Ahad, 27 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Lonjakan baharu industri tenusu

Posted:

Lonjakan baharu industri tenusu

Lonjakan baharu industri tenusu

PETER HOEKS, 58 dari selatan Belanda menggambarkan persekitaran ladang ternakan lembu di negaranya bukan sahaja luas menghijau, malah lembu-lembu dilatih mengikut sistem standard untuk sesi memerah susu. Ia jauh berbeza dengan kaedah ternakan di Malaysia yang kekurangan kawasan hijau dan banyak menggunakan sistem menyusu manual, di samping kaedah penternakan tradisional.

Menurutnya, cara penternakan yang begitu sistematik dan inovatif antara sebab lembu-lembu di negara seperti Belanda mempunyai kapasiti tinggi penghasilan susu, diikuti kualiti susu yang ja juga memainkan peranan terhadap kualiti dan kuantiti susu lembu. Kami harap dapat menyalurkan sebanyak mungkin maklumat dan saling berkongsi pengalaman bersama penternak lembu di negara ini demi kebaikan bersama," ujarnya.

Hoeks bersama dua rakannya, Andre Bakker dan Minne Holtrop ditemui selepas berkongsi ilmu mengenai penternakan lembu bersama penternak tempatan susulan penganjuran program Farmer2Farmer (F2F) oleh syarikat tenusu terkemuka, Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady Malaysia) di Melaka baru-baru ini.

Program itu merupakan salah satu usaha memperkaya dan menggandakan penghasilan susu tempatan, di samping meningkatkan jaringan rangkaian dalam sektor tersebut.

"Dalam industri penternakan, semua orang berkongsi prinsip yang sama, cuma sistem yang diamalkan sahaja berbeza. Selain itu, faktor seperti cuaca kering dan lembap, penternakan yang mengehadkan tempoh lembu-lembu meragut rumput dan kekurangan pendedahan tentang industri penternakan menyebabkan penternak berhadapan dengan masalah meningkatkan produktiviti susu.

"Biarpun faktor semula jadi tidak boleh diperbetulkan, kami cuba untuk membantu dari segi pendidikan dan perkongsian pengalaman," kata Bakker pula.

Tambahnya, mereka bernasib baik dengan keadaan cuaca di Belanda dingin. Bukan itu sahaja, sistem penternakan di sana juga berbeza kerana lembu-lembu tidak ditempatkan dalam kandang seperti di Malaysia. Sebaliknya, haiwan ternakan itu dilepas bebas di lapangan kecuali sewaktu memerah susu, yang mana ia telah dilatih untuk kembali ke stesen pemerahan mengikut waktu yang ditetapkan.


PENGGUNAAN mesin pemerah inovatif dapat memudahkan pengumpulan susu.


Manfaat program

Menurut Holtrop, di Belanda terdapat pusat pendidikan atau kolej pertanian yang banyak berkongsi ilmu dan melatih para penternak mengenai teknologi dan kaedah terbaharu penternakan lembu.

"Walaupun masa bersama penternak tempatan sangat terhad, kami cuba memanfaatkan masa yang diberikan dan berkongsi pengetahuan tentang cara terbaik menguruskan ladang, tatacara pengendalian susu dan haiwan yang baik, program nutrisi dan amalan penjagaan serta kawalan penyakit," ujarnya.

Program F2F, yang dijalankan di bawah Program Pembangunan Tenusu (DDP) oleh Dutch Lady Malaysia, diadakan di Perak dan Melaka dengan melibatkan 60 orang penternak termasuk ahli Koperasi Serbaguna Tenusu Melaka (KST) dan Koperasi Penternak Tenusu Negeri Perak (KOPTEN).

Pada majlis perasmian yang diadakan di Ladang Tenusu KST Semujuk di Melaka, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Rahul Colaco berkata, objektif utama penganjuran DDP adalah untuk meningkatkan kesedaran penternak dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti susu serta tahap piawaian menyeluruh industri.

"Kami merasakan pengalaman bersama tiga penternak berprofil tinggi dari Belanda ini akan memberi bimbingan yang amat berguna kepada para penternak tempatan. Penganjuran sesi latihan dan program perkongsian maklumat ini juga seiring dengan sambutan ulang tahun ke-50 Dutch Lady Malaysia," katanya.

Beliau turut memberitahu Malaysia merupakan negara kedua yang mengadakan program tersebut selepas FrieslandCampina di Thailand.

Selain sesi bimbingan interaktif yang diadakan, para penternak tempatan turut menerima poster tentang penyakit lembu. Poster yang amat berguna, mudah dibaca dan difahami itu mampu membantu pengusaha mahupun pekerja di ladang untuk mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit dan mengambil tindakan sewajarnya sebelum ia merebak pada lembu-lembu lain.

Sebahagian daripada penganjuran DDP dibiayai oleh Dutch Lady Malaysia, selain penerimaan subsidi oleh syarikat induknya, Royal FrieslandCampina.


PEGAWAI makmal di pusat pengumpulan susu melakukan 12 jenis ujian sebelum susu diproses.


Daripada 700 penternak yang mendaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), kira-kira 200 orang mendapat manfaat program DDP. Ia turut merangkumi Pahang, Selangor dan Johor.

Menurut Colaco, penternak di Malaysia semakin sedar tentang kesan positif perkongsian maklumat dan kemahiran pengurusan yang menjurus terhadap penjagaan ladang.

Ia sekali gus berupaya meningkatkan taraf kehidupan penternak itu sendiri pada masa hadapan.

Kongsinya, pada peringkat usaha sama dengan JPV untuk menjalankan DDP pada tahun 2008, sasaran utama mereka adalah untuk membantu penternak tempatan meningkatkan piawaian penternakan masing-masing.

Sumbangan negara

Selepas beberapa tahun, objektif program itu terus meluas ekoran usaha untuk memperkukuhkan industri tenusu negara.

"Kami percaya, melalui DDP, kita akan berupaya memberikan motivasi kepada penternak-penternak di Malaysia untuk menyasarkan penghasilan susu yang lebih berkualiti, di samping mempertingkatkan tahap pengeluaran," ujarnya.

Ketika ditanya tentang proses pemilihan penternak dalam menyertai program tersebut, Colaco berkata, ia terbuka kepada semua penternak dan pihaknya bersama JPV seterusnya memilih pengusaha yang menunjukkan komitmen dan mempunyai rekod yang baik. Peserta terpilih juga merupakan penternak yang membekalkan susu kepada Dutch Lady Malaysia.

Ketua Seksyen Tenusu JPV, Dr. Kamaliah Ghazali berkata, buat masa kini, industri tenusu Malaysia dipercayai menyumbang sejumlah lima peratus kepada keperluan negara. Menjelang tahun 2020, angka itu dijangka meningkat kepada 6.3 peratus.


ABRIZAL sedang menghantar 180 liter susu untuk diuji di Pusat Koleksi Susu.


Ujarnya, pada tahun 2012, pendapatan industri tenusu adalah kira-kira RM140 juta dan dijangka naik kepada RM145 juta pada tahun ini.

"Industri tenusu di negara ini telah bertapak semenjak 40 tahun yang lalu, kebanyakan dimiliki oleh keluarga dan berkemungkinan dijalankan oleh generasi kedua, ketiga dan keempat dengan bantuan pekerja upahan.

"Untuk membantu meningkatkan kecekapan dan amalan pengurusan, JPV bekerjasama dengan para penternak bagi membantu meningkatkan produktiviti dan memperbaiki penghasilan susu untuk pendapatan yang lebih baik," jelas Kamaliah.

JPV mempunyai 104 pegawai teknikal yang sentiasa berhubung dengan penternakdan berkongsi maklumat dan sokongan melalui kekerapan lawatan dan penganjuran bengkel-bengkel latihan bagi menaikkan standard pengurusan ladang dan nutrisi haiwan.

Ujar Kamaliah, baka-baka lembu di ladang-ladang di Malaysia adalah dari baka India tempatan (LID) hingga Friesian-Sahiwal, Friesian Cross dan Jersey Cross, yang diimport dari Thailand dan Australia.

Bandar kuno Bagan diancam pembangunan

Posted:

Bandar kuno Bagan diancam pembangunan

Bandar kuno Bagan diancam pembangunan

PELANCONG berbasikal menikmati keindahan panorama di kawasan Bagan pada awal pagi.


SELAMA berabad-abad, puncak pagoda-pagoda di Bagan, Myanmar mampu bertahan dan terselamat daripada peperangan, gempa bumi dan simbahan cahaya matahari panas tropika.

Kawasan keagamaan tersebut mempunyai kuil-kuil yang ada antaranya berusia hampir 1,000 tahun dan menjadi tarikan utama pelancong asing ke negara itu.

Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, ibu negara kuno Myanmar itu berdepan ancaman seperti simen dan besi-besi perancah. Ia akibat kerja-kerja pengubahsuaian yang kurang terancang seperti pembinaan kuil baharu di atas tapak struktur yang runtuh.

"Beberapa ratus monumen siap dibina semula. Ia jelas memusnahkan landskap asal yang bersejarah," kata bekas konsultan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan arkitek, Pierre Pichard kepada AFP.

Pichard mula membantu kerja-kerja pemuliharaan kuil-kuil di situ selepas satu kejadian gempa bumi melanda wilayah tengah Myanmar pada tahun 1975.

Bagaimanapun, dia dipaksa meninggalkan negara itu pada awal tahun 1990-an apabila pemerintah Myanmar melaksanakan polisi tertutup daripada dunia luar.

Selepas meminta bantuan derma daripada badan-badan agama Buddha, pemerintah junta mula membina semula kuil-kuil tetapi kebanyakannya hanya struktur timbunan batu-bata.

Bahan binaan

Kira-kira 2,000 buah kuil telah dibaik pulih setakat ini, kebanyakannya dibuat secara tergesa-gesa menggunakan batu-bata berwarna oren terang selain bahan-bahan binaan moden lain.

Sejumlah besar pokok juga ditanam merentasi kawasan luas antara pagoda-pagoda dan kuil-kuil.

"Salah satu ciri penting Bagan pada masa lalu ialah kita dapat melihat beratus-ratus monumen di tengah-tengah kawasan lapang. Namun, pada hari ini, ia sukar dilihat," kata Pichard.

Kini, kerja-kerja membina bangunan baharu telah dihentikan tetapi kerja-kerja pengubahsuaian struktur masih dijalankan. Para arkeologi dibenarkan masuk ke negara itu semula untuk memantau kerja-kerja berkenaan.


KUIL baharu yang dibina menggunakan batu-bata berwarna oren.


Salah seorang jurutera yang ditugaskan di kawasan tersebut berkata, banyak kerja restorasi dibuat pantas dengan menggunakan bahan-bahan murah bagi memaksimum keuntungan firma-firma pembinaan tempatan.

Jurutera itu merupakan salah seorang pakar yang bekerja di situ selepas gempa bumi tahun 1975 tetapi berhenti apabila pakar asing diarah meninggalkan Myanmar.

"Kebanyakan pembinaan bangunan baharu di kawasan tengah mempunyai tahap kualiti yang rendah sehingga tiada orang berminat untuk melawatnya.

"Kami menunggu gempa bumi seterusnya dengan harapan bangunan baharu itu runtuh," kata seorang lelaki yang tidak mahu dikenali.

Lebih berabad lamanya, binaan-binaan lama menjadi semakin uzur akibat kesan iklim tropika, gempa bumi dan ditoreh pelawat yang suka menyentuh.

"Pagoda-pagoda ini dibina lama dahulu dan air hujan yang memasuki celah-celah batu-batuan telah merosakkannya, jadi kami menutup lubang-lubang yang ada," kata U Kyain yang memantau kerja-kerja pemuliharaan bumbung Pagoda Dhamayazika.

Pada zaman kegemilangan Bagan, ia pernah menjadi salah satu pusat pembelajaran terpenting di Asia, jika tidak pada peringkat dunia.

Raja-raja dan para pemerintah Burma ketika itu membina lebih 3,000 buah kuil yang ada di antaranya masih lagi berdiri kukuh sehingga kini.

Struktur bangunan banyak dibina daripada batu-bata. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dedaun emas diletakkan di beberapa buah bumbung binaan.

Pagoda Dhammayazika dibina pada tahun 1197 oleh Raja Narapatisithu selepas menerima empat buah relik suci daripada Raja Sri Lanka.

Binaan itu merupakan bangunan yang paling mengagumkan di seluruh Bagan dan terselamat daripada sebarang kerosakan besar ketika gempa bumi yang berlaku pada tahun 1975.

Sejak ditakdirkan bekerja di Bagan pada bulan Julai lalu, U Kyain telah banyak membantu membina semula kuil-kuil di situ.

Kuil-kuil tersebut masih lagi digunakan oleh para jemaah yang datang untuk bersembahyang. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Panglima Tentera Darat melawat Markas 2 Divisyen Infantri

Posted:

Panglima Tentera Darat melawat Markas 2 Divisyen Infantri

Panglima Tentera Darat melawat Markas 2 Divisyen Infantri

RAJA MOHAMED AFFANDI (kanan) beramah mesra dengan anggota tentera ketika melawat Markas 2 Divisyen Infantri Tentera Darat, Kem Tun Razak, Pulau Pinang baru-baru ini.


LAWATAN. Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mengadakan kunjungan ke Markas 2 Divisyen Infantri Tentera Darat di Kem Tun Razak, Pulau Pinang baru-baru ini.

Lawatan itu merupakan kunjungan pertama beliau ke markas tersebut setelah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada Jun lepas.

Pada lawatan itu, beliau telah meluangkan masa beramah mesra bersama 250 pegawai dan anggota pasukan tersebut.

Ketika berucap, Raja Mohamed Affandi mengingatkan setiap anggota supaya mengekalkan semangat berpasukan dan memperbaiki kekurangan diri selain menjaga nama baik organisasi 2 Divisyen Infantri.

"Saya tidak akan dapat laksanakan tugas sebagai Panglima Tentera Darat tanpa ada hubungan yang kukuh dalam organisasi termasuk peranan warga 2 Divisyen Infantri," kata beliau.

Turut hadir Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shukuri Ahmad.

Syabas agih air percuma kepada empat keluarga miskin

Posted:

Syabas agih air percuma kepada empat keluarga miskin

Syabas agih air percuma kepada empat keluarga miskin


EDDY MOHAMAD (kiri) menyampaikan bantuan bekalan air menerusi Tabung Budi Syabas kepada wakil keluarga miskin, Suciela Ramasamy (dua kiri) sambil diperhatikan oleh Hasimah (tiga dari kanan) di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.


BANTU. Sebanyak empat keluarga miskin di negeri Selangor bukan sahaja tidak perlu membayar bil air yang tertunggak, malah diberi pula bantuan bekalan air percuma selama enam bulan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) baru-baru ini.

Sumbanan itu disampaikan oleh Penolong Pengurus Unit Kawalan Kredit Syabas, Wilayah Petaling, Eddy Mohamad Bajuri.

Menurut Pengurus Seksyen Tabung Budi Syabas, Hasimah Md. Din, empat keluarga tersebut menerima bantuan di bawah Tabung Budi Syabas yang digerakkan dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Program bantuan itu diperkenalkan untuk meringankan beban keluarga miskin yang menghadapi masalah untuk membayar bil air yang tertunggak," katanya.

Sejak dilancarkan pada Ogos 2010, tabung itu telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM410,248 untuk membantu keluarga miskin di negeri itu.

RISDA sumbang pokok getah

Posted:

RISDA sumbang pokok getah

RISDA sumbang pokok getah


ZAKARIA menanam pokok getah sempena majlis penyampaian bantuan anak pokok getah kepada penduduk di Kampung Tok Lawit, Kuala Berang, Terengganu baru-baru ini.


TANAM GETAH. Sebanyak 80 keluarga di Kampung Tok Lawit, Kuala Berang, Terengganu menerima bantuan anak pokok getah untuk ditanam di kawasan rumah bagi memudahkan urusan penjagaan dan kutipan hasil baru-baru ini.

Bantuan sebanyak 100 anak pokok bagi setiap keluarga itu disumbangkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Menurut Pengarah RISDA Terengganu, Zakaria Mat Zin, maklum balas yang diterima daripada pekebun sangat memberangsangkan apabila mereka gembira dengan bantuan kerajaan tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Rugi RM4.8 juta ditipu buat umrah

Posted:

Rugi RM4.8 juta ditipu buat umrah

Rugi RM4.8 juta ditipu buat umrah

SEKUMPULAN bakal jemaah umrah yang gagal menunaikan ibadah itu berkumpul di luar pejabat agensi pelancongan yang menguruskan pakej umrah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sebuah agensi pelancongan didakwa menipu kira-kira 1,200 bakal jemaah umrah dari seluruh negara melibatkan kerugian RM4.8 juta selepas penerbangan ditunda beberapa kali dan gagal menuntut kembali wang mereka.

Difahamkan, agensi pelancongan yang beribu pejabat di sini itu, gagal menguruskan penerbangan jemaah umrah yang dijadualkan pada Jun tahun ini walaupun bayaran penuh RM3,999 seorang dibuat sejak 2012.

Seorang daripada perunding kumpulan jemaah yang dilantik agensi itu, Qurratul 'Ain Hasman, 25, berkata, dia bersama-sama 54 jemaahnya hanya menyedari ditipu selepas jemaah yang dijadual berlepas pada Jun tahun ini terkandas atas alasan masalah dana dan visa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Presma jamin tiada kenaikan harga makanan, minuman

Posted:

Presma jamin tiada kenaikan harga makanan, minuman

Presma jamin tiada kenaikan harga makanan, minuman

Oleh ZAINI SAMSU HADI
dan LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memberi jaminan tidak akan menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual di seluruh rangkaian restoran milik ahlinya berikutan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram.

Presidennya, Noorul Hassan Saul Hameed berkata, harga makanan dan minuman masih belum terjejas dan pada masa ini, Presma menggunakan pendekatan 'tunggu dan lihat' terhadap kemungkinan berlaku kenaikan harga barang mentah.

"Buat masa ini, belum ada lagi kenaikan harga terhadap penjualan barangan mentah di pasaran.

"Bagaimanapun, jika perkara tersebut berlaku, kita akan meminta supaya ahli yang merupakan pengusaha restoran tidak menaikkan harga sebaliknya menanggung kos tersebut bagi mengelak pengguna terbeban," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Balasan ugut bunuh ibu

Posted:

Balasan ugut bunuh ibu

Balasan ugut bunuh ibu

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang tergamak membuat ugutan bunuh terhadap ibunya sendiri dengan menggunakan sebilah parang dihukum penjara enam bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan tersebut semalam.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh yang mempunyai dua orang isteri, Mohd. Al-Fattah Mat (gambar kecil), 29, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Nik Habri turut menetapkan, jika Mohd. Al-Fattah gagal membayar denda berkenaan, penganggur itu boleh dihukum penjara tambahan enam bulan lagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Cinta Rimau hasil ilham hidup Haliza

Posted:

Cinta Rimau hasil ilham hidup Haliza

Cinta Rimau hasil ilham hidup Haliza

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

HALIZA cuba membawa pembaca menyelami jiwa anak luar nikah melalui novel pertamanya yang berjudul Cinta Rimau.


SELEPAS menyepikan diri selama tiga tahun, kini Haliza Misbun yang pernah popular menerusi drama televisyen Cinderella, muncul kembali sebagai seorang novelis.

Anak didik Datuk Rahim Razali ini tidak pernah berpuas hati dengan longgokan anugerah yang dimenangi. Baru-baru ini dia telah melancarkan novel pertamanya berjudul Cinta Rimau di bawah terbitan Merpati Jingga.

Menurut Haliza, novel tersebut dihasilkan semasa dalam tempoh kekecewaannya selepas kegagalan filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami.

"Saya membawa diri selama tiga tahun selepas filem tersebut kurang mendapat sambutan dan menggunakan tempoh itu untuk mencari apa yang saya mahukan dalam kehidupan ini.

"Pada ketika itulah saya terus mendapat ilham untuk menulis agar dapat dikongsi bersama khalayak," katanya pada majlis pelancaran buku Cinta Rimau di Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, melalui Cinta Rimau, dia ingin berkongsikan kejadian yang sememang berlaku pada hari ini seperti isu anak luar nikah yang jarang diperdengar kerana takut dipandang serong dan disisih masyarakat.

"Isu masalah anak tidak sah status ini hanya kita dengar di dalam rumah dan tidak dibawa keluar kerana takut dipandang hina.

"Tetapi jika tiada siapa yang berani mendedahkannya, masyarakat tidak tahu betapa sukarnya kehidupan sebagai seorang anak luar nikah," ujarnya.

Haliza menambah, apa yang saya cuba gambarkan ketika menulis novel ini ialah mereka mungkin terjerat dengan hubungan cinta tanpa menduga pasangan itu sendiri mempunyai hubungan biologi dengannya.

Judul Cinta Rimau dikatakan membawa dua maksud berbeza dan bergantung kepada tahap pemikiran pembaca untuk meletakkan makna di sebalik buku tersebut.

Bagaimanapun, menurut Haliza, orang ramai juga boleh menganggap judul Cinta Rimau telah diilhamkan daripada keintiman hubungan seorang wanita dan lelaki yang sedang hangat bercinta.

Keterbukaan

Novel itu juga turut menjanjikan keterbukaan pemikiran pembaca apabila isu-isu berkaitan moral dan agama telah dikupas dan dinilai daripada sudut pandangan positif.

Tambah Haliza, novel Cinta Rimau adalah keberaniannya dalam menyampaikan gambaran tentang kehidupan seorang wanita berstatus anak tidak sah taraf yang tertarik dengan seseorang lelaki tanpa mengetahui mereka mempunyai pertalian darah.

Hasya Lourdes merupakan watak utama dalam novel Cinta Rimau yang bekerja sebagai penyiasat persendirian selepas dibesarkan oleh keluarga angkat yang beragama Kristian.

Ia berpunca daripada takdir ibu kandungnya, Hasnah yang telah dipenjara seumur hidup kerana membunuh suaminya ketika berusia 14 tahun.

Peguam bela Hasnah, Sebastian Jones telah menjadikan Hasya anak angkat dan ibunya, Miryam Jones sedaya upaya cuba mengekalkan agama anak gadis itu yang lahir sebagai seorang Islam.

Cuba menarik tumpuan pembaca, Haliza telah mengadunkan cara kehidupan seorang wanita yang rapuh dengan godaan nafsu dan konflik cinta tiga segi antara watak Hasya, Bahrain Nasution dan anak Bahrain sendiri.

Novel Cinta Rimau ini dijangka bakal merubah pemikiran rakyat Malaysia yang sangat feminin kepada lebih bersifat terbuka dan memandang isu-isu sensitif menerusi sudut positif.

Baba's Cubits musim baharu lebih segar

Posted:

Baba's Cubits musim baharu lebih segar

Baba's Cubits musim baharu lebih segar

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


CLAUDIAN NAVIN (kiri) bersama tulang belakang rancangan Baba's Cubits pada majlis pelancarannya yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEJAYAAN rancangan masakan Baba's Cubits yang disiarkan di TV3 pada musim lalu membuktikan rancangan tersebut mempunyai kelompok pengikutnya yang setia.

Lebih sejuta orang menonton rancangan yang dihoskan oleh Chef Kamarul Hasni Che Rose itu pada musim lalu.

Tahun ini, program yang disifatkan berjaya mencipta fenomena itu sekali lagi disiarkan di TV3 dan menjanjikan persembahan sajian yang lebih menarik dan unik.

Ketua Pengiklanan dan Promosi Baba's, Claudian Navin Stanislaus berkata, pihaknya tidak menyangka sambutan yang diterima amat menggalakkan dan perkara itu menjadi punca rancangan Baba's Cubits kembali menemui penonton.

"Pihak Baba's, penerbit, chef dan penata rias hidangan meningkatkan usaha dalam prestasi dan kualiti persembahan pada musim kedua ini.

"Pelbagai ilham resipi baharu yang lazat dihasilkan dengan kaedah persembahan yang lebih mantap," katanya pada majlis pelancaran program tersebut di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apa yang pasti, kesemua resipi yang disediakan dicipta menggunakan produk keluaran Baba's yang telah lama menjadi jenama rempah tempatan pilihan ramai.


KAMARUL HASNI bergandingan dengan Nur Hayati dalam musim baharu rancangan Baba's Cubits.


Prihatin dengan maklum balas penonton setia rancangan tersebut, program Baba's Cubits musim ini diubah waktu siarannya. Ia akan disiarkan pada pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam setiap Ahad.

Musim terbaharu tersebut sudah mula bersiaran pada 6 Oktober lalu dan akan menemui penonton dalam 26 episod.

Rancangan berkenaan masih dihoskan oleh Kamarul Hasni, namun pada kali ini, beliau mengacarakan rancangan tersebut bersama isterinya, Nur Hayati Abdul Rahman.

Bagi mereka yang ketinggalan untuk menonton episod-episod lepas, mereka masih boleh menyaksikan rakamannya melalui portal www.tonton.com.my.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai rancangan tersebut boleh melayari laman Facebook Baba's & U.

Port Dickson diabadikan di Starbucks

Posted:

Port Dickson diabadikan di Starbucks

Port Dickson diabadikan di Starbucks


CHIN (lima dari kanan) bergambar bersama wakil pemenang tempat kedua, Zuraimi Ismail, 51, dan pemenang ketiga, Zulkifli Mat Nasir di kafe Starbucks Port Dickson baru-baru ini.


PERSEPSI Port Dickson. Itulah tema yang diangkat oleh rangkaian kafe Starbucks dengan kerjasama Nikon dalam menganjurkan pertandingan fotografi yang terbuka kepada kedua-dua penggemar jenama gergasi tersebut.

Pertandingan fotografi tersebut diadakan bagi melihat sejauh mana peserta dapat merakam pemandangan indah menggunakan lensa kamera masing-masing.

Hasilnya, saat-saat yang mungkin dianggap biasa dapat diterjemahkan kepada gambar yang menarik perhatian orang ramai.

Kebanyakan gambar yang dirakam menceritakan kisah di sebalik perjalanan hidup seorang nelayan bersama sampan, bot dan jala.

Pelanggan Starbucks Pandu-Lalu Port Dickson, Negeri Sembilan bukan sahaja boleh menikmati minuman kopi kegemaran mereka dengan mudah, malah boleh meluangkan masa berehat sambil melihat gambar-gambar pemandangan Port Dickson yang dipamerkan pada dinding kafe tersebut.

Pertandingan tersebut menerima lebih 100 penyertaan daripada ahli kelab Nikon hanya dalam masa dua minggu ia dibuka. Pertandingan yang berlangsung dari 18 September hingga 30 September lalu itu menawarkan hadiah bernilai lebih RM1,000 untuk pemenang utamanya.

Tempat pertama dimenangi oleh Calvin Chin, 31, yang berasal dari Seremban dan berjaya membawa pulang barangan bernilai RM1,000, bekalan kopi Starbucks selama setahun dan lensa Nikon 1 J1 10 milimeter.

Chin sebenarnya tidak menyangka gambarnya terpilih untuk merebut hadiah utama kerana baginya, setiap gambar ada cerita yang tersendiri.

"Semua peserta menghantar gambar yang cantik dan mungkin kali ini rezeki saya," katanya sambil tersenyum. - NADIA SHAIFUL BAHARI

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


15 minit terakhir detik kejayaan

Posted:

15 minit terakhir detik kejayaan

15 minit terakhir detik kejayaan

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

DOLLAH (tiga dari kanan) bersama barisan pemainnya meraikan kejayaan Pahang mara ke final Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin.


PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh muncul individu paling gembira selepas skuad kendaliannya mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini.

Pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin, Pahang berjaya mengekang Sarawak apabila melakar keputusan seri 1-1, sekali gus mara ke final dengan agregat 4-2.

Dollah mengakui, skuad Tok Gajah agak bernasib baik apabila Sarawak gagal menyempurnakan beberapa peluang yang terhidang sejak wisel permulaan ditiupkan.

"Inilah bola sepak, memang tak dinafikan Sarawak banyak melepaskan peluang dan kita hanya mendapat satu peluang dan kita menjaringkan satu gol.

"Dalam permainan bola sepak inilah dia, kita main macam mana baik sekalipun kalau tidak menjaringkan gol kita kena terima hakikat," katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Dollah berkata, skuad Bujang Senang bermain dengan begitu baik sehingga memaksa anak-anak buahnya tampil dengan rentak lebih berhati-hati terutama pada babak pertama.

"Saya sudah menasihati pemain bahawa kami datang ke sini (Kuching) bukan untuk bertahan tetapi nampaknya mereka terlampau berhati-hati sehingga tidak sedar telah bertahan. Di situ timbul corak permainan yang hambar.

"Dalam 15 minit terakhir, kami kembali mendapat rentak selepas kemasukan tiga pemain iaitu Mohd. Fauzi Roslan, Mohd. Faizol Hussein dan Mohd. Saiful Nizam Miswan," katanya.

Dollah turut memuji persembahan yang ditunjukkan Fauzi apabila muncul wira dengan meranapkan impian Sarawak untuk menyertai Kelantan di pentas final yang dijadualkan di Stadium Shah Alam pada 3 November depan.

"Sebenarnya sebelum permainan, dia (Fauzi) ada datang bertemu saya meminta nasihat mengenai prestasinya yang sudah hilang keyakinan untuk bermain.

"Saya masih mempercayainya dan saya tidak ragu-ragu untuk memasukkan dia dan syukur kemasukannya berhasil apabila dia menjaringkan gol," kata Dollah.

Fauzi atau mesra dipanggil Koji pula tidak menyangka dapat menjaringkan gol menerusi sentuhan pertamanya dalam aksi di hadapan hampir 22,000 penyokong itu.

"Syukur selepas seminit dimasukkan, saya menjaringkan gol melalui sentuhan pertama di tengah padang.

"Ia merupakan gol pertama saya dalam Piala Malaysia dan lebih manis, jaringan itu membantu pasukan layak ke pentas final.

"Ini hadiah untuk seluruh penyokong Pahang," ujarnya yang masuk menggantikan penyerang import, Matias Conti pada minit ke-72.

Bujang Senang masih ada sebab berbangga

Posted:

Bujang Senang masih ada sebab berbangga

Bujang Senang masih ada sebab berbangga

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@Kosmo.com.my


REAKSI dua pemain Sarawak yang kecewa selepas seri 1-1 dengan Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching kelmarin.


KETUA jurulatih Sarawak, Robert Alberts memuji semangat juang yang dipamerkan anak-anak buahnya meskipun mereka gagal menempah slot final Piala Malaysia.

Keputusan seri 1-1 ketika menentang Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin menyebabkan Bujang Senang terlepas tiket final.

Ini kerana Sarawak ketinggalan dengan agregat 2-4 selepas tewas 1-3 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan minggu lalu.

Alberts berkata, barisan pemainnya telah menjalankan tugas dengan baik dan mengikut setiap arahan yang diberikan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

"Saya tidak mempunyai sebarang rungutan, semua pemain menjalankan tugas seperti diarahkan, mereka melaksanakan tugas dengan baik dan telah mencuba sedaya upaya.

"Namun akhirnya kami masih gagal untuk meneruskan (kemaraan ke final) walaupun pada saya, kami sebenarnya patut layak berdasarkan aksi ditunjukkan malam ini (kelmarin)," kata Alberts pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Dalam pada itu, Alberts berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan corak permainan skuad Bujang Senang.

"Saya tidak kecewa dengan kegagalan ini kerana mereka telah melakukan yang terbaik dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menang. Meski gagal ke final, kami gagal bermaruah.

"Nasib tidak menyebelahi kami apabila gagal menyudahkan peluang yang terhidang selepas mendapat gol pertama pada minit ke-33.

"Lebih memburukkan keadaan apabila kami gagal menguasai semula permainan selepas Pahang memperoleh gol penyamaan," katanya.

Beraksi di hadapan hampir 22,000 penyokong sendiri, Sarawak mengasak bertubi-tubi ke gawang Pahang sejak minit pertama.

Percaturan Alberts yang memasukkan pemain tengah Joseph Kalang Tie dan tonggak pertahanan, Ronny Harun nyata memberikan kelebihan buat tuan rumah.

Ronny turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut selepas menunjukkan disiplin yang tinggi dengan merantai dua penyerang Pahang - Azammudin Mohd. Akil dan Matias Conti.

Kelantan, Pahang lonjak gelora

Posted:

Kelantan, Pahang lonjak gelora

Kelantan, Pahang lonjak gelora

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


BARISAN pemain Kelantan meraikan kejayaan mara ke final Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Jumaat lalu.


"FINAL paling ditunggu-tunggu musim ini."

Demikian jelas pengkritik bola sepak negara, Reduan Abdullah menjelang aksi final Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam pada 3 November depan.

Menurut beliau, rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini tidak wajar dijadikan ukuran, memandangkan saingan di pentas final adalah sesuatu aksi yang cukup berbeza.

"Kedua-dua pasukan dilihat memiliki kekuatan dan kekurangan yang seimbang.

"Biarpun saya percaya pemenang tidak akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti, ada baiknya kita tunggu aksi sebenar di atas padang nanti," kata Reduan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kelantan yang tampil selaku juara bertahan mara ke pentas final selepas mengecewakan finalis musim lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi agregat 4-3.

Pahang pula mengakhiri penantian selama 16 tahun untuk mara ke pentas final selepas mengatasi cabaran juara Liga Premier, Sarawak dengan agregat 4-2.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam aksi pembuka tirai Kumpulan C Piala Malaysia 20 Ogos lalu.

Bagaimanapun, skuad The Red Warriors berpesta gol membelasah Pahang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 21 September lalu.

Ketika diminta mengulas mengenai sentuhan yang dimiliki pengendali Pahang, Dollah Salleh, Reduan mengakui, bekas penyerang skuad kebangsaan itu memiliki karisma tersendiri bagi menjulang Tok Gajah kali ini.

Ia bersandarkan kepada kejayaan Dollah yang mendakap gelaran yang sama ketika membimbing Selangor MBPJ pada 2003 dan Selangor dua tahun kemudian.

"Sebagai jurulatih, Dollah pastinya mahu menamatkan penantian penyokong Pahang yang kali terakhir melihat Piala Malaysia diarak ke Kuantan pada 1992 selepas Pahang dikecewakan Selangor di pentas final 1997.

"Cuma kredibiliti (jurulatih Kelantan) Bojan Hodak juga tidak boleh dipandang sebelah mata, beliau pastinya mahu mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia selepas terlepas trofi Liga Super musim ini," kata beliau.

Reduan juga percaya mana-mana pasukan yang paling sedikit membuat kesilapan bakal membawa pulang trofi paling berprestij edisi yang ke-87 itu.

"Aksi final pastinya berbeza, jadi pemain harus bijak mengawal perasaan dan tidak terlalu gemuruh.

"Apa yang pasti, saya percaya ia satu final yang ditunggu-tunggu terutamanya bagi peminat dari Pantai Timur," katanya.

Pada final Piala Malaysia musim lalu, Kelantan mengecewakan ATM 3-2 di Stadium Shah Alam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Terengganu sedia garis panduan keselamatan pelumba basikal

Posted:

Terengganu sedia garis panduan keselamatan pelumba basikal

Terengganu sedia garis panduan keselamatan pelumba basikal

27/10/2013 10:02pm

KUALA TERENGGANU - Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu dijangka mengeluarkan garis panduan sebelum akhir tahun ini kepada pelumba basikal bagi mengelak risiko kemalangan semasa latihan di jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat berkata, pihaknya berharap semua persatuan basikal di negeri itu akan mematuhi garis panduan berkenaan.

"Kejadian kemalangan yang membabitkan dua atlet berbasikal sebelum ini juga adalah tragedi yang dipercayai berpunca akibat kecuaian manusia kerana gagal mematuhi peraturan sedia ada," katanya di sini hari ini.

Garis panduan itu dikeluarkan ekoran kemalangan yang meragut nyawa pelumba muda Terengganu, Mohamad Asmu'i Ali, 20, awal bulan ini. - Bernama

Ahli perniagaan putus telinga sewaktu keluar pusat hiburan

Posted:

Ahli perniagaan putus telinga sewaktu keluar pusat hiburan

Ahli perniagaan putus telinga sewaktu keluar pusat hiburan

27/10/2013 7:28pm

TELUPID - Seorang ahli perniagaan putus cuping telinga kiri selepas ditetak menggunakan pedang samurai oleh dua suspek lelaki ketika keluar daripada sebuah pusat hiburan di Kampung Gambaron dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1.08 pagi itu, mangsa, Risin Kindol, 46, turut mengalami kecederaan di pipi dan dada kirinya selain kenderaan jenis Toyota Ninja kepunyaan isterinya dilarikan suspek.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Asisten Komisioner Mohd. Shariff Abd. Wahid berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa yang baharu keluar da ripada pusat hiburan tersebut bertengkar dengan isterinya yang datang ke lokasi kejadian bagi mengambil mangsa.

"Secara tiba-tiba dua suspek lelaki bersenjatakan pedang samurai yang menaiki kenderaan jenis Toyota Rush terus menghampiri mangsa sebelum menetaknya.

"Isteri mangsa yang terkejut dengan kejadian tersebut sempat melarikan diri bagi mengelakkan ditetak oleh dua suspek terbabit," katanya di sini hari ini. - KOSMO!

Dua ditahan di Kedah selepas larikan kereta di Pulau Pinang

Posted:

Dua ditahan di Kedah selepas larikan kereta di Pulau Pinang

Dua ditahan di Kedah selepas larikan kereta di Pulau Pinang

27/10/2013 6:33pm

ALOR SETAR - Polis Kedah menahan dua penjenayah yang mencuri sebuah kenderaan di Simpang Ampat, Pulau Pinang dan melarikannya ke sini

pagi tadi.

Mereka yang berumur sekitar 20-an itu ditahan kira-kira 9.30 pagi

berhampiran Lorong Market Buah, Pekan Cina.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, penjenayah ditahan semasa cuba meloloskan diri dengan kenderaan Toyota Hilux tersebut melalui lorong kecil setelah mengetahui kehadiran mereka dikesan pihak polis.

"Semasa cuba melarikan diri, suspek telah melanggar sebuah lori, sebuah

kereta jenis Proton Wira, lapan buah motosikal dan peti elektrik milik TNB

(Tenaga Nasional Berhad).

"Suspek akan diserahkan kepada polis Butterworth dan segala kertas kerja

siasatan akan dibuat oleh pihak polis di sana berikutan kes awalnya dilaporkan di sana," katanya kepada Bernama. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Protes di Brazil bertukar ganas

Posted:

Protes di Brazil bertukar ganas

Protes di Brazil bertukar ganas

SEORANG samseng memecahkan cermin sebuah terminal bas dalam tunjuk perasaan yang diadakan kelmarin.


SAO PAULO - Polis menembak gas pemedih mata dan menangkap sejumlah penunjuk perasaan di bandar raya ini kelmarin apabila satu perarakan menuntut pengangkutan percuma untuk pelajar bertukar ganas.

Sekumpulan pembuat kacau dengan sebahagiannya memakai penutup kepala hitam bertindak merosakkan beberapa Mesin Teler Automatik (ATM), membakar sebuah bas awam dan memusnahkan mesin-mesin jualan tiket tren bawah tanah.

Sebagai tindak balas, polis pencegah rusuhan yang membawa belantan dan perisai menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Menurut media tempatan, kira-kira 60 orang telah ditangkap dalam protes tersebut.

Polis bandar raya ini bagaimanapun memberitahu, angka tangkapan sebenar masih belum dapat dipastikan.

Protes tersebut menyebabkan beberapa jalan utama ditutup untuk seketika. Bantahan itu turut mengganggu sistem pengangkutan awam di bandar raya ini yang dihuni oleh 11 juta orang.

Brazil menjadi tumpuan antarabangsa ketika negara itu membuat persediaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia tahun depan dan temasya Olimpik Musim Panas pada tahun 2016.

Lebih sejuta penduduk mengadakan protes jalanan pada Jun lalu kerana berang dengan gejala rasuah dan pembaziran berjuta-juta dolar dalam menganjurkan dua acara sukan utama tersebut. - AFP

YouTube rancang kenakan bayaran langganan muzik

Posted:

YouTube rancang kenakan bayaran langganan muzik

YouTube rancang kenakan bayaran langganan muzik


LAMAN web YouTube dipaparkan pada skrin sebuah komputer di Los Angeles, Amerika Syarikat.


WASHINGTON - Laman perkongsian video milik Google, YouTube bersiap sedia melancarkan perkhidmatan langganan muzik untuk membolehkan pengguna menonton video dan mendengar muzik tanpa gangguan iklan, kata sumber industri kelmarin.

Beberapa sumber memberitahu agensi berita AFP bahawa perkhidmatan tersebut akan dilancarkan tahun depan.

Pelan baharu itu masih mengekalkan akses percuma untuk sebahagian besar klip video dan muzik di YouTube tetapi menambah perkhidmatan berbayar tanpa iklan.

Perkhidmatan tersebut turut menawarkan beberapa ciri istimewa termasuk mendengar album penuh dan menyimpan muzik secara luar talian.

"Kami sentiasa mencari cara baharu dan lebih baik untuk pengguna menikmati kandungan YouTube di semua skrin selain memberi lebih peluang kepada rakan niaga kami untuk mencapai pelanggan mereka," kata seorang jurucakap YouTube.

Namun, langkah tersebut turut dilihat oleh beberapa penganalisis sebagai kaedah terbaharu YouTube untuk meraih lebih banyak pendapatan.

Enjin carian internet, Google membeli laman web berkenaan pada tahun 2006 dengan bayaran AS$1.65 bilion (RM5.1 bilion).

Setakat ini, YouTube dilaporkan memperoleh pendapatan sederhana hasil pengiklanan di laman perkongsian video tersebut.

Terdahulu, majalah Billboard dan akhbar New York Times melaporkan langganan premium untuk perkhidmatan tersebut berharga sekitar AS$10 (RM31) sebulan.

Perkhidmatan tersebut membolehkan syarikat rakaman mendapat royalti lebih besar daripada yang diperoleh menerusi akses percuma. - AFP

Femen mahu rekrut wanita Britain

Posted:

Femen mahu rekrut wanita Britain

Femen mahu rekrut wanita Britain

AKTIVIS Femen, Sasha Shevchenko (kiri) dan pengarah filem, Kitty Green menghadiri Anugerah Festival Filem BFI London pada 19 Oktober lalu.


LONDON - Kumpulan penunjuk perasaan penuh kontroversi, Femen mahu merekrut wanita Britain untuk menyertai gerakan ekstrem mereka.

Femen terkenal kerana mengadakan tunjuk perasaan dengan mendedahkan payudara bagi membantah ketidakadilan gender di seluruh dunia.

Kumpulan tersebut dalam satu kenyataannya berkata, ia mahu Britain menjadi negara ke-11 yang mempunyai perwakilan Femen.

"Wanita Britain telah menyertai tentera bogel (Femen), mereka berkata, kami perlukan Femen di Britain," kata pengasas dan ketua kumpulan itu, Inna Shevchenko.

"Pelacuran, undang-undang imigresen dan fahaman ekstrem Islam tidak akan terlepas daripada Femen. Kami akan sentiasa mencari jalan untuk berada di tempat ia diperlukan," tambahnya.

Diasaskan di Ukraine pada tahun 2008, Femen berkembang menjadi sebuah pergerakan antarabangsa tidak lama kemudian.

Aktivis-aktivis kumpulan itu pernah menyerbu Pertunjukan Fesyen Paris.

Femen turut mengadakan demonstrasi separuh bogel di luar Stadium Olimpik di Kiev menjelang Euro 2012 untuk membantah percubaan membenarkan pelacuran semasa temasya bola sepak berkenaan di Ukraine dan Poland. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Lemak tepu tidak bahaya?

Posted:

Lemak tepu tidak bahaya?

Lemak tepu tidak bahaya?

Oleh NOR IDAYU BOSRO

MAKANAN segera mempunyai kandungan lemak trans yang mengakibatkan penyakit kardiovaskular.


MAKANAN belum diproses yang mengandungi kandungan lemak tepu sebelum ini dipercayai menjadi antara penyumbang kepada serangan sakit jantung.

Bagaimanapun, perkara itu disangkal oleh pakar kardiologi Hospital Universiti Croydon di London, Britain, Dr. Aseem Malhotra hasil kajiannya yang diterbitkan dalam British Medical Journal baru-baru ini.

Menurutnya, makanan tersebut sebenarnya tidaklah seburuk yang disangka, malah ia dipercayai dapat membantu melindungi tubuh daripada risiko penyakit kardiovaskular.

"Kajian kohort prospektif tidak menyokong hubungan pengambilan lemak tepu dengan risiko penyakit kardiovaskular, malah menerusi kajian itu, kita dapati lemak tersebut mampu melindungi jantung daripada penyakit itu," katanya.

Namun, tanggapan bahawa lemak tepu tidak baik untuk kesihatan jantung membuatkan ramai orang menolak pengambilannya dalam diet masing-masing.

Salah anggap

Masyarakat lebih gemar mengambil produk rendah lemak kerana beranggapan ia lebih baik untuk kesihatan selain dapat membantu mereka menurunkan berat badan.

Mereka mungkin silap kerana kebanyakan produk rendah lemak di pasaran sebenarnya mengandungi kandungan gula atau garam yang tinggi.

"Minggu lalu, saya menyaksikan seorang pesakit wanita dalam lingkungan umur 40-an mati akibat serangan sakit jantung.

"Enam bulan sebelum meninggal dunia, dia mengalami kenaikan berat badan sehingga 20 kilogram (kg) dan pertambahan itu dipercayai selepas dia mengambil minuman rendah lemak sebanyak lima kali sehari," kata Malhotra menerusi portal berita The Guardian.

MENTEGA mengandungi lemak tepu yang didakwa baik untuk kesihatan jantung.


Daripada pengiraan yang dibuat, Malhotra mendapati bahawa setiap 450 mililiter (ml) susu berperisa mengandungi kira-kira 15 sudu teh gula.

"Ini bermakna pesakit itu berkemungkinan telah mengambil 75 sudu teh gula setiap hari," ujarnya.

Jelasnya, pengurangan kadar pengambilan gula dalam diet adalah lebih baik bagi mencegah penyakit berkaitan jantung.

Justeru, Malhotra mengesyorkan pesakit jantung agar mengamalkan pengambilan lemak tepu daripada makanan belum proses seperti keju, mentega, telur, yogurt dan daging.

"Produk tenusu misalnya kaya dengan vitamin A, D, kalsium dan fosforus yang diyakini dapat merendahkan tekanan darah.

"Makanan diproses seperti makanan segera didapati mengandungi kandungan asid lemak trans tinggi yang berbahaya untuk kesihatan jantung," katanya.

Lemak trans

Sementara itu, menurut Ketua Pusat Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman, lemak trans meningkatkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan menurunkan paras kolesterol baik (HDL).

Lemak ini kebiasaannya dijumpai dalam makanan segera seperti kentang goreng, piza, patti burger, hotdog dan makanan diproses lain.

Katanya, di Malaysia, penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit jantung dengan kemasukan kini melebihi 7,300 kes setahun.

"Lemak trans yang berlebihan akan terkumpul dikeliling jantung dan seterusnya mengganggu saluran darah.

"Pembuluh darah yang tersumbat akan menyukarkan oksigen sampai ke jantung lalu mengakibatkan penyakit jantung koronari, darah tinggi dan strok," ujarnya

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Lagu balas dendam Kaka

Posted:

Lagu balas dendam Kaka

Lagu balas dendam Kaka

BIAR bergerak selaju cahaya mana mungkin bintang yang berkerdipan di langit dapat tergenggam ke tapak tangan. Namun mimpi dan cita-cita manusia tiada sekatan. Bermimpilah sampai ke bintang, tetapi mimpi itu tak kemana tanpa usaha sedaya-upaya.

Bawaku Pergi sudah pun menunjuk jalan terbentang untuk Kaka Azraff, 24, mencorak haluan. Berkeras mempertahankan identiti walaupun terhambat bayangan Ratu Rock Ella, Kaka tetap tidak berganjak mendepani misi bergelar penyanyi.

Sudah lebih setahun namanya menembusi perhatian pencinta seni hiburan dan hari ini, dia hadir lagi dengan sebuah judul yang mendefinisikan segala haluan hati. Bermula dengan Bawaku Pergi yang dilancarkan awal tahun 2012, kini Infiniti Cinta membawa Kaka ke satu lagi fasa untuk mengukuhkan lingkungan pengaruh. Dia mahu khalayak tahu, kecintaannya bukan sekadar percubaan.

"Kritiklah apa sahaja, saya memang mahu jadi penyanyi dan saya yakin, peluang untuk saya akan ada jika saya tidak kenal erti putus asa. Saya masuk ke dalam industri bukan untuk uji nasib, tapi serius mahu jadikan nyanyian sebagai karier. Apa yang terjadi dulu tidak dirancang, tapi kali ini penghasilannya lebih serius dan matang.

"Tetapi, jika hendak dikatakan bahawa Infiniti Cinta sebagai pengukuhan nama dan karier saya, rasanya ini belum lagi. Saya anggap Infiniti Cinta sebagai langkah kedua dan lagu 'balas dendam' terhadap segala kontroversi Bawaku Pergi, duet bersama Zizan Razak sebelum ini. Saya dan Zizan mahukan sebuah kesinambungan dan membuktikan bahawa kami bukannya membawa mesej negatif melalui lagu," anak kelahiran Klang, Selangor itu melenturkan fahamannya.

KAKA berharap suatu hari nanti khalayak akan menerima dirinya sebagai penyanyi yang boleh berdiri sendiri, bukan bayangan Ella ataupun menumpang populariti Zizan Razak semata-mata.


Bercakap tentang pengukuhan dan pengaruh, Kaka sedar anggapan khalayak terhadap dirinya. Masuk ke dalam industri menerusi duet bersama Zizan yang mempunyai pengaruh besar, secara tidak langsung sokongan yang diterima banyak diterima daripada peminat Zizan sendiri.

"Kalau untuk pengukuhan karier dan pengaruh, saya lebih berharap kepada single solo pertama nanti. Itu baru betul satu pengukuhan. Bukan saya tidak yakin dengan impak Infiniti Cinta tetapi dalam lagu itu orang masih melihat saya menempel atas populariti Zizan. Saya tak salahkan gelaran sebegitu namun populariti juga sangat subjektif, mungkin betul, mungkin juga tidak.

"Jadi, kredibiliti saya akan benar-benar teruji dengan single terbaharu yang akan dilancarkan Disember nanti. Itulah produk yang akan membuktikan sama ada saya boleh berdiri atas kaki sendiri atau tidak," katanya penuh misi.

Heret bayangan Ella

Berbilang rasa, takut dan gementar namun keterujaan menanti kelahiran single yang diberi judul Kepulangan itu jelas terpampang pada wajahnya.

"Kepulangan sebuah lagu tentang kekuatan semangat dan hati seorang wanita. Lagu itu ciptaan sepenuhnya daripada komposer baharu bernama QZ. Kalau bercakap tentang lirik, saya suka lirik lagu itu yang tidak terlalu fokus kepada cinta sebaliknya lebih kepada motivasi. Rasanya lagu itu sangat kena dengan saya. Saya suka lagu-lagu Beyonce, lagu-lagu banyak berkisar tentang kekuatan wanita. Perasaan saya lebih ke arah itu, bukannya cinta," ujar Kaka yang mahu menawan hati peminat sedalam-dalamnya.

Sudah menjadi adat, mempunyai pertalian darah dengan orang ternama, sudah tentu tempiasnya terpercik juga ke wajah pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff ini. Menjadi anak saudara kepada Ella ternyata menjadi satu daripada arus cabaran yang harus ditelan Kaka sepanjang hidupnya. Sejak dari mula hendak menapak dan sehinggalah sekarang, khalayak masih melihat bayangan Ella pada kelibatnya.

"Perkara itu memang sudah tidak dapat dielak, ia tetap datang. Saya sudah lali dan menganggap perkara itu sebagai sebahagian daripada saya. Sejak kecil, saya antara anak saudara yang rapat dengan Ella dan menjadikan dia sebagai idola. Jadi, jika saya kelihatan terikut-ikut dengan cara Ella, itu tidak boleh disangkal. Saya okey dengan apa sahaja pandangan orang.

KAKA tidak sabar menanti kelahiran single terbaharunya Kepulangan yang bakal menjadi single solo pertama dan sekali gus menjadi fasa pengukuhan namanya dalam karier nyanyian.


"Sebab itulah saya pilih jalan sendiri. Kalau boleh saya juga mahu memintas bayang-bayang itu. Tapi siapalah saya untuk dibandingkan dengan ibu saudara saya itu, dia Ella dan saya tidak boleh buat apa-apa jika terus dikaitkan sebagai bayangan Ella. Apa yang boleh saya cakap, saya tidak semanja Ella. Selagi boleh, saya akan pandu diri agar mengelak daripada bermain rambut atau bercakap dengan nada seperti Ella tapi kadang-kadang terlepas juga.

"Cuma harapan saya, moga suatu hari nanti, khalayak akan menerima Kaka sebagai Kaka, bukan sekadar bayangan," katanya yang merupakan anak kepada abang kandung Ella, Noor Azraff Aminuddin yang telah meninggal dunia.

Anak ketiga daripada empat beradik itu yakin langkah menceburi bidang seni bukan batu loncatan untuk populariti mahupun eksperimental. Dia percaya darah seni yang memenuhi urat sarafnya itu sedang dialirkan ke laluan yang sewajarnya. Jika boleh, Kaka juga mahu menjadi seperti selebriti lain, bukan sekadar nyanyian dia juga meminati dunia pengacaraan.

Merisik perkembangan terbaharunya, Kaka menyatakan dia bakal terlibat dalam penggambaran program televisyen berjudul Superder. Program seumpama Jalan-Jalan Cari Makan itu menyaksikan Kaka menjelajah seluruh negara mencari dan mencuba sajian lewat malam yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Sayang gila pada Uqasha - Pekin

Posted:

Sayang gila pada Uqasha - Pekin

Sayang gila pada Uqasha - Pekin

PEKIN mengakui kesilapan dan terlanjur mengikut emosi ketika membuka kisah hubungan kekasihnya, Uqasha dan Sharnaaz Ahmad yang disangkanya curang dan bermain kayu tiga.


KATAKAN apa sahaja kerana dalam soal cinta, sesiapa pun boleh menjadi keanak-anakan. Itu kesimpulan kepada 'drama berantai' putus dan sambung semula hubungan antara pasangan pelakon, Pekin Ibrahim dan kekasih yang telah dirisik sebagai bakal isterinya, Uqasha Senrose, 20.

Semuanya gara-gara terlebih emosi, salah sangka dan silap percaturan. Dengan rendah hati, Pekin mengakui 'jiwa kacanya' terlalu rapuh apabila berdepan tekanan melibatkan wanita yang disayangi.

"Memang hati saya kaca, memang saya jiwa saya cepat kacau bila masuk bab cinta tapi sekarang hubungan kami sudah pulih seperti biasa. Majlis kejutan hari lahir yang dirancangkan oleh Uqasha masih diteruskan, tetapi tidak lagi satu kejutan sebab saya terlebih dahulu membuat kejutan dengan cerita putus cinta baru-baru ini," luah Pekin kepada Sensasi Bintang ketika dihubungi Jumaat lalu.

Selasa lalu, Pekin memberitahu media bahawa hubungannya bersama Uqasha sudah putus kerana menemui beberapa bukti bahawa wanita yang serius mahu dinikahinya itu berhubungan secara sulit dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad. Namun semuanya terlerai apabila Pekin bertemu empat mata dengan Sharnaaz. Ternyata, hubungan antara Uqasha dan Sharnaaz seperti yang disangka oleh Pekin sebenarnya hanya satu pakatan untuk membuat kejutan ketika meraikan hari lahir Pekin yang dirancang pada 26 Oktober (semalam).

"Memang saya yang bersalah dalam soal ini. Semuanya salah saya. Katalah apa sahaja, tidak matang atau cepat melenting, semuanya saya terima. Memang saya tidak tahu situasi yang sebenar-benarnya. Apabila perkara itu terpaksa dibongkar demi menyelamatkan keadaan, barulah saya terduduk," luah Pekin sambil mengakui masih belum mengikat tali pertunangan dengan Uqasha.

Katanya: "Memang kami belum bertunang secara rasmi, tetapi apabila sudah buat majlis merisik, ia semacam bertunang juga. Bila sudah merisik maknanya saya serius untuk berkahwin."

UQASHA SENROSE sanggup memaafkan kekasihnya dan kini masih bersama Pekin Ibrahim.


Di sebalik kejadian itu, Pekin mendapat iktibar terbesar dalam hidupnya. Selepas bertemu sendiri dengan Sharnaaz pada Rabu malam, dia kemudian menemui Uqasha pada keesokan harinya untuk memohon maaf. Bukan itu sahaja, Pekin mengambil masa tiga hari untuk bertemu dengan tiga pihak yang sama-sama terjejas perasaan gara-gara keputusan melulu yang keluar daripada mulutnya.

"Selepas berjumpa Sharnaaz pada hari Rabu, esoknya saya ke rumah Uqasha pula. Mujurlah dia masih sudi memaafkan saya. Apa yang keluar daripada mulut saya sebelum itu berpunca daripada rasa marah dan tekanan perasaan. Saya terlalu sayang, sayang gila kepada Uqasha.

"Hari Jumaat pula, sekali lagi saya ke rumah Uqasha untuk meminta maaf daripada keluarganya. Nasihat mereka, keluarga harus didahulukan dalam apa sahaja masalah yang berlaku selepas ini. Saya janji dah tak mahu perkara sebegini berlaku lagi," cerita Pekin sesal namun bahagia kerana kesilapan besar itu dapat diperbaiki.

Di sebalik kejutan 'kantoi' yang terjadi, Pekin membuka satu cerita. Katanya, dia pernah meluahkan kepada Uqasha bahawa tidak pernah merasai suasana sambutan hari lahir sepanjang hidupnya.

"Saya tidak tahu pula Uqasha begitu ambil berat terhadap cerita berkenaan. Aduh, apa nak buat, kejutan entah ke mana, lain pula yang terjadi. Saya benar-benar minta maaf, minta maaf juga kepada pihak media jika merasakan perkara ini satu benda tak sepatutnya terjadi," tutup Pekin yang genap 32 tahun hari ini.

Malam tadi, majlis hari lahir yang mulanya dirancang sebagai kejutan untuk Pekin tetap berlangsung dalam suasana meriah di Empire Hotel Subang Jaya, Selangor.

Perspektif hijrah anak seni

Posted:

Perspektif hijrah anak seni

Perspektif hijrah anak seni


SHAMSUL (kanan) bersama beberapa selebriti dan individu yang melalui fasa penghijrahan muncul dalam 13 episod rancangan Hijrah Munawwarah.


PUJANGGA ada berkata bahawa janganlah kita menilai seseorang itu dengan melihat masa silamnya kerana manusia boleh berubah.

Biarpun pandangan skeptikal masyarakat terhadap penggiat seni masih menebal, ada yang memberi bukti bahawa anak seni juga mampu berubah untuk bergelar orang alim.

Walaupun ada yang bersikap hipokrit dengan penampilan gaya islamik seperti berhijab, lebih ramai yang ikhlas selepas menerima hidayah Allah.

Sekurang-kurangnya penghijrahan mereka daripada kelompok pelakon dan penyanyi itu turut memberi inspirasi kepada masyarakat agar turut sama berubah kepada yang lebih baik.

Sempena sambutan Maal Hijrah tidak lama lagi, Sensasi Bintang mendapatkan reaksi selebriti, Nora dan Shamsul Ghau Ghau untuk berkongsi pengalaman kisah penghijrahan masing-masing.

Bagi penyanyi Nora yang melalui fasa penghijrahan sejak lima tahun lalu, biarpun penampilannya telah berubah, jiwanya tetap serasi dengan dunia nyanyian.

Nora membuktikan bahawa ada cara untuk berhibur mengikut cara lebih baik sementelah turut menerbitkan sebuah rancangan animasi kanak-kanak yang memberi pendidikan mengikut syariat.

Shamsul yang berubah dengan mendekatkan diri kepada Allah secara beransur-ansur sejak beberapa tahun kebelakangan ini mempunyai harapan untuk mempamerkan jiwa seorang anak seni yang mengikut jalan yang betul.

Kedua-dua penggiat seni tersebut juga bakal muncul dalam sebuah rancangan bual bicara baharu berjudul Hijrah Munawwarah yang ditayangkan di saluran TV AlHijrah.

Rancangan 13 episod yang bersiaran bermula Jumaat lalu pada pukul 9 malam itu menampilkan Shamsul sebagai pengacara bersama tetamu jemputan pada setiap minggu untuk berkongsi kisah penghijrahan mereka.

Selain Nora, barisan selebriti seperti Nazrey Johani, Catriona Ross, Adam Corrie Lee dan Ustaz Ebit Lew merupakan antara tetamu jemputan dalam episod berasingan.

Bagaimana pengertian hijrah daripada pandangan anda?

NORA (N): Hijrah adalah suatu perubahan. Pada usia tertentu, sudah pasti kita mahu sesuatu perubahan ke arah yang lebih baik dalam diri kita. Tidak kiralah perubahan yang kecil atau besar, asalkan kita menjadi lebih baik.

SHAMSUL GHAU GHAU (S): Perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah ialah pengertian hijrah yang sebenar. Tetapi untuk kita di zaman ini, hijrah membawa erti yang lebih luas. Berubah daripada yang baik menjadi jahat juga sesuatu penghijrahan. Tetapi pastinya kita mahu berhijrah daripada yang tidak baik menjadi lebih bagus.

Boleh kalian kongsikan tentang titik-tolak penghijrahan masing-masing?

N: Apabila melihat anak-anak di depan mata saya mengucapkan syukur. Tetapi pada ketika itu, saya sekadar mengucapkannya di bibir sahaja. Apabila saya fikirkan semula saya tertanya-tanya adakah itu caranya untuk bersyukur? Bertitik tolak daripada perasaan itu pada lima tahun lalu, saya nekad mahu berubah. Pada usia 35 tahun saya membuat keputusan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.

S: Rumah saya betul-betul di hadapan sebuah masjid selepas berpindah dari Cheras ke Bangi, Selangor. Namun, saya tidak pergi ke masjid itu untuk solat berjemaah sehinggalah saya mencari maksud surah Ar-Rahman yang saban waktu diperdengarkan dari corong pembesar suara masjid. Selepas mengetahui maksudnya tentang kebesaran dan kekuasaan Allah, hati saya mula terdetik untuk mengikut ajaran yang diperintahkannya. Sejak empat tahun lalu, saya sudah mula berubah secara dalaman, cuma kini berjinak-jinak untuk berpakaian mengikut sunnah.

SHAMSUL dan Nora berazam mempamerkan contoh yang baik kepada masyarakat melalui kerjaya mereka.


Bagaimana kalian berdepan dengan cabaran dan penerimaan masyarakat terhadap perubahan diri yang dilakukan?

N: Peringkat permulaan agak tertekan juga sebab banyak pendapat yang saya dengar apatah lagi saya masih terlibat dalam dunia nyanyian. Cuma saya perlu pandai sesuaikan diri dan jangan cuba tegakkan benang basah. Jika saya rasa perjuangan saya betul, saya teruskan. Ketika membuat keputusan itu juga (berhijrah), ada macam-macam 'nasihat' antaranya supaya saya membuat konsert terlebih dahulu, ketika melepasi usia 40 tahun ke atau selepas menunaikan haji ke barulah tutup aurat. Bagi saya, apabila kita sudah mendapat hidayah, janganlah kita berpaling kerana mungkin hidayah itu boleh ditarik balik.

S: Mula-mula berat untuk saya menyatakan hasrat berubah kepada isteri sendiri apatah lagi untuk mengajak dia menutup aurat dan bertudung. Pastinya tawaran lakonan hampir tiada selepas saya menunaikan haji selain ada yang menjauhkan diri.

Bagaimana anda menetapkan batasan bekerja memandangkan khidmat masih diperlukan dalam industri hiburan?

N: Kena ada batas dan had terutamanya buat seorang muslimah. Saya banyak merujuk pada ustaz dan membaca buku-buku agama tentang apa yang boleh dan tidak. Kita boleh menyanyi atau menyampaikan sesuatu yang baik, tetapi kena jaga kelakuan, penampilan, percakapan dan apa yang kita sampaikan.

S: Tiada masalah untuk melakukan sesuatu yang mengikut perintah Allah, tetapi saya elakkan hal yang bercanggah. Saya ada menerima tawaran untuk mengendalikan majlis-majlis keagamaan. Saya masih berlakon, tetapi aktiviti itu semakin kurang kerana turut memberi tumpuan kepada mencari ilmu dan menghabiskan masa bersama anak-anak.

Kebanyakan artis mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada dunia hiburan selepas berhijrah. Bagaimana kalian melihat tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang anak seni yang telah berubah ke arah yang lebih baik?

N: Setiap kita ada tanggungjawab. Saya yang terlibat dalam dunia nyanyian juga tetap ada tanggungjawab kepada masyarakat cuma pendekatannya haruslah di jalan yang lebih baik. Penghasilan program Ummi... Ceritalah Pada Kami juga merupakan salah satu tanggungjawab mendidik kanak-kanak dengan cara Islam. Saya boleh menyanyi dan suami boleh buat lagu untuk dimuatkan dalam rancangan itu. Sebagai seorang selebriti, cara penampilan kita juga boleh mendidik masyarakat.

S: Saya ada bertanya kepada ustaz tentang hasrat untuk berundur daripada dunia hiburan, tetapi dia kata kalau saya berhenti, anak-anak nak makan apa? Apabila difikirkan, saya masih ada tanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat. Saya kena mempamerkan lakonan yang boleh memberi kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Apatah lagi, ada beberapa stesen televisyen yang berkonsepkan islamik mula berkembang.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved