Rabu, 3 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Awas jika demam berulang

Posted:

Awas jika demam berulang

Awas jika demam berulang

BAGI kebanyakan orang, nyamuk bukanlah ancaman yang besar. Bahkan, ramai berpendapat, digigit nyamuk merupakan perkara biasa dan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Namun, lain pula pandangan wanita berusia 39 tahun ini.

Suzanne Selvarajah mempunyai alasan kukuh untuk melancarkan perang terhadap serangga yang hampir meragut nyawanya itu.

Menurut Suzanne, demam selama tiga hari yang dialaminya 13 tahun lalu dengan suhu badannya mencatatkan 40 darjah Celsius masih kuat dalam ingatannya.

Dia hanya ke klinik selepas tiga hari demam dan hasil ujian darah mengesahkan dia positif denggi. Suzanne kemudiannya ditahan di hospital selama empat hari kerana bacaan plateletnya mencatatkan bawah 100.

Menurut Suzanne, selepas kejadian tersebut, dia menyangka sudah bebas daripada denggi, tetapi sangkaannya meleset. Lapan tahun selepas kejadian pertama, Suzanne sekali lagi disahkan menghidap demam denggi.

"Saya mengalami simptom yang sama iaitu demam panas selama tiga hari dan suhu badan kekal panas walaupun sudah makan ubat demam.

"Benar, saya terkejut apabila sekali lagi disahkan menghidap demam denggi, walhal saya pernah diserang denggi sebelum ini," katanya ditemui pada sesi dialog mengenai denggi sempena Hari Denggi ASEAN anjuran SC Johnson bersama Kementerian Kesihatan Malaysia di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


PENGHIDAP demam denggi berdepan dengan dua pilihan iaitu sama ada hidup ataupun mati.


Pada hari ketiga di hospital, tubuhnya dimasukkan plasma gara-gara bacaan platelet merosot sehingga bacaan 26.

Tompok-tompok merah

Selepas dimasukkan plasma, tompok-tompok merah timbul di seluruh badannya. Selepas itu, Suzanne tidak sedarkan diri.

Kemunculan tompok-tompok merah di kulit menyebabkan dia dibawa ke bawah pancuran air untuk menyejukkan suhu badannya. Namun usaha tersebut tidak menunjukkan sebarang penurunan malah bacaan plateletnya semakin merosot.

"Suhu badan saya mula rendah selepas saya diletakkan di dalam air sejuk kerana badan saya rasa panas seperti sedang dibakar.

"Bacaan platelet paling rendah yang pernah dicatatkan ialah 22. Pesakit yang tinggal sebilik dengan saya mencatatkan bacaan platelet 32 dan dia meninggal dunia," katanya yang ditahan di wad selama lima hari ketika diserang kali kedua.

Sepanjang berada di hospital bertarung dengan denggi, Suzanne mengalami pendarahan yang serius di telinga, hidung, mata, gusi dan kemaluan.


MENYEMBUR asap merupakan salah satu cara untuk membasmi populasi nyamuk Aedes.


Sejak itu, Suzanne trauma terhadap nyamuk. Dia sering menyembur rumahnya dengan aerosol, menggunakan ubat nyamuk 24 jam, losen dan apa sahaja yang boleh menyahkan nyamuk.

"Azabnya sakit akibat denggi umpama tulang dipatah-patahkan dan kita tidak mampu mengawal kesakitan tersebut walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasinya.

"Sebagai seorang dewasa pun saya tidak mampu tahan kesakitannya, bayangkan jika kanak-kanak kecil yang melalui semua itu," ujar ibu kepada seorang cahaya mata berusia setahun lapan bulan ini.

Kajian syarikat pengeluar jenama racun serangga terkemuka, SC Johnson mendedahkan, rata-rata orang ramai tidak mengambil langkah pencegahan di rumah. Dianggarkan 74 peratus beranggapan tidak banyak nyamuk di rumah dan selebihnya tidak menggunakannya atas alasan menjaga alam sekitar dan menganggap denggi bukan ancaman.

PLASMA beku segar dimasukkan ke dalam badan sebagai talian hayat buat pesakit.


Sementara itu, personaliti televisyen popular, Sasha Bashir Ahmad, 33, tidak pernah terfikir bahawa dia akan menghidap denggi.

Peristiwa lima tahun lalu itu masih berbekas dalam memorinya. Bermula dengan simptom klasik iaitu demam panas yang teruk, Sasha dinasihatkan supaya datang ke klinik semula andai demamnya tidak kebah.

Selepas tiga hari, demamnya semakin teruk.

"Muka saya pucat dan suami memberitahu ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kemungkinan denggi.

"Hasil ujian darah menunjukkan saya disahkan positif denggi," katanya yang sukar menerima hakikat pada peringkat awal.

Dua tahun lalu, suaminya menerima nasib yang sama. Kini, ibu kepada anak lelaki berusia 17 bulan itu begitu berhati-hati dengan persekitaran di luar atau di dalam rumah.

"Saya tidak sanggup melaluinya lagi, apatah lagi jika anak saya diserang denggi.

"Kebersihan sangat penting. Ia tanggungjawab bersama kerana sesiapa sahaja boleh diserang denggi dengan hanya satu gigitan," ujarnya menyarankan orang ramai segera ke hospital andai menghidap demam panas.

Serangan kedua lebih parah

Posted:

Serangan kedua lebih parah

Serangan kedua lebih parah


KITARAN hidup nyamuk Aedes cuma dalam tempoh sebulan.


DEMAM denggi boleh membawa maut. Ramai beranggapan mereka yang pernah menghidap denggi tidak akan diserang penyakit yang sama kerana tubuh mereka sudah ada antibodi untuk melawan penyakit itu.

Bagaimanapun, profesor Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof. Shamala Devi Sekaran menyangkal pandangan tersebut.

"Serangan denggi kali kedua jauh lebih teruk dan kesannya lebih rumit. Pesakit juga mungkin mendapat penyakit lain yang lebih serius yang boleh merosakkan paru-paru, hati dan jantung.

Pembiakan nyamuk

"Langkah pencegahan utama untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan denggi ialah mengawal populasi nyamuk Aedes," katanya pada sesi dialog sempena sambutan Hari Denggi Asean di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Memandangkan pemindahan virus memerlukan nyamuk sebagai vektor, penyebaran denggi boleh dihadkan dengan mengurangkan pembiakannya.

Orang ramai harus didik supaya menyedari bahawa nyamuk merupakan vektor penyakit itu, jadi adalah berbahaya jika kawasan berhampiran rumah mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

"Orang ramai mempunyai persepsi bahawa mereka tidak akan menghidap denggi, namun statistik membuktikan sebaliknya. Kes denggi kini semakin teruk.

"Langkah pencegahan yang mudah boleh dilakukan oleh setiap individu dan memberi kesan jangka panjang. Cara terbaik untuk mengurangkan nyamuk ialah dengan membersihkan tempat-tempat nyamuk bertelur," jelasnya.

Menurut Shamala Devi, air kotor yang bertakung bukanlah satu-satunya tempat pembiakan nyamuk Aedes. Serangga itu masih boleh membiak dalam air bersih seperti dalam balang seramik, bekas logam, tong simpanan air, pasu, bekas makanan dan barangan lain yang menakung air hujan.

Denggi berlaku di kawasan bandar dan di luar bandar. Walaupun kes denggi kerap berlaku semasa musim hujan, ia boleh menjangkiti manusia sepanjang tahun.

Nyamuk Aedes aktif dan menggigit ketika waktu siang dan bukannya pada waktu subuh atau senja sahaja.

Nyamuk betina sahaja akan menggigit dan kita akan dijangkiti jika nyamuk betina tersebut dijangkiti.

"Nyamuk memerlukan darah bagi membolehkannya bertelur. Selepas mendapat bekalan darah, dalam masa tiga hari ia akan bertelur.

"Jika nyamuk tersebut dijangkiti virus, telurnya juga akan dijangkiti. Nyamuk akan bertelur di permukaan air dan ia bertukar menjadi larva kemudian pulpa dan akhirnya menjadi nyamuk dewasa dalam tempoh lapan hingga 10 hari," katanya sambil memberitahu, nyamuk dewasa boleh hidup sehingga tiga minggu.

Kesedaran

Nyamuk bukan saja berada di luar rumah bahkan di dalam rumah lebih-lebih lagi di tempat yang gelap.

Terdapat empat jenis virus berbeza tetapi berkait rapat yang menyebabkan seseorang menghidap denggi. Seseorang itu perlu dijangkiti denggi sebanyak empat kali bagi membolehkannya membina antibodi terhadap keempat-empat virus tersebut.

"Hakikatnya, tidak susah membendung masalah denggi. Kesedaran terhadap denggi perlu berterusan. Setiap komuniti penduduk mesti mengadakan kempen membanteras denggi secara bulanan.

"Bersihkan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Jika semua orang melakukan peranan masing-masing, masalah denggi dapat diatasi," ujarnya. - NURUL IZZA ROSLY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Tarikan hidupan malam di Kemaman

Posted:

Tarikan hidupan malam di Kemaman

Tarikan hidupan malam di Kemaman

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

MENTARI perlahan-lahan membenamkan diri di ufuk barat tanda senja sudah bermula. Langit biru laut berubah warna kepada jingga. Begitu indah pandangan saat itu, semuanya atas kebesaran Maha Esa. Sayup-sayup azan Maghrib berkumandang memanggil jemaah untuk pulang ke rumah atau menuju ke masjid berhampiran. Ketika ini juga, seorang demi seorang nelayan kembali ke daratan selepas hampir seharian menebar jala mencari hasil laut.

Di jeti kecil Sungai Yak Yah yang terletak kira-kira 30 minit dari bandar Chukai, Kemaman, Terengganu, senja merupakan antara waktu tersibuk di kawasan itu. Nelayan yang pulang daripada menangguk udang disambut penduduk setempat yang mahu membeli terus hasil tangkapan tersebut.

Urus niaga antara pembeli dan penjual berlaku dengan pantas. Dialek Terengganu menjadi perantara utama dalam sesi jual beli. Jadi harga yang diberikan juga sesuai untuk taraf penduduk asli negeri Darul Iman itu.

Kawasan jeti kemudiannya dibanjiri kenderaan dengan nombor plat dari negeri-negeri lain. Tidak ketinggalan van dari hotel dan resort berhampiran berisi penumpang yang kebanyakannya pelancong asing.

Kumpulan orang luar itu kemudiannya bertemu seorang lelaki tempatan yang baru selesai membersihkan bot miliknya. Pada bot tersebut tertera perkataan bahasa Inggeris fireflies watching bersama nombor telefon lelaki tersebut.

Usai enjin bot dihidupkan, lelaki berusia 47 tahun itu menyerahkan jaket keselamatan kepada kumpulan tadi sebelum mereka melangkah naik ke dalam bot. Selepas berpuas hati dengan kedudukan penumpang, Che Ghani Che Mohd. Nor pun memandu botnya menyusuri Sungai Yak Yah.

Harapan yang dibawa kumpulan pelancong itu untuk menyaksikan keindahan cahaya kelip-kelip kian kuat dirasakan. Saat bot Che Ghani menghampiri dahan pohon yang hampir mencecah permukaan air, kerlipan malap beberapa ekor kelip-kelip mula kelihatan.

"Malam ini bulan terang, jadi kelip-kelip tidak banyak yang keluar. Cahaya merupakan gangguan kepada mereka termasuklah asap," jelas Che Ghani yang menggerakkan botnya menggunakan enjin bateri bagi mengelakkan pembentukan asap dan bunyi bising.


TELUR-TELUR penyu dikutip oleh renjer pantai dan kemudiannya dihantar ke pusat santuari berhampiran.


Daripada puluhan jenis pokok yang memagari tebing sungai itu, Che Ghani memberitahu, pokok putat, bebaru dan berembang menjadi tiga pohon kegemaran kelip-kelip. Pada siang hari, serangga daripada keluarga kumbang itu akan berlindung di bawah daun-daun kering.

Mengawan

Perjalanan merentasi sungai yang terletak di Kampung Ibok itu memakan masa selama 45 minit sehingga satu jam. Sepanjang tempoh itu, para penumpang dibawa menyusuri kawasan sungai yang gelap-gelita. Timbul sedikit kerisauan apabila masing-masing tidak dapat melihat keadaan keliling dengan jelas.

Namun perasaan itu lenyap selepas terlihat panorama indah yang bergemerlapan di hadapan. Jutaan kawanan kelip-kelip memenuhi hampir setiap ceruk pohon. Ia ibarat berpesta dan berkelip mengikut formasi yang unik.

Ujar Che Ghani: "Nak tahu jantina kelip-kelip, tengok keterangan cahayanya. Kerlipan jantan lebih terang berbanding betina tetapi cahaya yang paling terang itu datangnya daripada dua kelip-kelip yang sedang mengawan.

"Selepas proses mengawan, kelip-kelip jantan akan mati manakala sang betina mati selepas bertelur. Sebelum berubah menjadi kelip-kelip dewasa, ia perlu melalui tiga kitaran bermula daripada telur, larva dan pulpa. Proses ini memakan masa selama tiga bulan tetapi selepas menjadi dewasa, ia hanya boleh hidup selama 10 hari."


PENYU agar naik untuk bertelur sebanyak lapan hingga 10 kali dalam setahun.


Pengalaman Che Ghani selama 12 tahun membawa pelancong menikmati keindahan kelip-kelip di Sungai Yak Yah banyak memberi ilmu kepadanya. Bapa kepada lima cahaya mata itu mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik dan menerangkan spesifikasi kelip-kelip di kawasan itu secara saintifik dengan cemerlang.

Suhaili Shamsudin, 39, antara pelancong tempatan yang pertama kali merasai pengalaman menyaksikan kelip-kelip di kawasan itu. Wanita dari Klang, Selangor itu mengetahui lokasi pelancongan itu daripada internet dan tidak menyangka wujud tempat menarik sebegitu di Kemaman.

"Selalunya kalau bercakap pasal kelip-kelip orang akan terfikir tentang Kuala Selangor. Tidak saya jangka Terengganu memiliki pusat pembiakan kelip-kelip yang menakjubkan dan wajar dilawati lebih ramai orang," tambah Suhaili yang ditemani suami dan empat anaknya.

Penyu bertelur

Tamat sesi bersama kelip-kelip, Che Ghani membawa kumpulan pelancong itu menuju ke Pantai Teluk Mak Nik yang juga terletak di dalam daerah Kemaman. Selepas mendapat maklumat daripada renjer pantai itu, Che Ghani terlebih dahulu memberi taklimat ringkas tentang lawatan penyu bertelur.

Setiap pelancong diingatkan supaya tidak membuat pergerakan yang banyak ketika berada di sepanjang pesisir pantai. Kata Ghani: "Penyu sangat sensitif terhadap pergerakan. Sebab itu sebelum ia naik ke darat untuk bertelur, ia akan meninjau dahulu kawasan yang ingin dinaiki. Walaupun telah separuh perjalanan di atas pasir pantai, penyu tidak teragak-agak untuk berpatah balik ke dalam air jika terlihat pergerakan yang mencurigakan.

"Cahaya lampu suluh juga telah ditetapkan ketika melihat penyu bertelur. Paling penting adalah untuk tidak berdiri di depan muka penyu ketika bertelur. Ia akan mengganggu kelancaran bertelur, malah boleh membuatkan penyu 'merajuk' dan tidak mahu kembali ke pantai yang sama."

Nasib kumpulan pelancong pada malam itu sangat baik. Menjelang tengah malam, dilaporkan terdapat kira-kira lapan ekor penyu agar naik mendarat untuk bertelur. Che Ghani memilih seekor penyu betina yang sedang bertelur di bawah sebatang pokok.

Dalam kekaguman menyaksikan momen indah itu, tumpuan pasti terarah kepada mata ibu penyu yang seakan-akan mengalirkan air mata. Seorang kanak-kanak lingkungan umur 10 tahun yang turut sama dalam kumpulan itu mengadu kepada bapanya: "Ayah, kesian penyu itu sakit sampai menangis."

Begitu murni pemahaman seorang anak kecil terhadap pengorbanan ibu yang melahirkan anak. Biarpun ia haiwan, masih terbit bibit kasihan terhadap penyu tersebut dalam diri kanak-kanak itu. Namun, renjer itu memberitahu, air mata ibu penyu itu bertujuan melindungi matanya daripada dimasuki pasir.

Selepas bertelur, ibu penyu itu perlu mengambus pasir mengikut arah lawan jam. Ia menggunakan kedua-dua belah kaki hadapannya bagi menguis pasir yang telah dikorek sebelum bertelur. Keseluruhan proses bertelur boleh memakan masa mencecah tiga jam.

Mungkin ada yang menyifatkan aktiviti tersebut seperti melanggar hak kebebasan spesies yang sedang diancam kepupusan itu. Bagaimanapun, ia masih menjadi antara tarikan pelancongan utama di Terengganu.

Melihat penyu bertelur memberikan satu pendidikan bermanfaat kepada pengunjung. Ia menjadi pengalaman berilmu yang tidak dapat diperoleh di sekolah mahupun menerusi buku atau internet.

"Kami sangat tegas ketika membawa pelancong melihat penyu bertelur. Dalam satu kumpulan, kira-kira 20 orang sahaja dibenarkan melihat seekor penyu yang sedang bertelur.

"Pelancong juga tidak dibenarkan mengambil gambar penyu menggunakan kamera dengan flash. Cahaya itu boleh menjejaskan mood penyu dan membuatkan mereka berasa terancam. Orang ramai juga tidak dibenarkan sama sekali naik di atas badan penyu atau menghalang laluannya ketika ia kembali ke air," panjang lebar penerangan Che Ghani.

Tambah Che Ghani, telur-telur penyu yang dipungut oleh renjer pantai perlu dihitung dan dimasukkan ke dalam plastik sebelum dihantar ke pusat santuari penyu berdekatan.

Menyingkap sejarah Pulau Robben

Posted:

Menyingkap sejarah Pulau Robben

Menyingkap sejarah Pulau Robben


PEMANDANGAN Gunung Meja yang diambil dari atas feri.


SEWAKTU melawat Cape Town di Afrika Selatan, penulis berkesempatan melawat Pulau Robben yang merupakan salah satu daripada enam destinasi percutian yang mesti dilawati di bandar tersebut.

Perkataan Robben berasal daripada bahasa Belanda yang membawa maksud singa laut. Menurut sejarah, pada masa dahulu pulau tersebut ialah tempat memburu singa laut, penguin dan kura-kura untuk dijadikan makanan.

Di sana, penulis membeli tiket feri berharga ZAR220 (RM100) di Nelson Mandela Gateway yang terletak berhampiran menara jam di Victoria and Alfred Waterfront.

Feri tersebut diberi nama Sikhululekile yang bermaksud kami merdeka dalam bahasa Xhosa iaitu bahasa utama Afrika Selatan. Tiket berkenaan merangkumi perjalanan pergi dan balik ke Pulau Robben, lawatan ke Penjara Kawalan Maksimum, sesi soal jawab bersama bekas tahanan politik dan lawatan bas selama 45 minit mengelilingi pulau yang bentuk muka buminya rata.

Perjalanan menaiki Sikhululekile dari Nelson Mandela Gateway ke Jeti Teluk Murray, Pulau Robben mengambil masa selama setengah jam. Sewaktu di atas feri, kami sempat mengabadikan gambar kenangan pemandangan Cape Town dari Selat Meja.

Penulis teruja menyaksikan pemandangan indah Gunung Meja yang menjadi kebanggaan penduduk Cape Town.

Kawasan penjara

Bahkan, ketika berlabuh di Pulau Robben, penulis turut terpesona dengan kehadiran sekumpulan burung bangau dan camar yang hinggap di batu-batu laut. Ia seakan-akan memerhati dan mengalu-alukan kedatangan penulis untuk meneroka sejarah pulau tersebut.

Sesampainya di sana, penulis tertarik dengan bait-bait kata yang terpampang di dada bas iaitu 'Perjalanan tidak terasa jauh bila kemerdekaan ialah destinasinya'.

Maksud ayat tersebut sangat mendalam kerana ia menggambarkan sejarah ahli politik yang ditahan di pulau tersebut demi membebaskan negara daripada cengkaman penjajah asing.


PENULIS merakam gambar sebagai tanda kenangan berkunjung ke Pulau Robben.


Penulis cukup bertuah kerana ketika berkunjung ke kawasan penjara, penulis berkenalan dengan seorang mantan tahanan politik yang juga pemandu pelancong kami iaitu Itumeleng Makwela.

Menurut Itumeleng, pada mulanya dia sukar membuat keputusan untuk kembali ke pulau yang menyimpan pelbagai kenangan silam itu.

Namun, berbekalkan semangat kental untuk berkongsi cerita sebenar di sebalik kisah-kisah yang dilalui di penjara, dia mencekalkan hati dan menganggap apa yang dilakukan kini adalah satu terapi untuk mengurangkan kesedihan dan keperitan yang menghantui dirinya.

Pulau Robben yang terletak kira-kira 11 kilometer dari pesisir pantai Cape Town ialah bekas tapak sebuah penjara dengan keluasan 507 hektar. Pulau berkenaan juga merupakan pusat latihan dan pertahanan askar pada Perang Dunia Kedua.

Selain itu, terdapat hospital untuk pesakit kusta, pesakit jiwa dan pesakit kronik di pulau tersebut.

Lebih menarik, penjara tersebut melakar sejarah besar dunia apabila dihuni oleh pemenang Anugerah Nobel Keamanan 1993 merangkap pejuang antiaparteid dan mantan Presiden Afrika Selatan iaitu Nelson Mandela. Beliau ditahan selama 18 tahun di Penjara Kawalan Maksimum sebelum dipindahkan ke Penjara Pollsmoor dan Penjara Victor Verster.

Kuari batu kapur

Antara tahanan politik lain yang dipenjarakan di pulau tersebut ialah Robert Sobukwe, Kgalema Motlanthe dan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

Semasa melawat kawasan penjara, penulis berjaya menjejakkan kaki ke dalam sel penjara awam yang boleh memuatkan seramai 50 hingga 60 tahanan pada satu-satu masa. Beberapa katil yang pernah digunakan banduan dikekalkan untuk tujuan pameran.

Kemudian penulis dibawa melawat ke kawasan Penjara Kawalan Maksimum, tempat Mandela pernah ditahan. Sel yang didiaminya sangat kecil dan cuma ada alas kain untuk tidur, dua bantal kecil, sehelai selimut, sebuah meja kecil dan sebuah tong kosong yang digunakan sebagai tandas.


SEKILAS pandang, pasti tiada siapa menyangka tempat ini merupakan kawasan penjara di Pulau Robben.


Selepas meninggalkan kawasan penjara, perjalanan diteruskan dengan lawatan menaiki bas mengelilingi kawasan pulau. Penulis dan pelancong lain dibawa melalui kawasan kuari batu kapur, rumah api, kawasan perkuburan pesakit kusta, Pantai Long Bay, sekolah dan Kramat Moturu.

Kawasan kuari tersebut ialah tempat tahanan kawalan maksimum seperti Mandela bekerja selama 13 tahun. Batu-batu kapur itu dipecahkan secara manual kepada ketulan kecil untuk dibuat batu jalan raya, bangunan penjara dan Istana Good Hope di Cape Town.

Walaupun jauh dari kawasan tumpuan penduduk, kemudahan sekolah untuk kanak-kanak setempat turut disediakan. Sekolah tersebut mempunyai empat guru tetap yang mengajar anak-anak pekerja muzium yang berumur antara enam hingga 11 tahun.

Kunjungan ke Pulau Robben meninggalkan kesan yang mendalam kepada penulis kerana berpeluang mengetahui secebis kisah berharga tentang sejarah tokoh pemimpin dunia dan perjuangannya mendapatkan kemerdekaan.

Pulau Robben sudah pasti akan kekal sebagai simbol perjuangan menentang penjajahan dan dasar aparteid yang boleh dijadikan peringatan serta pengajaran kepada generasi akan datang. Ia bukan sekadar pedoman untuk rakyat Afrika Selatan malah masyarakat dunia.

Fantasi gunung-gunung terapung

Posted:

Fantasi gunung-gunung terapung

Fantasi gunung-gunung terapung


DUA orang pengunjung berhenti merakamkan gambar kenangan mereka menggunakan kamera segera yang disediakan.


JIKA anda penggemar filem fantasi sains fiksyen Avatar (2009), anda pasti boleh membayangkan pemandangan menakjubkan gunung-gunung terapung di Planet Pandora.

Kecanggihan teknologi imej janaan komputer (CGI) yang digarap oleh pengarah berpengaruh Hollywood, James Cameron berjaya menjadikan filem tersebut kelihatan seperti sebuah dunia nyata.

Gambaran tersebut sebenarnya sebuah fantasi yang direka oleh Cameron setelah mendapat inspirasi daripada pergunungan batu berbentuk tiang gergasi di wilayah Hunan, China. Ia persis seperti yang anda lihat dalam filem berkenaan.

Gunung yang terletak di Taman Negara Zhangjiajie terbentuk selepas mengalami hakisan selama beribu-ribu tahun.


TAMAN Negara Zhangjiajie berkeluasan 4,816 hektar.


Cuaca di kawasan tersebut lembap sepanjang tahun menyebabkan kehidupan flora tumbuh padat di atas permukaan gunung itu.

Taman negara tersebut terletak kira-kira 32 kilometer (km) dari kawasan bandar Zhangjiajie dan 28km dari kawasan indah Wulingyuan. Ia digambarkan seperti sebuah destinasi pelancongan yang berdiri megah, mendamaikan dan aneh.

Keseluruhan hakisan yang membentuk tiang batu tersebut adalah hasil daripada pengembangan ais pada musim sejuk dan tumbuh-tumbuhan yang hidup di atasnya.

Ia dianggap proses pembentukan landskap China yang berbeza dan sering dijadikan subjek lukisan Cina purba.

Pada tahun 1982, taman negara yang seluas 4,816 hektar tersebut mendapat pengiktirafan sebagai taman negara hutan yang pertama di China.


LALUAN udara untuk pejalan kaki yang diperbuat daripada kaca setebal enam sentimeter berada pada ketinggian 61 meter.


Sedekad berikutnya, destinasi pelancongan tersebut disenaraikan dalam Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ia kemudiannya diluluskan oleh Kementerian Tanah dan Sumber kerajaan China sebagai Puncak Hutan Batu Pasir Geopark Negara (Zhangjiajie) pada 2001.

Malangnya, tidak banyak lokasi sehenti disediakan untuk pengunjung menikmati pemandangan keseluruhan taman negara tersebut.

Pada 25 Januari 2010, gunung tersebut secara rasminya dinamakan Hallelujah sebagai penghormatan terhadap kejayaan filem Avatar.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Maznah berbicara eksekutif dengan penuntut UniSZA

Posted:

Maznah berbicara eksekutif dengan penuntut UniSZA

Maznah berbicara eksekutif dengan penuntut UniSZA


DR. MAZNAH (depan, lima dari kanan) bergambar bersama mahasiswa UniSZA selepas program 'Bicara Eksekutif Bersama Dr. Maznah Hamid' di Kuala Terengganu baru-baru ini.


TIMBA PENGALAMAN. Seramai 167 mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai program 'Bicara Eksekutif Bersama Dr. Maznah Hamid' di universiti berkenaan baru-baru ini.

Pegawai Psikologi Kanan UniSZA, Rosni Mohammad berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang prospek kerjaya dalam bidang perniagaan, pengurusan, keusahawanan dan bekerja sendiri.

Katanya, sambutan diterima amat menggalakkan dan ramai mengakui berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.

Menurut beliau, para peserta juga berasa bertuah kerana dapat mendengar pengalaman daripada penceramah, Datuk Dr. Maznah, pemilik syarikat khidmat kawalan keselamatan, Securiforce Sdn. Bhd.

Jamu Mak Dara rakan penaja Kembara Queen Street

Posted:

Jamu Mak Dara rakan penaja Kembara Queen Street

Jamu Mak Dara rakan penaja Kembara Queen Street


SYED GADAFFI (dua dari kanan) menerima replika plak tajaan sempena Kembara Queen Street daripada wakil KKBUM di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUMBANGAN PENAJA. Kembara Queen Street (KQS) ke Singapura anjuran Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM) semakin meriah dengan penyertaan syarikat kosmetik terkemuka, Jamu Mak Dara. Sdn. Bhd. (Jamu Mak Dara) sebagai rakan penaja.

Lebih 25 ahli KKBUM yang juga staf Utusan Malaysia dan Kosmo! bakal menjayakan kembara yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 6 Julai ini.

Sebagai rakan penaja, Jamu Mak Dara akan menyumbang beberapa produk kecantikan untuk diedarkan kepada orang ramai sepanjang kembara itu nanti.

Simbolik tajaan itu diserahkan oleh Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, Syed Gadaffi Syed Ali Al-Habshi kepada wakil KKBUM di pejabat syarikat itu di Taman Melawati, Hulu Klang baru-baru ini.

50 kakitangan SSM sertai hari keluarga di Taman Wetland

Posted:

50 kakitangan SSM sertai hari keluarga di Taman Wetland

50 kakitangan SSM sertai hari keluarga di Taman Wetland


KAKITANGAN SSM bersama keluarga masing-masing bergambar pada program Hari Keluarga Seksyen Pengurusan Pelanggan di Taman Wetland, Putrajaya baru-baru ini.


CERIA. Seramai 50 orang kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersama ahli keluarga masing-masing menyertai program Hari Keluarga Seksyen Pengurusan Pelanggan (SPP) di Taman Wetland, Putrajaya baru-baru ini.

Program tersebut dimeriahkan dengan aktiviti bersenam, sukaneka, mencari harta karun, memancing, barbeku dan persembahan silap mata serta jenaka oleh badut.

Menurut penganjurnya, Nur Maisarah Zuel, program tersebut bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim sesama warga kerja SPP.

"Ini adalah program yang pertama kita lakukan dan kita turut berhasrat untuk menjadikannya sebagai acara tahunan khusus untuk seksyen ini," katanya.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ketua Seksyen SPP, Azmin Haron.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tebing ragut nyawa tiga buruh

Posted:

Tebing ragut nyawa tiga buruh

Tebing ragut nyawa tiga buruh

Oleh ZULHILMI JALIL
zulhilmi.jalil@kosmo.com.my

PASUKAN bomba melihat tebing setinggi tiga meter yang runtuh di tapak projek perumahan Taman Sierra Ukay, Ampang semalam.


AMPANG JAYA – Tiga buruh binaan warga Myanmar maut selepas tebing setinggi tiga meter di tapak projek perumahan Taman Sierra Ukay, Ukay Perdana dekat Hulu Kelang di sini runtuh semalam.

Kejadian pada pukul 11.25 pagi itu mengorbankan mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Alam Yusup Ali, 33, Abdul Korim Was Korim, 36, dan Ramzawihakim Soyotdulah, 26.

Seorang lagi pekerja, Zokoria Shobualam, 22, yang patah kedua-dua belah kaki dibawa ke Hospital Ampang.

Difahamkan, kesemua mangsa baru dua minggu bekerja di tapak projek perumahan itu.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul (gambar kecil) berkata, ketika kejadian, seramai lapan pekerja sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di kawasan itu.

"Tebing tanah setinggi tiga meter yang berada di belakang mereka runtuh secara tiba-tiba menyebabkan empat daripadanya tertimbus," ceritanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

1M4U bakal ke peringkat global

Posted:

1M4U bakal ke peringkat global

1M4U bakal ke peringkat global


NAJIB menyampaikan kad keahlian sukarelawan 1M4U kepada wakil pelajar di London kelmarin.


LONDON – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan belia yang sanggup membuat perubahan agar melakukannya dengan cara yang produktif.

Beliau berkata, bagi mereka yang mahu membuat perubahan dengan membawanya ke jalan raya, mereka seharusnya tahu sama ada ia akan menjadikan negara lebih baik atau sebaliknya.

Najib berkata demikian ketika melancarkan Pusat Outreach antarabangsa pertama 1Malaysia for Youth (1M4U) di Rumah Malaysia di sini kelmarin.

Beliau berkata, pembukaan pusat itu, dengan kerjasama Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom dan Eire (Ireland) (UKEC), di London adalah satu lagi tanda kejayaan 1M4U.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah 1M4U berkata, untuk membantu memulakan kerjasama antara UKEC dan 1M4U, geran sebanyak 10,000 pound (RM48,234) daripada Tabung DRe1M 1M4U akan diguna untuk 10 inisiatif pertama outreach.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Warga asing tak boleh pandu teksi

Posted:

Warga asing tak boleh pandu teksi

Warga asing tak boleh pandu teksi

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang didapati mengambil warga asing sebagai pemandu teksi di syarikat tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri (gambar kecil) berkata, rakyat asing tidak dibenarkan memandu teksi di negara ini kerana perkara itu merupakan satu kesalahan.

"Pemandu teksi rakyat asing terbabit juga boleh didakwa kerana menyalahgunakan permit memasuki negara ini.

"Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa melaksanakan pemantauan secara berkala. Jika ada rakyat asing menjadi pemandu teksi, ia perlu dilaporkan kepada SPAD," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) sama ada rakyat asing diberi permit teksi individu atau diambil oleh syarikat-syarikat teksi berdaftar dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia tumpas kepada England

Posted:

Malaysia tumpas kepada England

Malaysia tumpas kepada England

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

PEMAIN Malaysia, Faizal Saari (tengah) mengawal bola daripada dirampas pemain England pada aksi Kumpulan A pada kempen Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.


IMPIAN skuad hoki negara untuk mengungguli kedudukan teratas dalam Kumpulan A pada kempen Liga Hoki Dunia tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada England di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.

Skuad bimbingan Paul Revington itu berdepan misi sukar untuk mara ke separuh akhir apabila dijadualkan menentang pasukan No. 1 dunia, Jerman malam ini.

Aksi suku akhir lain menyaksikan Argentina bertemu Afrika Selatan, England berdepan Jepun dan Pakistan menentang Korea.

Skuad negara yang perlu seri dengan England untuk muncul juara kumpulan, sekali gus memudahkan laluan untuk ke pusingan separuh akhir.

Berdasarkan keputusan semalam, Malaysia menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga dengan mengumpul 4 mata, manakala England di tangga teratas selepas mengumpul lima mata.

Pada aksi tersebut, skuad negara dikejutkan apabila England membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi pukulan sudut penalti Richard Smith.

Tidak menyerah kalah, skuad negara menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian juga menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil.

Masuk babak kedua, permainan bertambah menarik apabila kedua-dua pasukan saling melakukan serangan, namun kelebihan berpihak kepada England apabila memperoleh gol kemenangan hasil jaringan padang Barry Middleton pada minit ke-57.

Bagaimanapun, Revington mengakui permainan anak buahnya sedikit terjejas selepas berhempas pulas ketika menewaskan Afrika Selatan Ahad lalu.

"Perlawanan menentang Afrika Selatan agak mencabar dengan kedua-dua pasukan saling melakukan serangan dan bertahan. Saya rasa, ia sedikit sebanyak menjejaskan kualiti permainan kami hari ini (semalam)," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan semalam.

Sementara itu, Argentina muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan Korea Selatan 3-0.

Argentina dan Jerman masing-masing mengumpul tujuh mata, namun kelebihan gol memihak kepada Argentina untuk terus berada di tangga teratas Kumpulan A.

Pada aksi semalam, Argentina gagal menembus benteng pertahanan Korea Selatan pada babak pertama namun bangkit untuk memperoleh tiga gol pada babak kedua.

Gol-gol Argentina diperoleh menerusi Facundo Callioni pada minit ke-55, Matias Paredes (57) dan Gonzalo Peillat (68).

Jerman sebelum itu menewaskan Jepun 3-1. Jepun dan Korea Selatan masing-masing menamatkan saingan Kumpulan A dengan memperoleh satu mata.

Pada aksi terakhir Kumpulan B semalam, Pakistan menewaskan Afrika Selatan 6-2.

Katrina gembira dalam duka

Posted:

Katrina gembira dalam duka

Katrina gembira dalam duka

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


KATRINA (kiri) dan Lee Yhing Huey berjaya memenangi pingat emas dalam acara renang berirama pada Sukma 2013 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.


ADA nada sedih diraut wajah atlet tumpuan Selangor, Katrina Ann Abdul Hadi meskipun berjaya menyumbang pingat emas pertama dalam acara renang seirama di kolam Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.

Selepas bertanding sejak usia 15 tahun, edisi ke-16 pada Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di Kuala Lumpur itu menjadi penampilan terakhir buat atlet kebangsaan itu.

Katrina meraih dua emas dalam acara itu pada 2004 dan 2010.

"Memang sedih sebab Sukma adalah temasya yang banyak mengajar saya mengenal kekuatan dan kelemahan teknik renangan saya.

"Jadi, untuk meninggalkan pentas Sukma, ia sangat sukar. Ia sangat sentimental," katanya yang meraih emas pertama buat Selangor dalam acara rutin teknikal solo semalam.

Bagaimanapun, Katrina akan menjadikan kemenangan ini sebagai pencetus semangat untuknya bertanding di pentas antarabangsa terutama selepas kembali beraksi secara aktif sejak April lalu.

"Saya sudah keluar dari zon kecederaan secara sepenuhnya sejak Februari lalu. Jadi, doa saya selama ini dimakbulkan dan saya akan melakukan yang terbaik untuk kembali pada prestasi dahulu," kata atlet berusia yang akan menginjak usia 21 tahun pada Ogos nanti.

Mengakui agak kecewa tidak dapat beraksi pada Kejohanan Renang Dunia yang akan berlangsung dari 19 Julai hingga 4 Ogos ini, Katrina akan menebusnya dengan menyertai Terbuka Hong Kong pada September serta Kejohanan Asia Pasifik menjelang November nanti.

"Agak kecewa sebab kecederaan saya sudah pulih dan saya berada pada tahap terbaik untuk beraksi di kejohanan dunia tetapi malangnya, pasangan duet saya, Emanuelle Mah pula mengalami kecederaan pada bahu.

"Apabila ia berlaku, saya ada meminta kepada Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) untuk membenarkan saya beraksi dalam rutin solo tetapi malangnya, mereka tidak membenarkan dan membuat keputusan untuk tidak menghantar pasukan renang berirama.

"Satu bahagian, memang bukan rezeki saya dan sebahagian lagi, agak terkilan. Terkilan kerana sekali lagi, renang berirama Malaysia tidak berpeluang beraksi pada kejohanan berprestij itu.

"Jika tiada penyertaan, saya bimbang imej pasukan renang berirama negara akan tercalar di hadapan juri kerana jarang-jarang menyertai kejohanan yang bertaraf lima bintang.

"Bukan itu sahaja, tanpa kejohanan besar dan ternama, bagaimana atlet renang berirama mahu membuktikan kredibiliti yang dimiliki mereka?" kata Katrina yang merupakan antara atlet senior pasukan kebangsaan.

Untuk itu, Katrina kini meletakkan sepenuh tumpuan kepada dua kejohanan tersebut dan mahu membuktikan renang berirama masih mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.

"Saya cuma boleh berharap semuanya berjalan dengan lancar dan kami mampu mempersembahkan yang terbaik pada dua kejohanan tersebut kerana untuk tahun ini, hanya itu sahaja peluang kami beraksi dalam kejohanan antarabangsa walaupun ia bukan taraf Kejohanan Dunia," tambahnya yang merangkul lima emas pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia.

Kedah lakar kejutan

Posted:

Kedah lakar kejutan

Kedah lakar kejutan

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


PEMAIN Terengganu, Siti Aminah Ahmad (kanan) melakukan balingan pada aksi separuh akhir bola jaring menentang Kedah di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.


KEDAH melakar kejutan apabila menewaskan pasukan pilihan, Terengganu 42-37 pada aksi separuh akhir bola jaring Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di Kuala Lumpur semalam.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan sebelum terikat 11-11 pada set pertama di Stadium Juara, Bukit Kiara, namun Terengganu kembali mengatur strategi untuk mendahului Kedah dengan kelebihan 23-19.

Kedah menunjukkan kebangkitan pada set ketiga apabila memintas Terengganu dengan kelebihan dua mata untuk mendahului 30-28 sebelum mengekalkan konsistensi mereka, sekali gus menamatkan perlawanan 42-37 pada set terakhir.

Jurulatih Kedah, Huslina Mohd. Hussain yakin kemenangan itu hasil usaha anak-anak buahnya yang bertungkus-lumus sehingga tiupan wisel penamat.

"Saya tahu kami pasukan underdog. Jadi, kami beraksi hari ini (semalam) dengan lebih tenang, bukan tidak ada tekanan tetapi lebih rendah kerana kami tidak perlu risau apa-apa paling tinggi.

"Terengganu pula baru meraih Kejohanan Kebangsaan Bawah 21 pada April lepas, mungkin mereka lebih tertekan," kata Huslina sebaik sahaja tamat perlawanan itu.

Kedah akan bertemu Wilayah Persekutuan yang mudah mendominasi satu lagi aksi separuh akhir apabila menewaskan Selangor 57-29 yang berlangsung lebih awal.

Ditanya mengenai persiapan perlawanan akhir hari ini, Huslina berkata, beliau akan cuba memastikan pemain-pemain Kedah tampil dengan lebih baik untuk menewaskan juara bertahan tersebut.

"Kami tidak pernah menewaskan Wilayah Persekutuan tetapi saya percaya peluang untuk menang itu ada.

"Saya berharap mereka akan bermain bermati-matian. Bagi saya tidak menang tidak apa tetapi kalau menang ia satu bonus bagi Kedah," tambah Huslina.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jawatankuasa khas tangani masalah air di Labuan

Posted:

Jawatankuasa khas tangani masalah air di Labuan

Jawatankuasa khas tangani masalah air di Labuan

03/07/2013 10:17pm

LABUAN - Sebuah jawatankuasa khas pengguna akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi membantu menangani masalah kekurangan air di Labuan.

Bercakap hari ini, Pengerusi Majlis Pergerakan Pengguna Labuan (LCMC) Fauziah Mohd. Din berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada penduduk kampung sebagai sukarelawan.

Peranan jawatankuasa itu antara lain adalah membantu dalam membekalkan air kepada penduduk kampung yang terjejas melalui Jabatan Air Labuan.

Penubuhan jawatankuasa itu berikutan masalah kekurangan air yang kerap berulang baru-baru ini apabila hampir separuh daripada penduduk pulau berkenaan terjejas teruk dengan bekalan air yang sekadar menitis dari paip.

Kalangan pengusaha perniagaan mengeluh mengenai masalah itu dengan berkata masanya sudah tiba bagi Jabatan Air untuk mewujudkan pelan luar jangka. - Bernama

Lebih 112,000 peneroka Felda terima durian runtuh Ramadan ini - Isa

Posted:

Lebih 112,000 peneroka Felda terima durian runtuh Ramadan ini - Isa

Lebih 112,000 peneroka Felda terima durian runtuh Ramadan ini - Isa

03/07/2013 10:09pm

KUALA LUMPUR - Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, peneroka Felda akan menerima durian runtuh pada Ramadan ini menerusi pembayaran dividen saham individu dan dividen tabung amanah daripada Felda Global Ventures (FGV).

Beliau berkata, lebih 112,000 peneroka Felda itu juga akan menerima sumbangan duit raya dan agihan pendapatan daripada Koperasi Permodalan Felda (KPF).

"Sudah menjadi amalan kumpulan Felda memberi sumbangan serta agihan pendapatan kepada setiap peneroka Felda setiap tahun," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan multivitamin untuk bakal jemaah haji Malaysia 2013 kepada Tabung Haji di sini.

Beliau berkata setiap peneroka Felda telah menerima dividen interim pertama sebanyak RM400 ketika FGB mengisytiharkannya Ogos tahun lalu.

Bagi saham individu, setiap peneroka Felda akan menerima dividen mengikut saham yang mereka miliki, manakala dividen berjumlah antara RM400 hingga RM500 bakal diterima bagi tabung amanah dan jumlah agihan keuntungan KPF akan ditentukan selepas mesyuarat ahli koperasi minggu depan, katanya. - Bernama

930 hektar kawasan di Sabah untuk program tanaman koko

Posted:

930 hektar kawasan di Sabah untuk program tanaman koko

930 hektar kawasan di Sabah untuk program tanaman koko

03/07/2013 10:08pm

SANDAKAN - Kerajaan menerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyasarkan seluas 930 hektar kawasan di seluruh Sabah bagi program Tanaman Baru 2013 (TB13) Koko pada tahun ini bagi meningkatkan pengeluaran koko negara.

Pegawai Daerah Kinabatangan, Arisin Aripin berkata, ia membabitkan 180 hektar di Zon Pantai Timur dan 152 hektar di Kinabatangan meliputi kawasan Bukit Garam, Kulu-Kulu, Dramakot dan Kuamut.

Katanya melalui program itu bantuan insentif sebanyak RM8,000 bagi setiap hektar diberikan kepada petani antaranya bagi tujuan pembersihan kawasan, pemberian anak benih koko bercantum, input pertanian dan kursus asas tani.

Tanaman koko yang merupakan tanaman komoditi berpotensi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk, katanya ketika berucap pada majlis perasmian kursus Asas Teknologi Tanaman Koko Zon Pantai Timur di sini hari ini.

Setiap hektar mampu mengeluarkan hasil sehingga 1.5 tan koko dan pendapatan kasar bagi satu tan koko ialah sehingga RM6,000, katanya.

Seramai 115 peserta iaitu 78 dari Kinabatangan, Semporna (22) dan Tawau (15) menyertai kursus selama tiga hari anjuran LKM itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


NSF mahu demokrasi kekal

Posted:

NSF mahu demokrasi kekal

NSF mahu demokrasi kekal

DUA penyokong Morsi berlatih menggunakan belantan di luar Masjid Rabia El-Adawiya dekat Istana Presiden di Kaherah semalam.- AP


KAHERAH - Pakatan pembangkang utama Mesir semalam menegaskan ia tidak menyokong rampasan kuasa oleh tentera bagi menamatkan pemerintahan Presiden Mohammed Morsi.

Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) memberitahu, kata dua tentera Mesir yang memberi masa 48 jam untuk Morsi berundur bukan bermakna pihak tentera akan mencampuri urusan politik negara itu.

"Tidak, kami tidak menyokong rampasan kuasa tentera. Sejak ditubuhkan pada November 2012, NSF komited pada pemerintahan awam, moden dan demokratik.

"Kami percaya deklarasi tentera kelmarin bukan bermaksud mereka ingin terlibat dalam politik atau memainkan peranan politik di negara ini," tambah kenyataan sama.

Menurut NSF, tuntutannya supaya Morsi meletak jawatan tidak melanggar prinsip demokrasi sebaliknya ia satu cubaan untuk menghidupkan semula revolusi rakyat yang menumbangkan diktator Hosni Mubarak pada 2011.

Dalam pada itu, kedudukan Morsi semakin terpinggir apabila Mahkamah Rayuan memerintahkan Presiden Mesir itu melantik semula Peguam Negara Mahmoud Abdel-Meguid yang dipecat olehnya pada tahun lalu.

Selain itu, beberapa menteri kabinet termasuk daripada porfolio pelancongan, alam sekitar, komunikasi dan hal ehwal perundangan Mesir bertindak meletak jawatan kelmarin.

Perkembangan itu berlaku sehari selepas protes besar-besaran di seluruh negara bagi mendesak Morsi berundur.

Presiden tersebut didakwa cuba mendominasi kuasa dan meluaskan pengaruh pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin dalam pentadbiran Mesir.

Tunjuk perasaan besar-besaran itu yang bertukar ganas telah meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa kelmarin. - Agensi

Snowden temui jalan buntu

Posted:

Snowden temui jalan buntu

Snowden temui jalan buntu


SKRIN besar sebuah pusat beli-belah di Hong Kong menunjukkan imej bekas ejen CIA, Edward Snowden pada 23 Jun lalu.- AP


MOSCOW - Percubaan pembocor maklumat program pengintipan rahsia Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden untuk berlindung di luar AS menemui laluan sukar semalam.

Media tempatan melaporkan Snowden membatalkan permohonan suaka di Rusia manakala beberapa negara Eropah lain menyatakan permohonannya tidak akan dipertimbang kerana dibuat dari luar negara.

Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum ini berkata, negaranya bersedia untuk memberi perlindungan kepada Snowden jika dia berhenti membocorkan maklumat rahsia AS.

Sehingga kini, Snowden gagal menepati syarat tersebut.

Namun, pada masa yang sama, Putin memberitahu beliau tiada rancangan untuk menyerahkan Snowden kepada AS.

Sementara itu, beberapa negara Eropah yang menerima permohonan suaka politik daripada Snowden termasuk Jerman, Norway, Austria, Poland, Finland dan Switzerland menyatakan, dia tidak boleh memohon suaka dari luar negara.

Snowden juga dilaporkan telah menghantar permohonan suaka kepada Bolivia, Brazil, China, Cuba, Ecuador, Perancis, Iceland, India, Itali, Ireland, Belanda, Nicaragua, Sepanyol dan Venezuela.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Ecuador menyatakan mereka memerlukan masa hingga beberapa bulan untuk menimbang perkara tersebut.

Dia kini berlindung di zon transit Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Moscow sejak beberapa hari lalu.

Snowden yang merupakan bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) dan juruteknik Agensi Perisikan Pusat (CIA) kini diburu pihak berkuasa AS berikutan tindakannya membocorkan rahsia negara kepada media.

Lelaki berusia 29 tahun itu mendedahkan bahawa NSA membina program pengintipan yang boleh mengintip maklumat seluruh warga AS.

Dia sebelum ini melarikan diri ke Hong Kong sekali gus meninggalkan kehidupan selesa di Hawaii, gaji AS$200,000 (RM618,700), seorang teman wanita, kerjaya yang stabil dan keluarga yang menyayanginya. - Agensi

Bangunan terbesar di dunia dibuka

Posted:

Bangunan terbesar di dunia dibuka

Bangunan terbesar di dunia dibuka


IMEJ menunjukkan bentuk bangunan terbesar di China yang dibuka pada hujung minggu lalu.- AFP


SICHUAN - China membuka sebuah bangunan terbesar di dunia kelmarin dengan kompleks tersebut berkeluasan 1.76 juta meter persegi, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Dinamakan Pusat Alaf Baharu Global, bangunan tersebut mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Kompleks gergasi itu boleh memuatkan 20 bangunan Rumah Opera Sydney atau tiga bangunan Pentagon.

Binaan tersebut terletak di Chengdu, dalam wilayah Sichuan di barat daya China.

Menurut beberapa laporan, bangunan tersebut panjang 500 meter dengan lebar 400 meter dan tinggi 100 meter.

Kompleks tersebut dilengkapi beberapa pusat beli-belah, hotel, sebuah taman tema air, gelanggang luncur ais, hotel dan sebuah perkampungan Mediterranean.

Ia direka oleh seorang arkitek berdarah campuran Iraq dan Britain, Zaha Hadid. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Waris mahu raih anugerah

Posted:

Waris mahu raih anugerah

Waris mahu raih anugerah

REMBAU MOST WANTED barangkali sebuah lagu yang dihasilkan secara suka-suka oleh seorang jejaka dengan pengenalan nama Waris.

Bagaimanapun, ia meledak seperti 'bom' apabila lagu tersebut mendapat sambutan di luar jangkaan. Loghat Negeri Sembilan yang digunakan Waris telah membuat dirinya 'terpilih' untuk masuk sebagai pendatang baharu dunia seni suara tanpa perlu bersusah payah.

Muzzammil Alias, begitu nama asal penyanyi yang baru berusia 24 tahun ini. Kini, selepas hampir setahun bergelumang dalam dunia seni, dia semakin hampir dapat menggapai impiannya.

Salah satu impian yang sekian lama dipendam ialah untuk berduet dengan penyanyi terkenal, Datuk Hattan. Dan, akhirnya, impian itu termakbul.

Menerusi lagu Ke Jelobak Ke Jolobu ciptaan Waris sendiri, Hattan bersetuju menyanyikan lagu itu bersamanya malah, pelantun lagu Biso Bonar itu cukup percaya dengan kreativiti penyanyi itu.

"Saya mengenali dia (Waris), malah saya juga diberitahu Waris meminati saya dan ingin berkolaborasi. Saya setuju dan percaya 300 peratus dengan kreativiti Waris," tutur Hattan ketika ditanya mengenai Waris.

Lagu Ke Jelobak Ke Jolobu tersebut sekali gus menjadi single ketiga Waris selepas lagu 'berhantu', Rembau Most Wanted dan Botingkek (nyanyi bersama penyanyi rap Juzzthin).

Mengulas mengenai single ketiganya itu, ungkap Waris, jika lagu Botingkek mengisahkan tentang padah apabila berbelanja tanpa berpada-pada, lagu Ke Jelobak Ke Jolobu pula menceritakan mengenai nama tempat.

"Sudah lama sebenarnya saya meminati Datuk Hattan dan teringin untuk berkolaborasi dengannya.

"Syukur, dia terima. Single ketiga saya bersama dia (Hattan) masih mengekalkan dialek Negeri Sembilan," ujarnya.

Ditebak sama ada dia begitu taksub dengan negeri kelahirannya kerana semua lagu-lagunya dinyanyikan dalam dialek Negeri Sembilan, ternyata penyanyi kelahiran Rembau itu mempunyai jawapannya.

IMPIAN Waris untuk berkolaborasi dengan Hattan kini tercapai.


Idam anugerah

Jelasnya, dia bukan terlalu taksub sehingga tidak mahu menyanyikan lagu bahasa Melayu tetapi mengakui mempunyai semangat kenegerian.

Begitupun, dedah Waris, selain loghat Negeri Sembilan, dia juga akan menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris untuk dimuatkan dalam album pertamanya.

"Saya merancang untuk keluarkan album pada tahun ini. Walau bagaimanapun, bukan semua lagu dalam album saya nanti dinyanyikan dalam dialek Negeri Sembilan.

"Saya turut menyanyikan beberapa buah lagu bahasa Melayu dan Inggeris," ujarnya yang menyerahkan tugas membuat persiapan album itu kepada DJ Fuzz.

Disoal mengenai keberaniannya menghasilkan album saat artis lain lebih cenderung menghasilkan single sahaja, ulas Waris, dia memasang impian untuk menggondol anugerah dalam mana-mana pertandingan muzik.

Jelas Waris yang bernaung di bawah syarikat rakaman Mixology Music, sebagai seorang pemuzik yang mempunyai impian sebegitu (dapat anugerah), dia harus mempunyai sebuah album.

Mengulas kenapa menggunakan nama pentas Waris, ujarnya, dia sudah menggunakan nama Waris sejak aktif dalam muzik underground lagi.

"Nama Waris ini gelaran bagi suku sakat di Negeri Sembilan. Saya sudah guna nama Waris sejak dulu lagi iaitu semasa mula-mula terlibat dalam muzik underground. Lagipun, nama Waris kelihatan nogori (negeri) sikit," jelasnya sambil ketawa.

Siapa Waris

Mengenali Waris dengan lebih dekat lagi, mungkin masih ada peminat yang keliru mengenai identitinya.

Waris menegaskan, dirinya bukan hanya bergerak solo dan tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan. Cuma, jelasnya, dia hanya berkolaborasi bersama penyanyi rap lain seperti Juzzthin.

"Ramai yang masih keliru sama ada Waris itu nama bagi artis berkumpulan. Saya sebenarnya bergerak solo dan bukan berkumpulan.

"Individu lain yang sering bersama saya ketika beraksi adalah teman kolaborasi dan gandingan yang saya undang untuk memeriahkan lagu dan persembahan sahaja. Selebihnya saya bergerak solo," jelasnya.

WARIS bakal muncul dengan album pada tahun ini.


Fokus pelajaran

Waris yang merupakan pelajar tahun kedua Kejuruteraan Awam di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor itu juga mengakui sehingga kini dia masih tidak percaya dengan populariti yang dikecapinya dalam sekelip mata menerusi YouTube.

Sejak lagu Rembau Most Wanted dimuat naik oleh Waris di YouTube sekitar bulan Februari lalu, ia telah meraih perhatian yang cukup meluas.

Buktinya, selama dua bulan di laman sosial YouTube, jumlah tontonannya mencecah lebih 600,000 orang malah Rembau Most Wanted juga meraih perhatian DJ Fuzz.

"Saya tidak pernah sangka lagu itu akan meletop (popular). Begitupun, saya akui ramai yang mengenali lagu tersebut tetapi bukan penyanyinya. Kawan-kawan saya di universiti juga tidak mengenali saya ketika itu," tuturnya yang turut mendapat tawaran berlakon.

Mengulas mengenai tawaran itu, ujar Waris, ia berlaku secara tidak sengaja.

"Saya pernah berlakon dalam sketsa Untuk Dia yang disiarkan menerusi TV1.

"Sebenarnya saya tidak teringin pun hendak berlakon. Saya tahu saya kaku, tetapi bila dapat tawaran dan lihat jalan ceritanya okey, saya terima," ujarnya sambil ketawa.

Mengulas mengenai kesibukannya sebagai penyanyi dan dalam masa yang sama belajar, Waris mengakui, dia perlu bijak membahagikan masa.

Jelasnya, walau bagaimanapun keluarganya memintanya supaya fokus kepada pelajaran berbanding muzik.

"Keluarga memang sentiasa meminta saya mengutamakan pelajaran berbanding muzik dan saya akur dengan permintaan mereka itu.

"Disebabkan itu, jika belajar saya akan fokus. Bila cuti semester pula saya akan fokus pada muzik," ujar anak bongsu daripada dua beradik itu.

Ana Dahlia anak emas Suhan Movies

Posted:

Ana Dahlia anak emas Suhan Movies

Ana Dahlia anak emas Suhan Movies

ANA DAHLIA merupakan pelakon utama drama Cinta Yang Satu dan Dia Tetap Ayah.


SEMEMANGNYA diakui rezeki Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. melimpah ruah apabila apa sahaja produk keluaran syarikat produksi gergasi tersebut pasti berjaya menembusi tembok kukuh pelbagai stesen televisyen di negara ini.

Laluan seperti terbentang luas di depan mata bagi pemilik produksi, Rosyam Nor untuk memasarkan drama-drama terbitan syarikatnya baik di stesen milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mahupun stesen swasta sejak beberapa tahun lalu.

Terbaharu, dua buah drama terbitan syarikat itu berjudul Dia Tetap Ayah akan ditayangkan di Astro Prima manakala Cinta Yang Satu di TV2.

Dia Tetap Ayah mengisahkan kehidupan empat orang anak yang menjaga ayah mereka walaupun terdapat kisah pahit bersama si ayah sewaktu mereka kecil.

Antara pelakon yang membintangi drama 16 episod itu ialah Namron, Ana Dahlia, Zalfie Raoul, Jannak Nick, Aizat Hassan, Sherry Ibrahim, Dian P. Ramlee dan Zila Bakarin.

Cinta Yang Satu arahan Along Kamaruddin pula berkisar mengenai seorang gadis kampung yang menghadapi kepayahan hidup selepas cacat penglihatan akibat kemalangan jalan raya.

Drama 13 episod itu dilakonkan oleh Ana Dahlia sebagai Zafirah dan Azlee Khairi sebagai Arif iaitu bekas mat rempit yang melanggar Zafirah.


ROSYAM NOR


Kedua-dua drama terbitan Suhan Movies itu menampilkan Ana sebagai pelakon utamanya. Namun penerbit drama tersebut, Rosyam Nor menyatakan ia cuma kebetulan rezeki Ana untuk menjadi pelakon utama.

"Sebenarnya saya sememangnya mengutamakan anak didik saya daripada program realiti TV, Pilih Kasih seperti yang saya berikan kepada Ana.

"Hakikatnya, bukan senang untuk artis dapat watak yang betul-betul kena dengan watak yang diberi, malah saya sudah berjanji pada mereka dalam masa dua tahun mereka akan dikenali dengan syarat mereka ada komitmen dan kekuatan sendiri," ujarnya tegas.

Rosyam juga memberitahu, biarpun kedua-dua karya tersebut menggunakan khidmat Ana, watak yang dimainkan cukup berbeza antara satu sama lain.

Cinta Yang Satu akan ditayangkan setiap hari Jumaat pukul 9 malam di TV2 bermula 5 Julai ini.

Dia Tetap Ayah pula bakal disiarkan selama setengah jam, setiap Isnin hingga Khamis bermula pada 8 Julai di saluran Astro Prima. - IZRINDA BADROL-HISHAM

Konsert Thunder in the East ditunda sebab jerebu

Posted:

Konsert Thunder in the East ditunda sebab jerebu

Konsert Thunder in the East ditunda sebab jerebu

Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN


AMY (tengah) serius berbincang bersama Shamil (kiri) dan Iman.


KONSERT gabungan empat legenda rock Asia, Thunder in the East yang dijadualkan berlangsung pada 29 Jun lalu terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Antara empat kumpulan gergasi yang sepatutnya mengadakan persembahan di Stadium Merdeka itu adalah band yang berasal dari Jepun iaitu Loudness, Search (Malaysia), Slank (Indonesia) dan Rusty Blade (Singapura).

Pengarah Clockwork Event Malaysia (Clockwork), Shamil Yusof dalam sidang media bagi mengumumkan penangguhan konsert itu berkata, pihaknya amat berduka cita apabila konsert

yang bakal mencipta sejarah itu terpaksa ditunda selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Kami menangguhkan konsert berkenaan kerana keadaan cuaca yang berjerebu teruk. Penangguhan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor antaranya konsert ini dilakukan di stadium terbuka dan ia bakal berlangsung selama hampir tujuh jam.

"Dengan keadaan cuaca yang teruk sebegini, kami tidak mahu peminat sakit disebabkan jerebu. Kami juga perlu mengambil kira faktor umur penyanyi yang rata-rata bukanlah orang muda.

"Kami sungguh terkilan dan sehingga hari ini (ketika sidang media berlangsung) kami mengharapkan yang konsert tersebut tidak ditunda," jelasnya yang membuat pengumuman itu di kafe Wondermama, Bangsar Village, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Clockwork, Iman Tang.

Tambahnya, pihak penganjur ada membuat permintaan untuk melangsungkan konsert itu di stadium tertutup namun memandangkan jadual sudah penuh, mereka tidak dapat meneruskan hasrat itu.

Apa yang boleh dijanjikan kini, bagi peminat yang sudah membeli tiket mereka boleh menyimpan tiket berkenaan sehingga konsert itu diadakan nanti. Pemulangan sepenuhnya wang tiket itu hanya akan dibuat jika konsert tersebut dibatalkan.

Dalam pada itu, apabila diajukan soalan tidakkah pihak penganjur berasa tergugat memandangkan selepas Aidilfitri nanti, dua buah band gergasi iaitu Linkin Park dan Metallica turut membuat persembahan, Shamil menjelaskan yang mereka amat mempercayai kesetiaan peminat.

"Pihak kami telah melakukan sehabis baik bagi memastikan peminat tidak kecewa. Kami harus memikirkan yang peminat kumpulan Loudness, Search, Slank dan Rusty Blade terdiri daripada pelbagai golongan tua dan muda, jadi tidak elok untuk kesihatan mereka kalau konsert diteruskan," ujarnya.

Jelas Shamil lagi, pihaknya juga tidak mahu konsert itu ditunda berikutan hampir 90 peratus urusan logistik sudah siap, hanya tinggal untuk dipasang pentas.

Malah, tiket penerbangan artis antarabangsa dan tempat penginapan sudah ditempah tetapi akhirnya dibatalkan begitu sahaja.

Amy Search tak ralat

Salah seorang artis yang bakal membuat persembahan pada konsert itu, Amy Search yang turut hadir pada masjlis pengumuman penangguhan Thunder in the East itu berkata, dia tidak ralat konsert itu ditunda. Walaupun jadual latihan sudah ditetapkan, ia tidak mengganggu perjalanan jadual Amy kerana konsert itu merupakan persembahan terakhir Search sebelum masyarakat Islam menyambut Ramadan.

"Kita mahukan konsert ini mencipta sejarah tersendiri dan memahat memori indah pada setiap orang yang hadir, bukannya mahu mendapat respons sebaliknya. Kami juga tidak mahu peminat pulang dalam keadaan sakit.

"Kumpulan Loudness juga faham dengan situasi ini. Mereka ada menghubungi pihak penganjur untuk mendapatkan khabar mengenai situasi jerebu yang melanda Malaysia.

"Menariknya mereka sangat memahami. Mungkin kerana di Jepun bencana alam seperti tsunami dan tanah runtuh sudah biasa berlaku jadi mereka faham bagaimana keadaan kita di sini," jelas Amy yang pernah membuat konsert bersama Loudness pada Julai 2011 di KL Life Centre sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Loudness pada tahun 1981.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkembangan konsert Thunder in the East layari www.clockwork.com.my atau di twitter @ThunderInEastMY; @clockwork _crew atau di Instagram @TITE2013.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved