Isnin, 14 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tahan lama, sedia dimakan

Posted:

Tahan lama, sedia dimakan

Tahan lama, sedia dimakan

TIGA tahun lalu, niat untuk melakukan ibadah korban terdetik dalam hatinya kerana ia satu tuntutan yang digalakkan dalam Islam. Jannatul Akmal Muhd. Talib, 29, kemudiannya mencari maklumat mengenai badan kebajikan atau organisasi yang melakukan ibadah korban.

Menurut wanita yang bekerja dalam sektor kerajaan itu, dia mengutamakan badan yang menawarkan harga korban berpatutan dan penerimanya.

Dalam usahanya itu, dia menemui laman sosial Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) yang menawarkan ibadah korban di negara-negara Islam seluruh dunia.

"Saya tertarik dengan yayasan tersebut selepas yakin dengan cara dan proses pengagihan daging korbannya kerana ia di khusus kepada tempat-tempat yang dilanda bencana di luar dan dalam negara," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Jannatul, dia memilih Muslim Aid kerana harga yang ditawarkan untuk satu bahagian korban sekitar RM380 sahaja.

Seorang lagi yang melakukan korban bersama Muslim Aid turut bersetuju dengan pandangan tersebut. Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Rosiah, 48, berkata, daging tersebut telah dimasak dan ditinkan mengikut cita rasa negara penerima.

"Ia dapat mengelakkan pembaziran jika penerima mendapat daging mentah. Sekurang-kurangnya, daging korban yang ditinkan dapat disimpan dan dimakan mengikut keperluan mereka," ujar kakitangan swasta itu.

Dia memilih untuk melakukan ibadah korban bersama organisasi tersebut kerana daging tersebut diberikan kepada masyarakat Islam di luar negara.

"Pendapat saya, ibadah korban dalam negara kita sangat mewah sehinggakan terdapat daging-daging terbazir begitu sahaja.


DAGING tanpa tulang akan dihantar ke Malaysia untuk proses pengetinan.


"Melalui Muslim Aid, setiap korban yang dilakukan akan dihantar terus ke negara-negara yang ditimpa bencana. Ia sekali gus dapat membantu sesama saudara Islam diseluruh dunia," jelas Rosiah yang telah melakukan ibadah korban bersama Muslim Aid sejak sedekad lalu.

Pekerja sektor swasta itu menambah, pihak Muslim Aid sangat efisien kerana mereka akan membuat peringatan setiap tahun kepada golongan yang berminat melakukan ibadah korban.

"Jika dibandingkan dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi lain, pelanggan Muslim Aid akan diingatkan setiap kali datangnya musim korban menerusi kiriman e-mail.

"Dari segi kebersihan, daging korban tersebut adalah selamat dan dijamin bersih berbanding aktiviti korban yang dilakukan secara konvensional," katanya.

Sejak beroperasi di Malaysia pada tahun 2004, Muslim Aid menghulurkan bantuan kepada penduduk dunia yang mengalami bencana atau peperangan. Ia merupakan sebuah perwakilan rasmi Muslim Aid International di Asia yang ditubuhkan pada tahun 1985.

Muslim Aid merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama. Walaupun merupakan sebuah organisasi Islam, bantuan Muslim Aid tidak mengira sempadan, tidak membezakan warna kulit atau warna kulit penerima bantuan.

Pusat pengumpulan

Selain Malaysia, terdapat tiga pusat pengumpulan dana utamanya yang lain iaitu England, Jerman dan Australia. Muslim Aid juga mempunyai pejabat cawangan hampir di seluruh negara Islam.

Salah satu program Muslim Aid ialah Qurban For Life (Q4L) dengan mengagihkan daging korban ke negara-negara Islam yang mengalami kemusnahan dan penderitaan seperti Afganistan, Afrika, Bangladesh, Syria, Palestin dan Somalia. Di Malaysia, bantuan tersebut diberikan kepada golongan asnaf yang berdaftar.

Pengarah Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia, Wan Rusli Wan Muda, berkata, proses penyembelihan dilakukan di Australia kerana negara itu mampu menyediakan bekalan daging yang mencukupi.

"Kami pernah cuba mencari tempat penyembilhan di Malaysia tetapi tiada tempat penternakan yang boleh menampung lebih 8,000 ekor daging korban.


PROSES pengetinan dilakukan di sebuah kilang yang terletak di Terengganu.


"Disebabkan itu, kami memilih Australia kerana negara tersebut mempunyai bekalan yang mencukupi. Pusat penyembelihan di negara itu juga boleh menyembelih sebanyak 8,000 ekor sehari," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di pejabat Muslim Aid di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas beliau, pusat-pusat penyembelihan yang terpilih mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan penyeliaan ketat Muslim Aid.

Proses pengetinan

Proses penyembelihan dilakukan dalam masa empat hari wajib korban iaitu pada 10 hingga 13 Zulhijjah. Daging-daging tanpa tulang akan dihantar ke Malaysia untuk proses pengetinan. Proses tersebut dilakukan oleh sebuah syarikat pengetinan di Terengganu.

"Proses pengetinan merupakan kaedah terbaik untuk mengagihkan daging korban. Ia boleh tahan selama tiga tahun dan boleh dihantar ke lokasi-lokasi yang daif dari segi infrastruktur.

"Penerima boleh menyediakan juadah tanpa perlu memasaknya kerana ia sedia dimakan pada bila-bila masa," kata Wan Rusli.

Setiap buah keluarga akan menerima 24 tin daging korban atau mengikut keperluan mereka. Di Malaysia, sebanyak 3,000 ekor kambing dan lembu diperlukan untuk diagihkan kepada golongan asnaf.

Syarikat pengetinan yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu itu akan memasak dan mengetin daging korban. Sebanyak tiga jenis makanan tin akan disediakan dan setiap satunya mengikut cita rasa sesebuah negara.

"Sebagai contoh, daging kambing cincang banyak diagihkan ke negara-negara Asia Barat seperti Palestin, Somalia dan Afrika.

"Negara-negara seperti Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Malaysia akan diagihkan makanan tin jenis kari dan berkuah," ujarnya. Antara jenis makanan yang disediakan ialah daging kambing cincang, daging lembu cincang dan daging kambing masak kari.


PROSES penyembelihan turut dilakukan di Australia yang mendapat pengiktirafan dari Jakim.


Muslim Aid juga melakukan penyembelihan setempat iaitu melakukan ibadah korban di negara-negara terpilih. Pada tahun ini, organisasi tersebut akan bekerjasama dengan Masjid Negara untuk melakukan korban di Vietnam.

"Selain membawa daging sejuk beku sedia ada, kami akan membeli haiwan ternakan di kampung-kampung berdekatan. Usaha itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka melalui pembelian yang dilakukan," jelas Wan Rusli. Selain Vietnam, negara yang pernah terlibat menerima agihan daging korban ialah Kemboja, Pakistan dan Palestin. Dana Muslim Aid diperoleh daripada pelbagai program seperti jualan amal, sumbangan daripada orang ramai serta kerjasama dari syarikat korporat.

Di Malaysia sejak tahun 2008, setiap sumbangan yang diberikan kepada Muslim Aid akan menerima pelepasan cukai pendapatan.

Angka 13 bawa malang?

Posted:

Angka 13 bawa malang?

Angka 13 bawa malang?

Oleh NOR IDAYU BOSRO


WALAUPUN hidup dalam era serba moden, kebanyakan bangunan di Amerika Syarikat masih percaya tingkat 13 sebagai nombor pembawa nasib malang.


APABILA kerja-kerja pembinaan di 56 Leonard Street di Manhattan, New York, Amerika Syarikat (AS) siap sepenuhnya dua tahun lagi, bangunan pencakar langit itu bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang berkeluasan kira-kira 22.8 meter persegi dan ruang perpustakaan.

Bagaimanapun, menurut portal berita The Wall Street Journal, apa yang tidak dimiliki oleh bangunan mewah setinggi 60 tingkat itu ialah tingkat 13.

Situasi tersebut amat menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang terdapat di kebanyakan bangunan khususnya di negara-negara Eropah.

Satu kajian mendapati hanya lima peratus daripada 1,500 buah kondominium di Manhattan dan Brooklyn mempunyai tingkat 13.

Selebihnya menggelarkan tingkat dengan nombor 'berhantu' itu sebagai tingkat 14 supaya tiada penduduk yang terbeban kerana beralamatkan nombor malang itu.

Kajian mengenai fobia terhadap angka 13 itu digelar 'Triskaidekaphobia' manakala fobia terhadap tarikh 13 hari bulan yang jatuh pada hari Jumaat pula dikenali sebagai 'paraskavedekatriaphobia' atau 'friggatriskaidekaphobia'.

Satu penyelidikan dalam Jurnal Perubatan British yang diterbitkan pada 1993, mendapati kadar kemalangan jalan raya meningkat pada hari Jumaat bertarikh 13 hari bulan berbanding hari Jumaat lain.

Menerusi jurnal tersebut, penulisnya membandingkan nisbah jumlah trafik kepada bilangan kemalangan kereta pada dua hari yang berbeza iaitu Jumaat keenam dan Jumaat ke-13 sepanjang tahun itu.

Salah seorang penulisnya, Scanlon TJ mendakwa kadar kemasukan ke hospital meningkat sebanyak 52 peratus pada hari Jumaat ke-13 berbanding hari-hari Jumaat lain.

"Jumaat ke-13 ialah hari malang bagi sesetengah individu. Risiko kemasukan ke hospital akibat kemalangan juga meningkat. Kami mengesyorkan adalah lebih baik untuk tinggal di rumah sahaja," katanya.


LUKISAN pasukan The Knight Templars (dua kiri) bertemu Raja Baitulmuqaddis.


Mitos Norse

Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai nombor malang dikatakan berasal daripada mitos Norse yang bercerita tentang kisah 13 dewa menghadiri majlis santapan di Valhalla – sebuah tempat di mana roh pahlawan berani 'pergi' selepas mereka meninggal dunia.

Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa lain sedang makan, datang Loki iaitu dewa yang tidak diundang ke majlis berkenaan.

Loki dianggap tetamu ke-13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Balder iaitu dewa kegembiraan.

Kematian Balder dipercayai menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan terjadinya musim sejuk pertama di dunia.

Fobia itu turut diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan hari Jumaat yang jatuh pada tarikh hari tersebut.

Antaranya ialah penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam Perang Salib yang berlaku pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307 dan pemerintahan King Saxon Harold II berakhir selepas dia dibunuh oleh Duke of Normandy, William pada Jumaat, 13 Oktober 1066.

Selain itu, ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menggunakan nombor 13 selain diterbangkan pada pukul 1.13 petang pada 11 April 1970.

Malah, fobia terhadap angka berkenaan turut melanda golongan profesional dan intelektual.

Akibatnya, ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat 13, pintu ke-13 atau premis bernombor 13.

Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri di negara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Program J-Qaf peringkat negeri Kelantan

Posted:

Program J-Qaf peringkat negeri Kelantan

Program J-Qaf peringkat negeri Kelantan

MOHAMAD ZAKI (barisan kedua, tiga dari kiri) bergambar bersama pelajar yang menyertai program J-Qaf di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


SAMBUTAN. Seramai 250 pelajar sekolah rendah dari 10 buah sekolah seluruh Kelantan menyertai program Jawi, Quran dan Fardu Ain (J-Qaf) yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Sektor Dakwah dan Kepimpinan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan, Mohamad Zaki Husin .

Menurut Mohamad Zaki, program itu bertujuan membentuk modal insan yang gemilang selaras dengan penubuhannya iaitu mahu melahirkan mereka yang celik jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain.

Pelajar Universiti AIMST terima sijil, diploma

Posted:

Pelajar Universiti AIMST terima sijil, diploma

Pelajar Universiti AIMST terima sijil, diploma


RAVIVARMA ROA (empat dari kiri) bergambar bergambar bersama pelajar-pelajar terbaik yang lain pada Majlis Konvokesyen Ke-6 di Universiti AIMST, Merbok, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


TAHNIAH. Seramai 400 pelajar Universiti AIMST di Merbok menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen ke-6 universiti itu di Merbok, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pelajar terlibat mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi, kejururawatan, kejuruteraan, bioteknologi, pengurusan perniagaan dan fisioterapi.

Sijil dan diploma itu disampaikan oleh Canselornya, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Pelajar terbaik keseluruhan AIMST, disandang oleh P. Ravivarma Rao, 25, dari Johor Bahru dalam bidang perubatan.

Sejak universiti itu ditubuhkan pada tahun 2001, ia berjaya melahirkan kira-kira 2,000 graduan dalam pelbagai bidang.

UMNO Kepala Batas teruskan tradisi anjur ibadah korban

Posted:

UMNO Kepala Batas teruskan tradisi anjur ibadah korban

UMNO Kepala Batas teruskan tradisi anjur ibadah korban


ABDULLAH (kiri) dan Reezal Merican (dua dari kiri) melihat sebahagian daripada lembu yang akan diagihkan kepada cawangan-cawangan UMNO sempena Hari Raya Aidiladha di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


AGIH. Sebanyak 59 ekor lembu disumbangkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas untuk diagihkan kepada cawangan-cawangan UMNO di bahagian itu sempena program ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sumbangan tersebut adalah bagi meneruskan program tahunan yang telah dilaksanakan oleh pusat khidmat itu sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Ahli Parlimen kawasan itu kira-kira 35 tahun lalu.

Majlis penyerahan lembu korban tersebut telah diadakan di Wisma UMNO Kepala Batas dengan dilakukan oleh Abdullah selaku Ketua UMNO Bahagian itu baru-baru ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Polis tertembak pemungut hutang

Posted:

Polis tertembak pemungut hutang

Polis tertembak pemungut hutang

Oleh NOOR HASLIZA NUSI dan OTHMAN YAHAYA
berita@kosmo.com.my

KANG SEAK XIONG mati tertembak ketika berhibur di sebuah pub di George Town, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN – Pertemuan tiga sahabat termasuk dua anggota polis di sebuah pub di Auto City Juru, Bukit Mertajam di sini bertukar tragedi apabila mereka ditahan selepas seorang daripadanya melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.20 pagi itu, Kang Seok Xiong, 38, yang bekerja sebagai pemungut hutang mati akibat terkena satu das tembakan di perut.

Suspek wanita ditahan di premis hiburan tersebut manakala dua anggota masing-masing berpangkat lans koperal dan sarjan itu diberkas pada pukul 10 pagi di sebuah rumah di Kulim, Kedah.

Polis turut merampas sepucuk pistol milik suspek berpangkat lans koperal berusia 33 tahun yang bertugas di Kontinjen Kedah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila tiga sekawan termasuk seorang sarjan dari kontinjen Johor yang sedang bercuti di negeri ini berjanji untuk berjumpa di pusat hiburan berkenaan.

Polis percaya sebelum kejadian itu berlaku pergaduhan antara suspek dengan sekumpulan lelaki dipercayai kawan si mati.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

1.5 juta jemaah wukuf di Arafah

Posted:

1.5 juta jemaah wukuf di Arafah

1.5 juta jemaah wukuf di Arafah


JEMAAH haji berkumpul puncak Jabal Ar-Rahmah di Arafah untuk menyempurnakan wukuf semalam.


ARAFAH, Mekah – Kira-kira 1.5 juta jemaah dari seluruh dunia yang berpakaian ihram berhimpun di sini, barat Arab Saudi, sejak pagi semalam dalam kemuncak ibadah haji pada tahun ini.

Rata-rata mereka tiba dengan berjalan kaki, menaiki kereta api atau kenderaan lain.

Di Arafah, jemaah akan melakukan wukuf atau berada di tempat suci itu bagi menyempurnakan rukun kedua ibadah haji.

Beberapa pegawai berkata, mereka menganggarkan hampir 1.5 juta juta jemaah berhimpun di Padang Arafah lewat semalam.

Ketika jemaah membanjiri Arafah, beberapa buah helikopter kelihatan berlegar di udara manakala beribu-ribu anggota tentera berkawal di laluan-laluan yang dipenuhi jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Mereka tiba di Padang Arafah dari Mina semalam. Mina terletak sekitar 10 kilometer ke barat laut Arafah.

Selepas berhimpun di Padang Arafah, jemaah akan bergerak ke Muzdalifah sejauh beberapa kilometer untuk bermalam dan seterusnya melontar jamrah.

Ibadah haji yang bermula kelmarin akan berakhir pada Jumaat ini.

Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal berkata, seramai 1.38 juta jemaah dalam kalangan warga asing berada di Arab Saudi manakala sebanyak 117,000 permit dikeluarkan kepada jemaah haji tempatan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan, bilangan jemaah tahun ini menurun kepada hampir 1.5 juta orang berbanding 3.2 juta orang tahun lalu.

Penurunan itu, kata mereka, antara lain disebabkan oleh penularan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dan kerja membesarkan pekarangan Masjidil Haram di kota suci Mekah.

Namun, tiada kes baharu membabitkan virus MERS dikesan setakat kelmarin mahupun jangkitan melibatkan jemaah haji.

Penyakit tersebut telah meragut 60 nyawa di seluruh dunia setakat ini dengan 51 kematian berlaku di Arab Saudi. – AFP

Bahaya kepada ketenteraman

Posted:

Bahaya kepada ketenteraman

Bahaya kepada ketenteraman


BARISAN peguam bela yang diketuai Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar membuat sujud syukur selepas Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam penerbitan The Herald.


PUTRAJAYA - The Herald, penerbitan mingguan Kristian Katolik Malaysia, dilarang daripada menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan.

Ini berikutan Mahkamah Rayuan di sini semalam membuat keputusan sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata, ia merupakan dapatan umum mahkamah bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi bahagian penting daripada amalan kepercayaan agama Kristian.

Beliau berkata, dengan mengambil kira fakta sejarah dan agama, beliau tidak dapat menemui sebarang sebab munasabah kenapa responden (Titular Roman Catholic Archbiship of Kuala Lumpur) berkeras untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Untuk memulakannya, pengiktirafan sewajarnya perlu diberikan kepada nama-nama yang diberikan Tuhan dalam buku suci masing-masing seperti Yahweh Tuhan kitab Bible; Allah bagi kitab suci al-Quran dan Vishnu bagi kitab Vedas," katanya dalam penghakiman setebal 40 halaman.

Hakim Apandi berkata, adalah munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa penggunaan yang dicadangkan itu akan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam dan sudah tentu ia tidak kondusif kepada suasana kehidupan yang aman dan harmoni di negara ini.

"Kesimpulan ini diperkuatkan oleh fakta majoriti penduduk di negara ini orang Melayu dan beragama Islam," kata Hakim Apandi yang bersidang bersama Hakim- Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Jubah medium dakwah secara halus

Posted:

Jubah medium dakwah secara halus

Jubah medium dakwah secara halus

Oleh ALIF ABU BAKAR

'KITA adalah apa yang kita pakai.' Frasa tersebut merujuk kepada persepsi sekeliling terhadap seseorang berpandukan pemakaian dan gaya peribadi yang dibawa. Masyarakat mudah melabelkan individu tertentu terhadap sebentuk penampilan, ibarat satu pembelajaran menerusi penelitian rawak lantas dijadikan kesimpulan dan dipersetujui seisi dunia.

Jenis pakaian yang menjadi pilihan itulah yang bakal mencerminkan karakter diri pada kaca mata luar. Dewasa ini, dunia dipenuhi rekaan pakaian yang tidak terperi indahnya. Industri fesyen pula mendominasi minda manusia yang sering dahagakan kecantikan dan kesempurnaan. Kita mengalu-alukan penyebaran dogma fesyen sebagai satu kemestian hidup masyarakat, meskipun garis panduan asas berpakaian kian menipis.

Barangkali fesyen yang mengutamakan penutupan aurat yang ditekankan Islam dianggap kurang relevan dalam peradaban moden, terutama kepada Muslim liberal. Mereka bukan jahil, cuma leka dek propaganda gah jenama eksklusif yang mengaburi mata. Janji jenama sebegitu mudah, jika anda memiliki helaian pakaian label mewah mereka, hierarki anda dalam kelompok sosial akan dinaik taraf ke tahap lebih tinggi.

Sedangkan mereka yang memilih pakaian bertentangan trend terkini, dijeling aneh bahkan ditempelak manja sebagai orang bercita rasa lapuk. Gambaran tersebut terbentuk sempurna terhadap jubah, sehelai pakaian tradisional yang pernah menjadi kebanggaan umat Islam dan masih diguna pakai secara harian di negara-negara Asia Barat.

Kegemilangan jubah dalam kalangan golongan Adam pada zaman Rasulullah SAW bukan rahsia malah ia termasuk sebagai salah satu sunah baginda.

Di Malaysia, penggayaan jubah oleh golongan lelaki bukanlah sesuatu yang baharu. Namun kekurangan masyarakat mengagungkan persalinan itu menenggelamkan populariti dan fungsi jubah secara keseluruhan. Kita sekadar berjubah ketika beribadat dan meraikan hari raya Aidilfitri atau Aidiladha. Luar daripada waktu itu, agak sukar melihat alunan jubah pada tubuh seorang jejaka.

Bagaimanapun, generasi muda hari ini dilihat mula menghargai sunah tersebut. Dalam diam, jubah kembali memenangi hati golongan Adam di negara ini sebagai pakaian yang tinggi nilainya.


PENAMBAHAN penutup kepala menyuntik jiwa muda kepada pada jubah trendy ini.


Hidupkan sunah

Al-Fitra antara nama baharu yang memainkan peranan dalam menyuntik fahaman moden terhadap jubah. "Setiap perniagaan mempunyai objektif berbeza. Bagi jubah Al-Fitra, kami mahu menghidupkan sunah Rasulullah yang semakin dilupakan," ujar Pengurus Al-Fitra Sdn. Bhd., Muhammad Fitri Hashim.

Berpangkalan di Paris, Perancis, rangkaian jubah Al-Fitra yang direka khusus untuk lelaki memaparkan keunikan dan kesederhanaan gaya. Jubah trendy, klasik, elegan dan bisnes keluaran mereka diolah rapi menerusi penerapan rona-rona maskulin yang berjiwa kontemporari.

"Kami mahu orang berbangga dengan sunah yang diangkat oleh junjungan besar, Nabi Muhammad. Sebagai Muslim, apa salahnya kita mengutamakan pakaian yang melambangkan pegangan kepercayaan kita tanpa dibatasi sebarang acara.

"Majlis korporat atau mesyuarat contohnya, kita boleh menggantikan sut atau blazer kepada jubah berkolar Al-Fitra bisnes yang jelas mendukung nilai formal. Penerimaan masyarakat terhadap jubah ini amat meyakinkan khususnya dalam kumpulan lelaki pertengahan iaitu mereka yang bergelar eksekutif muda dan bekerja dalam sektor korporat.

"Bagi remaja pula, kami sediakan jubah trendy yang direka khas berserta penutup kepala agar gaya tampak bergaya dan bersahaja. Potongan slim fit juga menjadikan jubah ini sesuai untuk lelaki muda urban.

"Secara tidak langsung, fungsinya berevolusi daripada pakaian beribadat kepada persalinan yang dipakai ketika ke pusat beli-belah, lebih kasual dan memecahkan konotasi konservatif terhadap jubah," jelas Muhammad Fitri, 33, yang memberitahu setakat ini Malaysia hanya memasarkan jubah bisnes dan trendy.

Tempoh dua tahun fasa penyelidikan dan pembangunan koleksi jubah Al-Fitra membuktikan kesungguhan jenama itu menghadirkan pakaian islamik moden yang berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan di negara yang berbeza.

Sebelum dipasarkan, material jubah Al-Fitra diuji mengikut kesesuaian cuaca di benua Eropah, Asia Barat dan Asia Tenggara. Malaysia yang menjadi lokasi percubaan awal Al-Fitra. Al-Fitra kemudiannya mencipta jubah dengan fabrik yang seragam untuk setiap negara.

Polister lembut menjadi fabrik utama dan digunakan sebanyak 70 peratus diikuti viskos, 25 peratus. Penyerapan material spandeks sebanyak lima peratus pada helaian jubah Al-Fitra menjadikannya cukup istimewa berbanding jubah sedia ada di pasaran. Kebolehan meregang di samping memberi keselesaan berpanjangan menjadikan jubah persalinan sempurna untuk digayakan secara harian.


TAMPIL sederhana tetapi menarik dengan jubah berpotongan slim fit.


Didik perilaku

Bak kata umum, memilih pakaian biarlah bertepatan dengan waktu, tempat dan tujuan. Mungkin dalam diri setiap individu pernah terbit rasa apabila dalam persalinan yang melambangkan keagamaan, tingkah laku wajib dijaga.

Begitu juga kepada lelaki Muslim. Ketika mereka berjubah, kecenderungan untuk menjaga tatasusila dan menampilkan akhlak terpuji sangat tinggi. Jubah menjadi kiasan keluhuran budi terbaik yang wajar dipraktikkan secara kerap.

"Saya sendiri melalui keadaan sedemikian. Apabila berjubah, perangai kita pun secara automatik berubah. Kalau kita jenis orang yang suka ketawa berdekah-dekah, bila memakai jubah, kita akan berusaha mengawal tawa agar tidak keterlaluan.

"Jubah banyak membantu seseorang menjaga kelakuan kerana seperti yang kita sedia maklum, fesyen merupakan impresi pertama terhadap seseorang. Jadi apabila individu itu mula membiasakan diri menjaga akhlak ketika berjubah, kefahaman mereka terhadap agama juga meningkat.

"Jubah juga boleh memandu seseorang untuk berubah ke arah kebaikan dan menjadi medium dakwah secara halus," berhemah Muhammad Fitri membutir kata.

Dres Muslimah potongan puteri

Posted:

Dres Muslimah potongan puteri

Dres Muslimah potongan puteri

Oleh NIZHA PERIASWAMY

STAILO minggu ini mengetengahkan beberapa dres koleksi terbaharu oleh EDZ.com.my bersempena kedatangan Hari Raya Aidiladha. Mengutamakan bentuk princess cut atau potongan puteri, iaitu potongan atas pinggang dan longgar tatkala dipakai, ia gaya yang diperkenalkan oleh EDZ.com.my untuk menampak si pemakai kelihatan tinggi dan ramping. Potongan bawah dres yang kembang dan beralun pula menambahkan keayuan dan ciri kesopanan ketika berjalan.

Pemilik butik EDZ.com.my, Norasurah Abd. Wahab, 32, memperagakan koleksi terbaharu jenama EDZ menerusi modelnya, Aliaah Abdullah.

Norasurah berkata, kesemua rekaan dres itu dilakukannya hasil perbincangan bersama kakitangan berdasarkan kehendak pelanggan.

"Pakaian ini direka mengikut keperluan fesyen Muslimah yang sopan, namun tetap anggun bergaya. Kami berusaha memastikan rekaan yang dihasilkan adalah terbaik, sesuai dengan potongan badan dan imej pelanggan," katanya.

Bercerita lanjut tentang koleksi jenama EDZ yang terbaharu, Norasurah memberitahu, rekaan yang dihasilkan disesuaikan dengan konsep sambutan Hari Raya Aidiladha seperti Pleated Dress Wana.

Dres itu dihasilkan daripada kain berkualiti dan ditambah beberapa elemen tarikan seperti reben di belakang baju, tali pengikat dan butang hiasan.

"Kami menambah elemen lisu di bahagian depan serta butang emas bercorak klasik supaya dres kelihatan lebih mewah dan bergaya," ujar Norasurah.

Kebanyakan rekaan yang diperkenalkan jenama EDZ merupakan potongan dres yang cantik, bergaya dan bukan jubah yang berpotongan lurus.

Warna dan corak juga dipilih bersesuaian dengan cita rasa penggemar fesyen moden. Pilihan warna EDZ biasanya menggunakan elemen warna lembut dan gabungan warna gelap dan berani sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan.

Walaupun menggunakan material yang berkualiti, perincian jahitan tangan dan aksesori yang bermutu, koleksi dres Norasurah masih dijual pada kadar harga berpatutan, iaitu daripada RM149 (dres Reiza) hingga RM315 (dres Wana).

Mengimbau kembali penubuhan EDZ, ia bermula pada Julai 2008 yang dibuat di rumah secara dalam talian oleh Norasurah sendiri. Namun, respons yang baik daripada para pelanggan memberi peluang kepadanya untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka butik di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor.

"Pada awalnya, saya melakukannya secara dalam talian kerana ia tidak memerlukan kos yang besar.

"Pada tahun 2007, trend membeli-belah dalam talian mula popular dan ia menjadi salah satu sebab saya memulakan bisnes dalam talian. Memasarkan fesyen pakaian dalam talian juga senang dan menjimatkan kos," katanya mengimbas detik permulaan bisnes EDZ.com.my.

Bagaimanapun, perniagaan tersebut tidak semudah yang dijangkakan kerana Norasurah tetap menghadapi cabaran terutama ketika melakukan jualan.

Namun, berkat kesabaran dan berusaha gigih membuat promosi selama sebulan, akhirnya jenama EDZ mula diterima pelanggan.

Perbaharui sel kulit waktu malam

Posted:

Perbaharui sel kulit waktu malam

Perbaharui sel kulit waktu malam

Oleh ALIF ABU BAKAR


OVERNIGHT Treatment daripada L'oreal Paris membantu proses pembaharuan sel kulit dan mencerahkan wajah pada waktu malam.


KULIT manusia dicipta untuk pelbagai fungsi. Ia bertujuan sebagai sistem pertahanan mencegah jangkitan bakteria ke dalam badan. Ia juga melindungi tubuh yang terdedah kepada bahang cuaca panas atau sejuk di luar tampungan badan.

Kepelbagaian peranan kulit yang merupakan lapisan luar tubuh manusia secara tidak langsung menjadikannya organ yang paling kerap menerima tekanan dan risiko tinggi terdedah kepada kerosakan. Jika tidak dijaga dengan cermat, kulit seseorang khususnya wajah diserang bermacam-macam masalah.

"Secara amnya, kulit merupakan refleksi kepada kesihatan asas seseorang. Sekiranya kulitnya bersih, cantik dan segar, kita tahu individu itu sihat tubuh badannya dan begitu juga sebaliknya.

"Apabila melibatkan penjagaan kulit terutama wajah, masalah yang sering dihadapi orang ialah pigmentasi, kusam dan beransur-ansur gelap. Kebiasaannya ia didorong faktor pertambahan usia dan pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari.

"Keanjalan kulit wajah juga merosot. Kira-kira 90 peratus lelaki berusia 25 tahun dan 70 peratus wanita berumur 30 tahun ke atas mengalami masalah ini," jelas Pakar Dermatologi, Dr. Steven Chow yang juga Pengerusi Yayasan Kulit Asia, Akademi Dermatologi dan Venereologi Asia pada majlis pelancaran produk baharu L'oreal Paris, White Perfect Overnight Laser Turn-Around Overnight Treatment.

Pendedahan berterusan kulit wajah terhadap kesemua masalah tersebut telah melahirkan rantaian prosedur kecantikan yang menelan perbelanjaan agak tinggi. Antaranya, rawatan denyutan lampu impuls atau Intense Pulse Light (IPL) yang efektif bagi menyelesaikan masalah pigmentasi sekali gus mencerah dan merawat kulit wajah.


PERBEZAAN wajah selepas rawatan denyutan lampu impuls. - Gambar hiasan


Selain prosedur kecantikan sedemikian, penawaran produk kecantikan yang bertujuan menyelesaikan masalah kulit wajah juga semakin berkembang.

Pencerahan kulit

Paling menarik, apabila setiap jenama cuba menyaingi antara satu sama lain dengan menjalankan penyelidikan dan ujian klinikal ke atas produk baharu yang dikeluarkan.

Antara penemuan baharu yang kini diguna pakai kebanyakan label kecantikan ialah rawatan kulit wajah khusus pada waktu malam. Percaya atau tidak, proses pemulihan kulit berlaku lebih pantas dan berkesan pada waktu malam berbanding siang.

"Berdasarkan penemuan ini, L'oreal Paris menambah item baharu dalam rangkaian produk L'oreal Paris White Perfect Laser iaitu White Perfect Laser Turn-Around Overnight Treatment.

"Produk inovatif ini bertindak ketika anda tidur pada waktu malam bagi mencerah dan memperbaharui sel kulit serta memberikan anda wajah yang lebih berseri pada waktu pagi.

"Keberkesanannya hampir menyamai prosedur IPL dan ia lebih terarah kepada peningkatan pencerahan kulit," ujar Pengarah Pemasaran L'oreal Paris, Goh Sa Ki.

Overnight Treatment dihasilkan menerusi teknologi Pro-Vanish EX yang dirumus berdasarkan tiga bahan pencerahan aktif yang berkesan bagi mencerah dan memperbaharui sel kulit pada waktu malam.

Bahan inovatif termasuk bio-peeling ex dan vitamin B3 saling bertindak memperbaiki dan menghalang penggelapan melanin serta memulihkan sel semula jadi kulit.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Bahrain resah formula Raja

Posted:

Bahrain resah formula Raja

Bahrain resah formula Raja

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

HUDSON (kiri) bersalaman dengan Rajagobal pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


SAMA ada mahu merendah diri atau sengaja menyindir, Bahrain mula melakukan 'provokasi' awal menjelang pertemuan menentang Harimau Malaya pada saingan Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam, jurulatih Bahrain, Anthony Hudson berkata, pertukaran barisan pemain Harimau Malaya sejak dua tahun kebelakangan ini menyebabkan beliau gagal 'membaca' kekuatan sebenar skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu.

Sambil menyifatkan 'eksperimen' itu sebagai satu helah, Hudson mengakui, anak-anak buahnya harus lebih berwaspada bagi mengelak terperangkap dengan strategi Rajagobal.

"Agak sukar untuk saya mengetahui siapakah pemain utama mereka (Harimau Malaya) ketika ini.

"Saya tahu mereka ditimpa masalah kecederaan pemain dan kita dapat saksikan pemain yang berbeza mengisi tempat dalam kesebelasan utama mereka.

"Namun, saya telah menyaksikan enam perlawanan membabitkan pasukan Malaysia sebelum ini dan melihat banyak perubahan besar berlaku," jelas Hudson.

Hudson menambah, beliau sukar untuk meramalkan siapakah barisan kesebelasan utama yang akan membarisi Harimau Malaya malam ini.

"Saya akui tidak dapat melihat kesebelasan utama pasukan Malaysia secara konsisten.

"Saya tidak tahu jika Safiq (Rahim) atau Safee (Sali) bermain esok (malam ini) kerana situasi itu sukar dijangka.

"Bagi saya, siapa juga pemain Malaysia yang akan beraksi nanti, mereka masih sebuah pasukan yang bagus.

"Namun, kami tetap berhasrat untuk mencapai kemenangan di sini," kata pengendali kelahiran England itu.

Ditanya mengenai peluang Bahrain meraih kemenangan ke atas Harimau Malaya selepas tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi persahabatan Khamis lalu, Hudson tetap optimis dengan kemampuan barisan kendaliannya.

"Jangkaan saya mudah. Kami mahu menang dalam perlawanan ini. Selepas (tewas) ketika menentang Thailand, kami tidak mahu memikirkan apa-apa lagi.

"Apa yang kami tahu ia akan menjadi satu perlawanan sukar. Seperti yang katakan tadi, kami sangat menghormati Malaysia tetapi kami juga tahu kekuatan serta kelemahan mereka," katanya.

'Patah tumbuh hilang berganti'

Posted:

'Patah tumbuh hilang berganti'

'Patah tumbuh hilang berganti'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

GERGASI pantai timur, Kelantan tidak panik biarpun dikatakan bakal kehilangan beberapa tonggak utama musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, perjuangan The Red Warriors perlu diteruskan meskipun kehilangan beberapa pemain utama yang kini dikaitkan bakal menyertai pasukan lain.

Ibarat kata pepatah - 'Patah tumbuh hilang berganti', Annuar sebaliknya memberikan jaminan kepada peminat fanatik Sang Kijang bahawa mereka akan memburu beberapa pemain berprofil tinggi bagi menggantikan pemain utama yang berhijrah musim depan.

"Kami tidak tertekan biarpun beberapa pemain utama dikatakan bakal berhijrah selepas ini.

"Selain Syakir Ali (Negeri Sembilan), kami juga bercadang memburu khidmat beberapa pemain Harimau Muda yang dilepaskan pasukan itu musim depan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kuala Lumpur semalam.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemain-pemain Harimau Muda berkenaan.

Sebelum ini, antara pemain yang dikatakan bakal meninggalkan The Red Warriors termasuklah Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan juga kapten, Badhri Radzi.

Mengulas lanjut, Annuar memberitahu, hanya empat pemain - S. Subramaniam, Daudsu Jamaluddin, Shakir Shaari dan Norfarhan yang melahirkan hasrat meninggalkan Kelantan musim depan.

"Ia belum muktamad dan kami cuba mengadakan perbincangan terutamanya Norfarhan supaya kekal menyarung jersi Kelantan," jelas beliau.

Dalam pada itu, Annuar juga memohon Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan kawalan keselamatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, Jumaat ini.

Guna kelebihan laman sendiri

Posted:

Guna kelebihan laman sendiri

Guna kelebihan laman sendiri

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan di Stadium Shah Alam petang semalam menjelang pertemuan menentang Bahrain pada kelayakan Piala Asia 2015 malam ini.


PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menggesa barisan pemainnya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi meraih kemenangan ketika menentang Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Rajagobal berkata, Harimau Malaya wajib menang ke atas gergasi Timur Tengah itu bagi mencerahkan peluang layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia di Australia.

Jelasnya, beliau tidak sesekali tertekan dengan aksi penting tersebut meskipun mengakui Harimau Malaya tidak boleh tewas jika mahu meneruskan kemaraan dalam kempen kelayakan Piala Asia kali ini.

"Sudah tentu apabila kami beraksi di laman sendiri, kami mahu melakukan aksi terbaik untuk mendapatkan satu kemenangan.

"Itulah harapan daripada pihak pengurusan, saya juga telah memaklumkan kepada para pemain supaya beraksi dengan baik untuk mengutip tiga mata penuh.

"Bagi saya, mana-mana perlawanan sentiasa menjanjikan perasaan teruja, tekanan dan paling mustahak, kami berusaha untuk mencapai satu keputusan positif nanti," katanya dalam satu sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Rajagobal menambah, beliau yakin Harimau Malaya masih memiliki peluang cerah dalam usaha mendapatkan slot automatik Piala Asia 2015.

"Apabila kamu lihat (persaingan) Kumpulan D, ada tiga pasukan yang dilihat memiliki peluang iaitu Bahrain, Qatar dan Malaysia.

"Jadi, kami harus yakin dengan mengatakan perlawanan ini adalah peluang terbaik kami dengan mencuba layak ke pentas Piala Asia 2015," katanya.

Dalam pada itu, Rajagobal belum dapat mengesahkan sama ada tonggak pertahanan, Mahalli Jasuli mampu beraksi pada pertemuan dengan Bahrain.

Sebelum ini, Mahalli mencetuskan kebimbangan kem Harimau Malaya apabila tidak dapat menyertai sesi latihan selepas ditimpa masalah kecederaan pangkal paha.

Begitupun, Mahalli tetap kelihatan menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukannya di Stadium Shah Alam, petang semalam.

"Saya masih belum dapat mengesahkan status Mahalli tetapi ia bergantung pada sesi latihan hari ini (semalam).

"Semalam (kelmarin), dia tidak dapat menyertai sesi latihan selepas dinasihatkan oleh fisioterapi dan doktor," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Wangian glamor pelembut pakaian

Posted:

Wangian glamor pelembut pakaian

Wangian glamor pelembut pakaian

PENGASAS bersama Fashion Valet, Fadzarudin Anuar (lima dari kiri) dan Seng Jone (empat dari kiri) pada majlis pelancaran Downy Parfum Mystique.


PENAMPILAN seseorang tidak akan lengkap tanpa haruman yang mampu menyerlahkan personaliti diri. Bukan setakat melengkapkan penampilan, wangian yang sempurna juga meningkatkan keyakinan individu dan menyuntik aura positif.

Menyedari kehebatan haruman dalam mencorak kehidupan harian setiap insan, jenama pelembut fabrik utama di pasaran dunia, Downy memperkenalkan produk terbaharu mereka, Downy Parfum Mystique.

Diilhamkan daripada suasana romantis di Paris, Perancis, Downy Parfum Mystique mempunyai daya tarikan minyak wangi mewah dengan aura misteri yang mampu memikat orang sekeliling.

Sempena meraikan pelancaran haruman itu, Downy turut menjalinkan kerjasama bersama gedung fesyen dalam talian terkemuka di Malaysia, FashionValet bagi menghasilkan rekaan pakaian edisi terhad.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Goh Seng Jone, Pengurus Komunikasi P&G Malaysia berkata: "Downy berterusan melakukan transformasi jenama yang menarik menerusi peningkatan kualiti produk dan melakukan kerjasama unik bersama industri fesyen.

"Bagi menggabungkan Downy dan fesyen, kami bersetuju untuk mencipta aroma pelembut yang disatukan bersama haruman glamor namun masih mengekalkan fungsinya sebagai pelembut pakaian.

"Kerjasama bersama FashionValet juga membuka dimensi baharu kepada jenama ini dalam meneroka lebih banyak peluang dalam fesyen.

Downy Parfum Mystique dicipta bersama haruman flora dan rempah Timur. Lapisan pertama haruman dikuasai bauan anggur dan aprikot yang kemudiannya mencipta haruman bak bunga lily dan osmanthus serta diadun bersama biji tonka dan vanila yang berkrim.

Haruman asasnya pula diperkaya dengan aroma ambar, kesturi dan kayuan yang diadun bersama beberapa jenis rempah.

"Pakaian yang anggun tidak lengkap tanpa haruman yang mempesona. Downy Parfum Mystique sungguh menarik dan banyak memberi inspirasi kepada saya," ujar Vivy Yusof, Pengarah Urusan FashionValet.

Koleksi Downy Mystique terdiri daripada 14 pakaian dan boleh didapati di laman web FashionValet.

Pelembut Downy Parfum Mystique baharu kini boleh didapati di semua kedai runcit utama pada harga RM5.85 untuk pek 370 mililiter (ml), RM10.90 (900ml) dan RM20.90 (1,800ml).

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi dan peraduan berkenaan, sila layari laman web www.fashionvalet.com.

Ais gergasi tawan Bukit Bintang

Posted:

Ais gergasi tawan Bukit Bintang

Ais gergasi tawan Bukit Bintang

SEORANG wanita cuba memecahkan ketulan ais bagi mendapatkan ganjaran berupa syampu Clear Ice Cool Menthol.


PEJALAN kaki di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada minggu lalu dikejutkan dengan kemunculan sebuah arca ais bersaiz 274 sentimeter (cm) yang mengandungi puluhan botol syampu antikelemumur Ice Cool Menthol baharu daripada jenama Clear.

Ais gergasi berukir itu mula diletakkan di Plaza Sungei Wang pada 24 Ogos lalu sebelum dipindahkan ke Fahrenheit 88 pada keesokan harinya. Bagi menambah keterujaan, orang ramai turut diberikan alat pemecah ais sekali gus memberi peluang kepada mereka membawa pulang beberapa botol syampu terkini Clear tersebut.

Orang awam juga tidak melepaskan peluang bagi merebut hadiah utama berupa percutian lima hari empat malam ke Korea Selatan. Bagi memenangi ganjaran itu, para peserta perlu memasukkan tiga digit kod pada botol syampu masing-masing yang menjadi kunci kepada peti misteri yang diletakkan di tengah-tengah ais gergasi itu.

Selain hadiah utama itu, seramai 88 pemenang juga berjaya membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM30 manakala 188 individu menerima hadiah berupa perapi Clear.

"Syampu antikelemumur Ice Cool Menthol baharu Clear ini berfungsi sebagai penyejuk dan penyegar kulit kepala sepanjang hari. Bagi berkongsi keunikan keluaran baharu Clear ini, kami telah menghasilkan iglu tiruan di Berjaya Times Square pada bulan Julai lalu.

"Atas sebab yang sama, kami turut membina arca ais ini yang mengandungi banyak ganjaran menarik kepada orang ramai," ujar Pengurus Jenama Clear, Uniliver (M) Holdings Sdn. Bhd., Andrea Huang.

Tambah Huang: "Kelemumur merupakan masalah yang kerap dialami rakyat Malaysia apabila melibatkan soal penjagaan rambut. Oleh itu, menerusi teknologi 10 Nutrium terkini, Clear menawarkan penyelesaian terbaik kepada masalah ini."

Sambutan luar biasa tudung Fareeda Aisya

Posted:

Sambutan luar biasa tudung Fareeda Aisya

Sambutan luar biasa tudung Fareeda Aisya


FARIDAH (kanan) sibuk melayan para pelanggan yang hadir pada majlis pelancaran Tudung Fareeda Aisya di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.


SETIAP kali Fareeda House of Scarf (Fareeda) melancarkan koleksi tudung terbaharunya, pasti kalangan peminat tudung tersebut berpusu-pusu ke Butik Fareeda terdekat bagi mendapatkannya.

Keadaan ini jelas kelihatan pada pelancaran tudung Fareeda Aisya di butiknya yang terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini. Ruang butik yang diubah menjadi pentas peragaan dipenuhi dengan peminat tegar tudung Fareeda yang setia menanti kemunculan model-model jelita dalam satu pertunjukan fesyen khas.

Merupakan hasil kreativiti pemilik jenama Fareeda, Faridah Zakaria, tudung Fareeda Aisya terdiri daripada Fareeda Aisya kerongsang Rozanna, Fareeda Aisya kerongsang Sofiya, Fareeda Aisya Ton, Fareeda Aisya bercorak, Fareeda Aisya baldu penuh dan Fareeda Aisya baldu separuh.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Jualannya, Mawar Abdul Karim, sambutan yang diterima pada majlis pelancaran tudung Fareeda Aisya sangat luar biasa.

"Seramai 400 orang pelanggan telah membuat pendaftaran awal secara dalam talian untuk mengesahkan kehadiran mereka pada majlis pelancaran ini, manakala lebih daripada 500 orang mendaftar terus ke butik apabila kaunter dibuka pada pukul 2 petang.

"Koleksi yang diperkenalkan hari ini dijual pada harga RM125 sehingga RM135 sehelai sepanjang tempoh promosi yang berakhir 21 September lalu dan selepas itu ia akan dijual pada harga biasa iaitu RM175 dan RM185 sehelai," katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran berkenaan.

Mawar menambah, lebih daripada 3,000 helai tudung ditawarkan kepada pengunjung pada majlis tersebut dan setiap pelanggan dihadkan membeli sembilan helai tudung daripada koleksi tersebut.

Seperti koleksi-koleksi tudung Fareeda yang lain, koleksi Fareeda Aisya masih mengekalkan penggunaan fabrik sifon lembut bagi memberikan keselesaan sepenuhnya kepada si pemakai.

Bagi yang selesa bertudung labuh, Fareeda turut memperkenalkan Fareeda Aisya bersaiz besar yang dijual pada harga promosi, RM135 dengan pilihan warna polos nilakandi (royal blue), putih, merah jambu terang, merah jambu lembut, hitam, coklat gelap, ungu, kelabu dan ungu kekelabuan.

Pada masa yang sama, Fareeda juga menampilkan lima helai tudung Fareeda Aisya istimewa yang dibuat mengikut tempahan pelanggan. Ia didatangkan dengan pilihan warna hitam, merah jambu lembut, putih, krim dan ungu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Puting beliung 200km/j landa India

Posted:

Puting beliung 200km/j landa India

Puting beliung 200km/j landa India

SEORANG wanita menyidai pakaian di kampungnya yang rosak teruk selepas dibadai Phailin di Gopalpur, dalam negeri Orrisa, India kelmarin.


BHUBANESWAR - Puting Beliung Phailin yang menyebabkan kemusnahan besar di pantai timur India meragut tujuh nyawa semalam selepas kerajaan mengarahkan perpindahan terbesar dalam sejarah negara itu untuk mengurangkan kadar kematian.

Setakat semalam, pihak berkuasa mula menilai kerosakan yang berlaku akibat puting beliung paling kuat pernah melanda India dalam tempoh 14 tahun itu.

Kerajaan turut melancarkan usaha menyelamat besar-besaran termasuk mengagihkan makanan kepada sekitar satu juta penduduk yang berpindah, membersihkan jalan raya dan membantu mangsa yang cedera.

Ahli Parlimen Negeri Orissa, Jay Panda memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa tujuh orang disahkan terbunuh dalam bencana itu.

"Angka kematian ini jauh lebih rendah berbanding ramalan yang dibuat. Ini kerana langkah-langkah kecemasan telah dilaksanakan sebelum ribut melanda," kata- nya.

Menurut Panda, angka kematian kecil itu antara lain berpunca daripada tindakan pantas kerajaan memindahkan penduduk menjelang ketibaan puting beliung tersebut kelmarin.

"Saya berpendapat, kami berjaya mengurangkan kehilangan nyawa kepada tahap minimum," kata Ketua Menteri Orissa, Naveen Patnaik.

Bencana tersebut yang melanda sejumlah 14,000 kampung di tepi pantai timur India telah menyebabkan kira-kira 600,000 orang kehilangan tempat tinggal.

"Pasukan kami masih meneruskan usaha mencari mangsa yang terkorban atau masih hidup dan memeriksa tahap kerosakan yang berlaku," jelas Pengerusi Pasukan Tindak Balas Bencana Negara (NDMA), Sandeep Rai.

Sementara itu, Naib Pengerusi NDMA, Marri Shashidar Reddy memberitahu, puting beliung itu semakin lemah selepas membadai timur India pada kelajuan 200 kilometer sejam (km/j).

"Phailin kini bertiup kurang 90km/j dan bergerak ke kawasan pedalaman," katanya.

Kebanyakan penduduk tempatan terpaksa bermalam di pusat perlindungan sementara dan di dalam bangunan awam selepas puting beliung Phailin meruntuhkan sejumlah kediaman dan menyebabkan pokok tumbang.

Kawasan paling teruk terjejas adalah di sekitar bandar Gopalpur, dalam negeri Orissa yang dilanda angin selaju 200km/j. Setakat semalam, rantau berkenaan terputus bekalan elektrik dan telefon.

Lebih 8,000 orang terbunuh apabila ribut puting beliung melanda Orissa dan kawasan sekitarnya pada 1999,

Rantau berkenaan mengambil masa beberapa tahun untuk pulih daripada bencana tersebut. - AFP

64 terbunuh dalam rempuhan di jambatan

Posted:

64 terbunuh dalam rempuhan di jambatan

64 terbunuh dalam rempuhan di jambatan


SEBAHAGIAN mayat di atas jambatan selepas berlaku rempuhan di luar Kuil Ratangarh di daerah Datia semalam.


BHOPAL - Sekurang-kurangnya 64 orang maut dan lebih 100 yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di sebuah jambatan di luar sebuah kuil Hindu di tengah India pagi semalam, kata polis.

Berpuluh-puluh yang lain dikhuatiri maut selepas mereka terjun ke dalam sungai dekat jambatan berkenaan yang terletak di negeri Madhya Pradesh.

"Lebih 60 orang disahkan mati dan angka korban dijangka mencapai 100 orang. Lebih 100 yang lain cedera," kata Timbalan Polis daerah Datia, Inspektor Jeneral D.K. Arya.

Menurut Arya, rempuhan dipercayai berlaku apabila kumpu- lan penganut Hindu panik kerana menyangka jambatan dekat Kuil Ratangarh akan runtuh akibat dilanggar sebuah kenderaan berat.

"Terdapat khabar angin yang jambatan akan runtuh selepas di- langgar sebuah traktor. Ramai orang takut terjatuh ke dalam sungai," katanya.

Penganut Hindu menyambut hari penghujung festival Navara- tri yang menarik berjuta-juta penganut agama itu ke kuil-kuil ter- utama di utara India.

Pada Februari lalu, seramai 36 orang mati terpijak ketika sejum- lah penganut Hindu pulang dari festival Kumbh Mela di tebing sungai Ganges. - Agensi

Kakitangan awam dipecat anjur majlis perkahwinan mewah

Posted:

Kakitangan awam dipecat anjur majlis perkahwinan mewah

Kakitangan awam dipecat anjur majlis perkahwinan mewah


Majlis perkahwinan mewah itu berlangsung di Pusat Konvensyen Nasional China, Beijing.


BEIJING - Seorang pegawai bawahan di China dipecat kerana mengadakan satu majlis perkahwinan serba mewah di sini baru-baru ini, lapor media tempatan.

Pegawai berkenaan, Ma Lingxiang menjadi sasaran terbaharu tindakan keras pemerintah dalam menangani rasuah dan pembaziran melibatkan pegawai kerajaan di China.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, Lingxiang yang merupakan seorang timbalan ketua kampung mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya di Pusat Konvensyen Nasional China di bandar raya ini.

"Majlis itu turut dihiburkan oleh beberapa artis terkenal," menurut Xinhua.

Laporan itu memetik Lingxiang sebagai berkata, dia telah membelanjakan sebanyak 200,000 yuan (RM104,212) untuk mengadakan majlis perkahwinan itu.

"Baki perbelanjaan majlis perkahwinan tersebut ditanggung keluarga pengantin perempuan," katanya.

Namun, akhbar The Beijing News berkata, perbelanjaan majlis itu pada keseluruhannya mencecah 1.6 juta yuan (RM823,155).

Sementara itu, Agensi berita Xinhua menyatakan Lingxiang masih dalam siasatan walaupun tiada bukti kukuh menunjukkan dia telah menggelapkan dana awam. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Situasi banjir di Thailand semakin baik

Posted:

Situasi banjir di Thailand semakin baik

Situasi banjir di Thailand semakin baik

14/10/2013 10:07pm

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra berkata, situasi keseluruhan banjir di negara itu mula pulih dan kerajaan sudah mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk memeriksa kesan bah kepada rakyat.

Di bahagian timur, keadaan banjir di daerah Kabiburi, wilayah Prachinburi semakin baik apabila air mengalir keluar ke daerah Bangkla di Chacherngsao yang menyebabkan bah di situ pula semakin buruk, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yingluck dijadualkan melawat kawasan banjir di bahagian timur petang esok selepas mesyuarat mingguan kabinetnya.

Beliau dijangka melawat daerah Bansang di Prachinburi serta Bangkla dan Bangnampraew di Chacherngsao.

Banjir di Thailand mengorbankan 42 nyawa setakat ini dan menjejaskan 42 daripada 77 wilayah di negara itu. Bagaimanapun banjir di 19 wilayah sudah surut.

Menurut Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi, bah itu menjejaskan kehidupan kira-kira 3.64 juta penduduk Thailand, merosakkan 569,600 hektar kawasan pertanian; 5,930 batang jalan, 299 jambatan, 287 sekolah, 444 tokong dan 61 buah bangunan pejabat kerajaan. - Bernama

Polis tahan pelajar universiti disyaki tipu urusan jual rumah

Posted:

Polis tahan pelajar universiti disyaki tipu urusan jual rumah

Polis tahan pelajar universiti disyaki tipu urusan jual rumah

14/10/2013 9:35pm

KOTA KINABALU - Polis Sabah memberkas seorang pelajar universiti tempatan kerana disyaki melakukan penipuan dalam urusan pembelian rumah antara bulan Februari dan Julai tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek yang berumur 25 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sepanggar pada 4 Oktober lepas.

"Sejumlah RM367,350 telah berjaya dikumpul suspek daripada 22 mangsa yang diperdaya dalam urusan pembelian rumah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 22 laporan diterima berhubung kes itu dan polis menubuhkan pasukan khas untuk menjejaki suspek.

"Hasil maklumat orang ramai, suspek berjaya ditangkap dan dipercayai terbabit dalam kes penipuan pembelian rumah yang konon ditawarkan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah," katanya.

Hamza berkata, polis turut menerima tiga kes sama di Tawau dan satu di Penampang.

"Siasatan mendapati suspek melakukan kegiatan ini secara bersendirian namun polis masih melakukan siasatan lanjut," katanya. - Bernama

Polis Myanmar siasat siri letupan bom

Posted:

Polis Myanmar siasat siri letupan bom

Polis Myanmar siasat siri letupan bom

14/10/2013 9:34pm

YANGON - Pihak polis di Myanmar telah memulakansiasatan terhadap siri kejadian letupan bom misteri yang telah mengakibatkan dua orang maut dan beberapa yang lain cedera baru-baru ini di sini.

Menurut pihak polis, seorang lelaki dan wanita telah terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam letupan pada Jumaat lalu di sebuah rumah tumpangan di bandar Taunggu yang terletak kira-kira 65 kilometer dari Naypyidaw.

Pihak berkuasa Myanmar pula berkata, dua lagi letupan turut berlaku di Yangon pada Ahad lalu. Letupan pertama terjadi di sebuah perhentian bas dan keduanya merupakan letupan daripada bom yang dipasang di bawah sebuah lori. Dua remaja mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

"Pihak kami tidak dapat mengesan pihak mana yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini.

"Kami masih menjalankan siasatan. Namun pihak yang terlibat didapati menggunakan sistem yang sama dalam kesemua kejadian itu. Kami berasa sama ada sebuah organisasi ataupun individu telah menanam bom-bom tersebut," kata Leftenan Jeneral dari Jabatan Perisik dan Keselamatan Polis Myanmar, Min Aung.

Ekoran itu, beliau berkata keselamatan telah dipertingkatkan di kawasan Yangon.

Letupan bom seumpama itu dikatakan perkara yang biasa terjadi di bawah pemerintahan bekas junta dan biasanya kumpulan pemberontak bersenjata atau pemberontak etnik akan dipersalahkan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved