Jumaat, 26 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Aspek keselamatan haiwan peliharaan

Posted:

Aspek keselamatan haiwan peliharaan

Aspek keselamatan haiwan peliharaan

PERNAH suatu ketika, langsir di rumah Mohd. Nadzri Abdul Mutalib, 35, jatuh dari bidainya saat dia meninggalkan rumah untuk pulang beraya ke kampung halaman. Rumahnya berselerak dan perkakas rumah bertaburan di lantai. Kekacauan itu bukan dikerjakan pencuri tetapi kucing-kucing kesayangan milik Nadzri dan isteri.

"Tak sampai seminggu habis rumah jadi tunggang-langgang kucing kerjakan," imbas Nadzri yang ketawa setiap kali terkenang kisah tersebut.

Kini, setiap kali Nadzri dan isteri meninggalkan rumah untuk beberapa hari, kucing-kucing aktif dan nakal karakternya diletakkan di dalam sangkar besar. Selebihnya, dibiarkan di dalam rumah seperti biasa.

Sebagai pemilik kepada 13 ekor kucing, Nadzri perlu memastikan keselamatan haiwan peliharaannya terjaga meskipun ia ditinggalkan.

Presiden kepada Komuniti Bantuan Penyelamat dan Rawat Kucing Jalanan (SCRATCH) itu atau dulunya dikenali sebagai Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan (KTAJ) berkata: "Lebih-lebih lagi apabila musim perayaan, saya kena sediakan kelengkapan dan kemudahan kucing-kucing ini dengan teratur. Dalam seronok beraya, kita kena ingat haiwan peliharaan di rumah. Kalau tidak dirancang sebaik-baiknya, ia boleh mendatangkan mudarat kepada haiwan dan kita sendiri."


KELENGKAPAN sempurna untuk kemudahan kucing di rumah boleh mengurangkan tekanan kepada haiwan itu saat ia ditinggalkan tanpa pengawasan manusia - Gambar hiasan.


Berapa lamakah kucing boleh ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan manusia? Ia merupakan persoalan subjektif yang sukar dijawab. Setakat ini, tempoh peninggalan boleh diselaraskan bergantung kepada jumlah kucing yang dimiliki seseorang individu.

"Paling lama tiga atau empat hari sahaja saya tinggalkan," kongsi jurucakap SCRATCH, Rosmawar Mohamed, 29, yang memiliki 12 ekor kucing.

Bagi mengelakkan rumahnya bersepah sepanjang ketiadaannya, Rosmawar membawa kucing-kucing yang aktif dan masih kecil pulang ke kampung. "Pemilik kena kenal pasti karakter kucing mereka. Kemudian, baru boleh tentukan macam mana hendak uruskan kucing-kucing itu ketika meninggalkan rumah untuk beberapa hari," katanya.

Stok makanan

Menurut Rosmawar, tahap kerisauannya berganda menjelang musim perayaan. Bagi memastikan kebajikan kucing-kucingnya terjamin, Rosmawar meletakkan makanan dan minuman di dalam bekas di setiap penjuru rumah.

Wanita yang berasal dari Johor Bahru itu bimbang bekas makanan dan minuman yang disediakan tertumpah. Bekalan air sebenarnya lebih penting kepada kucing berbanding makanan.


TANDAS kucing perlu ditinggalkan dalam keadaan bersih termasuk menambah amaun pasir.


Sama seperti manusia, kucing mudah mengalami dehidrasi jika kekurangan air. Sehubungan itu, pastikan air disediakan lebih banyak berbanding hari-hari biasa. Tambah beberapa bekas air mengikut jumlah kucing peliharaan anda sebagai langkah berjaga-jaga.

Begitu juga makanan. Jumlah makanan perlu dianggar oleh pemilik kucing. Makanan kering iaitu biskut adalah pilihan terbaik. Mungkin mereka yang terbiasa memberi makanan basah perlu mengubah kebiasaan itu kerana makanan jenis itu mudah basi dalam tempoh yang singkat.

"Kalau hendak selamat, letak banyak-banyak pun tak apa asalkan anda rasa kucing cukup makan sepanjang ketiadaan anda. Ada sesetengah pemilik menggunakan pemberi makanan automatik, namun hati-hati kerana ia boleh tersangkut dan menyekat aliran makanan," dedah Rosmawar.

Soal keselamatan kucing peliharaan saat kita meninggalkan rumah juga perlu dilihat pada skop yang lebih luas. Penggunaan kolar misalnya sering dipandang remeh oleh majoriti pemilik kucing.

Kolar yang berfungsi sebagai tanda pengenalan kepada seekor kucing hakikatnya boleh mengundang bahaya. Seperti yang dialami Rosmawar, salah seekor daripada kucingnya cedera di gigi sehingga mengakibatkan pendarahan gara-gara kolar tersangkut pada mulut.

"Mungkin ia bergaduh dengan kucing lain atau bermain sehingga mengalihkan kolar ke bahagian mulut. Sejak itu, setiap kali saya tinggalkan rumah untuk tempoh lama, saya tanggalkan semua kolar kucing," cerita Rosmawar bahawa terdapat juga kolar yang dilengkapi fungsi keselamatan juga boleh tertanggal sendiri.


KOLAR kucing sebaik-baiknya ditanggalkan sekiranya pemilik meninggalkan rumah untuk tempoh beberapa hari. - Gambar hiasan


Langkah ekstra

Mohd. Azrin Mohd. Azali, 34, koordinator acara SCRATCH juga tidak lokek berkongsi tip-tip berguna kepada pemelihara kucing sempena Aidilfitri.

Lelaki dari Seremban itu menasihatkan agar segala barangan tajam dan objek halus termasuk peniti dan duit syiling disimpan dengan cermat.

"Jangan sesekali biarkan barangan ini bersepah di dalam rumah. Memang nampak kecil tetapi boleh membahayakan kucing. Pernah ada kes kucing tertelan peniti sehingga tersangkut pada tekak. Jadi jangan ambil mudah benda begini," pesan Azrin yang memelihara lima ekor kucing.

Bagi mereka yang menggunakan pasir kucing, pastikan amaun pasir dalam setiap bekas pasir mencecah atau melebihi ketinggian 5.08 sentimeter. Jumlah bekas pasir juga bergantung kepada bilangan kucing.

Dari segi pengudaraan, kucing yang tinggal di dalam rumah memerlukan aliran udara yang cukup untuk pernafasan. Mereka yang tidak mahu membuka tingkap atas alasan keselamatan, bolehlah memasang kipas pada ruang tamu atau bilik yang menempatkan kucing.

"Kalau buka tingkap, pastikan ia dilengkapi jeriji yang menghalang kucing keluar rumah," jelas Azrin yang menambah kepala gas juga perlu dicabut sebagai langkah keselamatan tambahan.

Kitten Cottage hostel kucing tanpa sangkar

Posted:

Kitten Cottage hostel kucing tanpa sangkar

Kitten Cottage hostel kucing tanpa sangkar

RYAN memiliki sijil kemahiran mengurus dan menyelia hostel kucing dan anjing dari Amerika Syarikat.


SEPTEMBER 2011 menjadi detik hitam kepada pencinta kucing di seluruh Malaysia. Tindakan pemilik sebuah premis hostel kucing di Petaling Jaya, Selangor yang mengabaikan penjagaan kira-kira 200 ekor kucing pada cuti perayaan Aidilfitri ketika itu mengakibatkan 16 ekor haiwan itu mati dalam keadaan tragis.

Lebih menyayat hati, masih ada kucing yang bernyawa ditemui dalam keadaan lemah dan tidak terurus. Dibiar selama seminggu tanpa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi, kucing di bawah penjagaan hotel itu jatuh sakit akibat penyakit berjangkit dan dehidrasi.

Dalam kejadian tersebut, kedua-dua pemilik pusat jagaan haiwan peliharaan itu menerima hukuman setimpal apabila dipenjara selama tiga bulan dan denda RM6,000 setiap seorang oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Kes tersebut telah membuka mata rakyat Malaysia khususnya pejuang kebajikan haiwan. Ia melahirkan trauma dalam diri pembela kucing dan anjing di dalam negara setiap kali mereka mahu menghantar haiwan peliharaan mereka ke hostel haiwan.

Pada musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri, rata-rata pemilik kucing sibuk mencari hostel terbaik bagi menempatkan si manja mereka sepanjang cuti raya. Tragedi dua tahun lalu itu banyak memberi pengajaran kepada pemilik kucing, jadi mereka amat selektif dan cerewet dalam memilih penempatan sementara bagi haiwan kesayangan mereka.

Selain keselesaan, faktor keselamatan dan kredibiliti pemilik sesebuah premis hostel kucing juga perlu diambil kira pelanggan. Kitten Cottage di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur antara hostel kucing terbaik yang wajar dikunjungi pemilik kucing.


60 unit kondominium di Kitten Cottage ini cukup untuk membuatkan kucing selesa sepanjang tempoh penginapan.


Tanpa sangkar

Premis yang dibahagikan kepada tiga seksyen itu membuatkan pelanggan berlapang dada ketika meninggalkan kucing di situ. Dibuka secara rasmi pada pertengahan tahun lalu, Kitten Cottage menggunakan pendekatan suasana tanpa sangkar kepada pelanggan.

"Kucing cepat stres jika diletakkan terlalu lama di dalam sangkar. Saya cuba menggalakkan pemilik kucing untuk mengikuti pendekatan tanpa sangkar. Namun terpulang kepada pemilik sama ada mereka setuju untuk mencampurkan kucing mereka dengan kucing orang lain.

"Setakat ini pelanggan yang mencuba cara ini memuji pendekatan kami dan mendapati kucing mereka sihat dari segi mental dan fizikal ketika diambil dari hostel," jelas pemilik Kitten Cottage, Ryan Leong Kwong Fei, 31.

Beberapa pelanggan berulang Ryan mengakui keberkesanan konsep pergaulan sesama kucing di Kitten Cottage. Biarpun ramai meragui amalan tersebut tetapi setakat ini ia mendapat maklum balas positif daripada pelanggan.

"Sebelum seseekor kucing itu dicampurkan bersama kucing lain, karakternya perlu dikenal pasti. Ada yang apabila dicampur tidak dapat menyesuaikan diri dan kita letak ia kembali di dalam unit masing-masing.

"Paling penting, kucing yang dihantar ke Kitten Cottage wajib divaksin, bebas penyakit dan kutu. Kami juga tidak menerima kucing bunting dan yang baru menjalani pembedahan kerana kucing kumpulan ini memerlukan pemantauan khas daripada veterinar," ujar Ryan ketika ditemui Kosmo!.

Bagaimanapun, pada dasarnya pelanggan masih perlu memilih ruangan untuk menempatkan kucing mereka. Sebanyak 60 unit kondominium bersaiz 1.67 meter persegi sedia untuk ditawarkan kepada pelanggan yang mahukan ruangan sederhana dan selesa.

Bilik pertengahan atau dikenali dengan nama Very Important Cat (VIC) disediakan kepada mereka yang mahukan ruangan yang lebih besar. Dilengkapi tempat memanjat, empat unit VIC bersaiz 4.6 meter persegi itu ditawarkan pada harga RM70 untuk tempoh satu malam.

KELUASAN ekstra di unit VVIC memberi keselesaan berganda kepada si manja.


Bagi bilik paling selesa, dua unit Very Very Important Cat (VVIC) bersaiz 3.65 meter persegi diletakkan pada harga RM90 semalam. Kebiasaannya ruangan tersebut menjadi pilihan pelanggan yang mahu menempatkan kucing mereka melebihi dua atau tiga minggu.

Mengekang bakteria

"Kami juga menggunakan lampu cahaya ultra ungu sebagai sanitasi daripada sebarang kuman dan membunuh bakteria yang boleh menjangkiti kucing.

"Lampu ini digunakan di semua hospital bagi mengekang penyebaran bakteria yang berlaku dengan pantas melalui udara. Kami letakkan tiga lampu di seksyen kondominium dan setiap unit di VIC dan VVIC mempunyai lampu sendiri.

Ada segelintir hostel haiwan meletakkan anjing dan kucing di dalam premis yang sama. Hanya kandang menjadi pemisah dua haiwan peliharaan kegemaran manusia itu. Bagi sesetengah individu, suasana itu tidak memberi keselesaan kepada kedua-dua haiwan terutamanya kucing.

"Saya mempunyai hostel anjing yang dibuka tujuh tahun lalu selang beberapa kedai dari sini. Saya asingkan kucing dan anjing kerana kucing memerlukan suasana yang aman dan bebas daripada bunyi bising. Salakan anjing yang kuat boleh menakutkan kucing," jelas Ryan yang turut memasang muzik mendamaikan di Kitten Cottage bagi menghidupkan suasana tenang di hostel tersebut. - ALIF ABU BAKAR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


20 barang terkawal dikuat kuasa

Posted:

20 barang terkawal dikuat kuasa

20 barang terkawal dikuat kuasa

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

HASAN (tengah) menunjukkan tanda harga warna merah jambu yang disarankan kerajaan bagi barangan harga kawalan di Pasar Besar Jalan Meru, Klang semalam.


KLANG – Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 bagi 20 jenis barangan harga terkawal mula dikuatkuasakan selama 17 hari bermula hari ini hingga 11 Ogos ini.

Ia bagi menyekat kenaikan harga pada musim perayaan dan mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, sepanjang tempoh itu, peniaga dan pemborong perlu memastikan kesemua barangan harga terkawal dijual tidak melebihi harga maksimum atau paras siling yang ditetapkan di bawah skim tersebut.

Katanya, peniaga juga wajib meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu dengan jelas bagi membezakan barangan harga terkawal dan menggunakan alat timbang dan sukat yang sah.

Jika ada yang berdegil, tegas beliau, mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang termasuk dikompaun mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2-7 Dis.

Posted:

Perhimpunan Agung UMNO 2-7 Dis.

Perhimpunan Agung UMNO 2-7 Dis.


NAJIB (kanan) dan Muhyiddin menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim Rumah Nur Hikmah, Kajang dan Darul Kifayah Taman Koperasi Polis pada majlis berbuka puasa MT UMNO di Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR - Pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini.

Beliau yang juga Perdana Menteri turut mengumumkan Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.

"Mereka yang berminat bertanding jawatan MT, bahagian dan sayap pergerakan parti boleh mendaftar sebagai calon di Badan Perhubungan UMNO negeri pada 7 September ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

2 pengemis raih RM9,000 sebulan

Posted:

2 pengemis raih RM9,000 sebulan

2 pengemis raih RM9,000 sebulan

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

ANGGOTA penguat kuasa imigresen menangkap seorang pengemis warga Pakistan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST, Seremban kelmarin.


SEREMBAN - Dengan hanya bermodal wajah sedih sambil menghulurkan tisu di persimpangan lampu isyarat, dua pengemis warga Pakistan mampu meraih pendapatan mencecah RM9,000 sebulan.

Kegiatan kedua-dua wanita berusia 50-an itu dikatakan sudah berlarutan beberapa bulan lalu dengan menjadikan persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST di sini sebagai lubuk rezeki.

Bagaimanapun, kehadiran mereka yang gemar mengetuk pintu cermin kenderaan bagi mendapat simpati berakhir dengan kedua-duanya ditangkap pada pukul 12 tengah hari di persimpangan lampu isyarat itu kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pemeriksaan terhadap kedua-dua wanita itu mendapati mereka sudahpun memiliki tiket penerbangan untuk balik ke negara asal dipercayai hasil kegiatan meminta sedekah sambil menjual tisu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


MPV hibrid pertama di Malaysia

Posted:

MPV hibrid pertama di Malaysia

MPV hibrid pertama di Malaysia

EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) pada Selasa lalu memperkenalkan Nissan Serena S-Hybrid, sekali gus menjadi model MPV hibrid pertama yang ditawarkan kepada pengguna tempatan.

Sudah membuat debut di pasaran Jepun pada Ogos tahun lalu, MPV hibrid itu tampil dengan pelbagai ciri pintar demi memenuhi ekspektasi pengguna. Jangkaan ETCM bahawa Nissan Serena S-Hybrid bakal mendapat sambutan hangat ternyata tepat. Sehingga kini, lebih 500 unit jentera tersebut telah ditempah.

Selari dengan maklum balas positif tersebut, ETCM meletakkan sasaran untuk menjual 350 unit Nissan Serena S-Hybrid sebulan dan 2,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Sebenarnya, pelancaran model itu selari dengan hala tuju kerajaan yang mahu mempromosikan kenderaan cekap bahan api (EEV) di Malaysia. Sebagaimana yang kita ketahui, pengecualian cukai import terhadap model hibrid berkapasiti bawah 2,000cc akan berakhir pada 31 Disember 2013, jadi ETCM mahu mengambil peluang tersebut untuk menawarkan produk yang inovatif kepada rakyat Malaysia.

"Permintaan terhadap MPV dilihat akan terus meningkat. Pengguna bukan sahaja mahukan sebuah MPV yang boleh memuatkan seluruh keluarga dengan selesa, malah MPV berkualiti tinggi bersama ciri premium dan fleksibiliti.

"Jadi, kami percaya bahawa Nissan Serena S-Hybrid dapat memenuhi keperluan ini. Apatah lagi dengan ruangnya yang luas, kapasiti lapan tempat duduk dan rangkaian kuasa hibrid termaju," kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan

Produk ETCM, Tan Keng Meng.


KEDUDUKAN tempat duduk ini boleh diubah sehingga 14 konfigurasi.


Dengan kehadiran Nissan Serena S-Hybrid, ETCM kini menawarkan rangkaian luas model MPV kepada pasaran. Bermula dengan MPV mampu milik Grand Livina, MPV hibrid dan MPV mewahnya iaitu Nissan Elgrand.

Energy control motor

Diimport sepenuhnya dari Jepun, Nissan Serena S-Hybrid ditawarkan pada harga cukup menarik iaitu RM149,500 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

Nissan Serena S-Hybrid dipacu oleh rangkaian kuasa yang terdiri daripada satu sistem hibrid kompak meliputi enjin petrol MR20DD empat silinder DOHC dengan pancitan terus Twin CVTC (Continuously Variable Valve Timing). Enjin itu dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi terkini bersama ciri Adaptive Shift Control (ASC).

Motor elektrik yang dikenali sebagai Energy Control Motor (ECO) menawarkan sumber kuasa yang cukup untuk membantu enjin dan proses janaan semula tenaga. Sistem hibrid ini memiliki satu bateri tambahan untuk meningkatkan kapasiti penyimpanan bagi menguasakan ECO Motor.

Sistem S-Hybrid turut menampilkan sistem Idling Stop yang mematikan enjin secara automatik apabila kenderaan berhenti dalam kesesakan trafik. Ciri ini membantu Nissan Serena S-Hybrid mencapai penjimatan bahan api yang mengagumkan ketika memandu di bandar.

Enjin akan dihidupkan semula dalam tempoh 0.3 saat apabila pedal brek dilepaskan. Enjin MR20DD mampu menghasilkan kuasa sehingga 147PS @ 5,600rpm dan tork 210Nm @ 4,400rpm. Berdasarkan kepada kitaran ujian JC08 Jepun, MPV hybrid itu berupaya mencapai jarak 15.2 kilometer bagi setiap liter petrol, terbaik dalam kelasnya.


ETCM yakin Serena S-Hybrid mampu mencatat jualan memberangsangkan.


Tempat duduk fleksibel

Sebagai sebuah MPV keluarga, aspek praktikaliti dan fleksibiliti memang menjadi perhatian utama. Selain ruang dalaman yang luas, anda pasti berpuas hati dengan kapasiti lapan tempat duduk yang menawarkan sehingga 14 konfigurasi berbeza.

Versatiliti kabin ini ditingkatkan menerusi tempat duduk pintar (Smart Multi Centre Seat) yang boleh ditolak di sepanjang laluan tengah kenderaan. Ia boleh berfungsi sebagai ruang storan tambahan pada baris pertama, tempat duduk ekstra di baris kedua atau berperanan sebagai meja untuk dikongsi oleh penumpang di tempat duduk baris ketiga.

Tidak seperti MPV konvensional, tempat duduk ketiga MPV itu boleh diakses melalui arah berbeza. Sama ada melalui bahagian tengah atau sebelah kiri, ini boleh dilakukan dengan melipat atau menolak kerusi kapten barisan kedua (sebelah kiri) ke arah tempat duduk sebelah kanan.

Tempat duduk baris ketiga juga direka supaya mudah dilipat ke atas dan disimpan, sekali gus memberikan ruang kargo yang luas. Ini adalah tambahan kepada ruang storan yang terletak di bawah tray bagasi yang boleh menempatkan kereta tolak bayi atau sebuah beg golf tanpa sebarang masalah.

Pendek kata, anda boleh mengubah suai kedudukan tempat duduk berdasarkan keperluan semasa, tanpa perlu mengorbankan keselesaan dan tiada barang atau kargo perlu ditinggalkan.

Di ruang kabin, pemandu dialu-alukan oleh reka bentuk papan pemuka yang futuristik dan kemas.

Hanya satu sentuhan butang pada hendal pintu diperlukan untuk mengoperasikan pintu gelongsor yang menawarkan bukaan terbesar dalam kelasnya (selebar 802mm dan tinggi 1,308mm).


PAPAN pemuka MPV ini menampilkan Eco Driver Navigator yang memberi panduan kepada pemandu untuk memaksimumkan kecekapan penggunaan bahan api.


Pintu itu juga boleh dibuka dengan menekan butang pada kunci i-Key atau butang-butang yang diletakkan pada papan pemuka di bahagian pemandu.

Menilai dari segi penampilan pula, Nissan Serena S-Hybrid sememangnya memiliki rekaan luaran yang kemas dan tersendiri.

Memandangkan Nissan Serena S-Hybrid didatangkan dalam satu gred premium Highway Star sahaja, maka ia menggunakan suspensi sports yang dipadankan bersama rim aloi 16 inci, selain kemasan dalam berwarna gelap.

Pilihan warna pula terdiri daripada ungu gelap, hitam, putih dan perak. Ia juga hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Untuk satu tempoh terhad, para pelanggan yang membeli Nissan Serena S-Hybrid akan menerima sistem Multimedia Navigator bersaiz 6.5 inci secara percuma dengan kamera pandang belakang, pemain DVD, ketersambungan iPod, USB & Bluetooth bernilai RM3,300 (sah sehingga stok masih ada).

Jika tidak cukup, anda boleh membeli aksesori tambahan seperti panel LCD bersaiz 10.1 inci yang dipasang pada bumbung, visor pintu, kombinasi kemasan dalaman kulit dan tinted cermin tingkap.

Pencabar segmen C dunia!

Posted:

Pencabar segmen C dunia!

Pencabar segmen C dunia!

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


MAZDA3 pasti dapat menggugat dominasi Honda dan Toyota dalam segmen C.


DALAM kalangan penggemar kereta, jenama Mazda cukup kuat dengan model sport seperti Miata, RX7 dan RX8. Tetapi bagaimana dengan model massa seperti kereta sedan, kereta bandar atau SUV?

Sejak kebelakangan ini, senario itu semakin berubah dengan kebanjiran produk-produk baharu Mazda. Mazda6 menjadi pembuka jalan kepada populariti kenderaan Mazda. Reka bentuk cantik dan pakej yang lain daripada lain telah berjaya membuka banyak mata terhadap jenama Mazda.

Begitu juga dengan Mazda3 yang memberi alternatif kepada mereka yang bosan dengan jenama Jepun lain. Produk lain seperti Mazda2 yang memenangi Anugerah Kereta Dunia pada tahun 2008 juga tidak kurang hebatnya.

Cuma yang menjadi masalah dengan Mazda adalah penjenamaan tempatan yang tidak berapa kuat sedangkan ia sangat berpotensi untuk bersaing dengan produk Jepun, Korea Selatan, Eropah atau Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, senario itu sudah mula berubah dengan pengenalan model boleh jual seperti SUV CX5. Pada awal pengenalannya, CX5 menerima sambutan hangat dengan tempoh menunggu berbulan-bulan lamanya.

Bagi menjadikannya lebih kompetitif, pengedar kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor Sdn. Bhd. telah memasangnya dalam negara dan mula menganggu kedudukan Honda CR-V yang tidak terusik sejak sekian lama.

Momentum tersebut diteruskan pula dengan pengenalan Mazda6 baharu dengan nilai spesifikasi yang tinggi pada harga berpatutan untuk sebuah kereta yang diimport sepenuhnya dari Jepun. Walaupun harganya lebih tinggi berbanding pesaing lain, namun tinggi bukan sebarang tinggi. Lihat pada spesifikasi yang ditawarkan dan saya yakin ia berpatutan.

Berita baik untuk mereka yang mahukan kelainan dan tidak mahu tergolong dengan memandu kereta sejuta umat, Mazda Motor Corporation pada penghujung Jun lepas telah memperkenalkan model baharu Mazda3 hatchback. Model tersebut merupakan produk ketiga yang menggunakan tema reka bentuk KODO - Soul of Motion dan teknologi SKYACTIV.

Mazda3 hatchback kemudian akan disusuli oleh model sedan dan bakal dipasarkan di serata dunia bermula lewat tahun ini. Model itu masih baharu. Mazda juga dilihat agak 'kedekut' dalam memberi maklumat lanjut. Mungkin kerana ia belum dilancarkan sepenuhnya. Mungkin juga kerana ingin menambah sedikit keseronokan sementara dipasarkan.


MAZDA3 jarang mengecewakan dari segi aksesori dalaman yang ditawarkannya.


Sejak model pertama dilancarkan pada tahun 2003, lebih 3.5 juta unit Mazda3 telah terjual di seluruh dunia. Angka tersebut membuktikan sambutan hangat terhadap Mazda3 walaupun falsafah rekaannya lebih menjurus ke arah sporty.

Satu lagi fakta ialah Mazda3 merupakan model cari makan atau produk terlaris Mazda apabila mencatatkan satu pertiga daripada jualan global Mazda.

Mazda3 digemari kerana reka bentuknya yang beremosi, pemanduan menyeronokkan, ciri-ciri keselamatan, mesra alam dan berkualiti tinggi. Rekod Mazda3 lebih cemerlang dengan 136 anugerah yang dimenanginya di seluruh dunia.

Rekaan Mazda3 baharu memang emosional, terima kasih kepada tema gayaan KODO. Sekali imbas nampak seperti kereta yang seronok untuk dipandu. Ditambah pula dengan teknologi SKYACTIV yang memberi pengalaman "jinba-ittai" iaitu penyatuan di antara kereta dan pemandu yang semakin jauh dipandu semakin mendalam perasaannya.

Selain itu, ciri yang buat pertama kalinya diperkenalkan ialah Human Machine Interface (HMI). HMI direka dengan penekanan yang tinggi terhadap aspek keselamatan.

Sistem keselamatan dipakejkan sekali ke dalam teknologi i-ACTIVESENSE yang dapat membantu pemandu untuk mengesan dan mengelak bahaya. Mazda dengan falsafah zoom-zoom sentiasa konsisten untuk memberi keseronokan pemanduan dan semestinya tidak terkecuali melalui Mazda3 baharu.

Pada bahagian janaan kuasa pula, untuk pasaran global Mazda bakal memperkenalkan enjin SKYACTIV-G 1.5 liter petrol baharu, selain daripada enjin 2.0 liter, 2.5 liter serta 2.2 liter diesel. Barisan enjin tersebut akan ditentukan untuk setiap pasaran dengan pelbagai keperluan di serata dunia.

Menariknya, model Mazda3 sedan akan menggunakan enjin hybrid elektrik tetapi yang tidak berapa menarik ialah model itu akan dipasarkan di Jepun dan masih tiada berita untuk pasaran global.

Apa pun, untuk pasaran tempatan lazimnya kita akan menerima produk di antara enam bulan sehingga setahun selepas pelancaran untuk pasaran global. Jika dicongak ringkas, boleh jadi Mazda3 baharu bakal dibawa masuk tahun depan.

Persaingan biasanya memberi kebaikan kepada pengguna dan tidak sabar rasanya untuk menunggu reaksi pasaran. Nampaknya segmen C bukan lagi pasaran yang selamat untuk dua jenama lagi dari Jepun.

Promosi Hari Raya Mitsubishi

Posted:

Promosi Hari Raya Mitsubishi

Promosi Hari Raya Mitsubishi


MODEL ASX juga tersenarai bagi kempen kali ini.


SEMPENA Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. (MMM) mengadakan satu lagi kempen jualan kenderaan.

Kempen yang diberi nama Balik Kampung itu menawarkan beberapa nilai tambah kepada pelanggan. Ia berlangsung sehingga 31 Ogos depan dan melibatkan model keluaran tahun 2012.

Pembeli model Mirage CVT GL akan menerima program penyelenggaran percuma selama satu tahun, pakej aksesori bernilai RM2,887 dan rebat wang tunai (RM1,500).

Bagi model-model terpilih, pelanggan diberikan program penyelenggaran percuma selama dua tahun, rebat wang tunai sehingga RM10,000 dan aksesori tulen secara percuma, bergantung kepada stok sedia ada.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei sedia hadapi Lin Dan

Posted:

Chong Wei sedia hadapi Lin Dan

Chong Wei sedia hadapi Lin Dan

CHONG WEI (kanan) mengakui sudah lali dengan taktikal psikologi yang dilancarkan musuh ketatnya, Lin Dan.


JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei tidak gentar dengan serangan psikologi yang bakal dicetuskan pencabarnya, Lin Dan dari China dalam misi merangkul kejuaraan sulung pada Kejohanan Badminton Dunia di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos depan.

Bagi pemain berpengalaman negara itu, taktikal psikologi yang dilancarkan musuh ketatnya itu dan beberapa pemain terkemuka lain bukanlah perkara baharu.

Sebaliknya beliau yakin dengan persiapan rapi dan akan memberi tumpuan sepenuhnya pada kejohanan yang mampu melakar kejayaan itu.

"Taktik psikologi yang sering digunakan China bukan masalah bagi saya. Apa yang penting adalah fokus pada perlawanan. Kali ini saya lebih yakin untuk beraksi berbanding pada kejohanan dunia sebelum ini.

"Saya juga berpuas hati dengan persediaan kali ini. Selepas pulang daripada menyertai Terbuka Indonesia (bulan lepas), saya memang memberi tumpuan sepenuhnya pada latihan bagi menghadapi kejohanan ini.

"Saya mempunyai pengalaman beraksi di Guangzhou, jadi tiada tekanan kali ini," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.

Chong Wei bersama-sama 28 pemain Malaysia lain berlepas ke Hong Kong untuk menjalani latihan fasa akhir selama 10 hari sebelum ke Guangzhou.

Turut hadir di KLIA ialah Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh dan Pengurus Besar BAM Kenny Goh.

Chong Wei turut mengharapkan sokongan daripada peminat badminton tempatan untuk menaikkan semangat beliau dan rakan sepasukan bagi meraih kejayaan pada kejohanan berprestij itu.

Pemain nombor satu dunia itu juga berharap Liew Darren dan Chong Wei Feng menggunakan peluang beraksi di Guangzhou sebagai platform menimba pengalaman berharga untuk menghadapi kejohanan penting tahun depan seperti Piala Thomas, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

"Wei Feng dan Darren, mereka bukan remaja lagi. Umur mereka sudah 26 tahun dan mereka perlu guna peluang di Guangzhou sebaik-baiknya bagi mendapatkan lebih banyak pengalaman.

"Peluang meraih kejuaraan pada kejohanan dunia memang susah tetapi saya harap mereka termasuk pemain remaja lain dapat memberikan aksi terbaik dengan mara ke suku akhir atau separuh akhir," katanya.

Pada kejohanan Dunia 2011 di London, Chong Wei tewas kepada Lin Dan di pentas akhir.

Sementara itu, pemain beregu utama negara, Koo Kien Keat yakin beliau dan pasangannya, Tan Boon Heong dapat membuktikan kemampuan mereka untuk meraih kejuaraan pada kejohanan itu.

"Saya akan memberi yang terbaik dan buktikan kepada semua bahawa kami masih boleh dipercayai untuk menggalas cabaran di Guangzhou. Sasaran saya ialah menjadi juara. Bagi saya, kalau hanya mara ke akhir tetapi tidak menjadi juara, tidak memberi apa-apa makna," kata Kien Keat. - Bernama

FAM komited lonjak ranking

Posted:

FAM komited lonjak ranking

FAM komited lonjak ranking

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


HAMIDIN (kiri) dan Irmohizam menunjukkan lilitan lengan yang bakal dipakai pemain-pemain kebangsaan pada aksi menentang Barcelona dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mendedahkan bahawa pasukan Harimau Malaya dijadual menentang pasukan kebangsaan China pada 10 September depan.

Hamidin berkata, kira-kira tiga minggu lalu, beliau telah menubuhkan satu sekretariat khas bagi mengkaji aksi perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad negara selepas ini.

Sekretariat itu bertanggungjawab mendapatkan aksi perlawanan bertaraf kelas A serta hanya bermain dengan pasukan kebangsaan menjelang 2014.

"Hasil kerja keras pihak sekretariat tersebut, kami telah berjaya menempah satu aksi persahabatan dengan pasukan kebangsaan China pada 10 September depan.

"Lebih manis, segala perbelanjaan untuk aksi tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak China. Bagaimanapun, saya masih meneliti pasukan yang sesuai untuk satu lagi tarikh pada 6 September yang masih lagi kosong.

"Kami sudah mula bergerak (mencari aksi-aksi kelas A) sejak beberapa minggu lalu dan ini adalah hasil pertama kami," kata Hamidin dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, beliau turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk tidak menyediakan aksi persahabatan dengan pasukan bertaraf kelab bermula pada tahun 2014.

Hamidin berkata, ia diibarat sebagai langkah permulaan dalam usaha pihaknya memperbaiki rangking pasukan Harimau Malaya yang merudum di tangga ke-159 dunia ketika ini.

"Pihak media, peminat-peminat bola sepak negara serta penyokong ingin melihat pasukan negara beraksi dalam perlawanan persahabatan kelas A.

"Justeru, saya bersama ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan pengurus, Datuk Seri Subahan Kamal telah duduk berbincang secara serius mengenai perkara ini.

"Sasaran pertama saya adalah untuk mengisi sembilan tarikh dalam kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) pada 2014 bagi bertemu dengan pasukan kebangsaan lain serta aksi kelas A.

"Namun, perkara ini belum dapat saya sahkan lagi kerana saya hanya akan mendapat maklum balas mengenai permohonan itu dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi," ujar Hamidin semalam.

Sementara itu, Hamidin turut mengulas kenyataan Subahan beberapa hari lepas yang menyasarkan skuad Harimau Malaya untuk menghuni tangga bawah 100 sebelum 2016.

"Pada saya, pendapat beliau (Subahan) itu adalah sesuatu yang positif dan kami perlu bergerak ke arah itu.

"Itu merupakan pendapat peribadinya namun perkara itu berjaya dicapai atau tidak bergantung kepada sejauh mana usaha kita ke arah perkara tersebut," kata Hamidin lagi.

Selangor idam julang satu trofi

Posted:

Selangor idam julang satu trofi

Selangor idam julang satu trofi

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

IRFAH memiliki tugasan berat untuk memastikan Selangor layak ke final Piala Malaysia tahun ini.


TIADA niat untuk berlagak tetapi Selangor berazam untuk menutup saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dengan menjulang sekurang-kurang satu trofi.

Justeru, skuad Gergasi Merah tiada pilihan lain, selain berjuang mati-matian untuk melayakkan diri ke pentas final Piala Malaysia musim ini.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkata, barisan pemain Selangor kini terdesak untuk memulihkan reputasi skuad Gergasi Merah selaku salah sebuah pasukan yang perlu disegani.

Selepas sekadar muncul naib juara Liga Super musim ini, pengendali kelahiran Perak itu menegaskan, beliau memiliki tugasan berat untuk memastikan Selangor layak ke final seterusnya menjulang trofi Piala Malaysia untuk dijadikan sebagai penutup tirai Liga M tahun ini.

Untuk rekod, Selangor bersama 15 pasukan Liga Super dan Liga Premier bakal diundi untuk penentuan kumpulan esok sebelum memulakan kempen pada 20 Ogos depan.

"Tiada pilihan lain, kami mahu layak ke pentas final Piala Malaysia. Itulah sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

"Undian akan diadakan lusa (esok) dan saya yakin setiap pasukan memiliki kemampuan yang tersendiri.

"Namun, saya menganggap pretasi kami belum cukup bagus selepas beraksi hambar pada kempen Liga Super. Jadi, kami akan berusaha untuk mengakhiri musim ini dengan mendakap sekurang-kurang satu trofi iaitu Piala Malaysia.

"Mungkin kelebihan pada undian Piala Malaysia adalah kami tidak akan berdepan dengan Lions XII, Johor Darul Takzim dan Kelantan pada peringkat kumpulan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan lain, Irfan turut mengucapkan tahniah kepada Rosman Mohd. Ibrahim yang dilantik sebagai Setiausaha Agung FAS yang baharu semalam.

Jelasnya, beliau percaya kredibiliti Rosman mampu mengangkat imej Selangor selain yakin dengan bekas penolong Setiausaha Agung FAS itu untuk meneruskan kegemilangan yang ditinggalkan oleh bekas Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang kini dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 1 Julai lalu.

"Saya gembira kerana Rosman telah dipilih sebagai Setiausaha Agung FAS yang baharu dan saya yakin beliau tidak berdepan masalah untuk mengekalkan kegemilangan Selangor pada masa akan datang," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Puasa bentuk emosi empati

Posted:

Puasa bentuk emosi empati

Puasa bentuk emosi empati

PADA bulan Ramadan, seseorang itu lebih cenderung melakukan kebajikan dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik. - Gambar hiasan


SETIAP kali tibanya Ramadan, kita merasakan seperti ada perasaan lain apabila kita melihat manusia yang kurang bernasib baik.

Kita sepertinya ada rasa simpati dan ingin membantu mereka sekalipun mereka tidak meminta apa-apa pun daripada kita. Kita berasa seperti ada emosi yang tidak ada pada hari-hari biasa.

Mengapa emosi seperti ini hanya muncul apabila tibanya bulan Ramadan?

Inilah hakikatnya proses psikologikal yang diwujudkan apabila kita berlapar dan dahaga. Dengan merasai keperitan berpuasa, menjadikan kita juga merasa insaf bahawa ada orang lain yang patut kita tolong dan bersimpati.

Kita mula merasakan bahawa jika selama ini kita mungkin sedang diuji dengan musibah, orang lain juga mungkin sedang diuji dengan lebih teruk lagi.

Puasa bukan hanya sekadar ibadat yang mengawal nafsu manusia, puasa juga merupakan sekolah membentuk emosi mulia individu.

Sebenarnya, kajian-kajian psikologi ada menerangkan fenomena ini. Ia dinamakan sebagai perceived self-other similarity, atau dalam bahasa yang mudah iaitu menilai orang lain sebagai sama dengan kita.

Misalnya, apabila kita berada dalam kumpulan tertentu yang mempunyai minat yang sama dengan kita, kita akan merasakan bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada kita.

Begitu jugalah dengan proses berpuasa. Kita melihat semua orang lain yang mengalami kepayahan dan kesulitan sebagai mempunyai ciri yang sama dengan kita, menjadikan kita terasa ingin membantu mereka.

Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa kewujudan rasa persamaan dan ingin membantu ini lebih mudah muncul apabila seseorang itu ditimpa kesusahan.

Mereka yang pernah mengalami pengalaman yang buruk lebih cenderung untuk menolong orang lain yang mengalami keadaan yang sama, dibandingkan dengan mereka yang tidak.

Perasaan empati ini pula dikatakan berlaku dalam dua proses utama, iaitu (i) sama ada kita melihat seseorang itu memerlukan bantuan atau tidak, dan keduanya (ii) meletakkan diri kita pada tempat individu yang sedang menanggung penderitaan tadi.

Walaupun emosi ini kelihatannya mudah, tetapi ia tidak berlaku dengan mudah. Sebab itulah, ada individu yang bersimpati dengan individu yang terlibat dengan kemalangan dan ada yang tidak.

Falsafah berpuasa

Ada pula orang yang sangat kasihan melihat anak-anak yatim, tetapi ada pula yang melihat golongan ini sebagai insan biasa sahaja.

Ini semua adalah bergantung kepada sejauh mana deria emosi kita mampu meletakkan diri pada tempat mereka yang bernasib malang tadi.


RAMAI orang lebih sensitif untuk membantu insan-insan kurang bernasib baik ketika Ramadan.


Kita mungkin akan lebih merasakannya jika kita pernah mengalami pengalaman yang sama sebelum ini. Kita merasakan bahawa mereka yang sedang ditimpa kesusahan itu bukan orang lain, tetapi adalah kelompok yang sama dengan diri kita.

Sebenarnya, inilah antara falsafah berpuasa yang sedang melatih deria psikologi kita semua untuk menginsafi kepayahan yang dihadapi orang lain.

Selama ini, kita mungkin melihat mereka yang tidak bernasib baik sebagai malas atau tidak berusaha. Kita juga mungkin menilai mereka yang gagal sebagai tidak mempunyai kegigihan seperti mereka yang berjaya.

Tafsiran seumpama itu mungkin muncul apabila kita tidak meletakkan diri kita pada tempat individu yang bernasib malang tadi.

Kita juga mungkin tidak menafsirkan mereka sebagai mempunyai ciri yang sama dengan diri kita. Ini akan menjadikan kita lebih mudah untuk membantu, dibandingkan sekiranya kita melihat orang yang ditimpa musibah sebagai bukan dalam kumpulan yang sama.

Sedar atau tidak, setiap kali tibanya Ramadan kita akan lebih merasakan simpati dengan apa yang berlaku terhadap saudara sesama Islam di seluruh dunia, walaupun pada waktu yang lain kita mungkin tidak mempunyai rasa seumpama itu.

Kita melihat apa yang berlaku di Mesir atau Syria sebagai perkara malang yang sedang menimpa saudara seagama, walaupun pada waktu yang lain kita mungkin melihat apa yang berlaku lebih merupakan konflik dalaman sesebuah negara.

Bayangkan, ujian berpuasa sahaja, sudah mampu mengubah tingkah laku dan penilaian manusia, apatah lagi kalau kita dihadapkan dengan cabaran yang lebih besar.

Sebab itulah, kita dapati begitu banyak kebaikan dilakukan umat Islam setiap kali Ramadan.

Kita dapati banyak derma kebajikan dilakukan, dan kita lebih banyak bersabar menghadapi situasi tertentu.

Malah, kita mula memberikan sedikit juadah untuk jiran kita, walaupun pada waktu yang lain mungkin jarang bertegur sapa.

Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi puasa juga membentuk emosi empati manusia agar lebih bersimpati dengan orang lain dan tidak bersikap mementingkan diri sendiri.

Hidangan terbaik Asia Barat di Al Diafah

Posted:

Hidangan terbaik Asia Barat di Al Diafah

Hidangan terbaik Asia Barat di Al Diafah


KELAZATAN juadah daging dan ayam panggang diraja pasti tidak mengecewakan pengunjung yang gemarkan masakan Asia Barat.


RESTORAN Al Diafah menyajikan hanya yang terbaik sepanjang Ramadan ini dengan pelbagai hidangan Asia Barat yang sungguh menyelerakan.

Sebanyak 170 hidangan termasuk sup, salad, pembuka selera, sandwic, pasta, makanan laut, kebab, pencuci mulut dan aneka pilihan minuman

disediakan untuk pengunjung.

Sajian berkualiti tinggi dimasak segar disediakan kepada pengunjung agar rasa, warna dan tekstur makanan dapat dikekalkan.

Nikmati juadah berbuka puasa

anda bersama rakan-rakan dan

keluarga untuk berkongsi kelazatan hidangan nasi, roti, makanan ringan dan pencuci mulut.

Hidangan istimewa yang mendapat permintaan paling tinggi sewaktu iftar semestinya daging dan ayam panggang diraja serta nasi mandi ayam dan kambing.

Selain itu, menu Asia Barat lain yang harus dicuba ialah nasi mandi bersama shish tawouk, filet ayam panggang, bebola kebab ayam, nasi Al Diafah dan nasi Kabsa.

Pencuci mulut yang wajib dicuba pula ialah Oom Ali yang sukar didapati di tempat lain. Rasanya yang manis, bersusu dan berkrim pasti membuatkan anda ingin mencubanya berkali-kali.

Bagi mereka yang mahukan hidangan segera boleh memilih set Al Diafah Express yang dijual pada harga serendah RM10.

Keenakan sup gearbox kambing

Posted:

Keenakan sup gearbox kambing

Keenakan sup gearbox kambing


SUP gearbox kambing antara hidangan signatur restoran 10 Binjai pada bulan Ramadan tahun ini.


BAGI yang menggemari suasana restoran yang kasual dan kontemporari, 10 Binjai di PNB Darby Park merupakan destinasi terbaik untuk anda berbuka puasa bersama rakan-rakan mahupun keluarga.

Kira-kira 80 menu iftar yang disediakan oleh pihak restoran termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut. Pelanggan juga dapat merasai seperti berkunjung ke bazar Ramadan terutama di kaunter hidangan pembuka selera.

Lemang, ketupat, rojak, kerabu, roti john dan stimbot merupakan antara menu yang menjadi tarikan pelanggan di restoran itu.

"10 Binjai juga menyajikan pelbagai sajian tempatan dan luar negara. Antara hidangan yang menjadi tumpuan ialah ikan dan ayam bakar, nasi Arab, ketam masak merah, udang sambal petai, daging kurma serta shawarma kambing dan ayam.

Bagi yang menggemari hidangan dari Pantai Timur, nasi kerabu merupakan antara hidangan signatur di restoran kedua PNB Darby Park selain daripada Restoran The 39.

Eksekutif sous chef 10 Binjai, Ard Abdul Aziz, 44, memberitahu, sempena bulan Ramadan, menu sup gear box kambing merupakan hidangan utama yang harus dicuba oleh pelanggan.

"Sup gearbox kebiasaannya sinonim dengan tulang daging lembu. Di restoran ini, kami menyediakan sup tulang gear box kambing. Ia dimasak dengan menggunakan rempah ratus masakan Melayu seperti lengkuas, serai dan halia.

"Sup gearbox kambing juga lebih manis jika dibandingkan dengan gear box lembu. Isinya juga lembut dan memudahkan pelanggan untuk menikmatinya," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Hidangan pencuci mulut seperti puding roti, pengat dan pelbagai jenis kuih-muih Melayu juga disediakan untuk pelanggan sebelum berangkat pulang usai menikmati juadah berbuka puasa di restoran 10Binjai.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


77 maut dalam nahas kereta api

Posted:

77 maut dalam nahas kereta api

77 maut dalam nahas kereta api

PASUKAN penyelamat sedang menjalankan usaha mengeluarkan mangsa daripada gerabak kereta api yang tergelincir di Santiago de Compostela di barat laut Sepanyol kelmarin. Kemalangan tersebut meragut nyawa sekurang-kurangnya 77 penumpang dan kakitangan kereta api itu.- Reuters


SANTIAGO DE COMPOSTELA, Sepanyol - Sebuah kereta api di sini tergelincir daripada landasannya malam kelmarin dan mengorbankan sekurang-kurangnya 143 orang, sekali gus menjadikannya kemalangan terburuk dalam tempoh lebih 40 tahun.

Pasukan keselamatan menemui 73 mayat dari- pada gerabak kereta api itu dengan empat orang lagi mangsa meninggal dunia di hospital.

Sebanyak empat buah gerabak terbalik dan bertindih antara satu sama lain manakala asap tebal dilihat keluar daripada gerabak yang remuk teruk itu.

Beberapa media melaporkan bahawa kereta api malang itu bergerak pada kelajuan tinggi.

Namun, jurucakap syarikat kereta api, Renfe menegaskan, adalah terlalu awal untuk menjelaskan apakah punca sebenar kemalangan itu.

"Siasatan sedang dijalankan. Kita akan tahu berapakah kelajuannya selepas meneliti kotak hitam kereta api tersebut," katanya.

Pemandu kereta api yang terperangkap di dalam salah satu gerabak menyatakan, dia memberitahu pegawai landasan bahawa kereta api itu mengambil selekoh pada kelajuan 190 kilometer sejam (km/j). Had kelajuan di zon bandar itu cuma 80km/j, lapor akhbar El Pais.

Kamalangan berlaku pada pukul 8.42 malam kelmarin. Kereta api tersebut membawa 218 orang penumpang dan empat orang kakitangan untuk memasuki stesen Santiago de Compostela di barat laut Galicia, Sepanyol.

Ia kemudian tergelincir empat kilometer dari stesen kereta api terbabit. Keretapi api model Alvia itu dalam perjalanan dari Madrid menuju bandar Ferrol.

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy yang berasal dari Santia- go de Compostela tiba di tempat kejadian dan melawat mangsa di hospital berdekatan.

Raja Juan Carlos dan Putera Mahkota Felipe membatalkan semua majlis mereka sebagai tanda penghormatan ke atas mereka yang terbunuh.

Sepanyol turut meng- umumkan tujuh hari berkabung di Galicia. - AFP

Kepala pelatih dibaham buaya

Posted:

Kepala pelatih dibaham buaya

Kepala pelatih dibaham buaya


SITUASI cemas apabila kepala seorang pelatih buaya dibaham dan disaksikan oleh para penonton Taman Buaya Samut Prakan, Thailand semalam.- Agensi


BANGKOK - Seorang pelatih buaya di Bangkok nyaris maut apabila seekor buaya yang terlibat dalam satu persembahan bertindak membaham kepala pelatih tersebut sebelum menghempasnya beberapa kali ke tanah, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Insiden yang menakutkan itu berlaku apabila buaya terbabit bertindak merapatkan rahang mulutnya sebaik sahaja pelatih taman buaya berkenaan meletakkan kepalanya di dalam mulut buaya tersebut.

Aksi berbahaya dengan meletakkan kepala di dalam mulut buaya adalah sebahagian daripada salah satu acara tarikan pelancong di Thailand.

Kejadian yang mendebarkan itu berjaya dirakamkan oleh para penonton di Taman Buaya Samut Prakan, Bangkok.

Para penonton yang berada di tempat kejadian menjerit ketika reptilia tersebut membaham kepala pelatih taman berkenaan.

Menurut laporan akhbar tempatan, pelatih taman buaya yang berusia 27 tahun itu berjaya meloloskan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan di kepala.

Sebelum itu, buaya tersebut telah menghempaskan badan pelatih buaya berkenaan beberapa kali sebelum melepaskannya.

Beberapa akhbar tempatan berkata, insiden itu pertama kali berlaku di taman tersebut. - Agensi

Pasangan diraja namakan anak George Alexander Louis

Posted:

Pasangan diraja namakan anak George Alexander Louis

Pasangan diraja namakan anak George Alexander Louis


Putera William dan Kate Middleton menamakan anak lelaki mereka sebagai George Alexander Louis kelmarin.- AFP


LONDON - Pewaris takhta diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton menamakan bayi lelaki mereka George Alexander Louis, gabungan tiga nama tradisional diraja, kata pejabat William kelmarin.

Istana Kensington dalam satu kenyataan berkata, bayi yang merupakan pewaris ketiga takhta diraja Britain itu akan digelar Prince George of Cambridge.

Sejumlah penerima taruhan sebelum ini pernah menjangkakan tiga nama tersebut digunakan dan pengumuman itu dikatakan agak cepat.

Pengumuman nama pewaris pertama takhta Britain, Putera Charles yang juga bapa William mengambil masa sebulan dan seminggu untuk William.

George pernah menjadi nama enam pemerintah Britain terdahulu.

Nama tersebut digunakan oleh bapa Ratu Elizabeth II, Raja George VI yang memerintah dari tahun 1936 hingga 1952.

Alexander atau digelar Alexandra bagi wanita merupakan gelaran untuk permaisuri. Ia juga merupakan nama permaisuri Raja Edward VII pada permulaan abad lalu.

Louis pula salah satu nama William.

Putera George yang juga anak sulung pasangan diraja itu dilahirkan pada Isnin lalu di Hospital St. Mary, Paddington, barat London.

William dan Kate yang kedua-duanya berusia 31 tahun kelmarin meluangkan masa di kediaman ibu bapa Kate di Bucklebury, selatan England. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Belajar buat kek daripada YouTube

Posted:

Belajar buat kek daripada YouTube

Belajar buat kek daripada YouTube

Oleh NIZHA PERIASWAMY

MEMASAK umpama satu terapi. Ia mampu mematangkan kita dan memberikan ruang untuk bereksperimen serta mengisi masa lapang. Jika sesuatu masakan itu berjaya, ia akan memberikan senyuman kepuasan bukan sahaja kepada tukang masak tetapi juga mereka yang menikmati hasil air tangan tersebut.

Berdasarkan kepada trend terkini, aktiviti memasak di rumah semakin meningkat dengan bertambahnya jumlah lelaki yang gemar berbuat demikian. Ia bukan sahaja melibatkan masakan makanan teras seperti nasi dan lauk-pauk, malah masakan kek dan pastri juga semakin diminati seperti yang dipopularkan oleh chef dan pembuat roti terkenal, Jamie Oliver serta Paul Hollywood.

Bagi Razi Arif Mohd. Razali, 28, misalnya, membuat biskut, kek atau sebarang pastri, bukan sesuatu yang baharu bagi lelaki moden sepertinya.

Mula membuat kek dan biskut secara serius sejak empat tahun lalu, Razi mengakui, ia bermula selepas dia dan rakan-rakan di kolej terlibat dalam satu projek mengenai perniagaan dalam talian.

"Kami hanya melakukannya untuk projek, kemudian saya fikir kenapa tidak jika saya mengaplikasi dalam hidup. Saya belajar tentang teknik membuat kek dan biskut dalam internet seperti Youtube. Dari situ, saya mula mengkaji dan bereksperimen sendiri," kata Razi yang mengakui kek coklat moist sebagai kek signaturnya.

Tambah Razi, kek menjadi pilihan paling utama mungkin kerana latar belakang keluarganya.

Semua orang dalam keluarga, bermula daripada neneknya, mak cik dan pak cik serta ibu, pandai membuat kek. Razi juga banyak mendapatkan resipi kek daripada pak cik dan mak ciknya yang banyak membantu dengan kemahiran tersebut pada peringkat awal.


CHEF Kamarul menunjukkan cara menguli doh menggunakan tangan supaya dapat mengenali tekstur doh tersebut dengan lebih mudah.


Walaupun bekerja sepenuh masa sebagai pegawai bank, Razi berkata, ia tidak pernah menghalangnya daripada membuat kek pelbagai jenis kek. Walaupun sebagai seorang lelaki, Razi tidak melihat ia suatu kelainan.

"Ramai chef terkemuka dan mereka yang memasak di restoran, merupakan lelaki. Jadi, tiada apa yang pelik di sini," katanya.

Menjelang musim raya, Razi berkata, dia akan memberi tumpuan kepada membuat kek eksklusif raya iaitu kek dam, selain resipi biskut baharu seperti biskut perisa ayam, london almond perisa strawberi, epal dan pisang serta tart nanas.

Razi juga memberitahu, selain membuat biskut dan kek, dia juga tidak kekok memasak.

Bengkel Buttercup

Trend global iaitu penerimaan terhadap skil lelaki yang mahir memasak menyerap masuk ke seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia.

"Memasak adalah hobi yang mengujakan dan membawa suatu kepuasan tersendiri.

"Trend baharu menyaksikan lebih ramai lelaki memasak dan salah satu sebab perkembangan trend ini adalah pertambahan rancangan memasak yang dibintangi oleh lelaki sendiri," kongsi Pengurus Besar Kanan Auric Pacific, Chua Kim Leong.

Auric Pacific merupakan pengeluar dan pengedar mentega Buttercup di negara ini.

Berikutan itu, syarikat pembekal mentega terkemuka, Buttercup baru-baru ini menganjurkan bengkel memasak dan membuat biskut raya sempena kedatangan Aidilfitri di The Cooking House, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.


RAZI pernah menyertai MasterChef Malaysia sebagai bukti minat mendalamnya dalam dunia masakan.


Menariknya dalam bengkel itu, But- tercup menggalakkan para jejaka membantu yang tersayang dalam membuat persediaan Syawal.

Petua membuat biskut

Bimbingan daripada Chef Kamarul Hasni atau lebih dikenali sebagai Chef Kamarul mengalu-alukan kedatangan wartawan pada sesi membuat biskut semperit dan cip coklat berkacang menggunakan mentega Buttercup.

Beliau turut membekalkan peserta bengkel dengan tip penting dalam memastikan biskut yang dihasilkan enak dan rangup.

Antaranya pemilihan mentega yang betul dan tepat, Buttercup.

Ujarnya lagi, sukatan bahan yang betul serta mentega yang tepat ditambah keghairahan memasak pasti akan membuahkan hasil yang dimahukan.

"Saya sentiasa mencari cara untuk membuat kejutan dan menggembirakan keluarga serta rakan saya dengan resipi biskut hari raya yang berbeza.

"Memasak membangkitkan rasa kasih sayang dan kesucian hati. Hari raya merupakan simbol kepada tradisi memasak yang dihargai," kata Chef Kamarul.

Mengenang memori silam, Chef Kamarul mengakui banyak kenangan manisnya bersama ibu dan nenek yang membuat biskut untuk hari raya.

Malah, resipi warisan turun-temurun dan bahan-bahan tetap dikekalnya sehingga hari ini.

Sebagai pembakar semangat bagi kaum lelaki yang berminat memasak kata Chef Kamarul, mereka seharusnya cuba membuat sesuatu yang mereka sendiri tidak sabar untuk menikmati. Ini kerana ia akan membuatkan mereka teruja melalui setiap proses dari mula hingga akhir.

"Selain itu, disebabkan memasak sangat bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan, pilih bahan terbaik untuk mendapatkan hasil yang hebat," ujar Chef Kamarul.

Dalam pada itu, sambil berkongsi tip dan petua, beliau juga memperkenalkan bahan-bahan untuk membuat biskut semperit.

JAMIE OLIVER antara chef lelaki yang membentuk satu paradigma baharu dalam bidang memasak dalam kalangan lelaki.


Chef Kamarul menunjukkan satu persatu proses membuatnya daripada membentuk adunan, doh dan membakar di dalam ketuhar.

Bagi menambah nilai dan cita rasa baharu semperit, Chef Kamarul turut memperkenalkan penggunaan serbuk koko untuk semperit berperisa coklat.

Mudah dan dihasilkan secara konsisten menggunakan resipi yang dikongsi oleh Chef Kamarul, para peserta media yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan jayanya menghasilkan semperit asli dan semperit coklat.

"Semasa membuat sempirit, ia menggunakan tiga jenis tepung, kalau doh lembut, tambahkan sahaja tepung gandum. Dari segi pemilihan telur, hanya kuning telur sahaja digunakan. Jangan gunakan seluruh telur," terangnya kepada wartawan.

Siap dalam masa kurang setengah jam, resipi kedua, yang banyak menggunakan kekacang serta cip coklat turut dikongsi. Lebih mudah dan lebih cepat dihasilkan, resipi yang hanya menggunakan lapan jenis bahan itu kelihatan sangat senang dilakukan.

Walau bagaimanapun, disebabkan kekangan masa, media tidak dapat membuat resipi biskut kedua, biskut cip coklat berkacang.

Mengakui kedua-dua resipi bukan sahaja mudah dan enak di makan, Chef Kamarul memberitahu, sudah tiba masanya untuk para jejaka di luar sana menyingsing lengan untuk cuba membuat biskut sempena lebaran ini.

Pesona berkongsi resipi biskut semperit coklat dan biskut cip coklat berkacang Chef Kamarul yang boleh dimanfaatkan para pembaca.

Persiapan raya tanggungjawab suami

Posted:

Persiapan raya tanggungjawab suami

Persiapan raya tanggungjawab suami


NAFKAH zahir berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan yang munasabah merupakan tanggungjawab suami.


SEPERTI yang kita sedia maklum, Ramadan terbahagi kepada tiga fasa iaitu 10 Ramadan pertama adalah rahmat, 10 Ramadan kedua (keampunan) dan 10 Ramadan terakhir (fasa pembebasan daripada api neraka).

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Ramadan kini melalui fasa kedua menghampiri fasa ketiga. Dalam usaha meningkatkan ibadah kepada-Nya, persiapan menyambut hari kemenangan selepas perjuangan sebulan selesai sinonim digelar hari raya, perlu juga diambil peduli.

Isu yang sering dipanjangkan kepada saya ialah ramai kaum lelaki khususnya para suami dan bapa tidak begitu mengambil berat mengenai persiapan menyambut Aidilfitri.

Kalau tidak ambil berat tetapi memberikan wang kepada isteri, boleh diterima lagi, namun ada suami enggan campur tangan langsung.

Perlu difahami, keperluan bagi meraikan hari raya dikira sebagai nafkah zahir yang wajib disediakan suami termasuk untuk anak dalam jagaan bekas isteri (kes pasangan bercerai).

Suami tidak berkemampuan

Mengikut hukum syarak, antara tanggungjawab seorang suami adalah memberi nafkah untuk isteri dan anak-anaknya berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan segala keperluan isteri yang munasabah dan tidak bercanggah dengan syarak.

Menepati firman Allah SWT yang bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka." - Surah al-Nisa' ayat 34.


MENJADI tanggungjawab bapa menyediakan persiapan raya buat anak-anak. - Gambar hiasan


Berdasarkan huraian itu, ia merangkumi keperluan isteri dan anak-anak bagi menyambut dan meraikan Aidilfitri.

Ini bermaksud, seorang lelaki tidak boleh bersikap lepas tangan. Dia perlu menyediakan segala keperluan yang berkaitan agar isteri dan anak-anak dapat menyambut hari raya dengan ceria dan gembira.

Isu yang kerap menjadi perbahasan adalah suami atau bekas suami tidak mampu. Di Mahkamah Syariah pula, khabarnya apabila bekas suami memberikan alasan tidak mampu, maka hakim akan meminta isteri pertimbangkan semula.

Ketidakmampuan yang dijadikan alasan menggunakan firman Allah yang bermaksud: "Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepada- nya (sekadar yang mampu)." - Surah al-Talaq ayat 7.

Benarlah maksud ayat ini, kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami atau bekas suami.

Bagaimanapun ulama menjelaskan, kemampuan yang diambil kira adalah selepas si suami berusaha sedaya upaya dan tidak membebankan dirinya melebihi kemampuannya yang sebenar.

Sekiranya hanya berserah tanpa usaha tahap maksimum ataupun ketidakmampuan wujud selepas kegagalan mengurus- kan kewangan dengan wajar, sebagai contoh, berhutang untuk perkara yang bukan keperluan, ketidakmampuan itu tidak boleh diterima pakai.

Jika si ayah benar-benar tidak mampu, contohnya sakit yang memaksanya tidak bekerja dan tidak boleh mengusahakan sesuatu?

Jika ia berlaku, maka tanggungjawab menyediakan segala keperluan si anak terletak kepada warisnya seperti datuk atau saudara lelaki si ayah iaitu bapa saudara si anak.

Bagi memperoleh hak peralihan tanggungjawab ini, boleh gunakan peruntu- kan Seksyen 72 (2), Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan atau seksyen serupa bagi enakmen di negeri-negeri lain seluruh Malaysia, menyebut: "Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka".

Sahur walaupun seteguk air

Posted:

Sahur walaupun seteguk air

Sahur walaupun seteguk air


KITA digalakkan bersahur walaupun hanya seteguk air. - Gambar hiasan.


SALAM Ramadan buat semua pembaca setia Kosmo! yang tidak jemu-jemu menatap dan membaca akhbar ini sehingga ke hari ini dan membaca ruangan Tanya Ustaz.

Mudah-mudahan kalian diberkati Allah SWT dan diberi keafiatan zahir dan batin, rohani dan jasmani untuk menjalani perjalanan Ramadan ini.

Diam tak diam kita sudah berada pada hari yang ke-17 bulan Ramadan, masya-Allah terlalu pantas waktu berlalu.

Moga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk beriringan dengan Ramadan agar kita tidak ketinggalan.

Kali ini kita bicara tentang sahur dan mengapa perlu bersahur. Terdapat segelintir umat Islam yang tidak mengambil berat tentang kelebihan bersahur ini. Insya-Allah kita rungkaikan bersama-sama apakah kelebihan bersahur ini.

Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu bersahur kerana dalam bersahur itu ada keberkatan".

Ada banyak rahsia di sebalik bersahur. Jika dapat dilakukan akan memberi kesan terhadap pembuatnya.

Nabi bersabda yang bermaksud: Perbezaan antara puasa orang Islam dengan puasa ahli Kitab adalah kita bersahur.

Sabda Baginda lagi yang bermaksud: Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sebentar) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail. - Hadis daripada Ibnu Abbas.

Hadis diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.

Subhanallah, sehingga ke tahap ini Allah kurniakan kepada kita umat Muhammad yang memelihara sahur dalam berpuasa dan alangkah besarnya kelebihan walhal ringannya untuk dilakukan.

Sabda Rasulullah lagi: Sentiasalah umatku itu dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan bersahur.

Akhir kata, moga Allah memasukkan kita ke dalam golongan beribadah dan memelihara ibadah agar sentiasa diredai Allah dunia hingga akhirat. Wallahu a'lam.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved