Isnin, 23 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Platform melahirkan lebih ramai penulis

Posted:

Platform melahirkan lebih ramai penulis

Platform melahirkan lebih ramai penulis

"DEMI pena, setiap kita adalah penulis." Demikian satu ungkapan motivasi yang mampu meremangkan bulu roma bagi sesiapa yang memahami makna tersirat di sebaliknya. Ia ringkas tetapi padat dengan maksud tersendiri.

Dicetuskan oleh Konsultan Idea Nuun Creative Books, Azzah Abdul Rahman, 34, sempena penganjuran Konvensyen Mini Penulisan 2013 yang berlangsung baru-baru ini, slogan tersebut diharap menjadi pembakar semangat untuk para peserta menghasilkan karya terbaik dalam dunia penulisan tanah air.

Menurut Azzah, ironinya, slogan itu terbahagi kepada dua. Pertama, 'Demi pena' diambil daripada ayat pertama surah al-Qalam iaitu sumpah Allah di atas pena dan apa yang ditulis iaitu tanggungjawab setiap penulis atas apa yang dituliskan olehnya.

"Ayat kedua 'setiap kita adalah penulis' pula dipilih bagi memberi keyakinan bahawa sesiapa sahaja yang menulis adalah seorang penulis walaupun sekadar menghantar pesanan melalui sistem khidmat pesanan ringkas atau luahan rasa di laman sosial Facebook.

"Justeru, dua ayat ini digabungkan sebagai galakan supaya semua orang hanya menulis perkara-perkara yang baik kerana kita bertanggungjawab atas setiap dikaryakan terutamanya di akhirat kelak," ujar wanita yang juga merupakan Naib Presiden II Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin) kepada Kosmo!.

Berlangsung pada 20 Julai lalu di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, konvensyen yang julung-julung kali diadakan itu berjaya menghimpunkan lebih 120 orang peserta yang terdiri daripada kelompok penulis baharu, individu yang berminat untuk menulis dan juga penulis yang telah mempunyai koleksi karya tersendiri.

Masing-masing datang dengan tujuan untuk menimba ilmu bagaimana untuk menjadi penulis terbaik yang mampu menyumbang kepada masyarakat, menjana pendapatan di samping meraih 'saham' akhirat.

Jelas Azzah, secara peribadi konvensyen itu bermatlamat untuk meraikan penulis tidak kira yang lama atau yang baharu.


PARA peserta Konvensyen Mini Penulisan 2013 berpeluang bertemu penerbit dan mereka yang terlibat dalam industri penerbitan dan penulisan di Malaysia.


"Sudah lama saya impikan untuk melihat satu acara khusus untuk meraikan penulis-penulis di Malaysia. Ia sebenarnya bertitik tolak daripada kunjungan saya ke Festival Penulis Singapura tahun lalu.

"Sebelum ini saya pernah menyuarakan cadangan untuk menganjurkan program ini tetapi mungkin yang mendengarnya bukan pihak yang tepat. Malah, ada yang bersikap skeptik dan berkata, belum masanya untuk Malaysia.

"Saya pula bukan jenis orang yang sabar menunggu. Apa yang orang belum buat, itulah yang saya mahu buat. Apa yang orang tidak berani buat, itulah yang saya tidak takut buat. Dengan bertindak, baru sesuatu itu dapat bergerak," tegasnya yang kemudian bekerjasama dengan sahabat baik beliau, Zamri Mohamad, 32, yang juga merupakan seorang jurulatih terkemuka dunia penulisan bagi menjayakan program tersebut.

Tambah Azzah, Pesta Buku Antarabangsa yang dianjurkan setiap tahun sememangnya membantu industri buku negara, namun fokusnya lebih kepada penerbit dan pembaca. Walaupun memang ada slot untuk penulis, tetapi kebanyakannya hanya untuk penulis yang sudah bertapak dalam industri.

"Mungkin juga kerana saya ini orang kecil industri yang juga seorang jurulatih penulisan. Justeru, fokus saya memang tertumpu kepada mereka yang masih kerdil seperti penulis baharu, penulis yang hampir putus asa dan individu biasa yang berhasrat mahu menjadi penulis.

"Saya ingin melihat kesatuan yang baik dalam kalangan penggiat industri. Kita sama-sama menulis dan industri ini kecil. Saling mendokong, saling mendorong, itu sunah. Itu tuntutan agama dan amalan budaya kita," ungkapnya penuh makna.

Tambah Azzah, tidak kira genre, gaya bahasa, teknik dan teori yang digunakan, kita sama-sama menyasarkan anugerah tertinggi yakni syurga di akhirat kelak kerana penulisan adalah satu cabang dakwah yang bukan sebarang.


BUKU berbentuk dakwah dan motivasi semakin banyak diterbitkan di pasaran.


Berkongsi maklumat

Sementara itu, Zamri berkata, secara keseluruhan konvensyen ini memberi jawapan kepada setiap persoalan yang bermain di minda peserta.

Antaranya, bagaimana seorang penulis dapat bekerjasama dengan penerbit agar karyanya diterbitkan, cara menulis karya yang mesra syariah dan kaedah mencapai kehidupan seorang penulis profesional.

Justeru, seramai 10 ahli panel yang terdiri daripada penggiat industri dalam dunia penulisan tanah air telah diundang untuk berkongsi maklumat dan panduan bersama para peserta.

Mereka ialah Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf, Sri Diah Shaharuddin; pendakwah bebas, Ustaz Rohidzir Rais; novelis fiksyen sejarah Islam, Abdul Latip Talib dan Pengurus Jabatan Pembangunan Industri Buku, Perbadanan Kota Buku, Nor Hayati Razali.

Tidak ketinggalan penulis komik berjaya, Nazry Salam Feeqry; penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki, Ustaz Fathuri Sallehudin; pengasas syarikat pakar runding Write To Wealth, Aqif Azizan; usahawan buku, Wahyudi Mohd. Yatim dan Izwan Wahab merangkap penulis buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil.

"Antara topik yang dibincangkan ialah Penulisan mesra syariah: Harta berkat, karya bertahan; Mengekstrak al-Quran dan hadis dalam penulisan: Seni dan cara; Karya #Trending: Apa yang kedai buku mahukan daripada penulis?; Tulis sekali, makan berkali-kali; Aura komik positif dan banyak lagi.

"Melalui perbincangan dua hala ini, peserta memperoleh maklumat yang tepat dan terkini daripada penggiat sebenar industri buku dan penulisan, di samping berpeluang meluaskan jaringan sesama mereka," terang Zamri merangkap pengasas kursuspenulisan.com yang telah banyak melahirkan penulis kreatif dan berbakat di negara ini.

Tambah beliau, para peserta juga berpeluang menghantar manuskrip yang telah disiapkan terus ke tangan penyunting melalui sesi suai-padan. Apa yang penting, konvensyen ini bermatlamat menyatukan penulis serumpun tanpa mengira genre penulisan.


KEBANYAKAN peserta terdiri daripada golongan yang mahu melibatkan diri dalam dunia penulisan.


Tiga ciri kritikal

Dalam pada itu, ahli panel merangkap individu yang menjadi antara pencetus jualan buku elektronik (e-book) di Malaysia, Aqif, 23, memberitahu, terdapat tiga ciri kritikal untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Ia digelar ciri tiga piramid.

"Pertama, memahami susuk penulisan diri iaitu mengetahui sasaran penulisan, topik dan isi yang ingin ditulis dan sumber yang hendak digunakan. Kedua, pilih jemaah kumpulan yang dipercayai dan mampu membawa gelombang penulisan ke hadapan.

"Ini kerana setiap genre seperti fiksyen, humor atau novel ada kumpulan penulis tersendiri dan yang ketiga adalah penunjuk prestasi penulisan. Sebagai contoh, novelis remaja terkenal, Ain Maisarah, mempunyai matlamat menulis ribuan perkataan setiap hari," ujarnya.

Menjelas lanjut, Afiq berkata, penunjuk perkataan ini penting untuk meningkatkan motivasi dan komitmen setiap penulis.

Beliau turut menegaskan, setiap penulis juga perlu berfikir seperti seorang ahli perniagaan jika mahukan karya mereka diterima pasaran.

Selain sesi ceramah daripada ahli panel, beberapa aktiviti menarik turut diadakan sepanjang konvensyen itu berlangsung. Ia termasuk slot penulis mencari penulis melalui tampalan nama dan nombor telefon penulis di papan putih dan jualan buku serta cenderahati.

Cabaran menerbitkan buku-buku ilmiah

Posted:

Cabaran menerbitkan buku-buku ilmiah

Cabaran menerbitkan buku-buku ilmiah


PENERBITAN kamus berbentuk dwibahasa juga boleh dikategori sebagai bahan bacaan ilmiah untuk semua lapisan masyarakat.


MELIHAT pada jumlah penerbitan buku dan novel pelbagai genre yang terdapat di pasaran, boleh dikatakan industri penulisan di Malaysia pesat berkembang.

Malah, kehadiran ramai penulis yang tampil dengan gaya penulisan tersendiri menjadikan dunia pembukuan bertambah meriah dan menarik.

Menurut Pegawai Bahagian Penyelidikan Perpustakaan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Mohamad Zaki Yusof, statistik penerbitan buku mengikut Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) bagi tahun 2012 menunjukkan sebanyak 19,171 judul buku telah diterbitkan.

"Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2013 pula, sebanyak 13,843 judul penerbitan telah diterima. Secara keseluruhan, kumulatif penerimaan penerbitan sejak pelaksanaan Akta 331 ini adalah sebanyak 259,692 judul penerbitan," katanya melalui satu temuramah melalui e-mel dengan Kosmo! baru-baru ini.

Bagaimanapun, dalam aspek penerbitan buku-buku ilmiah, negara kita belum mencapai standard yang ditetapkan dan bahan bacaan berkaitan masih kurang di pasaran.

Perkara ini diakui oleh Pengarah Unit Penerbitan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Dr. Asiah Sarji, 63.

Ujar beliau, Malaysia masih belum mampu memenuhi tahap yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam konteks penerbitan buku-buku ilmiah untuk mencapai tahap negara maju.

"Standard UNESCO menetapkan 1,000 judul buku bagi setiap sejuta penduduk. Ini bermakna, setiap tahun Malaysia perlu menghasilkan 27,000 judul bagi bahan bacaan berbentuk ilmiah.

"Pada tahun 2008, bilangan judul buku ilmiah yang diterbitkan lebih 16,000 manakala pada tahun 2009 pula sekitar 15,700. Justeru, kita masih ada enam tahun lagi untuk mencapai standard itu menjelang tahun 2020," jelasnya ketika dihubungi Kosmo!

Tambah Asiah, saya percaya kita mampu melakukannya sekiranya ada sokongan padu dalam aspek belanjawan yang diperuntukkan kepada pihak universiti. Ia termasuk menyediakan infrastruktur dan tenaga manusia yang mencukupi.


SASTERA kanak-kanak yang dipenuhi gambar dan warna-warni mampu menarik minat mereka untuk membaca.


Penyunting

Maklumnya, kerja-kerja penerbitan bahan ilmiah memerlukan tenaga mahir yang tinggi dan berkualiti. Sebagai contoh, untuk mendapatkan penyunting yang mahir dalam bahasa Inggeris sangat sukar berbanding penyunting Bahasa Melayu.

"Selain itu, setiap penyunting juga bukan sekadar mahir dalam aspek bahasa bahkan haruslah mewakili pakar dalam setiap bidang buku yang diterbitkan. Semua pihak perlu melipatgandakan sokongan mereka untuk membantu Jabatan Pengajian Tinggi memenuhi keperluan itu.

"Pada masa yang sama, kita juga tidak boleh ketinggalan dalam penerbitan buku-buku elektronik (e-book) yang lebih digemari generasi internet masa kini," tuturnya lagi sambil memberitahu beberapa institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia sudah pun memulakan penerbitan e-book.

Diterajui oleh Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (Mapim), setiap universiti yang mempunyai unit penerbitan masing-masing menjadi nadi penggerak untuk mengembangkan penerbitan buku-buku ilmiah.

Dalam pada itu, Pegawai Penerbitan Kanan, Penerbit UKM, Datin Saadah Jaffar, 53, memberitahu, kebiasaannya sambutan masyarakat terhadap buku-buku ilmiah kurang memberangsangkan.

"Berbanding bahan bacaan berbentuk hiburan seperti novel-novel cinta, buku-buku ilmiah terbitan pihak universiti kurang diminati. Ia mungkin disebabkan persepsi masyarakat yang menganggap buku ilmiah sukar difahami serta harganya yang agak mahal.

"Namun, buku-buku berbentuk negarawan dan budaya seperti Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot dan Rupa dan Gaya: Busana Melayu berjaya menarik minat penggemarnya. Apa pun tahun lalu di UKM, kami berjaya menerbitkan lebih 100 judul buku berbanding 80 yang ditetapkan," ujar Saadah sambil berharap masyarakat akan lebih bersifat terbuka untuk membeli bahan bacaan ilmiah.

Sementara itu, Pengurus Jabatan Pembangunan Industri Buku, Perbadanan Kota Buku (Kota Buku), Norhayati Razali memberitahu, pihaknya juga memainkan peranan sebagai pusat sehenti kegiatan pembukuan dan menjadi pusat pertemuan antara penulis, penerbit dan pembaca melalui penganjuran pelbagai aktiviti seperti seminar-seminar berkaitan di peringkat dalam dan luar negara.

"Selain itu, kami turut menggalakkan penerbitan karya-karya bersifat ilmiah, saintifik dan teknologi, selain memantapkan pembangunan sastera kanak-kanak di Malaysia untuk diangkat ke persada antarabangsa.

"Sehingga kini Kota Buku telah pun menerbitkan lebih 100 judul buku kanak-kanak dan ilmiah dalam bentuk e-book," jelasnya.

Tambah Norhayati, banyak program telah dilaksanakan oleh Kota Buku untuk menyemarakkan industri pembukuan di negara ini.

Antaranya, program latihan penulisan buku bergambar kanak-kanak, menyertai festival sastera kanak-kanak di Singapura dan China, mengadakan jualan buku@but kereta dan penganjuran seminar-seminar berkaitan. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


35 peserta bantu bersihkan dasar laut

Posted:

35 peserta bantu bersihkan dasar laut

35 peserta bantu bersihkan dasar laut

PARA peserta bergambar kenangan selepas berjaya mengutip 542.9 kilogram sampah dari dasar laut Pulau Billean dan Tegaipin di Sandakan, Sabah baru-baru ini.


TANGGUNGJAWAB. Seramai 35 peserta menyertai Program Pembersihan Dasar Laut di Pulau Billean dan Tegaipin yang merangkumi kawasan Pulau Pemuliharaan Marin Sugud (MMEA) di Beluran, Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Kesemua peserta tersebut terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu.

Antara yang terlibat ialah kakitangan Pusat Penyelidikan Danau Gurang (DGFC), Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Lankayan Island Dive Resort.

Pengarah program, Radzi Abdul Kadir berkata, sebanyak 542.9 kilogram sampah dari dasar laut berjaya dikutip sepanjang program tersebut dijalankan.

100 pelajar terima basikal

Posted:

100 pelajar terima basikal

100 pelajar terima basikal


TAJUL URUS (dua dari kiri) menyerahkan basikal kepada seorang pelajar di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 100 pelajar sekolah di daerah Kuala Muda/Yan mendapat basikal yang dibiayai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah sempena Program Penyerahan Bantuan Basikal 2013 di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Sungai Layar, Sungai Petani baru-baru ini.

Penyampaian sumbangan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Pegawai JKM daerah Kuala Muda, Mohamad Mohd. Nor berkata, mereka terdiri daripada anak keluarga miskin yang telah membuat permohonan bantuan di sekolah masing-masing.

"Kami harap pemberian basikal itu akan memudahkan mereka berulang-alik ke sekolah dan melakukan aktiviti harian,'' katanya.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, Abdul Razak Mat dan Pengetua SMK Sungai Layar, Ismail Othman.

UniMAP cipta rekod rantaian manusia terpanjang

Posted:

UniMAP cipta rekod rantaian manusia terpanjang

UniMAP cipta rekod rantaian manusia terpanjang


AZLAN (dua dari kanan) menerima sijil MBOR daripada Zulhairi (kanan) selepas lebih 2,000 pelajar UniMAP mencipta rekod baharu membentuk rantaian manusia terpanjang di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Arau, Perlis baru-baru ini.


KEJAYAAN. Seramai 2,000 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya membentuk rantaian manusia bagi Program 2,000 Human Dominoes di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Arau, baru-baru ini.

Program tersebut diadakan oleh UniMAP sempena aktiviti senam ria pada Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar sidang akademik 2013/2014 membabitkan 2,048 pelajar tempatan dan antarabangsa universiti itu.

Kejayaan pelajar UniMAP itu mengatasi rekod terdahulu yang dicipta oleh sebuah syarikat telekomunikasi selepas mencatatkan penyertaan 1,409 peserta sempena ulang tahun ke-15 syarikat berkenaan pada tahun 2010.

Acara bersejarah itu dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Turut hadir Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin serta wakil MBOR, Zulhairi Md. Zain.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Selesaikan kes tembak Hussain

Posted:

Selesaikan kes tembak Hussain

Selesaikan kes tembak Hussain

POLIS menyerbu sebuah rumah papan sebelum dapat memberkas Ngan Chai dan dua rakannya di Taiping, Perak semalam.


KUALA LUMPUR - Pemburuan polis terhadap individu yang amat dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi berakhir apabila pihak berkuasa itu berjaya menahan seorang lelaki Cina selepas 56 hari kejadian tersebut berlaku.

Lelaki bergelar Sei Ngan Chai (bermaksud Empat Mata dalam bahasa Kantonis) yang berusia 44 tahun tersebut ditahan di sebuah rumah papan di Taman Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak pada pukul 12.30 tengah malam semalam bersama dua lagi rakannya yang berusia 26 dan 31 tahun.

Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan kerana memberi perlindungan kepada Ngan Chai.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiga maut kereta bertembung

Posted:

Tiga maut kereta bertembung

Tiga maut kereta bertembung

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


KEADAAN kereta Proton Iswara yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat Kampung Bukit Kuin, Kuantan kelmarin.


KUANTAN - Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia setahun menemui ajal apabila kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat Kampung Bukit Kuin di sini kelmarin.

Mangsa yang maut dalam kejadian pada pukul 7.45 malam itu ialah pemandu Proton Iswara, Wan Hassan Basri, 53; isterinya, Zainab Yatim, 57, dan cucu mereka, Nur Ameera Amran.

Pasangan suami isteri itu yang tinggal di Kampung Charu, Sungai Lembing maut di tempat kejadian manakala Nur Ameera meninggal dunia tiga jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Kemalangan turut menyebabkan dua anak pasangan itu, Mohd. Faizullah, 24, dan Rohilah, 39, parah dan dirawat di HTAA.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Graduan tulang rapuh dapat kerja

Posted:

Graduan tulang rapuh dapat kerja

Graduan tulang rapuh dapat kerja

NIK NOR ERMIZA ROZANA menunjukkan gambarnya semasa menerima ijazah pada majlis konvokesyen UIAM pada 2010 di Besut, Terengganu semalam.


BESUT - Selepas tiga tahun menganggur, siswazah kurang upaya yang memiliki ijazah berkembar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nik Nor Ermiza Rozana Mustaffa, bersyukur dengan tawaran kerja yang diterima daripada kerajaan negeri Terengganu.

Wanita berusia 32 tahun yang memiliki Ijazah Undang-Undang dan Syariah itu bakal berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Teknologi Maklumat di Pusat Bestari.com di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) di sini.

Disahkan menghidap kerapuhan tulang sejak lahir, Nik Nor Ermiza Rozana dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila di sini hanya memiliki ketinggian 100 sentimeter.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


29 anggota MNLF dikenakan dakwaan jenayah

Posted:

29 anggota MNLF dikenakan dakwaan jenayah

29 anggota MNLF dikenakan dakwaan jenayah

BEBERAPA orang anggota tentera membuat rondaan untuk mencari saki-baki anggota MNLF di Zamboanga, Filipina semalam.


MANILA - Polis Filipina semalam memfailkan dakwaan jenayah dan pemberontakan ke atas kumpulan pertama daripada 200 orang anggota Barisan Pembebasan Kebangssan Moro (MNLF) yang cuba menawan bandar Zamboanga dan menjadikan penduduknya sebagai tebusan.

Seramai 29 anggota MNLF dikenakan dakwaan tersebut, termasuklah komander Habier Malik, jelas pendakwa kanan, Aristotle Reyes.

Seramai 24 orang daripada mereka sudah pun ditangkap atau menyerah diri.

Dakwaan ke atas anggota MNLF dan pemimpinnya, Nur Misuari akan difailkan pada minggu ini. Mereka didakwa melakukan pemberontakan dan menjadikan penduduk sebagai tebusan.

"Terdapat bukti yang kukuh untuk mendakwa mereka. Kebanyakan daripada mereka ditangkap ketika bertempur dengan pihak berkuasa," kata Reyes.

Setakat ini, dianggarkan 102 orang anggota MNLF terbunuh manakala 117 yang lain berjaya ditangkap atau menyerah diri.

Kini, kira-kira 40 orang pemberontak masih menahan 20 orang tebusan dan bertempur dengan anggota keselamatan Filipina.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala memberitahu, pihaknya mengehadkan penggunaan senjata berat demi melindungi orang awam. - AP

Sandra Bullock kecewa dengan bekas suami

Posted:

Sandra Bullock kecewa dengan bekas suami

Sandra Bullock kecewa dengan bekas suami

AKTRES Sandra Bullock bersama Jessie James semasa Anugerah Oscar di California pada 2010.


LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Sandra Bullock mengaku kecewa dengan kecurangan bekas suaminya, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Aktres filem Gravity itu membe- ritahu akhbar Daily Mirror bahawa dia mengakui memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk melupakan tindakan curang bekas suaminya, Jessie James.

"Saya berasa sangat kecewa dan tidak tahu bagaimana untuk bangkit semula tetapi saya berikan masa kepada diri sendiri," katanya.

Bullock, 49, kini merupakan ibu kepada seorang anak angkat lelaki berusia tiga tahun, Louis yang diambilnya selepas berpisah dengan James pada 2010.

Perkahwinan Bullock dengan James berakhir dua tahun lalu apabila kecurangan bekas suaminya itu terbongkar.

Aktres yang pernah meraih Anugerah Oscar itu berterima kasih ke- pada Louis kerana membantunya melihat dunia dari sudut berbeza dan memberinya perspektif baharu.

"Saya pernah baik dalam hidup seseorang tetapi apabila anda mempunyai anak, semuanya mengenai penerokaan dan membuat perkara yang saya suka tiga tahun lepas," katanya.

"Saya mempunyai kehidupan yang baik sekarang dan menikmati setiap detik bersama Louis. Saya sedang belajar bagaimana untuk rasa gembira dengannya," jelasnya. - Agensi

Kereta berbentuk pesawat makhluk asing dilelong

Posted:

Kereta berbentuk pesawat makhluk asing dilelong

Kereta berbentuk pesawat makhluk asing dilelong


ETV ini nampak lebih menarik dan mengagumkan di bahagian hadapan.- Agensi


TALLAHASSEE, Florida - Seorang lelaki, Michael Vetter melelong sebuah kereta yang memiliki bentuk luar biasa (ETV) miliknya di laman web lelong eBay pada harga AS$100,000 (RM315,337).

Kereta yang diubah suai secara ekstrem dan kelihatan seperti kenderaan makhluk asing itu menyebabkan sesiapa sahaja terpegun apabila melihatnya.

Tindakan Vetter menjual kereta yang dibelinya pada tahun 2012 di eBay itu menarik perhatian ramai peminat kereta.

"Anda melihat sebuah kereta yang ramai orang suka bergambar dengannya pada setiap hari, lebih banyak daripada mana-mana kereta Lamborghini atau Ferrari.

"Pemanduannya sangat lancar, padu dan boleh dipercayai. Berdasarkan rupa bentuknya, semakin laju dipandu, ia akan menjadi semakin senyap," katanya yang memasang enjin Chevy 2.2 liter dalam kereta berkenaan.

Tambahnya, ia juga kelihatan lebih menarik pada waktu malam.

"Saya telah memasang satu sistem lampu LED pada bahagian bawah kereta. Ia menghasilkan kesan cahaya yang menarik," kata Vetter. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Amalan berintegriti penting untuk memperkasakan profesion perguruan

Posted:

Amalan berintegriti penting untuk memperkasakan profesion perguruan

Amalan berintegriti penting untuk memperkasakan profesion perguruan

23/09/2013 9:26pm

KUALA LUMPUR - Amalan berintegriti dalam kalangan guru amat penting untuk melahirkan warga pendidik yang beretika tinggi dalam usaha memperkasakan profesion perguruan di negara ini.

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan, Tuan Sulaiman Wak berkata, integriti merangkumi aspek seperti berdisiplin, mematuhi tatatertib dan tidak salah guna kuasa yang perlu diamalkan supaya profesion perguruan terus dihormati dan mampu melahirkan modal insan berkualiti.

"Saya ingin mengajak kembali kepada apa yang dijanjikan para guru yang menuntut agar melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebagai guru sebaik mungkin.

"Guru perlu elak salah laku kuasa dan melanggar peraturan yang ditetapkan di bawah perintah am yang boleh menjejaskan sistem pendidikan negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Perdana Minggu Integriti IPG 2013 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kes baru-baru ini melibatkan seorang guru disiplin di sini yang didakwa mencabul pelajarnya, Tuan Sulaiman berkata ia merupakan kes terpencil namun kementerian tetap memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan guru berkenaan sekiranya dibuktikan bersalah. - Bernama

Polis Selangor tahan tiga suspek, rampas 8,179 DVD haram

Posted:

Polis Selangor tahan tiga suspek, rampas 8,179 DVD haram

Polis Selangor tahan tiga suspek, rampas 8,179 DVD haram

23/09/2013 8:59pm

SHAH ALAM - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor menahan tiga suspek dan merampas 8,179 keping cakera video digital (DVD) haram bernilai RM60,000 di sebuah kondominium mewah di Petaling Jaya Jumaat lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, suspek berkenaan ialah seorang lelaki warga Myanmar berusia 30 tahun yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan dua penduduk tempatan dipercayai penjual serta pembungkus DVD haram untuk sebuah sindiket.

Beliau berkata, polis turut menemui sepasang gari, lampu suluh, dua kelopak peluru pistol, sarung pistol, peluru plastik, peluru bebola besi dan sebilah pisau 'Luminox' di kondominium berkenaan.

Siasatan awal terhadap suspek lelaki warga tempatan itu membawa polis ke sebuah premis di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada hari sama dan menemui sepucuk pistol tiruan hitam jenama Milspec dan satu kelopak peluru kosong.

Mohd. Shukri berkata, suspek ditahan reman dari Sabtu lepas hingga esok dan kes DVD haram disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Penapisan Filem 2002 manakala kes pistol tiruan disiasat mengikut Seksyen 2 Akta Senjata Api 1959.

Beliau berkata siasatan juga dijalankan bagi mengetahui operasi sindiket penjualan DVD haram yang disyaki beroperasi sejak tahun lepas bagi pasaran di negeri ini. - Bernama

ASEAN dijangka atasi Amerika Syarikat sebagai rakan dagang kedua terbesar China

Posted:

ASEAN dijangka atasi Amerika Syarikat sebagai rakan dagang kedua terbesar China

ASEAN dijangka atasi Amerika Syarikat sebagai rakan dagang kedua terbesar China

23/09/2013 8:47pm

BEIJING - ASEAN dijangka mengatasi Amerika Syarikat sebagai rakan dagang kedua terbesar China dalam masa tiga hingga lima tahun, kata Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan, Liang Wentao.

Beliau berkata pada masa ini, volum dagangan antara China dan Amerika Syarikat hanya antara AS$40 bilion dan AS$50 bilion lebih tinggi daripada volum dagangan dengan ASEAN.

Melihat kepada kadar peningkatan semasa itu, Liang kekal optimis bahawa ASEAN akan tidak lama lagi mengatasi Amerika Syarikat untuk menjadi rakan dagang kedua terbesar China.

Bercakap pada sidang media sempena lawatan oleh wartawan ASEAN, beliau berkata, pada lapan bulan pertama tahun ini, dagangan dua hala antara China dan Asean mencecah US$284.31 bilion, naik 12.5 peratus tahun ke tahun, mewakili 10.5 peratus daripada jumlah dagangan asing pada tempoh yang sama.

"Pada 2012, dagangan dua hala antara China dan ASEAN berjumlah AS$400 bilion dengan kadar purata pertumbuhan tahunan sebanyak 22 peratus, 7.3 kali ganda lebih tinggi daripada sepuluh tahun lalu.

"Bagaimanapun, volum dagangan antara China dan Amerika Syarikat naik 6.6 peratus tahun ke tahun, daripada Januari hingga Ogos tahun ini," katanya.

Pada masa ini, ASEAN adalah rakan dagang ketiga terbesar China, selepas Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Mahu ikut jejak ibu bapa

Posted:

Mahu ikut jejak ibu bapa

Mahu ikut jejak ibu bapa

BIARPUN pembabitan Miera Liyana sepanjang berlakon pernah dipalit dengan beberapa kontroversi negatif, dia dilihat antara pelakon muda yang begitu berbakat besar.

Bermula dengan bakat lakonannya dikesan menerusi drama bersiri Luna Fantasiku, sehingga kini dia sudah berlakon lebih daripada 20 buah drama bersiri seperti Kamelia Katrina, Psikik dan Nora Elena.

Cuma, kontroversi yang dilaluinya apabila berpenampilan terlalu seksi dalam sebuah majlis serta kisah percintaannya dengan pelakon Shahrizal Jaszle dahulu sedikit merencatkan pemerhatian peminat terhadap perkembangan kerjaya lakonannya.

Bertemu dengan pelakon berkenaan pada majlis pertunjukan fesyen Oriental Rhapsody di The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini, Miera mengakui cukup gembira dengan apa yang dikecapinya sekarang ini.

"Setelah tiga tahun bergelumang dalam bidang lakonan, saya bersyukur kerana mutu lakonan saya bertambah baik, malah tawaran yang diterima tidak putus-putus.

"Saya berterima kasih kepada pihak yang telah memberi peluang dan kepercayaan. Ternyata bidang lakonan ini memberi banyak pengalaman yang berguna kepada diri saya," luahnya.

Pada saat karier seninya yang semakin berkembang baik serta peluang yang lebih terbuka untuk mencipta nama sebagai pelakon, Miera menyatakan bahawa dia sebenarnya mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seninya.

Menegaskan yang dirinya bukanlah merajuk sehingga tidak mahu lagi terbabit dalam bidang hiburan, dia menjelaskan puncanya disebabkan mahu menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

"Kalau boleh saya mahu ikut jejak ibu bapa saya yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sebenarnya mereka langsung tidak pernah memaksa kerana ia pilihan saya sendiri.

"Sekarang ini saya sudah mula mempelajari selok-belok perniagaan, tetapi tidak tahu lagi untuk memilih bidang yang sesuai. Namun begitu, saya merancang menceburi perniagaan permotoran," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia tidak berasa rugi dengan keputusan yang dibuat memandangkan namanya sebagai pelakon semakin mantap, dia seperti sukar untuk menjawab pertanyaan yang diajukan.

"Sejujurnya saya tidak merasakan sebarang kerugian kerana apa yang ingin dilakukan itu adalah untuk jangka masa panjang. Pada usia muda inilah merupakan waktu yang paling sesuai untuk memulakannya.

"Lagipun sampai bila saya hendak berlakon dan saya tidak mungkin akan menceburi dunia lakonan buat selamanya. Bukannya bidang ini tidak menjamin masa depan cerah, tetapi persediaan yang awal harus dilakukan," tegasnya.

PADA usia 20 tahun, Miera kini mengaku dia telah mengutip banyak pengalaman pahit yang membentuk dirinya menjadi lebih matang.


Selain itu, Miera juga menyatakan dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengharapkan sebarang bantuan daripada ibu bapanya, meskipun dia boleh menyertai mana-mana perniagaan yang dijalankan oleh keluarganya.

"Ada yang bertanya kenapa saya tidak meneruskan sahaja salah satu perniagaan yang diusahakan oleh ibu bapa saya. Jawapannya mudah, sudah tentu saya mahu berjaya dengan hasil usaha sendiri.

"Apa yang saya mahukan daripada mereka hanya sekadar bimbingan dan tunjuk ajar mereka memandangkan saya pun tidak belajar tinggi. Biarpun mahu terlibat dalam perniagaan, tetapi dunia lakonan tidak dilupakan dan saya masih sedia menerima sebarang tawaran yang sesuai," jelasnya.

Rezeki bertambah

Jika sebelum ini Miera pernah dilanda beberapa kontroversi yang telah meninggalkan impak kurang baik terhadap dirinya, kini dia berasa lega kerana keadaan dirinya kini sudah terkawal.

Biarpun ada sesetengah pihak yang beranggapan kontroversi kadangkala mampu memberi kelebihan, dia berpendapat bahawa tanpa dikaitkan dengan sebarang cerita sensasi, seseorang artis itu masih boleh berjaya.

"Mungkin sekarang ini nama saya sudah kurang menjadi sebutan, berbanding semasa dikaitkan dengan beberapa kontroversi dahulu. Namun begitu, saya melihatnya daripada sudut yang positif.

"Antaranya, tawaran berlakon yang diterima sekarang lebih banyak, meskipun tanpa dikaitkan dengan sebarang cerita sensasi. Ia membuktikan penerbit dan pengarah lebih melihat kemampuan seseorang pelakon itu," ujarnya.

Berasa lebih selesa dengan keadaan yang dilaluinya kini, Miera berharap agar dirinya tidak lagi dipandang sinis oleh peminat agar dia lebih fokus dengan aktiviti yang dilakukannya sekarang.

"Saya tidak kisah kalau nama sudah kurang menjadi sebutan, asalkan terus diberi kepercayaan untuk berlakon. Lagipun sebagai artis yang dilantik menjadi duta produk, pastinya saya perlu menjaga nama baik," tuturnya.

MIERA terbuka untuk menerima tawaran mengacara.


Mengacara

Selain aktif dalam dunia lakonan, Miera pernah diberi peluang untuk bergelar seorang pengacara apabila bergandingan dengan pelakon Kamal Adli untuk mengacarakan rancangan hiburan Hip TV.

Bagaimanapun, jodoh mereka bersama rancangan tersebut tidak bertahan lama, sehingga ada yang beranggapan bahawa dia dan Kamal telah disingkirkan dan digantikan oleh pengacara lain.

"Perkara ini sudah jelas dan saya tidak pernah disingkirkan daripada Hip TV. Saya tidak lagi mengacara kerana kontrak bersama mereka selama enam bulan sudah tamat.

"Tidak dinafikan ia merupakan satu tempoh yang agak singkat, tetapi terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bergelar pengacara rancangan tersebut," jelasnya.

Menurutnya, selepas tidak lagi bersama Hip TV, belum ada sebarang tawaran yang diterima untuk menjadi pengacara. Namun begitu, dia masih berminat mengacara dan sedia menerima sekiranya ada tawaran sesuai.

"Memang jiwa saya lebih terarah kepada bidang lakonan, tetapi saya sudah mula rasa seronok dalam dunia pengacaraan. Kalau ada tawaran lagi saya akan terima, cuma tidaklah terlalu berharap sangat," ujarnya menutup perbualan.

Isu baju dalam merah Rozita Che Wan

Posted:

Isu baju dalam merah Rozita Che Wan

Isu baju dalam merah Rozita Che Wan

Oleh HARYATI KARIM

POPULAR dan jelita menyebabkan nama Rozita sering digunakan untuk melariskan produk.


SELEPAS kecoh isu perkahwinannya dengan Zain Saidin, kini aktres jelita, Rozita Che Wan ditimpa pula dengan isu baju dalam terpakai berwarna merah yang didakwa miliknya, dijual di internet.

Mungkin isu tersebut remeh tetapi apabila baju dalam didakwa milik Rozita atau Che Ta yang kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama tersebar begitu luas di internet, sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut.

Tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Che Ta hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu. Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya baru-baru ini.

Kosmo!: Adakah Che Ta tahu tentang isu baju dalam berwarna merah yang kononnya milik Che Ta dijual di internet?

CHE TA: Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.

Apakah reaksi Che Ta apabila mendapat tahu ada orang menggunakan nama Che Ta untuk menjual baju dalam tersebut?

Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.

Che Ta malu atau tidak dengan isu ini?

Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.

ROZITA tidak melatah dengan isu terbaharunya itu.


Adakah kejadian seperti ini pernah berlaku?

Sebelum ini ada orang jual nama saya kononnya guna korset satu jenama yang mahal juga sedangkan sebenarnya saya langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut. Bab barang yang ada jenama ini, kalau mereka menggunakan nama saya, saya agak sensitif kerana mereka telah menipu pelanggan dan peminat saya, jika ada lagi yang ingin lariskan produk dengan memetik nama saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas ini.

Bagaimanakah reaksi peminat Che Ta pula?

Peminat sekarang semuanya bijak, mereka mampu bezakan mana cerita benar atau tidak. Saya tidaklah terjejas sangat, begitu juga dengan peminat. Mereka faham, bermacam perkara yang orang tidak bertanggungjawab boleh lakukan untuk menjatuhkan seseorang, tidak kiralah artis atau orang biasa. Selagi saya mampu tersenyum, ketawa dan bekerja seperti biasa, perkara seperti ini bukan masalah besar.

Nampaknya nama Che Ta cukup popular sehingga ramai yang mempergunakan nama Che Ta untuk lariskan produk. Tidak terfikir untuk hasilkan produksi sendiri?

Bagus juga idea itu, selepas korset, baju dalam pula, kalau macam ini saya nak buka perniagaan baju dalam jenama Rozita Che Wan, lagi bagus tidak perlulah orang guna nama saya lagi (ketawa). Setakat hari ini, saya hanya ada perniagaan tudung yang diberi nama Padusi sahaja bersama adik-beradik saya yang lain.

Bagaimana pula dengan persiapan perkahwinan yang dijangka bakal berlangsung pada Disember depan?

Sekarang saya perlahankan kerjaya lakonan untuk memberi fokus kepada kedua-dua anak saya yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Saya hanya memberi fokus kepada program Ratu Rania dan juga Primadona. Saya belum buat sebarang persiapan perkahwinan, mungkin bulan Oktober barulah akan mula merancang dan mempersiapkan apa yang patut.

Gusti pikat Sherry Ibrahim

Posted:

Gusti pikat Sherry Ibrahim

Gusti pikat Sherry Ibrahim

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

SHERRY IBRAHIM yang terkenal sebagai pelakon, kini mahu mencuba nasib sebagai penyanyi melalui singlenya bersama Gusti berjudul Flirting.


BERCERITA tentang latar belakang Gusti Arya, dia merupakan seorang jejaka berusia 24 tahun yang sangat meminati bidang muzik.

Minatnya itu telah mendorong Gusti bermain alat muzik seawal usia 11 tahun. Jika dibicara tentang jejaka kelahiran Indonesia ini, pasti peminat industri muzik tempatan tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki itu.

Gusti Arya atau nama sebenarnya Gusti Nyoman Arya Yudistira merupakan seorang deejay yang aktif bermain muzik di kelab-kelab malam di Indonesia. Bidang nyanyian merupakan cabang seni yang sememangnya baharu diceburi hasil dorongan semangat ingin mencuba.

Single pertama pemuda yang lebih mesra disapa sebagai Gusti ini bakal disempurnakan pada bulan hadapan. Apa yang menariknya, Gusti akan berkolaborasi dengan pelakon tempatan, Sherry Ibrahim.

"Ketika itu saya membuat persembahan di Bali, Indonesia. Kemudian Bambang yang merupakan jurusolek kepada Sherry datang bertemu saya dan memberitahu ada seorang teman pelakon di Malaysia yang ingin menjadi penyanyi. Kami berbincang dan ketika itu saya memperdengarkan dia kesemua lagu saya yang telah disiapkan.

"Kemudian, dia telah membawa lagu tersebut untuk diperdengarkan kepada Sherry dan menyukainya. Setelah itu, saya berjumpa Sherry dan LOL Entertainment untuk berbincang dan mereka setuju untuk bekerjasama. Mungkin kami juga akan melancarkan album mini termasuk bersama kesemua artis di bawah naungan LOL Entertainment," ujarnya.

Menjelaskan lebih lanjut, dia memberitahu single pertama mereka diberi judul Flirting.

GUSTI ARYA mahu mencuba nasib di Malaysia dengan berkolaborasi bersama Sherry Ibrahim dan Dafi.


Katanya: "Sejujurnya, saya suka bekerjasama dengannya. Ini kali pertama Sherry rakam lagu, jadi apa yang saya dapat lihat, dia memang sangat bersungguh-sungguh ingin lakukannya," tuturnya yang juga akan berduet bersama Dafi.

Bercerita tentang perjalanan karier muziknya, kata Gusti, dia sering bekerjasama dengan abangnya dalam menggubah dan menulis lirik lagu. Bercerita tentang genre Flirting pula, Gusti telah memilih untuk digubah dalam genre elektro pop yang kedengaran sedikit moden.

"Pengarah muzik bagi lagu-lagu saya ialah abang saya sendiri, Gusti Bayu, yang menggubah dan menyusun kesemuanya. Saya dan abang saya seperti tidak dapat dipisahkan kerana kami sering bermain muzik bersama-sama.

"Dahulu, kami ada sebuah kumpulan yang dipanggil Maniac namun kini semuanya telah berpecah kerana mempunyai komitmen masing-masing.

"Sekarang hanya tinggal saya dan abang dan kami masih meneruskan perjuangan muzik kami dengan menjadi deejay di kelab-kelab," ceritanya tentang perjalanan karier muziknya dahulu dan kini.

Ditanya tentang mengapa ingin meluaskan cabang kariernya, tutur Gusti, dia sememangnya menggemari bidang muzik.

Justeru, sebagai seorang yang masih muda, tidak salah untuk dirinya mencuba dalam pelbagai bidang. Tambah Gusti, dia akan sentiasa positif diri dan sentiasa berusaha untuk mempersembahkan muziknya bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia.

Selain bidang nyanyian, bicara Gusti, dia juga pernah ditawarkan berlakon di Indonesia. Bagaimanapun, jelasnya, jika ingin melibatkan diri dalam bidang lakonan, dia memerlukan tunjuk ajar daripada pakar.

"Saya juga banyak terima tawaran berlakon di Indonesia namun saya rasa ia belum lagi menjadi bidang saya. Saya berani bercakap dan yakin jika ia tentang muzik namun, jika lakonan, saya mungkin perlu dilatih oleh profesional jika benar-benar mahu berlakon," katanya yang juga seorang model iklan di Indonesia.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved