Sabtu, 27 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Belai enau seperti perempuan

Posted:

Belai enau seperti perempuan

Belai enau seperti perempuan

MEMANJAT tangga buluh setinggi lebih 20 meter sambil menjinjing tong berisi air tanpa dilengkapi peralatan keselamatan mungkin dianggap sebagai sengaja mengundang nahas.

Namun ia tidak menjadi masalah buat seorang pengusaha gula enau tradisional di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ali Munas Abdullah yang telah melakukan kerja itu sejak muda lagi.

Berbekalkan parang pendek yang diikat pada pinggangnya, Munas, 50, cermat mengatur langkahnya semasa dia memanjat tangga yang juga dikenali sebagai sigai itu.

Sigai hanya disandarkan pada batang pokok enau yang tingginya bersamaan dengan bangunan lima tingkat itu.

Berpengalaman mengutip nira enau selama 25 tahun, bapa kepada tujuh orang anak itu masih gagah memanjat pokok bagi mendapatkan air nira sebelum ia dimasak menjadi gula enau.

Soal gayat bagaikan tidak pernah hadir dalam kamus kerjaya lelaki bertubuh kurus ini sementelah ia sudah menjadi rutin hariannya.

"Setiap hari saya akan memanjat 15 batang pokok enau, sekali pada sebelah pagi dan sekali lagi pada sebelah petang untuk mengutip nira.

"Ia merupakan rutin yang tidak boleh ditinggalkan walaupun sekali kerana kelewatan mengutip nira akan membuatkan batang tandan merajuk dan ia tidak mahu mengeluarkan nira lagi," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Terusan, baru-baru ini.

Mula memanjat pada pukul 8 pagi, kesemua bekas tadahan nira yang dilekatkan pada 15 batang pokok enau yang berlainan lokasinya itu perlu diturunkan dengan segera.

GULA enau yang dituang ke dalam acuan hanya memerlukan tempoh selama lima minit untuk mengeras.


Dalam masa kurang dua jam nira dikutip, ia perlu dimasak bagi mengelakkannya rosak.

"Walaupun pada setiap sesi tadahan saya meletakkan cebisan akar mambu yang telah ditumbuk dan sedikit air kapur untuk mengelakkan nira menjadi masam, ia tidak mampu bertahan lama.

"Nira yang ditadah boleh bertahan selama 12 jam sahaja," katanya yang mengutip nira pada pukul 8 pagi.

Biarpun nampak mudah, menurut Munas, proses penghasilan nira sebenarnya remeh dan pengutip perlu sentiasa peka pada tempoh waktu yang ditetapkan.

Belai perempuan

"Pengutip tidak boleh saja-saja memanjat pokok enau dan memotong nira untuk mendapatkan niranya. Ada banyak proses yang perlu dilakukan sebelum itu.

"Pertama, kita tidak boleh pergi ke sebarang pokok, sebaliknya perlu memilih pokok yang sesuai dan melamarnya.

"Bunyinya mungkin pelik, tetapi itulah amalan yang diperturunkan oleh pengutip-pengutip nira sebelum ini.

"Pokok enau perlu dibelai seperti perempuan jika mahu mendapatkan airnya walaupun pada hakikatnya, hanya tandan mayang jantan yang akan mengeluarkan nira.

MAYANG dipotong bagi mengeluarkan air nira dari batangnya.


"Proses melamar dimulakan dengan memerhatikan tandan mayang dan mengetuk batang pokok.

"Jika mayangnya terurai cantik dan tidak pecah, ia menunjukkan pokok tersebut sesuai untuk dilamar. Sekiranya pengutip suka dengan pokok tersebut, batangnya perlu dililit dengan akar kayu bagi menandakan ia sudah berpunya atau bertuan.

"Selesai melamar, pengutip perlu menjalankan proses mengetuk batang pokok dan tandan mayang selama 12 hari dan pokok itu akan dipanjat selama tiga hari berturut-turut sebelum dibiarkan rehat selama sehari. Rutin tersebut perlu dilakukan sehingga genap 12 hari.

"Ketukan pada batang dan tandan mayang bertujuan untuk melonggarkan rongga-rongga saluran nira dalam batang tandan berkenaan. Pada kebiasaannya, ia akan dibuat sebanyak empat kali. Dua kali ketukan menghala ke atas dan dua kali ketukan mengarah ke bawah.

"Ia perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Jika ketukan terlalu kuat, batang tandan boleh tercedera sekali gus boleh merencatkan pengeluaran nira," jelas Munas.

"Pada hari ke-12, proses memutus pula akan dilakukan. Batang tandan mayang akan dicantas. Pada ketika ini, batang yang telah dipotong sudah boleh mengeluarkan air tetapi ia belum boleh disadap atau ditadah lagi.

NIRA yang dimasak perlu sentiasa dikacau bagi mengelakkannya meruap dan tumpah.


"Proses menapai perlu dilakukan selama tiga hari tiga malam bagi mengeluarkan sisa kayu dan habuk supaya nira yang ditadah bersih serta tidak keruh. Batang yang dipotong akan ditutup dengan ijok iaitu serat hitam yang meliputi pokok enau.

"Walaupun masih dalam proses menapai, batang tandan perlu diketuk pada waktu pagi dan petang. Jika tidak dibelai dengan sempurna, tidak mustahil ia akan merajuk," katanya yang jarang berjalan jauh disebabkan pekerjaannya itu.

"Selepas tamat tempoh menapai, barulah ijok akan dibuka. Batang akan dihiris nipis bagi mengeluarkan nira baharu yang lebih segar. Selepas itu, nira sedia untuk ditadah dan dituai," kata Munas yang mengusahakan pembuatan gula enau secara tradisional bersama isterinya, Hazlizah Mohamed yang berusia dalam lingkungan 40-an.

Hazlizah memainkan peranan penting dalam memasak gula enau di dapur yang dikenali sebagai sabak.

Pada setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam, masanya banyak dihabiskan untuk memasak gula enau.

Jelas Hazlizah, nira perlu dimasak dengan api yang benar-benar marak.

Aunty Aini popular kerana Gordon

Posted:

Aunty Aini popular kerana Gordon

Aunty Aini popular kerana Gordon

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN


AUNTIE Aini (dua dari kiri) serta keluarganya bergambar kenangan bersama Gordon (tiga dari kiri) ketika cef tersohor itu berkunjung ke kafenya dua tahun lalu.


GRAF populariti wanita ini melonjak selepas kunjungan cef selebriti tersohor Britain, Gordon Ramsay ke kafe miliknya, Aunty Aini's Garden Cafe pada Mei 2011.

Nama wanita itu yang mesra dengan panggilan Aunty Aini dicari sebanyak 60,000 kali dalam enjian carian Google selepas program jelajah masakan, Gordon Great Escape disiarkan dua tahun lalu di saluran masakan popular seperti Asia Food Channel, Channel 4 dan BBC Lifestyle.

Gordon merupakan figura ikon dunia masakan, cef selebriti dan pemilik beberapa restoran terkenal di Amerika Syarikat (AS) serta Britain.

Selain Gordon's Great Escape, cef dari Britain itu turut terkenal dengan beberapa rancangan televisyen kendaliannya seperti Hell's Kitchen, The F Word, Ramsay's Best Restaurant, Ramsay's Kitchen Nighmares dan MasterChef yang berjaya menarik jutaan penonton pada setiap siri.

"Kedatangan Gordon ke mari bukan sekadar mahu menikmati keunikan kulinari tradisional tempatan, tetapi dia mahu mempelajari teknik memasak," ujar Aunty Aini yang memiliki nama sebenar, Norzaini Abdul Hamid, 55.

Menurutnya, dalam siri jelajah masakan tersebut, Malaysia menjadi destinasi pilihan Gordon selain Thailand, Vietnam dan India.

"Saya berpendapat ia merupakan peluang yang baik untuk saya memperkenalkan masakan tradisional Melayu ke dunia luar, apatah lagi selepas saya diberitahu program itu boleh ditonton di seluruh dunia," ujar wanita tersebut yang memilih rendang daging sebagai masakan istimewa untuk dikongsikan bersama Gordon ketika memasak pada tahun 2011.

Jika ditonton rakaman program tersebut, pasti ramai yang kagum dengan sikap keterbukaan, keramahan, spontan dan bersahaja yang ditunjukkan Aunty Aini.

"Saya menjadi diri saya sendiri. Tidak timbul perasaan gementar ataupun gugup apabila diminta berganding dengan Gordon di dapur saya.

"Malah, saya tidak memberi pelung langsung kepada Gordon untuk membuli saya walaupun ramai yang maklum dia seorang yang cerewet dan mementingkan kesempurnaan.

"Contohnya, sebagai cef profesional, Gordon sangat mementingkan resipi yang tepat untuk setiap masakannya sedangkan saya seorang yang jenis agak-agak sahaja.

"Malah, saya katakan kepadanya, jangan ditanya resipi kepada saya, kerana saya tidak tahu apa yang nak diberitahu.

"Kalau anda hendak belajar memasak, berdiri di sebelah saya dan perhatikan apa yang saya lakukan.

"Bila dia teragak-agak untuk memasak, saya katakan kepadanya, percayalah dengan gerak hati dan yakin dengan kemampuan air tangan anda sendiri," katanya.

Hirup kuah

Biarpun memasak dengan resipi yang hanya agak-agak, resipi rendang daging yang dikongsikan dalam Gordon's Great Escape telah mempopularkan Aunty Aini.

Dia mengaku mula tidak menang tangan menguruskan kafe selepas rancangan tersebut disiarkan.

AUNTY AINI mengetengahkan masakan asli Negeri Sembilan di kafenya di Kampung Chelet, Nilai.


"Selepas saya mengajar Gordon memasak rendang, ramai pelanggan yang datang ke sini bertanyakan rendang daging sedangkan ia tidak ada dalam menu.

"Namun, disebabkan permintaan tinggi, saya mengambil keputusan untuk meletakkan rendang daging dalam senarai menu di kafe ini," ujarnya.

Gordon bukanlah figura popular pertama yang pernah berkunjung ke kafe yang diusahakan oleh Aunty Aini bersama suaminya, Yeop Abdul Mutalib Azizul Hasan, 60.

"Pada tahun 2005, cef popular AS, penulis dan juga personaliti televisyen, Anthony Bourdain telah berkunjung ke Aunty Aini's Garden Cafe.

"Pada masa itu, Bourdain sedang merangka dokumentari masakan. Dia datang ke sini bersama kru Discovery Channel untuk mengenali masakan Melayu tradisional.

"Sejak tersiar beberapa kali daam Discovery Channel, ramai pelancong asing datang ke sini.

"Jika ada acara perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang, memang meriahlah kafe ini.

"Apa yang mengagumkan, lidah mereka boleh menerima baik masakan Melayu, terutamanya masakan lemak cili api yang disediakan di sini.

"Jangan terkejut kalau anda melihat orang Sepanyol, Jepun, Korea, Australia dan orang asing lain boleh menghirup kuah lemak cili api yang pedas ," kata Aunty Aini yang tidak berkompromi tentang rasa masakan yang ditawarkan di kafenya.

Dia mengekalkan tahap kepedasan sebagai cara untuk mengekalkan keaslian rasa juadah Melayu Negeri Sembilan.

"Kalau namanya masak lemak cili api, memang kena pedas. Kalau saya kurangkan cilinya, ia sudah tidak asli lagi," katanya yang belum pernah menerima kritikan atau mendengar rungutan daripada pelanggan mengenai masakannya.

Sebagai pemilik kafe, Aunty Aini turut menjadi individu yang penting di dapur.

"Memasak merupakan jiwa saya. Di kafe ini, saya tidak menyerahkan bulat-bulat kerja memasak kepada pekerja. Selagi saya boleh buat, saya akan buat," katanya yang memberitahu, tiada rahsia dalam penyediaan masakannya.

Pewaris ketiga institusi beraja Britain

Posted:

Pewaris ketiga institusi beraja Britain

Pewaris ketiga institusi beraja Britain


GEORGE Alexander Louis seberat 3.8 kilogram semasa dilahirkan di Hospital St. Mary, London.


PENDUDUK Britain teruja dengan kelahiran cahaya mata sulung lelaki pasangan Putera William dan isterinya, Kate Middleton pada 23 Julai lalu.

Anak pasangan diraja itu yang diberi nama George Alexander Louis bakal menjadi penerus legasi institusi monarki Britain yang mempunyai rentetan sejarah panjang dan hebat.

Cicit pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II itu akan menjadi Raja Britain selepas ayahandanya, William.

Menurut Istana Kensington, cahaya mata William itu menggunakan gelaran Putera George.

William yang menggunakan gelaran Duke Of Cambridge berada dalam senarai kedua pewaris takhta selepas ayahandanya, Putera Charles yang merupakan anakanda Elizabeth II.

Beliau berada di sisi Kate semasa George dilahirkan pada pukul 4.24 petang waktu tempatan di Hospital St Mary, London pada Isnin lalu.

Bayi tersebut seberat 3.8 kilogram ketika dilahirkan.

Proses kelahiran bakal Raja Britain itu bermula pada kira-kira pukul 6 pagi.

Kedua-dua pasangan diraja itu berusia 31 tahun dan berkahwin pada 29 April 2011.

Penduduk Britain amat teruja dengan kelahiran bakal raja mereka itu. Ribuan penduduk berhimpun di depan Istana Buckingham, tengah London untuk menunggu berita kelahiran anakanda William itu pada Isnin lalu.

Popular

Semua akhbar utama antaranya, The Daily Telegraph, The Sun dan Daily Mail di Britain memberikan liputan di muka depan tentang berita kelahiran anak pasangan William dan Kate itu.

William amat popular dalam kalangan penduduk Britain kerana beliau ialah anak mendiang Puteri Diana yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Paris pada tahun 1997 semasa menaiki kereta bersama Dodi Al-Fayed yang merupakan anak bilionair kelahiran Mesir, Mohamed Al-Fayed.

Diana semasa hidupnya amat disayangi oleh penduduk Britain kerana dia bukan sahaja cantik tetapi juga sikap ramahnya disenangi ramai.

Namun, Diana akhirnya bercerai dengan ayahanda William pada tahun 1996.

Justeru, anak William itu juga merupakan cucu Diana.

Isteri William, Kate merupakan anak golongan kelas pertengahan manakala Diana mempunyai darah keturunan raja.

Hospital St. Mary juga merupakan lokasi yang sama Diana melahirkan William pada tahun 1982.

Sebelum ini, enam Raja Britain mempunyai nama George.

Cenderamata


PUTERA William dan isterinya, Kate Middleton teruja dengan kelahiran anak sulung mereka.


Namun, pemilihan nama George hanya mengambil masa dua hari berbanding nama William yang mengambil masa seminggu.

William dikatakan memilih nama George sebagai penghormatan kepada ayahanda Elizabeth II, George VI.

Raja George VI memerintah dari tahun 1936 hingga 1952.

Pelbagai bentuk cenderamata turut dijual di kedai-kedai di Britain bagi meraikan kelahiran anggota baharu keluarga diraja itu.

Kate yang memakai gelaran Duchess of Cambridge itu turut dipuji kerana beliau sanggup mempamerkan anakandanya di depan jurugambar selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Pertunjukan cahaya di beberapa lokasi di London juga diadakan bagi meraikan kelahiran bakal Raja Britain itu.

Jualan syarikat pakaian yang dipakai Kate semasa beliau pergi ke rumah ibu bapanya di West Berkshire, England pada Rabu lalu juga meningkat sebanyak 40 peratus.

Pakaian jenama Séraphine itu berharga £50 (RM246.73).

Tembakan meriam sebanyak 21 das juga kedengaran di Parliament Hill bagi meraikan berita kehadiran anggota baharu keluarga diraja Britain itu.

Dalam pada itu, seorang ahli nujum India meramalkan bahawa anakanda William itu akan menceburi dunia politik pada tahun 2044 dan bertanding pada pilihan raya.

Menyentuh tentang sambutan hebat penduduk Britain yang meraikan kelahiran George, pakar sejarah, Profesor Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam memberitahu, beliau juga berasa teruja dengan kelahiran anak sulung William dan Kate itu.

"Liputan medianya cukup meluas bukan sahaja di negara itu tetapi seluruh dunia.

"Apa sahaja cerita mengenai institusi beraja Britain mendapat liputan meluas termasuk soal perkahwinan, pertunangan malah semasa mereka melancong beberapa tempat di seluruh dunia," katanya kepada Jurnal.

Ramlah memberitahu, rakyat negara ini juga seharusnya bangga serta menghormati institusi beraja di negara ini yang telah berusia beratus-ratus tahun.

"Jangan sesekali cemarkan institusi beraja yang menjadi payung kepada rakyat negara ini sejak sekian lama.

"Kita harus berbangga kerana dahulu empayar Melayu Melaka mempunyai sultan-sultan yang berwibawa sehingga terkenal di seluruh dunia," katanya.

Tambah Ramlah, budaya mencintai raja dan sultan negara ini termasuk pemimpin perlu disemai sejak awal terutamanya kepada generasi muda dan kanak-kanak.

"Ia boleh direalisasikan terutama pengenalan subjek khusus mengenai raja dan sultan negara ini di sekolah dan universiti," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lelaki baru kahwin maut dihempap dinding

Posted:

Lelaki baru kahwin maut dihempap dinding

Lelaki baru kahwin maut dihempap dinding

MAYAT Zaki Ibrahim terbaring selepas dihempap dinding Dewan Besar Pusat Giat Mara yang mahu dirobohkan semalam.


ARAU - Seorang pekerja binaan maut selepas dihempap dinding batu yang roboh secara tiba-tiba ketika melakukan kerja pengubahsuaian di Dewan Besar Pusat Giat Mara Arau, Jejawi di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, Zaki Ibrahim, 27, dari Jalan Stadium, Alor Setar dikatakan bersama dengan seorang lagi rakan sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dalaman dewan tersebut sejak kelmarin.

Bagaimanapun rakan sekerjanya itu selamat daripada sebarang kecederaan.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangar, Mohd. Subri Ahmad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa dipercayai mengalami cedera parah di kepala akibat dihempap dinding batu yang runtuh itu," katanya kepada pemberita di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ras Adiba nikahi rakan tingkatan enam

Posted:

Ras Adiba nikahi rakan tingkatan enam

Ras Adiba nikahi rakan tingkatan enam

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


ILIAS YAAKOB menyarungkan cincin di jari manis Ras Adiba selepas majlis pernikahan mereka di Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR - Bekas personaliti televisyen tempatan, Ras Adiba Radzi, yang lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah sejak 17 tahun lalu, selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang merupakan penasihat kewangan, Ilias Yaakob semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, dalam satu majlis ringkas di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tepat pukul 6.10 petang semalam.

Kedua-dua mempelai itu berusia 45 tahun.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kereta tersadai dikompaun DBKL

Posted:

Kereta tersadai dikompaun DBKL

Kereta tersadai dikompaun DBKL

Oleh ROSLI HASSAN/


ISMAIL menunjukkan notis saman DBKL dan kereta miliknya yang telah lapan tahun tersadai di Bukit Meta, Telok Mas, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang buruh terkejut menerima notis saman daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesalahan meletak kenderaan di atas garisan kuning sedangkan kereta miliknya itu sudah lapan tahun tidak digunakan dan tersadai di sini.

Menurut Ismail Yahya, 64, dari Bukit Meta, Telok Mas di sini berkata, notis bertarikh 10 Julai lalu itu dihantar melalui pos ke alamat rumahnya dan diterima pada 17 Julai lalu.

Katanya, notis berkenaan memintanya menjelaskan kompaun berjumlah RM250 setelah kereta miliknya dengan nombor pendaftaran JAX 6499 didapati melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di atas garisan kuning pada 27 Januari 2011.

"Saya hairan bagaimana kereta ini boleh dikenakan kompaun sedangkan ia telah tersadai di tempat letak kereta sejak lapan tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kerja amal TESCO sempena Ramadan

Posted:

Kerja amal TESCO sempena Ramadan

Kerja amal TESCO sempena Ramadan

PERTUBUHAN Rahoma Darul Fakir Malaysia muncul juara dalam pertandingan Sahur Charity Sweep.


BULAN Ramadan amat sinonim dengan penganjuran pelbagai majlis amal oleh sektor korporat mahupun kerajaan bertujuan meraikan golongan insan kurang bernasib baik.

TESCO Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (TESCO) juga tidak ketinggalan mengadakan acara sedemikian melalui pelancaran program Kasih Ramadan baru-baru ini.

Program yang telah memasuki tahun ketiga penganjurannya itu berlangsung penuh meriah di TESCO Extra, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Ia dimulakan dengan pelancaran Bubur Lambuk Bergerak oleh Ketua Pegawai Eksekutif TESCO Malaysia, Georg Fischer.

Menurut Fischer, sebanyak 55,000 paket bubur lambuk diagihkan sepanjang Ramadan bermula 9 Julai lalu menggunakan sebuah trak ke 22 cawangan TESCO termasuk balai polis, balai bomba dan pertubuhan kebajikan di seluruh negara.

"Acara ini adalah sebahagian daripada program Kasih Ramadan TESCO yang telah diadakan sejak tiga tahun lalu. Ia bermatlamat untuk menyumbang kembali kepada masyarakat yang telah banyak membantu dalam menjayakan perniagaan kami.

"Program ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) TESCO dalam usaha meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan," ujar Fischer.

Dalam semangat meraikan Ramadan, TESCO juga mengundang empat buah rumah kebajikan dari Yayasan Chow Kit,

Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah dan D'Raudhatul Ikhwan Asrama Pusat Kebajikan bagi menyertai cabaran Sahur Charity Sweep.


FISCHER sempat berbual dengan wakil rumah amal yang sedang mengumpulkan barangan di TESCO sempena pertandingan Sahur Charity Sweep.


Melalui cabaran tersebut, semua peserta dikehendaki membeli-belah barang keperluan yang boleh digunakan ketika bersahur mengikut nilai yang ditetapkan.

Pertandingan itu telah dimenangi oleh pasukan daripada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia. Secara keseluruhan, cabaran itu menyediakan hadiah bernilai RM20,000 berupa baucar pembelian TESCO.

Selain itu, bagi pasukan yang tewas, mereka tetap membawa pulang semua barang keperluan yang telah dipilih dalam cabaran berkenaan.

"Walaupun sekadar menduduki tempat kedua, kami tetap bersyukur kerana kesudian pihak TESCO mengundang rumah kebajikan kami dalam majlis ini.

"Ia sedikit sebanyak meringankan beban kami dalam menyambut Ramadan tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak TESCO kerana menyerikan sambutan Ramadan di rumah kebajikan kami," kata Pengetua D'Raudhatul Ikhwan Asrama Pusat Kebajikan, Faridah Abdul Latef.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Kerajaan TESCO Malaysia, Azlam Shah Alias. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan, Sharifah Shahirah sebagai pengacara.

Majlis pada petang itu diakhiri dengan makan malam di Restoran Santai yang terletak di aras bawah TESCO Extra, Mutiara Damansara.

Tidak ketinggalan, hidangan makan malam turut dihantar kepada empat buah rumah kebajikan yang terlibat untuk anak-anak yang tidak berkesempatan menghadiri program berkenaan. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Menu khas nasi kebuli Indonesia

Posted:

Menu khas nasi kebuli Indonesia

Menu khas nasi kebuli Indonesia


CHEF Mohamad (kiri) dan Chef Mohd. Wazir menunjukkan menu nasi kebuli dan rendang tulang rusuk yang menyelerakan.


BERSEMPENA bulan Ramadan ini, Makan Kitchen, Hotel Doubletree By Hilton menyajikan hidangan bufet Ramadan bertemakan Selera Kampungku.

Lebih 100 juadah signatur negeri-negeri seluruh Malaysia dihidangkan termasuk ayam percik, ikan patin masak lemak tempoyak dan rendang tulang rusuk.

Hidangan nasi kebuli yang berasal dari Indonesia pula harus dicuba. Tesktur nasi yang lembut membuatkan rasanya lebih lemak jika dibandingkan dengan nasi minyak atau nasi beriani. Ia juga sesuai dihidangkan bersama rendang tulang rusuk dan dalca kambing.

Setiap hidangan dimasak sendiri oleh chef sos masakan Melayu hotel tersebut, Chef Mohamad Zulkarnaen bersama sembilan pembantunya.

Ruangan pencuci mulut juga menyediakan hidangan Melayu dan antarabangsa seperti pengat pisang, apam gula hangus, kuih pelita, puding mangga, karipap berinti kopi dan kek coklat.

Sambil menikmati juadah berbuka, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan ghazal. Sebanyak 350 tempat duduk disediakan oleh pihak hotel.

Bagi 100 tempahan terawal atau berbelanja lebih RM600 untuk hidangan bufet Ramadan di Hotel Doubletree By Hilton, pelanggan akan mendapat sebuah buku masakan yang mengandungi 10 resipi hidangan Melayu yang dikumpulkan oleh pihak hotel.

Nasi Arab ala Yemen termurah

Posted:

Nasi Arab ala Yemen termurah

Nasi Arab ala Yemen termurah


ROZITA (kanan sekali) menunjukkan pelbagai pilihan hidangan nasi Arab yang boleh dinikmati di D'Arab Cafe.


D'ARAB Cafe menawarkan menu nasi Arab pada harga terendah iaitu RM30 untuk tiga orang berbuka puasa pada sepanjang bulan Ramadan ini. Hidangan tersebut disediakan daripada resipi istimewa ala Yemen kerana bertepatan dengan selera masyarakat tempatan.

Rasa nasi berlemak, tidak berminyak, ayam dan kambing yang diadun dengan rempah menambahkan rasa lazat pada lima pilihan menu yang ditawarkan kepada pengunjung.

Antara menu tersebut ialah set ayam kabsah, ayam panggang, ayam kabsah dengan kambing, ayam dengan kambing panggang dan kambing kabsah.

Minuman pula diberikan secara percuma untuk setiap set hidangan berkenaan. Setiap hidangan disediakan khas oleh seorang chef dari Yemen.

Bagi mereka yang berhajat untuk bersedekah sempena bulan penuh keberkatan ini boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM40 untuk sedulang hidangan.

Pemilik D'Arab Cafe, Rozita Ismail berkata, setiap dulang hidangan tersebut akan disumbangkan ke Masjid Negeri, Shah Alam untuk majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat.

"Program ini memberi kesempatan kepada orang awam untuk beramal sambil menambah pahala memandangkan bulan Ramadan hanya sekali setahun.

"Mereka yang berminat juga boleh bersedekah sebanyak RM20 untuk sekotak air mineral (24 botol) untuk diagihkan kepada jemaah masjid," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Morsi ditahan untuk disoal siasat

Posted:

Morsi ditahan untuk disoal siasat

Morsi ditahan untuk disoal siasat

PENYOKONG Morsi mengerjakan solat semasa meneruskan bantahan aman di luar Masjid Rabaa Al-Adawiya di Kaherah pada 25 Julai lalu.


KAHERAH - Sebuah mahkamah Mesir mengarahkan Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi ditahan untuk disoal siasat berhubung kerjasama beliau dengan kumpulan Hamas di Palestin, lapor agensi berita rasmi MENA semalam.

Morsi akan disoal sama ada beliau bersubahat dengan Hamas dalam serangan ke atas beberapa buah balai polis dan melepaskan sejumlah banduan pada awal tahun 2011 semasa kebangkitan rakyat Mesir menentang diktator Hosni Mubarak.

Semua tuduhan itu disiasat oleh sebuah mahkamah di sini.

Mahkamah berkenaan ditugaskan untuk memastikan bagaimana semua banduan itu boleh terlepas dari sebuah penjara pada hujung Januari tahun lalu.

Mereka melarikan diri selepas Morsi dilaporkan meminta bantuan kumpulan Hamas di Gaza.

Seorang jurucakap pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad mengecam perintah tahanan ke atas Morsi.

Beliau berkata, arahan mahkamah itu merupakan petanda jelas bahawa rejim Mubarak kembali berkuasa.

Pada 23 Julai lalu, sebuah mahkamah menyatakan, militan Hamas membantu sejumlah banduan melarikan diri semasa kebangkitan 18 hari rakyat Mesir yang memaksa Mubarak meletak jawatan.

Ketika itu, Morsi yang merupakan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin memberitahu sebuah stesen televisyen bahawa banduan itu dibantu oleh rakyat Mesir. - AFP

Pemandu kereta api laju tak sempat membrek

Posted:

Pemandu kereta api laju tak sempat membrek

Pemandu kereta api laju tak sempat membrek


KEPALA dan sebuah gerabak kereta api laju yang terbabas di Angrois dekat Santiago de Compostela, Sepanyol pada 26 Julai lalu.


MADRID - Pemandu sebuah kereta api laju tidak sempat menekan brek sehingga menyebabkan kenderaan itu melambung dari landasan di barat daya Sepanyol, lapor akhbar El Pais semalam

Sebanyak 80 orang maut manakala lebih 140 orang turut cedera dalam kemalangan dahsyat itu.

El Pais melaporkan, siasatan punca nahas kereta api terburuk di Sepanyol sejak 1944 itu kini tertumpu pada masalah brek dan pemanduan laju oleh pemandunya.

Kemalangan berlaku petang Rabu lalu ketika tren itu memasuki selekoh tajam yang dikenali sebagai A Gandeira di Angrois, empat kilometer dari stesen bandar Santiago de Compostela, utara Sepanyol.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kereta api itu merempuh dinding konkrit di sebelah landasan dengan gerabak-gerabak bertindihan dan remuk selepas kemalangan berlaku.

Semasa kejadian, kereta api itu dilaporkan bergerak sekali ganda lebih laju di selekoh yang mempunyai had laju ditetapkan pada 80 kilometer sejam (km/j).

"Sistem amaran kereta api mengesan pemandu tren Alvia, Francisco Jose Garzon Amo memandu 190 km/j sedangkan had laju di selekoh itu tidak melebihi 80 km/j," menurut El Pais.

Akhbar itu melaporkan kelmarin bahawa pemandu kereta api tersebut membuat pengakuan selepas nahas berlaku bahawa dia memandu pada kelajuan 190 km/j.

"Saya harap tiada sesiapa yang mati kerana saya akan berasa bersalah," dia dilaporkan memberitahu penyelianya menggunakan radio semasa terperangkap di dalam kepala kereta api lapan gerabak itu.

Polis masih menunggu untuk menyoal pemandu kereta api tersebut yang dilaporkan lebih 10 tahun berpengalaman memandu tren.

Dia kini berada dalam pemerhatian polis di sebuah hospital selepas cedera ringan dalam kemalangan dahsyat itu.- AFP

Bayi kembar siam bertarung nyawa

Posted:

Bayi kembar siam bertarung nyawa

Bayi kembar siam bertarung nyawa


BAYI kembar siam itu kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital J.K. Lone India.


NEW DELHI - Sepasang bayi kembar siam di India yang lahir dengan kepalanya bercantum di India dilaporkan bertarung nyawa untuk terus hidup.

Bayi lelaki itu dilahirkan di Rajasthan, barat laut India kelmarin dengan doktor-doktor terkejut selepas mendapati dia memiliki dua kepala.

Mereka turut mendapati bayi itu memiliki dua tulang belakang berasingan yang bersambung ke bahagian bawah badan dan dua sistem saraf.

Beberapa pakar masih mengadakan lebih banyak ujian perubatan untuk melihat sama ada terdapat beberapa organ lain yang turut bercantum.

Pada kebiasaannya, bayi kembar siam berkepala dua tidak dapat bertahan lama selepas dilahirkan.

Namun, beberapa doktor di Hospital J.K. Lone, dekat Bandar Jaipur tempat bayi tersebut dilahirkan optimis bayi berkenaan mampu hidup lebih lama.

Mereka juga berdoa dengan harapan bayi tersebut selamat.

Seorang pakar perubatan, Dr. S.D. Sharma di Hospital J.K. Lone berkata, kes seumpama ini sangat jarang berlaku, terutama membabitkan bayi lelaki.

Keadaan tersebut dikenali sebagai Dicephalic Parapagus.

Tambahnya, kes bayi berkepala dua pertama kali berlaku di Rajasthan dan merupakan kes kedua di India. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Piala Malaysia: Kelantan diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara

Posted:

Piala Malaysia: Kelantan diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara

Piala Malaysia: Kelantan diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara

27/07/2013 9:41pm

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dijangka berdepan tugas getir untuk mengekalkan piala itu bagi tahun kedua berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara.

Pada majlis undian yang diadakan di Pusat Konvensyen TM, di sini hari ini, juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan.

Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak serta Perak dan Kedah.

Dalam saingan kumpulan A, juara 32 kali, Selangor, yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, diundi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sime Darby FC dan Johor FA.

Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang meraih tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim ini, bakal mengetuai cabaran dalam kumpulan B bersama tiga pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS FC, T-Team dan Felda United FC.

Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia hanya dijadualkan bermula pada 20 Ogos ini untuk memberi laluan kepada pasukan Kelantan dan ATM yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 12 dan 13 Ogos.

FAM masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 3 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Bernama

T-Team turun sebagai pasukan ’underdog’ pada Piala Malaysia

Posted:

T-Team turun sebagai pasukan 'underdog' pada Piala Malaysia

T-Team turun sebagai pasukan 'underdog' pada Piala Malaysia

27/07/2013 8:57pm

KUALA TERENGGANU - Pasukan berstatus kelab, T-Team akan turun selaku 'underdog' dalam saingan Piala Malaysia yang bermula selepas Aidilfitri.

Penolong Pengurus Pasukan, Mohamad Sekanther Abdul Hamid berkata, ini kerana T-Team sedar semua yang bertanding hebat-hebat belaka.

"Kami akan turun sebagai underdog kerana kami tidak mempunyai bintang seperti pasukan lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan bimbingan Che Ku Marzuki Che Mohd Nor itu berazam mengulangi pencapaian terbaiknya seperti pada 2011 iaitu berjaya melangkah ke separuh akhir.

"Kita akan berusaha, walaupun untuk mencapai impian itu agak sulit dengan barisan pemain muda yang kurang berpengalaman," katanya sambil menambah senjata T-Team dalam mengharungi perlawanan ini ialah semangat pemain yang tinggi serta berkobar-kobar.

Sekanther berkata, pemain juga menunjukkan komitmen serta semangat yang jitu tanpa mengeluh semasa berlatih dalam bulan puasa ini.

"Kami terus menjalani latihan selama beberapa jam pada sebelah pagi bagi memastikan stamina pemain tidak luntur," katanya. - Bernama

Tengku Mahaleel Presiden BAM yang baharu

Posted:

Tengku Mahaleel Presiden BAM yang baharu

Tengku Mahaleel Presiden BAM yang baharu

27/07/2013 8:54pm

KUALA LUMPUR - Bekas ketua pegawai eksekutif Proton Holding Berhad, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dipilih sebulat suara sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu.

Menyuarat agung tahunan (AGM) BAM di sini hari ini turut menyaksikan semua anggota gabungan badan sukan itu bersetuju mengekalkan Datuk Dr Ir Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai timbalan presiden I dan memilih Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai timbalan presiden II yang baharu, untuk penggal 2013/2017.

Sementara itu, jawatan setiausaha kehormat dan bendahari BAM akan diputuskan kemudian oleh presiden.

Tengku Mahaleel bukan muka baharu dalam dunia sukan kerana pernah menjadi juara badminton dalam acara perseorangan dan beregu serta menjadi kapten pasukan kriket Kolej Sultan Ismail Kelantan dan pasukan bola lisut pada tahun 1960-an dan awal tahun 70-an.

Beliau turut menganggotai pasukan badminton Universiti Malaya bersama Tan Aik Huang yang merupakan juara All-England.

Selain itu, Tengku Mahaleel merupakan seorang pelumba rali antarabangsa dan pernah muncul juara rali Malaysia pada 1989. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Memasak satu terapi

Posted:

Memasak satu terapi

Memasak satu terapi

HARI itu, tidak terlihat sesuatu yang glamor pada diri Amy Search. Sebaliknya, beliau menyambut kedatangan kami ke kediamannya pada Ramadan ke-10 dengan hanya berseluar panjang dan kemeja-T berwarna kelabu.

Penampilannya jauh meninggalkan imej glamor atau rockstar yang sering dibawa dalam setiap persembahannya. Ironi, ia sangat bertepatan dengan tujuan pada hari itu.

Amy pada hari itu, perlu masuk ke dapur, menunjukkan kepakarannya dalam bidang masakan - satu kebolehannya yang cukup terkenal dalam kalangan ahli keluarga atau kenalan rapatnya.

Malah, dengan berlapang dada beliau menerima kehadiran kami yang mahu merakam momen dan menikmati air tangan seorang rockstar sepertinya. Sempat juga, sehari sebelum sesi fotografi berlangsung, Amy pening kepala memikirkan menu yang mahu dihidangkan.

Nak makan apa? Nak saya masak apa? Begitu antara persoalan yang diajukan beberapa kali sebelum keputusan dibuat - memasak hidangan ringkas yang menjadi menu seharian mereka sekeluarga. Tak perlu memasak nasi beriyani atau masakan yang luar biasa hanya untuk menunjukkan kepakarannya memasak.

Lantas, tauhu sumendang, ikan kurau masin, sambal kerang, kari ikan bawal dan ulam-ulaman menjadi juadah berbuka puasa yang ringkas tetapi satu nikmat buat kami semua.

Diusik masakannya setaraf peserta Masterchef, Amy hanya ketawa mengekeh. Beliau lantas berbicara tentang kebolehannya memasak.

"Saya mula memasak sewaktu usia belasan tahun. Waktu itu, arwah ayah bekerja sebelah petang, jadi kalau saya tak memasak, saya akan lapar. Jadi saya pun cuba memasak nasi goreng dan sebagainya, barangkali dari situ, saya kira skil masakan saya terasah," ujarnya.

Cerita anak kelahiran Johor Bahru itu lagi, tamat persekolahan, apabila beliau mula hidup merantau ke ibu kota, memasak sendiri sudah menjadi rutin hariannya.

Sebagai anak rantau yang tidak punya banyak wang untuk selalu makan di kedai, alternatif terbaik adalah memasak sendiri.


REBUT dapur. Amy dan Nourish sering bekerjasama memasak hidangan berbuka puasa.


"Masa baru sampai di Kuala Lumpur, saya memang tak bawa banyak wang. Kalau ada pun, cukup-cukup untuk turun naik bas pergi cari kerja dan selalunya kami berkongsi makan ramai-ramai, sama macam senario orang bujang yang lain.

"Jadi alternatif mahu makan sedap kenalah pandai memasak dan saya gunakan skil memasak yang saya ada pada waktu itu untuk memasak bagi rumah bujang kami," katanya.

Mampu masak lauk-pauk kampung

Sambil tersenyum, Amy memberitahu, hidangan pertama yang dipersembahkan kepada teman-teman serumah ialah mee hun goreng.

Katanya: "Saya ingat lagi, saya pergi ke telefon awam dan telefon mak saya di kampung minta resipi macam mana nak masak mee hun goreng."

Dan kini, bukan hanya mee hun goreng yang mampu dimasak pelantun lagu Fantasia Bulan Madu ini, sebaliknya, beliau hampir mampu memasak segala lauk-pauk kampung.

Malah bagi rakan-rakan rapat atau ahli keluarganya, mereka sudah mempunyai masakan khusus yang digemari hasil air tangan penyanyi ini.

Ditanya lauk yang mendapat permintaan paling tinggi, Amy memberitahu ia mengikut selera masing-masing. Namun, katanya hidangan ringkas seperti sambal sardin sehingga asam pedas daging, sup tulang dan ayam masak hijau selalu menjadi pilihan tetamu yang ingin bertandang ke kediamannya.

Amy kemudian meluahkan persepsinya terhadap tanggapan segelintir khalayak terhadap lelaki, terutama suami yang masuk ke dapur untuk memasak sebagai tidak maskulin atau bersifat tidak seperti ketua rumah tangga.

Bagi Amy, beliau tidak pernah terfikir bahawa apabila beliau masuk ke dapur dan memasak, ia mampu menjatuhkan statusnya sebagai ketua keluarga.

Sebaliknya, jelas Amy, memasak merupakan satu terapi buat dirinya. Terkadang, beliau sendiri berebut dapur dengan isterinya, Nourish untuk memasak.

Ujar Amy juga, sebagai seorang lelaki, ilmu memasak itu perlu dan bagi lelaki yang handal memasak, itu bonus kerana tidak semua lelaki yang mampu memasak dengan baik.

"Untuk saya, memasak itu merupakan satu terapi diri. Saya suka ke dapur memasak untuk keluarga atau tetamu saya. Dan bila saya mula memasak, saya jadi cerewet kerana saya mahukan ia bermutu dan kelak memberi kepuasan kepada mereka yang menikmati air tangan saya," katanya.


HIDANGAN ringkas menjadi pilihan Amy sekeluarga. Dari kiri: Qaqa At Tameemi, Amy, Sania Samara, Alexender Zulkarnain dan isterinya, Nourish.


Elak pembaziran

Ditanya tentang menu berbuka puasa yang sering menjadi pilihan keluarganya, ulas Amy, mereka sekeluarga jarang membeli lauk pauk di luar.

Malah, beliau sendiri kurang gemar berbuka di restoran atau hotel, kecuali atas jemputan.

Jelasnya, sebagai seorang yang tidak makan banyak sewaktu berbuka, beliau beranggapan berbuka di hotel merupakan satu pembaziran.

"Saya jenis tidak makan banyak. Waktu berbuka, cukup buat saya hanya ada kurma atau kuih tradisional seperti badak berendam, kuih puteri mandi atau buah melaka.

"Justeru, saya kira adalah satu pembaziran jika saya berbuka di luar. Saya memang senang berbuka di rumah dengan keluarga dan memasak sendiri menu berbuka. Biar ringkas, tetapi kena dengan selera kami," ujarnya yang tidak menafikan berkunjung ke bazar Ramadan untuk mencari kuih atau makanan tertentu.

Mawi nafi kelentong stokis

Posted:

Mawi nafi kelentong stokis

Mawi nafi kelentong stokis

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

MAWI tidak takut berhadapan dengan pancaroba bidang perniagaan yang baru diceburinya.


TUJUH bulan beroperasi, produk kecantikan milik pasangan penyanyi popular, Mawi dan Ekin bertemu titik kontroversi apabila didakwa telah menipu wakil pengedar di beberapa buah negeri.

Penipuan itu membabitkan urusan promosi produk yang tidak dilaksanakan dengan betul. Lebih tepat lagi pihak ibu pejabat yang berpangkalan di Bangi, Selangor tidak menjalankan promosi yang secukupnya.

Produk kecantikan UneQuien pada dasarnya dimulakan secara perniagaan dalam talian (online) oleh Mawi dan Ekin sebelum dilancarkan secara rasmi baru-baru ini.

UneQuien merupakan produk pemakanan kesihatan dan penjagaan kulit yang kini telah mempunyai lebih 40 stokis di seluruh negara.

Mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan Mawi menipu beberapa buah stokis sehingga menyebabkan kerugian, Kosmo! mendapatkan penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saleha itu ketika majlis berbuka puasa Jootawan di Kelab Golf Bangi, Selangor baru-baru ini. Ikuti temu bual tersebut.

Kosmo!: Mawi didakwa telah menipu beberapa buah stokis sehingga menyebabkan kerugian. Apakah penjelasan anda?

MAWI: Sejak daripada awal penubuhan UneQuien lagi promosi sudah giat dijalankan sama ada menerusi akhbar, majalah dan televisyen. Sekarang pun pihak kami masih meneruskan iklan di stesen radio IKIM fm. Jadi tidak timbul isu perniagaan yang saya usahakan ini teruk dan berdepan pelbagai isu termasuk penipuan daripada segi promosi.

Adakah anda mempunyai masalah dengan stokis atau wakil pengedar dari negeri-negeri lain selain Selangor?

UneQuien sudah mempunyai 40 buah stokis dan merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan kami. Mereka yang sudah bersetuju untuk menjadi stokis perlu bekerja keras bukan hanya mengharapkan pihak ibu pejabat semata-mata untuk menjalankan promosi. Saya tidak pasti stokis yang mahu bernaung di bawah syarikat kami sebab ingin menggunakan nama saya atau sebab-sebab lain. Jadi, stokis juga perlu membuat promosi dan mempunyai strategi sendiri untuk menjual produk masing-masing.


MAWI dan Ekin menafikan mereka menipu dan mempunyai masalah dengan stokis produk mereka, UneQuien.


Bagaimanakah anda melihat dakwaan ini menjejaskan perniagaan anda dan isteri?

Inilah cabaran yang saya harus lalui dan selama lapan tahun berada dalam industri seni pun lebih banyak dugaan yang sudah saya tempuhi malah lebih teruk daripada sekarang. Ujian ini membuatkan saya lebih kuat tapi saya perlu memperjelaskan isu ini supaya tidak timbul masalah lain pada masa akan datang.

Adakah mungkin ada pihak yang mahu menjatuhkan bisnes anda dengan menyebarkan khabar angin sebegini?

Tiada perkara atau kejayaan boleh dilalui dengan mudah. Mahu atau tidak, kita perlu lalui liku-liku yang sukar untuk diduga. Ini adalah lumrah dan menjadi kebiasaan dalam bidang perniagaan, itulah manusia. Jadi, bagi saya selagi saya membuat kerja saya di tempat yang benar dan telus, tiada apa-apa yang perlu saya takutkan.

Selepas ini mungkin UneQuien akan muncul dengan produk terbaharu pula?

Kami akan melancarkan produk terbaharu kopi khas untuk golongan lelaki selepas hari raya Aidilfitri. Kini, produk UneQuien pun sudah bertambah dan terbaharu adalah teh tarik Malaika yang menggunakan ramuan menyihatkan antaranya stevia, madu dan habatus sauda. Selain itu, sempena bulan Ramadan, kami melancarkan tujuh perisa air berkarbonat keluaran sendiri.

Beralih pada jadual aktiviti anda sepanjang bulan puasa, apakah projek terkini anda?

Saya baru selesai penggambaran program realiti Dari Pondok ke Bosnia untuk tayangan di Astro Ceria pada 27 dan 28 Julai serta 3 dan 4 Ogos. Saya membawa tiga orang anak-anak tahfiz dari Pulau Pinang melawat beberapa tempat menarik di Bosnia dan masyarakat Islam di sana. Selain itu saya terbabit mengacarakan Kapsul Ramadan sebanyak 30 episod untuk Astro Ceria dan terkini baru selesai penggambaran muzik video Namamu Asma'mu yang menampilkan Jeff A to Z.

Ashraf kahwin dua bukan sebab zuriat

Posted:

Ashraf kahwin dua bukan sebab zuriat

Ashraf kahwin dua bukan sebab zuriat

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


ASHRAF berharap selepas ini tiada lagi spekulasi negatif dibuat terhadap dirinya yang berpoligami.


BARU-BARU ini dunia hiburan tanah air digemparkan dengan berita Ashraf Muslim berkahwin di Thailand bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Terus sahaja ia mengundang spekulasi bahawa Ashraf berpoligami tanpa kebenaran isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.

Ternyata selepas perkhabaran tersebut, Ashraf dan Sakinah dikritik hebat oleh pihak luar yang masih samar tentang berita yang sampai ke telinga mereka itu.

Namun, ketika ditemu bual oleh Kosmo! secara eksklusif beberapa hari yang lalu, Ashraf mengakui dia sememangnya telah berkahwin dengan Sakinah pada 7 Julai lalu.

Selepas segala spekulasi tersebut heboh diperkatakan, Ashraf muncul buat kali pertama mengadakan sebuah sidang akhbar kelmarin.

Apakah sebenarnya yang terjadi? Ikuti temu bual Kosmo! bersama Ashraf pada sidang akhbar di MARAkesh, Menara Mara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ashraf turut menjawab tentang beberapa spekulasi seperti puisi yang dikatakan ditulis oleh Dayana dan isu isteri pertamanya itu dikatakan masuk hospital kerana tertekan apabila mendapat tahu dia telah dimadukan.

Kosmo!: Kenapakah Ashraf dan Sakinah berkahwin di luar negara (Thailand)?

Ashraf: Bila saya memfailkan (di mahkamah) untuk berpoligami, ada tindakan luar jangkaan. Kita tahu proses mahkamah mengambil masa yang agak lama, bukan dalam tempoh singkat. Jadi, disebabkan ramai sudah buat spekulasi (tentang poligami), saya buat keputusan untuk berkahwin di Thailand.

Berapa lama tempoh anda berfikir sebelum membuat keputusan berkahwin di sana?

Berbulan-bulan juga saya fikir untuk membuat keputusan ini.

Siapa yang ada bersama anda dan Sakinah pada majlis pernikahan tersebut?

Keluarga saya, adik-beradik saya serta seluruh keluarga Sakinah hadir. Saya bawa hampir 30 orang ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak. Bukan saya kahwin lari seperti yang dihebohkan sebelum ini.

Namun, adakah Dayana memang tidak tahu tentang perkahwinan Ashraf dengan Sakinah kerana khabarnya perkahwinan kedua anda itu terbongkar selepas Dayana terjumpa tiket kapal terbang (ke Thailand) dalam beg pakaian Ashraf?

Memang saya tidak mahu memberitahu Dayana pada awalnya. Memang saya bercadang untuk memberitahu dia selepas majlis (perkahwinan) tersebut.

Namun, saya tahu hatinya terluka dan sedih. Saya minta maaf banyak-banyak dengan dia. Isteri mana yang tidak sedih apabila terjadinya perkara sebegini.

Saya minta elok-elok (dengan mahkamah untuk berpoligami) tetapi tidak seperti yang disangka, jadi saya rasa inilah jalan yang terbaik. Mengenai tiket kapal terbang yang dijumpai Dayana itu, saya memang ingin beritahu dia pada keesokan harinya.

Namun, memang Tuhan mahu tunjukkan kebenaran kepadanya, saya tidak mampu untuk menolak ketentuan Allah. Saya pujuk dia dan terangkan kepadanya elok-elok. Hati perempuan, saya perlu faham.


ASHRAF mengakui sudah mempertemukan isteri pertamanya, Dayana (foto kiri) dengan isteri keduanya, Sakinah (foto kanan) yang baru dikahwininya pada 7 Julai lalu.


Berapa lamakah anda sudah mengenali Sakinah?

Sudah lama saya berkawan dengan dia.

Setelah mengahwini Dayana, adakah Ashraf masih lagi berkawan dengan Sakinah?

Memang kami berkawan seperti biasa. Cuma memang saya ada niat, namun takut perasaan itu bercelaru. Saya akui sebagai manusia, saya tidak sempurna. Semasa berkawan juga saya pernah terfikir perkara sebegini (berkahwin). Tapi ketika itu kami masih lagi kawan biasa.

Bilakah anda mula menyimpan niat mahu mengahwini Sakinah?

Saya tidak boleh beritahu niat itu bila, namun keputusan untuk bernikah dibuat tahun ini juga.

Di manakah sebenarnya tempat anda berdua bernikah?

Tempat itu namanya Patalong. Ia terletak antara Bangkok dan Hatyai.

Mungkin ada cadangan ingin mengadakan kenduri selepas ini?

Memang ada setelah kesemua perkara ini selesai dan reda. Saya mahukan yang terbaik untuk semua orang termasuk isteri dan keluarga. Namun, ia bukanlah majlis yang besar, hanya kenduri doa selamat. Fokus saya kini adalah ingin meredakan keadaan terlebih dahulu sebelum memikirkan perkara yang lain.

Saya buat sidang akhbar ini untuk menjelaskan kesemuanya agar keadaan menjadi reda dan tiada lagi spekulasi selepas ini.

Jadi selepas ini, anda bertiga tinggal bersama atau berasingan?

Berasingan. Dayana masih tinggal bersama saya.

Benarkah spekulasi mengatakan anda berkahwin kerana zuriat?

Tidak benar. Saya berkahwin kerana memang saya mahu berkahwin dengan Sakinah bukan kerana zuriat.

Bagaimanakah penerimaan Sakinah tentang perkara ini kerana sudah pastinya dia merupakan orang yang paling teruk dikritik?

Ya betul. Memang dia agak tertekan, namun saya berpesan kepadanya supaya bersabar. Ini kerana kita memang tidak boleh menutup mulut orang. Saya juga menyuruh dia mendengar apa yang saya katakan agar kami bahagia bersama.

Sakinah dan Dayana memang ada keluar bersama dan saya biarkan supaya mereka berdua berbincang secara elok.

Pernahkah Dayana minta diceraikan atau seumpamanya?

Tidak pernah sama sekali. Kita perlu berfikir ke depan dan bagaimana ingin menjadi lebih baik. Walau bagaimanapun, saya ingin meminta maaf kepada semua pihak, terutamanya pihak media kerana mungkin ada sesetengah perkara yang saya perlu rahsiakan. Ini kerana apabila tentang hal keluarga, perlu banyak menjaga hati mereka. Saya mengaku ini semua silap saya.

Boleh komen tentang tersebarnya puisi yang dikatakan dikarang oleh Dayana?

Itu semua bukan dikarang oleh Dayana dan dia juga tiada masa untuk semua itu, malahan dia juga bukan seorang yang pandai berpuitis. Bagi saya, orang ambil kesempatan untuk menambah lagi spekulasi terhadap saya.

Tentang Dayana masuk hospital, memang benar. Namun, ia bukan kerana dia tertekan sebaliknya kerana demam. Jika boleh, saya minta jangan aibkan keluarga mertua saya, baik ayah atau mak mertua saya (ibu bapa Dayana) kerana saya sayangkan mereka. Saya sayang isteri-isteri saya dan semua keluarga saya.

Harapan anda selepas ini?

Saya minta supaya semua mendoakan saya yang baik-baik. Saya tidak pernah mengaibkan orang lain, jadi janganlah mereka juga mengaibkan saya, keluarga saya serta keluarga mertua saya. Saya hanya mahukan yang terbaik buat keluarga dan diri saya dan jika boleh kami dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Jika suatu hari nanti Dayana dan Sakinah bersetuju, saya akan bawa mereka dan membuat sesi bergambar dengan pihak media kami bertiga (ketawa).

Apakah pula perkembangan terkini karier seni Ashraf?

Saya masih lagi menguruskan syarikat produksi saya Al-Hidayah Production dan juga syarikat baharu saya iaitu Uwaez yang menjual produk pewangi yang boleh digunakan untuk solat. Perubatan Islam saya sudah tidak lakukan lagi, namun mungkin selepas keadaan reda mungkin saya bakal mulakan semula, insya-Allah.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved