Jumaat, 12 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Lukisan bersifat keanak-anakan

Posted:

Lukisan bersifat keanak-anakan

Lukisan bersifat keanak-anakan

SEHELAI demi sehelai buku bacaan kanak-kanak dibelek sehingga leka tanpa mengendahkan kehadiran orang ramai yang lalu-lalang.

Bahagian rak buku berkenaan menjadi ruang paling diminati setiap kali berkunjung ke kedai-kedai buku di sekitar ibu negara.

Ia kedengaran seperti gelagat biasa yang dilalui oleh setiap kanak-kanak namun cerita sebenar adalah berlainan. Hobi membaca buku kanak-kanak itu sebenarnya rutin seorang wanita yang sudah mempunyai anak dan berusia 44 tahun.

Pada asalnya, Nor Emila Mohd. Yusof meminati bahan bacaan kanak-kanak kerana ia dipenuhi dengan lukisan dan berwarna-warni. Terdetik di hatinya yang dia juga boleh menghasilkan lukisan-lukisan ceria sebegitu.

Namun, Nor Emila sedikit kecewa kerana buku kanak-kanak hasil pengkarya tempatan tidak banyak terdapat di pasaran. Rata-rata buku tersebut diimport dari luar negara seperti Amerika Syarikat (AS), Singapura, Australia, Jepun dan United Kingdom.

Dia berazam untuk membantu menyumbang kepada pembangunan industri buku negara dengan menghasilkan buku dan ilustrasi kanak-kanak untuk diterbitkan di dalam dan luar negara.

"Saya mula menjalankan perniagaan berasaskan lukisan dan kraf tangan secara kecil-kecilan sejak tahun 2006 melalui medium laman sosial dan blog. Ketika itu saya masih bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat swasta di ibu negara.

"Kemudian, saya menyertai peraduan menghasilkan ilustrasi yang dihantar ke laman web www.illustrationfriday.com pada setiap Jumaat. Laman tersebut akan memberi satu perkataan untuk diilustrasikan oleh setiap peserta pada minggu berkenaan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Ampang, Selangor baru-baru ini.


NOR EMILA menunjukkan sebahagian daripada karyanya.


Sejak itu bakatnya semakin mendapat perhatian penggemar ilustrasi dari dalam dan luar negara sehingga ada yang berminat untuk membeli karyanya.

Melangkah setapak ke hadapan, Nor Emila mula menjana pendapatan melalui komisen yang diterima hasil jualan barangan menggunakan lukisannya yang dimuat naik di laman greetingcarduniverse.com dan zazzle.com.

Kini, sudah lapan buah judul buku ilustrasi kanak-kanak yang dihasilkan Nor Emila dijual di pasaran sejak tahun 2010. Judul berkenaan ialah My Mother's Garden, Little Guardian dan enam buah siri Seni dan Kraf Bersama Kak Emila.

Buku-buku yang dihasilkannya sesuai untuk bacaan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah terutama daripada siri buku Seni dan Kraf Bersama Kak Emila mendapat sambutan menggalakkan kerana berjaya menarik minat kanak-kanak untuk menghasilkan kraf mereka sendiri.

Pelukis gaya naif

Berkongsi tentang ilham bagi menghasilkan karya pula, dia kerap melihat keadaan di sekitar kediaman tempatnya membesar kerana sedikit sebanyak membantu mengimbau kembali kenangan sewaktu kecil di rumah tersebut. Pada masa sama, keletah anak lelakinya, Muhammad Yassin Mohd. Zaim, 10, turut memberikan idea untuk menghasilkan ilustrasi yang berkaitan dengan alam kanak-kanak.

Selain itu, Nor Emila kerap membuat rujukan komposisi (susun atur) karya ilustrator atau pelukis ilustrasi dari luar negara sewaktu terlibat dalam pameran bahan kanak-kanak di luar negara kerana ia lebih kreatif dan interaktif.

Setiap artis yang menghasilkan lukisan atau ilustrasi akan mencerminkan identiti tersendiri di sebalik setiap karya mereka. Sebahagian besar daripada artis tersebut melukis untuk kepuasan diri sendiri dan bukannya untuk dijual kepada orang awam.

Hasil karya seni naif yang lebih bersifat keanak-anakan juga merupakan satu cabang seni lukisan yang sinonim dengan identiti segelintir artis di persada lukisan tanah air.

Mie Mambo atau nama sebenarnya Mohd. Norazmi Mokhtar, 33, merupakan salah seorang pelukis gaya naif tempatan yang berjaya menghasilkan lebih 40 judul buku kanak-kanak sejak tahun 2005.

Dia memulakan karier sebagai seorang kartunis di majalah Gila-Gila selepas tamat pengajian dalam bidang seni reka dan seni lukis di Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Mie Mambo banyak mendapat tunjuk ajar daripada kartunis legenda, Rejab Had sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 2002.

"Saya gemar melukis lukisan catan yang berwarna-warni dan dari situ pemerhati seni lukisan mula nampak potensi karya yang saya hasilkan.


MIE MAMBO bergambar bersama lukisan tapir yang sering menjadi subjek utama lukisannya.


Tenaga pengajar

"Saya lebih selesa menghasilkan ilustrasi bahan bacaan kanak-kanak kerana ia bersifat naif dan sesuai untuk kelompok umur mereka," katanya ketika ditemui pada Festival Bahan Kanak-Kanak Asia 2013 di Perpustakaan Negara Singapura pada Singapura baru-baru ini.

Selain buku kanak-kanak, dia juga berjaya menghasilkan sebanyak 13 buah novel grafik dan 20 ilustrasi buku pelbagai judul untuk pasaran dalam negara. Pada masa yang sama, Mie Mambo bergerak aktif sebagai pelukis sepenuh masa dan tenaga pengajar kepada bakat-bakat baharu melalui program anjuran Perbadanan Kota Buku dan Balai Seni Visual Negara.

Menurutnya, bakat dalam bidang lukisan diwarisi daripada nenek dan kedua-dua ibu bapanya. Berkongsi tentang cabaran, dia terpaksa berperang dengan sikap malas atau tiada mood yang kadang-kadang menyebabkan kerjanya tergendala.

Bagaimanapun, Mie Mambo sudah melibatkan diri dalam 10 pameran lukisan dalam negara sejak tahun 2006.

Beberapa tokoh pelukis yang dikaguminya ialah Zulkifli Dahlan, Dzulkifli Buyong, Yusof Gajah dan Rejab Had. Kebanyakan karya yang dihasilkan Mie Mambo sesuai untuk bacaan kanak-kanak berumur lima hingga tujuh tahun.

Dia juga terlibat menyumbangkan ilustrasi pada buku teks sekolah dalam mata pelajaran Kadazan Dusun bagi pelajar tahap satu hingga enam di Sabah yang akan digunakan pada tahun 2014.

Kota Buku jadi pusat buku digital

Posted:

Kota Buku jadi pusat buku digital

Kota Buku jadi pusat buku digital


BUKU bacaan kanak-kanak yang boleh dibeli dalam format digital di laman portal e-Book.


SEIRING dengan perkembangan teknologi, kaedah penerbitan buku kanak-kanak turut berkembang dan menjadi lebih mudah. Anda tidak perlu bimbang untuk menyediakan bahan bacaan kanak-kanak ketika berada di luar kawasan.

Hanya dengan memiliki gajet terkini seperti tablet, telefon pintar atau komputer riba sudah membolehkan anak kecil membaca buku kegemaran mereka melalui paparan skrin gajet berkenaan.

Harga buku elektronik (e-Book) yang dijual di laman maya juga lebih murah dengan potongan sehingga 30 peratus bagi sebuah e-Book berbanding buku yang dibeli di kedai buku.

Adakah anda seorang yang gemar membelikan anak-anak pelbagai jenis bahan bacaan untuk memupuk minat membaca tetapi menghadapi masalah ketiadaan ruang untuk menyimpan bahan-bahan tersebut?

Promosi karya

Pembelian buku digital adalah penyelesaian terbaik, ia mudah dibawa ke mana sahaja. Antara kelebihannya ialah ia hadir dalam format memori digital yang boleh dimuat turun ke gajet anda.

Pengurus Jabatan Pembangunan Industri Buku Perbadanan Kota Buku (PKB), Norhayati Razali memberitahu, pihaknya menyediakan landasan kepada penulis buku dan ilustrator kanak-kanak untuk mempromosikan karya di peringkat tempatan dan luar negara melalui portal e-Book rasmi institusi tersebut.

"Sejak bulan Disember tahun lalu, terdapat 100 judul buku digital yang boleh dibeli dan dimuat turun di portal e-Book yang meliputi pelbagai genre terutamanya buku sastera kanak-kanak.

"Harga buku digital dijual jauh lebih murah berbanding harga buku asal dan ia lebih mudah dibawa kerana kebanyakan pengguna selesa membawa tablet elektronik bersama mereka," katanya ketika ditemui di PKB di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Usaha tersebut dilihat membolehkan bakat tempatan berpeluang menghasilkan lebih banyak karya bermutu tinggi pada masa akan datang. Karya mereka juga berpotensi untuk menembusi pasaran luar negara dan bersaing di pentas yang lebih besar jika ada pihak luar yang berminat untuk menterjemahkan karya tersebut.

Sastera kanak-kanak dilihat mempunyai pengaruh yang tersendiri kerana menghiburkan, berilmiah dan memupuk nilai tambah sesuai dengan perkembangan psikologi kanak-kanak.


MINAT membaca buku dalam kalangan kanak-kanak boleh dipupuk menggunakan gajet mudah alih yang bersifat interaktif. - Gambar hiasan


Pasaran

PKB juga kerap mengadakan latihan intensif dan bengkel kepada penulis, ilustrator dan pengkarya meliputi konsep, kerja-kerja penghasilan dan permurnian bahan yang sesuai untuk kanak-kanak dan remaja yang berusia satu hingga 15 tahun. Peringkat seterusnya, mereka dilatih untuk menguasai teknik bercerita yang baik bagi menarik minat pembaca.

Dalam pada itu, Pengerusi PKB, Tan Sri Dr. Asiah Abu Samah berkata, peranan institusi tersebut lebih kepada aspek operasi dalam industri perbukuan negara bagi menggalakkan usaha ke arah pengantarabangsaan karya tempatan.

Ia juga bertindak sebagai moderator atau fasilitator bagi memudahkan penulis, ilustrator dan agensi yang berkaitan untuk merujuk perkara-perkara yang melibatkan penerbitan buku dalam bentuk digital.

"Pasaran dalam penghasilan buku kanak-kanak sedang berkembang di Malaysia kerana semakin banyak karya tempatan dihasilkan dan setanding dengan bahan bacaan antarabangsa.

"Bagaimanapun, negara kita masih kekurangan jumlah buku yang sepatutnya diterbitkan dalam setahun. Malaysia hanya mempunyai kira-kira 17,923 judul buku di pasaran buat masa ini," jelasnya ketika ditemui pada Festival Bahan Kanak-Kanak Asia 2013 di Singapura baru-baru ini.

Jumlah tersebut meletakkan Malaysia di tangga ke-23 dunia menurut statistik penerbitan buku bagi tempoh setahun yang dikeluarkan oleh Persidangan Agung Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Penunjuk bagi status negara maju menggariskan sebuah negara perlu menerbitkan buku sekurang-kurangnya 0.1 peratus daripada jumlah populasi negara tersebut. Dengan erti kata lain, Malaysia seharusnya menerbitkan sekurang-kurangnya 28,800 buah buku setahun sebelum diiktiraf sebagai sebuah negara maju.- NADIA SHAIFUL BAHARI

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


50 bekas tentera terima Pingat Jasa Malaysia

Posted:

50 bekas tentera terima Pingat Jasa Malaysia

50 bekas tentera terima Pingat Jasa Malaysia

IDRUS (duduk, lima dari kiri) bersama 50 orang bekas anggota tentera yang menerima PJM di Hotel Aman Pura Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


HARGAI. Sebanyak 50 bekas tentera pelbagai pangkat menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) sempena Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Sungai Petani kali ke-32 di Hotel Aman Pura, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Anugerah itu disampaikan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Kawasan Utara, Mejar Idrus Amran.

Pingat tersebut diberikan kepada mereka yang berkhidmat sebelum tahun 1990.

Seorang penerima pingat, Mohamad Romaizi Mohd. Ghazali berkata, dia terharu menerima anugerah itu dan akan menjadikannya sebagai kenangan zaman perkhidmatan sebagai anggota pasukan keselamatan semasa era menentang pengganas komunis.

"Anugerah ini satu lagi tanda keprihatinan kerajaan kepada bekas anggota tentera," katanya.

Rumah Merah juara sukan SKBP

Posted:

Rumah Merah juara sukan SKBP

Rumah Merah juara sukan SKBP


SEBAHAGIAN peserta menyertai acara tarik tali pada kejohanan sukan tahunan SKBP di Batu Gajah, Perak baru-baru ini.


HEBAT. Rumah Sukan Merah muncul juara pada Kejohanan Olahraga Kali ke-28 Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baru (SKBP), Batu Gajah, Perak baru-baru ini.

Dua pelajar, Wan Hakimi Wan Jaafar dan Nur Natasya Emiliyana Khairuddin masing-masing dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati sukan pada temasya tersebut.

Pelbagai acara menarik telah diadakan pada kejohanan sukan kali ini termasuk sukaneka, tarik tali dan acara yang melibatkan ibu bapa.

Kejohanan sukan itu dirasmikan oleh Penghulu Mukim Sungai Raia, Kampung Kepayang, Jamaluddin Abdul Aziz.

Program Jasamu Dikenang rai persaraan guru besar

Posted:

Program Jasamu Dikenang rai persaraan guru besar

Program Jasamu Dikenang rai persaraan guru besar


FATIMAH MASAUD (tiga dari kanan) menyerahkan tugas kepada Zakaria sempena majlis persaraan beliau di SK Sri Jerai, Gurun, Kedah baru-baru ini.


KENANGAN. Program Jasamu Dikenang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Jerai, Gurun, Kedah baru-baru ini sempena persaraan guru besarnya, Fatimah Masaud, 58, yang menamatkan perkhidmatan dalam bidang pendidikan selama 32 tahun sejak 1981.

Penyelaras program, Ijlalnuni Abdul Ghani berkata, Fatimah menyerahkan tugas kepada Penolong Kanan Kurikulum, Zakaria Awang sebelum kedatangan guru besar baharu.

Katanya, Fatimah berkhidmat di sekolah itu sebagai guru besar sejak tahun 2008 dan pelbagai aktiviti untuk menaikkan imej sekolah telah diperkenalkan.

Fatimah memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal, Pulau Pinang setelah tamat kursus perguruan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur pada tahun 1981.

Sementara itu, Sukarelawan Skuad 1Malaysia daerah Yan diketuai Ishak Harun dan Penyelaras Skuad 1Malaysia Parlimen Jerai, Shahrul Zaman Murad mengiringi perarakan perpisahan Fatimah dengan konvoi menaiki kereta klasik dari sekolah menuju ke rumahnya di Taman Budiman Bedong.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


20 anak yatim hidup serba daif

Posted:

20 anak yatim hidup serba daif

20 anak yatim hidup serba daif

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my

SEKUMPULAN anak yatim kini menetap beramai-ramai di sebuah rumah teres ehsan seorang penduduk di Sri Kundang, Rawang.


RAWANG – Seramai 20 orang anak yatim hidup serba daif di sebuah rumah teres setingkat selepas mendakwa mereka dihalau oleh pihak pengurusan Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Ikhlas (Nur Ikhlas) di Sri Kundang di sini hanya kerana mereka tidak mampu membayar yuran bulanan RM150 kepada pusat jagaan itu.

Nasib baik ada seorang penduduk tempatan di kawasan itu yang bersimpati membenarkan 20 anak yatim yang kesemuanya lelaki berusia tujuh hingga 15 tahun menumpang di sebuah rumah teres miliknya.

Jarak antara rumah anak yatim di Sri Kundang dengan rumah teres yang didiami 20 anak yatim itu sekarang kira-kira lima kilometer.

Rumah teres yang mempunyai tiga bilik tidur dengan satu bilik air itu sudah dijadikan tempat perlindungan kepada anak-anak malang itu sejak lebih enam bulan lalu dan diberi nama Pusat Jagaan Anak Yatim Sri Kundang (AYSK).

Pengasas AYSK, Nor Azmi Jusoh mendakwa, kemelut 20 anak yatim itu tercetus pada tahun lalu apabila pihak pengurusan Nur Ikhlas membuat keputusan untuk mengenakan yuran bulanan sebanyak RM150 kepada setiap penghuninya berkuat kuasa Januari tahun ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nelayan jumpa rangka manusia terapung

Posted:

Nelayan jumpa rangka manusia terapung

Nelayan jumpa rangka manusia terapung

RANGKA manusia yang ditemui oleh nelayan di Pulau Kendi, Teluk Kumbar semalam.


BALIK PULAU - Seorang nelayan terkejut menemui satu rangka manusia yang lengkap berpakaian terapung di pesisiran pantai Pulau Kendi, Teluk Kumbar dekat sini semalam.

Ketika ditemui pada pukul 11.37 pagi, nelayan yang berusia 40-an itu segera menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan penemuan tersebut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md. Zin berkata, operasi membawa mayat ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Batu Maung dilakukan oleh pasukan Maritim Malaysia.

"Pemeriksaan awal mendapati jantina mangsa yang memakai kemeja-T berwarna hitam dan kuning serta berseluar pendek itu adalah lelaki namun tiada sebarang pengenalan diri ditemui.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengganas Sulu ke-30 didakwa

Posted:

Pengganas Sulu ke-30 didakwa

Pengganas Sulu ke-30 didakwa

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

TAWAU – Seorang lagi individu didakwa di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan menganggotai kumpulan pengganas dalam insiden pencerobohan puak pengganas Sulu di Lahad Datu, Februari lalu.

Tertuduh, Habil Suhaili mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim P.Ravinthran yang bersidang di Penjara Tawau.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kastam Lama, Lahad Datu dari 9 Februari hingga 4 Mac lalu mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail manakala tertuduh diwakili kumpulan peguam diketuai James Tsai.

Mahkamah kemudian bersetuju kes Habil dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan dibicarakan bersama dengan kes-kes lain.

Habil merupakan individu ke-30 yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas pelbagai kesalahan berhubung insiden pencerobohan puak Sulu pada Februari lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Serlah hala tuju moden premium Hyundai

Posted:

Serlah hala tuju moden premium Hyundai

Serlah hala tuju moden premium Hyundai

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

SUV merupakan antara segmen yang paling pantas berkembang di Malaysia. Penampilan luarannya yang mewah. maskulin, posisi pemanduan tinggi dan boleh dipandu di laluan lasak menjadi antara faktor kenapa SUV menjadi pilihan ramai orang.

Justeru, tidak hairanlah jika boleh dikatakan semua pengeluar memiliki model SUV mereka sendiri. Sama ada jenama dari Jepun, Eropah atau Korea, semuanya cuba untuk mengumpan pembeli dengan pelbagai ciri menarik yang

Hyundai tidak terkecuali dalam persaingan tersebut. Pengedar kenderaan Hyundai di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini memperkenalkan Inokom Santa Fe (produk yang dilesenkan oleh Hyundai) ke pasaran tempatan.

Santa Fe ialah sebuah SUV berkapasiti tujuh tempat duduk yang tidak asing lagi buat pengguna tempatan. Sudah memasuki generasi ketiga, Hyundai cuba untuk menjadikannya sebuah SUV yang lebih mewah dan sporty.

Ia nyata selari dengan hala tuju Hyundai yang ingin menjadi jenama moden premium. Dibina berdasarkan kepada konsep rekaan baharu iaitu Storm Edge, Santa Fe dilihat berjaya menyerlahkan kualiti dan kemewahan yang mengagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Malah, jika dibuang emblem Inokom atau Hyundai itu, tidak mustahil ramai yang menganggapnya sebagai sebuah SUV buatan Eropah. Tanggapan itu banyak didorong oleh penampilan luarannya yang kemas.

Lihat sahaja kepada gril signatur Hyundai berbentuk heksagonal itu. Ditambah pula dengan gabungan bampar belakang dan hadapan yang sporty, bumbung suri, lampu utama jenis HID dan lampu belakang LED. Semua itu sememangnya mencipta imej sebuah SUV yang futuristik dan urban.

Kemewahan ruang kabin Santa Fe dilihat menyempurkakan gaya luaran Santa Fe. Sebaik sahaja masuk ke dalam kabin, pemandu dan penumpang dihidangkan dengan kemasan kulit mewah pada tempat duduk.


TIPIKAL papan pemuka kenderaan Hyundai, ruang ini sarat dengan pelbagai butang kawalan.


Mata pemandu juga pasti tertarik dengan stereng yang kemas dengan susunan butang kawalan. Sementara paparan instrumen Thin Film Transistor (TFT) LCD bersaiz 4.2 inci itu memaparkan pelbagai maklumat penting pemanduan.

Reka bentuk Santa Fe yang tersendiri telah melayakkannya untuk memenangi pelbagai anugerah. Misalnya, Anugerah Reka Bentuk Antarabangsa Australia 2013 dan Good Design Awards oleh pihak Chicago Anthenaeum: Museum of Architecture and Design di Amerika Syarikat.

"Pengenalan Santa Fe baharu ini sememangnya menetapkan satu standard baharu dalam pasaran SUV di Malaysia. Ia dinyatakan menerusi gabungan elemen kemewahan, moden, inovatif dan ciri-ciri keselamatan yang biasanya ada pada model lebih mewah.

"Dengan semua ciri yang hebat ini dan ditawarkan pada harga berpatutan, kami yakin dapat memperoleh kelompok pelanggan lebih besar," kata Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun.

Santa Fe hadir dalam dua pilihan enjin, R 2.2 E-VGT diesel dan enjin petrol Theta II 2.4 MPI. Ia kemudian dikembangkan kepada empat varian iaitu Theta II 2.4 Elegance (RM163, 888), Theta II 2.4 Executive Plus (RM177, 888), R 2.2 VGT Elegance (RM176, 888) dan R 2.2 VGT Executive Plus (RM189, 888).

Enjin diesel bersesaran 2.2 liter itu mampu menjana kuasa maksimum 197hp @ 3,800rpm dan tork setinggi 436Nm pada 1,800 hingga 2,500 rpm. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan SHIFTRONIC®.

Mahu menawarkan penjimatan bahan api sewajarnya, sistem Active Eco telah digunakan. Sistem itu berperanan mengubah suai kawalan enjin dan transmisi untuk memastikan maklum balas pendikit yang lancar. Di samping mengawal output sistem pendingin hawa untuk meningkatkan penjimatan bahan api.

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, jentera itu hadir bersama sistem keselamatan termaju demi menawarkan pemanduan terbaik kepada pemiliknya. Antara sistem yang ada adalah sistem pacuan empat roda Active On-Demand, Vehicle Stability Management (VSM), Hillstart Assist Control (HAC), Downhill Brake Control (DBC) dan Electric Parking Brake (EPB) dengan ciri Automatic Vehicle Hold.

EPB berfungsi 'memegang' kenderaan pada posisinya walaupun selepas pedal brek dilepasnya. Ciri itu amat berguna jika berhenti dan ingin memulakan semula perjalanan di laluan berbukit.

Terkenal sebagai pengeluar yang inovatif, Hyundai memastikan Sabta Fe menawarkan rangkaian ciri yang biasanya ada pada kenderaan lebih premium. Sebagai contoh, ciri Flex Steer yang mempunyai tiga mode operasi iaitu Comfort, Normal and Sport.


TEMPAT duduk belakang dibalut dengan kulit Nappa yang mewah.


Sistem tersebut membolehkan pemandu untuk mengadaptasi karekteristik stereng Santa Fe berdasarkan kepada corak pemanduan dan kondisi jalan raya. Ciri-ciri mewah yang lain termasuklah sensor hujan automatik, sistem kunci pintar, butang Start/Stop, kawalan jelajah, tempat duduk kuasa dan banyak lagi. Lebih menarik lagi, satu unit perakam pemanduan selamat (Safe Drive Recorder) yang berfungsi seperti kotak hitam turut dipasang pada SUV tersebut.

Buat pertama kalinya, HSDM turut memperkenalkan skim Leader Card. Direka khas untuk para pemilik Santa Fe baharu, ia membolehkan mereka menikmati gaya hidup mewah dan perkhidmatan premium. Misalnya, perkhidmtan concierge mewah dan bantuan perubatan peribadi.

Menerusi perkhidmatan concierge, menempah sesi bermain golf, kapal persiaran atau mendapatkan rawatan di hospital berdekatan boleh dilakukan dengan hanya satu panggilan telefon. Ahli Ledars Card juga akan mendapat kadar istimewa untuk perkhidmatan penghantaran pergi dan balik dari KLIA, LCCT atau Subang Skypark. Ini adalah sebahagian daripada kelebihan yang mampu ditawarkan oleh kad berkenaan.

"Santa Fe baharu ialah model premium. Maka, kami ingin memastikan para pemiliknya menikmati perkhidmatan yang premium juga. Banyak lagi kelebihan yang akan ditawarkan pada masa depan," tambah Lau.

Untuk ketenangan fikiran, Santa Fe hadir bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 300,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu).

Varian CKD terbaharu BMW 316i

Posted:

Varian CKD terbaharu BMW 316i

Varian CKD terbaharu BMW 316i


REKAAN bahagian hadapan ditonjolkan dengan Kidney Grill.


BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) menambah satu lagi varian model pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Malaysia. Varian dimaksudkan ialah BMW 316i. Ia dihasilkan di kilang BMW Malaysia di Kulim, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Malaysia, Dr. Gerhard Pils berkata, langkah mengembangkan aktiviti CKD itu membuka peluang lebih luas kepada pengguna tempatan untuk memiliki jentera jenama Jerman itu.

BMW 316i menggunakan enjin petrol empat silinder 1.6 liter TwinPower Turbo dengan teknologi VALVETRONIC. Enjin itu dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan.

Kombinasi itu membolehkan sedan tersebut menghamburkan kuasa maksimum sehingga 135hp dan tork setinggi 220Nm.

Pecutan dari titik pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) mengambil masa cuma 9.2 saat. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai adalah 210km/j.

Kadar pembebasan emisi karbon bagi setiap km adalah 137 gram. Untuk mencapai jarak sejauh 100km, kadar purata penggunaan petrol cuma 5.9 liter.

Model terbaharu itu dilengkapi butang Auto Start/Stop. Turut didatangkan bersama adalah tiga jenis mode pemetaan enjin iaitu Comfort, Sport dan Eco Pro.

Mode boleh ditukar menerusi menerusi butang. Mode Sport membolehkan pemandu menikmati maklum balas lebih dinamik, manakala Comfort pula meningkatkan keselesaan pemanduan. Eco Pro memaksimumkan soal keefisienan menerusi parameter enjin dan kotak gear.

Seperti mana-mana model BMW yang lain, varian 316i dilengkapi teknologi BMW ConnectedDrive. Bantuan BMW Live dan BMW TeleServices dipaparkan menerusi panel skrin LCD berukuran 6.5 inci.

BMW Live membolehkan pemandu menerima informasi berita atau keadaan cuaca ketika berada di dalam kereta. Turut didatangkan bersama ialah sambungan USB dan Bluetooth untuk peranti pintar.

Beberapa pilihan warna ditawarkan kepada pelanggan iaitu putih, hitam, merah, perak dan kelabu. Tempahan boleh dibuat menerusi mana-mana bilik pameran sah BMW Malaysia di seluruh negara.

Harga runcit atas jalan tidak termasuk insurans model BMW 316i ialah RM209,800 seunit. Program servis BMW Service dan Repair Inclusive (BS+RI) turut disertakan bersama.

Hibrid pertama Nissan bakal dilancarkan

Posted:

Hibrid pertama Nissan bakal dilancarkan

Hibrid pertama Nissan bakal dilancarkan


HARGA MPV ini dianggarkan bermula RM140,000 seunit


EDARAN Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) baru-baru ini mengadakan satu sesi previu tidak rasmi kenderaan pelbagai guna (MPV) hibrid Nissan Serena Smart Hybrid (S-Hybrid). ETCM ialah pengedar tunggal dan pemasang kenderaan Nissan di Malaysia.

Previu itu dibuat seiring dengan satu produksi video berkonsepkan Temui Hibrid - Keluarga Zaman Baharu, MPV Zaman Baharu. Jentera lapan tempat duduk itu dijadual menemui pelanggan tempatan tidak lama lagi.

Nissan Serena Smart Hybrid (S-Hybrid) merupakan produk MPV hibrid pertama ETCM. Sesi previu itu merupakan sebahagian daripada inisiatif ETCM untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai MPV S-Hybrid. Pada masa yang sama mencetuskan minat positif menjelang hari pelancarannya.

Nissan Serena S-Hybrid yang dipertonton itu dipasang dengan semua aksesori pilihan yang berkemungkinan besar ditawarkan ETCM. Sekali pandang, model itu menawarkan keselesaan ruang dalaman dengan pelbagai ciri teknologi tinggi.

Sempena tempoh jualan prapelancaran model itu, pembeli awal ditawarkan satu pakej promosi menarik. Ia termasuk insurans kemalangan peribadi pemandu, kadar faedah sewa beli yang rendah dan satu pakej servis percuma.

Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia boleh didapati menerusi laman web: www.nissan.com.my.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau masih mampu asah taring

Posted:

Harimau masih mampu asah taring

Harimau masih mampu asah taring

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

BARISAN pemain Harimau Malaya mula menjalani latihan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


"RAMAI tidak sedar perlawanan persahabatan dengan Chonburi FC pada 16 Julai ini merupakan satu aksi berkelas tinggi."

Demikian tegas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal ketika diminta mengulas kegagalan pasukannya mengadakan aksi persahabatan kelas A sehingga menjejaskan kedudukan mereka dalam ranking dunia.

Mengulas pertemuan menentang Chonburi FC, Rajagobal menganggap aksi tersebut mampu menampilkan 'kelas tinggi' disebabkan kelab Thailand tersebut dibarisi enam pemain Brazil.

"Pasukan Chonburi FC dibarisi enam pemain import dari Brazil dan selebihnya pemain-pemain kebangsaan Thailand.

"Jadi saya lihat Chonburi FC sebagai sebuah kelab yang sangat hebat dan perlawanan dengan kelab itu sesuai untuk kita membuat persiapan menentang Chelsea serta Barcelona nanti," kata Rajagobal.

Rajagonal berkata demikian selepas mengendali sesi latihan pertama skuad Harimau Malaya di padang Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Rajagobal turut melahirkan rasa terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) yang telah menjemput Harimau Malaya untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga kelab Jepun bermula 25 hingga 31 Julai ini.

"Ini juga satu perkembangan sangat baik dan ia (perlawanan menentang tiga kelab Jepun) juga merupakan satu aksi kelas tinggi yang tidak seharusnya kita lepaskan," katanya.

Dalam pada itu, seramai 27 pemain termasuk dua muka baharu telah melaporkan diri bagi mengikuti kem latihan Harimau Malaya di Wisma FAM semalam.

Dua muka baharu yang pertama kali dipanggil menyertai sesi latihan Harimau Malaya kali ini ialah pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Christie Jayaseelan dan Putera Nadher Amarhan Maderner atau Junior Eldstal dari Sarawak.

Dua pemain terbabit dipanggil bagi menggantikan tempat pemain Pahang, Azamuddin Mohd. Akil yang patah tangan serta kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi (hamstring).

Dua pemain bintang Johor Darul Takzim (Johor DT), Safiq Rahim serta Mohd. Safee Sali pula masih dipantau perkembangan mereka kerana turut dibelenggu masalah kecederaan.

"Badhri masih berpeluang menyertai skuad negara kerana saya akan terus memantau keadaannya dan dia akan melaporkan diri esok (hari ini).

"Ini kali kedua dia cedera ketika saya memanggilnya menyertai skuad negara.

"Saya akan sentiasa memanggil mana-mana pemain yang menunjukkan aksi terbaik dan saya tidak pernah menutup pintu buat mana-mana pemain," tegas Rajagobal.

Jang tidak mahu mendabik dada

Posted:

Jang tidak mahu mendabik dada

Jang tidak mahu mendabik dada

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


NAZRIN (dua dari kanan) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan sepasukannya selepas meledak gol kedua Negeri Sembilan ketika menentang Sabah malam kelmarin.


PENGENDALI sementara Negeri Sembilan, Ridzuan Abu Shah enggan mendabik dada atas kejayaan membelasah Sabah 4-0 pada aksi playoff Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Ridzuan berkata, kemenangan itu dianggap satu permulaan dan cabaran sebenar skuad Hoben Jang Hoben sebelum undian peringkat kumpulan dilangsungkan pada 27 Julai depan.

"Sudah pasti saya ada sasaran peribadi. Begitu juga dengan para pemain, tetapi masih terlalu awal untuk bercakap mengenai sasaran.

"Sasaran kami hanya akan bermula selepas undian dilakukan nanti. Buat masa ini, sasaran utama saya adalah untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

"Kami perlu bersedia sepenuhnya bagi menghadapi kempen Piala Malaysia tahun ini," kata Ridzuan kepada Kosmo! semalam.

Mengulas mengenai kejayaan menewaskan Sabah, Ridzuan berkata, dua gol yang diperoleh dalam tempoh 15 minit babak pertama menjadi detik kebangkitan skuad kendaliannya itu.

Pemain sayap, Nazrin Nawi meletakkan Negeri Sembilan di depan seawal minit ke-10 sebelum menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua berselang lima minit kemudian.

Penyerang import, Fabio Leandro Barbosa dari Brazil menjaringkan gol ketiga Negeri Sembilan pada minit ke-51 sebelum Nazrin melengkapkan hatriknya lima minit sebelum perlawanan tamat.

"Kejayaan memperoleh dua gol dalam tempoh 15 minit pertama menjadi faktor utama kejayaan itu.

"Sudah tentu, kemenangan ini sangat bermakna. Selain membuka laluan untuk kami merampas semula Piala Malaysia, ia juga dapat mengubat kekecewaan kami pada saingan Liga Super musim ini," kata Ridzuan.

Negeri Sembilan melengkapkan senarai 16 pasukan yang akan beraksi pada kempen Piala Malaysia musim ini bersama Lions XII, Selangor, Johor Darul Takzim, Kelantan, Pahang, ATM, PKNS, Perak, Terengganu, T-Team, Sarawak, Sime Darby, Johor, Kedah dan Felda United.

Undian peringkat kumpulan akan dilakukan pada 27 Julai, manakala saingan sebenar Piala Malaysia bakal bermula 17 Ogos depan.

Ujian rambang breath analyzer

Posted:

Ujian rambang breath analyzer

Ujian rambang breath analyzer

KEMENTERIAN Belia dan Sukan akan mewajibkan setiap atlet menjalani ujian breath analyzer secara rambang bagi memastikan mereka bebas daripada pengambilan minuman beralkohol semasa menyertai temasya sukan di negara ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, beliau akan meminta Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) menjalankan ujian breath analyzer (mengesan kandungan alkohol dalam badan) serta doping secara rambang ke atas setiap atlet.

"Kita akan meminta Adamas mengemukakan protokol baharu bagi memastikan temasya sukan negara bebas daripada penggunaan dadah dan alkohol," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) berkaitan dakwaan kes rogol pada Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang berakhir Ahad lalu dan soalan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) mengenai tahap keselamatan atlet.

Khairy berkata, ujian secara rambang itu bagi memastikan insiden dakwaan rogol yang berlaku semasa Sukma 2013 di Perkampungan Sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dikaitkan dengan pengambilan minuman alkohol oleh atlet tidak berulang.

Di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini, tiga atlet baling bola, Adib Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md. Shafie, masing-masing, 19, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol seorang pegawai pengiring berusia 20 tahun, Khamis lalu.

Khairy berkata, beliau juga telah meminta Majlis Sukan Negeri melihat semula usia pegawai pengiring atlet bagi mengelak risiko berulangnya insiden seperti itu.

"Kita ada Sukma di Perlis tahun depan. Saya sendiri akan panggil semua Majlis Sukan Negeri supaya ada jaminan bahawa tahap keselamatan dapat ditingkatkan supaya kontinjen mereka dapat dihantar dengan selesa," katanya.

Menurut Khairy, beliau memandang serius insiden itu dan sedang menunggu laporan penuh mengenai hal tersebut daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Khairy menegaskan, beliau akan melantik pihak ketiga iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan untuk menjalankan siasatan sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan laporan siasatan oleh MSN. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sabar didik si kecil berpuasa

Posted:

Sabar didik si kecil berpuasa

Sabar didik si kecil berpuasa

PADA bulan Ramadan, anak-anak patut digalakkan membaca al-Quran untuk menambahkan lagi pahala.


KEHADIRAN Ramadan ini memberikan kita manfaat yang banyak. Bukan sekadar berpuasa untuk melaksanakan kewajipan sebagai orang Islam, tetapi juga memberikan peluang kepada kita mendidik anak-anak dengan beberapa pengetahuan baharu.

Banyak daripada kita mula melatih anak-anak kecil untuk belajar berpuasa yang sebenarnya secara tidak langsung menahan mereka daripada lapar.

Ia juga membantu kita melatih diri sendiri dengan ketahanan psikologi apabila mendengar anak-anak mengadu lapar.

Andai orang dewasa sekalipun, ada yang perlu mengubah daya tahan psikologi mereka setiap kali tibanya bulan puasa, apatah lagi anak-anak kecil, khususnya mereka yang berusia antara enam hingga sembilan tahun.

Sebagai orang dewasa juga, kita akan memastikan bahawa anak-anak ini tidak berasa lapar walaupun seminit.

Bagaimanapun, apabila mula berpuasa, anak-anak akan mengadu lapar. Mereka yang selama ini boleh makan apa sahaja, terpaksa mengubah tabiat mereka dengan tidak boleh makan pada siang hari.

Sebagai orang dewasa, kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membiarkan mereka berbuka puasa.

Jika tidak, mereka akan mengadu hal yang sama setiap kali menjelangnya Ramadan. Inilah waktunya kita melatih mereka.

Sebenarnya usia anak-anak pada peringkat awal persekolahan ini lebih kepada usia penerokaan. Mereka mungkin sudah mengetahui banyak perkara yang bersifat fizikal, khususnya perkara-perkara yang sering dilihat mereka.

Didik dengan berhemah

Mereka tidak mempunyai masalah untuk mengetahui apakah yang dikatakan kereta atau bangunan.

Bagaimanapun, mereka akan bermasalah untuk memahami dengan banyak perkara 'konsep' yang tidak kelihatan.

Nafsu sebagai salah satu contohnya. Ia hanyalah konsep yang tidak mungkin dapat dilihat, malah kita sebagai orang dewasa pun adakalanya bertanya apakah yang dikatakan sebagai nafsu dan keperluan?

Apabila anak-anak merungut tidak mampu bertahan dengan puasa, ada baiknya kita mengajarkan mereka bahawa itulah 'nafsu'.

Mereka adakalanya memberitahu mereka lapar bukan kerana kelaparan yang dihadapi, tetapi tidak mampu untuk mengubah tabiat harian mereka. Mereka juga akan cuba membeli bermacam-macam makanan di bazar Ramadan.

Apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka, semuanya dianggap sebagai menyedapkan.

Selepas anak-anak ini berbuka puasa dengan menikmati beberapa suap makanan, biasanya mereka akan berhenti makan dengan mula bermain pula.

Pada waktu itulah, kita patut bertanya mereka adakah mereka masih lapar? Biasanya mereka akan menjawab tidak.


SI kecil mungkin menunjukkan pelbagai ragam ketika berpuasa, tetapi ibu bapa haruslah bersabar dan berhemah dalam mendidik mereka.


Saat itu merupakan waktu terbaik memberitahu mereka, itulah nafsu. Ia satu keinginan untuk mendapatkan sesuatu, tetapi apabila kita mendapatkannya, kita mula meninggalkannya.

Mengajar mereka dengan konsep nafsu boleh membantu kita bagi hal yang lain juga. Adakalanya, apabila mereka melihat permainan di kedai, mereka akan meronta-ronta untuk mendapatkan permainan tadi.

Pada waktu inilah, kita boleh sekali lagi bertanya apakah yang telah mereka fahami dengan konsep nafsu ketika mereka berpuasa.

Mereka mungkin hanya terdetik untuk membeli mainan tadi sahaja. Sebaliknya, apabila mereka memilikinya, mereka mungkin tidak akan berminat dengannya lagi.

Banyak lagi konsep lain yang boleh kita ajarkan kepada anak-anak sepanjang berpuasa. Kita mungkin boleh memperkenalkan mereka dengan konsep pahala dan dosa. Ia hal yang tidak kelihatan.

Setiap kali anak-anak berpuasa penuh selama sebulan, kita biasanya akan menjanjikan mereka dengan hadiah tertentu.

Bersikap positif

Sebaliknya dalam konsep pahala dan dosa, kita boleh memberitahu mereka bahawa sekiranya mereka berpuasa sebaik mungkin, mereka akan mendapatkan hadiah yang istimewa di akhirat kelak.

Perumpamaan hadiah dan pahala itu lebih memudahkan mereka memahami sesuatu yang sangat sukar dijelaskan dengan perkataan.

Pada beberapa hari pertama berpuasa, anak-anak biasanya akan menanggung keletihan yang sangat teruk.

Pada waktu inilah, ibu bapa memainkan peranan. Sekiranya anak-anak ini tidak dapat bertahan, kita mungkin patut membenarkan mereka berbuka puasa.

Bagaimanapun, mereka mesti berjanji bahawa mereka akan berpuasa pada esok hari atau sekurang-sekurangnya mereka akan berbuka lebih lambat lagi.

Ada ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka berpuasa seperti orang dewasa. Apabila anak-anak tidak berpuasa atau berbuka dengan lebih awal, ada ibu bapa yang tidak membenarkan mereka berbuka bersama-sama orang dewasa ketika Maghrib.

Hakikatnya, ia hanyalah latihan. Kita semua patut memberikan pujian kepada anak-anak, sekalipun mereka hanya mampu berpuasa selama beberapa jam.

Sekurang-kurangnya dengan cara ini, mereka akan terus bersemangat untuk berpuasa lebih lama lagi pada keesokan hari.

Puasa merupakan ujian psikologikal. Ia juga menguji sejauh mana kita mampu bermain psikologi dengan anak-anak kecil yang baru melatih diri berpuasa.

Selamat berpuasa kepada semua pembaca.

Iftar berlatar nostalgia 1950-an

Posted:

Iftar berlatar nostalgia 1950-an

Iftar berlatar nostalgia 1950-an


DARI kiri: Raja Rosly bersama isteri Datin Ramziah Samah menunjukkan seleksi lauk-pauk tradisi di Restoran Warisan Pak Engku.


MUZIK 1950-an berkumandang di dalam restoran tersebut. Bagi tetamu muda, lagu-lagu yang diputarkan di Restoran Warisan Pak Engku mungkin asing pada pendengaran mereka. Namun pengunjung warga emas pasti terhibur dengan seleksi muzik klasik yang didendang.

Pinggan mangkuk motif flora turut mengimbau kenangan kehidupan desa. Konsep tradisional Melayu asli yang dibawa restoran itu ternyata memberi pengalaman indah kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadan ini.

"Hampir 80 peratus makanan yang kami sajikan berunsurkan hidangan tradisi termasuk petai, jering dan keladi. Selebihnya kami tawarkan makanan gabungan moden dan lama bagi memenuhi selera pelancong asing," kata Pengarah Urusan Restoran Warisan Pak Engku, Datuk Raja Rosly Raja Mazlan.

Restoran ini menyajikan 120 masakan membabitkan pelbagai menu tradisi. Hidangan popular seperti daging dendeng dan udang masak cendawan sering menjadi permintaan.

Variasi pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-muih Melayu tradisional seperti apam balik, putu bambu, lepat, lopes, getas, keria dan dangai menunjukkan betapa kayanya masyarakat kita dengan makanan yang lazat.

Sejajar dengan bulan Ramadan, Warisan Pak Engku yang terletak di Dataran Merdeka itu turut membuka gerai barbeku di bahagian luar restoran. Demonstrasi masakan juga dijangka dijalankan sepanjang bulan puasa ini sebelum masuk waktu berbuka.

Sajian terbaik Malaysia

Posted:

Sajian terbaik Malaysia

Sajian terbaik Malaysia


HIDANGAN kambing panggang menjadi pilihan popular pengunjung.


CINNAMON Coffee House di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor mengajak orang ramai merasai sajian terbaik Malaysia bertemakan Aneka Selera Kayanganku sempena bulan Ramadan ini.

Lebih daripada 100 menu tradisional Melayu, Cina dan India disediakan kepada pengunjung. Air tebu, sirap bandung, cincau, soya dan asam boi pasti melegakan tekak selepas seharian menahan lapar dan dahaga.

Penuhi selera kampung anda bersama hidangan utama berupa ayam percik, daging bakar asam, rendang tok, ikan patin masak lemak dan kupang masak balado.

Tidak dilupakan sajian tradisi Melayu seperti nasi kerabu berlauk, nasi ulam dan nasi dagang.

Anda juga akan tertarik dengan aroma sambal tempoyak, budu, belacan dan cencalok yang enak digaul bersama nasi putih.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Kawal hipoglisemia semasa berpuasa

Posted:

Kawal hipoglisemia semasa berpuasa

Kawal hipoglisemia semasa berpuasa

Oleh NIZHA PERIASWAMY

BAGI Rohimah Chewik, 57, dari Shah Alam, Selangor kedatangan bulan Ramadan dan Syawal setiap tahun antara detik-detik paling sibuk dalam rutinnya sebagai suri rumah.

Pada waktu itu, selain memperbanyakkan ibadah, dia juga perlu mengemas, memasak juadah berbuka dan menyediakan persiapan lebaran.

Sungguhpun dibantu suami dan anak-anak, Rohimah tetap membuat kerja-kerja rumah dengan tekun bagi memastikan bulan Ramadan berjalan lancar dan Syawal disambut meriah.

Namun, sejak lima tahun yang lalu, selepas dia dikesan dengan penyakit diabetes Jenis 2, wanita yang sudah bergelar nenek itu terpaksa banyak berehat dan membuat kerja secara konsisten.

Diabetes boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Jenis 1 dan 2. Diabetes Jenis 1 berlaku apabila seseorang terpaksa bergantung kepada insulin, manakala diabetes Jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin) biasanya membabitkan individu yang mengalami masalah obesiti.

Bagi diabetes Jenis 2, apabila badan tidak mampu mengawal paras glukos dalam darah ia akan dipanggil hiperglisemia. Bagaimanapun disebabkan oleh agen antihiperglisemia seseorang pesakit boleh berdepan dengan masalah hipoglisemia iaitu gula rendah.

"Disebabkan kandungan glukos yang rendah, saya menghadapi hipoglisemia. Walaupun bukan teruk, saya masih boleh merasa situasi tersebut apabila tiba-tiba berasa letih, berpeluh dan rasa tidak senang," katanya yang menghadapi hipoglisemia tahap minimum.

Perubatan yang diambil Rohimah mungkin membantu beliau mengelak daripada terkena hipoglisemia teruk, namun, pada waktu pagi Rohimah mengakui tetap berdepan dengan fenomena tersebut.

"Waktu seperti itu, saya akan mengambil makanan bergula dalam kuantiti kecil. Gula-gula, biskut manis atau minuman. Kemudian saya mesti berehat. Kadangkala sekejap, adakalanya tidur lama," katanya yang tidak dapat menentukan jangka masa tertentu untuk berehat.


ROHIMAH tidak pernah ketinggalan mengambil ubat-ubatan bagi penyakit diabetes.


Bersahur elak hipoglisemia

Ditanya tentang masalah yang sama menjelang bulan Ramadan, Rohimah memberitahu, amalan bersahur mengelak dirinya letih pada waktu pagi namun, menjelang petang dia kepenatan.

"Bacaan gula saya tidak pernah turun kurang daripada enam, biasanya tujuh tetapi ditambah dengan faktor usia menyebabkan saya cepat penat dan terdesak untuk berehat," ujar Rohimah lagi.

Pesakit diabetes dikesan mengalami masalah hipoglisemia (kurang gula) atau hiperglisemia (kandungan glukosa tinggi) lazimnya pada bulan puasa disebabkan pola pengambilan makanan dan waktu makan yang berbeza.

Apabila pesakit diabetes tidak bangun untuk bersahur, tempoh berpuasa mereka direkod lebih lama iaitu melebihi 14 jam.

Pesakit tersebut meningkatkan risiko hipoglisemia yang mengundang kemerosotan kandungan glukosa dalam darah.

Periksa kandungan gula

Perunding Kanan Endokrinologi, Dr. Zanariah Hussein berkata, masalah hipoglisemia juga selalunya dikaitkan dengan jenis perubatan yang diambil. Terdapat dua jenis perubatan untuk diabetes iaitu metformin dan sulfonylurea.

Metformin tidak mengurangkan kandungan glukosa, namun ubatan seperti sulfonylurea pula mengalakkan peningkatan insulin menyebabkan pesakit berhadapan dengan masalah.

"Disebabkan itu, pesakit perlu dididik lebih awal untuk mengawal kandungan gula sebelum menjelang bulan puasa. Dengan itu, kadar turun naik kandungan glukosa dapat dielakkan," katanya.

Malah, beliau juga memberitahu, jika pesakit berhadapan dengan masalah hipoglisemia semasa sedang berpuasa, mereka boleh mendapatkan nasihat doktor. Doktor akan mengubah waktu atau dos ubat mengikut masa berbuka serta selepas bersahur.

"Jangan lupa membaca tahap gula semasa berpuasa. Jika bacaan glukosa berada pada tahap rendah, pesakit disarankan berbuka kerana takut akan berhadapan risiko hipoglisemia yang teruk seperti pengsan, tidak sedar diri, pitam, keliru, resah, palpitasi, loya dan pucat," katanya merujuk kepada kajian yang pernah dibuat terhadap fenomena hipoglisemia ketika bulan berpuasa.


PESAKIT diabetes dinasihat mengawasi pola pemakanan dan kadar glukosa dalam darah walaupun pada bulan Ramadan.


Malah, pesakit yang mengalami hipoglisemia teruk juga dilapor memberi tekanan pada jantung.

Berita baik mengenai kemampuan pesakit diabetes di Malaysia menurut Jurnal Diabetes Care Vol. 2 No. 10 2004, menunjukkan peratusan pesakit diabetes jenis dua yang berpuasa lebih daripada 15 hari di Malaysia adalah 95 peratus.

Ia antara yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain.

Menurut seorang lagi Perunding Kanan Endokrinologi, Dr. Chan Siew Pheng, Kajian Epidiar daripada Jurnal Diabetes Care Vol. 27 No. 10 2004, purata kekerapan episod hipoglisemia sebelum berpuasa adalah pada 0.4, tetapi menjelang Ramadan, ia meningkat 7.5 kali ganda.

"Rawatan antidiabetes yang mengurangkan risiko hipoglisemia, mengurangkan kebimbangan tentang hipoglisemia dan mampu meningkatkan kadar kepatuhan serta membantu pesakit mencapai sasaran jangka panjang iaitu aras gula darah yang lebih terkawal," kata Siew Pheng.

Puasa bantu kecemerlangan diri

Posted:

Puasa bantu kecemerlangan diri

Puasa bantu kecemerlangan diri


BULAN Ramadan turut memberi peluang bagi umat Islam merapatkan hubungan kekeluargaan.


ALHAMDULILLAH, dengan izin Allah SWT, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadan al-Mubarak. Salam Ramadan dan selamat berpuasa saya ucapkan khusus buat semua Muslimin dan Muslimat khasnya buat penggemar ruangan Cermin Diri.

Harapan saya, pembaca yang menepati syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak sama-sama menjalani ibadah puasa pada hari ini.

Puasa pada bulan Ramadan ini mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah menerusi ayat 183 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Berdasarkan ayat ini, jelas sekali pensyariatan puasa bertujuan untuk meningkatkan ketakwaan malah kecemerlangan diri kita sebagai hamba kepada-Nya.

Kecemerlangan peribadi

Sama ada disedari atau tidak, ketika sebelum Ramadan, tidak ramai yang arif tentang masuknya waktu solat Maghrib.

Rata-rata menyedari waktu Maghrib tamat ketika slot berita ditayangkan di kaca televisyen. Berbanding ketika Ramadan, hampir segenap lapisan masyarakat maklum tentang masuknya waktu Maghrib yang juga waktu berbuka puasa.

Paling penting, kita menjadi seorang yang terlalu menepati masa. Azan belum lagi berkumandang, segala hidangan telah tersedia. Ketika lafaz azan dilaungkan, dengan pantas doa berbuka puasa disebut dan hidangan dijamah.

Sewajarnya sikap ini dipraktikkan terus, bukan saja ketika Ramadan, malah sepanjang 11 bulan lainnya.

Bukan saja ketika berbuka puasa tetapi dalam segala aspek hidup kita seperti bekerja, janji temu termasuk juga berhubungan dengan pasangan dan anak-anak.

Ketika Ramadan juga, ramai individu yang meninggalkan tabiat bergosip atau lebih maklum dengan mengumpat.

Ops! Jangan tidak tahu, lelaki pun dah ramai yang pandai mengumpat ya! Tabiat ini ditinggalkan ketika Ramadan bagi menjaga pahala puasa agar tidak cair menjelang petangnya dan hanya mendapat penat.

Sebaiknya sikap ini diteruskan juga pada bulan lain. Hakikatnya, tabiat bergosip atau mengumpat memang tidak wajar dilakukan.

Bukan saja dilarang oleh syariat tetapi tidak wajar menurut pertimbangan akal dan moral.

Sudah tentu individu yang digosip akan sakit hati, marah hingga boleh menyebabkan berlakunya pertengkaran dan pergaduhan.

Jika sikap meninggalkan gosip ini diteruskan selepas Ramadan, hubungan sebagai rakan, saudara, handai dan taulan akan lebih mesra dan berkekalan.

Kecemerlangan kerjaya

Hampir semua institusi mempunyai jadual kerja yang baharu khususnya ketika Ramadan ini. Jika biasanya masuk kerja pukul 9 pagi dan balik pukul 6 petang banyak institusi yang mempercepatkan waktu masuk kerja dan memendekkan waktu rehat.

Ia dilakukan bagi memberi ruang agar para pekerjanya dapat balik lebih awal daripada biasa untuk berbuka puasa di rumah bersama ahli keluarga.

Ketika tiada lagi sesi bergosip dan kehendak untuk menyiapkan kerja lebih cepat agar tidak perlu kerja lebih masa maka ramai pekerja yang memberikan tumpuan dan fokus yang lebih baik berbanding waktu kerja biasa sebelum bulan puasa.

Bukan saja bertujuan dapat balik awal tapi ada yang menyimpan harapan agar diberikan imbuhan oleh ketua bagi kegunaan pada hari raya nanti.

Sewajarnya sikap begini dipraktikkan sepanjang masa, bukan hanya pada bulan puasa.

Syariat menetapkan setiap pekerja melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh majikan dengan sebaiknya pada setiap masa, bukan hanya ketika bulan puasa.

Rasa tidak bermaya untuk bekerja pada bulan puasa? Jika anda sematkan di fikiran anda dengan prinsip: 'Aku puasa, tak larat nak kerja', sememangnya anda akan mudah rasa lemah.


PUASA bertujuan untuk meningkatkan ketakwaan dan kecemerlangan individu.


Namun, jika anda sematkan: 'Puasa ke tak puasa, sama saja! Kerja macam biasa, boleh balik awal lagi!' Percayalah, anda akan memiliki kekuatan dan semangat luar biasa.

Tubuh badan kita sentiasa berinteraksi dengan minda kita. Jika anda fikirkan yang positif, hari-hari anda akan berlalu dengan positif juga.

Kecemerlangan hidup berkeluarga

Ramai yang maklum tentang keberkatan bulan Ramadan. Tahukah anda, bulan Ramadan bukan saja bulan menambah pahala tetapi juga boleh dijadikan sebagai masa untuk semarakkan kasih keluarga khususnya cinta kasih suami isteri.

Jangan salah faham pula, Ramadan bukan halangan untuk bermesra atau berhubungan suami isteri.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud: "Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu. Mereka itu adalah pakaian bagi kamu dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan campurilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu."

Ayat ini jelas mengizinkan pasangan suami isteri yang sah perkahwinannya menurut hukum syarak untuk melakukan hubungan suami isteri ketika bulan Ramadan tetapi bukan pada waktu siang hari.

Kalau melakukan hubungan seks suami isteri pada siang hari maka diwajibkan kafarah al-Uzma.

Bagi mereka yang menginginkan anak, boleh ambil kesempatan pada bulan mulia ini untuk menghasilkan zuriat yang diberkati, insyaAllah.

Dalam satu riwayat pula, Aishah RA berkata yang bermaksud: Nabi mencium dan menyentuh iaitu memeluk isteri baginda padahal baginda berpuasa. - Hadis Riwayat Bukhari.

Hadis ini menjelaskan, tidak ada salahnya untuk bermesra antara suami dan isteri ketika bulan Ramadan. Gunakan masa Ramadan ini untuk sama-sama bersahur, berbuka puasa dan berjemaah mengerjakan solat tarawih.

Para suami, boleh membantu isteri menyediakan hidangan berbuka puasa ataupun boleh tolong jaga anak-anak, berikan peluang kepada isteri untuk memasak dengan aman di dapur.

Kalau selalu isteri yang bangun pagi sediakan hidangan untuk bersahur, apa salahnya sesekali suami buat kejutan, bangun awal sikit dan sediakan hidangan sahur.

Cukuplah nasi putih dengan telur dadar, insyaAllah anda akan dipeluk oleh isteri awal-awal pagi tu. Tidak percaya? Cubalah dulu.

Moga Ramadan ini menjana ketakwaan dan kecemerlangan diri buat kita semua, amin.

Fabrik terbaik di Euro Moda Gulati's

Posted:

Fabrik terbaik di Euro Moda Gulati's

Fabrik terbaik di Euro Moda Gulati's


BAJU Melayu sedia pakai boleh didapati di semua cawangan.


"DALAM perniagaan runcit, kita mesti sentiasa merendah diri tidak kira dengan siapa pun kita berurusan," amanat arwah bapa mertua Pengarah Eksekutif Kumpulan Euro Moda Gulati's, Jasleen Kaur, dijadikan sandaran untuk mengekalkan kegemilangan legasi Euro Moda Gulati's sebagai kuasa industri tekstil dalam negara.

Berpandukan prinsip itu, tidak hairanlah cawangan terbaharu Euro Moda Gulati's yang ke-18 di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor berterusan mencapai sasaran jualan walaupun baru setahun dibuka.

"Sehingga kini, jualan sangat memberangsangkan. Ini membuktikan bahawa pembukaan cawangan di Bandar Baru Bangi adalah keputusan yang tepat selaras dengan kedudukan gedung itu yang menjadi tumpuan semua golongan untuk membeli-belah fabrik dengan mudah.

"Terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada kami. Kejayaan ini turut dibantu oleh 40 kakitangan tetap yang sentiasa menyambut mesra pelanggan yang bertandang ke gedung kami.

"Kami juga menggunakan konsep seorang jurujual untuk seorang pelanggan. Jurujual kami sedia melayan kehendak pelanggan bagi memenuhi cita rasa fabrik yang diingini mereka.

"Bagi kami, pelanggan ialah raja dan kami menghormati mereka kerana kuasa membeli terletak kepada mereka," katanya ketika ditemui di Euro Moda Gulati's, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Cawangan setinggi tiga tingkat ber keluasan 4,645 meter persegi itu kini menjadi mercu tanda baharu di bandar tersebut.

Euro Moda Gulati's juga menawarkan semua persiapan di bawah satu bumbung. Antaranya, pakaian tradisional, busana pengantin, langsir, koleksi tudung Aalia, baju kurung siap dan rekaan corak tertentu serta perkhidmatan tempahan jahitan untuk wanita mahupun lelaki.

Pelanggan juga boleh melihat koleksi fabrik pengantin daripada jenama terkemuka di semua cawangan Euro Moda Gulati's. Mereka yang gemarkan rekaan mewah boleh memilih fabrik dari Eropah di bawah rekaan masterpiece. Ia dicetak dengan rekaan terhad untuk sepasang sahaja.

Tambah Jasleen, Euro Moda Gulati's berupaya menyediakan fabrik bermutu tinggi pada harga kompetitif kerana mereka berurusan terus dengan pembekal tekstil dari luar negara.

Selain itu, mereka juga mempunyai pereka fesyen sendiri yang sentiasa menghasilkan rekaan baharu mengikut trend terkini.

Orang ramai bolehlah berkunjung ke gedung fabrik Euro Moda Gulati's untuk melihat sendiri rekaan fabrik yang berkualiti pada harga yang berpatutan atau layari laman Facebook rasmi facebook.com/euromodagulatispage.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved