Isnin, 16 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sajian tradisi merentasi budaya

Posted:

Sajian tradisi merentasi budaya

Sajian tradisi merentasi budaya

KELINCAHAN Suhaiza Mohd. Hussaini, 43, memasukkan segala ramuan tanpa mengikut sukatan jelas mempamerkan dirinya yang cukup meminati seni masakan.

Mesra membahasakan dirinya sebagai Su, dia menyatakan mula minat memasak pada usia 10 tahun dan lebih gemar menghabiskan masa di dapur mengasah kemahirannya dalam menyediakan masakan Melayu.

Selepas mendirikan rumah tangga bersama lelaki berketurunan Cina, Mohamad Hadi Lim Abdullah, 53, pada tahun 1991, kemahiran Su semakin bertambah dengan mempelajari masakan kaum Cina, termasuk kuih bulan.

"Pada mulanya, saya tidak tahu suami suka kuih bulan dan memakannya untuk sarapan. Namun, selepas dia mengadu bosan kerana dihidangkan dengan hidangan sarapan pagi yang sama setiap hari, saya mengambil inisiatif untuk mempelajari cara-cara membuat kuih itu," katanya.

Bertitik tolak dari situ, wanita tersebut sanggup mengikuti kursus penyediaan kuih bulan bersama dua orang chef berketurunan Cina di Puchong dan Petaling Jaya. Kelas-kelas yang dihadiri itu hanya berlangsung selama satu hari dan diajar menerusi demonstrasi chef sahaja.

"Cara-cara membuat kuih ini sukar kerana peserta tidak diberi peluang menyediakannya ketika di kelas. Jadi apabila mencuba resipi yang dipelajari di rumah, hasilnya tidak menjadi," kata Su ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Balakong, Selangor baru-baru ini.

Kuih bulan merupakan kuih tradisi Cina yang dinikmati pada Festival Kuih Bulan yang jatuh pada hari ke-15 bulan kelapan dalam kalendar lunar Cina. Berdasarkan mitos dan legenda zaman purba, komuniti Cina menyambut festival ini sebagai tanda kesyukuran selepas musim menuai. Kuih-kuih bulan akan disediakan kepada kenalan atau pada majlis-majlis himpunan keluarga sebagai simbol tanda kasih sayang dan harapan kehidupan yang harmoni.

Penyediaan rumit

Kuih bulan yang berbentuk bulat mempunyai ukuran diameter kira-kira 10 sentimeter dengan ketebalan di antara empat sehingga lima sentimeter. Kebanyakan kuih bulan terdiri daripada lapisan kulit nipis yang dibakar dengan inti pelbagai perasa seperti pes kacang hijau, biji bunga teratai, kurma merah dan kuning telur masin.

SUHAIZA mengkomersialkan kuih bulan kerana melihat potensi pasaran.


Namun, pada hari ini turut disediakan versi kuih bulan yang tidak dibakar atau dipanggil berkulit salju dan pelbagai inovasi perasa bagi memikat cita rasa pelanggan.

Ibu kepada enam orang anak itu memberitahu, sungguhpun tidak dapat membuat sendiri kuih bulan di kelas, beliau menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu diatasi dengan berlatih sendiri di rumah.

"Ada kala ia menjadi keras dan sebaliknya. Hakikatnya, untuk mendapatkan hasil yang sempurna bukanlah mudah. Ia perlu dilakukan berkali-kali supaya berhasil.

"Hampir setahun mencuba, Alhamdulillah, kini saya boleh membuat kuih bulan yang saya percaya setanding dengan yang dihasilkan orang Cina," katanya sambil tersenyum.

Ditanya mengenai cara-cara menyediakan 10 biji kuih bulan berintikan kacang merah, Su berkata, dia menggunakan satu kilogram kacang merah, minyak dan gula.

Pada mulanya, kacang merah tersebut akan direbus sehingga menjadi lembut dan kemudian dikisar.

"Kacang merah yang telah dikisar itu akan dimasukkan bersama minyak untuk dimasak di atas api sederhana selama tiga jam bagi mendapatkan inti yang lembut. Jika terlalu lama ia akan menjadi keras," jelasnya.

Inti yang telah dimasak kemudiannya disejukkan pada suhu bilik dan bersedia untuk proses pembentukan kuih bulan.

Kulit kuih bulan disediakan melalui adunan tepung gandum, sirap kencana, minyak kacang, soda bikarbonat dan tepung kek.

"Inti tersebut akan disalutkan dengan doh lalu ditekap dengan menggunakan acuan bagi mendapatkan bentuk sempurna.

"Sebaik selesai, kesemua kuih bulan itu akan dimasukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 180 darjah Celsius," ujarnya sambil memberitahu, sebaik masak ia akan disapukan dengan kuning telur lalu dibakar semula sehingga 10 minit agar kuih bulan kelihatan kilat kekuningan.

Melihat proses penyediaan yang rumit dan mengambil masa yang lama, tidak hairanlah mengapa kuih tradisi itu boleh dijual sehingga mencecah RM30 sebiji.

Menyedari tidak ramai masyarakat Melayu menjual kuih bulan, Su memutuskan untuk mengkomersialkan kuih berkenaan kepada orang ramai terutamanya umat Islam.

"Jarang sekali orang Melayu mahu menyediakan kuih bulan apatah lagi ia merupakan makanan tradisi masyarakat Cina. Jadi, tanpa berfikir panjang, saya cuba menjual kuih itu secara kecil-kecilan melalui laman sosial Facebook, Annis Suhaiza.

"Sejak tiga tahun mengusahakan perniagaan ini, sambutan yang diterima amat memberangsangkan," jelasnya.

Pada kebiasaan, dia menjual dua sehingga empat biji kuih bulan pada harga RM18 dan RM35 sebiji, bergantung kepada jenis inti yang dikehendaki pelanggan.

Ilmu yang dimiliki Su turut dikongsi melalui penyediaan kelas membuat kuih bulan, agar-agar dan kek di rumahnya dengan bayaran RM350 seorang.


SYARIKAT-syarikat besar seperti Leong Yin Pastry menghasilkan sehingga 15,000 biji kuih bulan setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan.


Sedap

Bagi Wardah Hani Rosli, 24, dia mula merasai keenakan kuih bulan sejak awal tahun ini, khususnya apabila pelbagai jenama di pasaran telah mendapat status halal.

"Saya lebih suka inti biji teratai dengan telur masin berbanding inti-inti lain. Kelazatannya berbeza memandangkan ia bersifat lembap dengan rasa manis dan masin yang menyebabkan kita tidak jemu menikmati kuih itu," ujarnya yang sering memperoleh kuih bulan di pasar raya utama.

Begitupun, lain pula bagi kakitangan kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Azura. Dia lebih gemar membeli kuih bulan buatan pengusaha Muslim kerana khuatir terbeli yang tidak halal di pasaran.

"Saya yakin pengusaha beragama Islam akan menggunakan ramuan yang diterima syarak," jelasnya.

Tambah anak jati Negeri Sembilan itu, menikmati kuih bulan halal yang dijual pada harga berpatutan bukan mudah didapati lebih-lebih lagi di luar Lembah Klang.

Sehubungan itu, dia berharap lebih ramai pengusaha Islam di luar Lembah Klang tampil menjual kuih bulan memandangkan ramai masyarakat Muslim yang mahu mencuba hidangan tersebut jika statusnya halal.

Bagi Tai Kim, 35, yang juga merupakan pelanggan Su, dia tidak menyangka jirannya itu mempunyai kemahiran menyediakan kuih bulan.

"Rasa kuih bulan yang dihasilkan Su sama seperti yang disediakan masyarakat Cina. Tidak ramai orang Melayu yang mampu melakukan perkara ini," katanya yang mendapat tahu mengenai kebolehan Su daripada jiran-jiran yang lain.

Elit China belajar etika kelas atasan

Posted:

Elit China belajar etika kelas atasan

Elit China belajar etika kelas atasan

SARAH menunjukkan cara menuang teh dengan cara yang betul.


BAGAIMANAKAH mengupas kulit oren dengan betul, memegang garpu tiram dan menyebut nama-nama jenama mewah?

Golongan kaya di China sanggup membayar sejumlah wang yang banyak untuk mempelajari pelbagai kemahiran sesuai dengan gaya hidup mereka yang mewah.

Yuran kursus selama dua minggu di Institut Sarita di Beijing, China yang baru sahaja dibuka itu adalah sebanyak 100,000 yuan (RM53,558.34).

Namun, jumlah yang tinggi itu tidak membantutkan hasrat berdozen-dozen pelajar dari seluruh negara untuk mengikuti etika kelas atasan.

Pengasasnya, Sarah Jane Ho memberitahu, beberapa dekad kebelakangan ini ramai dalam kalangan wanita kaya yang berusia dalam lingkungan umur 40-an menyertai kelas tersebut.

Menurutnya, ibu bapa mereka terselamat daripada trauma kesusahan di bawah pemimpin mendiang Mao Zedong, sementara anak-anak mereka menikmati kehidupan yang terdedah dengan konsep Barat dan terperangkap dalam kejutan budaya yang berpanjangan.

"Kini, orang kaya baharu di China mengambil alih semua peranan isteri, ibu, anak perempuan, ahli perniagaan dalam dunia yang berubah secara mendadak.

"Apa yang pelanggan saya mahu ialah satu panduan iaitu Confucius Baharu. Apa yang mereka perlukan ialah rujukan dan itulah yang saya berikan," katanya.

Bagi kebanyakan peserta, harga yuran yang mahal untuk memperoleh ilmu tersebut bukan masalah nesar kepada mereka. Bahkan, menurut Sarah, para pelajarnya boleh menghabiskan wang tiga kali ganda berbanding harga yuran tersebut semata-mata mahu mendapatkan bulu haiwan atau barang kemas yang diperkenalkan di dalam kelas.

Selain belajar etika penampilan diri, mereka perlu membiasakan diri dengan wain, sukan elit seperti golf dan menunggang kuda, cara penyediaan teh Inggeris, seni menggubah bunga dan menghias meja.

Kata Sarah, seorang pelajar yang menjalani ujian menjadi tuan rumah telah melakukan kesilapan apabila dia meletakkan pisau menghadap ke luar dan bukannya ke dalam.

Mereka juga belajar cara-cara membantu suami dan etika berbual bersama rakan-rakan perniagaan lelaki dengan topik perbualan yang boleh diterima. Mereka tidak boleh melontarkan soalan seperti, "Berapa banyak pendapatan anda?" atau "Mengapa anda menceraikan isteri?". Begitu juga dengan jarak ketika berdiri seseorang dengan individu lain.

"Jarak peribadi merupakan sesuatu yang baharu di China," kata Sarah yang memberitahu pelajarnya supaya sentiasa meletakkan siku rapat ke badan.

Institut tersebut yang menjadi tuan rumah kepada pelajar di hotel mewah dibuka secara rasmi sejak bulan Mac lalu. Ia diwujudkan khusus untuk wanita muda daripada keluarga yang disegani di Barat mempelajari kursus penampilan diri di sekolah-sekolah tradisional tetapi sebahagian besarnya sudah tiada.


PARA pelajar diajar cara menyediakan meja makan mengikut etika susunan yang ditetapkan.


Sarah, graduan Harvard yang boleh bertutur dalam lima bahasa pernah mengikuti kursus di Institut Villa Pierrefeu, Montreux, Switzerland yang juga dikenali sebagai sekolah keterampilan Swiss terakhir.

Ramai pelajarnya mengambil keputusan untuk mengikuti kelas etika selepas mendapati mereka berasa kekok ketika berada di majlis mewah lebih-lebih lagi yang menghidangkan makanan Barat.

"Mereka tidak berani untuk menjamu selera kerana takut dipersendakan khususnya apabila dihidangkan menu siput escargot yang merupakan siput babi," kata ketua chef institut tersebut yang direkrut daripada Kedutaan Perancis.

Jocelyn Wang, 24, menjelaskan mempelajari selok-belok protokol gaya makan Barat adalah antara pelajaran yang paling berharga bagi dirinya selama menjalani kursus 10 hari di Institut Sarita.

"Cara seseorang makan, memegang pisau dan garpu melambangkan tingkah laku mereka. Topik ini tidak diajar secara meluas di China.

"Ibu bapa saya mungkin telah belajar melalui pengalaman atau daripada televisyen mahupun internet," ujarnya yang mahu mempelajarinya dengan lebih mendalam.

Pada sesi 9 hingga 6, dia menggunakan pembaris untuk mengukur kedudukan yang tepat bagi garpu dan pisau. Dia juga melawat galeri-galeri seni dan mengambil nota untuk digunakan di dalam kelas.

Di sebalik arahan terperinci yang perlu diikutinya, dia mendapati ada nilai-nilai lain yang tiada dalam sesi pembelajaran boleh diterapkan dalam kehidupan iaitu sikap tenang, rasa dan keyakinan.

Jocelyn yang membuat kajian tentang globalisasi untuk ijazah sarjananya di London memberitahu, terdapat perbezaan antara bangsawan dan orang kaya baharu.

"Kita memiliki kehidupan yang benar-benar baik, sekurang-kurangnya material. Jadi, takkan kita mahu bersikap kasar dan kekampungan," katanya.

Ahli Sosiologi dari Harvard, Martin Whyte berkata, minat orang China dalam etika ini sudah dijangkakan kerana mereka sedang menikmati kekayaan yang diperoleh, namun tetapi masih ada kekurangan iaitu tradisi bangsawan.

"Sebagai orang kaya baharu, keadaan itu mendedahkan mereka kepada kritikan.

"Mereka merasakan ada keperluan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka bukan sahaja mata duitan, tetapi turut mempunyai kehalusan budaya dan kesopanan agar dilihat sebagai orang kaya yang dihormati dan bukannya dibenci," ujarnya sambil menyamakan orang kaya di China hari ini seperti rakyat Amerika pada abad ke-19. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Larian Hari Malaysia Maksak di Kota Kinabalu

Posted:

Larian Hari Malaysia Maksak di Kota Kinabalu

Larian Hari Malaysia Maksak di Kota Kinabalu

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa (dua dari kiri) turut menyertai Larian Hari Malaysia anjuran Maksak di pekarangan Dewan Suarah di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.


RIADAH. Lebih 1,000 peserta mengambil bahagian dalam program Larian Hari Malaysia Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) 2013 sempena sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Program tersebut adalah anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dengan kerjasama Maksak.

Lapan kategori dipertandingkan iaitu veteran wanita dan lelaki 41 tahun ke atas, pelajar wanita dan lelaki (menengah), pelajar perempuan dan lelaki (rendah) serta terbuka wanita dan lelaki.

Acara larian yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk melahirkan anggota perkhidmatan awam yang sihat dan bersemangat dalam menjalankan tugas seharian.

2,553 mahasiswa baharu mendaftar di kampus UTM

Posted:

2,553 mahasiswa baharu mendaftar di kampus UTM

2,553 mahasiswa baharu mendaftar di kampus UTM


MOHD. ISMAIL (kanan) beramah mesra dengan sebahagian mahasiswa baharu yang mendaftar masuk bagi sesi 2013/2014 di UTM, Skudai, Johor Bahru baru-baru ini.


DAFTAR. Seramai 2,553 pelajar Ijazah Sarjana Muda dari seluruh pelosok negara mula mendaftar secara rasmi di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru pada hari pendaftaran universiti itu baru-baru ini.

Selain mendengar taklimat daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM, Prof. Mohd. Ismail Abd. Aziz, semua pelajar diwajibkan mengikuti program Minggu Mesra Mahasiswa yang telah diaturkan.

Mereka antara lain diberi pendedahan mengenai kemudahan dan servis kampus, sesi ramah mesra dengan pelajar senior termasuk pegawai serta kakitangan universiti.

Muslimat DPP anjur majlis khatam al-Quran

Posted:

Muslimat DPP anjur majlis khatam al-Quran

Muslimat DPP anjur majlis khatam al-Quran


MOHD. ASRAFF (berdiri tengah) bergambar bersama sebahagian daripada peserta pada majlis khatam al-Quran di Desa Pinggiran Putra Fasa 2, Kajang, Selangor baru-baru ini.


SILATURAHIM. Seramai 25 orang muslimat dari kariah Desa Pinggiran Putra (DPP) menyertai majlis khatam al-Quran dan silaturahim di Surau Al-Mukhlisin, DPP Fasa 2, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Semua muslimat yang terlibat mula membaca al-Quran pada awal Syaaban dan berakhir pada Ramadan yang lalu.

Pembimbing Muslimat, Fauziah Isnin berkata, program tadarus yang dipraktikkan sejak tiga tahun lalu itu merupakan sebahagian daripada aktiviti muslimat DPP.

"Sambutan yang diterima sangat membanggakan kerana ia dapat mengisi masa lapang kaum muslimat dengan majlis-majlis ilmu selain mempelajari kaedah membaca al-Quran dengan betul," katanya baru-baru ini.

Sempena majlis itu, satu ceramah agama bertajuk Tip Meraih Reda Allah Melalui al-Quran yang disampaikan oleh pembimbing al-Quran, Mohd. Asraff Ayob Al-Hafiz turut diadakan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Chin Peng simbol pemimpin pengganas

Posted:

Chin Peng simbol pemimpin pengganas

Chin Peng simbol pemimpin pengganas

NAJIB


KOTA KINABALU – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.

Perdana Menteri berkata, bekas ketua komunis yang meninggal dunia di Bangkok, Thailand semalam akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.

Justeru, beliau menegaskan, kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin PKM itu sama ada di negara ini atau di Thailand.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tailong Man pula ugut polis

Posted:

Tailong Man pula ugut polis

Tailong Man pula ugut polis


FACEBOOK individu yang mengguna nama Tailong Man juga memuat naik gambar-gambar senjata api.


MELAKA - Selepas seorang lelaki ditangkap ekoran mengeluarkan kata-kata ugutan untuk membunuh Ketua Polis Negara (KPN) di Facebook pada minggu lalu, kini seorang lagi lelaki yang menggelarkan diri sebagai Tailong Man dicari bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di laman sosial sama untuk melancarkan gerakan balas dendam ke atas pasukan polis.

Pemilik akaun Facebook Tailong Man yang meletak pekerjaannya sebagai pembunuh upahan dipercayai meletakkan status mengancam untuk membunuh polis rentetan daripada kejayaan polis menembak mati dua ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng di sini pada Khamis lalu. Akaun Facebook yang menjadikan imej Buddha sebagai gambar profil dibuat pada 12 September lalu dan sehingga semalam dia mempunyai 106 kawan di akaun tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Padah menyamar polis

Posted:

Padah menyamar polis

Padah menyamar polis

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my


DUA lelaki disyaki menyamar polis diberkas awal pagi semalam bagi membantu siasatan kes samun dan rogol pelajar kolej di Rawang kelmarin.


GOMBAK - Keseronokan dua penyangak yang menyamar polis untuk menyamun dan merogol seorang pelajar kolej swasta tidak berpanjangan apabila mereka diberkas ketika beristirahat di rumah masing-masing di Taman Kenanga, Rawang dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 6 petang itu berlaku apabila mangsa dan rakan lelakinya menyewa sebuah bilik di sebuah hotel bajet di sekitar Rawang sebelum 'diserbu' oleh dua suspek berusia 25 dan 37 tahun. Salah seorang suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Seorang suspek kemudian membawa rakan lelaki mangsa keluar dari bilik sebelum mengugut untuk membawa rakan wanitanya ke balai polis atas kesalahan maksiat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Tempias populariti di luar padang

Posted:

Tempias populariti di luar padang

Tempias populariti di luar padang

Oleh ALIF ABU BAKAR

IBU lelaki itu pernah berkata: "Rugilah tolak tawaran fotografi. Kalau selalu keluar majalah, nanti popular." Kenyataan seloroh itu diungkapkan ibu kepada seorang pemain bola sepak Selangor yang sedang meningkat naik, Muhammad Afiq Azmi.

"Ibu saya memang suka kalau anak dia masuk majalah," loghat utara jelas kedengaran dalam butir kata Afiq yang berasal dari Kangar, Perlis.

Daripada raut wajah Afiq, tergambar kesenangannya yang memilih untuk hidup sederhana, bebas daripada tempias populariti seperti yang dikecapi bintang-bintang bola sepak tempatan lain.

Tidak dinafikan, dengan rupa paras yang dimiliki lelaki berumur 24 tahun itu, bila-bila masa dia mampu menghiasi muka depan majalah hiburan atau fesyen serta menjadi buruan pereka tempatan.

Tubuh tinggi lampai mencecah 185 sentimeter juga sudah melayakkan Afiq untuk bergelar model pentas peragaan. Namun keengganan anak sulung daripada lima adik-beradik itu menjerumuskan diri dalam cabang glamor, membuatkan dia selesa melalui kehidupan normalnya kini.

"Populariti boleh memudaratkan diri jika kita tidak bijak membahagikan masa. Setakat ini saya tidak pernah menerima tawaran berlakon tetapi undangan sesi fotografi agak banyak. Semuanya saya tolak kerana saya ini pemalu orangnya," jujur Afiq yang berhajat menamatkan zaman bujang kira-kira dua tahun lagi.

Mula menjinakkan diri dalam arena bola sepak usai sekolah menengah, beliau menyertai Liga Perlis bersama Kelab Sentua FC selama setahun. Sejurus kelabnya menjuarai liga negeri itu, jurulatih Perlis bagi kumpulan bawah 21 tahun membawa nya masuk ke dalam skuad negeri.

Bakat semula jadi Afiq dalam sukan itu kemudiannya menarik perhatian pasukan Kuala Lumpur dan dia bernaung di bawah pasukan itu selama dua tahun. Barangkali peminjaman beliau ke pasukan Kelantan selama tiga bulan bagi kempen Piala Malaysia pada tahun lalu telah meledakkan namanya secara komersial.

"Saya menyumbangkan empat gol ketika bersama Kelantan dan selepas itu saya berhijrah ke pasukan Selangor sehingga sekarang," kongsi Afiq yang bertindak sebagai penyerang.

PELEMBAP wajah menjadi teman rapat Bunyamin yang diaplikasikan sebelum tidur.


Tutup aurat

Tidak banyak beza daripada rakan sepasukannya, Mohd. Bunyamin Umar juga menanam pandangan peribadi yang sama terhadap konsep populariti atlet. Baginya, dia tidak pernah berasa popular dan merasakan dirinya sama seperti orang lain apabila di luar padang.

Malah sejak kecil, anak kedua daripada lapan adik-beradik yang kini berumur 25 tahun itu mengimpikan kerjaya sebagai pemain bola sepak. Cukup bagi dirinya menjejaki kepuasan yang diidamkan selama ini tanpa perlu bonus daripada dunia glamor yang banyak ranjaunya.

Bagaimanapun, sebelum bergelar pemain bola sepak, Bunyamin pernah berdepan tentangan daripada keluarganya. Singkap lelaki dari Sik, Kedah itu, aurat menjadi isu dalam kalangan ahli keluarganya dan memahami hukum tersebut, Bunyamin memakai seluar ketat (tight) agar ia benar-benar menutup aurat lelaki yang bermula dari atas pusat sehingga bawah lutut.

"Alhamdulillah sekarang mereka merestui kerjaya tetap saya ini dan saya bercadang untuk terus aktif bermain sehingga umur 35," rancang Bunyamin yang ingin terjun ke dalam bidang kejurulatihan selepas usia tersebut.

Bakat bola sepak Bunyamin bermula sedikit awal berbanding Afiq. Mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Kuala Lumpur, kerjaya profesional Bunyamin bermula bersama pasukan Kedah pada tahun 2008.

"Selepas tamat pengajian peringkat matrikulasi di SSBJ selama dua tahun, saya menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia untuk tiga tahun.

"Dalam tempoh pengajian, saya menyertai pasukan UPB-MyTeam dan setelah ia ditutup, saya dipanggil Selangor pada tahun 2010 sehinggalah sekarang," jelas Bunyamin yang mempunyai sebuah restoran di Cyberjaya bernama Umar Yusoff yang diusahakan bersama rakannya sejak lima bulan lalu.

MENGUTAMAKAN keaslian setiap pakaian dan aksesori yang dibeli, cita rasa Afiq terhadap fesyen boleh dipuji.


Jenama asli

Menyorot pandangan pada penampilan luaran dua lelaki yang dilantik sebagai personaliti sukan bagi Cabaran Dashing 2 Futsal Neon musim kedua itu sudah cukup untuk menggambarkan cita rasa fesyen mereka.

Afiq tampil santai dengan baju-T sukan yang dipadankan bersama jean ranggi sambil menggalas beg tali bercerut rona merah jambu. Ringkas dan sememangnya gaya seorang lelaki biasa. Namun apabila menjeling ke arah kasutnya, persepsi 'lelaki biasa' itu harus ditarik balik.

Ini disebabkan sneaker hijau jenama Armani Jeans (AJ) itu merupakan koleksi daripada musim bunga/panas 2013 yang masih hangat di pasaran. Ia membuktikan bahawa atlet lelaki negara ini juga mengambil tahu serba sedikit gaya baharu yang relevan untuk dicuba.

Ujar Afiq: "Saya tidak cerewet dalam soal pemakaian. Baju-T sudah cukup untuk saya keluar rumah. Saya orang yang paling susah untuk memakai kemeja dan dalam koleksi peribadi hanya ada sehelai dua.

"Jadi bila ada majlis yang memerlukan pemakaian kemeja, barulah kelam-kabut beli. Namun apa pun pakaian atau barangan yang saya beli, saya utamakan keaslian jenama."

Dari segi penggayaan rambut pula, pada mata kasar, Afiq memang lelaki yang menitikberatkan kekemasan rambut. Ada sahaja gaya menarik yang ditampilkan meskipun ketika beraksi di atas padang.

"Saya tidak meniru mana-mana personaliti sukan atau selebriti. Selalunya bila saya teringin tampil dengan sesuatu potongan rambut, saya akan cuba dan tengok sama ada ia sesuai atau tidak.

"Untuk rambut memang saya guna dua produk iaitu wax dan penyembur. Kebiasaannya, penyembur saya pakai sewaktu bermain sebab tak mahu rambut berserabut dan mengganggu konsentrasi permainan.

"Memang kadang-kadang bila kita tampil kemas atas padang tetapi tidak mempamerkan aksi cemerlang, ada komen-komen negatif yang dilemparkan daripada peminat.

"Namun saya tak ambil pusing sebab adat bila kalah, mereka akan cari apa jua alasan untuk mengkritik. Semua teguran itu saya terima dan jadikan sebagai pemangkin semangat," jelasnya yang sangat berhati-hati dalam memilih pencuci muka.


DARI kiri: Afiq, Remy, Henry dan Bunyamin pada majlis pelancaran Cabaran Dashing 2, Futsal Neon untuk musim kedua.


Pelembap

Jika Afiq lebih selektif dalam soal penjagaan rambut, Bunyamin pula agak teliti dalam rejim penjagaan wajah. Lelaki berwajah manis dengan lesung pipit itu tidak malu mendedahkan bahawa dia memakai pelembap untuk wajah sebelum tidur.

Selain pencuci muka, produk sebegitu disifatkan Bunyamin sebagai pembantu dalam mengekalkan kesihatan kulit wajah.

Katanya: "Menjaga penampilan diri penting bagi lelaki tidak kiralah apa pekerjaan anda. Bagi saya, setiap lelaki perlu menjaga imej dengan berpenampilan kemas agar kita dapat menghentikan persepsi wanita yang sering menganggap golongan lelaki sebagai kelompok yang selekeh."

Mengutamakan pakaian kemas, Bunyamin juga kini mula bereksperimen dengan gaya rambut baharu. Imej botaknya dulu dibuang selepas merasai penampilan itu membuatkannya tampak bengis.

"Selepas itu, saya simpan rambut yang agak panjang dan kemudiannya memotong mengikut gaya baharu. Itu pun saya lakukan di salon milik Asaruddin Putra Omar yang juga pemain bagi pasukan Selangor di Shah Alam," cerita Bunyamin yang bermain di posisi pertahanan dalam pasukannya.

Pesona gaya kasual

Posted:

Pesona gaya kasual

Pesona gaya kasual

BERSIFAT versatil, busana ini bukan sahaja sesuai digayakan di majlis kasual, malah boleh dipakai ke pejabat.


KASUAL, bergaya dan berani. Itu perkataan yang tepat bagi menggambarkan 30 koleksi pertama dari Butik Bianco Mimosa dalam satu pertunjukan fesyen sempena pelancaran butik itu di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Koleksi tersebut dizahirkan oleh para perekanya yang mendapat inspirasi dari jenama terkemuka, Versace dan Roberto Cavalli.

Bianco Mimosa dikendalikan oleh jurusolek popular Deq Sha atau nama sebenarnya Mohamad Shahrul Azlan Abdul Rauf bersama Mohd. Faizal Abdullah dan Jasmi Rejab, selaku pereka fesyen.

Menurut Deq Sha, Bianco Mimosa cuba menonjolkan aspek material pada koleksi sulungnya itu dengan salah satu daripadanya ialah penggunaan batik digital.

Material dari China

"Menggunakan kain-kain eksklusif yang ditempah khas dari China, warna-warna yang digunakan dalam koleksi pertama ini lebih kepada warna oren, merah manggis, hitam, coklat dan warna wajib Bianco Mimosa iaitu kuning diraja.

"Ia menampilkan koleksi sedia pakai dengan suntikan rekaan kasual, futuristik dan tidak ketinggalan fesyen muslimah," katanya sambil memberitahu material yang digunakan terdiri daripada kain sifon, likra dan kulit.

Tambah Deq Sha, kepelbagaian dalam koleksi menunjukkan bahawa Bianco Mimosa mampu menghasilkan atau memenuhi apa sahaja fesyen yang menjadi idaman pelanggan.

"Koleksi sedia pakai menggunakan potongan ringkas yang menjamin keselesaan pemakai.

"Kami tidak meletakkan sasaran umur untuk koleksi ini kerana ia bebas dipakai oleh individu-individu yang berani bereksperimen dengan fesyen," ujarnya.

Secara keseluruhannya, terdapat 30 koleksi yang ditampilkan dengan tiada sebarang perincian manik mahupun renda memandangkan jenama tersebut ingin menonjolkan aspek material yang digunakan.

Rekaan koleksi sedia pakai Bianco Mimosa yang ringkas tetapi elegan ini dijual antara RM200 hingga RM500 sehelai.

Bianco Mimosa yang dinaungi usahawan, Datuk Ida Suraya Mustapha, bakal bekerjasama dengan jenama terkenal Versace dalam melahirkan koleksi fesyen busana Muslimah.

Teknologi penawar masalah kulit

Posted:

Teknologi penawar masalah kulit

Teknologi penawar masalah kulit


EUCERIN dihasilkan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan luaran kulit.


SETIAP orang mahukan kulit yang sihat dan cantik, namun masih ada yang tidak tahu cara-caranya.

Prihatin dengan masalah tersebut, Eucerin telah melancarkan kempen Let's Talk Skin Science di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya yang berakhir pada 1 September lalu.

Kempen tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran umum mengenai penjagaan kulit secara perubatan agar mereka dapat memahami dengan lebih dekat tentang kulit dari segi sains.

Pakar dermatologi, Dr. Mohamed Abu Bakar Siddique berkata, masalah jerawat dan parut mampu 'meragut' rasa keyakinan diri seseorang.

Berdasarkan pengalamannya, rawatan penjagaan kulit klinikal telah membantu beliau mengatasi isu-isu tersebut sekali gus mengembalikan keyakinannya.

Beliau telah berkongsi pengalaman dan pengetahuannya tentang penjagaan kulit pada Bengkel Media Blogger Eucerin yang diadakan di House+Co pada 29 Julai lalu.

Mohamed juga terlibat pada majlis pelancaran kempen Let's Talk Skin Science bagi memberi pandangannya mengenai kesihatan kulit dari perspektif perubatan.

Eucerin yang telah menjadi pelopor dalam sains perubatan kulit dan inovasi selama lebih 100 tahun, menawarkan penyelesaian masalah kulit secara keseluruhan.

"Mengetahui bagaimana kulit anda berfungsi adalah penting kerana tidak semua produk penjagaan kulit akan memberikan anda kulit yang diingini.

"Namun , masih ramai pengguna yang memahami kepentingan itu dan kempen ini bertujuan mengubah perspektif tersebut," kata Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan.

Bagi membuktikan bahawa kempen Let's Talk Skin Science bukan sekadar kempen untuk kepentingan produk, Eucerin berkolaborasi bersama rangkaian penjagaan dan kesihatan diri, Watson's, dalam memberi sokongan terhadap penjagaan kulit secara perubatan.

PENGUNJUNG berpeluang menjalani pemeriksaan kulit sempena siri jelajah Eucerin.


Penjagaan klinikal

Pengarah Dagangan dan Perancangan Ruang Watson's, Caryn Loh memberitahu, Watson's amat berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan Beiersdorf Malaysia dalam menyediakan penjagaan klinikal kulit kepada orang ramai.

"Sebagai gedung peneraju kesihatan dan kecantikan di Asia, Watson's komited dalam menawaran produk kecantikan dan penjagaan diri kepada pengguna," ujarnya.

Eucerin kini menyediakan platform kepada pengguna untuk berkomunikasi dengan pakar-pakar kulit, pada masa yang sama menyediakan kaedah penyelesaian yang terbukti berkesan.

Menggunakan teknologi paten Eucerin baharu, mesin kulit terkini berupaya mengenal pasti masalah kulit pelanggan menerusi analisis terperinci.

Teknologi baharu tersebut telah diuji selama empat minggu dalam cabaran transformasi kulit yang disertai oleh beberapa orang blogger dan selebriti yang menggunakan rangkaian produk Eucerin DermoPurifyer.

Antara selebriti yang terlibat ialah DJ Red FM, Linora Low, pelumba kereta, Natasha Seatter dan pengacara program Football Overload, Michelle Lee.

Kesemuanya hadir pada majlis pelancaran untuk berkongsi pengalaman masing-masing berhubung transformasi kulit mereka.

Siri jelajah Eucerin yang berlangsung selama lima hari itu dibuka setiap hari bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Orang ramai berpeluang melakukan analisis kulit menggunakan teknologi baharu dengan rundingan pakar.

Rawatan wajah percuma menggunakan teknologi terkini dari Amerika Syarikat dan sesi merias kecantikan secara semula jadi itu memberi peluang kepada para pengunjung memanjakan diri mereka.

Selain itu, produk-produk penjagaan kulit Eucerin juga dijual kepada orang ramai sepanjang kempen tersebut berlangsung.

Rangkaian produk Eucerin boleh didapati di rangkaian farmasi, penjagaan diri dan kecantikan utama di seluruh negara termasuk Guardian, Watson's serta Caring.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Nicol juara

Posted:

Nicol juara

Nicol juara

Oleh SHANIKA ABDULATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

NICOL melakar gelaran juara buat kali kelapan pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia-CIMB 2013 semalam.


SELEPAS skuad Harimau Malaya meraikan kemenangan dengan menewaskan Myanmar pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 di bumi Kuantan, Pahang malam kelmarin, semalam giliran ratu skuasy negara, Datuk Nicol David pula memberi hadiah istimewa sempena Hari Malaysia yang disambut hari ini.

Pada aksi akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia-CIMB 2013 semalam, Nicol berjaya merampas kembali gelaran juara dengan menewaskan juara bertahan dari Mesir, Raneem El Weleily.

Seperti yang dijangka, saingan final yang diadakan di gelanggang kaca The Curve Mutiara Damansara itu berlangsung dalam suasana sengit meskipun Nicol berjaya mencatat kemenangan straight set 11-8, 11-7, 11-6.

"Ia kemenangan yang sangat istimewa terutama apabila berjaya membawa pulang semula trofi kemenangan ke Malaysia dengan disaksikan oleh peminat tanah air.

"Saya akui, saingan hari ini (semalam) sangat sengit kerana kita tahu, Raneem merupakan seorang pemain yang hebat. Biarpun ada kesilapan yang dilakukan, dia tetap memberi cabaran sehingga memaksa saya beraksi pada tahap maksimum.

"Saya percaya, ia adalah perlawanan paling menarik dan luar biasa bagi saya sepanjang musim ini. Saya gembira dan berharap dapat bertemu dengannya sekali lagi di pentas akhir pada tahun depan," katanya yang meraih gelaran juara kelapan selepas menamatkan saingan dalam tempoh 34 minit.

Dengan kemenangan tersebut, Nicol membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,200 (RM33,558).

'Harimau Muda memang ada kelas'

Posted:

'Harimau Muda memang ada kelas'

'Harimau Muda memang ada kelas'

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


HARIMAU Muda memang berhak bergelar juara selepas mempamerkan aksi konsisnten sepanjang Pestabola Merdeka 2013 yang berakhir di Kuantan kelmarin.


SKUAD Harimau Muda sememangnya tampil pada Pestabola Merdeka 2013 ini dengan perwatakan selaku juara.

Demikian tegas pengurus pasukan Myanmar, Tin Myint Aung selepas menyaksikan pasukannya tewas 0-2 kepada Malaysia pada perlawanan akhir yang disaksikan lebih 35,000 penyokong di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang malam kelmarin.

Kata Myint Aung, mereka tewas kepada sebuah pasukan yang hebat serta menampilkan aksi konsisten sepanjang kejohanan edisi ke-41 ini.

"Kami menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Kami tewas kepada sebuah pasukan yang sangat sempurna.

"Dalam aksi final tadi (kelmarin), jentera serangan kami gagal membuat penyudahan sempurna walaupun bahagian tengah telah berfungsi agak baik.

"Bagaimanapun, kekalahan ini tidak sesekali mematahkan semangat juang para pemain kami malah kami akan bangkit dalam saingan Sukan SEA di negara kami Disember nanti.

"Saya melihat kekuatan utama pasukan Malaysia adalah keutuhan benteng pertahanan mereka ditambah dengan taktikal yang sangat menarik.

"Apa pun, saya mengucapkan tahniah kepada skuad Malaysia kerana muncul juara Pestabola Merdeka ini dan semoga kita akan berjumpa lagi di di Sukan SEA Myanmar nanti," katanya.

Secara keseluruhan, Myint Aung merumuskan bahawa beliau berpuas hati dengan persembahan para pemain mudanya pada kejohanan ini namun masih banyak perkara yang perlu digilap sekembalinya mereka ke Myanmar nanti.

Kata pengurus yang meminati corak permainan pemain sayap Harimau Muda, Syahrul Azwari Ibrahim itu, seperti negara-negara lain yang menjadi tuan rumah sesuatu kejohanan besar, pastinya tekanan memihak kepada mereka untuk menampilkan permainan berkualiti dan paling penting untuk keluar sebagai juara.

"Oleh itu, dalam tempoh beberapa bulan yang tinggal ini, kami akan memperkemaskan segala kelonggaran serta akan sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi dari semasa ke semasa.

"Pada awal bulan depan kami akan terbang ke Korea Selatan dan Jepun untuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab di sana dan selepas itu kami akan mempersiapkan diri sepenuhnya sebelum Sukan SEA bermula," kata Myint Aung.

'Masih milik Arema'

Posted:

'Masih milik Arema'

'Masih milik Arema'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


ZAKARIA (kanan) menjelaskan bahawa Safee (kiri) masih menjadi milik kelab Arema Malang.


"SAFEE (Mohd. Sali) masih memiliki kontrak bersama Arema Indonesia sehingga Februari tahun depan.

"Jika dia tidak lagi diperlukan Johor Darul Takzim (Johor DT), mana-mana pasukan yang berminat perlu berurusan dengan Arema Indonesia terlebih dahulu sebelum mendapatkan khidmat Safee."

Demikian jelas pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab Rahim ketika mengulas khabar angin berhubung masa depan penyerang sensasi negara itu selepas ini.

Ketika ini, polemik mula tercetus apabila Safee dikatakan bakal menyertai pasukan Liga Premier, Johor musim depan.

Ia ekoran kehadiran dua penyerang import, Pablo Aimar serta bekas penyerang Atletico Madrid, Braulio Nobrega Rodriguez yang menyertai Johor DT baru-baru ini.

Selain faktor usia, krisis kecederaan yang sering membelenggu Safee juga dikatakan antara faktor khidmat penyerang itu tidak lagi diperlukan Johor DT yang berjaya mendapatkannya menerusi pinjaman daripada Arema Indonesia (dahulunya dikenali sebagai Pelita Jaya) awal musim ini.

Mengakui tidak tahu-menahu berhubung spekulasi berkenaan, Zakaria sebaliknya menasihatkan mana-mana pasukan yang berminat melamar Safee supaya menghubungi pihak pengurusan Arema Indonesia terlebih dahulu.

"Tempoh pinjaman Safee bersama Johor DT akan berakhir pada November depan, jadi persoalan sama ada Safee akan kembali beraksi di Indonesia mahupun menyertai mana-mana pasukan lain di Malaysia hanya boleh diketahui selepas itu jika khidmatnya tidak lagi diperlukan Johor DT," jelas Zakaria kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Zakaria mengakui bersedia untuk kembali menguruskan karier Safee sekiranya penyerang itu berhasrat untuk kembali beraksi di Indonesia.

"Terserah kepada Safee, sama ada mahu kembali beraksi di Indonesia atau pun menyertai pasukan lain, saya tidak berhak menjawab soalan itu.

"Cuma jika dia mahu kembali ke Indonesia, saya bersedia membantu semula menguruskan karier Safee," jelas beliau.

Safee, 29, yang memulakan kariernya bersama pasukan Kuala Lumpur, Sarawak dan Selangor kemudiannya berhijrah ke Arema Indonesia pada 5 Februari 2011 sebelum muncul penjaring terbanyak kelab itu dengan 20 gol musim lalu.

Sebaik kontraknya tamat pada 31 Januari 2012, Safee telah menandatangani kontrak lanjutan bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Indonesia itu sebelum disunting Johor DT menerusi pinjaman awal musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Arema Indonesia, Iwan Budianto sebelum ini juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menjual Safee sebelum kontraknya tamat.

Sebaliknya jelas Iwan, penghijrahan Safee ke Johor DT hanyalah bagi memberikan lebih peluang kepada pemain muda Arema Indonesia supaya beraksi lebih kerap dalam mana-mana perlawanan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Piala Malaysia: Perak tidak mahu berputih mata

Posted:

Piala Malaysia: Perak tidak mahu berputih mata

Piala Malaysia: Perak tidak mahu berputih mata

16/09/2013 9:31pm

IPOH - Perak akan bermain bermati-matian untuk membenam cabaran Kedah pada aksi Kumpulan D kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

Kemenangan sangat penting dalam usaha memastikan laluan ke suku akhir semakin selesa.

Jurulatih Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata, kekalahan 1-2 kepada Lion XII di Stadium Jalan Besar sebelum ini menyebabkan skuad Seladang tiada pilihan lain selain mengutip tiga mata penuh pada perlawanan kelima peringkat kumpulan tersebut. - KOSMO!

Piala Malaysia: Terengganu elak buat silap dalam padang

Posted:

Piala Malaysia: Terengganu elak buat silap dalam padang

Piala Malaysia: Terengganu elak buat silap dalam padang

16/09/2013 9:30pm

KUALA TERENGGANU - Terengganu perlu fokus dan bermain secara konsisten sepanjang 90 minit pada aksi Kumpulan C kempen Piala Malaysia 2013 menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam esok.

Jurulatih Terengganu, E. Elavarasan berkata, beraksi di laman sendiri bukan satu kelebihan kerana beliau pasti Kelantan akan mempamerkan aksi terbaik untuk meraih kemenangan.

"Beraksi di tempat sendiri bukan bermakna ia memberi laluan mudah buat kami kerana pasukan lawan juga mempunyai hasrat yang sama untuk menang, sekali gus membuka peluang lebih cerah mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi semalam. - KOSMO!

Piala Malaysia: Kelantan perlu waspada

Posted:

Piala Malaysia: Kelantan perlu waspada

Piala Malaysia: Kelantan perlu waspada

16/09/2013 9:30pm

KOTA BHARU - Kelantan bertekad untuk menewaskan Terengganu pada aksi kelima Kumpulan C kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam esok.

Kemenangan sangat penting dalam usaha mencerahkan peluang untuk menempatkan diri ke kelompok lapan pasukan terbaik.

Bagaimanapun, pengendali skuad The Red Warriors, Bojan Hodak yang dihubungi Kosmo! berkata, beliau menyedari bahawa laluan yang terpaksa ditempuh pasukan itu bukan mudah kerana Terengganu juga mahukan kemenangan untuk membuka semula peluang selain memastikan maruah mereka tidak tercalar di laman sendiri. - KOSMO

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tentera bunuh 51 gerila MNLF

Posted:

Tentera bunuh 51 gerila MNLF

Tentera bunuh 51 gerila MNLF

MAYAT seorang gerila MNLF diletakkan ke dalam sebuah trak tentera di Bandar Raya Zamboanga, selatan Filipina semalam.


ZAMBOANGA - Tentera Filipina membunuh atau menangkap hampir 100 gerila Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang menahan sejumlah tebusan selama seminggu di bandar ini.

Pihak berkuasa menyatakan, perkembangan itu berlaku ketika tentera kerajaan meneruskan operasi untuk menawan semula beberapa penempatan yang dikuasai pemberontak di sepanjang kawasan pantai dekat selatan Filipina.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, masih terdapat lebih 100 gerila MNLF di beberapa kawasan di pinggir bandar raya ini.

"Mereka menjadikan orang awam sebagai tebusan," katanya.

"Namun, kami semakin berjaya dan meneruskan kemaraan," tambah Zagala.

Sejumlah tebusan telah melarikan diri atau dibebaskan tetapi bilangan keseluruhan mereka yang ditawan MNLF masih tidak dapat dipastikan.

Datuk Bandar Zamboanga, Isabelle Climaco-Salazar pula memberitahu, pemberontak MNLF masih menawan kira-kira 40 tebusan di sebuah kawasan dekat sini.

Dalam perkembangan berkaitan, sekurang-kurangnya 51 pemberontak telah dibunuh manakala 42 lagi ditangkap ketika cuba melarikan diri melalui kawasan pantai.

"Mereka membuang pakaian seragam dan memakai pakaian orang awam," kata Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas.

Menurutnya, tentera Filipina turut menemui dua mayat gerila MNLF yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita semalam.

Sebanyak enam anggota polis dan tentera bersama empat penduduk kampung terbunuh dalam konfrontasi itu yang bermula Isnin lalu apabila pemberontak cuba menaikkan bendera MNLF di bangunan Dewan Bandar Raya Zamboanga di sini.

"Walaupun tentera mendapat momentum, kami masih belum pasti bila konfrontasi ini akan berakhir," kata Roxas.

Menurutnya, lebih 67,000 penduduk telah melarikan diri sejak MNLF melancarkan serangan ke atas bandar raya ini pada minggu lalu.

Kumpulan MNLF semakin terdesak sejak beberapa bulan lalu apabila mereka dipinggirkan oleh kerajaan Filipina.

Manila sebaliknya memilih untuk berunding dengan seteru MNLF, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dalam rundingan damai yang ditaja oleh Malaysia.

Rundingan dengan MILF diadakan bagi menamatkan penentangan orang Islam sejak beberapa dekad lalu yang meragut sebanyak 150,000 nyawa di selatan negara itu. - AP

Kos apungkan Costa Concordia RM3.6 bilion

Posted:

Kos apungkan Costa Concordia RM3.6 bilion

Kos apungkan Costa Concordia RM3.6 bilion


SEORANG budak lelaki melihat bangkai kapal persiaran Costa Concordia dekat pelabuhan Giglio Porto, Itali semalam.


PULAU GIGLIO - Pihak berkuasa Itali melakukan persiapan terakhir semalam untuk mengapungkan kapal persiaran Costa Concordia.

Kapal seberat 114,500 tan metrik itu separa karam dan tersadai di perairan pulau tersebut.

Sejumlah pekerja dilihat memasang rantai dan kabel besi gergasi dalam usaha mengapungkan kapal sepanjang 290 meter atau seluas tiga buah padang bola sepak itu hari ini.

Ketua operasi berkenaan, Nick Sloane berkata, tindakan itu perlu dilakukan sekarang kerana badan kapal berkenaan semakin lemah dan mungkin patah pada musim sejuk.

Projek mega tersebut setakat ini menelan belanja lebih AS$798 juta (RM2.6 bilion) dengan sebuah syarikat insurans memberitahu, kos operasi berkenaan dijangka mencecah AS$1.1 bilion (RM3.6 bilion).

Apabila kapal Costa Concordia berada dalam keadaan menegak, ia akan ditunda untuk dileraikan pada awal tahun hadapan.

Kapal berkenaan berada dalam keadaan hampir terbalik di perairan pulau itu sejak melanggar batu semasa membawa 4,229 penumpang dari 70 buah negara pada Januari 2012.

Nahas itu didapati berpunca daripada kesilapan kapten kapal berkenaan, Francesco Schettino.

Seramai 32 orang terbunuh dalam tragedi itu. - AFP

Dua wanita cedera terkena peluru sesat anggota polis

Posted:

Dua wanita cedera terkena peluru sesat anggota polis

Dua wanita cedera terkena peluru sesat anggota polis


SEORANG wanita rebah selepas terkena sebutir peluru sesat dalam insiden tembakan di New York kelmarin.


NEW YORK - Polis tertembak dua wanita ketika cuba menangkap seorang lelaki yang mengamuk di luar Terminal Bas Pihak Berkuasa Pelabuhan di sini kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, sebutir peluru sesat itu mengenai kaki seorang wanita manakala mangsa kedua cedera di punggung.

Beberapa saksi berkata, seorang anggota polis melepaskan tiga das tembakan selepas terdengar jeritan bahawa suspek membawa senjata api.

Kedua-dua mangsa yang kebetulan berada di tempat kejadian kemudian dibawa ke dua hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah persimpangan yang sibuk di sini sejurus selepas pukul 9.30 malam (waktu tempatan).

"Seorang lelaki berlari memasuki simpang empat itu. Dia seperti meminta supaya kenderaan yang lalu-lalang melanggarnya," kata seorang saksi, Fabiola Ferere.

"Sebuah trak melanggarnya tetapi dia bangkit kembali sebelum dirempuh pula oleh sebuah kereta," tambah wanita berusia 30 tahun itu.

Seramai tujuh anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian cuba menahan lelaki tersebut.

"Dia berlari-lari di sekitar lokasi kejadian untuk cuba mengelak daripada ditangkap," kata saksi sama.

Menurut beberapa saksi lain, ketika polis berjaya merebahkan suspek, lelaki itu kelihatan seperti cuba mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.

Ketika itu, seorang pejalan kaki menjerit: "Dia bersenjata!".

"Saya kemudian mendengar tiga das tembakan dilepaskan manakala polis mengosongkan lokasi kejadian selepas itu," kata seorang pelancong, Arkem Assam.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mendedahkan nama suspek, anggota polis yang melepaskan tembakan dan dua mangsa berkenaan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bersama sehingga ke akhir hayat

Posted:

Bersama sehingga ke akhir hayat

Bersama sehingga ke akhir hayat

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini ternyata cukup berbeza buat penyanyi Atilia Harun setelah bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Jalil, seorang insan yang pernah bertakhta di hatinya selama 10 tahun akhirnya menghadap Ilahi.

Biarpun tidak lagi mempunyai ikatan sebagai suami isteri, Atilia menyatakan pemergian Ariff cukup dirasai memandangkan hubungan mereka masih akrab walaupun selepas bercerai.

"Pemergiannya itu memang langsung tidak dijangka kerana arwah meninggal dunia hanya empat bulan selepas dia mengetahui menghidap penyakit kanser hati tahap empat.

"Lagipun saya adalah orang pertama yang mengetahui tentang penyakitnya itu. Ketika dia menjalani pemeriksaan di hospital, secara kebetulan saya menelefonnya dan pada masa itulah dia memberitahu doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser hati," ujarnya ketika ditemui semasa sidang akhbar konsert MPO And All That Jazz baru-baru ini.

Menurut Atilia, arwah suaminya itu telah menjalani pemeriksaan susulan dengan tiga orang lagi doktor, namun kesemuanya tetap memberikan keputusan yang sama.

"Peristiwa ini memang cukup mengejutkan kerana sepanjang 10 tahun hidup bersama, dia kelihatan cukup sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit kritikal," ungkap pemilik nama sebenar Raja Putri Atilia Raja Haron itu.

Ujarnya, sepanjang tempoh berkenaan dia memang sentiasa berada di samping arwah yang terpaksa berulang-alik ke hospital sehinggalah Ariff menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Sudah tentu kehilangannya itu amat dirasai memandangkan kami pernah hidup bersama, tetapi saya berasa lega kerana penderitaan yang dilaluinya itu telah berakhir.

"Walaupun kami tidak lagi mempunyai sebarang ikatan yang sah, kami tetap bersama sehingga ke akhir hayatnya. Ketika arwah menghembuskan nafas terakhir pun saya berada di sampingnya," ujarnya yang kelihatan tenang.

Ketika ditanya tentang hubungan akrab yang terus terjalin setelah mereka bercerai, Atilia menyatakan tidak ada sebab utama untuk mereka bermusuh, meskipun tidak lagi menjadi pasangan suami isteri.

Jelasnya, adalah sesuatu yang cukup merugikan untuk memutuskan terus hubungan yang terjalin dengan seorang insan yang pernah hadir dalam hidupnya untuk satu tempoh yang panjang.

"Biasanya kebanyakan suami isteri yang berpisah akan terus berhubungan disebabkan anak. Berlainan pula dengan kami, kerana sepanjang hidup bersama tidak pernah dikurniakan cahaya mata.

"Sebelum berkahwin dulu saya dan arwah memang sudah menjalinkan hubungan persahabatan. Kemudian kami berkahwin selama 10 tahun dan akhirnya berpisah, tetapi kami terus berkawan seperti biasa," jelasnya.


ATILIA masih terasa kehilangan Ariff Johan yang meninggal dunia akibat kanser pada Aidilfitri baru-baru ini.


Berkahwin

Setelah bercerai dengan Ariff pada tahun 2009, Atilia telah menjalinkan pula hubungan cinta dengan seorang jurutera bunyi dan mereka pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.

Bagaimanapun, perkara tersebut terus berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang perkembangan lanjut sehingga menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminatnya.

Tutur Atilia, rancangan untuk mendirikan rumah tangga akan tetap diteruskan juga pada tahun ini memandangkan usianya yang akan mencecah 40 tahun pada tahun hadapan.

"Sudah tentu saya tidak mahu menangguhkan lagi kerana umur pun semakin meningkat. Insya-Allah, kalau tiada halangan dan segalanya berjalan lancar, kami akan kahwin hujung tahun ini.

"Cuma, buat masa ini masih belum ada sebarang keputusan lagi yang dibuat dan tunggu sahaja pengumuman yang dibuat nanti. Kalau dah dapat tarikh yang sesuai, saya akan umumkannya kepada semua orang termasuk rakan-rakan media," ujarnya yang masih enggan memberitahu nama kekasihnya itu.

Jelasnya, untuk perkahwinan kali kedua ini dia sememangnya meletakkan harapan yang cukup tinggi agar dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap kepada kehidupannya.

Satu penghormatan

Dikenali sebagai seorang penyanyi yang memperjuangkan irama jazz, ternyata Atilia mempunyai cerita tersendiri ketika membuat persembahan di Jakarta sempena Java Jazz Festival 2013 pada bulan Mac lalu.

Ujarnya, mendapat peluang untuk membuat persembahan di festival berkenaan merupakan suatu pengalaman yang cukup berharga memandangkan irama jazz yang mendapat sambutan baik di sana, ramai juga yang memuji persembahannya.

"Beberapa hari selepas membuat persembahan, ada media yang telah melabelkan saya sebagai pengganti kepada Datuk Sheila Majid memandangkan penyanyi itu cukup terkenal di negara tersebut.

"Secara jujurnya saya memang berasa cukup malu apabila dilabel sebegitu kerana sedar berasa diri ini masih lagi kerdil, namun saya anggap ia satu penghormatan yang tidak terhingga," ujarnya yang telah melancarkan albumnya iaitu Indah di Indonesia beberapa bulan lalu.

Berkenaan dengan irama jazz yang masih lagi agak kurang mendapat perhatian peminat di negara ini, Atilia sedar tentang persepsi sesetengah pihak yang menyatakan ia lebih kepada muzik orang kaya.

Ujarnya, sehingga kini tidak banyak penyanyi yang mahu berkecimpung dalam irama jazz berbanding genre muzik lain sehingga industri sukar mencari penyanyi pelapis.

"Selama ini orang cuma lebih mengenali Sheila Majid, Noryn Aziz dan Najwa Mahiaddin sebagai penyanyi jazz di negara ini. Saya melihat ia merupakan satu perkembangan yang kurang baik.

"Saya berpendapat bahawa irama jazz ini seolah-olah terpinggir dalam industri muzik tempatan. Misalnya, lagu-lagu jazz nyanyian saya sendiri agak kurang diputarkan di stesen radio," jelasnya.

Berharap agar lebih ramai penyanyi yang berani untuk mencuba irama jazz ini, penyanyi berkenaan meminta supaya peminat muzik melihat irama tersebut secara lebih meluas dan bukan khusus untuk golongan tertentu sahaja.

Diana belum bersedia kembali berlakon

Posted:

Diana belum bersedia kembali berlakon

Diana belum bersedia kembali berlakon


DIANA DANIELLE enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan ibunya, Norsiah.


SELEPAS lebih dua bulan melahirkan cahaya mata sulung, akhirnya pelakon Diana Danielle membuat kemunculan pertama di khalayak ketika menemani suaminya, Farid Kamil pada majlis malam gala filem Dampak di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bercerita tentang kehidupannya setelah bergelar seorang ibu, Diana menyatakan dia sedang melalui saat-saat yang indah bersama bayi lelakinya yang diberi nama Muhammad itu.

"Apabila pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu, saya membuat keputusan untuk menetap di kampung suami di Alor Setar, Kedah.

"Sekarang, saya masih lagi dalam proses berpantang untuk tempoh selama 100 hari sambil menikmati kehidupan yang indah di kampung bersama-sama dengan anak," ujarnya.

Apabila ditanya mengenai kenyataan yang dibuat oleh Farid sebelum ini yang agak keberatan untuk mengizinkan dia kembali berlakon, Diana memberitahu bahawa ia dibuat atas kebaikan untuk dirinya.

Diana, mengakui dia memang belum bersedia untuk kembali berlakon dalam tempoh terdekat, meskipun sudah ada beberapa tawaran yang telah diterimanya.

"Suami keberatan untuk mengizinkan saya berlakon bukan disebabkan mahu saya kelihatan kurus, tetapi dia inginkan saya supaya betul-betul sudah kuat.

"Selepas bersalin, memang keadaan saya masih lagi tidak stabil dari segi kesihatan dan emosi. Biarlah saya sihat seperti sediakala, barulah saya akan fikir untuk berlakon semula," jelasnya.

Selain mahu berada dalam keadaan sihat, Diana juga menjelaskan bahawa ketika ini dia masih belum bersedia untuk meninggalkan anaknya semata-mata mahu berlakon.

Menurutnya, dia tidak mahu terlalu mengharapkan ibu mertuanya itu menjaga Muhammad sepanjang masa dan ingin mencari individu yang mampu menjaga anaknya dengan baik.

"Kalau boleh, saya mahu seseorang yang dapat bersama saya sepanjang masa dan paling penting, individu tersebut boleh dipercayai. Cuma, saya masih belum berjumpa lagi dengan orang yang sesuai," jelasnya.

FIGURA ini mengakui emosinya masih belum stabil pada peringkat awal melahirkan anak sulungnya ini.


Sementara itu, ketika diajukan pertanyaan tentang pengajiannya di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia, Diana memberitahu dia baru sahaja menamatkan pengajian untuk kelas teori dan perlu menjalani praktikal.

"Kalau ikutkan saya perlu menjalani latihan di Australia, tetapi dengan keadaan sekarang ini agak sukar. Jadi, saya putuskan untuk buat praktikal di Malaysia sahaja.

"Saya dibenarkan bekerja dengan mana-mana syarikat yang sesuai di sini dan setiap laporan akan dihantar kepada pihak NIDA untuk mereka membuat penilaian dan memberi markah," jelasnya.

Tenang

Menceritakan tentang kehidupannya sewaktu mengandung di luar negara, Diana berkata, dia bernasib baik kerana tidak berhadapan dengan sebarang masalah yang besar.

Ujarnya, dia menjalani kehidupan yang cukup tenang tanpa sebarang gangguan, malah peluang tinggal di sebuah kawasan yang berhampiran dengan pantai semasa di Australia cukup membahagiakan dirinya.

"Saya menyukai suasana yang lebih bebas dan tanpa memikirkan tentang kerja atau komitmen lain. Selain itu, saya suka berada di sekeliling orang yang langsung tidak mengenali saya.

"Kalau ditakdirkan mengandung anak kedua nanti, saya memang merancang untuk pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak tahu untuk dapat ketenangan," jelasnya.

Bagaimanapun, ketika diajukan soalan oleh wartawan berhubung isu yang timbul dengan ibu kandungnya, Norsiah Ramli, pelakon itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

Ada pihak cuba kawal perkahwinan Fouziah

Posted:

Ada pihak cuba kawal perkahwinan Fouziah

Ada pihak cuba kawal perkahwinan Fouziah

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


PELAKON jelita ini mengakui dirinya semakin gemuruh menjelang majlis pernikahannya.


KURANG seminggu sahaja lagi, pelakon cantik Fouziah Gous, 30, akan menamatkan zaman daranya bersama seorang ahli perniagaan bernama Md. Zhafran Md. Yusof, 30.

Pelakon drama Trilogi Cinta itu memilih tarikh 21 September untuk melangsungkan pernikahannya manakala pada 29 September, Fouziah akan disandingkan dalam satu resepsi mewah yang diadakan di Hotel Marriott Putrajaya dengan mengenakan tema musim bunga.

Pada 5 Oktober pula, majlis resepsi di sebelah pihak Zhafran pula akan diadakan di kediaman ibu bapanya di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Biarpun ramai yang ingin menaja perkahwinan Fouziah, pelakon berdarah Pakistan itu menolak.

Ini kerana ada pihak yang cuba mengawal segala persiapan sedangkan yang patut memberi idea pada majlis tersebut adalah dirinya dan Zhafran.

Ikuti luahan Fouziah selanjutnya berhubung perkara tersebut ketika ditemui di syarikat perancang majlis perkahwinan Nas Great Idea Sdn. Bhd. di Serdang baru-baru ini.

Kosmo!: Apakah yang anda dimaksudkan apabila ada pihak cuba mengawal segala persiapan majlis perkahwinan?

FOUZIAH: Sebenarnya saya terima banyak tajaan untuk majlis perkahwinan nanti. Tetapi tidak semua yang saya ambil. Sebabnya ada beberapa pihak yang mahu mengawal segala-galanya tanpa mengambil kira apa yang saya suka.

Sebelum ini ramai yang mempertikaikan majlis pertunangan anda yang dikatakan kelihatan terlalu mewah.

Kalau ikutkan keluarga saya mahu buat yang lebih mewah untuk majlis pertunangan saya. Ini kerana saya merupakan anak perempuan tunggal dan bongsu dalam keluarga. Mereka mahukan yang terbaik untuk saya. Bagi saya, majlis perkahwinan perlu mengikut kemampuan masing-masing.

Namun jika ia dibuat secara besar-besaran dan meriah, anggap sahaja itu sebagai rezeki.


FOUZIAH dan Zhafran bakal bergelar suami isteri pada 21 September ini.


Bagaimanakah majlis perkahwinan anda nanti?

Tidak semua urusan majlis perkahwinan saya nanti ditaja. Saya gunakan juga duit hasil titik peluh berlakon selama ini.

Debaran menjadi isteri kurang daripada seminggu lagi?

Saya lebih gemuruh dalam menguruskan hal perkahwinan saya. Banyak benda yang merisaukan saya seperti baju kahwin. Nasib baik Zhafran sentiasa bersama dan kami sering berbincang mengenai perjalanan majlis perkahwinan itu.

Boleh cerita lebih lanjut mengenai majlis perkahwinan anda?

Saya akan melangsungkan pernikahan pada 21 September ini di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam. Sebelum majlis pernikahan itu saya akan mengadakan majlis berinai dengan adat Pakistan. Ada muzik dan saya akan dicalit dengan pewarna kuning serta disuapkan dengan manisan.

Bagaimanakah karier lakonan anda selepas berkahwin?

Pemahaman bakal suami terhadap karier lakonan saya masih tidak menyeluruh lagi. Zhafran sebenarnya seorang yang lurus. Sebelum ini, jika ada komen peminat yang pelik menerusi Twitter atau Instagram dia akan

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved