Ahad, 29 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pahit manis anggota penguat kuasa

Posted:

Pahit manis anggota penguat kuasa

Pahit manis anggota penguat kuasa

INDIVIDU yang melakukan kesalahan trafik serta kewujudan premis-premis haram di sekitar pusat bandar raya sudah menjadi rencah kehidupan warga kota.

Apabila anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas, pasti ada dalam kalangan warga kota yang kurang senang dengan kehadiran mereka.

Lontaran kata-kata kesat sudah lali di telinga anggota penguat kuasa tatkala mereka 'menghulurkan' surat kompaun kepada pesalah trafik yang melanggar undang-undang. Antaranya termasuklah kesalahan meletakkan kenderaan di garisan kuning. Perbuatan tersebut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

Penjaja haram di jalanan pula lari bertempiaran sebaik sahaja melihat kelibat anggota penguat kuasa DBKL. Namun, Parameswaran Rengasamy, 56, sudah masak dengan ragam warga kota. Beliau yang berkhidmat di Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sejak 35 tahun lalu itu juga merupakan antara pegawai penguat kuasa DBKL yang berpengalaman luas dalam menguruskan hal ehwal trafik di ibu kota.

Beliau merupakan salah seorang saksi yang melihat perubahan dan kemajuan di ibu negara selama hampir empat dekad.

Kesalahan trafik

Memulakan kerjaya sebagai waran trafik DBKL pada tahun 1978, bidang tugasnya lebih tertumpu kepada mengawal lalu lintas bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau juga diberi kuasa untuk mengeluarkan notis kompaun kesalahan trafik bagi warga kota yang ingkar undang-undang.

Menurut Ketua Inspektor Jabatan Penguatkuasaan DBKL itu, kesesakan lalu lintas bukan masalah utama warga kota sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an.

Pada waktu itu, bilangan kenderaan yang menyusuri jalan-jalan di ibu kota tidak sebanyak pada hari ini. Parkir-parkir kenderaan juga mencukupi untuk menampung jumlah kereta dan motosikal yang memasuki ibu kota saban hari.


PREMIS warga asing di Jalan Silang yang menjual sirih di sita oleh penguat kuasa DBKL.


"Tugas sebagai waran trafik pada waktu itu lebih mudah berbanding hari ini. Warga kota pada tiga atau empat dekad lalu sangat mematuhi peraturan dan undang-undang. Segala teguran dan nasihat daripada waran trafik diterima dengan hati yang terbuka," ujarnya yang menjawat jawatan waran trafik pada umur 21 tahun.

Ceritanya lagi, walaupun warga kota memberi kerjasama yang baik terutama dalam melancarkan pergerakan trafik, beliau juga seorang yang tegas.

Pada peringkat awal berkhidmat dengan DBKL, beliau hanya mengikut operasi menyita premis haram di jalanan dan trafik dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Kini, operasi dilakukan pada bila-bila masa. Bagi pegawai yang berasal dari Klang, Selangor itu, setiap anggota DBKL perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai undang-undang sebelum melaksanakan tugas setiap hari.

Berhemah

"Mentaliti dan pemikiran warga kota pada hari ini tidak seperti dahulu. Mereka lebih celik undang-undang, malah ada yang akan mempertikaikan setiap tindakan anggota DBKL sebelum mengeluarkan kompaun dan menyita premis haram. Situasi ini merupakan antara cabaran yang harus ditempuhi oleh setiap anggota ketika berada di lapangan.

"Saya tidak akan mengeluarkan kompaun sewenang-wenangnya. Sebaliknya, saya menggunakan pendekatan menegur secara berhemah," jelasnya.

Antara fungsi utama jabatan penguat kuasa DBKL ialah mengawal dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan-kesalahan lalu lintas, tempat letak kereta elektronik, ingkar menggunakan jejantas dan halangan serta pelanggaran isyarat lalu lintas.


KESALAHAN meletakkan kenderaan di garisan kuning akan dikenakan kompaun sebanyak RM100 di bawah Akta Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 12 3(A).


Selain itu, PDRM juga telah menyerahkan kuasa mengeluarkan kompaun kepada jabatan tersebut untuk melaksanakan empat tindakan kepada pesalah trafik yang meletakkan kenderaan di garisan kuning, memotong barisan kenderaan, melanggar isyarat lampu merah dan papan tanda sejak Oktober 2010.

Kekuatan mental

Inspektor Mustafa Yusof, 58, memberitahu, beliau sentiasa berdepan dengan cabaran dalam melaksanakan tugasan menyedarkan warga kota agar tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Mustafa kini menjawat jawatan pembantu penguat kuasa DBKL. Bidang tugasnya mengawal penjaja dan kewujudan premis-premis tanpa lesen di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan warga kota membeli-belah.

Bidang tugas itu menuntut kekuatan mental anggota beruniform itu setiap kali melaksanakan operasi.

"Ugutan dan tohmahan daripada warga kota terutama pendatang tanpa izin sudah menjadi cabaran harian saya. Namun, saya tidak perlu layan semua itu,'' luahnya ketika ditemui.

Kejadian disimbah dengan sos cili stimbot di wajahnya oleh penjaja baru-baru ini merupakan antara pahit manis dalam menunaikan amanah itu.

Walaupun muka dipenuhi dengan sos cili, beliau dan empat orang petugas lain tetap mengejar penjaja tersebut untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, sebelum melaksanakan operasi, perancangan rapi perlu disusun terutama dalam usaha membanteras penjaja yang berniaga tanpa lesen. Premis mereka akan disita dan kelengkapan perniagaan akan dibawa ke stor sitaan direktorat penguatkuasaan DBKL di Jalan Lombong, Kuala Lumpur.

Mustafa yang akan bersara dalam tempoh dua tahun lagi memberitahu, kebanyakan penjaja jalanan yang menjual buah-buahan, makanan ringan seperti stimbot, keropok dan minuman tidak tahu mengenai peraturan perniagaan berlesen.

"Kebanyakan penjaja terdiri daripada pendatang asing, manakala ketua mereka terdiri rakyat tempatan. Walaupun sudah banyak kali premis mereka disita, namun mereka tetap berdegil," ujarnya yang pernah dilantik sebagai Koperal Skuad Berbudi Bahasa dan Berkhemah Tinggi penguat kuasa DBKL sekitar tahun 1990-an.

Setiap anggota baharu yang menjawat jawatan dalam jabatan penguatkuasaan akan menjalani latihan selama tiga bulan bagi memahirkan mereka dengan tugas penguat kuasa.

Lain pula kisah yang dikongsi oleh Awang Jusoh, 54. Pembantu Penguat kuasa dalam unit Task Force penguat kuasa DBKL itu memberitahu, tidak semua warga kota membenci tugas dijalankan oleh anggota penguat kuasa.


PENJAJA tanpa lesen di Kuala Lumpur tidak mengambil iktibar tindakan pihak berkuasa walaupun premis telah disita berulang kali.


Tugas-tugas anggota Task Force antaranya ialah mengadakan rondaan di tiga zon Kuala Lumpur iaitu zon tengah, utara dan selatan. Unit itu juga menyelesaikan aduan mengenai penjaja tanpa lesen, perniagaan warga asing dan halangan di jalan raya.

Sambil menyifatkan ada dalam kalangan warga kota yang tidak tahu mengenai undang-undang mempertikaikan bidang tugas anggota penguat kuasa DBKL, namun beliau tidak menafikan masih ramai warga kota yang menghargai tugas mereka.

Awang juga berharap mereka yang menerima kompaun sepatutnya melihat kesalahan yang dilakukan sebagai pengajaran.

Bagi anggota yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu dia amat gembira jika warga kota mengikut garis panduan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Apa yang penting ialah warga kota perlu celik undang-undang dan mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Iktiraf jasa anggota DBKL

Posted:

Iktiraf jasa anggota DBKL

Iktiraf jasa anggota DBKL


PASUKAN unit berkuda DBKL melakukan lintas hormat pada perbarisan sempena Hari Penguat kuasa.


SEPANJANG 15 tahun Suhaizam Mohamad Ali, 33, berkhidmat dengan Jabatan Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dia tidak pernah menerima sebarang anugerah.

Namun, Hari Penguat kuasa Ke-44 yang berlangsung di Astaka, Taman Tasik Titiwangsa pada 19 September lalu merupakan detik paling gembira bagi dirinya kerana dianugerahkan Pingat Khidmat Bakti Kelas 2.

Anggota unit cawangan trafik dan tugas khas itu terkejut selepas dimaklumkan oleh jabatannya bahawa dia merupakan penerima anugerah tersebut.

"Saya tidak sangka menjadi satu-satunya anggota yang terpilih daripada 65 anggota unit saya berkhidmat. Anugerah ini merupakan pencapaian terbaik sepanjang karier saya dalam jabatan ini.

"Anugerah ini merupakan batu loncatan untuk saya dan rakan-rakan setugas yang lain berkhidmat dengan lebih bersemangat dan berdedikasi ketika melaksanakan tugasan," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Suhaizam, bertugas di unit cawangan trafik dan tugas khas sentiasa berdepan dengan pesalah-pesalah lalu lintas. Sehubungan itu, kakitangan unit tersebut perlu memastikan halangan-halangan yang menyumbang kepada kesesakan jalan raya dapat diselesaikan.

Menghargai anggota

Hari Penguat kuasa disambut pada 15 September setiap tahun sejak tahun 1969 bertujuan menghargai anggota dan penguat kuasa DBKL bertugas demi menjaga keamanan dan keselesaan warga kota.


ANGGOTA penguat kuasa melakukan aksi memotong buah tembikai susu dengan mata tertutup.


Selain majlis penganugerahan pingat kepada anggota dan pegawai, antara acara lain yang memeriahkan majlis tersebut ialah acara pemeriksaan kawalan kuarter, pemeriksaan kawalan kehormat dan perbarisan berjalan lalu. Selain itu, persembahan padang yang menunjukkan kemahiran seni mempertahankan diri, pancaragam dan persembahan unit kuda turut diadakan.

Paling mencuit hati, pasukan pancaragam yang mendendangkan muzik Gangnam Style turut disertai oleh tarian spontan daripada dua anggota penguat kuasa.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan Jaganathan dan Pengarah Jabatan Penguat kuasa DBKL, Mohd. Sauffi Muhammad.

Seorang lagi pegawai, Inspektor Nazri Alimat, 50, sebelum ini pernah dianugerahkan Pingat Bakti Kelas 1 dan 2 ternyata tidak menyangka menerima Pingat Bakti Kelas 3 buat kesekian kalinya.

"Tanggungjawab yang diberi akan dilaksanakan sebaik mungkin. Saya berterima kasih kepada pihak jabatan kerana menganugerahkan pingat ini kepada saya sekali lagi," ujarnya yang telah berkhidmat dengan Jabatan Penguatkuasaan DBKL sejak 31 tahun lalu.

Pada majlis yang sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib memberitahu, pihaknya telah meluluskan pembelian 20 buah basikal yang akan digunakan pada bulan Oktober ini bagi menjalankan rondaan dan penguat kuasa di taman-taman di sekitar ibu kota.


TENGKU ADNAN menyampaikan anugerah Pingat Khidmat Bakti kepada anggota penguat kuasa DBKL sambil diperhatikan oleh Ahmad Phesal (kiri).


Kompleks baharu

"Selain ketahanan mental dan fizikal, peralatan dan kemudahan juga membantu memudahkan tugasan rondaan," jelasnya.

Ahmad Phesal memberitahu, DBKL kini giat memasang 1,200 kamera litar tertutup (CCTV) tambahan di sekitar Kuala Lumpur sebagai langkah membantu pihak penguat kuasa DBKL dalam melaksanakan tugasan.

Pihaknya juga merancang untuk membina sebuah kompleks penguatkuasa bersebelahan Institut Latihan DBKL di Jalan Yaakob Latif, Cheras, Kuala Lumpur yang dilengkapi kelengkapan canggih untuk kegunaan pegawai dan anggota penguat kuasa ketika menjalankan tugas.

"Kami sedang menunggu cadangan rekaan bangunan daripada firma arkitek yang dilantik untuk menjayakan kompleks yang menelan belanja sekitar RM72 juta hingga RM74 juta. Sekiranya semua berjalan lancar, projek itu hanya mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan," ujarnya ketika ditemui Kosmo! selepas acara perbarisan Hari Penguatkuasa baru-baru ini. - AYMAN GHAFFA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


KPU TUDM Kuantan anjur perlawanan futsal

Posted:

KPU TUDM Kuantan anjur perlawanan futsal

KPU TUDM Kuantan anjur perlawanan futsal


PASUKAN Basic Air Defence Operator (jersi kuning) bergambar bersama pasukan Air Defence Junior Supervisor pada perlawanan futsal di Kuantan baru-baru ini.


MERIAH. Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (KPU) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan menganjurkan perlawanan futsal persahabatan di Kuantan baru-baru ini.

Perlawanan tersebut melibatkan pasukan peserta kursus Basic Air Defence Operator dengan pasukan peserta kursus Air Defence Junior Supervisor.

Perlawanan tersebut dikelolakan oleh Laskar Udara Kanan, Mohd. Firdaus Abu Samah yang juga pemain pasukan peserta kursus Air Defence Junior Supervisor.

Menurut Mohd. Firdaus, perlawanan itu diadakan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta kursus di KPU selain menyatukan peserta melalui sukan.

1,000 murid tabika Kemas sertai Hari Potensi 2013

Posted:

1,000 murid tabika Kemas sertai Hari Potensi 2013

1,000 murid tabika Kemas sertai Hari Potensi 2013


NOH (belakang, tengah) beramah mesra dengan murid tabika Kemas selepas merasmikan Hari Potensi Tabika Kemas 2013 di Tanjong Karang, Selangor baru-baru ini.


HIMPUN. Seramai 1,000 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dari sekitar Kuala Selangor menyertai majlis Hari Potensi Tabika Kemas 2013 di Kompleks Futsal Batu 6, Tanjong Karang baru-baru ini.

Majlis perasmian program itu disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Beberapa pertandingan diadakan bagi memeriahkan program itu seperti pertandingan futsal, bola jaring, silat dan gerak tari.

Nor berkata, penganjuran hari potensi tersebut dapat mencari bakat-bakat pelapis dalam bidang sukan yang berpotensi untuk mewakili daerah sama ada di peringkat sekolah dan seterusnya peringkat negeri serta negara.

Jersi baharu SK Rapat Setia pembakar semangat pemain

Posted:

Jersi baharu SK Rapat Setia pembakar semangat pemain

Jersi baharu SK Rapat Setia pembakar semangat pemain


HAIRULNIZAM (belakang, lima dari kanan) bergambar bersama guru dan pemain pasukan bola sepak SK Rapat Setia selepas majlis penyerahan jersi di Ipoh baru-baru ini.


SUMBANGAN. Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Rapat Setia, Ipoh mendapat suntikan semangat apabila menerima sumbangan jersi sempena Kejohanan Bawah 12 Tahun, Majlis Sukan Sekolah Daerah Kinta Utara.

Dua set lengkap jersi, seluar dan stoking itu merupakan sumbangan bersama Pemuda UMNO Cawangan Datuk Onn, Ipoh Barat dan Kelab Bola Sepak Silver Rovers.

Turut Hadir pada majlis penyerahan sumbangan itu ialah Guru Besar SK Rapat Setia, Norazmah A. Aziz, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Datuk Onn, Mohd. Hairulnizam Ismail dan Presiden Kelab Bola Sepak Silver Rovers, Tajul Ariffin Mohd. Tahir.

Menurut Hairulnizam, sumbangan tersebut diharap menjadi pembakar semangat pemain-pemain pasukan sekolah itu beraksi dalam kejohanan tersebut.

"Kelab Bola Sepak Silver Rovers juga bersetuju melatih pasukan sekolah itu bagi meningkatkan kemahiran para pemain menjelang kejohanan itu," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Nasib baik tiada jemaah dalam masjid

Posted:

Nasib baik tiada jemaah dalam masjid

Nasib baik tiada jemaah dalam masjid

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

ORANG ramai melihat runtuhan siling dan bumbung masjid Kampung Tebauk di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Kejadian runtuhan bumbung masjid terus berlaku di negeri ini dan terbaharu, bumbung ruang solat kedua masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini pula roboh awal pagi semalam.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu menyebabkan kira-kira 40 peratus daripada bahagian bumbung masjid bernilai kira-kira RM6 juta yang digunakan sejak dua tahun lalu roboh dan tidak boleh digunakan.

Kejadian runtuhan di masjid berkenaan merupakan yang ketiga berlaku di Terengganu sejak 3 Oktober 2009. Masjid berkenaan terletak hanya kira-kira dua kilometer dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bumbungnya turut runtuh pada 2 Jun 2009.

Bilal masjid tersebut, Man Mat, 61, memberitahu, dia merupakan orang pertama pergi ke masjid itu pagi semalam iaitu kira-kira pukul 5 pagi dan terkejut mendapati sebahagian bumbung masjid berkenaan runtuh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Keluarga Zain risik Rozita Che Wan

Posted:

Keluarga Zain risik Rozita Che Wan

Keluarga Zain risik Rozita Che Wan


GAMBAR dari Instagram Rozita menunjukkan selebriti itu memperagakan cincin risik yang diterima daripada Zain.


KUALA LUMPUR – Aktres Rozita Che Wan akhirnya dirisik oleh kekasihnya, Zain Saidin, 29, dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di sini pada pukul 3 petang semalam.

Rozita, 40, yang dihubungi Kosmo! semalam mengesahkan dia menerima sebentuk cincin risik dalam majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 50 ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, saya cukup gembira. Dalam majlis itu turut dibincang tarikh nikah, wang hantaran dan mas kahwin," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mekanik gila seks diberkas

Posted:

Mekanik gila seks diberkas

Mekanik gila seks diberkas

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


SHAHARON ANUAR menunjukkan motosikal dengan sebahagian nombor pendaftarannya dibuang untuk mengelak dikesan di Batu Gajah semalam.


BATU GAJAH – Seorang mekanik yang menggunakan helah membantu mangsa kemalangan dan menyamar polis sebagai modus operandi untuk merogol memakan diri apabila dia diberkas di rumahnya di Taman Batu Gajah Perdana di sini kelmarin.

Perogol bersiri berusia 27 tahun yang masih bujang itu diberkas pada pukul 3.45 petang bagi membantu siasatan berhubung dua kes rogol dan dua kes cubaan merogol yang dilaporkan berlaku di sekitar pekan itu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, dua gadis berusia 17 tahun telah diperkosa oleh suspek manakala seorang gadis bawah umur dan wanita berusia 30 tahun nyaris menjadi mangsanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


1,000 jenis pokok di Anjung Rimbun

Posted:

1,000 jenis pokok di Anjung Rimbun

1,000 jenis pokok di Anjung Rimbun

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

ANAK pokok yang ditanam di dalam beg poli dijual pada harga serendah RM1.50 di Anjung Rimbun.


MENAWARKAN lebih 1,000 jenis pokok pelbagai spesies, nurseri Anjung Rimbun, Shah Alam mampu membuatkan para pengunjung rambang mata untuk memilih tumbuhan yang dihajati.

Kepelbagaian tumbuhan yang segar menghijau membuktikan ia dijaga rapi oleh para pekerja.

Pemiliknya, Wan Azlan Shah Eddie Shah, 29, mengakui pokok-pokok di nurseri itu akan disiram dua kali sehari serta dibaja setiap minggu bagi memastikan ia tumbuh segar.

Ditubuhkan pada tahun 2006 dengan modal sebanyak RM1,000, graduan Diploma Seni Bina Landskap dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu kini sudah boleh berbangga dengan perniagaan yang diusahakan.

"Alhamdulillah, nurseri Anjung Rimbun semakin berkembang dengan tiga cawangan dan mendapat tempat di hati pelanggan terutama di sekitar Shah Alam. Biasanya hujung minggu paling ramai selain pada musim-musim perayaan.

"Daripada 1,000 jenis pokok, spesies yang sering mendapat permintaan tinggi ialah pokok kemboja, bucida dan foxtail," jelas Wan Azlan sambil memberitahu jualan pokok berkenaan mampu mencecah 100 batang setiap bulan.

POKOK Draco ini antara spesies pokok termahal di Anjung Rimbun.


Berkeluasan 0.80 hektar, nurseri yang terletak di Seksyen 18, Shah Alam itu menawarkan harga berpatutan. Malah, harga setiap pokok boleh dirunding sehingga pelanggan berpuas hati.

Bersaing

"Di sini, kami menjual pokok pada harga serendah RM1.50 untuk tumbuhan renek yang ditanam dalam beg poli.

"Mungkin faktor harga ini turut menjadi tarikan kepada pengunjung untuk datang ke Anjung Rimbun," ungkap Wan Azlan ketika dihubungi.

Meskipun terpaksa bersaing dengan beberapa nurseri di sekitarnya, usahawan muda itu sentiasa optimis dengan rezeki Allah.

Bagi Wan Azlan, untuk mengatasi masalah tersebut, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan rekaan landskap bagi tumbuhan hiasan kepada para pelanggan dengan bayaran RM200 hingga RM500.

"Alhamdulillah, pengalaman yang dipelajari ketika belajar dapat dipraktikkan. Sebenarnya, projek landskap pertama saya bermula sewaktu masih menuntut di UiTM. Ketika itu, ibu bapa seorang rakan meminta saya membuat rekaan landskap untuk kawasan rumah mereka.

SEBAGAI pemilik nurseri, Wan Azlan sentiasa memastikan setiap anak pokok dijaga rapi.


"Paling seronok apabila rekaan tersebut diterima sekali gus memberi idea pada saya untuk menubuhkan perniagaan nurseri ini," imbas Wan Azlan.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sebelum sesuatu rekaan dihasilkan, perbincangan turut dibuat dengan pelanggan kerana kebanyakan pelanggan datang dengan idea tersendiri. Tetapi, jika pemilihan pokok kurang sesuai, pihaknya akan memberi pandangan atau cadangan.

Mempunyai 12 orang pekerja, Wan Azlan berharap dalam tempoh lima tahun, jenama Anjung Rimbun akan terus memahat nama dalam industri nurseri di Malaysia.

"Dalam apa jua perniagaan, sudah pasti pemiliknya mahu ia berkembang dan maju. Begitu juga saya. Kalau boleh saya mahu Anjung Rimbun dikenali sebagai nurseri yang berkualiti dan menjadi pilihan ramai," tuturnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misi rampas gelaran tak tercapai

Posted:

Misi rampas gelaran tak tercapai

Misi rampas gelaran tak tercapai

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

REAKSI kecewa jelas terpancar di wajah barisan pemain Malaysia selepas tewas 0-3 kepada India pada final Piala Sultan Johor 2013 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam tadi.


HASRAT Malaysia untuk kembali menjuarai Piala Sultan Johor tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada India pada aksi final di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam tadi.

Selepas muncul juara pada edisi pertama dua tahun lalu, skuad bimbingan Muhd. Dharma Raj Abdullah itu ternyata gagal untuk menandingi kehebatan India meskipun menerima sokongan padu daripada lebih 7,000 penyokong.

Kekecewaan sama disuarakan oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang turut hadir menyaksikan perlawanan malam tadi.

"Sukar untuk terima kekalahan ini. Bagi saya, jaringan 3-0 agak besar dan saya rasa banyak kesilapan dilakukan para pemain yang menyumbang kepada kekalahan ini.

"Mereka bermain dengan lebih baik semalam (kelmarin) ketika seri dengan pasukan sama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang malam tadi.

Bagi Dharma Raj, barisan pemainnya telah cuba memberikan aksi terbaik, namun mengakui betapa India sememangnya pasukan yang sukar ditewaskan.

"Ada antara pemain kita yang baru pertama kali beraksi pada kejohanan besar seperti ini dan mereka masih belum cukup berpengalaman berbanding India.

"Mereka patut lebih bijak mengawal emosi apabila berada di padang," katanya.

Pada aksi malam tadi, benteng pertahanan India tampak kebal apabila skuad remaja negara hanya mampu memperoleh tiga pukulan sudut penalti, namun gagal dimanfaat sebaik mungkin.

Meskipun melakukan serangan awal, skuad negara dikejutkan dengan gol pertama India pada minit ke-21 menerusi pergerakan cantik Amon Mirash Tirkey.

India berjaya menambah jaringan pada minit ke-54 menerusi Yousuf Affan yang menerima hantaran cantik Ramandeep Singh.

India mengesahkan kemenangan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-64 hasil jaringan sudut penalti kapten, Harjot Singh.

Pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat, Argentina menewaskan Pakistan 3-0 menerusi penentuan pukulan penalti.

Korea Selatan pula menghuni tempat kelima selepas menewaskan England 6-0.

Tidak rela 'dilibas' Bujang Senang

Posted:

Tidak rela 'dilibas' Bujang Senang

Tidak rela 'dilibas' Bujang Senang

PEMAIN tengah Sarawak, Putera Nadher (kiri) diasak pertahanan Sime Darby, Firdaus Faudzi pada aksi di Selayang malam kelmarin.


ATAS kertas, ranjau penuh berliku menanti Sime Darby selepas sekadar terikat tanpa jaringan dengan Sarawak dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2013 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.

Gagal memanfaatkan kelebihan di laman sendiri, skuad kendalian Ismail Zakaria itu kini tidak lagi mempunyai pilihan selain mengatasi Ngap Sayot dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching, Sabtu ini.

Namun, ia bukan satu tugas yang mudah, lantaran The Giant Killer pernah 'dilibas' Bujang Senang dengan kekalahan tipis 0-1 di Kuching dalam aksi Liga Premier pada 10 Mei lalu hasil jaringan tunggal Bobby Gonzales.

Justeru, Ismail menuntut kebangkitan anak-anak buahnya Sabtu ini jika mereka berhasrat mahu berada dalam kelompok empat pasukan terbaik bagi edisi kali ini.

"Saya sedar rekod pertemuan kedua-dua pasukan tidak berpihak kepada kami dalam saingan Liga Premier musim ini.

"Jadi, saya harap pemain dapat melupakan sejarah silam dan mampu mengatasi Sarawak di Kuching.

"Biarpun sukar, saya yakin pemain mampu menjelmakan kemenangan, sekali gus mara lebih jauh pada kempen kali ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Ismail juga cenderung untuk tidak merombak pasukannya dalam aksi suku akhir kedua kelak.

"Jika ada pertukaran pun mungkin membabitkan satu dua pemain.

"Saya lebih gemar membuat pertukaran taktikal berbanding merombak pasukan kerana dikhuatiri menjejaskan persefahaman pemain," jelasnya.

Ismail juga mahu barisan pemainnya melupakan kekecewaan gagal memburu bekalan selesa selepas sekadar seri tanpa jaringan kelmarin.

"Bukan tiada peluang, cuma kami kurang bernasib baik menjaringkan gol.

"Namun, ia bukan bermakna perjuangan kami sudah berakhir kerana masih ada 90 minit di Kuching," katanya.

Malaysia kempunan kucup emas

Posted:

Malaysia kempunan kucup emas

Malaysia kempunan kucup emas

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


JAMALUDDIN (depan, dua dari kiri) dan jurulatih negara, Iskandar Arshad (kiri) bersama para pegawai Istaf dan barisan pemain negara pada majlis penyampaian pingat di Bangkok semalam.


SELEPAS dimalukan Korea Selatan pada aksi final Siri Super 1 Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) di New Delhi, India awal bulan ini, skuad negara berterusan 'berputih mata' untuk muncul juara.

Kali ini, giliran Thailand menambah derita skuad elit negara apabila menang mudah 3-0 pada aksi final Siri Super 2 di Bangkok semalam.

Regu negara yang dibarisi Sahidan Md Ali (tekong), Shahruddin Mad Ghani (apit kanan) dan Mohd. Syazreen Qamar Salehan (apit kiri) ternyata gagal menyaingi kehebatan regu Thailand (Sittipong Khamchan, Pornchai Kaokaew dan Siriwat Sakha) apabila tumpas 12-15 pada set pertama.

Percaturan jurulatih negara, Jamaluddin Hassan yang membawa masuk tekong baharu, Ahmad Aizat Mohd. Nor Azmi bagi menggantikan Sahidan dan Mohd. Hanafiah Dolah (Shahruddin) pada pertengahan set kedua juga tampak tidak menjadi apabila mereka gagal menyaingi kepantasan regu Thailand itu sebelum tumpas 2-15.

Perjuangan skuad elit negara akhirnya terkubur apabila tumpas set ketiga dengan 8-15.

"Pemain membuat empat servis yang tidak menjadi pada set pertama dan jika ada yang melepasi jaring pun, ia begitu mudah dipatahkan lawan.

"Tekong kita tidak seperti tekong lawan yang mana mereka mampu meraih mata berturut-turut dengan servis mereka. Tanpa servis yang memberi mata dan gagal mematahkan lawan, sukar untuk kita menyaingi Thailand," kata Jamaluddin.

Pada masa sama, Jamaluddin juga mempertahankan keputusannya membawa masuk Hanafiah pada set kedua.

"Shahruddin didapati tercedera yang dikesan sejak menentang Korea Selatan lagi (separuh akhir).

"Kami tidak mahu menambah parah kecederaan itu, tambahan pula gandingan kita juga masih terlalu baharu dan sering bertukar berbanding Thailand yang sudah mantap," katanya.

Skuad negara bakal menyambung perjuangan Siri Super Istaf seterusnya di Likas, Sabah pada penghujung Oktober depan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Istaf, Boonchai Lorhpipat kecewa dengan tindakan Korea Selatan menarik diri gara-gara tidak berpuas hati ketika bertemu Malaysia pada peringkat separuh akhir.

"Tindakan itu menyalahi undang-undang dan peraturan Siri Super Istaf dan mencemarkan nama baik sukan ini, Istaf dan rakan promosi, Asia Sports Ventures serta Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT).

"Istaf akan mengambil segala tindakan yang perlu terhadap Persatuan Sepaktakraw Korea (KSTA)," kata Boonchai.

Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung sebelah pagi semalam, apit kanan Korea, Im An Soo bertindak mempertikai keputusan pembantu pengadil, Amir Syawal dari Brunei pada set penentuan (kelima) ketika Malaysia mendahului 12-10.

Sebelum itu, Malaysia menang pada dua set pertama iaitu 15-8, 17-15 sebelum Korea bangkit meraih kemenangan 15-11, 15-10 pada dua set berikutnya.

Sementara itu, regu wanita negara (Noor Fairuz Azizan, Nurrashidah Rashid dan Nor Farhana Ismail) pula mengulangi pencapaian tempat keempat seperti di New Delhi apabila tumpas kepada Vietnam 2-3 (15-12, 14-16, 15-13, 12-15, 12-15) dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Konflik di Zamboanga berakhir

Posted:

Konflik di Zamboanga berakhir

Konflik di Zamboanga berakhir

PEMANDANGAN dari udara menunjukkan beberapa kediaman terbakar dalam pertempuran antara tentera Filipina dengan pemberontak MNLF pada Rabu lalu.- REUTERS


ZAMBOANGA - Konflik berdarah selama tiga minggu antara tentera kerajaan dan pemberontak yang menawan hampir 200 tebusan di selatan Filipina berakhir dengan semua tawanan selamat, kata Setiausaha Pertahanan, Voltaire Gazmin semalam.

Gazmin berkata, kini hanya tinggal segelintir pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang masih bersembunyi.

"Mereka kini diburu oleh pihak tentera di pinggir bandar raya ini," katanya.

"Pihak berkuasa juga cuba untuk menentukan sama ada komander (MNLF) Habier Malik yang mengetuai serangan pada 9 September lalu sudah mati," tambah Gazmin.

Lebih 200 orang terbunuh dalam pertempuran itu termasuk 166 pemberontak. Ia merupakan antara serangan paling berdarah dan lama pernah dilancarkan oleh kumpulan pemberontak di Mindanao.

"Saya boleh katakan bahawa krisis ini sudah berakhir. Kami mencapai misi kami," kata Gazmin.

Menurutnya, seramai 4,500 askar dan anggota polis terlibat dalam konfrontasi itu dengan seramai 195 tebusan telah diselamatkan, melarikan diri atau dibebaskan.

Pertempuran itu yang turut melibatkan penggunaan bom tangan dan serangan mortar, memaksa lebih 100,000 penduduk meninggalkan rumah mereka untuk mencari perlindungan di kem-kem sementara.

Beribu-ribu buah rumah turut musnah. Setakat ini, polis dan tentera masih berusaha membersihkan beberapa kawsan daripada sisa pertempuran, termasuk bom tangan yang tidak meletup dan jerangkap samar.

Kepungan ke atas bandar raya ini bermula apabila kumpulan gerila MNLF yang lengkap bersenjata tiba dari pulau-pulau terpencil dengan menaiki beberapa buah bot tetapi kemaraan mereka dihalang oleh tentera dan polis.

Kumpulan tersebut didakwa mahu menawan kota raya ini dan menaikkan bendera MNLF di bangunan Dewan Bandar Raya Zamboanga.

Pemberontak kemudian menyerbu lima kawasan perkampungan tepi pantai dan menjadikan sejumlah penduduk sebagai tebusan sebelum dikepung oleh tentera Filipina.

Presiden Benigno Aquino III yang terbang ke Zamboanga telah mengarahkan pihak tentera supaya melancarkan serangan selepas pemberontak MNLF enggan membebaskan tebusan mereka.

MNLF menuduh Manila mungkir janji kerana mengadakan rundingan damai dengan sebuah kumpulan pemisah terbesar di Mindanao, Barisan Pembebasan Islam Moro. - AP

Gempa bumi kuat gegar barat daya Pakistan

Posted:

Gempa bumi kuat gegar barat daya Pakistan

Gempa bumi kuat gegar barat daya Pakistan


MANGSA-MANGSA gempa bumi Pakistan diberi bantuan khemah di sebuah lokasi di Awaran, barat daya Pakistan semalam.- AFP


ISLAMABAD - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan barat daya Pakistan semalam beberapa hari selepas rantau berkenaan dilanda gempa yang meragut lebih 300 nyawa.

Menurut pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran baharu itu pada pukul 12.34 tengah hari (waktu tempatan)

Ia berpusat 96 kilometer (km) ke timur laut daerah Awaran pada kedalaman 14km di bawah permukaan bumi.

"Ini bukan gegaran susulan tetapi, satu gempa bumi berasingan," kata Pengarah Pusat Seismik Pakistan, Zahid Rafi di saluran Geo TV.

Bagaimanapun, ketua ahli meteorologi Pakistan, Arif Mehmood memberitahu saluran televisyen Express News bahawa gegaran semalam berukuran 7.2 pada skala Richter.

Awaran yang merupakan daerah pedalaman di wilayah Baluchistan digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter pada Selasa lalu.

Bencana buruk tersebut meragut 359 nyawa dengan lebih 100,000 orang hilang tempat tinggal.

Seorang wartawan agensi berita AFP di Awaran berkata, beratus-ratus pesakit yang dirawat di sebuah hospital lari menyelamatkan diri apabila gegaran baharu berlaku. - AFP

Banjir di Thailand semakin buruk

Posted:

Banjir di Thailand semakin buruk

Banjir di Thailand semakin buruk


SEORANG lelaki mengharung air banjir di daerah Srimahaphot dalam wilayah Prachinburi di timur Bangkok pada Selasa lalu.- REUTERS


BANGKOK - Situasi banjir di Thailand bertambah buruk dengan angka kematian meningkat kepada 19 orang semalam berbanding 13 mangsa pada hari sebelumnya.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand memberitahu, kawasan yang terjejas akibat bencana itu turut bertambah kepada 32 wilayah berbanding 30 sebelum ini.

"Sembilan kematian berlaku di Surin, enam di Srisaket, dua di Yasothorn dan dua lagi di Nakorn Nayok," kata jabatan berkenaan dalam satu kenyataannya.

Ketika keadaan banjir semakin buruk, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan beberapa menteri Kabinet melawat ke kawasan yang dilanda banjir di daerah Sarmkok, dalam Wilayah Pratumthani semalam.

Kawasan berkenaan turut berdepan keadaan serupa dua tahun lepas.

Yingluck dijadual melawat mangsa dan kawasan yang dilanda banjir di wilayah Prachinburi, Srisaket dan Ubon Ratcha Thani hari ini.

Setakat ini, jumlah mangsa yang terjejas merangkumi 772,488 keluarga atau 2.725 juta orang, meningkat daripada 2.45 juta orang kelmarin. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Anggota polis bermotosikal maut ketika meronda

Posted:

Anggota polis bermotosikal maut ketika meronda

Anggota polis bermotosikal maut ketika meronda

29/09/2013 10:19pm

LANGKAWI - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika melakukan rondaan di Jalan Pantai Cenang di sini pagi tadi.

Sementara itu, seorang lagi anggota polis cedera ringan dalam kejadian pukul 4.10 pagi itu.

Mangsa, M Kalaiselvan, 27, dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Padang Matsirat dipercayai dirempuh kereta jenis Suzuki dipandu seorang lelaki warga Iraq berusia 36 tahun yang cuba memotong kenderaan di hadapan.

Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Langkawi di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Harith Kam Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta itu memasuki lorong bertentangan untuk memotong sebuah kereta lain di hadapan tetapi bertembung dengan motosikal mangsa.

Kata Harith, seorang lagi anggota yang membuat rondaan bersama mangsa, Konstabel Sokongan, Mohd Hafefe Jamaludin sempat melompat dari motosikal yang ditunggangnya sebelum terkena rempuhan dan hanya mengalami cedera ringan.

"Warga Iraq itu dipercayai berada di sini sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah syarikat pelancongan di daerah ini. Dia menyewa kereta itu sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

"Pemandu itu kini direman sehingga 2 Okt mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian," kata Harith. - Bernama

Pelajar tahun enam ditemui lemas di Dungun

Posted:

Pelajar tahun enam ditemui lemas di Dungun

Pelajar tahun enam ditemui lemas di Dungun

29/09/2013 10:02pm

DUNGUN - Kegembiraan tiga pelajar sekolah mandi di sebatang Sungai di Kampung Rajawali, Pulau Serai di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata, mangsa Muhammad Aizuddin Jafri, 12, bersama adik dan seorang lagi rakannya mandi di sungai berkenaan kira-kira pukul 3 petang.

Menurut Ahmad Zailani, adik mangsa Muhammad Amsyaakhir, 9, dan seorang rakannya Safuan Fahmi, 12, dikatakan mandi di tepi sungai sementara mangsa dikatakan berenang ke tengah sebelum lemas.

"Ketika sedang mandi mangsa melambai-lambai tangan meminta pertolongan daripada adik dan rakannya namun hanya disedari tiga kanak-kanak lain yang memancing kira-kira 200 meter dari tempat kejadian lalu memaklumkan kepada seorang nelayan," kata Ahmad Zailani.

Tambah Ahmad Zailani, nelayan terbabit yang sedang menjahit pukat di atas bot, kemudiannya berenang ke tengah sungai untuk menyelamatkan mangsa dan berjaya menarik mangsa ke permukaan air lalu membawanya ke Hospital Dungun.

Kata Ahmad Zailani, pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Serai itu bagaimanapun dikatakan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

— Bernama

Remaja antara 14 yang ditahan terlibat dengan dadah

Posted:

Remaja antara 14 yang ditahan terlibat dengan dadah

Remaja antara 14 yang ditahan terlibat dengan dadah

29/09/2013 9:13pm

PASIR GUDANG - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun antara 14 orang yang dicekup dalam satu Operasi Khas Pencegahan Jenayah Bersepadu di sekitar Taman Cendana di sini awal pagi tadi.

Pemeriksaan yang dibuat ke atas remaja tersebut turut menjumpai peralatan yang digunakan untuk menghisap syabu selain ketulan kecil yang disyaki tembakau untuk menghisap ganja.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, operasi yang dijalankan pada lewat pagi itu di lakukan di 14 blok perumahan melibatkan 1,322 buah rumah.

"Kita telah melakukan 854 pemeriksaan termasuk 50 pemeriksaan kenderaan dan mengeluarkan 14 notis saman," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Operasi Khas Pencegahan Jenayah Bersepadu di sini, hari ini. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Badan gemuk bukan disebabkan minuman susu

Posted:

Badan gemuk bukan disebabkan minuman susu

Badan gemuk bukan disebabkan minuman susu

AMALAN meminum satu hingga dua gelas susu pada setiap hari amat digalakkan pakar kesihatan. - Gambar hiasan


SUSU mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin A, kalsium dan zat besi selain dapat menguatkan lagi daya tahan penyakit.

Justeru, susu baik untuk kanak-kanak dan golongan dewasa jika mereka meminumnya.

Namun, terdapat sebahagian orang dewasa yang tidak mahu meminum susu kerana berpendapat minuman itu boleh menyebabkan kegemukan.

Menurut seorang pakar pemakanan dari Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia, Dr. Fiastuti Witjaksono, kerap meminum susu tidak akan membuatkan seseorang itu menjadi gemuk.

"Seseorang itu menjadi gemuk kerana dia mengambil terlalu banyak kalori tetapi bukannya disebabkan meminum susu," katanya pada satu diskusi kesihatan yang diadakan di Jakarta pada Selasa lalu.

Menurutnya, susu mengandungi kalori sama seperti makanan lain.

Namun, kata Fiastuti, kalori yang terdapat dalam susu atau makanan lain tidak akan mengakibatkan kegemukan jika seseorang itu turut melakukan senaman untuk membakar lemak dalam tubuh badan.

"Misalnya, satu gelas susu mengandungi 122 kalori. Justeru, untuk membakar lemak, kita perlu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan dengan kadar yang laju selama 25 minit.

Dia menggalakkan orang dewasa meminum susu sebanyak satu atau dua gelas sehari demi kebaikan kesihatan mereka.

Beri, anggur kuatkan sistem imunisasi

Posted:

Beri, anggur kuatkan sistem imunisasi

Beri, anggur kuatkan sistem imunisasi

BUAH beri biru bantu kuatkan imunisasi.– Gambar hiasan


SEKUMPULAN penyelidik Universiti Negeri Oregon di Corvallis, Amerika Syarikat (AS) menemui bahan yang boleh meningkatkan sistem imunisasi badan di dalam buah anggur merah dan beri biru.

Para penyelidik itu menemui bahan pterostilbene di dalam buah beri biru dan resveratrol yang terdapat di dalam buah anggur merah.

Penemuan itu disiarkan dalam jurnal Molecular Nutrition and Food Research pada pertengahan bulan ini.

Kedua-dua bahan itu jika digabungkan dengan vitamin D akan dapat meningkatkan sistem pertahanan badan daripada diserang penyakit.

Terdapat berpuluh-puluh kajian sebelum ini telah dilakukan oleh para penyelidik ke atas bahan resveratrol bagi mengetahui sumbangannya terhadap kesihatan manusia,

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Cetak dan rompak KL Gangster

Posted:

Cetak dan rompak KL Gangster

Cetak dan rompak KL Gangster

UNDANG-UNDANG gengster mentakrifkan bahawa siapa kuat, dialah raja. Di layar perak ataupun dalam dunia realiti, adat gengster ghairah merebut kuasa ada di mana-mana. Undang-undang hiburan pula, siapa yang popular, itulah yang terbaik kerana ramai orang akan teruja. Ada ketikanya, ranum yang dipuja memungkinkan kerosakan pada kemudian hari, ada masanya, barang yang baik diketepikan mentah-mentah tanpa belas simpati.

Mungkin, nasib yang menimpa seniman filem KL Gangster 2 belum boleh ditaksir semata-mata atas dasar kezaliman siber yang telah mereka alami. Kecewa, cedera jiwa sehingga parahnya mematahkan seluruh rasa, sang pengarah KL Gangster 2 yang dirompak karyanya bertindak tidak menunjukkan muka. Bukan malu, tetapi sakit yang dirasai barangkali tidak tertanggung untuk tubuh Syamsul Yusof bertemu khalayak yang mencuri karyanya dalam senyum tanpa rasa bersalah.

"Apa yang hendak dirasai oleh Syamsul, itu hak dia. Dia berhak berasa kecewa tetapi sebagai pelakon yang bersama-sama dengannya, kami membayar kekecewaan itu dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Inilah masanya untuk kami menunjukkan sokongan kepada Syamsul dan memperjuangkan maruah industri filem tempatan," tegak Rosyam mendepani prinsip mewakili seluruh karyawan yang terlibat dalam filem yang akan ditayangkan kepada umum pada 3 Oktober ini.

Jahat terpuji Rosyam

Tidak memerlukan analisis terperinci tetapi cukup hanya boleh dilihat dari pandangan mata kasar, sebagai pelakon, Rosyam tidak pernah gagal dalam apa jua karakter yang dipersembahkan. Kepada khalayak yang terlepas pandang, sebenarnya, sudah dua tahun Rosyam berehat seketika daripada bidang lakonan.

Tujuannya, dia mencari posisi baharu yang bakal memberikan laluan berterusan untuk kekal dalam industri. Filem Libas yang ditayangkan pada tahun 2011 merupakan filem terakhir yang mempertaruhkan dirinya di layar perak.

Kemunculan terkini yang meletakkan Rosyam selaku ketua gengster bernama Tailong dalam KL Gangster 2 mungkin anjakan paling agresif yang sedang berlaku ke atas dirinya. Sudah kerap berlakon watak jahat misalnya dalam Castello, Bara, Lenjan dan Anak Halal, Tailong juga barangkali klimaks sisi jahat Rosyam sehingga dipuji ramai.

"Pujian itu harus diberikan kepada Syamsul yang telah berjaya mencipta karakter Tailong supaya kerja saya nampak hebat. Saya sendiri mahukan kelainan setiap kali hendak muncul dalam filem. Syamsul kata, Tailong teras tercetusnya huru-hara sehingga plot dikembangkan dalam KL Gangster yang pertama. Gagalnya Tailong bermakna gagalnya KL Gangster 2. Tanpa Tailong, semua gengster dalam filem itu boleh hidup aman damai," ucap Rosyam memperincikan Tailong sebagai watak yang terbentuk daripada metod dan teknikal yang diberi imej komersial.

GANDINGAN pelakon senior seperti Corrie, Rosyam dan Soffi satu petunjuk bahawa industri perlukan pelakon matang dalam filem besar.


Kata Rosyam, Tailong dijelmakan sebagai manusia yang bersifat binatang. Tindak-tanduknya harus tiada perikemanusiaan. Keberanian Tailong pula mengatasi maut kerana hidupnya berada di bawah pengaruh dadah.

"Dari segi metod, kerakusan Tailong itu saya umpamakan seperti sifat rakus reptilia ganas macam biawak dan buaya. Matanya meliar dan lidah terjilat-jilat. Secara teknikal, sudut kamera juga penting, saya juga minta untuk naik ke bumbung kereta agar aksi kejar-mengejar antara Tailong dan Malik nampak hebat.

"Masuk ke elemen komersial, gaya kemas berkemeja, hidup mewah dengan jip Hummer, motosikal besar serta ada helikopter sendiri menjadikan Tailong nampak besar. Selebihnya, saya serahkan bakat lakonan anugerah Allah kepada saya. Memanglah semua orang tengok filem aksi dari luar tetapi, apa yang ada dari dalam diri kita, kejujuran itu yang paling penting. Saya pula tertarik dengan imej penjenayah yang sering jadi bahan berita, penjenayah yang tidak takut mati biasanya terlibat dengan dadah," hujahnya panjang lebar memberi asas pemikat Tailong yang menyerlah setanding hero dalam filem berkenaan.

Sambil menolak kenyataan hero tua yang selalu dikaitkan dengan dirinya, kata Rosyam, jawapan itu mungkin boleh diperoleh dalam filem berkenaan.

"Saya berusaha untuk menjawab kritikan itu menerusi KL Gangster 2. Dalam filem, hero tetap hero tidak kira tua atau muda, tak kira baik atau jahat," jelas Rosyam tanpa malu mengaku bahawa dia sedang menumpang populariti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Razak, Syamsul Yusof serta seluruh produksi filem berkenaan untuk terus hidup di mata peminat generasi baharu.

Soffi Jikan sedar ruang

Kemunculan pelakon yang penuh rasa dan gerak tubuh ini sentiasa dinanti-nantikan khalayak dalam setiap produk yang tersenarai namanya. Umum semakin sedar melihat hasil kerja Soffi Jikan yang sentiasa terbit lebih 100 peratus daripada kudrat dan kemampuan berfikirnya.

Dalam filem kali ini dengan membawakan nama Ajeeb, Soffi kelihatan lebih banyak berkata-kata. Ruang dia berbicara digunakan dengan pantun sebagai dialog yang diciptanya sendiri sekali gus menampilkan gaya lain dalam persembahan seorang gengster.

ROSYAM NOR mengaku sedang menumpang populariti KL Gangster 2 untuk memikat peminat generasi baharu. Pada Januari depan, dia bakal muncul dengan sebuah lagi filem aksi berjudul Balistik.


"Saya sentiasa berpegang kepada metod kontra atau songsang dalam mempamerkan persembahan. Saya yakin bahawa metod ini akan memberikan keberkesanan kepada watak," jelas Soffi.

Kontra yang dimaksudkan Soffi bertujuan untuk menyeimbangkan watak dalam sesebuah filem terutamanya yang mempunyai karakter yang penting seperti KL Gangster 2.

"Buat Ajeeb dalam KL Gangster 2, dia tidak perlu pamerkan kehebatannya seperti gengster lain yang gemar berlawan. Begitu juga di luar filem, saya rasa semua pelakon tidak berlawanan dalam kehebatan kerana ini semua tentang filem itu sendiri," kata Soffi yang menganggap Syamsul sebagai seorang yang genius dalam memanipulasi watak para pelakon.

"Saya anggap watak Ajeeb itu sebagai satu kanvas kosong. Kemudian saya isi dengan permainan psikologi kerana dalam filem prekuel ini, dia lebih muda dan bereksperimentasi. Ada ruang untuk saya ke belakang dan melihat perjalanan hidup Ajeeb sebagai gengster. Dia banyak berselindung di sebalik percakapannya. Di situlah muslihat dan ketidakjujuran, khalayak boleh lihat banyak lapis wataknya," tambahnya.

Banyak karakter dipegang pelakon-pelakon terkenal dalam filem prekuel ini. Soffi turut ditanya tentang impak setiap watak itu.

"Memang banyak karakter dalam filem ini. Jadi, setiap pelakon harus sedar ruang, peranan dan motif yang dibawakan. Pelakon yang bijak akan mengetahui ruang itu. Saya juga cuma memberikan peranan tersebut. Kalau ada yang rasa jengkel dengan watak Ajeeb, itulah tujuannya dengan ditampilkan banyak dialog," tutur lelaki berkulit hitam manis dan tinggi lampai ini.

"Memang watak hitam atau antagonis itu lebih bebas perginya kerana tidak ada hukum atau sivik. Tetapi, pelakon harus ingat bahawa pelaksanaan watak itu tidak boleh berlebih-lebihan. Perlu ada sempadan serta rasionalnya," terang Soffi yang gemar mendapat tip lakonan daripada pelakon-pelakon senior.

Sambil tersenyum dan membetulkan rambutnya yang sekali-sekala jatuh, Soffi menyampaikan berita yang menggembirakan hatinya. Dia akan muncul dengan sebuah single yang terinspirasi daripada filem berkenaan.

"Saya akan muncul dengan sebuah single bertajuk Madu, bergenre slow rock. Saya menyanyi dan diiringi oleh pemuzik daripada grup Aisunam," katanya mempromosikan single yang tidak lama lagi akan menjengah pendengaran khalayak.

Antagonis bukan klise - Corrie

"Nama saya Dragon, dalam bahasa Melayu dragon ialah naga. Naga tahu di mana harus diam dan bila harus bertindak," bicara Adam Corrie Lee Abdullah tentang wataknya.

Telah sekian banyak tersaksi dalam filem-filem terdahulu, Corrie yang juga pereka tari itu selayaknya bergelar pembelasah watak antagonis yang meyakinkan.

ADAM CORRIE LEE menyifatkan permainan karakter antagonis juga memerlukan disiplin lakonan.


Berlakon dalam lebih 10 buah filem yang kebanyakannya menyarungkan wajah penjahat ataupun gengster Cina, Corrie juga salah seorang gengster yang dipertaruhkan dalam KL Gangster 2. Melanjurkan sisi awal bagaimana ketuanan Dragon dalam KL Gangster pertama menjadi kepala samseng besar, ujar Corrie apa yang disajikan kepada penonton kali ini bukan sekadar pelengkap kronologi.

"Dragon bukan geng Tailong, mereka sama-sama cari makan tetapi dia tahu dengan siapa dia boleh buat kerja. Dalam prekuel KL Gangster ini, Dragon tak banyak pertarungan solo, tak macam dalam KL Gangster yang pertama," katanya sambil menegakkan kewujudan watak antagonis bukanlah persoalan klise yang harus dibangkitkan.

"Hero juga boleh jadi stereotaip, jadi kenapa watak jahat yang selalu dikatakan stereotaip. Sebenarnya, terjemahan watak sangat subjektif," kata Corrie.

Bercerita lagi tentang Dragon, watak itu disifatkan Corrie sebagai watak jahat yang memiliki disiplin.

"Dragon ialah samseng sebenar, dia tidak main dadah dan tidak main perempuan. Sebab itu apabila Tailong sudah keterlaluan, Dragon putuskan untuk tidak masuk campur," beritahu Corrie sambil merujuk KL Gangster sebagai sebuah filem gengster yang hampir sempurna 'undang-undang' gengsternya.

Kata Corrie: "Situasi itu tidak nampak secara langsung tetapi sebagai pelakon gengster, kami kena sedar pangkat dan kedudukan. Jangan ada perasaan cemburu, masa diam, kita diam, orang bawah tidak boleh lawan orang atas, kena tunjuk hormat. Jahat pun ada banyak peringkat.

"Sebagai Dragon, saya cuba bawa sifat naga. Macam King, dialah raja dan naga harus jadi naga, dia harus dihormati sebagai Dragon. Dalam soal itu, saya tabik spring kepada Syamsul, dia pandai susun watak dan bagi ruang sama rata kepada setiap pelakon. Itu juga kenapa Dragon dalam KL Gangster yang pertama menyerlah dan ramai boleh ingat dialognya walaupun bukan watak utama."

Gabungan rock dan orkestra

Posted:

Gabungan rock dan orkestra

Gabungan rock dan orkestra


ELLA muncul dengan gaya yang mempesonakan ketika dia menyanyi dengan suaranya yang unik.


BUKAN pertama kali rock dan orkestra 'dikahwinkan' di atas satu pentas. Sebelum ini, grup Deep Purple pernah tampil dengan konsep yang sama pada tahun 1969 untuk album Concerto for Group and Orchestra.

Grup Metallica, Portishead dan Radiohead juga tidak ketinggalan menggunakan konsep seperti itu.

Beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa grup rock termasuk di tanah air membuat kolaborasi hebat dengan orkestra.

Grup-grup itu menyerikan suasana dengan penampilan menggunakan gitar elektrik, selo, sut hitam, seluar kulit dan rambut panjang yang tidak berserabut.

Kali ini, di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur, sebuah festival diadakan dengan kolaborasi antara simfoni bunyi orkestra dan muzik rock untuk diperdengarkan di khalayak ramai baru-baru ini.

Dalam rangkaian salah satu acara DFP Senifest 2013, festival rock ini dibawakan oleh Mus May, Ella dan Man Kidal. Perdampingan atau yang lebih tepat disebut jukstaposisi itu tadi dipamerkan kepada penonton.

'Otai' gitar rock, Man Kidal dalam senyum yang selalunya dilemparkan dengan tenang menyebabkan penonton berasa kagum dengan petikan-petikan gitarnya.

Petikan gitarnya yang tersusun itu tidak seperti yang dipamerkan dalam konsert-konsert rock.

Lebih tepat lagi, lagu-lagu seperti Seruan, Godfather dan Sentuhan Kidal dibawakan dengan penuh disiplin bersama anggota-anggota orkestra.

Set seterusnya masuk ke dalam mood orkestra tetapi disatukan dengan jeritan terkawal dan berkuasa daripada penyanyi rock terkenal, Mus May.

MUS MAY sempat berjenaka ketika membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur.


Penyanyi yang selalu tampil berjenaka dan bersahaja di atas pentas itu menyanyi dengan iringan muzik orkestra yang rumit.

Dua elemen ini bersantun hebat manakala vokal Mus dikawalnya dengan sebaik mungkin.

Mus yang merupakan vokalis kumpulan May itu membawakan lagu Pelayaran, Srikandi Cintaku, Hakikat Perjuangan, Sinar, Sendiri dan Staiway to Heaven dengan bertenaga.

Tidak dinafikan bahawa kemunculan Ratu Rock, Ella merupakan elemen yang paling dinantikan-nantikan penonton.

Gaya Ella dengan memakai busana yang cukup mempesona membuatkan penonton terpesona dengan gaya dan suaranya.

Dia muncul dengan membawakan lagu-lagu pemberi semangat sebagai persembahan awal iaitu Standing in the Eyes of the World.

Ella turut tampil dengan menyanyi lagu Layar Impian, Dua Insan Bercinta dan medley lagu-lagu seperti Sembilu, Rindu serta Sepi Sekuntum Mawar Merah.

Penyanyi itu memang dikenali ramai mempunyai suaranya yang unik.

Kemunculan Ella dalam tujuh buah lagu itu sebenarnya meninggalkan resah buat khalayak.

Pujian juga ditujukan kepada Datuk Ramli MS selaku Pengarah Artistik dan barisan pemuzik lain iaitu Mohd Firdaus Abd. Wahab (bes), Ihzwan Omar (gitar), Shah Nizam Abdul Halim (gitar), Acis@Hashridz Murshim Hassim (keyboard) dan Mohd. Fitri Misran (dram) yang menjadikan pentas rock pada malam Sabtu lepas bertenaga dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Jodoh pandang pertama Adam - Fiza

Posted:

Jodoh pandang pertama Adam - Fiza

Jodoh pandang pertama Adam - Fiza

PENERIMAAN anak-anak serta kemesraan Adam menguatkan hati Fiza untuk bersedia menerimanya sebagai suami, sekali gus sebagai bapa tiri kepada anaknya.


SEPTEMBER merupakan bulan yang menyaksikan pernikahan penyanyi popular, Black dan pelakon dramatis cantik, Fouziah Gous bersama pasangan mereka. Kemanisan bulan kesembilan tahun 2013 ini sekali lagi bersemi dengan perkahwinan bekas bintang Akademi Fantasia, Adam AF bersama aktres Fiza Elite. Adam dan Fiza selamat bergelar suami isteri pada Khamis lalu.

Berbeza sedikit berbanding pernikahan Black dan majlis yang penuh kemeriahan Fouziah Gous, Adam dan Fiza sebaliknya bernikah dalam sebuah majlis yang penuh sederhana di Dewan Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam.

Pengumuman berita pernikahan Adam dan Fiza itu juga hanya diketahui umum beberapa hari sebelum akad nikah dilangsungkan. Bukan sengaja hendak menempah kejutan atau menyembunyikan hari bahagianya daripada pengetahuan, Adam dan Fiza sebaliknya mempunyai alasan berbuat demikian.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tahu itu menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menyorokkan majlis berkenaan daripada pengetahuan peminat dan media. Sebaliknya, dia sedar tentang suhu popularitinya yang dirasakan sudah tidak bersinar.

Adam yang semakin mendekati agama itu turut menafikan pernikahannya dibuat secara terburu-buru sebaliknya, perancangan awalnya telah dibuat bersama-sama keluarganya di Sabah dan Fiza.

"Saya menganggap tidak ada orang akan peduli dengan keputusan saya untuk berkahwin, maklumlah, saya sendiri sedar sudah tidak popular seperti tahun-tahun sebelum ini. Lagipun, saya hanya mahukan sebuah majlis yang sederhana. Sebenarnya, kami berhasrat untuk memaklumkan pernikahan ini selepas semuanya selesai," lentur Adam usai selamat bergelar suami kepada Fiza.

Gara-gara pernikahan itu, Adam terpaksa menepis dakwaan liar yang mendakwa dia sebenarnya sudah pun bernikah dengan Fiza di Thailand sebelum 25 September lalu.

"Saya tidak pernah bernikah dengan Fiza di Siam. Tuduhan itu satu fitnah. Orang anggap begitu mungkin kerana terkejut dengan keputusan saya. Sebetulnya, saya tidak pernah pergi ke Thailand untuk bernikah.

"Biasanya orang bernikah di Thailand untuk merahsiakan perkahwinan mereka tetapi perkahwinan saya ini mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak," ujar Adam.

KEMATANGAN Adam kian terserlah apabila sedia berdepan tanggungjawab besar memperisterikan Fiza yang sudah mempunyai dua orang anak hasil pernikahan pertama dahulu.


Benarlah jodoh itu rahsia Allah. Pertemuan tanpa direncana dalam sebuah majlis pada Ramadan lalu menyampaikan petanda jodoh buat Adam untuk memperisterikan Fiza walaupun tahu wanita itu seorang ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata.

Tanpa berlengah-lengah, Adam atau nama sebenarnya, Mohd Aizam Mat Saman, 30, melamar Fiza pada pertemuan kali kedua mereka. Keputusan itu dibuat selepas dia jatuh cinta pandang pertama terhadap keperibadian Fiza. Hasrat untuk memperisterikan Fiza turut disampaikan kepada keluarganya apabila Adam membawa Fiza bertemu orang tuanya pada sambutan Aidilfitri lalu.

"Selepas bertemu kembali pada Ramadan lalu, saya mula merindui dia dan setiap kali melakukan solat istikharah, wajah Fiza muncul dalam mimpi saya. Saya yakin dia ialah jodoh saya. Alhamdulillah, Fiza juga mudah menerima saya walaupun perkenalan kami sangat singkat," jelas Adam yang tidak berkira soal status Fiza dan bersedia menggalas tugas sebagai bapa kepada dua orang anak tirinya.

Fiza, 32, yang kini ayu bertudung itu pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

Mengaku agak terkejut dengan lamaran Adam namun, hatinya terbuka untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah melihat sendiri penerimaan anak-anaknya terhadap lelaki baharu dalam keluarga mereka itu.

"Siapa yang tidak terkejut. Baru jumpa dua kali terus ajak nikah. Tetapi, hati saya tenang menerima Adam. Perjalanan hubungan kami cukup mudah sehinggalah sampai ke hari pernikahan. Benarlah jodoh itu rahsia Allah. Ini semua ketentuan Allah.

"Saya akui, saya terima Adam juga kerana anak-anak. Sebelum ini, saya pernah berkenalan dengan dua orang lelaki tetapi kelakuan anak-anak saya tidak semesra ketika dibawa berjumpa dengan Adam. Pertama jumpa, mereka terus bermain kejar-kejar, pertama kali jumpa juga mereka sudah mula panggil Adam sebagai abi (ayah)," ucap Fiza yang bakal diraikan dalam satu majlis persandingan sebelah pihak lelaki di Sabah pada pertengahan Oktober nanti.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved