Ahad, 15 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perjalanan negara selama lima dekad

Posted:

Perjalanan negara selama lima dekad

Perjalanan negara selama lima dekad

"MERDEKA MALAYSIA! Alhamdulillah, setelah lama kita menunggu, maka akhirnya tibalah saat yang bersejarah ini - hari lahirnya Malaysia.

"Hari ini, sepuluh juta manusia daripada pelbagai kaum dan keturunan di seluruh Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah dengan perasaan penuh kegembiraan dan harapan mengikat tali persaudaraan untuk bersatu padu mengecap kemerdekaan."

Itu antara dua petikan awal di sebalik amanat Hari Malaysia yang disampaikan Perdana Menteri pertama yang juga Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman lima dekad lalu.

Amanat itu disampaikan ketika seluruh rakyat bergembira selepas Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura bersetuju membentuk sebuah negara berdaulat bernama Malaysia. Hari ini, pada 16 September 2013, rakyat sekali lagi mengecapi kegembiraan itu. Melalui tempoh panjang selama lima dekad, ia meletakkan Malaysia pada usia yang matang. Menjadi sebuah negara harmoni dan berjaya dari segala aspek.

Menyusuri sejarah lampau, 31 Ogos 1957 menjadi saksi kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ketika itu bermulanya era pentadbiran dan sosioekonomi di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman.

Beberapa tahun kemudian, rancangan disusun oleh pemimpin pada masa itu dalam mewujudkan sebuah persekutuan.

Bermula dengan perundingan diikuti penubuhan jawatankuasa dan proses turun padang bertemu rakyat, maka lahirlah sebuah negara bernama Malaysia.

Detik bersejarah itu dirakamkan pada 16 September 1963 yang menyaksikan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Singapura bagaimanapun keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Berkongsi pandangan mengenai sejarah itu, Pensyarah Kanan, Program Hubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Dr. Zaini Othman menyifatkan pembentukan sebuah negara bernama Malaysia ini merupakan nikmat besar bagi seluruh rakyat.


MENTERI Pertanian dan Koperasi yang mewakili kerajaan Persekutuan, Tan Sri Mohd. Khir Johari membacakan pemasyhuran Malaysia di Padang Central, Kuching, Sarawak pada 16 September 1963.


Katanya, selepas lima dekad pembentukan Persekutuan Malaysia, bukan sahaja Sabah, malah kesemua entiti politik yang wujud dalam Persekutuan Malaysia telah menikmati semangat kerjasama seperti yang termaktub dalam Perlembangaan Malaysia.

"Keselamatan, pendidikan dan sumber manusia, umpamanya merupakan tanggungjawab bersama dalam kalangan entiti politik Persekutuan Malaysia.

"Jaminan itu adalah manfaat berharga yang dinikmati oleh setiap entiti politik dalam Persekutuan Malaysia, termasuk Sabah," katanya.

Bersyukur

Menurut beliau, tahun ini merupakan tahun ke-50 Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) membentuk negara Persekutuan Malaysia.

"Hakikat sejarah yang tidak boleh kita nafikan Sabah tidak menyertai Malaysia, tetapi lebih tepat, Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura (kemudiannya keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965) telah membentuk Persekutuan Malaysia," jelasnya.

Bagi mantan Pengarah Arkib Negeri Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin, penubuhan sebuah gagasan bernama Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura sehingga 1965 merupakan satu nikmat besar yang perlu disyukuri.

Selepas Tanah Melayu bebas daripada penjajahan pada tahun 1957, Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan mengenai penubuhan sebuah gagasan baharu menerusi gabungan bersama Singapura, Brunei, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak pada 27 Mei 1961 di Singapura.

"Apa yang dilakukan oleh Tunku ketika itu adalah untuk mewujudkan satu kerjasama politik dan ekonomi yang lebih erat dalam kalangan wilayah-wilayah serumpun.

"Malah, penggabungan ini turut mengambil kira pandangan semua pihak termasuklah kalangan pemimpin dan rakyat setiap wilayah.

"Ketika itu, sikap tolak ansur dalam kalangan pemimpin begitu terserlah semata-mata untuk melihat rakyat bersatu di bawah satu payung negara," katanya.


PEMANDANGAN dari udara bandar Kota Kinabalu, Sabah yang pesat membangun.


Beliau menjelaskan, di sebalik kepelbagaian kaum dan etnik di negara ini, rakyat seharusnya bersyukur kerana dapat menjalin perpaduan erat selama lima dekad.

"Tidak banyak negara di luar yang mampu berdiri dan duduk bersama di bawah satu pemerintahan seperti yang dirasai oleh rakyat negara ini.

"Sekalipun banyak rintangan pada awal penubuhan gagasan ini termasuk campur tangan negara jiran dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun berbekalkan semangat persahabatan serantau, jalan penyelesaian berjaya dicapai," ujarnya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Penyelaras Unit Pengajian Kerajaan Tempatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota Kinabalu, Prof. Datuk Dr. Chua Kim Hing menyifatkan penyertaan Sabah khususnya dalam pembentukan Malaysia telah memberi manfaat pembangunan yang ketara.

"Jika melihat kepada perubahan pembangunan, memang tidak dinafikan Sabah lebih baik berbanding sebelum ini. Pembangunan asas fizikal boleh dilihat di mana-mana dengan adanya hospital, sekolah-sekolah dan jalan raya.

"Semua ini adalah hasil perkongsian kemerdekaan yang Sabah kecapi sejak 50 tahun lalu. Begitu juga dengan aspek insaniah diberi penekanan," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui agihan pembangunan di sesetengah tempat terutamanya di kawasan pendalaman dan luar bandar masih belum berada pada tahap yang dibanggakan.

"Kita boleh lihat pembangunan pesat di kawasan luar bandar di sesetengah negeri, tetapi Sabah masih terkebelakang. Mungkin disebabkan beberapa faktor termasuk bentuk muka bumi.

"Namun, usaha berterusan perlu dilakukan oleh pihak pentadbir bagi memastikan erti kemerdekaan yang dilaungkan selama ini dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat di negara ini," ujarnya.

Di sebalik semua itu, Kim Hing merasakan satu perkara yang perlu dibanggakan oleh rakyat negara ini khususnya di Sabah ialah perpaduan sesama kaum.

Tegasnya, Sabah meskipun dikongsi oleh lebih 20 kaum dan etnik berbeza, namun masalah hubungan kaum tidak pernah berlaku.

"Krisis perkauman akan tercetus jika wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab. Maka dengan itu, semangat toleransi dan saling hormat menghormati sangat penting.

"Kita perlu hidup dengan acuan kita sendiri tanpa mencampuradukkan mekanisma luar yang boleh mengganggu keharmonian. Itu lebih penting jika kita mahu terus hidup sebagai sebuah bangsa merdeka," katanya lagi.


GENERASI muda seharusnya meneruskan keamanan dan keharmonian yang berlangsung sepanjang lima dekad.


Hidup bebas

Sementara itu, pesara kerajaan, Juin Sawayan, 60, melahirkan rasa syukur kerana dapat hidup dalam sebuah negara yang dilimpahi keamanan dan pembangunan.

"Saya lahir sebelum negara Malaysia terbentuk dan saya telah lihat pelbagai peristiwa yang membawa perubahan kepada negara. Sehingga hari ini, saya dapat hidup bebas dengan melihat perubahan besar pada generasi muda," katanya.

Seorang peniaga, Julinah@Amyati Ku Yu Pang, 52, pula berkongsi pandangan mengenai nikmat pembangunan yang dirasai oleh setiap inci masyarakat di negara ini.

Katanya, hidup dalam suasana aman dan harmoni membuka banyak ruang kepada masyarakat untuk mencari rezeki dalam pelbagai bidang.

"Orang yang berniaga dapat berniaga dengan senang dan sesiapa sahaja boleh mencari rezeki dengan cara tersendiri," ujarnya.

Bagi seorang pelajar, Noraidah Rizan, 24, dia mengakui pengorbanan generasi terdahulu yang telah berkorban demi kedaulatan negara perlu sentiasa dikenang.

Ujarnya, keamanan yang dikecapi hari ini selepas 50 tahun pembentukan Malaysia bukanlah perkara yang mudah dicapai dan seharusnya dipertahankan oleh generasi muda.

Contohi semangat patriotisme generasi dulu

Posted:

Contohi semangat patriotisme generasi dulu

Contohi semangat patriotisme generasi dulu


SAMBUTAN Hari Malaysia boleh melahirkan generasi muda yang sayangkan negara dan mempunyai jati diri yang tinggi.


TATKALA Sarawak meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 di bawah nama Malaysia, penerima anugerah Tokoh Kemerdekaan 2010, Datuk Seri Dominic Dago menaruh harapan agar rakyat Malaysia tetap bersatu padu di bawah semangat 1Malaysia.

Bekas Ahli Parlimen Serian itu mahu generasi muda mencontohi semangat patriotik nenek moyang mereka dalam mencapai kemerdekaan.

Beliau menegaskan supaya anak-anak muda tidak ambil mudah berhubung keharmonian, keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara yang dinikmati selama ini.

"Hari Malaysia yang jatuh setiap 16 September adalah bagi meraikan pembentukan Malaysia lima dekad lalu. Ia asas kepada masa hadapan kita," kata Dago yang kini berusia 80 tahun.

Beliau merupakan satu-satunya anggota Jawatankuasa Antara Kerajaan, yang merundingkan penyertaan Sarawak dan Sabah ketika itu dikenali sebagai North Borneo ke dalam Persekutuan Malaysia. Persekutuan Malaysia pada masa itu ditunjangi Malaya dan Singapura.

Namun, apa yang menyedihkan Dago ialah apabila tidak ramai anak muda hari ini yang mengetahui Sarawak telah merdeka daripada jajahan British pada 22 Julai 1963.

Pada 16 September 1963, majlis pengisytiharan Persekutuan Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka (dulu dikenali sebagai Padang Central) telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri yang pertama iaitu Datu Abang Openg Abang Sapiee iaitu arwah bapa kepada Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak sekarang, Datuk Amar Abang Johari.

Ketua Menteri Sarawak yang pertama, mendiang Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan Menteri Persekutuan, Tan Sri Mohd. Khir Johari yang mewakili kerajaan Malaya turut berucap pada hari bersejarah itu.

Beliau berkata, ketika itu ramai orang Sarawak menyokong pembentukan Malaysia dengan Parti Negara Sarawak (Panas) yang diketuai oleh arwah Datuk Bandar Mustapha, sekali gus menjadikannya parti politik pertama menyokong langkah tersebut.

Bagaimanapun, ada sekumpulan kecil masyarakat Sarawak yang mahukan British terus memerintah kerana menganggap mereka pihak neutral manakala sebahagian lagi memilih untuk lari ke Indonesia dan menyertai perjuangan bersenjata yang memulakan bibit pemberontakan komunis di negeri ini.

Sejarah dinodai

Dalam tempoh beberapa tahun pertama sejarah Malaysia dinodai dengan Konfrontasi Indonesia-Malaysia, serangan komunis, tuntutan Filipina ke atas Sabah dan pemisahan Singapura daripada Persekutuan pada 19 Ogos 1965.

"Orang kita menghadapi pelbagai masalah dan kesusahan, terutama mereka yang tinggal berhampiran sempadan Indonesia-Malaysia kerana terpaksa menggali lubang di bawah rumah untuk menyelamatkan diri," cerita Dago.

Pihak berkuasa ketika itu juga terpaksa melaksanakan perintah berkurung, terutama di kawasan pedalaman yang berdepan dengan ancaman komunis.

Kerajaan akhirnya memutuskan untuk menempatkan semula penduduk yang disasar komunis ke kawasan terkawal seperti Siburan, Beratok dan Tapah sepanjang Jalan Kuching-Serian. Di Sibu ditubuhkan pula Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom).

KELIHATAN dua petugas melakukan kerja-kerja akhir pemasangan replika logo sambutan 50 tahun Sarawak Merdeka dalam Malaysia di Kuching, Sarawak baru-baru ini.


"Sebelum itu, kawasan berkenaan tiada jalan, bekalan air atau elektrik, sekolah mahupun klinik. Tetapi kini, saya gembira melihat masyarakat hidup di penempatan baharu dengan jalan bertar, bekalan air dirawat, elektrik, sekolah, klinik dan sebagainya," luah beliau.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penulis Blog Sarawak, Cyril Dason, 30, memuji keputusan kerajaan Persekutuan mengiktiraf kepentingan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia dengan mewartakan 16 September sebagai cuti umum, beberapa tahun lalu.

"Ia juga bagus kerana mengajar generasi muda sejarah sebenar Malaysia. Sebelum ini tiada siapa pun kisah tentang Hari Malaysia. Malah, ketika saya belajar dahulu, buku-buku sejarah pun tidak banyak memaparkan mengenainya," katanya lagi.

Mungkin ramai anak muda hari ini yang dikenali sebagai Generasi Y ingin meraikan Hari Malaysia dengan melepak di pusat beli-belah bersama rakan-rakan, ke kelab malam atau bersantai di tepi pantai.

Namun, sebagai seorang penulis blog, Cyril bercadang menggunakan media sosial untuk menghebahkan sambutan hari bersejarah itu di samping berkongsi pelbagai artikel menarik menerusi blognya.

Bagi Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Marudi, Sahrein Maloh, 33, Hari Malaysia bagaikan satu peringatan kepada setiap rakyat Malaysia pentingnya perpaduan, tidak kisahlah sama ada mereka dari Sabah, Sarawak atau Semenanjung.

Sahrein akan menyertai pelbagai aktiviti anjuran kerajaan bagi meraikan Hari Malaysia termasuklah perarakan yang melibatkan 92 kontinjen dan 4,000 peserta di Padang Merdeka di Kuching.

Scott Kuek, 34, seorang eksekutif di sebuah agensi kerajaan turut berminat untuk turun padang dan melihat perarakan berkenaan.

"Ramai yang dalam lingkungan umur saya ini lebih suka melihat siaran langsung di kaca televisyen untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Namun saya teringin untuk merasakan sendiri kemeriahan sambutan di lokasi," ujarnya.

Meskipun sibuk dengan tuntutan pekerjaan, Scott mengakui tetap mencari peluang melawat pameran Sarawak 50 Glorious Years di Kompleks Pelancongan Sarawak. Pameran itu padat dengan maklumat berguna yang menceritakan tentang keperitan perjuangan di Sarawak dalam mengecapi kemerdekaan.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat menghadiri perarakan Hari Malaysia di Padang Merdeka semalam.

Turut menghadiri sambutan ialah pasukan veteran Komanwel dari Britain, Australia dan New Zealand, keluarga Brooke dan pegawai kerajaan yang telah berkhidmat di Sarawak ketika ia mencapai kemerdekaan.

Sambutan itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Mutiara Minda bantu 10 pertubuhan anak yatim

Posted:

Mutiara Minda bantu 10 pertubuhan anak yatim

Mutiara Minda bantu 10 pertubuhan anak yatim

ABDULLAH (belakang, lima dari kiri) bergambar bersama anak-anak yatim pada majlis penyampaian sumbangan Program Mutiara Minda kepada anak-anak yatim di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


SUMBANGAN. Sebanyak 10 pertubuhan anak yatim di sekitar Selangor menerima sumbangan bernilai RM5,547 dan baucar buku daripada MPH Bookstores Sdn. Bhd. pada majlis penyampaian sumbangan Program Mutiara Minda kepada rumah anak yatim di pusat beli-belah One Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Pengarah Kumpulan MPH Bookstores, Datuk Dr. Abdullah Abdul Rahman berkata, Program Mutiara Minda merupakan usaha MPH-Mutiara Minda bagi meringankan beban terutamanya dalam mentadbir rumah anak-anak yatim.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi MPH Bookstores, Donald Kee dan Pengarah Projek MPH Mutiara Minda, Zarina Ahmad Zaki.

Abdullah berkata, sumbangan itu merupakan hasil jualan Kad Mutiara Minda Membaca Sambil Beramal yang dijual pada harga RM10 setiap satu sebelum ini.

Festival himpunkan masyarakat Melayu Rawo

Posted:

Festival himpunkan masyarakat Melayu Rawo

Festival himpunkan masyarakat Melayu Rawo


SEBAHAGIAN daripada para peserta yang hadir pada Festival Etnik Rawo 2013 di pekarangan Masjid Melayu Lebuh Acheh, Pulau Pinang baru-baru ini.


TRADISI. Seramai 2,000 masyarakat Melayu keturunan Rawo dari seluruh negara berkumpul sempena Festival Etnik Rawo 2013 di pekarangan Masjid Melayu Lebuh Acheh, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengerusi festival, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, festival yang julung-julung kali diadakan itu menghimpunkan masyarakat Rawo yang merupakan antara golongan Melayu awal berhijrah di Pulau Pinang.

Menurut beliau, festival tersebut anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Himpunan Anak Rawo Pulau Pinang itu bertujuan bagi mempromosikan keunikan budaya masyarakat tersebut.

"Antara tarikannya ialah hidangan makanan tradisi popular Rawo, kelamai iaitu sejenis kuih yang dimasak dalam buluh, asam pedas ikan keli dan gulai lemak.

"Festival itu juga diselitkan dengan acara pantun 'berandai' dan sesi dialog menggunakan dialek Rawo, tarian 'beratih', qasidah dan sembang santai pengkisahan sejarah etnik itu," katanya.

1,000 orang sertai Konvensyen KIMMA

Posted:

1,000 orang sertai Konvensyen KIMMA

1,000 orang sertai Konvensyen KIMMA


MOHAMED KHALED (duduk, tengah) bergambar bersama Exco KIMMA negeri Johor pada majlis perasmian Konvensyen KIMMA negeri Johor 2013 di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.


KONVENSYEN. Lebih 1,000 ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menyertai Konvensyen Kimma negeri Johor 2013 di sebuah hotel di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Konvensyen yang antara lain bertujuan menghimpunkan ahli dari seluruh negeri dalam usaha membincangkan matlamat dan hala tuju pertubuhan itu pada masa depan.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled dalam ucapannya berharap, KIMMA akan terus menjadi lidah dan mata kerajaan untuk berinteraksi dengan masyarakat India-Muslim di negeri ini supaya dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat dijelaskan dengan lebih baik.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Peragut mati, wanita hilang kereta

Posted:

Peragut mati, wanita hilang kereta

Peragut mati, wanita hilang kereta

Oleh ZULHILMI JALIL
zulhilmi.jalil@kosmo.com.my

BEGINILAH keadaan motosikal peragut yang rosak selepas terlibat nahas di Taman Cheras Perdana.


KAJANG - Cubaan seorang wanita untuk menyelamatkan beg tangan mengandungi RM4,000 yang dilarikan dua peragut berakhir dengan dua kejadian malang apabila mangsa kerugian lebih besar apabila keretanya dilarikan manakala salah seorang penjenayah itu mati akibat kemalangan.

Kejadian pada pukul 6.30 pagi itu berlaku apabila mangsa yang baru meletakkan kereta jenis Hyundai Elantra di kawasan apartmen di Taman Megah di sini didatangi dua lelaki bermotosikal dan bersenjatakan sebilah pisau.

Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun tersebut baru pulang dari kerja sebagai juruwang di sebuah pusat hiburan di Sungai Chua dekat Kajang.

Sebaik mangsa membuka pintu, suspek terus mengacukan pisau ke arah mangsa sebelum meragut beg tangan wanita tersebut yang mengandungi RM4,000, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri.

Mangsa yang geram dengan tindakan suspek kemudian telah mengejar motosikal jenis Yamaha dinaiki peragut dengan kereta itu hingga ke persimpangan lampu isyarat Taman Cheras Perdana, Batu 9 di sini. Jarak dua tempat itu kira-kira 400 meter.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pemuda lesap selepas bergaduh dengan isteri ditemui mati

Posted:

Pemuda lesap selepas bergaduh dengan isteri ditemui mati

Pemuda lesap selepas bergaduh dengan isteri ditemui mati

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

KUCHING - Misteri kehilangan seorang pemuda yang keluar rumah selepas bergaduh dengan isterinya sejak hari raya kedua lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan sudah tinggal rangka di dalam semak di Lorong 2, Jalan Cenderawasih di sini semalam.

Rangka milik Mohamad Irwan Syah Abdul Bahar, 27, ditemui pada pukul 9 pagi lengkap berbaju T hijau dan berseluar pendek oleh seorang pencari kayu, Norudin Abdullah, 36, kira-kira 50 meter dari lorong tersebut.

Rangka tersebut ditemui dalam keadaan terlentang dengan kepalanya hampir terbenam ke dalam tanah.

Selain itu sebuah tilam turut ditemui di sisi mayat tersebut. Jarak tempat kejadian dan rumah mangsa yang terletak di Kampung Semariang Baru Fasa II kira-kira 500 meter.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jeritan sayu sebelum lemas

Posted:

Jeritan sayu sebelum lemas

Jeritan sayu sebelum lemas

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


INILAH rumah yang terbakar hingga mengorbankan Muhammad Iskandar selepas lemas terhidu asap tebal di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Jeritan sayu dua beradik memanggil ibu mereka berakhir dengan tragedi pilu apabila salah seorangnya ditemui mati akibat lemas terhidu asap tebal selepas rumah teres milik keluarga mereka terbakar dalam kejadian di Bandar Baru Kangkar Pulai di sini semalam.

Kejadian menyayat hati pada pukul 2 pagi itu mengorbankan Muhammad Iskandar Marakar, 4, manakala kakaknya, Siti Aishah, 7, tidak cedera.

Bapa mangsa, Marakar Pekar, 45, berkata, ketika kejadian dua beradik itu ditinggalkan di rumah kerana dia dan isteri, Masirah Berutu, 34, keluar untuk membeli barang keperluan perniagaan di Pasar Borong Pandan di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Ruhana dekati hati pembaca wanita

Posted:

Ruhana dekati hati pembaca wanita

Ruhana dekati hati pembaca wanita

Oleh SUHANA VERU

BIARPUN bergelar seorang guru, Ruhana tetap meluangkan masa untuk menulis kerana ingin berdakwah kepada masyarakat.


SEJAK berusia 16 tahun, Ruhana Md. Zaki, 37, sudah menghantar bahan penulisannya kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Tanpa diduga, hasil puisi yang berjudul Dari Puncak Menara Suci itu memenangi tempat pertama dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM300. Malah, sajak itu juga terpilih untuk disiarkan di dalam majalah Dewan Siswa.

Bertitik tolak daripada kemenangan pertama, anak jati Perak itu mula menyedari kemahirannya lantas giat menghantar sajak dan puisi kepada semua syarikat penerbitan. Ternyata, banyak sajak dan puisinya itu mendapat tempat di syarikat-syarikat penerbitan.

Sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia, beliau yang juga seorang penulis cerpen, novel dan puisi terus menyumbang karyanya sehinggalah berjaya menjadi seorang guru di Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (1), Petaling Jaya pada tahun 2004.

Hakikatnya, walaupun bergelar guru, ia tidak menjadi halangan untuk Ruhana terus menulis.

"Meskipun sibuk dengan kerjaya, saya cuba membahagikan masa sebaik mungkin. Biasanya saya menyiapkan kerja sekolah sebelum balik rumah.

"Ketika di rumah, saya mahu meluangkan masa dengan suami dan anak-anak. Di samping itu, saya juga akan memperuntukkan masa selama satu jam untuk menulis satu bab novel," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya baru-baru ini.

Menurut guru agama itu lagi, beliau sanggup menulis kerana ia menjadi satu tanggungjawab selain mempunyai komitmen dengan syarikat penerbitan.

Apa yang penting, Ruhana melihat tugas menulis sebagai langkah berdakwah kepada masyarakat.

"Sebagai penulis, saya bukan sekadar menulis bahkan mendidik masyarakat dengan menyelitkan elemen-elemen positif," tuturnya.


KEBANYAKAN hasil karya Ruhana bergenre agama, rumah tangga dan kisah cinta.


Pembaca berubah

Menyentuh mengenai pengalaman sepanjang menulis buku, beliau menceritakan sebuah bukunya yang berjudul Kerana-Mu Aku Berubah berjaya menarik pembaca mendekati Allah.

Buku berkenaan mengajak pembaca mencintai Islam kerana ia jalan yang diredai Allah dan Dia sentiasa menyediakan jalan pulang seluas lautan dan setinggi langit. Malah dosa setinggi gunung serta setiap kekhilafan masih boleh diampun dengan keinsafan dan taubat yang bersungguh-sungguh.

"Saya menerima banyak maklum balas positif daripada pembaca terutamanya golongan wanita. Mereka mendakwa selepas membaca buku ini, mereka mula menutup aurat.

"Saya tidak mengetahui bab mana yang mengubah hati mereka ke arah kebaikan," katanya sambil mengakui tidak pernah memikirkan mengenai royalti kerana menulis adalah satu dakwah.

Ruhana yang telah menghasilkan lebih 10 buah buku dan tujuh novel genre agama, rumah tangga, kisah pelajar dan percintaan memberitahu, beliau gemar menulis buku-buku yang bercirikan keislamanan.

"Misalnya buku Surat Daripada Tuhan. Setiap bab dalam buku ini terdapat ayat-ayat al-Quran. Saya mengambil satu contoh dan mengaitkan dengan kehidupan.

"Lazimnya, kita mengetahui dan membaca al-Quran, namun kita tidak faham makna di sebalik ayat-ayat itu. Jadi, saya menggunakannya dan mengolahkan ayat-ayat berkenaan dalam satu jalan penceritaan yang santai," jelasnya lagi.

Buku yang berharga RM19.90 dan setebal 349 muka surat itu merupakan sebuah buku motivasi islamik.

Dalam pada itu, beliau memberitahu buku-buku berkaitan agama memerlukan kajian terperinci kerana ia melibatkan fakta. Jadi, beliau banyak membuat rujukan dan penyelidikan menerusi hadis dan bertanya kepada pakar-pakar agama.

"Saya tidak mahu sebarang kesalahan berlaku, jadi saya banyak membuat rujukan sebelum menulis," ujarnya lagi.

Anak sulung daripada lima adik-beradik itu juga menulis buku-buku untuk Jabatan Pelajaran Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia sejak enam tahun lalu.

"Ia sebagai bahan bacaan tambahan kepada guru dan pelajar. Malah, saya menulis buku untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan Tamil di seluruh Malaysia.

"Antaranya, buku Guru Jutawan Akhirat, Ikhtiar Hidup dan Kuliah Tiga Minit," ujarnya yang turut menjadi panel pertandingan menulis anjuran dua jabatan tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


HUSM cari keluarga jenazah tidak dituntut

Posted:

HUSM cari keluarga jenazah tidak dituntut

HUSM cari keluarga jenazah tidak dituntut

15/09/2013 9:23pm

KOTA BHARU - Jabatan Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian meminta keluarga seorang lelaki menuntut jenazahnya yang meninggal dunia Rabu lalu untuk urusan pengebumian.

Petugas jabatan berkenaan, Azizi Shafie berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohamad Yusof Mael berusia dalam lingkungan 30-an.

Menurutnya, Mohamad Yusof meninggal dunia pada pukul 1.45 tengah hari Rabu lalu di hospital tersebut setelah dipercayai menghidapi penyakit paru-paru berair.

Azizi memberitahu, ketiadaan sebarang dokumen pengenalan diri menyebabkan pihak hospital sukar menghubungi keluarga atau kenalan jenazah terbabit.

Bagaimanapun katanya, maklumat ringkas mengenai nama jenazah tersebut didapati hasil perbualan dengan imam masjid berkenaan.

Orang ramai atau keluarga jenazah boleh menghubungi Jabatan Forensik HUSM melalui talian 09-7673311 atau menjalankan pengecaman mayat di hospital tersebut. - KOSMO!

KPTM sasar lahir 400 usahawan

Posted:

KPTM sasar lahir 400 usahawan

KPTM sasar lahir 400 usahawan

15/09/2013 9:19pm

KOTA BHARU - Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) me nyasarkan untuk melahirkan seramai 400 usahawan dalam kalangan pelajarnya sehingga penghujung tahun ini melalui program pembangunan keusahawanan.

Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KPTM, Dr. Wan Sabri Wan Hussin berkata, sasaran tersebut mampu di realisasikan melalui hasil bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Menurutnya, program pembangunan usahawan dalam kalangan pelajar KPTM yang dimulakan sejak 2011 lalu menekankan konsep latihan, kesedaran dan sumbangan idea dalam mengembangkan potensi pelajar ke arah bidang berkenaan.

"Melalui program ini kita dapat memupuk budaya usa hawan di dalam diri pelajar. Menjadi harapan kita adalah untuk memastikan mereka yang menyertai program ini mampu berdikari sebaik sahaja keluar dari KPTM.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Akhir Saudagar Air 2013 KPTM di sini hari ini. - KOSMO!

Kapal bersauh tanpa kebenaran ditahan APMM

Posted:

Kapal bersauh tanpa kebenaran ditahan APMM

Kapal bersauh tanpa kebenaran ditahan APMM

15/09/2013 9:12pm

JOHOR BAHRU - Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan berjaya menahan sebuah kapal yang dipercayai melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran di perairan Pengerang, Kota Tinggi, lewat petang semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Komander Maritim Amran Daud berkata, kapal Sun Rise 689 ditahan kira-kira pukul 7.20 malam ketika bersauh pada kedudukan 2 batu nautika selatan Pulau Mungging.

Menurut Amran, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati kapal terbabit tidak mempunyai dokumen yang sah serta bersauh di kawasan larangan bersauh.

"Kapal yang didaftarkan di Vietnam itu membawa 18 anak kapal terdiri daripada warganegara Vietnam berusia antara 22 hingga 62 tahun. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pencerobohan pejuang bersenjata MNLF telah dibendung

Posted:

Pencerobohan pejuang bersenjata MNLF telah dibendung

Pencerobohan pejuang bersenjata MNLF telah dibendung

PRESIDEN Benigno Aquino (berdiri dua dari kanan) melawat askar-askar yang cedera di Hospital Kem Navarro di Zamboanga, selatan Filipina kelmarin. - Afp


ZAMBOANGA - Tentera Filipina menggempur saki-baki pejuang pemisah Islam selepas operasi selama enam hari di selatan negara berkenaan yang menyaksikan berpuluh-puluh anggota pemisah terbunuh manakala sejumlah tebusan turut menyelamatkan diri, kata pihak berkuasa semalam.

Polis menganggarkan kumpulan terakhir pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) kini menahan kira-kira tujuh tebusan di bandar pelabuhan ini, selatan Filipina berbanding 100 orang pada hari sebelumnya.

"Menjelang hari ini (semalam), pencerobohan oleh MNLF bukan sahaja dapat dibendung tetapi kami mula memasuki fasa pembersihan," kata Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas.

Komen beliau meningkatkan harapan bahawa krisis yang menyebabkan seluruh kampung dibakar dan memaksa berpuluh-puluh ribu orang melarikan diri itu akan berakhir tidak lama lagi.

Jurucakap Tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, operasi siang dan malam oleh sekurang-kurangnya 3,000 askar elit kerajaan telah membunuh 43 pejuang pemisah manakala 19 lagi ditahan.

"Kini kami optimis bahawa operasi kami berkesan dan kami menyebabkan pihak musuh mengalami kekalahan teruk," katanya.

"Kami berharap operasi tentera ini akan dapat ditamatkan secepat mungkin," tambah Zagala.

Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa pejuang-pejuang bersenjata itu masih berbahaya manakala kehadiran orang awam di beberapa kawasan kejiranan tempat kumpulan MNLF itu bersembunyi menyebabkan pihak tentera hanya boleh menggunakan senjata ringan.

"Seramai enam anggota polis dan tentera maut manakala empat orang awam turut terbunuh dalam krisis kali ini," ujarnya.

Perkembangan positif itu beberapa jam selepas Naib Presiden Filipina, Jejomar Binay menawarkan gencatan senjata antara kerajaan dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari.

Binay mengiringi Presiden Benigno Aquino ke bandar raya ini semalam untuk membincangkan pelan gencatan senjata yang dibangkitkan oleh beliau dengan Misuari.

"Gencatan senjata itu dijadualkan berkuat kuasa pada pukul 12 malam hari ini," kata seorang jurucakap Naib Presiden berkenaan.

Roxas mengesahkan tentang pertemuan antara Aquino dengan Binay tetapi Presiden berkenaan tidak mengarahkan tentera supaya menghentikan operasi ke atas MNLF.

Konflik tersebut bermula pada Isnin lalu apabila pasukan pejuang MNLF yang lengkap bersenjata memasuki beberapa daerah di sini dan menahan sejumlah tebusan.

Tindakan itu dilakukan bagi merosakkan rundingan damai antara Manila dengan kumpulan pemisah lain.

Pertempuran tersebut memaksa sejumlah 69,000 orang meninggalkan kediaman mereka.

Marsyal Jabatan Bomba Zamboanga, Dominador Zabala berkata, hampir 500 buah rumah dibakar oleh pejuang-pejuang MNLF.

"Mereka turut menembak ke arah jentera-jentera bomba yang dihantar untuk memadamkan kebakaran," katanya.

MNLF melancarkan perang gerila selama 25 tahun untuk mendapatkan kemerdekaan sebelum menandatangani perjanjian damai pada 1996 yang memberikan mereka pemerintahan sendiri terhad di selatan Filipina.

Misuari yang menuduh Manila melanggar syarat perjanjian 1996 dengan berunding dengan seteru MNLF telah menghilangkan diri beberapa hari sebelum pertempuran tercetus pada Isnin lalu.

Seteru Misuari, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kini dalam peringkat akhir rundingan damai dengan Manila dan dijangka mengambil alih pentadbiran autonomi lebih meluas di selatan negara itu menjelang 2016.

Majoriti penduduk di selatan negara itu adalah beragama Islam.

Aquino memberitahu, rundingan damai dengan MILF bertujuan untuk menamatkan penentangan sejak beberapa dekad lalu yang meragut sebanyak 150,000 nyawa di negara itu. - AFP

Polis bertempur dengan guru di ibu kota Mexico

Posted:

Polis bertempur dengan guru di ibu kota Mexico

Polis bertempur dengan guru di ibu kota Mexico


PENUNJUK perasaan yang terdiri daripada guru dan orang ramai berundur dari Dataran Zocalo di Bandar Raya Mexico kelmarin. - REUTERS


MEXICO CITY - Beratus-ratus anggota polis pencegah rusuhan menguasai semula sebuah pusat bersejarah di ibu kota Mexico di sini selepas mereka menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk mengusir sekumpulan guru yang menunjuk perasaan di lokasi berkenaan.

Kumpulan tersebut bertindak balas dengan membaling bom-bom api ke arah pasukan keselamatan.

Sekurang-kurangnya 40 orang cedera dalam pertempuran kelmarin di Dataran Zocalo selepas ratusan penunjuk perasaan melanggar tarikh akhir untuk meninggalkan kawasan tersebut bagi membolehkan sambutan Hari Kemerdekaan Mexico diadakan hujung minggu ini.

Protes yang melibatkan beribu-ribu guru di dataran ini berlangsung sejak beberapa minggu lalu kerana membantah pembaharuan dalam sistem pendidikan Mexico.

Kumpulan pendidik berkenaan yang sebahagian besarnya bertopeng dan bersenjatakan kayu bertindak membakar sampah dan meletakkan penghadang besi bagi menghalang laluan masuk ke Dataran Zocalo.

Dataran berkenaan menempatkan Istana Negara, sebuah gereja utama dan beberapa tinggalan bersejarah tamadun Aztec.

Polis mengosongkan dataran itu dalam tempoh setengah jam. Sejam kemudian, sejumlah pekerja tiba untuk merobohkan khemah-khemah penunjuk perasaan dan membersihkan lokasi tersebut

Beberapa minit sebelum polis menyerbu Dataran Zocalo, kerajaan pimpinan Presiden Enrique Pena Nieto mengundang rakyat Mexico untuk menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan negara itu di lokasi berkenaan hari ini dan esok.

Dalam perkembangan berkaitan, Palang Merah Mexico menyatakan, sekurang-kurangnya 29 penunjuk perasaan dan 11 anggota polis cedera dalam konfrontasi itu.

Ketua Polis Persekutuan, Manuel Mondragon Kalb berkata, seramai 31 orang ditahan dalam protes tersebut.

"Mereka ditahan kerana memiliki pelbagai senjata termasuk tangki gas yang digunakan sebagai senapang api," katanya.

Pena Nieto menandatangani rang undang-undang pembaharuan pada minggu ini yang memerlukan guru menjalani penilaian prestasi mandatori.

Guru-guru di Mexico menentang peraturan baharu itu yang dianggap melanggar hak bekerja mereka. -AFP

Festival Rock di Rio tarik 85,000 penonton

Posted:

Festival Rock di Rio tarik 85,000 penonton

Festival Rock di Rio tarik 85,000 penonton


ORKESTRA Simfoni Brazil mengadakan persembahan pada hari pembukaan Rock di Rio kelmarin. - AfP


RIO DE JANEIRO - Bintang pop Amerika Syarikat, Beyonce dan deejay Perancis, Guetta membuka tirai konsert Rock di Rio semalam.

Ia merupakan antara festival muzik terbesar di dunia.

Kira-kira 85,000 orang dijangka menyaksikan konsert di festival berkenaan pada setiap hari selama seminggu. Rock di Rio menampilkan sebanyak 127 kumpulan muzik dan penyanyi solo.

Tarikan utama pada malam pembukaan, Beyonce beraksi sejurus selepas tengah malam dengan penyanyi itu berjanji akan mengubah kota rock tersebut menjadi Kota Pop.

Selain Beyonce, Justin Timberlake, kumpulan Metallica dan Alice in Chains dijangka menyertai barisan bintang antarabangsa dan tempatan yang akan beraksi pada konsert tersebut.

Festival itu diadakan di kawasan yang dikenali sebagai Kota Rock, di sini yang akan dibangunkan menjadi Perkampungan Olimpik untuk temasya sukan itu pada 2016.

Kawasan itu dibuka awal kelmarin bagi membolehkan peminat mendapatkan tempat mereka.

"Agak sukar untuk mendapatkan tempat yang bagus jadi saya bermalam di sini," kata seorang peguam berusia 32 tahun, Roberto Graell.

Dia datang dari bandar raya Minas Gerais, tenggara Brazil.

Sebelum persembahan Beyonce, para penonton dihiburkan dengan alunan Orkestra Simfoni Brazil yang memainkan beberapa lagu rock klasik seperti Satisfaction oleh Rolling Stones dan lagu popular Queen, Bohemian Rhapsody.

Pengasas Rock di Rio, Roberto Medina berkata, dia teruja untuk menonton konsert Bruce Springsteen.

"Saya kurang minat kumpulan muzik," kata Medina.

Festival mega itu pertama kali diadakan di bandar raya ini pada 1985 dengan menarik kehadiran 1.4 juta orang.

Sejak dari itu, bandar raya Lisbon dan Madrid turut menjadi tuan rumah pesta muzik terbesar tersebut.

Festival berkenaan berlangsung dari 13 hingga 22 September ini. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kalau jadi apa-apa, saya gila - Nabila Huda

Posted:

Kalau jadi apa-apa, saya gila - Nabila Huda

Kalau jadi apa-apa, saya gila - Nabila Huda

TATKALA mengenang insiden kemalangan jalan raya pada Ahad lalu, kelopak mata Nabila Huda Suhaimi pantas digenangi air mata. Ingatannya segera menerpa pada pukul 3.30 petang bertarikh 8 September lalu. Ditahan-tahan suaranya. Namun, dia tidak lokek berkongsi keadaan sebenar.

Seingatnya, dia terlelap dalam perjalanan pulang tatkala kenderaannya melintasi Kilometer 71 Lebuh Raya Pantai Timur arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur. Sewaktu matanya terbuka, dia nampak buah hatinya, Keisha Laila sedang lelap di belakang. Dia menoleh ke depan semula, selepas melihat aktor Syazwan Zulkifly memandu tenang di sebelahnya dalam keadaan hujan lebat sehingga pandangan menjadi kabur.

Tidak sampai beberapa saat, kenderaan jenis Mitsubishi Triton milik Syazwan melelong lantaran jalan licin sebelum terbalik beberapa kali dan berhenti. Dalam keadaan pening, Nabila menoleh ke belakang, mencari Keisha yang hilang daripada pandangan. Dia menjerit-jerit nama puterinya itu seraya menyuruh Syazwan keluar dari tingkap kereta yang sudah mengiring. Kaca bertaburan di sana sini.

Syazwan menyelinap dari tingkap dan gagal mengesan Keisha, Nabila bergegas naik tanpa selipar. Kakinya seakan-akan tidak terasa bahawa dia sebenarnya sudah memijak kaca yang bertaburan. Matanya terpandang ke arah tubuh Keisha di atas jalan, beberapa meter di belakangnya. Keisha sedang cuba bangun daripada pembaringan dalam hujan yang masih lebat.

Berlarilah ibu ke arah anaknya. Memeluk Keisha yang basah kuyup lantas bertanya "Keisha OK?" Anak kecil yang ternyata masih bingung itu merengek menyatakan dia OK namun anak kecil itu masih terasa sakit.

Itu momen yang jelas di mata Nabila ketika dia merangkul Keisha dalam kebasahan dan anaknya masih tabah untuk cuba bangun ketika dia terbaring selepas tercampak keluar dari kereta.

Dia kemudian dibawa ke Hospital Bentong, Pahang atas jasa baik sebuah famili yang kebetulan melalui lebuh raya yang sama.

"Semasa di hospital, saya tenangkan Keisha. Dia seperti dalam kebingungan. Saya pujuk dia supaya tidak menangis kerana dia anak yang tabah. Dia menurut kata saya. Namun ketika dia mendengar jeritan saya semasa luka di kaki saya sedang dicuci, dia berteriak. Dia tahu saya berada dalam kesakitan. Dia seperti turut merasainya. Itulah Keisha, permata hati saya," air mata Nabila Huda bergenang mengingatkan anak yang ketika ini berada dalam jagaan bekas suaminya.

ANAK- BERANAK stylo ini sering mengucapkan ayat-ayat cinta antara satu sama lain.


Dihukum masyarakat

"Sebagai ibu, saya bersyukur kami selamat. Kalau terjadi apa-apa pada Keisha, saya sanggup mati. Saya tidak boleh bayangkan dan pasti saya gila. Syukur, umur kami panjang. Dia adalah kekuatan saya dan dia juga dapat kekuatan daripada saya," ujarnya tidak putus-putus bersyukur.

Kisah kemalangan Nabila dan anaknya itu mendapat sorotan ramai. Ramai yang sentiasa mahu tahu keadaan terkininya. Tak kurang juga yang meninjau akaun-akaun Twitter orang yang ada dan yang pernah hadir dalam hidup Nabila Huda.

Ada yang mempersoalkan kenapa Nabila membawa anaknya ke tempat kerja. Jawapan Nabila atau mesra dipanggil Abil mudah dan tepat. Dia mahu menghabiskan masa bersama anaknya dan kebetulan semasa Keisha di bawah jagaannya, dia perlu ke Kuatan, Pahang atas tugasan.

"Pertanyaan itu timbul kerana berlakunya kemalangan itu. Selama ini, memang Abil bawa Keisha ke mana-mana, itu masa berkualiti Abil dengannya. Bagi Abil, bawa anak ke tempat kerja tidak salah," luahnya yang menghadapi sedikit komplikasi di bahagian belakang tubuhnya.

Bukan sekali Abil membawa Keisha ke daerah tugasannya. Semua peristiwa itu dapat disaksikan melalui akaun Instagram Abil yang penuh dengan gambar permata hatinya. Bagi Abil, Keisha memahami kerjayanya sebagai pelakon dan tidak pernah membuat kerenah sewaktu di set penggambaran. Lagipun 99 peratus masa Abil habis di lokasi.

"Keisha gemar melihat saya berlakon. Kalau dia melihat saya melakonkan watak sedih, dibuatnya muka sedih. Kalau cemas, dia turut cemas. Dia sentiasa bertanyakan keadaan saya selepas setiap adegan. Dia mahu pastikan mummy OK," senyum Abil mengingatkan keletah Keisha yang persis dirinya.

"Buat Keisha, saya inilah idola dirinya. Mahu bersolek, berpakaian, gaya rambut semuanya persis saya. Saya adalah segalanya-galanya buat dia. Keisha juga pemerhati kerja-kerja saya sebagai pelakon," tambah Abil.

BERSYUKUR kerana dikurniakan umur panjang, Abil berharap khalayak dan keluarga juga merasakan perkara yang sama.


Mahu difikirkan sedih akan cakap-cakap umum terhadap dirinya sebagai anak seni, dia seperti sudah kebas. Kata Abil, dia tahu ada manusia yang hanya sudi melihat keburukan orang. Itu sudah menjadi lumrah. Kredibiliti dirinya sebagai ibu juga jadi tanda tanya umum.

"Saya membawa diri saya sebagai seorang ibu sewaktu bersama Keisha. Saya tidak perlu menunjuk-nunjuk depan orang. Pada waktu lapang, kami memang menghabiskan masa bersama-sama. Saya dan Keisha sangat loving. Kami selalu berpelukan dan memberikan ayat-ayat cinta. Makan, minum, tidur dan mandi bersama. Perlukah saya tunjuk semua itu kerana itu memang normal sebagai ibu?" tanyanya yang berasa kehairanan.

"Orang biasa (di luar industri) mungkin tidak faham. Mereka pertikai pelbagai perkara. Sebaliknya, mereka tidak nampak susah senang saya. Banyak yang saya simpan sendiri. Malah, saya melayari hidup saya secara sendirian," keluhnya berbau kesal.

Mahu bahagia

Abil mengaku, dia seorang yang degil dan banyak mendengar kata hatinya sendiri. Namun, dia juga mengaku bukanlah semua perkara yang dilakukannya terlihat jahat.

"Umur saya 29 tahun dan saya bukannya tidak berjaya. Saya berusaha sendiri atas keringat dan bakat saya. Tanggungjawab saya terhadap diri dan anak, saya laksanakan dengan baik. Umum juga boleh lihat perjalanan saya sebagai pelakon. Semuanya saya lakukan dengan bakat dan kudrat sendiri. Saya berjaya dengan lakonan saya. Justeru, bila ada pertikaian tentang diri saya, apa lagi yang mereka lihat dan mahukan?" tanya Abil lagi tanpa saya jawab.

Jauh di benak hatinya dia mahukan kebahagiaan. Katanya dia mahu menjalani kehidupan bersama-sama anak dengan aura gembira dan sederhana. Hidupnya seperti ibu lain, normal dan penuh tanggungjawab.

Ketika ditanya topik umum tentang Abil masih tidak berubah, dia menjawab dengan tenang. Dia tahu perubahan yang dipersoalkan itu berdasarkan pandangan terhadap gaya hidupnya yang tidak pernah disorokkan melalui gambar-gambarnya di Instagram. Dia mungkin dilihat bebas atau liar pada pandangan mata sesetengah orang.

"Perubahan saya tidak perlu saya uar-uar atau tunjukkan. Saya lakukannya dengan hati saya sendiri. Saya mengaku saya sudah agak perlahan dengan gaya hidup di luar kerana saya banyak bekerja," senyumnya manis tetapi nipis.

Buat Abil, hidup sendiri tidaklah sesuatu yang sukar kerana dia terbiasa dengan situasi itu.

Termenung jauh dia seketika sebelum temu ramah yang ditemani Niesa Khalil, sang pengurusnya berakhir. Menarik nafas, dia kemudian mengangguk dan bercakap dalam nada separuh berbisik: "Ada hikmah di sebalik semua kejadian."

Sebelum dia pulang, penulis bertanyakan traumanya. Dia mengangguk, air matanya mengalir: "Bila saya bersendirian, ingatkan balik momen di mana Keisha tiada di tempat duduk kereta selepas kemalangan, saya jadi trauma. Momen itu menakutkan saya."

Fouziah penuhi permintaan keluarga

Posted:

Fouziah penuhi permintaan keluarga

Fouziah penuhi permintaan keluarga

ZHAFRAN bersetuju memilih tema perkahwinan bercirikan budaya Pakistan.


MENJELANG hari bahagia yang bakal tiba tidak lama lagi, dramatis jelita, Fouziah Gous mengikut tradisi yang pernah dirintis selebriti popular sebelum ini. Tidak sah jika majlis yang bakal membawanya ke fasa kehidupan serba baharu itu tidak dikongsi bersama khalayak. Apatah lagi, majlis pertunangannya yang berlangsung tiga bulan lalu sudah pun diberi liputan besar-besaran.

Fouziah, 31, dan tunangannya, Zhafran Yusof, 30, memilih Sabtu ini untuk disatukan sebagai suami isteri.

"Kami memang merancang hendak berkahwin pada tahun ini, selewat-lewatnya pada hujung tahun. Namun, selama ini belum ada tarikh yang pasti memandangkan adik Zhafran yang menuntut di luar negara ada kesulitan untuk pulang begitu juga abang saya yang ada urusan di luar negara. Setelah berbincang, tarikh 21 September menjadi tarikh rasmi. Pada tarikh itu kami dapat mengumpulkan adik-beradik untuk majlis ini," ujar Fouziah pada satu sidang media khas berhubung pernikahannya yang berlangsung di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Sebelum ini, majlis pertunangannya persis seperti majlis persandingan mewah. Fouziah mengumumkan bahawa majlis pernikahannya itu nanti akan disempurnakan dalam tiga acara yang mengandungi tema yang berbeza.

Acara itu ialah majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung di Dewan Tengku Ampuan Jemaah, Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor pada 21 September depan manakala akad nikah pada sebelah malam itu diserikan dengan tema Pakistan.


FOUZIAH dan Zhafran bertunang pada 1 Jun lalu.


Majlis resepsi sebelah perempuan pula akan diadakan pada malam Ahad, 29 September bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya dengan tema musim bunga manakala resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan di kediaman Zhafran di Bukit Jelutong pada 5 Oktober yang memilih tema tradisional.

"Sengaja tema Pakistan itu dipilih memandangkan saya sendiri mewarisi darah Pakistan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Saudara-mara saya juga ramai yang masih mengamalkan budaya Pakistan dalam kehidupan bahkan mereka menjadikan bahasa Urdu sebagai pertuturan harian.

"Soal berkahwin secara besar-besaran pula, saya bukannya sengaja mahu berlebih-lebih untuk majlis perkahwinan. Tapi, inilah rezeki yang harus saya terima. Sebagai anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, ibu saya memang mahu melakukan yang terbaik untuk anak perempuan.

"Sebelum ini pun, macam-macam respons orang berhubung majlis pertunangan saya yang dianggap cukup meriah. Itu juga kehendak keluarga. Kalau boleh, mereka mahukan majlis yang lebih meriah," ujar Fouziah sambil menafikan perkahwinannya itu ditaja pihak lain.

Tambah Fouziah: "Memang ada pihak yang menawarkan tajaan, tapi saya dan Zhafran harus buat membuat pilihan. Kami juga mahu merasa sebuah majlis hasil duit sendiri."

Fouziah dan Zhafran bertunang pada 1 Jun lalu dalam satu majlis pertunangan yang diadakan di Bora Asmara, Kuala Lumpur. Mereka mula berkenalan pada Mac lalu.

Album sulung The Carbolics

Posted:

Album sulung The Carbolics

Album sulung The Carbolics


GRUP The Carbolics memasuki dunia hiburan komersial sejak tahun 2008 selepas memperoleh pengalaman dalam dunia muzik sejak tahun 1998.


ISTILAH carbolic kedengaran asing buat kebanyakan orang. Namun bagi mereka yang mengingati satu kes perbicaraan, nama itu pasti akan berlegar dalam pemikiran.

Ia merupakan nama ubat selesema yang mengandungi asid karbolik di dalamnya. Kes tentang ubat tersebut pernah dibicarakan di sebuah mahkamah pada tahun 1893.

Justeru, lima orang pemuzik menggelarkan diri mereka sebagai ahli grup The Carbolics dengan menggunakan nama yang pernah disebut dalam kes perbicaraan itu.

Band yang ditubuhkan sejak tahun 1998 itu dianggotai oleh Ayep sebagai vokalis, Alex Subrynl Luis (vokalis dan pemain gitar), Jai (gitar bes), Ikhwan (pemain dram) dan Lawrance (gitar dan keybod).

"Kami sebulat suara memilih nama itu kerana keunikannya. Bagi pengamal undang-undang, kes berkaitan sejenis ubat yang melegakan batuk dikenali sebagai carbolic mempunyai kaitan dengan mereka.

"Ia juga berkaitan dengan janji The Carbolics yang akan melegakan diri anda apabila mendengar lagu-lagu kami," ujar Jai mewakili rakan-rakannya.

Setelah sekian lama dikenali sebagai sebuah band indie, akhirnya The Carbolics telah keluar daripada kepompong underground dengan menyertai rancangan realiti televisyen di TV1, Rentak Juara pada tahun 2008.


LAGU-LAGU bahasa Melayu dan Inggeris terdapat dalam album pertama The Carbolics.


Keyakinan mereka dalam arus perdana dunia hiburan berada di kemuncak pada tahun ini apabila grup tersebut tampil dengan sebuah album berjudul The Carbolics: Episode I & II.

Mengaku bakal berdepan dengan pelbagai onak duri setelah beralih lapangan, The Carbolics tetap berani untuk menampilkan diri dengan album yang mengandungi 11 buah lagu.

"Dalam album itu, terdapat enam buah lagu berbahasa Melayu manakala lima lagi dalam bahasa Inggeris. Semua lagu enak didengar, namun lagu Ceritera Cinta dan Di Langit Cinta lebih mendapat sambutan.

"Dalam album itu, kami bertuah apabila ratu rock tersohor, Ella berbesar hati untuk berkolaborasi dalam lagu Inggeris berjudul Voices dan Simon OIAM dalam lagu Adakah Ini Cinta serta lagu Balan Kashmir," ujar Ayep.

Antara lagu lain yang merupakan ciptaan mereka sendiri dalam album itu ialah Gigil, Tiada Lagi Benci, Kau Pergi, Baseman, Dreams dan In the Line of B.

Dianggotai oleh wajah daripada pelbagai kaum bukan menjadi masalah buat mereka, bahkan ia menjadi tonggak kekuatan The Carbolics.

Jelas anggota-anggota grup itu, semua percanggahan pandangan merupakan perkara yang pasti berlaku jika bekerja dalam sebuah kumpulan, Namun, hal itu diatasi apatah lagi masing-masing sudah berada pada fasa usia yang lebih matang.


ANGGOTA The Carbolics terdiri daripada (dari kiri) Alex, Ikhwan, Ayep, Jai dan Lawrance.


"Benar, kami sering bertelagah pendapat ketika berbincang. Tetapi, ia tidak berlarutan kerana kami menganggap masing-masing seperti sebuah keluarga.

"Jika ada perbezaan pendapat, kami akan cari kesamarataan. Kita semakin berusia, jadi tiada guna untuk bertelagah pendapat. Lebih baik menyelesaikannya dengan cara yang bijak," ujar Ayep sambil disokong rakan-rakannya.

Biarpun usia The Carbolics masih setahun jagung, namun pengalaman berada dalam kelompok penyanyi indie sejak 15 tahun tahun lalu turut dibawa bersama apabila mereka terjun ke dunia komersial.

"Kami pernah merasai pengalaman mengadakan persembahan dengan disaksikan oleh beberapa orang penonton sahaja. Namun, ia banyak mengajar kami agar terus berusaha untuk meletakkan nama The Carbolics pada kedudukan yang lebih jauh lagi," ujar Jai.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved