Jumaat, 20 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kambing muda rahsia sajian lebih enak

Posted:

Kambing muda rahsia sajian lebih enak

Kambing muda rahsia sajian lebih enak

HIDANGAN Asia Barat seperti nasi mandi, kabshah dan maqlubah disukai oleh kebanyakan rakyat di negara ini kerana keunikannya.

Malah, ada antara penggemarnya yang sanggup berkompromi dengan harga yang tinggi asalkan mereka dapat menikmati masakan tersebut.

Menyedari trend selera masyarakat Malaysia kini, Pengarah Restoran Marhaba, Zamriwalikram Abd Ghani, 43, membuka restoran makanan Arab di ibu kota.

Hakikatnya, restoran Marhaba berbeza dengan restoran makanan Arab lain. Rahsianya, ia menggunakan rempah-ratus asli.

Perkara tersebut diakui penggemar masakan Arab yang juga pelakon dan penyanyi, Nor Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza, 34. Azza yang pernah popular bersama kumpulan Elite berkata, dia sering mengunjungi restoran-restoran Arab di ibu kota tetapi keenakan makanan di Marhaba sukar ditandingi.

Dia yang baru pertama kali merasai makanan di situ selepas menemani kawan-kawannya tertarik dengan roti mulawah (roti Arab) yang boleh dinikmati oleh tiga orang.

"Ia garing dan sedap dicicah dengan gulai kambing (saltah falsah) atau sambal udang. Apabila menikmati roti itu dengan kuah tersebut, sememangnya terdapat kelainan terutamanya ramuan rempah-ratusnya.

"Sebelum ini, saya pernah menikmati hidangan yang sama di tempat lain tetapi, rasanya tidak seperti di sini," katanya yang mencadangkan orang ramai mencuba sendiri hidangan tersebut kerana keenakannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Menurut Azza yang kini turut mengusahakan perniagaan bedak sejuk, dia telah mengesyorkan restoran itu kepada rakan-rakan artis yang lain.

Menyentuh mengenai lokasi restoran mewah itu yang terletak di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, Azza berkata, ia bersifat privasi.

"Ruang makan di sini lebih tertutup. Ia menggabungkan suasana mewah dan santai serta sangat sesuai buat seisi keluarga untuk menjamu selera," tuturnya lagi sambil menyifatkan tawaran harga di restoran tersebut adalah berpatutan.


HIDANGAN makanan Arab selalunya akan disertai minyak zaitun dan sayur-sayuran mentah yang segar.


Pelanggan Istimewa

Sementara itu, bagi ahli perniagaan yang mahu dikenali sebagai Richie, 40, dia gemar makan nasi mandi kambing kerana hidangan itu dikatakan terbaik dari segi kualiti, tekstur dan rasanya.

Apatah lagi, penggunaan daging kambing muda yang teksturnya lembut dan halus.

"Saya boleh dikatakan telah merasai kebanyakan makanan Arab di Kuala Lumpur tetapi hampir kesemua pengusaha restoran gemar menggunakan kambing dewasa.

"Rasa kambing muda dan dewasa adalah berbeza terutama dari segi kelembutan dagingnya," jelasnya.

Dalam pada itu, Richie juga tidak risau untuk memakan daging kambing dalam kuantiti yang banyak memandangkan kandungan kolesterolnya lebih rendah berbanding daging lembu atau kerbau.

Berbicara lanjut mengenai kunjungannya ke Marhaba, Richie berkata, dia juga sering menjadikan restoran itu sebagai lokasi untuk melayan pelanggan-pelanggannya.

"Pada kebiasaan, saya hanya membawa pelanggan-pelanggan istimewa ke restoran yang memiliki satu kelainan.

"Melihat kepada keunikan restoran Marhaba khususnya dari segi makanan dan suasana, saya kini menjadikan ia sebagai lokasi tetap untuk menjamu selera," katanya yang kadangkala membawa keluarga makan-makan di situ.

Tambahnya, kedudukan restoran itu agak strategik kerana terletak di laluan utama ke pusat bandar raya.


ZAMRIWALIKRAM mempertaruhkan hidangan nasi mandi kambing hanith sebagai makanan signatur restoran Marhaba.


Lebih 100 menu

Bercakap tentang rahsia memikat pelanggan, pengarah restoran, Zamriwalikram berkata, dia mengutamakan kualiti dan keenakan makanan di samping harga yang berpatutan.

Menurutnya, pada awal pembukaan, hampir 80 peratus pengunjung terdiri daripada keturunan Arab dan selebihnya orang tempatan, namun kini keadaannya berbeza apabila semakin ramai warga tempatan yang meminati masakan jenis itu.

"Mungkin pengunjung sukakan cita rasa Arab yang lebih menyihatkan kerana tidak menggunakan minyak dan dimakan dengan sayur-sayuran mentah yang segar," katanya yang baru sebulan membuka restoran itu.

Selain itu, katanya, faktor perkhidmatan yang cekap dan tidak perlu menunggu lama membuatkan makanan Arab sangat sesuai dinikmati oleh mereka yang sibuk lebih-lebih lagi untuk makan tengah hari.

Menurut anak jati Rembau, Negeri Sembilan itu lagi, dia menyediakan lebih 100 menu Yemen di restoran tersebut.

Antaranya, nasi mandi ayam dan kambing, ikan panggang, udang panggang, roti mulawah, hati kambing goreng dan pelbagai jenis pencuci mulut.

Kesemua menu itu disediakan dengan menggunakan rempah-ratus asli yang diimport dari Yemen dan bahan mentah yang segar. Malah, pihaknya juga menggunakan beras basmathi gred A untuk menyediakan nasi mandi.

Zamriwalikram memberitahu, restoran yang boleh memuatkan lebih 120 pelanggan itu popular dengan hidangan nasi mandi kambing hanith.

Daging kambing itu disediakan dengan daging kambing disalut rempah-ratus selama dua jam dan direbus terlebih dulu.

Kemudian, ia akan dibakar di dalam sebuah bekas tanah yang dilengkapi dengan batu-bata.

"Cara penyediaan itu yang menyebabkan kambing hanith di sini berbeza daripada restoran Arab lain," katanya yang menggunakan kambing hidup seberat antara 8 atau 9 sekilogram sahaja.

Zamriwalikram memerlukan kira-kira 10 ekor kambing yang diimport dari New Zealand setiap hari dan menggunakan bahagian tulang rusuk kambing itu sahaja.

PERABOT dan susun atur ruang makan menyerlahkan ciri mewah dan eksklusif.


Sementara itu, Ketua Chef dari Yemen, Abdul Wahab Abdo Norman Ashaa Na'im berkata, tulang rusuk merupakan bahagian yang paling bagus untuk menyediakan nasi kambing hanith kerana rasa keaslian seekor kambing terletak di bahagian tersebut.

"Selain nasi mandi kambing hanith, restoran tersebut juga popular dengan hidangan roti mulawah yang diperbuat menggunakan jintan hitam. Kebanyakan pelanggan gemarkan roti tersebut kerana rasanya rangup," ujarnya.

Suasana santai

Dilatari sentuhan moden kontemporari, tetamu berpeluang menjamu mata dengan dekorasi eksklusif di restoran bertaraf lima bintang ini.

Terdapat tiga ruang makan disediakan iaitu ruang makan utama yang dilengkapi kerusi dan meja serta pojok makan bersila yang dihias dengan bantal serta sudut makan di kawasan terbuka.

Bagaimanapun, bagi pelanggan yang mahukan ruang makan tertutup, mereka boleh mendapatkan bilik VIP tetapi perlu ditempah awal kerana ia mampu menampung seramai 16 orang pelanggan sahaja pada satu-satu masa.

Larian pelangidi Washington

Posted:

Larian pelangidi Washington

Larian pelangidi Washington


SEORANG kanak-kanak duduk di atas bahu lelaki dewasa di garisan permulaan teruja dengan acara yang disertainya.


BANDAR Metropolitan Washington D.C yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat (AS) bertukar atmosfera menjadi bandar penuh warna-warni berikutan sambutan larian Warna Dalam Gerakan 5K (Color in Motion) yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Tubuh badan 12,000 peserta bagai disaluti letusan warna terang yang dilemparkan oleh sukarelawan larian di beberapa lokasi di sepanjang laluan sejauh lima kilometer yang bermula dari Stadium Robert F. Kennedy.

Larian Warna Dalam Gerakan 5K sebenarnya merupakan acara tahunan yang diperbaharui dengan idea mewarnakan peserta menggunakan kanji jagung pelbagai warna. Warna-warna tersebut terdiri daripada warna-warna pelangi yang terang.

Setiap peserta perlu mengenakan baju-T berwarna putih pada awal perlumbaan dan mengakhiri larian dengan badan yang penuh warna dari hujung rambut ke hujung kaki. Mereka dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak AS$50 (RM162.80) seorang dalam usaha mengutip dana untuk Yayasan Make A Wish.

Larian pelangi tersebut mendapat sokongan rakyat AS sejak ia mula diperkenalkan pada Januari 2012. Sepanjang tahun 2012, sejumlah 600,000 peserta terlibat dalam 50 acara Warna Dalam Gerakan 5K dan dijangka meningkat kepada 1 juta orang pada tahun ini.

Antara bandar lain yang akan turut menjayakan larian berkenaan ialah Austin dan Houston di Texas, Atlanta (Georgia), Las Vegas (Nevada) dan Orlando (Florida).

Ternyata acara paling berwarna-warni di AS itu berjaya mempengaruhi rakyatnya menjalani kehidupan yang sihat dan menggembirakan.

Ada antara peserta yang mengakui tidak pernah menyertai mana-mana acara larian sebelum ini menjadi teruja apabila menyertai acara tersebut kerana berpeluang berlari dalam lemparan warna ke atas badan mereka.

Khabarnya, acara tersebut diilhamkan perayaan festival Holi di India yang kebiasaannya disambut pada bulan Februari dan Mac setiap tahun.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


45 ahli keluarga pasangan Sani, Tahara berkumpul

Posted:

45 ahli keluarga pasangan Sani, Tahara berkumpul

45 ahli keluarga pasangan Sani, Tahara berkumpul

SEBAHAGIAN daripada ahli keluarga bergambar bersama sebelum pertandingan bermula di Pin Junction e-Curve Damansara, Selangor baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 45 orang yang terdiri daripada anak, cucu dan cicit pasangan Sani Sulaiman dan Tahara Mahmod buat pertama kalinya mengadakan hari keluarga baru-baru ini.

Anak bongsu daripada sembilan beradik pasangan itu, Mohd. Zubir berkata, majlis tersebut diadakan buat julung-julung kali dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kerana ramai antara mereka yang tinggal berjauhan.

Majlis perhimpunan itu diadakan di pusat beli-belah e-Curve Damansara, Selangor.

Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan majlis seperti pertandingan boling dan cabutan nombor bertuah.

Kampus USM bebas asap rokok

Posted:

Kampus USM bebas asap rokok

Kampus USM bebas asap rokok


KANAK-KANAK dari Koperasi Tadika Minden menunjukkan ekspresi simbol 'tidak' untuk rokok sempena pelancaran USM Bebas Tembakau di Dewan Budaya USM, Pulau Pinang baru-baru ini.


ANTIROKOK. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang mengorak inisiatif apabila mengisytiharkan kawasan kampusnya sebagai bebas rokok baru-baru ini.

Walaupun menjadi universiti kedua bebas daripada asap rokok selepas Universiti Teknikal Malaysia Melak (UTeM), namun USM bebas sepenuhnya daripada pencemaran asap, pengiklanan, penjualan dan sebarang penajaan membabitkan syarikat rokok.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Omar Osman berkata, inisiatif itu bukan sahaja bertujuan memastikan warga kampus menjauhi rokok, bahkan membawa harapan besar untuk membebaskan kampus daripada sebarang bentuk implikasi buruk tembakau.

Berkunjung ke Zoo Negara sempena cuti Hari Malaysia

Posted:

Berkunjung ke Zoo Negara sempena cuti Hari Malaysia

Berkunjung ke Zoo Negara sempena cuti Hari Malaysia


SEORANG pengunjung mendapat peluang memberi makan kepada sekumpulan burung di Zoo Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


RIADAH. Orang ramai mengambil kesempatan cuti Hari Malaysia baru-baru ini untuk keluar melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga masing-masing di sekitar Lembah Kelang.

Antara lokasi popular yang menjadi pilihan orang ramai termasuklah Zoo Negara, Taman Burung Kuala Lumpur dan taman tema air.

Salah seorang pengunjung Zoo Negara, Ashraf Othman, 28, memberitahu, dia mengambil peluang cuti umum Hari Malaysia baru-baru ini untuk membawa anak-anaknya melawat Zoo Negara.

"Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di sini termasuklah memberi makan haiwan dan mengambil foto," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sindiket pelaburan palsu tumpas

Posted:

Sindiket pelaburan palsu tumpas

Sindiket pelaburan palsu tumpas

SEBAHAGIAN wang tunai yang dirampas dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Kampung Gajah, Butterworth, Pulau Pinang Rabu lalu.


GEORGE TOWN - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan yang menawarkan skim pelaburan dan perniagaan palsu membabitkan kerugian RM7.3 juta apabila menahan lima individu di sebuah pangsapuri di Kampung Gajah, Butterworth dekat sini pada Rabu lepas.

Sindiket yang beroperasi sejak 2008 itu dikatakan mengumpan mangsa dengan mendakwa mereka mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Johor dan menyamar sebagai Datuk Seri dan Datin Seri yang diperoleh dari negeri itu.

"Ahli sindiket juga menyamar sebagai pegawai bank, peguam dan mengaku memiliki pelbagai projek perumahan termasuk dana luar negara bernilai RM6.9 bilion dari Australia," kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wanita dera anak hingga mati didapati waras

Posted:

Wanita dera anak hingga mati didapati waras

Wanita dera anak hingga mati didapati waras

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my


MEE CHIN akan dibicarakan atas tuduhan membunuh anaknya.


IPOH – Seorang suri rumah, Chong Mee Chin, 30, yang berdepan tuduhan melakukan penganiayaan dan mendera anak perempuannya, Ho Yan Hui yang berusia lima tahun sehingga mati pada 12 Ogos lalu disahkan layak untuk dibicarakan.

Pengesahan yang dibuat Pengarah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Dr. Rabaiah Mohd. Salleh dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md. Yusof ketika kes itu disebut di Mahkamah Majistret di sini semalam.

"Hasil laporan Hospital Bahagia menunjukkan tertuduh mempunyai gejala sejenis penyakit mental iaitu kemurungan. Bagaimanapun, semasa kejadian dia didapati berada dalam keadaan waras.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Akhramsyah tanding Ketua Pemuda UMNO

Posted:

Akhramsyah tanding Ketua Pemuda UMNO

Akhramsyah tanding Ketua Pemuda UMNO


AKHRAMSYAH (kiri) mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, mengesahkan beliau akan mencabar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi jawatan tersebut.

Beliau yang merupakan anak kepada Tan Sri Sanusi Junid berkata, keputusan itu dibuat bagi mengembalikan salah satu sayap parti itu sebagai sebuah kumpulan pendesak agenda Melayu.

"Ada ahli UMNO di peringkat akar umbi yang mengeluh kerana berasakan kepimpinan parti seakan-akan mengabaikan kebajikan mereka walaupun pelbagai dasar kerajaan telah dilancarkan.

"Ada antara mereka yang menuduh Pemuda UMNO tidak lagi mendesak dan menjulang obor perjuangan agenda Melayu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Akhramsyah, 40, yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bendang Baru di Langkawi, Kedah berkata, sejak lima tahun lalu perjuangan menegakkan agenda Melayu kurang diberi perhatian oleh Pemuda UMNO, sebaliknya ia lebih dipelopori pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Ketibaan Hypermotard dan Hyperstrada

Posted:

Ketibaan Hypermotard dan Hyperstrada

Ketibaan Hypermotard dan Hyperstrada

Oleh SHAWKATH AZDE

LAPAN tahun lalu, Pameran Motor Milan (EICMA) di Itali berperanan sebagai platform menguji pasaran oleh Ducati.

Pameran perdagangan jentera dua roda terbesar dunia itu menyaksikan kemunculan model konsep supermoto Ducati. Model dimaksudkan ialah Hypermotard 1100.

Kehadiran model itu memberi gambaran bahawa pengeluar motosikal berkuasa tinggi itu sudah ada rancangan untuk meneroka segmen motard.

Maklum balas yang diterima agak luar biasa. Impak permintaan konsumer antarabangsa, model itu akhirnya menemui barisan pengeluaran pada tahun 2006.

Tiga tahun kemudian, Ducati memperkenalkan satu lagi model supermoto kelas sederhana iaitu Hypermotard 796.

Momentum itu diteruskan melalui generasi motard baharu sewaktu EICMA 2012. Kali ini, tiga varian diperkenalkan iaitu Hypermotard, Hypermotard SP dan Hyperstrada.

Rangkaian motosikal baharu itu lahir untuk mendokong kemajuan teknologi terkini Ducati tanpa menyimpang daripada konsep asal motard Ducati.

Objektif binaan kali ini adalah untuk mencipta penanda aras baharu dalam pasaran antarabangsa.

Keluarga Hyper menggunakan enjin sama. Ia satu unit rangkaian kuasa baharu yang dicipta khas untuk mengimbangi aspek prestasi dan kegunaan.

Rangkaian kuasa varian Hyper terdiri daripada enjin Testastretta 11 darjah bersesaran 821cc dan transmisi enam kelajuan.

Idea kejuruteraan enjin Multistrada dan 1199 Panigale diaplikasi pada enjin baharu itu. Aspek dimaksudkan adalah susun atur komponen penyampaian bahan api.


KOTAK simpanan sisi Hyperstrada mampu menampung berat sehingga 5 kilogram setiap satu.


Baru-baru ini, Ducati Malaysia (Next Bikes Sdn. Bhd.) mempelawa saya untuk menguji model Hyperstrada dan Hypermotard 2013 selama dua hari.

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Itali itu dilengkapi tiga mode pemetaan enjin iaitu Urban, Touring dan Sport.

Mode urban menghadkan kuasa kuda kepada 75hp. Untuk Touring dan Sport, kuasa maksimum 110hp boleh dinikmati.

Biarpun mode Touring dan Sport berkongsi hamburan kuasa sama, ia tetap ada bezanya.

Saya mendapati apabila memilih mode Sport, respons pendikit minyak lebih sensitif jika dibandingkan dengan tetapan Touring.

Semua mode itu diintegrasi bersama pakej keselamatan Ducati. Pakej itu merangkumi sistem brek antikunci (ABS) dan Ducati Traction Control (DTC).

Setiap mode boleh ditetapkan mengikut keselesaan setiap penunggang. Anda juga boleh memadamkan mode ABS sepenuhnya jika mahu.

Ada dua pilihan sistem ABS. ABS tahap 1 memastikan prestasi membrek berada pada tahap tertinggi. Ia sesuai untuk mode Sport.

Jika memilih ABS tahap 2, jentera mendapat kawalan kestabilan maksimum. Lebih praktikal untuk pemetaan Touring dan Urban.

Untuk DTC, ada lapan tahap boleh dilaras. Tahap satu disyorkan untuk penunggang mahir. Tahap lapan pula mengaktifkan kawalan terperinci oleh sistem. Ia pantas mengawal jentera, biarpun tayar tergelincir sedikit.

Hyperstrada ialah sebuah jentera crossover. Ia sebuah motard yang ditambah beberapa aksesori untuk kegiatan aktiviti kembara.

Antara aksesori itu ialah tongkat kembar, penghadang angin hadapan dan dua unit kotak simpanan pada bahagian sisi.

Pukulan angin disalurkan keluar dengan adanya penghadang angin. Nampak sahaja kecil tetapi tugas digalasnya agak memuaskan.

Kedudukan hendal yang merapat ke dada dan ketinggian pelana mudah membuat lengan saya lenguh. Mungkin disebabkan posisi badan terpaksa ke depan.

Keselesaan tunggangan ada beza dengan varian Hypermotard. Lengan tidak terasa lenguh walaupun menunggang selama dua jam tanpa henti. Hanya punggung sahaja terasa kebas.


MODEL Hypermotard pastinya menawarkan keseronokan kepada para peminat tunggangan agresif.


Perkara itu pasti berkait rapat dengan kelebihan ketinggian Hypermotard. Ia menempatkan badan lebih tinggi berbanding Hyperstrada.

Hypermotard agak tinggi bagi mereka yang memiliki ketinggian 170 sentimeter. Hujung jari kaki digunakan untuk menahan motosikal.

Tidak perlu gusar, motosikal Ducati itu boleh bergerak sendiri biarpun anda tidak memulas pendikit.

Caranya, tarik tuil klac dan masukkan gear pertama. Brek tangan perlu dilepaskan sepenuhnya. Jangan pulas pendikit minyak.

Lepaskan tuil klac secara perlahan-lahan sehingga habis. Saya mendapati kadar kelajuan maksimum untuk kaedah itu adalah 13km/j. Satu kelebihan untuk penunggang rendah seperti saya.

Secara purata, kapasiti tangki petrol sebanyak 16 liter membolehkan saya mencapai jarak tunggangan sejauh 180km sebelum lampu amaran bekalan petrol rendah mula menyala.

Oktober depan, Ducati Malaysia akan membawa satu kejutan buat anda. Ia bakal memperkenalkan Hypermotard dan Hyperstrada 2013 dari Thailand (ASEAN CKD) pada harga yang cukup istimewa.

Dengar khabar, harganya bermula serendah RM70,000. Jadi, tunggu sahaja pengumuman terkini daripada anak syarikat Kumpulan Naza itu.

Peugeot 308 R Concept yang radikal

Posted:

Peugeot 308 R Concept yang radikal

Peugeot 308 R Concept yang radikal

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


JENTERA berkuasa tinggi ini dikatakan akan menjadi pesaing kepada Volkswagen Golf GTi.


SEJARAH Peugeot di Malaysia sebenarnya telah bermula berpuluh-puluh tahun lalu. Jenama dari Perancis itu memang mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Sejak hak pengedaran Peugeot diambil alih oleh Kumpulan Naza, jenama itu semakin kukuh dan stabil.

Antara produk awal yang mendapat sambutan ialah Peugeot 206 atau Naza Bestari. Kini, Peugeot 308 dilihat begitu dominan di atas jalan raya. Untuk pasaran antarabangsa, Peugeot telah memperkenalkan model pengganti 308 yang kelihatan lebih kemas. Model itu seolah-olah ingin memberitahu kepada dunia bahawa ia bersedia untuk berlawan dengan hatchback popular iaitu Volkswagen (VW) Golf.

Tidak cukup dengan itu, Peugeot memperkenalkan pula 308 R Concept yang menjadi pesaing kepada VW Golf GTi. Model 308 baharu dijelmakan dalam bentuk kereta berprestasi dengan reka bentuk yang menonjol dan berkualiti tinggi.

Dengan jarak kelegaan yang hampir menyeret bumi, 308 R Concept dikuasakan oleh enjin baharu yang turut digunakan oleh Peugeot RCZ R dengan output kuasa setinggi 270bhp.

Kit badan yang dipasang pada 308 R Concept diperbuat daripada gentian kaca seperti pintu, bonet dan bampar. Apa yang menariknya ialah hanya bumbung dan but sahaja yang sama dengan model 308 standard.

Wajahnya nampak agresif dengan tiga ruang kemasukan udara yang menyembunyikan enjin penuh kuasa di sebalik bampar tersebut. Badan 308 R Concept direndahkan sebanyak 26 milimeter (mm). Sementara bahagian sisinya disempurnakan dengan roda aluminium bersaiz 19 inci. Setiap roda tersebut mempunyai logo R berwarna merah.

Kuasa 270bhp

Khas untuk pemandu, alat kawalannya jelas dan ringkas, manakala sterengnya pula responsif. Saiznya yang kompak sebenarnya adalah sebahagian daripada agenda pengurangan berat kereta, di samping menambah kelincahan dan keseronokan pemanduan.

Panel instrumen diposisikan supaya pemandu dapat melihat di atas stereng dan bukan melaluinya supaya selari dengan pandangan mata. Melalui rekaan yang tepat, bacaan maklumat enjin dapat dibaca dengan mudah dan spontan tanpa perlu mengalihkan mata dari jalan raya. Turut dibekalkan ialah skrin sentuh bersaiz 9.7 inci.


KIT badan 308 R dibina menggunakan gentian kaca.


Memetik laporan agensi berita Newspress, Peugeot Sport telah membangunkan enjin dan suspensi yang akan membuatkan pemandu berasa teruja. Di sebalik bonet ialah sebuah enjin kompak dan menjimatkan petrol. Enjin sama dipasang pada model RCZ R Sports Coupé yang baru sahaja dilancarkan.

Pasukan jurutera Peugeot berjaya mengekstrak sebanyak 270bhp daripada enjin yang hanya bersaiz 1598cm3. Dengan kuasa enjin yang tinggi, beberapa peralatan enjin diperkuatkan. Antaranya, blok enjin yang telah melalui proses pemanasan sebelum dimesinkan. Sementara omboh pula menggunakan sejenis gred aluminium yang biasa digunakan dalam perlumbaan.

Proses tersebut membolehkan enjin 1.6 liter THP menghasilkan kuasa maksimum pada 6,000rpm dengan sebaran tork pada julat kuasa yang lebih luas iaitu 330Nm dari 1,900 hingga 5500rpm.

Kuasa itu dialihkan ke atas jalan raya melalui pacuan roda depan dan transmisi manual enam kelajuan. Bagi menghentikan kereta berkuasa itu, cakera brek Alcon dipasangkan dengan saiz diameter depan 380mm setebal 32mm, manakala cakera belakang pula berdiameter 330mm dengan tebal 22mm. Dipasang pada hub aluminium ialah angkup brek empat omboh untuk menghentikan tayar bersaiz 235/35 R19 tersebut.

Pasaran hatchback berprestasi sebenarnya sudah pun sesak dengan jenama terkemuka dunia. Bermula dengan VW Golf GTi dan kini Mercedes menawarkan A-Class, BMW dengan 1 series, Renault Megane RS, Ford Focus ST dan Honda pula sedang giat membangunkan Civic Euro Type R.

Peugeot pula tidak berselindung dengan memperkenalkan model konsep 308 R. Boleh jadi ia akan tampil sebagai 308 GTi, abang kepada Peugeot 208 GTi yang sudah pun dilancarkan di Eropah.

Harus tahu 208 GTi adalah pesaing kepada VW Polo GTi. Jika kedua-dua model GTi daripada VW boleh dijual, kenapa model GTi daripada Peugeot tidak boleh dijual dan mempunyai penggemarnya sendiri?

Qi teruja pandu Honda Jazz Hybrid CKD

Posted:

Qi teruja pandu Honda Jazz Hybrid CKD

Qi teruja pandu Honda Jazz Hybrid CKD

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


WALAUPUN hanya memandu Jazz Hybrid dalam tempoh singkat, Qi berpuas hati dengan prestasi kereta kompak ini.


WALAUPUN kereta hibrid telah diperkenalkan ke pasaran tempatan sejak 2007 lagi menerusi model Honda Civic Hybrid pada 2007, hakikatnya, masih ramai pengguna yang masih skeptikal dan belum tahu sepenuhnya tentang jentera sebegitu.

Jadi, selaku entiti yang menjadi perintis dalam memperkenalkan jentera hibrid, Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) tidak pernah jemu untuk mengadakan pelbagai program kesedaran mengenai teknologi hibrid kepada orang ramai.

Baru-baru ini, Honda Malaysia menjemput pelakon dan pengacara terkenal, Qi Razali untuk memandu uji dan merasai sendiri pengalaman mengendalikan sebuah Jazz Hybrid. Biarpun jaraknya tidaklah terlalu jauh (sekitar Lembah Klang sahaja), namun, pengalaman itu tetap berjaya mengubah persepsi Qi terhadap kereta hibrid.

Berikut adalah intipati sesi temu ramah Kosmo! dengan Qi, bertempat di Kidzania Premium Plaza Lounge, Damansara Utama, Selangor.

Kosmo!: Bagaimanakah perasaan Qi selepas berpeluang memandu Honda Jazz Hybrid CKD buat pertama kali?

QI: Sejujurnya, sebelum ini saya tidak begitu tahu tentang kelebihan kereta hibrid. Tetapi apabila berpeluang memandu Honda Jazz Hybrid CKD, barulah Qi faham bahawa kenderaan ini turut membantu menjaga alam sekitar walaupun ketika memandu.

Bagaimana Honda Jazz Hybrid CKD boleh membantu Qi menjaga alam sekitar?

Ia seperti satu permainan yang memberitahu kita memandu dengan berhemah atau tidak. Apabila kita memandu dengan cermat dan prihatin terhadap alam sekitar, lampu di sekeliling meter laju akan menyala hijau. Jadi dengan semula jadi, kita akan mula mengikut peraturannya supaya memandu dengan lebih berhemah. Ini tidak bererti kita perlu memandu dengan perlahan tetapi dengan cara yang betul.

Adakah kenderaan hibrid ini banyak berbeza dengan kenderaan biasa dari aspek pemanduannya?

Tidak. Kuasa enjin dan kualiti pemanduannya sangat memuaskan. Qi faham bahawa banyak pengguna kereta beranggapan bahawa kereta hibrid tidak mampu menyaingi kenderaan berenjin konvensional. Itu tidak benar. Ia memang setanding dan lancar semasa memandu. Malah, ia mungkin lebih baik daripada kenderaan biasa dengan cirinya yang mesra alam. Ia juga mempunyai fungsi yang membuatkan enjinnya dimatikan secara automatik apabila kenderaan berhenti di lampu isyarat. Sistem ini menjimatkan penggunaan bahan api dan secara tidak langsung menurunkan tahap pencemaran.


QI bermain dengan simulasi pemanduan yang disediakan oleh pihak Honda Malaysia di Kidzania Premium Plaza Lounge, Damansara Utama, Selangor.


Apa lagi yang Qi boleh beritahu kepada para pemandu tentang Honda Jazz Hybrid CKD?

Pertamanya, Qi ingin menasihatkan supaya pemandu tidak menilai Jazz Hybrid tanpa memandu ujinya terlebih dulu. Ia memang tidak sama dengan kereta biasa, malah pengalamannya lebih memuaskan. Jazz Hybrid juga sangat selesa dan sesuai untuk mereka yang ingin memandu bersama ahli keluarga serta rakan? rakan mereka.

Apakah pendapat rakan? rakan Qi tentang kereta ini?

Rakan-rakan saya memang suka dengan penampilan Jazz Hybrid, tetapi kebanyakan mereka juga mempunyai persepsi yang salah mengenainya terutama dari segi ruang dalaman dan kualiti pemanduannya. Tetapi, sekarang mereka pasti berubah tanggapan jika memandu atau menaikinya sendiri.

Adakah ruang kabinnya begitu menyerlah?

Ya. Walaupun dari luar ia nampak sempit, hakikatnya Jazz Hybrid CKD memang luas dan selesa untuk pemandu dan penumpang. Tempat duduk Ultra Seat yang ada juga membolehkan pemandu mengangkat barang yang besar apabila ia dilipat.

Pada pendapat anda, pemandu bagaimana yang sesuai memandu memandu Honda Jazz Hybrid CKD?

Bagi saya, kereta ini sesuai untuk golongan muda atau pasangan muda yang baru berkeluarga. Ruang kabin dan gaya pemanduannya memang sesuai untuk mereka.

Apakah pendapat Qi tentang usaha Honda untuk mendidik orang ramai dan kanak-kanak tentang teknologi hibrid?

Usaha Honda untuk mendidik orang ramai, terutama kanak-kanak memang bagus dan wajar dipuji. Honda mendidik kanak-kanak keselamatan jalan raya dan kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang cukup interaktif.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tiada kompromi lantik jurulatih

Posted:

Tiada kompromi lantik jurulatih

Tiada kompromi lantik jurulatih

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

HAMIDIN


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan berkompromi dalam usaha melantik jurulatih baharu Harimau Malaya selepas ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, badan induk itu bersedia membuat pelaburan besar termasuk mendapatkan jurulatih asing sekiranya ia membawa kebaikan terhadap kemajuan Harimau Malaya.

Ini kerana menurut beliau, setiap pelaburan memainkan peranan yang penting terutamanya apabila membabitkan kos yang tinggi bagi mendapatkan khidmat jurulatih asing.

"FAM tidak akan berkompromi daripada segi kualiti, jika mahu menggantikan jurulatih (Datuk K. Rajagobal), calon itu perlulah lebih baik dan berwibawa.

"Jika ia boleh membawa kebaikan (khidmat jurulatih asing), tidak salah kerana ia salah satu pilihan yang dimiliki FAM bagi meningkatkan mutu pasukan kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Watsons Piala Malaysia di Renoma Cafe Gallery, Bukit Bintang di ibu kota semalam.

Masa depan Rajagobal sebagai ketua jurulatih menimbulkan tanda tanya sekiranya beliau gagal membantu Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 sebaik kontraknya tamat pada 31 Disember depan.

Spekulasi pengganti Rajagobal semakin tersebar luas apabila FAM mengesahkan telah menerima permohonan daripada tiga pengendali bertaraf dunia yang berminat mengisi jawatan tersebut.

Selain bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier, turut berada dalam radar FAM termasuklah bekas jurulatih skuad utama Liverpool, Alex Miller selain legenda Jerman, Rudi Voller.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata, pihaknya juga menyokong penuh saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin supaya memenuhi tuntutan mana-mana jurulatih asing termasuk gaji yang tinggi.

"Jika ia dipersetujui Ahli Jawatankuasa FAM, tidak timbul masalah.

"Kami akan mengkaji kewangan dan kemampuan FAM terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

"Jika perlu, FAM akan beriktiar mendapatkan sumber kewangan (bagi membayar gaji jurulatih asing)," jelas beliau.

Pestabola Merdeka gamit nostalgia

Posted:

Pestabola Merdeka gamit nostalgia

Pestabola Merdeka gamit nostalgia


MILIK KAMI... Para pemain dan pegawai skuad Harimau Muda meraikan kejayaan muncul juara Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, Kuantan Sabtu lalu.


GEGAK gempita Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang sepanjang final Pestabola Merdeka ke-41 antara Malaysia dan Myanmar Sabtu lalu memberi bayangan betapa kejohanan paling berprestij di rantau Asia itu sudah kembali menggamit hati peminat tempatan.

Tahniah buat barisan Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee kerana memenuhi harapan peminat di seluruh negara dengan persembahan bertenaga di tengah padang bagi membenam Myanmar 2-0 menerusi jaringan Rozaimi Abdul Rahman dan Junior Eldstal.

Kejayaan itu disaksikan lebih 27,000 peminat tempatan yang bersorak kegembiraan di segenap ruang stadium meraikan detik penuh istimewa itu.

Kemenangan itu menyaksikan Harimau Muda meraih hadiah AS$50,000 (RM150,000) manakala Myanmar terpaksa berpuas hati dengan AS$30,000 (RM90,000).

Singapura yang muncul pemenang tempat ketiga pula membawa pulang AS$20,000 (RM60,000) manakala Thailand meraih AS$10,000 (RM30,000).

Disuntik nafas baharu selepas tidak dianjurkan sepanjang tempoh lima tahun lalu, Pestabola Merdeka kini akan menjadi acara tetap dalam kalendar bola sepak negara.

Ia hasil usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Astro dan ProEvents International (M) Sdn. Bhd. yang berusaha keras untuk menjayakan kejohanan itu buat semua warga Malaysia yang menyimpan kenangan atas kejohanan yang dekat di hati mereka.

Edisi ke-42 Pestabola Merdeka dijangka dilangsungkan di negeri yang lain tahun depan kerana ia mengikut sistem penggiliran yang diilhamkan FAM dan rakan komersial, Astro dan ProEvents baru-baru ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mendedahkan, Pestabola Merdeka bakal melalui beberapa pembaharuan dengan penyertaan lebih banyak pasukan pada edisi akan datang.

"Kami menjemput beberapa negara tetapi ramai tidak dapat mengesahkan penyertaan mereka pada edisi Pestabola Merdeka kali ini disebabkan liga mereka yang masih berlangsung.

"Namun, kejohanan tahun ini di Kuantan dilangsungkan dengan jayanya berikutan 27,000 peminat yang hadir pada final dan ini memberikan gambaran baik mengenai kepentingan Pestabola Merdeka kepada negara," jelas Hamidin.

Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ProEvents, Julian Kam juga teruja dengan nostalgia dan tarikan Pestabola Merdeka sambil berazam untuk membawa kejohanan itu ke tahap lebih tinggi.

"Astro gembira kerana dapat membabitkan diri dalam usaha untuk menghidupkan semula Pestabola Merdeka menerusi jalinan kerjasama rapat kami dengan FAM.

"Ia adalah detik istimewa buat kami semua di Kuantan dan kami begitu teruja dengan sokongan menakjubkan daripada peminat," kata Choong Kay.

ProEvents yang sinonim dengan jelajah pramusim membabitkan kelab gergasi England di rantau Asia, kini tidak sabar untuk menganjurkan edisi Pestabola Merdeka seterusnya.

"Ia adalah usaha yang baik dalam menghidupkan semula Pestabola Merdeka selepas lima tahun.

"Peminat begitu hebat dan semuanya berjalan lancar. Kami berharap untuk membawa kejohanan ini kepada satu tahap yang lebih tinggi tahun depan," kata Kam.

Buat laporan jika ada maklumat

Posted:

Buat laporan jika ada maklumat

Buat laporan jika ada maklumat

Oleh TAUFIK SALIMIN
sukan@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN penyokong Johor berkumpul di pekarangan Stadium Perbandaran Pasir Gudang Selasa lalu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 yang dicatat Johor ketika menentang Sime Darby pada kempen Piala Malaysia.


"JANGAN hanya tahu buat kecoh, tampil buat laporan jika ada sebarang maklumat." Demikian tegas jurulatih Johor, Ederis Selamat kepada segelintir penyokong Johor berikutan dakwaan mengenai penglibatan bookie pada aksi Piala Malaysia menentang Sime Darby di Stadium Perbandaran Pasir Gudang Selasa lalu.

Menurut Ederis, penyokong menggunakan saluran yang betul untuk membantu Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) membanteras kegiatan mengatur perlawanan dan bukannya mencetuskan kekecohan.

"Saya minta kerjasama semua pihak untuk tampil memberikan maklumat dan kita akan mengambil langkah berhati-hati supaya perkara ini dapat dielakkan.

"Saya harap, penyokong bersikap lebih matang dan sekiranya mempunyai mempunyai maklumat, maklumkan perkara ini kepada PBNJ," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kira-kira 2,000 penyokong setia Johor membuat kecoh di pekarangan stadium terbabit selepas dikatakan kecewa dan tidak berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 menentang Sime Darby.

Dipercayai, kekecohan terbabit timbul kerana penyokong Johor beranggapan keputusan seri tersebut telah diatur memandangkan ia telah tersebar menerusi laman sosial Facebook sejak seminggu lalu.

Dalam pada itu, Ederis mengakui, beliau telah mengadakan pertemuan dengan penyokong terbabit bagi mendapatkan cerita sebenar.

"Bagaimanapun, saya tetap berharap mereka (penyokong) akan terus memberikan sokongan kepada pasukan dalam kempen Piala Malaysia," katanya.

Sementara itu, pengurus Johor, Onn Jabbar mengalu-alukan segala bentuk siasatan terhadap barisan pemainnya yang dikaitkan dengan bookie.

Katanya, segala bentuk siasatan boleh dilakukan bagi menjernihkan semula keadaan serta memastikan pemainnya bebas daripada masalah terbabit.

"Saya mengalu-alukan siasatan daripada pihak berwajib termasuk Jawatankuasa Integriti bagi menyiasat dengan lebih terperinci berhubung isu ini," katanya.

Menurutnya, tindakan penyokong yang mencetuskan provokasi semasa perlawanan begitu mengecewakan dan memberi kesan besar kepada para pemain yang sedang beraksi.

Bagi tonggak Johor, Mohd. Ezaidy Mohd. Khadar, dia mengakui berasa terkilan dan sedih selepas dimaki beberapa penyokong.

"Saya sedih dengan kejadian itu hingga menyebabkan moral dan semangat saya turun.

"Saya tidak tahu mengapa kami menjadi mangsa. Saya bersedia untuk disiasat sekiranya dipanggil pihak berkuasa nanti," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Ubat gigi untuk gigi sensitif

Posted:

Ubat gigi untuk gigi sensitif

Ubat gigi untuk gigi sensitif

PENGGUNAAN ubat gigi Sensodyne Complete Protection ini sebanyak dua kali sehari secara berterusan mampu membantu mengurangkan masalah gigi sensitif.


GIGI sensitif merupakan satu masalah yang sering melanda jutaan rakyat Malaysia. Malah, kajian menunjukkan satu daripada tiga penduduk di negara ini mengalami masalah tersebut.

Namun, lebih 70 peratus daripada mereka tidak mencari bantuan atau rawatan untuk mengatasi masalah gigi sensitif.

Menyedari hakikat itu, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK) tampil memperkenalkan ubat gigi Sensodyne Complete Protection yang direka khas bagi menangani masalah gigi sensitif.

Uniknya, ubat gigi istimewa ini menawarkan tujuh manfaat dalam satu produk. Dengan penggunaan dua kali sehari secara berterusan, ubat gigi Sensodyne Complete Protection, ia mampu melindungi pengguna daripada ketidakselesaan terhadap gigi sensitif, menguatkan enamel, mengawal plak, membantu mengekalkan gusi sihat, memberi kesegaran pada nafas dan menjadikan gigi putih berseri.


UBAT gigi Sensodyne Complete Protection ini boleh didapati dalam dua varian.


Ubat gigi ini dicipta dengan teknologi unik yang dinamakan NovaMin yang menghasilkan kalsium dan fosfat yang berfungsi sebagai perlindungan untuk gigi sensitif.

Sensodyne Complete Protection juga boleh didapati dalam varian Extra Fresh. Kedua-duanya hadir dalam bentuk tiub seberat 100 gram yang dijual pada harga RM14.50. Produk ini boleh didapati di semua pasar raya besar dan farmasi di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.sensodyne.com.my.

Jalani saringan awal talasemia

Posted:

Jalani saringan awal talasemia

Jalani saringan awal talasemia

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


KEMPEN saringan pembawa talasemia dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan sejak tahun 2008. - Gambar hiasan


STATISTIK Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa satu daripada 20 rakyat negara ini merupakan pembawa gen talasemia iaitu sejenis penyakit kecacatan darah yang diwarisi daripada keluarga kepada anak.

Kecacatan gen ini menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Disebabkan itu, pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.

Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Oleh itu, akibat kekurangan sel darah merah yang normal, pesakit kelihatan pucat.

Biasanya pesakit talasemia mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10 gram per desiliter.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, To' Puan Dr. Safurah Jaafar berkata, secara umumnya sebanyak 76 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia menghidap talasemia, tetapi hanya 26 peratus yang menjalani ujian saringan.

Justeru, pihaknya berharap masyarakat akan lebih peka mengenai kepentingan menjalani saringan talasemia untuk masa depan yang lebih baik.

"Kempen Jalanilah Ujian Talasemia ini bermatlamat menurunkan bilangan kelahiran bayi talasemia dalam tempoh panjang dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

"Selain daripada saringan pembawa, kami turut berhasrat memperkukuhkan rawatan pesakit talasemia di hospital. Pada tahun 2013, peruntukan sebanyak RM40 juta telah diluluskan bagi pembelian ubatan agen pengelat bagi penghidap talasemia dalam kalangan kanak-kanak," ujarnya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya baru-baru ini.


PESAKIT talasemia major perlu menjalani rawatan tansfusi darah setiap bulan.


Tambah Safurah, ibu bapa dan pesakit talasemia perlu mengambil kesemua ubat-ubatan secara konsisten, terutamanya agen pengelat, kerana ia boleh mengurangkan pengumpulan lebihan zat besi dari organ tubuh.

"Selain itu, golongan remaja berusia 16 tahun ke atas, pasangan yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dan golongan dewasa juga amat digalakkan menjalani ujian saringan pembawa talasemia yang disediakan secara percuma di klinik-klinik kesihatan kerajaan berhampiran," katanya.

Tambah beliau, ujian saringan pembawa talasemia telah diperkenalkan oleh KKM bermula tahun 2008. Sejak itu, seramai 1,523,913 individu telah menjalani ujian tersebut.

Daripada jumlah itu, seramai 23,110 orang dikenal pasti sebagai pembawa talasemia. Seramai 8,623 orang atau satu per tiga daripada jumlah tersebut berada di Sabah.

Jenis talasemia

Menurut Safurah lagi, terdapat dua jenis penyakit talasemia iaitu talasemia minor dan talasemia major. Bagi talasemia minor, ia merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit atau sebagai pembawa.

Sementara itu, talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda penyakit itu.

Mereka yang disahkan menghidap talasemia major memerlukan transfusi darah secara berterusan setiap bulan sepanjang hayat mereka. Namun, rawatan ini mempunyai risiko yang menyebabkan pengumpulan zat besi dalam organ-organ utama seperti hati, limpa, jantung dan kelenjar endokrin, sekali gus merosakkan fungsi organ berkenaan.

Justeru, pesakit perlu menjalani rawatan penyingkiran zat besi sebanyak lima kali seminggu, selain melakukan pemindahan sumsum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.myhealth.gov.my; www.infosihat.gov.my atau hubungi hospital dan klinik kesihatan kerajaan berdekatan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tentera bunuh lapan gerila MNLF

Posted:

Tentera bunuh lapan gerila MNLF

Tentera bunuh lapan gerila MNLF

BEBERAPA gerila MNLF yang menyerah diri kepada pihak tentera dihantar ke sebuah balai polis di Zamboanga semalam. - Agensi


BANDAR RAYA ZAMBOANGA - Pertempuran antara tentera dengan gerila pemisah di sini terhad kepada dua kawasan dan akan berakhir tidak lama lagi," kata Presiden Filipina, Benigno Aquino.

Namun, seorang jurucakap tentera memberitahu, pertempuran sengit masih berlaku di dua baha- gian di bandar pelabuhan ini semalam dengan lapan gerila Bari- san Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) terbunuh manakala 15 lagi menyerah diri.

Konfrontasi bersenjata itu tercetus pada 9 September lalu apabila sekumpulan anggota MNLF yang lengkap bersenjata berarak menuju ke bandar raya ini.

Lebih 100 orang terbunuh dan sekitar 112,000 penduduk melarikan diri dalam pertempuran yang berlanjutan selama 11 hari itu.

Aqunio yang berada di sini sejak Jumaat lalu memberitahu, hanya 20 tebusan yang terdiri daripada orang awam masih ditawan pengganas.

"Konfrontasi ini tidak akan berpanjangan," katanya pada satu sidang akhbar.

Dalam perkembangan berkaitan pihak tentera memberitahu, cuma 70 gerila MNLF masih bertahan selepas sekitar 100 orang menyerah diri atau ditangkap manakala 86 lagi dibunuh.

Bandar raya ini pula kembali beroperasi semalam dengan seba- hagian bank dan kedai dibuka.

Sebanyak dua penerbangan dengan sebuah hanya membawa 18 penumpang dari Manila turut mendarat di sebuah lapangan terbang di sini.

Aquino menyatakan bahawa beliau akan berada di sini sehingga krisis tersebut selesai. - Reuters

6 maut, 34 cedera bas, kereta api bertembung

Posted:

6 maut, 34 cedera bas, kereta api bertembung

6 maut, 34 cedera bas, kereta api bertembung


BEBERAPA pegawai polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas dan kereta api di Ottawa kelmarin. - REUTERS


OTTAWA - Enam orang termasuk pemandu bas maut dan 34 yang lain cedera apabila sebuah bas dua tingkat merempuh halangan di sebuah simpang lalu bertembung dengan kereta api penumpang di Kanada kelmarin.

Punca kejadian dekat stesen kereta api Fallowfield di laluan Ottawa-Toronto dekat sini masih belum diketahui.

Bas berkenaan remuk manakala kepala kereta api dan sebuah gerabak kereta api berkenaan tergelincir dalam nahas tersebut.

Lapan mangsa masih kritikal setakat malam kelmarin.

Menurut seorang penumpang bas, Rebecca Guilbeault, bas berkenaan dipandu laju semasa menghampiri landasan kereta api.

Presiden kesatuan transit, Craig Watson mengenal pasti pemandu bas berusia 45 tahun yang terbunuh sebagai Dave Woodard.

Sementara itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan menyatakan, semasa kejadian kereta api milik syarikat Via Rail itu bergerak perlahan kerana ia menghampiri sebuah stesen dan persimpangan.

Pada 6 Julai lalu, seramai 47 orang terbunuh apabila sebuah kereta api membawa minyak tergelincir dan meletup di Quebec, Kanada. - Agensi

Jennifer Aniston nafi hamil anak sulung

Posted:

Jennifer Aniston nafi hamil anak sulung

Jennifer Aniston nafi hamil anak sulung

JENNIFER Aniston ketika hadir ke tayangan perdana filem Life of Crime pada Festival Filem Antarabangsa Toronto 2013 di Roy Thomson Hall, Kanada. - Agensi


LOS ANGELES - Aktres terkenal, Jennifer Aniston sekali lagi menjadi mangsa khabar angin yang mendakwa dia hamil anak pertama, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Spekulasi itu menjadi hangat apabila majalah Us Weekly menerbitkan artikel bertajuk "rahsia besar" Aniston kelmarin.

Bagaimanapun, jurucakap bintang berusia 44 tahun itu menafikan laporan berkenaan.

"Seluruh artikel itu hanya direka-reka. Aniston tidak hamil," kata jurucakapnya.

Menurut laporan tersebut, Aniston berusaha untuk menyembunyikan perutnya yang semakin membuncit semasa dia mempromosikan filem terbaharunya.

Bekas pelakon siri Friends itu telah beberapa kali menafikan berita kehamilannya. Spekulasi itu timbul selepas dia hadir untuk beberapa acara karpet merah sejak beberapa bulan lalu.

Aniston bertunang dengan penulis skrip berusia 42 tahun, Justin Theroux pada tahun 2012.

Aktres itu pernah berkahwin dengan bintang Hollywood, Brad Pitt tetapi perkahwinan itu berakhir dengan per ceraian pada 2005. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tenis: Tiga pemain negara dapat wild card untuk Terbuka Malaysia 2013

Posted:

Tenis: Tiga pemain negara dapat wild card untuk Terbuka Malaysia 2013

Tenis: Tiga pemain negara dapat wild card untuk Terbuka Malaysia 2013

20/09/2013 10:21pm

KUALA LUMPUR - Tiga pemain tenis negara memperoleh tiket wild card pada kejohanan tenis Jelajah Dunia ATP: Terbuka Malaysia 2013 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bulit Jalil bermula esok sehingga 29 September ini.

Mereka ialah pemain tenis nombor satu negara, Syed Mohd. Agil Syed Naguib, Mohd. Assri Merzuki dan Si Yew Ming.

Syed Agil yang akan bergandingan dengan pemain muda dari India, Yuki Bhambri dalam kategori beregu berkata, kejohanan itu merupakan tempat dan peluang yang bagus untuknya mencari pengalaman.

"Ini merupakan satu pengalaman yang bagus kerana saya dapat berlawan dengan pemain profesional namun saya akan memberikan mereka tentangan sebaik mungkin bagi membuktikan kebolehan saya," katanya pada sidang media kejohanan itu, di sini hari ini.

Syed Agil berkata, beliau akan melakukan yang terbaik dan berharap mampu melepasi pusingan pertama dan terus fokus untuk ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, pemain muda Mohd. Assri dan Yew Ming yang sudah lima kali menyertai kejohanan itu berpendapat kejohanan kali ini akan memberi mereka pengalaman untuk berdepan cabaran genting pada masa hadapan.

Pemain lain yang akan bersaing untuk merebut hadiah AS$984,300 (RM3.11 juta) pada kejohanan ini termasuk David Ferrer dari Sepanyol dan Stanislas Wawrinka dari Switzerland. - Bernama

Belia ASEAN digalak sertai program sukarelawan - Khairy

Posted:

Belia ASEAN digalak sertai program sukarelawan - Khairy

Belia ASEAN digalak sertai program sukarelawan - Khairy

20/09/2013 10:11pm

BANGI - Golongan belia ASEAN digalak menyertai program komuniti dan sukarelawan bagi meningkatkan pertukaran pengalaman, membangunkan keupayaan, mempertingkat pemahaman silang budaya dan menempa identiti serantau.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, belia ASEAN memainkan peranan penting bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian di rantau ini dan perlu mempunyai rasa prihatin bagi rakan di negara jiran antaranya termasuk kesedaran bagi memulihara alam sekitar.

Beliau berucap pada majlis sambutan program sulung Sukarelawan Belia ASEAN bertemakan "Pembangunan Pemimpin Eko Belia Asean melalui Penglibatan Sukarelawan dan Komuniti" di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Turut hadir naib canselor UKM, Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, timbalan naib canselor UKM (Industri dan Perkongsian Komuniti) dan pengarah eksekutif program sukarelawan belia ASEAN, Prof. Datuk Dr. Saran Kaur Gill dan duta besar Amerika Syarikat ke ASEAN, David L. Carden.

Mengenai program lima minggu Sukarelawan ASEAN itu, Khairy berkata, program itu merupakan satu kesedaran di kalangan generasi muda untuk datang dan bekerjasama melindungi alam sekitar. - Bernama

Tengku Mahaleel bayangkan kemungkinan tindakan undang-undang terhadap Rashid

Posted:

Tengku Mahaleel bayangkan kemungkinan tindakan undang-undang terhadap Rashid

Tengku Mahaleel bayangkan kemungkinan tindakan undang-undang terhadap Rashid

20/09/2013 10:05pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas jurulatih perseorangan badminton negara, Rashid Sidek, yang dilaporkan menandatangani kontrak setahun bersama pihak Liga Badminton India (IBL), Delhi Smashers.

Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, bagaimanapun berkata badan badminton kebangsaan berkenaan terlebih dahulu perlu mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan dengan kelab berpusat di New Delhi itu.

Sebuah akhbar di India memuatkan laporan yang menyebut bahawa Rashid, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996, menandatangani kontrak setahun dengan kelab IBL untuk melatih pemainnya.

"Beliau (Rashid) mempunyai kontrak dua tahun dengan kami yang merangkumi tempoh Januari 2013 hingga Disember 2014. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved