Selasa, 30 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Raikan tetamu ketika berbuka

Posted:

Raikan tetamu ketika berbuka

Raikan tetamu ketika berbuka

PERSEKITARAN stesen LRT Setiawangsa, di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan komuniti Arab menjadi indikasi bahawa Malaysia merupakan penempatan selesa, selamat dan dipercayai. Sama ada berhijrah, memilih Malaysia di bawah skim program Malaysia, Rumah Keduaku, menuntut ilmu atau bekerja, komuniti Arab sudah membentuk satu rangkaian yang unik.

Di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur, Wangsa Maju, Setiawangsa, Ampang dan Gombak merupakan antara lokasi utama penempatan komuniti Arab. Bahkan, ada antara mereka yang sudah sebati dengan gaya hidup di negara ini tanpa meninggalkan budaya mereka.

Menjelang Aidilfitri dan sepanjang Ramadan ini, pelbagai perbezaan, kelainan dan elemen istimewa dapat disaksikan oleh mesyarakat setempat dalam memahami budaya Arab.

Kepada seorang pengamal media di sebuah majalah berbahasa Arab, Amal Mahfoudh, 27, sama ada seseorang itu berasal dari Mesir, Arab Saudi, Yemen atau dari mana-mana negara di Asia Barat, mereka meraikan bulan Ramadan lebih meriah berbanding Syawal.

Berdarah kacukan Yemen di sebelah bapa dan Mesir di sebelah ibu, Amal memberitahu, sambutan pada bulan Ramadan lebih meriah kerana mereka akan menjemput sanak saudara dan rakan untuk berbuka bersama.

Hasil pemerhatiannya, umat Islam di Malaysia lebih gemar menganjurkan rumah terbuka ketika Syawal, tetapi ia bukan budaya komuniti Arab.

Menurut Amal, dia dan keluarganya menjemput jiran mereka berketurunan Arab untuk berbuka puasa bersama dengan pelbagai masakan tradisi Arab. Amalan bertukar-tukar juadah berbuka juga sudah menjadi tradisi mereka.


AMAL (kiri) dan Nabawiah saling bekerjasama di dapur untuk menyediakan juadah berbuka.


Budaya Arab

"Walaupun tinggal di Malaysia sejak lapan tahun lalu, kami mengekalkan makanan tradisi untuk berbuka. Lazimnya itu yang digemari kami sekeluarga," kata ibu Amal, Nabawiah Mahmoud, 52, ketika ditemui sebelum berbuka puasa di rumah mereka di Setiawangsa baru-baru ini.

Sementara menanti waktu berbuka, meja makan di rumah Amal dipenuhi makanan Arab, minuman dan buah kurma. Sambil menerangkan satu persatu makanan yang sudah tersedia di atas meja makan, Nabawiah memberitahu, menjadi budaya Arab untuk menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak dan meriah walaupun sekadar berbuka di rumah. Katanya, tiada istilah ringkas atau mudah dalam masakan.

Hakikatnya, makanan yang dihidangkan ternyata mengambil masa yang lama untuk disediakan seperti merendamnya dan penggunaan pelbagai jenis rempah.

Selain berbuka puasa dengan buah kurma, mereka gemarkan buah-buahan seperti aprikot dan buah tin. Sejenis kopi yang dinamakan kopi arab berperisa pahit, tanpa gula dan berwarna kuning antara menu signatur Arab.

Nabawiah juga menyediakan koktel buah-buahan seperti kurma, aprikot, buah tin dan buah-buahan lain yang direndam dalam air selama enam jam sebelum dikisar menjadi koktel. Dinamakan khosaf, pencuci mulut itu dipercayai dapat memberi kesegaran selepas seharian berpuasa.

Keluarga Amal turut menjemput jiran mereka iaitu Laila al-Zahraini, 54 yang berasal dari Arab Saudi. Kehadiran jirannya itu menambahkan lagi keriuhan dan keseronokan berbuka pada petang tersebut.

Masak sendiri

Laila menetap di Malaysia kerana menemani anak lelakinya yang menuntut di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur juga mengakui suasana berbuka puasa di Malaysia sangat berbeza dengan tanah air mereka. Sebagai contoh, bazar Ramadan. Laila berkata di Tanah Arab, wanita lebih selesa untuk memasak sendiri.

"Mungkin kerana di sini ramai wanita bekerja dan waktu kerja yang sangat panjang. Di Arab Saudi, saya akan masak sepanjang hari. Di sana, kami tidak ada banyak peluang untuk membeli di luar seperti di sini," katanya.

Bagi Amal, bazar Ramadan di Malaysia memberi dan memudahkan orang ramai untuk memilih makanan yang digemari ketika berbuka. Setiap kali ke bazar Ramadan, dia pasti membawa pulang martabak, rendang, kuih lapis dan bubur lambuk. Selain Amal dan Nabawiah, mereka turut ditemani Enase Mahfoudh, 25, dan Osama Mahfoudh, 17, iaitu anak-anak Nabawiah. Kelima-lima mereka banyak bercakap mengenai pilihan menu pembuka selera sewaktu berbuka puasa.

"Makanan pembuka selera kami lebih pelbagai dan bercirikan Arab. Makanan utama seperti nasi atau roti seperti beriani lazimnya dipadankan dengan kari, ayam, kambing dan sayur," tutur Amal.

BUAH kurma makanan wajib dimakan tatkala berbuka puasa.


Hidangan pembuka selera

Menyentuh tentang menu pembuka selera, Nabawiah menyediakan sup ayam atau shurba dengan vermiseli, samosa iaitu pastri berbentuk tiga segi yang diisi ayam, kambing atau sayur, falafil iaitu sejenis kuih yang dicampurkan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti kacang hijau, daun bawang, parsli, daun ketumbar dan bersalut telur. Falafil dimakan bersama sejenis pencicah iaitu tahena.

Diiringi doa sebelum berbuka dengan dua biji kurma, diikuti menu pembuka selera, Nabawiah memberitahu, keluarganya sama seperti keluarga keturunan Arab lain yang lazimnya menunaikan solat tarawih di masjid terdekat.

"Hanya selepas itu, kami akan makan makanan berat. Antara makanan utama kami ialah bashamil (sama seperti lagsane tetapi menggunakan sos yang berbeza), sannir pathatthis (ayam yang dikukus dengan kentang), ikan bakar, kambing mandi, kabsa, malooba (terung) dan sebagainya. Namun, makanan berat tidak disediakan dalam kuantiti yang banyak seperti pembuka selera," kata Amal.

Nabawiah turut menyediakan sejenis pencuci mulut yang terkenal di Mesir iaitu qathaif. Qathaif ialah sejenis makanan seperti pai yang berasaskan serbuk roti, tepung kastard diselaputi agar-agar dan krim.

Sementara itu, Enase, yang sedang menuntut di sebuah kolej di Petaling Jaya, memberitahu, pada mulanya dia dan Amal menghadapi sedikit kesukaran menyesuaikan diri dengan suasana Ramadan di Malaysia.

Perbezaan itu bermula dari waktu tidur, kerja dan belajar yang sangat panjang di Malaysia. Selain itu, budaya berbuka puasa, rumah terbuka, sambutan Syawal yang panjang juga menjadi kebimbangan keluarga itu.

"Lazimnya, di Yemen atau di Arab Saudi, waktu bekerja lebih singkat pada bulan puasa. Sekolah yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang akan dipendekkan kepada pukul 7.30 pagi hingga pukul 2 petang. Bagi yang bekerja, waktu pejabat bermula pada pukul 10 pagi dan ditamatkan dua atau tiga jam lebih awal," ujar Amal.

Walaupun menghadapi perbezaan yang ketara, Amal sekeluarga tidak banyak berhadapan dengan masalah untuk mengadaptasi gaya hidup di Malaysia.

Beli-belah

Laila menambah, amalan memberi makanan seperti bubur lambuk dan minuman di masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur sewaktu berbuka, satu amalan yang terpuji.

Memberi bubur lambuk secara percuma, walaupun baharu bagi komuniti Arab seperti Laila, tetapi dia memandangnya sebagai satu amalan mulia.

Di tanah air sendiri, mereka mengamalkan budaya itu dengan cara berbeza. "Lazimnya semasa waktu berbuka di Arab Saudi, kami akan aturkan sebuah kawasan, biasanya berdekatan masjid dengan meja panjang yang dipanggil meja Ramadan. Di situ semua orang akan menderma makanan untuk diedarkan kepada semua orang tanpa mengira latar belakang," kata Enase tentang budaya berbuka puasa di negaranya.

"Di Arab Saudi, ia umpama festival makanan," ujar Laila.

Menyentuh sambutan Syawal di Malaysia, Amal memberitahu, mereka akan ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga dan berjalan-jalan pada cuti hari raya.

"Sebelum itu, kami membeli-belah di KLCC, Pavilion dan pusat beli-belah sekitar itu. Tetapi kami tidak memilih abaya (pakaian wanita), gilbab (pakaian lelaki) atau hijab sahaja. Sebagai generasi moden, kami lebih gemarkan jean dan blaus," kata Enase.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Kukuhkan kehadiran di pasaran tempatan

Posted:

Kukuhkan kehadiran di pasaran tempatan

Kukuhkan kehadiran di pasaran tempatan

Oleh ADLAN JAAFAR

SYARIKAT Midea Scott & English Electronics (MSEE) Sdn. Bhd. bermula pada tahun 1995 sebagai pengedar tunggal barangan elektrik jenama LG di Malaysia.

Dikenali sebagai Scott & English Electronics (SEE) Sdn. Bhd., syarikat tersebut memperkenalkan produk keluaran dari Korea Selatan itu sehingga dikenali seperti hari ini.

Bagaimanapun pada tahun 2004, pihak LG membuat keputusan untuk mengambil alih dan menguruskan sendiri pemasaran produk mereka di negara ini.

Tindakan LG itu bukanlah satu pengakhiran kepada perniagaan SEE. Kali ini, tumpuan mereka ialah negara China pula.

Ini kerana China telah berkembang sebagai negara pengeluar barangan asli (OEM) kepada banyak jenama terkenal dunia sejak tahun 1960-an lagi.

OEM merupakan pengilang yang mengeluarkan produk-produk atau komponen untuk dibeli oleh syarikat lain dan seterusnya dijual dengan jenama syarikat pembeli.

OEM berkebolehan mengurangkan kos pengeluaran berbanding skala ekonomi semasa.

Bagaimanapun, hanya syarikat pembuatan yang mantap dan kukuh dapat meneruskan perniagaan dan berkembang, manakala yang kecil hilang begitu sahaja.

Secara kebetulan, salah satu syarikat OEM yang berdaya saing di China ialah Midea.

Syarikat itu menjual produk-produk Midea secara domestik dengan menggunakan jenama sendiri, manakala majoriti eksportnya masih lagi barang-barang OEM untuk jenama utama global.

Midea merupakan pengeluar pendingin udara dan peralatan rumah dan tersenarai sebagai antara jenama terkenal China sama seperti Haier dan Hisense.


PENDINGIN hawa mudah alih ini merupakan antara produk Midea yang unik.


Milik anak tempatan

Syarikat pembuatan tersebut mempunyai 12 buah pusat pengeluaran termasuk di Handan, Linfen, Wuxi, Hefei, Wuhan dan Jingzhou yang mengkhusus pada produk berbeza.

"Midea di China memahami bahawa penjenamaan yang lemah memberi kesan kepada keseluruhan jumlah jualan," terang Pengarah Urusan MSEE, Ng Kok Chin ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagaimanapun, pendapatan Midea pada tahun 2011 ialah sebanyak AS$22 bilion (RM70.57 bilion) dengan lebih 20 peratus disumbangkan oleh pasaran eksport iaitu melebihi RM20 bilion.

Setelah LG menarik diri, SEE mengorak langkah mencari peluang perniagaan baharu.

Lokasi yang ditujui ialah China dan pihak SEE tertarik dengan kemampuan Kumpulan Midea yang beribu pejabat di Shunde, Guangdong.

Pengeksport No.1

Syarikat Midea ketika ini mempunyai pekerja seramai kira-kira 180,000 orang. Ia merupakan syarikat yang paling komprehensif dalam pengeluaran rangkaian produk pengguna serta eksport.

"Kami tidak menjadi pengedar tunggal sebaliknya mengadakan usaha sama bersama Midea untuk memasarkan produk di negara ini," terang Kok Chin. Serentak dengan itu, SEE menukar nama menjadi MSEE.

Usaha sama tersebut membolehkan Midea memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2008.

Bermula daripada sebuah bengkel membuat penutup botol pada tahun 1968, Midea bertukar menjadi antara syarikat yang paling berjaya.

Midea kemudiannya menceburi bidang pembuatan kipas angin pada tahun 1980 dan telah mengadakan usaha sama dengan syarikat-syarikat terkenal global.

Tindakan itu menjadikan Midea sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan pendingin hawa.

Projek usaha sama itu pula membolehkan syarikat-syarikat ternama melakukan pemindahan teknologi kepada Midea.

Kini, Midea menjadi pengeksport nombor satu pendingin hawa untuk kediaman di China.


RANGKAIAN produk Midea merangkumi kipas angin dan mesin pensterilan.


Jika dilihat persaingan dengan jenama barangan elektrik di dunia, Kong Chin yakin syarikatnya boleh bersaing secara sihat.

"Kami yakin boleh bersaing kerana Midea terkenal dengan produk pendingin hawa selain memiliki rangkaian luas produk rumah, bisnes, industri dan bangunan.

"Midea di Malaysia juga baru membawa masuk pendingin hawa komersial tahun lalu," jelas Kong Chin.

Setiap produk yang dibawa masuk ke Malaysia diteliti dulu oleh MSEE supaya memenuhi kehendak penduduk di sini.

Selain itu, Perjanjian Perdagangan Bebas Barangan ASEAN-China (ACFTA) yang telah ditandatangani oleh negara-negara ASEAN dan China turut menjadi faktor Midea boleh bersaing dengan baik.

Berkuat kuasa 1 Januari 2010, sebanyak enam negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand serta China memansuhkan duti ke atas 90 peratus produk.

Menurut laporan akhbar tempatan pada 28 Ogos 2010, eksport di bawah ACFTA bagi Malaysia meningkat dengan teguh daripada RM5.6 bilion pada tahun 2007 kepada RM6.3 bilion pada 2008 dan RM23.4 bilion pada 2009.

Telefon pintar comel

Posted:

Telefon pintar comel

Telefon pintar comel


SIRI telefon ini terdapat dalam pelbagai warna.


POPULARITI telefon pintar pada hari ini membuatkan ramai orang ingin memilikinya, namun tidak semua mampu memandangkan harganya mencecah ribuan ringgit.

Begitupun, bagi yang mahu merasai pengalaman sebagai pengguna telefon pintar, Nokia Asha 501 mungkin sesuai.

Model baharu yang comel itu boleh didapati dalam enam warna iaitu merah, hitam, biru, putih, hijau dan kuning. Ia ditawarkan pada harga RM299 sahaja.

Nokia Asha 501 menggunakan sistem operasi siri S40 dan boleh memuat turun pelbagai aplikasi seperti CNN, eBuddy, ESPN, Facebook, Foursquare, Line, LinkedIn, Nimbuzz, Pictelligent, The Weather Channel, Twitter, WeChat dan World of Red Bull.

Ia dijana menggunakan perisian Nokia Asha platform 1.0 sebagai sistem operasi selain mempunyai memori sebanyak 128 megabait.

Menyentuh mengenai kamera, ia mempunyai kamera utama di belakang dengan 3.2 megapiksel tetapi tidak mempunyai kamera hadapan.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web Nokia di http://www.nokia.com.

Telefon dua kad SIM

Posted:

Telefon dua kad SIM

Telefon dua kad SIM


TELEFON pintar ini mempunyai dua kad SIM.


PENGELUAR telefon pintar global, HTC menawarkan pilihan bagi pasaran telefon sederhana, HTC Desire 600 Dual SIM. Lebih menarik, ia turut menawarkan pengalaman pada Sense 5.

Antaranya, HTC BlinkFeed dan BoomSound yang merupakan sebahagian daripada ciri-ciri yang terdapat pada HTC One.

Ia dilengkapi dengan sistem operasi Android Jelly Bena dan mempunyai prestasi yang sangat cepat, quad-core, manakala ciri Video Highlights membolehkan kreativiti dimaksimum pada harga murah.

HTC Desire 600 dwislot kad SIM memastikan kelajuan sistem lebih pantas melalui inovasi terkenal.

Pemegang dwikad SIM memberikan pengguna kebebasan umpama mempunyai dua telefon dalam satu peranti. Ia amat mudah untuk ditukar daripada satu akaun ke akaun lain dan pada masa yang sama mengejar kerjaya.

Dengan menghidupkan sistem pengaktifan dwi, ia membolehkan kedua-dua kad SIM aktif sepanjang masa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Anak yatim di Tapah beli-belah baju raya

Posted:

Anak yatim di Tapah beli-belah baju raya

Anak yatim di Tapah beli-belah baju raya

SAMSUDIN (berdiri dua dari kiri) bersama sebahagian daripada 50 anak yatim yang menerima sumbangan baju dan duit raya daripada Pusat Khidmat dan Aduan DUN Ayer Kuning di Gopeng, Perak baru-baru ini.


SYUKUR. Seramai 50 anak yatim dari sekitar Tapah menerima sumbangan pakaian raya daripada Pusat Khidmat dan Aduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di pasar raya Mydin RTC, Gopeng, Perak baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, anak-anak yatim berkenaan diberi kebebasan untuk memilih pakaian raya mereka sendiri di pasar raya tersebut dengan peruntukan RM200 setiap seorang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil Perak berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah itu juga masing-masing menerima sumbangan duit raya sebanyak RM50.

"Sebelum ini kita hanya memberi sumbangan duit raya kepada anak yatim berkenaan tetapi mulai tahun ini kita buat sedikit perubahan dengan meminta mereka memilih sendiri pakaian yang bakal digayakan pada pagi raya," katanya.

IRDA rai golongan kurang bernasib baik sambut lebaran

Posted:

IRDA rai golongan kurang bernasib baik sambut lebaran

IRDA rai golongan kurang bernasib baik sambut lebaran


ISMAIL (berdiri dua dari kanan) memberi sumbangan hamper kepada keluarga miskin sempena majlis berbuka puasa bersama IRDA di Danga Bay, Johor Bahru baru-baru ini.


RAI. Seramai 90 orang kurang bernasib baik diraikan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) pada majlis berbuka puasa di pekarangan tempat letak kereta pejabat IRDA di Danga Bay, Johor Bahru baru-baru ini.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim berkata, program tersebut merupakan acara tahunan IRDA pada bulan Ramadan untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik.

"Kita berharap bantuan ini dapat meringankan beban mereka dalam membuat persiapan Aidilfitri," katanya.

Dalam majlis itu juga, sebanyak 25 keluarga miskin dari kawasan Senai, Kulaijaya, Pontian, Nusajaya, Gelang Patah, Pasir Gudang, Ulu Tiram dan Johor Bahru itu menerima sumbangan bernilai RM400 setiap keluarga terdiri daripada barangan keperluan harian, pakaian dan duit raya.

Ahli PBPM, berbuka puasa dengan bufet Arab

Posted:

Ahli PBPM, berbuka puasa dengan bufet Arab

Ahli PBPM, berbuka puasa dengan bufet Arab


SHAFIE (berdiri) melayan tetamu yang hadir di majlis berbuka puasa bersama ahli PBPM di Restoran Al-Rawsha, Kampung Pandan baru-baru ini.


MERIAH. Kira-kira 50 ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) hadir pada majlis berbuka puasa di Restoran Al-Rawsha, Kampung Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Presidennya, Shafie Bakri berkata, penganjuran aktiviti sedemikian antara inisiatif pihak persatuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan bekas anggota polis di negara ini.

Turut memeriahkan majlis, Ahli Majlis Tertinggi dan exco PBPM.

Tetamu yang hadir termasuk petugas media dijamu dengan hidangan bufet masakan Arab.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Beli hartanah punca dibunuh

Posted:

Beli hartanah punca dibunuh

Beli hartanah punca dibunuh

MEI KUEN yang cedera ditembak (bertutup muka) dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk membuat pengecaman mayat suaminya.


KUALA LUMPUR - Siasatan polis mendapati penjenayah telah merancang lebih awal untuk membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di kawasan letak kereta sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon dekat Bukit Bintang di sini kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, rumusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di tokong tersebut.

Katanya, rakaman itu jelas menunjukkan keseluruhan kejadian termasuk merakam wajah penembak upahan tersebut yang melepaskan tembakan ke arah Hussain, 75, dan isterinya, Cheong Mei Kuan, 49.

"Polis yakin dengan perkembangan positif ini kita akan dapat memberkas suspek berkenaan dan diharap dapat membongkar dalang yang terlibat.

"Kita juga percaya motif kejadian itu ada kaitan dengan urusan jual beli hartanah namun kita masih memperkemaskan siasatan dengan mengambil keterangan saksi-saksi," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis diarah bertindak tegas

Posted:

Polis diarah bertindak tegas

Polis diarah bertindak tegas


Najib Tun Razak


PUTRAJAYA - Kerajaan sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan apa sahaja yang perlu, mengikut asas dan kemampuan, untuk menambah keberkesanan dalam usaha memerangi jenayah, khususnya jenayah berat, di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri turut melahirkan kebimbangan terhadap beberapa kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku mutakhir ini.

Menurutnya, kejadian seumpama itu akan menyentuh perasaan, keyakinan serta menambah kebimbangan rakyat terhadap soal keselamatan dan jenayah berat dalam negara.

"Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berterusan. tindakan segera dan serius perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengembalikan ketenteraman dan keyakinan rakyat," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2013 di Kementerian Kewangan di sini semalam.

Sehubungan itu, Najib mahu polis mengambil tindakan segera untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap apa yang berlaku mutakhir ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Video hina Islam di YouTube

Posted:

Video hina Islam di YouTube

Video hina Islam di YouTube


LELAKI yang memakai baju Melayu dilihat melayan tiga ekor anjing sebelum membuka kuih dalam rakaman video yang dimuat naik menerusi YouTube.


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video yang dikatakan menghina Islam bertajuk 1 Hari Di Hari Raya yang disiarkan dalam laman YouTube.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video itu yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM mengambil tindakan untuk menyiasat video itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


New York destinasi cita-cita

Posted:

New York destinasi cita-cita

New York destinasi cita-cita

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

"CANTIK, lembutkan sedikit hujung jari. Tangan kena melentik lagi," gamat Studio Utusan Melayu (M) Bhd. dengan arahan profesional si jurugambar, Rashid Mahfof pada sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini.

Di tengah-tengahnya, berdiri seorang wanita yang diapit lampu studio, akur bergerak mengikut kehendak jurugambar itu. Tiada rungutan atau tanda bantahan disuarakan mahupun ekspresi letih diriakkan pada wajah anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu.

"Beginilah saya, masih belajar menjadi model yang baik setiap kali dipanggil untuk sesi fotografi," akui empunya diri, Dayang Nur Atikah Karim atau lebih mesra dipanggil Atikah.

Meskipun disogok letih berpuasa, energi Atikah tidak sedikit pun terkurang usai sesi fotografi yang memakan masa hampir empat jam itu.

Personaliti bersahaja ditonjolkan Atikah tanpa kekok saat sesi temu bual sangat mencuit hati, mengikis persepsi pasif individu terhadap seorang peragawati yang sedang meniti fasa populariti.

"Saya lebih suka berjalan di atas pentas peragaan. Mungkin ia lebih mudah berbanding beraksi di hadapan lensa kamera. Menghidupkan karakter dalam sekeping gambar merupakan satu tugas berat. Ekspresi dan emosi perlu dizahirkan pada raut wajah dengan bijak agar tampak semula jadi.

"Supermodel antarabangsa seperti Chanel Iman antara rujukan utama dan sumber inspirasi saya dalam bidang peragaan," cerita anak ketiga daripada empat adik-beradik itu penuh galak.

Tiga tahun mencuba nasib, tiga tahun merebut ruang dalam industri fesyen tempatan dan tiga tahun yang membuahkan hasil, nyata tempoh itu melakar fasa termanis kepada Atikah.

Selepas menjuarai Ford Models Supermodel of the World Search Malaysia 2011 anjuran STYLO, kelibat Atikah semakin kerap dilihat pada pertunjukan-pertunjukan fesyen tanah air.

KEBARUNG pesak bawah lengkap bersama kerongsang menjadikan penampilan anak Kota Kinabalu ini tampak klasik mempesona.


Wajahnya ibarat wajib disenaraikan, bukan auta, malah ia realiti yang berlaku dalam arena fesyen tempatan.

Rupa eksotik campuran darah Bajau dan Brunei, kulit hitam manis dan ketinggian idaman para gadis, secara automatik memberi kelebihan kepada Atikah untuk mengorak langkah dalam bidang peragaan.

Bakat ranum Atikah turut dilirik agensi model antarabangsa. Tawaran uji bakat (casting) di New York, Amerika Syarikat digenggam rapat Atikah, menjadi api nyalaan semangat untuk direalisasikan.

Katanya: "Mungkin dua tahun lagi saya akan ke New York untuk casting di agensi tersebut. Saya masih menyimpan duit untuk menampung perbelanjaan penerbangan, penginapan dan keperluan asas lain ketika berada di sana.

"Ibu saya juga menyatakan hasrat untuk menemani saya di New York nanti. Harap-harap perancangan tersebut berjalan lancar."

Pelajar sepenuh masa

Menjelmakan impian menjadi kenyataan memerlukan kerja keras dan semangat yang berterusan.

Demikianlah Atikah, berumur 20 tahun bukan bermaksud dia boleh senang-lenang berhibur menikmati alam muda-mudi tanpa panduan serius dalam hidup.

Keseronokan mengumpul wang sendiri hasil bayaran sebagai model sambilan pernah melekakan Atikah sejenak. Namun, dia yang merupakan penuntut Diploma Reka Bentuk Multimedia, Taylor's University Lakeside Campus, Petaling Jaya, Selangor, kembali meletakkan pelajaran sebagai keutamaan.

"Ramai orang ingat saya model sepenuh masa. Mereka tidak tahu saya masih seorang pelajar dan buat masa sekarang, pendidikan mesti didahulukan berbanding kerjaya sampingan.

"Menjadi pelajar dan model serentak memang susah. Awal-awal dulu mungkin saya kurang bijak membahagi masa sampai pelajaran sedikit terabai, tetapi kini saya tahu tawaran kerja mana yang perlu ditolak supaya tidak bercanggah dengan jadual kelas," serius butir kata Atikah memberi penjelasan.

Kesempitan waktu membuatkan Atikah jarang berpeluang pulang ke Sabah untuk melepaskan rindu bertemu orang tuanya. Jika balik sekalipun, tempoh yang diperoleh amat pendek dan dirasakan tidak puas untuk bermesra bersama keluarga.

Menjelang Aidilfitri tahun ini, ruang waktu buat keluarga di Kampung Tanjung Aru dipanjangkan Atikah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ujarnya: "Cuti raya tahun ini bersambung dengan cuti semester. Jadi dapatlah saya duduk di Sabah selama hampir dua minggu. Selalunya cuti seminggu sahaja."

ANTARA pertunjukan fesyen awal yang disertai Atikah sebelum berkecimpung secara serius dalam bidang peragaan.


Tolak diet

Apa yang pasti, setibanya raya, segala bentuk pantang makan dan minum dimansuhkan Atikah serta-merta. Pada hari kemenangan umat Islam itu, Atikah tidak ralat menjamah makanan dalam kumpulan 'menggemukkan'.

"Buat apa diet pada hari raya? Musim perayaan kena tolak tepi soal penjagaan badan sebab sepanjang bulan puasa saya jaga makan dengan penuh disiplin. Masuk raya kedua atau ketiga baru saya kembali menjaga pemakanan," ikhlas pengakuan Atikah kepada Stailo.

Lemang bersama kari ayam dan rendang merupakan juadah wajib Atikah pada pagi raya. Tidak ketinggalan kuih cincin dan biskut cip coklat yang menjadi kemestian Atikah setiap Syawal.

Tradisi berkumpul di rumah arwah neneknya pula masih diteruskan meskipun neneknya telah meninggal dunia tiga tahun lepas.

"Sejak kecil saya dan saudara-mara belah ibu beraya bersama-sama di rumah nenek. Saya masih ingat, waktu kecil dahulu, kami beramai-ramai beratur mengutip duit raya. Itu antara momen raya paling menyeronokkan ketika saya masih kanak-kanak.

"Baju raya pula selalunya saya pakai baju kurung yang dibeli siap atau ditempah. Sekarang bila sudah dewasa, lagi kuat saya melaram. Tahun ini sahaja saya sudah sediakan empat pasang busana termasuk kurung moden dan peplum," sakan Atikah berkongsi kisah lalunya yang suka berbulu mata palsu.

Gaya idealis lebaran

Posted:

Gaya idealis lebaran

Gaya idealis lebaran

BUSANA yang menggunakan material likra ini memberikan keselesaan berpanjangan kepada golongan wanita.


AIDILFITRI tidak lagi berkait pada seragam wajib seperti baju kurung, kebaya atau kebarung yang klasik rekaannya. Peralihan cita rasa kaum Hawa dalam bergaya pada pagi Syawal telah merombak tata gaya berulang setiap kali perayaan terbesar umat Islam itu tiba.

Permintaan tinggi wanita Malaysia terhadap busana aliran terkini khususnya kurung moden membuka peluang kepada para pereka tempatan untuk mengetengahkan kreativiti masing-masing. Lantas tercetuslah busana dengan potongan, warna dan perincian baharu yang mendominasi pasaran pada masa kini.

Pereka duo negara, Wanpa antara jenama tanah air yang kian mekar prestijnya, mula menjadi pilihan golongan wanita setiap kali menjelang lebaran. Rekaan moden minimalis signatur Wanpa nyata menggendong nama paduan dua lelaki itu ke paras membanggakan.

Tahun ini tidak kurang hebatnya, Wanpa menampilkan rekaan ringkas elegan yang mencipta gaya merentas zaman dengan mudah. Menolak kegilaan umum terhadap peplum, busana Aidilfitri ciptaan Rashid Omar dan Wan Mohd. Ridzuan Wan Ismail kali ini memaksimumkan penggunaan fabrik likra.


PERINCIAN daun gangsa pada bahagian kolar baju menambahkan ciri eksklusif kepada si pemakai.


"Material likra mudah meregang dan melekap. Jadi ia sempurna digunakan untuk pakaian hari raya, menepati suasana dan cuaca negara. Keselesaan si pemakai juga dapat dipanjangkan sehingga ke petang, melenyapkan rasa rimas yang sering dialami wanita.

"Ada juga koleksi raya kami menggunakan fabrik sifon dan broked," tambah Rashid, 29, kepada Stailo.

Rona-rona pastel melatari indah busana lebaran Wanpa, lembut mempesona pandangan sesiapapun yang melihat. Ia mengalir sempurna dalam penampilan seorang perempuan yang mahukan imej feminin lengkap bersama sensasi elegan.

Jika mahu lebih 'hidup' dalam persalinan Aidilfitri anda, pilih warna-warna ceria (candy) yang tidak terlalu menjerit gandingannya. Bukan apa, dalam kemeriahan Syawal, penampilan harus sederhana dan tidak berlebihan. Busana Wanpa cukup idealis bagi anda yang bijak membentuk gaya berpada-pada.

"Perincian juga tidak sarat. Kami menggunakan batu berwarna untuk dipadankan bersama busana rona pastel. Paduan dua elemen ini menghasilkan persalinan yang anggun namun minimum," ujar Wan Mohd. Ridzuan yang mengumumkan mereka juga menerima tempahan sempena majlis rumah terbuka. - ALIF ABU BAKAR

Wangian alam L'occitane

Posted:

Wangian alam L'occitane

Wangian alam L'occitane


VARIASI pilihan minyak wangi baharu L'occitane, La Collection de Grasse.


BAU-BAUAN mempunyai keupayaan untuk membuai perasaan dan membangkitkan memori sesuatu peristiwa. Kita lantas teringat setiap momen indah bersama teman istimewa ketika menghidu haruman tertentu.

Tahun ini, L'occitane memberi penghormatan kepada rantau Grasse, Perancis yang terkenal sebagai lokasi pakar-pakar minyak wangi dunia untuk belajar membuat haruman dan mengasah kemahiran mereka. Penghargaan itu menghasilkan La Collection de Grasse yang merangkumi empat wangian iaitu Jasmin & Bergamote, Magnolia & Mure, Vanille & Narcisse atau The Vert & Bigarade.

Koleksi ini membawa penggemar L'occitane menyusuri perjalanan deria bau melalui bahan yang diperoleh dari seluruh dunia antaranya ialah beri hitam dari Selatan Perancis, teh hijau dari Jepun dan Bitter Orange dari Tunisia.

Gandingan dua bahan menghasilkan keharmonian hasil sentuhan kreatif pembuat minyak wangi, Karine Dubreuil. Hanya ekstrak terbaik digunakan dalam wangian ini untuk mencerminkan ketelusan dan kejernihan setiap bahan.

Setiap haruman itu disertakan bersama empat produk lain iaitu pelembab badan, gel mandian, semburan kabus rambut dan sabun wangi. Setiap item dijual secara berasingan pada harga bermula RM37. Bagi wangian utama pula berharga RM225 dan boleh didapati di semua rangkaian L'occitane, bermula 1 Ogos 2013.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penyokong Morsi anjur protes sejuta orang

Posted:

Penyokong Morsi anjur protes sejuta orang

Penyokong Morsi anjur protes sejuta orang

PARA penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi bersolat beramai-ramai di Bandar Nasr, Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi meminta protes baharu diadakan semalam, sekali gus meruncingkan lagi krisis dalaman negara berkenaan.

Perkembangan itu berlaku ketika ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan pembangkang Mesir.

Dalam satu kenyataannya, Ashton meminta supaya proses peralihan kuasa di Mesir melibatkan semua pihak termasuk pergerakan Islam terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin.

"Saya juga mengulangi gesaan supaya semua keganasan dihenti- kan. Saya amat kesal dengan kehilangan nyawa yang berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Perikatan Anti-Rampasan Kuasa yang meng- anjurkan bantahan menentang tindakan tentera menggulingkan Morsi menggesa penunjuk perasaan berarak menuju bangunan-bangunan keselamatan semalam.

Kumpulan tersebut turut meminta agar sejuta penduduk Mesir keluar mengadakan bantahan hari ini.

Gesaan itu dibuat selepas Majlis Pertahanan Negara memberi amaran kelmarin pihaknya akan bertindak tegas terhadap penunjuk perasaan jika mereka melampaui batas.

Ketegangan di negara itu memuncak selepas sebanyak 72 penunjuk perasaan terbunuh dalam perhimpunan pro-Morsi yang diadakan di sini pada Sabtu lalu.

"Kami menyeru sejuta orang berarak esok (hari ini)," kata seorang wakil Perikatan Anti-Rampasan kuasa dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beribu-ribu penyokong Morsi masih berkhemah di dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya, tempat tunjuk perasaan menentang kerajaan peralihan Mesir bermula.

Terdahulu, sumber kumpulan tersebut menyatakan, dua pemimpin parti politik yang menyokong Ikhwanul Muslimin, Abul Ala Mady dan penolongnya, Essam Sultan telah ditahan pihak berkuasa Mesir kelmarin. - AFP

Chef ketua negara jamu orang miskin

Posted:

Chef ketua negara jamu orang miskin

Chef ketua negara jamu orang miskin


SERAMAI 20 chef terlibat dalam menyediakan juadah kepada penduduk miskin di Xavier Mission, New York.


NEW YORK - Sekumpulan chef tersohor yang memasak untuk ketua-ketua negara berhimpun bagi menyediakan juadah kepada penduduk miskin di sini kelmarin.

Acara tersebut turut diadakan bagi menjana sumbangan untuk mengisi dana bank makanan tempatan.

Dana itu digunakan bagi menyediakan makanan kepada penduduk miskin di sini.

Seramai 20 orang chef terlibat dalam acara yang julung-julung kali diadakan itu.

Mereka termasuk Chef Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Ratu Elizabeth II, Presiden Perancis, Raja Sweden, Canselor Jerman, Presiden India, Raja Thailand dan Putera Monaco.

Semua chef tersebut bekerja menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada "tetamu istimewa" di ruang makan Xavier Mission.

Mereka turut menghidangkan makanan yang dimasak itu kepada penduduk miskin berkenaan. - AFP

Pembangkang tolak keputusan pilihan raya umum Kemboja

Posted:

Pembangkang tolak keputusan pilihan raya umum Kemboja

Pembangkang tolak keputusan pilihan raya umum Kemboja


SEORANG pemuda menendang sebuah kereta polis berdekatan pusat pegundian di daerah Stung Meanchey, Phnom Penh kelmarin.


PHNOM PENH - Parti pembangkang utama Kemboja semalam menolak keputusan pilihan raya umum oleh kerajaan yang menyatakan kemenangan berpihak kepada parti pimpinan Perdana Menteri Hun Sen.

Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) sebaliknya mahu siasatan dilakukan berhubung dakwaan manipulasi besar-besaran senarai daftar pemilih.

Menurut CNRP, satu jawatankuasa disertai oleh wakil parti politik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak berkuasa pilihan raya dan pertubuhan bukan kerajaan perlu ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan itu.

"Terdapat 1.3 juta orang yang nama mereka hilang dan tidak dapat mengundi. Kerajaan) menghapuskan hak kami untuk mengundi, bagaimana kami boleh mengiktiraf pilihan raya ini?" kata pemimpin pembangkang, Sam Rainsy.

"Ada lebih sejuta nama pengundi hantu, nama yang hanya wujud atas kertas yang boleh ditukar menjadi undi. Kita tidak boleh menerima keputusan ini," tambahnya.

CNRP menyatakan jawatankuasa itu perlu menyiapkan laporannya menjelang 31 Ogos depan.

Kelmarin, suruhanjaya pilihan raya mengumumkan Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen memperoleh 68 daripada 123 kerusi Parlimen manakala 55 kerusi lagi dimenangi oleh CNRP.

Keputusan tersebut menyaksikan sokongan rakyat kepada CPP kini merosot jauh selepas Hun Sen mentadbir negara selama 28 tahun.

Sebelum pilihan raya diadakan, CPP menguasai 90 kerusi Parlimen dan CNRP 29 kerusi dengan baki empat kerusi diduduki beberapa parti politik kurang popular.

CPP yang disokong media kerajaan dan sumber kewangan kukuh sebelum ini menyatakan, pihaknya yakin akan menang besar pada pilihan raya kali ini.

Di bawah pemerintahan Hun Sen, ekonomi Kemboja berubah menjadi antara yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara.

Ekonomi negara itu banyak dibantu oleh eksport kain dan pelaburan dari China.

Namun, satu pertiga daripada 14 juta penduduk Kemboja masih hidup dengan pendapatan bawah AS$0.65 (RM2) sehari. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rakyat Malaysia didakwa jalankan perniagaan dadah dari dalam Penjara Cipinang

Posted:

Rakyat Malaysia didakwa jalankan perniagaan dadah dari dalam Penjara Cipinang

Rakyat Malaysia didakwa jalankan perniagaan dadah dari dalam Penjara Cipinang

30/07/2013 9:07pm

JAKARTA - Seorang rakyat Malaysia yang telah dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan dadah dan sedang ditahan di Penjara Cipinang, Jakarta Timur, didakwa masih meneruskan perniagaan dadah dari dalam penjara.

Dia dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah pada tahun 2012 setelah didapati bersalah mengedar 350 kilogram dadah. Semasa ditahan di dalam penjara, dia dikatakan mempunyai lima buah telefon bimbit.

Dia didakwa melakukan perniagaan dadah itu bersama seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara empat setengah tahun di penjara itu dan lima suspek lain, media tempatan melaporkan pada Selasa.

Berikutan penangkapan ketujuh-tujuh mereka, polis merampas 10.576 kilogram syabu dan 500 biji pil ekstasi daripada mereka, yang dianggarkan bernilai 22 bilion Rupiah.

Berita penglibatan rakyat Malaysia itu menyusul kontroversi tentang skandal perniagaan dadah dari dalam Penjara Cipinang yang menjadi perhatian media tempatan sejak beberapa hari lalu.

Kontroversi itu tercetus selepas seorang model majalah dewasa, Vanny Rossyane, mendedahkan kepada wartawan bahawa beliau sering berkunjung ke Penjara Cipinang untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang banduan yang juga kekasihnya dan mereka bebas mengambil dadah di dalam penjara itu. - Bernama

KPN jamin PDRM pertingkat penguatkuasaan atasi jenayah berat

Posted:

KPN jamin PDRM pertingkat penguatkuasaan atasi jenayah berat

KPN jamin PDRM pertingkat penguatkuasaan atasi jenayah berat

30/07/2013 9:05pm

PETALING JAYA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkat penguatkuasaan keselamatan, terutama bagi mengatasi jenayah berat yang berleluasa melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api.

Beliau berkata, PDRM berharap langkah itu dapat membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan keamanan di negara ini.

"Kami (polis) faham masalah yang membelenggu rakyat ketika ini. Saya sebagai Ketua Polis Negara berjanji akan melakukan apa sahaja demi meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan orang ramai dan keamanan di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat siri 3/2013 di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Khalid diminta mengulas kebimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan beberapa kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku mutakhir ini.

Najib berkata, kejadian seumpama itu akan menyentuh perasaan dan keyakinan serta menambah kebimbangan rakyat terhadap soal keselamatan dan jenayah berat dalam negara. - Bernama

Jakim bantah cadangan pembangunan bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan

Posted:

Jakim bantah cadangan pembangunan bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan

Jakim bantah cadangan pembangunan bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan

30/07/2013 8:47pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membantah cadangan pembangunan di dua lot tanah di Jalan Changkat Kiara Hartamas di sini, yang terletak bersebelahan masjid itu.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, ini kerana cadangan projek itu tidak sesuai memandangkan kedudukannya yang terlalu hampir dengan tempat ibadat bertaraf masjid negeri itu.

Katanya, projek itu didapati melibatkan pembinaan beberapa menara berketinggian 49, 47, 37 dan lapan tingkat yang pasti menghalang pandangan masjid dari arah barat, barat laut dan barat daya, sekali gus menghilangkan daripada pandangan menara masjid yang menjadi identiti dan mercu tanda keIslaman setempat.

"Cadangan pembangunan ini dirasakan tidak sesuai kerana dipercayai akan mengundang konflik sosial dan berkemungkinan mendapat bantahan penghuni mengenai seruan azan lima, khutbah dan syarahan keagamaan Islam yang mungkin bertukar menjadi isu sensitif melibatkan agama," kata Othman dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pembangunan komersil seperti itu juga akan menyebabkan pertumbuhan premis seperti restoran, pusat hiburan, kelab malam, karaoke dan aktiviti berunsurkan maksiat. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz

Posted:

Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz

Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz

SPIDERMAN, Superman dan Batman antara naskhah adi wira popular yang telah banyak kali menukar teraju utamanya.

Tidak salah untuk menyatakan bahawa setiap penerbitan siri filem adi wira tersebut mengikut zon zaman berbeza memberikan impak yang berasingan, malah penceritaan juga dinamik dan sering diolah supaya kena dengan situasi semasa.

Begitu juga sekuel kedua filem Cicakman iaitu Cicakman 3 yang bakal memula- kan penggambaran tidak lama lagi.

Tiga teraju utama asal iaitu Saiful Apek, Fasha Sandha dan Aznil Nawawi masing-masing kini diganti oleh Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz.

Ramai yang barangkali menyangka bahawa Cicakman 3 menampilkan karakter baharu menggantikan watak asal Hairi (lakonan Saiful Apek) menerusi Cicakman dan sekuelnya, Cicakman 2 - Planet Hitam yang merupakan adiwira Cicakman di bandar Metrofulus.

Hakikatnya, menurut pengarah Cicakman 3, Yusri Abdul Halim, filem itu pada dasarnya adalah kesinambungan kepada kehidupan adi wira Cicakman baharu dan watak Hairi yang digalas Saiful Apek sebelum ini tidak dimatikan secara total.

"Karakter Hairi (Saiful Apek) dikatakan telah merajuk dan berjauh hati untuk terus berkhidmat sebagai Cicakman, namun dia bakal digantikan oleh Man yang dilakonkan oleh Zizan," ujarnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar pengumuman Cicakman 3 di Peninsula Residence, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut perkembangan karakter Man atau Cicakman, heroin baharu Linda dan watak antagonis Adam atau SuperBro, Zizan, Lisa dan Fizz berkongsi pandangan.

Zizan enggan dibayangi Apek

Perbandingan pastinya perkara pokok yang timbul setiap kali muncul sekuel adi wira dan Zizan harus mengakui situasi itu sedikit sebanyak akan tercetus apabila filem tersebut ditayangkan kelak.

"Apek ada karakter dan bahasa badan dia sendiri sebagai seorang Cicakman. Begitu juga saya, maka masing-masing mempunyai keunikan sendiri dan penonton harus akur akan hal ini.

"Soal perbandingan sudah menjadi kelaziman tapi anggap saja sekuel baharu adalah permulaan dan penerimaan watak baharu," jelasnya.

FIZZ, Lisa Surihani dan Zizan dijangka memberi suntikan baharu dan lebih segar buat siri terbaharu francais Cicakman.


Menerima tawaran membintangi Cicakman 3, kata Zizan, selain mempunyai skrip dan jalan cerita yang menarik, filem itu juga merealisasikan impiannya bergandingan dengan Lisa Surihani sebagai pasangan suami isteri.

"Pertama kali saya melakonkan watak sebagai seorang suami dan itu juga antara sebabnya saya menerima tawaran ini.

"Berlakon dengan Lisa yang kehidupan realitinya seorang isteri kepada penga- rah filem ini perlu profesional. Memang mula-mula rasa kekok tapi saya membayangkan saya bercinta dengan watak Linda bukannya Lisa.

"Untuk menjadi seorang adi wira, seseorang itu perlulah kental dan harus bersedia luar dan dalam. Saya bangga, terkejut dan teruja untuk mula beraksi dalam Cicakman 3," kata Zizan yang cuba untuk melakukan lagak ngerinya sendiri.

Yusri minta Lisa mesra

Bekerja di bawah arahan suami sendiri pada mulanya bukan perkara mudah bagi Lisa Surihani.

Namun, bagi pendukung watak Linda dalam Cicakman 3, dia menganggap situasi itu sebagai tanggungjawabnya sebagai anak seni.

"Saya teruja sebenarnya untuk bekerja di bawah arahan suami sendiri. Di set penggambaran kami adalah pekerja dan perlu profesional tapi apabila di rumah hubungan kami adalah suami isteri.

"Yusri merupakan seorang yang terbuka terutama proses manipulasi watak. Di depan dia sendiri saya dan Zizan membina keserasian dan dia yang mengarahkan untuk saya lebih mesra dengan watak utama iaitu Man.

"Ketika sesi bacaan skrip awal juga, Yusri yang memberikan nama timang- timangan manja untuk saya dan Zizan supaya lebih nampak semula jadi.

"Sejujurnya, memang kami tiada isu untuk saya berlakon bersama lelaki lain sementelah memegang watak sebagai seorang isteri.

"Yusri bukan seorang yang senang cemburu dan apa saja yang pengarah mahukan saya sebagai pelakon perlu mencuba walaupun pengarah itu bukan suami saya sendiri," tegasnya.

Lisa menyifatkan watak Linda seorang yang idealis dan mencintai Man disebabkan sifat jejaka itu yang kelakar, malah watak tersebut bukan seorang wanita yang terlalu kompleks.

FIZZ sekali lagi bergandingan bersama Zizan menerusi naskhah Cicakman 3 selepas sama-sama membintangi filem Hantu Kapcai pada tahun lepas.


Fizz adiwira kedua

Muncul sebagai SuperBro dalam Cicakman 3, watak itu bertindak sebagai iaitu adiwira baharu di bandar Metro- fulus iaitu SuperBro selepas ketiadaan Cicakman (Hairi).

Namun, Adam bertukar menjadi antagonis apabila Cicakman baharu iaitu Man muncul.

Berpeluang bergandingan dengan Zizan, Fizz mengakui cukup teruja kerana mereka pernah bergandingan dalam filem Hantu Kapcai pada tahun lalu.

"Saya dan Zizan pernah digandingkan bersama sebelum ini dan rasanya tidak sukar untuk saya 'menumpaskan' dia sebagai lawan saya kali ini.

"Apabila ditawarkan watak seorang anggota polis bernama Adam yang juga merupakan adi wira baharu di kota Metrofulus iaitu SuperBro, adalah sukar untuk saya menolak tawaran ini.

"Watak Adam sedikit kompleks berbanding watak Man yang berubah menjadi Cicakman.

Adam pada masa sama menjadi SuperBro tapi di lain ketika cuba merebut kembali cintanya kepada Linda," tambahnya.

Cicakman 3 amat relevan dengan latar emosi manusia yang mempunyai jenaka, drama, konflik kekeluargaan, dendam, cinta dan tamakkan kuasa.

Filem itu mengisahkan Man, peminat tegar Cicakman yang kecewa kerana terpaksa berpisah dengan isterinya, Linda dan anaknya, Boboy lalu cuba membuktikan dia mampu berubah.

Keadaan semakin tertekan apabila Adam, bekas rakan persekolahan mereka cuba memenangi hati Linda, namun kehidupan Man pula berubah apabila dia menemui sebuah kotak rahsia peninggalan Cicakman dan Man belajar menjadi Cicakman baharu.

Majlis berbuka puasa Hot FM meriah

Posted:

Majlis berbuka puasa Hot FM meriah

Majlis berbuka puasa Hot FM meriah

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


SESI bergambar bersama barisan penyampai radio Hot FM, artis dan kanak-kanak dari rumah Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor selepas selesai berbuka puasa.


SEMPENA kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, tidak dinafikan pelbagai pihak menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama golongan kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim.

Pada 17 Julai lalu, stesen radio popular Hot FM memeriahkan lagi suasana bulan yang mulia ini dengan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, setiap kali bulan Ramadan tiap- tiap tahun, Hot FM tidak pernah ketinggalan menganjurkan majlis sedemi- kian.

"Ini merupakan tahun keempat Hot FM mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dan pada masa yang sama meraikan rakan-rakan media yang banyak menyokong kami selama ini.

"Kali ini, majlis yang dianjurkan juga sedikit berbeza kerana diadakan dalam suasana yang lebih meriah dengan kehadiran kira-kira 300 tetamu," ujarnya ketika ditemui selepas majlis berakhir.

Menurut Seelan, majlis berkenaan menjadi lebih menarik apabila ia turut dihadiri oleh barisan penyampai radio Hot FM seperti Fara Fauzana, Kieran, Sharifah Aleya, Ikhwan, Chad dan Deen.

Ujarnya, dengan kemunculan beberapa penyampai radio Hot FM semasa majlis tersebut ternyata memberi peluang kepada mereka untuk bermesra dengan tetamu serta anak-anak yatim yang hadir.

"Tidak dinafikan ada antara penyampai yang mempunyai jadual yang padat untuk memenuhi pelbagai undangan berbuka puasa, namun mereka masih tetap meluangkan masa untuk memeriahkan majlis ini," ujarnya.


(BERDIRI tiga dari kiri): Fara, Aleya, Deen dan Kieran sibuk melayan tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa anjuran stesen Hot FM.


Sementara itu, Fara Fauzana yang ditemui menyatakan bahawa dia cukup teruja dan gembira kerana berpeluang untuk mendekati golongan kurang bernasib baik.

Jelas Fara, biar sesibuk mana sekali- pun jadual hariannya sebagai penyampai radio dan pengacara, dia seboleh-bolehnya memang mahu hadir pada majlis yang membabitkan anak-anak yatim.

"Secara kebetulan, saya memang tidak terbabit dengan sebarang aktiviti hari ini. Jadi, saya bersyukur kerana berpeluang untuk memeriahkan lagi majlis yang dianjurkan ini," ujarnya.

Program raya

Pada majlis tersebut, Seelan turut ditanya mengenai program-program menarik yang akan disiarkan di stesen radio Hot FM sepanjang sambutan Aidilfitri nanti.

Jelas Seelan, untuk menampilkan sedikit kelainan berbanding stesen-stesen radio yang lain, pihaknya akan menyiar- kan beberapa program istimewa untuk para pendengar.

"Pengisian program sepanjang Aidilfitri pastinya menarik untuk diikuti, terutamanya ketika pendengar yang beragama Islam dalam perjalanan berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat semasa beraya.

"Selain itu, kami juga sudah merancang untuk tidak menyiarkan terlalu banyak lagu raya seperti tahun-tahun sebelum ini. Namun begitu, dengan pengisian program yang telah diaturkan, kami yakin ia mampu menghiburkan pendengar," ujarnya.

Antara program yang akan disiarkan di stesen Hot FM sepanjang Aidilfitri ini seperti Hot FM Akustika Raya, In Person Bersama Nicholas Saputra, Hero Aidilfitri, Hot FM 30 Edisi Raya, ND Lala & Shila Amzah Di Raya Paling Hangat, 4 Suara dan Aidilfitri Di Perantauan.

Diana Amir nikah tahun ini juga

Posted:

Diana Amir nikah tahun ini juga

Diana Amir nikah tahun ini juga

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

FIGURA ini sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk bergelar seorang isteri.


SEMENJAK mengambil keputusan untuk berhijab kira-kira dua tahun lalu, ternyata pelakon Diana Amir sudah agak jarang muncul di kaca televisyen atau layar perak.

Berkesempatan menemui Diana pada majlis berbuka puasa anjuran Metrowealth baru-baru ini, dia mengakui terpaksa menolak banyak tawaran berlakon lantaran watak yang kurang sesuai.

Kali terakhir berlakon dalam filem Salam Cinta pada tahun lalu, Diana menyatakan, sehingga kini dia masih lagi aktif berlakon dan kekal bernaung di bawah Metrowealth sehingga bulan Februari 2015.

Diana yang turut bergelar pengacara rancangan SIS terbitan TV9 itu berkata, kini dia masih lagi menunggu sekiranya ada tawaran yang memerlukannya membawa watak yang sesuai dengan penampilannya sekarang.

Kosmo!: Ketika ini Diana dilihat seperti sudah tidak aktif berlakon. Adakah Diana mahu melupakan terus bidang lakonan?

DIANA: Perkara tersebut memang benar-benar terjadi sejak saya mengubah penampilan kepada bertudung sekarang. Tawaran berlakon masih lagi ada, cuma watak yang diberikan tidak sesuai dengan penampilan saya.

Bagaimanapun, saya tidaklah terlalu memilih sangat apabila ditawarkan berlakon dan tidak semestinya saya memilih drama atau filem yang berbentuk keagamaan.

Asalkan jalan ceritanya yang memberi mesej positif kepada penonton pun saya terima.

Adakah Diana pernah mengadakan perbincangan tentang masa depan karier lakonan anda dengan Metrowealth?

Saya pernah berbincang dengan bos Metrowealth iaitu David Teo tentang karier saya. Kemudian dia memberitahu bahawa setakat ini masih belum ada filem atau drama yang sesuai untuk ditawarkan kepada saya.

Sebenarnya saya tidak kisah kalau tidak banyak mendapat tawaran kerana percaya rezeki itu di tangan Allah. Lagipun, kalau tidak berlakon saya masih ada lagi punca pendapatan lain untuk menampung kehidupan seharian saya.

DIANA AMIR mengakui pernah berbincang dengan David Teo tentang masa depan karier lakonannya.


Memandangkan anda tidak aktif berlakon, apakah aktiviti yang dilakukan sekarang?

Baru-baru ini saya baru sahaja menerbitkan sebuah buku motivasi berjudul Titisan Mahabbah terbitan Mustread Publication yang telah dilancarkan kira-kira dua minggu lalu dan sambutan yang diterima memang sangat memberangsangkan.

Selain itu, saya juga menjalankan perniagaan menjual tudung jenama Emel secara dalam talian serta diundang untuk memberi ceramah tentang etika dan ketrampilan wanita di beberapa syarikat korporat.

Anda sudah mengikat tali pertunangan dengan Mohd. Habib Bullah A. Rahman pada tahun lalu. Jadi, bilakah kalian akan melangsungkan perkahwinan?

Kalau mengikut kepada perbincangan semasa bertunang dahulu, memang kami ikat selama setahun dan sepatutnya perkahwinan akan dilangsungkan pada bulan September depan.

Bagaimanapun, perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana persediaan perkahwinan masih belum dilakukan lagi.

Sebenarnya saya tidak mahu tangguh lama-lama dan kalau boleh saya tetap ingin berkahwin pada tahun ini.

Lagipun sekarang saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri tetapi sebagai seorang wanita saya cuma menunggu tarikh yang akan diberikan oleh tunang saya.

Apakah aktiviti yang anda lakukan sepanjang bulan puasa?

Sepanjang tempoh sebulan ini kelas agama bersama kumpulan Usrah Fitrah dihentikan buat sementara waktu untuk memberi tumpuan kepada amal ibadat.

Ketika ini, saya bersama ahli Usrah Fitrah yang lain seperti Heliza Helmi, Irma Hasmie dan Yatt Hamzah bekerjasama dengan Masjid As-Syakirin di KLCC menganjurkan program tarbiah, solat tarawih dan qiamullail.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved