Selasa, 17 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Keberanian bersaing dengan peserta luar negara

Posted:

Keberanian bersaing dengan peserta luar negara

Keberanian bersaing dengan peserta luar negara

KEADAAN cuaca yang hujan sejak tengah hari memberi petanda bahawa cabaran perlumbaan Malaysia Merdeka Endurance Race (MMER) tahun ini sedikit mencabar kerana permukaan litar di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi licin. Ia agak berbahaya jika pemandunya tidak mempunyai skil pemanduan yang mantap.

Namun, semua itu tidak mematahkan semangat pelumba-pelumba daripada 35 pasukan yang menyertai pertandingan tahunan itu.

"Faktor cuaca memainkan peranan penting dalam mana-mana perlumbaan. Selain litar licin, pemandu juga berdepan dengan penglihatan yang terhad memandangkan kemuncak perlumbaan bermula tengah malam 31 Ogos lalu," ujar pemandu pasukan Fawster Motorsport, Mohd. Nazir Nor Mohamed, 36, ketika ditemui sebelum bermulanya MMER 2013. Acara yang berlangsung selama dua hari itu berakhir pada 1 September lalu.

Dalam keterujaan untuk mempamerkan bakat dan pengalaman hampir sedekad dalam dunia permotoran, perasaan bimbang dan gusar bersarang dalam dirinya.

"Kegusaran tetap ada dalam setiap hati seorang pelumba. Tetapi ia lebih kepada soal keselamatan dan perkara-perkara yang membabitkan soal teknikal.

"Dalam acara besar begini, masalah teknikal memang tidak dapat dielakkan. Walaupun sudah membuat persediaan lama, jika sudah ketentuan ia mengalami kerosakan, kami tidak dapat berbuat apa-apa," jelas bapa kepada tiga orang anak itu.


FAKTOR keselamatan menjadi keutaman kepada setiap pasukan.


Masalah-masalah teknikal seperti enjin, brek kereta, tayar sehingga perkara-perkara kecil perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan kelancaran pemanduan secara keseluruhan.

Bersaing dengan pasukan-pasukan antarabangsa tidak membuatkan mereka gentar kerana percaya mampu memberi saingan sengit dalam setiap perlumbaan.

Ia diakui oleh oleh seorang lagi pemandu pasukan tempatan itu, Mohd. Rizuan, 32, yang juga adik kepada Mohd. Nazir. Katanya, setiap pasukan mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

"Perlumbaan kereta lumba tidak hanya terletak pada teknologi semata-mata, ia perlu diselarikan dengan teknik pemanduan dan pasukan kerja yang baik. Pengalaman seseorang pemandu memberi kelebihan ketika berada di atas litar," ujar graduan Kewangan di Universiti Portsmouth, England itu.

Fawster Motorsports merupakan salah satu pasukan tempatan yang menyertai perlumbaan tahunan tersebut dengan menghantar dua buah kereta yang dipandu oleh tujuh orang pelumba kelahiran Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dan telah menyertai puluhan perlumbaan kereta.

Kereta jenis Nissan Fairlady 380RS-C dipandu oleh Mohd. Nazir bersama dua adiknya iaitu Rizuan, 32, dan Khairul Anwar, 27. Selain itu, ia turut disertai oleh pemandu senior, Faidzil Alang, 42, Kenvin Low, Muhamad Arif Abdullah dan Syafiq Ali memandu kereta jenis Honda DC5.

Gabungan dua pasukan iaitu Brothers in Racing dan FA Racing menubuhkan Fawster Motorsports yang secara rasminya menjadi satu jenama baharu bermula akhir tahun lalu. MMER 2013 adalah penyertaan pertama mereka di bawah satu pasukan.

Dalam tempoh 12 jam perlumbaan, pasukan Fawster Motorsport berada di tempat kedua bagi kategori Sport Production.

Pelumba Singapura, Mok Weng Sun, muncul pasukan pertama menamatkan perlumbaan tersebut. Dia bersama dua rakannya, Craig Baird dan Hiroshi Hamaguchi di bawah pasukan Clearwater Racing Team menggunakan kereta Ferrari 458 Italia GT3.

Mereka mencipta rekod baharu, 323 lap berbanding 321 pusingan pada tahun lalu. Ia merupakan kali kedua Weng Sun menjuarai MMER, kali terakhir adalah pada tahun 2008.

Tahun ini, MMER disertai pasukan dari beberapa negara antaranya, Australia, China, Jerman, Hong Kong, Itali, Jepun, Singapura, Slovakia dan Thailand.

Mohd. Nazir berkata, mereka sepakat menubuhkan Brothers in Racing pada tahun 2005.

Penyertaan MMER pertama ialah pada tahun 2006 dengan hanya lima orang pekerja termasuk pelumba dan dua orang mekanik.

"Kami bergilir-gilir melakukan tugas penyelenggaraan ketika perlumbaan berlangsung. Saya masih ingat lagi, tayar kereta Honda Civic (EG6) yang kami gunakan pecah. Walaupun mengambil masa lama untuk dibaiki, kami tetap menghabiskan pusingan perlumbaan," imbas Mohd. Rizuan.


KECEKAPAN dan pengalaman luas dalam dunia permotoran menjadikan Faidzil sebagai contoh kepada pelumba-pelumba baharu.


Bengkel pemanduan

Pertemuan dengan Faidzil Alang membawa sinar baharu kepada pasukan mereka melalui beberapa kerjasama antara syarikat milik jaguh litar lumba itu, FA Racing.

"Faidzil merupakan mentor kepada kami bertiga kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar dari segi pemanduan dan penyelenggaraan kereta.

"Usahasama tersebut tidak terhenti setakat di litar sahaja, malah kami turut mengadakan beberapa program bersama seperti bengkel pemanduan kereta kepada pelumba-pelumba amatur," kata Mohd. Nazir yang merupakan graduan Universiti Middlesex, London, England.

Kehebatan Faidzil di litar lumba tidak perlu disangkal lagi. Penyandang Pelumba Litar Terbaik 2003 ini mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun dengan menyertai pertandingan di dalam dan luar negara.

Bekerja bersama syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) membuka minatnya dalam bidang automotif walaupun pada awalnya dia aktif dalam sukan sepak takraw sehingga pernah mewakili negeri.

"Ketika di Proton, saya bekerja sebagai pemandu percubaan. Dari situ, saya mula mengenali beberapa individu yang aktif dalam lumba kereta. Melihat kesungguhan dan keinginan mahu mencuba, pada tahun 1995 saya menyertai Kejohanan Kebangsaan Silverstone Proton," imbas Faidzil.

Menurut beliau, bekas majikannya iaitu Tengku Azizan Tengku Ahmad, pernah menyandang portfolio sebagai Pengurus Besar Homologasi, Ujian dan Prototaip, Bahagian Kejuruteraan Proton merupakan individu yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadanya untuk terus bergiat aktif.

"Saya pernah berputus asa sehingga tidak menyertai mana-mana pertandingan dalam masa beberapa tahun. Tetapi beliau terus meniup semangat saya untuk mencuba," tambahnya.

Kini, dia mampu berbangga dengan deretan kejayaan dan anugerah yang diterima. Menubuhkan Fawster Motorsports bersama pasukan Brother in Racing meluaskan lagi pengaruhnya dalam industri permotoran dalam negara.

"Selain bengkel dan latihan untuk pelumba baharu dan profesional, kami turut mengadakan program bersama pelajar-pelajar bidang kejuruteraan automotif.

"Antaranya, Fawster Motorsport menjadi antara Penasihat Lembaga Automatif untuk Taj International College (TIC), Perak. Modul yang kami berikan menjurus kepada bahagian-bahagian teknikal," ujarnya.

Bagi meneruskan kelangsungan dunia permotoran negara, Fawster Motorsports membuka ruang dan peluang kepada bakat-bakat baharu untuk menceburi bidang ini melalui penglibatan secara terus kepada industri.

Langkah pertama mereka adalah melatih seorang pelumba muda berumur 18 tahun, Muhamad Arif Abdullah untuk menyertai pasukan Fawster Motorsports di MMER.


TENAGA kerja Fawster Motorsport yang menyertai MMER 2013.


Bakat muda

"Ia merupakan salah satu tanggungjawab sosial kami untuk melihat lebih ramai anak tempatan menyertai dunia permotoran secara profesional," ujar Mohamad Nazir yang juga merupakan salah seorang Pengarah Fawster Motorsports.

Kata Faidzil, Malaysia mempunyai ramai bakat muda tetapi mereka tidak diberi peluang dan pendedahan.

Pertama kali menyertai perlumbaan besar seperti MMER, Muhamad Arif tidak menyangka mendapat kepercayaan daripada pasukan Fawster Motorsport.

"Saya sangat teruja kerana mendapat bimbingan daripada pelumba-pelumba berpengalaman dalam pasukan ini.

"Mereka banyak memberikan tunjuk ajar dan semangat sepanjang perlumbaan. Ia pengalaman paling berharga dalam karier saya," ujar pelajar peringkat asas perniagaan di Kolej Help, Kuala Lumpur.

Hidangan lima bintang seorang banduan

Posted:

Hidangan lima bintang seorang banduan

Hidangan lima bintang seorang banduan


BOSLEY memberi tunjuk ajar kepada banduan dalam menyediakan masakan bertaraf lima bintang.


"ANDA boleh menghasilkan lima hidangan dengan lima rasa berbeza daripada seekor ikan. Sebelum ini saya fikirkan semua ikan mempunyai rasa yang sama tetapi sebenarnya tidak. Banyak yang telah saya pelajari di sini," ujar Pete.

Dia merupakan salah seorang tahanan penjara yang menyertai Festival Hidangan Makanan Wellington. Pada acara tersebut, mereka berpeluang menyediakan makanan lima bintang kepada orang ramai.

Secara keseluruhan lebih 30 orang banduan di Penjara Rimutaka, Wellington, New Zealand telah mendapat pengiktirafan sijil katering melalui pembelajaran di dapur penjara. Mereka mendalami kemahiran yang dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan di restoran-restoran di negara itu selepas dibebaskan kelak.

Buat kali pertama pada tahun ini, pihak berkuasa telah memutuskan untuk mempamerkan kehebatan kulinari para banduan itu.

Mereka telah dilatih oleh pemilik restoran terbaik New Zealand 2007, Martin Bosley. Chef yang berpengalaman itu telah memberi tunjuk ajar mengenai segala aspek penyediaan makanan selama sembilan bulan kepada para banduan terlibat.

Kemuncaknya, mereka akan menghidangkan juadah istimewa selama dua malam untuk 140 orang pengunjung dengan berlatarkan suasana sebenar penjara.

Mengajar banduan

"Ia merupakan pengalaman yang mengujakan selama 30 tahun terlibat dalam industri masakan," luah Bosley.

Pada awalnya, dia berasa sedikit skeptikal dan tidak berminat dengan idea tersebut. Ini kerana beliau tidak dapat membayangkan bagaimana suasana untuk mengajar para banduan di penjara.

"Selepas beberapa ketika, saya mula terfikir bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan selepas dibebaskan nanti," ujarnya yang akhirnya telah bersetuju dengan idea tersebut.

Faktor keselamatan tidak menjadi kebimbangan kepada Bosley kerana banduan-banduan yang dipilih mengikuti program ini tidak mempunyai kes-kes serius. Penjara Rimutaka merupakan penempatan yang dilengkapi tahap keselamatan sederhana memandangkan banduan di sana terdiri daripada pesalah kes biasa atau mempunyai rekod yang baik.


KREDIBILITI banduan diuji ketika menyediakan hidangan kepada para tetamu.


"Selepas mengajar mereka, tanggapan negatif saya beransur hilang. Saya mula berasa selesa untuk bekerja bersama golongan banduan ini," ujar Bosley yang enggan menerima sebarang bayaran dalam menjayakan program itu.

Beliau mempunyai pekerja sambilan yang terdiri daripada bekas banduan Penjara Rimutaka dan menyatakan, peningkatan ketara dapat dilihat dalam diri banduan tersebut.

Jelasnya, mereka tangkas menggunakan pisau-pisau tajam untuk membuang lemak-lemak daging, malah cepat mempraktikkan semua pembelajaran yang diberi.

Menurut seorang banduan, Marco, sebelum dimasukkan ke dalam penjara pada tahun 2004, dia tidak tahu cara-cara membuat sandwic. Namun, selepas mengikuti program berkenaan, dia bercita-cita untuk menjadi pembuat kek apabila dibebaskan kelak.

"Saya mahu menjadi pembuat kek perkahwinan," ujarnya tersenyum.

Seorang lagi banduan, Wolf, ditugaskan di bahagian sayur-sayuran telah mencipta resipi roulade Wellington tanpa daging disertakan kacang puy Perancis dan mousse keju kambing.

"Setiap kali gagal, saya mempelajari sesuatu. Jika terdapat perkara yang tidak boleh dilakukan, saya gemar mencari penyelesaian dengan melakukan kajian sendiri. Ia sangat mengujakan," ujarnya.

Wolf mengakui, berinteraksi bersama orang luar merupakan satu cabaran getir sepanjang program itu. Pada awalnya, dia seperti kebanyakan banduan lain berasa segan dan selalu menyendiri.

Dia menganggap bekerja di dapur merubah hidupnya dan kini dia mempunyai arah tujuan selepas dibebaskan.

"Saya telah berada di sini. Boleh dikatakan saya merupakan banduan yang ganas dan sukar dikawal. Sejak mengikuti program ini, fokus saya telah bertukar. Ia merupakan sesuatu yang ingin saya lakukan kelak," tambahnya.

Wolf dan rakan-rakannya cukup berdebar menanti reaksi pengunjung ketika ditemuramah AFP pada 9 dan 10 Ogos lalu. Namun, mereka perlu berbangga kerana hidangan dua malam itu mendapat respons positif termasuk dari pengkritik makanan akhbar Dominion Post, David Burton. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Beli produk istimewa dengan satu sentuhan

Posted:

Beli produk istimewa dengan satu sentuhan

Beli produk istimewa dengan satu sentuhan

KETIKA diberitahu seorang rakan mengenai kewujudan portal The Cresent baru-baru ini, Saidatul Amira Ghazali, 26, bersikap skeptikal. Baginya portal itu tidak lebih daripada portal biasa yang menjual pelbagai produk dan busana Muslimah seperti yang pernah dilayarinya di internet sebelum ini.

Bagaimanapun, sebaik sahaja melayari portal berkenaan buat kali pertama, gadis yang mesra dengan panggilan Amira itu agak teruja.

Ia bukan sekadar portal perniagaan biasa sebaliknya turut memaparkan beberapa panduan mengenai fesyen dan gaya hidup seorang Muslimah.

Mengakui seorang yang menggemari dunia fesyen, Amira berkata, dia berpuas hati melayari The Crescent kerana ia menawarkan pelbagai produk dan busana Muslimah terkini di pasaran.

"Kesedaran masyarakat terhadap pemakaian yang mematuhi syarak semakin meningkat. Justeru, kewujudan portal ini dilihat tepat pada masanya.

"Selain menawarkan pelbagai produk fesyen Muslimah dengan rekaan terkini, harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah berbanding di pasaran," katanya yang menetap di Skudai, Johor Bahru.

Sebagai seorang ahli fisioterapi, Amira mengakui jadual kerjanya sentiasa padat dan tidak menentu menyebabkan masa untuk membeli-belah agak terhad.

Disebabkan itu, tidak hairanlah anak kedua daripada empat beradik itu lebih gemar mendapatkan pelbagai barangan termasuk busana Muslimah kegemarannya seperti tudung dan selendang di laman-laman web atau laman sosial.

Bagaimanapun, katanya, risiko berurus niaga di internet amat tinggi kerana dia sendiri pernah menjadi mangsa penipuan beberapa peniaga tidak bertanggungjawab.

"Pernah barangan yang saya ditempah tidak sampai biarpun telah membuat pembayaran. Lebih menyakitkan hati apabila produk yang ditempah tidak sama seperti yang dipamerkan di laman web," ceritanya.

Bagaimanapun, sebaik sahaja melayari portal The Crescent, kebimbangan itu tidak lagi wujud apatah lagi selepas dia mengetahui portal itu diuruskan oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di negara ini, Celcom Axiata Bhd. (Celcom).


PORTAL The Crescent memberi pelbagai maklumat mengenai fesyen terkini dan gaya hidup Muslimah.


"Melalui portal ini pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Ia juga menggunakan pembayaran melalui kad kredit atau sistem pembayaran elektronik yang mana mempunyai prosedur keselamatan yang lebih ketat.

"Lebih menggembirakan, barangan saya dihantar mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu tiga hari," katanya yang telah membuat pembelian melalui portal tersebut baru-baru ini.

Amira berkata, satu lagi perkara menarik yang menyebabkan dia menyukai portal itu adalah pengisian lain yang ditawarkan seperti panduan mengenai pelbagai aspek kehidupan yang meliputi bidang sosial, kesihatan dan agama. Ini baginya secara tidak langsung memberi nilai tambah yang boleh dimanfaatkan pengguna.

The Cresent yang menyediakan ruang perniagaan kepada produk berkaitan Islam seperti fesyen dan gaya hidup merupakan salah satu daripada tiga portal terbaharu yang dilancarkan Celcom dalam usaha meneroka pasaran ekonomi digital yang dilihat pesat berkembang di negara ini.

Selain The Cresent, syarikat itu turut melancarkan portal Bachabooku dan Buzzaar yang telah beroperasi sejak 1 September lalu.

Ketua Perkhidmatan Digital Celcom, Afizulazha Abdullah berkata, kehadiran ketiga-tiga portal merupakan usaha syarikat itu untuk meluaskan sumber pendapatan menerusi penyediaan perkhidmatan digital atau aplikasi, berbanding hanya tertumpu kepada khidmat suara dan data .

Katanya, internet tidak lagi dilihat sebagai cabang komunikasi yang memudahkan urusan kerja dan satu medan pencarian maklumat. Sebaliknya ia turut memainkan peranan penting dalam menggerakkan dunia perniagaan.

"Hari ini penggunaan jalur lebar semakin meluas termasuk di luar bandar. Masyarakat tanpa mengira peringkat usia sentiasa berhubung melalui pelbagai peranti pintar seperti tablet dan telefon pada setiap masa dan lokasi.

"Jadi, kami merasakan sudah tiba masanya untuk meluaskan skop perniagaan sedia ada kepada perkhidmatan portal seperti ini yang mana bukan sahaja memberi manfaat kepada lebih 13 juta pelanggan Celcom tetapi juga rakyat secara keseluruhan," katanya kepada Kosmo! semasa majlis pelancaran ketiga-tiga portal berkenaan di ibu negara baru-baru ini.

Menurut Afizulazha, portal-portal itu dibangunkan untuk memberi peluang kepada pengguna internet menikmati pengalaman membeli-belah dengan dalam suasana lebih selesa dan menjimatkan masa.

Selain hanya menjual produk buatan Malaysia, katanya, ia juga menawarkan variasi produk berkualiti dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

Portal Bachabooku misalnya, menawarkan lebih 700 penerbitan elektronik, termasuk buku dan majalah daripada pengarang dan penerbit tempatan manakala Buzzaar menawarkan pelbagai produk istimewa seperti makanan dan kraftangan dari setiap negeri.


AFIZULAZHA (empat dari kanan) melancarkan tiga portal terbaharu Celcom yang beroperasi sepenuhnya pada 1 September lalu.


"Sebagai contoh, jika seseorang itu mahu membeli telur ikan terubuk Sarawak, mereka hanya perlu melayari portal Buzzaar dan membuat tempahan. Pembelian boleh disempurnakan melalui pembayaran menggunakan kad kredit ataupun sistem pembayaran elektronik sebelum ia dihantar mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Apa yang penting, pengguna tidak perlu bimbang melakukan urus niaga kerana portal ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini bagi menghindari sebarang penipuan," ujarnya yang memberitahu portal itu terbuka bagi semua pengguna dan tidak terhad kepada pelanggan Celcom sahaja.

Jelas Afizulazha, pihaknya sedang giat melakukan pelbagai promosi untuk menarik pengguna termasuk dalam kalangan usahawan tempatan yang berminat untuk mempromosikan produk mereka pada platform yang disediakan.

Ujarnya, ketika ini terdapat lebih 50 usahawan tempatan yang menawarkan lebih 100 barangan dalam Buzzaar dan menjangka bilangan itu akan meningkat dari semasa ke semasa.

"Kami sentiasa mencari usahawan yang mampu memberi perkhidmatan dan produk terbaik kepada pelanggan untuk dipaparkan di portal-portal ini," kata beliau yang menyasarkan sehingga satu juta pelanggan berdaftar yang akan menggunakan portal tersebut menjelang hujung tahun hadapan.

Salim Abdullah, 52, pula tertarik dengan kandungan portal Buzzaar yang menawarkan pelbagai jenis makanan, produk kraftangan dan aksesori tempatan.

Berasal dari Kapar, Klang, dia berkata, melalui portal itu orang ramai boleh membeli pelbagai produk tempatan tanpa perlu bersesak-sesak di luar rumah.

"Lagipun harga petrol sudah meningkat, melalui portal ini kita berpeluang mendapat apa yang diinginkan hanya melalui satu sentuhan," ujarnya.

Salim berharap lebih banyak produk tempatan dapat diketengahkan melalui portal berkenaan pada masa hadapan.

"Ketika ini terdapat dua produk dari dua negeri iaitu Sarawak dan Lembah Klang, mungkin selepas ini ia akan diperluaskan ke negeri-negeri lain yang turut mempunyai keistimewaan tersendiri," katanya.

Gotong-royong bersihkan Seberang Takir

Posted:

Gotong-royong bersihkan Seberang Takir

Gotong-royong bersihkan Seberang Takir

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


Sukarelawan TM dan penduduk kampung menyertai aktiviti gotong-royong di Kampung Seberang Takir.


SEAWAL pukul 7 pagi, penduduk Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu sudah bersiap sedia untuk menyertai Program Gotong-Royong 1TM anjuran Telekom Malaysia Berhad (TM).

Tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak, riak wajah mereka menunjukkan semangat jati diri yang tinggi dalam mencurah tenaga membersihkan kawasan kampung tersebut.

Program Gotong-Royong 1TM merupakan salah satu cabang program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TM yang diberi nama Kempen TM Bumiku.

Ia diadakan di seluruh negara dengan warga Kampung Seberang Takir berbesar hati menjadi tuan rumah dalam perasmian Program Gotong-Royong 1TM yang bermula tahun lalu.

Pengerusi TM, Datuk Seri Dr. Halim Shafie berkata, program berkenaan diadakan secara serentak di seluruh negara untuk bekerjasama bersama masyarakat memulihara alam sekitar.

"Sebanyak 1,600 pekerja TM telah mengambil bahagian dalam program kali ini di seluruh negara.

"Di Kampung Seberang Takir pula, kita berjaya mengumpul 100 pekerja TM dan 200 penduduk menjayakan program ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam program berkenaan, pelbagai acara diatur termasuk senamrobik, pertandingan lukisan, sukaneka, memasak dan lain-lain lagi.

Hadir sama merasmikan program berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman. Turut bersama ialah Pengurus Besar TM Terengganu, Hamidun Ismail.

Halim turut membersihkan pantai, mengecat bot, membaiki jeti malah menjemur dan mengasingkan ikan bilis bersama penduduk setempat.

Beliau menambah, sumbangan kecil yang diberikan TM itu diharap mampu mengurangkan beban penduduk setempat dalam menjalankan aktiviti seharian mereka.

Pengalaman baharu

Katanya, pemilihan Kampung Seberang Takir agak istimewa kerana ia bukan sahaja terletak berhampiran pantai tetapi dapat menjalankan aktiviti seperti mengecat bot, membaiki jeti, mengecat masjid malah menjemur serta mengasingkan ikan bilis.

"Ia tentu sekali akan memberi pengalaman baharu kepada para sukarelawan TM yang menjayakan program di kampung ini," ujarnya.


PESERTA bersama penduduk membaiki jeti nelayan.


TM turut melancarkan pasukan sukarelawan TM yang dikenali dengan nama TM ROVers yang membawa singkatan TM Reaching Out Volunteers.

Halim memberitahu, penubuhan pasukan itu bertepatan dengan usaha TM menyemarakkan amalan kesukarelawan dalam kalangan pekerja.

Bahkan, beliau memberitahu, setakat ini, TM mempunyai kira-kira 12,000 sukarelawan di bawah kelab-kelab dan persatuan di dalam TM.

"Justeru, dengan penubuhan TM ROVers, kita berharap dapat menyeragamkan segala aktiviti sukarelawan di bawah satu bumbung dan nama," ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Razif yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Seberang Takir berbangga kerana TM telah memilih Kampung Seberang Takir untuk mengadakan program CSR mereka.

"Ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam mendekatkan masyarakat dengan teknologi. TM merupakan sebuah syarikat besar malah melalui program ini penduduk dapat mengetahui teknologi terkini yang ditawarkan TM.

"Dengan kerjasama tersebut, ia memberi pendedahan mengenai kes kecurian kabel yang kerap berlaku kebelakangan ini," katanya.

Beliau menambah, internet memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat hari ini termasuk penduduk di Terengganu.

Justeru katanya, kepentingan menjaga kabel amat penting bagi memastikan capaian internet sentiasa dapat dinikmati penduduk.

Dalam pada itu, seorang peserta, M. Hafizudin Mazlan berasa terharu dapat bersama rakan-rakannya membersihkan kawasan pantai.

"Ini kali pertama saya menyertai program gotong-royong. Saya seronok kerana dapat bersama-sama menjaga alam sekitar terutama kawasan pantai yang menjadi tarikan pelancong di negeri ini.

"Saya berharap dapat mencurahkan lagi tenaga dalam program sebegini pada masa hadapan," ujarnya.

Masyitah Yunus pula berbesar hati kerana TM memilih Kampung Seberang Takir sebagai tuan rumah program gotong-royong berkenaan.

"Ia memberi peluang kepada penduduk setempat seperti saya untuk mengenali kakitangan TM dengan lebih dekat lagi selain bersama-sama menjaga alam sekitar," katanya.

Apple perkenal iPhone 5S dan iPhone 5C

Posted:

Apple perkenal iPhone 5S dan iPhone 5C

Apple perkenal iPhone 5S dan iPhone 5C

Oleh KHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN


APPLE mengambil strategi pemasaran berbeza apabila melancarkan model telefon pintar iPhone 5S dan iPhone 5C secara serentak.


SETELAH hampir setahun iPhone 5 diperkenalkan kepada dunia gajet digital, Apple Inc.. (Apple) kembali dengan menampilkan dua model telefon pintar terbaharu secara serentak iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C.

Syarikat legasi Steve Jobs itu melancarkan strategi pemasaran yang agak berbeza berbanding sebelumnya. Jika sebelum ini Apple hanya memperkenalkan satu model telefon pada satu-satu masa, kali ini ia memasarkan model dengan dua spesifikasi berbeza serentak.

Secara perbandingannya, kedua-dua model ini memasarkan sistem operasi terkini iOS 7, berbanding iOS 6 yang terdapat pada iPhone 5.

Namun begitu, Apple mengekalkan paparan LCD IPS berukuran 4-inci (10 sentimeter) dengan 1,136 x 640 piksel berserta dengan 326 piksel per inci (ppi) iaitu paparan yang sama digunakan pada iPhone 5.

Dari sudut sokongan rangkaian 4G LTE pula, kedua-dua model ini menyokong teknologi terkini rangkaian mudah alih yang turut ditawarkan pada model iPhone 5.

Jika kamera menjadi kayu pengukur spesifikasi, iPhone 5S mendahului model-model sebelum ini dengan sedikit peningkatan pada kamera bahagian hadapannya. Ia dilengkapi kamera 8 megapiksel pada bahagian belakang dan kamera hadapan dengan 1080p membolehkan video berdefinisi tinggi (HD) dirakamkan.

iPhone 5C masih berkongsi kamera yang sama dengan iPhone 5 tetapi mempunyai keupayaan rakaman video HD. Ia turut menggunakan unit pemproses yang sama dengan iPhone 5 iaitu A6 32 bit, manakala iPhone 5S menggunakan unit pemproses terkini A7 dengan keupayaan pemprosesan 64 bit.

iPhone 5S dibekalkan dengan kuasa yang lebih berbanding iPhone 5 dan iPhone 5C. Ia menawarkan masa bercakap tambahan dua jam, menjadikan jumlah masa bercakap dengan capaian 3G sehingga 10 jam menggunakan bateri dengan kapasiti 1570 miliampere-jam (mAh), berbanding hanya lapan jam masa bercakap pada iPhone 5 dan iPhone 5C.

Ini mungkin agak mengecewakan bagi mereka yang mengharapkan masa bercakap yang lebih panjang pada iPhone 5C memandangkan ia dibekalkan dengan bateri berkapasiti 1507mAh berbanding hanya 1440mAh untuk model iPhone 5.


KEPUTUSAN Apple memperkenalkan model dengan spesifikasi yang lebih rendah mewujudkan dua kategori pengguna iPhone yang selama ini dianggap sebagai golongan yang agak 'istimewa'.


Keputusan Apple untuk tidak menawarkan teknologi NFC pada kedua-dua model iPhone ini agak mengecewakan sesetengah peminat iPhone yang mengharapkan teknologi yang ditawarkan pada sesetengah model keluaran pesaing terdekatnya, Samsung Electronics Co. Ltd. (Samsung).

Sebagai ganti, Apple menawarkan ciri imbasan cap jari pada model iPhone 5S yang bertindak sebagai satu sekuriti tambahan. Namun begitu, teknologi imbasan cap jari pada peranti digital bukanlah sesuatu yang baharu di pasaran.

Kira-kira dua tahun lalu, Motorola telah memperkenalkan ciri itu pada model telefon pintar Atrix 4G keluaran mereka. Teknologi ini juga telah terdapat pada beberapa model komputer riba yang dikeluarkan pada sekitar tahun 2006.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada iPhone 5S dan iPhone 5C adalah sistem kedudukan global (GPS), kompas digital dan sambungan WiFi.

Apa yang dapat disimpulkan menerusi perbandingan-perbandingan ini adalah Apple seolah-olah hilang sentuhannya dalam memperkenalkan inovasi terkini dalam produk berbanding ketika era pengasasnya, Jobs.

Ramai penganalisis teknologi berpendapat keputusan memperkenalkan model dengan spesifikasi yang lebih rendah seolah-olah mewujudkan dua kategori baharu pengguna iPhone yang selama ini dianggap sebagai golongan yang agak istimewa.

Selain itu, langkah memperkenalkan teknologi yang agak terkebelakang berbanding pesaingnya mungkin menyebabkan sesetengah peminat iPhone mengambil keputusan beralih kepada pesaingnya ataupun menunggu sehingga model seterusnya (mungkin iPhone 6?) dilancarkan sebelum membuat keputusan menggantikan model iPhone milik mereka.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


KDE menghargai warga emas, mualaf

Posted:

KDE menghargai warga emas, mualaf

KDE menghargai warga emas, mualaf

SIVA KANGASU (depan tiga dari kiri) menyampaikan replika cek berjumlah RM5,675 kepada Abdullah pada jamuan hari raya bersama Pusat Pusat Jagaan Siti Nor Aini anjuran KDE di Kuala lumpur baru-baru ini.


SUMBANG. Kelab Darul Ehsan (KDE) meraikan warga emas dan mualaf dari Pusat Jagaan Siti Nor Aini yang terletak di Semenyih, Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Seramai 30 warga emas hadir dengan berkerusi roda untuk menerima sumbangan hasil daripada kutipan pada bufet Ramadan lalu yang berjumlah RM5,675.

Penyerahan cek disempurnakan oleh Penolong Pengurus Besar KDE, Siva Kangasu kepada Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Dr. Abdullah Noel.

Hikmah anjur wacana keilmuan

Posted:

Hikmah anjur wacana keilmuan

Hikmah anjur wacana keilmuan


OTHMAN (tengah) ditemani Razi (kiri) melihat keris yang dipamerkan sempena Wacana Keilmuan Melayu Islam di Galeri Seni Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


WACANA. Lebih 150 peserta menyertai Wacana Keilmuan Melayu Islam kali ke-6 anjuran badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (Hikmah) di Galeri Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Lebih menarik, kebanyakan peserta memakai busana Melayu tradisional pada majlis tersebut yang turut diserikan dengan persembahan kompang, silat dan tarian zapin dan gamelan.

Presiden dan Pengasas Hikmah, Radzi Sapiee berkata, selain persembahan, pihaknya turut mengadakan pameran keris serta senjata warisan Melayu nusantara dan seni khat.

"Program ini bertujuan menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik dan berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sosio-Budaya Melayu Universiti Malaya, Prof. Datuk Othman Yatim yang merasmikan majlis tersebut pula berbangga dengan penganjuran wacana itu kerana ia dapat memartabatkan warisan dan budaya bangsa Melayu.

Hari Kokurikulum SMK Taman Universiti 2 meriah

Posted:

Hari Kokurikulum SMK Taman Universiti 2 meriah

Hari Kokurikulum SMK Taman Universiti 2 meriah


ANTARA aktiviti yang diadakan semasa Hari Kokurikulum SMK Taman Universiti 2 bertempat di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru, Johor baru-baru ini.


MERIAH. Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sempena sambutan Hari Kokurikulum anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti 2, Skudai, Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Program tahunan kali kesembilan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Nusajaya, Dr. Zaini Abu Bakar yang turut mengambil kesempatan membuat pemeriksaan kawad oleh badan beruniform selain melawat gerai-gerai pameran yang disediakan.

Pengetua SMK Taman Universiti 2, Rusini Ahmad berkata, program yang disertai para pelajar daripada badan beruniform, kelab dan persatuan sekolah itu diadakan bagi memberi kesedaran serta menarik minat pelajar agar lebih aktif dalam bidang kokurikulum.

Pada majlis sama, Zaini turut menyampaikan trofi dan sijil penghargaan kepada pelajar, Tay Chuan Jie, 17, yang menerima Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2013 bagi kategori lelaki dan Intan Aqilah Jasin, 17, bagi kategori perempuan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Perlu segera dikebumikan

Posted:

Perlu segera dikebumikan

Perlu segera dikebumikan

JAMIL KHIR


PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam menasihatkan bapa Allahyarham Sherul Aizam agar mengebumikan segera anaknya sejajar dengan ajaran Islam.

"Pihak keluarga Allahyarham Sherul Aizam pasti mahu jawapan yang masih belum dijawab oleh pihak berkuasa tetapi adalah menjadi tanggungjawab anggota keluarga Sherul Aizam menguruskan pengebumiannya dengan segera," kata beliau

Jamil Khir ditanya mengenai tindakan Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat yang masih enggan mengebumikan jenazah anaknya itu yang meninggal dunia sejak dua bulan lalu. Jenazahnya belum dikebumikan dan masih disimpan di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bapa setuju semadi anak selepas 60 hari

Posted:

Bapa setuju semadi anak selepas 60 hari

Bapa setuju semadi anak selepas 60 hari

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my


DAMANHURI


IPOH - Selepas dua bulan tersimpan di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, jenazah Sherul Aizam Mohd. Damanhuri akhirnya akan dikebumikan hari ini.

Keputusan Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, untuk menguruskan jenazah anaknya yang meninggal dunia pada 20 Julai lalu itu dibuat seminggu selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonannya untuk melakukan bedah siasat kedua ke atas jenazah anaknya itu.

Mohd. Damanhuri berkata, sebagai bapa dia telah membuat pertimbangan yang wajar dan keputusan mengebumikan jenazah Sherul Aizam, 27, bukan atas desakan mana-mana pihak.

"Memang pakar patalogi HRPB memberi nasihat beberapa hari lalu malahan saya juga baru selesai mengadakan perbincangan bersama peguam serta doktor pakar peribadi kami pada petang ini (semalam) dan saya ambil kesemua pandangan mereka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Chin Peng bukan warganegara

Posted:

Chin Peng bukan warganegara

Chin Peng bukan warganegara

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengesahkan ketua pengganas komunis, Chin Peng yang meninggal dunia dalam buangan di sebuah hospital di Bangkok, Thailand kelmarin bukan warga negara Malaysia sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan teliti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu bukan sahaja tiada sijil kelahiran bahkan tiada sebarang dokumen berkaitan kerakyatan negara ini.

Beliau berkata, hal tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said.

Satu sumber keselamatan pula memberitahu, upacara khas bagi mayat Chin Peng, 89, akan bermula Jumaat ini sebelum ia dibakar pada Isnin depan di satu lokasi dekat Bangkok.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pameran fotografi sang penari

Posted:

Pameran fotografi sang penari

Pameran fotografi sang penari

Oleh HAFIZ AHMAD

PRATHAP yang merupakan jurufoto kanan akhbar The Times of India, India ini gemar bermain dengan siluet dan teknik pencahayaan.


MELANGKAH masuk ke ruang Galeri Sutra yang terletak di Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur, mata ini terus tertumpu pada deretan foto yang menampilkan pelbagai aksi dan gaya para penari lelaki lengkap dengan lantunan ekspresi wajah.

Menyusuri satu persatu koleksi hasil rakaman dua jurufoto muda, S. Magendran dan A. Prathap, timbul rasa kagum memikirkan ketangkasan lensa mereka berjaya mewujudkan hasil seni yang bernilai tinggi.

Festival Nartaka pada tahun lepas telah menemukan dua figura berkenaan dalam menggalas tanggungjawab sebagai jurufoto rasmi sepanjang acara itu berlangsung di Kuala Lumpur.

Hasil bidikan mereka yang dinamakan Joined in Dance itu telah dipamerkan di Galeri Sutra bermula 7 hingga 22 September lalu.

Hitam dan putih menjadi pilihan Magendran kerana berpendapat ia mudah mempamerkan emosi yang disampaikan para penari.

"Selain itu, ia bersesuaian dengan mood penari yang cuba menyampaikan perasaan dalam tarian mereka," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran pameran itu baru-baru ini.

Pameran ini merupakan kali kedua buat Magendran selepas menyertai acara serupa pada tahun lepas. Menggunakan subjek yang sama, dia berjaya mendapat respons positif melalui foto-foto yang diambil ketika pertunjukan tarian anjuran Yayasan Sutra di Angkor Watt, Kemboja.

"Mengambil gambar untuk festival tarian menuntut kesabaran yang tinggi. Ia disebabkan subjek bergerak pantas dan saya perlu fokus mencari momen terbaik untuk diabadikan.

"Menyertai festival anjuran Yayasan Sutra merupakan pengalaman yang berharga buat saya walaupun berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan gambar berkualiti," kongsi graduan akauntan dan kewangan itu lagi.


MAGENDRAN menyifatkan kepingan gambar warna hitam dan putih simbolik kepada emosi yang disampaikan oleh kumpulan penari.


Nilai artistik

Bagi Prathap, tarian menuntut mainan fizikal dan nilai artistik dalam diri seseorang. Setiap pergerakan dan emosi yang ditonjolkan adalah eksklusif, malah sukar untuk diulang sekali lagi.

"Saya menanti untuk menangkap detik-detik magis yang disampaikan oleh penari-penari. Ia satu perasaan yang mengujakan jika berjaya melakukannya," ujar jurufoto kanan akhbar dari India, The Times of India itu.

Dia gemar bermain dengan siluet dan teknik pencahayaan bagi mendapatkan gambar yang berkualiti. Salah satu foto yang menjadi kegemarannya adalah Ananda Tandava Of Siva, Guna.

Festival Nartaka merupakan acara tarian yang disertai oleh penari-penari lelaki dari Malaysia, India dan Australia. Ia merupakan kerjasama antara Yayasan Sutra Malaysia dan Natyanjali Trus dari India.

Acara itu memberi fokus terhadap tarian tradisional dan moden kontemporari dengan tunjuk ajar daripada nama-nama besar antaranya, Datuk Ramli Ibrahim.

"Pameran ini merupakan satu dokumentasi seni Festival Nartika yang diadakan pada tahun lalu. Kami berharap melalui pertunjukan ini akan menyumbang kepada perubahan positif mengenai persepsi masyarakat terhadap dunia tarian terutamanya kepada golongan lelaki," ujar Ramli.

Keamanan global melalui muzik

Posted:

Keamanan global melalui muzik

Keamanan global melalui muzik


KONSERT 1Love Playing For Change Day Malaysia menyokong usaha PFCF menyebarkan kesedaran mengenai muzik di arena antarabangsa. - Gambar hiasan


SUDAH tiba masanya untuk semua pencinta muzik dari seluruh dunia bersama-sama mengikuti jelajah irama sebagai usaha untuk menyebarkan keamanan global melalui muzik. Ia satu inisiatif Yayasan Playing for Change (PFCF) Antarabangsa yang diadakan buat kali ketiga tahun ini.

Menariknya acara tahunan ini melibatkan penyertaan sulung negara melalui konsert 1Love Playing For Change Day Malaysia.

Langkah itu merupakan sebagai tanda sokongan terhadap usaha PFCF dalam menyebarkan kesedaran tentang muzik di arena antarabangsa.

Konsert 1Love Playing For Change Day Malaysia akan diadakan pada 21 September ini di KL Live.

Konsert berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bidang seni dan mengumpul dana untuk membekalkan ilmu serta pengalaman muzik secara berterusan kepada generasi kanak-kanak akan datang.

Kutipan dana daripada acara itu akan digunakan untuk program pendidikan muzik percuma PFCF dan sebuah akademi tempatan, Yayasan Start.

Matlamat Yayasan Start ialah memberi manfaat bidang kesenian kepada kumpulan kanak-kanak yang tidak berkemampuan di seluruh negara. Antaranya, melibatkan cabang muzik, rekaan, penulisan, drama dan tarian sebagai satu kaedah meningkatkan kemahiran serta keyakinan diri mereka.

Antara barisan artis yang terlibat di konsert 1Love Playing For Change Day Malaysia ialah Suki Low, Kash Daddy, Bunkface, The Carbolics, Jes Ebrahim dan Lewis Pragasam.

Penggemar muzik yang ingin menonton konsert 1Love Playing For Change Day Malaysia boleh membeli tiket daripada Ticketpro di www.icketpro.com.my atau mana-mana kaunter Ticketpro terpilih pada harga RM50 dan RM80. - NIZHA PERIASWAMY

38 butir berlian untuk pelanggan Sa Sa

Posted:

38 butir berlian untuk pelanggan Sa Sa

38 butir berlian untuk pelanggan Sa Sa


PENGARAH Operasi dan Latihan Sa Sa Malaysia, Ignatius Tee (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Duta Ulang tahun Sa Sa ke-35, Gan Mei Yan.


RANGKAIAN butik kosmetik terbesar di Asia, Sa Sa menyambut ulang tahun ke-35 mereka dengan menghadiahkan 38 butir berlian yang diperakui Institut Gemologi Amerika (GIA) dan hamper Sa Sa bernilai RM150,000 kepada pelanggan-pelanggan setia mereka.

Majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 30 pemenang bertuah dan turut disertai Naib Presiden Kanan yang juga Ketua Pasaran Sa Sa Malaysia, Corina Loi.

Sa Sa yang ditubuhkan pada tahun 1978 telah berkembang daripada sebuah kedai bersaiz 3.7 meter persegi menjadi rangkaian butik kosmetik terbesar di Asia. Ia juga merupakan salah satu daripada 10 kumpulan yang terkemuka di Hong Kong berdasarkan Laporan Retail Asia-Pacific Top 500 majalah Retail Asia, KPMG dan Euromonitor pada tahun 2011.

Kini, Sa Sa menjual produk kecantikan dan penjagaan kesihatan daripada 600 jenama yang berbeza.

Sa Sa juga mempunyai 260 buah butik dan kaunter kosmetik di seluruh Asia.

Menurut Loi, hadiah yang disampaikan itu merupakan satu ganjaran dan penghargaan di atas sokongan para pelanggannya terhadap jenama Sa Sa selama ini.

"Kami percaya bahawa tunjang kejayaan kami ialah kesetiaan para pelanggan kami. Tanpa mereka, kami tidak mungkin berjaya seperti hari ini," ujarnya.

Sa Sa telah memulakan sambutan ulang tahun ke-35 mereka bermula bulan Mac lalu menerusi jualan tanpa henti yang bertemakan Dazzling Diamonds and Beauty Affairs.

Pemenang hadiah utama sempena ulang tahun itu menerima berlian satu karat berserta hamper Sa Sa bernilai RM3,500. Pemenang tempat pertama pula menerima berlian 0.7 karat, manakala pemenang tempat kedua dihadiahkan berlian 0.5 karat.

Selain itu, Sa Sa turut melaksanakan program tanggungjawab sosial mereka dengan menyumbangkan sebahagian hasil kempen jualan akhir tahun 2012 dan jualan ulang tahun ke-35 kepada Rumah Yayasan Sunbeams dan Pusat Kaunseling Agape Malaysia. Setiap badan kebajikan itu diberikan cek bernilai RM12,520.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Ahmad beri kata dua

Posted:

Ahmad beri kata dua

Ahmad beri kata dua

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

AHMAD (kanan) melihat gambar-gambar bersejarah pada sambutan Hari Malaysia peringkat negeri di Perpustakaan Negeri, Kuala Terengganu semalam.


TUGAS berat menanti Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang baharu, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Wan Ahmad Nizam mempunyai misi utama untuk memastikan Terengganu kembali menjadi sebuah pasukan bola sepak yang digeruni di Malaysia.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberikan kata dua kepada beliau supaya memastikan pemain import yang dipilih untuk mewakili pasukan itu musim depan berbaloi dengan wang pelaburan yang dikeluarkan kerajaan negeri.

"Saya telah memberi amaran kepada presiden baharu (Wan Ahmad Nizam) supaya memilih pemain import yang benar-benar berkaliber sahaja.

"Saya sudah beritahu, jangan harapkan pemain yang dihantar oleh ejen atau yang diperolehi berdasarkan gambar video dan sebagainya sahaja. Saya cakap, kalau dia silap pilih, dia kena," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu semalam.

Bagaimanapun Ahmad tidak menjelaskan apa tindakan yang akan dikenakan ke atas Wan Ahmad Nizam sekiranya beliau gagal berbuat demikian.

Jelasnya, beliau juga sudah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat serta pihak pengurusan mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, Wan Ahmad Nizam bersama pengurusan PBSNT kini menuju ke Croatia dan Bosnia untuk mencari pemain import dari dua negara tersebut dan akan memulakan tugas secara rasmi sebagai Presiden PBSNT apabila pulang dari tugasan tersebut.

Wan Ahmad Nizam dilantik sebagai Presiden PBSNT yang baharu dalam satu Kongres Luar Biasa PBSNT menggantikan Datuk Che Mat Jusoh yang memegang jawatan itu selama lebih 14 tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad mengalu-alukan pelantikan Setiausaha Politiknya itu sebagai Presiden PBSNT yang baharu dan berharap Wan Ahmad Nizam dapat membawa perubahan dalam persatuan tersebut.

"Kami (kerajaan negeri) berharap, di bawah kepimpinan baharu, dengan tenaga baharu dan idea-idea baharu nanti, kami dapat bekerjasama dalam persatuan (PBSNT), persatuan-persatuan (bola sepak) daerah dan sebagainya," katanya.

Kelantan perlu waspada

Posted:

Kelantan perlu waspada

Kelantan perlu waspada

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

KELANTAN bertekad untuk menewaskan Terengganu pada aksi kelima Kumpulan C kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.

Kemenangan sangat penting dalam usaha mencerahkan peluang untuk menempatkan diri ke kelompok lapan pasukan terbaik.

Bagaimanapun, pengendali skuad The Red Warriors, Bojan Hodak menyedari bahawa laluan yang terpaksa ditempuh pasukan itu bukan mudah kerana Terengganu juga mahukan kemenangan untuk membuka semula peluang selain memastikan maruah mereka tidak tercalar di laman sendiri.

Hodak berkata, pada hakikatnya perlawanan malam ini bukanlah misi hidup dan mati, namun kemenangan sudah pasti meningkatkan moral para pemain selain memberi sedikit kelegaan sebelum melayan kunjungan Pahang pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

"Kami akan lakukan yang terbaik. Saya melihat tidak ada tekanan untuk kami beraksi di Kuala Terengganu kerana kami pernah bermain dua kali dan mencatat kemenangan musim ini. Cuma, saingannya sudah pasti akan sengit.

"Saya mengharapkan keputusan yang baik dan berpihak kepada kami, ia lebih menjamin tempat kami di suku akhir. Perlawanan terakhir menentang Pahang juga bukanlah suatu yang mudah, kami perlu mengambil kesempatan itu biarpun beraksi di tempat lawan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, Terengganu merupakan sebuah pasukan yang hebat dengan dibarisi beberapa pemain yang cukup bagus iaitu trio penggempur mereka, Ashaari Samsudin, Manaf Mamat dan bintang import, Jean Emmanuel Effa Owona.

Katanya, mereka mampu untuk menumbangkan mana-mana pasukan lawan khususnya apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri dan barisan pertahanan Kelantan perlu lebih peka serta bekerja lebih keras untuk mengekang asakan pemain lain.

"Saya tidak mahu apa yang berlaku pada saingan Piala FA lalu berulang, kami hampir tumbang biarpun ke sana (Kuala Terengganu) dengan bekalan selesa. Mereka mampu melakukannya. Jika kami memandang rendah kemampuan mereka, ini bermakna kami dalam bahaya.

"Dengan kepulangan dua pemain kami iaitu Shakir Shaari dan Ahmad Fakri Saarania daripada tugasan bersama Harimau Malaya, saya fikir kami punya cukup pemain untuk berdepan Terengganu. Khidmat kedua-dua mereka amat ditagih dan saya harap pemain-pemain lain juga turun dengan matlamat untuk mencari kemenangan," ujarnya.

Dalam pada itu, sedikit berita yang meresahkan peminat Kelantan apabila pertahanan kental, Nik Shahrul Azim Abdul Halim terpaksa disisihkan daripada kesebelasan utama apabila mengalami kecederaan ketika membantu Harimau Muda merangkul trofi Pestabola Merdeka 2013, Ahad lalu.

"Nik Shahrul mengalami kecederaan lutut dan mungkin terpaksa direhatkan dua atau tiga minggu. Situasi tersebut tidak begitu membimbangkan saya kerana kami masih ada pemain seperti Daudsu Jamaludin, Obinna Nwaneri dan Azizi Mat Rose untuk mengisi posisi tersebut.

"Saya juga gembira apabila Khairul Fahmi Che Mat kembali pulih, manakala Farisham Ismail kini dalam keadaan terbaik untuk diturunkan," jelasnya.

Sime Darby ketepi sentimen

Posted:

Sime Darby ketepi sentimen

Sime Darby ketepi sentimen

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KARLO PRIMORAC (depan) menjadi taruhan Sime Darby pada aksi bertemu Johor di Stadium MP Pasir Gudang malam ini.


SIME DARBY semakin merasai bahang bertemu Johor menjelang aksi Kumpulan A kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Majlis Perbandaran (MP) Pasir Gudang malam ini.

Ketika ini, skuad kendalian Ismail Zakaria berkongsi tujuh mata dengan naib juara musim lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Peluang Johor mengintai peluang ke suku akhir juga masih cerah apabila mengutip lima mata, selain pernah mengecewakan Sime Darby dengan kemenangan tipis 2-1 di Stadium MP Selayang pada 24 Ogos lalu.

Ketika itu, aksi kedua-dua pasukan juga dicemari insiden tidak diingini apabila pengadil perlawanan, Suhaimi Mat Hassan diserang penyokong pelawat sebaik perlawanan tamat.

Justeru, Ismail enggan anak-anak buahnya dibuai sentimen luar padang serta kekal fokus memburu tiga mata berharga.

"Saya harap pemain telah melupakan kekecewaan ketika ditewaskan Johor tempoh hari.

"Inilah masa terbaik untuk kami memperbaiki pencapaian yang sekadar terkandas di peringkat kumpulan musim lalu, jadi kami perlu memberikan segala-galanya di atas padang," kata Ismail kepada Kosmo! baru-baru ini.

Pada masa sama, Ismail juga berharap skuad kendaliannya mampu muncul juara kumpulan supaya memiliki kelebihan di peringkat suku akhir kelak.

"Momentum pemain juga dipuji meskipun berehat panjang selepas aksi Piala Malaysia direhatkan seketika.

"Ia dapat dilihat selepas kami berjaya mengatasi Pahang 3-0 dalam satu aksi persahabatan baru-baru ini," katanya.

Selepas berdepan Johor, skuad The Giant Killer bakal membuat perhitungan dengan ATM dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium MP Selayang, Sabtu ini.

Ketika aksi pertama kumpulan 20 Ogos lalu, Sime Darby berjaya mengecewakan ATM dengan kemenangan bergaya 4-3.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


KPDNKK mahu jadikan koperasi sebagai pemangkin ekonomi negara

Posted:

KPDNKK mahu jadikan koperasi sebagai pemangkin ekonomi negara

KPDNKK mahu jadikan koperasi sebagai pemangkin ekonomi negara

17/09/2013 8:12pm

JASIN - Bagi memajukan pembangunan ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke penggunaan (KPDNKK) berhasrat menjadikan koperasi sebagai salah satu sektor penting dalam konteks memantapkan ekonomi negara.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, bagaimanapun untuk mencapai hasrat itu, penglibatan individu yang mempunyai kelulusan sebagai ahli pengurusan koperasi perlu diberi penekanan.

Menurut beliau, dalam waktu yang sama koperasi juga perlu membuka peluang kepada golongan muda dalam bidang pengurusannya seperti menjadi ahli lembaga ko perasi dan sebagainya.

''Pada masa kini, kelulusan, pengalaman dan serta komitmen tinggi amat diperlukan untuk memajukan sesuatu bidang yang diceburi dan perkara ini adalah sangat penting," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kilang pemprosesan ayam di Serkam, di sini hari ini. - KOSMO!

Wanita warga emas koma selepas diragut

Posted:

Wanita warga emas koma selepas diragut

Wanita warga emas koma selepas diragut

17/09/2013 6:44pm

MELAKA - Seorang wanita warga emas koma setelah terjatuh akibat diragut dua lelaki di Jalan Gajah Berang di sini, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mangsa berusia 70 tahun dari Taman Asean Malim kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka selepas cedera di kepala kerana terhantuk di jalan.

Pada sidang akhbar di sini hari ini beliau berkata, ketika kejadian pada 10.20 pagi itu, mangsa sedang berjalan bersama adiknya sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal lalu bertindak meragut beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM50 menyebabkannya terjatuh.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit dipercayai turut terlibat dalam cubaan ragut seorang jurujual yang sedang menunggu bas di Jalan Tengkera di sini, 20 minit sebelum kejadian ragut membabitkan warga emas tersebut.

Raja Shahrom bagaimanapun berkata, mereka gagal meragut rantai emas dipakai remaja perempuan berusia 17 tahun tersebut setelah mangsa sempat memegang rantainya.

"Berang dengan kegagalan itu, pembonceng motosikal memukul kepala wanita tersebut menggunakan topi keledar menyebabkan mangsa terjatuh namun hanya cedera ringan," katanya. - Bernama

Ops Cantas: Polis Kuala Lumpur tahan 18 suspek

Posted:

Ops Cantas: Polis Kuala Lumpur tahan 18 suspek

Ops Cantas: Polis Kuala Lumpur tahan 18 suspek

17/09/2013 6:02pm

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menahan 18 individu menerusi Ops Cantas Khas sepanjang tempoh 24 jam lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan dan jenayah.

"Kami tahan mereka yang dipercayai melakukan kesalahan jenayah seperti merusuh, mendatangkan cedera, curi dalam bangunan, samun berkawan dan bersenjata," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kataya, tangkapan turut membabitkan kesalahan tipu, memiliki barang curi, khianat, ugutan jenayah, memasukkan dadah dalam badan, lari dari pusat tahanan dadah serta menyertai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Menurut Mohmad, mereka merupakan antara 252 individu yang diperiksa oleh polis di sekitar ibu negara, sepanjang tempoh itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved