Sabtu, 19 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pesona seramik tanah sawah

Posted:

Pesona seramik tanah sawah

Pesona seramik tanah sawah

KEUNIKAN produk yang dihasilkan terletak kepada nilai artistik dan eksklusif untuk pelanggan.


APABILA bercakap mengenai seramik, pasti terbayang labu sayung, tempayan, periuk tanah, bekas telur dan pasu bunga.

Namun Rozana Musa mempunyai cara sendiri dalam menghasilkan produk seramik. Ramai pasti tak menjangka tanah liat boleh menjadi aksesori indah namun itulah yang dihasilkan Rozana di galerinya di Bendang Studio yang beroperasi di Kampung Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka.

Menurut Rozana, 31, keunikan produk keluaran syarikatnya itu terletak pada nilai artistik dan sisi eksklusif yang dihasilkan.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dengan pengkhususan seramik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mula terbabit secara aktif di dalam bidang pembuatan seramik sejurus tamat pengajian pada tahun 2006.

"Selepas menamatkan pengajian, saya berkhidmat sebagai pembantu artis seramik di Shah Alam selama 18 bulan selain turut terlibat di dalam pameran seni di galeri-galeri persendirian sebelum mengambil keputusan untuk terus menetap di kampung.

"Aktiviti bermain lumpur di bendang ibu sejak kecil lagi merupakan pencetus kepada idea untuk membuka perniagaan berasaskan seramik ini.

"Sejak itu, saya mula membuat kajian mengenai tanah sawah di belakang rumah untuk melihat potensinya dalam penghasilan produk seramik dan ternyata tanah bendang sangat bersesuaian untuk itu.

"Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk membina sebuah studio bagi memproses produk seramik di belakang rumah sebelum berpindah ke tanah milik keluarga," jelasnya.

Cipta alat pembakar

Tambahnya, disebabkan tidak mahu membuat pinjaman daripada mana-mana pihak ketika itu, dia mula bekerja sebagai guru sandaran selama dua tahun bagi mengumpul modal perniagaan dan membeli peralatan yang berkenaan.

ROZANA turut menghasilkan jambangan bunga dan cenderamata korporat menggunakan seramik.


"Untuk menghasilkan seramik, peralatan yang menjadi kemestian ialah alat pembakaran atau tanur kerana tanah liat itu perlu dibakar dalam suhu tinggi.

"Tetapi saya tidak mampu membeli alat tersebut kerana harganya yang mahal sehingga mencecah ribuan ringgit.

"Hasil perbincangan bersama pensyarah, saya menghasilkan alat pembakar sendiri menggunakan fiber dengan bermodalkan RM3,000 sebagai alternatif kepada alat pembakaran sebenar," katanya sambil memberitahu dia membuat inovasi alat pembakar itu pada tahun 2009.

Hasil inovasinya itu, dia dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Inovasi Akar Umbi Jejak Inovasi pada tahun 2011.

"Saya mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan alat pembakar terbabit yang diubah suai supaya tahan lasak bagi pembakaran bersuhu tinggi.

"Segala proses penghasilan produk seramik ini dilakukan secara manual bermula dari penyediaan bahan mentah sehinggalah menjadi produk siap.

"Proses penghasilan produk seramik juga memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kita tidak boleh menjangka hasil yang diperolehi bagaimana dan ia merupakan satu proses yang remeh serta cerewet.

Ujarnya, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting bagi menghasilkan produk seramik yang berkualiti.

Rozana berkata, proses menghasilkan seramik bermula dengan mengeringkan tanah liat yang kemudiannya akan direndam dan ditapis bagi menyingkirkan bahan-bahan asing yang terdapat di dalam tanah liat tersebut.

"Proses pengeringan biasanya mengambil masa selama dua atau tiga hari bergantung kepada keadaan cuaca dan kuantiti tanah yang digunakan.

"Setelah menjalani proses rendaman dan penapisan, proses membentuknya pula dilakukan mengikut teknik acuan atau bentukan tangan.

"Teknik acuan digunakan untuk produk seperti bekas kecil, lolipop dan pelekat magnet manakala teknik bentukan tangan pula untuk produk seperti kerongsang, loket dan anting-anting," jelasnya.

Eksklusif

Katanya, proses seterusnya ialah mengeringkan produk yang telah siap dibuat mengikut teknik yang dipilih sebelum proses pembakaran dilakukan pada suhu melebihi 1,000° Celcius selama enam jam.

"Selepas proses pembakaran dilakukan selama dua kali dan selepas pembakaran pertama, produk akan diwarnakan terlebih dulu menggunakan cat khas untuk seramik sebelum dibakar untuk kali kedua yang dikenali sebagai pembakaran gerlis.

"Proses pembakaran merupakan faktor penting di dalam penghasilan produk seramik supaya ia dapat tahan lama.

"Keseluruhan proses bergantung kepada saiz dan teknik yang digunakan manakala masa paling singkat untuk menyiapkan satu produk seramik ialah selama dua minggu bergantung kepada kuantiti yang diperlukan," beritahu beliau.


AKSESORI seperti kerongsang dan anting-anting daripada seramik mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.


Ujar Rozana, produknya itu mempunyai lingkungan harga serendah RM4.90 hingga RM1,000 bergantung kepada rekaan, jenis teknik yang digunakan serta kesukaran menghasilkannya.

"Kita juga menghasilkan produk eksklusif untuk pelanggan dan mereka boleh memberikan idea bagi menghasilkan produk seramik yang diingini.

"Biasanya, kita menerima tempahan daripada agensi kerajaan, syarikat korporat dan orang perseorangan selain turut mempunyai pelanggan di Singapura.

"Jika dilihat produk-produk seperti ini kebanyakannya menjadi pilihan para pelancong dan masyarakat tempatan yang gemar melancong," tambahnya sambil memberitahu, dia turut menyertai pelbagai pameran yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

Setiap perniagaan pasti terdapat cabaran dalam menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu dan Rozana juga tidak terkecuali.

"Cabaran menjalankan perniagaan ini ialah dari segi persaingan kerana kita bukan sahaja perlu bersaing di dalam produk-produk seramik sahaja malah terpaksa bersaing dengan produk-produk cenderamata yang lain.

"Selain itu, faktor masa juga merupakan cabaran kepada saya untuk menyiapkan tempahan pelanggan selain kekurangan tenaga kerja mahir kerana kini, sukar mencari mereka yang betul-betul meminati bidang ini," katanya yang turut melakukan perbincangan bersama pelanggan melalui e-mel.

Suhu tidak matang

Ujar Rozana, dia pernah berdepan situasi produk seramik yang dihasilkan tidak menjadi seperti yang diingini.

"Produk seramik ini boleh diibaratkan seperti kita melakukan eksperimen.

"Ini kerana sebelum menghasilkan sesuatu produk itu, kita perlu mencuba warna yang bersesuaian dengan produk yang bakal dihasilkan selain jenis tanah liat yang digunakan sama ada bersesuaian atau tidak.

"Produk yang dihasilkan itu tidak menjadi kerana terdapat kecacatan semasa proses pembakaran gerlis dilakukan seperti tidak mencapai suhu matang dan mempunyai gelembung di permukaannya," jelasnya.

Tambahnya, pantang larang di dalam penghasilan produk seramik amat dititikberatkan bagi memastikan produk berkualiti dapat dihasilkan.

"Kita perlu memastikan tanah liat yang digunakan tidak bercampur plaster kerana ia boleh meletup atau pecah ketika proses pembakaran berlaku.

"Selain itu, tanah liat yang digunakan juga perlu diuli dengan betul supaya tiada udara yang terperangkap di dalamnya," ujarnya yang juga menjadikan laman sosial Facebook sebagai medium promosi.

Rozana memberitahu, dia bercita-cita untuk mempunyai cawangan dan galeri pameran sendiri untuk menempatkan produk-produk seramik keluaran syarikatnya sebagai perancangan masa depan.

"Kita juga mahu menjadikan Bendang Studio sebagai pusat tarikan pelancongan di Melaka," jelasnya yang turut mengalu-alukan pelanggan untuk berkunjung ke studio miliknya tetapi perlu membuat temu janji terlebih dahulu.

Langgar anak sendiri, salah siapa?

Posted:

Langgar anak sendiri, salah siapa?

Langgar anak sendiri, salah siapa?

Oleh ZULHILMI JALIL
zulhilmi.jalil@kosmo.com.my


MEMBIARKAN anak kecil di dalam kereta tanpa pengawasan boleh mengundang padah. - Gambar hiasan


TRAGEDI yang berlaku pada 11 September lalu, mungkin menjadi igauan seumur hidup bagi seorang bapa, Mohd. Ali Hussin, 53.

Apa tidaknya, insiden yang berlaku pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan dia kehilangan anak kesayangannya, Mohd. Adam, 2, yang menjadi mangsa korban kereta miliknya sendiri.

Lebih menyayat hati apabila mangsa ditemui berlumuran darah dalam keadaan secara melutut di dinding sambil kedua-dua tangan memegang selipar selepas dirempuh kereta yang 'dipandu' si abang.

Kejadian yang berlaku di pekarangan rumahnya sendiri di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak itu tercetus selepas Mohd Ali meninggalkan kereta tanpa berkunci sebelum masuk ke dalam rumah sebentar bagi mengambil barangnya.

Namun, tiada siapa dapat menyangka, akal panjang anak kecilnya yang berusia empat tahun itu mampu 'memandu' kereta bapanya.

Tindakan si abang yang cuba 'bereksperimen' dengan kereta Mazda bapanya itu nyata merubah episod hidup dalam keluarga Mohd. Ali.

Insiden itu seolah-olah menjadi pembuka trend nahas maut membabitkan kenderaan undur milik ahli keluarga mangsa sendiri di negara ini.

Ia terbukti apabila dua minggu kemudian, kita digemparkan sekali lagi dengan kejadian seorang budak lelaki, Muhammad Rifaie, 2, yang maut selepas digilis treler yang dipandu bapanya di Taman Megah, Pontian, Johor.

Tidak hanya terhenti di situ, selang dua minggu selepas itu, Muhammad Faqih Mohd. Fitri yang berusia 10 bulan menjadi mangsa korban ibunya sendiri yang tidak sengaja merempuh anaknya ketika mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya di Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Ini merupakan sebahagian daripada insiden maut yang membabitkan kemalangan kenderaan yang mendapat liputan meluas.


KERATAN akhbar muka depan Kosmo! 10 Oktober 2013.


Kecuaian

Belum lagi dikira kes melibatkan kecederaan dan kanak-kanak yang mati lemas dalam kereta.

Sebagai manusia yang ada pegangan agama, kita percaya kematian seseorang itu dianggap ketentuan tuhan.

Namun, setiap apa yang berlaku pasti ada penyebabnya.

Jika nyawa anak-anak itu sendiri diragut oleh insan yang sudah diamanahkan oleh tuhan untuk menjaganya, sudah pasti sebagai ibu bapa, ia menjadi sejarah hitam dalam memori hidupnya.

Dalam hal sebegini, yang jelas ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan kanak-kanak.

"Kejadian kemalangan undur kereta ini bukan hanya di Malaysia. Di negara maju seperti Amerika Syarikat dilaporkan sebanyak 448 kematian akibat langgar undur dari tahun 2006 hingga 2010.

"Di Australia sendiri, saban minggu sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak telah terlanggar akibat undur kereta. Kes kemalangan undur kereta ini boleh dikatakan antara kejadian yang kerap berlaku di luar negara selain kes lemas dalam kereta," ujar Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Anak-Anak Malaysia, Mohd. Fairuz Mohamed Isa.

Mohd. Fairuz menjelaskan antara faktor berlakunya kemalangan tersebut ialah kecuaian penjaga itu sendiri.

Sikap suka tergesa-gesa memandu kereta keluar dari rumah menyumbang kepada kegagalan ibu bapa untuk memastikan keadaan sekitar berada dalam keadaan selamat sebelum menggerakkan kenderaan.

Katanya, sikap semula jadi kanak-kanak juga boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan tersebut.

"Memang sifat semula jadi kanak-kanak yang berasa teruja jika melihat ibu bapanya. Tidak kurang ada juga kanak-kanak yang begitu aktif dan agak nakal.

"Namun, ini bukanlah alasan bagi kita untuk membiarkan mereka tanpa sebarang pengawasan," ujarnya.


IBU bapa perlu memantau keadaan persekitaran bagi memastikan ianya selamat sebelum mengundurkan kenderaan. - Gambar hiasan


Zon buta

Faktor luaran seperti keadaan kereta dan persekitaran juga dilihat antara yang boleh menyumbang kepada kes-kes kemalangan sedemikian.

"Sekiranya kenderaan tidak dilengkapkan dengan alat pengesan undur kereta, ia akan menyukarkan pemandu untuk mengenal pasti objek yang berada di belakang.

"Ini ditambah pula dengan keadaan enjin kereta yang berbunyi bising sehingga tidak dapat mendengar suara lain di sekeliling," katanya yang memberitahu zon 'buta' kenderaan turut perlu diambil kira dalam memastikan keadaan di sekitar kenderaan.

Dalam hal sebegini, mencari kesalahan sesiapa bukanlah penyelesaiannya.

"Namun, kecuaian ini perlu diberi pengajaran dan masyarakat perlu belajar dari kesilapan. Kempen kesedaran, bimbingan dan kaunseling kepada ibu bapa perlu agar kejadian seumpama tidak berulang," katanya yang memberitahu, Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika ibu bapa didapati bersalah atas kecuaian sehingga mengakibatkan anak-anak cedera.

Usahawan bebas berniaga di mana-mana

Posted:

Usahawan bebas berniaga di mana-mana

Usahawan bebas berniaga di mana-mana

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


NORAISHAH menunjukkan produk cendawan goreng miliknya yang mendapat permintaan ramai.


RATA-RATA peniaga menyambut baik pelaksanaan program Karavan Tani yang lebih praktikal bagi menjalankan perniagaan selain mesra pelanggan.

Ini kerana program anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu membolehkan mereka berniaga di tempat berbeza tanpa mengira masa.

Ia sekali gus membantu mereka menambah pendapatan berbanding berniaga di pasar tani pada hari tertentu sahaja dan di bawah kanopi yang tidak selesa.

Seorang peniaga sayur-sayuran, Mohd. Zaidi Mohd. Zubir, 30, berkata, karavan telah mengubah imej lama pasar tani di samping mengembangkan perniagaan melalui konsep pasar bergerak ini.

Ujarnya, penggunaan karavan sangat memudahkan malah menjimatkan masa dan tenaga kerana mereka tidak lagi perlu membawa khemah serta berpanas dan berhujan.

"Kebanyakan pelanggan sangat teruja membeli pelbagai jenis sayur-sayuran yang diletakkan di dalam karavan ini," katanya ketika ditemui di Pasar Tani Presint 2, Putrajaya baru-baru ini.

Pemilik karavan yang menjalankan peniagaan ikan dan makanan laut, Muhamad Rahmat Abdul Rahman, 24, pula berkata, dari segi logistik karavan merupakan satu konsep yang amat menarik.

"Konsep karavan membolehkan produk dibawa secara terus kepada pengguna.


MUHAMAD RAHMAT bersama sayur-sayuran segarnya yang disusun cantik di atas karavan.


"Ia merupakan pilihan terbaik kepada pengguna sibuk yang tidak sempat ke pasar atau kedai.

"Kemudahan karavan membolehkan saya menjual di kawasan perumahan dan tidak hanya terikat di pasar tani," katanya yang memperoleh bekalan ikan dan makanan laut segar dari Sekinchan, Selangor.

Bagi Muhammad Azlan Abas, 32, perniagaan karavan memberikan beliau idea untuk mengembangkan bisnesnya yang diberi nama 'Nangka On Wheel'.

"Kemudahan karavan memberikan impak kepada pelanggan malah peniaga dapat mempelbagaikan idea dengan konsep karavan tersebut," katanya yang menjual produk-produk berasaskan nangka.

Seorang lagi pemilik karavan yang menjalankan perniagaan menjual daging lembu segar selama lebih empat tahun, Mohamad Sohaimi Ahmad, 49, berkata, konsep tersebut lebih bersih dan kemas kerana karavan itu dilengkapi kemudahan asas seperti lampu.

"Pelanggan lebih tertarik untuk membeli dalam suasana yang bersih. Sebagai contoh, karavan saya dilengkapi dengan tangki penyimpanan sisa air, oleh itu air kotor tidak akan meleleh ke tempat yang tidak sepatutnya," katanya.

Sementara itu, pemilik karavan yang menjual makanan siap dimasak seperti cendawan goreng, Noraishah Soyed, 22, memberitahu, karavan beliau yang dilengkapi dapur memasak sangat praktikal malah beliau boleh memasak dalam kuantiti yang banyak.

"Penggunaan karavan selesa bagi peniaga manakala pelanggan berpuas hati dengan tahap kebersihan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kereta api Bukit Bendera terkandas

Posted:

Kereta api Bukit Bendera terkandas

Kereta api Bukit Bendera terkandas

ORANG ramai menaiki kereta api Bukit Bendera yang beroperasi seperti biasa semalam selepas terkandas dua jam malam kelmarin.


GEORGE TOWN – Gangguan bekalan elektrik menjadi punca kereta api Bukit Bendera terhenti di pertengahan landasan ketika menuruni bukit sehingga menyebabkan lebih 100 pengunjung terkandas hampir dua jam malam kelmarin.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Lawrence Khoo berkata, dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, tindakan beberapa penumpang yang menendang pintu serta cuba memecahkan cermin tingkap sebelum meluru keluar beramai-ramai sebaik sahaja pintu terbuka secara paksa menyebabkan situasi menjadi bertambah buruk.

"Kita ada bekalan tenaga elektrik simpanan yang boleh diguna ketika kecemasan dan ia memerlukan kurang dari 10 minit untuk kita teruskan semula operasi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Iran, Nigeria pembekal dadah

Posted:

Iran, Nigeria pembekal dadah

Iran, Nigeria pembekal dadah

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my


WAN JUNAIDI


KUCHING – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenal pasti, Iran dan Nigeria merupakan dua buah negara pengeluar dan pembekal dadah terbesar bagi pasaran di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembekal dadah dari dua buah negara itu turut menjalin kerjasama dengan pengedar-pengedar dadah tempatan sehingga menyumbang kepada kegiatan jenayah lain.

"Meskipun Iran menyatakan bahawa bahan larangan tersebut hanya untuk kegunaan rakyat mereka, namun pengeluarannya secara berlebihan turut memberi kesan negatif kepada Malaysia, Brunei dan Singapura.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ramai remaja alami tekanan cuba bunuh diri

Posted:

Ramai remaja alami tekanan cuba bunuh diri

Ramai remaja alami tekanan cuba bunuh diri

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI
berita@kosmo.com.my


TEKANAN hidup menyebabkan ramai remaja cuba membunuh diri. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Remaja yang berusia antara 16 hingga 25 tahun dikenal pasti sebagai golongan paling cenderung untuk cuba membunuh diri akibat tekanan.

Pengerusi Sedia Bersahabat (Befrienders) Kuala Lumpur, Mary Raj berkata, masalah itu berlaku kerana golongan tersebut masih muda dan gagal berdepan tekanan dalam hidup.

"Mereka terdiri daripada pelajar dan lepasan sekolah, penuntut universiti serta golongan muda yang baru bekerja dan terdedah kepada pelbagai jenis tekanan dan gangguan emosi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Maik sasar kutipan zakat RM125 juta tahun ini

Posted:

Maik sasar kutipan zakat RM125 juta tahun ini

Maik sasar kutipan zakat RM125 juta tahun ini

19/10/2013 9:28pm

MACHANG - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menyasarkan pungutan zakat pada tahun ini meningkat kepada RM125 juta berbanding RM113 juta tahun lepas.

Penasihat Khas Yang Dipertua Maik, Datuk Nik Kamaruddin Ismail berkata kutipan Maik sehingga bulan ini ialah sebanyak RM106 juta.

"Masyarakat sekarang sedar duit zakat yang mereka serahkan kepada Maik, kita salurkan dengan baik kepada golongan yang berhak menerima zakat," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Maik 2013 di Dataran Hutan Lipur Bukit Bakar di sini hari ini.

Pada program itu, Maik dengan kerjasama Media Prima Sdn Bhd, turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada 27 keluarga miskin di daerah ini. - Bernama

Empat penjenayah lolos selepas kereta dinaiki terbabas

Posted:

Empat penjenayah lolos selepas kereta dinaiki terbabas

Empat penjenayah lolos selepas kereta dinaiki terbabas

19/10/2013 8:22pm

PETALING JAYA - Empat penjenayah bertindak agresif dengan melanggar beberapa buah kereta sebelum nyaris merempuh seorang lelaki sewaktu cuba melarikan diri daripada ditahan polis di Flat Gugusan Cempaka, Seksyen 6, Kota Damansara di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, ketika kejadian pada kira-kira pukul 3,45 petang itu, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah kenderaan jenis Proton Waja yang dinaiki suspek ekoran khuatir dengan keselamatan orang awam yang berada di kawasan flat berkenaan.

"Setelah ditembak, suspek sempat memandu sejauh kira-kira 200 meter sebelum kenderaan yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar kereta milik penduduk yang diletakkan di kawasan letak kereta flat tersebut.

"Mereka kemudiannya telah melarikan diri dan meninggalkan kereta tersebut di lokasi kejadian. Kita percaya kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan sedang bersembunyi," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui dilokasi kejadian di sini hari ini. - KOSMO!

Pemilihan UMNO 2013: Zahid, Shafie dijangka kekal jawatan, Hishammuddin bersaing sengit dengan Mukhriz

Posted:

Pemilihan UMNO 2013: Zahid, Shafie dijangka kekal jawatan, Hishammuddin bersaing sengit dengan Mukhriz

Pemilihan UMNO 2013: Zahid, Shafie dijangka kekal jawatan, Hishammuddin bersaing sengit dengan Mukhriz

19/10/2013 8:10pm

KUALA LUMPUR - Untuk keputusan tidak rasmi sehingga pukul 8 malam ini, penyandang jawatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal masing-masing dijangka mengekalkan jawatan tersebut.

Kedua-dua pemimpin tersebut menerima lebih 100 undi daripada bahagian yang bersidang di seluruh negara hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penyandang jawatan itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bersaing sengit dengan muka baharu, Datuk Muhkriz Tun Dr. Mahathir dengan hanya masing-masing terpisah kira-kira 10 undi sahaja. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Arkeologi cari harta karun RM157 bilion

Posted:

Arkeologi cari harta karun RM157 bilion

Arkeologi cari harta karun RM157 bilion

SEJUMLAH orang mengunjungi sebuah kawasan kubu pada abad ke-17 yang dikatakan mempunyai simpanan harta karun di Unnao, Uttar Pradesh kelmarin.- AP


UNNAO - Ahli-ahli arkeologi memulakan kerja-kerja menggali di sebuah kubu untuk mencari harta karun pada abad ke-19 di utara India semalam.

Kerja-kerja menggali itu dibuat selepas seorang sami mendakwa seorang bekas raja muncul dalam mimpinya dan memberitahu terdapat simpanan harta karun bernilai AS$50 bilion (RM157 87 bilion) di bawah tanah kubu.

Kerja-kerja itu dimulakan selepas sami tersebut, Shobhan Sarkar memaklumkan tentang mimpinya kepada seorang menteri India yang melawatnya pada bulan lalu.

Sami itu berkata, Raja Rao Ram Baksh Singh yang digantung sampai mati pada tahun 1858 kerana menentang penjajah British memberitahunya, terdapat 1,000 tan harta karun yang tersembunyi di bawah kubu miliknya itu.

Majistret daerah Unnao, Vijay Karan Anand berkata, beberapa pegawai geologi dan arkeologi telah meninjau kawasan tersebut dan menemui bukti tentang kewujudan logam yang terdapat kira-kira 20 meter dari bawah tanah.

"Kerja-kerja menggali merupakan satu cara untuk mengesahkan jenis logam itu," ujarnya.

Pihak Kajian Arkeologi India menyatakan, kerja-kerja menggali akan bermula di bawah sebuah kuil yang terletak di dalam runtuhan kubu lama itu.

Dalam pada itu, rata-rata penduduk kampung Daundia Khera yang tidak mempunyai bekalan elektrik berkata, cerita tentang harta karun tersebut telah diketahui daripada orang tua mereka.

Dalam pada itu, pihak berkuasa telah membuat sekatan bagi menghalang beribu-ribu orang yang mula membanjiri kampung itu untuk melihat harta karun dan mereka turut bersembahyang di situ.

Bagaimanapun, salah seorang keturunan raja itu, Navchandi Veer Pratap Singh berkata, jika emas benar-benar ditemui di kawasan itu, dia juga perlu memperoleh sahamnya.

Pihak berkuasa negeri Uttar Pradesh menyatakan, ia juga berhak ke atas harta karun itu. - AP

Pelajar universiti tunjuk perasaan dalam keadaan separuh bogel

Posted:

Pelajar universiti tunjuk perasaan dalam keadaan separuh bogel

Pelajar universiti tunjuk perasaan dalam keadaan separuh bogel


SEJUMLAH pelajar universiti yang menyertai tunjuk perasaan di Cali pada Rabu lalu.- REUTERS


CALI, Colombia - Sekumpulan pelajar universiti yang terdiri daripada lelaki dan wanita sanggup menanggalkan baju masing-masing semasa mereka menyertai satu tunjuk perasaan pada Rabu lalu.

Para pelajar wanita itu tanpa segan silu mendedahkan payudara mereka semasa mereka berarak di sebatang jalan raya di Cali dan di Medellin.

Sebahagian wanita yang mendedahkan payudara itu memakai topeng bagi mengelak identiti mereka diketahui.

Terdapat juga pelajar lelaki yang sanggup berbogel dalam tunjuk perasaan itu.

Sejumlah pelajar wanita lagi hanya memakai coli dan seluar dalam.

Para pelajar itu menuntut kerajaan menyalurkan lebih banyak bantuan kepada universiti-universiti tempatan dan menghapuskan kadar faedah ke atas pinjaman pendidikan. - Agensi

Tengkorak manusia 1.8 juta tahun ditemui

Posted:

Tengkorak manusia 1.8 juta tahun ditemui

Tengkorak manusia 1.8 juta tahun ditemui


GAMBAR yang dirakamkan pada tahun 2005 menunjukkan tengkorak manusia berusia 1.8 juta tahun yang ditemui di Dmanisi, Georgia.- AP


DMANISI - Penemuan satu tengkorak manusia berusia 1.8 juta tahun yang tertanam di sebuah perkampungan di Georgia, Eropah Timur memberi gambaran bahawa manusia hanya berasal daripada satu spesies sahaja, kata sekumpulan penyelidik kelmarin.

Menurut para penyelidik itu, tengkorak tersebut menjadi bukti baharu bahawa manusia awal yang hidup, hanya daripada satu spesies tetapi mempunyai wajah yang berbeza.

Bentuk tengkorak itu menunjukkan ia mempunyai otak kecil iaitu bersaiz kira-kira satu pertiga daripada otak manusia kini.

Ia mempunyai rahang seperti beruk.

Turut ditemui ialah beberapa peralatan batu dan tulang-tulang harimau.

Penemuan penyelidik itu disiarkan dalam jurnal Science.

Ia merupakan satu daripada lima tengkorak manusia awal yang telah ditemui di Dmanisi yang terletak kira-kira 100 kilometer dari ibu kota Georgie, Tblisi.

Tengkorak itu ditemui pada tahun 2005.

Empat daripada tengkorak yang ditemui itu mempunyai rahang.

Menurut penulis bersama kajian itu, Christoph Zollikofer dari Universiti Zurich, Switzerland, semua tengkorak itu menunjukkan ia datang dari kalangan sekumpulan penduduk dari spesies yang tunggal.

Bagaimanapun, Pengarah Program Kedoktoran Hominid dan Paleobiologi di Universiti George Washington, Amerika Syarikat, Bernard Wood menyatakan, tengkorak itu mungkin berasal dari satu makhluk yang tidak pernah diketahui para penyelidik sebelum ini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Jadi anak seni, bukan Barbie - Melly

Posted:

Jadi anak seni, bukan Barbie - Melly

Jadi anak seni, bukan Barbie - Melly

GINCU merah menyala dan sepasang subang merah berbentuk hati serta sepatu tajam berwarna 'emas' yang dipakai wanita dengan nama pentas Melly Goeslaw menyambut kedatangan saya pada petang itu.

Sambil tangan lincah membalas kiriman WhatsApp di telefon pintarnya, beberapa kali dia dengan sopan meminta saya menunggu sebentar untuk ditemu bual. Sebaik selesai, dia membetulkan posisi duduk, tegak mengadap saya dan bicara kami bermula.

Melly Goeslaw, bagi pengikut setianya akan taksub benar dengan karya wanita ini. Magis idea Melly bagai tidak pernah berhenti dan bersifat malar segar.

Siapa yang tidak pernah kemaruk dengan lagu seperti Ada Apa Dengan Cinta, Cinta, Jika, Tentang Dia atau Menghitung Hari. Itu, hanya beberapa karya hebat miliknya, daripada ribuan karya yang telah dicipta sejak lebih 10 tahun lalu.

Saat diajak berkongsi tentang bakat luar biasanya itu, Melly memberitahu, sejak zaman sekolah, dia telah mula menulis puisi dan kemudian berjinak-jinak dengan penulisan lagu.

Mengaku pada awal kariernya tidak segah sekarang, beberapa lagu demo miliknya kerap ditolak banyak syarikat rakaman pada tahun 1995, sebelum karyanya bersama grup Potret diterima mudah beberapa tahun selepas itu.

"Saya selalu percaya bahawa seseorang mempunyai waktu yang tepat untuk berlaku sesuatu, seperti yang terjadi kepada saya.

"Perkenalan saya dengan Anto Hoed yang kemudian menjadi suami dan bersama membangunkan Potret telah mempertemukan saya dengan waktu yang tepat di dalam bidang ini," ujarnya.

Bersama suaminya, Melly kemudian sukses dengan banyak siri album runut bunyi yang telah meledakkan namanya sebagai pencipta lagu terhebat Indonesia. Menyambung kehebatan, untaian ciptaan lagu solo buat beberapa penyanyi, termasuk nyanyian dirinya sendiri menjadi siulan tak berpenghujung.

Ditanya bagaimana dia selalu mendapat momen yang tepat dalam melahirkan karya magis, Melly memberitahu, sesebuah karya yang dibikin harus bersifat jujur dari hati.

"Lagu yang bagus ialah lagu yang berkata-kata. Kadang-kadang ada lagu yang dibikin terlalu drama, pada saya itu tidak perlu. Ini kerana saya berpendapat, lagu yang mengalir dari hati, akan jatuh ke tulisan dengan jujur dan ia menjadi lebih enak," ulasnya.

MELLY GOESLAW tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang selebriti. Dia gemar meladeni kehidupannya sebagai orang biasa yang antaranya, masih menaiki teksi sebagai pengangkutan awam.


Mutiara yang tertimbun

Di luar lingkup karier sebagai seorang penulis lirik dan komposer yang tegar, Melly hadir ke Malaysia dengan satu tugasan besar. Dia terbabit dengan program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) sebagai salah seorang Inspirer bersama Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza.

Ditanya mengapa dia menerima tawaran tersebut dan sanggup meninggalkan suaminya serta dua anak mereka, Anakku Lelaki dan Lelaki Bernama Hoed selama tiga minggu sepanjang terbabit dengan program tersebut, Melly memberitahu, dia mahu menyelidik adakah benar bakat seni hiburan Malaysia sudah tandus.

"Saya melibatkan diri dengan AF 2013 selain kerana ia adalah pengalaman pertama sebagai Inspirer, sebenarnya juga, saya mahu melihat adakah benar industri hiburan Malaysia seperti sudah pupus bakat baharu yang bagus.

"Dahulu, Malaysia punya banyak penyanyi hebat seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Amy Search, Nora atau Iklim misalnya, adakah sekarang sudah tiada?

"Justeru, saya di sini selain berkongsi ilmu tentang pengalaman saya sebagai anak seni, saya percaya dan yakin bahawa ada bakat baharu yang bagus, cuma bintangnya tidak digilap," ujar Melly panjang lebar sambil mengaku tempoh tiga minggu menjadi Inspirer tidak cukup buatnya membimbing peserta AF 2013.

Jelasnya lagi, apa yang diperhatikan, bakat baharu Malaysia bukan tiada potensi, tetapi mereka selalu tersekat dengan lenggok nyanyian penyanyi sedia ada. Justeru, katanya lagi, perkara tersebut perlu diperbetulkan terlebih dahulu untuk terus maju.

Memberitahu dia sudah nampak seorang peserta wanita dalam AF 2013 yang berpotensi sebagai bintang baharu, ujar Melly, peserta tersebut bagaimanapun memerlukan bantuan pakar di belakangnya.

"Saya lihat peserta ini memerlukan kelahiran semula dengan pakej yang bersesuaian dengan pasaran industri sekarang. Ia perlu kerana jika tidak, dia hanya akan menjadi mutiara yang tertimbun begitu sahaja.


MENURUT Melly, karakter 'bintang' terbahagi kepada dua. Pertama, ada individu yang punya potensi tetapi tiada sinar bintang, manakala ada yang dilahirkan cukup pakej sebagai bintang.


Eksentrik

Menyentuh tentang penampilannya, Melly tersenyum lebar. Dia tahu soalan yang mahu dipertanyakan buatnya.

Terkenal sebagai seorang penghibur yang cukup eksentrik di atas pentas dengan busana sarat dan solekan pancawarna, Melly punya sebab berbuat demikian.

Mengaku ia sebagai satu hipnosis khalayak kerana dirinya seorang pemalu, selebihnya dia seorang yang gemar bermain dengan eksperimen.

"Saya seorang yang cepat bosan dan selalu berfikir mengapa perempuan selalu melakar warna hitam atau coklat sahaja pada alis mereka, walhal kita ada pilihan untuk memakai warna kuning, hijau atau merah misalnya.

"Dan saya memilih untuk berbuat demikian kerana mahu kelihatan berani dan unik. Malah, saya kira semua orang boleh menjadi berani dan unik," ujarnya yang mempunyai pereka busana sendiri untuk membantu merealisasikan keinginannya dengan gaya eksentrik.

Bagaimanapun, ujar Melly, saat meninggalkan sorotan glamor, dia lebih gemar menjadi dirinya sendiri yang jarang berdandan dan tidak ambil peduli tentang penampilan fizikalnya.

Ujarnya: "Menurut saya, kita juga perlu menjadi diri sendiri. Tiba masanya, kita semua akan tua, jadi mengapa perlu terlalu berusaha untuk menidakkan fakta itu.

"Saya seorang yang realistik. Saya akan pakai apa sahaja dengan fizikal saya yang gemuk dan tidak mahu keluar di hadapan khalayak dengan penampilan, bukan seperti Barbie."

Biarpun begitu, akui Melly, pada satu ketika usai melahirkan anak keduanya beberapa tahun lalu, berat badannya naik mendadak mencecah 90 kilogram.

Gagal menurunkan berat badan selepas mengamalkan diet dan bersenam, dia akhirnya mencuba jalan pintas untuk kurus dengan melakukan kaedah sedut lemak.

Ia dilakukan bukan kerana bimbang tentang penampilannya yang jelik, sebaliknya kata Melly kerana dia mula mengalami kesukaran mencari baju dan sesak nafas ketika membuat persembahan.

Sambil ketawa, Melly bercerita: "Saya melakukan kaedah tersebut secara percuma selepas ditawarkan oleh seorang doktor dari Brazil.

"Ya, selepas melakukan kaedah itu, berat badan saya tidak turun malah, mendadak naik semula. Ya, sudah. Saya tidak mahu melakukan kaedah tersebut lagi kerana ia menyakitkan.

"Oh, mungkin kalau dibayar tidak sakit ya, kerana sewaktu saya buat dahulu, percuma, jadi sakitnya sangat terasa."

Anak orang ternama kekasih Nubhan

Posted:

Anak orang ternama kekasih Nubhan

Anak orang ternama kekasih Nubhan

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

NUBHAN turut menjawab isu dia 'mengamuk' dengan seorang petugas kaunter pertanyaan sebuah syarikat telekomunikasi baru-baru ini.


NAMA penyanyi Ahmad Nubhan Ahmad atau Nubhan tiba-tiba memasuki carta panas hiburan. Semuanya berikutan gosip dirinya yang dikatakan bercinta dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana selepas mereka dan beberapa teman dilihat bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu.

Biarpun masing-masing sudah menafikan gosip tersebut namun masih ramai yang tidak berpuas hati mengatakan, penyanyi yang popular menerusi lagu Ada Untukmu itu sedang menyulam cinta bersama Nana.

Bagaimanapun, terkini Nubhan didakwa pula sudah mempunyai seorang kekasih. Bukan dalam kalangan selebriti, tetapi dedah Nubhan buat pertama kalinya kepada media, gadis tersebut merupakan anak kepada seorang yang berpengaruh.

Nubhan bercerita lebih lanjut mengenai gadis tersebut kepada Kosmo! ketika ditemui pada sesi fotografi drama bersiri Aku siaran TV3 di studio Utusan, Kuala Lumpur.

Selain itu, Nubhan turut mengulas mengenai isu dia mengamuk dengan seorang petugas kaunter pertanyaan sebuah syarikat telekomunikasi.

Kosmo!: Bolehkah kongsi lebih lanjut mengenai gerangan kekasih hati Nubhan?

NUBHAN: Sebenarnya, saya tidak mahu percintaan saya ini diketahui orang. Pada dasarnya, pada pihak saya, saya tiada masalah. Saya boleh mengaku sudah ada kekasih, tetapi, saya kena hormat keluarga dia. Tidak semua orang boleh terima bila nama mereka keluar di laman sosial atau di dada-dada akhbar. Tambahan pula, keluarganya seorang yang berpengaruh. Jadi, saya minta maaf tidak dapat menyebut namanya.

Sudah berapa lama kalian bercinta?

Kami berkawan lima tahun lalu dan bercinta sejak setahun lalu. Dia seorang pelajar bidang perubatan pergigian di sebuah universiti di Mesir.

Bagaimanakah perasaan bercinta jarak jauh?

Bercinta jarak jauh memang mencabar. Sudah lima tahun kami berkeadaan begini (berjauhan), tetapi kami masing-masing faham dan setia antara satu sama lain.

Sebelum ini anda digosipkan dengan Nana dan ternyata sebenarnya anda bercinta dengan bakal doktor gigi. Adakah hubungan anda kali ini serius?

Saya dan Nana hanya kawan sebab kami serasi. Saya memang serius dengan kekasih saya itu. Bila saya bercinta, saya tidak main-main. Saya sudah fikir mengenai masa depan bersamanya.

Bilakah kalian merancang untuk berkahwin?

Buat masa ini belum ada. Tunggu dia habis belajar lagi setahun, dua ini, kemudian baru merancang ke arah itu (perkahwinan).

MENGAKU kekasihnya seorang bakal doktor gigi yang menuntut di Mesir, kata Nubhan dia tidak main-main dengan percintaan tersebut. Jika panjang jodoh mereka, Nubhan mahu menikahi gadis yang merupakan anak seorang kenamaan tersebut.


Beralih pada soalan lain, baru-baru ini juga anda didakwa bergaduh dengan seorang petugas kaunter pertanyaan sebuah syarikat telekomunikasi. Ketika itu anda bersama seorang wanita. Boleh jelaskan?

Wanita itu kawan saya. Dia temankan saya untuk mengesan nombor yang tertera di telefon saya. Ketika bertanya kepada petugas tersebut (seorang wanita) dia menunjukkan reaksi sombong dan melayan kami dengan tidak mesra. Lalu, saya menegurnya dan di situ berlaku sedikit kekecohan.

Apakah perasaan anda bila berlaku insiden seperti itu?

Selama ini saya tidak pernah marah orang atau buat hal dengan orang. Tetapi, saya juga ada hadnya bila dia bersikap kurang ajar. Kalau ikutkan hati saya hendak buat laporan mengenai sikapnya kepada orang atasan syarikat telekomunikasi tersebut, tetapi, saya fikir akan masa depannya dalam kerjayanya.

Boleh ceritakan mengenai drama terbaharu anda iaitu Aku?

Dalam drama tersebut saya bawa watak Acid yang bercinta dengan Nini (lakonan Reen Rahim) seorang gadis pujaan di kampung mereka. Hubungannya dengan Nini dibenci oleh Adam Shah sehingga mengheret mereka ke kancah pergaduhan. Selepas itu, Acid membawa diri ke Kuala Lumpur. Bercerita tentang cabaran memikul watak Acid, drama ini merupakan drama siri pertama saya. Sebelum ini saya hanya berlakon dalam telefilem.

Kenapa kali ini anda menerima tawaran untuk berlakon dalam drama siri yang melibatkan penggambaran yang memakan masa yang lama. Adakah disebabkan anda kini tidak lagi aktif menyanyi?

Saya masih menyanyi malah, sedang dalam proses menyiapkan album kedua. Saya terima berlakon drama ini kerana mahu cabar diri berlakon drama aksi. Tetapi bidang nyanyian masih menjadi keutamaan saya.

Bagaimana pula dengan album kedua anda?

Album kedua saya akan memuatkan lima buah lagu. Masih ada dua lagi lagu yang belum direkodkan. Kemungkinan album ini siap awal tahun depan manakala single pertamanya pula akan keluar pada hujung tahun ini. Dalam album ini juga turut memuatkan lagu duet kedua saya bersama penyanyi Mila selepas lagu popular kami sebelum ini iaitu Cinta Kasih.

Khabarnya, anda juga kini merupakan usahawan kosmetik. Benarkah?

Ya. Pertengahan tahun 2013 saya mula mengeluarkan produk penjagaan kulit yang diberi nama Sole. Pada masa akan datang saya juga akan mengeluarkan produk langsing badan iaitu Aisy Secrets. Kedua-dua produk ini merupakan produk keluaran negara Switzerland.

Lina Tan didiagnos kanser payudara

Posted:

Lina Tan didiagnos kanser payudara

Lina Tan didiagnos kanser payudara

PENERBIT TV berkaliber ini akur selepas di takdirkan menghidap kanser.


SETIAP kali bertemu dengan Penerbit Eksekutif Red Communication Sdn. Bhd., Lina Tan dalam mana-mana acara hiburan, dia kelihatan cukup ceria dan dikenali seorang individu yang mudah mesra.

Bagaimanapun, dalam pertemuan dengannya baru-baru ini ketika majlis pratonton program 3R musim baharu, Lina, 47, dia kelihatan tidak bermaya.

Sosok tubuhnya kelihatan susut dan Lina dilihat menyimpan rambutnya yang kelihatan semakin menipis di sebalik topi yang dipakainya.

Ternyata, Lina kini rupanya sedang berperang dengan penyakit nombor satu wanita iaitu kanser payudara.

Dia yang sebelum ini kelihatan sihat dan aktif melakukan aktiviti sukan tidak menyangka akan menghidapi penyakit tersebut.

Menurut Lina, dia mengetahui dihidapi penyakit tersebut tiga bulan lalu selepas berjumpa dengan doktor peribadinya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, terutama selepas dia mengesan terdapat satu benjolan pada bahagian payudaranya di sebuah hospital swasta.

"Saya menyedari terdapat ketumbuhan dan terus mendapatkan pemeriksaan doktor dan pada waktu itu doktor mengesan saya telah diserang kanser tahap kedua.

"Saya kemudian mula menjalani rawatan dan pembedahan untuk menyekat serangan yang lebih serius. Namun, apa yang saya boleh katakan selepas diserang penyakit ini, baru saya tahu bahawa kanser memang sejenis penyakit yang membunuh dalam diam kerana saya tak rasa sakit, tetapi rupanya saya menghidapi penyakit tersebut," jelas Lina panjang lebar.

Jujur Lina, pada awal mendapat berita tersebut, dia terkejut memandangkan tiada ahli keluarganya menghidap penyakit tersebut. Bagaimanapun, selepas doktor memberitahu bahawa ramai wanita mudah mendapat kanser payudara, saya akur dengan ujian yang datang kepada saya.

Kini, selepas dapat menerima kenyataan tentang penyakit yang dihidapinya, Lina bertekad untuk melawannya.

"Saya bertekad melawan penyakit ini dan telah melakukan kemoterapi sebanyak tiga kali. Kini, saya perlu menjalani satu lagi rawatan kemoterapi," katanya yang juga mengaku positif terhadap sesi pemulihan yang sedang dihadapinya.

Lina kemudian menasihatkan agar semua wanita lingkungan umur 30 dan ke atas untuk melakukan pemeriksaan kanser payudara yang merupakan penyakit yang mudah didapati dengan kehidupan moden sekarang.

Malah, katanya yang kini banyak menghabiskan masa dengan berehat di rumah memberitahu antara penyebab kanser payudara adalah seseorang yang kuat stres dan tidak menjaga pemakanan yang seimbang.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved