Selasa, 13 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Semangat beraya tidak pernah luntur

Posted:

Semangat beraya tidak pernah luntur

Semangat beraya tidak pernah luntur

JAUH beribu batu nautika di tengah laut meraikan suasana hari raya tanpa keluarga tercinta sudah cukup membuatkan hati sang perantau terusik.

Apatah lagi, jika ia merupakan pengalaman kali pertama atas tuntutan kerjaya. Namun, sambutan Aidilfitri menjadi ceria dengan kehadiran kru kapal lain yang sama-sama berusaha menjadikan suasana lebaran meriah.

Seorang jurutera elektrik syarikat pembekal utama luar pesisir pantai dalam industri minyak dan gas, Mohd. Fithri Kamalludin, 29, berkongsi pengalamannya berjauhan dengan keluarga dan sanak saudara pada pagi Aidilfitri buat julung-julung kalinya kerana bertugas.

Pada petang Syawal dua tahun lalu, Mohd. Fithri berada di laluan perdagangan antarabangsa berhampiran Johor Bahru, Johor menuju ke Vietnam.

"Pada mulanya saya berasa sayu selepas diberitahu oleh syarikat yang saya akan bekerja di atas kapal pada hari lebaran.

"Bagaimanapun, perasaan itu berubah kerana berpeluang merasai pengalaman menyambut Aidilfitri di tengah laut bersama teman sekerja," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Menurut anak kelahiran Klang, Selangor itu, selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, kesemua kru akan berkumpul dan menjamu selera menikmati juadah seperti nasi himpit, rendang dan kuih raya.

Rindu kuah lodeh

Walaupun masih berkesempatan menyambut hari raya secara ala kadar, Mohd. Fithri tetap rasa terkilan kerana tidak dapat menikmati hidangan lodeh hasil air tangan ibu tercinta.

Pada sambutan raya sebelumnya, dia berpeluang bersarapan bersama keluarga, menunaikan solat sunat Aidilfitri, bertandang ke rumah sanak saudara dan berjumpa kawan-kawan lama. Itu antara perkara yang paling dirinduinya ketika menyambut 1 Syawal tanpa keluarga.

Ibunya, Ruhayah Mahmod, 64, memberitahu, kehadiran Mohd. Fithri yang lengkap berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok segak pasti terbayang di mata saat anaknya tidak dapat beraya bersama buat kali kedua tahun ini.

"Ketiadaannya membuatkan kami rasa kehilangan dan menjadi sayu kerana mengenangkan dia yang berada jauh di tengah laut. Hati memang merintih pedih tetapi hanya doa dapat saya panjatkan untuknya.

"Saya akan melihat album raya tahun-tahun sebelum ini bagi mengubat kerinduan di hati," ujarnya yang juga seorang penulis novel yang dikenali dengan nama Puteri Andalas.


MOHD. FITHRI (dua dari kanan) bergambar bersama kru kapal pada sambutan Syawal dua tahun lalu.


Perkara yang paling dirindui mengenai anak bongsunya itu ialah ciuman pada tangan dan pipinya.

Keramahan Mohd. Fithri menyambut tetamu membuatkan sanak saudara menyedari ketiadaannya pada lebaran. Hati si ibu dicuit rasa hiba tatkala ada saudara yang bertanyakan tentang anaknya.

"Sebagai anak lelaki tunggal dan bongsu, dia disayangi oleh adik-beradik dan anak-anak saudaranya. Dia juga seorang yang pemurah kerana sering membelikan pelbagai hadiah untuk kami sekeluarga," jelasnya.

Tujuh kali beraya di laut

Dalam pada itu, eksekutif perkhidmatan marin sebuah syarikat swasta, Syed Muhammad Thareiq Syed Husin, 29, yang berasal dari Skudai, Johor Bahru, Johor turut menceritakan pengalamannya menjalani ibadah puasa dan raya kali pertama di atas kapal iaitu sekitar sedekad lalu.

Pada ketika itu, dia merupakan pelajar Akademi Laut Malaysia yang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat perkapalan terkemuka yang berpangkalan di Malaysia.

Katanya, dia sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga dan menyambut Syawal bersama petugas luar negara yang rata-ratanya tidak dikenali. Suasana bulan Ramadan di kapal meriah kerana kru kapal tidak melepaskan peluang berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih secara berjemaah.

Sepanjang lapan tahun bekerja dalam bidang perkapalan dan cari gali, Syed Thareiq cuma berpeluang beraya di daratan bersama keluarga sebanyak sekali. Tambahnya, dia pernah belayar ke Belanda, Jepun dan Amerika Syarikat ketika umat Islam lain sedang meraikan Syawal.

"Semasa kapal berlabuh di Jepun, saya dan kawan-kawan sempat membeli gitar elektrik untuk jamming di bilik (atas kapal) selepas selesai menjamah juadah hari raya. Ia sedikit sebanyak mengurangkan kerinduan terhadap keluarga dan suasana hari raya.

"Selepas selesai solat sunat Aidilfitri dan bersalaman dengan kawan-kawan, kami menikmati hidangan raya seperti sate, ketupat dan capati. Kemudian, kami mengadakan sukaneka dan barbeku pada sebelah malam," ujarnya ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini.

Bagaimanapun, segelintir kru akan menyambung tugasan mereka seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan biarpun semangat berhari raya belum luntur.


SYED THAREIQ (tiga dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama rakan sekerja yang lengkap berbaju Melayu pada Hari Raya Aidilfitri.


Mengimbau kembali kenangan sewaktu ingin menghubungi keluarga pada Syawal tahun 2008, Syed Thareiq terpaksa membeli kad tambah nilai yang berharga AS$20 (RM64) untuk menggunakan telefon satelit. Nilai tersebut membolehkannya berhubungan dengan insan tersayang selama lebih kurang setengah jam.

Difahamkan, sesetengah kapal sudah menyediakan teknologi terkini iaitu wi-fi yang membolehkan petugasnya menggunakan laman sosial seperti Skype dan Facetime untuk berinteraksi dengan keluarga masing-masing walaupun berada jauh di lautan.

Telefon satelit

Sementara itu, Penyelia Pengeluaran Petronas Cari Gali, Mustapah Mase, 40, berkata, kemudahan panggilan telefon daripada Telekom Malaysia ada disediakan di pelantar minyak ERB West (Enlisted Retention Board) di Kota Kinabalu, Sabah.

Setiap pekerja diberi peluang menghubungi keluarga secara bergilir-gilir. Kos untuk membuat panggilan luar dikenakan caj RM5 seminit.

"Di pelantar ERB West, kemudahan telefon satelit disediakan oleh syarikat telekomunikasi Celcom dan digunakan pada masa kecemasan sahaja iaitu sewaktu talian Telekom terputus.

"Pihak syarikat menyediakan akses kepada internet melalui satelit. Kebiasaannya, pekerja dan keluarga masing-masing akan saling mengirim gambar raya bagi mengubati kerinduan mereka," jelasnya yang pernah beraya sebanyak empat kali di pelantar minyak.

Keunikan roti Jerman

Posted:

Keunikan roti Jerman

Keunikan roti Jerman


BERLIN menjadi saksi kepada banyak sejarah penting Jerman.


"RASANYA sama seperti roti yang dibuat di rumah," kata pakar roti Jerman, Karl-Dietmar Plentz. Dia kemudian mencelup tangannya ke dalam sebuah dulang berisi tepung dan mencanainya menjadi 26 buku roti sebelum membakarnya di dalam ketuhar di premis perniagaan keluarganya yang berusia 136 tahun di Schwante, Jerman.

Di sebelahnya, seorang pekerja cekap menguli dua doh menggunakan kedua-dua belah tangan menjadi bentuk serupa yang kemudian dipotong menggunakan sebuah mesin.

Doh-doh itu merupakan roti kentang yang menjadi kepakaran Pletz. Lelaki itu membuat roti dengan kaedah yang diperturunkan oleh datuknya.

Pembuat-pembuat roti di Jerman mendesak supaya tradisi membuat roti mereka diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai warisan budaya dunia.

Antara kesenian yang termasuk dalam senarai itu ialah tarian tango dari Argentina, sulaman karpet (barat daya Iran) dan hidangan empat sajian (Perancis).

"Pesona Jerman yang cukup kaya dengan bermacam-macam jenis roti sepatutnya diambil kira sebagai aset budaya global," kata Plentz, 46.

Merupakan generasi keempat pembuat roti yang berasal dari timur laut Jerman, Plentz berpendapat sifat individual setiap pembuat roti sangat penting dan unik.

Untuk menjaga tradisi itu bukan mudah kerana banyak pasar raya dan stesen minyak berebut-rebut menjual roti, kek dan pastri yang dibuat dengan kaedah yang lebih moden.

Malah perubahan gaya hidup yang menyaksikan manusia sentiasa bergerak turut memberi kesan kepada abendbrot iaitu tradisi makan roti bersama daging sejuk pada lewat malam.

Menurut Persekutuan Perdagangan Perusahaan Bakeri Jerman, lebih kurang 500 kedai bakeri ditutup sepanjang tahun lalu.


STEFFEN HAENSCH mengangkat roti kentang dari ketuhar.


Produk kebanggaan

Presidennya, Peter Backer berkata, kepelbagaian roti menjadi asas untuk membida perhatian UNESCO supaya mengiktiraf produk roti kebanggaan mereka.

"Di Perancis terdapat roti baguette, manakala ciabatta dari Itali. Saya fikir hanya Jerman yang mempunyai variasi roti mil penuh dan roti gandum terbaik," katanya.

Jerman akan menjadi negara ke-153 mengadakan Persidangan Kepentingan Warisan Budaya Tidak Terperi UNESCO 2003 pada minggu ini dengan membabitkan 16 buah rantau yang sedang mengumpul kertas kerja untuk dimasukkan dalam inventori kebangsaan Jerman.

Ia merupakan syarat wajib untuk dimasukkan ke dalam senarai UNESCO.

Kata wakil Suruhanjaya Jerman untuk UNESCO, Benjamin Hanke, sejarah permulaan Jerman menyertai persidangan itu agak kabur berikutan peningkatan kebimbangan terhadap kemasukan tradisi yang diputarbelitkan oleh pihak Nazi atau rejim pentadbiran Jerman Timur.

Persekutuan pembuat roti Jerman telah mengadakan gala Hari Roti buat kali pertama bulan lalu dengan melantik dua Brotschafter, iaitu gabungan perkataan duta dan roti serta pengenalan Daftar Roti.

Jatuh cinta

Setakat ini, kira-kira 3,000 jenis roti telah disenaraikan.

Roti Jerman menerima sokongan individu istimewa baru-baru ini, Tammy, iaitu isteri duta Amerika Syarikat (AS) ke Berlin, Philip Murphy.

Tammy memberitahu pemberita bahawa beliau telah mengesyorkan makanan itu kepada wanita pertama AS, Michelle Obama pada sesi lawatannya ke Jerman.

"Ia lebih baik daripada segala-galanya," katanya penuh teruja.

"Kepelbagaian pilihan roti di Jerman sebahagian besar disebabkan oleh iklim negara itu. Ia membolehkan semua jenis tanaman hidup subur," kata Backer.

Namun, sejarah dan geografi juga memainkan peranan, tambahnya.

Ujarnya, roti juga menjadi satu cara untuk komuniti kecil yang bertaburan merentasi Jerman membentuk identiti masing-masing.

"Jerman terletak di sepanjang perjalanan ke laut, banyak bangsa datang ke sini. Sebagai contoh, Napoleon dari Perancis telah berhenti sebentar di Hamburg dan kami mempunyai Franzbroetchen (roti kecil Perancis) yang pastinya berasal dari zaman pemerintahan Napoleon dahulu.

"Saya percaya semua bangsa meninggalkan kesan mereka di sini," kata Backer.


JERMAN mempunyai pelbagai jenis roti yang berbeza mengikut wilayah.


Menarik perantis baharu

Peniaga roti kini mengunakan media sosial bagi menarik bakat-bakat muda selepas bilangan perantis menurun hampir 30 peratus sejak tahun 2007.

"Kami mendapatkan perantis yang diingini melalui Facebook," kata Plentz mengenai pelatih berbangsa Sepanyolnya, Guellem Xanxo, 24, yang mula belajar awal bulan ini untuk tempoh dua tahun.

Plentz, yang mempunyai seorang anak lelaki dan empat perempuan, tidak tahu siapa antara anaknya yang akan mewarisi perniagaan yang diceburinya sejak zaman persekolahan itu.

Perniagaan tersebut menggaji kira-kira 100 pekerja di lima buah cawangan di wilayah Oranienburg, 35 kilometer dari Berlin.

Plentz pernah menjadi budak suruhan semasa mula-mula masuk ke alam perniagaan itu, iaitu selepas berhenti sekolah ketika rejim Jerman Timur berkuasa.

Cita-citanya untuk menyambung pelajaran terbantut akibat kepercayaan Kristiannya di samping kegagalan menyertai kumpulan-kumpulan remaja komunis.

Walaupun begitu, dia langsung tidak menyesal. Dia sebaliknya bangga terhadap kerjanya, malah menghias kedai bakerinya dengan peralatan-peralatan lama.

Bagi lelaki ini, pengiktirafan UNESCO akan menjadi pengesahan mutlak dan satu pengiktirafan terhadap kaedah-kaedah lama membakar roti seperti ketuhar kayu yang masih digunakan.

Dia turut mengikut perubahan semasa, tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kualiti roti yang dihasilkan.

"Saya menggunakan mesin untuk menggulung roti kentang, tetapi saya lebih percaya kepada kepakaran manusia. Ada perbezaan pada kualiti roti yang dibuat dengan tangan dan yang menggunakan mesin.

"Roti saya masih sama seperti zaman datuk saya dahulu," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Panduan untuk memilih ikan

Posted:

Panduan untuk memilih ikan

Panduan untuk memilih ikan

Oleh ADLAN JAAFAR

KETIKA chef selebriti, Bobby Chinn mengembara ke wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, beliau sempat singgah di sebuah pulau yang didiami biawak komodo yang terkenal itu.

Pulau Komodo yang terletak berhampiran Irian Jaya dinamakan sempena biawak terbesar dunia itu.

Semasa menyelam berhampiran pulau berkenaan, perasaan Bobby tambah teruja tatkala melihat bentangan dasar laut yang indah.

Hatinya terus terdetik: 'Apa akan terjadi jika tiada kawalan terhadap aktiviti menangkap ikan di laut?'

"Ia akan menjadi bencana besar jika cara penangkapan ikan dan pemakanan kita tidak diubah dari sekarang," katanya ketika melancarkan kempen Selamatkan Makanan Laut Kita 2.0 (S.O.S) anjuran Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) di Kuala Lumpur bulan lalu.

Kempen S.O.S bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai jenis ikan yang boleh dimakan bergantung kepada tahap bilangannya di perairan dunia berdasarkan Senarai Merah Spesies Terancam, Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam dan Sumber Semula Jadi (IUCN).

Kod warna

Sekeping risalah panduan bersaiz tapak tangan dicetak dalam kuantiti yang banyak telah diedarkan kepada orang ramai.

Ia memaparkan senarai jenis ikan dalam pasaran yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Disyorkan, Kurangkan dan Elakkan.

Bagi memudahkan penggunaan risalah tersebut, setiap kategori diberikan kod warna yang berbeza iaitu hijau, kuning dan merah.

Kod warna ini memudahkan golongan suri rumah membuat rujukan pantas ketika membeli makanan laut di pasar.

Antara maklumat yang disenaraikan ialah spesies, kaedah penangkapan dan kawasan tangkapan makanan laut tersebut.

Antara yang berada dalam kategori Disyorkan atau kod hijau ialah tilapia, lala, kerang, patin, salmon, tuna dan sardin, manakala senarai Kurangkan (kuning) terdiri daripada ikan tamban, tongkol kurik, kembung dan udang putih.

Ikan seperti mameng, sunah, kerapu tikus, yu, kerapu bebeh dan senderong dimasukkan dalam bahagian Elakkan (merah).

Bagi kemudahan pengguna, risalah itu diterbitkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris.


WALAUPUN terdapat pelbagai jenis ikan yang dijual di pasar, panduan S.O.S dapat membantu pengguna membuat pilihan.


Senarai tersebut dibuat mengikut kaedah antarabangsa dalam menilai tahap kelestarian makanan laut.

Kategori Disyorkan dibuat berdasarkan stok ikan yang diuruskan secara mampan dan tidak ditangkap secara berlebihan, selain pilihan terbaik untuk dijadikan hidangan.

Bahagian Kurangkan terdiri daripada ikan yang berisiko untuk tidak menjadi mapan dan hanya dipilih apabila pilihan Disyorkan telah tidak ada.

Semua jenis ikan yang tidak diuruskan dengan kaedah lestari dan ditangkap secara berlebihan dimasukkan dalam kategori Elakkan.

Sasaran

Pengguna merupakan kumpulan sasaran kerana umum mengetahui bahawa jika tiada permintaan, maka penangkapan tidak akan dibuat.

Kadar purata rakyat Malaysia memakan ikan adalah kira-kira 52 kilogram (kg) setahun. Permintaan terhadap ikan di negara ini dijangka meningkat kepada 1.68 bilion kg pada tahun 2020.

Kempen S.O.S pertama dilancarkan pada Jun 2010. Jika dibandingkan, panduan kempen sulung hanya memaparkan sebanyak 44 peratus jenis ikan yang berada dalam Senarai Merah IUCN.

Pada panduan kempen S.O.S 2.0 pula, terdapat sebanyak 52 peratus jenis ikan yang berada dalam Senarai Merah berkenaan, manakala penilaian dibuat meliputi 100 peratus spesies penting dari segi komersial di Malaysia.

Lebih 140,000 keping risalah panduan makanan laut itu dicetak dan diedarkan ke semua cabang berkaitan perikanan.

Di samping itu, kempen ini juga melibatkan aktiviti promosi, pameran dan seminar jelajah di seluruh negara.

"Fasa pertama kempen menunjukkan peningkatan kesedaran pengguna, sekali gus dapat menarik lebih banyak perhatian daripada penggiat industri terhadap kepentingan kelestarian makanan laut," kata Ketua Konservasi WWF Malaysia, Dr. R. Sundari.

Memantau bekalan

Dalam pada itu, Penasihat Marin Kanan WWF, Carol Phua berkata, data dan maklumat yang dikeluarkan Jabatan Perikanan pada tahun 1997 sudah dianggap tidak relatif dengan keadaan pada tahun 2013.

Walaupun menghadapi kesulitan, berdasarkan data yang ada, satu penilaian telah dibuat pihak WWF bagi melihat tahap bekalan ikan yang masih ada di laut.


KELESTARIAN bekalan ikan tidak hanya bergantung kepada tindakan nelayan, tetapi setiap lapisan industri perikanan termasuk peraih dan pembekal.


Kerjasama juga dibuat dengan pelbagai badan berkaitan termasuk Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Yayasan Laut Utara dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Kajian yang dilaksanakan turut meneliti kaedah-kaedah penangkapan ikan yang digunakan pada hari ini seperti jenis jala dan perangkap, selain isu pengeluaran lesen tangkapan dan kawasan penangkapan ikan.

Menurut Phua, kajian selama enam bulan telah dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh dan meliputi semua pihak yang terlibat.

Pada tahun yang sama kempen kali pertama dibuat, satu kaji selidik mendapati lebih 70 peratus pengamal industri perikanan bersedia atau akan mengurangkan pengambilan makanan laut jika menyedari bekalan semakin berkurangan.

Hanya 27 peratus responden menyedari bahawa bekalan ikan negara sedang mengalami penurunan yang menakutkan.

"Maka, kempen kali ini dengan penambahan jenis ikan dalam Senarai Merah ini dilihat sebagai satu langkah yang baik," ujarnya.

Ketika ditanya berkenaan hidangan warisan yang menggunakan spesies ikan tertentu, Chin menjawab, kawalan perlu diambil terhadap perkara terbabit.

"Jika tidak, masyarakat tidak akan dapat menikmati hidangan tersebut buat selama-lamanya," tegas beliau.

Awal dan Liyana teruja guna S4

Posted:

Awal dan Liyana teruja guna S4

Awal dan Liyana teruja guna S4


KAMERA Samsung Galaxy S4 mempunyai ciri-ciri baharu yang menyeronokkan.


PELAKON Awal Ashaari dan Liyana Jasmay menjadi antara pengguna telefon pintar Samsung Galaxy S4 (S4) terawal apabila menerimanya seminggu sebelum pelancaran telefon tersebut di Malaysia.

S4 milik Awal berwarna hitam, manakala Liyana begitu terpesona dengan model berona putih.

Awal atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari sememangnya pengguna tegar telefon pintar. Sebelum S4, dia telah menggunakan Samsung S3 dan Note 1 serta pelbagai model lain.

"Saya sangat suka aplikasi S Translate yang terdapat dalam telefon ini. Ia sangat membantu terutama ketika saya berada di negara China beberapa bulan lalu," ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, aplikasi itu membolehkan proses penterjemahan bahasa asing dibuat sama ada melalui ayat yang ditaip atau ditutur, sekali gus memudahkan komunikasi dengan orang luar.

S Translate yang diperkenalkan pada model S4 membolehkan proses terjemahan dalam sembilan bahasa termasuk Korea, Itali, Jerman, Cina dan Inggeris.

Namun demikian, aplikasi tersebut berfungsi menerusi sambungan internet.

Dari segi reka bentuk, kedua-dua selebriti popular itu menyukai rekaan, rupa dan saiz telefon pintar tersebut.

Rekaan S4 sangat langsing manakala bahagian belakang mempunyai permukaan bertekstur yang unik. Paparan skrin agak luas dan puas jika menonton video melalui YouTube.

"Dari segi saiz, ia umpama gabungan siri telefon pintar siri Galaxy S dan Galaxy Note manakala warna dan teksturnya sangat elegan," ulas Awal.


AWAL telah lama menggunakan telefon pintar jenama Samsung.


Kamera canggih

Seperti kebanyakan wanita lain, Liyana Jasmay juga suka mengambil foto dan memuat naik foto itu ke laman sosial seperti Instagram dan Facebook.

"Paling penting, telefon pintar yang saya gunakan mesti mempunyai kamera canggih dan S4 memenuhi kehendak saya," ujar Liyana sambil tersenyum tanda menyukai model berkenaan.

Ciri kamera belakang S4 yang mempunyai resolusi 13 megapiksel, dengan ciri fokus automatik dan sela masa sifar bagi pengatup (shutter) memudahkan rakaman setiap momen. Selain itu, kamera hadapan mempunyai resolusi 2 megapiksel.

Kamera S4 juga boleh membuat rakaman duaan, 360 Photo, Animated Photo, Eraser, Night, Best Photo, Best Face, Beauty Face, Panorama dan banyak lagi.

Bagi Liyana, S4 merupakan telefon pintar dengan sistem operasi Android pertama yang digunakannya. Bagaimanapun, dia menolak untuk memberitahu jenis telefon yang digunakan sebelum ini.

Mesra pengguna

"Sememangnya Android sangat mesra pengguna. Saya dapat menguasai pelbagai aplikasi canggihnya dalam masa yang cepat," ringkas ulas penyanyi itu.

Dalam banyak-banyak aplikasi yang tersedia dalam S4, hanya Group Play yang belum dicuba Awal kerana ia memerlukan beberapa telefon buah pada masa yang sama.

Dengan saiz paparan skrin yang lebar, menerima dan membaca e-mel menjadi mudah serta selesa. Tambahan pula, kerjaya sebagai artis menuntut mereka berada di lokasi, jadi peranti seperti S4 sangat penting.

Ciri Smart Pause model ini membolehkan video yang ditonton terhenti sebentar sebaik sahaja pengguna memalingkan muka ke arah lain.

Skrin paparan S4 berukuran 5 inci berdefinisi tinggi penuh AMOLED memberikan paparan yang jelas, manakala Air View atau Air Gesture membenarkan panggilan dibuat atau dijawab melalui gerakan tangan tanpa perlu memegang skrin sesentuh. - ADLAN JAAFAR

Kelainan Mortal Kombat Komplete

Posted:

Kelainan Mortal Kombat Komplete

Kelainan Mortal Kombat Komplete

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI


JALAN cerita permainan video ini tidak banyak berbeza dengan versi sebelumnya.


SEJAK pengenalannya dalam dunia permainan video, Mortal Kombat (MK) telah mendapat status popular dalam kalangan pemain tegar permainan video.

Pada mulanya, ia dilihat sebagai saingan Street Fighter, tetapi MK memiliki kelainan yang tersendiri. Francais itu telah melalui banyak graf naik turun sepanjang perjalanannya dalam industri ini.

Penerbit asalnya, Midway Studios jatuh muflis, tetapi dilahirkan semula sebagai Netherealm Studios dan kembali membangunkan MK.

MK Komplete Edition telah pun dikeluarkan untuk Play Station 3 dan Xbox 360. Pada Mei lalu, ia diterbitkan bagi versi komputer peribadi dalam bentuk muat turun strim dan di kedai-kedai.

MK Komplete Edition mampu memberikan kepuasan kepada pemain. Setiap watak direka begitu teliti dan bersifat realistik.

Ia berjaya membawa konsep pertarungan 2.5 dimensi. Mungkin MK Komplete Edition sukar untuk menarik pemain baharu kerana majoriti pemain MK adalah dari zaman 1990-an.

Bagaimanapun, dengan suntikan nafas baharu oleh Netherealm, senario ini mungkin berubah.

Bermain sebagai

Freddy Krueger

KEBANYAKAN daripada kita mengenali watak Freddy Krueger, antagonis daripada filem Nightmare on Elm Street.

Freddy muncul bukan sekadar watak tambahan, tetapi memiliki jalan ceritanya tersendiri. Freddy ingin mengalahkan Shao Khan kerana cuba menakluk dunia Dream World.

Freddy bertempur menggunakan bilah-bilah pisau tangannya yang memiliki kuasa syaitan. Sangat menarik apabila melihat Freddy bertempur dengan watak MK lain seperti Liu Kang dan Raiden.


MOD pertempuran yang pelbagai memberikan impak dan fungsi yang berbeza.


Mod Permainan

MK Komplete Edition mempunyai beberapa mod untuk dimainkan. Mod tradisionalnya boleh didapati dalam mod Fight yang memerlukan pemain memanjat menara dan berhadapan musuh di setiap aras.

Mod pertempuran tag juga boleh dimainkan dengan pemain dapat mengawal dua watak secara serentak. Bagi Challenge Tower pula, kemahiran pemain diuji di sebuah menara yang sangat tinggi.

Setiap aras memberikan cabaran yang berbeza-beza dan untuk mengetahui jalan cerita penuh MK, pemain boleh bermain mod Story. Mod ini menarik dimainkan kerana babak penceritaan kelihatan selari dengan permainan MK.

Ekstra

SELEPAS setiap pertempuran, pemain akan diberikan Kurrency ataupun mata wang yang boleh dibelanjakan untuk membeli kandungan bonus permainan dalam Krypt.

Kandungan bonus itu termasuk lakaran-lakaran permainan, mod tambahan permainan dan konsep watak MK. Dalam Nekropolis pula, pemain boleh melihat biografi dan fakta mengenai setiap watak MK.

Pertempuran Lagenda

TIADA yang baharu dari segi jalan cerita. Dalam dunia MK, pahlawan-pahlawan dari Bumi yang dikenali sebagai Earth Realm harus mempertahankan masa depan Bumi daripada cengkaman dunia/dimensi lain iaitu Outworld, Dream World dan Nether World.

Outworld seringkali mengganggu Earth Realm kerana maharajanya, Shao Khan, ingin mengasimilasi roh-roh di Bumi ke dalam dunia Outworld.

Suatu yang unik mengenai permainan itu adalah pada watak pahlawan dari Dream World.


MK merupakan permainan video pertempuran antara dua watak


Mekanisme

ASAS permainan MK sama seperti permainan genre VS Fighting yang lain. Dua watak bertempur sehingga kehabisan nyawa.

Beza permainan ini adalah dari segi keunikan mekanisme permainannya. MK telah dipengaruhi permainan seperti Marvel vs Capcom dengan pemain boleh mengumpul kuasa ketika bertempur.

Kuasa itu boleh digunakan untuk melakukan gerakan-gerakan istimewa seperti serangan X-ray yang diperkenalkan dalam MK Komplete Edition.

Di samping itu, setiap watak memiliki seni mempertahankan diri tersendir.

Ciri-ciri khusus MK yang asal juga dikekalkan seperti Fatality, Brutality dan Babality.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Majlis Aidilfitri Divisyen Udara TUDM meriah

Posted:

Majlis Aidilfitri Divisyen Udara TUDM meriah

Majlis Aidilfitri Divisyen Udara TUDM meriah

ANSAR (duduk, tengah) bergambar bersama sebahagian daripada anggota TUDM yang bertugas pada hari raya di Markas 2, Divisyen Udara, Labuan baru-baru ini.


MERIAH. Sambutan Hari Raya Aidilfitri Markas 2, Divisyen Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini meriah.

Majlis tersebut disempurnakan Panglima Markas 2 Divisyen Udara, Mejar Jeneral Datuk Ansar Ali Majeth bertujuan untuk meraikan anggota yang bertugas pada hari raya.

Ia turut dihadiri oleh ahli keluarga kakitangan markas tersebut bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.

Pelbagai hidangan seperti ketupat dan rendang disajikan kepada tetamu yang hadir.

MAYC P. Pinang sambut hari raya bersama rakyat miskin

Posted:

MAYC P. Pinang sambut hari raya bersama rakyat miskin

MAYC P. Pinang sambut hari raya bersama rakyat miskin


MOHAMAD (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada seorang warga emas pada program Ziarah Syawal di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


ZIARAH. Seramai 10 penduduk kurang berkemampuan telah diraikan oleh ahli-ahli Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pulau Pinang sempena program Ziarah Syawal di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Lawatan kebajikan yang diketuai Pengerusi MAYC Pulau Pinang, Mohamad Saud itu bertujuan menunjukkan keprihatinan golongan muda terhadap penduduk kurang berkemampuan untuk sama-sama meraikan hari lebaran.

Program sehari yang diadakan pada hari kedua sambutan Aidilfitri itu melibatkan majlis ramah mesra dan penyampaian sumbangan kepada penerima terpilih.

Program Ziarah Syawal itu merupakan salah satu aktiviti tradisi MAYC sejak beberapa tahun lalu dalam usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat.

KUKSPB sasar 100 ahli menjelang akhir tahun ini

Posted:

KUKSPB sasar 100 ahli menjelang akhir tahun ini

KUKSPB sasar 100 ahli menjelang akhir tahun ini


ALI (duduk, tengah) bergambar bersama ahli-ahli Koperasi Usahanita Kempas Sungai Petani Berhad di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


KEMPEN. Koperasi Usahanita Kempas Sungai Petani Berhad (KUKSPB) kini menjalankan kempen untuk menambah bilangan ahli baharu bagi mencapai sasaran 100 orang ahli menjelang akhir tahun ini terdiri daripada kaum wanita di daerah Kuala Muda, Kedah.

Pengerusi KUKSPB, Simah Said memberitahu, melalui keahlian itu, pelbagai aktiviti menarik akan dilakukan dalam melahirkan lebih ramai usahawan.

"Setakat ini, seramai 58 wanita telah menjadi ahli," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung pertama koperasi tersebut di Taman Kempas Jalan Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Mesyuarat agung itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka, Ali Yahya.

Menurut Simah, mereka yang berminat untuk menjadi ahli koperasi tersebut boleh menghubunginya melalui talian 012-4903 729.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Stesen TV lambak filem hantu

Posted:

Stesen TV lambak filem hantu

Stesen TV lambak filem hantu

Oleh LILY YEAN, MAHFUZ MOHAMAD dan MOHD. AFIQ ZULKIFLI
berita@kosmo.com.my

RADIO Televisyen Malaysia menayangkan filem Zombie Kampung Pisang menerusi TV2 malam tadi.


KUALA LUMPUR – Kebanyakan stesen televisyen tempatan mengambil tindakan di luar dugaan apabila mereka melambakkan filem-filem hantu dan seram di stesen masing-masing pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Lebih menyedihkan, kebanyakan filem hantu dan seram itu bukan sahaja tidak berkualiti malah memperbodohkan penonton ke tahap paling menjengkelkan. Lebih buruk lagi, ia ditayangkan hampir setiap hari dalam minggu pertama perayaan Aidilfitri.

Pihak pengurusan stesen televisyen dipercayai sengaja berbuat demikian semata-mata untuk meningkatkan rating penonton memandangkan filem genre sedemikian tetap menarik ramai penonton.

Mereka juga berbuat demikian untuk mendapatkan iklan manakala penerbit filem turut menerima bayaran setiap kali filem mereka ditayangkan di televisyen.

Tinjauan Kosmo! di beberapa laman web rasmi stesen televisyen tempatan dan stesen televisyen berbayar mendapati filem-filem hantu lazimnya ditayangkan pada waktu puncak iaitu antara pukul 8 malam hingga 11 malam.

Malah terdapat juga stesen televisyen yang menayangkan filem hantu tanpa mengira waktu termasuk antara pukul 1.30 pagi sehingga pukul 6 pagi.

Selain karya tempatan, sebilangan daripadanya merupakan filem keluaran luar negara seperti dari Indonesia yang ditayangkan menerusi stesen televisyen berbayar.

Antaranya ialah filem Pocong Jalan Blora, Pocong Rumah Angker dan Pocong Jumaat Kliwon di mana kesemuanya adalah terbitan dari negara jiran.

Di samping itu, terdapat filem yang ditayangkan secara berulang kali bagi tempoh yang berbeza di stesen televisyen berlainan.

Sebagai contoh, Hantu Kak Limah Balik Rumah ditayangkan di TV3 pada Hari Raya pertama pukul 2 petang.

Filem yang sama turut ditayangkan di Astro Ria pada 15 Ogos pukul 9 malam.

Filem seram tempatan perbodohkan minda Melayu

Posted:

Filem seram tempatan perbodohkan minda Melayu

Filem seram tempatan perbodohkan minda Melayu


HATTA


KUALA LUMPUR - Dua tokoh akademik menyifatkan tindakan pengurusan stesen televisyen tempatan melambakkan filem hantu dan seram ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai perbuatan kurang bertanggungjawab.

Menurut mereka, kebanyakan filem hantu yang lucu itu sebenarnya cerita bodoh yang merendah-rendahkan cara pemikiran penonton terutamanya golongan Melayu ke tahap paling rendah.

Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Prof. Dr. Mohamad Hatta Azad Khan berkata, pembikin filem-filem Melayu seharusnya berfikiran ke hadapan bagi menghasilkan karya bermutu.

Beliau berkata, pemikiran mereka perlu setanding dengan tahap pemikiran masyarakat yang semakin maju.

"Kebanyakan filem Melayu seram sekarang apabila kita tonton langsung tidak menimbulkan rasa seram atau takut, sebaliknya menjadi sesuatu yang lucu dan bodoh.

"Filem-filem seperti ini sangat memperbodohkan orang Melayu dan memberi kesan negatif daripada segi persepsi bahawa tingkat pemikiran mereka sangat rendah, walhal realitinya tidak seperti itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Cabaran kekalkan perpaduan kaum

Posted:

Cabaran kekalkan perpaduan kaum

Cabaran kekalkan perpaduan kaum

KUALA LUMPUR - Genap 100 hari selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semalam, menangani cabaran perdamaian dilihat terus menjadi komitmen beliau dalam usaha mengekalkan kestabilan negara.

Beberapa pihak turut berpendapat ia cabaran terbesar Perdana Menteri ekoran perpecahan masyarakat yang dilihat ketara selepas keputusan PRU-13.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Zainal Kling berkata, usaha pertautan dan kesepaduan masyarakat adalah tugas utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara selepas PRU-14.

"Cabaran paling utama, bagaimana untuk memautkan kembali anggota warganegara yang berfikir sebagai orang Malaysia.

"Inilah cabaran PRU-14 nanti untuk melihat sama ada pengundi mengundi sebagai orang Malaysia seluruhnya atau terus mengundi mengikut kaum masing-masing," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tanam cowgrass atau guna rumput tiruan?

Posted:

Tanam cowgrass atau guna rumput tiruan?

Tanam cowgrass atau guna rumput tiruan?

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal (dua dari kanan) menyertai sesi pemanas badan sebelum aksi persahabatan menentang Barcelona di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Ogos lalu.


PENASIHAT Global Blackburn Rovers, Shebby Singh (gambar kecil) mendakwa, sudah tiba masanya Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengambil dua pendekatan yang berbeza bagi menangani masalah kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Shebby berkata, PSM boleh menggunakan kaedah lama untuk menanam rumput jenis cowgrass atau guna rumput tiruan jenis fieldturf yang kini telah diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Bekas pemain Kuala Lumpur itu berkata, beliau berharap semua pihak dapat memainkan peranan bagi menangani isu kualiti padang demi menjaga imej negara.

"Masalah padang berlaku sejak dari dahulu lagi. Jika masih ingat, sejak kedatangan Brazil ke sini pada tahun 2002, mereka mendakwa kualiti padang kita seperti bunker padang golf.

"Perkara ini bukan satu isu baharu dan saya percaya ramai pihak sudah mula membuka mata mengenai kualiti isu padang yang berlaku di negara ini.

"Mungkin kita terikut-ikut dengan kaedah dari negara luar. Sebagai contoh, jika kita mengambil produk rumput dari Jepun, sudah tentu ia tidak sesuai berdasarkan keadaan cuaca di negara ini.

"Saya percaya, kita ada dua pilihan yang berbeza sama ada mahu menggunakan kaedah lama iaitu crowgrass atau fieldturf (rumput tiruan).

"Sejak dari dulu lagi, crowgrass terkenal sebagai rumput yang tahan lasak, ambil masa sehari untuk pulih dan cukup serasi dengan cuaca di Malaysia, manakala penggunaan fieldturf tidak perlu dipertikaikan kerana ia telah diiktiraf FIFA.

"Mengambil contoh Stadium Luzniki di Moscow (Rusia) yang menggunakan fieldturf, venue itu sedang menganjurkan Kejohanan Olahraga Dunia 2013 selain penganjuran aksi Liga Juara-Juara. FIFA mengakui kualiti padang mereka sangat bagus," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memiliki pandangan tersendiri mengenai dua pendekatan berbeza dalam usaha menangani masalah kualiti padang di Stadium Nasional.

Annuar mendedahkan, penggunaan rumput jenis cowgrass adalah lebih relevan berbanding dengan kaedah rumput tiruan.

Beliau menganggap pemain-pemain Liga Malaysia (Liga M) lebih serasi dengan rumput cowgrass selain faktor cuaca yang lebih sesuai.

"Cowgrass sememangnya sedikit keras berbanding dengan rumput-rumput import dari Eropah tetapi ia sesuai dengan keadaan cuaca di sini.

"Cuma, masalah yang ada pada rumput ini (cowgrass) adalah kita memerlukan penjagaan yang begitu baik dan teliti dari segi penyiraman air, potong rumput, pasir dan baja.

"Kita memerlukan pakar untuk masalah ini. Rumput Bermuda yang digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah tidak boleh digunapakai.

"Jika kita boleh menjaga cowgrass dengan baik, tidak mustahil Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memberikan satu padang yang cukup berkualiti," ujarnya.

Shukor laung amaran awal

Posted:

Shukor laung amaran awal

Shukor laung amaran awal

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SHUKOR menjangkakan Selangor akan berdepan laluan sukar dalam menjayakan 'Misi 33' pada kempen Piala Malaysia 2013.


PEMAIN tengah Selangor, Abdul Shukor Jusoh mengakui yang pasukan itu akan berdepan laluan sukar dalam menjayakan 'Misi 33' pada kempen Piala Malaysia 2013.

Begitupun Shukor berpendapat, misi tersebut tidak mustahil kerana skuad Gergasi Merah kini sudah tidak sabar untuk menamatkan kemarau trofi sejak 2010.

Selangor muncul sebagai pasukan pilihan selepas diundi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sime Darby dan Johor dalam aksi Kumpulan A.

Bekas pemain Terengganu itu berkata, dia menuntut rakan-rakan sepasukan supaya tidak 'terpedaya' dengan status sebagai pasukan pilihan.

Sebaliknya Shukor menegaskan, Selangor harus memberikan seratus peratus komitmen pada setiap perlawanan Piala Malaysia dalam usaha memburu gelaran juara pada peringkat kumpulan.

"'Misi 33' sangat sukar tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan.

"Kami harus memiliki keyakinan meskipun sedar jika kita tengok Selangor bukan berada dalam kumpulan mudah dalam Piala Malaysia.

"ATM merupakan naib juara Piala Malaysia musim lalu dan kami tidak boleh memandang rendah keupayaan Johor dan Sime Darby yang berjaya naik pangkat beraksi dalam Liga Super musim depan.

"Apa pun, kami sudah bersedia untuk menempuhi perlawanan ini. Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, Selangor sudah bersedia untuk menamatkan kemarau trofi," kata Shukor ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah pemain itu, dia menganggap saingan Piala Malaysia kali ini lebih sukar jika dibandingkan dengan edisi lalu.

Jelasnya, setiap pasukan memiliki kelebihan tersendiri dan dia berharap pasukannya dapat menjayakan perancangan jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim pada setiap perlawanan akan datang.

"Setiap pasukan idamkan trofi paling keramat ini. Sudah tentu mereka akan memberi- kan tentangan yang hebat kepada pasukan lawan kerana kesemua 14 pasukan bertanding mahu muncul sebagai juara baharu.

"Kami akan melaksanakan tugas dengan baik. Yang paling mustahak adalah sentiasa mendengar arahan jurulatih," katanya.

Seu Bock belum buat keputusan

Posted:

Seu Bock belum buat keputusan

Seu Bock belum buat keputusan

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


SEU BOCK (tengah) mendapat tawaran menjadi ketua jurulatih pasukan Liga Badminton India Vodafone 2013 kelmarin.


JURULATIH peribadi Datuk Lee Chong Wei, Tey Seu Bock mengakui, tawaran untuk menjadi ketua jurulatih pasukan Liga Badminton India Vodafone (IBL) 2013, Mumbai Masters merupakan suatu kebanggaan buat dirinya dan negara ini.

Sey Bock berkata, tawaran itu turut membuktikan Malaysia juga memiliki jurulatih-jurulatih yang mampu menarik perhatian peminat sukan badminton di negara lain.

Begitupun, jurulatih yang baru pulang dari Guangzhou, China itu masih belum memutuskan sama ada beliau mahu menyertai pasukan tersebut atau sebaliknya.

"Tawaran ini membuktikan negara lain juga memberikan kepercayaan kepada jurulatih-jurulatih kita dan sudah tentu saya berbangga dengannya.

"Tawaran ini bukan sahaja telah menaikkan nama saya tetapi ia juga mengharumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan apa yang penting nama negara di pentas dunia.

"Bagaimanapun, saya masih belum membuat keputusan lagi kerana saya perlu memikirkannya dahulu. Kalau saya terima pun saya belum tahu lagi bila akan pergi ke sana," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain Sey Bock, ketua jurulatih perse- orangan negara, Rashid Sidek dan pemain profesional, Hafiz Hashim turut mendapat tawaran yang sama seperti mana yang didedahkan dalam laman web rasmi IBL 2013, www.indianbadmintonleague.co.

Rashid akan melatih Krrish Delhi Smashers manakala Hafiz akan membimbing Awadhe Warriors.

Pemain perseorangan negara yang mendapat jemputan untuk beraksi pada kejohanan itu pula ialah Chong Wei yang akan menyertai Mumbai Masters dan Chong Wei Feng (Awadhe Warriors).

Selain itu, lima pemain beregu negara, Tan Boon Heong, Koo Kien Keat, Goh V Shem, Lim Khim Wah dan Tan Wee Ki- ong juga akan beraksi pada liga yang baru diperkenalkan itu.

Boon Heong-Kien Keat menyertai Delhi Smashers, V Shem-Khim Wah (Hyde- rabad Hotshots) manakala Wee Kiong beraksi untuk Pune Pistons.

Liga IBL 2013 yang akan bermula hari ini menampilkan enam pusingan dan berlangsung selama 18 hari.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tolak keputusan pilihan raya

Posted:

Tolak keputusan pilihan raya

Tolak keputusan pilihan raya

NAIB Presiden CNRP, Kem Sokha (tengah) bercakap kepada pemberita pada satu sidang akhbar di ibu pejabat parti berkenaan di Phnom Penh kelmarin.


PHNOM PENH - Kebuntuan berhubung keputusan pilihan raya umum Kemboja meruncing semalam selepas pembangkang menolak keputusan rasmi yang mengesahkan kemenangan parti pimpinan Perdana Menteri Hun Sen.

Situasi tersebut mencetuskan risiko protes jalanan di negara rantau Asia Tenggara itu.

Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) dalam satu kenyataannya menegaskan, ia tidak akan menerima keputusan rasmi tersebut ekoran kerajaan gagal menangani dakwaan berlakunya penipuan secara meluas pada pilihan raya kali ini.

CNRP turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak mengiktiraf keputusan tersebut.

Krisis berhubung pilihan raya pada 28 Julai lalu itu merupakan cabaran terbesar buat Hun Sen sepanjang tempoh dua dekad, sekali gus mengancam kestabilan Kemboja.

Keputusan rasmi oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) semalam menyatakan Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen memperoleh kemena- ngan majoriti di 19 daripada 24 wilayah di Kemboja.

Perkembangan tersebut menyaksikan CPP memperoleh kemenangan lebih besar berbanding keputusan awal yang menunjukkan parti berkenaan memenangi 68 kerusi Parlimen berbanding 55 kerusi yang diperoleh CNRP.

Keputusan awal itu menyaksikan parti pemerintah kehilangan 22 kerusi.

"Kami kecewa dan menolak keputusan rasmi ini," kata Timbalan Pengerusi CNRP, Kem Sokha pada satu sidang akhbar di sini.

"NEC bertanggungjawab terhadap sebarang kebangkitan dan bantahan oleh orang ramai yang mahukan keadilan selepas ini," tambahnya.

Keputusan pilihan raya itu adalah yang terburuk buat CPP sejak Kemboja kembali kepada pemerintahan demokrasi pada 1988 selepas beberapa dekad dilanda peperangan dan krisis termasuk pemerintahan kejam oleh rejim Khmer Rouge.

Sebelum ini, beribu-ribu penyokong pembangkang berhimpun di bandar raya ini pada 6 Ogos lalu untuk meminta satu jawatankuasa antarabangsa diwujudkan bagi menyiasat pilihan raya itu.

Pada Khamis lalu, kerajaan mengerahkan sejumlah kereta perisai dan anggota tentera di sini bagi menghadapi kemungkinan berlakunya tunjuk perasaan besar- besaran.

CNRP mendakwa, terdapat 1.3 juta nama hilang daripada senarai daftar pengundi manakala pihak Hun Sen juga didakwa memasukkan kertas undi palsu ke dalam sejumlah peti undi pada pilihan raya kali ini. - Reuters

Seorang maut, 45 masih hilang

Posted:

Seorang maut, 45 masih hilang

Seorang maut, 45 masih hilang


SEBATANG jalan di pinggir bandar raya Manila banjir akibat hujan lebat yang dibawa Taufan Utor semalam.


MANILA - Sebanyak 45 orang hilang apabila Taufan Utor melanda utara Filipina semalam dengan ribut itu menerbangkan bumbung rumah dan menumbangkan tiang elektrik di samping menyebabkan tanah runtuh di kampung-kampung di bahagian pedalaman.

Dengan membawa angin selaju 200 kilometer sejam (km/j), Utor merupakan ribut yang paling kuat pernah melanda Filipina pada tahun ini.

"Setakat ini, sekurang-kurangnya seorang telah terkorban tetapi angka kematian dijangka meningkat kerana taufan selaju ini pasti membawa kemusnahan besar," kata pegawai kanan Majlis Pengurangan Risiko Bencana Alam dan Pengurusan Bencana Alam Negara, Francis Rodriguez.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang pemandu jentolak yang ditimbus tanah runtuh semasa dia sedang membersihkan sebatang jalan di wilayah Benguet, utara Filipina.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap polis wilayah, Inspektor Kanan Ryan Manongdo berkata, seramai 25 nelayan yang menaiki tiga buah bot dikhuatiri hilang dalam bencana itu.

"Sejumlah 23 orang di wilayah Catandua- nes dan Camarines Norte juga masih belum ditemui," katanya.

Beratus-ratus orang mati di Filipina dalam kira-kira 20 kejadian taufan yang menyerang negara itu pada setiap tahun.

Setakat pagi semalam, masih belum ada laporan tentang nasib 23 nelayan tersebut.

"Mereka pergi ke laut sebelum kami mengumumkan tentang Taufan Utor yang menghampiri pantai di negara ini," ujar Rodriguez.

"Kami masih berharap mereka akan pulang. Nelayan di kawasan itu biasanya akan berlindung di tempat lain jika melihat ribut menghampiri," tambahnya.

Pihak berkuasa turut bimbang berhubung bandar dan kampung yang terletak di kawasan pedalaman akan terputus hubungan akibat bencana alam tersebut.

Ia ekoran Taufan Utor menyebabkan rangkaian telekomunikasi terputus manakala jalan-jalan raya juga tertimbus akibat tanah runtuh.

Selepas membina kekuatan di Lautan Pasifik, Utor melanda kawasan utara pulau utama Filipina, Luzon pada pukul 3 pagi semalam.

Rakaman televisyen dari wilayah Aurora, pantai timur Luzon menunjukkan pokok tumbang mengenai bumbung-bumbung rumah dengan bumbung beberapa buah bangunan turut diterbangkan oleh angin kuat.

Pengarah pertahanan awam untuk wila- yah Aurora, Josefina Timoteo memberitahu, sebanyak 600 rumah dan 12 bangunan sekolah di bandar Dinalungan, dalam wila- yah tersebut dilaporkan rosak.

Sehingga tengah hari semalam, taufan itu bergerak melepasi Pulau Luzon dan menuju ke arah Laut China Selatan.

Taufan Utor yang membawa hujan lebat itu dijangka meninggalkan Filipina lewat hari yang sama. - AFP

PM Norway menyamar sebagai pemandu teksi

Posted:

PM Norway menyamar sebagai pemandu teksi

PM Norway menyamar sebagai pemandu teksi


ORANG ramai yang menaiki teksi tersebut kelihatan terkejut dan gembira bertemu dengan Perdana Menteri Norway itu.


OSLO, Norway - Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg (gambar) melakukan kejutan dengan dengan menyamar sebagai seorang pemandu teksi petang kelmarin.

Beliau bertindak demikian sebagai usaha untuk meninjau sendiri pendapat orang ramai berhubung pentadbirannya.

"Ia amat penting bagi saya untuk mengetahui apa yang orang ramai fikirkan.

"Hanya satu tempat sahaja di mana orang ramai akan meluahkan apa mereka fikirkan. Mereka berbuat demikian apabila berada di dalam teksi," Stoltenberg.

Klip video peristiwa tersebut turut dipaparkan di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube.

Rakaman tersebut dipaparkan di internet ketika Perdana Menteri berkenaan sedang berkempen menjelang pilihan raya umum Norway pada 9 September depan.

Dalam rakaman itu yang dibuat pada 9 Jun lalu, Stoltenberg dilihat memakai seragam pemandu teksi di ibu kota Norway di sini.

Beliau dirakam mengambil dan menurunkan beberapa penumpang menggunakan sebuah teksi Mercedes.

Sebuah kamera tersembunyi diletakkan di dalam teksi itu bagi merakamkan perbualan dan reaksi penumpang yang menaiki kenderaan yang dipandu Stoltenberg.

Menurut sebuah akhbar tempatan, beliau tidak mengenakan sebarang bayaran untuk penumpangnya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lencongan sementara di Lebuhraya Shah Alam bermula 19 Ogos ini

Posted:

Lencongan sementara di Lebuhraya Shah Alam bermula 19 Ogos ini

Lencongan sementara di Lebuhraya Shah Alam bermula 19 Ogos ini

13/08/2013 9:31pm

SHAH ALAM - Konsesi Lebuhraya Shah Alam (Kesas), akan membuat lencongan sementara di sepanjang lebuh raya itu bermula 19 Ogos hingga 18 Disember ini.

Kesas dalam kenyataan hari ini berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja membaik pulih jalan di lebuh raya itu.

"Kerja baik pulih itu ialah untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, semua pemandu dinasihat berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan terlibat.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-56337188 atau layari laman web www.kesas.com.my. - Bernama

Surau dijangka dirobohkan selepas siasatan selesai

Posted:

Surau dijangka dirobohkan selepas siasatan selesai

Surau dijangka dirobohkan selepas siasatan selesai

13/08/2013 9:28pm

JOHOR BAHRU - Surau di sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang digunakan untuk upacara keagamaan oleh penganut bukan Islam dijangka bakal diroboh selepas siasatan mengenai kes itu selesai.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut berkata, keputusan mengenai nasib bangunan yang dipercayai dibina dengan kos lebih RM60,000 itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam tempoh sebulan.

"Surau itu tidak boleh diroboh serta-merta kerana ia merupakan barang kes dan kini berada dalam pengawasan polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

"Pihak kami akan mengambil alih siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan dan berdasarkan Seksyen 7A Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 selepas siasatan yang dilakukan pihak polis selesai," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.

Beliau menambah, Jawatankuasa Fatwa negeri akan bersidang minggu depan untuk membincangkan kes itu berdasarkan kenyataan serta bukti.

Hasil persidangan itu nanti akan dibawa ke peringkat MAINJ dan disembah maklum kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai ketua agama sebelum dimaklumkan kepada kerajaan untuk tindakan.

"Tempat yang paling suci dan mulia di bumi ini ialah masjid dan surau.

Sehubungan itu, masjid dan surau tidak dibenar menjalankan aktiviti agama lain selain Islam dan jika terdapat ada aktiviti agama lain maka surau itu boleh diroboh berdasarkan surah At-Taubah ayat 107," ujarnya.

Sementara itu, Nooh memberitahu, Sultan Ibrahim menitahkan Jabatan Agama Islam Johor supaya mengeluarkan Pekeliling dalam tempoh terdekat untuk menentukan arah kiblat di setiap pusat peranginan dan hotel di negeri ini.

Katanya, Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam pertemuan bersama pihak berkuasa yang mengendalikan kes penyalahgunaan surau di sebuah resort di Kota Tinggi oleh penganut agama lain, di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

"Tujuan Pekeliling ialah supaya semua pengusaha dan pemilik pusat peranginan di negeri ini mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam penyediaan dan pembinaan rumah ibadat sekaligus menentukan arah kiblat supaya tidak wujud lagi masalah kiblat terpesong dan sebagainya," katanya.

Ujar Nooh, Sultan Ibrahim turut menggesa siasatan berhubung perkara itu dijalankan segera mengikut undang-undang sedia ada. - Bernama

Warga Myanmar ditemui mati dengan pisau tertikam di dada

Posted:

Warga Myanmar ditemui mati dengan pisau tertikam di dada

Warga Myanmar ditemui mati dengan pisau tertikam di dada

13/08/2013 7:41pm

GEORGE TOWN - Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemui mati dengan pisau sepanjang 4 sentimeter terpacak di dadanya di sebuah tapak pembinaan di Jalan Militan, Sungai Ara di sini tadi.

Mayat yang tanpa identiti itu ditemui di aras tujuh bangunan yang masih dalam pembinan oleh penyelia projek kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Mohd. Hatta Md. Zain hasil pemeriksaan pihak polis mendapati terdapat satu kesan tikaman

dibahagian dada mangsa.

Katanya, pihak polis percaya mangsa yang berusia 30an itu telah mati lebih daripada sehari.

"Hasil siasatan awal mendapati si mati bukan pekerja di tapak itu.

"Kita telah menahan lebih 10 orang yang terdiri daripada pekerja asing warga Myanmar dan Indonesia yang bekerja di sini bagi membantu siasatan,"katanya ketika ditemui pemberita.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved