Isnin, 30 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Nekad perangi jenayah rasuah

Posted:

Nekad perangi jenayah rasuah

Nekad perangi jenayah rasuah

PERDANA Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussien pernah mengungkapkan: "Salah satu sifat seorang rakyat yang baik ialah jujur dengan diri sendiri dan individu lain kerana berlawanan sifat jujur ialah rasuah."

Di Malaysia, kewujudan badan pencegahan rasuah bermula dengan sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ketika itu, siasatan kes rasuah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala pendakwaan dikendalikan oleh Jabatan Peguam Negara.

Kemudian, kerajaan telah menggabungkan usaha pencegahan rasuah oleh ketiga-tiga agensi itu dengan mewujudkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 Oktober 1967.

Pada 29 Ogos 1973, entiti pencegahan rasuah negara diwujudkan secara undang-undang apabila Akta Biro Siasatan Negara diperkenan sekali gus mengubah BPR kepada Biro Siasatan Negara (BSN).

Perubahan itu telah meluaskan kuasa perundangan BSN dengan mandat untuk menyiasat kes berkaitan kepentingan negara di samping kes rasuah.

Bagaimanapun, perubahan sekali lagi berlaku apabila Akta BPR 1982 diluluskan oleh Parlimen pada 13 Mei 1982. Akta ini meletakkan semula tugas pencegahan rasuah kepada BPR sekali gus memartabatkan peranan badan tersebut sebagai entiti tunggal yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah.

Pada tahun 2008, Parlimen telah meluluskan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi menggantikan BPR. Ia selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional.

Maka, pada 1 Januari 2009, SPRM ditubuhkan secara rasminya. Ironinya, transformasi BPR kepada SPRM bukan sekadar pada nama semata-mata. Perubahan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan, kebebasan dan ketelusan tindakan pencegahan rasuah di Malaysia.

Ia sekali gus menangkis persepsi negatif pencegahan rasuah yang sebelum ini dianggap tidak bebas dan tidak telus.


PROGRAM Pegawai Integriti Bertauliah yang diperkenalkan SPRM telah disertai hampir 200 pegawai dari kedua-dua sektor kerajaan dan swasta.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, 52, berkata, proses transformasi yang dilakukan sejak tahun 2009 hingga 2013 menyaksikan pengukuhan dalam tiga bidang utama iaitu operasi, modal insan dan pencegahan.

Ini termasuklah memperkenalkan sistem pengurusan siasatan yang berkesan, sistem pengurusan pencegahan dan pendidikan berkesan serta pembangunan modal insan SPRM secara menyeluruh.

Jelas beliau, proses transformasi ini akan memantapkan lagi SPRM dalam aspek memperbaiki struktur organisasi, memperkenalkan sistem pengurusan modal insan berdasarkan kompentensi, memperkenalkan sistem pengurusan bakat yang fleksibel dan membawa masuk tenaga pakar bagi meningkatkan operasi.

Sabitan rasuah

"Hasilnya kadar sabitan rasuah dan perbicaraan di mahkmah telah meningkat daripada 54 peratus pada tahun 2009 kepada 89 peratus pada Jun 2013. Selain itu, kita turut memberi tumpuan siasatan pada sektor swasta dengan menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi.

"SPRM juga telah menubuhkan Bahagian Forensik meliputi Forensik Perakaunan, Komputer dan Kejuruteraan serta menyediakan bilik temu bual bervideo (VIR) di semua pejabat agensi ini," ujarnya mengenai impak daripada program transformasi yang dijalankan.

SPRM telah memperkenalkan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) bermula Januari lalu iaitu satu kursus kendalian Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia yang boleh disertai oleh mana-mana syarikat yang berminat. Setakat ini, hampir 200 pegawai telah memperoleh CeIO daripada kedua-dua sektor awam dan swasta.

Mengulas lanjut, Abu Kassim mengakui, cabaran yang dihadapi agensi berkenaan dalam menjalankan tugas membanteras rasuah berubah mengikut peredaran zaman.

"Sewaktu memulakan kerjaya dengan BPR pada tahun 1984, cabaran yang dihadapi ialah bagaimana untuk menggalakkan orang ramai tampil membuat laporan dan memberi bukti berhubung sebarang isu rasuah.


BANGUNAN Ibu Pejabat SPRM terletak di Kompleks Kerajaan Persekutuan Putrajaya.


"Saya fikir dahulu, kes-kes rasuah agak mudah. Pembayaran dilakukan secara terus. Ia tidak serumit kes rasuah masa kini yang jelas berbeza melibatkan aspek lapisan pembayaran, jumlah wang yang besar dan transaksi menggunakan institusi kewangan.

"Apa yang pasti, ia bukan sahaja cara tetapi kaedah peletakan wang, di mana wang itu disorok dan bagaimana kita hendak masuk mencari atau dipanggil money trail dalam bahasa undang-undang. Penyimpanan wang rasuah juga sukar dikesan. Malah ada yang berbentuk aset, kad kredit dan sebagainya. Terlalu banyak cara dan tiada had," ungkapnya.

Tambahnya, dahulu pengesanan terhadap kes-kes rasuah diperoleh daripada pemberi maklumat. Tetapi kini, kita perlu pergi lebih jauh ke dalam. Dalam erti kata lain, masuk ke dalam aktiviti itu, menyelami dan menjadi sebahagian daripada mereka.

"Cara taktikal menggunakan kaedah perisikan yang tinggi ini merupakan antara strategi yang dibuat bagi memperkasakan SPRM.

"Bagi perkhidmatan Forensik Perakaunan pula, ia berfungsi untuk mengenal pasti perlakuan pembayaran rasuah melalui perakaunan dalam sesebuah syarikat. Contohnya, satu pembayaran telah dibuat tetapi tidak dinyatakan sebagai rasuah. Ia mungkin dimaklumkan sebagai satu pembayaran perkhidmatan.

Transformasi

"Jadi, di sinilah kemahiran pegawai Forensik Perakaunan digunakan dalam mengesan ia sejenis bayaran meragukan atau dipanggil fishy payment," kata beliau.

Dalam pada itu, proses transformasi secara besar-besaran yang dilakukan oleh SPRM berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap mereka. Justeru, tidak hairanlah jika kadar maklumat yang dilaporkan kepada SPRM semakin tinggi.


BANGUNAN Ibu Pejabat BPR kedua yang terletak di Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur.


Pada tahun 2009 menyaksikan sebanyak 12,307 maklumat diterima SPRM. Daripada jumlah itu, sebanyak 5,936 merupakan maklumat berunsur rasuah. Ia meningkat kepada 12,614 pada tahun berikutnya dan 5,646 adalah maklumat berunsur rasuah.

Pada tahun 2011, jumlah maklumat yang diterima adalah sebanyak 13,325 (6,745 berunsur rasuah) manakala sejumlah 11,765 maklumat diperoleh pada 2013 (5,496 berunsur rasuah). Sehingga Jun 2013 pula, keseluruhan maklumat yang diterima adalah sebanyak 4,268 (2,231 berunsur rasuah).

"Statistik ini jelas menunjukkan bahawa SPRM terus menerima kepercayaan masyarakat untuk menyiasat walaupun hakikatnya hampir sebahagian maklumat tersebut bukan berunsur rasuah," terang Abu Kassim.

SPRM mahu jadi agensi bertaraf dunia

Posted:

SPRM mahu jadi agensi bertaraf dunia

SPRM mahu jadi agensi bertaraf dunia


UNODC merupakan sebuah badan yang bertindak sebagai penilai dalam usaha pelaksanaan pencegahan rasuah antarabangsa.


SEJAK ditubuhkan 46 tahun lalu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa komited dalam usaha membasmi jenayah rasuah di negara ini.

Selain visi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah, SPRM juga mempunyai wawasan untuk menjadi sebuah agensi pencegah rasuah bertaraf dunia.

Perkara ini diakui oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam satu temu bual eksklusif bersama Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"SPRM telah meletakkan satu matlamat untuk menjadi antara entiti pencegah rasuah terunggul di rantau ini menjelang tahun 2020. Saya percaya dengan momentum yang dilakukan, diikuti sokongan kerajaan dan rakyat, dalam tempoh tujuh tahun kita mampu mencapainya," ungkap Abu Kassim yang memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dari Universiti Negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS).

Keyakinan beliau ada asasnya kerana berdasarkan penilaian Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) Mei lalu, SPRM sudah hampir ke arah tersebut.

Pengiktirafan UNODC ini meliputi 23 perkara dan amalan-amalan baik. Antaranya, kewujudan Panel Penilaian Operasi (PPO) iaitu salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Mereka juga mengiktiraf kewujudan Mahkamah Khas Anti Rasuah yang telah pun beroperasi pada 2011. Setakat ini terdapat 14 mahkamah berkenaan di seluruh negara.

"Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama daripada semua pihak. Bagi saya, SPRM sudah melakukan yang terbaik dalam usaha memerangi rasuah.

"Apa yang lebih penting ialah keprihatinan masyarakat untuk menilai adakah rasuah itu sudah menjadi satu budaya dan sebati dalam kehidupan atau sebaliknya," tegas beliau yang merupakan anggota Interpol Group of Experts on Corruption dan Naib Pengerusi Lembaga Pengelola Akademi Anti Rasuah Antarabangsa (IACA).


PENYIASATAN oleh SPRM turut melibatkan kerjasama dengan agensi penguat kuasa yang lain.


Catat sejarah

Selain pengiktirafan daripada UNODC, SPRM turut menjalin kerjasama dengan Biro Mencegah Rasuah Brunei dalam mewujudkan kerjasama dua hala bagi membasmi gejala rasuah.

"Perkara ini telah dimulakan sejak tahun 2003. Kita melatih mereka dalam menyiasat kes-kes rasuah dengan lebih berkesan. Boleh dikatakan, kerjasama tersebut amat rapat.

"Hakikatnya, SPRM berjaya memecah tembok birokrasi pertukaran maklumat, perkongsian pengalaman atas bantuan yang diberikan pada negara jiran," ujar Abu Kassim yang menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua pada 16 September lalu.

Pada Februari 2012 pula, Abu Kassim turut menerima pengiktirafan Kumpulan Pakar Antarabangsa Interpol Mengenai Rasuah (IGEC) atas usaha beliau memerangi rasuah.

Tambah beliau, selain Brunei, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) turut menyediakan kursus latihan asas untuk banyak negara termasuk Bhutan, Vietnam dan Indonesia serta negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Tidak ketinggalan, Europol turut membawa pegawai khas antirasuah dari Afghanistan untuk menjalani latihan di MACA. Malah, jangan terperanjat kerana seorang pegawai SPRM kini bertugas di Interpol dalam unit antirasuah yang diwakili hanya lima orang dari seluruh negara dunia," katanya.

Selain itu, pengiktirafan yang paling besar, kata beliau, ialah modul keenam Ijazah Sarjana Penguatkuasaan Undang-Undang kendalian Akademi Antarabangsa Pencegahan Rasuah akan dijalankan di Malaysia. Abu Kassim merupakan anggota Lembaga Pentadbir akademi itu.

Ternyata kredibiliti Abu Kassim dalam mengetuai SPRM sukar dinafikan. Apatah lagi, anak jati Kuala Lumpur itu juga pernah menduduki tempat keempat daripada senarai 100 tokoh paling berpengaruh dalam etika perniagaan pada tahun 2010 oleh Ethisphere Institute yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Bank Rakyat sumbang van jenazah untuk masjid

Posted:

Bank Rakyat sumbang van jenazah untuk masjid

Bank Rakyat sumbang van jenazah untuk masjid

HASAN (kiri) bersama wakil 18 buah masjid terpilih di seluruh negara menerima van jenazah daripada Bank Rakyat di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUMBANG. Bank Rakyat memberi sumbangan 17 buah kenderaan jenazah dan sebuah van pengangkutan kepada masjid-masjid terpilih sebagai zakat dengan nilai keseluruhan RM1.45 juta di Bangunan Bank Rakyat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia sebagai sebahagian daripada peruntukan RM4.1 juta untuk menyediakan 50 van bagi tujuan berkenaan pada tahun ini.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd Razak, bagi tahun 2013, nilai zakat Bank Rakyat ialah RM41 juta dengan RM15 juta akan diagih sendiri oleh pihaknya menerusi kaedah seperti sumbangan kenderaan jenazah atau bantuan kepada pelajar miskin.

Katanya, Bank Rakyat menyasarkan untuk menyumbang sebuah van bagi setiap kawasan Parlimen.

Turut hadir ke majlis itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek.

Polis Selangor bersaing dalam olahraga dan tarik tali

Posted:

Polis Selangor bersaing dalam olahraga dan tarik tali

Polis Selangor bersaing dalam olahraga dan tarik tali


PENGURUS pasukan IPD Subang Jaya, Asisten Superintendan Kwek Chuwen Hui (depan dua dari kanan) bergambar bersama pasukannya yang menjadi johan tarik tali Piala Ketua Polis Selangor 2013 di Stadium UITM, Shah Alam, Selangor baru baru ini.


OLAHRAGA. Seramai 500 orang peserta dari 16 daerah di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menyertai Kejohanan Sukan Olahraga dan Tarik Tali bagi merebut Piala Ketua Polis Selangor 2013 baru-baru ini.

Juara keseluruhan menjadi milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, manakala pasukan IPD Subang Jaya menjadi johan tarik tali pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Upacara penutup dilakukan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.

Program mesra rakyat Pangsapuri Desa Mentari

Posted:

Program mesra rakyat Pangsapuri Desa Mentari

Program mesra rakyat Pangsapuri Desa Mentari


ALINAH (tengah) bergambar dengan penghuni Pangsangpuri Desa Mentari pada program mesra rakyat MBPJ bersama penduduk di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 1,000 penduduk di Pangsapuri Desa Mentari terlibat dalam program mesra rakyat yang diadakan di kawasan Lapang Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Program yang masuk tahun ketiga itu merupakan anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Rukun Tetangga Pangsapuri Desa Mentari.

Pelbagai aktiviti diadakan bermula dengan senamrobik diikuti acara sukaneka antaranya boling kelapa, pertandingan mewarna, sepak raga dan futsal.

Turut berlangsung pameran daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya.

Hadir sama Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mahkamah bebaskan Saiful Apek

Posted:

Mahkamah bebaskan Saiful Apek

Mahkamah bebaskan Saiful Apek

Oleh WAZIHA WAHID
Waziha@kosmo.com.my

SAIFUL APEK kelihatan ceria selepas dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan kes dadah di Petaling Jaya, Selangor semalam.


PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek dilepas dan dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Majistret di sini semalam daripada pertuduhan memasukkan dadah kanabis dalam badan tiga tahun lalu.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 44, dan tiga pekerjanya sebelum ini telah dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah sama pada akhir kes pendakwaan pada 25 Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 Mei lalu mengarahkan mereka berempat membela diri daripada pertuduhan tersebut selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Isteri nafi aktor Aaron Aziz maut kemalangan

Posted:

Isteri nafi aktor Aaron Aziz maut kemalangan

Isteri nafi aktor Aaron Aziz maut kemalangan

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


DIYANA


KUALA LUMPUR - Isteri pelakon terkenal, Aaron Aziz menafikan berita yang tersebar di internet bahawa suaminya mati akibat kemalangan ketika bermain luncur salji di Switzerland sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan peminatnya di laman sosial awal pagi semalam.

Isteri pelakon itu, Diyana Halik melahirkan rasa kesal dengan berita palsu itu sambil memberitahu, Aaron kini berada di Cape Town, Afrika Selatan untuk penggambaran rancangan realiti Fear Factor Selebriti Malaysia.

Menurut sebuah portal dalam talian, Global Associated News, kira-kira pukul 3 pagi semalam, pelakon filem Ombak Rindu itu dilaporkan meninggal dunia selepas hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok ketika bermain luncur salji di Zermatt, Switzerland.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sekotak rokok 20 batang kini cecah RM12

Posted:

Sekotak rokok 20 batang kini cecah RM12

Sekotak rokok 20 batang kini cecah RM12

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pengeluar rokok, British American Tobacco Berhad (BAT Malaysia) dan JT International Berhad (JTI) mengumumkan kenaikan harga rokok keluaran syarikat masing-masing sebanyak RM1.50 hingga RM2 sekotak.

Ini menjadikan harga rokok seperti Dunhill, Kent, Winston, Salem dan Camel untuk 20 batang sekotak berharga RM10.50 hingga RM12 berkuat kuasa serta-merta bermula semalam.

Kedua-dua pengeluar rokok berjenama di Malaysia itu mendakwa, pihak mereka terpaksa menaikkan harga rokok keluaran masing-masing ekoran berdepan dengan peningkatan cukai tembakau sebanyak 14 peratus oleh industri selain saingan perdagangan rokok haram yang diseludup masuk ke negara ini.

Kenaikan harga rokok di negara ini dilakukan dalam tempoh empat bulan selepas BAT Malaysia dan JTI mengumumkan kenaikan rokok pada ke 3 Jun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


7 lagi pemberontak MNLF dibunuh

Posted:

7 lagi pemberontak MNLF dibunuh

7 lagi pemberontak MNLF dibunuh

PASUKAN tentera melambai tangan kepada penduduk dari bumbung sebuah masjid selepas berjaya menawannya semula di bandar pelabuhan Zamboanga, Filipina semalam.


MANILA - Pasukan tentera dan polis khas Filipina semalam membunuh tujuh lagi pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dalam beberapa pertempuran di bandar pelabuhan Zamboanga yang menyaksikan krisis tebusan berlanjutan selama hampir tiga minggu.

Enam pemberontak dibunuh ketika bersembunyi di dalam sebuah rumah di kejiranan Santa Barbara dan enggan menyerah diri.

Seorang lagi dibunuh dalam satu pertempuran yang tercetus di Rio Hondo, satu daripada lima komuniti yang ditawan oleh hampir 500 orang anggota MNLF sejak 9 September lalu.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ra- mon Zagala memberitahu, pihaknya juga menemui tujuh laras senapang dan satu pelancar bom tangan.

Walaupun konflik di Zamboanga sudah berakhir, Zagala bagaimanapun menegaskan bahawa keadaan masih lagi berbahaya untuk penduduk pulang ke rumah masing-masing, sehinggalah pasukan tentera selesai menjalankan operasi pembersihan.

Kelmarin, pegawai Kementerian Pertahanan Filipina dan tentera mengumumkan bahawa konflik itu sudah berakhir. Ia juga menyatakan, 195 penduduk kampung yang dijadikan perisai manusia telah diselamatkan.

Dianggarkan seramai 4,000 anggota tentera dan polis berjaya membunuh 190 orang pemberontak manakala 292 yang lain ditangkap atau menyerah diri selepas mereka kepenatan, selain kehabisan makanan dan peluru.

Datuk Bandar Zamboanga, Isabelle Climaco-Salazar memberitahu, dewan bandar raya dibuka semula pada hari ini. Pihaknya juga sedang merancang untuk membina semula komuniti yang terjejas teruk selepas hampir 10,000 buah rumah dibakar oleh pemberontak atau musnah dalam pertempu- ran.

Pemberontakan paling berdarah itu berlaku berikutan MNLF menuduh Manila mungkir janji kerana mengadakan rundingan dengan kumpulan pemisah terbesar di Mindanao, Barisan Pembebasan Islam Moro. - Agensi

Bom kereta bunuh 37 orang di Pakistan

Posted:

Bom kereta bunuh 37 orang di Pakistan

Bom kereta bunuh 37 orang di Pakistan


PASUKAN penyelamat mengangkat satu mayat selepas satu letupan kuat berlaku di pasar Kissa Khwani, Peshawar, Pakistan yang mengorbankan 37 orang dan mencederakan 75 yang lain.


PESHAWAR, Pakistan - Sebutir bom kereta yang meletup di di pasar lama Kissa Khwani yang sesak dan terletak berhampiran sebuah masjid serta balai polis di sini membunuh 37 orang mangsa semalam.

Ini merupakan serangan ketiga dalam tempoh seminggu. Pegawai Polis, Nawaz Khan memberitahu, letupan itu menyebabkan masjid dan kedai-kedai rosak. Beberapa buah kereta juga terbakar.

Pegawai kanan kerajaan, Sahibzada Anees menyatakan, 37 orang maut manakala 75 yang lain kini dirawat di Hospital Lady Reading.

"Ia suatu letupan yang kuat. Saya nampak banyak mayat terbaring dan percikan darah ada di mana-mana," kata seorang peniaga kedai buku, Nazar Ali.

Sehingga kini, masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan terkini itu.

Siri serangan di Peshawar yang merupakan pusat kepada wilayah Khyber Pakhtunkhwa sehingga kini telah meragut 130 nyawa sejak Ahad lalu.

Kumpulan militan Jundullah berfahaman Sunnah sebelum ini bertanggungjawab dalam serangan di sebuah gereja yang membunuh seramai 85 orang. - Agensi

500 buah kereta vintaj Chevrolet dilelong

Posted:

500 buah kereta vintaj Chevrolet dilelong

500 buah kereta vintaj Chevrolet dilelong


ORANG ramai mengerumuni sebuah Chevrolet Impala tahun 1959 sebelum kereta klasik itu dilelong di Pierce, Nebraska, Amerika Syarikat kelmarin.


PIERCE, Nebraska - Beribu-ribu peminat kenderaan berkumpul di sebuah ladang di sini untuk menghadiri acara lelongan kereta-kereta vintaj Chevrolet yang dianggap terbesar di Amerika Syarikat kelmarin.

Pembeli kereta antik, peminat sejarah dan orang ramai berpusu-pusu untuk melihat secara dekat 500 buah kereta vintaj yang dilelong pada hujung minggu lalu.

Kereta-kereta tersebut adalah milik mendiang Ray Lambrecht yang merupakan pengedar kenderaan Chevrolet selama 50 tahun.

Lambrecht dikatakan menyimpan semua kereta yang tidak terjual di merata-rata tempat. Sebanyak 430 buah kereta dan trak pikap dialihkan dari bawah pokok. Sebanyak 50 buah lagi yang berada dalam keadaan baik diambil dari parkir berbumbung.

"Anda tidak akan jangka bahawa semua kereta ini masih wujud di sini. Saya harap para pembeli tidak kecewa kerana bukan semua kereta ini berada dalam keadaan yang sempurna," kata salah seorang ahli keluarga Lambrecht, Cassie Wondersee.

Antara kenderaan yang dilelong ialah trak pikap Cameo tahun 1958 dengan odometer menunjukkan ia hanya bergerak kurang tiga kilometer serta dua buah Chevrolet Impala tahun 1964 dan 1963 berwarna merah.

Acara lelongan itu menyebabkan kawasan yang jarang dikunjungi tersebut menjadi begitu meriah sehinggakan para pekerja restoran makanan segera dan kedai runcit menyewakan bilik masing-masing kepada pengunjung yang datang dari jauh. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Semua anggota gabungan FAM tubuh Jawatankuasa Integriti

Posted:

Semua anggota gabungan FAM tubuh Jawatankuasa Integriti

Semua anggota gabungan FAM tubuh Jawatankuasa Integriti

30/09/2013 8:54pm

PUTRAJAYA - Kesemua anggota gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menubuhkan Jawatankuasa Integriti masing-masing

seperti yang disarankan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, kata

Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Satu taklimat khas akan diadakan oleh bersama dengan semua pengerusi

jawatankuasa itu pada 17 Okt ini bagi menyelaraskan tugasan masing-masing, katanya.

"Kalau kita (FAM) asyik mengarah sahaja, kita bimbang mereka (anggota

gabungan) tidak memahami apa yang ingin kita sampaikan.

"Sekiranya wujud hubungan dua hala, maka senang untuk kita menyampaikan taklimat kepada mereka di samping mereka sendiri boleh mencadang idea-idea baharu bagi mengatasi masalah rasuah bola sepak secara bersama," katanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM di Kelab Tasik Putrajaya di sini, hari ini. - Bernama

Yuna beraksi di Anugerah Pelarian Nansen Geneva

Posted:

Yuna beraksi di Anugerah Pelarian Nansen Geneva

Yuna beraksi di Anugerah Pelarian Nansen Geneva

30/09/2013 7:52pm

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan penulis lirik Malaysia, Yuna akan membuat persembahan di majlis Anugerah Pelarian Nansen Suruhanjaya Tinggi

Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Geneva, Switzerland hari ini.

UNHCR dalam satu kenyataan berkata, Yuna telah diundang sebagai seorang daripada tiga penghibur yang membuat persembahan antararabangsa di majlis itu.

Penghibur lain ialah penyanyi-penulis lirik Britain Dido dan pemuzik Mali calon Grammy, Amadou and Mariam.

"Ini kali pertama seorang penghibur Malaysia diundang untuk memberi persembahan di majlis berprestij itu," kata UNHCR.

Pengarang Paulo Coelho yang terkenal di perigkat antarabangsa akan menyampaikan ucaptama di majlis itu, diadakan bagi mengiktiraf usaha-usaha kemanusian luar biasa bagi pihak pelarian, penduduk tidak bernegara dan mereka yang kehilangan tempat tinggal di negara sendiri. - Bernama

Rasuah bola sepak terkawal

Posted:

Rasuah bola sepak terkawal

Rasuah bola sepak terkawal

30/09/2013 6:49pm

CAMERON HIGHLANDS - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, unsur rasuah

dalam bola sepak negara masih terkawal

Sehubungan itu katanya tidak ada sebab untuk pihak tertentu membuat analisis sebaliknya hanya berasaskan insiden terkini membabitkan skuad bola sepak Perak.

"Jangan terlalu cepat melenting dan cepat menuduh. Kita tunggu tindakan

susulan daripada pihak berkuasa. Jika ada bukti kukuh kita akan buat tindakan lebih drastik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada bola sepak negara dicemari rasuah susulan dakwaan

wujud elemen rasuah dan sabotaj dalam pasukan bola sepak Perak baru-baru ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Rosyam menonjol, Soffi seimbang

Posted:

Rosyam menonjol, Soffi seimbang

Rosyam menonjol, Soffi seimbang

TIDAK sukar menyatukan dua figura hebat ini dalam sesi fotografi. Baik Rosyam Nor mahupun Soffi Jikan, kedua-duanya tahu memberikan pose dalam menjiwai watak yang dimainkan mereka dalam filem terbaharu buah tangan pengarah hebat, Syamsul Yusof iaitu KL Gangster 2.

Sepertimana profesionalnya mereka dalam memberi pose yang dikehendaki jurukamera Kosmo!, Shahril Azman Zain, begitu jugalah kedua-dua pemain filem itu memberi lakonan hebat mereka menerusi KL Gangster 2.

Soffi Jikan, gangster bernama Ajib dengan trademark sengat dalam KL Gangster pada 2011, kembali semula dalam KL Gangster 2 yang sebenarnya merupakan prekuel KL Gangster.

Bagaimanapun, untuk watak Tai Long (ketua gengster paling jahat dan berhati binatang) yang dilakonkan Rosyam Nor itu adalah sesuatu yang baharu cuba diketengahkan oleh Syamsul menerusi KL Gangster 2.

Penangan Rosyam

Sepi Rosyam selama dua tahun bukan kerana apa. Ketika itu, dia sedang memikirkan mengenai reaksi penonton dan juga rakan-rakannya mengenai lakonannya sebagai Tai Long dalam KL Gangster 2.

"Selama dua tahun saya menunggu jawapan peminat dan rakan-rakan mengenai watak Tai Long yang dibawa.

"Selama dua tahun itu jugalah saya takut dilabel zaman saya sudah habis. Bagaimanapun saya bersyukur, rata-rata yang menonton KL Gangster 2 mereka memuji lakonan saya," ujarnya jujur.

Lebih mengejutkan, lakonan pelakon berusia 46 tahun itu dikatakan paling menonjol berbanding pelakon utamanya iaitu Aaron Aziz dan Adi Putra malah, Rosyam sendiri telah dilabelkan watak utama dalam filem prekuel tersebut.

Itulah penangan pelakon yang memiliki nama penuh Mohd. Noor Shamsuddin itu.

Mengulas mengenai watak Tai Long, kata Rosyam, selama 30 tahun bergelar pelakon, itulah watak paling jahat dan kejam pernah dilakonkannya.

Memang dia akui pada mulanya Syamsul sendiri berasa was-was dengan kreadibilitinya untuk beraksi dalam filem yang mengangkat tema gengster itu namun, dia membuktikan kemampuannya dalam memberi aksi lawan yang tidak diduga oleh pengarah itu.

ROSYAM dan Soffi Jikan menyuntik impak efektif terhadap daya lakonan filem KL Gangster 2.


"Syamsul seorang pengarah yang terbuka. Dia tahu apa yang dia mahukan dan tahu bagaimana mahu menghidupkan setiap watak dalam ceritanya. Dalam filem ini sebahagian daripada aksi lagak ngeri dilakukan sendiri oleh saya," ujarnya.

Akui Rosyam lagi, dia menjiwai sepenuhnya watak berkenaan yang disifatkannya lebih ganas daripada watak-watak gangster yang pernah dilakonkannya sebelum ini seperti dalam filem Castello, Bara mahupun Lenjan.

Disoal bagaimana perasaannya tatkala diarah oleh seorang pengarah yang jauh lebih muda daripadanya, jujur kata Rosyam dia tidak pernah memikirkan perkara itu.

Kata Rosyam, apabila sudah terikat pada sesuatu kerja dia akan mengikut arahan yang diberikan.

Bagi Rosyam juga tiada bezanya pengarah muda atau sebaliknya malah, Syamsul sendiri sudah membuktikan kemampuannya sebagai pengarah dengan anugerah-anugerah yang dimenanginya.

Luah Rosyam lagi, apa yang boleh diberi seorang pelakon pula adalah lakonan yang mantap tidak kira sama ada watak tersebut besar atau kecil.

"Saya pernah tampil kameo bawa watak Lan Pet Pet dalam filem Senario XX. Walaupun muncul secara cameo (seketika), saya pastikan kehadiran saya dalam filem tersebut memberi kesan yang mendalam," ujarnya yang bakal muncul dalam filem Balistik, lakonannya bersama Adi Putra dan Rita Rudaini pada bulan Februari tahun depan.

Sebelum mengakhiri perbualan, Rosyam juga menyatakan dia bakal mengarah sebuah filem.

Selepas menjadi pelakon dan penerbit, bagi Rosyam inilah masanya untuk dia menerokai bidang baharu iaitu pengarahan filem.

Soffi perlu seimbang

Mohamad Shoffi Jikan atau lebih dikenali sebagai Soffi Jikan, 43, mengakui watak Ajib yang dilakonkan tidak boleh terlalu menonjol atau tenggelam.

Apa yang perlu dilakukannya adalah menyeimbangkan watak itu tetapi dalam masa yang sama ia tetap memberi kesan kepada jiwa penonton.

Perkara itu tidak mendatangkan masalah buat pelakon dan juga aktivis teater serta penulis lakon layar itu.

DUA aktor hebat yang memiliki karisma tersendiri.


"KL Gangster 2 adalah prekuel kepada KL Gangster. Saya melakonkan watak Ajib seorang gengster baharu dan belum pandai membunuh. Dia cuma pandai bercakap dan menghasut orang sahaja.

"Filem KL Gangster 2 ramai watak-watak besar. Jadi, saya cuba letakkan diri seimbang. Tidak boleh terlebih atau terkurang," jelasnya mengenai watak Ajib.

Mengulas mengenai pengalamannya berlakon dalam filem tersebut, kata Soffi, paling mencabar ialah dia perlu menjalani sebanyak 40 kali babak yang sama iaitu ketika berlawan dengan Rosyam.

Ujar bapa kepada tiga orang anak itu, babak itu sangat kritikal baginya kerana Syamsul mahu ia kelihatan begitu sempurna.

"Semua pelakon sudah memberikan yang terbaik. Penat sudah tidak dirasakan ketika itu sebab keadaan kami boleh digambarkan sebagai lunyai.

"Disebabkan itu penggambaran yang sepatutnya berlangsung selama 45 hari menjadi 70 hari. Tetapi itu pengorbanan yang ditunjukkan oleh semua pelakon untuk memberikan yang terbaik," ungkapnya.

Disoal mengenai karakternya yang sering memberi kesan kepada penonton, kata Soffi, seorang pemain filem perlu memilih projek-projek yang bijak.

Mengulas lanjut, jelas Soffi, dia juga akan memastikan pasukan dan produksi yang akan bekerjasama adalah yang terbaik bukan produksi tangkap muat.

"Filem Rock, Hantu Kak Limah, Bohsia adalah contoh filem-fielm yang terbaik. Sebab apa, kerja keras dan pelaksanaan kerja yang diberikan mereka adalah terbaik.

"Saya tidak mahu berlakon dalam produksi yang main-main yang memberi watak jahat kepada saya tetapi ia ibarat pepatah melepaskan batuk di tangga. Tiada plot dan kesinambungan yang bagus," luahnya.

Dedah Soffi, dia tidak kisah jika tidak popular asalkan selepas 10 tahun daripada sekarang dia tidak malu melihat portfolio lakonannya.

Berkongsi lanjut, kata Soffi, dia juga bersyukur kerana orang tidak lagi memberikan peranan jahat kepadanya malah telah mengangkatnya kepada watak hero.

"Buat pertama kali saya bawa watak hero dalam filem KL Cinta. Seorang anak orang kaya yang nakal dan bercinta dengan Puteri Sarah," ujarnya mengenai filem terbitan White Merpati itu.

Osbourne sokong Cyrus

Posted:

Osbourne sokong Cyrus

Osbourne sokong Cyrus

KELLY OSBOURNE (dua dari kanan) dan Miley Cyrus (kanan) bersama adik beradik Kardashian, Kim (dua dari kiri) dan Chloe pada satu majlis rasmi di London baru-baru ini.


KELLY OSBOURNE baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tentang bintang tersohor, Miley Cyrus yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi berbogel dalam klip video single terbaharunya, Wrecking Ball dan untuk muka depan majalah Rolling Stones.

Bercakap kepada media pada parti anjuran syarikat British Airways di London baru-baru ini, kata hos program Police Fashion itu: "Wow, Miley Cyrus sememangnya sepertimana kita semua bayangkan tentang dia dan bagaimana dia akan menampilkan dirinya. Dan itulah kebenarannya."

Tambahnya: "Kalau anda tidak menggemari apa yang dia buat, jangan tengok atau peduli. Miley hanya seorang wanita muda yang mengekspresi tentang dirinya. Miley kawan baik saya dan saya sangat menyayangi dirinya."

Bagaimanapun Osbourne turut memberi komen yang menarik tentang tabiat Cyrus yang sejak akhir-akhir ini gemar memberikan pose dengan lidahnya terjelir setiap kali fotonya dirakamkan.

Ujar Osbourne: "Saya akan menyokong Miley tidak kira apa yang berlaku tetapi sebagai rakan baiknya saya akan kata, 'Tolong masukkan lidah ke dalam mulut. Saya menyayangi kamu, tetapi sila masukkan kembali lidah kau itu ke dalam mulut'."

Didie Alias kecewa ditipu rakan sendiri

Posted:

Didie Alias kecewa ditipu rakan sendiri

Didie Alias kecewa ditipu rakan sendiri

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my

DIDIE bakal muncul sebagai penghibur di atas kapal persiaran yang dianjurkan syarikat pelancongan Amar Travel & Tours.


KELETAHNYA yang sentiasa menceriakan suasana dan perwatakan yang unik telah menjadikan aktres, Didie Alias pilihan syarikat pelancongan Amar Travel & Tours sebagai selebriti pertama yang dipilih bagi mewakili pakej pelancongan mereka.

Mensyukuri rezeki yang diraihnya kini, bicara Didie mengimbau pengalaman buruk yang pernah berlaku terhadap diri, dia kini lebih berhati-hati untuk memilih tawaran.

"Pengalaman tahun lepas memang membuat saya lebih berhati-hati dan saya benar-benar kecewa. Ini kerana pemilik syarikat tersebut merupakan rakan yang telah dikenali sejak 15 tahun lalu.

"Saya juga rasa telah menipu kawan-kawan lain dan jelaskan kepadanya bahawa saya tidak mahu terlibat lagi.

"Sejujurnya, sebelum terima tawaran Amar Travel & Tours ini, saya telah memeriksa latar belakang syarikat itu.

"Terbukti mereka memang telah lama dalam bidang pelancongan dan ada lesen," tutur Didie ketika ditemui pada sidang akhbar Let's Cruise With Lady Didie yang bertempat di Modesto's Capsquare, Kuala Lumpur.

Didie's Entertainment & Management

Bercerita lanjut mengenai tawaran yang baru diterimanya itu, kata Didie, dia terus mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut dengan Amar Travel & Tours.

Selepas, bersetuju dengan semua perkara yang dibincangkan, syarikat pelancongan itu akhirnya melamar Didie dengan menandatangani kontrak setahun bermula tahun 2014.

"Kami berbincang secara serius dan hasilnya, pelancongan cruise ini merupakan cubaan pertama bersama peminat yang ingin turut serta. Di atas kapal itu kelak, saya akan menghiburkan pelanggan dengan pelbagai aktiviti menarik.

TIDAK terhad hanya berlakon, Didie merancang untuk bergiat aktif dalam bisnes.


"Jika ingin dapatkan maklumat lanjut boleh hubungi talian Amar Travel & Tours atau laman-laman sosial seperti di laman-laman web, Facebook, Instagram serta kelab peminat saya sendiri," jelas Didie panjang lebar mengenai pakej yang ditawarkan.

Bagi yang berminat dengan pakej Let's Cruise With Lady Didie ini, tempahan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Amar Travel & Tours di www.amartravelandtours.com atau talian 03-2692 7979 (pembelian tiket) 03-2692 8080 (pertanyaan).

Selain menerima tawaran menjadi pengacara dan berlakon, Didie juga sibuk menguruskan syarikat penerbitannya sendiri yang ditubuhkan sejak tahun 2003.

Sebagai seorang penggemar fesyen, Didie juga mempunyai perancangan ingin membuka sebuah bisnes jenama fesyennya sendiri. Namun, sebagai permulaan, produknya akan dijual dalam talian.

"Saya akan memulakan fesyen dengan jenama sendiri dan berkolaborasi bersama beberapa pereka fesyen yang dikenali. Antara produk yang akan dijual ialah seperti aksesori, kemeja-T dan kemeja edisi terhad.

"Harganya pula tidaklah semahal mana dan ia mampu dimiliki oleh golongan biasa," jelas Didie.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved