pelancong

Posted:

Keenakan sajian tarik pelancong

Keenakan sajian tarik pelancong

Oleh ADLAN JAAFAR

JIKA berkunjung ke Kuala Selangor, Selangor, pastikan anda mencari sebuah restoran yang sangat terkenal di sana iaitu, Restoran Mee Udang Banjir. Memang banyak restoran yang menjual mi udang atau mi lain di Kuala Selangor tetapi restoran tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga dikunjungi ramai pelanggan termasuk dari negeri lain.

Restoran ini mudah dicari, kalau memandu dari arah Kuala Lumpur, pastikan anda mencari Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sebelah kiri manakala restoran makanan segera, McDonald's di sebelah kanan kerana ia terletak bersebelahan McDonald's.

Mendengar nama restoran sahaja sudah pasti membuatkan ramai orang teruja, inikan pula apabila semangkuk mi udang berada di depan mata.

Belum pun mangkuk tersebut diletakkan di atas meja, bau manis dan harum udang sudah menusuk hidung, serta-merta keinginan yang terbit pada deria rasa bertambah. Kecur lidah dibuatnya.

Sebaik sahaja mangkuk mi udang banjir dihidangkan di atas meja, pandangan mata pasti terkesima melihat lima hingga enam ekor udang yang besar menutup keseluruhan mi.

"Mi udang berasal dari utara Semenanjung tetapi mak cik tidak pernah merasa mi dari sana," ungkap pemilik restoran itu dan pencipta resipi mi udang banjir, Aliyah Jalal, 53, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Sebelum ini, Aliyah berniaga katering secara kecil-kecilan kemudian membuka sebuah restoran lapan tahun lalu yang menjual masakan panas, namun kurang sambutan.

Ekoran itu, dia cuba menghasilkan sesuatu hidangan yang istimewa lalu memilih mi udang. Sebelum itu, dia berkunjung ke banyak restoran di merata-rata tempat bagi mencari resipi terbaik untuk mi udang ciptaannya.


LOKASI Restoran Mee Udang Banjir ini terletak berhadapan Masjid Jamek Sultan Ibrahim dan bersebelahan McDonald's, Kuala Selangor.


Keistimewaan

Akhirnya, tercipta mi udang banjir dengan keistimewaan pada kuahnya yang terasa kemanisan udangnya. Apabila ditambah perahan limau nipis, maka terhasillah rasa manis dan masam. Ia juga boleh dinikmati bersama bihun atau kuetiau.

Bagi memastikan rasa kuah mi udang sentiasa sedap, Aliyah memastikan setiap bahan mempunyai sukatan tertentu.

"Penyediaan pes dan membancuh kuah pula, saya dan anak-anak sahaja yang boleh melakukannya," katanya lagi.

Menurut anaknya, Afryza Mohamed Baharudin, 29, pada hujung minggu bilangan pengunjung sangat ramai dan ada yang datang dari Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Pahang semata-mata mahu merasai mi udang banjir.

"Apabila mengetahui mereka datang dari jauh, kami rasa terharu dan bagi memastikan mereka berpuas hati, kami akan bertanya tentang mi udang yang sedang dinikmati sama ada sedap atau sebaliknya," ujarnya.

Terdapat tiga jenis hidangan mi udang disediakan iaitu mi udang special yang mempunyai lima ekor udang galah, mi udang biasa (tujuh ekor udang biasa) dan mi udang (empat ekor udang biasa) yang masing-masing berharga RM12, RM8.50 serta RM5.50.

Selain mi udang, Restoran Mee Udang Banjir turut memiliki menu masakan panas dan istimewa seperti sup itik serati serta nasi korek-korek yang memerlukan individu mengorek nasi untuk mencari lauk.

Cendol bakar

Dalam pada itu, jika berkunjung di Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor, mata anda pasti tertarik melihat papan tanda besar tertulis Cendol Bakar.

Menggunakan konsep pandu lalu dan layan diri, Gerai Cendol Bakar terkenal dengan hidangan pelbagai variasi cendol. Ia juga menjual pelbagai jenis makanan lain seperti laksa, pisang goreng dan bakso.

Dekorasi gerai ini diilhamkan berdasarkan reka bentuk rumah kampung. Kesemua pondok tempat duduk beratapkan daun nipah.


GERAI karipap gergasi yang terletak di tepi jalan memudahkan orang ramai membelinya.


Cendol Bakar mempunyai enam jenis pilihan iaitu cendol VIP, VVIP, tapai, pulut tapai, durian dan durian pulut yang setiap satunya mempunyai bahan berbeza disertakan bersama-sama cendol, gula merah serta

santan.

Pemilik Cendol Bakar, Rifhan Farhan Mohamaad Arif, 25, berkata, idea berniaga cendol tercetus ekoran kegemaran dia sekeluarga menikmati cendol.

Nama Bakar didapati ketika penyediaan air gula merah yang digunakan untuk dicampur cendol. Gula merah dibakar terlebih dahulu menjadikan rasanya seperti ada asap sedikit.

Terang Rifhan Farhan lagi, rahsia cendolnya sentiasa mempunyai rasa yang sama adalah pada penggunaan bahan mentah yang tepat dan sentiasa segar.

Bancuhan santan mesti tepat selain ia perlu dihantar setiap hari dan paling lama disimpan selama satu setengah hari.

Bahan tambahan seperti Nata de Coco yang dipilih pula hanya perisa laici atau tiada perisa supaya tidak mengganggu rasa cendol dan bahan utama yang sebenar.

"Jika bahan yang digunakan tidak segar atau berubah sudah pasti memberi kesan kepada rasa dan kualiti cendol. Santan yang dibiar lama boleh menjadi masam," ungkap Rifhan Farhan.

Konsep gerai dan pandu lalu Cendol Bakar mengalami evolusi apabila bilangan pengunjung semakin ramai.

"Kemudahan tersebut bagi memudahkan pelanggan menikmati cendol. Tidak sangka, ia menjadi suatu tarikan," katanya.

Gerai Cendol Bakar ketika ini hanya terdapat di dua lokasi iaitu di Kuala Selangor dan Rembau, Negeri Sembilan.


BUKIT MELAWATI merupakan identiti Kuala Selangor yang menjadi tumpuan pelancong.


Karipap gergasi

Di Kuala Selangor juga mempunyai satu lagi sajian unik iaitu karipap gergasi yang bersaiz sejengkal tangan individu dewasa.

Karipap gergasi itu mempunyai reka bentuk sama seperti karipap tradisional cuma bersaiz besar.

"Rahsianya terletak pada proses pembuatan yang masih mengekalkan kaedah tradisi termasuk menguli dan menggoreng," kata Khalijah Jamari, 30, yang menguruskan tiga buah cawangan karipap gergasi iaitu Kampung Assam Jawa dan Taman Belibis, Kuala Selangor dan sebuah di Kapar, Klang.

Selain itu, kesedapan karipap itu terletak pada inti kentangnya yang menyerap perasa gabungan rempah yang dimasak sekali.

Sebelum ini, Khalijah memberitahu, saiz karipap gergasi itu dua kali ganda berbanding sekarang dan dijual pada harga RM5 satu tetapi ia amat rumit untuk digoreng.

"Minyak yang banyak diperlukan iaitu 20 kilogram untuk menggoreng dua biji pada satu-satu masa selain menggunakan api yang sangat perlahan kerana takut pecah di bahagian tengah karipap," jelasnya.

Terdapat dua jenis karipap gergasi iaitu ayam dan daging yang berharga RM3.50 setiap satu.

Menurutnya, pengunjung lebih ramai pada hujung minggu dan ada yang membeli pada kuantiti banyak antara 10 hingga 20 biji pada satu-satu masa.

Mendalami klise Bali

Posted:

Mendalami klise Bali

Mendalami klise Bali


KEHIJAUAN padi bukit di Tegallang menjemput ketenangan setiap pengunjung.


KEINGINAN menyingkap misteri pesona Bali, Indonesia seperti mana yang diceritakan rakan-rakan membuatkan saya rasa teruja untuk meneroka pulau tersebut.

Akhirnya, pada pukul 12 tengah hari waktu Bali, pesawat yang saya naiki bersama seorang teman mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar. Memasuki ruang ketibaan, teman saya menyatakan ketakjubannya terhadap perubahan drastik lapangan terbang tersebut.

Dulu, pintu utama yang menyambut kehadiran orang luar ke tanah Bali itu hanyalah sebuah bangunan kayu usang. Kini, ia sedang melalui proses pembangunan drastik dilengkapi infrastruktur berteknologi terkini.

Projek menaik taraf itu bagaimanapun tidak menyekat restoran francais Malaysia, Bangi Kopitiam untuk mula beroperasi di tingkat bawah prasarana tersebut. Mereka yang teringin menghirup teh tarik seperti di tanah air disarankan duduk di kopitiam itu sebelum mengatur langkah keluar kerana sukar bagi menemui minuman itu di sekitar Bali.

Sorga Cottages yang tersembunyi di dalam lorong sempit Poppies Lane 1, Kuta menjadi persinggahan rehat saya di Bali. Kamar standard dua katil, tanpa penghawa dingin dan balkoni menghadap kolam renang sudah memadai bagi kelompok berpendapatan sederhana seperti saya.

Aktiviti air

Pertemuan bersama penunjuk arah sepanjang lima hari empat malam di Bali melancarkan perancangan liburan yang dirangka. Bima Desu, pemandu pelancong berusia 26 tahun itu menjadi sahabat serantau sepanjang percutian tersebut.

Bagai menurut pelan stereotaip pemandu pelancong tempatan lain, Tanjung Benoa (berhampiran Nusa Dua) yang popular sebagai pusat aktiviti air menjadi lokasi lawatan rasmi yang pertama. Parasailing, banana boat, menyelam skuba, flying fish dan bersiar-siar bersama bot menuju ke Pulau Penyu ialah rangkaian hiburan sedia ada untuk pengunjung.

Perjalanan diteruskan ke Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana (GWK), Badung di selatan Kuta. Patung Wisnu dan garuda menjadi tarikan utama taman tersebut. Meskipun belum siap sepenuhnya, keistimewaan patung yang diperbuat daripada besi itu mampu memegun setiap pengunjung yang mungkin menyangka asas binaannya ialah batu.

Kurang 10 kilometer dari GWK, terletaknya pantai Padang-Padang. Sebelum sampai ke gigi air pantai berpasir putih halus itu, pengunjung perlu menuruni tangga batu yang diapit sempit batu-batu besar pesisir pantai.

PATUNG Wisnu di Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana ini diperbuat daripada besi.


Tidak keterlaluan jika ia dibandingkan dengan laluan kelam kebanyakan gua, memerlukan pelawat bergilir-gilir untuk menaiki atau menuruni anak-anak tangga curam.

Pukul 4.30 petang, Bima memastikan saya tiba di Uluwatu, pura (kuil) kunjungan wajib pelancong. Melihat kenakalan monyet merampas topi seorang pengunjung menghidupkan kesahihan cerita teman saya tentang karakter haiwan itu di Uluwatu.

Namun, apabila seorang penduduk tempatan mengambil semula topi itu dan meminta bayaran atas 'bantuan' tersebut menimbulkan keraguan betapa liciknya manusia mempergunakan monyet bagi mengaut keuntungan atas angin.

Keagamaan

Saat mentari hampir tenggelam, saya sudah duduk dalam keramaian bagi menyaksikan persembahan tarian kecak api. Hanya bermelodikan frasa 'kecak' yang diulang kira-kira 30 orang penari lelaki tidak berbaju, pementasan epik Ramayana berbaur spiritual itu mudah memaku pandangan penonton.

Persembahan kebudayaan bertulangkan agama Hindu menjadi tiket pelancongan terpenting Bali. Teater mini barongan bagaimanapun gagal menghidupkan keterujaan saya.

Bagaimanapun, keindahan khazanah alam semula jadinya mengembalikan cinta saya terhadap Bali.

Eksplorasi di kawasan padi bukit, Tegallang, Ubud sedikit memengahkan jika anda memilih untuk turun ke dasar sawah dan meniti jambatan buluh. Namun, kepenatan itu segera lesap apabila kehijauan mengaburi mata dan udara nyaman bersatu dalam nafas.

Penyatuan jiwa dan alam dapat dirasai tatkala duduk bertentang dengan Gunung Kintamani dari Gunung Batur. Hangatkan tubuh yang dipukul kesejukan suhu di kawasan tanah tinggi itu dengan secawan kopi luwak.

Biarpun agak mahal berbanding kopi biasa, kepekatan rasa minuman itu sangat memuaskan tekak, khususnya buat golongan pencinta kopi.

Apa lagi boleh dilakukan di Bali selain memanjakan diri di spa-spa dengan harga yang rendah. Hampir setiap malam saya berurut di tempat berlainan bagi mengenal pasti spa terbaik untuk kunjungan akan datang.

Spa menjadi liburan gantian yang sempurna waktu malam kepada saya yang tidak menggemari keriuhan kelab malam.

Menghabiskan waktu berjalan kaki atau menaiki motor di sekitar Jalan Legian dan pusat beli-belah Beachwalk juga menjadi pengisi jadual logik buat mereka yang gila berbelanja.

Kayuhan amal erat hubungan

Posted:

Kayuhan amal erat hubungan

Kayuhan amal erat hubungan

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


BERBASIKAL sejauh 13 kilometer merentasi kawasan utama di Bandar Baru Bangi ternyata mencabar ketahanan fizikal para peserta.


JALAN raya di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini dipenuhi dengan kumpulan berbasikal yang memakai baju berwarna jingga.

Peserta yang terlibat kelihatan begitu bersemangat sejak dari garisan permulaan sehingga ke penamat.

Topi keledar merupakan kelengkapan yang wajib dipakai oleh setiap peserta sebagai langkah keselamatan.

Kayuhan Amal Bersama Anak-Anak Yatim 2013 anjuran surau Al-Ittifaqiah, Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi dan Persatuan Penduduk Islam Taman Kajang Impian, Selangor itu berjaya menarik kira-kira 130 peserta.

Acara bermula pada pukul 7.30 pagi di pekarangan surau. Peserta perlu menunggang basikal sejauh 13 kilometer mengelilingi Bandar Baru Bangi dan kembali ke kawasan pekarangan surau.

Antara kawasan Bandar Baru Bangi yang dilalui oleh para peserta ialah Sungai Ramal Dalam, Seksyen 8, Seksyen 4 dan Seksyen 2.

Acara terbesar

Menurut Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ittifaqiah, Mohd. Norizan Mokhtar, 44, acara berbasikal yang julung-julung kali dianjurkan oleh surau itu merupakan satu langkah terbaik untuk mengeratkan silaturahim sesama penduduk.

"Sejak surau ini beroperasi kira-kira dua tahun lalu, Kayuhan Amal Bersama Anak-Anak Yatim 2013 merupakan acara terbesar yang pernah kami anjurkan. Ia juga sebagai salah satu cara untuk menyampaikan maklumat mengenai aktiviti anjuran pihak surau kepada penduduk setempat.

"Kebanyakan kariah surau yang menyertai acara ini merupakan ahli Kelab Berbasikal Taman Kajang Impian. Mereka lebih memahami aspek-aspek keselamatan dan panduan keselamatan sewaktu berbasikal," ujarnya kepada Kosmo!.

Selain berbasikal, acara tersebut turut meraikan 26 orang anak-anak yatim dan miskin dari Rumah Bakti Al Kausar, Bandar Baru Bangi.


PARA peserta bergambar bersama anak-anak dari Rumah Bakti Al Kausar sebagai penutup acara.


Kanak-kanak dari rumah tersebut dijemput untuk memeriahkan acara itu. Mereka turut menyertai pertandingan melukis dan futsal. Agensi Antidadah Kebangsaan juga turut mengadakan pameran berkaitan dadah.

Pengerusi Rumah Bakti Al Kausar, Razali Basri memberitahu, acara itu memberi peluang kepada anak-anak di rumah tersebut mengenali ahli kariah dan jemaah surau Al-Ittifaqiah dengan lebih dekat.

"Rumah Bakti Al Kausar ditubuhkan kira-kira dua tahun lalu dan 28 orang kanak-kanak tinggal di sini. Anak-anak Rumah Bakti menyukai aktiviti riadah. Ia juga sebagai salah satu cara anak-anak bersosial bersama masyarakat di Taman Kajang Impian.

"Walaupun ini kali pertama pihak kami bekerjasama dengan pihak surau, acara ini berjalan dengan lancar. Saya dapat lihat kegembiraan pada wajah setiap peserta sewaktu melakukan aktiviti," ujarnya.

Laluan selamat

Setiap penyertaan dalam Kayuhan Amal Bersama Anak-Anak Yatim 2013 dikenakan yuran sebanyak RM30 yang mana RM10 daripadanya akan didermakan kepada Rumah Bakti Al Kausar. Selain itu, pihak pengurusan surau juga mengadakan acara cabutan bertuah kepada peserta dan anak-anak yatim.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Sukan Persatuan Penduduk Islam Taman Kajang Impian, Mohd. Shahrin Itam, 50, memberitahu, pihaknya memilih laluan yang selamat untuk para peserta berbasikal sepanjang acara tersebut.

"Laluan trafik sekitar Bandar Baru Bangi pada acara itu dikawal oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perbandaran Kajang bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Laluan berbasikal pula tidak menuntut kecekapan teknikal para peserta. Hanya kekuatan fizikal dan mental yang tinggi diperlukan untuk ke garisan penamat.

"Selepas mengharungi kayuhan sejauh 13 kilometer, tiada peserta yang mengalami kecederaan. Pihak surau juga akan terus mengadakan acara kemasyarakatan untuk penduduk di Taman Kajang Impian pada masa akan datang," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


20 pelajar SMK Tengku Intan Zaharah lawat Brunei

Posted:

20 pelajar SMK Tengku Intan Zaharah lawat Brunei

20 pelajar SMK Tengku Intan Zaharah lawat Brunei

SIEW KUAN KEASBERRY (berdiri tiga dari kiri) bergambar bersama guru pengiring dan pelajar SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun yang menyertai program Mobiliti Pelajar dan Pengantarabangsaan bersama Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei baru-baru ini.


LAKAR SEJARAH. Buat julung-julung kalinya, seramai 20 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu terbabit dalam program Mobiliti Pelajar dan Pengantarabangsaan bersama Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei baru-baru ini.

Berpeluang mengunjungi negara jiran, para pelajar sekolah itu diberi pendedahan mengenai sistem pendidikan, pembelajaran, interaksi, cara hidup dan budaya masyarakat melalui pelbagai aktiviti di negara itu.

Pemangku Pengetua SMK Tengku Intan Zaharah, Siew Kuan Keasberry berkata, lawatan itu diadakan dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Sekretariat Tahun Melawat Terengganu.

"Program tersebut secara tidak langsung dapat mempromosi negeri pantai timur itu kepada dunia luar melalui risalah yang dibekalkan oleh agensi kerajaan terlibat," katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan pada sepanjang lawatan itu ialah persembahan dikir barat, koir 1Malaysia dan sesi 'lampias minda' antara kedua-dua guru sekolah terbabit mengenai teknik pembelajaran efektif.

Pemuda UMNO Permatang Pauh ziarah ahli kemalangan

Posted:

Pemuda UMNO Permatang Pauh ziarah ahli kemalangan

Pemuda UMNO Permatang Pauh ziarah ahli kemalangan


ABU BAKAR (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Mohd. Hafizi (dua dari kanan) yang cedera akibat terkena mesin pemotong besi di Kampung Permatang Pasir, Pulau Pinang baru-baru ini.


BANTU. Ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh mengadakan program ziarah untuk menghulurkan bantuan kepada seorang ahlinya yang mengalami kemalangan di Kampung Permatang Pasir, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Mohd. Hafizi Mohd. Fauzi, 22, ditimpa kecederaan di kaki kiri selepas terkena mesin pemotong besi ketika melakukan kerja-kerja membaiki pintu di rumah sewanya.

Kunjungan ziarah itu diketuai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Abu Bakar Sidek Zainul Abidin yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper.

SAM Sungai Merab Luar anjur karnival jogathon amal

Posted:

SAM Sungai Merab Luar anjur karnival jogathon amal

SAM Sungai Merab Luar anjur karnival jogathon amal


SEBAHAGIAN daripada pelajar yang menyertai jogathon amal pada Karnival Jogathon Amal di Kajang, Selangor baru-baru ini.


KEBAJIKAN. Sekolah Agama Menengah (SAM) Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor mengadakan Karnival Jogathon Amal dan Hari Anugerah Kokurikulum 2013 di Dataran Perhimpunan sekolah itu baru-baru ini.

Pengarah program, Ezura Nasir berkata, penganjuran jogathon amal bertujuan untuk mengumpul dana bagi kerja-kerja menaik taraf sekolah berkenaan.

Selain jogathon, turut diadakan aktiviti kutipan derma melibatkan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sekolah itu.

"Kita menyasarkan untuk mengumpul kutipan sebanyak RM100,000 dalam tempoh empat bulan," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kampung bertukar jadi lombong

Posted:

Kampung bertukar jadi lombong

Kampung bertukar jadi lombong


Aizzul A. Majid
LUBANG BESAR... Aktiviti mengorek pasir yang menimbulkan kerisauan penduduk Terat Batu, Padang Serai, Kedah.


PADANG SERAI – Kewujudan Kampung Terat Batu, Mukim Sidam Kanan dekat sini yang sarat dengan kesan peninggalan era penjajahan Syarikat Hindia Timur Inggeris mungkin tinggal kenangan berikutan kerakusan beberapa syarikat melombong pasir di kampung itu untuk dijual kepada pemaju perumahan.

Tinjauan wartawan Kosmo! di kawasan itu mendapati keluasan kampung tersebut yang menempatkan batu sempadan kerajaan British dan Siam pada tahun 1831 kini semakin mengecil ekoran kerja melombong pasir itu yang dijalankan secara berterusan sejak tiga tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Imam patahkan sihir Somalia

Posted:

Imam patahkan sihir Somalia

Imam patahkan sihir Somalia

Oleh MOHAMAD AIZIM BAHARON
berita@kosmo.com.my


AZMI (kiri) menunjukkan kotak dan kain yang dirampas daripada seorang lelaki Somalia pada sidang akhbar di Kuala Pilah semalam.


KUALA PILAH – Taktik seorang lelaki Somalia yang kononnya mampu menyeru jin bagi memanggil duit untuk menipu penduduk kampung tidak menjadi apabila dia diberkas ketika mengadakan 'rundingan' dengan makhluk ghaib tersebut di Seri Menanti di sini kelmarin.

Suspek berusia 31 tahun yang menggunakan nama Ahmed Ali Osman pada kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) yang dipegangnya diberkas pada pukul 2.30 petang ketika berada di dalam sebuah masjid selepas masuk dalam perangkap yang dipasang polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, suspek diberkas selepas dia berjanji akan memberikan keuntungan sebanyak AS$5 juta (RM15.9 juta) kepada sesiapa yang diperdaya melalui ilmu sihir.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kekasih pengawal merompak dicari

Posted:

Kekasih pengawal merompak dicari

Kekasih pengawal merompak dicari

HASNAH diminta bantu siasatan kes rompak kedai emas.


KUALA L.UMPUR - Polis semalam mengedarkan gambar dan nama seorang wanita dipercayai teman wanita pengawal keselamatan yang merompak kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak pada 31 Oktober lalu.

Wanita yang dikenali sebagai Norena Lamuddin, 27, berasal dari Lambitan, Filipina itu dicari kerana dipercayai boleh membantu polis mencari sebahagian besar lagi barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 yang disamun pengawal keselamatan itu.

"Kami percaya wanita itu merupakan teman wanita kepada suspek utama dan semakan mendapati wanita itu juga menggunakan kad pengenalan palsu dengan nama Hasnah Hassan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Berlumba naiki tangga menara 63 tingkat

Posted:

Berlumba naiki tangga menara 63 tingkat

Berlumba naiki tangga menara 63 tingkat

PARA peserta perlu membuat latihan intensif sebelum menyertai pertandingan ini yang bakal diadakan di Menara Vista, The Intermark.


MENAIKI tangga setinggi 63 tingkat di sebuah bangunan pasti merupakan satu cabaran yang besar bagi sesetengah individu. Tanpa strategi dan langkah yang betul, anda pasti terkandas di tengah jalan.

Bagi individu yang ingin mencabar ketahanan mental dan fizikal, BFM-The Intermark Race To The Top 2013 merupakan medan terbaik untuk berbuat demikian.

Pertandingan yang berlangsung pada 7 Disember depan memerlukan para peserta berlumba menaiki tangga sehingga ke tingkat 63, Menara Vista di The Intermark.

Empat kategori utama disediakan iaitu kategori korporat, terbuka, lelaki dan wanita. Pertandingan itu berkonsepkan perlumbaan dengan peserta perlu melepasi beberapa titik semak (checkpoint).

Pengarah The Intermark Sdn. Bhd., Patrick Liau berkata, pertandingan pada tahun ini mempunyai perbezaan berbanding tahun lalu.

"Selain menaiki tangga setinggi 63 tingkat, pihak penganjur turut mengadakan beberapa kejutan pada acara kali ini.

"Saya menjangkakan seramai 100 peserta individu dan 150 peserta dalam acara berkumpulan akan menyertai pertandingan pada tahun ini. Berlari di kawasan rata tidak sama seperti berlari menaiki tangga. Peserta perlu mempersiapkan diri dengan latihan yang lebih intensif untuk menghadapi cabaran ini," jelasnya kepada pemberita sewaktu sidang akhbar BFM-The Intermark Race To The Top 2013 baru-baru ini.

Acara amal

Tambahnya, kerjasama dengan stesen radio BFM89.9 sebagai penganjur bersama merupakan satu langkah terbaik untuk menarik minat warga kota untuk menyertai pertandingan itu.

Peserta juga berpeluang melihat pemandangan panorama Menara Berkembar Petronas dengan lebih dekat dari tingkat 63, Menara Vista.

Selain menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta, pertandingan itu juga merupakan acara amal. Kesemua hasil kutipan daripada penaja dan yuran penyertaan akan disalurkan kepada lima buah rumah amal untuk kanak-kanak sekitar ibu kota iaitu Rumah Jaireh, Rumah Juara, Shelter Home, Special Children Society of Ampang dan Yayasan Chow Kit.


AKSI peserta-peserta yang menyertai pertandingan BFM-The Intermark Race To The Top 2013 pada tahun lalu.


Pengurus Sokongan dan Pengumpul Dana Yayasan Chow Kit, Nur Balkis Amairuddin memberitahu, hasil sumbangan yang diberikan oleh pihak penganjur melalui pertandingan itu akan digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan operasi rumah amal kendaliannya.

"Dana yang diberikan oleh individu atau syarikat korporat akan digunakan untuk pembelajaran, makanan, perubatan dan program untuk kanak-kanak di Yayasan Chow Kit. Di sini, kami mempunyai tiga pusat penempatan untuk bayi, kanak-kanak dan remaja.

"Kebiasaannya, sumbangan yang diberikan melalui pertandingan seperti ini mencukupi untuk membantu operasi kami. Kami amat berterima kasih kepada pihak The Intermark kerana sudi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Yayasan Chow Kit," ujarnya.

Yuran

Bagi acara individu, yuran sebanyak RM89.90 diwajibkan untuk setiap penyertaan. Kategori berkumpulan terbuka pula dikenakan bayaran sebanyak RM300 untuk kumpulan yang terdiri daripada tiga individu. Bayaran sebanyak RM1,500 dikenakan untuk kategori berkumpulan korporat juga terdiri daripada tiga individu.

Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Urusan stesen radio BFM 89.9, Malek Ali memberitahu, pertandingan itu merupakan usaha terbaik untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik melalui setiap penyertaan peserta.

"Saya selaku wakil daripada stesen radio amat mengalu-alukan penyertaan warga kota dalam pertandingan ini. Ia merupakan platform terbaik tidak kira golongan korporat mahupun individu untuk membantu memberi sumbangan kepada rumah-rumah amal," ujarnya.

Tarikh tutup penyertaan pada 15 November 2013. Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan perlumbaan BFM-The Intermark Race To The Top 2013, sila layari laman web www.intermark.com.my. Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke RaceToTheTop@ming-kh.com.my.

– MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Bermesra bersama pelakon The Mousetrap

Posted:

Bermesra bersama pelakon The Mousetrap

Bermesra bersama pelakon The Mousetrap


HURST (duduk dua dari kiri) bergambar bersama-sama peminat dan pelakon The Mousetrap sebelum sesi ramah mesra dimulakan.


SEBELUM ini, Best Western Premier Dua Sentral (Best Western), Kuala Lumpur telah mengadakan satu pertandingan di laman sosial, Facebook bertajuk Guess The Mousetrap Cast yang memerlukan para peminat meneka para pelakon yang berlakon dalam teater The Mousetrap.

Para peserta yang dapat meneka dengan tepat telah memenangi dua keping tiket ke pertunjukan tersebut, sekali gus bertemu dan beramah mesra bersama para pelakon teater itu di Best Western.

Majlis bertemu peminat tersebut berlangsung baru-baru ini merangkumi sesi autograf dan bergambar bersama pelakon The Mousetrap.

Dibantu oleh Chef Eksekutif, Best Western Jaffery Othman dan Chef Sous, Hugo's On 6, Sam Simon, para pelakon dan peminat diberi tunjuk ajar mengenai cara-cara membuat piza.

"Ia merupakan suatu keistimewaan apabila mendapat peluang bertemu dan makan bersama peminat Facebook Best Wester. Ia sangat berbeza dengan rutin kami yang sentiasa fokus pada pertunjukan pentas," kata Penerbit Bersama British Theatre Playhouse, John Faulker.

Paling tidak ternilai apabila para pemenang diberi secara eksklusif melihat cara kerja pertunjukan The Mousetrap oleh para pelakon itu sendiri.

Turut hadir Pengurus Besar Best Western, Ian Hurst yang turut sama beramah mesra dan membakar piza.

The Mousetrap hasil tulisan Agatha Christie merupakan produksi teater paling lama berjalan di West End, London dan pada tahun ini, ia menyambut ulang tahun berlian untuk 60 tahun persembahan di West End.

Jalan ceritanya berkisar mengenai misteri pembunuhan dan pertunjukan yang terkenal dengan pengakhiran cerita yang tidak disangka penonton.

Malah, para penonton diminta jangan mendedahkan identiti pembunuh kepada orang ramai yang tidak berada di dalam panggung.

The Mousetrap telah memecah beberapa rekod antaranya, pada 12 April 1958 menumpaskan pesaingnya iaitu teater Chu Chin Chow sebagai pertunjukan paling banyak dilakukan di West End dengan 2,239 pertunjukan.

Pada 25 November 2002, Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh, Putera Philip menghadiri pertunjukan khas sempena ulang tahun ke-50 teater tersebut selain ia merupakan persembahan yang ke 25,000 kali.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia selesa

Posted:

Malaysia selesa

Malaysia selesa

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADIfazli.yadi@kosmo.com.my

KIM SWEE (depan) mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak memandang rendah kemampuan pasukan lawan pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember nanti.


PELUANG skuad Harimau Muda A untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA 2013 di Myanmar bulan depan dilihat cerah.

Pada majlis undian acara bola sepak Sukan SEA 2013 di Nay Pi Thaw, Myanmar semalam, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu diundi dalam Kumpulan A bersama Filipina, Vietnam, Singapura, Laos dan Brunei.

Kumpulan B pula terdiri daripada tuan rumah, Myanmar, Thailand, Indonesia, Timor Leste dan Kemboja.

Berdasarkan keputusan undian itu, peluang skuad negara untuk melangkah ke pusingan separuh akhir adalah cerah kerana lawan mereka di peringkat kumpulan boleh dikatakan mudah kecuali Vietnam.

Begitupun, Kim Swee tetap mengingatkan anak-anak buahnya agar jangan memandang mudah keupayaan pasukan lawan dalam kumpulan A.

Biarpun skuad negara berjaya mengelak daripada bertemu dua pasukan pilihan, Thailand dan Myanmar pada peringkat kumpulan, Kim Swee percaya Vietnam dan Singapura bersedia untuk memberikan saingan sengit kepada skuad negara.

Menurutnya, undian kali ini lebih seimbang namun, skuad negara tidak boleh berasa terlalu selesa.

"Pendapat saya, undian kali ini menyaksikan setiap pasukan berada dalam kumpulan seimbang. Saya percaya Vietnam dan Singapura bakal menjadi pencabar utama kami.

"Singapura bakal menaruhkan ramai pemain yang beraksi dengan Lions XII dan Vietnam pula telah menjalani latihan di Hungary bagi memperkemaskan pasukan mereka.

"Jadi, sudah tentu mereka boleh dianggap sebagai pencabar utama kami pada temasya kali ini, namun, kami juga tidak boleh memandang ringan terhadap ancaman Brunei, Filipina dan Laos," katanya kepada Kosmo!.

Dalam perkembangan lain, Kim Swee meramalkan Thailand dan Myanmar tidak berdepan masalah mara ke separuh akhir bagi saingan Kumpulan B.

Harimau Muda A merupakan juara bertahan acara bola sepak Sukan SEA selepas meraih pingat emas pada edisi 2009 dan 2011.

Hamidin:FAM tidak abai tanggungjawab

Posted:

Hamidin:FAM tidak abai tanggungjawab

Hamidin:FAM tidak abai tanggungjawab

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

"PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa mengambil serius aspek keselamatan penonton dalam mana-mana perlawanan."

Demikian respons Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika mengulas insiden penemuan pistol jenis Browning bersama tujuh butir peluru di dalam tandas Stadium Shah Alam pada final Piala Malaysia 2013, Ahad lalu.

Hamidin menegaskan adalah tidak adil menuduh FAM sahaja berhubung isu keselamatan kerana pihaknya telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangani masalah keselamatan penonton pada aksi yang menemukan antara Kelantan dengan Pahang, Ahad lalu.

Jelasnya, pihaknya telah melakukan persiapan terbaik dengan mengadakan tiga tempat pemeriksaan sebelum membenarkan penonton memasuki kawasan stadium.

"FAM sentiasa mengelolakan perlawanan dengan jumlah penonton yang begitu ramai. Setiap pintu masuk dikendalikan oleh pihak polis.

"Kami dengan kerjasama pihak polis telah mencuba sedaya upaya. Bukan senang mahu memeriksa setiap penonton. Mungkin ada yang terlepas.

"Saya sendiri akui terkejut dengan penemuan sepucuk pistol di dalam tandas Stadium Shah Alam tetapi perkara itu adalah pertama kali berlaku dalam sejarah bola sepak negara kita.

"Kami sudah buat tiga lapisan pemeriksaan dan hampir berjaya mengurangkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku walaupun masih ada yang terlepas.

"Apa yang pasti, kami akan sekali lagi menilai kembali apakah jalan terbaik bagi menggelakkan perkara seperti ini berulang," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin lantang bersuara dengan mempertikaikan FAM masih gagal mengendali piawaian keselamatan lebih efektif ketika melibatkan jumlah penonton yang ramai.

Selain mengulas penemuan pistol jenis Browning automatik itu, Khairy turut mempersoalkan tindakan FAM yang masih dilihat gagal memperkenalkan sistem penjualan tiket yang lebih berkesan.

Saranan Khairy adalah beliau berharap pihak FAM dapat memperkenalkan kaedah membeli tiket dalam talian bagi memudahkan para peminat bola sepak tempatan.

Dalam perkembangan sama, Hamidin memberitahu, kaedah itu masih lagi dalam perbincangan sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

"Hari ini (semalam), kita telah buat laporan kepada pihak polis berhubung penjualan tiket palsu. Kita akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Berhubung penjualan tiket secara talian, ia adalah pro dan kontra. Sebagai contoh, kami tidak dapat menyediakan kuota untuk penyokong-penyokong

menerusi pembelian kaedah ini.

"Jadi, ia tidak mustahil pembelian tiket menjadi tidak seimbang. Justeru, kami masih memperhalusi bagaimana untuk mencari kaedah menjual tiket yang lebih berkesan dan mesra," katanya.

Skuad hoki negara perlu fokus

Posted:

Skuad hoki negara perlu fokus

Skuad hoki negara perlu fokus

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

SKUAD hoki negara perlu menangani masalah hilang konsentrasi pada minit terakhir sekiranya mahu mengekalkan pingat gangsa pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2013 di Kakamigahara, Jepun.

Selepas tunduk kepada Jepun 0-1 hasil jaringan saat akhir tuan rumah pada aksi pembukaan, skuad kendalian Paul Revington itu sekali lagi dibayangi kesilapan yang sama kelmarin apabila dibolosi gol tunggal Pakistan ketika permainan berbaki 30 saat untuk ditamatkan.

Natijahnya, misi skuad negara untuk layak ke final semakin tipis dan peluang terbaik yang ada ketika ini ialah melangkah ke peringkat penentuan pingat gangsa (ketiga/keempat).

Bagi melaksanakan misi kedua tersebut, skuad negara perlu menang ke atas China hari ini dan paling penting harus menunjukkan kebangkitan dengan mengekalkan konsentrasi sehingga ke penghujung permainan.

"Memang amat mengecewakan apabila kita dikalahkan dengan jaringan saat akhir seperti ini (0-1 kepada Pakistan kelmarin)," jelas Revington.

"Pemain negara beraksi dengan baik sepanjang permainan, namun ia tidak memberi sebarang makna jika kita gagal memenangi perlawanan itu.

"Inilah cabaran yang perlu diatasi oleh pemain kita. Saya akan cuba mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini supaya kita mampu meneruskan kemaraan sekurang-kurangnya ke peringkat penentuan pingat gangsa," ujarnya lagi.

Setakat ini Malaysia hanya mencatat satu kemenangan dalam tiga perlawanan iaitu menewaskan Oman 5-3.

Selepas menentang China hari ini, skuad negara akan berdepan India pada aksi terakhir kumpulan yang menggunakan format liga sepusingan itu.

Ketika ini Malaysia berada di tangga keempat liga dan peluang untuk menduduki dua tempat teratas semakin tipis hasil dua kekalahan daripada tiga perlawanan.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam dua edisi ini ialah memenangi pingat gangsa pada tahun 2011 di Ordos, China dan 2012 di Doha, Qatar.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


India lancar kapal angkasa ke Marikh

Posted:

India lancar kapal angkasa ke Marikh

India lancar kapal angkasa ke Marikh

PENGUNJUNG di Planetarium Nehru menonton siaran langsung misi India ke Marikh di New Delhi semalam.


NEW DELHI - Misi pertama India ke Marikh berlepas semalam ketika negara berkenaan berusaha menjadi negara Asia tunggal yang sampai ke Planet Merah berkenaan.

"Pelancaran berlaku," kata seorang pengulas televisyen apabila roket merah dan hitam itu berlepas pada pukul 2.38 petang dari pusat pelancaran angkasa lepas di Sriharikota.

Roket seberat 350 tan digunakan untuk membawa kapal angkasa tersebut.

India belum pernah melancarkan roket untuk perjalanan angkasa lepas manakala lebih separuh misi ke Marikh gagal termasuk misi oleh China pada 2011 dan Jepun pada 2003.

Misi Pengorbit Marikh itu yang dikenali sebagai Mangalyaan di India diumumkan 15 bulan lalu oleh Perdana Menteri, Manmohan Singh selepas misi serupa oleh China gagal.

"Kami (bukan cuba bersaing dengan sesiapa) tetapi bersaing dengan diri sendiri," kata Pengerusi Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO), K. Radhakrishnan.

Kapal angkasa berwarna emas sebesar sebuah kereta kecil itu dilancarkan untuk mengesan kewujudan metana di atmosfera Marikh.

Kehadiran metana merupakan bukti bahawa terdapat hidupan primitif di planet itu.

Kekurangan kuasa untuk melakukan penerbangan terus, kapal angkasa itu akan mengorbit Bumi selama hampir sebuah untuk mengumpul pecutan bagi melepasi graviti Bumi.

Selepas itu, kapal angkasa tersebut akan melakukan perjalanan ke Marikh yang mengambil masa selama sembilan bulan.

Pelancaran tersebut dilakukan lima tahun selepas India menghantar kapal angkasa tanpa manusia, Chandrayaan ke bulan.

Misi tersebut menelan belanja sebanyak AS$73 juta (RM231 juta).

Kos itu kurang satu per enam daripada perbelanjaan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan untuk misi penghantaran kapal angkasa ke Marikh hujung bulan ini. - AFP

Kontraktor Malaysia guna pelacur beli maklumat tentera

Posted:

Kontraktor Malaysia guna pelacur beli maklumat tentera

Kontraktor Malaysia guna pelacur beli maklumat tentera


GAMBAR fail pada 3 Disember 2010 menunjukkan Misiewicz memeluk ibu saudaranya, Samrith Sokha, 72, di Pelabuhan Sihanoukville, Kemboja.


SAN DIEGO - Ia bermula dengan undangan ke pementasan Broadway, The Lion Kong di Tokyo untuk seorang komander tentera laut Amerika Syarikat(AS), isterinya dan anak-anak mereka.

Seterusnya, kontraktor pertahanan Malaysia yang dikenali dalam kalangan kelompok pegawai tentera sebagai "Leonard Gemuk" akan menggunakan pelacur, tiket penerbangan dan habuan lain sebagai umpan.

Taktik itu bagi menjerat pegawai tentera laut AS berkenaan ke dalam komplot mengenakan caj berlebihan mencecah jutaan dolar ke atas Pentagon untuk menguntungkan syarikat milik Leonard Gemuk atau nama sebenarnya, Leonard Francis.ko

Pertuduhan itu yang dikemukakan di sebuah mahkamah persekutuan di sini bakal membongkar skandal rasuah melibatkan lebih ramai pegawai tinggi tentera di Pentagon.

Sebutan kes dijadual pada Jumaat ini bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

Menurut kertas pertuduhan, Komander Tentera Laut, Michael Vannak Khem Misiewicz menyerahkan maklumat sulit laluan kapal-kapal perang kepada Syarikat Glenn Defense Marine Asia Ltd. milik Francis di Singapura.

Misiewicz dan Francis menggerakkan kapal-kapal tentera AS seperti bidak catur dengan mengalih laluan kapal induk kapal pemusnah dan kapal-kapal lain supaya singgah di beberapa pelabuhan di Asia.

Francis yang berpengaruh di pelabuhan-pelabuhan tersebut akan meningkatkan caj sehingga beberapa juta dolar ke atas Tentera Laut AS untuk kos bahan api, makanan dan perkhidmatan lain yang dibekalkan oleh syarikatnya.

"Skandal ini besar apabila melibatkan seorang pegawai kanan yang boleh mengarahkan lokasi persinggahan kapal-kapal dan beliau dipengaruhi seorang kontraktor (Leonard Gemuk)," kata Laksamana Muda (bersara) Terry McKnight.

Setakat ini, pihak berkuasa AS telah menangkap Misiewicz, Francis dan pengurus besar syarikatnya untuk kontrak global, Alex Wisidagama serta seorang penyiasat kanan Tentera Laut, John Beliveau II.

Beliveau didakwa membocorkan maklumat siasatan kes itu kepada Francis.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah berhubung dakwaan ke atas mereka.

Beberapa pegawai Tentera Laut berkata, mereka percaya bahawa lebih ramai orang akan disabitkan dalam skandal rasuah tersebut.

Setakat ini, kertas pertuduhan tersebut menyebut beberapa pegawai Tentera Laut tanpa menamakan mereka, sebagai menerima hadiah daripada Francis.

Menurut McKnight, Francis popular dalam kalangan pegawai tentera di Asia Tenggara.

Dia dikenali kerana mewah berbelanja. Sebuah banglo miliknya di kawasan perumahan elit di Singapura menjadi tumpuan pada setiap tahun sejak 2007.

Kediaman tersebut menampilkan hiasan mewah setanding dengan dekorasi pusat-pusat beli belah mewah di pulau tersebut setiap kali menjelang Krismas.

"Anda berbual dengan kapten mana-mana kapal yang berlayar di rantau Pasifik dan mereka pastinya kenal siapa Leonard Gemuk," kata McKnight.

Dalam perkembangan berkaitan, Jurucakap Tentera Laut, Laksamana Muda, John Kirby berkata, Perkhidmatan Siasatan Jenayah Tentera Laut mula menyiasat kes tersebut pada 2010 tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, menurut kertas pertuduhan sama, keluarga Misiewicz keluar menonton produksi Lion King di Tokyo dan seterusnya ditawarkan khidmat pelacur.

Beberapa bulan kemudian, komander Tentera Laut itu didapati membekalkan jadual laluan untuk armada perang USS George Washington dan kapal-kapal lain.

Sejurus selepas itu, Wisidagama menulis kepada Francis: "Kita dah dapat lehernya (Misiewicz)," menurut kertas pertuduhan di mahkamah.

Misiewicz akan merujuk kepada Francis sebagai "Abang Besar" dalam e-mel sebuah akaun peribadi manakala Francis memanggilnya "Adik".

Pendakwa raya AS, Laura Duffy berkata, di Thailand sahaja, syarikat Francis mengenakan caj sebanyak AS$10 juta (RM31.7 juta) ke atas Tentera Laut AS untuk tempoh setahun.

Pada Disember 2011, mereka bertukar-tukar e-mel mengenai jadual kapal perang USS Blue Ridge.

Pada Oktober 2012, kapal induk USS George Washington dijadual melawat Singapura tetapi laluannya dialihkan ke Pelabuhan Klang. . Francis memilih pelabuhan tersebut kerana lebih mudah untuknya mengenakan caj tinggi ke atas Tentera Laut AS.

Selepas itu, dia menawarkan lima tiket untuk konsert Lady Gaga di Thailand kepada Misiewicz.

Kerajaan Persekutuan AS telah membatalkan kontrak pertahanannya dengan Francis.

Semua tertuduh berdepan hukuman penjara hingga lima tahun jika didapati bersalah kerana berkomplot untuk melakukan rasuah. - AP

Kereta terbang dibina di Slovakia

Posted:

Kereta terbang dibina di Slovakia

Kereta terbang dibina di Slovakia


AEROMOBIL 2.5 mampu memuatkan hanya dua orang penumpang dalam satu masa.


BRATISLAVA - Sebuah kereta luar biasa yang mampu terbang dibangunkan oleh sebuah syarikat Slovakia di sini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Lapor akhbar itu lagi, kereta tersebut dapat mencegah pemandu daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dengan meluncur ke udara.

Dibina menggunakan rangka keluli ringan dengan lapisan karbon, kereta sepanjang 6 meter itu mempunyai dua sayap sepanjang 8.2 meter apabila ia berubah menjadi pesawat.

Kenderaan tersebut boleh memuatkan dua orang penumpang.

Ia yang dinamakan AeroMobil 2.5 mampu mencapai kelajuan maksimum 159 kilometer/sejam (km/j) di atas jalan.

Namun, kenderaan tersebut boleh mencecah kelajuan 200 km/j ketika terbang di udara dan mampu terbang sejauh hampir 500 kilometer.

Kenderaan hibrid itu merupakan ilham dua pereka tempatan iaitu Stefan Klein dan Jurak Vaculik yang beribu pejabat di Bratislava.

AeroMobil 2.5 telah diperkenalkan kepada umum di sebuah pameran udara yang diadakan di Montreal, Kanada.

Kenderaan seberat 450 kilogram itu dilengkapi enjin Rotax 912 ULS yang menggunakan petrol yang dijual di stesen-stesen minyak.

Menurut perekanya, kereta itu boleh dipandu di atas jalan raya dan muat untuk diletakkan di petak parkir apabila kedua-dua sayapnya dilipat. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved