Sabtu, 2 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kosen akhirnya temui cinta

Posted:

Kosen akhirnya temui cinta

Kosen akhirnya temui cinta

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR dan NOR IDAYU BOSRO

SEMASA melawat London pada tahun 2009, lelaki paling tinggi di dunia yang mempunyai ketinggian 2.46 meter (m) ini berkata, dia sedang mencari-cari cinta.

Sultan Kosen yang berasal dari Turki digambarkan sebagai telah 'melenyapkan' Tower Bridge ketika dia bergambar di tebing Sungai Thames dalam lawatan pertamanya ke luar negara itu.

Kosen, 30, berkata: "Sungguh sukar untuk mencari teman wanita. Mereka selalunya takut dengan saya. Harap-harap setelah menjadi terkenal, saya berpeluang bertemu dengan ramai wanita. Impian saya ialah ingin berkahwin."

Kosen diiktiraf sebagai lelaki paling tinggi di dunia oleh Guinness World Records (GWR) empat tahun lalu.

Dalam tempoh dua tahun selepas itu, kehidupan Kosen benar-benar berubah. Dia diberikan kemudahan pembedahan percuma seumur hidup bagi menghentikan tumbesarannya.

Pakaian dan kasutnya juga dijahit khas, malah dia berpeluang melancong mengelilingi dunia.

Dia mengambil alih gelaran itu daripada lelaki tertinggi di China, Bao Xishun yang mempunyai ketinggian hanya 2.36m.

Kosen turut memiliki tangan dan kaki terpanjang masing-masing, berukuran 27.5 sentimeter (sm) dan 36.5sm. Tangan gergasinya itu membuatkan mereka yang bersalaman dengannya berasa kerdil.

KOSEN dan Dibo cuma bertemu selama dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin Sabtu lalu.


Pada hari Sabtu lalu, impian Kosen termakbul. Dia mengahwini Merve Dibo, 20, gadis Syria yang hampir satu meter lebih rendah daripadanya. Dibo memiliki ketinggian manusia normal iaitu 1.8m.

Kosen bertemu Dibo menerusi perkenalan kawan atas kawan. Malah, Dibo sanggup datang dari rumahnya di Hasaki, Syria untuk bertemu Kosen di kampung lelaki itu di Dede Koy, Turki.

Mereka hanya keluar bertemu janji dua bulan lalu tetapi berkata, masing-masing segera memutuskan untuk hidup bersama.

Kosen memberitahu: "Saya lihat jauh ke dalam matanya dan saya tahu ia pandangan cinta."

Dibo pula berkata: "Pada mulanya semua orang menasihati saya supaya jangan berkahwin dengan Kosen kerana ketinggiannya.

"Sungguh, saya jatuh cinta kerana hatinya, bukan sebab fizikalnya. Saya tidak kisah langsung dengan ketinggiannya."

Pasangan beragama Islam ini merancang untuk memperoleh dua orang anak.

Sukar

Kosen merupakan seorang daripada kira-kira 10 individu di dunia yang mencapai ketinggian 2.4m selepas dia mengalami penyakit yang jarang dialami yang dipanggil pituitari gigantism. Kosen disenaraikan GWR sebagai lelaki paling tinggi di dunia pada tahun 2011.

Namun, ketinggian Kosen terhenti selepas dia mendapat rawatan di sebuah hospital di Pusat Perubatan Universiti Virginia, Amerika Syarikat pada Mei 2010.

KOSEN bergambar dengan He Pingping dari China yang memiliki ketinggian 73sm.


Dia tidak mampu untuk menghabiskan persekolahannya disebabkan ketinggian luar biasanya itu, namun sekali-sekala Kosen bekerja sebagai tukang kebun untuk menyara keluarga.

Seluruh keluarga, termasuk ibu dan ayahnya, semua bersaiz normal, namun tumbesarannya mula meningkat ketika berumur 10 tahun akibat tumor yang mengeluarkan hormon ketinggian berlebihan daripada kelenjar pituitarinya.

Dia menggambarkan, salah satu kelebihan memiliki ketinggian ialah dapat membantu ibunya melakukan kerja seperti menukar mentol lampu dan menggantung langsir.

Dari segi kelemahannya pula, dia sukar mencari pakaian atau kasut yang sesuai serta saiznya itu menyebabkan dia amat sukar untuk dimuatkan ke dalam sebuah kereta bersaiz biasa.

Menjadi lelaki gergasi tidak semestinya mudah. Yang paling sukar mungkin untuk mencari jodoh. Perkara yang sama dialami Bao Xishun, kini berusia 62 tahun.

Penggembala kambing dari kawasan pedalaman Mongolia itu pernah membeli iklan mencari jodoh yang disiarkan di seluruh negara. Mujurlah pada tahun 2007, penantiannya itu berakhir.

Xishun yang mendapat liputan meluas selepas dia berjaya menyelamatkan dua ekor ikan lumba-lumba dengan menarik keluar plastik dari perut haiwan itu menggunakan tangannya yang panjang pada Disember 2006, bertemu jodoh dengan seorang wanita yang memiliki ketinggian normal iaitu Xia Shujian.

Jurujual berusia 34 tahun itu memiliki ketinggian 1.68m iaitu rendah hampir satu pertiga daripada Xishun.


LELAKI ini sering menjadi perhatian disebabkan ketinggiannya.


"Selepas pencarian yang panjang dan penuh berhati-hati, usaha itu akhirnya berhasil," lapor Beijing News.

Setahun kemudian iaitu pada usia 56 tahun, Xishun bergelar bapa.

Xishun pernah melepaskan gelaran sebagai lelaki tertinggi GWR kepada lelaki Ukraine, Leonid Stadnyk tetapi mendapatnya semula apabila Stadnyk enggan diukur mengikut garis panduan baharu.

Tidak seperti Kosen dan Xishun yang bersungguh-sungguh mencari pasangan hidup, Stadnyk dengan ketinggian 2.59 meter bersikap sebaliknya.

Dia bukan sahaja enggan mencari cinta, malah tidak mahu fizikalnya diukur secara rasmi oleh GWR kerana dia bencikan ketinggiannya dan tidak mahu menjadi terkenal.

Dia yang tinggal di Podoliantsi, sebuah perkampungan kecil di Ukraine, menggelar ketinggiannya sebagai 'hukuman tuhan yang paling besar ke atas saya' dan dia sama sekali enggan melihat dirinya di hadapan cermin.

Skandal pakej umrah

Posted:

Skandal pakej umrah

Skandal pakej umrah

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


PERMINTAAN tinggi terhadap pakej umrah sering diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


IMPIAN Siti Aida Mohd. Salleh untuk mengerjakan umrah buat kali pertama bersama keluarga- nya musnah kerana ditipu sebuah agensi pelancongan.

Ketika ditemui baru- baru ini, Siti Aida memberitahu, sepatutnya dia bersama ibu dan abangnya mengerjakan umrah pada 16 Jun lalu.

Namun, agensi pelancongan terbabit sering menunda tarikh penerbangan.

Dia merupakan antara kira-kira 1,200 bakal jemaah umrah dari seluruh negara yang tertipu dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM4.8 juta.

Apa yang lebih malang, wang mereka turut lesap.

Beroperasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, syarikat itu gagal menguruskan penerbangan jemaah umrah pada Jun tahun ini walau- pun bayaran penuh sebanyak RM3,999 dibuat oleh setiap bakal jemaah sejak 2012.

Menurut seorang perunding kumpulan jemaah yang dilantik agensi itu, Qurratul 'Ain Hasman, dia dan 54 jemaah lain hanya menyedari ditipu selepas jemaah yang dijadual berlepas pada Jun tahun ini terkandas atas alasan masalah dana dan visa.

"Pada mulanya saya dimaklumkan wakil agensi, terdapat masalah berkaitan dana tidak mencukupi yang seharusnya dibiayai syarikat korporat bagi menanggung RM1,500 setiap jemaah daripada harga sebenar pakej umrah iaitu RM5,500," katanya.

Cek tendang

Namun, sebaik sahaja ke pejabat agensi itu, ia ditutup dengan notis yang tertera 'premis ditutup sementara'. Usaha menghubungi wakil agensi turut gagal.

Wanita ini mendakwa, kira-kira 1,200 bakal jemaah termasuk di Sabah dan Sarawak yang mengambil pakej umrah agensi itu turut gagal menunaikan umrah mereka.

Qurratul memberitahu, pada 7 Jun lalu, pegawai agensi itu menawarkan dua pilihan sama ada meneruskan penerbangan yang dijanjikan pada Ogos dan September lepas atau mengambil wang yang dibayar 45 hari selepas tarikh cek dikeluarkan.

"Tetapi cek itu cek tendang," katanya.

Menurut konsultan Umrah-Haji.com, Hairul Azaman yang merupakan ejen penghubung bakal individu yang ingin menunaikan haji dan umrah, seseorang perlu berhati-hati memilih pakej haji atau umrah yang ditawarkan.

"Pilih syarikat yang berkemampuan dan kredibilitinya tidak dipertikaikan. Ada yang memilih pakej hanya kerana personaliti sese- orang individu.


PENIPUAN pakej umrah antara 12 bentuk penipuan yang paling popular berlaku di negara ini mengikut Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


Tipu

"Jika difikir secara logik, seorang individu hanya mampu menguruskan 40 orang maksimum dan sekiranya lebih itu tidak masuk akal," katanya.

Jelasnya, bayaran yang dibuat lebih wajar sekiranya melalui akaun syarikat dan bukannya milik individu.

Tambahnya, mereka yang ingin mengerjakan umrah atau haji tidak seharusnya tertipu dengan agensi yang menawarkan pakej umrah dengan kadar harga rendah.

"Mengikut kadar sekarang, biasanya melebihi RM5,000 tetapi jika ada syarikat yang menawarkan hanya RM2,500, itu tidak masuk akal," katanya.

Bagi seorang pengendali umrah dan haji, Ustaz Abdul Halim Abdullah, bagi mereka yang ingin menunaikan umrah sebaiknya mendapatkan nasihat daripada rakan- rakan atau saudara-mara mereka yang pernah menunaikannya.

"Jika mereka memberikan cadangan, lebih baik kerana ini menunjukkan agensi itu dikenali dan berjaya menganjurkan pakej umrah.

"Ini bagi memastikan kita tidak tertipu kerana banyak pihak yang mengambil kesempatan menipu pada zaman moden ini walaupun berkisar soal agama," ujarnya.

Jelasnya lagi, taraf hidup rakyat negara ini semakin meningkat selain lebih 70,000 orang menunaikan umrah setiap tahun.

"Namun, bukan itu alasan untuk menipu orang lain," tegasnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek pula meminta kesemua mangsa memfailkan aduan rasmi kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT- PM).

Pendengaran kes tersebut akan berlangsung dalam tempoh 40 hari selepas kes tersebut difailkan.

Beliau berkata, pihak yang gagal mematuhi award selepas 14 hari dari tarikh award dibuat oleh TTPM, boleh didenda tidak mele- bihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya sekali.

"Oleh itu, saya menasihatkan mangsa pakej umrah berkenaan supaya segera memfailkan kes kerana kita yakin kes tersebut dapat diselesaikan kurang 60 hari selepas ia difailkan. Wang mereka akan di- kembalikan," katanya.

Sheifa berjuang demi impian

Posted:

Sheifa berjuang demi impian

Sheifa berjuang demi impian

Oleh ZULHILMI JALIL


SHEIFA berhasrat untuk membuka cawangan butik pengantinnya di negeri lain dalam tempoh lima tahun akan datang.


NASIHAT si ibu supaya dia membuat pemeriksaan di klinik selepas tanda-tanda lebam muncul di lehernya ternyata membawa satu episod baharu dalam hidup Sharifah Norizah Syed Ahmed Kaber.

Wanita ini tidak pernah menyangka sama sekali, ketika usianya sedang menginjak naik, dia dikhabarkan dengan berita yang menyedihkan.

Selepas dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, laporan ujian sampel sel darah mengesahkan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini menghidap penyakit limfoma Hodgkin iaitu sejenis kanser darah.

Namun, dia yang mesra disapa Sheifa, 25, ini tidak cepat panik.

Dia bagaikan reda dengan ujian hidup yang diberikan Tuhan kepadanya.

Apatah lagi ketika itu dia sedang menduduki peperiksaan akhir semester pengajiannya.

"Doktor beritahu, kanser saya sudah masuk tahap dua. Saya dinasihatkan supaya menjalani kemoterapi secepat mungkin bagi mengelakkan ia merebak ke bahagian lain.

"Masa itu, saya sudah masuk wad, tapi terpaksa minta kebenaran untuk pergi menduduki peperiksaan sebab tak sanggup nak bazirkan satu semester yang dah berlalu," katanya yang kini merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi).


SUAMI banyak memberi sokongan moral kepada Sheifa untuk mencapai impian dalam hidupnya.


Kemoterapi

Anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini nyata cekal apabila dia perlu menjalani 12 kali rawatan kemoterapi di Hospital Ampang bagi memastikan dirinya benar-benar bebas daripada sel kanser.

"Saya selalu anggap yang saya masih bernasib baik jika dibandingkan dengan pesakit kanser lain.

"Sebab itu, saya tak pernah menganggap sakit saya ini sebagai penghalang, malah ia sebenarnya memberi saya semangat untuk meneruskan hidup," ujar anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Pada masa itu, Sheifa sudah bercadang untuk melangsungkan perkahwinan bersama lelaki pilihannya pada penghujung tahun 2012.

Namun, atas faktor kesihatannya, majlis ijab kabul dipercepatkan. Ujar Sheifa, dia memerlukan seseorang yang boleh menjaganya ketika dia menjalani rawatan di ibu kota.

"Kami bercadang untuk bernikah pada tarikh 20.12.2012, namun disebabkan saya sakit, dan perlukan orang untuk menjaga saya, jadi kami berkahwin enam bulan lebih awal," ujarnya yang memberitahu, keningnya terpaksa dilukis semasa majlis persandingan gara-gara gugur kesan kemoterapi.

Biarpun pada ketika itu keadaannya masih belum pulih, Sheifa sudah jauh fikir ke depan.

Uniknya, Sheifa yang masih bergelar pelajar telah memiliki bisnesnya sendiri.

MINAT untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan diwarisi Sheifa daripada arwah bapanya.


Butik pengantin

Minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan membuatkan wanita ini mencuba nasib menjadi perunding majlis perkahwinan.

Segala-galanya tercetus atas minatnya dalam bidang perniagaan yang diwarisi daripada arwah ayahnya yang membuka restoran di Johor Bahru.

Ujar Sheifa, pada mulanya dia berjinak-jinak memulakan bisnes tersebut dari rumah.

Daripada mengambil tempahan membuat baju perkahwinan, dia kini mampu tersenyum lebar apabila berjaya menubuhkan Sheifa Bridal & Event.

Butik pengantin yang terletak di Prima Sri Gombak, Selangor itu dibuka secara rasmi pada September 2012 yang lalu.

"Saya memang minat berniaga. Sebelum ada butik ini pun, saya telah menjalankan perniagaan pakaian secara dalam talian.

"Namun, kini saya memberi fokus sepenuhnya sebagai perunding perkahwinan dengan dibantu oleh suami dan beberapa orang pekerja," ujarnya yang mendapat bantuan modal daripada pihak Permodalan Usahawan Nasional Berhad bagi memulakan perniagaan.

Sheifa akui komitmen dan disiplin yang tinggi diperlukan bagi memastikan pelajaran dan kerjayanya bergerak seiring.

"Sekarang tinggal empat subjek sahaja lagi sebelum saya menamatkan pengajian. Jadi di luar waktu kelas itu biasanya saya akan ke butik untuk uruskan hal berkaitan.

"Jika dahulu saya uruskan kedai seorang diri, tapi kini dah ada pekerja sendiri," katanya.

Ujar Sheifa, dia sebenarnya seorang yang suka mencuba sesuatu untuk menerokai potensi diri.

"Saya diajar supaya berdikari dari kecil untuk mencapai sesuatu yang saya impikan.

"Kini, saya meletakkan sasaran untuk membuka cawangan butik di negeri lain dalam tempoh lima tahun akan datang," ujarnya yang kini masih perlu melakukan pemeriksaan perubatan susulan setiap enam bulan sekali bagi memastikan keadaannya benar-benar pulih.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Cameron Highlands tidak boleh diselamatkan lagi

Posted:

Cameron Highlands tidak boleh diselamatkan lagi

Cameron Highlands tidak boleh diselamatkan lagi

Oleh IKHWAN HAZWAN HAMIDUN
ikhwan.hamidun@kosmo.com.my

HAKISAN melampau menjadi punca air Empangan Sul tan Abu Bakar di Cameron Highlands baru-baru ini dan mengorbankan empat nyawa.


KUALA LUMPUR - Seorang pakar alam sekitar menegaskan, kehijauan Cameron Highlands sudah tidak boleh diselamatkan lagi kerana daerah itu sudah diteroka untuk pelbagai jenis pembangunan sejak 100 tahun lalu.

Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Pauzi Zakaria berkata, sejak ditemui pada tahun 1885, Cameron Highlands telah menjadi kawasan pelbagai guna secara komersial.

Beliau berkata, pembangunan secara meluas itu meliputi aktiviti komersial seperti pertanian, perhotelan dan perumahan selain pembalakan.

"Sudah lebih 100 tahun Cameron Highlands diteroka dengan rakus, maka untuk membolehkannya pulih seperti dahulu adalah sesuatu yang sangat sukar dan mustahil," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pembangunan untuk semua

Posted:

Pembangunan untuk semua

Pembangunan untuk semua


AHMAD SOHAIMI (tiga dari kiri) beramah mesra dengan jentera Puteri UMNO ketika berkempen di Yan, Kedah semalam.


YAN – Semua penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau termasuk penyokong Pas akan menikmati pembangunan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu esok.

Calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim berkata, penyokong parti lawan itu tidak rugi jika memilihnya kerana mereka akan turut sama menerima apa juga pembangunan yang dilaksanakan BN sekiranya menang di DUN itu.

Beliau berkata, BN mempunyai banyak rancangan untuk memajukan Sungai Limau dan ia hanya akan dapat direalisasikan dengan sokongan pengundi.

"Kalau penyokong Pas beri undi kepada BN, mereka tidak rugi sebaliknya untung kerana BN akan memberikan perkhidmatan kepada semua pihak, bukan untuk orang UMNO sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada taklimat bekalan elektrik daerah Yan dan penyampaian sumbangan kepada masjid di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau Dalam di sini semalam.

Kata Ahmad Sohaimi, beliau berharap pengundi membuat keputusan bijak dengan mengundi parti yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan.

"Saya berjanji untuk melaksanakan komitmen BN bagi memajukan DUN Sungai Limau," katanya.

Mayat cucu atas lantai

Posted:

Mayat cucu atas lantai

Mayat cucu atas lantai

Oleh SYED AHMAD
ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


ANGGOTA polis mengangkat mayat Yun Jack yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Seremban semalam.


SEREMBAN – Seorang nenek terkejut selepas menemui cucunya mati dalam keadaan mulutnya berbuih di dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Baru Rahang di sini semalam.

Mayat Ng Yun Jack @ Jack Ng, 29, ditemui oleh neneknya, Lau Mui Mui, 72, yang mahu mengejutkan cucunya itu pada pukul 7.30 pagi.

Mui Mui berkata, sebelum kejadian, dia mengetuk pintu bilik cucunya beberapa kali dan memanggil nama pemuda itu namun tidak bersahut.

"Selepas beberapa minit saya terus membuka pintu bilik dan melihat cucu saya berada dalam keadaan tertiarap dan tidak memakai baju di atas lantai bersebelahan tilam.

"Saya ingat dia masih tidur dan apabila dihampiri saya terkejut melihat ada buih keluar daripada mulutnya," ceritanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, dia yang bimbang kemudian memanggil ahli keluarganya yang lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hodak yakin kemampuan Kelantan

Posted:

Hodak yakin kemampuan Kelantan

Hodak yakin kemampuan Kelantan

Oleh KHAIRI MOHAMAD

AZIZI (tengah) bakal diberi peranan mengetuai benteng pertahanan Kelantan pada finalPiala Malaysia menentang Pahang di Stadium Shah Alam malam ini.


"SESIAPA sahaja yang saya pilih dalam kesebelasan utama nanti harus melaksanakan tugas dengan baik".

Demikian tegas ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak dalam usaha meredakan kebimbangan para penyokong setia mereka yang resah menantikan keputusan yang akan dibuat jurulatih dari Croatia itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan tonggak pertahanan penting mereka, Obinna Nwaneri.

Menurutnya, tiga pemain, Farisham Ismail, Azizi Matt Rose dan Nik Shahrul Azim Ab. Halim hampir pasti akan turun beraksi dalam kesebelasan utama pada final Piala Malaysia 2013 menentang Pahang di Stadium Shah Alam malam ini.

"Berdasarkan latihan malam ini (malam kelmarin) saya sudah mendapat bayangan pemain yang akan berada di posisi tersebut namun, saya masih mahu melihat latihan terakhir esok (semalam) untuk memastikan mereka benar-benar layak berada dalam kesebelasan utama.

"Saya tidak bimbang kerana kami mempunyai tiga lagi pemain pertahanan untuk mengisi kekosongan itu, kami memiliki Zairul Fitree Ishak, Rizal Fahmi Rosid dan K. Nanthakumar. Zairul Fitree dan Rizal Fahmi tiada masalah untuk diturunkan dan mereka mempunyai pengalaman beraksi di final.

"Nanthakumar pernah beraksi di bahagian pertahanan ketika mewakili negara dan dia pernah diturunkan untuk beraksi selama 90 minit, siapa sahaja yang diturunkan mereka adalah yang terbaik dan perlu membuktikannya," katanya.

Tambahnya, penyerang import Pahang, Matias Conti sudah pastinya antara individu yang akan diberi perhatian khas kerana kemampuannya melakukan sesuatu terutama apabila berada di dalam kotak penalti.

Katanya, ketiadaan Nwaneri mungkin memberi sedikit masalah untuk merantai Conti namun, dia tetap menaruh kepercayaan tinggi terhadap keupayaan pemain pertahanan tempatan yang dilihat masih mampu untuk menyaingi keupayaan pemain import kelahiran Argentina.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jentera serangan pasukan Kelantan, beliau yakin kesemuanya dapat berfungsi dengan baik berdasarkan moral pemain yang berada pada tahap tertinggi selain pengalaman yang disifatkan sudah memadai untuk beraksi di pentas final .

"Anda boleh lihat dalam empat perlawanan terakhir, kami telah menjaringkan 12 gol. Mereka (jentera serangan) semakin baik dan berada dalam keadaan yang cukup sempurna. Saya yakin mereka boleh melaksanakan tugas dengan baik," ujarnya.

Jentera serangan The Red Warriors akan diketuai oleh pemain import dari Dickson Nwakaeme dan dibantu oleh kapten 'Marvel', Mohd. Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhamad.

Kita tengok siapa lebih hebat - Alex

Posted:

Kita tengok siapa lebih hebat - Alex

Kita tengok siapa lebih hebat - Alex

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


AZAMUDDIN (kanan) akan pastikan Pahang tidak pulang hampa pada final Piala Malaysia malam ini.


"KITA tunggu siapa lebih hebat."

Demikian tegas penyerang Pahang, Azamuddin Akil menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini.

Azamuddin yang juga dikenali sebagai Alex, mendedahkan, dia bersama rakan-rakan sepasukan sudah bersedia untuk menghadapi aksi getir itu, sekali gus menyekat hajat Kelantan.

Justeru, Alex percaya prestasi semasa skuad kendalian Dollah Salleh itu mampu mengimbangi rentak Kelantan biar pun skuad Kijang dilabelkan sebagai pasukan pilihan berdasarkan persembahan konsisten sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini.

"Kita akan tengok siapa lebih hebat pada malam esok (malam ini). Saya yakin moral barisan pemain Pahang dalam keadaan terbaik menghadapi perlawanan ini.

"Apa yang pasti, kami tidak akan memberikan laluan mudah kepada mereka biarpun menyedari pasukan lawan telah menampilkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan ini berlangsung.

"Kami akan pastikan ada kejutan bakal berlaku di Stadium Shah Alam," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Tambah anak jati Kuala Lipis, Pahang itu, dia tidak menganggap ketiadaan tonggak pertahanan Obinna Nwaneri bakal mengubah rentak Kelantan pada aksi final nanti.

Alex percaya The Red Warriors masih memiliki beberapa pemain berkualiti untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain kelahiran Nigeria itu.

Sebagai rekod, Obinna tidak dapat beraksi di pentas final Piala Malaysia selepas mengutip kad kuning kedua ketika menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi separuh akhir, bulan lalu.

"Ketiadaan Obinna pun, Kelantan tetap mantap," katanya.

Norfarhan anggap diri bertuah

Posted:

Norfarhan anggap diri bertuah

Norfarhan anggap diri bertuah

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

FARHAN anggap dirinya bertuah kali ini kerana berpeluang beraksi pada final Piala Malaysia selepas hasratnya tidak kesampaian tahun lalu.


MUSIM 2012 menyaksikan Kelantan menutup musim gemilang mereka dengan gelaran trebel selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan akhir Piala Malaysia, namun bagi penyerang terbilang The Red Warriors, Norfarhan Muhammad ia adalah saat yang mendukakan.

Apa tidaknya, beliau yang membantu Kelantan menjaringkan lima gol sepanjang 10 penampilan kempen Piala Malaysia musim lalu terpaksa menyaksikan rakan-rakan meneruskan perjuangan dari tempat duduk penonton gara-gara digantung perlawanan akibat memungut dua kad kuning.

Bagaimanapun, Norfarhan mungkin sebahagian daripada pemain bola sepak yang bertuah apabila pasukan yang diwakilinya sekali lagi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut.

Perlawanan akhir kali ini menyaksikan Norfarhan terpaksa memikul tekanan yang agak tinggi kerana beliau dilihat sebagai tonggak jentera serangan paling penting selepas mempamerkan aksi yang begitu sempurna terutama kemampuannya menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan genting.

"Musim lepas saya kecewa kerana tidak dapat beraksi, biarpun kami memenangi Piala Malaysia sebagai pemain bola kepuasan itu tidak sampai. Tahun ini merupakan peluang terbaik untuk saya membuktikan kemampuan.

"Selain misi untuk mempertahankan kejuaraan untuk Kelantan, saya juga akan turun dengan misi peribadi membalas kepercayaan pihak pengurusan dan jurulatih selain menambah koleksi penampilan dan jaringan saya pada pentas perlawanan akhir," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun tambahnya, kekuatan yang ada pada Pahang tidak boleh diambil mudah kerana mereka juga mempunyai jentera tengah yang begitu solid dan penguasaan pada posisi berkenaan menjamin kejayaan pada perlawanan akhir berkenaan.

Sementara itu, Norfarhan turut menyedari bahawa harapan yang tinggi terpaksa dipikul terutama apabila beliau juga menjadi salah seorang pemain yang akan diberi tumpuan khusus oleh benteng pertahanan Pahang.

"Dalam setiap perlawanan pasti ada tekanan, saya harap saya mampu untuk menyerap tekanan tersebut dan bermain seperti biasa. Memang kita kena beri sepenuh fokus, ini perlawanan terakhir musim ini dan saya mahu memberi sepenuhnya.

"Musim lepas saya kecewa kerana tidak dapat beraksi, musim ini saya tidak mahu kecewa kerana kekalahan. Kita akan turun bermain dengan strategi yang diarahkan oleh jurulatih dan saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar," ujarnya.

Norfarhan pastinya akan menjadi tumpuan selepas menjadi antara tonggak penting Kelantan musim 2013 dengan menjaringkan 11 gol bersama 40 penampilan dalam beberapa kejohanan walaupun sekadar memahat tiga gol pada 10 aksi Piala Malaysia namun, dia juga terlibat dalam merencanakan tujuh hantaran yang berjaya disudahkan dengan jaringan oleh rakan sepasukannya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lokomotif Ekspres Senandung Langkawi terbakar

Posted:

Lokomotif Ekspres Senandung Langkawi terbakar

Lokomotif Ekspres Senandung Langkawi terbakar

02/11/2013 8:17pm

IPOH - Lokomotif Ekspres Senandung Langkawi dari Padang Besar ke Kuala Lumpur terbakar di Km133 Kampung Bendang Selinsing, Simpang Beluru dekat Kuala Kangsar di sini awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ismail Darus berkata, ketika kejadian pada 3.39 pagi itu, kereta api berkenaan membawa 13 gerabak dengan kira-kira 500 penumpang.

Sebuah jentera dengan sembilan anggota dari Kuala Kangsar dihantar ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 6.15 pagi, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata, keadaan gelap menyukarkan pihaknya mengenal pasti laluan ke lokasi itu menyebabkan mereka terpaksa berjalan untuk tiba ke tempat kejadian.

"Ketika kami tiba, pemandu tren dilihat cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadan api," katanya.

Beliau berkata, kesemua penumpang dibenar berada dalam gerabak kereta api ketika proses memadam kebakaran dijalankan kerana kebakaran itu tidak merebak ke bahagian lain.

"Lokomotif yang terbakar dibawa ke Stesen Sungai Siput manakala gerabak yang telah dipisahkan serta penumpang dibawa ke Stesen Kuala Kangsar," katanya sambil memberitahu tiada kecederaan dilapor. - Bernama

JPJ yakin sistem komputer baharu MySikap beri lebih manfaat kepada pelanggan

Posted:

JPJ yakin sistem komputer baharu MySikap beri lebih manfaat kepada pelanggan

JPJ yakin sistem komputer baharu MySikap beri lebih manfaat kepada pelanggan

02/11/2013 8:04pm

LEDANG - Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Johari Yusof berkata, pihaknya mengakui bahawa sistem komputer baharu MySikap yang mula digunakan di semua pejabat JPJ seluruh negara mulai semalam menghadapi sedikit masalah kerana pertama kali digunakan.

"Kita mohon maaf kepada pelanggan yang menghadapi kesulitan kerana pertukaran sistem ini.

"Bagaimanapun, kita yakin sistem baharu itu akan memberikan lebih manfaat kepada pelanggan dan JPJ kerana lebih mudah dan telus," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam Penguatkuasa JPJ Johor di Stesen Penguatkuasa Kesang (SPK), dekat sini, malam tadi.

Bercakap kepada pemberita kemudian Johari berkata, JPJ Johor mengeluarkan 287 saman terhadap pengguna jalan raya dalam empat sekatan jalan di sekitar daerah Muar dan Ledang menerusi satu operasi bersepadu, petang semalam.

Katanya, operasi selama tiga jam itu turut menyita tiga kereta dan enam motosikal selepas memeriksa pelbagai kenderaan termasuk kenderaan berat dengan muatan 5,000 kilogram, bas, teksi serta kereta sewa.

"Motosikal merupakan kenderaan tertinggi menerima saman iaitu sebanyak 164 diikuti kereta (89), kenderaan berat (18), kenderaan persendirian (10), bas (3), kereta sewa (2) manakala teksi (1)," katanya.

Katanya operasi berkenaan turut melibatkan anggota polis trafik, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Bernama

Jangan libatkan negara bersahabat dalam aktiviti intipan - Anifah

Posted:

Jangan libatkan negara bersahabat dalam aktiviti intipan - Anifah

Jangan libatkan negara bersahabat dalam aktiviti intipan - Anifah

02/11/2013 6:19pm

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, aktiviti intipan tidak sepatutnya dilakukan negara yang bersahabat rapat kerana boleh menjejaskan hubungan yang sedia terjalin.

Perkara itu dinyatakan Anifah dalam pertemuan beliau dengan rakan sejawatan dari Australia Julie Bishop di Perth semalam sempena Mesyuarat ke-13 Majlis Menteri-Menteri Indian Ocean Rim-Association for Regional Cooperation (IOR-ARC).

"Menteri luar telah mengambil kesempatan membangkitkan tentang laporan media berhubung dakwaan aktiviti intipan yang dijalankan Australia di Malaysia.

"Menteri luar melahirkan kebimbangan terhadap laporan media itu yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang awam di negara ini," demikian menurut kenyataan Kementerian Luar di sini.

Dalam reaksinya, Bishop memaklumkan bahawa adalah menjadi dasar kerajaan Australia untuk tidak memberi sebarang komen berhubung isu risikan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Regim Zionis bom terowong Hamas di Gaza

Posted:

Regim Zionis bom terowong Hamas di Gaza

Regim Zionis bom terowong Hamas di Gaza

SEKUMPULAN penduduk mengusung mayat salah seorang anggota Hamas yang terbunuh akibat serangan jet pejuang Israel di Khan Younis, selatan Gaza semalam.


BAITULMUQADDIS - Sebuah jet pejuang Israel mengebom terowong yang digunakan anggota-anggota pergerakan Hamas di Gaza, Palestin semalam.

Dalam serangan itu, tiga anggota pergerakan tersebut terbunuh selepas jet tentera Israel tersebut melancarkan serangan balas.

Serangan itu dilancarkan selepas lima askar Israel cedera ketika mereka cuba memusnahkan sebuah lagi terowong yang digunakan para pejuang Palestin daripada pergerakan Hamas.

Menurut Hamas, tiga anggotanya berada di dalam terowong tersebut semasa serangan itu berlaku.

Keganasan terbaharu itu mencatatkan angka kematian yang terbanyak selepas tentera Israel melancarkan kempen ketenteraan di Gaza pada November tahun lalu.

Pada tahun 2006, para pejuang Hamas menggunakan sebuah terowong untuk memasuki Israel dan membunuh dua askar regim Zionis.

Hamas memerintah Gaza sejak tahun 2007 dengan menyingkirkan pergerakan Fatah yang diketuai Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam satu pertempuran. - Agensi

Terjun guna sut terbang

Posted:

Terjun guna sut terbang

Terjun guna sut terbang


FLOREZ meluncur di udara dengan menggunakan sut terjun khas itu.


BOGOTA, Colombia - Seorang penerjun profesional, Jhonathan Florez terjun dari sebuah helikopter dengan menggunakan sut terbang di sini kelmarin.

Dia terjun bersama seorang jurukamera dari helikopter tersebut pada ketinggian lebih 4,000 meter.

Florez terbang mencapai kelajuan lebih 160 kilometer sejam ketika meluncur di udara di kawasan yang pergunungan Monserrate.

"Ada ketikanya, saya terfikir betapa cantiknya kawasan pergunungan itu," katanya yang merupakan warga Colombia.

Sut terbang khas itu telah diperkenalkan untuk sukan terjun dari udara sejak tahun 1990-an.

Mereka yang memakai sut tersebut akan kelihatan seolah-olah mempunyai sayap semasa meluncur di udara sebelum mendarat dengan menggunakan payung terjun.

Sejumlah orang menyaksikan aksi Florez dan rakannya itu dalam satu demonstrasi terjun dengan menggunakan sut tersebut.

Florez pernah memenangi Kejohanan Dunia Sut Terbang di China pada bulan lalu. - Agensi

2,000 pengantin lelaki hunus pedang

Posted:

2,000 pengantin lelaki hunus pedang

2,000 pengantin lelaki hunus pedang


SEBAHAGIAN pengantin lelaki menghunus pedang yang juga adat perkahwinan tradisional di Yemen.


SANAA - Seramai 2,000 orang pengantin lelaki membawa sebilah pedang tetapi tidak isteri mereka dalam majlis perkahwinan besar-besaran yang diadakan di sebuah dewan di sini kelmarin.

Majlis perkahwinan dengan penuh adat tradisional Yemen itu dianjurkan Yayasan Pembangunan Anak Yatim dengan mendapat bantuan kewangan daripada bekas Amir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Thani.

Yayasan itu bertujuan membantu pasangan muda yang mengalami masalah kewangan akibat kos hidup tinggi untuk melangsungkan perkahwinan.

Pengantin-pengantin lelaki yang memakai pakaian tradisional itu akan berjumpa dengan pasangan mereka selepas majlis tersebut berlangsung.

Beberapa lelaki turut menari dalam majlis tersebut.

Majlis perkahwinan itu dijangka disenaraikan dalam buku Guinness World Records bagi kategori perkahwinan melibatkan bilangan pengantin lelaki paling ramai. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Erti perayaan Deepavali

Posted:

Erti perayaan Deepavali

Erti perayaan Deepavali

JIKA orang Melayu sering mengenakan baju kurung dan baju Melayu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, masyarakat India yang beragama Hindu pula terkenal dengan sari dan baju punjabi serta kurta mereka.

Sempena perayaan Deepavali tahun ini, jenama mutiara terkenal Rafflesia telah bekerjasama dengan seorang pereka fesyen sari dan punjabi tempatan terkenal iaitu Thairealaxme of Thaaraz.

Pengalaman cukup berharga buat enam selebriti tempatan kerana dipilih Rafflesia bagi menggayakan baju tradisional dan kotemporari India milik pereka fesyen tersebut.

Mereka yang dipilih iaitu Jasmine Michele, Raja Ilya, Yasmin Nadiah, Nur Fathia, Sangeetha dan Reenetha turut berkongsi mengenai sambutan perayaan Deepavali masing-masing yang jatuh pada hari ini.

Reenetha suka makanan Deepavali

Mengenali sosok gadis berusia 28 tahun bernama Reenetha, dia merupakan pelakon Tamil yang juga pernah berlakon di bawah syarikat Skop Production Sdn. Bhd. milik penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.

"Sebelum ini saya pernah bekerja di bawah Skop Production selama setahun untuk drama Metro Skuad 52 episod," ungkapnya yang anggun menggayakan baju punjabi retro tahun 70-an jenis Chuditar ketika ditemui di butik Rafflesia di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

Berkongsi mengenai sambutan Deepavali pada tahun ini, ujarnya, dia akan pulang ke kampungnya di Masai, Johor pada petang Sabtu kerana terlibat dengan penggambaran sebuah program pada pagi raya itu.

Biarpun sibuk sebagai pelakon dan juga pengacara program Astro Vanavil, akui Reenetha, dia tetap berusaha untuk bercuti sekurang-kurangnya seminggu untuk menyambut perayaan yang juga digelar Pesta Cahaya itu setiap tahun.

"Bagi saya perayaan Deepavali sangat penting dan terbesar dalam masyarakat India. Disebabkan itu, saya akan bercuti daripada sebarang aktiviti seni.


REA THAIREALAXME (tiga dari kanan) bersama barisan selebriti yang menggayakan sari rekaannya.


"Perayaan tersebut juga memberi peluang kepada saya untuk bertemu sanak keluarga di seluruh Malaysia termasuk ahli keluarga saya yang turut berada di Singapura," tuturnya yang juga mendedahkan suka menyambut Deepavali kerana dapat menikmati makanan tradisional India.

Antara makanan tradisional yang disukai anak sulung kepada dua beradik itu ialah maruku dan resem.

Sangeetha dimarahi ibu

Bagi pelakon Sangeetha pula, dia yang terkenal menerusi filem Telegu iaitu Swiss Raja itu meraikan Deepavali di Kepong, Selangor.

Buat pertama kalinya juga selama empat tahun berkecimpung dalam bidang lakonan, Sangeetha pulang beraya bersama keluarga selepas dimarahi ibunya.

"Selama ini saya tidak pulang menyambut Deepavali kerana terlibat dengan penggambaran drama atau filem.

"Sebenarnya saya memang suka bekerja pada Deepavali. Saya rasa lebih bersemangat. Tetapi, tahun ini saya terpaksa juga balik beraya selepas dimarahi ibu," luahnya yang anggun mengenakan punjabi jenis Anarkali berwarna-warni itu.

Disoal mengenai makna Deepavali bagi dirinya, kata Sangeetha, ia adalah festival yang penuh dengan warna dan juga mampu memberi semangat positif kepada setiap masyarakat Hindu.

Mengulas lanjut mengenai sambutan Deepavalinya, tutur Sangeetha, setiap tahun keluarganya akan memasak wajik yang merupakan sejenis pulut berwarna coklat yang turut menjadi makanan masyarakat Islam tatkala menyambut Aidilfitri.

"Saya sangat suka wajik kerana rasanya yang manis dan isinya yang padat," ulasnya lanjut.

Jasmine anggap sari seksi

Jika Reenetha dan Sangeetha beraya bersama keluarga, bagi aktres terkenal filem Tamil iaitu Jasmine Michele, sudah dua tahun dia tidak dapat balik menyambut Deepavali kerana sibuk dengan penggambaran drama atau filem.

JASMINE MICHELE tidak dapat menyambut Deepavali kali ini bersama keluarga.


"Pada tahun lepas dan juga tahun ini saya tidak dapat balik sebab sibuk dengan aktiviti seni," jelasnya yang baru habis menjalani penggambaran sebuah drama arahan pengarah dari India berjudul Moodutani.

Jelita menggayakan pakaian sari kontemporari, Jasmine mengakui tidak berasa sedih kerana mempunyai ramai teman-teman dan ahli keluarga lain di Kuala Lumpur untuk meraikan bersama Deepavali.

Bicara Jasmine lanjut, biarpun tidak dapat pulang ke kampung menyambut Deepavali, dia tetap membeli sari kerana sangat suka memakainya selain menganggap sari merupakan pakaian paling cantik dan seksi di dunia.

Pelakon yang pernah membintangi filem Estet itu juga mengakui menyukai sejenis manisan bernama Nee Urandai yang merupakan salah satu hidangan wajib pada hari Deepavali di rumahnya.

Yasmin kehilangan nenek

Sementara itu, bagi pelakon Tamil, Yasmin Nadiah pula, dia mengakui menyambut perayaan Deepavali pada tahun ini di Taiping selama dua hari.

"Saya cuma bercuti dua hari sahaja kerana selepas itu saya terlibat dengan penggambaran muzik video Inni Vendahm," ujarnya yang mengenakan pakaian separa sari jenis Parade Tavani.

Berkongsi mengenai pengalaman manis dan pahit menyambut Deepavali, bicara Yasmin, tiga tahun lalu neneknya meninggal dunia dan pada tahun itu dia dan keluarga tidak menyambut Deepavali.

Mengulas mengenai kenangan manis sambutan Deepavalinya pula, apabila dia dapat berkumpul bersama keluarga sambil melakukan barbeku.

Fathia, Raja Ilya sambut bersama teman

Mungkin sedikit canggung apabila pelakon terkenal Nur Fathia dan Raja Ilya turut berada dalam kelompok selebriti Tamil yang lain. Bagaimanapun, luah Fathia yang comel menggayakan pakaian punjabi jenis potongan duyung itu, dia turut meraikan perayaan tersebut bersama rakan-rakannya yang beragama Hindu.

"Saya mempunyai ramai rakan-rakan India yang beragama Hindu sejak di bangku sekolah. Jadi, setiap kali perayaan Deepavali saya dijemput ke rumah mereka untuk merai bersama perayaan tersebut," jelasnya yang sehingga kini masih ke rumah rakan-rakannya jika tidak terlibat dengan sebarang aktiviti seni.

Sementara itu, bagi Raja Ilya pula, mungkin ramai yang menganggap pelakon drama Dahlia itu mempunyai darah India daripada raut wajahnya. Bagaimanapun, dedahnya, tiada seorangpun ahli keluarganya yang menyambut Deepavali.

Biarpun tidak menyambut Deepavali, dia yang kelihatan jelita dengan sari jenis burung merak itu bagaimanapun tetap mengambil cuti sehari setiap tahun demi menyambutnya bersama teman-teman beragama Hindu.

"Saya pernah bersekolah Tamil masa sekolah rendah dan kalau ikutkan kawan India saya lagi ramai berbanding Melayu. Jadi, saya sudah biasa menyambut bersama teman-teman beragama Hindu" ulasnya yang turut popular menerusi filem Tamil iaitu Appalam (filem Papadom versi Tamil) itu.

Sheila On 7idam konsert 3 jam

Posted:

Sheila On 7idam konsert 3 jam

Sheila On 7idam konsert 3 jam

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

SHEILA ON 7 berkemungkinan mengadakan Konsert 3 on 3 di Malaysia pada tahun hadapan.


BAND tersohor Indonesia, Sheila On 7 nampaknya masih kekal popular di Malaysia meskipun band itu sudah menginjak usia 17 tahun pada tahun ini.

Bertemu dengan anggota Sheila On 7, Duta (vokal), Eross Chandra (gitar), Adam (bass) dan Brian (drum) di Festival Rangkaian Jenama Pakaian dan Muzik Serumpun di Speed City, Kuala Lumpur baru-baru ini terlihat jelas mereka masih sama seperti dahulu.

"Ini tahun ke-17 Sheila On 7 ditubuhkan. Melihat pada angka ini mungkin sudah berusia, tetapi pada kami sama sahaja kerana muzik satu pekerjaan yang kami suka lakukan," ujar Duta.

Disoal tidakkah mereka menyimpan impian untuk mengadakan sebuah konsert besar seperti zaman kegemilangan mereka di Malaysia dahulu sempena ulang tahun ke-17?

Jawab Duta: "Sememangnya kami teringin membuat konsert di Malaysia. Sebenarnya tahun lalu sudah ada dua tawaran.

"Bagaimanapun disebabkan sekarang kami fokus untuk menyiapkan album kelapan yang akan bertemu peminat pada awal tahun depan, mungkin selepas itu kami akan fikirkan tentang konsert di Malaysia."

Jelasnya, mereka tidak mahu mengadakan konsert semata-mata untuk meraih keuntungan tanpa memberi makna yang besar kepada peminat.

"Biarlah jika terjadi konsert kelak, semua kerja sudah beres. Tahun lalu di Indonesia, kami telah mengadakan sebuah konsert 3 On 3 yang berlangsung selama tiga jam tanpa henti dengan tiga sesi yang berbeza sempena ulang tahun ke-16.

"Mungkin kami akan adakan konsert 3 On 3 di Malaysia pula pada tahun hadapan. Namun, kami tidak mahu mengadakan sekadar konsert untuk mengikut jejak orang lain.

"Jika boleh biarlah konsert yang kami lakukan nanti akan diingati dan memberi makna yang positif buat peminat dan kami sendiri," jawab Duta sambil dipersetujui oleh ahli yang lain.

Meskipun sudah berusia 17 tahun, band Sheila On 7 tidak merasakan diri mereka telah berusia, bahkan semakin bersemangat untuk terus kekal dalam bidang muzik.

"Perjuangan kami belum berakhir dan kami belum tua (ketawa). Kalau boleh kami mahu Sheila On 7 bertahan sampai 25 tahun atau lebih lagi selagi kami mampu bermain muzik," balas Duta.

Bercakap tentang album kelapan yang masih dalam pembikinan, jelas Brian, mereka sudah pun muncul dengan single berjudul Canggung ciptaan Eross.

"Dalam album ini terdapat 10 buah lagu, empat lagu Eross dan selebihnya perkongsian antara ahli yang lain. Muziknya lebih luas sesuai dengan kematangan usia band Sheila On 7 hari ini," kata Brian.


AKSI Duta (kiri) bersama Sheila On 7 masih mantap seperti dahulu.


Keluarga

Menyentuh tentang keluarga, anak-anak dan tugas sebagai bapa, senyuman dan keceriaan jelas terpancar pada wajah kesemua anggota Sheila On 7.

Jika sebelum ini setiap kali hadir ke Kuala Lumpur hanya mereka berempat sahaja, kini mereka pasti membawa segerombolan ahli keluarga terdiri daripada isteri dan anak-anak.

"Jika ada persembahan yang kami boleh bawa keluarga untuk bercuti kami akan bawa. Kali ini kami berada di Kuala Lumpur selama tiga hari, walaupun bukan cuti sekolah di Indonesia, kami bawa sahaja anak-anak, mereka terpaksa ponteng sekolah dengan rela (ketawa).

"Sebenarnya, jadual kami sangat padat, jadi inilah masa terluang untuk kami habiskan masa bersama keluarga. Walaupun tiga hari, sekurang-kurangnya mereka ingat yang bapa mereka membawa mereka bercuti," kata Duta.

Walaupun sedar kerjaya sebagai pemuzik sangat mencabar, kata mereka berempat, sebolehnya mereka mahu anak-anak mereka mahir bermain muzik.

"Selagi saya mampu menghantar mereka ke kelas piano, biola dan sebagainya, saya akan hantar kerana saya mahu mereka mahir bermain muzik walaupun sekadar hobi.

"Sebagai bapa saya tidak akan halang apa sahaja impian anak-anak, asalkan kerjanya baik dan memberi manfaat. Jika mahu jadi pemuzik seperti kami, saya akan memberi sokongan," jelas Duta sambil anggota yang lain menganggukkan kepada tanda setuju.

Sementara itu, Sheila On 7 telah menghiburkan peminat selama satu jam pada festival yang berlangsung selama tiga hari dan menghimpunkan 60 buah band itu.

Aksi Duta masih sama dan penuh bertenaga seperti dahulu. Peminat mereka juga tidak henti menyanyi bersama-sama 12 buah lagu yang didendangkan antaranya, Seberapa Pantas, Bila Kau Tak Di Sampingku dan Berhenti Berharap.

"Terima kasih kerana hadir bersama hari ini. Harap ini bukanlah konsert terakhir kami di sini. Kami sentiasa seronok setiap kali datang ke Kuala Lumpur," kata Duta kepada peminatnya.

Selain Sheila On 7, band Go Gerila!, Bunkface, 6ixth Sense, Indie Mice, Drama Band, Hyper Act, Loka, Edane, Love Me Butch, Aryan Band, Pop Konspiracy, Buronan Mertua dan The Padangs turut membuat persembahan dalam festival selama tiga hari yang bermula pada 25 Oktober lalu.

Hanez Suraya dikecam peminat Awi Rafael

Posted:

Hanez Suraya dikecam peminat Awi Rafael

Hanez Suraya dikecam peminat Awi Rafael

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


HANEZ SURAYA mengakui dirinya begitu kecewa kerana hubungan cintanya bersama Awi Rafael tidak menjadi.


JIKA sebelum ini pelakon Hanez Suraya tidak kisah berkongsi cerita perihal kekasih ketika masih bercinta dengan penyanyi Awi Rafael. Bagaimanapun, setelah putus dengan penyanyi lagu Kalau Aku Kaya itu, Hanez, 28, kini lebih selesa mengunci mulut apabila disoal tentang kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Biarpun mengambil tindakan sedemikian, kisah cintanya tetap dicungkil orang. Beberapa bulan lalu, beberapa keping foto intim Hanez dengan seorang lelaki dimuat naik di sebuah blog.

Akibat daripada penyebaran gambar tersebut, pelakon yang kini sedang popular menerusi drama Love You, Mr. Arrogant di TV3 itu dikecam umum terutamanya peminat Awi Rafael.

Pelbagai kata negatif dihamburkan kepada Hanez.

Lantaran itu, Hanez berasa sedih dan terkilan. Malah, dia enggan langsung berkongsi waima sedikitpun tentang seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya.

Kosmo!: Khabarnya anda kini sudah mempunyai kekasih baharu? Siapakah lelaki tersebut?

HANEZ: Kalau boleh, saya enggan lagi berkongsi mengenai perihal kekasih kepada umum. Bila sudah disahkan akan berkahwin baru saya beritahu.

Kenapakah anda mengambil tindakan untuk berdiam diri dalam percintaan kali ini?

Saya takut kalau tidak jadi. Saya takut dihentam lagi.

Apakah yang dimaksudkan Hanez itu (takut dihentam lagi)?

Ketika tersebar gambar saya dengan seorang lelaki dalam keadaan intim di sebuah pantai itu, ramai yang kecam terutama peminat Awi Rafael. Mereka cakap lelaki tersebut punca hubungan saya dan Awi putus. Saya dihentam di laman sosial seperti Instagram, Twitter dan blog.

Sebelum ini lagi saya sudah katakan yang lelaki tersebut bukan teman lelaki saya. Memang dia cuba untuk mengenali saya dengan lebih rapat tetapi saya cuma anggap dia kawan sahaja. Kalau boleh saya mahukan lelaki yang faham kerja saya. Tetapi dia bukan seperti itu. Walaupun hubungan kami masih belum sah sebagai kekasih tetapi dia berani ambil tindakan memuat naik gambar dia bersama saya di Instagramnya. Akibatnya, blogger yang tidak bertauliah telah menyebarkan gambar tersebut. Selepas penyebaran gambar tersebut, saya dikecam teruk oleh peminat-peminat Awi Rafael.

FIGURA ini mengakui ramai yang membenci watak lakonannya, Sherry dalam drama bersiri, Love You, Mr. Arrogant.


Apakah perasaan Hanez apabila dikecam teruk oleh peminat Awi Rafael?

Saya sedih sebab mereka tidak faham. Masa saya dan Awi bersama, peminat-peminat Awi menjadi peminat saya. Kami sentiasa berkumpul buat majlis bersama. Tetapi bila putus, kami bawa haluan masing-masing malah, bila saya dikaitkan dengan lelaki mereka menuduh saya tinggalkan Awi disebabkan lelaki tersebut.

Kalau ada kekasih memang saya akan menyayangi kekasih saya itu. Sebabnya, saya mengharapkan hubungan kami ke jenjang pelamin. Disebabkan itu, bila hubungan saya bersama Awi tidak menjadi, saya berasa sangat kecewa.

Beralih pada soalan lain, apakah perkembangan terbaharu anda dalam bidang seni?

Sekarang saya tengah mengacarakan sebuah program sukan di RTM bertajuk Cool. Program tersebut memaparkan sukan-sukan yang lasak dan juga sukan yang mungkin semakin dilupakan seperti permainan skateboard.

Adakah anda seorang yang lasak?

Saya akui bukan seorang yang lasak tetapi ada beberapa sukan yang saya cuba ketika melakukan penggambaran program Cool seperti menyelam.

Bagaimanakah penerimaan peminat menerusi watak antagonis yang dilakonkan anda dalam drama hangat yang sedang ditayangkan di TV3 iaitu Love You, Mr. Arrogant?

Ramai yang membenci sangat watak Sherry itu. Sehinggakan, saya ada terima tweet daripada orang yang mahu baling kasut ke arah saya kerana kesan daripada watak dalam drama tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved