Ahad, 7 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perlu persediaan spiritual

Posted:

Perlu persediaan spiritual

Perlu persediaan spiritual

BERGELAR doktor pakar dalam bidang masing-masing membuatkan pasangan suami isteri, Dr. Nor Faissal Yasin, 37, dan Dr. Julina Md. Noor, 37, sentiasa dihambat kesibukan dengan rutin kerjaya sehari-hari.

Tambahan pula, mereka bertugas di hospital yang berlainan, sekali gus memberi cabaran dalam aspek pengurusan masa berkualiti untuk bersama anak-anak.

Si suami merupakan doktor pakar bedah ortopedik di Hospital Selayang manakala si isteri menjawat jawatan sebagai pakar perubatan kecemasan di Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, apabila menjelangnya Ramadan, pasangan yang berputik cinta sewaktu melanjutkan pelajaran di United Kingdom itu, pasti akan berusaha meluangkan masa bersama keluarga sebagai persediaan meraikan kedatangan bulan penuh keberkatan.

"Sebagai doktor, kami terikat dengan jadual kerja masing-masing mengikut masa, malah perlu sentiasa bersedia jika bertugas atas panggilan aktif (oncall). Kadang-kadang, saya bertugas malam dan begitulah sebaliknya.

"Masa untuk bersama keluarga memang agak terbatas tetapi kehadiran bulan Ramadan yang datang setahun sekali akan cuba kami manfaatkan sebaik mungkin," ujar Nor Faissal ketika ditemui Kosmo! di kediamannya yang terletak di Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, sebagai ketua keluarga, beliau akan memastikan beberapa persediaan dalam aspek kerohanian dibuat bagi meningkatkan semangat untuk menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Antaranya termasuklah melakukan amalan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis dalam bulan Rejab dan Syaaban yang turut dipraktikkan bersama anak-anaknya.

"Jika tidak dapat berpuasa dengan konsisten setiap minggu, paling kurang kami sekeluarga akan berpuasa tiga hari pada bulan-bulan tersebut. Ia sebagai langkah awal untuk mendidik jiwa sebelum menjalani ibadah puasa selama sebulan.

"Selain itu, dua atau tiga kali dalam seminggu, kami akan bangun mengerjakan solat tahajud dan qiamullail secara berjemaah. Pada awalnya, anak-anak mungkin agak liat untuk bangun solat malam kerana rasa mengantuk yang keterlaluan. Ia perkara normal.

"Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengajak anak-anak membuat kebaikan. Lama-kelamaan apabila mereka sudah terbiasa dengan amalan tersebut, ia boleh dilakukan sendirian," ungkap anak kelahiran Banting, Selangor itu.


KELETIHAN berpuasa bukan alasan untuk seseorang itu tidak meningkatkan amal ibadat pada bulan Ramadan.


Semangat berpuasa

Menurut Julina pula, mereka sekeluarga ada mengikuti majlis pengajian ilmu agama di sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang diadakan pada hujung minggu. Jadi, ia juga boleh dianggap sebagai bekalan dalam menghadapi kedatangan bulan Ramadan.

"Apabila kita belajar mengenai fadilat puasa Ramadan dan kebesaran mengenai bulan tersebut, secara tidak langsung ia akan meningkatkan keimanan kita untuk meraikannya dengan sepenuh hati.

"Bukan sahaja golongan dewasa tetapi anak-anak yang masih kecil juga perlu diberitahu tentang kemuliaan bulan ini kerana saya percaya pada peribahasa 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'.

"Jika daripada kecil kita sudah menyemai semangat berpuasa pada anak- anak, insya-Allah, mereka akan istiqamah melakukan kewajipan ini sehingga dewasa kelak," tutur Julina sambil membetulkan tudung anaknya, Syafa Humaira, lima tahun yang sedang membaca Iqra.

Anak sulung pasangan tersebut, Ahmad Muizz, 11, mengakui sudah belajar berpuasa seawal usia enam tahun. Murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 1 itu berkata, ayah dan ibunya banyak memberi dorongan untuk melakukan ibadah berpuasa.

"Mula-mula memang rasa susah untuk berpuasa penuh dan bangun solat malam tetapi bila diri sudah dibiasakan dengan amalan tersebut, kita boleh melakukannya," kata Ahmad Muizz sambil tersenyum.

Sementara itu, pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew memberitahu, banyak hadis Nabi SAW yang memperkatakan tentang kelebihan bulan Ramadan.

Bulan mengumpul pahala

Oleh itu, sebagai umatnya, kita haruslah merebut peluang mengutip sebanyak mana pahala yang telah dijanjikan Allah pada bulan tersebut.

Menurut beliau, tiada istilah sudah terlambat untuk membuat persediaan rohani dan jasmani meskipun Ramadan hanya berbaki beberapa hari lagi.

"Banyak pendapat mengatakan jika seseorang itu tidak memperbaiki diri pada bulan Rejab dan Syaaban sebelum tibanya bulan Ramadan, maka amalan puasa mereka mungkin tidak sempurna.

"Harus diingat bahawa rahmat Allah itu terlalu luas. Jika tidak sempat bertaubat dan menyucikan diri pada bulan-bulan yang disebutkan di atas, umat Islam masih mempunyai ruang untuk melakukannya selagi hayat dikandung badan.

"Gunakan masa yang ada sebelum tibanya Ramadan untuk kita mempelajari tentang kemuliaan bulan ini. Baca buku-buku berkaitan fadilat Ramadan yang banyak terdapat di pasaran untuk membuka mata hati kita mengenainya," jelas Ebit Lew.


SEBAGAI ketua keluarga, Nor Faissal sentiasa memastikan anak-anak mendapat didikan agama secukupnya.


Tambahnya, Ramadan perlu disambut dengan perasaan yang penuh gembira seolah-olah untuk bertemu dengan kekasih hati yang amat dirindui.

"Rasulullah dan para sahabat dahulu bersemangat dan sangat teruja menunggu tibanya bulan 1,000 rahmat itu. Malah, Baginda pernah bersabda: 'Barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka Allah akan mengampuni segala dosa-dosanya yang lalu.'

"Justeru, tidak hairanlah jika pada bulan ini, ramai pelaku maksiat seperti kaki botol, kaki zina atau orang yang meninggalkan solat akan bertaubat daripada dosa mereka. Semuanya dengan keberkatan Ramadan.

"Sekiranya pada bulan Ramadan ini kita tidak mendapat keampunan Allah, maka kita termasuk dalam golongan mereka yang binasa seperti doa Jibril yang diaminkan oleh Rasulullah ketika sedang menaiki mimbar di Masjid Nabawi," jelasnya.

Peristiwa itu diriwayatkan oleh sahabat Nabi, Ka'ab bin Ujrah r.a, bahawasanya Rasulullah telah bersabda: "Hadirlah ke mimbar."

Maka kami pun telah hadir. Apabila Baginda naik satu anak tangga mimbar, Baginda berkata: "Amin" dan apabila naik anak tangga kedua, Baginda berkata: "Amin" dan apabila naik anak tangga yang ketiga, Baginda berkata: "Amin".

Apabila Baginda turun, kami pun bertanya: "Ya Rasulullah, hari ini sesungguhnya kami telah mendengar sesuatu yang belum pernah kami dengar."

Maka Nabi bersabda: "Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata, 'binasalah dia yang bertemu Ramadan tetapi belum juga diampunkan'. Maka aku berkata, 'Amin'.

"Apabila aku naik anak tangga yang kedua, Jibril berkata, 'binasalah dia yang apabila nama engkau disebutkan di depannya, tidak pula dia berselawat ke atasmu'.

"Aku juga berkata, 'Amin'. Apabila aku naik anak tangga yang ketiga, Jibril berkata, 'binasalah dia yang bertemu kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya yang telah tua tetapi mereka tidak menjadikan ia sebab untuk dia masuk ke dalam syurga'. Aku berkata, 'Amin'."

Sebelum mengakhiri bicara, Ebit Lew turut melahirkan harapan agar setiap umat Islam di negara ini akan memanfaatkan kedatangan bulan Ramadan dengan sebaik mungkin.

"Jangan lupa bahawa pada bulan ini rahmat Allah turun mencurah-curah. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk melakukan segala kebaikan. Bagi mereka yang mungkin merasakan diri mereka jahat, ingatlah bahawa Wahsyi, pembunuh bapa saudara Nabi, Saidina Hamzah Abi Talib juga mendapat hidayah memeluk Islam pada bulan Ramadan.

"Yakinlah dengan janji Allah bahawa setiap dosa pasti diampunkan sekiranya kita bertaubat melainkan dosa syirik kepada-Nya," ungkap beliau.

Teater pertama warga emas

Posted:

Teater pertama warga emas

Teater pertama warga emas


UNSUR tarian balet Polovstsian yang dimuatkan dalam teater ini mendapat pujian pengkritik.


PADA usia emas kebanyakan orang lebih suka menghabiskan masa di rumah berehat bersama keluarga. Bagaimanapun, bagi Yury Lyubimov, pada usia 95 tahun, dia mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan pementasan teater pertamanya di Bolshoi Theatre, Rusia.

Teater yang bertajuk Putera Igor itu merupakan versi terbaharu daripada opera Borodin. Lyubimov merupakan ketua dan pengasas Teater Taganka Moscow sejak lima dekad lalu.

Dia juga mendapat sanjungan dari seluruh dunia menerusi nilai seni visual dan uji kaji teater yang telah dihasilkannya. Penglibatan Lyubimov dalam bidang teater terhenti dua tahun lalu. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang teater, dia masih meneruskan kerjayanya itu walaupun pada usia lanjut.

Teater Putera Igor merupakan kolaborasi pertama Lyubimov dan Theatre Bolshoi iaitu salah sebuah institusi komuniti teater yang terkenal di Rusia.

Tahun lalu, Lyubimov mengalami serangan jantung dan telah menetapkan semula tayangan perdana di Bolshoi Theatre enam bulan lalu. Dengan rasa penuh tanggungjawab, dia tetap hadir semasa sesi latihan pada 8 Jun lalu.

Semasa sesi latihan baru-baru ini, Lyubimov hadir dengan memakai selendangnya dan mengadakan perbincangan dengan pembantunya. Sepanjang latihan, dia mengeluh panjang sambil mengangkat-angkat tongkat yang digunakan sejak dia mengalami masalah kesihatan tahun lalu.

Dengan bantuan dua orang komposer, Pavel Karmanov dan Vladimir Martynov, dia berjaya mengurangkan tempoh masa teater itu dari empat jam kepada dua jam setengah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Bolshoi Theatre sejak 1898.

Nyanyian sepanjang persembahan teater itu diadaptasi daripada sebuah sastera abad ke-12 Rusia yang bertajuk Tale of Igor's Campaign. Karya tersebut berkisar tentang percubaan seorang putera Rusia untuk memerangi puak Polovtsian iaitu masyarakat nomad yang tinggal di selatan negara itu.

Namun, set teater arahannya itu ternyata tiada persamaan dengan set mewah asal yang digunakan di Bolshoi Theatre.

Reka bentuk set teater yang ditonjolkan oleh Lyubimov bercirikan metafora dengan penggunaan bayang-bayang dan tona warna sebagai subjek utama.

Pemuzik terhebat

Semasa babak serangan hendap tentera Putera Igor ke atas Polovtsian, pelakon-pelakon yang terlibat turun ke pentas menggunakan tali yang menghadap cahaya matahari.

"Elemen-elemen tradisional di dalam teater Putera Igor sudah lenyap," ujar pereka set teater itu, Zinovy Margolin yang menggambarkan bekerja di bawah produksi Lyubimov sebagai satu penyeksaan.

"Lyubimov suka mencipta gaya tersendiri dan dia tidak boleh mengubahnya hanya kerana produksinya berada di Bolshoi," jelasnya.


PARA pelakon turun ke pentas menggunakan tali ketika babak serangan hendap.


Persembahan teater merupakan projek panjang untuk seorang komposer, Alexander Borodin yang digelar Mighty Handful di Rusia. Dia merupakan salah seorang daripada lima pemuzik terhebat abad ke-19 selain daripada ikolai Rimsky-Korsakov dan Modest Mussorgsky.

Borodin merupakan seorang ahli kimia profesional yang mengajar di sekolah perubatan dan aktif dalam kempen memperjuangkan hak-hak wanita.

Kemarahan pengkritik

Borodin bekerja dalam teater Putera Igor selama 18 tahun sehingga kematiannya pada tahun 1887. Ketika itu, dia mati bersama timbunan kertas-kertas nota muziknya. Rakannya yang juga merupakan seorang komposer telah menyusun dan mencari nota-nota muzik yang hilang.

Menurut pengarah muzik dan ketua konduktor, Vassily Sinaisky, walaupun teater tersebut merupakan kesinambungan daripada hasil kerja Borodin, Lyubimov memilih muzik yang bersesuaian dengan konsepnya. Dia juga membuang sesetengah rentak sehingga mengakibatkan ia menjadi kucar-kacir.

Perbuatan memendekkan muzik dalam opera itu telah menimbulkan kemarahan para pengkritik. Dalam kalangan mereka bergurau dengan menyanyikan bait-bait yang tiada dalam opera itu.

Namun, mereka ternyata terpikat apabila Lyubimov memasukkan tarian balet Polovtsian dalam teater itu. Tarian itu dicipta oleh Kasyan Goleizovsky pada tahun 1934. Goleizovsky merupakan koreografer berpengaruh besar dalam balet titan George Balanchine.

"Usaha pengarah terhebat abad ke-20 di Bolshoi Theatre ini merupakan sebuah persembahan opera ringan yang mempunyai pelbagai jenis tarian," lapor Kommersant, sebuah akhbar harian di Rusia yang ternyata kurang senang dengan visi radikal daripada seorang pengarah teater terkenal itu.

Dilahirkan sebelum revolusi 1917, Lyubimov telah mengarah produksi teater avant-garde sejak tahun 1960-an. Kebanyakan karyanya diterima baik di Barat terutama selepas kewarganegaraan Sovietnya dibatalkan buat sementara waktu pada tahun 1984 disebabkan pandangannya yang menentang kerajaan.

Selepas menerajui akademi teater di Moscow, Taganka Theatre selama separuh abad, Lyubimov berhenti pada tahun 2011. Akibat prestasi akademi itu jatuh merudum, dia dituduh pemalas dan hanya berminat dengan wang. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kumpulan Utusan rai anak yatim

Posted:

Kumpulan Utusan rai anak yatim

Kumpulan Utusan rai anak yatim

MOHD. NASIR (tengah, baju putih) bergambar bersama anak-anak yatim selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan ulang tahun Utusan Melayu ke-75 di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin baru-baru ini.


SUMBANGAN. Kumpulan Utusan memeriahkan sambutan ulang tahun yang ke-75 dengan meraikan 29 anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, program berkenaan merupakan salah satu daripada pengisian sempena ulang tahun Utusan Melayu (M) Berhad yang disambut pada 18 Jun lalu.

Menurutnya, pada program itu Kumpulan Utusan menyumbangkan sebanyak RM5,000 kepada pertubuhan berkenaan dan RM100 duit raya kepada semua penghuninya seramai 29 orang.

Beliau berkata, antara sumbangan lain termasuk baju Melayu, baju kurung, songkok, telekung, keperluan sekolah dan buku rujukan.

Turut hadir ialah Bendahari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin, Azman Abdul.

Swan anjur kempen derma darah

Posted:

Swan anjur kempen derma darah

Swan anjur kempen derma darah


KIM YEW (kanan) turut serta menderma darah pada kempen menderma darah anjuran Swan di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


AMAL. Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Swan) bersama Persatuan Wanita Universiti Teknologi Mara (Pewani) menganjurkan kempen derma darah di Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kempen bertemakan 'Jimat air, selamatkan nyawa' itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penderma pelbagai kaum.

Pengerusi persatuan itu, Zamzuri Ibrahim berkata, kempen tersebut bertujuan membantu PDN menambah bekalan darah bagi yang memerlukan di samping mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan penjimatan air.

Turut hadir Presiden Swan, Aldric Loong Kim Yew.

Kakitangan penerangan Kedah ikuti bengkel analisis PRU-13

Posted:

Kakitangan penerangan Kedah ikuti bengkel analisis PRU-13

Kakitangan penerangan Kedah ikuti bengkel analisis PRU-13


SEBAHAGIAN kakitangan Jabatan Penerangan yang menyertai Bengkel Analisis PRU-13 di Sungai Petani baru-baru ini.


BENGKEL. Seramai 40 kakitangan Jabatan Penerangan Kedah mengikuti Bengkel Analisis Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan Perang Saraf peringkat negeri di Hotel Harvard Suasana Bedong, Sungai Petani, baru-baru ini.

Pengarah jabatan itu, Haniff Hassan berkata, berbagai perkara dbincangkan oleh kakitangan berkenaan dalam menjayakan slogan 'Kedah Aman dan Makmur' itu.

Katanya, peserta mengikuti ceramah pelbagai tajuk pada bengkel tersebut.

"Semua pihak perlu buka minda jika ingin melihat imej baharu kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir," katanya.

Menurutnya, sebagai kakitangan kerajaan, semua pihak perlu memberi kerjasama terhadap setiap program yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Melayang dari Honda Accord

Posted:

Melayang dari Honda Accord

Melayang dari Honda Accord

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my

SEORANG daripada mangsa yang terselamat (tidak memakai baju) melihat mayat seorang rakannya yang terbunuh dalam kemalangan di Kampung Chica, Kota Bharu malam kelmarin.


KOTA BHARU - Hajat empat sahabat untuk menghadiri majlis kenduri seorang kenalan terkubur apabila dua daripada mereka terbunuh selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan malam kelmarin.

Dalam nahas pada pukul 8.30 malam di Kampung Chica di sini, dua mangsa yang terkorban ialah Firdaus Abd. Rani, 23, dan Mohd. Nor Hamidi Ismail, 23.

Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak kira-kira 20 meter dari kereta jenis Honda Accord yang mereka naiki.

Pemandu kereta Honda Accord, Ferdaus Che Fadzil, 29, dan penumpang belakang, Abdul Halim Hussain, 24, bagaimanapun hanya cedera ringan.

Keempat-empat sahabat itu merupakan anggota tentera dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pengkalan Chepa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, semasa kejadian, empat sahabat itu dalam perjalanan dari Kubang Kerian menuju ke Melor, kira-kira 20 kilometer dari tempat kenduri yang mahu mereka hadiri.

"Kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta Iswara cuba mengelak sebuah kereta lain yang sedang membuat pusingan U untuk masuk ke laluan menghala ke Melor.

"Pemandu Honda Accord bagaimanapun gagal mengelak dan melanggar bahagian tepi belakang kereta Iswara sebelum merempuh sebuah treler yang diletakkan di tepi jalan," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Kereta Iswara itu dalam perjalanan arah sama dengan Honda Accord manakala treler pula diletakkan di tepi jalan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bayi mati dipatuk ular tedung

Posted:

Bayi mati dipatuk ular tedung

Bayi mati dipatuk ular tedung

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
berita@kosmo.com.my

BESUT - Seorang bayi perempuan berusia satu tahun lapan bulan maut akibat dipatuk seekor ular dipercayai tedung di sebuah rumah di Kampung Gong Ubi Keling, Jabi dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, mangsa, Puteri Suhana Sata dikatakan sedang tidur bersama ibunya, Zela Mohamad, 42, di ruang tamu rumah.

Mangsa yang cedera dipatuk di kaki kiri bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut kira-kira setengah jam kemudian.

Cerita Zela, dia menyedari kejadian itu selepas anak sulungnya, Mohd. Rohaidi, 25, menjerit selepas ternampak seekor ular tedung berwarna hitam sepanjang kira-kira satu meter berada di sisi adiknya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Amah Indonesia didakwa bunuh majikan warga emas

Posted:

Amah Indonesia didakwa bunuh majikan warga emas

Amah Indonesia didakwa bunuh majikan warga emas

ALOR SETAR - Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang wanita warga emas di Taman Serindit di sini, Jun lalu.

Dedek Lena, 38, yang berasal dari Batam, Indonesia dituduh membunuh Che Siah Wan Nik, 75, di rumah bernombor B26, Taman Serindit, Jalan Langgar di sini pada pukul 11.25 pagi, 24 Jun lalu

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM jangan hanya 'berdiam diri'

Posted:

FAM jangan hanya 'berdiam diri'

FAM jangan hanya 'berdiam diri'

Oleh RADIAH SAORI
radiah@kosmo.com.my

PENYERANG Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha diasak pemain Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta untuk memberi jawapan atas semua aduan yang telah dibuat mengenai mutu pengadilan sepanjang saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan (gambar kecil), sehingga kini Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah membuat lebih daripada lima aduan rasmi kepada FAM, namun tiada satu jawapan yang diterima daripada badan induk itu.

"Saya difahamkan sudah banyak aduan yang telah dibuat mengenai mutu pengadilan bola sepak dan bukan setakat laporan bertulis, PBNJ turut sertakan bukti dalam bentuk rakaman video.

"Namun sehingga kini, FAM langsung tidak memberikan jawapan. Saya harap FAM dapat ambil tindakan drastik kerana mutu pengadilan sangat lemah dan banyak keputusan yang dibuat boleh dipertikaikan," kata Zulkurnain pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.

Zulkurnain berkata demikian selepas beliau sekali lagi tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan ketika aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim (Johor DT) dan Selangor di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.

Jelas Zulkurnain, pada pertembungan yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 1-1 itu, Johor DT dilihat seperti menjadi mangsa apabila banyak keputusan tidak berpihak kepada skuad Harimau Selatan.

Katanya, perkara tersebut bukan hanya terjadi pada perlawanan kelmarin tetapi dalam beberapa lagi aksi melibatkan Johor DT termasuk ketika menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 22 Jun lalu.

"Saya turut berada di Stadium Larkin semalam (kelmarin) dan menyaksikan sendiri bagaimana mutu pengadilan yang sangat lemah. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

"Penonton bayar tiket untuk masuk ke stadium dan mereka berhak untuk menyaksikan perlawanan yang adil.

"Perkara ini perlu diperbetulkan segera kerana jika tiada tindakan drastik daripada FAM, saya bimbang penonton dan pemain sendiri akan mula hilang kepercayaan," katanya.

Justeru, Zulkurnain berharap Setiausaha Agung FAM yang baharu, Datuk Hamidin Mohd. Amin memainkan peranan utama untuk mengubah situasi bola sepak negara ke arah yang lebih baik.

"Saya harap beliau (Hamidin) dapat membuat perubahan terutama mengenai mutu pengadilan. Isu ini bukan perkara baharu. FAM perlu mengambil kira pandangan persatuan negeri, kerajaan negeri mahupun masyarakat," katanya.

Pada aksi kelmarin, Johor DT mendahului pada minit ke-22 menerusi jaringan Leonel Nunez sebelum penyerang import Selangor, Forkey Doe menyamakan kedudukan enam minit selepas babak kedua bermula hasil sepakan percuma.

Dengan keputusan tersebut, Johor DT menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga, sekali gus gagal untuk melayakkan diri ke saingan Piala AFC tahun hadapan.

Kelantan dabik dada akhiri rentak bergaya

Posted:

Kelantan dabik dada akhiri rentak bergaya

Kelantan dabik dada akhiri rentak bergaya

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


PENYERANG Kelantan, Ahmad Fakri Saarani (kiri) bersaing dengan pemain Lions XII, Madhu Mohana pada pertembungan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.


JUARA Piala FA, Kelantan mengakhiri kempen Liga Super di tangga keempat hasil kemenangan 2-0 ke atas juara baharu, Lions XII di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Selepas mengharungi 22 perlawanan liga, Kelantan yang juga juara Liga Super musim lalu mengumpul 36 mata, empat mata di belakang Selangor dan Johor Darul Takzim (Johor DT).

Pengendali Kelantan, Bojan Hodak nyata gembira dengan keputusan itu sambil menyifatkan barisan pemainnya mempamerkan semangat juang yang tinggi selepas mengharungi lima perlawanan dalam tempoh dua minggu.

"Bukan mudah untuk kita mengharungi situasi tersebut, namun para pemain Kelantan berjaya mengatasi halangan tersebut dan akhirnya meneruskan rentak kemenangan dalam lima perlawanan berturut-turut.

"Bukan itu sahaja, kami turut mengekalkan rekod bersih tanpa bolos dalam lima perlawanan tersebut dan ia merupakan sesuatu yang mengujakan buat saya sebagai jurulatih," kata Hodak.

Mengulas mengenai kemenangan ke atas Lions XII, Hodak memberitahu, barisan The Red Warriors beraksi cemerlang dengan menguasai keseluruhan perlawanan tersebut.

Menurut Hodak, meskipun turun tanpa Obinna Nwaneri, barisan pemainnya tidak goyah dengan asakan Lions XII, sebaliknya terus fokus dengan memperagakan aksi menarik sepanjang 90 minit perlawanan.

"Kejayaan ini menguatkan lagi semangat kami untuk menghadapi saingan Piala Malaysia akan berlangsung selepas bulan Ramadan nanti.

"Saya akan terus memperkemaskan pasukan bagi menghadapi saingan tersebut bagi memastikan kejuaraan Piala Malaysia dapat dipertahankan musim ini," ujarnya.

Pada aksi kelmarin, Kelantan memperoleh gol seawal minit kelima menerusi sepakan penjuru kapten, Mohd. Badhri Radzi yang terus menerjah jaring pelawat.

Penggempur sensasi The Red Warriors, Dickson Nwakaeme meletakkan tuan rumah selesa di hadapan menerusi gol kedua pada minit ke-58.

Hodak turut memberitahu, Badhri mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut.

"Saya harap dia (Badhri) tidak mengalami kecederaan serius dan kembali sembuh sebelum saingan Piala Malaysia bermula," katanya.

Selangor sekat Terengganu

Posted:

Selangor sekat Terengganu

Selangor sekat Terengganu

Laporan SHANIKA ABDULLATIB dan NOR AZIRAN YUNUS
sukan@kosmo.com.my


BANGGA... Kontinjen Selangor bersorak pada majlis penutup temasya Sukma 2013 di Stadium Mini, MSN, Bukit Jalil malam tadi.


TIRAI temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2013 ditutup secara rasmi di Stadium Mini, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil malam tadi.

Bagi edisi ke-16 itu, Selangor dinobat selaku juara keseluruhan apabila berjaya meraih 70 pingat dengan 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa.

Lebih manis, kejayaan itu menyaksikan Selangor mengakhiri dominasi Terengganu yang sebelum ini bertekad memburu kejuaraan buat kali kelima berturut-turut.

Terengganu terpaksa berpuas hati berada di tangga kedua pada Sukma kali ini selepas mengumpul 19 pingat emas, 13 perak dan 13 gangsa.

Wilayah Persekutuan juga boleh tersenyum bangga apabila muncul kontinjen ketiga terbaik apabila merekodkan 15 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa.

Selangor turut berpesta apabila atlet gimnastik artistik mereka, Daniel Iskandar Richard, 19, dinobat sebagai Olahragawan Sukma 2013 apabila merangkul tiga emas dan dua perak.

Olahragawati Sukma 2013 pula menjadi milik gimnas cilik dari Sarawak, Esmelda Arecia Menti Alfred Geling, 13, yang berjaya membawa pulang dua emas dan tiga perak.

"Ia satu kemenangan terbaik buat kami apabila berjaya merampas kembali gelaran juara keseluruhan daripada Terengganu. Ia membuktikan kerja keras yang dilakukan oleh kontinjen Selangor selama ini berbaloi.

"Kejayaan Daniel juga membuktikan Selangor mempunyai atlet berbakat besar serta strategi yang diterapkan sepanjang temasya Sukma sangat efektif," ujar Timbalan Ketua Kontinjen Selangor, Aminudin Shari.

Apa yang pasti, senyuman atlet Selangor yang meraih kilauan emas pada temasya kali ini semakin lebar.

"Selain insentif RM3,500 bagi setiap emas yang diraih, atlet Selangor turut menerima insentif tambahan berjumlah RM300 dalam bentuk tunai sebaik sahaja menerima pingat," tambahnya.

Di sebalik kejayaan Selangor itu, Sukma kali ini digemparkan dengan dakwaan seorang atlet bola baling dirogol di Perkampungan Sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dakwaan itu juga telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan setiap kontinjen bertanding selain peminat sukan tanah air.

Pastinya berita itu telah mencacatkan temasya Sukma kali ini kerana ia adalah insiden pertama berlaku dalam sejarah penganjuran temasya tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Dulu pelukis ilustrasi kini penulis novel

Posted:

Dulu pelukis ilustrasi kini penulis novel

Dulu pelukis ilustrasi kini penulis novel

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

ENCHELAH berjaya menyiapkan Lembayung Cinta dalam masa dua bulan.


GRADUAN jurusan Seni Reka Grafik dari Institut Teknologi Mara (ITM), Enche Abdullah Abdul Kadir, 49, atau mesra disapa Enchelah memulakan kerjaya sebagai pereka bentuk di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 1989 hingga 1993.

Sepanjang bertugas di DBP, selain bertanggungjawab menghasilkan kulit muka hadapan buku, beliau juga berpeluang membuat ilustrasi buku cerita kanak-kanak.

Selepas berhijrah ke Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini membuat keputusan menulis blog wwwenche.blogspot.com yang menceritakan tentang skop tugasnya di ITBM.

Menurut Enchelah, trend kegilaan masyarakat membaca blog-blog di laman maya membakar semangatnya untuk menulis.

"Justeru, saya turut menyelitkan kisah hidup sendiri yang ditulis dalam bentuk diari. Setiap hari saya sentiasa mengemas kini laman blog tersebut termasuk mengendalikan segmen pantun dan puisi yang sentiasa mendapat sambutan.

"Melalui blog inilah, saya berkenalan dengan seorang penulis novel, Norzailina Nordin yang banyak memberi dorongan pada saya untuk melibatkan diri dalam dunia penulisan," ujar Enchelah mengenai detik awal sebelum bergelar penulis.

Selepas mempelajari teknik menyiapkan novel daripada Norzailina dalam aspek membuat sinopsis keseluruhan, plot atau jalan cerita dan membina watak, Enchelah terus memulakan karya sulungnya yang berkonsepkan kisah hidupnya.

Bagaimanapun, iklan peraduan menulis novel remaja anjuran sebuah syarikat penerbitan membuat Enchelah dalam dilema.

Beli komputer riba

"Ketika itu, hati saya berbolak-balik sama ada untuk menyiapkan novel kisah sendiri yang 90 peratus siap atau menulis novel remaja.

"Setelah fikir masak-masak, saya terus menghentikan penulisan novel tersebut. Dalam tempoh dua bulan, saya berjaya menyiapkan novel remaja bertajuk Lembayung Cinta," jelas Enchelah yang mendisiplinkan diri menulis setiap hari.

Dalam usaha menyiapkan novelnya, Enchelah sanggup mengeluarkan wang untuk membeli sebuah komputer riba dan akan menaip draf cerita sewaktu makan tengah hari di luar pejabat.

Selepas mendapat ilham untuk menulis, beliau akan mencatatnya di atas kertas dan menyimpannya sebelum disemak semula di rumah.

Demi cinta yang mendalam terhadap dunia penulisan, Enchelah sanggup menyendiri daripada bersantai bersama kawan-kawan pada waktu senggang semata-mata untuk menyiapkan novel Lembayung Cinta.

"Alhamdulillah, pengorbanan saya terbalas jua apabila novel pertama terpilih antara lima pemenang hadiah penghargaan dalam peraduan tersebut," jelasnya sambil tersenyum.

Sebuah lagi novel remaja yang dihasilkan oleh Enchelah bertajuk Puteri 9 Sepuluh. Ia diterbitkan pada 2012 oleh Pelangi Novel Sdn. Bhd.

Selain itu, buku bergambar Puteri Saadong yang dihasilkan Enchelah turut diterbitkan oleh ITBM dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris serta Jepun. Buku tersebut telah dibawa ke Pesta Buku Kanak-Kanak 2013 yang berlangsung di Bologna, Itali pada Mac lalu.

Naskhah Puteri Saadong juga telah dibawa ke Singapura pada akhir Mei lalu sempena Festival Kandungan Kanak-Kanak Asia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Enchelah, layari blog wwwenche.blogspot.com atau facebook.com/enchelah.

Kambing golek untuk berbuka

Posted:

Kambing golek untuk berbuka

Kambing golek untuk berbuka


GERAI kambing golek yang diusahakan Yan Nor Azman sejak Februari lalu sentiasa mendapat sambutan ramai.


APABILA memikirkan juadah untuk berbuka puasa, pasti pelbagai jenis menu terbayang di fikiran. Bagi kaum ibu pula, sudah tentu mereka tidak menang tangan dalam menyediakan hidangan berbuka untuk seisi keluarga.

Jika sudah bosan ke bazar Ramadan atau membuat tempahan berbuka di hotel, apa kata kunjungi gerai Kambing BMX yang terletak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Menyediakan menu tetap berupa kambing golek, gerai itu dibuka setiap hari sepanjang Ramadan tahun ini. Sebungkus kambing golek yang disajikan dengan sos lada hitam istimewa, mayonis dan salad segar, mampu membuka selera anda untuk menikmatinya ketika berbuka.

Menurut pemiliknya, Yan Nor Azman Bidin, 39, jenama Kambing BMX sudah lima tahun diusahakan melalui perniagaan tempahan katering dan majlis akikah.

"Jualan menerusi gerai ini baru sahaja dimulakan sejak Februari lalu. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Setiap hari, seekor kambing akan dipanggang untuk jualan.

"Pada setiap hari Ahad, kami turut menyediakan hidangan sup kambing yang boleh dinikmati secara percuma oleh para pelanggan.

"Ia sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan pada perniagaan kami," jelas Yan Nor Azman sambil memberitahu, pihaknya memperuntukkan kira-kira lima ekor kambing untuk dibuat sup dan diberi percuma pada setiap hari Ahad.

Selain gerai di Bandar Tun Razak, beliau turut membuka gerai di bazar Ramadan Tasik Permaisuri sepanjang bulan puasa ini. Malah, pihaknya turut menerima tempahan kambing golek jika ada sesiapa yang berminat untuk membelinya.

Laksa lima rasa Prince Hotel & Residence

Posted:

Laksa lima rasa Prince Hotel & Residence

Laksa lima rasa Prince Hotel & Residence


KEBAB antara menu yang pasti menepati selera pelanggan.


Prince Hotel & Residence menawarkan juadah menyelerakan dengan hidangan bufet ala kampung sempena bulan Ramadan ini.

Bertemakan Balik Kampung, variasi hidangan dari seluruh Malaysia disatukan bagi memberi kepuasan kepada pelanggan bermula 9 Julai hingga 8 Ogos.

Chef Eksekutif, Donald Pezar berkata, mereka telah melakukan persediaan yang rapi dalam memilih menu bersesuai dengan tema.

"Kami berharap, pelanggan yang datang bersama keluarga serta teman dapat merasai pengalaman dan kepuasan ketika berada di Prince Hotel & Residence," ujarnya kepada media yang menghadiri previu menu Ramadan baru-baru ini.

Pelanggan bakal dihidangkan dengan menu seperti kerabu pucuk paku, bubur lambok, rendang daging, nasi kandar dan sate.

"Menu istimewa ialah sup signatur hotpot, kambing panggang kuzi dan laksa dengan lima perasa berlainan," ujar Chef Pezar.

Jika inginkan sajian yang berbeza, pelanggan boleh memilih masakan ala Cina, India dan Barat. Terdapat juga pelbagai jenis kuih-muih tradisional, buah-buahan segar dan kurma.

Ketika menjamu selera, pelanggan bakal dihiburkan kumpulan Seri Nusantara II yang memainkan muzik ghazal.

Lagu-lagu ghazal, asli dan moden menjadi pilihan kumpulan itu untuk dipersembahkan sepanjang Ramadan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM medan pilih wakil ke kejohanan Asia 2014

Posted:

Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM medan pilih wakil ke kejohanan Asia 2014

Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM medan pilih wakil ke kejohanan Asia 2014

07/07/2013 9:24pm

KUALA LUMPUR - Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM akan menjadi medan pemilihan pasukan untuk mewakili negara ke Kejohanan Liga Futsal Asia 2014 di Vietnam.

Liga Futsal Kebangsaan akan bermula 18 Ogos ini hingga Disember.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal Dan Bola Sepak Pantai, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalid berkata, liga tahun ini akan diadakan dalam format baharu untuk menjadikannya lebih kompetitif.

Berdasarkan format baharu, 16 pasukan lelaki dan 14 pasukan wanita akan terlibat dengan permainan timbal balik berbanding sebelum ini yang hanya diadakan secara karnival.

"Kita mahu pasukan yang betul-betul layak (mewakili Malaysia)," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Undian Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM yang melibatkan tajaan sebanyak RM5 juta oleh Felda di sini hari ini.

Hamdan berkata, pengambilan pemain import dalam pasukan diharapkan dapat menyuntik daya saing tinggi di kalangan pemain. - Bernama

Tangga kelima Liga Hoki Dunia milik Malaysia

Posted:

Tangga kelima Liga Hoki Dunia milik Malaysia

Tangga kelima Liga Hoki Dunia milik Malaysia

07/07/2013 8:47pm

SUKAN: MALAYSIA mengakhiri cabaran pada Liga Hoki Dunia di tangga kelima selepas menundukkan Jepun 4-3 menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa sebenar di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru petang tadi.

Kedudukan kelima itu merupakan sasaran terbaharu skuad negara selepas impian untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada Jerman 0-6 pada aksi suku akhir Khamis lalu.

Pada aksi semalam, skuad negara bermula cemerlang apabila memperoleh gol pertama pada minit ke-10 menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd. Rahim.

Begitupun, Jepun menyamakan kedudukan pada minit ke-28 melalui pukulan sudut penalti Shinji Kawauchi.

Ketika penentuan pukulan penalti, dua gandingan beradik, Faizal Saari dan Mohd. Fitri Saari selain Mohd. Shahrun Nabil Abdullah serta Muhammad Firhan Ashaari bertindak cemerlang apabila berjaya menghadiahkan gol buat negara manakala penjaga gol, S.Kumar menafikan cubaan dua pemain Jepun, Heita Yoshihara dan Kei Kawakami untuk memastikan kemenangan buat Malaysia. - KOSMO!

Kanak-kanak maut dipatuk ular tedung ketika tidur

Posted:

Kanak-kanak maut dipatuk ular tedung ketika tidur

Kanak-kanak maut dipatuk ular tedung ketika tidur

07/07/2013 8:26pm

BESUT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan maut selepas dipatuk seekor ular ketika sedang tidur dalam kejadian di rumahnya di Kampung Gong Ubi Keling, dekat Jabi di sini, malam semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 11.30 malam ketika Puteri Suhana Sata sedang tidur di ruang tamu rumah bersama ibu dan empat lagi adik-beradiknya.

Ibunya Zela Mohamad, 42, berkata, kejadian disedari oleh anak sulungnya, Mohd Ruhaidi, 25 yang ternampak ular berkenaan di hujung kaki anak bongsunya itu.

"Kami baru sahaja tidur sementara Mohd Ruhaidi berada di dalam sebuah bilik untuk membuat kerja. Mohd Ruhaidi yang keluar daripada bilik untuk ke bilik air ternampak seekor ular hitam sepanjang hampir satu meter berhampiran kaki Puteri Suhana dan mengejutkan saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, dekat sini hari ini.

Katanya beliau yang bangun dan memeriksa Puteri Suhana mendapati kaki anak bongsu daripada 11 beradik itu berdarah manakala ular terbabit yang dipercayai ular tedung sudah menyusur ke tepi dinding menuju ke bahagian dapur. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Gempa berukuran 6.0 melanda Sumatera

Posted:

Gempa berukuran 6.0 melanda Sumatera

Gempa berukuran 6.0 melanda Sumatera

SEKUMPULAN lelaki menunaikan sembahyang di luar sebuah masjid yang rosak teruk akibat gempa bumi di Aceh kelmarin. Semalam, Sumatera dilanda gempa sekuat 6.0 pada skala Richter. Namun, tiada kerosakan atau kehilangan nyawa dilaporkan.


JAKARTA - Satu gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter melanda wilayah Sumatera, Indonesia semalam, kata ahli seismologi Amerika Syarikat (AS).

Kejadian itu berlaku selepas beberapa hari gempa bumi menggegarkan wilayah Aceh yang mengorbankan berpuluh-puluh orang dan menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.

Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal AS, tiada amaran tsunami dikeluarkan. Tiada laporan kerosakan diterima selepas gempa itu berlaku di kedalaman cuma 23 kilometer di luar pantai barat daya kepulauan Indonesia itu.

Pusat gempa itu berlaku berhampiran kepulauan terpencil di Mentawai.

Seorang pegawai pusat meteorologi, iklim dan geofizik tempatan, Suharjono berkata, gempa bumi pada hari Sabtu (semalam) tidak mungkin menyebabkan kerosakan dan tsunami.

"Jika dinilai daripada magnitud gempa dan jarak dari pusat gempa ke daratan, saya tidak fikir gegaran itu akan memberi kesan yang signifikan," kata Suharjono yang mendakwa gegaran tersebut turut dirasai di dua wilayah di Sumatera. - AFP

Astronomi Britain tubuh pasukan pakar kesan makhluk asing

Posted:

Astronomi Britain tubuh pasukan pakar kesan makhluk asing

Astronomi Britain tubuh pasukan pakar kesan makhluk asing


KEWUJUDAN ET akan dipantau melalui teleskop radio oleh para saintis yang terlibat mengesan makhluk asing atau planet baharu.


PARIS - Beberapa ahli astronomi Britain telah menubuhkan satu rangkaian pakar untuk meningkatkan usaha risikan bagi mengesan makhluk asing, kata Persatuan Astronomi Diraja (RAS) kelmarin.

Menurut pertubuhan itu, kumpulan perintis tersebut terdiri daripada beberapa orang ahli akademik daripada 11 buah institusi di Britain.

Kumpulan tersebut akan meneliti data yang diperoleh daripada teleskop radio dan bertukar-tukar pendapat mengenai cara untuk mengesan sebarang isyarat daripada tamadun lain dan kemudian mentafsirkan maklumat berkenaan.

Kumpulan itu dikenali sebagai Rangkaian Penyelidikan SETI United Kingdom (UKSRN). Salah seorang yang terlibat dalam kumpulan itu ialah ahli astronomi diraja, Sir Martin Rees iaitu bekas Presiden Royal Society yang kini bertindak sebagai penaung kumpulan penyelidik itu.

Satu kenyataan akhbar dipetik berkata, UKSRN membentangkan gerak kerja mereka pada persidangan tahunan RAS di Edinburgh kelmarin.

Sebelum ini, ahli astronomi di Institut SETI di Amerika Syarikat (AS) telah mencari tanda-tanda kehidupan di luar sistem suria sejak tahun 1984.

Sehingga kini tiada sebarang isyarat dikesan. Namun minat terhadap usaha bagi mengesan makhluk asing masih kekal kukuh.

Keadaan itu didorong oleh penemuan beberapa buah planet baharu yang terletak jauh mengelilingi sistem suria. Planet itu dikesan ketika usaha pengawasan makhluk asing dilakukan. - AFP

Portal kerajaan Nigeria diserang aktivis gay

Posted:

Portal kerajaan Nigeria diserang aktivis gay

Portal kerajaan Nigeria diserang aktivis gay

LAGOS, Nigeria - Kementerian Penerangan Nigeria menyatakan bahawa pihaknya telah berjaya mematahkan satu serangan siber di laman web pemerintah negara tersebut yang dilakukan oleh beberapa aktivis hak asasi gay.

Satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar kementerian tersebut, Joseph Mutah dipetik berkata, pada malam Khamis lalu laman web www.nigeria.gov.ng telah digodam oleh aktivis gay.

Kumpulan sama baru-baru ini dikatakan menyerang beberapa laman web pemerintah Nigeria dalam usaha mereka untuk memperjuangkan hak asasi kaum homoseksual.

Agensi berita tempatan melaporkan, terdapat satu pesanan di sebuah laman web yang digodam memberi tempoh 72 jam kepada Presiden Goodluck Jonathan supaya membatalkan undang-undang baharu yang akan memenjarakan golongan homoseksual.

Kumpulan penggodam tersebut turut mengugut untuk mendedahkan maklumat sensitif bermula dengan pendedahan beberapa bukti mengejutkan, tetapi ia tidak berkaitan dengan rasuah.

Mutah menyifatkan ia sebagai satu tindakan jenayah yang cuba memeras ugut negara. Beliau menegaskan bahawa rakyat Nigeria menentang perlaksanaan hak-hak golongan gay. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kuartet anak wayang

Posted:

Kuartet anak wayang

Kuartet anak wayang

BERBICARA dalam bahasa industri dan filem yang mereka sayangi, empat sekawan Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi dan Megat Shahrizal mempunyai agenda yang tidak dapat dilenturkan. Dalam kemeriahan industri perfileman Malaysia yang lazimnya mahu hadir dalam warna-warna ceria dan bersifat komersial, ada banyak sisi lain yang sedang dilupakan sebahagian kelompok pengkarya sedia ada.

Ketepikan sementara soal kutipan tiket yang selalunya mengecewakan karyawan filem itu sendiri, sebagai pelakon dan dalam masa yang sama sebagai penggemar filem tegar, ada banyak persoalan tidak kurang juga benih kekecewaan yang bersarang di dalam kepala mereka.

Mereka mahu berkarya dan sekiranya karya yang mahu mereka lestarikan itu tidak mampu membentuk sejalur aliran, setidak-tidaknya ia boleh membuahkan pemikiran. Secara kebetulan yang sememangnya menjadi momen bermakna buat mereka, keterlibatan bersama dalam karya yang berjudul Bikin Filem itu sangat seiring dengan kecintaan mereka.

"Kalau kita lihat sebelum ini, sudah ada gelombang baharu yang datang ke dalam industri filem kita. Lihat kembali filem-filem arahan Yasmin Ahmad misalnya, sudah ada gelombang baik yang dibawa ketika itu.

"Bila Yasmin meninggal dunia, hilang sedikit gelombang pembikin filem sebenar. Mungkin kita dapat lihat filem seperti Bunohan dan Songlap yang menunjukkan sisi lain yang boleh kita banggakan. Jadi, kami mahu jadi sebahagian daripada gelombang itu," jelas Eidil Putra yang membawa watak pelakon popular bernama Ijam Ashburn dalam filem yang sudah selesai penggambaran itu.

Tambah pelakon yang dikenali menerusi filem Ngorat itu juga:

"Malangnya, apabila masuk panggung, orang kita pula tak mahu menonton. Walaupun tak banyak kutipan tapi filem macam ini diiktiraf di luar negara. Ramai orang luar yang berbangga dengan produk yang kita hasilkan.

DARI kiri: Megat Shahrizal, Amerul Affendi dan Iedil Putra. Mereka berpendapat penghasilan filem harus menyeluruh dan tidak menjadikan pulangan keuntungan sebagai satu-satunya sasaran pengkarya.


"Untuk terus kuat, kita tak boleh lemah dengan hal-hal macam ini. Selagi penonton ada, ada platform untuk berkarya, semua itu tak jadi masalah besar pada orang industri," katanya yang melahirkan rasa bertuah kerana turut terlibat dalam produksi yang dibiayai oleh Astro Shaw itu.

Berkongsi nada yang sama, Bront yang membawa watak Berg dalam filem arahan Nik Amir itu berkata: "Daripada apa yang kami capai di set Bikin Filem tempoh hari, saya percaya filem ini akan menjadi sebuah filem yang saya mahu berkongsi dengan orang ramai. Sebuah filem yang seronok dan senonoh."

Belum mencanak popular tetapi semangat dan keseriusan yang ditunjukkan oleh pelakon filem Bunohan, Amerul yang banyak tersenyum pula menambah: "Dahulu saya hampir bakar semua sijil yang diperoleh semasa belajar tetapi dengan adanya pembikin seperti Dain Said dan karyawan yang sealiran, kesedihan itu terbalas," katanya sambil merujuk kepada situasi penghasilan filem-filem bercorak ringan yang bermotifkan keuntungan semata-mata.

"Kami tidak marah tetapi jangan meletakkan standard atau satu konsep filem sahaja yang dimahukan oleh audiens," si pembawa watak guru itu bertukar pandangan.

Menoleh ke arah Megat Shahrizal, pelakon yang barangkali masih kurang mesra dalam kalangan peminat hiburan itu begitu kritis menterjemah senario lambakan filem-filem di pasaran ketika ini. Katanya, pembikin filem boleh diumpamakan seperti ibu bapa.

"Jika ibu bapa hanya memberikan satu jenis makanan kepada anak-anaknya, contohnya mi segera. Mi segera itu sedap tapi tidak berkhasiat. Jika mahu anak-anak membesar dan sihat, makanan yang diberi harus bervariasi dan bernutrisi," katanya.

Sama juga hal dengan industri filem tempatan, penonton tidak seharusnya disogokkan dengan filem yang sama.

"Kita kena hasilkan filem yang di luar jangkaan walaupun tak ada bajet yang tinggi. Masih ramai orang di luar sana yang nak buat filem yang betul, bukan filem syok sendiri," luah Megat Shahrizal yang pernah berlakon dalam filem Tanda Putera.

Bikin Filem sebagai tribute

Ditulis oleh Redza Minhat dan diarahkan oleh pengarah filem Kil iaitu Nik Amir, filem yang berkisar tentang semangat empat sekawan yang mahu membikin sebuah filem tentang kemunculan makhluk asing itu seperti mahu mendedikasikannya kepada pembikin filem sedia ada.

Judul Bikin Filem itu sendiri sudah menampakkan asas kepada semangat filem yang diterjemahkan oleh pembikin filem generasi baharu.

"Perkara itu (semangat filem), Redza (penulis skrip) dan Nik Amir (pengarah) yang kena jawab. Semangat sinema yang menjadi penjalin persahabatan kami sama dengan

MEGAT SHAHRIZAL sudah berkecimpung lama dalam teater dan lakonan cuma kurang publisiti.


cerita Bikin Filem. Cuma dalam filem, sekumpulan sahabat yang telah lama berpisah dan semangat itu wujud apabila semuanya terlibat dalam filem ini. Kehadiran Datuk Aziz Sattar, Dain Said dan Mamat Khalid juga menjadi peniup semangat semasa proses penggambaran, karya-karya mereka kami jadikan sebagai pembakar semangat dan inspirasi," kata Bront.

Berbalik soal gelombang pembikin filem generasi baharu, Bront agak ragu-ragu mengenai gelombang yang diperkatakan pada awal perbualan.

"Nafas baharu, wajah baharu. Tapi yang lama tetap ada, dan harus ada. Saya tak nampak pun gelombang sebenarnya, mungkin ombak-ombak yang datang sekali-sekala sahaja, belum cukup konsisten dan impak. Dari segi khalayak pula, situasi sekarang lebih bagus sebab penonton ada filem-filem perisa baharu sebagai santapan, macam ada lauk baharu," katanya ketawa.

Mengajak Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 itu bercakap tentang naskhah dan keseimbangan antara unsur hiburan dan moral, kata Bront:

"Saya rasa fungsi utama filem untuk menghiburkan khalayak, sebab mereka ke pawagam, beratur beli tiket dan luangkan masa dua jam untuk tengok filem sebagai hiburan. Aspek pembelajaran itu disulam melalui penceritaan, tapi pembelajaran bukan santapan utama khalayak pembayar tiket. Kita ada dokumentari untuk itu."

Buah tangan kedua pengarah yang diperkenalkan menerusi Kil itu bukanlah sebuah filem berskala mega namun semangat dan misi karyawan terbabit menunjukkan satu penyatuan. Nama-nama seperti Nadiya Nissa, Sharifah Amani, Siti Saleha terselit bukan sahaja sebagai penyeri bahkan membawa imej komersial kepada naskhah yang seakan-akan bebas itu.

Beto Kusyairy buat Najib ketawa

Posted:

Beto Kusyairy buat Najib ketawa

Beto Kusyairy buat Najib ketawa

KENANGAN bekerja menjadi maskot Along banyak mendedahkan Beto ke dunia lakonan.


PELAKON Beto Kusyairy mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Kebanyakan yang menyanjungi lakonan figura bernama Nurkusyairy Zakuan itu adalah kerana sandaran bakat dan usaha keras pelakon itu yang dilihat semakin menonjol.

Satu persatu naskhah lakonannya meletakkan nama Beto semakin ke atas. Namun, empunya diri kekal merendah diri biarpun terlibat dalam banyak naskhah termasuklah telefilem Tersasar Di Jalan Mu, Runtuhnya Sebuah Dosa, Takbur Seorang Isteri dan Uri serta beberapa buah filem termasuklah Syaitan, Kami The Movie, Nur Kasih The Movie, Sesuatu Yang Tertinggal dan Chow Kit.

"Saya tidak anggap diri sudah popular. Bahkan tidak terlintas untuk memikirkan tentang hal itu kerana mahu memberi tumpuan terhadap kerja saya sebagai pelakon," ujar lulusan Diploma Perhotelan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berusia 33 tahun itu.

Dalam mencipta nama, Beto tidak berhenti-henti memburu naskhah-naskhah yang berkualiti. Selain bakal muncul dengan beberapa buah filem seperti Bravo 5, Balun dan Gila Baby, Beto kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem CEO.

Digandingkan bersama pelakon Remy Ishak, Christine Suzanne dan Deanna Yusoff dalam filem arahan pengarah muda, Razaisham Rashid itu, jelas Beto, dia tidak ragu-ragu biarpun bekerja di bawah arahan 'orang baharu'.

"Sebuah naskhah komedi boleh menjadi filem yang bagus jika pengolahannya dilakukan secara bijak. Sebagai seorang pelakon, menjayakan watak seperti yang diinginkan dianggap sebagai kejayaan biarpun bergenre serius mahupun komedi.

"Namun, soal pengarah baharu atau lama tidak menjadi masalah besar. Selepas latihan membaca skrip, kepercayaan saya kepada pengarahnya juga semakin bertambah," kata pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Tribute P. Ramlee pada Jun lalu menerusi telefilem Selagi Cinta Berzikir itu.

Filem CEO yang diterbitkan oleh ARAfilm Sdn. Bhd. mula menjalani penggambaran selama 25 hari sejak Jun lalu. Ia dijangka ditayangkan di pawagam seluruh negara pada suku pertama tahun hadapan.

Drama Korea, bahasa Melayu

Posted:

Drama Korea, bahasa Melayu

Drama Korea, bahasa Melayu

KESERASIAN kelihatan jelas dalam persahabatan Ezzaty (kiri), Jin-sung dan Hanez (kanan).


TIGA anak muda berjiwa seni lakon, menyantun bahasa dan pergaulan dalam satu acara. Seorang diterbangkan jauh dari Korea Selatan manakala puteri yang berdua lagi iaitu aktres kelahiran Malaysia sedang belajar selok-belok perjalanan seni negara yang sudah menempa fenomena di mana-mana.

Hanez Suraya, Kim Jin-sung dan Ezzaty Abdullah bersatu dalam rangka drama yang sama. Dengan tajuk Autumn Di Hatiku, drama 28 episod ini bakal menceriakan jiwa dan pandangan khalayak yang gemarkan sesuatu yang santai namun memberikan suasana cantik untuk ditonton.

Sejak 3 Julai lalu, drama bersiri arahan MJ Woo dan Edmund Yeo ini sudah menemui khalayak di siaran portal Tonton. Bersiaran lima minit setiap episod, drama ini ditayangkan pada setiap hari pada pukul 12 tengah hari.

Berlatarbelakangkan sebuah kafe di Shah Alam, drama ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Nina yang meminati dunia K-Pop sehingga dia bertemu dengan seorang lelaki Korea bernama Park Au-tum (Kim Jin-sung).

Nina berusaha keras untuk mendapatkan cinta Au-tum dan terpaksa melalui pelbagai cabaran. Dia memerlukan pertolongan rakan baiknya, Zidick lakonan Aiman Hakim. Drama ini turut dibintangi Anas Ridzuan.

Berkongsi budaya

Kata Hanez, aktres yang meningkat naik sejak drama Sedetik Cinta ini, dia banyak belajar tentang budaya Korea semasa terlibat dengan penggambaran drama ini. Menariknya, dia dapat mengenali selok-belok pergaulan dan sedikit sebanyak tentang Korea Selatan daripada Jin-sung yang ramai menggelarkannya JS.

"JS ini seorang yang suka berkawan. Jadi semasa penggambaran, semuanya berjalan dengan mudah. Tambahan pula, kami sudah melalui proses pembacaan skrip sebelum itu dan menemui titik hubungan kimia antara kami," ujarnya yang membawakan watak Nina.

Ezzaty juga dapat merasakan suasana yang sama. Proses penggambaran yang berlangsung selama lapan hari dijalani tanpa tekanan dengan semua pelakon yang terlibat sangat baik dan tidak sombong. Malah, dia bersyukur menjadi salah seorang pelakon untuk melengkapkan drama ini.

Buat JS yang membawakan watak Au-tum, kumbang berusia 27 tahun yang fasih berbahasa Melayu ini tidak merasakan perbezaan besar dalam budaya kerja. Katanya, segala-galanya hampir sama, bezanya dia seorang sahaja pelakon Korea yang berada di lokasi penggambaran.

"Kalau sebut tentang perbezaan, skala di Korea Selatan lebih besar berbanding di Malaysia. Di sana, lebih banyak kamera dan pasukannya lebih besar. Saya juga merasakan skrip dan cara berlakon juga tidak sama," ujar JS yang mengaku mempunyai masalah untuk menghafal skrip walaupun sudah boleh berbahasa Melayu.

Tidak obses K-Pop

Menyentuh tentang budaya, baik Hanez mahupun Ezzaty, mereka berasa beruntung kerana dapat mempelajari budaya luar. Ia merupakan pengalaman dan pembelajaran baharu buat mereka yang masih hijau dalam lapangan lakonan tempatan.

"Saya sebagai Nina perlu belajar bahasa Korea. Malah, saya juga dapat merasa memakai pakaian tradisional Korea iaitu hanbuk," ujar Hanez.

"Untuk watak Jaja yang obses dengan K-Pop, saya perlu mempelajari cara pemakaian orang Korea untuk sesuai dengan cerita. Jujurnya, saya sukakan lelaki Melayu yang berwajah Korea," ketawanya yang turut membawa seekor ular peliharaan bernama Baby ke sesi penggambaran.

Ironinya, walaupun cerita ini menerima penglibatan daripada seorang pelakon Korea Selatan dan mempamerkan orang tempatan yang gilakan K-Pop, ketiga-tiga pelakon ini mengaku tidak terikut-ikut dengan demam atau fenomena tersebut.

Segala pembelajaran dan kaji selidik hanya dilakukan atas nama pelakon dan karakter yang memerlukan mereka mendalami budaya Korea. Begitu juga dengan JS yang mengaku tidak minat dengan K-Pop dan wanita Korea yang dirasakan tidak mempunyai wajah dengan kecantikan semula jadi berbanding wanita Malaysia.

SAKSIKAN keceriaan dan gelagat Hanez (kanan), JS (tengah) dan Ezzaty dalam drama bersiri Autumn Di Hatiku yang disiarkan di portal Tonton pada setiap hari.


Ketawa Hanez mendengar celoteh JS bersambut dengan pandangannya tentang demam K-Pop. "Jujurnya, saya memang tidak minat dengan K-Pop. Entah kenapa, tetapi saya cuba menonton drama Full House kegilaan ramai untuk rujukan saya dalam drama Autumn Di Hatiku ini. Saya juga belajar bagaimana orang Korea berpakaian dan saya gemar melihat fesyen mereka," katanya.

Pandangan yang sama dilontarkan oleh Ezzaty yang sebelum ini terlibat dengan drama Tanah Kubur dan Epilog Cinta Kirana.

"Saya tidak obses dengan budaya Korea sama ada filem atau lagu-lagu mereka. Walaupun ramai rakan saya meminati K-Pop tetapi, saya tidak terdorong. Namun begitu, saya juga sempat menonton beberapa drama popular Korea seperti My Girl dan My Sassy Girl untuk rujukan," terang Ezzaty.

JS 'jual' Autumn Di Hatiku

Setahun mengambil masa untuk mempelajari bahasa Melayu, JS mengaku visual yang ditanamnya berlainan dengan pandangan sepasang matanya yang kini menatap kecantikan Malaysia.

"Dulu saya bayangkan Malaysia ini terlalu banyak kereta. Waktu itu saya belum pernah tengok gambar suasana di Malaysia. Setiba saya di sini, saya terkejut dengan apa yang saya nampak. Berlainan daripada fikiran saya," jujurnya bersuara.

Apabia ditanyakan tentang fenomena K-Pop yang melanda dunia namun dia tidak meminatinya, JS melontarkan pandangan yang ikhlas.

"Saya memang tidak minat K-Pop. Tetapi pada pandangan saya, K-Pop ini diminati kerana ramai yang mengidolakan pelakon atau penyanyi dari Korea. Lagu-lagunya juga senang ditangkap dan sampai ke pendengaran khalayak. Tetapi, memang tidak sesuai dengan saya kerana saya sudah tua," ketawanya yang masih solo ini.

Ditanyakan tentang faktor penjualan drama ini untuk khalayak, Ezzaty dan Hanez serentak bersuara.

Jerit mereka kehadiran JS yang tampan sudah semestinya merupakan titik jual drama yang mempamerkan suasana yang berlainan daripada drama-drama yang sedia ada.

Sambil tersenyum, JS membalas dan menutup sesi perbualan pada petang Rabu lalu dengan berkata: "Faktor penjualan drama ini adalah kerana ada orang Korea pertama yang berlakon di Malaysia."

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved