Khamis, 17 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kesetiakawanan pegangan Zahid

Posted:

Kesetiakawanan pegangan Zahid

Kesetiakawanan pegangan Zahid

FAKTOR keserasian Zahid dengan Presiden parti dikatakan boleh mempengaruhi keputusan Pemilihan UMNO 2013.


PADA Pemilihan UMNO 2009, Datuk Seri menang jawatan Naib Presiden dengan mendapat undi tertinggi iaitu 1,592 undi diikuti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (1,515) dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (1,445). Pada pandangan Datuk Seri, mengapakah perwakilan memberikan Datuk Seri undi tertinggi berbanding calon Naib Presiden UMNO lain ketika itu?

AHMAD ZAHID: Saya telah diberi kepercayaan sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 2009 bukan disebabkan sokongan daripada perwakilan UMNO dari negeri-negeri sahaja. Jawatan saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam ketika itu turut membantu. Mungkin perwakilan telah melihat beberapa perubahan yang saya lakukan khususnya dari aspek pengurusan organisasi agama seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Tabung Haji. Saya juga mengkoordinasikan sistem fatwa dan mempertahankan di Dewan Rakyat bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Jawatan Naib Presiden itu juga merupakan kesinambungan jawatan politik saya sebab saya pernah menjadi Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Ketua Pemuda. Selepas Pemuda, saya menjadi ahli Majlis Tertinggi pula dengan mendapat undi keempat dan kedua terbanyak dalam dua pemilihan.

Saya tidak menanam budi, saya hanya menanam kesetiakawanan. Mungkin faktor keakraban dan falsafah saya ketika itu yang menyumbang kemenangan pada 2009.

Betulkah ada pakatan untuk mengekalkan penyandang Naib Presiden sekarang?

Sebenarnya ia bukan pakatan, sebaliknya satu kesefahaman antara calon penyandang. Pada pandangan saya, Presiden UMNO selesa dengan kami bertiga dan kebetulan kami lahir daripada 'kilang' Pemuda.

Antara ketiga-tiganya, sayalah yang paling lama. Sejak tahun 1988 apabila UMNO diharamkan dan Najib menjadi Pemangku Ketua Pemuda ketika itu sehinggalah pada tahun 1993 semasa beliau memenangi jawatan Naib Presiden, kami telah bekerja bersama-sama dan mempunyai pola pemikiran yang sama.

Bagaimana dengan keselesaan bekerja antara Datuk Seri dengan wajah baharu seperti Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan orang lama, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad andai kata mereka menang dalam pemilihan nanti?

Bagi saya keselesaan itu merujuk kepada Presiden dan Timbalan Presiden. Pada pengamatan saya, selain Timbalan Presiden, Najib sering merujuk Naib-Naib Presiden walaupun sebenarnya beliau boleh membuat keputusan sendiri. Dengan kata lain, Naib Presiden harus mampu bekerja dalam persekitaran yang selesa dan harmoni bersama Presiden.

Kali ini seramai kira-kira 146,500 perwakilan akan mengundi. Apakah istimewanya Datuk Seri berbanding lima calon yang lain itu?

Tidak adil bagi saya untuk menganalisis diri saya begitu. Saya lihat terdapat kematangan dalam kalangan ahli-ahli yang menjadi perwakilan biarpun mereka itu pemimpin akar umbi.

Mereka bukan saja melihat sama ada calon sudah melaksanakan tugas sebagai menteri atau menteri besar dengan baik, malah perwakilan mahukan pemimpin yang tidak bermusim. Ertinya, walaupun pemimpin ada program rasmi di kementerian, mereka harus mempunyai masa untuk bekerja dengan kepimpinan di peringkat akar umbi, bahagian ataupun negeri. Ia penting bagi mendapatkan maklum balas politik daripada peringkat bawahan demi kepentingan parti.

Adakah sistem Electoral College yang diterapkan pada pemilihan UMNO kali ini akan memberi kelebihan kepada Datuk Seri?

Sistem pemilihan yang baharu dan lama mempunyai kelebihan dan kelemahan yang pelbagai. Saya mungkin lebih selesa dengan sistem lama kerana telah terbiasa begitu sejak dahulu.

Pemilihan kali ini menyaksikan jumlah perwakilan yang lebih ramai dan sebab itu saya timbulkan soal kematangan tadi. Maklumat-maklumat melalui media konvensional, sosial dan komunikasi bersemuka dapat membantu mereka memahami sistem itu dengan lebih baik.

Cakap-cakap mengatakan kaedah baharu ini memberi kelebihan kepada calon yang bersuara lantang. Apakah komen Datuk Seri?

Saya bukanlah pemimpin bermusim. Kelantangan saya juga tidak bermusim. Ketika saya jadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia, nada yang sama saya lakukan. Saya berpendapat rakyat Malaysia lebih mahu melihat pemimpin memberi respons segera kepada sesuatu perkara sama ada dalam parti mahupun kerajaan. Itulah yang saya buat sekarang.

Bagaimana Datuk Seri memandang isu berkaitan memperkasakan orang Melayu?

Hutang negara kepada bangsa Melayu belum terbayar sepenuhnya. Kita lihat dalam Perlembagaan, kedudukan agama Islam, Raja-Raja Melayu, dan hak keistimewaan orang Melayu merupakan kompromi yang disebut sebagai kontrak sosial. Ia ibarat balasan kepada kesediaan orang Melayu memberi kelonggaran berhubung aspek kewarganegaraan kaum lain di negara ini.

Daripada 27 juta rakyat Malaysia, 60 peratus ialah orang Melayu bumiputera termasuk dari Sabah dan Sarawak. Kalau hendak diikutkan, kelebihan adalah kepada kaum Melayu yang sebahagian besar tinggal di Semenanjung tetapi tidak begitu. Semua bumiputera mempunyai hak yang sama rata.

Jadi, disebabkan itu, negara sebenarnya telah berhutang kepada bangsa Melayu kerana bangsa ini telah banyak berkorban ketika sebelum merdeka dan sesudah merdeka.

Apa yang saya perjuangkan ialah keadilan kepada bangsa Melayu yang merupakan bangsa saya.

Hishammuddin: 'Jangan buang semua di luar tingkap'

Posted:

Hishammuddin: 'Jangan buang semua di luar tingkap'

Hishammuddin: 'Jangan buang semua di luar tingkap'

HISHAMMUDDIN menafikan sokongan terhadapnya berkurangan menjelang pemilihan Sabtu ini.


PEMILIHAN UMNO kali ini diadakan selepas beberapa bulan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berakhir pada Mei lalu yang menyaksikan sokongan pengundi bukan Melayu merosot. Bagaimana Datuk Seri melihat Pemilihan UMNO 2013 dalam menentukan survival parti?

HISHAMMUDDIN: Memang benar Pemilihan UMNO 2013 adalah yang paling kritikal dalam sejarah parti berdasarkan keputusan PRU-13. Keputusan PRU-13 mendambakan UMNO melakukan sesuatu jika tidak mahu menerima nasib yang sama seperti parti Golkar di Indonesia dan Kuomintang di Taiwan.

Justeru, pemilihan parti kali ini amat penting untuk memastikan pemimpin yang dipilih dapat memenuhi cita rasa golongan yang tidak senang dengan kepimpinan parti dan pada masa sama memastikan penyokong yang telah membawa kepada kemenangan UMNO dihargai.

Adakah keputusan PRU-13 akan memberi kesan terhadap landskap pemilihan UMNO tahun ini?

Saya menjangkakan kesan PRU-13 kepada pemilihan parti tahun ini bergantung kepada sejauh mana perwakilan memahami senario keputusan PRU-13.

Keputusan PRU-13 sebenarnya menunjukkan UMNO masih kuat kerana berjaya merampas semula Kedah daripada pembangkang dan mempertahankan Perak daripada dirampas semula.

Perwakilan perlu memahami bahawa semua pencapaian ini bukan datang bergolek dalam sekelip mata kerana ia sedikit sebanyak hasil daripada apa yang dilakukan oleh barisan kepimpinan UMNO.

Mereka perlu juga memahami bahawa keamanan, kestabilan, keharmonian serta tahap ekonomi negara masih kukuh selepas PRU-13.

Apakah bentuk kepimpinan baharu yang diperlukan oleh UMNO untuk mengharungi pelbagai cabaran selepas ini?

UMNO akan berhadapan beberapa cabaran antaranya Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, Pilihan Raya Negeri Sarawak dan PRU-14.

Secara peribadi saya berharap pemimpin yang dipilih kali ini mempunyai pengalaman dan mampu bekerjasama supaya UMNO dapat mencapai sasaran.

Justeru, perwakilan perlu memastikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai sebuah pasukan yang mampu mengharungi cabaran itu.

Apakah Datuk Seri yakin dapat mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO?

Saya menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada perwakilan. Bagaimanapun, saya berharap mereka dapat menilai saya bukan hanya dalam tempoh pemilihan parti kali ini sebaliknya berdasarkan apa yang telah saya lakukan dalam parti dan beberapa kementerian selama ini.

Ia satu perjalanan yang sukar dan ada jatuh bangunnya. Ia adalah kepimpinan yang telah diuji. Saya telah diuji dalam keadaan Pemuda UMNO berpecah satu waktu dahulu dan mengetuai Pemuda menghadapi cabaran gerakan demonstrasi jalanan oleh pembangkang.

Begitu juga semasa menghadapi pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu sewaktu menjadi Menteri Pertahanan. Bukan satu perkara yang mudah kerana kita perlu bertindak sewajarnya.

Apakah Datuk Seri berpandangan peristiwa pencerobohan pengganas Sulu yang mengorbankan 10 perajurit negara pada Mac lalu sedikit sebanyak memberi kesan ke atas sokongan perwakilan?

Saya berharap mereka tidak buat keputusan bersandarkan kepada kejadian itu semata-mata. Tidak adil jika hanya melihat kepimpinan saya dengan bersandarkan kejadian itu. Siapa sangka sewaktu saya menjadi Menteri Dalam Negeri negara diceroboh oleh kumpulan bersenjata dari Sulu. Tiada siapa menyangka sewaktu saya memangku jawatan Menteri Pengangkutan berlaku kejadian bas terjunam di Genting Highlands. Saya harap insiden-insiden itu tidak menyekat perwakilan untuk membuat keputusan dengan baik.

Ada yang mendakwa saya lambat bertindak di Lahad Datu sedangkan mereka tidak memahami saya perlu membuat banyak pertimbangan. Sebagai contoh saya perlu mempertimbangkan bilangan kaum Sulu yang ramai di Lahad Datu. Ini bukan menunjukkan saya terlalu berlembut atau takut.

Adakah benar desas-desus sokongan terhadap Datuk Seri untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO kononnya kurang meyakinkan?

Yakin atau tidak, saya tidak pasti. Namun jika tahap keyakinan yang didakwa ini berdasarkan tinjauan menerusi media sosial, kita boleh lihat keputusannya berubah-ubah setiap jam.

Sekejap saya diletakkan dalam kedudukan keenam dan kemudian di kedudukan kedua malah ada satu tinjauan saya di kedudukan pertama. Saya tawakal kepada Allah dan pasrah kepada perwakilan yang menentukan.

Betulkah Datuk Seri dan dua lagi penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berada dalam satu pasukan pada pemilihan UMNO tahun ini?

Saya tidak menafikan kami bertiga telah menjalin kerjasama yang erat selama beberapa tahun dalam barisan Naib Presiden parti. Kerjasama yang terbentuk ini mungkin memberi gambaran kepada orang ramai bahawa kami dalam satu pasukan. Saya juga tidak nafikan berapa tahun lalu kami bertiga telah melalui cabaran cukup getir dalam parti dan berharap untuk terus ke hadapan bersama-sama.

Adakah benar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap ketiga-tiga penyandang Naib Presiden UMNO dikekalkan?

Saya tidak pasti mengenai perkara itu kerana hanya Presiden UMNO yang tahu bentuk pasukan yang beliau perlukan untuk berdepan PRU-14.

Bagaimanapun, jika ia benar, saya berpandangan perwakilan perlu menilai sendiri perkara itu kerana saya yakin apa jua harapan Presiden UMNO pastinya bergantung kepada keperluan teramai.

Bagaimana pandangan Datuk Seri terhadap pandangan segelintir pihak bahawa transformasi dalam UMNO memerlukan perubahan pada pucuk kepimpinan?

Janganlah kerana mahu perubahan kita membuang semuanya di luar tingkap. Perubahan sebenarnya telah pun dilakukan dalam UMNO jika kita perhatikan secara teliti. Persoalan sebenar adalah jenis perubahan yang kita perlukan.

Golongan muda Mesir dan Syria juga didendangkan dengan seruan perubahan untuk kehidupan yang lebih baik sebelum ini. Namun apa yang kita lihat berlaku di negara itu adalah sebaliknya. Ini yang perlu dipertimbangkan golongan muda muda UMNO pada pemilihan parti kali ini.

Shafie jadi jambatan Sabah, Sarawak dan Semenanjung

Posted:

Shafie jadi jambatan Sabah, Sarawak dan Semenanjung

Shafie jadi jambatan Sabah, Sarawak dan Semenanjung

SHAFIE mahu mewakili suara akar umbi dari Sabah dan Sarawak.


KHABARNYA Datuk Seri mendapat tepukan gemuruh pada sesi pengenalan calon di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Nampaknya Datuk Seri mendapat sokongan padu daripada UMNO Sabah. Apakah perasaan Datuk?

MOHD. SHAFIE: Saya berpendapat tepukan dalam sesi memperkenalkan calon bukan ukuran atau jaminan sokongan 100 peratus. Cuma ia sedikit sebanyak mencerminkan persepsi daripada perwakilan. Apatah lagi jumlah perwakilan UMNO yang memilih kali ini besar iaitu lebih 146,500 orang.

Datuk Seri ialah pemimpin dari Semporna, Sabah, tapi pada masa yang sama Datuk Seri juga pemimpin nasional dengan menjadi menteri di Kuala Lumpur. Apakah pentingnya input Datuk Seri sebagai pemimpin dari Sabah dalam konteks politik nasional UMNO?

Sebenarnya saya ialah pengasas UMNO dalam kalangan orang muda di Sabah pada tahun 1991. Kami menarik penyertaan orang muda ke dalam perjuangan UMNO. Kami membawa masuk golongan muda profesional dan kita dapat melihat hasilnya hari ini apabila ramai pimpinan peringkat pusat datang dari Sabah.

Perkara ini berterusan dan bukannya bermusim. Saya pula jenis yang suka ke kampung-kampung bukan sahaja di Sabah bahkan di Sarawak dan Semenanjung. Semasa menjadi Timbalan Menteri Pertahanan, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, saya banyak melawat kampung, maka orang kampung menilai gerak kerja saya. Saya bukan tunjuk muka semasa ada pemilihan Naib Presiden sahaja.

Pada Pilihan Raya Umum lalu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sempat masuk ke kampung-kampung di Sarawak kerana terlalu sibuk di Semenanjung, mereka maklumkan kepada saya supaya membantu melawat Sarawak dan Sabah.

Saya ambil tanggungjawab itu. Jadi, melalui jawatan Naib Presiden UMNO dan selaku menteri dalam kerajaan Persekutuan, saya telah membantu kepimpinan Presiden UMNO.

Datuk Seri mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO untuk kali kedua. Biasanya kali pertama lebih susah berbanding kali kedua. Komen Datuk Seri?

Sebelum ini saya bertanding banyak jawatan daripada peringkat Exco Pemuda, Majlis Tertinggi hinggalah Naib Presiden. Semasa mula-mula bertanding Naib Presiden ia agak kabur. Tetapi apabila bertanding untuk kali kedua, sambutan yang saya terima daripada pimpinan cawangan dan orang kampung semakin baik.

Mereka kata jangan bimbang, mereka akan memberi sokongan kepada saya. Berdasarkan respons akar umbi, mereka ternyata mahukan supaya sekurang-kurangnya seorang wakil dari negeri Sabah yang mewakili bukan hanya Negeri Di Bawah Bayu bahkan Sarawak untuk menjadi jambatan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

Walaupun keputusan PRU-13 menunjukkan UMNO masih lagi diterima oleh rakyat, tetapi kita lihat perjuangan membela nasib orang Melayu yang sebelum ini ditunjangi UMNO telah diambil alih oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Boleh Datuk Seri ulas perkara ini?

Kalau kita lihat sokongan orang Melayu terhadap UMNO ia sebenarnya meningkat dan tidak pudar. Ini berdasarkan fakta pada PRU lalu iaitu kerusi UMNO jauh lebih besar berbanding PRU 2008 yang mana jumlah pengundi dalam kalangan orang Melayu yang kembali kepada UMNO juga semakin meningkat di kawasan tertentu.

Cuma yang melemahkan kita ialah parti komponen BN yang lain. Selain itu, kita perlu lihat perubahan dalam UMNO. Sememangnya kali ini ramai anak muda mempunyai jawatan dalam UMNO. Mereka menjadi ketua cawangan, menawarkan diri untuk bertanding dan menang. Ini menunjukkan ada minat terhadap perjuangan UMNO.

Keghairahan ini bukan hanya dari segi menyertai parti bahkan menawarkan diri untuk bertanding. Kalau parti tidak diminati, saya rasa perkara ini tidak berlaku.

Bagaimanapun, itu tidak cukup untuk kita memastikan kekuatan UMNO. Jadi kita perlu melakukan pelbagai pendekatan untuk membolehkan kita menarik lebih ramai golongan muda menyertai UMNO bukan hanya dalam konteks pengisian jawatan tetapi dalam konteks kita menganjurkan landasan-landasan baharu.

Contohnya di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kita perkenalkan Rural Business Challenge di mana kita galakkan belia-belia berkecimpung dalam perniagaan di peringkat luar bandar sama ada mereka mempunyai idea-idea baharu, rancangan baharu ataupun usahawan yang sedia ada.

Bagaimana Pemilihan UMNO 2013 boleh dilihat positif pada mata rakyat dan bukan dinilai kepada perebutan jawatan semata-mata?

Sebenarnya bukan mudah untuk sebuah parti yang memerintah negara selama 56 tahun mempertahankan kedudukan. Oleh kerana kita dah dikenali dari segi perkhidmatan dan kepimpinan, apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan ia sentiasa relevan.

Sekarang kita perlu memberi sokongan kepada Najib menerusi idea dan gerak kerja yang lebih baik. Ketika Perdana Menteri memperkenalkan transformasi dalam UMNO, kita perlu menjana usaha ke arah itu.

Apakah Datuk Seri melihat pemilihan kali ini akan mengembalikan pengaruh dan kegarangan UMNO terutamanya dalam menangani isu rakyat kerana peranan itu kini banyak dilakukan oleh NGO?

Semua ahli parti perlu ambil beberapa langkah berbeza berbanding dahulu. Ia bukan semata-mata mengenai lantang bersuara. Tidak ada makna lantang bersuara kalau masalah rakyat tidak dapat diselesaikan. Rintihan rakyat perlu diatasi. Kita boleh lantang menyuarakan masalah ini dan itu, tetapi apa penyelesaiannya? Ia jauh lebih bermakna jika masalah yang disuarakan itu dapat diselesaikan segera.

Pemuda UMNO walaupun tidak bersuara lantang, mereka dapat memberikan pekerjaan kepada beribu-ribu belia di negara ini dan ini lebih besar pengertiannya. Saya yakin mereka yang mendapat pekerjaan itu bersyukur kerana dapat mencari rezeki.

Kepimpinan yang bagaimanakah menjadi impian Datuk Seri?

Kepimpinan yang saya yakin adalah penyatuan dan perpaduan kerana dalam mana-mana organisasi jika tiada perpaduan dan kesatuan, perjuangan tidak akan ke mana-mana. Kalau dalam perniagaan, pihak pengurusan akan berfikir bersama dan mereka bekerja bersama-sama.

Di Amerika Syarikat, masalah ideologi politik antara parti Republikan dan Demokrat akhirnya telah menyebabkan ekonomi negara itu lumpuh. Yang menerima akibatnya ialah rakyat. Ini pengajarannya jika tiada perpaduan.

Perpecahan dalam UMNO sendiri mengakibatkan muncul parti Semangat 46 yang kemudian membawa kepada kekalahan UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan dan Terengganu.

Itu satu sejarah yang amat pahit pada kita. Jadi dalam melahirkan kepimpinan pada hari ini, harus ada keserasian dan kesepaduan untuk membolehkan kita bergerak dalam satu pimpinan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


400 wanita sertai Hari Wanita peringkat daerah Lundu

Posted:

400 wanita sertai Hari Wanita peringkat daerah Lundu

400 wanita sertai Hari Wanita peringkat daerah Lundu

ANTARA peserta dari kawasan Parlimen Mas Gading dan Santubong yang menyambut Hari Wanita peringkat daerah Lundu, Sarawak baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 400 wanita dari kawasan Parlimen Mas Gading dan Santubong menghadiri majlis sambutan Hari Wanita peringkat daerah Lundu, Sarawak baru-baru ini.

Pengerusi penganjur sambutan tersebut, Puan Sri Jamilah Anu berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk menghargai sumbangan golongan wanita terhadap pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Katanya, antara aktiviti yang diadakan untuk memeriahkan program termasuklah pertandingan gubahan, menghias kek, masakan tradisional dan saringan kesihatan.

"Golongan wanita yang mengambil bahagian dalam majlis ini juga menerima cenderamata berbentuk pin sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka terhadap negara ini," katanya.

Pesakit kanser dapat sumbangan Econsave

Posted:

Pesakit kanser dapat sumbangan Econsave

Pesakit kanser dapat sumbangan Econsave


ZAMZURI (berdiri empat dari kanan) menyampaikan pelbagai barangan keperluan harian bernilai RM1,000 kepada Mohd. Fauzul (tiga dari kanan) di Econsave Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


PRIHATIN. Nasib seorang pesakit kanser, Mohd. Fauzul Abd. Manas, 40, dari Kampung Pondok, Merbok mendapat perhatian pasar raya Econsave Cash @ Carry Sdn. Bhd. (Econsave) Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pengurus Operasi Econsave Utara, Zamzuri Mansor berkata, pihaknya menyalurkan bantuan RM1,000 melalui Program Dana Prihatin Econsave bagi membolehkan Mohd. Fauzul membeli pelbagai barangan keperluan harian untuk keluarganya.

Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan itu, Pengurus Econsave Bandar Puteri Jaya, Ahmad Izuddin Othman dan Isteri Mohd. Fauzul, Rohaya Mat Arof.

Mohd. Fauzul ketika ditemui bersyukur kerana masih ada pihak bersimpati dengan penderitaannya yang menghidapi penyakit kanser, diabetes dan darah tinggi sejak empat tahun.

Larian BHP Petrol berjaya kutip derma RM30,000

Posted:

Larian BHP Petrol berjaya kutip derma RM30,000

Larian BHP Petrol berjaya kutip derma RM30,000


LODIN WOK (berdiri lima dari kiri) bergambar bersama para pemenang Larian Amal BHP Petrol Oren13 di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


LARIAN AMAL. Lebih 3,500 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Larian Oren13 anjuran BHP Petrol yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Acara itu diadakan sebanyak empat kali setahun melibatkan penyertaan peserta berumur dari 13 tahun dan ke atas dengan jarak larian sejauh 11 kilometer.

Menurut Pengarah Urusan BHP Petrol, Tan Kim Thiam, larian yang bertujuan menyebarkan mesej kebajikan itu berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM30,000 daripada para peserta.

Katanya, sebanyak RM20,000 daripada kutipan itu disumbangkan kepada balu anggota polis, Sarjan Zal-Azri Abdul Somad, Atiqah Mohd. Rosdi yang terbunuh semasa menjalankan tugas di Melaka pada 23 September lalu, manakala RM10,000 lagi diserahkan kepada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia.

Majlis penyampaian hadiah dan sumbangan dilakukan oleh Timbalan Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lima beranak hidup derita

Posted:

Lima beranak hidup derita

Lima beranak hidup derita

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my

RASMI menunjukkan tempat seorang buruh Indonesia didakwa mencederakan bayinya sampai mati di Ladang NPC Divisyen 4, Berkat Setia 68, Beluran pada Selasa lalu.


BELURAN - Seorang wanita yang kematian bayi lelaki berusia dua minggu dipercayai akibat dibelasah suami sendiri di Ladang kelapa sawit November Papar Charlie (NPC) Divisyen 4, Berkat Setia 68 di sini pada Selasa lalu dikatakan hidup menderita kerana lelaki itu cemburu buta.

Mengikut dakwaan jiran tetangga, Rossi Baco, 35, wanita berketurunan Bugis itu bersama empat anak termasuk bayi baru lahir didakwa sentiasa dikurung di dalam rumah oleh suspek seorang warga Indonesia.

Seorang jiran, Rasmi Rasap, 43, berkata, tindakan suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai berpunca daripada sikap cemburu lelaki itu sehingga dia tidak membenarkan isterinya bercampur dengan penduduk lebih-lebih lagi dengan lelaki.

Katanya, keluarga itu baru sebulan tinggal di rumah tersebut selepas berpindah dari rumah kongsi di Santos di sini yang didiami mereka selama hampir dua tahun.

Jarak antara kedua-dua buah rumah itu kira-kira dua kilometer.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Seorang rakyat Malaysia disahkan maut nahas pesawat di Laos

Posted:

Seorang rakyat Malaysia disahkan maut nahas pesawat di Laos

Seorang rakyat Malaysia disahkan maut nahas pesawat di Laos

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang terbunuh bersama 48 mangsa lain dalam tragedi pesawat terhempas di Pakse, sebuah bandar di selatan Laos pada Rabu lalu dikenali sebagai Angelin Teh.

Jurucakap Kedutaan Malaysia di Laos ketika dihubungi mengesahkan wanita yang berasal dari Pulau Pinang itu bekerja di sebuah firma guaman di Laos sejak tiga tahun lalu dan sudah menetap di negara itu.

Turut terbunuh bersama Angelin yang berusia 24 tahun itu ialah suaminya, Joel Babcock, 30-an, seorang warga Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, jurucakap itu memberitahu, Angelin tidak mendaftar diri dengan pejabat kedutaan sepanjang tinggal di Laos.

"Pihak kedutaan masih menunggu maklumat terperinci dari syarikat penerbangan Lao Airlines dan juga pihak kerajaan Laos mengenai mangsa korban rakyat Malaysia itu," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Modal kayu, dapat kereta mewah

Posted:

Modal kayu, dapat kereta mewah

Modal kayu, dapat kereta mewah

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


INSPEKTOR Noor Azhar Nor Mohammed menunjukkan sebatang kayu yang digunakan suspek untuk mengait kunci sebelum melarikan kenderaan.


SEREMBAN - Dengan hanya bermodalkan sebatang kayu, sekumpulan penjenayah termasuk sepasang kekasih dipercayai telah berjaya melarikan puluhan kenderaan mewah sejak setahun lalu.

Mengikut modus operandi, suspek yang berusia 23 hingga 48 tahun menggunakan kayu sepanjang tiga meter yang diubah suai untuk mengait kunci yang diletakkan di dalam rumah mangsa.

Sebaik mendapat kunci tersebut, suspek akan masuk ke dalam rumah mangsa dan melarikan pelbagai ba

rangan berharga termasuk kenderaan mewah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM tidak campur tangan

Posted:

FAM tidak campur tangan

FAM tidak campur tangan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

ASEH (berdiri lima dari kanan barisan depan) bergambar dengan para wakil FA negeri selepas mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM di Putrajaya, semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan campur tangan sebarang urusan persatuan bola sepak negeri (FA) berhubung pembayaran gaji pemain mereka terutamanya yang berkemampuan membayar gaji yang lebih tinggi.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya tidak mengekang kemampuan mana-mana FA dalam usaha memburu pemain berprofil tinggi dengan bayaran gaji yang setimpal.

"Ia sesuatu yang normal dan perlu dilihat secara profesional.

"Jika di England, mana-mana kelab berkemampuan seperti Manchester City dan Chelsea juga mampu membayar gaji yang tinggi kepada pemain mereka.

"Jadi, tidak sama sekali (sama ada FAM mahu menetapkan gaji siling pemain selepas ini)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Integriti Kali Kedua Bagi Sesi 2010-2014 di Putrajaya semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Emran Kadir mempersoalkan perbezaan kemampuan kewangan pasukan-pasukan yang bersaing dalam saingan Liga Malaysia.

Beliau mendakwa, mana-mana pemain pasukan yang kurang berkemampuan akan didorong menerima sogokan terutamanya jika lewat menerima gaji masing-masing, namun perkara itu segera disangkal Hamidin.

Hamidin berkata, kenyataan Emran sebaliknya menjurus kepada kemungkinan mana-mana perlawanan yang cuba diatur pihak tertentu.

"Mana-mana pasukan yang berkemampuan tidak semestinya mampu muncul juara.

"Sebaliknya, pengurusan yang bagus, jurulatih yang berkualiti serta sokongan penyokong merupakan antara kunci kejayaan pasukan," jelas Hamidin.

'Terserah kepada FC Ryukyu'

Posted:

'Terserah kepada FC Ryukyu'

'Terserah kepada FC Ryukyu'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (berdiri) tidak terlibat dengan dakwaan memperkenalkan pemain Harimau Muda kepada pengurusan FC Ryukyu.


IMPIAN mana-mana pemain muda negara yang berhasrat untuk beraksi di bumi Jepun kini terletak sepenuhnya di tangan FC Ryukyu.

Pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau tidak memiliki sebarang sentimen peribadi termasuk memperkenalkan mana-mana calon pemain yang sesuai untuk menyertai kelab Jepun itu.

Sebaliknya jelas beliau, ia akan ditentukan sendiri oleh wakil kelab itu selepas ini.

"Bukan saya yang kenal pasti calon untuk bersama FC Ryukyu, tetapi mereka sendiri akan menilai mana-mana pemain yang sesuai.

"Jadi, pihak FC Ryukyu akan datang menilai persembahan kesemua pemain termasuk ketika temasya temasya Sukan SEA di Myanmar kelak," katanya kepada Kosmo! semalam.

Semalam, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mendedahkan hasrat FC Ryukyu untuk melamar dua lagi pemain muda negara.

Ia ekoran kecemerlangan dua bintang muda negara, Wan Zack Haikal Wan Nor,22, dan Nazirul Naim Che Hashim, 20, yang dilamar kelab Divisyen Tiga Jepun itu pada Mac lalu.

Namun, Hamidin tidak mendedahkan identiti dua pemain berkenaan.

Mengulas lanjut, Kim Swee memberitahu persiapan Harimau Muda mempertahankan emas Sukan SEA kekal berjalan lancar biarpun kehilangan Wan Zack yang terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) bulan lalu.

"Segala-galanya berjalan lancar seperti dirancang.

"Selain menguji skuad muda Jordan bulan depan, kami juga akan berdepan Angkatan Tentera Malaysia dalam satu aksi persahabatan, Sabtu ini (esok)," kata beliau.

Sarawak tekad ikat Pahang

Posted:

Sarawak tekad ikat Pahang

Sarawak tekad ikat Pahang

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my


ALBERTS (kiri) mengharapkan skuad kendaliannya meraih kemenangan pada aksi di Kuantan malam esok.


SKUAD Bujang Senang akan menampilkan corak permainan berbeza bagi mengekang cabaran pasukan Tok Gajah di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam esok.

Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata, pasukan kendaliannya perlu membawa pulang keputusan positif sebagai bekalan menghadapi aksi separuh akhir kedua di Stadium Negeri, Kuching pada 26 Oktober depan.

"Jika berjaya mendapatkan satu mata pun saya sudah gembira. Apatah lagi jika kita mencipta kemenangan di gelanggang lawan, ia pasti menjadi 'bonus' besar kepada pasukan Sarawak.

"Kita akui memang sukar berdepan Pahang kerana mereka memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, tetapi ia bukan alasan kepada pemain untuk tidak berusaha mencipta kemenangan," kata Alberts ketika ditemui di Kuching semalam.

Menurutnya, keputusan positif mampu menyuntik moral skuadnya sebelum berdepan pasukan bimbingan Dollah Salleh di laman sendiri kelak.

Katanya, barisan pemainnya perlu sentiasa berwaspada sepanjang 90 minit perlawanan untuk melakar keputusan positif di hadapan penyokong lawan.

"Jika kami seri ia merupakan satu keputusan yang baik kerana Pahang merupakan sebuah pasukan yang kuat dan kebanyakan dibarisi pemain muda.

"Justeru, kita akan berusaha mencari seberapa banyak gol sebagai bekalan menghadapi aksi kedua kelak," ujarnya.

Sementara itu, pemain sayap, Joseph Kalang Tie yang terlepas aksi di Kuantan optimis rakan sepasukan mampu berdepan tekanan penyokong tuan rumah.

"Meskipun sedikit kecewa kerana tidak dapat beraksi bersama rakan lain pada aksi pertama, namun mereka (rakan pasukan) pasti mengibar cabaran untuk memasti slot ke pentas akhir milik Sarawak," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Olahan tari tradisional

Posted:

Olahan tari tradisional

Olahan tari tradisional

BARISAN kareografer daripada setiap JKNN diperkenalkan kepada penonton sebelum hasil kreativiti mereka dipersembahkan.


EKORAN sambutan dan respons menggalakkan sejak dilancarkan empat tahun lalu, Malam Gala Inspitari terus menjadi majlis wajib yang tercatat dalam kalendar acara Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) setiap tahun.

Inspitari merupakan gabungan dua perkataan iaitu inspirasi dan tari. Tema itu membawa konsep satu garapan daya cipta dan kreativiti yang ditampilkan dalam bentuk persembahan tari baharu berasaskan imej dan identiti negeri dan masyarakat Malaysia yang dipersembahkan oleh kumpulan kesenian JKKN.

Menghidangkan seni tari asli yang memukau penonton, Majlis Malam Gala Inspitari 2013 di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini mengetengahkan garapan 16 tarian tradisional dari setiap negeri.

Peserta dari JKKN seluruh negara telah mengolah semula tarian tradisional yang diberi nafas baharu terutama aspek pola lantai, pergerakan dinamik, susunan lagu dan busana.

Penglibatan peserta yang mantap dari kumpulan kesenian JKKN negeri dilihat mampu mewarnakan industri seni tari tradisional Malaysia ke arah lebih kontemporari.

Penganjuran majlis tahun ini juga diserikan lagi dengan kehadiran delegasi dari Korea Selatan dan China.


TARIAN bertajuk Joget Peran ini dibawa oleh JKKN Perlis.


Karya baharu

Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli dalam ucapannya berkata, sehingga kini, kira-kira 64 karya baharu berjaya dicipta oleh 16 orang pereka tari dari JKKN seluruh negara.

"Selain itu, seramai 260 orang artis kebudayaan JKKN dari seluruh negara telah terlibat dalam mencernakan karya tari pada tahun ini," ujarnya.

Malam Gala Inspitari 2013 dimulakan dengan persembahan tarian Kemahang dari JKKN Pahang hasil olahan Mohd. Ash'ari Osman. Kemahang merupakan sejenis tumbuhan keladi dari genus Colocosia.

Gerak tari dan pakaian penari jelas menceritakan mengenai sebuah kampung yang diberi nama Kemahang, bersempena kehadiran tumbuhan itu di merata kawasan kampung itu.

Pereka tari tarian tradisional terkemuka tempatan, Sazlan Mat Adnan dari Sazlan Dance Group memberitahu, tiga persembahan dari kumpulan JKKN menepati tema karya dalam tarian tradisional.

"Saya tertarik dengan gerak tari yang dibawa oleh JKKN Sabah, Sarawak dan Kedah kerana telah mempersembahkan keaslian tarian dari negeri masing-masing walaupun menyelitkan elemen kontemporari.

"Tarian tradisional yang diolah semula merupakan satu idea baharu dalam industri seni tari tempatan. Ia mampu memberi impak kepada pereka tari muda untuk terus berkarya dalam menghasilkan seni tari yang lebih segar," ujarnya.

Pujian

Wakil dari JKKN Sabah yang mempersembahkan tarian Iluk Sumandak atau tarian Anak Dara daripada suku kaum Tidong daerah Tawau merupakan antara yang mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Selain itu, JKKN Sarawak yang mempersembahkan tarian Menyak yang menggunakan tikar dan tampi tepung sebagai peralatan menggambarkan kehidupan suku kaum Melanau yang hidup di pesisir pantai negeri Sarawak.

Persembahan wakil dari Sarawak itu merupakan persembahan yang mendapat pujian ramai sepanjang dua hari majlis itu diadakan.

TARIAN JKKN Negeri Sembilan ini dikenali sebagai Randai Gelombang Cindai.


Dalam puluhan penonton yang hadir pada malam itu, kelihatan pelakon tanah air, Wan Sharmila Wan Mohamed yang turut menyaksikan persembahan tersebut.

"Saya amat berbangga dengan persembahan tarian tradisional yang dipersembahkan pada Malam Gala Inspitari pada tahun ini.

"Majlis ini merupakan platform terbaik untuk generasi muda mengenal tarian tradisional yang jarang diketengahkan di negara ini," ujarnya.

Antara tarian tradisional yang telah diolah oleh JKKN seluruh negara ialah Joget Peran dari JKKN Perlis, Randai Gelombang Cindai (JKKN Negeri Sembilan), Joget Kasih LRT (JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Inderawati (JKKN Kelantan) dan Cupak Hanyut (JKKN Perak).

Fakulti Tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) turut diberi peluang mempersembahkan tarian Joget Gamelan Sedarah.

Selain itu, persembahan jemputan daripada Asthana Art Group dengan tarian Tarikattathom merupakan satu-satunya tarian tradisional masyarakat India dalam majlis itu.

Kenangan Daphne dan 'Fabbuku'

Posted:

Kenangan Daphne dan 'Fabbuku'

Kenangan Daphne dan 'Fabbuku'

Oleh ADLAN JAAFAR


DAPHNE (kiri) dan de La Giroday bersama-sama rangkaian produk P&G sempena majlis ulang tahun ke-175 tahun syarikat tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.


RUTIN harian Daphne Iking bermula dengan menunaikan solat Subuh diikuti penyediaan sarapan pagi untuk suami dan dua orang anak perempuannya.

Kemudian, rutinnya diteruskan dengan melakukan kerja-kerja mendobi. Daphne sangat menitikberatkan jenis dan warna pakaian dengan mengasingkannya terlebih dulu. Dia turut mengasingkan baju kanak-kanak dan dewasa.

Kemudian, pakaian yang diasingkan itu dicuci dengan sabun yang berbeza.

"Saya cuci pakaian saya sendiri. Malah ketika sedang bercuti saya tetap melakukan rutin ini," katanya ketika ditemui pada majlis meraikan ulang tahun ke-175 tahun Procter and Gamble (P&G) di Ampang, Kuala Lumpur.

Dalam sesi ala temu bual yang diadakan pada majlis tersebut, peragawati dan pelakon yang memiliki rambut cantik mengurai itu lantas bangun menunjukkan dres rona putih tidak berlengan yang dipakainya.

"Sudah pasti ada dalam kalangan pengamal media di sini pernah melihat saya memakai dres ini di acara-acara lain. Namun, ia masih lagi cantik kerana dicuci dan dijaga dengan baik.

"Tambahan pula, ini dres kegemaran saya," katanya sambil senyum.

Akui selebriti itu, sikapnya yang begitu teliti terhadap kebersihan dan ketika mencuci baju akan memberi kesan kepada kehidupan seperti dapat menjimatkan wang.

P&G merupakan pengeluar produk pengguna seperti jenama Fab, Febreze, Ambi Pur, Pampers, Duracell, Olay, Pantene dan Gillette.

Saat Daphne melihat sabun Fab, dia terus teringatkan ahli keluarganya. Cerita ibu kepada dua orang anak itu, ibunya terlalu obses dengan sabun pencuci pakaian itu.

"Ia benar-benar memberi kesan kerana ibu saya menggunakan Fab untuk mencuci hampir segala-galanya," ungkap Daphne.

Bukan setakat pakaian tetapi pinggang mangkuk dan peralatan rumah lain turut dicuci menggunakan sabun itu.

Ujarnya, sabun itu dikenali sebagai 'Fabbuku' kerana susunan ayat sebuku sabun Fab. Buku merupakan penjodoh bilangan bagi benda yang keras berbentuk segi empat.

Sewaktu kanak-kanak, imbau Daphne, 'Fabbuku' berharga sekitar 50 sen sebuku berbanding RM1 hari ini.

Selepas bertahun-tahun menetap di United Kingdom kerana mengikut ibu bapanya yang melanjutkan pengajian di sana, dia pulang ke Malaysia dan terus menetap di Tambunan, Sabah.

MEMORI Daphne dan sabun 'Fabbuku' sangat kukuh kerana ia turut digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.


Beri impak

Daripada seorang gadis yang boleh bertutur dengan loghat Inggeris, dia menetap dengan datuknya yang boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dan nenek yang berloghat dusun. Keadaan ini terus menghidupkan jati diri Sabah dalam dirinya.

Selain boleh bertutur dengan telor Sabah, Daphne juga dapat memerhati betapa 'Fabbuku' memberi impak kepada keluarganya.

Kenangnya, datuk dan neneknya kerap kali bergaduh tetapi apabila sampai saat menggunakan 'Fabbuku', sudah pasti mereka berdua menjadi mesra.

Situasi tersebut dengan emaknya yang begitu obses dengan sabun itu menyebabkan kenangan Daphne dengan sabun Fab begitu utuh.

"Setiap tahun, P&G melalui proses inovasi dan produk keluaran kami telah mengubah kehidupan lebih 4.6 bilion penduduk Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif, P&G Malaysia dan Singapura, Nicolas de La Giroday dalam ucapannya.

Percaya atau tidak, kehidupan kita bermula dengan rutin-rutin harian biasa yang dimiliki oleh semua orang seperti memberus gigi, bercukur, mencuci pakaian dan membersih pinggan mangkuk.

Sudah pasti ia akan memberikan kesan kepada kehidupan seseorang itu. Bayangkan jika tiada rutin sebegitu, sudah pasti individu itu mempunyai penampilan yang serabai dan tidak terurus.

"Di P&G, kesedaran mengenai hal ini dijadikan motivasi besar bagi kami untuk sentiasa mencipta produk-produk terbaik untuk pengguna," ujar de La Giroday lagi.

Sempena sambutan ke-175 penubuhan P&G oleh William Procter dan James Gamble di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat pada tahun 1837, P&G (M) Sdn. Bhd. meraikan tema The Everyday Effecs.

"Sambutan The Everyday Effects adalah bagi mengingatkan ahli keluarga untuk lebih menghargai setiap momen dan kesannya kepada kehidupan kita," jelas de La Giroday.

Kedua-dua perintis P&G itu merupakan pembuat lilin dan sabun yang memulakan sebuah perniagaan secara kecil-kecilan yang kemudiannya menjadi sebuah syarikat multinasional terkemuka yang memberi kesan signifikan kepada pengguna.

P&G mula memasuki pasaran Singapura, Indonesia, Malaysia dan Hong Kong pada tahun 1987. P&G mempunyai dua bahagian produk iaitu penjagaan isi rumah dan kecantikan serta hias diri.

Sambut Halloween di WWSA

Posted:

Sambut Halloween di WWSA

Sambut Halloween di WWSA


WWSA sesuai untuk seisi keluarga bersantai.


KEPADA warga Lembah Klang dan Shah Alam yang tiada sebarang perancangan pada 25 dan 26 Oktober ini, apa kata ambil sedikit masa ke Wet World Water Park Shah Alam (WWSA), Selangor.

Pada kedua-dua hari tersebut, WWSA mengadakan aktiviti yang bertema Scary Night atau Dunia Seram sempena Hari Halloween yang disambut pada bulan Oktober.

Semua tarikan yang terdapat di WWSA seperti permainan luncur air terbaharu, Super Hurricane, Monsoon Buster Adventure dan Thunder River bakal dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam pada tarikh tersebut.

Pelbagai acara hiburan disediakan termasuk permainan iTrick or Treat selain hadiah menarik menanti para pengunjung yang mengenakan kostum Halloween.

Rumah hantu

Lebih menarik, elemen-elemen seram seperti dekorasi, aktiviti dan pencahayaan turut dibuat sekali gus menaikkan mood sambutan itu.

Kepada mereka yang mahu menguji tahap keberanian, bolehlah mencuba aktiviti rumah hantu yang dikendalikan oleh Genting's Haunted Adventure.


GELONGSOR air antara tarikan permainan di WWSA.


Genting's Haunted Adventure merupakan tarikan paling seram di Genting Highlands, Pahang.

Ia menawarkan pengembaraan selama 10 minit dengan para pengunjung akan dihantui beraneka bunyi aneh, makhluk-makhluk seram dan elemen-elemen kejutan yang pasti menyentak dada.

Selepas permainan air ditutup pada pukul 8 malam, acara persembahan artis akan bermula.

Pengacara majlis pada kedua-dua hari itu ialah Kumpulan Kecik daripada rancangan hiburan lawak terkenal, Raja Lawak 4.

Turut memeriahkan acara ialah persembahan Lan Kristal, Rozita Izlyn, Lena (AF4) dan Yazid (AF7).

Wet World Water Park merupakan rangkaian taman tema air terbesar di Malaysia dan berada di beberapa lokasi seperti Shah Alam, Selangor; Pedas, Negeri Sembilan dan Batu Pahat, Johor.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Malaysia naik satu anak tangga dalam ranking terbaru FIFA

Posted:

Malaysia naik satu anak tangga dalam ranking terbaru FIFA

Malaysia naik satu anak tangga dalam ranking terbaru FIFA

17/10/2013 10:03pm

KUALA LUMPUR - Keputusan seri 1-1 yang dicatatkan oleh skuad Harimau Malaya menentang Bahrain pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015, Selasa lepas, telah mengubah kedudukan mereka dalam ranking bola sepak dunia.

Berdasarkan ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari ini, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal naik satu anak tangga ke kedudukan ke-160 berbanding kedudukan bulan lepas.

Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163), Mei (161) selain kekal pada kedudukan ke-159 dunia pada Jun dan Julai serta Ogos (162).

Kedudukan terbaru itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Bermuda (161), Bangladesh (162), Nepal (165), Sri Lanka (166) dan Pakistan (168).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia bagaimanapun turun satu anak tangga ke kedudukan keenam di belakang Filipina (137), Thailand (143), Myanmar (149), Vietnam (151) dan Singapura (155). - Bernama

Ekonomi Thailand rugi antara 10-15 bilion baht akibat banjir

Posted:

Ekonomi Thailand rugi antara 10-15 bilion baht akibat banjir

Ekonomi Thailand rugi antara 10-15 bilion baht akibat banjir

17/10/2013 10:01pm

BANGKOK - Banjir yang melanda Thailand selama sebulan kini dianggarkan menyebabkan kerugian dari segi ekonomi antara 10 dan 15 bilion baht (RM100 hingga 150 bilion).

Banjir itu juga akan mengurangkan kira-kira 0.05 mata peratusan daripada pertumbuhan ekonomi negara itu.

Jumlah kerugian boleh menjadi lebih besar lagi jika bencana itu menjejaskan kawasan perindustrian Thailand.

"Banjir tidak melanda kawasan perindustrian atau pembuatan, tetapi hanya pintu masuk ke beberapa kawasan-kawasan itu.

"Kebanyakannya menjejaskan kawasan tanaman dan hartanah," kata Thanavath Phonvichai, Pengarah Pusat Ekonomi dan Unjuran Perniagaan Dewan Perniagaan Thai pada sidang akhbar di sini hari ini.

Banjir berterusan di Thailand, dengan ibu negaranya, Bangkok mengalami hujan lebat dari semalam berikutan ribut tropika Nari yang menyebabkan banjir kilat di jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, sejak 17 September hingga kini, angka kematian akibat banjir di negara ini berjumlah 68.

Sebanyak 46 wilayah daripada 77 wilayah Thailand mengalami banjir dengan 5.78 peratus atau 3.72 juta penduduk terjejas, sejumlah 569,000 hektar kawasan tanaman pertanian juga terlibat dengan industri akuakultur menyaksikan 39,428 kolam ikan dan udang rosak. - Bernama

KPDNKK sasar satu Parlimen satu KR1M - Hasan Malek

Posted:

KPDNKK sasar satu Parlimen satu KR1M - Hasan Malek

KPDNKK sasar satu Parlimen satu KR1M - Hasan Malek

17/10/2013 10:00pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan untuk mewujudkan satu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi setiap Parlimen di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, kini sebanyak 102 KR1M beroperasi di seluruh negara dengan menawarkan harga antara 30 dan 50 peratus lebih murah berbanding kedai biasa.

"Di Selangor sahaja, kita sudah bina 13 KR1M termasuk di Pandan Mewah ini, dan kita akan membina enam lagi kedai seumpama ini di negeri ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KR1M di Pandan Mewah, Ampang, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan MRT Retail Sdn. Bhd., Datuk Wira Meer Ali Mydin.

Hasan berkata, sasaran untuk mewujudkan satu KR1M di setiap Parlimen di seluruh negara supaya semua rakyat dapat merasai faedah dan manfaat daripada kedai itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Angka kematian gempa bumi Filipina meningkat

Posted:

Angka kematian gempa bumi Filipina meningkat

Angka kematian gempa bumi Filipina meningkat

SEORANG penduduk mencari barang-barang miliknya di rumahnya yang runtuh ke dalam sebatang sungai di Buenavista, Bohol semalam.


LOON, Filipina - Sejumlah mangsa yang terselamat mencari saudara-mara dan rakan mereka dari celah runtuhan bangunan dan tanah semalam selepas gempa bumi kuat menyebabkan 151 orang terbunuh.

Gempa bumi berskala 7.1 pada skala Richter itu menyebabkan sejumlah bangunan runtuh termasuk beberapa buah gereja selain menyebabkan kejadian tanah runtuh kelmarin.

Sekumpulan anggota-anggota penyelamat masih belum tiba di tempat kebanyakan bangunan runtuh termasuk jambatan di beberapa buah pulau di tengah Filipina.

Sekumpulan penduduk menggunakan tangan di bandar Loon yang dihuni kira-kira 40,000 orang untuk mengalihkan runtuhan batu-batan bagi mencari mangsa-mangsa gempa bumi.

Bandar ini terletak 20 kilometer dari pusat gegaran.

Menurut Ketua Polis Bohol, Dennis Agustin, Loon merupakan salah sebuah bandar yang terjejas teruk akibat gempa bumi itu.

Setakat ini, hanya sejumlah kecil pekerja penyelamat yang tiba di bandar tersebut dengan menggunakan bot. - Agensi

Berkhemah di sawah padi kerana takut gempa bumi

Posted:

Berkhemah di sawah padi kerana takut gempa bumi

Berkhemah di sawah padi kerana takut gempa bumi


BEBERAPA penduduk mendirikan khemah di tengah-tengah kawasan sawah padi di wilayah Bohol, tengah Filipina semalam.


CALAPE, Filipina - Beberapa orang mendirikan khemah di tengah-tengah kawasan sawah padi di wilayah Bohol, tengah negara ini.

Mereka sanggup tinggal di kawasan sawah padi itu kerana untuk mengelak gegaran susulan gempa bumi.

Gempa bumi kuat yang berukuran 7.2 pada skala Richter itu melanda wilayah tersebut kelmarin sehingga mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh.

Banyak rumah, bangunan termasuk gereja runtuh akibat gempa bumi itu. - Agensi

Minaj pandu Lamborghini merah jambu miliknya

Posted:

Minaj pandu Lamborghini merah jambu miliknya

Minaj pandu Lamborghini merah jambu miliknya


MINAJ berdiri di sebelah kereta Lamborghini Aventador Roadster miliknya yang berwarna merah jambu di Los Angeles kelmarin.- REUTERS


LOS ANGELES - Penyanyi rap terkenal, Nicky Minaj memandu sebuah kereta sport Lamborghini Aventador Roadster berwarna merah jambu yang berkelajuan 349 kilometer sejam selepas dia melancarkan koleksi fesyen miliknya, Kmart di sini kelmarin.

Kereta tersebut yang telah dicat warna merah jambu dibeli Minaj pada harga kira-kira AS$382,000 (RM1.24 juta) beberapa bulan lalu.

Sebelum ini Minaj dilihat memandu kereta-kereta mewah seperti Bentley berwarna merah jambu, Ferrari dan Maybach.

Kereta miliknya itu menjadi tumpuan sekumpulan jurugambar yang merakamkan gambar tersebut.

Minaj juga memberitahu para pemberita tentang hasrat sebenarnya mengeluarkan jenama fesyennya.

Menurutnya, dia hanya mengeluarkan pelbagai jenis fesyen yang dia suka untuk memakainya.

Jenama fesyennya itu juga mengeluarkan seluar berwarna merah jambu untuk golongan wanita berjoging.

Jenama fesyennya itu juga menjual barang kemas dan topi.

Minaj berkata, pereka fesyen terkenal seperti Chanel, Versace dan Herve Leger menjadi inspirasinya dalam dunia fesyen. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Saya tak cari kontroversi - Ika

Posted:

Saya tak cari kontroversi - Ika

Saya tak cari kontroversi - Ika

BERMULA dengan isu melakukan tindik lidah sehingga mengundang kritikan ramai, kemudian dirinya dikatakan pula seorang lesbian dan mempunyai hubungan cinta dengan pengkid serta dituduh menyimpan peralatan seks.

Terkini, kontroversi mengenai tindakannya menghamburkan kata-kata kesat di laman sosial Instagram miliknya gara-gara tidak berpuas hati dengan kelakuan seorang individu yang meminta gambar bogelnya hangat diperkatakan.

Itulah rentetan kontroversi yang melanda pelakon Tanda Putera, Ika Nabella sepanjang bergelar artis setelah tersingkir daripada Akademi Fantasia 6 (AF 6) dahulu. Ironinya, ada pihak yang beranggapan namanya popular gara-gara isu sensasi berbanding kisah kerjayanya.

Melihat tepat ke arah anak matanya semasa ditemu bual kelihatan sekelumit kekecewaan yang seperti terpendam di hatinya, Ika meluahkan segala kontroversi yang berbangkit bukanlah atas kehendak dirinya sendiri.

"Saya menceburkan diri dalam dunia seni kerana minat yang mendalam, malah saya lebih gemar bercerita tentang kerjaya berbanding memperkatakan tentang isu-isu peribadi.

"Bagaimanapun, saya sedar dan akur bahawa inilah realitinya apabila menjadi seorang artis. Cuma, saya tidak pernah mencari kontroversi semata-mata mahu meraih populariti dengan segera," ungkap pelakon berusia 24 tahun itu.

Ditanya mengenai pandangannya terhadap pelbagai kontroversi yang sering melanda dirinya itu, pelakon itu memberitahu ia boleh dijadikan sebagai pengajaran paling berguna supaya kesilapan sama tidak berulang.

Ujar Ika, pada masa akan datang dia enggan lagi terlalu cepat melatah apabila berhadapan dengan sesuatu isu yang melanda dan perlu menanganinya dengan lebih bijak supaya peminat tidak skeptikal terhadap dirinya.

IKA tidak kisah menerima teguran daripada mana-mana pihak, namun biar teguran tersebut berhemah.


"Permasalahan yang timbul sebelum ini seperti meluahkan kata-kata kesat di Instagram, semuanya berpunca daripada situasi tekanan yang dialami sehingga tidak memikirkan dahulu impak yang akan diterima.

"Jadi, saya perlu sentiasa bersikap positif dan lebih terbuka selepas ini dengan tidak melakukan tindakan terburu-buru supaya tidak dikecam hebat. Saya sekadar berharap perkara yang pernah terjadi itu tidak akan berulang kembali," ujarnya.

Menyatakan dirinya sedia ditegur sekiranya melakukan sebarang kesalahan, tetapi Ika meminta supaya tidak ada pihak yang suka menghakimi seseorang individu itu sebelum mengenali dengan lebih rapat.

"Kalau hendak memberi teguran sekalipun biarlah dengan cara yang lebih berhemah dan bukan sekadar melemparkan tuduhan tidak berasas. Saya anggap sebarang teguran itu boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri sendiri," tegasnya.

Biarpun sering terpalit dengan kontroversi, pelakon itu menyatakan ia langsung tidak menjejaskan kariernya sebagai pelakon serta hubungan dengan ahli keluarga yang lain kerana mereka lebih mengenali dirinya yang sebenar.

Berlakon

Menceritakan tentang perkembangan kerjayanya pula, Ika memberitahu rezekinya sekarang ini lebih berpihak kepada lakonan, meskipun tidak pernah melupakan bidang nyanyian.

Ujarnya, setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam dunia seni, dia lebih kerap berlakon dalam drama bersiri dan telemovie, manakala nyanyian pula agak kurang dan hanya pada acara-acara tertentu sahaja.

"Tidak dinafikan kemunculan saya lebih banyak di kaca televisyen berbanding di layar perak. Tawaran berlakon filem itu banyak juga yang diterima, tetapi biasanya ia akan bertembung dengan jadual lain.

"Apa pun saya tidak kisah sangat dan tetap bersyukur kerana rezeki dalam lakonan masih terbuka luas. Dengan pelbagai tawaran yang diterima membuktikan masih ramai pengarah dan penerbit yang memberikan kepercayaan kepada saya," ujarnya yang baru sahaja muncul dalam filem Tanda Putera pada Ogos lalu.

Berkenaan dengan aktiviti seninya sekarang, pelakon itu memberitahu dia bakal tampil dalam sebuah drama bersiri berjudul Seindah Sabarmu yang mula disiarkan di TV9 sejak 15 Oktober lalu.

"Anissa merupakan rakan baik kepada Fiqa yang dibawakan Nad Zainal, tetapi konflik antara kedua-duanya mula timbul apabila mereka mencintai lelaki yang sama sehingga Anissa melakukan perkara yang di luar batasan," ujarnya.

IKA menafikan dia seorang wanita yang tertarik dengan wanita lain.


Selain Ika dan Nad, pelakon yang turut membintangi drama bersiri sepanjang 14 episod itu antaranya ialah Shah Iskandar, Shahronizam dan Hanis Kamal.

Usaha lebih

Seperti yang telah diketahui umum, pembabitan Ika dalam AF 6 pada tahun 2008 tidak berpanjangan apabila dia menjadi peserta yang kedua terkeluar, sekali gus gagal merebut gelaran juara.

Namun begitu, dia dilihat antara peserta yang agak bertuah kerana masih lagi mampu bertahan, tidak seperti kebanyakan peserta lain yang terus tenggelam daripada arus perdana hiburan.

"Kalau diikutkan memang agak sukar untuk meneruskan karier dalam seni pada peringkat awal, tetapi yang paling utama kena berusaha dengan lebih gigih lagi sekiranya ingin menggapai impian yang terpendam sejak sekian lama.

"Walaupun tersingkir awal semasa AF 6 dahulu, tidak bermakna impian tidak boleh digapai. Yang penting, seseorang itu harus bijak mencari peluang yang ada serta tidak mudah berputus asa," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada dia mengikuti perkembangan AF 2013 yang sedang rancak berlangsung ketika ini, Ika memberitahu sekiranya ada kelapangan dia akan menontonnya di rumah.

"Dengan perubahan konsep yang dilakukan saya dapati persaingan kali ini lebih sukar dan mencabar buat para peserta. Selain itu, mereka perlu lebih kreatif terutamanya untuk menarik lebih banyak undian daripada penonton.

"Kepada peserta yang sudah tersingkir pula, jangan terlalu cepat patah semangat kerana ia tidak bermakna hasrat untuk mengejar impian menjadi seorang artis sudah berakhir," ujarnya.

Jodoh Facebook Cristina Suzanne

Posted:

Jodoh Facebook Cristina Suzanne

Jodoh Facebook Cristina Suzanne

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


BUAT masa ini Cristina belum mahu mendedahkan identiti tunangnya ini kepada umum.


PERNAH digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Bront Palarae sebelum ini, akhirnya pelakon kacukan PERNAH digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Bront Palarae sebelum ini, akhirnya pelakon kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne Stockstill telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya pada 13 Oktober lalu.

Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang agak mengejutkan kerana pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Bicara Hati itu pernah membuat kenyataan mengenai pertunangannya sebelum ini.

Ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini, Cristina atau lebih mesra dengan panggilan Cris itu tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila sudah selamat bergelar tunangan orang.

Selain itu, Cris memberitahu bahawa dia tidak mengambil tempoh masa yang lama untuk bertunang dan telah memilih 22 Januari 2014 sebagai hari perkahwinannya nanti.

Kosmo!: Boleh ceritakan tentang majlis pertunangan Cris yang berlangsung baru-baru ini. Siapakah jejaka yang telah berjaya menambat hati anda untuk dijadikan sebagai suami?

Alhamdulillah, majlis yang dilangsungkan di Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang berjalan dengan lancar. Meskipun tidak dibuat secara besar-besaran, masih ramai ahli keluarga dan sahabat yang datang memeriahkan majlis.

Mengenai identiti tunang saya itu pula, biarlah saya tidak dedahkannya buat masa ini. Biarlah semuanya akan terjawab semasa berlangsungnya majlis perkahwinan kami nanti.

Bagaimanakah detik perkenalan anda dan tunang berlaku?

Sebenarnya kami sudah lama saling mengenali kerana kakaknya merupakan rakan saya. Pada bulan Ramadan lalu dia tegur saya menerusi laman sosial Facebook dan kemudian saya ajak dia datang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga. Selepas itu, dia datang secara bersendirian ke rumah dan kami sempat berbual tentang pelbagai topik. Mulai saat itu saya dapat rasakan seperti ada tarikan tersendiri sehingga boleh terpikat dengannya.

Apakah ciri-ciri menarik yang membuatkan anda jatuh hati dengannya?

Pertama sekali sudah tentu keperibadian yang dimiliknya iaitu sangat menghormati orang tua dan pandai mengambil hati adik-beradik saya yang lain. Lagipun ahli keluarga saya juga memang suka kepadanya.

FIGURA cantik ini sedang gigih belajar memasak dengan ibunya sebagai persiapan sebelum bergelar isteri kelak.


Kalau diikutkan tempoh pertunangan anda cuma empat bulan sahaja. Kenapa mengambil keputusan untuk berkahwin dalam tempoh yang cepat?

Bagi saya perkara yang baik buat apa hendak ditangguh-tangguhkan dan lebih baik ia dilangsungkan secepat yang boleh. Lagipun pada tahun hadapan usia saya sudah menjangkau 29 tahun dan memang sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

Apakah istimewanya tarikh 22 Januari 2014 sebagai hari bersejarah dalam hidup anda?

Sebenarnya tiada sebarang keistimewaan pun tentang tarikh tersebut, sebaliknya ia merupakan tarikh kelahiran saya yang ke-29. Sudah tentu mudah buat saya untuk meraikan hari kelahiran dan ulang tahun perkahwinan serentak.

Adakah anda sudah mula membuat sebarang persediaan untuk acara perkahwinan nanti?

Setakat ini masih belum ada lagi persediaan yang dilakukan, kecuali kini saya sedang belajar memasak dengan ibu. Untuk bergelar seorang isteri sudah tentu ia sangat penting, malah ibu saya memang seorang yang pandai memasak.

Bagaimanakah pula dengan perkembangan aktiviti seni anda sekarang?

Buat masa sekarang saya masih lagi berehat dan tidak terbabit dalam sebarang penggambaran. Kali terakhir saya berlakon adalah menerusi filem CEO pada Julai lalu dan selepas itu saya banyak meluangkan masa di kampung halaman di Kuantan. Kalau diikutkan memang ada pihak yang menawarkan saya berlakon, tetapi saya beritahu kepada mereka yang kini saya sedang berehat. Bagaimanapun, saya masih menantikan tawaran berlakon dengan karakter yang memenuhi keinginan saya.

Fatwa Hati Nowseeheart

Posted:

Fatwa Hati Nowseeheart

Fatwa Hati Nowseeheart

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

FAHD menyuntik elemen baharu dalam lagu Nowseeheart menerusi single kolaborasi mereka, Fatwa Hati.


MASIH lagi mengekalkan lirik-lirik ketuhanan dan kerohaniah, kumpulan nasyid Nowseeheart banyak memberi kelainan terutamanya dari segi konsep muzik yang dibawa oleh mereka.

Sejak awal kemunculan Nowseeheart pada tahun 1996, penampilan mereka yang memakai beret sudah pun menunjukkan keunikan.

Malah, konsep Nowseeheart yang mengetengahkan vokal soprano serta kumpulan koir menjadikan mereka sebagai kumpulan nasyid pertama yang berbuat demikian.

Sejak itu Nowseeheart telah mengambil keputusan untuk memberi kelainan dalam setiap album yang dikeluarkan. Single yang berjudul Damai Yang Hilang dari album sulung telah mula mempopularkan nama Nowseeheart sehingga ke hari ini.

"Mengimbau dari album pertama, kami keluar dengan konsep vokal seperti Queen manakala album kedua kami tampilkan gitar serta dram dalam muzik Nowseeheart.

"Album ketiga pula, kami tampil dengan konsep muzik berselawat, sedangkan pada masa itu masyarakat asyik dengan aliran muzik balada, rock dan pop.

"Seterusnya, kami membuat kompilasi dengan menampilkan muzik joget dan muzik tradisional. Terbaharu, kami selitkan genre rock nasyid yang mungkin bukan perkara baharu namun diberi kelainan oleh Nowseeheart," tutur salah seorang anggota Nowseeheart, Azahari Abdul Rahman ketika mengadakan sesi fotografi di studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Walaupun telah menyepi selama empat tahun, namun, beritahu ketua kumpulan, Idzhar Jumali, permintaan peminat masih wujud dalam pasaran nasyid tempatan.

'Percutian' selama empat tahun itu telah dimanfaatkan oleh anggota Nowseeheart dengan kerja-kerja belakang tabir seperti penerbitan, penulisan lirik lagu selain komitmen kerja harian.

Selain itu, bercerita mengenai anggota kumpulan Nowseeheart yang dahulunya dianggotai oleh enam orang, kini mereka hanya tampil berempat meneruskan perjuangan.


NOWSEEHEART (dari kiri, Huzaimi, Sariman, Idzhar dan Azahari) pertama kali bergabung bakat dan aura dengan Fahd (tengah).


Mereka yang masih setia dan mahu menyalurkan kebaikan menerusi muzik mereka ialah Mohd. Huzaimi Mohd. Zaini, Muhammad Sariman, Azahari Abdul Rahman serta Idzhar Jumali.

"Mungkin bagi pendapat peribadi saya, industri masih perlukan Nowseeheart. Boleh dikatakan kami ialah kumpulan nasyid yang menjadi trendsetter kepada industri nasyid sendiri di Malaysia.

"Jadi, kami mahu berikan sesuatu perkara yang baharu dan kami juga dikenali dengan sebuah kumpulan nasyid yang melanggar perkara lazim yang dibuat oleh sebuah kumpulan nasyid. Kami mahu lakukan perbezaan dan tidak meniru dengan apa yang ada," jelas Idzhar.

Fatwa Hati

Kehilangan Nowseeheart selama empat tahun juga memberi peluang kepada kumpulan itu untuk penghasilan album keenam mereka. Album yang masih dalam proses tersebut bakal dilancarkan pada hujung tahun kelak.

Namun, sementara itu, mengikut aliran muzik tempatan kini, mereka telah pun melancarkan single pertama dari album terbaharu ini yang berjudul Maafkan Aku.

"Alhamdulillah, single pertama dari album keenam kami yang berjudul Maafkan Aku telah dilancarkan dan klip video pula telah pun dimuatnaik ke dalam laman YouTube. Kini, kami sedang mempromosi single kedua pula yang diberi judul Fatwa Hati.

"Kali ini kami menggunakan konsep rock dan balada dalam album keenam kami, begitu juga Fatwa Hati dan kami juga telah berkolaborasi bersama Fadh. Lagu ini merupakan gubahan Azahari serta lirik oleh saya," bicara Idzhar tentang Fatwa Hati yang dilancarkan pada bulan Oktober ini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved