Isnin, 1 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Koperasi bantu ahli mengurus hidup

Posted:

Koperasi bantu ahli mengurus hidup

Koperasi bantu ahli mengurus hidup

SELAMA 33 tahun terlibat secara aktif bersama Koperasi Koguma Berhad (Koguma), nama Zulkifli Jamaludin cukup sinonim dengan pertubuhan tersebut. Sejak ditubuhkan pada 4 Januari 1980, Zulkifli merupakan antara individu terawal yang mencorak kejayaan Koguma.

Bermula sebagai ahli biasa, setahun kemudian Zulkifli atau lebih mesra dipanggil Cikgu Zul dilantik sebagai Anggota Lembaga Koperasi manakala pada tahun 1983, beliau menerima tanggungjawab untuk bergelar Setiausaha.

Hingga kini, pada usia mencecah 70 tahun, beliau masih setia dengan Koguma. Seperti tuturnya: "Saya tua bersama Koguma."

Menurut anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu, sejak tiga dekad lalu, Koguma telah memainkan peranan penting dalam membantu ahli-ahli menguruskan kehidupan mereka terutama dalam aspek pinjaman kewangan.

"Penubuhan Koguma sebenarnya bertujuan untuk membeli sebuah bangunan sebagai aset di Kompleks Uda Rama, Kuala Lumpur yang bernilai antara RM60,000 hingga RM70,000.

"Di samping itu, ia juga bermatlamat mewujudkan koperasi serbaguna seperti memberi pinjaman kewangan pada ahli, membantu urusan jual beli tanah dan sebagainya. Setakat ini, Koguma mempunyai kira-kira 4,000 ahli," jelasnya dalam satu pertemuan dengan Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penyertaan ahli terbuka

Menurut beliau, pada asalnya keahlian Koguma hanya dibuka pada kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran, namun sejajar peredaran masa polisi itu telah dimansuhkan. Kini, keahlian Koguma terbuka kepada semua kakitangan kerajaan dan bukan terhad pada guru semata-mata.

Bekas Penolong Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan itu memberitahu, Koguma juga semakin mengorak langkah mengukuhkan kewujudan mereka dalam bidang perniagaan.

Di atas saranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Koguma mula meneroka bidang baharu iaitu jual beli atau perniagaan.

"Kami berjaya mewujudkan pajak gadai Islam Ar-Rahnu yang beroperasi sejak April 2012. Ia bersifat dua dalam satu. Justeru, semua kakitangan Koguma tahu mengenai Ar-Rahnu.

"Mereka diberi bimbingan dan kursus insentif dalam mengendalikan operasi pajak gadai Islam ini. Contohnya mengenal pasti emas tulen atau palsu, menimbang emas, keselamatan di bilik kebal dan sebagainya," terang Zulkifli.

Ironinya, semua pekerja walaupun sekadar kerani tetap diberi tunjuk ajar tentang Ar-Rahnu dalam usaha meningkatkan kemampuan diri masing-masing.

Sejak November 2012 lalu, Koguma turut menjalin kerjasama dengan syarikat N-Hance Beauty & Health Sdn. Bhd. (N-Hance) untuk memasarkan produk berupa barangan keperluan pengguna.

Pengasas N-Hance, Datuk Zainah @ Ayu Darus, 49, memberitahu, pihaknya sangat berbesar hati apabila berpeluang berkolaborasi dengan

BARISAN kepimpinan tertinggi Koguma sentiasa komited melaksanakan tugas masing-masing untuk memastikan kejayaan koperasi tersebut.


Koguma yang dianggap sebagai salah sebuah badan koperasi yang berjaya di Malaysia.

"Secara peribadi, saya nampak Koguma mempunyai wawasan yang tinggi untuk menjana ekonomi setiap ahlinya. Saya juga gembira berkongsi pengalaman perniagaan dan bertukar-tukar pendapat dengan mereka," ujar beliau.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran N-Hance, Ahmad Nurbi Mohamad Nor, 47, berkata syarikatnya mempunyai pengalaman selama dua dekad dalam dunia perniagaan.

"Justeru, kerjasama ini satu perkara yang amat baik dan mampu memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak," tuturnya.

Dalam pada itu, Penolong Setiausaha Koguma, Zainal Ahmad, 52, turut berkongsi pengalaman sepanjang 26 tahun menjadi ahli koperasi tersebut.

Jasa Koguma

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, Kuala Lumpur itu mengakui banyak jasa Koguma kepadanya. Beliau membuat pinjaman ketika hendak berkahwin dan membeli perabot.

"Malah, apabila mahu membeli rumah, bayaran deposit sepuluh peratus juga saya gunakan bantuan Koguma. Bagi saya, dalam bab duit, untuk meminjam daripada saudara atau rakan-rakan memang susah.

"Jadi, ia merupakan satu faedah yang amat besar kepada ahli terutama apabila berlakunya kecemasan dalam aspek kewangan," cerita Zainal.

Menyedari hakikat itu, Zainal sentiasa menggalakkan guru-guru di sekolahnya mendaftar sebagai ahli Koguma sebagai persediaan kewangan masa hadapan.

Tambahnya, terdapat pelbagai bantuan disalurkan Koguma kepada setiap anggotanya. Ini termasuklah tabung kebajikan am, khairat kematian, bencana alam, pendidikan, pelancongan dan banyak lagi.

Perkara ini diakui oleh Anggota Lembaga Koguma, Md. Nasir Omar, 47, yang mula menyertai koperasi ini sejak tahun 1990 akibat kesempitan wang sewaktu menetap di Johor.

"Dahulu, gaji guru kecil dan saya sering dilanda masalah kewangan. Hendak beli kereta pun tak mampu. Akhirnya, saya mendaftar sebagai ahli dan berjaya mendapatkan pinjaman untuk membayar wang pendahuluan membeli kereta pertama dalam tempoh yang singkat," imbau Md. Nasir.

Ujarnya, jika membuat pinjaman dengan bank, kadar faedahnya tinggi, tetapi melalui pinjaman koperasi, kita dapat meningkatkan tabungan dan akan dipulangkan kembali kepada ahlinya kelak. Menurut beliau, jaminan Koguma sebagai koperasi cukup kukuh.

Jika seseorang ahli ingin berhenti, mereka boleh mengeluarkan simpanan atau tabungan dalam koperasi.

"Bagi ahli yang aktif, selepas bersara, mereka mampu mendapatkan pulangan sekurang-kurangnya RM30,000. Jadi, keputusan di tangan ahli sama ada ingin menjadi ahli yang aktif atau sebaliknya," tutur Md. Nasir.


BANGUNAN Koguma di Jalan Datuk Haji Eusoff, Kuala Lumpur merupakan salah satu aset yang dimiliki koperasi berkenaan.


Pengurusan cemerlang

Guru Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Jeram, Selangor, Tuhaimi Zamzam, 54, menceritakan faedah yang diperoleh dengan menyertai Koguma sejak lebih tiga dekad lalu.

Beliau mengakui pengurusan dan pentadbiran Koguma sangat cemerlang sehingga dapat membantu dan memberi manfaat pada ramai ahli.

"Pajak gadai Islam Ar-Rahnu contohnya, satu inisiatif yang baik. Dahulu, saya sering membuat skim pinjaman pembelian barang-barang elektrik, sekarang pakej melancong dan menunaikan umrah serta ubah suai rumah juga disediakan. Senang cerita, serba-serbi ada," ungkap Tuhaimi yang datang untuk bertanya tentang nilai emas yang ingin digadai.

Sementara itu, Prof. Dr. Laily Paim dari Universiti Putra Malaysia berkata, setiap koperasi yang ditubuhkan biasanya bertujuan untuk memberi kebaikan dan manfaat kepada setiap ahlinya.

Sebagai contoh, harga jualan barangan di koperasi tertentu yang menyediakan kedai runcit sudah tentu akan menawarkan harga yang lebih murah kepada ahlinya berbanding harga pasaran.

"Situasi sedemikian dapat membantu ahli-ahli berjimat sewaktu berbelanja. Ini merupakan salah satu keperluan asas yang biasa dilakukan oleh mana-mana koperasi yang baru ditubuhkan," ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut beliau, kewujudan pelbagai koperasi di Malaysia menunjukkan bahawa industri ini telah berkembang pesat sekali gus mampu menjana ekonomi negara jika ia bersifat aktif.

"Keaktifan sesebuah koperasi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada keberkesanan penubuhannya. Selain itu, pihak pengurusan koperasi perlu memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan pencapaian mereka.

"Jika koperasi itu berjaya, sudah pasti ahli-ahlinya akan turut mendapat manfaat dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan masing-masing," tegas beliau yang juga Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea).

Dalam pada itu, Laily menegaskan bahawa setiap ahli juga seharusnya memainkan peranan dalam menyuarakan pendapat mereka jika pihak pengurusan sesebuah koperasi tidak menjalankan tugas dengan baik.

"Setiap ahli perlu sedar bahawa mereka mempunyai hak untuk bersuara jika berlakunya penyelewengan atau penipuan dalam pengurusan sesebuah koperasi. Malah, mereka juga boleh memberi pendapat atau cadangan bagi memajukan koperasi tersebut," tuturnya.

Konflik lombong Conga

Posted:

Konflik lombong Conga

Konflik lombong Conga


BEBERAPA orang penduduk menunggang kuda ketika perarakan penunjuk perasaan bagi menentang projek perlombongan emas di Pergunungan Andes.


EMPAT dekad lalu, para petani di pedalaman Peru bersatu membentuk kumpulan ronderos bagi mengawasi kes-kes kecurian lembu.

Kini, tugas skuad ronderos itu berganti misi. Mereka dalam usaha menghalang pelan projek perlombongan emas bernilai AS$5 bilion (RM15.79 bilion) milik syarikat perlombongan Amerika Syarikat (AS). Rancangan itu dikhuatiri menjejaskan tasik-tasik yang menjadi sumber terpenting penduduk di sekitar Pergunungan Andes.

Berdasarkan polisi Andes, skuad berkenaan bertindak sebagai sistem kehakiman de facto di kawasan-kawasan yang mengalami kelemahan institusi awam dan kurang pengawasan pihak polis.

Mereka telah menjadi penggerak politik terpenting di wilayah-wilayah terpencil yang memperjuangkan pemeliharaan sumber-sumber alam semula jadi, sekali gus memberi tekanan kepada pemerintahan pusat.

Tahun lalu di utara daerah Cajamarca, ronderos berjaya melengahkan permohonan perlombongan emas Conga milik syarikat berpangkalan di AS, Newmont Mining Corp. dengan bantuan protes besar-besaran penduduk kampung di sekitar Andes.

Lombong termahal

Hari ini, kumpulan itu kembali memberi tekanan kepada Presiden Peru, Ollanta Humala bagi membatalkan projek yang telah mendapat permit sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Sejak berkhidmat dua tahun lalu, Humala menyokong penuh projek Conga yang berpotensi menjadi lombong termahal dalam sejarah Peru. Pergolakan itu telah memporak-perandakan pemerintahan beliau. Humala merombak barisan kabinetnya sebanyak dua kali selepas beberapa bantahan keganasan berlaku.


LOMBONG emas Conga dikatakan menyimpan khazanah emas dan tembaga termahal dalam sejarah Peru.


Rombakan pertama bertujuan memecah-belahkan penentang Conga dan kali kedua untuk menganjurkan dialog selepas lima orang awam mati.

"Pemerintah tidak akan mewakili rakyat lagi. Namun kami sangat kuat dan akan menentang sehingga ke hujung nyawa," luah Cesar Angel, ahli skuad ronderos ketika ditemui pada perhimpunan bantahan yang diadakan berhampiran Tasik Perol iaitu salah satu tasik Andes yang akan ditukar menjadi lombong.

Perhimpunan tersebut merupakan yang terbesar sejak Newmont dan sekutu Peru mereka, Buenaventura menangguhkan pembinaan lombong itu hampir setahun yang lalu. Ketika itu, kedua-dua syarikat itu cuba meredakan tekanan dengan memulakan kerja-kerja di kawasan takungan besar bagi meyakinkan kelangsungan bekalan air kepada penduduk setempat.

Syarikat-syarikat itu merancang untuk memindahkan air dari tasik-tasik yang terlibat ke empat takungan yang dikatakan mampu menghentikan masalah kekurangan bekalan air pada musim tertentu. Pada masa yang sama, meyakinkan bekalan berterusan sepanjang tahun kepada para penduduk dan petani.

Khazanah emas

Bagaimanapun kebanyakan petani yang memiliki ladang dan ternakan berhampiran lombong itu masih bimbang projek itu akan mengurangkan bekalan air dan mencemarkan tasik serta sungai meskipun ia didatangkan dengan pelan pemulihan alam sekitar jangka panjang.

Conga yang menyimpan khazanah emas berjumlah 184.27 juta gram dan 771 bilion gram tembaga secara tidak langsung akan memanjangkan hayat dua syarikat yang terletak di lombong emas Yanacocha itu.

Ronderos menggelarkan diri mereka sebagai penjaga tasik-tasik di sekitar Andes. Mereka berkhemah di luar Tasik Perol bagi mengelakkan Newmont memindahkan air tasik ke takungan baharu dan mematahkan cubaan baharu pembinaan lombong tersebut.

"Skuad yang terdiri daripada petani itu dahulunya bimbang tentang jenayah remeh seperti kecurian lembu tetapi kini mereka mempertahankan tanah dan sumber air kami daripada syarikat multinasional," ujar Milton Sanchez, seorang aktivis yang sering berurusan dengan ronderos. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Anggota pasukan keselamatan terima pingat

Posted:

Anggota pasukan keselamatan terima pingat

Anggota pasukan keselamatan terima pingat

MUSA (kiri) menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada anggota pasukan keselamatan pada Majlis Perbarisan Penghargaan Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam Ops Daulat pada Majlis Perbarisan Penghargaan Ops Daulat di Padang Awam Felda Sahabat 16 di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

Operasi Daulat yang dilancarkan pada 5 Mac lalu bagi memerangi kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada majlis itu juga tugas operasi Ops Daulat berkenaan diserahkan kepada Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek.

Majlis penyerah itu dilakukan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

'Pahlawan' tema temasya sukan tahunan SKPP16 (1)

Posted:

'Pahlawan' tema temasya sukan tahunan SKPP16 (1)

'Pahlawan' tema temasya sukan tahunan SKPP16 (1)


SEBAHAGIAN daripada peserta rumah sukan Emerald bersiap sedia untuk memulakan perbarisan lintas hormat pada Kejohanan Sukan Tahunan SKPP16 (1) kali ke-11 di Putrajaya baru-baru ini.


MENARIK. Rumah sukan Topaze muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) (SKPP16(1) kali ke-11 yang diadakan di padang Kompleks Sekolah Presint 16, Putrajaya baru-baru ini.

Kejayaan mengungguli beberapa acara olahraga yang dipertandingkan termasuk anugerah Khemah Terbaik telah membolehkan Topaze mengenepikan tiga pencabarnya iaitu rumah sukan Emerald, Ruby dan Saphire untuk meraih kemenangan tersebut.

Rumah sukan Emerald turut cemerlang dengan menggondol anugerah Perbarisan Rumah Terbaik pada kejohanan kali ini.

Sementara itu, Marwanis Nazri dan Alia Nur Ain Mohd. Bahari, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati SKPP16(1) 2013.

Pelbagai acara menarik turut diadakan sempena kejohanan sukan kali ini antaranya yang melibatkan penyertaan ibu bapa dan kanak-kanak bawah empat tahun.

Kejohanan yang bertemakan 'Pahlawan' itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKPP16(1), Wan Abdul Halim Abdul Majid.

Konvoi Jelajah Tapak Warisan Dunia George Town meriah

Posted:

Konvoi Jelajah Tapak Warisan Dunia George Town meriah

Konvoi Jelajah Tapak Warisan Dunia George Town meriah


SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai acara Konvoi Jelajah Tapak Warisan Dunia George Town sempena Fiesta Basikal Klasik 2013 di George Town baru-baru ini.


KAYUH. Seramai 200 peserta menyertai acara Konvoi Jelajah Tapak Warisan Dunia George Town sempena Fiesta Basikal Klasik 2013 di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Acara fiesta itu dianjurkan oleh Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia (IMCOM) dan kariah Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.

Presiden IMCOM, Mohd. Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, selain sebagai acara rekreasi, program yang pertama kali diadakan itu juga bertujuan merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum yang kini sibuk dengan kehidupan harian.

Menurutnya, acara itu melibatkan para penggiat dan pengumpul basikal klasik dari seluruh negara, selain beberapa persatuan penggiat basikal klasik dari Melaka, Perak, Kedah, Selangor serta peserta dari Pulau Pinang.

"Acara itu bermula dan berakhir di hadapan Masjid Kapitan Keling dan melalui sekitar kawasan tapak warisan George Town," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kos ditingkatkan sekali ganda

Posted:

Kos ditingkatkan sekali ganda

Kos ditingkatkan sekali ganda

KOS yang tinggi diperlukan untuk melatih amah supaya produktif dan berkualiti.


KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud melibatkan kedua-dua buah negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin yang bermesyuarat di sini semalam.

Beliau berkata, penetapan kos itu adalah antara perkara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia 2011, yang tertangguh pelaksanaannya sebelum ini.

"Antara kos yang terlibat ialah latihan selama 200 jam, kos dokumen perjalanan, kos makanan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan, kos pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan serta bayaran kepada agensi pekerjaan di kedua-dua buah negara," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

652 laman sesawang disekat

Posted:

652 laman sesawang disekat

652 laman sesawang disekat

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my


AWAS kegiatan laman sesawang phishing untuk curi maklumat mangsa melalui e-mel bagi tujuan jenayah.


CYBERJAYA - Sebanyak 652 laman sesawang yang melakukan phishing bagi mendapatkan maklumat rahsia pengguna internet lain untuk tujuan salah disekat dari Januari hingga Mei pada tahun ini berbanding 835 bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, jumlah laman web yang dikesan dan disekat itu bagaimanapun menurun sebanyak 22 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

"Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM iaitu jabatan bertanggungjawab menangani masalah phishing, berfungsi 24 jam sehari dan mengambil masa tidak lebih dari empat jam untuk menutup sesebuah laman phishing yang dikesan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut serta pada sidang akhbar itu ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Wong Wai Leong serta Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik Bank Negara Malaysia (BNM), Shariffuddin Khalid.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tukar agama budak keputusan mahkamah, perlembagaan

Posted:

Tukar agama budak keputusan mahkamah, perlembagaan

Tukar agama budak keputusan mahkamah, perlembagaan


MUHYIDDIN (dua dari kiri) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin kali ke-10 di Bangunan Parlimen semalam.


KUALA LUMPUR - Cadangan untuk membenarkan salah seorang daripada ibu atau bapa untuk menukar agama anak di bawah umur kepada Islam adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan peruntukan Perlembagaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar dengan rungutan mengenai Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

"Kerajaan sedar dan sedang mengambil kira semua pandangan. Kita meneliti perkara tersebut.

"Kabinet telah membincangkan perkara ini dengan teliti dan kita mengakui terdapat keperluan untuk penyelesaian yang lebih adil dalam hal ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di Parlimen semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Filipina bidas China

Posted:

Filipina bidas China

Filipina bidas China

PEMANDANGAN pada mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Campur Tiga yang berlangsung di Bandar Seri Begawan, Brunei semalam.


BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei - Filipina menuduh China meningkatkan kekuatan tentera di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

Kenyataan berbaur amaran itu diutarakan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Campur Tiga ke-14 di sini semalam.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan.

Komen oleh Setiausaha Luar Filipina, Albert Del Rosario itu mengesahkan bahawa pertelingkahan berhubung tuntutan bertindih di zon yang kaya dengan hasil minyak berkenaan sekali lagi menjadi fokus utama rundingan Asia-Pasifik selama empat hari tersebut.

"Del Rosario hari ini melahirkan kebimbangan berhubung kekuatan tentera China yang semakin meningkat di Laut China Selatan," menurut satu kenyataan kerajaan Filipina pada hari pertama forum itu.

Del Rosario berkata, terdapat kehadiran besar-besaran tentera dan kapal China di dua kepulauan kecil dalam zon yang dituntut oleh Filipina iaitu di perairan Scarborough Shoal dan Terumbu Thomas Kedua.

Del Rosario menyifatkan kehadiran tentera China di zon berkenaan sebagai 'ancaman kepada usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan maritim dan kestabilan di rantau ini'.

Beliau tidak memberikan butiran lanjut berhubung kekuatan tentera China di zon tersebut tetapi menegaskan, tindakan Beijing itu melanggar perjanjian pada 2002.

Perjanjian tersebut menyatakan, pihak yang membuat tuntutan bertindih di Laut China Selatan termasuk Kepulauan Spratly berjanji untuk tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serantau.

Persetujuan bersama mengenai tatalaku yang ditandatangani oleh 10 anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan China.

Semua pihak turut komited dalam mencari penyelesaian berhubung konflik di Laut China Selatan itu tanpa penggunaan ancaman ataupun kekerasan.

China menuntut hampir semua kawasan di Laut China Selatan termasuk zon yang menghampiri perairan negara-negara ASEAN.

Anggota-anggota ASEAN termasuk Filipina, Vietnam, Brunei dan Malaysia serta Taiwan turut mengemukakan tuntutan masing-masing di zon berkenaan. - AFP

Obama lawat keluarga Mandela

Posted:

Obama lawat keluarga Mandela

Obama lawat keluarga Mandela


OBAMA melambai tangan dengan diiringi Wanita Pertama AS, Michelle Obama semasa tiba di Cape Town, Afrika Selatan semalam.


PRETORIA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama melawat keluarga ikon antiaparteid, Nelson Mandela kelmarin.

Kunjungan tersebut dibuat ketika dunia menunggu perkembangan kesihatan pemimpin berusia 94 tahun itu yang sedang tenat di sebuah hospital di sini.

Mandela dilaporkan terpaksa menggunakan mesin sokongan hayat untuk bernafas.

Semasa berucap di Bangunan Grand Union di mana Mandela mengangkat sumpah sebagai presiden kulit hitam pertama negara itu, Obama memuji beliau sebagai seorang yang berani dan bermoral tinggi.

Presiden AS itu turut menggesa para pemimpin benua Afrika termasuk jiran Afrika Selatan, Zimbabwe supaya mencontohi kewibawaan Mandela yang mengutamakan negara berbanding kepentingan peribadi.

"Kita sebagai pemimpin memegang kuasa buat sementara dan kita jangan terpedaya untuk percaya bahawa nasib negara kita bergantung kepada berapa lamakah kita memerintah," kata Obama pada satu sidang akhbar bersama Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

Obama berkunjung ke Afrika Selatan sebagai rangka lawatan selama seminggu ke benua Afrika.

Dalam pada itu, keluarga Mandela bertelingkah berhubung lokasi pengebumiannya selepas beliau meninggal dunia.

Menurut media Afrika Selatan, pergaduhan keluarga tersebut kini dibawa ke mahkamah.

Anak perempuan sulung Mandela, Makaziwe dan 15 anggota keluarga yang lain mendapatkan perintah mahkamah supaya cucu Mandela mengembalikan mayat tiga anak bekas presiden tersebut ke kubur asal mereka di kampung Qunu, timur Afrika Selatan.

Cucunya, Mandla Mandela mengakui mengebumikan semula ketiga-tiga mayat tersebut di kampung Mvezo, sekitar 20 kilometer dari Qunu.

Dia merancang untuk mendirikan makam Mandela, sebuah hotel dan sebuah stadium bola sepak di lokasi tersebut.

- Agensi

Robot bercakap akan dihantar ke ISS

Posted:

Robot bercakap akan dihantar ke ISS

Robot bercakap akan dihantar ke ISS


DUA robot Kirobo masing-masing dipegang oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Robo Garage Co.,Tomotaka Takahashi (kiri), dan Pengurus Projek Toyota Motor Corp., Fuminori Kataoka semasa pelancarannya di Tokyo kelmarin.


TOKYO - Jepun dijangka menghantar sebuah robot angkasawan yang boleh bercakap ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk melakukan perbualan pertama melibatkan manusia dan robot di angkasa lepas.

Robot tersebut, Kirobo dijadual berlepas ke ISS dari Pusat Angkasa Tanegashima, dalam Wilayah Kagoshima, barat daya Jepun.

Robot kecil itu akan berlepas dengan menaiki kapal angkasa kargo, Kounotori 4 ke ISS pada 4 Ogos depan.

Kirobo merupakan gabungan antara dua perkataan Jepun yang bermaksud robot harapan.

Robot setinggi 34 sentimeter dengan berat sekitar satu kilogram itu jauh lebih kecil berbanding kebanyakan robot yang pernah dihantar ke angkasa lepas.

Kirobo dibangunkan dengan kerjasama antara Universiti Tokyo, Toyota dan Dentsu Inc. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Perkeso lancar operasi besar-besaran pada 1 September ini

Posted:

Perkeso lancar operasi besar-besaran pada 1 September ini

Perkeso lancar operasi besar-besaran pada 1 September ini

01/07/2013 8:57pm

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melancarkan kempen penguatkuasaan secara besar-besaran terhadap majikan yang gagal mendaftar dan mencarum bermula 1 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk K. Selvarajah berkata, kempen melalui Ops Kesan 2013 itu akan diadakan secara serentak di seluruh negara.

Sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan, beliau berkata kempen penerangan bagi memupuk kesedaran di kalangan majikan akan diadakan mulai sekarang hingga 31 Ogos ini.

"Ia juga bertujuan memastikan pekerja yang layak dilindungi di bawah Skims Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen liat didaftarkan oleh majikan," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Perlindungan Keselamatan Sosial Bersama dan melancarkan kempen penerangan Ops Kesan 2013 di Wisma Perkeso di sini hari ini.

Menurut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih dikehendaki mendaftar dan membayar caruman setiap bulan kepada Perkeso. - Bernama

PDRM lancar Jabatan Penegahan dan Pembanterasan Jenayah

Posted:

PDRM lancar Jabatan Penegahan dan Pembanterasan Jenayah

PDRM lancar Jabatan Penegahan dan Pembanterasan Jenayah

01/07/2013 8:16pm

SUNGAI SIPUT - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan jabatan baharu iaitu Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) sebagai inisiatif terbaru mengurangkan jenayah.

Penubuhan jabatan itu telah diluluskan oleh kerajaan pada 16 Jun lepas manakala bekas Ketua Urusetia Jabatan NKRA Bukit Aman, Datuk Wira Ayub Yaakob dilantik mengetuai jabatan itu.

Mengumumkan demikian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini tiada jawatan baharu dibuka untuk jabatan itu namun hanya mengubah butir-butir jawatan sedia ada.

"Jabatan ini mmpunyai cawangan bukan sahaja di Bukit Aman tetapi di Kontinjen dan daerah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jabatan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput di sini.

Katanya penubuhan JPPJ tidak menjejas Jabatan Siasatan Jenayah (CID) kerana hanya sebahagian daripada petugasnya akan diletakkan di jabatan baharu itu.

"Objektif utama CID lebih fokus memastikan siasatan kes berkualiti dan ia menjurus kepada penyelesaian kes manakala jabatan baharu ini adalah untuk mencegah dan membanteras semua bentuk jenayah," katanya. - Bernama

Peminjam tidak bayar hutang PTPTN 'zalimi' individu lain

Posted:

Peminjam tidak bayar hutang PTPTN 'zalimi' individu lain

Peminjam tidak bayar hutang PTPTN 'zalimi' individu lain

01/07/2013 8:13pm

KUALA LUMPUR - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Negara (PTPTN) yang enggan membayar balik pinjaman mereka meskipun mampu berbuat demikian, berlaku zalim kepada individu lain yang memerlukannya.

Penceramah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, ramai peminjam PTPTN memandang mudah keperluan melangsaikan pinjaman masing-masing tanpa menyedari mereka sebenarnya menzalimi golongan tidak berkemampuan yang lebih memerlukan sumber kewangan itu.

"Kewajipan melunaskan hutang itu tidak terlepas bagi setiap individu baik yang beragama Islam atau agama lain.

"Bagi peminjam yang beragama Islam, besar dosanya jika mereka tidak menjelaskan hutang apatah lagi hutang pendidikan yang merupakan hak rakyat," katanya hari ini.

Mengikut laporan terkini, lebih 400,000 bekas peminjam PTPTN di negara ini belum melangsaikan hutang mereka berjumlah RM2.8 bilion.

Wan Akashah berkata, PTPTN perlu mengambil langkah awal sebelum meluluskan pinjaman kepada setiap individu, temasuk menetapkan syarat atau memberi penerangan yang jelas kepada peminjam.

Beliau turut mencadangkan agar peminjam yang liat membayar hutang PTPTN dipanggil menjalani kursus khas berkaitan kesan tidak membayar balik pinjaman dari sudut undang-undang dan hukum. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Teruja menanti Februari 2014

Posted:

Teruja menanti Februari 2014

Teruja menanti Februari 2014

HATI siapa tidak terguris seandainya hari bahagia yang direncanakan selama ini dicemarkan dengan kata-kata nista daripada pihak yang mungkin iri hati dengan kebahagiaan yang dimiliki.

Situasi itu terjadi kepada pemilik nama Samihah Omar atau lebih terkenal dengan panggilan Misha Omar, 31, yang mengakui terluka dengan dakwaan dia menangguhkan perkahwinan gara-gara ingin menyelesaikan proses penceraian dengan seorang usahawan dari negeri Kelantan.

Pernah suatu ketika pada sekitar tahun 2011, timbul desas-desus mengatakan Misha telah berkahwin dengan seorang usahawan yang digelar Datuk K dan menjadi isteri ketiga kepada lelaki itu.

Bagaimanapun, Misha hanya menafikan spekulasi itu menerusi laman sosial Twitternya, @iammishaomar.

Akhirnya, kesempatan bertemu dengan pelantun lagu Bunga Bunga Cinta itu baru-baru ini, Misha membuka mulut.

"Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki. Jika benar saya pernah berkahwin, tunjukkan buktinya atau boleh merujuk nama saya di mana-mana pejabat agama.

"Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan.

"Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin.

"Selama ini saya banyak berdiam diri dan ini adalah masa yang sesuai untuk membidas kenyataan itu. Dayus bagi lelaki yang menceraikan Misha Omar!" tegasnya yang ditemui pada majlis pelantikan Misha Omar sebagai duta Colourland Paints Sdn. Bhd. di The Bee, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Umum nikah

Kesempatan sama diambil Misha untuk membuat pengumuman penting yang selama ini dinanti-nantikan oleh peminatnya.


MISHA teruja kerana karier seninya masih rancak dan berjalan dengan baik.


Misha memberitahu yang dia bakal menamatkan zaman solo bersama tunangnya, Fiross Ezzwan Rossly, 31, pada bulan Februari tahun depan.

"Alhamdulillah, setelah ditangguhkan sebanyak dua kali, saya dan tunang telah membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan Februari tahun depan.

"Kedua-dua belah pihak akan berbincang bagi menetapkan tarikh rasmi majlis pernikahan kami selepas perjumpaan pada hari raya Aidilfitri ini," maklum Misha.

Misha dan Fiross telah mengikat tali pertunangan pada bulan Februari tahun lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun sama tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran tunangnya yang merupakan juruterbang Malaysia Airlines (MAS) terpaksa mengikuti latihan bagi mendapatkan lesen memandu pesawat jenis Airbus.

Pasangan itu kemudian merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada Februari tahun ini, namun terpaksa ditangguhkan sekali lagi gara-gara jadual kerjaya seni Misha yang terlalu padat sehingga Oktober depan.

Februari

Relevan bulan Februari diputuskan Misha tiada kena mengena dengan sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih, sebaliknya kata Misha bulan itu dipilih memandangkan genap dua tahun usia pertunangannya.

"Februari bagi saya bulan yang manis dan sempena genap dua tahun saya dan Fiross bertunang. Saya tidak terfikir pun mengenai sambutan Hari Valentine.

"Tambahan pula, jadual kerjaya saya pada suku pertama tahun depan agak lapang jadi kalau hendak dilangsungkan perkahwinan, rasanya itu tarikh terbaik.


MISHA OMAR akhirnya menetapkan bulan Februari tahun depan untuk dia bergelar isteri kepada Fiross Ezzwan Rossly. Mereka bagaimanapun belum menetapkan tarikh perkahwinan.


"Kami tidak mahu berkahwin dalam suasana yang kelam-kabut dan masing-masing tertekan dengan kerja. Lantaran faktor itu juga, dua tahun majlis perkahwinan kami tertangguh," tambah finalis program Hiburan Minggu Ini tahun 2001 itu.

Misha menyifatkan majlis perkahwinannya bakal menjadi sebuah majlis yang sederhana mengikut gayanya dan terlalu awal untuk dia memikirkan soal tajaan menjelang hari bahagianya.

Paling penting kata Misha adalah majlis akad nikah akan dilangsungkan di Kota Bharu, Kelantan memandangkan kebanyakan saudara-maranya berada di sana.

"Konsep penajaan adalah situasi menang-menang dan sejujurnya sampai hari ini saya masih belum mempertimbangkan mana-mana penajaan lagi.

"Pihak pengurusan saya ada dihubungi beberapa pihak untuk penajaan tapi saya harus mempertimbangkan perkara itu. Kalau boleh saya inginkan majlis yang paling ringkas," jelas Misha.

Jarak masa yang terlalu panjang selepas bertunang hingga majlis pernikahan kata Misha telah banyak mengubah corak kehidupannya.

"Saya melihat hidup saya telah banyak berubah selepas bertunang. Saya kini lebih produktif dan jadual kerjaya saya juga padat.

"Saya boleh terus bergiat aktif dalam bidang nyanyian, selain itu dapat beraksi di pentas teater, berlakon drama dan terbaharu dilantik menjadi duta.

"Tanggapan negatif sebenarnya mencurahkan lebih banyak rezeki. Alhamdulillah, saya selesa di zon saya sendiri," simpul Misha kemas.

Adele pamer wajah anak

Posted:

Adele pamer wajah anak

Adele pamer wajah anak



SEBELUM ini, penyanyi Adele begitu menjaga privasi anak sulungnya, Angelo James Konecki daripada umum.

Malah, pelantun lagu Rolling In The Deep itu sempat dikutuk kerana begitu merahsiakan wajah anaknya. Ada yang mencemuh wajah Angelo hodoh dan berbadan gempal seperti penyanyi itu.

Bagaimanapun baru-baru ini Adele telah mempamerkan wajah Angelo sewaktu membawa anaknya itu keluar bersiar-siar di New York City tanpa cuba menyembunyikan wajah Angelo.

Angelo dilihat memakai topi berwarna putih dan Adele sentiasa mendukung anak hasil perkongsian hidupnya bersama Simon Konecki. Mereka juga dilihat menghabiskan masa di Central Park Zoo dengan gembira.

Biarpun begitu 'terbuka', mereka bagaimanapun dikawal dan ditemani oleh lima orang yang sentiasa mengawal pergerakan anak-beranak itu.

Artis pertama asia rakamkan biografi

Posted:

Artis pertama asia rakamkan biografi

Artis pertama asia rakamkan biografi

Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN
hiburan@kosmo.com.my


AARON sentiasa mendapat sokongan daripada isterinya, Diyana Halik.


MENJADI artis pertama Asia yang menembusi rancangan antarabangsa iaitu E! Entertainment merupakan suatu perkembangan karier yang baik bagi pelakon, pengacara dan penyanyi Aaron Aziz.

Perkembangan itu sekali gus akan membuatkan nama Aaron semakin dikenali ramai, terutamanya ke peringkat yang lebih tinggi berikutan E! Entertainment merupakan salah satu rancangan paling hit masa kini.

Tidak melepaskan peluang keemasan itu, buat julung-julung kalinya Aaron yang merupakan artis berasal dari Singapura akan muncul di saluran Astro, 712 dalam program berjudul E! Special: Aaron Aziz.

Program berkenaan akan memaparkan kehidupan sebenar Aaron di sebalik kejayaannya sebagai artis ternama, sama seperti rancangan E! True Hollywood Story.

Menurut Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, di dalam naskhah berbentuk biografi itu nanti, peminat akan dapat melihat bagaimana dia menjalani hidup sebagai orang biasa.


AARON AZIZ mendedahkan yang dia pernah bergaul dengan gengster Singapura sewaktu zaman remajanya.


"Dalam cerita berdurasi satu jam itu, ada antara kisah hidup saya yang belum pernah dipaparkan kepada umum. Antara salah satu yang boleh saya sebutkan ialah saya ini pernah berkawan dengan kumpulan gengster di Singapura.

"Namun, itu semua pada zaman saya remaja. Waktu itu saya sedang membesar dan ingin mencuba semua benda yang saya rasakan seronok.

"Saya memang suka bergaul dengan semua orang. Walaupun begitu, tidak semestinya jika saya bergaul dengan gengster, saya pun akan turut sama jadi seperti mereka," jelasnya ketika mengadakan sesi temu bual eksklusif di Restoran Bait, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Aaron, sebenarnya dia belum melihat lagi secara keseluruhan hasil daripada rakaman kehidupannya itu. Apa yang diketahuinya, kru produksi ada menemu bual isteri serta beberapa kenalan rapatnya seperti Lisa Surihani, Datuk Yusof Haslam dan peminatnya, Aaronators untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kehidupan peribadinya.


AARON akan muncul dalam E! Special: Aaron Aziz di saluran Astro 712 pada 7 Julai ini.


Ditanya tidakkah nanti dia takut ada di antara babak dalam rancangan yang bakal bersiaran pada 7 Julai itu akan memaparkan sisi negatifnya, dengan yakin Aaron menjelaskan tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana dia tidak pernah melaku- kan sesuatu yang salah.

"Bayangkan, sehingga pihak produksi sendiri bertanya kepada saya dan isteri, tidakkah saya ada apa-apa kontroversi yang boleh dipaparkan di dalam rancangan itu nanti.

"Mungkin sebab itulah mereka memilih saya kerana saya adalah seorang yang sangat santai dan mudah untuk diajak berbual. Saya sering menganggap diri saya sebagai orang biasa," jelasnya.

Aaron juga menyifatkan penyiaran program biografi khas untuknya itu sebagai suatu penghormatan dan penghargaan buat dirinya kerana sebelum ini dia tidak pernah menganggap dirinya berjaya tetapi mungkin sudah tertulis rezeki ini miliknya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang sibuk berada di set penggambaraan Tentang Hati untuk siaran TV1 bersama aktres Fasha

Sandha.

Selain itu, dia bakal memasuki set pengambaran Adam dan Hawa The Movie pada 1 September depan. Jelasnya, semua pelakon, kru dan pihak produksi tetap kekal sama.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved