Jumaat, 5 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Indahkan masjid merai Ramadan

Posted:

Indahkan masjid merai Ramadan

Indahkan masjid merai Ramadan

SEORANG wanita khusyuk membersihkan habuk-habuk tebal yang terperangkap di dalam lubang-lubang dinding masjid.

Sesekali kelihatan wanita yang lengkap dengan kemeja-T, seluar jean dan tudung berwarna merah jambu itu bersin, namun ia tidak menghalangnya daripada meneruskan kerja-kerja pembersihan berkenaan.

Nyata, kerja-kerja itu bukan mudah kerana terpaksa bergelumang dengan habuk tebal selain memerlukan kesabaran yang tinggi.

Begitupun, Wan Salma Wan Nawang, 43, yang buat pertama kali menyertai program gotong-royong yang diadakan di Masjid Al-Syakirin, Batu 6, Gombak, Selangor baru-baru ini kelihatan begitu bersemangat.

Akui anak jati Kota Bharu, Kelantan itu, dia sentiasa mengunjungi masjid berkenaan sejak 10 tahun yang lalu, tetapi tidak pernah membabitkan diri dalam aktiviti gotong-royong.

"Saya sibuk dengan kerja jadi, tiada masa untuk menyertai program seperti ini. Apabila ada peluang, saya tidak menyia-nyiakannya," pintas Wan Salma yang bekerja sendiri.

Bertutur lanjut mengenai pengalamannya, wanita yang tidak lekang dengan senyuman itu memberitahu, masjid tersebut menjadi lokasi pilihan bagi dirinya menunaikan solat Maghrib dan Isyak pada setiap hari kecuali jika mempunyai hal penting.

Dalam pada itu, dia juga menjadikan masjid untuk menuntut ilmu agama kerana terdapat banyak ceramah agama diadakan di situ.

Menyentuh mengenai gotong-royong, dia mengetahuinya selepas imam masjid tersebut membuat pengumuman mengenai aktiviti itu.

"Sepatutnya, saya mahu mengunjungi ibu yang menetap di Jeram, Kuala Selangor pada hari ini tetapi menangguhkan niat berkenaan untuk sementara waktu," ujarnya.

Bagaimanapun, ujar Wan Salma yang datang seorang diri, dia melakukan kerja pembersihan di kawasan dalam masjid.

"Orang ramai bebas melakukan kerja-kerja pembersihan, jadi saya memilih untuk mengelap lubang-lubang dinding ini.

"Saya puas hati kerana akhirnya dapat berbakti, lagipun, menjaga rumah ibadat merupakan fardu kifayah," jelasnya lagi.


HASNIAH membersihkan permaidani masjid menggunakan penyedut hampagas.


Pendapat Wan Salma disokong seorang kakitangan swasta, Hasniah Abdullah, 47. Ibu kepada lapan orang anak itu menjadikan masjid sebagai rumah kedua. Akui wanita tinggi lampai itu, kadangkala dia membawa anak-anaknya ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.

"Alhamdulillah mereka boleh menerima dan mengikutinya tanpa banyak soal," kongsinya.

Tambah Hasniah, jika orang lain membawa anak-anak mereka keluar bersiar-siar, namun lain pula caranya kerana dia lebih gemar membawa anak-anaknya ke masjid.

Tindakan itu diyakini dapat memupuk minat mereka untuk mendekati masjid sejak kecil lagi.

"Hari ini, mereka turut serta membersihkan kawasan masjid. Walaupun tidak seberapa bantuan mereka namun, ia sudah memadai untuk mendidik mereka," jelasnya lagi.

Aktiviti setiap tahun

Sementara itu, bilal masjid tersebut, Zaily Johari Abu Hassan, 53, berkata, gotong-royong itu disertai ahli kariah dan jemaah masjid serta penduduk sekitar.

Skop kerja-kerja pembersihan meliputi kawasan luar masjid, dapur, longkang, tandas, tempat wuduk dan bahagian atas masjid.

"Kawasan ini perlu dibersihkan memandangkan ia digunakan sepanjang bulan Ramadan. Malah, pada bulan itu, jemaah masjid juga semakin bertambah berbanding hari-hari biasa," tuturnya.

Berbicara lanjut mengenai gotong-royong, orang ramai bebas melakukan apa sahaja kerana tiada sebarang pembahagian tugas dibuat.

Tambah Zaily Johari, pihaknya menukarkan lampu-lampu yang telah rosak atau semakin malap, menggantikan peralatan memasak yang rosak dan memastikan pinggan mangkuk berada dalam keadaan baik.

"Jika ada yang rosak, kami akan menukarkannya kepada barangan baharu," jelasnya lagi.

Kerja-kerja penggantian barangan adalah perlu memandangkan pihaknya menyediakan hidangan berbuka puasa, moreh dan hidangan sahur untuk jemaah masjid pada 10 malam terakhir Ramadan.

Pada masa yang sama, pihaknya juga memasak secara gotong-royong sepanjang bulan Ramadan.

SELAIN memastikan keselesaan pengunjung untuk beribadah, aktiviti sebegini sebenarnya mendatangkan pahala yang besar kepada mereka yang terlibat.


Sempena Ramadan

Di samping itu, beliau mengakui masjid tersebut terdedah kepada habuk memandangkan lokasinya yang terletak berhampiran jalan besar.

Justeru, pihaknya menyediakan peralatan pembersihan seperti berus, baldi, penyapu, sabun, plastik dan tong sampah untuk memudahkan orang ramai menjalankan kerja-kerja gotong-royong.

"Kerja-kerja amal bukan hanya melibatkan gotong-royong membersihkan masjid, tetapi perlu mencakupi skop lebih luas termasuk mengimarahkan masjid dan meningkatkan fungsi rumah ibadat itu sebagai pusat komuniti," ungkapnya lagi.

Dalam pada itu, Nazir Masjid Al-Syakirin, Saupi Man pula berkata, pihaknya menjalankan aktiviti gotong-royong setiap tahun sempena kedatangan bulan Ramadan.

Bagaimanapun, setiap dua atau tiga bulan kariah masjid sememangnya menjalankan aktiviti yang sama supaya kawasan persekitaran sentiasa bersih.

Namun demikian, gotong-royong sempena bulan Ramadan dipertingkatkan untuk memastikan persekitaran masjid bersih dan bebas daripada bau yang kurang menyenangkan.

Selain itu, ia juga memberi keselesaan kepada jemaah menunaikan ibadah dan menimba ilmu di masjid.

"Lagipun, pada bulan Ramadan, rata-rata penduduk Islam di sekitar kawasan Gombak akan melakukan solat sunat tarawih, berbuka puasa dan menyertai aktiviti qiamulail di situ," katanya.

Manusia dan muzik bersatu

Posted:

Manusia dan muzik bersatu

Manusia dan muzik bersatu


SEJAK dimulakan pada tahun 1982, Fete de la Musique berjaya menarik ribuan pelancong ke Perancis.


RIBUAN ahli muzik berkumpul di sekitar jalan raya dan memenuhi pentas-pentas persembahan di seluruh Perancis pada hujung bulan lalu.

Mereka hadir dengan satu tujuan iaitu bagi meraikan Fete de la Musique, festival ritma dan muzik yang diadakan setiap tahun di negara itu.

Tidak sekadar rakyat biasa, pejabat Istana Presiden di Elysee juga terlibat dalam festival itu apabila membuka halamannya untuk kali kedua bagi persembahan muzik jazz, gipsi dan Caribbean.

Dimulakan pada tahun 1982, Fete de la Musique telah tersebar di lebih 100 negara. Ia sering diadakan pada penghujung musim panas.

Terdapat lebih 850 konsert yang dirancang di beberapa bandar raya utama di seluruh dunia seperti New York di Amerika Syarikat (AS), Hanoi di Vietnam dan Beijing di China.

Pada tahun ini di Perancis, festival dimeriahkan dengan sambutan ulang tahun ke-50 muzik-muzik popular negara itu.

Ia turut dihadiri artis-artis profesional dan amatur yang membuat persembahan percuma di jalanan, panggung teater, sekolah-sekolah dan gereja.

Antara bintang popular yang memeriahkan festival itu termasuklah penyanyi Seal dari AS dan bintang pop United Kingdom, Chris Isaak yang mengadakan persembahan di Paris's Bois de Boulogne.

Sementara itu, bagi peminat muzik klasik dan orkestra pula, bolehlah berkunjung ke Muzium Louvre yang menjanjikan persembahan tidak kurang hebatnya.

Bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini, terdapat lebih 2,600 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan konsert dan peserta yang berlangsung sehingga tengah malam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


MRSM Parit dilengkapi fasiliti pembelajaran moden

Posted:

MRSM Parit dilengkapi fasiliti pembelajaran moden

MRSM Parit dilengkapi fasiliti pembelajaran moden

RAJA NAZRIN SHAH (dua dari kanan) dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim (kanan) berkenan bergambar dengan guru-guru MRSM Parit selepas majlis perasmian MRSM itu di Parit, Perak baru-baru ini. Turut kelihatan Mohd. Shafie (dua dari kiri) dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (tiga dari kiri).


PENDIDIKAN. Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah merasmikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di Parit, Perak baru-baru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, MRSM Parit yang mula beroperasi pada 21 Mei 2012 itu merupakan MRSM ketujuh di Perak dan ke-51 di negara ini.

Beliau berkata, MRSM seluas 22.28 hektar tersebut juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti pembelajaran moden dan mempunyai 796 pelajar.

"MRSM Parit juga merupakan salah satu daripada 13 MRSM di negara ini yang melaksanakan program dwi-sijil iaitu gabungan kokurikulum kebangsaan dan sijil peperiksaan antarabangsa, Cambridge International General Certificate of Secondary Education kepada pelajarnya," katanya.

Pasukan Boling Selangor A juara kejohanan boling penjara

Posted:

Pasukan Boling Selangor A juara kejohanan boling penjara

Pasukan Boling Selangor A juara kejohanan boling penjara


PESERTA dari Pasukan Boling Selangor A bergambar bersama hadiah yang mereka menangi pada kejohanan boling antara penjara-penjara seluruh negeri di Kemaman, Terengganu baru-baru ini.


MERIAH. Majlis Sukan Penjara-Penjara Malaysia sekali lagi menganjurkan kejohanan boling antara penjara-penjara seluruh negeri di U-Bowl Mesra Mall Kemaman, Terengganu pada 20 hingga 22 Jun lepas.

Sebanyak 21 pasukan dari seluruh institusi penjara menyertai kejohanan itu.

Pada hari terakhir kejohanan, Pasukan Boling Selangor A dari Penjara Kajang muncul juara berganda setelah gandingan pemain Hamdan Salehuddin, Khairul Anuar Ibrahim dan Abd. Mutalib Ahmad muncul juara bagi acara tiga berpasukan manakala gandingan Mohd. Yusof Abu Bakar, Jamal Abd. Nasir Mohd Ali, Rosdee Khayim dan Ahmad Shahrin Saad muncul naib johan acara empat sepasukan dan acara berpasangan pula gandingan Wok Abd. Hamid dan Che Ahmad Fadhil Darib mendapat tempat ketiga.

Pengurus pasukan dan jurulatih pasukan itu, Ismail Zakaria serta Mohd. Zaki Shariff melahirkan rasa syukur dan gembira kerana pemain yang sama pada tahun lepas berjaya mengekalkan kemenangan keseluruhan dua tahun berturut-turut.

Peragawati sambilan dinobat Ratu Kebaya KBJ

Posted:

Peragawati sambilan dinobat Ratu Kebaya KBJ

Peragawati sambilan dinobat Ratu Kebaya KBJ


SERAMAI 16 jelitawan yang beraksi pada pentas akhir Pertandingan Ratu Kebaya Kompleks Bukit Jambul di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.


JELITAWAN. Sebanyak 16 jelitawan terpilih beraksi di pentas akhir Pertandingan Ratu Kebaya Kompleks Bukit Jambul (KBJ) 2013 di pusat beli-belah itu di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Gelaran Ratu Kebaya KBJ 2013 milik peragawati sambilan, Venice Low Soo Wen, 26, yang berjaya memikat para juri semasa sesi soal jawab di hadapan kira-kira 300 pengunjung kompleks tersebut.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, barangan kemas tajaan dan trofi.

Tempat kedua pula dimenangi Ayuni Azmi, 29, manakala pemenang ketiga, Angela Khoo Yin Yin, 20, pula turut menerima dua anugerah sampingan iaitu Ratu Kebaya Fotogenik dan Ratu Kebaya Senyuman Menawan.

Eksekutif Kanan Perhubungan Komunikasi KBJ, Mirza Hanny Munawar berkata, penganjuran pertandingan itu bertujuan mengetengahkan baju kebaya yang merupakan busana tradisi masyarakat Melayu dan Baba di negara ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mati di dalam banglo kontraktor

Posted:

Mati di dalam banglo kontraktor

Mati di dalam banglo kontraktor

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

ANGGOTA polis mengusung mayat salah seorang mangsa yang ditemui mati di dalam bilik sebuah banglo di Sibu semalam.


SIBU – Tiga beranak ditemui mati dalam keadaan menyayat hati selepas disyaki dipukul dengan sebatang buluh sebelum dibiarkan bergelimpangan di dalam bilik yang dicemari dengan gas memasak dalam kejadian di sebuah banglo dua tingkat di Pulau Li Hua di sini semalam.

Mayat Ling Yung Ming, 40, Christine Tiang Soon Ai, 14, dan Victor Tiang Soon Sheng Tai, 2, ditemui dengan kesan lebam di seluruh badan akibat dipukul dengan buluh tersebut pada pukul 10.30 pagi.

Kejadian itu disyaki dilakukan oleh suami Yung Ming selepas dia dikatakan tidak dapat menanggung bebanan hutang dan masalah peribadi yang dihadapinya. Lelaki berusia 43 tahun itu merupakan kontraktor kelas D.

Difahamkan, selepas memukul tiga beranak itu, lelaki terbabit dikatakan cuba memukul pula anak sulung lelakinya yang berusia 17 tahun yang berada di tingkat bawah namun gagal apabila remaja tersebut dapat melarikan diri melalui tingkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, sebaik dapat menyelamatkan diri, remaja itu terus meminta pertolongan daripada jiran-jiran sebelum menghubungi polis. Dia kini dikatakan trauma dengan kejadian itu.

Katanya, polis yang tiba tidak lama kemudian masuk ke dalam banglo tersebut sebelum menemui mayat tiga beranak tersebut dengan kesan lebam di seluruh badan akibat dipukul dengan sebatang buluh di dalam bilik di tingkat atas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tauke pelacur rakyat Malaysia dijel

Posted:

Tauke pelacur rakyat Malaysia dijel

Tauke pelacur rakyat Malaysia dijel

MELBOURNE - Seorang rakyat Malaysia yang didakwa memaksa wanita muda berketurunan India dari negaranya menjadi hamba seks di sebuah rumah pelacuran di Sydney, Australia dikenakan hukuman penjara enam tahun.

Australian Associated Press (AAP) melaporkan Wong Chee Mei, 39, didapati bersalah pada April lalu kerana menjalankan perniagaan pelacuran dan empat pertuduhan lain iaitu mengambil pekerja yang melanggar peraturan visa dan mengeksploitasi pekerja-pekerja itu.

Ketika menjatuhi hukuman penjara maksimum enam tahun ke atas wanita itu semalam, Hakim Deborah Sweeney berkata; "Chee Mei tidak melayan wanita berkenaan seperti manusia tetapi sebagai komoditi- mesin untuk membuat duit."

Antara 2008 dan 2009, Chee Mei yang juga dikenali sebagai Yoko, telah mengambil beberapa wanita Malaysia semuanya berketurunan India dengan menguruskan kemasukan mereka ke Australia menggunakan visa pelajar.

Kesemua mereka kemudian dipaksa menjadi pelacur di sebuah rumah pelacuran Diamonds Brothel di Willoughby, Utara Sydney yang diuruskan oleh Chee Mei.

Mangsa-mangsa yang tidak tahu berbahasa Inggeris memberitahu, mereka perlu bekerja sehingga mereka selesai menjelaskan kos tambang kapal terbang, visa dan yuran kursus yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah A$5,800 atau RM18,473 seorang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mayat budak lemas ditemui berpaut pada kayu

Posted:

Mayat budak lemas ditemui berpaut pada kayu

Mayat budak lemas ditemui berpaut pada kayu


BERKIS ketika meninjau tempat Mohd. Aziz terjatuh ke dalam sungai di Kampung Jemukan Laut, Samarahan kelmarin.


SADONG JAYA - Seorang budak lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Jemukan di Kampung Jemukan Laut di sini kelmarin ditemui mati lemas dalam keadaan berpaut pada sebatang kayu pagi semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 3.50 petang, Mohd. Aziz Salleh, 3, kakaknya, Fatin Nur Athirah Salleh, 5, dan seorang lagi rakan mereka bermain di atas titi di kampung tersebut.

Ibu mangsa, Berkis Kila, 37, berkata, sebelum diketahui lemas, anak kesembilan daripada sepuluh adik-beradik itu baru pulang dari tadika sebelum meminta kebenarannya untuk bermain bersama Fatin dan seorang lagi rakan mereka.

"Saya izin mereka pergi bermain kerana ingat mereka pergi bermain di tadika tidak jauh dari rumah tetapi rupa-rupanya mereka bermain di atas titi yang sungainya agak dalam," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Jarak sungai dan rumah mangsa kira-kira 200 meter.

Selepas kira-kira setengah jam keluar bermain, cerita Berkis lagi, Fatin tiba-tiba pulang dalam keadaan menangis dan memberitahu adiknya terjatuh ke dalam sungai dari atas titi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Pengganti Kia Forte

Posted:

Pengganti Kia Forte

Pengganti Kia Forte

Oleh SHAWKATH AZDE

JIKA diamati keseluruhan kategori kenderaan penumpang yang ada dalam industri automotif Malaysia pada tahun ini, satu-satunya yang diunjurkan terus berkembang adalah segmen C.

Segmen C ialah kenderaan keluarga saiz sederhana. Boleh dikatakan setiap pengeluar kenderaan dari Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan Eropah ada meletakkan produk masing-masing dalam kelas itu.

Antara contoh model dimaksudkan ialah Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy, Mazda3, Mitsubishi Lancer, Honda Civic, Chevrolet Cruze, Ford Focus, Peugeot 408, Volkswagen Jetta, Hyundai Elantra, Kia Forte dan Proton Inspira.

Berdasarkan senarai tersebut dan kelibat semasa kenderaan itu di atas jalan raya, tafsiran yang dapat diberikan adalah inilah kelas kenderaan paling popular di Malaysia.

Dari perspektif pengeluar pula, segmen C adalah medan persaingan yang cukup sengit dan mendapat perhatian daripada konsumer.

Senario segmen C mula berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kehadiran dua jenama Korea iaitu Kia dan Hyundai.

Kia Motors Company sebenarnya adalah syarikat subsidiari Hyundai Motor Company di Korea Selatan. Cuma di Malaysia, pengedar rasminya terdiri daripada dua konglomerat berbeza.

Hyundai berada di bawah payung Sime Darby Bhd. Kia pula diedarkan oleh Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (Kia Malaysia). Kia Malaysia ialah anak syarikat Kumpulan Naza.

Kelebihan produk Korea berkait rapat dengan pelbagai ciri dan fungsi melebihi produk pesaing lain. Tidak lupa juga konsep rekaan dan keselesaan yang cukup segar dan relevan mengikut peredaran masa.

Bagi mengukuhkan kedudukan dalam segmen C Malaysia, Kia Malaysia baru-baru ini tampil dengan model pengganti Forte.

Biarpun ia kini dikenali sebagai Kia Cerato, model itu juga masih dikenali sebagai Forte atau K3 di beberapa pasaran lain.

Generasi ketiga kereta sedan sederhana itu telah membuat penampilan sewaktu Pameran Motor Los Angeles pada tahun lalu.


SUSUN atur butang pada stereng dan papan pemuka Cerato ternyata cukup kemas.


Ketua Pegawai Operasi Kia Malaysia, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar memberitahu, Cerato kini menduduki tangga kedua dari segi jualan terbaik model Kia di pasaran global selepas model kompak Kia Rio.

Untuk pelanggan tempatan, dua varian Cerato dibawa masuk iaitu 1.6 liter dan 2.0 liter. Tumpuan pembelinya ialah mereka yang berada dalam lingkungan usia 26 hingga 40 tahun.

Prospek jualan bagi kedua-dua varian itu kelihatan positif jika dianalisis sasaran pelanggannya. Peringkat umur itu terdiri daripada golongan yang sudah ada karier sendiri dan berkeluarga kecil.

Merujuk laman web Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi penduduk yang berusia 25 hingga 44 tahun merangkumi hampir sembilan juta orang bagi tahun 2011. Sudah pasti inilah lubuk emas bagi pengeluar kenderaan.

Cerato sudah menetapkan penanda aras baharu dalam segmen C dengan pengenalan beberapa ciri baharu.

Tiga mode stereng

Inovasi pertama ialah stereng kuasa pacuan motor (MDPS) dengan sistem Flex Steer.

Sistem itu akan mengubah kawalan stereng dengan hanya menekan butang. Anda dibekalkan dengan tiga mode iaitu Comfort (ringan), Normal (sederhana) dan Sport (berat).

Butang penukaran mode berada di bahagian kanan stereng. Saya mendapati mode Comfort memudahkan usaha untuk memarkir kenderaan dan pemanduan di bandar.

Normal sesuai bagi pemanduan harian di bandar atau pemanduan biasa. Mode Sport pula sesuai ketika memandu laju di lebuh raya.

Bagi varian 2.0 liter, kerusi pemandu dibekalkan dengan sistem pengudaraan tempat duduk. Udara sejuk akan disalurkan pada bahagian belakang badan dan punggung anda. Terasa seperti duduk di atas tuala basah.

Kedua-dua varian Cerato turut memiliki ciri Smart Welcome Light. Jika anda menghampiri kenderaan dengan kunci pintar, pocket light dan puddle light akan menyala secara automatik.

Pocket light berada di belakang hendal pintu. Sementara puddle light ditempatkan di bahagian bawah perumah cermin pandang sisi yang akan menyala di kawasan lantai sekitar pintu kenderaan.

Untuk keselesaan penumpang belakang, kedua-dua varian didatangkan dengan bolong udara pendingin hawa. Reka bentuk kerusi bahagian belakang yang tidak terlalu menegak memberi keselesaan bagi pemanduan jarak jauh.


LAMPU utama model Cerato diadun bersama lampu DRL LED.


Keseluruhan ruang kabin didominasi dengan tona hitam. Salutan material kulit lembut pada bahagian dalaman menimbulkan rasa eksklusif.

Reka bentuk Kia Cerato secara keseluruhan kelihatan lebih moden. Ia tidak seperti model sebelumnya yang mengetengahkan penampilan maskulin.

Imej bahagian hadapan diperkukuhkan menerusi gril Tiger Nose dan set lampu utama berserta DRL LED. Jenis lampu digunakan adalah berbeza mengikut varian iaitu halogen untuk 1.6 liter dan HID dengan penyelarasan automatik bagi 2.0 liter.

Bahagian belakang nampak kemas dengan set lampu LED besar dan garisan badan but yang lebih sporty.

Untuk varian 2.0 liter, beberapa penambahan aksesori diberikan seperti bumbung suria, spoiler belakang, material kulit pada kerusi dan panel instrumen jenis Supervision Cluster.

Kia Cerato juga sarat dengan ciri-ciri keselamatan termasuklah ESC, Bantuan Kawalan Brek (BAS), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), enam beg udara, sensor pengesan pelanggaran hadapan dan sisi, ISOFIX dan banyak lagi.

Didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu putih, kelabu, perak, merah dan emas, Cerato boleh didapati menerusi rangkaian pengedar sah Kia Malaysia di seluruh negara.

Harga atas jalan termasuk insurans bagi varian 1.6 liter ialah RM99,888 seunit. Varian 2.0 liter dijual pada harga RM118,888 sebuah. Jaminan diberikan adalah selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Restorasi lengkap Beetle biru

Posted:

Restorasi lengkap Beetle biru

Restorasi lengkap Beetle biru

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


RESTORASI sebuah Volkswagen Beetle boleh mencecah puluhan ribu ringgit.


WALAUPUN penduduk Malaysia kaya dengan lagu dan cerita rakyat, kita masih belum ada kereta rakyat yang sebenar. Mungkin Proton Saga generasi pertama atau Perodua Kancil boleh dikategorikan sebagai kereta rakyat Malaysia.

Namun pasarannya tidaklah besar dan memang tak boleh lawan kereta rakyat dari Jerman ini. Kereta rakyat yang dimaksudkan tentulah Volkswagen Beetle.

Jika kita baca sejarah, insan bernama Adolf Hitler memang dibenci. Tetapi dialah individu yang bertanggungjawab mengarahkan Dr. Ferdinand Porsche menghasilkan kereta yang mampu dimiliki oleh semua rakyat Jerman ketika itu.

Siapa sangka, selepas hampir 70 tahun kereta itu dihasilkan, ia masih popular dan mendapat tempat di hati jutaan peminat di seluruh dunia. Malah musuh utama Jerman masa perang dulu, Amerika pun menggilai kereta Volkswagen tersebut. Sehinggakan boleh hasilkan filem yang heronya ialah kereta itu. Tak percaya, sila tonton filem Herbie.

Di Malaysia, kereta rakyat dari Jerman itu sudah lama diterima sebagai kereta pilihan keluarga Malaysia sekitar tahun 1960-an hinggalah ke awal 1980-an.

Jadi, kereta Beetle biru muda itu memang mengingatkan saya kepada kenangan zaman kanak-kanak di mana kereta macam ini amat senang dijumpai di jalan raya. Sekarang agak susah nak tengok Beetle sebegini.

Buang karat

Bukan sebab telah pupus, tetapi ia sudah dijadikan bahan koleksi berharga oleh peminatnya. Saya tidak hairan kalau ada peminat Beetle berbelanja lebih RM80,000 untuk melakukan restorasi dan mengubah suai Beetle mereka.

Kos restorasi Beetle biru mungkin tidak setinggi itu. Namun kerja-kerja restorasinya agak lengkap. Ia masih mengekalkan gaya retro dengan menggunakan aksesori yang sememangnya dihasilkan untuk model Beetle.

Sebelum apa-apa pengubahsuaian dibuat, badan kereta perlu direstorasi terlebih dahulu. Alasannya mudah, kereta itu sudah berusia hampir 50 tahun, sebagus mana pun sesebuah kereta, masalah karat memang tidak boleh dielakkan. Apatah lagi kalau dipandu di Malaysia yang cuacanya panas dan lembab sepanjang tahun.

Segala karat pada badannya dibuang sebelum disembur dengan lapisan cat biru muda yang menyegarkan kembali rupa Beetle klasik itu. Beberapa aksesori krom seperti hiasan lampu dan strip di sisi badan kereta ditambah. Bampar depan dan belakang asal Beetle dibaik pulih, dicelup semula dengan lapisan krom baru yang silau mata memandang di bawah terik matahari.

Satu aksesori unik yang dipasang padanya ialah cermin belakang. Kalau anda perasan, cermin ini boleh ditolak keluar untuk membolehkan angin masuk ke ruang penumpang belakang. Inilah aksesori original Beetle yang sekarang hanya boleh dibeli di kedai aksesori Beetle di luar negara (kebanyakannya dari Amerika Syarikat atau Britain).

Penambah seri sebenar Beetle ini sudah tentulah rimnya. Rim Beetle ini menggunakan rim Empi Sprintstars berdiameter 15 inci. Empi ialah nama yang cukup terkenal sebagai pembuat aksesori VW Beetle klasik. Saya fikir, tidak ada rim lain yang menjadi pilihan pemilik Beetle di serata dunia selain rim buatan Empi.

Tayar BF Goodrich bersaiz 195/60 dipilih untuk digandingkan dengan rim yang masih nampak retro tetapi dengan ciri-ciri keselamatan tayar moden. Beetle ini kemudian direndahkan menggunakan set penyerap hentak Bilstein.

Bahagian dalaman Beetle semuanya direstorasi mengikut spesifikasi asal dengan sedikit modifikasi. Apa yang paling ketara ialah pemain cakera padat pada bahagian bawah papan pemuka.

Apa yang saya respek, radio AM asal Beetle masih dikekalkan, mungkin untuk mengembalikan nostalgia masa silam. Stereng asal masih dikekalkan. Tetapi disolek sedikit dengan menggantikan butang hon asal kepada butang hon berlogo Wolfsburg - bandar kelahiran Beetle di Jerman.

Tuil gear Gene Berg digunakan bagi mengganti tuil gear asal. Tetapi tombol gear tetap menggunakan tombol yang asal. Tempat duduk asal hanya dibalut dengan vinil baru dan mengekalkan rupa aslinya.

Anda mesti tertanya-tanya, kenapa saya tak cerita pasal enjin? Sebab enjinnya standard tak buat apa-apa, basuh pun tidak. Cuma ekzos ada buat sikit, guna paip dan peredam bunyi custom yang menyerlahkan bunyi enjin boxer dengan sistem penyejukan udara. Anda ingat Subaru sahaja yang guna enjin boxer? Beetle dah guna enjin boxer sejak Hitler masih hidup lagi tau!

Penjelajah urban versatil

Posted:

Penjelajah urban versatil

Penjelajah urban versatil

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


MAMPUKAH EcoSport menjadi pilihan popular seperti Fiesta dan Ranger jika ia ditawarkan di Malaysia?


JIKA diperhatikan dengan lebih mendalam populariti segmen kenderaan bandar, ia sebenarnya tidak terhad kepada motosikal atau kereta sahaja. Bahkan ia turut merangkumi SUV kecil.

Vakum segmen tersebut terjadi apabila Perodua menghentikan model Kembara. Sebelum itu, segmen tersebut didominasi oleh Daihatsu Feroza, Suzuki Vitara dan Jimny.

Pada suatu ketika, Vitara dan Feroza begitu popular hingga mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Begitu juga dengan Jimny yang masih lagi diburu oleh pembeli menyebabkan harganya tidak jatuh-jatuh.

Memandu sebuah SUV bandar cukup menyeronokkan kerana sifat fizikalnya yang tinggi dan rugged. Entah kenapa kebanyakan pengeluar masih tidak nampak atau sengaja meninggalkan segmen itu.

Pusat pembangunan Ford

Walau bagaimanapun, ruang kosong yang lama ditinggalkan itu bakal diisi kembali oleh Ford melalui model SUV bandar yang baharunya iaitu EcoSport.

Sejarah EcoSport bermula apabila pertama kali diperkenalkan di Amerika Selatan pada tahun 2003. Pengenalan itu telah membuka segmen baharu di sana dengan jualan lebih 700,000 unit.

Projek tersebut diketuai oleh Pusat Pembangunan Ford di Brazil. Pasukan itu kemudiannya menggunakan keupayaan kejuruteraan dan kepakaran Ford global untuk menghasilkan EcoSport generasi baharu yang diyakini dapat membantu perkembangan Ford di pasaran dunia.

Pada Mac lepas di Bangkok, Thailand, Ford telah melancarkan EcoSport generasi baharu bagi memenuhi minat yang semakin membesar terhadap SUV urban yang praktikal, mampu milik dan menjimatkan.

Dibangun berdasarkan platform segmen B Ford, EcoSport dilihat sebagai alternatif terbaik untuk kereta kompak. Ini kerana jentera tersebut lebih sesuai untuk lima penumpang dan peralatan mereka.

EcoSport menggabungkan ciri-ciri versatiliti dan bakal menarik perhatian pelanggan yang mempunyai gaya hidup aktif. Posisi pemanduan yang tinggi, reka bentuk rugged dan penggunaan minyak ekonomikal menjadikan EcoSport kenderaan yang sesuai untuk kegunaan di bandar dan jalan berbukit.

EcoSport mampu untuk mengharungi air setinggi 0.55 meter dengan selesa sambil pemandunya dihiburkan dengan sistem multimedia Ford SYNC.

Jika pemandu dan penumpang ingin menikmati minuman sejuk pula, simpan sahaja enam tin minuman di dalam kotak papan pemuka (glove box) yang mampu menyejukkan minuman.

Di Bangkok, Ford mempamerkan varian paling mewah iaitu EcoSport Titanium yang didatangkan dengan warna merah (Mars Red), bumbung suria, gril krom dan roda aluminium 16 inci.


PAPAN pemuka EcoSport meneruskan hala tuju rekaan dalaman kenderaan Ford yang moden.


Sekilas pandang, reka bentuk EcoSport yang menonjol nampak seperti hendak menerkam. Sementara bonet lebar yang selari dengan garisan badan memberi efek kuasa dinamik dalam pergerakan.

Lampu depan nipis yang mengapit gril pula menonjolkan rupa signatur Ford. Tiang B yang dihitamkan sedondon dengan cermin sisi yang menampakkan lagi garisan maskular yang dibentuk oleh tingkap dan pintu. Garisan itu kemudian bersambung dengan bahagian belakang EcoSport.

Bagi menampakkan bonet belakang yang 'bersih', pembuka pintu diletakkan sekali dengan lampu belakang. Tayar simpanan yang disangkut pada bonet belakang pula adalah identiti SUV lama. Ia sebenarnya praktikal supaya lebih banyak ruang kargo dapat digunakan. Selain memudahkan proses mengalihkan barang berat ke dalam EcoSport dengan reka bentuk bamparnya yang rendah.

Pada ruang kabin pula, kerusi belakang boleh dilaras untuk lebih keselesaan atau dibaringkan terus untuk lebih ruang kargo. Apabila tempat duduk diturunkan, ruang bonet meningkat kepada 705 liter iaitu saiz yang boleh memuatkan sebuah mesin basuh.

Dari segi pemanduan pula, EcoSport didatangkan dengan pelbagai alat bantuan seperti Hill Launch Assist (HLA) yang dapat digunakan semasa kereta mendaki atau menuruni bukit. HLA menahan kereta daripada bergerak selama 2.5 saat untuk memberi kesempatan kepada pemandu mengalihkan kaki dari pedal brek ke pedal minyak.

Sterengnya pula menggunakan teknologi kuasa bantuan elektronik (EPAS) untuk tindak balas yang responsif dan menjimatkan minyak. Ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan terdiri daripada dua beg udara depan, beg udara sisi, ABS dan ESP.

Ford EcoSport dikuasakan oleh enjin 1.5 liter dengan kuasa 108PS dan tork 138Nm. Enjin itu menggunakan teknologi Ti-VCT yang memberi kuasa pada kelajuan enjin rendah, selain daripada penggunaan minyak yang ekonomikal.

Bergantung kepada pasaran, terdapat dua jenis transmisi yang boleh dipadankan iaitu enam kelajuan automatik Ford PowerShift atau pun transmisi lima kelajuan manual.

Ford EcoSport akan dibina di kilang canggih dan baharu Ford iaitu di Rayong, Thailand yang merupakan pangkalan eksport ke negara ASEAN dan beberapa pasaran lain.

SUV tersebut bakal dipasarkan ke lebih 100 pasaran dunia dan mungkin juga termasuk negara kita. Baru-baru ini ada kedengaran Suzuki akan membawa masuk kembali Jimny. Sekiranya itu benar, maka baru ada dua produk dalam pasaran SUV bandar.

Jika kena harga dan promosinya, segmen itu merupakan lubuk emas. Namun masalah dengan Ford ialah produknya yang banyak menerima saingan daripada pengeluar Jepun dan Korea Selatan. Tambahan pula syarikat itu berasal dari Amerika Syarikat yang selalu menjadi sasaran boikot rakyat negara kita.

Walaupun begitu, dua produk Ford iaitu Fiesta mendapat sambutan hangat. Sementara waktu menunggu trak pikap Ranger pula berbulan-bulan lamanya!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Punah harapan

Posted:

Punah harapan

Punah harapan

Oleh RADIAH SAORI
radiah@kosmo.com.my

BARISAN pemain Jerman meraikan kejayaan membenam Malaysia 6-0 pada perlawanan suku akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.


IMPIAN Malaysia untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 menerusi 'tiket' Liga Hoki Dunia tidak kesampaian.

Pada aksi suku akhir di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam, Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan pasukan No. 1 dunia, Jerman apabila tewas 0-6.

Dengan kekalahan itu, hasrat Malaysia untuk menduduki kelompok tiga terbaik pada kejohanan tersebut, sekali gus layak secara automatik beraksi pada Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda musnah.

Kini Malaysia perlu menunggu sehingga kempen Piala Asia di Ipoh Ogos depan bagi mencongak peluang terakhir memburu tiket Piala Dunia 2014.

Bagaimanapun, ia bukan satu tugas mudah kerana skuad kendalian Paul Revington itu harus muncul juara Piala Asia bagi mengesahkan slot ke Belanda.

Pada aksi semalam, Jerman menguasai hampir keseluruhan permainan sementara Malaysia kelihatan lemah terutama di bahagian pertahanan.

Akibatnya, gawang Malaysia dibolosi enam gol sepanjang babak pertama.

Christopher Zeller meledak gol pembukaan Jerman menerusi pukulan sudut penalti seawal minit kelima.

Linus Butt menghadiahkan gol kedua Jerman, juga menerusi pukulan sudut penalti pada minit kelapan sebelum Mopritz Polk menambah gol ketiga hasil jaringan padang berselang dua minit kemudian.

Jerman terus berpesta gol apabila menambah tiga lagi jaringan dalam tempoh enam minit melalui Zeller pada minit ke-12 serta dua jaringan padang oleh Moritz Furste (16) dan Thilo Stralkowski (18).

Sebaik babak kedua bermula, permainan Malaysia tampak lebih baik, namun belum mampu memperoleh gol sehingga wisel penamat dibunyikan.

Negeri Sembilan kuasa baharu

Posted:

Negeri Sembilan kuasa baharu

Negeri Sembilan kuasa baharu


AKSI menarik yang diperagakan skuad Negeri Sembilan dalam acara renang berirama rutin kombinasi pada temasya Sukma 2013 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.


SKUAD Negeri Sembilan berjaya mengekalkan pingat emas rutin kombinasi pada hari terakhir acara renang berirama temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.

Dibarisi 10 perenang cilik, Negeri Sembilan berjaya mengutip 70.40 mata, hanya 0.10 mata lebih berbanding Wilayah Persekutuan yang mendapat 70.30 mata untuk pingat perak, manakala pingat gangsa menjadi milik Pulau Pinang dengan 68.60 mata.

Kejayaan mengekalkan pingat emas itu, sekali gus menjadikan Negeri Sembilan muncul juara keseluruhan acara renang berirama Sukma kali ini dengan meraih tiga pingat emas dan dua perak.

Mereka berjaya mengatasi kuasa besar acara renang berirama iaitu Selangor yang hanya memperoleh tiga pingat emas.

"Ia di luar jangkaan kerana kami hanya mensasarkan dua emas. Jadi dengan tiga emas keseluruhan (kombinasi, rutin bebas berpasukan dan rutin teknikal berpasukan), ia amat mengujakan," ujar jurulatih Negeri Sembilan, Hu Shuxia.

Pengendali dari China itu menjelaskan, beliau amat berpuas hati dan pada masa sama, terkejut dengan pencapaian yang dilakar oleh anak-anak didiknya.

"Mereka bukan saja membuat rutin yang terbaik tetapi melakukannya pada tahap maksimum.

"Segala kerja keras termasuk latihan enam kali seminggu sejak awal tahun akhirnya berbaloi apabila kami membawa pulang tujuh pingat daripada lapan acara," tambahnya.

Mempertaruhkan perenang muda berusia dalam lingkungan 11 hingga 17 tahun, Shuxia cukup yakin dengan kemampuan anak-anak didiknya itu untuk memperbaiki rekod yang dilakar pada Sukma 2011.

"Pada Sukma terdahulu, kami hanya meraih satu pingat emas. Kali ini lebih baik dan dengan potensi yang ada sekarang, saya yakin mereka akan kekal sebagai juara pada Sukma akan datang," ujarnya.

Ala Samba julang rentak Pahang

Posted:

Ala Samba julang rentak Pahang

Ala Samba julang rentak Pahang

Laporan MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI, NOR AZIRAN YUNUS
dan SHANIKA ABDULLATIB
sukan@kosmo.com.my


BANGGA... Barisan pemain Pahang muncul juara sulung acara bola sepak pantai pada temasya Sukma kali ini.


PAHANG muncul juara sulung acara bola sepak pantai lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013 apabila menewaskan Terengganu 6-0 pada aksi final di Pantai Morib, Banting, Selangor semalam.

Latihan 'ala Samba' selama sebulan bersama jurulatih kelab Brazil, Flamengo, Julio Cesar Franco ternyata menjadi senjata ampuh Pahang bagi menjinakkan Terengganu.

"Saya rasa begitu gembira kerana pemain-pemain telah mempamerkan kesungguhan mereka untuk menjadi juara.

"Di Brazil kami bermain dengan formasi 3-1 tetapi di sini lebih kepada 2-2. Walaupun baru sebulan bersama tetapi saya kagum kerana mereka cepat belajar dengan teknik Brazil," ujar Franco.

Difahamkan, jurulatih berusia 39 tahun itu dibawa oleh pengurus pasukan Pahang, Kamarul Arifin atas cadangan jurulatih skuad futsal kebangsaan, Marcelo Serpa sejak 5 Jun lalu.

Pingat gangsa pula diraih oleh Selangor yang menewaskan Kedah 8-6 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, Terengganu mengungguli pingat emas acara bola sepak pantai wanita selepas melakar kemenangan dramatik 6-5 ke atas Sabah pada aksi final.

Percaturan jurulatih Terengganu, Abdul Jalal Abdul Wahid yang menggunakan khidmat dua pemain hoki, Aishah Zulkifli dan Nor Hazirah Hasmidi ternyata menambah kekuatan skuad kendaliannya itu.

Abdul Jalal berkata, kesukaran untuk mencari pemain yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi telah memaksanya untuk memilih kedua-dua pemain terbabit.

"Memang sukar hendak mencari pemain yang bagus, saya bernasib baik kerana dapat menggunakan khidmat mereka.

"Jadi cabaran yang saya perlu hadapi ketika latihan ialah melatih cara menendang dan mengawal bola," kata Abdul Jalal.

Tiada pingat gangsa ditawarkan kerana hanya empat pasukan yang menyertai acara bola sepak pantai wanita.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Memasak dengan susu tepung

Posted:

Memasak dengan susu tepung

Memasak dengan susu tepung

RAMJEET KAUR (kiri) bersama Sherson menunjukkan hidangan yang dimasak menggunakan susu tepung Dutch Lady.


LAZIMNYA susu sinonim sebagai minuman yang berkhasiat. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa ia boleh menjadi bahan dalam masakan.

Peneraju dan jenama susu terkemuka di Malaysia, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) membuktikan bahawa susu tepung boleh dipelbagaikan kegunaannya.

Berkolaborasi bersama Chef Sherson Lian, Dutch Lady mengambil inisiatif menguar-uarkan kebaikan Susu Tepung Famili Dutch Lady.

Sejak bulan Jun lalu, Dutch Lady Malaysia telah melancarkan dua buku resipi iaitu Cipta Rasa Berkhasiat Di Dapur Chef Sherson dan lima episod program memasak, Cipta Rasa Ramadan dengan memperkenalkan variasi hidangan berkhasiat menggunakan Susu Tepung Famili Dutch Lady.

Hos rancangan masakan 5 Rencah, 5 Rasa dan duta jenama Susu Tepung Famili Dutch Lady mencipta hidangan lengkap yang mudah dihasilkan.

Memasak seawal umur 12 tahun, Sherson berkongsi pengalaman dan kepakarannya menerusi buku-buku resipi dan program memasak terbaharu.

Kerjasama dengan Dutch Lady Malaysia bertujuan menonjolkan kebaikan susu tepung famili sebagai salah satu ramuan yang mudah diadaptasi dalam masakan harian.

"Saya amat bangga dengan buku resipi baharu ini. Ia melambangkan apa yang saya suka tentang hidangan hebat.


PELBAGAI resipi masakan dicipta oleh Sherson menggunakan susu tepung Dutch Lady yang boleh didapati dalam Buku Resipi Cipta Rasa Berkhasiat Di Dapur Chef Sherson.


"Saya sememangnya suka memasak dan ingin memberi inspirasi serta semangat kepada rakyat Malaysia untuk memasak di rumah. Kita mempunyai pelbagai ramuan yang mudah digunakan dan susu adalah antara ramuannya," katanya.

Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Ramjeet Kaur Virik memberitahu, penyediaan makanan berkhasiat dan sihat merupakan pilihan terbaik buat seisi keluarga.

"Sherson dan susu tepung famili merupakan gandingan tepat memandangkan beliau terkenal dalam kalangan peminat-peminatnya bersama gaya masakan Malaysia yang ringkas," kata Ramjeet.

Dutch Lady Malaysia teruja dengan penampilan Sherson dalam program masakan televisyen Cipta Rasa Ramadan dan berharap program tersebut dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memasak di rumah.


SHERSON membuat demonstrasi memasak pasta dengan menggunakan susu tepung Dutch Lady.


Pada majlis pelancaran yang berlangsung baru-baru ini, Sherson menunjukkan kemahiran memasaknya di The Cooking House, Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Sherson juga akan melawat lima pemenang Peraduan Cipta Rasa Dutch Lady, yang diadakan pada bulan Mac 2013 lalu bagi merasai pengalaman memasak bersama Sherson di dapur mereka sendiri.

Rancangan masakan mereka bersama Sherson, Cipta Rasa Ramadan akan memperkenalkan resipi lazat yang mengandungi Dutch Lady Susu Tepung Famili.

Sebanyak lima episod akan disiarkan di TV3 setiap Rabu (3, 10, 17, 24 dan 31 Julai 2013) dari pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual demonstrasi memasak Sherson, sila rujuk di laman web www.dutchlady. com.my.

Sajian tradisi di Istana Bambu

Posted:

Sajian tradisi di Istana Bambu

Sajian tradisi di Istana Bambu

NASI AMBENG


RAMADAN merupakan bulan yang sering ditunggu-tunggu oleh jutaan umat Islam di seluruh dunia. Kehadiran bulan yang dilimpahi dengan 1001 keberkatan dan rahmat itu pasti akan disambut dengan penuh rasa kesyukuran.

Selain tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat tarawih, bulan ini juga sinonim buat seisi keluarga mencari destinasi menarik untuk berbuka puasa bersama.

Bagi mereka yang inginkan suasana ala kampung yang dilatari pemandangan sawah padi, Restoran Istana Bambu paling sesuai untuk anda kunjungi.

Restoran ini menyediakan variasi hidangan tradisi yang pasti membuka selera. Antara menu istimewa yang ditawarkan ialah nasi ambeng, patin tempoyak, ayam masak lemak cili padi, sate, tempe belada, terung sambal, gulai daging salai dan asam pedas ikan pari.


KAMBING golek merupakan menu wajib setiap hari.


Selain itu, sajian sotong telur masin, udang goreng nestum dan menu wajib kambing golek juga boleh dinikmati seadanya. Tidak ketinggalan, pelbagai kuih-muih Melayu disediakan di samping minuman seperti jus mangga, teh ais lemon, cendol dan sirap bandung cincau.

Konsep gerai beratap nipah menjadi penghias untuk setiap hidangan yang disediakan sekali gus menyuntik suasana seolah-olah berada di sebuah kampung yang permai.

Ketua Chef Restoran Istana Bambu, Zainab Abdullah, 60, semua resipi ini diyakini mampu menarik perhatian pelanggan untuk berbuka puasa di sana.

"Setiap tahun, juadah berbuka puasa yang ditawarkan tidak pernah menghampakan pengunjung. Jadi, kami tetap memilih sajian tradisi sebagai hidangan utama untuk dinikmati," kata Zainab yang berpengalaman selama tiga dekad dalam dunia kulinari.

Dalam pada itu, pihak pengurusan turut menyediakan kemudahan surau di dalam kawasan restoran bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


SPAD sertai operasi bersepadu musim perayaan

Posted:

SPAD sertai operasi bersepadu musim perayaan

SPAD sertai operasi bersepadu musim perayaan

05/07/2013 9:35pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyertai operasi bersepadu bagi mengesan pemilik pengangkutan awam dan individu yang melanggar undang-undang ketika musim perayaan kali ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi bersepadu yang akan disertai 300 pegawai penguatkuasa itu turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, operasi akan bermula dua minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dijangka berakhir dua minggu selepas itu.

"Kami akan menyertai operasi bersepadu ini di seluruh negara dan ia akan dijalankan 24 jam sehari," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kesedaran SPAD 'Jangan Biarkan' di hentian teksi Mid Valley Megamall di sini hari ini. - Bernama

Pameran Matta Sabah 2013 sasar jualan lebih RM10 juta

Posted:

Pameran Matta Sabah 2013 sasar jualan lebih RM10 juta

Pameran Matta Sabah 2013 sasar jualan lebih RM10 juta

05/07/2013 9:34pm

KOTA KINABALU - Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Sabah 2013 menjangka meraih jualan lebih RM10 juta tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, sasaran itu boleh dicapai kerana ahli-ahli Matta menawarkan harga terbaik bagi pakej pelancongan dan produk serta perkhidmatan pelancongan baharu sejajar dengan pertumbuhan ekonomi global dan serantau.

"Kami menyasar jualan berasaskan kepada 20,000 orang (pengunjung) berbanding 15,000 tahun lepas," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pembukaan Pameran Matta Sabah di Suria Sabah Shopping Mall, di sini, hari ini.

Tan, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri menggesa semua ahli Matta dan peserta pelancongan lain mengekalkan kerjasama rapat dengan kerajaan bagi menangani halangan sementara semasa tempoh-tempoh mencabar.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata Sabah menetapkan sasaran kedatangan tiga juta pelancong dengan jangkaan perolehan RM5.418 bilion tahun ini.

Beliau berkata negeri itu mencatatkan kedatangan 2.84 juta pelancong dengan perolehan pelancongan kira-kira RM5.178 bilion tahun lepas. - Bernama

Hanya 15 peratus premis perniagaan di Lembah Klang milik Bumiputera

Posted:

Hanya 15 peratus premis perniagaan di Lembah Klang milik Bumiputera

Hanya 15 peratus premis perniagaan di Lembah Klang milik Bumiputera

05/07/2013 9:32pm

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini berkata, hanya 15 peratus daripada premis perniagaan di Lembah Klang dimiliki kalangan bumiputera.

Menurutnya, ia merupakan satu angka yang sangat rendah dan kerajaan akan mencari mekanisme untuk meningkatkan pemilikan premis perniagaan di kalangan bumiputera terutama di kawasan strategik serta tumpuan pelancong.

"Bilangan bumiputera yang memiliki premis perniagaan amat kurang dan kita rasakan perlu ada satu peraturan tertentu atau dasar untuk pastikan bumiputera mempunyai pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus di kompleks perniagaan yang menjadi tumpuan utama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan cawangan keempat rangkaian kedai kek dan donut House Of Mini, di Puteri Habour, Nusajaya di sini hari ini.

Ahmad berkata, beliau sendiri akan membawa perkara itu untuk dibincangkan di peringkat atasan kerana ia merupakan perkara penting yang harus diberikan perhatian.

Pada masa sama, beliau berharap usahawan bumiputera agar lebih berani dan agresif untuk memiliki perniagaan di lokasi strategik. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Morsi tumbang selepas setahun

Posted:

Morsi tumbang selepas setahun

Morsi tumbang selepas setahun

RATUSAN ribu penduduk meraikan penggulingan Presiden Mesir, Mohammed Morsi di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


KAHERAH - Pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir pertama yang dipilih melalui proses demokrasi, Mohammed Morsi kelmarin, setahun selepas beliau berkuasa.

Tentera kemudian menubuhkan sebuah pentadbiran sementara yang diketuai oleh ketua hakim, Adly Mansour sebagai pemangku presiden Mesir.

"Saya bersumpah akan memulihara sistem pentadbiran negara, menghormati perlembagaan dan undang-undang serta melindungi kepentingan rakyat," kata Mansour dalam majlis angkat sumpah di Mahkamah Agung Perlembagaan Mesir di sini semalam.

Angkatan bersenjata Mesir turut menggantung perlembagaan dan membuat perancangan untuk mengadakan pilihan raya Presiden yang baharu.

Morsi menyifatkan tindakan tentera itu sebagai rampasan kuasa sepenuhnya.

Selepas pengumuman mengenai rampasan kuasa tersebut disiarkan di televisyen, berjuta-juta penunjuk perasaan anti-Morsi bersorak gembira.

Mereka berpesta sambil menjerit "Tuhan Maha Besar" dan "Hidup Mesir".

Di Dataran Tahrir di sini yang menjadi pusat kebangkitan rakyat menentang pemerintahan rejim Hosni Mubarak pada 2011, orang ramai menari sambil mengibarkan bendera Mesir.


PASUKAN keselamatan cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong dengan penentang Morsi di Kaherah kelmarin.


Namun, gelombang kebangkitan rakyat kali ini lebih besar berbanding dua tahun lalu.

Terdahulu, tentera Mesir yang terpanggil susulan demonstrasi anti-Morsi di seluruh negara memberi tempoh 48 jam kepada beliau meletak jawatan.

Namun, Morsi, 61, tidak menghiraukan kata dua itu dengan alasan beliau adalah pemerintah Mesir yang dipilih oleh rakyat.

Kedegilan Morsi mendorong pihak tentera merampas kuasa pada malam kelmarin.

Presiden Mesir pertama yang dipilih menerusi proses pilihan raya bebas dan adil itu akhirnya tumbang di tangan rakyat.

Beliau senasib dengan bekas presiden Mubarak yang digulingkan dalam gelombang kebangkitan rakyat pada 2011.

Pada Februari 2011, Mubarak terpaksa berundur selepas tentera Mesir memihak kepada rakyat yang mahukan beliau berundur.

Morsi yang sebelum ini merupakan penyokong pergerakan persaudaraan Islam Ikhwanul Muslimin kini dikenakan tahanan dalam rumah manakala beberapa penasihat kanan beliau turut ditahan.

Perkembangan itu berlaku selepas seminggu Mesir dilanda keganasan yang meragut hampir 50 nyawa.

Sepanjang tempoh tersebut, berjuta-juta orang membanjiri jalan raya dan dataran di Mesir untuk mendesak beliau meletak jawatan.

Sementara itu, kuasa Barat meminta semua pihak agar bertenang dengan demokrasi segera dipulihkan di Mesir. - Agensi

Alga hijau penuhi pantai di China

Posted:

Alga hijau penuhi pantai di China

Alga hijau penuhi pantai di China


ALGA berwarna hijau memenuhi pantai di Qingdao, wilayah Shandong, China semalam.


BEIJING - Laut di sekitar China dipenuhi alga apabila tumbuhan tersebut memenuhi pantai selepas ia dibawa oleh ombak di perairan Laut Kuning, kata beberapa pegawai laut.

Beberapa gambar menunjukkan pengunjung pantai berenang dan bermain dalam arus berwarna hijau di timur Qingdao, wilayah Shandong.

Beberapa jentolak turut digunakan untuk memindahkan bertan-tan alga tersebut dari kawasan pantai.

Pentadbiran Lautan China di laman webnya menyatakan bahawa alga yang dikenali sebagai enteromorpha prolifera itu muncul pada minggu lalu.

Ia menular ke kawasan seluas 28,900 kilometer (km) persegi, sekali gus menjadi fenomena alga terbesar di negara itu setakat ini.

Rekod tumbuhan alga terbesar sebelum ini dicatatkan pada tahun 2008 yang meliputi kawasan sekitar 13,000km persegi.

Agensi berita Xinhua melaporkan, sejumlah pegawai di Qingdao telah memindahkan sekitar 7,335 tan alga. - AFP

Shah Rukh Khan dapat anak ketiga

Posted:

Shah Rukh Khan dapat anak ketiga

Shah Rukh Khan dapat anak ketiga


SHAH Rukh Khan dan Gauri pada Anugerah Zee Cine di Macau tahun lalu.


MUMBAI - Aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan menimang cahaya mata ketiga mereka dengan kelahiran seorang bayi lelaki menerusi ibu tumpang.

Pesuruhjaya Perbandaran Tambahan badan sivik Mumbai (BMC), Mani- sha Mhaiskar mengesahkan laporan itu melalui sijil kelahiran bayi berkenaan.

"BMC ada menerima sijil kelahiran bayi tersebut dengan nama Shah Rukh Khan dan Gauri Khan sebagai ibu bapa kepada bayi tumpang itu," katanya kepada portal berita The Indian Ex- press.

Pelakon berusia 47 tahun itu dan isterinya sudah pun mempunyai dua cahaya mata iaitu Aryan, 15, dan Suhana, 13.

Menurut satu laporan, bayi itu telah dilahirkan pada 27 Mei lalu oleh ibu tumpang yang merupakan kakak ipar kepada Gauri Khan, Namita Chibber.

Bayi lelaki itu dilahirkan pramatang pada minggu ke-34 dengan berat 1.5 kilogram.

Anak ketiga pasangan tersebut dibawa ke hospital Nanavati sebelum dipindahkan ke hospital Breach Candy di Mumbai, India. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved