Rabu, 4 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Orang cacat penglihatan boleh mengaji al-Quran

Posted:

Orang cacat penglihatan boleh mengaji al-Quran

Orang cacat penglihatan boleh mengaji al-Quran

SEPULUH jarinya diseret secara perlahan-lahan dari kiri ke kanan sambil menyentuh titik-titik yang timbul pada helaian kertas putih tanpa dakwat itu sambil mulutnya terkumat-kamit.

Sebaik selesai membaca tiga muka surat kitab berwarna hijau itu, lantas Muhammad Lee Abdullah, 46, menutpnya perlahan-lahan. Rupa-rupanya, dia baru selesai membaca al-Quran Braille.

Melihat kefasihan saudara baharu itu membaca al-Quran dengan sistem tulisan titik-titik, timbul persoalan bagaimanakah dia boleh menguasai bacaannya?

"Walaupun terdapat enam titik pada kotak Braille, namun ia memerlukan tumpuan dan kepekaan yang tinggi di hujung jari bagi mengenali huruf alif hingga ke ya.

"Ia bukan mudah, namun saya tidak putus asa sebaliknya berusaha mengaji secara perlahan-lahan termasuk melagukan bacaan ayat al-Quran, tajwid dan sebagainya," katanya sambil memberitahu dia mempelajari al-Quran daripada seorang ustaz di Johor.

Muhammad Lee mengakui sejak berusia sembilan tahun beliau telah mengambil mata pelajaran Pengetahuan Islam kerana gemar mendengar ayat-ayat al-Quran di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bharu, Johor.

Belajar al-Quran

Dalam subjek itu, beliau diajar mengenai mengenali huruf di peringkat asas. Sekitar tahun 1987, Muhammad Lee memeluk Islam dan mula mempelajari al-Quran Braille di Darul Kifayah yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Beliau hanya mengambil masa sebulan untuk mempelajari al-Quran dan pernah menjadi johan qari istimewa pada Majlis Tilawah Al-Quran Saudara Kita tujuh tahun lalu.

"Ketika itu, saya menyertai pertandingan berkenaan bukan untuk memenangi sebarang hadiah tetapi ingin mengetahui kemampuan saya mengaji al-Quran," ujarnya yang mempunyai seorang adik yang memeluk agama Islam.

Sebaik menamatkan pendidikan di tingkatan enam, Muhammad Lee pernah menjadi Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), jurukomputer Braille sebelum menjadi penyelia penerbitan al-Quran Braille. Bagaimanapun, dia meninggalkan semua pekerjaan tersebut kerana mendapat peluang yang lebih baik.

Lelaki yang tidak lekang dengan senyuman itu kini berkhidmat sebagai Penyelia Penerbitan al-Quran Braille di Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM), sekitar tahun 1994 sebelum beliau mendapat idea untuk menyalin sendiri al-Quran Braille.

Segala-galanya bermula selepas adiknya, Muhammad Adam Lee Abdullah, 41, mengikuti kursus komputer di Felicia, Amerika Syarikat selama sembilan bulan.

Di situ, terdapat sebuah alat Braille, Eureka Au yang menggunakan perisian JAWS yang mengeluarkan suara. Dengan sokongan kewangan daripada sebuah keluarga dari Pulau Pinang, Muhammad Lee membeli alat berkenaan yang dijual pada harga RM8,000.


KAEDAH membuat lubang pada al-Quran Braille.


Menerusi alat itu, beliau mula menyalin tulisan al-Quran Braille milik seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bharu, Sulaiman Syafie.

Sekolah tersebut merupakan sekolah pertama yang ditubuhkan pada tahun 1954 untuk kanak-kanak cacat penglihatan di negara ini. Menyentuh proses persalinan, Muhammad Lee menjelaskan al-Quran asal diimbas terlebih dahulu di atas mesin imbasan yang dimulakan daripada muka surat pertama.

Kemudian, segala butiran yang diimbas akan tertera di komputer menerusi perisian text document dalam huruf rumi. Ketika proses ini berjalan, perisian JAWS boleh mengeluarkan suara dan membaca satu persatu ayat yang diimbas daripada al-Quran tersebut.

Sehubungan itu, kerja-kerja penyuntingan dan mengenal pasti kesalahan ejaan dapat dilakukan oleh golongan cacat penglihatan sendiri tanpa bantuan sukarelawan.

"Seingat saya, hampir 24 jam saya menumpukan kerja-kerja penyalinan Braille dalam bentuk ayat al-Quran. Alhamdullillah, ia hanya mengambil masa setahun untuk menyiapkan 30 juzuk al-Quran.

Bagi senaskhah lengkap al-Quran Braille, ia memiliki enam jilid mewakili 30 juzuk. Sekitar tahun 1995, beliau menghantar al-Quran itu kepada pelbagai pihak agama termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas tujuan semakan untuk menentukan sama ada ayat al-Quran yang disalin itu betul atau sebaliknya.

Diiktiraf

Tindakan itu perlu sebelum ia dicetak kerana khuatir mempunyai kesalahan bacaan. Begitupun, selepas menjalani proses semakan yang panjang, akhirnya pada tahun 1998, al-Quran Braille yang dihasilkan itu telah diberi pengesahan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Setelah mendapat kelulusan, beliau menyerahkan al-Quran itu kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (Pertis) supaya golongan itu mendapat manfaat daripadanya.

"Saya bersyukur kerana hasil itu diiktiraf dan apa yang lebih penting, golongan senasib seperti saya kini boleh membaca al-Quran," ujarnya sambil mengakui bahan-bahan agama dan ilmiah dalam bentuk tulisan Braille dilihat masih kurang di negara ini.

Pendapat Muhammad Lee turut disokong oleh Anuar Biden, 41. Menurut pekerja swasta itu, dia gemar membaca buku, malangnya ia sukar didapati di pasaran.

Selain buku-buku ilmiah, al-Quran Braille juga sukar didapati.

"Saya berminat mengikuti perkembangan yang berlaku di negara ini baik dari segi ekonomi, sosial mahupun politik tetapi saya tidak tahu di mana saya boleh mendapatkan bahan-bahan bacaan itu," katanya.

Ditanya mengenai al-Quran Braille, Anuar menyambut baik keluaran al-Quran dalam bentuk Braille.

"Pada mulanya, ia agak sukar untuk dibaca tetapi setelah membiasakan diri, lama-kelamaan ia boleh dikuasai," katanya ketika ditemui di PPOBM yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur.


MEREKA yang cacat penglihatan harus diberi peluang menguasai pembacaan al-Quran menerusi al-Quran Braille.


Proses berbeza

Menyentuh mengenai percetakan tulisan Braille, Abd. Munaaim Abd. Hakim, 56, mengakui mencetak buku mahupun al-Quran dalam bentuk tulisan itu bukan satu kerja yang mudah.

Walaupun berpengalaman dalam bidang percetakan hampir sedekad, anak jati Sekinchan, Selangor itu menjelaskan, proses tersebut menuntut kesabaran dan ketelitian yang tinggi kerana ia berbeza berbanding percetakan biasa.

Bercerita mengenai cabaran dalam pekerjaan itu, Abd. Munaaim yang pernah bekerja sebagai kerani di sebuah bank sebelum bersara kemudiannya memohon bekerja di PPOBM sebagai pencetak.

Menurut bapa kepada lapan orang anak itu, dia pernah membuang hampir 10 jilid al-Quran gara-gara kurang mahir mengendalikan percetakan Braille.

"Tulisan Braille ini timbul, jadi apabila dicetak di kedua-dua belah muka surat kesemua tulisan itu terhimpit sekali gus hurufnya tidak dapat difahami," katanya.

Menyedari masalah tersebut, Pengerusi PPOBM, Jaafar Md. Isa menghantar Abd. Munaaim mengikuti kursus percetakan Braille selama beberapa minggu.

Setelah mempelajari dalam proses percetakan, timbul masalah lain pula apabila setiap helai muka surat yang digam menyebabkan tulisan Braille bertindih.

"Kami terpaksa mencari jalan bagi mengelakkan masalah itu berulang. Hasil idea kesemua kakitangan, kami berjaya mencipta peruang yang diperbuat daripada karbon supaya tulisan itu tidak bertindih.

Dapat kelulusan

Setiap lima helai muka surat, peruang diletakkan termasuk menjahit setiap jilid itu dengan benang biasa.

Sambil menunjukkan proses memotong peruang, Abd. Munaaim berkata, daripada proses menggam, memotong karbon, menjahit dan mengepil, ia perlu dilakukan secara teliti.

Abd. Munaaim juga mengambil imisiatif mempelajari tulisan Braille daripada huruf A hingga Z dan tulisan Jawi, daripada Muhammad Lee.

Menurutnya, dia mengambil tindakan itu kerana tidak mahu berlaku kesilapan apabila mencetak al-Quran Braille.

"Saya menggalas tanggungjawab yang besar, jadi saya perlu mempelajari tulisan itu," tuturnya yang hanya mengambil masa tiga bulan untuk menguasai tulisan itu dengan cara menutup mata.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), Zakaria Yahya berkata, pihaknya merupakan persatuan pertama yang mendapat kelulusan daripada bahagian Teks Kawalan al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.

Kelulusan itu diperoleh selepas pensyarah kanan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mustaqim Mohd. Zafri membuat kajian terhadap al-Quran termasuk panel-panel lain dari Jakim.

Sejak tahun 2010 hingga tahun kini, pihaknya telah mencetak lebih 500 naskhah al-Quran Braille yang berharga RM200 sahaja.

"Kami juga mengimportnya ke Bangladesh, Indonesia, Thailand termasuk Afrika dan Kazakhstan," jelasnya.

Bagaimanapun, pihaknya hanya menjual al-Quran itu apabila ada permintaan dan tidak dijual di kedai-kedai buku.

Rahsia Qayyim cepat membaca al-Quran

Posted:

Rahsia Qayyim cepat membaca al-Quran

Rahsia Qayyim cepat membaca al-Quran

Oleh ADHAM SHADAN

QAYYIM merupakan pelajar terbaik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah kategori Keperluan Khas peringkat negeri Kelantan dua tahun lalu.


VISUAL matanya kabur dan kelam kerana penyakit hipoplastik tahap tiga yang dihidapi sejak lahir. Namun, pendengarannya barangkali lebih tajam, sentuhan jarinya lebih peka dan hatinya lebih terang berbanding insan lain yang sempurna.

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, murid tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, Kelantan ini istimewa.

Bukan sahaja kerana dia seorang kelainan upaya tapi juga kerana kemampuannya menjadi johan qari tilawah al-Quran yang menewaskan peserta-peserta normal di negara ini sejak di bangku sekolah rendah.

Ketika sesetengah kanak-kanak, remaja atau dewasa lain masih merangkak-rangkak membaca al-Quran dengan batang lidi sebagai penunjuk, Qayyim melarikan jarinya di atas timbulan-timbulan bintik pada kertas kitab al-Quran Braille dan mengalun bacaan penuh fasih dihiasi bunga taranum.

Demam kuning

Qayyim, 14, semasa bayinya pernah mendiami inkubator selama hampir sebulan ekoran demam kuning bukan sahaja bergelar Johan Tilawah al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan 2012 dan 2013 bahkan naib johan program televisyen, Adik-Adikku dan pelajar terbaik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah kategori Keperluan Khas peringkat negeri Kelantan pada tahun 2011 dengan 3A 2B.

Malah, dia diberi penghormatan memperdengarkan bacaan pada majlis akad nikah mempelai diraja, adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'ishah Putri dengan anak saudara Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Qawi tempoh hari.

Anak kepada bekas pemain bola sepak Kelantan skuad Semi Pro 1989, Sarimi Yusoff, 48 dan guru bahasa Inggeris, Rozan Mohamed, 40, ini juga pandai bermain alat muzik dan mampu memainkan lagu yang didengarinya dengan keyboard hanya dengan intuisi sendiri, tanpa dilatih.

Sarimi berkata, anaknya itu mempunyai telinga yang cepat menangkap. Sebelum memasuki sekolah dia membaca al-Quran melalui pendengaran dan hafazan.

"Minatnya untuk membaca al-Quran tercetus sendiri apabila mendengar bacaan ayat suci itu di televisyen atau cakera padat yang dipasang di rumah atau kereta. Dia mendengar dan menghafalnya.

"Hanya selepas masuk darjah satu di sekolah rendah barulah dia belajar membaca al-Quran secara Braille. Dia belajar mengenal huruf al-Quran dengan seorang guru yang cacat penglihatan," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi baru-baru ini.

Sarimi memberitahu, menjadi rutin anaknya setiap malam sebelum tidur untuk mendengar bacaan al-Quran imam-imam terkenal yang dipasang pada komputernya sehingga matanya terlelap.

Pada bulan Ramadan, dia akan tidur awal dan minta dikejutkan sekitar pukul 2.30 pagi untuk mendengar bacaan imam tarawih di Masjidilharam, Mekah yang disiarkan secara langsung di televisyen. Kemudian, dia terus bersahur. Sarimi memberitahu ada imam dari Mesir yang mengenali anak sulung daripada lima beradik itu seperti Sheikh Hisyam Abdul Bari yang dijemput menjadi imam solat tarawih di Kelantan.


QAYYIM (dua dari kanan) bersama kedua-dua ibu bapa dan adik-beradiknya.


Qayyim juga boleh memainkan pelbagai alat muzik seperti gendang dan bongo. Dia meminati keyboard dan boleh memainkannya untuk sesuatu lagu selepas hanya dua atau tiga jam mendengarnya.

Seorang yang tidak banyak bercakap, Qayyim seorang yang berhati-hati ketika bertutur. Hakikatnya, Qayyim bukanlah tidak nampak langsung tetapi dia melihat pada jarak yang terlalu dekat.

Kesempatan menemui Qayyim di sekolahnya baru-baru ini menggambarkan betapa dia seorang yang tegar dengan kekurangan yang dimilikinya. Dia selesa berjalan tanpa dipimpin, bergaul dengan murid normal dan menaip di mesin braille.

Suara lunak

Remaja berkulit cerah itu agak malu-malu untuk diwawancara namun apabila dia memperdengarkan bacaan surah Luqman menggunakan al-Quran Braille yang terdapat di dalam bilik Kelab Braille al-Quran sekolah tersebut, suara lunaknya yang berkumandang dan kefasihannya membaca al-Quran amat mempesonakan.

"Saya suka baca al-Quran, bila baca al-Quran hati saya tenang. Tidak kira bagaimanapun kita, kita kena memuliakan al-Quran," katanya yang memberitahu dia sudah menghafal dua juzuk al-Quran.

Qayyim berkata, dia belajar mengaji al-Quran Braille semasa darjah satu dan mengambil masa setahun untuk mahir membaca. Taranum pula dipelajari daripada seorang ustaz di sekolah rendahnya.

Meskipun dia dilihat cenderung pada bidang agama, apabila ditanya akan cita-citanya, Qayyim menjawab dengan menguntum senyum: "Saya mahu menjadi guru Bahasa Inggeris."

Guru pendidikan khas yang bertanggungjawab menjadi pengantara antara Qayyim dan guru-guru yang mengajarnya, Nor Safarin Shamshudden berkata, Qayyim seorang yang sangat memanfaatkan pendengaran dan ingatannya.

"Dia cekap dalam hal-hal yang menggunakan deria dengar dan mengingat. Sebab itu, dia bagus dalam subjek-subjek bahasa. Guru Bahasa Arabnya berkata, Qayyim lebih mudah dan cepat menerima pelajaran Bahasa Arab berbanding murid-murid lain (normal). Bila dia sebut, siap dengan lahjah (bunyi loghat) Arab," katanya.

Nor Safarin memberitahu, SMKA Melor merupakan sekolah pertama atau perintis bagi penubuhan Kelab Braille Al-Quran di negara ini iaitu pada tahun 2007 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengetua sekolahnya, Ahmad Sulaiman berpendapat, Qayyim murid yang berpotensi tinggi, berkeyakinan, popular dan disenangi semua.

"Dia berbakat. Apa yang ada padanya ialah anugerah Tuhan," katanya.

Cinta maya belia Teluk Arab

Posted:

Cinta maya belia Teluk Arab

Cinta maya belia Teluk Arab


RATA-RATA belia di Teluk Arab berkomunikasi dengan kekasih hati mereka dengan Skype sebelum dapat bersemuka.


JABER dan teman wanitanya saling melayan perasaan cinta sepanjang masa dan meluahkan kata-kata manis tentang impian masa depan mereka. Namun, seperti kebanyakan golongan belia di Teluk Arab, mereka hanya boleh melakukannya secara maya.

Di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan di semua negara teluk yang konservatif, amalan berpacaran tidak boleh diterima dalam kalangan rakyat mereka. Sebaliknya, perkahwinan yang diatur oleh keluarga merupakan satu perkara biasa.

Dalam usaha untuk mengatasi pengasingan masyarakat, lelaki dan wanita muda akan bersemuka melalui aplikasi-aplikasi perbualan yang disediakan di telefon-telefon pintar masa kini.

Dilamun cinta

Duduk di sebuah kedai kopi, lelaki yang sedang dilamun cinta itu sibuk menaip mesej di papan kekunci BlackBerrynya, pada masa yang sama menghirup secawan teh panas.

"Kali pertama saya bertemu dengannya ialah ketika di sebuah panggung wayang. Terpesona, saya terus meminta seorang pekerja di situ untuk menyerahkan kod nombor pengenalan peribadi (PIN) BlackBerry saya kepadanya.

"Saya tidak menyangka dia akan memasukkan nama saya ke dalam senarai orang-orang yang dihubunginya, apatah lagi kisah cinta yang terjalin antara kami berdua," katanya tersenyum lebar mengimbau hari pertemuan penuh bersejarah itu.

Pertemuan dua insan itu di alam siber berlangsung dua bulan kemudian apabila wanita muda itu memberanikan diri untuk menghubungi Jaber melalui aplikasi perbualan Skype.

"Ia satu pertemuan yang singkat. Namun ia sudah cukup untuk kami meluahkan rasa cinta kami," kata Jaber yang berkeras enggan mendedahkan nama teman wanitanya atas alasan ia boleh mencetuskan skandal dalam masyarakat di negaranya itu.

Akhirnya dia telah berjaya memujuk cinta hatinya bertemu secara rahsia. Kini pasangan itu sedang mempertimbangkan langkah seterusnya iaitu Jaber perlu mengatur pertemuan dengan bapa wanita itu dan meminta kebenaran untuk berkahwin.

Nilai tradisi

Penasihat Penyelidikan dan Kajian Yayasan Pembangunan Keluarga di Abu Dhabi, Jamila Khanji berkata, sungguhpun merupakan sebuah negara moden, keluarga-keluarga di UAE masih berpegang kepada nilai-nilai tradisional.

"Kaum keluarga masih mengatur perkahwinan anak-anak mereka. Namun, kini mereka lebih fleksibel dengan membenarkan pasangan yang telah bertunang untuk bertemu atau membenarkan tempoh pertunangan yang lebih lama untuk memberi peluang kepada pasangan mengenali antara satu sama lain," ujarnya.

Itu merupakan keadaan di UAE yang dianggap sebagai salah satu negara Teluk yang paling liberal. Senario yang berbeza dilihat di Arab Saudi kerana adalah mustahil pasangan yang bercinta dapat bertemu kerana kerajaan negara tersebut melarang pergaulan antara jantina.


DI Arab Saudi, hampir mustahil untuk lelaki mendekati seorang wanita secara terbuka.


Di pintu masuk sebuah kafeteria sebuah pusat beli-belah yang terletak di Jalan Al-Tahliya, salah satu daerah Riyadh yang paling sibuk, berpuluh-puluh lelaki muda melihat gadis berpurdah yang memakai kasut tumit tinggi dan beg tangan berjenama berjalan dan menuju ke kawasan tempat duduk yang dikhaskan untuk wanita dan keluarga.

Di Arab Saudi, hampir mustahil untuk lelaki mendekati seorang wanita secara terbuka. Kehadiran teknologi-teknologi terkini, termasuk aplikasi telefon mudah alih, telah membuka ruang kepada halangan tersebut.

Dengan mengaktifkan aplikasi telefon pintar yang popular di negara itu, WhosHere, seorang lelaki muda yang duduk di bahagian lelaki di kafeteria yang sama boleh menghubungi gadis yang duduk di bahagian keluarga.

"Saya mengesan 16 orang gadis muncul di aplikasi ini dan saya boleh berhubung dengan sesiapa yang saya suka daripada mereka," kata Ahmed, yang seperti Jaber, enggan memberikan nama keluarga beliau.

Baling kertas

Sebelum ini, lelaki-lelaki di negara yang kaya dengan minyak itu akan membaling sekeping kertas yang tertulis nombor telefon mereka kepada gadis-gadis yang mereka sukai.

Menurut satu sumber industri, pihak berkuasa Saudi telah memberi amaran pada bulan Mac lalu bahawa ia akan mengharamkan aplikasi seperti Skype dan WhatsApp jika pembekal gagal untuk membenarkan pihak berkuasa menapis kandungan aplikasi berkenaan.

Aplikasi internet, Viber, misalnya telah disekat buat sementara waktu di Arab Saudi pada bulan Jun lalu, sementara BlackBerry hampir diharamkan pada tahun 2010. Pihak berkuasa mewajarkan tindakan itu dengan alasan kebimbangan terhadap keselamatan.

Walaupun telefon pintar telah menjadi sebahagian daripada gajet temu janji di negara itu, hubungan yang terjalin tidak dibawa sehingga ke alam perkahwinan, kata pengguna.

"Tiada seorang pun daripada rakan-rakan saya telah berkahwin dengan gadis yang ditemui melalui kaedah ini," kata Ahmed.

Qatar Alanood telah jatuh cinta dengan seorang rakan abangnya, tetapi tidak boleh mendedahkan isi hati beliau kerana takut dimalukan.

"Saya berkomunikasi dengan beliau di Skype. Ia adalah satu kisah cinta yang sia-sia," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


28 minit ke KLIA

Posted:

28 minit ke KLIA

28 minit ke KLIA

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

DUDUK di kokpit tren selama 28 minit tanpa henti kedengaran seperti satu tugas mudah yang digalas oleh pemandu tren berkelajuan tinggi, KLIA Ekspres.

Namun, gangguan kecil seperti keadaan perut yang memulas secara tiba-tiba sewaktu bertugas antara pengalaman lucu bagi seorang pemandu Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL), Denny Putra, 40.

"Hendak buat macam mana, tren tidak boleh dihentikan dan kami perlu bertahan sehingga sampai di destinasi.

"Tetapi, ia bukanlah suatu yang kerap berlaku kerana sebagai pemandu kami semua memang menjaga pemakanan dan tidak makan secara sembarangan sebelum memulakan tugas," ujarnya yang sudah berkhidmat selama 11 tahun bersama ERL.

Perkhidmatan KLIA Ekspres sudah banyak menjimatkan masa perjalanan penumpang yang ingin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor dari KL Sentral di Kuala Lumpur. Tempoh bagi perjalanan sejauh 57 kilometer itu hanya mengambil masa 28 minit berbanding lebih sejam jika menggunakan perkhidmatan bas atau teksi.

Harga tiket yang ditawarkan masih kekal seperti ia mula-mula beroperasi pada April 2002 iaitu RM35 bagi perjalanan sehala.


TREN milik ERL menyediakan perkhidmatan yang cekap dan ruang dalaman yang luas serta selesa.


Faktor keselamatan

Menurut Denny, pemandu mengawal halaju tren tersebut berpandukan sistem Perlindungan Keretapi Automatik (ATP).

ATP merujuk kepada satu daripada dua pelaksanaan sistem perlindungan yang dipasang di sesetengah tren. Sistem tersebut membantu mengelakkan pertembungan disebabkan kegagalan pemandu untuk melihat isyarat atau sekatan kelajuan.

Kelajuan maksimum tren berkelajuan tinggi milik ERL adalah 160 kilometer sejam (km/j) dan bergerak pada kelajuan 100 km/j di kawasan-kawasan koridor berkongsi.

Jelasnya, koridor berkongsi bermaksud stesen yang berkongsi perkhidmatan dengan KTM Komuter atau sistem Transit Aliran Ringan.

Difahamkan, jumlah pemandu ERL ialah seramai 60 orang, di mana 20 hingga 30 orang daripadanya akan bertugas secara bergilir-gilir setiap hari.

Selain daripada memastikan perjalanan penumpang menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres berjalan lancar, pemandu kereta api bertanggungjawab memastikan segala barangan penumpang dibawa bersama sewaktu meninggalkannya.

"Memang banyak kejadian penumpang tertinggal barang di dalam kereta api berlaku sungguhpun pengumuman peringatan telah dibuat berulang kali. Rakan setugas saya pernah menjumpai sebatang tongkat penumpang sewaktu melakukan pemeriksaan.

"Jika difikirkan kembali, kejadian itu adalah suatu yang melucukan kerana bagaimana penumpang berkenaan masuk ke dalam kereta api dengan bertongkat tetapi keluar tanpa menggunakannya," kata Denny tersenyum.

Antara barangan lain yang biasa ditinggalkan di gerabak tren milik ERL ialah beg tangan, dompet, gitar, kamera digital, telefon bimbit dan komputer riba.


PENUMPANG KLIA Ekspres dan KLIA Transit boleh membeli tiket perjalanan ke destinasi pilihan menggunakan kios tiket yang disediakan dengan menggunakan kad kredit atau debit sahaja.


Pengalaman penumpang

Dalam pada itu, seorang penumpang, Raja Muhammad Raja Omar, 32, mengakui dia selesa menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres sebagai laluan terpantas ke KLIA.

Beliau yang merupakan pekerja sektor awam di Sabah menggunakan perkhidmatan itu selang dua bulan sekali apabila ke Kuala Lumpur untuk melawat keluarganya.

"Naik KLIA Ekspres lebih menjimatkan masa terutamanya ketika sedang mengejar masa pelepasan penerbangan. Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerana ia amat selesa dan mudah," katanya ketika ditemui di KL Sentral pada cuti Syawal baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi penumpang, Adilah Ahmad, 35, pernah beberapa kali menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres ke KLIA.

Baginya, perkhidmatan yang diberikan amat efisien dan berbaloi dengan harga yang dibayar iaitu RM35.

"ERL berjaya mengekalkan keselesaan kepada penumpang dan perjalanan menepati masa seperti pada jadual yang dipaparkan.

"Pada mulanya, saya agak berkira untuk membayar tambang yang ditetapkan dan menaiki bas untuk ke lapangan terbang kerana ia lebih murah. Tetapi tempoh perjalanan menggunakan bas agak lama dan membuatkan saya beralih kepada perkhidmatan KLIA Ekspres," jelasnya.

Penginapan eksklusif di Fraser Place

Posted:

Penginapan eksklusif di Fraser Place

Penginapan eksklusif di Fraser Place

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

FRASER PLACE menawarkan 316 unit kediaman pelbagai variasi kepada pengunjung.


BAGI kebanyakan warga kota, mereka gemar bercuti di kawasan peranginan desa yang jauh daripada hiruk-pikuk hutan batu sambil menikmati pemandangan alam yang mendamaikan jiwa.

Namun, sesekali jika mahu bertukar angin, apa kata anda menikmati percutian serba mewah dengan gaya hidup metropolitan di Fraser Place Kuala Lumpur (Fraser Place).

Terletak di Jalan Perak, bangunan setinggi 30 tingkat itu tersergam megah dan menjadi salah satu aset kebanggaan Frasers Hospitality Pte. Ltd. (Frasers Hospitality).

Pengurus Besar Fraser Place, Shirley Lai berkata, terdapat 316 unit kediaman pelbagai variasi yang disediakan bagi pilihan pengunjung. Antaranya unit studio moden dan emper (penthouse) dengan dua hingga empat bilik.

Setiap unit kediaman mempunyai keistimewaan tersendiri dengan perabot di ruang tamu, bilik tidur dan dapur yang berbeza.

Ia juga turut dilengkapi peralatan elektrik bermutu tinggi untuk menjalani kehidupan harian seperti periuk nasi, mesin basuh, pengering rambut, televi- syen paparan hablur cecair (LCD), peti sejuk dan sistem hiburan yang komprehensif.

Selain itu, semua lokasi di Fraser Place disediakan perkhidmatan WiFi percuma.

"Unit-unit kediaman ini boleh disewa sama ada untuk semalam, sebulan, enam bulan atau lebih dari setahun. Ia sesuai sebagai destinasi percutian seisi keluarga.


KOLAM renang dengan panorama ibu kota memberikan pengalaman yang santai dan mendamaikan jiwa.


"Malah, kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada golongan ekspatriat yang menetap dalam satu tempoh masa yang lama," ujar Lai kepada Kosmo!.

Beliau memaklumkan, Frasers Hospitality terkenal sebagai salah satu pemain utama pasaran hartanah dengan memiliki 44 rangkaian hartanah di seluruh dunia.

"Apa yang pasti, keunggulan perkhidmatan dalam industri hospitaliti bertaraf antarabangsa di semua pusat penginapan kami membuatkan pelanggan yakin dengan syarikat ini," jelas Lai yang mengakui pihaknya sentiasa komited untuk menawarkan perkhidmatan dan keselesaan yang optimum kepada para pelanggan.

Tidak ketinggalan, pelbagai kemudahan lain disediakan untuk kemudahan pelanggan seperti sebuah gimnasium, bilik dobi, kolam renang, sauna dan bilik permainan video yang terletak di aras 18 bangunan tersebut.

Jika bosan berada di bilik, anda boleh berehat di ruang lobi yang dihias indah yang turut menempatkan beberapa unit komputer untuk kegunaan pengunjung.

Fraser Place juga menyediakan kemudahan bilik mesyuarat untuk mereka yang mahukan satu lokasi perbincangan dalam suasana dan eksklusif.

10 destinasi beli-belah terbaik Asia

Posted:

10 destinasi beli-belah terbaik Asia

10 destinasi beli-belah terbaik Asia


KAWASAN berhampiran gereja Around Quiapo di Manila menjadi tumpuan para pelancong dan penduduk tempatan untuk mencari herba dan ubat-ubatan tradisional.


SEBAHAGIAN besar negara-negara di Asia terkenal dengan pembangunan ekonomi yang pesat membangun. Kewujudan beberapa bangunan pencakar langit di benua terbesar di dunia ini ternyata merupakan satu kejayaan yang membuka mata negara-negara maju.

Pelbagai destinasi pelancongan ikonik dan eksotik di Asia menjadi salah satu tarikan pelancong untuk datang melihat keunikan negara-negara Asia.

Sekiranya anda bercadang untuk bercuti dan membeli-belah di rantau ini, berikut merupakan antara 10 bandar yang dianggap sebagai syurga membeli- belah kepada pelancong.

1) Bangkok, Thailand

Kedai-kedai, pusat beli-belah dan pasar terbuka merupakan antara kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di ibu negara Thailand itu. Pasar Minggu Chatuchak merupakan pasar terbuka terbesar di Bangkok. Keluasan pasar itu dianggarkan seluas 11 hektar dan dibahagi kepada 27 bahagian. Pasar tersebut merangkumi 15,000 gerai yang menjual barangan seperti ukiran kayu antik, hiasan bunga buatan tangan, seramik, pakaian, sutera dan pelbagai produk tempatan.

Bagi yang menggemari gaya beli-belah mewah, Central World merupakan destinasi yang wajib dikunjungi.

2) Kuala Lumpur, Malaysia

Ibu negara Malaysia ternyata menjadi tumpuan terutama pada penghujung tahun.

Jalan Petaling menjadi destinasi tumpuan pelancong yang gemarkan suasana beli-belah santai di kawasan terbuka. Pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori lelaki dan wanita serta makanan dijual di situ.

Deretan pusat membeli-belah di sepanjang Jalan Bukit Bintang pasti membuatkan pelancong rambang mata. Pavilion, Lot 10, Plaza Sungei Wang dan Berjaya Times Square di Jalan Imbi merupakan lokasi tumpuan bagi pelancong dalam dan luar negara.

3) Hong Kong

Teluk Causeway yang terletak di dae- rah timur Hong Kong merupakan antara tumpuan pelancong ke wilayah yang terkenal dengan industri perfile- man itu. Jalan Tsing Fung, Pasar Teluk Causeway dan Taman Victoria merupakan kawasan yang menempatkan pulu- han pusat beli-belah mewah.

Kowloon pula menjadi destinasi tumpuan pelancong yang berminat untuk membeli barangan di kawasan terbuka. Terdapat pelbagai barangan kaca yang berwarna- warni dijual dan menarik perhatian mereka yang melalui kawasan tersebut.


DERETAN hotel-hotel bajet dan mewah di Jalan Nanjing menjadi destinasi penginapan wajib bagi pelancong-pelancong yang membeli-belah di Shanghai, China.


4) Shanghai, China

Membeli-belah di Shanghai ternyata memerlukan bajet yang besar jika dibandingkan dengan Hong Kong. Kebanyakan pelancong ke Shanghai membeli barangan secara pukal untuk dijual di negara asal pelancong. Kawasan membeli- belah di bandar itu dibahagi- kan kepada Empat Jalan dan Empat Bandar (Four Streets and Four Cities). Jalan Nanjing merupakan pusat komersial terbaik di China yang menjadi kunjungan pelancong ke negara itu.

5) Seoul, Korea Selatan

Membeli-belah di Seoul menjanjikan dua pengalaman berbeza. Anda dapat membeli barangan yang cantik dan eksklusif tetapi dengan harga yang mahal. Gangnam merupakan kawasan popular untuk membeli-belah eksklusif kepada pelancong ke negara itu manakala Myeongdong menjadi tumpuan pelancong yang inginkan pakaian dan perhiasan diri berkualiti pada harga yang berpatutan.

6) Manila, Filipina

Manila menawarkan pelbagai barangan murah yang dihasilkan oleh penduduk tempatan. Kawasan berhampiran gereja Around Quiapo, terdapat puluhan gerai yang menjual ubat-ubatan dan barangan herba tradisional seperti batu ukiran yang dipercayai mempunyai kuasa ajaib.

7) Tokyo, Jepun

Bagi penggemar fesyen pelik dan terkini, Tokyo merupakan destinasi terbaik untuk anda. Walaupun pakaian yang ditawarkan lebih mahal tetapi keunikan fesyen di sana ternyata mencuri tumpuan pelancong. Shinjuku, Shibuya, Harajuku dan Ginza merupakan kawasan yang meriah di Tokyo untuk para pelancong membeli-belah.

8) Bangalore, India

Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk ketiga tertinggi di India ini terkenal dengan jualan pakaian, sutera dan permaidani. Garuda Mall merupakan pusat beli-belah yang terkenal di bandar itu dan menjadi salah satu destinasi wajib untuk dikunjungi bagi merasai pengalaman membeli-belah di India.

9) Singapura

Singapura mempunyai pelbagai desti- nasi yang meriah untuk membeli-belah. Orchard Road menjadi tumpuan pelancong untuk membeli pakaian fesyen terkini. Bagi yang gemarkan cara tradisional, Kampong Glam, Little India and Chinatown merupakan destinasi ideal. Barangan antik, perhiasan diri dan tekstil menjadi buah tangan wajib dibawa pulang apabila berkunjung ke tiga destinasi itu.

10) Guangzhou, China

Guangzhou terkenal dengan barangan seramik. Dianggarkan ratusan kedai menawarkan pelbagai produk seramik rekaan moden dan tradisional seperti pasu bunga dan patung di sekitar di bandar itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


SK Selayang Baru 1 naib juara boria PPDa

Posted:

SK Selayang Baru 1 naib juara boria PPDa

SK Selayang Baru 1 naib juara boria PPDa

GURU-GURU dan pelajar SK Selayang Baru 1 bergambar kenangan selepas muncul naib juara pertandingan boria PPDa di Kepong baru-baru ini.


CERIA. Guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Selayang Baru 1, Batu Caves, Gombak, Selangor gembira apabila muncul naib juara pada pertandingan boria sempena Karnival Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat daerah Gombak di SK Desa Aman Puri, Kepong, Selangor baru-baru ini.

Ketua PPDa sekolah berkenaan, Siti Noor Farhana Zaipul Bahari berkata, dengan kemenangan itu, mereka menerima hadiah berupa piala dan sijil.

Jelasnya, seramai 15 murid lelaki tahun 5 dan 6 sekolah itu dilatih dengan nyanyian dan tarian boria sejak tahun lalu bagi memberi persembahan terbaik pada karnival yang bertemakan 1Malaysia Membanteras Dadah.

Selain boria, turut diadakan pertandingan mendeklamasikan sajak dan melukis poster bertemakan pencegahan dadah.

Pertandingan itu dimenangi oleh SK Taman Seri Gombak.

1,000 hadir rumah terbuka Balai Polis Seberang Jaya

Posted:

1,000 hadir rumah terbuka Balai Polis Seberang Jaya

1,000 hadir rumah terbuka Balai Polis Seberang Jaya


MOHAMAD ILIAS (kanan) beramah mesra dengan penduduk yang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Seberang Jaya baru-baru ini.


MERIAH. Hujan lebat tidak menghalang kehadiran hampir 1,000 tetamu termasuk masyarakat dan pemimpin setempat memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Majlis yang bermula pukul 7 malam itu dimeriahkan dengan persembahan nasyid anak-anak polis sambil tetamu menjamu selera pelbagai juadah seperti ketupat, rendang, lemang, sate dan kuih- muih.

Pegawai Penjaga Balai Seberang Jaya, Inspektor Mohamad Ilias Jamaludin berkata, majlis itu turut dijayakan dengan kerjasama Rukun Tetangga Seberang Jaya, persatuan penduduk dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Rumah terbuka Bank Islam rai rakan korporat, anak yatim

Posted:

Rumah terbuka Bank Islam rai rakan korporat, anak yatim

Rumah terbuka Bank Islam rai rakan korporat, anak yatim


JAMILAH (lima dari kanan) melayan tetamu yang hadir ke rumah terbuka Bank Islam di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh baru-baru ini.


RAI RAYA. Seramai 700 tetamu memeriahkan majlis rumah terbuka Bank Islam peringkat wilayah Utara di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Pengurus Besar Sumber Manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam berkata, majlis tersebut bertujuan mengeratkan lagi hubungan bersama pelanggan dan rakan korporat bank tersebut.

Beliau berkata pengurusan Bank Islam turut menyampaikan sumbangan zakat kepada 30 anak yatim dari Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam, Simpang Pulai.

Para tetamu disajikan dengan pelbagai juadah menyelerakan seperti nasi tomato, daging kambing bakar, lemang, rendang Tok, nasi impit, udang goreng mentega, sate, laksa dan mi sup.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Khairol Zaman resah menanti hukuman PSMhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm PEMAIN apit kanan negara, Mohd. Khairol Zaman Hamir Akhbar kini ibarat hidup gantung tidak bertali.KHAIROL ZAMAN (kiri) memasuki bilik sebelum memberi keterangan kepada panel Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib PSM di Kompleks Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur semalam.http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0904/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Tiga FA negeri ada masa semingguhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm PERSATUAN Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) merupakan tiga daripada ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang masih belum secara rasmi mewujudkan Jawatankuasa Integriti di peringkat negeri.Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI<br>fazli.yadi@kosmo.com.myHAMIDIN menjawab pertanyaan pemberita pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0904/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Lions XII dilabel 'anak emas' FAMhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm JUARA Liga Super, Lions XII sekali lagi menerima 'layanan istimewa' daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE<br>hidayat.azmie@kosmo.com.myAKSI antara Sarawak dan Lions XII dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 24 Ogos lalu. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0904/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm PSM 'terikat' peraturan sendirihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm BIARPUN keputusan untuk menghukum tiga pemain negara, Mohd. Khairol Zaman Hamir Akhbar, Mohd. Syafiq Abdul Rahman dan Muhd. Zulkifli Abd. Razak sudah ada tetapi Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) enggan mendedahkannya lagi.Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI<br>ikhsan.azmi@kosmo.com.myAKRAMUDIN (kanan) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib PSM di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Keramat semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0904/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Kerap berdepan gergasi duniahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm SKUAD hoki negara harus kerap mengatur aksi persahabatan dengan gergasi-gergasi dunia jika mahu mengelak daripada menjadi pasukan belasahan pada kempen Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH<br>shahril.abdullah@kosmo.com.mySKUAD negara harus memperkemas setiap kelemahan yang ada sebelum menghadapi kempen Piala Dunia 2014 di Belanda. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0904/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm 'Jangan jadi budak baik'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm BERBAKI dua pusingan lagi sebelum Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS 2013 melabuhkan tirai, jurulatih Piala Impian Asia (ADC), Shinya Nakano mahu pelumba muda negara, Mohd. Fitri Ashraf Razali tampil lebih agresif.FITRI (kanan) dianggap antara pelumba paling konsisten dalam saingan ADC tahun ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0904/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm Wenger kotakan janjihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengotakan janjinya untuk menandatangani seorang pemain berkelas dunia apabila melengkapkan pemain tengah kreatif Real Madrid, Mesut Ozil ke Stadium Emirates semalam.OZIL menandatangani kontrak selama empat tahun dengan Arsenal semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0904/Kosmo//su_07.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm Rodgers tetap puas hatihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm LONDON - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengakui, gembira dengan pembelian pemain baharu yang dilakukan kelab itu meskipun gagal mendapatkan khidmat Shay Given pada saat-saat akhir semalam.SAKHO (kiri) dan Ilori (kanan) melengkapkan perpindahan ke Liverpool semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0904/Kosmo//su_08.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm Ricciardo tepati ramalan awalhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm LONDON - Pemandu Australia, Daniel Ricciardo akan menggantikan tempat rakan senegara, Mark Webber di Red Bull Racing pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) tahun depan.RICCIARDO (kiri) disahkan sebagai pengganti Webber di Red Bull Racing pada perlumbaan F1 tahun depan. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0904/Kosmo//su_09.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm Nadal bernasib baikhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_10.htm NEW YORK - Pemain No. 2 dunia, Rafael Nadal berjaya mengelak daripada menerima nasib yang sama dengan Roger Federer untuk mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2013 kelmarin.NADAL mara ke suku akhir selepas menewaskan Kohlschreiber 6-7 (4/7), 6-4, 6-3, 6-1 pada aksi pusingan keempat kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0904/Kosmo//su_10.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_10.htm
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Konsert tarian kumpul dana

Posted:

Konsert tarian kumpul dana

Konsert tarian kumpul dana

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

AISHY dan Apshy ketika membuat persembahan di studio tarian tempat dia belajar.


PERSONALITI kedua-dua adik-beradik ini amat berlainan. Kakaknya lebih ringan mulut berbanding adiknya yang pemalu dan kurang bercakap.

Malah, anak sulung daripada dua orang adik-beradik, V. Apshyarah, 17, tampak lebih muda berbanding adiknya, Aishwariyah, 16.

Sungguhpun berbeza, mereka berdua berkongsi minat yang sama iaitu tarian, satu seni yang diterokai sejak 11 tahun lalu. Adik-beradik ini menguasai tarian balet, tap, kontemporari, moden dan lirik yang menggabungkan teknik-teknik balet, jazz dan kontemporari.

Walaupun demikian, Aishwariyah atau lebih mesra dipanggil Aishy menggemari tarian balet, manakala kakaknya, Apshy pula sukakan tarian tap.

Bakat mereka telah diasah oleh pengasas Dancesteps Studio, Shirena Hamzah dan Clara Lim yang pernah memenangi anugerah tarian tap di Festival Tarian Antarabangsa Hawaii 2002.

Mereka mengakui bahawa mungkin juga bakat menari diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa, V. Dhya, 49 dan V. Geetha, 42, juga banyak terlibat dalam acara tarian ketika muda dahulu.

Sungguhpun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kesakitan, namun ia tidak memutuskan semangat mereka untuk terus mendalami seni tari. Tidak terhad persembahan di pentas, bakat kedua-dua gadis remaja ini akan dimanfaat untuk satu tujuan murni.

Pada 27 September ini, mereka akan mengadakan sebuah konsert tarian amal, Dance Effect Concert 2013, bertempat di The Black Box MAPS @ Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Dance Effect Concert 2013 bertujuan mengumpul dana untuk didermakan kepada empat buah badan sukarelawan iaitu Girl Effect, Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia, Fugee School dan IQ70 plus.

AISHY mengakui sentiasa meminati tarian dan terus bersama walaupun telah meningkat usia nanti.


Mereka akan mempersembahkan 12 buah karya koreografi berbeza merangkumi semua tarian yang dikuasai dalam tempoh satu jam setengah. Di samping itu, penari terkenal, Ramli Ibrahim turut membuat persembahan pada hari yang sama.

Idea Dance Effect Concert 2013 sebenarnya merupakan ilham kedua-dua remaja itu. Segala-galanya bermula pada tahun 2011 ketika mereka sedang melakukan kajian untuk projek bagi subjek Geografi sekolah.

"Saya sedang melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Dalam pencarian, kami menjumpai sebuah pergerakan yang dikenali sebagai Girl Effect dan telah menonton sebuah video yang memaparkan keperitan seorang kanak-kanak perempuan," cerita Aishy.

Potensi remaja

Menurutnya, Girl Effect merupakan sebuah pergerakan mencari potensi remaja-remaja perempuan yang bertujuan mengakhiri kitaran kemiskinan mereka.

"Ia berkenaan untuk menonjolkan bakat mereka dan mengubah dinamik ekonomi dan sosial dengan menyediakan gadis-gadis ini sumber yang spesifik, berkuasa dan relevan.

"Pergerakan ini telah diwujudkan oleh Yayasan Nike dengan kerjasama Yayasan NoVo, Yayasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Coalition for Adolescent Girls," jelasnya.

Terkesan tatkala melihat video tersebut, Apshy serta Aishy mengadakan sebuah projek dipanggil FlashMob Girl Effect Malaysia di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur pada bulan April tahun yang sama. Projek yang bertujuan meningkat kesedaran orang ramai mengenai badan tersebut dan berjaya menarik ramai peserta, malah orang ramai yang lalu-lalang turut menyertai mereka.

Atas sambutan menggalakkan, Apshy dan Aishy turut mengadakan projek Flash Mob yang sama di pusat beli-belah 1Utama dan Bangsar Village pada tahun yang sama.

KEDUA-DUANYA akan melakukan sebuah konsert tarian secara besar-besaran pada akhir bulan September ini.


Selepas berehat selama setahun atas tuntutan pelajaran, Aishy dan Apshy mendapat ilham untuk mengadakan persembahan untuk kebajikan pada skala besar, Dance Effect Concert 2013 yang diadakan bersama badan bukan kerajaan, Friends To Mankind.

Apshy dan Aishy kini berlatih antara dua hingga tiga jam sehari untuk memastikan kesemuanya berada dalam keadaan rapi dan jitu selain meletakkan sasaran untuk mengutip derma sebanyak RM100,000.

Sementara itu, ibu mereka tersenyum apabila ditanya mengenai cara dia membesarkan anak sehingga kedua-duanya boleh berfikir untuk membuat kerja-kerja amal pada usia yang muda.

"Saya membesarkan anak-anak sama seperti ibu bapa lain, kami sokong setiap minat mereka seperti menari. Apabila mereka mahu mengadakan konsert ini, saya kerap mengingatkan mengenai komitmen yang mesti diberi sepenuhnya.

"Saya fikir, remaja ketika membesar harus menjelajahi dan mengetahui semua perkara dalam kehidupan ini supaya menjadikan mereka lebih terbuka," kata Geetha.

Konsert tersebut akan turut diserikan dengan kehadiran pelakon kelahiran Kanada yang terlibat aktif dalam bidang sukarelawan, Serinda Swan.

Kini, Apshy sedang menuntut di Kolej Taylor dalam bidang Seni Liberal, manakala adiknya akan melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah di kolej yang sama.

Projek CAREton bantu Orang Asli

Posted:

Projek CAREton bantu Orang Asli

Projek CAREton bantu Orang Asli


GAINE (dua dari kanan) melancarkan Projek CAREton di ibu negara baru-baru ini.


BERMULA 1 Ogos lalu sehingga 30 November ini, orang ramai boleh menderma pelbagai jenis kotak minuman di pusat pengumpulan kitar semula di Yayasan Buddha Taiwan Malaysia, pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur dan pasar raya AEON terpilih bagi menjayakan Projek CAREton anjuran Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle Malaysia) dengan kerjasama Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tetra Pak).

Pengarah Urusan Tetra Pak, Gaine Clarke berkata, Projek CAREton bertujuan mengumpul sebanyak 1.65 juta kotak minuman untuk dikitar semula bagi membantu lima keluarga Orang Asli di negara ini.

Keluarga-keluarga terlibat akan dipilih penganjur menjelang akhir program amal itu nanti.

"Kotak-kotak yang dikitar semula itu kemudian akan diserahkan kepada badan bukan kerajaan, Epic Homes yang akan menjalankan kerja-kerja pembaikan lima rumah Orang Asli itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek CAREton di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Clarke, melalui projek seperti ini, pihaknya mahu meningkatkan kadar kitar semula kotak minuman di Malaysia.

"Sebagai sebuah syarikat pemprosesan makanan dan penyelesaian pembungkusan terkemuka di dunia, kami komited untuk mempromosikan budaya kitar semula dalam kalangan masyarakat di negara ini.

"Ini diharapkan dapat memulihara alam sekitar demi kepentingan generasi akan datang," katanya.

Pada tahun lalu, projek yang sama itu telah berjaya mengumpul 300,000 kotak minuman terpakai. Hasil kutipan tersebut dikitar semula sebagai 10,000 buah buku latihan dan 100 unit perabot untuk kegunaan murid-murid di sekolah.

Menyentuh mengenai pembuatan bumbung dengan menggunakan kotak minuman terpakai, Clarke memaklumkan penggunaan kotak minuman untuk dijadikan bumbung dilihat lebih tahan berbanding zink.

"Lagipun, kotak minuman terutama keluaran Tetra Pak mempunyai tujuh lapisan yang diperbuat daripada bahan fiber, polietilena dan kepingan aluminium dengan daya tahan yang tinggi.

"Selepas kotak-kotak ini dikitar semula, pelbagai barang dapat dihasilkan selain bumbung rumah," jelas beliau sambil memaklumkan pihaknya akan mengasingkan bahan-bahan berasaskan polietilena dan aluminium dalam setiap lapisan kotak terlebih dulu sebelum proses kitar semula.

Keterangan lanjut mengenai projek boleh didapati di laman web Tetra Pak di www.tetrapak.com. – SUHANA VERU

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Harga RON97 naik 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam ini

Posted:

Harga RON97 naik 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam ini

Harga RON97 naik 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam ini

04/09/2013 10:19pm

KUALA LUMPUR - Harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman mengesahkan kenaikan harga itu dalam temu bual dengan Bernama hari ini.

Beliau berkata, harga RON97 perlu diselaraskan berikutan kenaikan harga minyak dunia, selain ringgit yang susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (US).

RON97 tidak disubsidi oleh kerajaan dan harga ditentukan oleh apungan terurus berdasarkan kuasa pasaran.

Harga minyak dunia meningkat dengan minyak mentah Brent meningkat kepada AS$115.56 setong berikutan kebimbangan terhadap ancaman oleh Amerika Syarikat untuk menyerang Syria yang akan menjejaskan bekalan minyak Timur Tengah. - Bernama

Yang di-Pertuan Agong mula lawatan negara ke Vietnam esok

Posted:

Yang di-Pertuan Agong mula lawatan negara ke Vietnam esok

Yang di-Pertuan Agong mula lawatan negara ke Vietnam esok

04/09/2013 9:37pm

HANOI - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah akan melakukan lawatan negara empat hari ke Vietnam mulai esok.

Ini merupakan kali pertama Seri Paduka melawat negara itu selepas ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua pada 11 April tahun lepas.

Seri Paduka sebelum ini pernah melakukan lawatan negara ke Indonesia, Brunei dan bakal menamatkan lawatan ke Thailand hari ini.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah dijadual tiba di Terminal Khas Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai pada 11 pagi esok (tengah hari waktu Malaysia) menaiki pesawat khas dari Thailand.

Turut berangkat Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Puteri Intan Syafinaz dan beberapa kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua berserta delegasi Malaysia akan disambut Pengerusi Pejabat Presiden Vietnam, Dao Viet Trung (he), Duta Vietnam ke Malaysia, Nguyen Hong Thao, Timbalan Menteri Luar Vietnam, Nguyen Phuong Nga dan beberapa kenamaan negara berkenaan.

Lawatan Seri Paduka antara lain bertujuan memperkukuh hubungan persahabatan serta kerjasama sedia ada antara Malaysia dan Vietnam.

Sempena lawatan itu, Yang di-Pertuan Agong akan menghadiri beberapa majlis keramaian dan menerima menghadap Presiden Vietnam, Truong Tan Sang.

Selain itu, Seri Paduka juga dijadual berangkat ke majlis makan malam bersama kira-kira 200 rakyat Malaysia di sini. - Bernama

Bekas ketua kongsi gelap kini dalam politik, dedah Zaman Khan

Posted:

Bekas ketua kongsi gelap kini dalam politik, dedah Zaman Khan

Bekas ketua kongsi gelap kini dalam politik, dedah Zaman Khan

04/09/2013 9:33pm

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Katanya, beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Katanya, bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Beliau yang ditemui Bernama di sini, bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin itu tetapi berkata individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.

Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya sedia menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Resolusi serang Syria mungkin diluluskan

Posted:

Resolusi serang Syria mungkin diluluskan

Resolusi serang Syria mungkin diluluskan

SENATOR Robert Menendez membincangkan mengenai krisis di Syria ketika ditemu ramah di Capitol Hill di Washington, Amerika Syarikat semalam.


WASHINGTON - Resolusi untuk membenarkan penggunaan tindakan ketenteraan ke atas Syria dikatakan mungkin dipersetujui oleh Senat Amerika Syarikat (AS) dengan beberapa peru- bahan khusus.

"Saya percaya kami akan mencapai persetujuan tetapi resolusi ini perlu diubah suai berbanding apa yang diusulkan oleh pentadbiran Presiden Barack Obama," kata Pengerusi Jawatankuasa Senator Demokratik, Senator Robert Menendez.

Menendez berkata demikian apabila ditanya adakah Senat akan menerima 60 undi yang diperlukan untuk meluluskan resolusi berkenaan.

Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel dikatakan akan membuat pembentangan mengenai tindakan ketenteraan di hadapan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat AS.

Langkah itu hadir selepas Obama pada Sabtu lalu menyatakan beliau akan meminta persetujuan Senat untuk menyerang Syria.

Washington menyatakan, serangan itu adalah sebagai maklum balas ke atas kera- jaan Syria pimpinan Presiden Bashar Al-Assad yang didakwa menggunakan gas sarin dan membunuh lebih 1,400 orang mangsa, kebanyakannya kanak-kanak di Damsyik pada 21 Ogos lalu.

Ketika ditemu ramah oleh agensi berita CBS News, Menendez memberitahu, Kerry dan Hagel perlu mengusulkan kes yang kukuh untuk mengambil langkah ketenteraan, di samping perincian mengenai kempen tersebut terutama hasil akhirnya.

Jawatankuasa itu juga akan mengadakan satu sesi tertutup pada hari ini untuk membincangkan maklumat perisikan mengenai Syria.

Perdebatan di Senat mengenai reolusi itu akan diadakan pada minggu depan. - Reuters

Niki jadi kucing selebriti di Rusia

Posted:

Niki jadi kucing selebriti di Rusia

Niki jadi kucing selebriti di Rusia


NIKI duduk bergaya di atas kerusi dengan memakai baju dan topi.


MOSCOW - Seekor kucing menjadi terkenal selepas tuannya memuat naik gambar posisi duduk dan gaya seperti manusia di laman web, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Kini, kucing yang diberi nama Niki itu menjadi kucing paling popular di Rusia apabila gambarnya dicetak di baju dan muncul dalam beberapa program televisyen di sini.

Pemiliknya, Virta mula memuat naik gambar Niki apabila mendapati haiwan kesayangannya itu boleh duduk dan berdiri dengan kedua belah kakinya seperti manusia ketika ia berusia dua tahun.

"Niki boleh duduk sejak dia dilahirkan. Pada mulanya, ia jarang berlaku, kemudian Niki mula duduk seperti manusia pada setiap hari.

"Niki suka duduk di mana-mana sahaja, di atas lantai, bilik air, meja, kabinet dan sofa," jelasnya.

Populariti Niki yang semakin meningkat di Rusia membolehkannya menjana sumbangan untuk mangsa serangan bom maraton di Boston, Amerika Syarikat pada April lalu.

Virta memuat naik gambar-gambar Niki di laman sosial Twitter @FamousNiki untuk memuaskan hati peminat kucingnya.

Tahun lalu, seekor kucing bernama Tadar Sauce telah menjadi kucing selebriti di internet selepas mencatat jumlah 'Like' sebanyak 1.2 juta di laman sosial Facebook. - Agensi

Peniru Lady Gaga sanggup berbelanja besar

Posted:

Peniru Lady Gaga sanggup berbelanja besar

Peniru Lady Gaga sanggup berbelanja besar


TREGO kini mempunyai lebih 40 kostume unik yang direkannya sendiri hasil cetusan idea daripada Lady Gaga.


CARDIFF - Seorang peminat fanatik penyanyi terkenal, Lady Gaga mendakwa telah membelanjakan £60,000 (RM305,113) semata-mata untuk meniru gaya idolanya itu, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Donna Marie Trego, 37, memulakan kerjaya sebagai peniru Gaga sejak 2010 dan telah membelanjakan ribuan pound untuk membeli kostum, rambut palsu serta sebuah kumpulan penari.

Kini Trego mempunyai lebih 40 kostum yang diinspirasikan oleh penyanyi lagu Poker Face itu.

Trego turut membuat persembahan di seluruh dunia, malah Gaga juga dikata- kan pernah keliru dengan persamaan mereka.

"Saya tidak sedar masa dan usaha yang perlu saya korbankan untuk memastikan ia berjaya. Saya sepatutnya menggunakan wang untuk membeli rumah yang cantik tetapi saya menggunakan semua wang untuk kerjaya ini," katanya.

"Kerjaya ini bukan seperti menjadi seorang peniru Elvis. Ia berbeza kerana Gaga selalu berubah. Saya hanya seorang yang menyerupai Gaga. Saya hanya peniru," jelas- nya.

Trego sebelum ini pernah membuat persembahan di Jerman, Bahrain, Gran Canaria dan telah memenangi beberapa anugerah termasuk Goscar. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved