Sabtu, 7 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Khazanah sampah

Posted:

Khazanah sampah

Khazanah sampah

BERJUTA-juta tan sampah di buang penduduk di seluruh dunia pada setiap hari.


KOTOR, menjijikkan malah geli pasti bermain dalam fikiran seseorang apabila ditanya tentang sampah.

Namun, ada individu yang memperolehi manfaat dan keuntungan hasil daripada menjual 'sampah' seperti besi, surat khabar, botol dan plastik.

Salah seorang daripada individu itu ialah S. Senthil Kumaar, 43, yang mengendalikan Perniagaan Logam Darishini di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia mampu menjana pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan dengan menjual barangan yang dianggap tidak bernilai itu.

Namun, sampah yang dibuang itu jika dikumpulkan, boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan domestik.

Tidak cukup sekadar itu, sampah mampu ditransformasikan untuk menggosok baju menggunakan seterika, alat pemanas badan selain gas untuk memasak.

Jauh di Conpenhagen, Denmark yang merupakan antara kota raya terbesar di dunia, sebuah loji jana kuasa elektrik hasil proses sampah sedang giat dibina.

Uniknya, loji The Amager Bakke itu bukan sekadar menjana elektrik semata-mata tetapi ia turut dijadikan lokasi untuk bermain ski semasa musim sejuk.

Pembinaannya sedang giat dijalankan dan loji itu dijangka siap sepenuhnya empat tahun lagi.

Menelan belanja sebanyak 500 juta euro (RM2.19 bilion), loji tersebut mampu menjana 60 megawatt tenaga elektrik yang mampu menyalurkan bekalan elektrik kepada 62,500 penduduk di bandar raya itu.

Jiran negara kita iaitu Filipina mempunyai pusat pelupusan yang menukarkan gas metana kepada tenaga elektrik di Manila.

Gas metana diperangkap dengan menggunakan paip yang ditanam di bawah tapak pelupusan sampah itu yang berperanan sama seperti terowong yang mengekstrak gas dari tanah atau laut.

Gas tersebut diuraikan dengan menggunakan teknologi moden sebelum ia menjadi tenaga elektrik.

PUSAT pengurusan sisa industri milik Kualiti Alam Sdn. Bhd yang terletak di Bukit Nanas, Negeri Sembilan boleh menjana elektrik pada skala yang kecil.


Alam sekitar

Negara kita sebenarnya tidak ketinggalan terlibat dalam teknologi seperti itu.

Syarikat Recycle Energy Sdn. Bhd. pada tahun 2006 telah berjaya memproses sampah untuk menjadi tenaga elektrik di pusat pelupusan syarikat itu di Hulu Semenyih, Selangor.

Ia memproses 1,000 tan sampah sehari untuk dijadikan tenaga elektrik sembilan megawatt yang kemudian menjualnya kepada Tenaga Nasional Berhad.

Sebuah lagi syarikat, SWM Environment Sdn. Bhd. ( SWM) pula giat menyelaraskan penggunaan sistem panel solar untuk menjana tenaga elektrik di 20 tapak pelupusan sampah seliaannya di seluruh negara.

Syarikat UEM Enviro Sdn. Bhd menerusi anak syarikatnya Kualiti Alam Sdn. Bhd mampu menjana 0.8 megawatt elektrik di pusat pengurusan sisa industri di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.

Menurut Pengarah Urusannya, Azmanuddin Haq Ahmad, sisa industri seperti minyak terpakai, bateri dan alat semburan serangga akan dilupuskan tanpa menjejaskan alam sekitar.

"Setakat ini tenaga elektrik yang terhasil daripada proses pelupusan ini ialah 0.8 megawatt.

"Tetapi, Insya-Allah kami ingin memaksimumkannya kepada dua megawatt yang mampu menjana bekalan elektrik untuk lebih 200 buah rumah," katanya.

Kenderaan

Jelasnya, idea untuk menjana tenaga elektrik dengan menggunakan sampah agak praktikal.

Azmanuddin berkata, selain sampah, pilihan lain ialah arang batu dan empangan hidro.

"Sampah hanya satu pilihan alternatif yang memerlukan penyelidikan yang teliti.

"Pelbagai faktor perlu diambil kira seperti jarak pusat pelupusan sampah dengan kawasan perumahan, alam sekitar dan pentingnya kesedaran rakyat tentang kepentingannya.

"Teknologi memproses sampah seperti itu telah lama digunakan di negara-negara maju seperti di Denmark, Jepun dan Korea Selatan," ujarnya.

Bukan sekadar sebagai sumber elektrik, sampah juga boleh digunakan untuk kenderaan.

Sebuah kereta Beetle yang dikenali sebagai Bio-Bug menggunakan biogas yang dihasilkan daripada sisa kumbahan manusia telah dilancarkan di Britain tiga tahun yang lalu.

Menurut penciptanya, Mohamed Saddiq dari firma tenaga GENeco, keupayaan Bio-Bug adalah setanding seperti kereta jenama lain.

"Bio-Bug telah dimodifikasi dengan menggunakan sumber petroleum selain gas metana hasil daripada sisa kumbahan manusia," katanya.


KAWASAN loji menjana elektrik The Amager Bakke di Copenhagen, Denmark turut dijadikan lokasi untuk bermain ski.


Enjin dua liter kereta Beetle itu boleh mencapai kelajuan sehingga 183.46 kilometer sejam.

Selain itu, plastik sampah juga boleh digunakan sebagai gas untuk memasak.

Pakar alam sekitar dari Institut Teknologi Kebangsaan, Calicut, India, Prof. Madya Lisa Sreejith telah mencipta teknologi yang menukarkan plastik sampah kepada gas untuk memasak.

Jelasnya, sebanyak 750 liter gas itu boleh dihasilkan daripada empat kilogram sampah.

"Sekarang plastik tidak mendapat tempat untuk dijual semula.

"Justeru, penggunaan sampah merupakan satu penyelesaian alam sekitar yang baik.

"Kami juga bercadang untuk membina pusat pelupusan plastik yang memproses 100 tan plastik pada setiap hari," katanya baru-baru ini.

Namun, Presiden pertubuhan bukan kerajaan EcoKnights, Yasmin Rasyid berkata, mewujudkan kesedaran masyarakat untuk mengurangkan pembuangan sampah melalui amalan kitar semula sepatutnya menjadi topik perbincangan yang utama.

"Tahap kitar semula di negara kita masih rendah iaitu 17 peratus sedangkan seharusnya melebihi 50 peratus.

"Namun, kerajaan telah banyak melakukan promosi (kitar semula) melalui media cetak dan elektronik dan tujuan itu perlu dipergiatkan lagi," ujarnya.

Pendapat Yasmin turut dipersetujui seorang pakar alam sekitar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor iaitu Profesor Madya Dr. Latifah Abd. Manaf.

"Kebanyakan tapak pelupusan di negara ini beroperasi secara pembuangan terbuka yang mendatangkan masalah kepada alam sekitar dan kesihatan awam.

"Amalan pengurusan sampah kini hanya dengan mengutip sisa pepejal sebelum ia dihantar ke tapak pelupusan untuk dilupuskan," katanya.

Tambahnya, jika inserator menjadi pilihan utama, ia memerlukan penyelidikan penuh daripada pelbagai aspek seperti komposisi sisa, kandungan nilai kalori, kos pengurusan dan penerimaan masyarakat.

Rantau Asia Barat kian tegang

Posted:

Rantau Asia Barat kian tegang

Rantau Asia Barat kian tegang


BEBERAPA mangsa serangan gas sarin di Ghouta, Syria pada 21 Ogos lalu.


SITUASI di Asia Barat kini kian tegang apabila Amerika Syarikat (AS) kelihatan semakin hampir untuk melancarkan serangan ke atas Syria yang kini dilanda peperangan saudara sejak tahun 2011.

Pada Jumaat lalu, Jabatan Negara AS mengarahkan kakitangan-kakitangan tidak penting di kedutaan negara itu di Beirut, Lebanon dan di Pejabat Konsulat AS di Adana, Turki supaya berpindah.

Harga minyak turut naik kepada AS$110 (RM365.99) setong pada hari yang sama selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan negaranya akan membantu Syria jika AS melakukan serangan.

Rusia mempunyai hubungan akrab dengan Syria sejak tahun 1950-an lagi.

Syria juga kelihatan sudah bersedia untuk berdepan dengan serangan AS.

Persediaan itu digambarkan menerusi kenyataan timbalan menteri luar negara itu, Faisal Muqdad yang membuat kenyataan pada 5 September lalu bahawa negaranya akan menyerang balas sebarang serangan dari negara asing.

Menurut Majlis Perikatan Kebangsaan Syria yang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad, sejumlah roket pelancar, artileri dan senjata berat milik tentera telah dipindahkan ke dalam kawasan kediaman di bandar-bandar seluruh negara pada minggu lalu.

Menurut laporan Press TV semalam, Tentera Laut Rusia telah menghantar empat buah lagi kapal perang ke timur Mediterranean.

Beberapa media Barat melaporkan rancangan serangan yang mahu dilancarkan oleh Presiden AS, Barack Obama itu turut menyebabkan sejumlah orang percaya bahawa kiamat semakin hampir.

Kepercayaan itu adalah berdasarkan Damsyik, ibu kota Syria bakal mengalami kehancuran akibat serangan itu.

Percaturan taktikal tentera AS juga dibincangkan dengan panjang lebar di internet dan akhbar-akhbar Barat.

Pada Jumaat lalu, akhbar The Guardian melaporkan peluru-peluru berpandu AS tidak akan menyasarkan askar-askar Bashar.

Sebaliknya, peluru berpandu AS itu akan menyasarkan lapangan terbang, bangunan-bangunan yang dijadikan pusat pemerintah tentera dan kedudukan artileri di kawasan berbukit.

Sasaran serangan itu bertujuan untuk melemahkan kekuatan tentera Syria supaya ia tidak lagi menggunakan senjata kimia pada masa depan.

Ramalan itu sesuai dengan kenyataan Setiausaha Negara AS, John Kerry yang meyakinkan Jawatankuasa Hubungan Luar Dewan Senat pada Selasa lalu bahawa Obama tidak berniat untuk menghantar askar-askar negaranya ke Syria untuk bertempur dengan rejim Bashar.


GAMBAR fail menunjukkan kapal pengangkut pesawat milik tentera Amerika Syarikat, USS Nimitz yang dipercayai akan digunakan sebagai pangkalan untuk menyerang Syria.


Menurut laporan akhbar The Guardian lagi, seorang askar Syria menyatakan, tentera AS mungkin membedil kawasan pergunungan tetapi askar-askar Syria dan peralatan penting peperangan telah ditempatkan di dalam sebuah kawasan pergunungan yang gagal ditembusi peluru berpandu.

Menurut akhbar Daily Mail pada 29 Ogos lalu, tentera Syria dilaporkan mempunyai 8,000 pengebom berani mati yang sanggup mengorbankan diri untuk menjatuhkan jet-jet pejuang negara asing.

Kira-kira 60 peratus daripada penduduk Israel yang berjumlah lima juta orang dilaporkan telah menyimpan topeng gas bagi menghadapi serangan balas tentera Syria.

Alasan yang dikemukakan oleh Obama untuk menyerang Syria adalah bagi menghukum rejim Bashar yang didakwa telah melancarkan serangan gas sarin pada bulan lalu sehingga terdapat laporan lebih 1,400 orang terbunuh termasuk kanak-kanak.

Bashar menafikan mengarahkan serangan itu tetapi media Barat melaporkan sebelum ini persediaan serangan gas tersebut sudah diketahui lebih awal oleh pihak perisikan AS.

Ketika ini serangan ke atas Syria telah ditangguhkan Obama bagi menunggu persetujuan daripada Kongres AS.

Jika serangan itu dilancarkan, kumpulan Hezbollah dan Iran akan turut membantu rejim Bashar manakala para penentang Presiden Syria tersebut akan mendapat bantuan AS untuk menggulingkannya seperti yang diidamkan kumpulan anti-Bashar sejak tahun 2011 lagi.

Zarinah yang tak didendang

Posted:

Zarinah yang tak didendang

Zarinah yang tak didendang

Oleh SYALMIZI HAMID

WANITA berusia 42 tahun ini merupakan anak kelahiran Singapura. Dia pernah mencipta nama di republik tersebut apabila bergelar pemain badminton kebangsaan sejak berusia 14 tahun.

Bekas pemain badminton itu, Zarinah Abdullah sebenarnya layak untuk digelarkan sebagai wira sukan negaranya kerana dia telah mengabdikan usia remajanya di pentas badminton.

Dia juga pernah bergelar pemain profesional Singapura.

Zarinah menganggap bahawa pengorbanannya menjadi pemain badminton itu berbaloi kerana dia merupakan wanita Melayu pertama yang menonjol dalam sukan badminton di negara yang berkeluasan 710 kilometer persegi itu. Bahkan, dia merupakan ayam tambatan perseorangan wanita yang disegani di republik itu.

"Biarpun ada nama-nama orang Melayu lain yang terlibat dalam sukan badminton di negara itu, pihak SBA (Persatuan Badminton Singapura) memberi harapan yang paling tinggi kepada saya sebagai pemain perseorangan wanita.

"Sejak di bangku sekolah menengah lagi, saya telah menyertai beberapa kejohanan antarabangsa sehinggalah bergelar pemain profesional pada usia 19 tahun. Sekurang-kurangnya, saya akan menjalani latihan selama enam jam pada setiap hari sebagai rutin memantapkan skil permainan," ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Tatkala membelek kembali sejarah dirinya, wanita yang lahir pada tanggal 12 Julai 1971 tersebut menjelaskan bahawa minatnya dalam bidang itu berputik sejak usia kanak-kanak lagi.

Sifatnya yang lasak dan gemar bermain dengan budak lelaki telah memperlihatkan bakat yang terpendam. Bakatnya dikesan sendiri oleh bapanya, Abdullah Mohd. Attan.

"Saya bersifat tomboi ketika kanak-kanak. Saya lebih gemar melakukan aktiviti lasak bersama rakan-rakan lelaki dan gemar berlari. Ketika menyertai sukan dalam acara padang di sekolah, saya kerap membawa pulang kejayaan.

"Bapa pernah memberi peluang kepada saya untuk berjinak-jinak dalam sukan skuasy kerana mula menyedari bakat saya, tetapi setelah rakan-rakan mengajak menyertai sukan badminton, bakat saya lebih menonjol dalam acara itu.

"Jurulatih sukan sekolah merupakan orang yang berperanan membawa saya ke dalam sukan ini hingga meletakkan saya sebagai pemain terbaik di sekolah sejak berusia 14 tahun," ujar Zarinah teruja sambil mengenangkan jurulatih tersebut yang bernama Teo Ah Huan.

AKSI Zarinah pada tahun 1995 di Kuala Lumpur.


Nombor 3 dunia

Saat melihat keupayaan makin menyinar, bekas penuntut di Mount Vernon Secondary School, Singapura itu telah membuat keputusan untuk tidak menyambung pengajiannya di peringkat universiti. Dia sanggup mengetepikan pelajaran kerana percaya bahawa masa depannya cerah dalam bidang itu.

"Atas nasihat bapa, saya membuat keputusan untuk tidak menyambung pengajian prauniversiti yang berbaki dua tahun lagi dalam bidang perakaunan.

"Pada saat itu, kerjaya saya dalam bidang sukan berada di kemuncak. Lagipun, saya tidak mahu mengganggu kelas kerana kerap ditegur pensyarah sebab selalu tidak hadir," katanya yang sempat melanjutkan pelajaran selama setahun di Institut Outram, Singapura.

Dia bergelar pemain badminton profesional pada tahun 1990 selepas setahun dihantar menjalani latihan intensif di Jakarta, Indonesia. Sebelum itu, Zarinah telah menyertai skuad kebangsaan Singapura dalam masa yang singkat iaitu selepas enam bulan bakatnya dicungkil.

Sebenarnya bakat wanita Melayu itu turut mendapat perhatian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila bekas pemain badminton negara, mendiang Datuk Punch Gunalan pernah menyunting Zarinah untuk berada bersama pasukan Malaysia. Ketika itu, dia baharu setahun berjinak-jinak dengan sukan badminton.

"Apabila melihat aksi saya di gelanggang, dia pernah menyatakan hasrat untuk membawa saya ke dalam pasukan Malaysia memandangkan bapa saya anak kelahiran Melaka.

"Namun, saya menolak pelawaan itu kerana enggan meninggalkan keluarga di Singapura apatah lagi pada usia 14 tahun saya tidak mahu bersendirian di Malaysia. Justeru saya meneruskan karier di Singapura," katanya ketika diwawancara kru Jurnal di pejabatnya di Puchong, Selangor pada Khamis lalu.

Dia pernah menyertai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa termasuk dua kali dalam Sukan Olimpik, dua kali dalam Sukan Komanwel serta beberapa kali dalam kejohanan All England.

Zarinah pernah melonjakkan ranking yang dipegangnya pada tahun 1994 selaku pemain wanita ketiga terbaik dunia.

Namun, ketika berada di kemuncak kerjaya, Zarinah mengambil keputusan menggantung raket sebelum usia 30 tahun selepas dia bernikah pada usia 27 tahun. Dia bersara sepenuhnya sebagai pemain badminton secara tiba-tiba pada tahun 1998.

"Setelah kira-kira 10 tahun mengabdikan diri dalam sukan itu, saya mula terfikir untuk tidak lagi bergelar atlet nasional biarpun semangat perjuangan masih berada di kemuncak.

"Apa yang boleh saya katakan bahawa pengunduran itu adalah kerana terpaksa dan 'dipaksa'. Biarpun dengan hati berat, saya membuat keputusan tersebut dan bergelar jurulatih di beberapa buah kelab badminton di Singapura buat seketika. Namun, saya menolak tawaran menjadi jurulatih skuad kebangsaan," ujar Zarinah yang enggan mengulas mengenai sebab pengundurannya kerana menganggap ia sebagai isu sensitif.


ZARINAH dan suami kini rancak menguruskan syarikat mereka di Puchong.


Tukar kewarganegaraan

Dalam hati sayu meninggalkan dunia badminton, Zarinah bersama suaminya yang merupakan warganegara Jerman, Mohammad Salihin Sass Abdullah membuat keputusan membuka sebuah syarikat pembekal perkhidmatan tiket dalam talian sejak tahun 2008.

Pada awalnya syarikat itu beroperasi selama tiga tahun di Singapura. Namun, mereka membuat keputusan memindahkan ibu pejabat syarikat SeatAdvisor Sdn. Bhd. itu ke IOI Boulevard di Puchong dua tahun lalu.

"Disebabkan tumpuan perniagaan lebih banyak di negara ini, kami membuat keputusan untuk memindahkan operasi ke Malaysia. Kami diberi kepercayaan menjadi pengeluar tiket untuk acara-acara besar seperti perlumbaan Formula Satu, Moto GP dan konsert antarabangsa," ujar Zarinah.

Zarinah memilih untuk menjadi warga Malaysia kerana bapanya merupakan warga tempatan yang pernah mendapat taraf penduduk tetap (PR) di Singapura. Bapanya kini menetap di Tangkak, Johor.

"Selepas bapa membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia, saya juga membuat keputusan sama sejak dua tahun lalu. Kini, Malaysia adalah tanah air saya. Saya ingin berbakti kepada negara ini pula," ujar Zarinah yang memegang jawatan pengurus besar di syarikatnya.

Biarpun sering mendapat liputan berita ketika mengharumkan nama Singapura, Zarinah kini seperti seolah-olah seorang wira sukan yang tidak didendang.

Mengaku lebih selesa tidak dikenali di sini, Zarinah yang merupakan pemain badminton seangkatan dengan Rashid Sidek sedar tentang bakti yang pernah dicurahkan olehnya itu.

"Di Malaysia, tidak ramai yang kenal saya melainkan rakan-rakan seangkatan dalam sukan badminton terutamanya keluarga Allhyarham Haji Sidek (bapa Rashid). Saya kerap bertemu dan berbual tentang sukan badminton dengan Misbun Sidek.

"Biarlah orang tidak mengenali saya kerana keutamaan kini terarah kepada keluarga dan kerjaya baharu walaupun cinta saya kepada sukan badminton masih menebal," katanya yang memiliki seorang anak perempuan berusia 13 tahun.

Sebelum mengakhiri pertemuan bersama Jurnal, Zarinah yang dua kali berdepan di gelanggang badminton dengan jaguh Indonesia, Susi Susanti berkongsi tip tentang kejayaannya.

Jelasnya, untuk bergelar pemain badminton hebat, perhatian haruslah diberi terhadap aspek fizikal.

"Saya mementingkan tahap kecergasan seratus peratus kerana permainan badminton memerlukan pergerakan seluruh anggota tubuh. Justeru, untuk berjaya, kita harus memastikan kecergasan di tahap terbaik selain skil permainan.

"Fokus ketika perlawanan juga penting dan jangan biarkan faktor luar menganggu konsentrasi," katanya mengakhiri bicara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jalan 150 meter untuk buang tatu

Posted:

Jalan 150 meter untuk buang tatu

Jalan 150 meter untuk buang tatu

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

POLIS melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan dalam Ops Cantas Khas di pintu sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah kelmarin.


BUKIT KAYU HITAM - Taktik sembilan lelaki disyaki ahli kumpulan kongsi gelap 04 dan 08 berjalan kaki sejauh 150 meter dengan cuba menyelinap masuk ke negara jiran untuk membuang tatu kumpulan masing-masing gagal apabila mereka diberkas petang kelmarin.

Suspek yang berusia 24 hingga 47 tahun itu diberkas secara berasingan sejak pukul 7.30 petang di Kompleks Imigresen Kuarantin dan Kastam (CIQ) dekat sini.

Ketika diperiksa, kesemua mereka memiliki tatu termasuk corak harimau dan helang pada tubuh masing-masing mewakili kumpulan samseng yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya percaya sembilan lelaki tersebut mahu melarikan diri daripada pihak berkuasa yang sedang menggempur penjenayah menerusi Ops Cantas Khas sejak 17 Ogos lalu.

"Kita tidak menolak kemugkinan kumpulan suspek ini pergi ke Thailand untuk membuang tatu pada badan mereka selepas diharamkan KDN," katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan yang masuk dari Thailand di CIQ kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Michelle lancar kempen Street Watch IM4u

Posted:

Michelle lancar kempen Street Watch IM4u

Michelle lancar kempen Street Watch IM4u

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


MICHELLE (kanan) mengagihkan kit keselamatan dan wisel kepada penumpang wanita yang menaiki LRT di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon filem antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh semalam, muncul di khalayak ramai untuk mengedarkan kit keselamatan dan wisel kepada penumpang wanita yang menaiki transit aliran ringan (LRT) sempena kempen Street Watch IM4u di sini.

Kempen tersebut yang merupakan cetusan idea Michelle bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan wanita semasa menaiki pengangkutan awam.

Beliau yang dilantik sebagai mentor 1Malaysia For Youth (IM4U) pada Jun lalu berkata, kempen tersebut akan dijayakan dengan kerjasama dengan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) selama satu bulan.

"IM4U menyediakan lima ikrar dan lima tips keselamatan yang akan dikongsikan melalui platform media sosial IM4U kepada orang awam dan dipromosikan bersama pihak RapidKL," katanya selepas melancarkan kempen itu di Stesen KL Sentral di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia

Posted:

Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia

Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia

Oleh MEGAT RAMLI
MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

SHAH ALAM – Pelakon veteran terkenal, Maimon Abdul Mutalib, 54, yang menghidap kanser payudara tahap keempat sejak dua tahun lalu meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 17 di sini semalam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.20 petang sejurus tiba di rumah selepas dibenarkan pulang dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Anak lelakinya, Abdul Rahman Haj Keristifa, 16, berkata, sejak empat hari lalu, Allahyarham ibunya dihantar ke pusat perubatan itu untuk menjalani rawatan sebelum keadaannya didapati mula tenat kelmarin.

Menurutnya, doktor kemudian meminta pihak keluarga untuk membawanya pulang pada tengah hari semalam dan sebaik sahaja tiba di rumah, ibu semakin nazak dan akhirnya meninggal dunia.

"Sebelum meninggal, mama Allahyarham ada berpesan yang dia nak dikebumikan di Kampung Sialang, Tangkak dengan dipakaikan kain telekung seperti kaum wanita yang menunaikan umrah," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Felda United mahu siasat sendiri

Posted:

Felda United mahu siasat sendiri

Felda United mahu siasat sendiri

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

FELDA United mempunyai sebab tersendiri untuk menarik balik kes melibatkan masalah disiplin pemainnya, Muhammad Kaironnisam Sahabudin Hussain, 34, yang sepatutnya dibincangkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu lalu.

Setiausaha Agung Kehormatnya, Kamarruddin Mohamad berkata, ini kerana pihaknya mahu meneliti sendiri kes pemain itu yang didakwa tidak memiliki semangat kesukanan.

Katanya, pihaknya sendiri akan menjalankan prosiding dan siasatan terperinci bagi menilai ketelusan pemain itu yang kini direhatkan buat sementara waktu.

"Sepanjang penilaian dan pengamatan oleh pihak Felda, kami mendapati dia beraksi di bawah tahap kemampuan sebenar selain menganggapnya tiada semangat kesukanan.

"Memang benar, pada mulanya kami mahu kes ini diputuskan oleh pihak FAM tetapi kami bertindak menarik diri dua hari sebelum Mesyuarat Tatatertib diadakan.

"Ini kerana kami turut mengambil kira masa depan pemain itu yang sudah pada penghujung kariernya. Kami tidak mahu menjejaskan 'periuk nasi' pemain itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, jika kes tersebut gagal diselesaikan, pihaknya akan merujuknya kembali kepada FAM

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak hanya mendedahkan tiga daripada empat pertuduhan kes tatatertib dalam saingan Liga Malaysia.

Ia melibatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor didenda RM40,000 kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dan pemain Kuala Lumpur, Hafizie Roslee digantung enam bulan dan denda RM2,000 ekoran tiada semangat kesukanan pada aksi menentang Sime Darby, 17 Mei lalu.

Satu lagi kes melibatkan pertahanan Kelantan, Zamri Ramli yang digantung enam bulan atas kesalahan mengambil dadah jenis methamphetamine.

Sementara itu, Kamarruddin memberi amaran keras kepada pemain Felda agar tidak sesekali terjebak dengan skandal rasuah.

"Pemain harus tahu siapa yang bayar gaji mereka. Bermainlah dengan setimpal demi pihak yang membayar gaji mereka.

"Kita tidak teragak-agak untuk menghukum mana-mana pemain yang terjebak dengan gelaja rasuah kerana ia akan menjejaskan bola sepak negara," katanya.

Julang piala jadi hadiah terbaik kemerdekaan

Posted:

Julang piala jadi hadiah terbaik kemerdekaan

Julang piala jadi hadiah terbaik kemerdekaan



KETUA pasukan Harimau Muda, Mohd. Irfan Fazail bertekad menghadiahkan trofi kejuaraan Pestabola Merdeka 2013 yang bermula hari ini di Kuantan, Pahang kepada seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan kemerdekaan negara ke-56.

Irfan (gambar kecil), 22, yang merupakan tonggak tengah skuad Harimau Muda negara kendalian Ong Kim Swee itu mengakui pasukan negara berada dalam prestasi terbaik ketika ini.

Katanya, para pemain akan berjuang bermati-matian bagi memastikan Malaysia menjulang trofi Pestabola Merdeka buat kali ke-10 sejak ia mula dipertandingkan pada 1957.

"Sememangnya saya bersama rakan sepasukan bertekad menghadiahkan trofi kejuaraan kali ini buat seluruh rakyat Malaysia.

"Kejohanan ini ada magisnya tersendiri kerana diadakan sempena bulan kemerdekaan negara dan kami berharap semangat kental para pejuang negara dapat dihayati pemain ketika menentang Singapura nanti," katanya kepada Kosmo! semalam.

Menyentuh pertemuan dengan Singapura petang ini, Irfan berkata, dia sedar tugasan berat menanti pasukan Harimau Muda kerana skuad kendalian V. Sundramoorthy itu yang dibarisi sebahagian besar pemain Lions XII sangat mantap di setiap posisi.

Bagaimanapun, jelasnya jurulatih negara sudah ada strategi tersendiri untuk memerangkap skuad Singa itu yang pasti mempertaruhkan beberapa pemain tonggak seperti Hariss Harun, Fazrul Nawaz, Shahfiq Ghani dan Izwan Mahbud.

Sementara itu, penyerang, Md. Rozaimi Ab. Rahman berharap akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama negara dalam perlawanan bertemu skuad negara jiran itu.

Katanya, dia mahu membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih dengan menjaringkan gol serta membantu kemenangan buat pasukan negara.

"Jika diberi peluang, saya berazam membuktikan kemampuan sebenar. Saya sudah tidak sabar untuk turun bagi menyarung jersi negara dan menghadiahkan kejuaraan Pestabola Merdeka ini buat seluruh peminat bola sepak tanah air.

"Saya berharap para peminat membanjiri Stadium Darulmakmur bagi membakar semangat kami dan kami janjikan aksi terbaik buat mereka," katanya.

Selepas bertemu Singapura, skuad negara akan menghadapi dua lagi aksi menentang lawan kental iaitu Myanmar pada Isnin dan Thailand (Rabu).

Tiba masa untuk tunjuk belang

Posted:

Tiba masa untuk tunjuk belang

Tiba masa untuk tunjuk belang

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@ kosmo.com.my


KIM SWEE (kanan) memerhatikan pemain-pemain Harimau Muda menjalani latihan bagi menghadapi Singapura di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.


PENGENDALI skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee menegaskan, kini sudah tiba masa buat anak-anak buahnya menterjemah ilmu yang dipelajari sepanjang lebih tiga bulan 'berguru' di Eropah.

Menurut Kim Swee, misi pertama buat skuad Harimau Muda bermula petang ini apabila menentang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Singapura dalam aksi pertama kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Kata Kim Swee, bagaimanapun beliau terlebih dahulu terpaksa membuat keputusan sukar apabila perlu menggugurkan tiga pemain daripada senarai awal 25 pemain bagi melengkapkan kuota 22 pemain untuk didaftarkan pada kejohanan edisi ke-41 ini.

"Saya terpaksa menggugurkan tiga pemain iaitu Muhd. Ramadan Abd. Rahman, Mohd. Riduan Abdunloh Pula dan Wan Ahmad Amir Zafran Wan Nadris bagi melengkapkan senarai 22 pemain.

"Saya menganggap perlawanan dengan Singapura sebagai pertemuan menarik dan agak sukar buat kita. Singapura yang sebahagian besarnya terdiri daripada pemain skuad Lions XII yang muncul juara Liga Super baru-baru ini.

"Mereka mempunyai kelebihan kerana telah bergabung sejak awal tahun serta bermain dalam satu pasukan dalam saingan Liga Malaysia," kata Kim Swee pada sidang akhbar di Kuantan semalam.

Selain itu, Kim Swee juga menuntut semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain Harimau Muda dalam aksi pertama tersebut serta tidak terikut-ikut rentak pemain lawan.

Ujarnya, berdasarkan pengalaman mengendalikan skuad B-23 negara itu, mereka cenderung untuk mengikut rentak lawan yang akhirnya memakan diri.

"Jika bertemu pasukan handal, mereka akan bermain baik manakala jika bertemu pasukan lemah, mereka akan turut mengikut rentak lawan itu.

"Saya harap mereka akan berubah kali ini dan bermain mengikut perancangan yang telah saya lakukan. Saya sedar Singapura akan menurunkan barisan terbaiknya dan saya anggap penyerang Singapura, Hariss Harun sebagai pemain yang perlu dirantai," katanya.

Kim Swee berkata, beliau percaya dengan barisan yang dimilikinya kali ini ditambah dengan kehadiran beberapa tonggak pasukan negeri seperti Nik Shahrul Azim Ab. Halim (Kelantan), Mohd. Nazmi Faiz Mansor (PKNS), Putera Nadher (Sarawak) dan Zubir Azmi (Terengganu).

Menurutnya, kejohanan Pestabola Merdeka kali ini juga merupakan pentas terbaik untuk persediaan skuad negara dalam misi mengekalkan pingat emas dalam Sukan SEA di Myanmar, Disember ini.

Perlawanan antara Malaysia dengan Singapura akan berlangsung pada pukul 5.30 petang ini manakala Thailand bakal berentap dengan Myanmar pada pukul 8.45 malam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Syabas aktifkan pelan tindakan kecemasan di Klang, Shah Alam

Posted:

Syabas aktifkan pelan tindakan kecemasan di Klang, Shah Alam

Syabas aktifkan pelan tindakan kecemasan di Klang, Shah Alam

07/09/2013 9:33pm

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) di Klang dan Shah

Alam pada tengah hari tadi berikutan paip pecah, yang menyebabkan 5,921 pengguna mengalami gangguan bekalan air.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata, Syabas telah melantik kontraktor untuk mengenal pasti lokasi dan punca kejadian paip pecah.

"Lokasi kejadian masih belum dikenal pasti menyebabkan kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan dengan segera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Syabas akan menyalurkan bantuan dari semasa ke semasa termasuk membuka dua Pusat Perkhidmatan Setempat (PKS) di Jeti Pulau Ketam dan Jeti Sungai Lima.

Beliau berkata untuk aduan atau pertanyaan pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPELaduan / pertanyaan dan hantar kepada 39222.

Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. - Bernama

Harimau Muda tewaskan Singapura 1-0

Posted:

Harimau Muda tewaskan Singapura 1-0

Harimau Muda tewaskan Singapura 1-0

07/09/2013 7:36pm

KUANTAN - Skuad negara kendalian Ong Kim Swee, Harimau Muda A, membuka tirai kejohanan Pesta Bola Merdeka 2013 dengan bergaya apabila berjaya menewaskan Singapura 1-0 hasil jaringan A.Thamil Arasu di Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi. - KOSMO!

Michelle Yeoh lancar kempen Street Watch IM4U perangi jenayah wanita

Posted:

Michelle Yeoh lancar kempen Street Watch IM4U perangi jenayah wanita

Michelle Yeoh lancar kempen Street Watch IM4U perangi jenayah wanita

07/09/2013 7:06pm

KUALA LUMPUR - Mentor 1Malaysia For Youth (IM4U) Tan Sri Michelle Yeoh hari ini melancarkan kempen Street Watch IM4U untuk memerangi

jenayah dan meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan wanita khususnya di kawasan yang wanita mudah menjadi sasaran.

Aktres antarabangsa terkenal itu berkata, ini merupakan inisiatif pertamanya selepas dilantik sebagai mentor IM4U.

Katanya, ia bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mengikrarkan sokongan terhadap kempen "Keselamatan Wanita dan Menghormati Wanita".

"Saya percaya adalah penting untuk mendidik masyarakat dan memupuk sikap proaktif dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menjadikan negara kita tempat yang lebih selamat untuk semua.

"IM4U turut membangunkan siri lima ikrar dan lima petua untuk dikongsi

menerusi platform media khas dan promosi dengan sokongan RapidKL dalam pelbagai pengangkutan dan rangkaiannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pekebun getah merusuh di Thailand

Posted:

Pekebun getah merusuh di Thailand

Pekebun getah merusuh di Thailand


SEPASUKAN polis pencegah rusuhan cuba menghalang kemaraan pekebun-pekebun getah di sebuah lebuh raya di wilayah Prachuab Khirikhan, selatan Thai kelmarin.


BANGKOK - Kejatuhan harga getah di pasaran dunia mendorong beratus-ratus pekebun getah bertempur dengan pasukan keselamatan dalam tunjuk perasaan di selatan Thailand, kata beberapa pegawai semalam.

Mereka turut membakar kereta sehingga memaksa polis menembak gas pemedih mata dalam kekacauan terbaharu di wilayah bergolak itu.

Lebih 24 anggota polis cedera manakala 11 pemimpin penunjuk perasaan ditangkap dalam demonstrasi di wilayah Prachuap Khiri Khan kelmarin.

Komander polis wilayah, Mejar Jeneral Thanet Soonthornsuk berkata, dua kenderaan media dibakar dalam pertempuran yang tercetus selepas lebih 400 pekebun getah menghalang laluan di sebuah lebuh raya utama menghala ke selatan Thai.

"Seramai 23 anggota polis cedera dengan dua daripada mereka parah akibat dipukul di kepala dengan batu," katanya.

Menurut Thanet, kumpulan penunjuk perasaan itu turut membaling cuka getah ke arahnya.

Thailand merupakan pengeksport getah asli utama di dunia.

Kemarahan pekebun getah itu mencetuskan cabaran baharu kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra selepas dua tahun mentadbir negara.

Sejak beberapa hari lalu, beratus-ratus pekebun getah yang berang bertindak menutup beberapa batang jalan dan landasan kereta api kerana membantah kejatuhan harga getah global yang menjejaskan periuk nasi mereka.

Wilayah berkenaan merupakan kubu kuat pembangkang Thailand, Parti Demokrat.

Kerajaan Yingluck setakat ini menolak tuntutan untuk menstabilkan harga getah pada paras 120 baht (RM12.30) sekilogram iaitu 50 peratus lebih tinggi daripada harga semasa di pasaran dunia.

Beliau sebaliknya berkeras menawarkan bayaran sebanyak 1,260 baht (RM129.25) untuk setiap 0.4 hektar tanah milik pekebun getah bagi membantu menampung kos pengeluaran di samping mewujudkan dana meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan getah.

Namun, tawaran tersebut ditolak oleh penunjuk perasaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri, Pracha Promnog berkunjung ke selatan Thai lewat semalam untuk menemui pemimpin-pemimpin penunjuk perasaan itu.


Ketua Polis, Adul Saengsingkaew (kiri) melihat sebuah kereta yang musnah dibakar oleh penunjuk perasaan di wilayah Prachuap Khiri Khan, selatan Thailand semalam.


"Kami akan berdialog dengan mereka di semua peringkat," katanya kepada wartawan tanpa mendedahkan sama ada kerajaan telah bersedia untuk bertolak-ansur atau sebaliknya.

Thailand digugat dengan beberapa episod kekacauan sejak beberapa tahun lalu melibatkan protes jalanan yang diadakan oleh penyokong dan penentang bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Thaksin ialah abang kepada Yingluck.

Pada tahun 2010, demonstrasi selama dua bulan di Bangkok oleh kumpulan Baju Merah yang pro-Thaksin disertai 100,000 penunjuk perasaan sebelum gerakan mereka dipatahkan oleh tentera.

Lebih 90 orang dengan kebanyakannya orang awam terbunuh semasa tunjuk perasaan itu. Hampir 1,900 lagi cedera dalam pertumpahan darah politik terburuk di Thailand sejak beberapa dekad lalu. - AFP

Angelina Jolie bakal terima Anugerah Kemanusiaan

Posted:

Angelina Jolie bakal terima Anugerah Kemanusiaan

Angelina Jolie bakal terima Anugerah Kemanusiaan

JOLIE menghadiri Majlis Tahunan Wanita Sedunia ke-4 di New York pada 5 September lalu.


LOS ANGELES - Akademi Sains dan Seni Filem akan memberikan anugerah kemanusiaan berprestij kepada bintang Hollywood, Angelina Jolie untuk kerja-kerja kempen yang dilakukannya, umum badan penganugerahan Oscar kelmarin.

Lembaga Gabenor Akademi tersebut juga akan memberikan anugerah kehormat kepada pelakon veteran Steve Martin dan Angela Lansbury serta pereka kostum popular Itali, Piero Tosi yang terlibat dalam filem klasik 1971, Death in Venice.

Menurut akademi itu, Jolie yang pernah memenangi anugerah Oscar untuk pelakon pembantu terbaik pada tahun 2000 menerusi filem Girl, Interrupted telah menjadi pejuang isu-isu kemanusiaan. Beliau menjelajah seluruh dunia untuk menggalakkan usaha keadilan sosial.

Jolie telah berkhidmat untuk kumpulan sokongan termasuk Majlis Hubungan Luar dan dinamakan sebagai duta khas Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada 2012.

Jolie, 38, akan menerima Anugerah Kemanusiaan Jean Hersholt yang sebelum ini pernah diberikan kepada Jeffrey Katzenberg, Oprah Winfrey, Jerry Lewis, Sherry Lansing, Arthur Miller, Quincy Jones, Paul Newman dan Elizabeth Taylor.

Anugerah itu akan disampaikan di majlis Anugerah Tahunan Akademi Gabenor ke-5 pada 16 November depan di Dolby Ballroom di Pusat Hollywood & Highland di sini. - AFP

Berjuta cengkerik serang Oklahoma

Posted:

Berjuta cengkerik serang Oklahoma

Berjuta cengkerik serang Oklahoma


DINDING sebuah restoran makanan segera
di Oklahoma yang dipenuhi cengkerik.


BANDAR RAYA OKLAHOMA - Berjuta-juta cengkerik membanjiri beberapa kawasan di negeri Oklahoma dengan mengeluarkan bunyi bising dan bau busuk, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Menurut penduduk tempatan, serangga itu berkeliaran di setiap ruang termasuk jalan raya, laluan pejalan kaki dan dinding bangunan.

Tindakan membunuhnya juga dilaporkan tidak berkesan. Ini kerana bangkai cengkerik akan menarik kehadiran lebih banyak serangga itu untuk memakannya.

Penduduk juga tidak dapat mengelak daripada memijak serangga berbau busuk itu ketika mereka keluar ke bandar.

Dalam pada itu, beberapa pakar berkata, musim hujan mungkin menjadi faktor penyebab ledakan dalam bilangan serangga tersebut.

"Bilangan cengkerik meningkat dengan banyak selepas cuaca kering berakhir yang diikuti hujan lebat pada bulan Julai dan Ogos," kata Pengarah Makmal Penyakit Tumbuhan dan Diagnostik Serangga Universiti Oklahoma, Rick Grantham.

"Rekahan tanah yang meluas juga boleh menjadi faktor penting," tambahnya.

Serangga itu bersarang di dalam tanah.

Grantham turut mencadangkan beberapa langkah yang boleh mengurangkan jumlah cengkerik seperti membuang timbunan batu bata, kayu atau serpihan lain di sekitar rumah. - AGENSI

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Antara emosi dan memori Yuna

Posted:

Antara emosi dan memori Yuna

Antara emosi dan memori Yuna

Oleh Khairul Amri Hassan

AUDIENS disajikan montaj lima minit sekitar perjalanan Yuna bersama label antarabangsa Verve Records dan persiapan menjelang konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang telah membuka tirainya kelmarin.

Berdiri ampuh menyarung persalinan merah jambu telus rekaan Hatta Dolmat, Yuna membuka langkah dengan single hits Decorate bersama susunan muzik segar sentuhan Mustafa Fuzer Nawi.

Bagi yang kurang serasi dengan balada muzik pop indie yang diperjuangkan pemilik nama penuh Yunalis Zarai, ada antara lagu-lagu yang ditampilkan dalam segmen pertama belum cukup ranum.

Bagaimanapun, Gadis Semasa, Dan Sebenarnya serta Terukir Di Bintang berjaya menyelamatkan penonton daripada terus tenggelam dibawa arus leka dalam mood dua buah lagu awal - Favourite Thing dan Young yang jarang mengisi corong radio sebelum ini.

Berlalu dalam format persembahan ala teater bermain siluet bulan mengambang, Yuna meneruskan persembahan dengan lagu Coffee yang dipetik daripada album EP Decorate tiga tahun lalu.


TARIKAN Yuna terletak kepada profesionalisme kariernya.


Yuna memecahkan empat segmen konsert solonya kali ini, bermula dengan Boardwalk disusuli Classic Cinema yang menyelitkan sebuah lagu cover Allahyarham P. Ramlee berjudul Gelora Jiwa, seterusnya Dusk dan disimpul kemas dengan segmen Night Lights.

Antara lagu lain yang melengkapi konsert itu adalah tiga buah lagu yang pertama kali diperdengarkan kepada peminatnya di Malaysia daripada album terbaharu, Sixth Street iaitu

I Wanna Go, Musician dan Right Again.

Selain itu, Live Your Life, Remember My Name, Stay, Lullabies dan mash up dua buah lagu No Diggity (nyanyian Blackstreet) dan Let Love Come Through antara 20 buah lagu yang dipersembahkan Yuna penuh bergaya.

Mike Einziger

Memendam kejutan luar biasa kepada peminatnya di Malaysia, Yuna menghadiahkan gitaris band Incubus, Mike Einziger beraksi di pentas bersamanya dalam rendisi beberapa buah lagu gubahan baharu antaranya Deeper Conversation dan sebuah lagu band terkenal Amerika Syarikat itu, I Miss You.

Kata Yuna, kejutan itu dirancang pada saat-saat akhir dan hakikatnya Mike sendiri yang menawarkan diri untuk berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan persembahan di Istana Budaya.

"Masih saya ingat pada tahun 2007 ketika itu hanya mampu melihat gitaris ini mempersembahkan bakatnya di pentas dan kali ini dia berada di sebelah saya.

"Menariknya, idea untuk berkolaborasi ini muncul ketika saya memperkenalkan anggota kumpulan saya The Palauans kepada Mike ketika di Los Angeles.

"Sedang kami rancang bersembang mengenai konsert yang bakal berlangsung, Mike dengan sukarela menawarkan diri untuk membuat persembahan.

"Rancangan itu terhenti seketika apabila tiada susulan dibuat dan tiba-tiba Mike menghantar e-mel yang mengesahkan dia bakal datang ke Malaysia baru-baru ini," tambah Yuna.


YUNA membuat kejutan apabila muncul diiringi oleh pemain gitar Incubus, Mike Einziger.


Latihan jarak jauh

Berada di Los Angeles, Amerika Syarikat tapi pada masa sama perlu menguruskan perihal penting sebelum berlangsungnya konsert, Yuna meluahkan rasa lega.

"Ketika berita gembira ini dikhabarkan, saya segera memanggil kru Yuna Room Records dan mungkin kerana pengalaman mengadakan persembahan serta gigs lebih tujuh tahun, mereka mampu melaksanakan tugas ini dengan sempurna.

"Di LA (Los Angeles) tugas saya memberikan kelulusan, memilih senarai lagu dan berlatih bersendirian. Selepas hari raya Aidilfitri barulah saya memulakan raptai bersama band dan empat malam lepas bersama orkestra," jelas Yuna mengakui berdepan sedikit kesukaran.

Kata Yuna, seandainya dia dijemput untuk mengadakan persembahan di pentas Istana Budaya tiga tahun lalu, dia tidak mampu untuk melakukannya seperti sekarang.

"Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengadakan persembahan di Istana Budaya, sejak 10 tahun lalu inilah cita-cita saya terbesar dan akhirnya telah menjadi realiti.

"Pengalaman saya mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat sebenarnya banyak membantu menaikkan keyakinan saya," katanya yang bakal mengadakan persembahan di Australia dan Singapura sebelum berangkat pulang ke Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Yuna mengakhiri konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan menerusi lagu yang pernah melakar sensasi tahun lalu iaitu Penakut sebelum menamatkan kembaranya dengan single hit terbaharu, Lelaki.

Tiada tersirat sebarang makna kata Yuna, bukan ditujukan kepada sesiapa sebaliknya konsert, memori dan emosi hanyalah buat peminat.

Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan masih akan bergema di Istana Budaya pada malam ini dan esok. Bagaimanapun, bagaimana penangan sewaktu dia mula membadai dunia hiburan tempatan dengan kemunculannya pada awal pembabitan lalu, fenomena di Istana Budaya menyaksikan sebanyak 4,000 tiket habis dijual tanpa sisa.

Ya, Yuna, gadis kurus tinggi lampai yang punya kuasa luar biasa hanya dengan sentuhan karya dan lunak merdu suaranya.

Erra tunggu masa jelas masalah rumah tangga

Posted:

Erra tunggu masa jelas masalah rumah tangga

Erra tunggu masa jelas masalah rumah tangga

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


ERRA FAZIRA mengaku dia berhutang penjelasan dengan masyarakat terhadap keadaan rumah tangganya.


PADA saat suhu industri seni tempatan sedang dilanda kisah kontroversi kes penceraian pelakon Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil Zafuan, kemelut rumah tangga pelakon jelita Erra Fazira tidak terlepas menjadi buruan.

Seringkali menolak untuk memberikan jawapan konkrit mahu pun menyimpulkan status rumah tangganya bersama Engku Emran Zainal Abidin, Erra sebelum ini sekadar memberikan kenyataan secara umum dan menyifatkan rumah tangga mereka masih stabil.

Kesempatan bertemu dengan bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu ketika pelancaran wangian terbaharu Estee Lauder di Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur, Kosmo! mendapatkan kenyataan lanjut mengenai status terkini mahligai Erra.

Ini kerana, sehingga kini, kestabilan rumah tangga mereka terus menjadi tanda-tanya. Erra, saat ditemui tenang menjawab soalan daripada pihak media, namun pintanya, jangan terlalu dikorek kisah rumah tangganya kerana saat tiba masanya, dia sendiri yang akan memberitahu kepada umum.

Ikuti temu bual tersebut.

Kosmo!: Bagaimanakah kehidupan peribadi Erra sekarang?

Erra Fazira: Saya sentiasa menyibukkan diri dengan bekerja, tapi tanggungjawab terhadap anak dan sebagai ibu masih berjalan seperti biasa. Saya juga akan pastikan jadual sebagai artis dan kepada keluarga seimbang sebaik mungkin.

Umum sudah tahu kisah rumah tangga anda dan Engku Emran yang didakwa sedang bergolak masih belum diperjelaskan dengan lebih mendalam. Sekuat manakah ikatan perkahwinan kalian hingga hari ini?

Kuat tidak kuat, kita sudah ada anak bersama-sama dan ikatan itu tetap ada disebabkan dia merupakan bapa kepada anak saya. Dia juga seorang bapa yang baik.

Komen anda mengenai status rumah tangga anda terkini?

Sudah beberapa tahun saya mendengar gosip rumah tangga saya yang goyah dan saya melalui perkara ini dengan tenang dan normal. Sama ada betul atau tidak, saya ketepikan cerita-cerita buruk mengenai saya sebab sudah terlalu penat. Saya mahu lalui kehidupan dengan tenang dan aman.


PERSOALAN tentang rumah tangga Erra dengan Emran bukan isu baharu, namun kini ia semakin dibangkitkan apabila Erra hanya banyak memuat naik gambarnya bersama anak sulungnya, Engku Aleesya berbanding gambar mereka sekeluarga.


Tidakkah semakin lama dipendam, semakin banyak asakan daripada orang sekeliling yang mahu mengetahui mengenai kesahihan cerita itu. Sampai bilakah anda akan simpan penjelasan itu?

Saya rasa saya berhutang penjelasan, tapi saya ada sebab kenapa saya berbuat demikian.

Sehingga hari ini saya masih bertahan walaupun suatu masa nanti saya terpaksa leraikan juga. Tidak baik juga untuk saya menggantung orang (masyarakat) tidak bertali dan saya pun ada sebab kenapa tidak bersuara.

Jadi, bagaimana boleh anda simpulkan tentang rumah tangga anda? Suatu hari nanti apabila sudah sampai masa yang sesuai saya akan jelaskan.

Baiklah, difahamkan baru-baru ini anda baru pulang daripada menjalani penggambaran di sekitar Eropah. Sudikah dikongsikan pengalaman menarik sepanjang di sana?

Penggambaran itu dilakukan di sekitar Jerman, Itali dan Belanda selama dua minggu. Menariknya, sepanjang di sana kami mengembara menaiki motorhome caravan dan ini adalah pengalaman baharu saya serta benar-benar mencabar.

Apabila menjalani penggambaran beberapa buah telefilem dan drama pada satu-satu masa, tidakkah sukar untuk membeza-bezakan karakter sepanjang tempoh singkat itu?

Memang sukar kerana kita bimbang watak-watak itu mungkin terjejas dan senang terkeliru, tapi pengarah ada untuk memperbetulkan watak kalau sedikit tersasar.

Farid, Diana dedah nama anak di TV

Posted:

Farid, Diana dedah nama anak di TV

Farid, Diana dedah nama anak di TV

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


FARID hanya memberitahu nama anak lelakinya bermula dengan pangkal Muhammad.


SETELAH bergelar bapa selama dua bulan, pengarah dan pelakon terkenal Farid Kamil masih berteka-teki berhubung nama anak lelakinya yang masih lagi dirahsiakan sehingga sekarang.

Ketika bertemu dengan Farid semasa majlis pratonton filem Dampak baru-baru ini, suami kepada pelakon Diana Danielle itu hanya tersenyum apabila diajukan pertanyaan mengenai nama anaknya.

Meskipun masih lagi terus berahsia dan sekadar memberitahu Muhammad sebagai pangkal nama cahaya mata sulungnya itu, Farid menyatakan ia hanya akan diumumkan dalam satu majlis khatam Al-Quran dan akikah yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, ketika ini isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan kedua-duanya berada di kampung halamannya di Alor Setar, Kedah bersama kedua-dua ibu bapanya.

Kosmo!: Sehingga kini ramai yang masih tertanya-tanya tentang nama anak Farid setelah dua bulan bergelar bapa. Adakah Farid masih lagi mahu berahsia mengenainya?

FARID: Buat masa ini saya masih belum bersedia untuk mendedahkan nama sebenar anak saya. Apa yang boleh dijelaskan sekarang, namanya akan didedahkan dalam sebuah majlis nanti.

Mengikut perancangan saya dan isteri serta ahli keluarga yang lain, kami akan mengadakan majlis khatam Al-Quran dan akikah. Namun begitu, kami masih belum memilih tarikh yang sesuai lagi.


FARID bersama anak sulungnya yang kini berada di Kedah.


Mengapakah Farid memilih majlis tersebut untuk mengumumkan nama anak?

Sebenarnya majlis itu nanti akan diberi hak eksklusif kepada Astro untuk menyiarkannya di kaca televisyen. Bagi kami, ia merupakan masa yang paling sesuai untuk umumkan nama sebenar anak saya.

Bagaimanapun, perkara tersebut masih lagi dalam peringkat perbincangan antara Astro dan Metrowealth. Jadi, kami menyerahkan segala urusan kepada Metrowealth dan kami bersetuju dengan segala perancangan yang dibuat.

Sudah tentu Farid dan Diana mendapat tawaran yang lumayan daripada pihak Astro untuk hak eksklusif berkenaan. Adakah Farid boleh dedahkan jumlah bayaran yang akan diterima?

Tentang bayaran itu saya dan isteri memang tidak tahu-menahu mengenainya. Semuanya bergantung kepada Metrowealth apabila melakukan rundingan dengan pihak Astro.

Bagaimanakah dengan keadaan Diana dan anak?

Beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, isteri dan anak sudah pulang ke Malaysia dan kini mereka berada di kampung halaman saya di Alor Setar. Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan anak saya kini semakin aktif, manakala Diana pula masih lagi dalam berpantang dan dijaga sepenuhnya oleh ibu saya.

Adakah Diana sudah menamatkan pengajiannya di Australia?

Kalau diikutkan masih lagi ada enam bulan untuk Diana menamatkan keseluruhan pengajiannya dalam bidang penerbitan di National Institute of Dramatic Art (NIDA) di Sydney.

Namun, keputusan masih belum dibuat sama ada dia sambung atau tidak.

Bagaimanakah kehidupan Farid sekarang setelah bergelar seorang ayah?

Sekarang ini saya perlu menjadi seorang individu yang lebih bertanggungjawab.

Kalau dahulu saya bebas untuk melakukan apa sahaja perkara yang diinginkan, sekarang semuanya lebih kepada tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved