Selasa, 29 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Cacat penglihatan bukan halangan

Posted:

Cacat penglihatan bukan halangan

Cacat penglihatan bukan halangan

HIDUP dalam kegelapan dengan membayangkan warna-warna kehidupan tentunya bukan suatu yang mudah bagi individu yang cacat penglihatan.

Namun bagi Tokoh Membaca Istimewa, Norhashimah Hashim, 49, ia merupakan cabaran yang perlu diatasi sejak lahir.

Sungguhpun mempunyai tahap penglihatan terhad, sejak kecil lagi guru pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Malik di Alor Setar, Kedah ini menjadikan buku sebagai sahabatnya.

Jika kanak-kanak normal lain ketika itu leka bermain dengan kawan-kawan seusia, bagi beliau tiada barang mainan yang lebih mengasyikkan selain buku.

"Saya lebih banyak terdedah dengan bahan bacaan. Ia mungkin disebabkan sejak berumur enam tahun telah tinggal di asrama bersama abang saya, Zahari, yang juga cacat penglihatan.

"Kami telah dihantar ke Sekolah Rendah Pendidikan Khas St. Nicholas, Pulau Pinang memandangkan tidak banyak sekolah pendidikan khas yang wujud berhampiran kediaman kami pada ketika itu," katanya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Anak kelahiran Simpang Empat, Alor Setar yang tinggal di asrama sehingga berumur 12 tahun itu berkata, di sekolah tersebut para pelajar didedahkan kepentingan perpustakaan dan dari situl timbul minatnya untuk membaca.

"Lebih seronok apabila terdapat bahan bacaan berbentuk Braille yang memudahkan kami memahami jalan cerita buku yang dibaca," katanya tersenyum.

Norhashimah kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat menengah di SMK Sultanah Asma di Alor Setar, Kedah sebelum bertukar ke Sekolah Kolej Sultan Abdul Hamid ketika berusia 15 tahun.

"Apabila masuk ke sekolah menengah, cabarannya berbeza kerana terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar normal terutamanya dalam aspek pelajaran.

"Di sini bahan-bahan bacaan untuk pelajar cacat penglihatan adalah terhad berbanding buku-buku biasa," ujarnya.


NOVEL Lambaian Kinabalu pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan 2001.


Rakan-rakan

Masalah kekurangan bahan bacaan dan rujukan masih dirasai ketika Norhashimah melangkah kaki ke Universiti Malaya (UM). Keadaan itu telah memaksa beliau meminta bantuan rakan-rakan untuk membacakan buku ketika mengulangkaji pelajaran.

"Masa itu belum ada teknologi seperti sekarang iaitu alat bantuan bacaan menerusi audio yang memudahkan kami untuk mendengar isi kandungan buku-buku rujukan. Kehadiran rakan-rakan banyak membantu sepanjang pengajian saya di sana.

"Sewaktu di universiti saya juga menghadapi kesukaran untuk menghafal jalan ke kelas kerana jalan yang dibawa oleh rakan-rakan sentiasa berbeza," maklumnya.

Sungguhpun demikian, segala kesukaran yang dihadapi pemegang Ijazah Sastera dan Sains Sosial UM itu tidak dijadikan sebagai satu bebanan, malah beliau menganggap semua itu sebagai cabaran yang perlu diatasi untuk berjaya.

Norhashimah, yang menjadikan ilmu sebagai tunjang dalam kehidupannya, kemudian menyambung pengajian peringkat kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) di Institut Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

"Setelah tamat pengajian, saya terus dapat tawaran untuk mengajar di SMK Tunku Abdul Malik sehingga sekarang," katanya sambil berkongsi pengalaman sebagai telefonis selama tiga tahun di sebuah syarikat swasta ketika menjadi ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia pada tahun 1995.

Menariknya, dalam kesibukan menjalani kehidupan harian, wanita ini tidak pernah lekang daripada buku.

Bidang penulisan

Berkongsi pengalaman penglibatan dalam bidang penulisan, anak kedua daripada lapan beradik ini memberitahu, sebelum menyertai Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (Asasi) pada tahun 1988, beliau telah menulis skrip drama dan cerpen untuk dihantar ke stesen-stesen radio.

"Saya terlibat di bidang penulisan setelah tamat pengajian di UM. Ketika itu saya sering terfikir apakah yang patut dibuat bagi mengisi masa terluang," ujarnya.


SMK Tunku Abdul Malik (kiri) dan Universiti Malaya merupakan antara lokasi yang membentuk karakter Norhashimah agar terus berjaya dalam kehidupan.


Meminati hasil karya penulis, Ramlee Awang Murshid, Norhashimah memberitahu, sejak di peringkat awal lagi beliau akan mengambil inisiatif dengan menyertai bengkel-bengkel dan seminar berkaitan bagi memantapkan lagi kemahiran penulisannya.

Segala usaha yang disemai telah membuahkan hasil apabila novel sulungnya yang berjudul Masih Ada Sinar diterbitkan pada tahun 1993. Ini diikuti oleh Sebuah Pelayaran yang juga pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan penulisan anjuran Asasi.

"Jika terbitan pertama telah membuatkan saya teruja, apatah lagi ketika novel kedua yang mendapat anugerah. Ia terus membakar semangat saya untuk menghasilkan karya-karya yang menarik dan berkualiti," katanya.

Lebih menggembirakan apabila novel Sebuah Pelayaran turut diadaptasikan sebagai sebuah drama yang disiarkan di sebuah stesen televisyen tempatan.

Kini, Norhashimah telah berjaya menghasilkan lebih 20 cerpen dan 10 buah novel. Novel lain yang ditulis oleh beliau berjudul Hadiah Yang Tidak Ternilai, Antara Mak dan Nama, Lambaian Hijrah, Melewati Siang Meniti Malam, Lambaian Kinabalu dan Hujan Emas Di Negeri Orang.

Beliau memberitahu, novel Melewati Siang Meniti Malam itu diterbitkan pada tahun 1995 di bawah siri tamu istimewa Kumpulan Utusan yang merupakan kumpulan novel hasil nukilan penulis-penulis cacat penglihatan tempatan.

"Sebagai draf awal penulisan, saya menggunakan bahasa Braille melalui sebuah mesin khas dan kemudian akan menggunakan mesin taip untuk menaip semua draf sebelum dihantar kepada penerbit.

"Dengan teknologi yang semakin moden hari ini, saya boleh menggunakan komputer riba dengan perisian khas untuk menghasilkan karya. Proses ini jauh lebih pantas berbanding kaedah sebelum," ujarnya.

Mengimbau kenangan ketika dinobatkan sebagai Tokoh Membaca Istimewa pada Jun lalu oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Norhashimah berasa terharu dengan pengiktirafan yang diberikan.

"Sungguhpun telah dimaklumkan mengenai anugerah tersebut, namun saya tidak percaya terutamanya apabila mereka mengatakan pengiktirafan itu agak sama seperti yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


NORHASHIMAH menggunakan komputer riba dengan perisian khas untuk menghasilkan karyanya.


"Bila anugerah ini diterima, saya rasa amat bersyukur dan gembira. Saya berharap ia dapat menyuntik semangat rakan-rakan yang senasib untuk berjaya sungguhpun kemampuan kami terbatas," katanya.

Selain Tun Dr. Mahathir, PNM sebelum ini telah melantik dua tokoh sebagai Ikon Membaca Kebangsaan iaitu Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan pelakon antarabangsa kelahiran tempatan, Tan Sri Michelle Yeoh.

Selain menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar, Norhashimah turut menjadi guru perantara kepada para pelajar pendidikan khas di SMK Tunku Abdul Malik dengan guru-guru di sekolah berkenaan.

Beliau akan menaip semula bahan-bahan mengajar dan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru itu dalam teks khas untuk diberikan kepada para pelajarnya yang kini berada di tingkatan empat, lima dan enam sekolah itu.

Bagi dirinya, pelajaran anak didiknya merupakan fokus utama dalam memastikan mereka berjaya.

Ketika ditanya mengenai prinsip kehidupannya, Norhashimah menjawab, cekal dengan segala halangan hidup yang dihadapi dan berusaha untuk mencapai segala hajat.

"Cacat penglihatan tidak membuatkan saya serba kekurangan, malah saya sentiasa bersyukur dengan setiap anugerah yang dikurniakan Ilahi," katanya menamatkan bicara.

Pameran seni hotel mewah

Posted:

Pameran seni hotel mewah

Pameran seni hotel mewah


MASALAH sewa tapak yang tinggi dan terhad menyebabkan penganjur memilih bilik-bilik hotel untuk dijadikan galeri seni.


KARYA-KARYA indah kelihatan bergantungan di atas katil-katil bersaiz besar selain ada yang diletakkan di atas sinki bilik air. Itulah gambaran Pameran Seni Kontemporari Asia di Hong Kong yang diadakan baru-baru ini yang memberikan suasana berbeza terhadap sebuah galeri seni.

Diadakan di sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang, acara dua tahun sekali itu dilihat menjadi medium kepada pelukis-pelukis muda untuk mencuba nasib memasuki pasaran seni antarabangsa.

Ia juga merupakan lokasi tidak ortodoks dalam usaha mengurangkan kos di bandar raya yang pesat berkembang itu sebagai hab seni antarabangsa. Para artis dan pemilik galeri yang berdepan cabaran kadar sewa tinggi memilih bilik-bilik hotel sebagai lokasi terbaharu menganjurkan pameran seni.

Ribuan peminat seni menghadiri pameran selama empat hari yang juga merupakan acara seni kedua terbesar di bandar raya tersebut selepas pameran berprestij Art Basel edisi Hong Kong.

Pengunjung beralih dari satu bilik ke bilik bersebelahan di Hotel JW Marriott yang memuatkan lebih 70 buah galeri memaparkan lebih 70 hasil seni termasuk lukisan, arca dan fotografi dari rantau Asia dan dunia.

"Suasana tidak formal di hotel ini merupakan karakter bagi pameran ini. Ia seperti satu perjalanan untuk menemui hasil seni terbaik dari bilik ke bilik," ujar Pengarah Pameran, Mark Saunderson kepada AFP.

Beliau menegaskan format hotel yang ditunjukkan pada pameran tersebut juga membantu mengurangkan kos penganjuran.

"Pameran ini memaparkan hasil karya seni indah untuk datang ke sini. Jika tidak, ia mungkin tidak dapat dilihat sampai bila-bila," jelasnya.

Menurut Saunderson, galeri-galeri di bandar raya Hong kong berhadapan dengan pelbagai kos termasuk kadar sewa yang mahal, memaksa mereka memilih karya-karya terbaik untuk dipamerkan sekali gus menyebabkan ramai artis berpotensi disisihkan.

SAINTIS Albert Einstein menjadi tema lukisan kontemporari pelukis di pameran seni Hong Kong.


Karya Asia Tenggara

Namun demikian, pakar-pakar seni berpendapat hasil karya dari rantau Asia Tenggara mempunyai kelebihan yang besar daripada aspek harga jualan kerana karya pelukis Indonesia, Vietnam dan Malaysia amat popular di peringkat antarabangsa.

"Anda boleh menghabiskan HK$50,000 sehingga HK$100,000 (RM20,264 sehingga RM40,528) untuk membeli hasil karya berkualiti tinggi," katanya.

Dengan nilai karya-karya artis dari Vietnam meningkat 10 kali ganda sejak 15 tahun lalu, penggiat-penggiat baharu kian mencari pendedahan peringkat global.

"Peluang untuk mempamerkan karya seni di pameran ini merupakan suatu perkara yang penting kepada pelukis muda seperti saya," kata pelukis dari Vietnam, Dang Thao Ngoc.

Dia yang berasal dari Hanoi terkenal menerusi lukisan yang menggunakan media cat minyak berwarna-warni untuk menggambarkan keharmonian ahli keluarga dan kehidupan di negaranya.

"Di Hong Kong, ramai orang datang dan melihat karya seni. Mereka sangat mengambil berat dan menunjukkan minat dalam bidang seni lukis," ujarnya sambil memberitahu senario itu berbeza dengan keadaan di Vietnam.

Perhatian dunia

Seiring dengan pertambahan galeri-galeri seni di Myanmar, kumpulan pelukis baharu dari negara itu turut mendapat perhatian dunia malah banyak hasil seni terjual dengan jayanya.

"Pelukis dari China melukis dengan pantas dan mengejar kuantiti. Ia berbeza dengan pelukis Myammar kerana mereka tidak menghasilkan lukisan yang banyak tetapi dengan kualiti yang jauh lebih baik," ujar Pengarah Galeri Seni Halus Asia, Sidney Cowell.


WARGA China merupakan pembeli terbesar di Pameran Art Basel di Hong Kong, Mei lalu.


Pameran itu menghidangkan tetamu dengan karya seni tradisional hingga yang bersifat lebih eklektik dan moden.

Di satu bilik yang disewa sebuah galeri dari Jepun, terdapat sebuah arca kelakar yang memaparkan seorang lelaki Asia botak dengan memakai baju sekolah perempuan.

Terdapat juga deretan karya fotografi yang menjadikan kepadatan bangunan-bangunan sekitar Hong Kong sebagai subjek utama.

Ketika penganjuran pameran tersebut sebelum ini, terdapat hasil seni yang berharga antara RM12,158 hingga RM81,057 dan ia menjana pembelian berjumlah RM7.3 juta pada penganjuran Mei lalu.

Pasaran seni di Hong Kong mula mendapat perhatian berikutan peningkatan kekayaan warga China di Tanah Besar. Mereka merupakan pembeli terbesar karya-karya seni di Hong Kong.

Pameran Art Basel disertai oleh 3,000 pelukis antarabangsa dari 245 galeri terkenal dunia pada Pameran Art Basel yang diadakan pada Mei lalu di Hong Kong.

Antara galeri terkemuka yang turut serta ialah Gagosian, White Cube, Acquavella, Lehmann Maupin dan Galerie Perrotin. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kursus tingkatkan profesionalisme guru

Posted:

Kursus tingkatkan profesionalisme guru

Kursus tingkatkan profesionalisme guru

SEBAHAGIAN guru penolong kanan kokurikulum sekolah rendah di Pasir Puteh bergambar semasa kursus peningkatan profesional kokurikulum di Pusat Kegiatan Guru, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.


KURSUS MANTAP KOKURIKULUM. Seramai 30 guru penolong kanan kokurikulum sekolah rendah di Pasir Puteh, Kelantan mengikuti Kursus Peningkatan Profesional Pengurusan Sumber Manusia di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bukit Jawa selama lima hari baru-baru ini.

Pengurus program berkenaan, Jasme Ismail berkata, kursus anjuran Institut Aminudin Baki (IAB) Wilayah Timur bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh turut disertai pakar pengurusan kurikulum dan kokurikulum IAB Genting Highlands, Wan Shamsuddin Wan Mohd. Salleh dan Muhamad Sauki Razak.

Menurutnya, kursus berkenaan adalah sebahagian usaha melahirkan pengurus sekolah yang berwibawa dalam merintis pelbagai aktiviti kokurikulum yang lebih cemerlang.

Rumah Zamrud juara keseluruhan sukan SK Convent Kajang

Posted:

Rumah Zamrud juara keseluruhan sukan SK Convent Kajang

Rumah Zamrud juara keseluruhan sukan SK Convent Kajang


PARA pelajar bergambar kenangan pada program sukan tahunan SK Convent Kajang, Selangor yang dimenangi oleh pasukan Zamrud baru-baru ini.


MERIAH. Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Kajang, Selangor menganjurkan sukan tahunan selepas murid-murid selesai menjalani peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.

Dalam kejohanan itu, rumah Zamrud diumumkan sebagai juara keseluruhan dan tempat kedua dimenangi oleh rumah Topez.

Tempat ketiga rumah Delima dan Nilam berkongsi kedudukan di tempat keempat.

Majlis penyampaian hadiah dilakukan oleh Guru Besar SK Convent Kajang, Khatijah Yusof dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Ng Poh Kun.

UniMAP anjur program kepimpinan mahasiswa

Posted:

UniMAP anjur program kepimpinan mahasiswa

UniMAP anjur program kepimpinan mahasiswa


NAIB Canselor UniMAP, Prof. Datuk Kamarudin Hussin (tengah) bergambar bersama mahasiswa yang terdiri daripada wakil MPP dari 10 buah universiti termasuk dari Indonesia pada Simposium Mahasiswa Universiti Asia di Dewan Kapitol, Kangar, Perlis baru-baru ini.


KEPIMPINAN. Seramai 35 orang mahasiswa yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari sembilan buah universiti tempatan menyertai Simposium Mahasiswa Universiti Asia (AUSS) 2013 yang diadakan di Dewan Kapitol, Kangar, baru-baru ini.

Simposium tersebut turut disertai wakil pelajar Universitas Islam Sultan Agung dari Indonesia.

Program itu dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertujuan sebagai platform bagi MPP dan wakil-wakil pemimpin pelajar berkongsi idea dan pengalaman dalam meningkatkan kualiti kepimpinan mahasiswa.

Selain pembentangan kertas kerja, peserta didedahkan dengan aktiviti bersama masyarakat Perlis dan melawat tempat menarik seperti Muzium Kota Kayang, Gua Kelam, Padang Besar serta Masjid Al-Hussein.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jalan Melayu dibangun semula

Posted:

Jalan Melayu dibangun semula

Jalan Melayu dibangun semula

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

RAIS (dua dari kanan) melakukan lawatan kerja di Jalan Melayu, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Jalan Melayu di sini akan dibangunkan semula supaya ia memiliki identiti Melayu sepenuhnya daripada segi perniagaan, seni budaya dan muzikal, kata Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, usaha itu penting memandangkan tiada sebatang jalan di ibu negara yang benar-benar mencerminkan sosiobudaya kaum Melayu di Malaysia untuk ditonjolkan kepada pelancong asing.

Sehubungan itu, katanya, usaha kerajaan membangunkan semula Jalan Melayu yang terletak berhampiran Jalan Masjid India tidak harus dicemburui kaum lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jadi janda selepas tiga jam nikah

Posted:

Jadi janda selepas tiga jam nikah

Jadi janda selepas tiga jam nikah

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

TINGGAL KENANGAN... Cincin perkahwinan yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada Sasha.


BALIK PULAU – Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu.

Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau.

"Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu.

"Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga," ujarnya menahan sebak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Seksyen Profil JPJ batal lesen pemandu ingkar

Posted:

Seksyen Profil JPJ batal lesen pemandu ingkar

Seksyen Profil JPJ batal lesen pemandu ingkar

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menubuhkan Seksyen Profil Pemandu di bawah bahagian penguat kuasa yang membolehkan lesen pemandu kenderaan perdagangan termasuk bas yang mempunyai saman tertunggak dibatalkan atau digantung.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, seksyen itu ditubuhkan untuk menggantikan unit Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang hanya mengendalikan kes-kes penggantungan dan pembatalan di bawah sistem mata demerit.

"Seksyen Profil Pemandu juga berfungsi untuk menggantung atau membatalkan lesen memandu di bawah sistem mata demerit dan menggantung atau membatalkan lesen pemandu yang disahkan sebagai penagih dadah," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pencarian bakat Nan Grow 3 Super kids

Posted:

Pencarian bakat Nan Grow 3 Super kids

Pencarian bakat Nan Grow 3 Super kids

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SELEBRITI terkenal, Adibah bertindak sebagai pegawai pencari bakat peraduan Nestle Nan Grow 3 Super kids.


ANAK merupakan anugerah Allah paling bermakna buat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Hakikatnya, kehadiran cahaya mata dalam kehidupan suami isteri mampu mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka.

Melihat anak-anak membesar dengan cergas dan sihat di hadapan mata, sudah pasti menjadi detik yang membahagiakan buat golongan ibu bapa.

Malah, pada zaman teknologi yang serba canggih ini, setiap momen istimewa bersama insan-insan tersayang mudah dirakam sebagai kenangan masa hadapan.

Apatah lagi jika si cilik bijak bergaya di hadapan kamera atau mempunyai keletah tersendiri yang penuh menghiburkan.

Bagi mereka yang mempunyai anak berjiwa seni, rajin ke dapur atau gemarkan cabaran, inilah masanya untuk anda berkongsi bakat si comel bersama jenama susu tepung formula terkemuka, Nestle Nan Grow 3.

Ini kerana bermula 1 Oktober lalu, satu program pencarian bakat Nestle Nan Grow 3 Super kids telah dilancarkan di seluruh negara.

Buat pertama kali, ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur di antara tiga hingga enam tahun berpeluang untuk menghantar penyertaan si kecil mereka secara dalam talian, sekali gus merebut enam hadiah istimewa yang ditawarkan.

AKSI chef kecil ketika di dapur mungkin membawa tuah pada anak anda.


Apa yang penting, penyertaan tersebut mampu memberi pengalaman berharga buat si kecil dalam meniti kehidupan.

Melalui peraduan Nestle Nan Grow 3 Super kids ini, semua pemenang bertuah berpeluang untuk melalui sendiri pelbagai pengalaman yang menakjubkan. Peraduan ini menawarkan enam tempat untuk Super kids atau kanak-kanak super yang gemarkan cabaran, berkeyakinan dan penuh tekad.

"Kami percaya bahawa usus yang sihat adalah asas yang penting buat sistem imun yang kuat. Dengan pemakanan yang betul dan khasiat yang mencukupi, setiap Super kids mampu memenuhi potensi mereka.

"Peraduan ini menjadi bukti bahawa si kecil akan peluang untuk mengembangkan minat mereka dan berfikir tanpa sempadan tanpa mengira usia mereka" kata Pengurus Perniagaan Negara, Nutrisi Ibu dan Bayi Nestle Malaysia, Chandan Ghosh.

Sepanjang peraduan ini, selebriti terkenal tanah air, Adibah Noor bertindak sebagai pegawai pencari bakat Nestle Nan Grow 3 Super kids. Adibah akan turun padang bersama para pemenang bertuah untuk mencari yang terbaik dalam kalangan terbaik.

Oleh itu, jangan ketinggalan menyaksikan video pencarian bakat Super kids bersama Adibah di laman sosial Facebook dan sertai keriangan bersama-sama peserta yang lain.

Sekiranya si kecil anda gemar mengembara, minat seni atau suka membantu ibu di dapur, layari www.facebook/FirstSolidFoods dan klik pautan Nan Grow 3 Super kids. Tarikh tutup peraduan adalah pada 31 Oktober 2013.

Mudah dengan set Pphali-Pphali

Posted:

Mudah dengan set Pphali-Pphali

Mudah dengan set Pphali-Pphali

PENGENALAN dua set bawa pulang Pphali-Pphali memudahkan pengguna menikmatinya pada bila-bila masa dan lokasi.


DUBU-DUBU, rangkaian restoran yang terkenal dengan sajian asli Korea, baru-baru ini melancarkan set bawa pulang makanan Pphali-Pphali yang khusus bagi mereka yang kesuntukan masa untuk mencari sesuatu hidangan yang lengkap tanpa berkompromi tentang rasa.

Pphali-Pphali, bermaksud 'cepat-cepat' dalam bahasa Korea, adalah sajian makanan lazat, berkhasiat dan lengkap.

Pengarah Eksekutif CR Dubu Malaysia, Wong Kah Yong berkata, ketika ini terdapat dua set bawa pulang makanan Pphali-Pphali yang ditawarkan kepada para pelanggan Dubu Dubu.

Katanya, set yang pertama iaitu Korean Spicy Wings, yang didatangkan dengan dua ketul kepak ayam dan dua ketul drumet bersalut sos lazat, kimchi (sayur jeruk Korea), satu hidangan sampingan dan nasi istimewa Dubu-Dubu yang ditawarkan pada harga RM14.90.

"Set kedua ialah Honey Garlic Bulgogi yang didatangkan dengan pilihan daging lembu atau ayam panggang, kimchi, telur goreng dan nasi istimewa Dubu-Dubu yang dijual pada harga RM16.90," katanya pada majlis pelancaran set Pphali-Pphali di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Kah Yong, pihaknya yakin kedua-dua menu terbaharu Dubu-Dubu itu akan mendapat sambutan menggalakkan ekoran maklum balas pelanggan yang positif setakat ini.

"Biarpun ada yang baru mencuba untuk kali pertama, namun mereka menyukainya kerana makanan disediakan segar, di samping rasanya yang lazat.

"Apa yang lebih penting, dengan set bawa pulang Pphali-Pphali ini mereka berpeluang menikmati sajian asli Korea pada harga yang berpatutan, pada bila-bila masa dan di mana sahaja," ujarnya.

Jelasnya, pihaknya amat menitikberatkan kualiti sesebuah hidangan termasuk pemilihan bahan-bahan yang segar dan asli bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.

"Di Dubu-Dubu kami sentiasa memastikan bahan penting untuk sajian asli Korea seperti tofu, pes kacang, cili dan bawang putih dengan gabungan daging dan sayuran segar untuk menyediakan sajian asli, lazat dan sukar dilupakan," katanya.

Rangkaian restoran Dubu-Dubu kini mempunyai lima cawangan di ibu negara iaitu di Mid Valley, One Utama, Berjaya Times Square, Centro Mall dan Sunway Pyramid.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Impian terakhir sebelum bersara

Posted:

Impian terakhir sebelum bersara

Impian terakhir sebelum bersara

Oleh M. RIZAL NOR
sukan@kosmo.com.my

SANDARAN TOK GAJAH... Jalaluddin (dua dari kiri) akan mengetuai jentera Pahang pada aksi final Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Shah Alam, Ahad ini.


SEBELUM mengumumkan persaraan, kapten Pahang, Jalaluddin Jaafar memasang impian mahu menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam kariernya.

Selepas kempunan mendakap Piala Malaysia apabila Pahang tewas 0-1 kepada Selangor pada aksi final edisi 1997 di Stadium Shah Alam, Jalaluddin tidak rela melihat skuad Tok Gajah sekali lagi menggigit jari.

"Sejak kali pertama mewakili Pahang pada 1997, saya sudah membantu pasukan muncul juara Liga Perdana musim 1999, Liga Super 2004 serta Piala FA 2006.

"Kini hanya tinggal satu misi yang belum selesai... saya mahu menjulang Piala Malaysia.

"Kemungkinan besar saya akan bersara selepas ini dan saya ingin jadikan Piala Malaysia sebagai pelengkap kejayaan sepanjang karier sebagai pemain profesional," kata Jalaluddin semalam.

Jalaluddin, 38, berkata, peluang yang hadir kini perlu digunakan sebaik-baiknya walaupun menyedari mereka akan menempuh cabaran getir apabila berdepan juara bertahan, Kelantan di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Menurutnya, Pahang harus tampil dengan barisan terkuat kerana menyedari Kelantan pasti mahu mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia bagi musim kedua berturut-turut.

"Pahang telah menentang Kelantan empat kali musim ini dan keputusan memihak kepada mereka apabila kami tewas dua kali dan seri dua kali.

"Dua kekalahan itu termasuklah ketika kami tewas besar 0-4 pada perlawanan terakhir Kumpulan C (Piala Malaysia) di Kota Bharu sebelum ini.

"Namun, rekod pertemuan itu tidak boleh dijadikan ukuran kerana prestasi sesebuah pasukan akan meningkat secara mendadak apabila beraksi di pentas final.

"Kami juga harus mengambil kesempatan yang ada selepas Kelantan tidak dapat menurunkan 'kereta kebal' mereka, Obinna Nwaneri kerana digantung satu perlawanan," ujarnya.

Sebagai 'orang lama' dalam skuad Tok Gajah, Jalaluddin memberitahu, dia akan menggunakan segala pengalaman dimiliki untuk membantu Pahang muncul juara kali ini.

Justeru, Jalaluddin berharap rakan-rakan sepasukannya sentiasa berwaspada dengan kelibat tonggak Kelantan terutama kapten, Mohd. Badri Radzi, Norfarhan Mohamad, Indra Putra Mahyudin dan Dickson Nwakaeme.

"Kami akan turun dengan tahap disiplin dan semangat berpasukan tinggi agar sejarah Pahang muncul juara Piala Malaysia pada 1992 akan berulang," katanya.

Tekad pertahan status

Posted:

Tekad pertahan status

Tekad pertahan status

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


IMBAS... Badhri (kiri) bersama Nor Farhan Muhammad menjulang Piala Malaysia di Stadium Shah Alam musim lalu.


"SEMANGAT untuk menambah koleksi piala masih menebal dalam diri setiap pemain Kelantan."

Demikian tegas kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi yang mahu memastikan Piala Malaysia terus kekal berada dalam dakapan The Red Warriors.

Badhri berkata, jika meraih kejuaraan Piala Malaysia pada aksi final menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Ahad ini, ia mampu mengubati kekecewaan mereka selepas terlepas mempertahan gelaran trebel musim ini.

"Kami sedar semangat pemain-pemain Pahang begitu melonjak selepas kali terakhir mereka memenangi piala tersebut pada 1992 dan kali ini merupakan detik terbaik untuk mereka mengakhiri kemarau kejuaraan tersebut.

"Bagaimanapun, kami sudah bersedia untuk berdepan mereka. Reputasi selaku penyandang juara perlu dikekalkan.

"Saya tidak fikir Piala Malaysia akan ke Pahang dengan mudah. Kami mahu menjadi juara sekali lagi," kata Bahdri atau lebih dikenali sebagai Piya.

Sebelum itu, Piya sempat meluangkan masa menziarahi keluarga peminat cilik The Red Warriors, Tuan Sharlene Zamelya Tuan Zani, 9, yang meninggal dunia kelmarin selepas menderita sakit misteri sejak hampir dua minggu lalu di Kampung Sabak, Kota Bharu semalam.

Mengulas lanjut aksi final Ahad ini, Piya mula melancarkan perang psikologi terhadap Pahang apabila menganggap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai kekuatan lebih hebat berbanding skuad Tok Gajah itu.

"ATM sebuah pasukan yang hampir sempurna berbanding Pahang kerana mereka adalah sebuah pasukan yang baharu dibentuk.

"Kejayaan ke final mungkin memberi lonjakan semangat kepada mereka tetapi saya fikir kami lebih baik kerana mempunyai pengalaman yang luas.

"Bagaimanapun, kami tidak akan mengambil mudah cabaran Pahang. Setiap pasukan yang kami temui, saya anggap mereka lebih hebat. Itu menjadikan kami lebih bersemangat dan mahu membuktikan sesuatu," ujarnya.

Selepas menjadi 'arkitek' untuk ketiga-tiga gol Kelantan ketika menewaskan ATM 3-2 pada aksi final musim lalu, Piya berhasrat mahu mencetak nama selaku penjaring gol pada pertemuan menentang Pahang nanti.

Bukan bayangan skuad sebenar

Posted:

Bukan bayangan skuad sebenar

Bukan bayangan skuad sebenar

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (tengah) dalam persiapan membentuk barisan terbaik sebelum menghadapi Sukan SEA di Myanmar.


PELUANG mengasah taring sebelum misi mempertahan emas temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar.

Demikian jelas pengendali skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee menjelang kejohanan jemputan - Piala BIDC 2013 yang bakal membuka tirainya di Phnom Penh, Kemboja esok.

Kim Swee berkata, senarai pelatih yang dipanggil kali ini bukan skuad sebenar yang bakal membawa cabaran negara bagi memburu pingat emas kali ketiga berturut-turut di bumi Myanmar nanti.

Sebaliknya, jelas beliau, kejohanan jemputan selama 11 hari itu mampu menjadi kayu pengukur kekuatan anak-anak buahnya memandangkan ia turut disertai skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara-negara pencabar Sukan SEA kelak seperti Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar dan Thailand.

"Ia bukan bayangan awal skuad sebenar Harimau Muda ke temasya Sukan SEA kelak.

"Saya percaya kejohanan Piala BIDC 2013 mampu menguji kekuatan sebenar kami terutamanya dengan gandingan pemain yang jarang diturunkan dalam mana-mana kejohanan sebelum ini.

"Saya harap pemain dapat memberikan yang terbaik untuk sekurang-kurangnya mara ke pentas final, tambahan pula pencabar kami di Kemboja juga merupakan skuad B-23 masing-masing," katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad kendalian Kim Swee yang mula menjalani latihan pagi semalam bakal berlepas ke Kemboja esok sebelum menguji skuad B-23 Jordan di tempat lawan pada 12 dan 14 November depan.

Kim Swee juga optimis pelatih yang dipanggil kali ini mampu menggalas tanggungjawab yang sempurna sekali gus memberikan lebih banyak alternatif buat beliau mengenal pasti skuad sebenar ke Myanmar kelak.

"Pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor tidak turut serta bersama kami kali ini kerana terlibat dengan skuad kebangsaan (kempen kelayakan Piala Asia).

"Saya juga membuat keputusan tidak menyenaraikan Junior Eldstal kerana pemain itu belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan," jelas Kim Swee.

Daripada senarai 26 pelatih yang melapor diri semalam, lima daripadanya merupakan pemain 'luar' - Mohammad Nashir Basharuddin (Perak); S. Sivanesan (Negeri Sembilan); Mohd. Zubir Mohd. Azmi (Terengganu); Muhammad Safwan Hashim (Angkatan Tentera Malaysia) dan Ashri Chuchu dari Sarawak.

Dua pemain Harimau Muda B iaitu Wan Amirzafran Wan Nadris dan Muhammad Ridzuan Abduloh turut mendapat kepercayaan Kim Swee bersama gandingan peledak muda negara, Rozaimi Abd. Rahman dan A. Thamil Arasu.

Pada masa sama, tiga lagi tonggak muda negara iaitu Ahmad Hazwan Bakri, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zaharulnizam Zakaria yang sebelum ini diketepikan pada Pestabola Merdeka 2013 gara-gara kecederaan juga kembali tersenarai.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua warga Filipina ditahan dalam Ops ID JPN

Posted:

Dua warga Filipina ditahan dalam Ops ID JPN

Dua warga Filipina ditahan dalam Ops ID JPN

29/10/2013 8:37pm

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan dua warga Filipina kerana memiliki MyKad yang diubah suai, dalam Operasi Semak Kad Pengenalan (Ops ID) yang dijalankan hari ini.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said berkata, kedua-duanya dihadapkan ke mahkamah sejurus selepas ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

JPN sedang menyiasat bagaimana dua warga Filipina ini yang bekerja sebagai pengawal keselamatan memperoleh MyKad terbabit yang sebenarnya milik rakyat tempatan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Jariah bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes itu.

Mengenai Ops ID, Jariah berkata, operasi itu dijalankan bermula 8 pagi membabitkan kawasan Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Operasi serentak itu tertumpu di premis dan kawasan perumahan yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan, membabitkan 50 pegawai JPN yang memeriksa kira-kira 800 pengawal keselamatan di kawasan terbabit, katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, JPN akan memeriksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan di negara ini bagi mengesahkan identiti mereka. - Bernama

35 keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di perkampungan air

Posted:

35 keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di perkampungan air

35 keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di perkampungan air

29/10/2013 8:35pm

LAWAS - Sebanyak 35 keluarga di Kampung Awat-awat, Sundar, sebuah perkampungan air di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran hari ini.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Zaki Hussin berkata, kebakaran dilapor pada pukul 12.18 tengah hari dan pihaknya mengambil masa setengah jam untuk mengawal api daripada merebak.

Beliau berkata, kawasan kejadian terletak 35km dari bandar dan pihaknya terpaksa menggunakan bot bagi menyeberangi sungai untuk tiba di perkampungan atas air itu.

"Kebakaran merebak dengan cepat sebab angin kencang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zaki menambah, seramai 24 anggota bomba, lapan anggota bomba sukarela dan penduduk kampung memberi bantuan memadamkan kebakaran itu. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat, katanya. - Bernama

MotoGP: Hafizh Syahrin beraksi atas tiket wildcard di Valencia bulan depan

Posted:

MotoGP: Hafizh Syahrin beraksi atas tiket wildcard di Valencia bulan depan

MotoGP: Hafizh Syahrin beraksi atas tiket wildcard di Valencia bulan depan

29/10/2013 8:34pm

KUALA LUMPUR - Pelumba muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah dipilih untuk mengisi slot wildcard dalam kategori Moto2 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Valencia, Sepanyol dari 8 hingga 10 November ini.

Penyertaan dalam saingan itu adalah wildcard keempat bagi pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu, tahun ini.

Selaku pelumba wildcard, Hafizh Syahrin, 19, menampilkan prestasi terpuji dalam tiga perlumbaan sebelum ini, iaitu pada MotoGP Perancis di Litar LeMans, MotoGP Sepanyol di Litar Catalunya dan MotoGP Malaysia di Litar Sepang.

Sepanjang tiga penyertaan wildcard itu, beliau mencatat keputusan memberangsangkan dengan menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-22 di LeMans, Catalunya (18) dan Malaysia (16).

"Pada masa ini, saya hanya memberi tumpuan untuk merebut gelaran di Kejuaraan Sepanyol dan pada masa sama mahu mencatat keputusan terbaik di Valencia (MotoGP) minggu depan.

"Saya mahu mendapatkan keputusan wildcard terbaik pada tahun ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Petronas Motorsports hari ini.

Penampilan Hafizh Syahrin pada saingan MotoGP semusim penuh pada tahun depan menjadi perbualan hangat selepas mengukir kejayaan terutama pada perlumbaan CEV-Repsol di Sepanyol, tahun ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ribut kencang landa Britain

Posted:

Ribut kencang landa Britain

Ribut kencang landa Britain

SEORANG lelaki melihat sebuah kereta remuk dihempap pokok selepas ribut melanda daerah Hornsey, utara London di Britain semalam.


LONDON - Ribut kencang dan hujan melanda selatan England dan Wales awal semalam yang menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan, perjalanan kereta api terganggu manakala beberapa jalan dan jambatan utama ditutup menjelang waktu puncak.

Media tempatan menamakan ribut tersebut St. Jude dan membandingkan bencana itu dengan ribut pada tahun 1987 yang meragut 18 nyawa serta menumbangkan kira-kira 15 juta pokok di Britain.

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di sini memberitahu, sekitar 20 peratus penerbangan antara pukul 2 petang hingga 7 petang (waktu Malaysia) telah dibatalkan.

Para penumpang juga diminta memeriksa status terkini dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum melakukan perjalanan.

Agensi Lebuh Raya yang mengendalikan rangkaian jalan raya di England memberitahu, angin kencang memaksa Lintasan Dartford dan Lintasan Severn ditutup.

Kedua-dua lintasan tersebut menghubungkan laluan antara Wales Selatan dan England.

Perkhidmatan kereta api turut tergendala dengan pengendali pengangkutan tersebut, Network Rail berkata, perjalanan tren di sebahagian kawasan di England mengalami kelewatan.

Menurutnya, angin kencang diramal terus melanda kawasan timur England, Midlands Timur, Midlands Barat, Tenggara dan Barat Daya Britain dengan motosikal dan kenderaan tinggi berisiko terbalik ditiup angin kencang.

Angin paling kencang yang dicatat setakat ini melanda Kepulauan Wight di England pada kelajuan 160 kilometer sejam.

"Sebelum ini, sebahagian besar ribut yang melanda Britain berasal dari Lautan Atlantik dan beransur lemah apabila ia membadai negara ini," kata jurucakap Jabatan Meteorologi, Helen Chivers.

"Namun, ribut kali ini terbentuk di seluruh Britain dan berpotensi menyebabkan kerosakan besar dengan fenomena seperti ini jarang berlaku," tambahnya. - Reuters

NSA didakwa intip 60 juta panggilan telefon

Posted:

NSA didakwa intip 60 juta panggilan telefon

NSA didakwa intip 60 juta panggilan telefon


GAMBAR fail pemandangan dari udara pada 31 Mei 2006 menunjukkan bangunan NSA yang terletak di Fort Meade, Maryland.


MADRID - Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) didakwa telah mengintip sebanyak 60 juta panggilan telefon dari Sepanyol dalam tempoh sebulan, lapor sebuah akhbar tempatan semalam.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan dokumen yang diperoleh daripada bekas kontraktor NSA, Edward Snowden.

Kerajaan Sepanyol setakat ini menyatakan, ia tidak menyedari rakyatnya diintip oleh NSA.

Agensi keselamatan Amerika Syarikat (AS) itu sebelum ini dituduh mengakses puluhan ribu rekod perbualan telefon di Perancis selain mengintip perbualan telefon Canselor Jerman, Angela Merkel.

Sepanyol pada Jumaat lalu menolak gesaan Jerman supaya 28 anggota Kesatuan Eropah (EU) mengadakan perjanjian "sifar pengintipan" seperti yang dituntut oleh Berlin dan Paris.

Namun, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy memberitahu, negara itu mahukan lebih banyak maklumat berhubung dakwaan tersebut.

Akhbar El Mundo semalam menerbitkan semula imej dokumen NSA yang didakwa menunjukkan agensi berkenaan mengintip 60.5 juta panggilan telefon di Sepanyol antara 10 Disember 2012 hingga 8 Januari tahun ini.

Menurut El Mundo, pengintipan tersebut melibatkan NSA merekodkan tempoh dan tempat sesuatu panggilan dibuat dan bukan mencuri dengar perbualan telefon.

Setiasuaha EU dari Sepanyol dan Duta AS ke negara berkenaan dijadual bertemu semalam selepas Rajoy berkata, beliau akan mendapatkan maklumat lebih terperinci daripada duta berkenaan.

"Kami akan membuat keputusan selepas mendapat maklumat terperinci sama ada akan menyertai tindakan Perancis dan Jerman atau sebaliknya," kata Rajoy pada satu sidang akhbar di Brussels Jumaat lalu. - Reuters

Britney Spears mesra dengan bekas suami

Posted:

Britney Spears mesra dengan bekas suami

Britney Spears mesra dengan bekas suami


Britney Spears dan Kevin Federline dilihat bersama ketika menyaksikan anak lelaki mereka bermain bola sepak.


LOS ANGELES - Penyanyi yang popular dengan lagu Ops I Did It Again, Britney Spears dilihat keluar bersama bekas suaminya, Kevin Federline, lapor akhbar hiburan dalam talian, eonline kelmarin.

Bekas pasangan suami isteri itu membawa anak lelaki mereka, Jayden James bermain bola sepak di kawasan Woodland Hills di sini.

Abang Jayden, Sean Preston turut hadir untuk memberi semangat kepada adiknya itu.

Spears dan Federline dilihat mesra semasa menonton anak mereka bermain bola sepak.

Penyanyi lagu Work Bitch itu memakai baju berwarna merah yang dipadankan dengan seluar jean, but dan cermin mata sebagai aksesori.

Bekas suaminya pula menyarung baju-T berwarna putih bersama seluar pendek biru, kasut putih dan topi besbol.

Pasangan tersebut berkahwin pada 18 September 2004 dan bercerai November 2006. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Mawar terima lamaran Fizo

Posted:

Mawar terima lamaran Fizo

Mawar terima lamaran Fizo

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my

TERGAMAM dan terkejut. Itu reaksi Mawar Abdul Karim apabila pandangannya tiba-tiba dipenuhi dengan cahaya lensa jurugambar yang memenuhi ruang pawagam secara tiba-tiba.

Mawar sebenarnya dijemput khas oleh aktor kacak, Fizo Omar untuk hadir ke pawagam Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam.

Namun, tanpa disangka Mawar, itu hanya helah kejutan Fizo buat dirinya.

Ini kerana bagaikan adegan drama, Fizo melangkah masuk bertemu Mawar yang masih terpinga-pinga dengan kejutan yang dilakukan dengan membawa sejambak bunga.

"Sudikah you menjadi pasangan sehidup semati I?", begitulah ayat pertama yang terpacul daripada mulut Fizo tatkala melamar kekasihnya yang merupakan anak kepada pengusaha tudung Fareeda itu.

Jelas kelihatan gadis berusia 24 tahun itu tersipu malu ingin menjawab soalan bakal suaminya di hadapan kaum keluarga dan pihak media yang hadir pada majlis tersebut.

"Fizo beritahu, hari ini sepatutnya ada pelancaran untuk promosi kariernya, namun pada minit terakhir ia dibatalkan dan dianjak ke sebelah petang. Oleh kerana itu, dia mengajak saya menonton wayang sementara menunggu majlis tersebut.

"Pada mulanya memang saya akui tidak perasan apa-apa kelainan. Namun, setelah melihat Fizo muncul dalam tayangan tersebut, saya menjadi pelik.

"Saya terkejut sebenarnya dan tidak sangka Fizo akan lakukan kejutan begini. Saya juga sangat gementar ketika diajukan soalan (lamaran) oleh Fizo," jelas Mawar tentang perasaannya selepas dilamar Fizo.

Bagi Fizo pula, selain ingin mengabadikan kenangan indah bersama bakal isterinya itu, dia juga ingin berkongsi momen istimewa tersebut bersama peminatnya.

"Saya sukakan kelainan. Saya memilih untuk melakukan dalam pawagam kerana ia sebenarnya sangat signifikan dengan diri saya yang menjadi seorang anak seni.


MAWAR langsung tidak menyangka Fizo melakukan kejutan buat dirinya.


"Mengenai video tersebut pula, setiap babak punya kisah tersendiri yang mengisahkan tentang saya dan Mawar.

"Diambil sebagai contoh, Hot Burger iaitu bisnes saya kini serta bagi Mawar pula tudung Fareeda.

Ada juga berbentuk iklan yang saya masukkan seperti Line, Drive M7, Celcom, Ducati yang mana saya merupakan duta kepada produk-produk tersebut," tuturnya yang turut memberitahu bahawa video tersebut akan dimuat naik dalam laman YouTube kelak.

Restu keluarga

Memandangkan Fizo dan Mawar sangat rapat dengan keluarga mereka, maka segala keputusan yang dibuat juga di atas persetujuan keluarga kedua-dua pihak.

Usai majlis merisik yang berlangsung pada 26 Ogos lepas, Fizo dan Mawar bersetuju untuk bertunang sehari sebelum majlis pernikahan mereka.

"Jika ikutkan kami berdua tidak mahu bertunang dan terus berkahwin sahaja.

"Namun, mengikut nasihat dan adat kedua keluarga, kami ambil keputusan untuk bertunang juga. Insya-Allah jika semuanya berjalan dengan lancar, kami akan bertunang pada 9 November dan akan melangsungkan pernikahan pada keesokan harinya iaitu 10 November.

"Kedua-dua majlis tersebut akan diadakan di kediaman Mawar sendiri yang bertempat di Country Heights, Kajang, Selangor.

"Sebelum itu juga, akan diadakan majlis khatam al-Quran dan majlis berinai di tempat yang sama," jelas Fizo yang masih belum merancang tentang majlis resepsi mereka.

Ujarnya lagi, tentang perancangan kasar majlis resepsi kelak, ia akan dilakukan dalam masa terdekat dan paling lewat berkemungkinan pada bulan Januari, 2014.

Berbicara mengenai lokasi pula, majlis tersebut bakal diadakan di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang serta Kelantan.

"Setakat ini kami tidak mempunyai sebarang tema untuk majlis tunang dan nikah. Hanya sederhana dan biasa sahaja, kerana itu kami memilih untuk mengadakan majlis tersebut di rumah dengan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak saudara.

DALAM hati Fizo kini dimiliki Mawar.


"Namun, Insya-Allah, mungkin ketika majlis resepsi kelak kami akan jemput lebih ramai orang," tuturnya mengenai tema dan persiapan majlis.

Gurauan jadi kenyataan

Ditebak persoalan tentang awal perkenalan mereka, ujar Fizo, kisah cinta mereka bermula pada tahun lepas setelah jejaka dari Kelantan itu hadir ke pelancaran butik Fareeda di Bangi, Selangor.

Bicaranya lagi, setelah membeli beberapa helai tudung buat ibunya, Fizo sempat bergurau dengan mengatakan, selepas ini dia ingin membawa pulang model tudung Fareeda pula.

"Namun, setelah itu kami tidak berhubung selama setahun dan awal tahun bulan Mac atau April 2013 kami bertemu semula atas urusan kerja.

"Dari situ, kami mula rapat dan berkawan. Bagaimanapun, jujur saya akui, agak sukar untuk mendekati Mawar kerana sikapnya yang sangat tegas," tutur Fizo yang mula rapat sejak enam bulan yang lalu.

Cerita gadis kelahiran Pulau Pinang itu pula, Fizo menjadi pilihan hatinya kerana pada mata gadis itu, Fizo merupakan seorang jejaka yang mementingkan keluarga.

Tambahnya, selain itu komitmen terhadap karier serta kesungguhan Fizo melembutkan hatinya membuatkan Mawar akhirnya akur dengan lelaki yang juga mendapat restu dan pilihan keluarganya itu.

Tuah buat Junaidah

Posted:

Tuah <i>Odah</i> buat Junaidah

Tuah Odah buat Junaidah

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

ODAH mengisahkan tentang seorang gadis berambut panjang yang ingin memotong pendek rambutnya itu.


PENGARAH filem pendek berjudul Odah, Junaidah M. Nor tidak menyangka karya sulungnya telah membawanya sehingga ke Festival Filem Antarabangsa Busan ke-18 di Korea Selatan baru-baru ini.

Junaidah yang mesra disapa sebagai Jun sebelum ini bekerja di belakang tabir bersama produksi milik Hans Isaac dan beberapa buah produksi lain sebagai penulis skrip selama lima tahun.

Menurut Jun, sebelum ini dia langsung tidak terfikir untuk menghasilkan karyanya sendiri kerana selesa bekerja untuk orang lain.

Namun, pelawaan untuk bersama projek Ikal Mayang yang dikendalikan oleh Garang Pictures milik Low Ngai Yuen telah mengubah haluannya.

"Waktu tawaran itu datang, saya memaksa diri untuk terima kerana inginkan perubahan dalam hidup. Tidak sangka pula karya pertama saya dapat diterima dengan baik walaupun filem pendek saya hanya berkisar tentang gadis yang ingin memotong rambut pendek," katanya.

Berdiri sebaris dengan 14 pengarah lain dalam projek Ikal Mayang seperti aktres Vanidah Imran, Datin Sofea Jane, Elaine Daly, Sharifah Amani dan Dira Abu Zahar membuatkan Jun merasakan dirinya terlalu kerdil.

"Kebanyakan pengarah lain dalam projek Ikal Mayang rata-ratanya nama popular dan memiliki nama yang cukup besar berbanding saya yang langsung tidak dikenali.

"Mula-mula saya takut juga, tetapi melihat hasilnya dan penerimaan penonton yang mampu tertawa dan faham mesej yang ingin disampaikan saya puas hati," katanya.

Wanita yang berusia 30 tahun itu juga mengakui berasa tertekan apabila ramai meletakkan harapan yang tinggi kepadanya semata-mata dia merupakan anak kepada kartunis tersohor negara Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat.

JUNAIDAH mengakui tertekan apabila diletakkan harapan yang tinggi semata-mata kerana dirinya merupakan anak kepada Datuk Lat.


"Karya bapa saya dikenali ramai dan sejak zaman belajar lagi sebab ayah saya orang terkenal, harapan yang diberikan orang kepada saya sangat tinggi.

"Sejujurnya, saya langsung tidak mempunyai bakat melukis sepertinya, tetapi mungkin saya mengambil bakat menulis daripadanya," kata anak sulung daripada empat adik-beradik itu.

Tegas Jun, dia juga enggan menumpang nama bapa atau bapa saudaranya pengarah terkenal Mamat Khalid untuk berjalan mudah dalam industri seni tempatan.

"Jika orang tidak tanya, saya tidak akan beritahu. Saya selesa begitu. Kalau boleh biarlah orang kenali dan terima karya saya kerana saya sendiri bukannya pengaruh orang lain," balasnya.

Bercakap tentang filem pendek Odah, beritahu Jun, sedikit sebanyak jalan ceritanya saling berkait dengan dirinya selain pemerhatiannya terhadap persekitaran sekeliling.

"Dalam filem saya, subjeknya cukup ringkas tentang gadis kampung yang ingin memotong rambut pendek, tetapi ditentang oleh ibunya kerana bimbang pandangan orang sekeliling.

"Subjek ringkas, bagaimanapun saya selitkan elemen komedi supaya orang tidak bosan menonton di samping menerima mesej yang ingin saya sampaikan. Sebenarnya ibu saya sendiri juga pernah marah jika saya berambut pendek," katanya yang memberitahu bapanya menyukai filem Odah arahannya.

Selepas filem pendek Odah mendapat sambutan ramai dan terserlah bakat pengarahannya, Jun mengakui dia telah ditawarkan untuk mengarah sebuah filem komersial.

"Apa yang boleh saya katakan tawaran itu datang daripada sebuah produksi yang agak besar dan genre filem itu komedi ringan.

"Selebihnya saya sendiri tidak tahu kerana skrip filem itu masih belum siap sepenuhnya. Judulnya juga belum ada. Nantikan dan harap memberi sokongan kepada saya," tuturnya penuh ramah.

Filem pendek Odah karya Jun, boleh ditonton di Astro First menerusi projek Ikal Mayang yang akan ditayangkan bermula 7 November depan.

Akshay Kumar diugut mafia

Posted:

Akshay Kumar diugut mafia

Akshay Kumar diugut mafia


AKSHAY berlakon sebagai mafia dalam filem pecah panggung, Once Upon A Time In Mumbai.


DUNIA mafia sememangnya wujud di Bollywood sejak sekian lama. Sebelum ini terdapat banyak bukti klip video yang dimuat naik di internet yang menunjukkan bintang-bintang terkenal Bollywood berparti bersama golongan mafia tersebut.

Para bintang tersebut juga dikatakan sering menerima panggilan daripada mafia tersebut dari semasa ke semasa. Mangsa terbaharu ialah aktor tersohor, Akshay Kumar.

Akshay dilaporkan baru-baru ini telah menerima ugutan daripada golongan tersebut sehingga menyebabkan dia diberi perlindungan oleh pihak polis.

Ujar sumber kepada IANS: "Pihak polis di Mumbai telah menerima laporan daripada Akshay Kumar pada 22 Oktober lalu tentang dirinya yang telah menerima ugutan daripada golongan mafia tersebut.

"Filem lakonan Akshay yang menampilkan isu golongan mafia di India, Once Upon A Time In Mumbai meraih kutipan pecah panggung ada kemungkinan mafia tersebut mahukan keuntungan yang diraih Askhay daripada filem tersebut.

"Akshay telah diugut akan ditembak jika dia tidak mengikut arahan mereka. Pihak polis kini menjalankan siasatan bagi mencari suspek."

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved